AKU CINTA KAMU BAB 19
AKU dan Ben mengiringi nenek sehingga
ke muka pintu kereta papa. Papa dan auntie Merissa akan menghantar nenek balik dan sekaligus meraikan
hari jadi nenek pada esok hari. Yakni, bersamaan dengan hari ibu…. Berulang
kali papa memaksaku agar ikut. Namun,
aku mengendahkan saja. Nenek pula, sudah faham akan keadaanku. Dia tahu yang
aku tidak akan sesekali balik merayakan hari jadi nenek sekiranya ada papa dan auntie Merissa. Apatah lagi satu kereta bersama mereka. Biarlah aku
di sini. Esok lusa, aku akan mengikut nenek jua balik ke kampung dan merayakan
hari jadi nenek bersama nenek. Biar lambat asalkan aku tetap merayakannya
bersama nenek.
“Ingat tau!
Lusa ni balik. Nenek masakkan rendang special
buat Batrish.” Bisik nenek ke telingaku. Tergelak kecil aku dibuatnya. Kepala
dianggukkan.
“Of course lah. Nenek tunggu tau! Nanti
Batrish belikan present yang besar punya
buat nenek.” Balasku nakal dan mengenyitkan mataku buatnya. Tergelak nenek
dibuatku. Tidak diperdulikan mata papa dan auntie
Merissa yang memandang kami.
“Ben tak
boleh datang ke nek?” Celah Ben. Nenek tergelak dan mengusap rambut Ben yang
sudah dianggap seperti cucunya sendiri itu.
“Mestilah
Ben boleh datang sayang. Kan sebelum ni Ben yang temankan Batrish. Ben datang
tau. Nanti kita ambil durian yang ada kat dusun nenek tu.” Balas nenek dan
tersenyum. Bersinar mata Ben dibuatnya. Ben? Durian? Huh. Ben + Durian =
Kebabom! Stacy, Adam bergabunglah jawabnya! Haha..
“Ben bukan
apa nek. Yalah. Orang tu sekarang ni dah ada yang temankan dia… Manalah mahunya
bawa Ben ni…” Sindir Ben nakal kepadaku. Terjengil mataku dibuatnya. Baik punya
tangan aku landing kat pinggang Ben
dan dia mendapat cubitan yang mesra lagi percuma pada pinggang dia yang melengkuk
tu! Hahaha.
“Ouch!
Sakitlah!” Rungut Ben geram dan mengosok-gosok pinggangnya. Tergelak aku dan
nenek dibuatnya.
“Ummi?
Jomlah kita gerak. Takut lambat pula sampainya nanti.” Kedengaran suara papa memanggil nenek dan spontan aku dan
nenek berpandangan. Ditarik lembut aku ke pelukannya. Diusap belakangku penuh
kasih.
“Nenek balik
dulu. Jaga diri tau.” Bisik nenek ke telingaku.
“Nenek pun.
Jangan lupa minum ubat ya.” Pesanku pada nenek. Nenek ni bukannya sakit apa
pun. Sakit tua biasalah. Tetapi, orang kata sakit-sakit biasa tu akan menjadi
teruk juga suatu hari nanti kan.
“Sayang…”
Panggil nenek dan menjarakkan sedikit tubuhnya dariku dan kedua pipiku dipegang
olehnya. Mataku direnungnya dalam.
“Ingat pesan
nenek. Yang pergi tetap kan pergi. Kita yang tinggal kena teruskan kehidupan.
Kebencian akan memakan diri suatu hari nanti. Percayalah sayang, memaafkan lagi
baik dari terus membenci. Hidup takkan bahagia.” Tutur nenek lembut kepadaku.
Aku terdiam dan tersenyum kelat. Dahiku dikucup kejap dan bahuku diusapnya lembut.
“Nenek pergi
dulu sayang.” Kata nenek lembut dan menyalam Ben pula.
“Papa pergi dulu…” Kata papa kepadaku dan menghulurkan tangannya
kepadaku. Aku terdiam dan memandang nenek. Kepala nenek dianggukkan. Mahu tak
mahu aku terpaksa menyalam dan mengucup tangan papa. Terasa usapannya
diubun-ubunku. Ingin sahaja air mataku jatuh di situ. Namun, ku tahan. Sudah
lama papa tidak membelaiku sebegitu.
