AKU CINTA KAMU BAB 34
“SYARIFAH BIKASH BATRIESYA…..” Panggil Dr.Mikail dan memandang tajam ke dalam mata
Triesya sehinggakan Triesya kecut perut jadinya.
“Aaaa..Apa?
Awak. Awak ni siapa?” Soal Triesya tergagap dan menarik selimutnya dan ditutup
terus ke lehernya.
“Jangan
nak tipu abang sayang. Trish boleh tipu yang lainnya. Tetapi Trish tak boleh
tipu abang. Kita dilahirkan
dengan dua buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan
semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan
dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. And… I know that you’re hiding something right now.” Balas
Dr.Mikail. Triesya diam tidak berkutik.
“Saya tak
faham apa yang awak cakapkan…” Balas Triesya. Dr.Mikail tergelak sinis dan
mendekati Triesya. Tubuhnya didudukkan di sisi gadis itu dan spontan tangannya
menarik telinga triesya. Menjerit kecil gadis itu dibuatnya.
“Hah! hah!
Abang Mike! Sakit!!!!” Jerit Triesya dan memegang telinganya dan tangan Dr.Mikail
yang masih bergayut padanya. Tersengih Mikail dibuatnya.
“There you’re my dolly polly. So naughty
huh!” Balas Dr.Mikail geram dan melepaskan telinga Triesya. Triesya mendengus
dan mengosok-gosok telinganya.
“Close the door…” Arahnya. Dr.Mikail
menjungkitkan keningnya. Namun, tetap berdiri dan mendekati pintu bilik
Triesya. Dikunci pintu tersebut dan kembali duduk di sisi Triesya. Tubuhnya
didudukkan berhadapan dengan Triesya.
“Okay. Now, spill it out!” Balas
Dr.Mikail. Triesya berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain.
“It’s just came out automatically.” Balas
Triesya dan memandang Dr.Mikail. Dr.Mikail kerutkan dahi
“What do you mean sayang?” Soalnya kurang
faham. Triesya mengeluh. Peristiwa yang mengakibatkan dirinya tersedar dari
koma dan berpura-pura hilang ingatan seperti itu terlayar kembali diingatannya.
“A weeks ago…”
*****AKU
CINTA KAMU******
AKU mengerutkan
dahiku tatkala terdengar bunyi bising. Di dalam keadaanku yang kaku saat ini
sukar untuk aku mendengar dengan lebih jelas. Namun, pabila tersedar yang itu
adalah suara papa dan auntie Merissa. Spontan aku cuba untuk memasang telinga
walaupun agak susah.
“We
should tell her the truth mummy. Kalau tak semua ni takkan terjadi.” Kedengaran
suara papa berbual dengan auntie Merissa. Aku kerutkan kening. Bagi tahu hal
yang sebenar pada aku? Apa dia? Kenapa semuaya bagaikan berahsia dengan aku.
“But..
Mummy takut dia tak dapat nak terima kenyataan yang sebenarnya.” Jawab auntie
Merissa. Kedengaran suaranya agak sendu. Menangis mungkin.
“Mummy…
Kenapalah mummy ni baik sangat? Sedangkan Trish jahat sangat dengan mummy.
Mummy tetap layan dia dengan baik. Mummy selalu fikirkan perasaan dia. Sedangkan
dia?” Soal papa. Aku terdiam. Memang. Memang selama ni dia melayaniku dengan
baik. Cuma aku sahaja yang melayaninya dengan kasar.
“Mummy
sayangkan dia… Even Trish tak sayangkan mummy.
But, mummy sayangkan dia. Mummy kasihankan dia pa. Dia cukup menderita
selama ni. Kehilangan arwah Qis cukup buat dia terasa down dengan hidupnya.
Lebih-lebih lagi dengan perkahwinan kita. Kadang-kadang mummu terfikir.
Terfikir jika mummy dan papa tak berkahwin. Adakah trish akan menjadi macam
ni?” Balas auntie Merissa dan menangis. Aku terkedu sendiri.
“Astagfirullah’alazim
mummy. Tak baik mummy kata macam tu. Bagaikan mummy menolak takdir dan tak
redha dengan takdir yang Allah swt aturkan buat mummy. Mummy menyesal ke
berkahwin dengan papa? Jadi mummy kepada Triesya?” Soal papa kembali. Nada
suaranya seperti geram. Aku mengeluh. Sedikit sebanyak terusik dengan kata-kata
auntie Merissa tadi.
“Tak!