Bukan dia tidak pernah untuk mencuba membelaiku. Namun aku sering kali
menghindarkan diriku. Di saat papa
ingin mengucup dahiku aku sengaja larikan kepalaku. Mengeluh papa dibuatnya. Kepalanya digelengkan
dan bahuku diusap lembut sebelum dia berganti menyalam Ben.
“Sayang. Mummy pergi dulu ya…” Kini auntie Merissa pula yang ingin
menyalamku. Aku mengeraskan diri. Tak sudi nak pandang dirinya. Apatah lagi
menyentuhnya.
“Batrish…” Tegur
nenek dengan suara yang ditekankan dan kedengaran tegas di situ. Aku mengeluh
dan menyambut huluran salamnya. Namun, tiada kucupan di tangannya dariku. Dia
tersenyum sahaja. Hah! Perempuan ini. Sering kali membuatkan aku serba salah.
Di saat dia ingin mencium pipiku. Aku mengelak.
“Tak payah
nak mesra sangatlah!” Bentakku kasar dan menjauhkan diri. Terpinga auntie Merissa dibuatnya. Biar. Biarkan
begitu. Aku lagi suka menjarakkan hubungan kami.
“Batrish!
Tak baik tahu buat mummy Batrish
macam tu sayang.” Marah nenek kepadaku. Aku berpeluk tubuh dan memandang ke
arah lain.
“Eh.
Takpelah ummi. Salah Merissa juga.” Bantah auntie
Merissa dan memegang tangan nenek. Aku mencebik. Baiklah sangat. Ambil suami
orang baik juga ke? Huh! Tergeleng kepala nenek, papa dan Ben olehku. Ben pula
hanya mampu mengelengkan kepala melihat sikap kurang ajarku. Sudah penat ingin
menegur.
********AKU CINTA
KAMU*********
TENGKU EZKANDAR
HEIDI memandang hairan Triesya di sisi.
Tadi ketika gadis itu ditelefon juga suaranya agak dingin. Gaduh dengan Ben ke?
Desis hatinya hairan. Kerana Triesya tidak balik ke kondonya bersama Ben. Ben
memandu kereta Triesya tadi dan memandunya balik ke kondo Triesya. Tapi
takkanlah. Tadi dia orang okay je. Desis
hatinya lagi. Keduanya baik-baik sahaja tadi. Cuma Triesya yang kurang
bercakap.
“Sayang?
Kenapa ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh prihatin. Jemari Triesya
dipegangnya dan dieluskan jemari itu. Jari itu kelihatan kosong. Memang Triesya
jenisnya suka yang simple sahaja. Tidak
suka memakai cincin. Kadang-kadang saja. Itupun satu dan sizenya agak besar. Trend
sekarang sememangnya begitu. Satu sudah cukup.
Bibirnya
mengukirkan senyuman kecil. Mungkin jemari itu kini tiada cincinnya. Namun, dia
berazam suatu hari nanti jemari itu akan dihiasi dengan cincin perkahwinan
mereka. Sudah terbayang di mindanya design
bagi cincin pernikahan mereka nanti. Pasti cantik berada di jemari runcing itu.
In shaa Allah.
“Hurm?” Soal
Triesya hairan. Sejak tadi dia mengelamun. Sedar-sedar sahaja Tengku Ezkandar
Heidi menyoalnya dan mengelus tangannya. Tengku Ezkandar Heidi di sisi di
pandang dan keningnya dikerutkan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Amat pasti
bahawa gadis itu sedang mengelamun tadi.
“Kenapa ni? Baby ada masalah ya? Diam je sejak tadi.
Ke hubby ada buat salah apa-apa?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi hairan. Sejak mereka officialnya
bergelar kekasih yang sebenarnya. Gelaran hubby
dan baby mulai digunakan oleh mereka
berdua. Nampak mesra sebegitu.
“Eh! Tak! Hubby takde salah apa-apa pun.” Dalih Triesya
tangkas dan membalas genggaman tangan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar
Heidi menjeling Triesya di sisi. Tak berani nak pandang lama-lama. Boleh excident mereka dibuatnya. Dahlah dia
tengah drive dengan sebelah tangan
sahaja. Jika dia seorang berada di dalam kereta tersebut tak apalah. Tetapi
cinta hatinya juga turut berada di situ. Keselamatan si dia harus di jaga.
“So?” Soalnya Tengku Ezkandar Heidi dan menaikkan
keningnya. Triesya mengeluh dan memandang ke depan.
“Entahlah.
Tak tahu nak explain macam mana.
Cukuplah kalau baby kata yang hari ni
baby bengang dengan perempuan tu.”
jelas Triesya dan mengetap bibir. Tengku Ekzandar Heidi mengerutkan dahi. ‘Perempuan
tu’? Siapa? Desis hatinya.
“Siapa yang baby maksudkan? Perempuan mana pula ni?”
Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Triesya mengeluh dan Tengku Ezkandar Heidi
di sisi dipandang.
“Siapa lagi.
Mak tiri baby tulah. Geram betul!
Benci!” Marah Triesya. Siap kancingkan giginya lagi. Tersentak Tengku Ezkandar
Heidi dibuatnya. Mak tiri? Maksudnya Tengku Merissa kan? Desis hatinya gusar.
Liur diteguk. Triesya di sisi dipandang sekejap dan pegangannya pada tangan
Triesya di eratkan.
“Sayang… Tak
baik tau cakap macam tu. Kan dia kiranya ibu baby juga.” Nasihat Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya mendengus
dan menjeling Tengku Ekzandar Heidi di sisi.
“Hubby ni tengah belah siapa ni? Baby ke perempuan tu?!” Bentak Triesya
geram dan menarik tangannya dari genggaman Tengku Ezkandar Heidi. Namun, Tengku
Ezkandar Heidi lebih tangkas menarik jemari runcing itu dan mengenggamnya
kembali. Di bawa dekat tubuh itu ke sisinya. Keretanya dihentikan di tepi
jalan.
“Baby… Look at me…” Panggil Tengku
Ezkandar heidi lembut dan mengusap pipi gadis kesayangannya itu dengan tangan
kanan. Manakala, tangan kiri memegang tangan kanan Triesya. Tangan kiri tak
dapat. Bersimen yaw! Haha.
“Baby…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi
lagi dan kali ini barulah Triesya membalas renungan matanya. Tengku Ezkandar
Heidi menarik nafas dan dihembuskan perlahan. Dua hati sebenarnya. Kedua-duanya
kesayangannya. Seorang auntie yang
sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri dan seorang lagi kekasih hati yang
dicintainya. Susah…
“I tak belahkan siapa-siapa sayang. Di
dalam hal ni hubby sebagai kekasih
sayang patut tegur apa yang baik dan tak baik bagi setiap perbuatan yang sayang
lakukan. Di dalam perhubungan perlu ada sikap saling tegur menegur bagi kebahagiaan
kita pada masa hadapan. Baby, mungkin
dia bukanlah ibu kandung baby. But please remember this, ibu tiri juga
adalah merupakan ibu kita. Selagi dia bergelar seorang ibu kita sebagai anak
patut hormatkan dia. Hubby tak nak baby derhaka dengan kedua orang tua baby. Dengar tak ni?” Jelas Tengku
Ezkandar Heidi panjang lebar. Pipi Triesya diusap. Kelihatannya mata kekasih
hatinya itu sudah memerah. Tunggu saat sahaja ingin jatuh.
“It’s still. Still. Not. Same.” Balas
Triesya and there she go. Dah
menangis dah buah hati Tengku Ezkandar Heidi tu. Tengku Ezkandar Heidi
mengelengkan kepalanya. Triesya.Triesya. Triesya. Triesya benar-benar keras
kepalanya. Pabila dia katakan hitam. Maka hitamlah. Triesya ditarik ke dalam
pelukannya. Belakang gadis itu diusap lembut. Sesekali ubun-ubun kekasih hatinya
dikucup dengan penuh kasih sayang.
“Menangislah
sayang kalau itu buat sayang dapat lepaskan kesedihan sayang. I’m always here. Always be your side and will
always hold you tight…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi lembut.
******AKU CINTA
KAMU*******
AKU mengetap bibir memandang Tengku Ezkandar Heidi di hadapanku
dengan senyuman nakal dan keningnya yang sengaja dinaikkan. Menci betul! Erk!
salah-salah. Tak baik tahu rosakkan bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Erk! Tetiba.
Hehe. Benci betul! Hah! Baru betulnya.
“Apa?!”
Soalku garang dan menjengilkan mataku kepadanya. Tergelak besar Tengku Ezkandar
Heidi olehku.
“Whoa~ Chill lah sayang. Garang sangatlah baby hubby ni.” Balas Tengku Ezkandar
Heidi dengan tawa yang masih bersisa. Siap pegang perut engkau.
“Janganlah
ketawa…” Balasku geram. Kening dikerutkan. Dia? Huh! Mana dengarnya kata aku
lagi.
“It’s so funny okay…” Balasnya. Aku
mendengus.
“Janganlah
ketawa. I know it’s funny. But your
injury still not okay dude!” Balasku geram dan spontan Tengku Ezkandar Heidi
memegang perutnya. Keningnya dikerutkan. Spontan aku berdiri dan duduk di
sebelahnya. Bapak cemas dah aku saat ni.
“Hubby? Hubby okay tak ni? Sakit di
mana?” Soalku cemas dan memegang bahunya.
“Dekat sini
sayang….” Balas Tengku Ezkandar Heidi kepadaku dan menarik tangan kananku agar
memegang dadanya. Aku kerutkan dahi.
“Erk! Bukan dekat
perut ke?” Soalku binggung. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tergelak besar.
Mengetap gigi geram aku dibuatnya.
“Gotcha!” Balas Tengku Ezkandar Heidi
nakal. Spontan aku merengus geram dan ingin berdiri. Namun, ditarik olehnya
sehinggakan aku jatuh di ribanya. Memerah mukaku dibuatnya. Apatah lagi
mata-mata pekerja dan pelanggan café
ini melihat aksi kami berdua. Aduhai!
“Please… Malulah orang tengok.” Rungutku
padanya dan cuba merungkaikan kedua pautan tangannya pada pinggangku. Huh! Dah
namanya lelaki. Apa kudratku untuk melawan. Aku dah cuba sehabis daya nak
rungkaikan tangan dia. Dia pula siap buat selamba dan bersiul lagi. Geram.
Akhirnya, aku diamkan diri sahaja.
“Masih sedih
lagi?” Bisiknya ke telingaku. Aku terdiam. Dia di sisi dipandang. Si dia sedang
merenungku saat ini. Keningnya dinaikkan dan bibirnya mengukirkan senyuman
buatku. Dia? Benar-benar memahamiku dan selalu cuba untuk memahamiku. Teringat
kembali punca dia tergelak besar tadi. Tersenyum aku dibuatnya. Entah kenapa
aku membuat gaya seperti itu.
“Baby.. Dahlah tu sayang. Tak baik
menangis-menangis macam ni. Nanti orang ingat hubby pula yang buat baby
menangis… Tengok ni. Dah comot dah make up dia.” Pujuk Tengku Ezkandar Heidi
kepadaku dan kedua pipiku dipegangnya. Spontan aku mencerlung tajam padanya. Dia
tersengih. Suka tau macam tu! Wahh. Manja engkau! Hee. Yalah. Hari ni aku tak
pakai make up. Hanya lip gloss. Ketara sangat menipunya…
“Ok-ok.
Hubby gurau je. Senyumlah sayang. Janganlah menangis. Tak comellah sedih-sedih
macam ni..” Pujuknya lagi dan mencubit pipiku. Aku mencebik dan menolak
tangannya.
“Biarlah
tak comel. Orang cantik apa.” Balasku selamba. Spontan, sekali lagi Tengku
Ezkandar Heidi ingin tergelak. Namun, ditahannya pabila aku menjelingnya tajam.
Bibirnya diketap dan keningnya dinaikkan. Dia nikan…
“Ok-ok
my baby yang cantik… Nak menangis lagi tak?” Soalnya lagi dan keningnya
dinaikkan. Namun matanya memandang ke arah belakangku. Aku mengerutkan dahi.
Erk! Asal pandang belakang aku.
“Kenapa
kalau baby nak menangis sekalipun? Menyusahkan hubby ke” Soalku hairan.
Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kepalanya dianggukan. Namun, bukan
padaku tetapi pada orang yang berada di belakangku.
“Wow!”
Spontan bibirku membentuk ‘o’ kerana teruja melihat pelbagai jenis dan perisa
ice-cream yang diletakkan oleh dua orang pekerja café ini di atas meja kami. Bersinar-sinar
mataku dibuatnya.
“So,
now? Nak menangis dan sedih lagi? Sebab baby akan menyusahkan hubby untuk menghabiskan
semua ini seorang diri sayang…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Spontan
aku gelengkan kepala. Eh. Salah-salah. Angggukan kepalaku. Tergelak Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Tak!
Tak! Baby takkan menangis dan sedih-sedih lagi. Nak makan ice-cream boleh?”
Soalku cepat dan mengelap air mataku. Tengku Ezkandar Heidi dipandang dan mata
dikelipkan ala-ala Minnie Mouse isterinya si Mickey Mouse. Dan Tengku Ekzandar
Heidi? tergelak. Tergelak. Tergelak. Tergelak. Dan tergelak.
******AKU CINTA
KAMU********
DATIN TENGKU
MERISSA sejak tadi mendiamkan dirinya dan
lebih suka melayan perasaanya sendiri berbanding mengikut perbualan suaminya
dan ibu mertuanya yang duduk di kerusi belakang. Nafas dihelakan. Teringat
kembali reaksi dingin Triesya tadi padanya. Sememangnya dia agak terasa dengan
layanan dingin anak tirinya itu. Namun, jauh di sudut hatinya dia tahu bukan
maksud Triesya untuk berkasar padanya. Orang kata, pabila marah sememangnya
kita akan secara outomaticnya
berkelakuan kasar.
Selama
beberapa hari Triesya tidur di rumah papanya. Selama itulah juga Datin Tengku Merissa
mencuba untuk mengambil hati gadis itu. Bilik Triesya sudah dikemaskan
sebersih-bersihnya. Dia sendiri yang mengemaskan bilik itu kerana takut
barang-barang peribadi Triesya diganggu dan yang penting dia ingin keselesaan
buat anak gadisnya itu. Selain itu, dimasakkan segala jenis makanan kesukaan Treisya.
Diharap gadis itu akan suka dengan masakannya. Namun, hampa. Triesya lebih suka
berlapar dan memakan buah-buahan saja demi mengalas perutnya. Dia tahu Triesya sengaja
memaksa neneknya memasak makanan kegemarannya kerana tidak ingin merasa masakan
dan air tangan Datin Tengku Merissa. Kesedihannya hanya mampu di nampakkan
dengan senyuman kelat. Hatinya disabarkan. Dia faham akan keadaan gadis itu dan
dia tidak akan pernah lelah untuk cuba mengambil hati Triesya…
“Merissa.
Ummi harap kamu tak ambil hati dengan sikap dingin Triesya tadi…” Kata Datin
Hjh Mariam lembut kepada menantunya. Dia tahu Datin Tengku Merissa pasti terasa
dengan layanan dingin Triesya itu. Namun, apa saja yang boleh Datin Hjh Mariam
lakukan. Cucu kesayangannya itu memang agak degil dan keras kepala orangnya.
Sejak kecilnya dimanjakan oleh Dato Syed Al-Azhar dan Syarifah Balqis.
Begitulah impaknya.
Datin Tengku
Merissa tersentak dan menoleh ke belakang. Senyuman diberikan buat ibu
mertuanya. Kepalanya digelengkan.
“Takdelah ummi.
Saya faham keadaan Trish.” Balas Datin Tengku Merissa jujur. Dato Syed Al-Azhar
yang memandu di sebelah isterinya memandang isterinya dan tangan kanan
isterinya itu digengam erat. Turut rasa bersalah sedikit sebanyak.
“Budak tu
tertekan sebenarnya dengan kehidupan dia. Nasiblah juga Batrish tu tak gila
dibuatnya. Dia terlalu membenci kamu berdua sehinggakan satu tahap tu dia kata
dia nak cuba bunuh diri.” Jelas Datin Hjh Mariam. Spontan Datin Tengku Merissa
menoleh memandang ibu mertuanya dan Dato Syed Al-Azhar menjeling ibunya dari
cermin hadapan. Di dalam keadaannya yang sedang memandu sukar untuknya menoleh
memandang wajah ibu kesayangannya itu.
“Astagfirullah’alazim. Betul ke ummi?”
Soal Dato Syed Al-Azhar cemas.
“Betul
angah. Di saat ummi dengar pengakuan Batrish tu ummi rasa kesal sungguh. Terasa
yang ummi tak dapat nak didik cucu ummi dengan baik sehinggakan dia terfikir
jauh ke situ sekali.” Jelas Datin Hjh Mariam kesal. Datin Tengku Merissa
mengeluh.
“Tak ummi.
Kami yang tak pandai nak didik Trish dengan baik. Kami lalai ummi. Kami yang
buat dia menjadi seperti begitu sekali.” Balas Datin Tengku Merissa kesal.
“Betul tu
ummi. Angah yang buat dia jadi seperti tu. Entahlah ummi. Angah sendiri tak
tahu bagaimana lagi caranya nak buat dia menjadi seperti dulu. Angah tahu itu
mustahil. Tetapi angah harap Batrish yang dulu akan kembali….” Balas Dato Syed
Al-Azhar dan mengesat air matanya. Terasa bahunya di sentuh lembut oleh
isterinya.
“Sabarlah
angah…. DIA lebih tahu apa yang terbaik. Banyakkan berdoa dan memohon
dari-NYA…” Balas Datin Hjh Mariam.
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
*******************************************************
ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES J
DING DONG!
DING DONG!
DING DONG!
Who should i give my love?
My respect and my honour to?
Who should i pay good mind to after Allah(sw) and
Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night
Holding you tight?
That`s right no other, my mother
Who should i take good care of,
Giving all my love?
Who should i think the most of after Allah and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you,
Before you could walk?
And when you fell, who`d pick you up?
Clean you cut?
No one but, your mother
Who should i stay right close to?
Listen most to?
Never say no to after Allah(sw) and Rasul-Allah?
Comes your mother,
Who next? Your mother,
Who next? Your mother,
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
My mother
Say al-hamdulil-Allah
Thank you Allah
Thank you Allah for my mother
Happy Mother’s Day for those women
that call’s Ibu, Mak, Ummi, Mama, Mummy, Amma, Mom or Else. J
Dear mom,
Happy Mother’s Day mom
Thank’s for being such a good mom
that I’ve and be a supermom to me J
Much appreciated it mom!
Damn love you till the end of my
life
Mom always be my superwomen J
Aku Cinta Kamu mom….
Love,
Your very cute and adorable
daughter J Teheee~
HAHAHAHAHAHAHAHA~
SEDIKIT PERASAN DI SITU YER PUAN-PUAN J
HI LADIES!!!!!
How was the story?
Sweet+sad+horrible+best or dang? Teheeee~ Oh ya, Jay Park was in
Sabah right now! Rock yaw! J
He’s dang handsome and too jambu!
To Mbai Joyce : Did you see him at 1BORNEO last night? Weheuuu~ Hahaha. Erk! Tetiba
interframe sekejap! Hehehehe J
Saya Ratu
Adriana Nadine, ingin meminta maaf di sini sekiranya terdapat kesalahan
ejaan,perkataan,ayat dan sebagainya bagi ACK BAB 19 ini. Also, about my English. I know it was so bad. Sob. Sob. Sob. L
But! I’m trying to improve it. Do support me J Maafkan saya juga sekiranya bab
ini terover dan ‘ter’ sebagainya
lagi. Ngehngehngeh~ I’M SORRY LADIES. I’m
just me. A horrible Ratu Adriana Nadine that always’s doing her mistake J
Chill sudehh~ Tak yah harsh-harsh
sangat ukeh! Please! Ambil yang positive and ignore yang negativenya dear. Thinks's smart ukeh!
Weheeuuu~ After this I bet mesti akan ada yang mengatakan bab ini agak PENDEK! Hehehehe. Whoa~ Chill babe! I’ve marathon today! Please smile and say ‘Yayyyyyy’!
Hahahahaha. Special for MOTHER’S DAY. Khas untuk anda yang bergelar IBU di luar
sana J Happy tak? Happy tak? Happy tak? Tehee~ For those yang
still not married and belum bergelar
seorang ibu. It’s okay. Kita chill sudehhh~ Hehehe. Trip sahajalah
hendaknya. Ngehngehngeh~ J
What will happen for the next entry? What will happen to Triesya+Tengku
Ezkandar Heidi+Papa+Auntie Merissa after
this and lebih tepat lagi for this
MOTHER’S DAY?????? Tetttt! Yes it’s right dear! Hwaiting~ HAHAHAHAAHAHAH J
(Maaf di atas penggunaan bahasa campur di situ. ABC nak? Erk! Tetiba! Haha. J
)
Ladies,
Thanks for dropping by and leave your
comment ya J much appreciated it dear. Trust
me. Do come again and please jangan serik ukeh! Hahahaha. Please. Please and please do drop Ur comment yach! J
Sila tinggalkan comment yang membina
buat saya. Jika anda TERINGIN jatuhkan saya. Please! ANDA TIDAK DIUNDANG DI BLOG INI. TQ J Happy girls!
SILA
TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
SEKIAN.
TILL THEN,
SINCERELY,

BONJOUR=) YAhoooo ada sambungan!!! happy happy..poor papa syed and mama marissa.why don't they just explained the real situation ne kesian pulak kat mama marissa being isolated by her step daughter.anyway i guess there will be conflict between both of them soon since que ez kan anak buah mama marissa eheh.anyway dear apasal malam ne cerita penedek jer mcm tak puas jer nak baca eheh.Goodluck for the next chapter yahoooo love your blogs!!! =)
ReplyDeleteBONJOUR =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment dear :)
Tehee.tulah pasal. actually papa syed tu nak trangkn dah but mummy merissa yg xnk. blm msanya. hehe. :)
Yes dear :) There are lil bit conflict actually. but no worries. the ending its still 'happy ending' =) hehehe.
pndk ke? hehe. xpew. nnti ada special n3 :) hwaiting dear =)
thanks and keep in touch with my blog ya :)
awat sikit sgt??x puas lg ni..
ReplyDeleteratu,dlm novel ni x de wtk antagonis ke??
sbb dr awal bab smpai skg x nmpk pon wtk antagonis tu..
hi siti,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
skit sbb ada dua entry untuk hari ini
watak antagonis tak akan ada buat e-novel ini. kerana sya nak ianya berjalan tanpa watak antagonis yang menggangu satu perhubungan. chill je. thats y its call fantasy. takkan ada di dlm novel2 yg ada skrg ni =)
huhuhuhuu....x dpt tengok Jay Park lar sis Ratu...td ada pergi tp terslh tempat,ingatkn kat autrium centre groundfloor..tp rupa2nya kat gourmet lane.kat luar 1Borneo..bila sampai UMS terdengar bunyi2 org dri sana......uwaaaaaaaaa....stressss.....:-'0(..sia2 bwa laptop berat(sbb dri library trus p 1Borneo..
ReplyDeletetuk nvl ni cam pendek sikit lar eps ni..tp best..
weheuu~ trsgt rugi.... hehehe. cyan awak. he's dang handsome babe! hehe. aiguw~ cyannya tuwh siap bawa lappy yg berat. hehe
Deletepndkkan. xpe. nnti siang kite post next n3 lagi. :) thanks dear for dropping by and leave ur comment :)
sis jgn kata yg mummy trish tu fed up dgn dia nanti..oh no.,..tak dpt ku bygkn apa yg akn trish lakukn bila dia tw tentg TEH ngan mummy dia..mst hbgn tu nanti dlanda badai yg truk cam tsunami..(ni sbb sis dh kata hint*kat komen yg lps)
ReplyDeletehehehehe.
Deleteitu kite kena tgu the next entry eh :)
hwaiting dear :)
pndek sangat la n3 x ni..sis nt wat pnjng ckit ye sis.. bila la triesya tau pasal hbngan que ez ngn mak tiri triesya ya..x sbar nk tengok reaksi triesya..bila triesya ngamuk hnya que ez je yg boleh pujuk..hahahah
ReplyDeletehi cik anonymous :)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehehe. hwaiting for the next entry dear =)
hehe sweetlah awak
Keras juga ye hati si Trish ni, kesian dgn Datin Merissa,
ReplyDeletesemuga Trish dpt berbaik dgn Mama tirinya.
HI anor
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe ya kesian kan. kerasa sgt hatinya =)