Tak papa. Maafkan mummy. I was just thinking. Mummy redha dengan takdir yang
DIA aturkan buat mummy. Mummy Cuma rasa kesal kerana perkahwinan kita telah
menjauhkan papa dan Triesya….” Balas auntie Merissa.
“Mummy…
Listen here sayang. That’s why papa nak kita terus terang pada dia. Let her
know about us. Kenapa kita berkahwin. Semuanya kerana wasiat Qis. Qis yang nak
kita berkahwin sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Papa sendiri sukar
untuk menerima. Tapi apa saja yang papa mampu lakukan? Itu adalah wasiat Qis dan
dia berharap sangat pada papa. Berkahwin dengan mummy dan kita berdua jagakan Triesya
untuk dia.” Penjelasan papa itu
benar-benar membuatkan aku tersentak dan ingin menangis saat itu juga. Namun ku
pendam. Kenapa? Kenapa semua ini terjadi kepadaku? Kenapa sebegitu sekali
pergorbanan mama demiku dan papa? Sanggup menyuruh papa berkahwin lagi.And auntie
Merissa? Sanggup sembunyikan hal yang sebenarnya dariku. Kerana dia tahu aku
pasti akan kecewa dengan keputusan yang arwah mama ambil.
Ya
allah swt. Aku bersalah sekali pada wanita itu. Selama ini aku menyalahkan dia
kerana mengambil papa dariku. Namun sebaliknya. Aku hina dirinya. Aku marahkan
dirinya. Aku dendami dirinya. Namun auntie Merissa tetap bersabar dengan
diriku.
“Mummy
tak nak Trish bertambah down dengan dirinya papa…” Balas auntie Merissa dan menangis. Aku mengeluh dan teringat kembali segala kekasaranku padanya selama
ini.Betapa khilafnya aku pada wanita ini. Betapa bodohnya aku berprasangka buruk
padanya. padahal dia tetap melayaniku dengan baik dan memberikan senyuman
ikhlasnya padaku…
****AKU
CINTA KAMU*****
“THEN? Apa yang Trish buat? Sedarkan diri dari koma I guess…” Soal Dr.Mikail kepada Triesya.
Triesya mengeluh dan gelengkan kepala.
“Nope… it’s too early. After papa dan auntie Merissa balik. Ben pula yang
masuk And He was talking with me. That time, Trish bertambah rasa sedih dengan
apa yang Ben luahkan pada Trish. Terharu sangat. Lebih-lebih dengan pengakuan
yang papa dan auntie Merissa. Then, my
condition was going bad. Rasa semput dan sukar untuk bernafas. That time rasa nak mati pun ada. Thanks to Allah Swt sebab Trish masih
diberikan peluang untuk mengubah segalanya kembali.” Balas Triesya pada Dr.Mikail.
Dr.Mikail membelai rambut Triesya.
“So the doctor?” Soal Dr.Mikail hairan.
Pastilah doctor yang merawat Triesya tahu
akan kondisi Triesya. Triesya tersenyum.
“Remember Ronald?” Soal Triesya. Dr.
Mikail kerutkan dahinya dan tidak lama kemudian dia tersenyum kecil.
“Don’t tell me…” Belum sempat Dr.Mikail menyudahkan
kata-katanya Triesya memotong.
“Yes he is. Dr.ronald. Dia doctor pakar bedah di sini. Dia
yang bantu Trish. When I wake up.
Trish berterus terang pada Ronald about
everything and thanks to Allah Swt again
sebab dia setuju with my crazy idea.”
Balas Triesya dan gelengkan kepalanya. Dr.Mikail tersenyum kecil. Triesya. Ada
saja idea gilanya. But at least
dengan idea gilanya ini Dr.Mikail harap everything
goanna’s be okay.
“Seseorang
manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan
kesilapannya…” Ucap Dr.Mikail lembut dan mengusap pipi Triesya. Triesya
terdiam.
“I’m not that kind of person. That why I’m doing
this…” Luah Triesya dan tertunduk. Dia tiada keberanian untuk mengakui
kesilapan dan meminta maaf secara berdepan dengan semuanya. Sejujurnya dia
malu. Malu kerana sudah berprasangka buruk. Lebih-lebih lagi pada Tengku
Ezkandar Heidi dan auntie Merissa….
“Kemaafan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati
yang telah terluka sayang…” Balas Dr.Mikail dan menarik Triesya ke dalam
pelukannya. Terasa gadis itu turut membalas pelukannya. Dr.Mikail tersenyum.
Namun, sekejap Cuma. Dia kembali menjauhkan Triesya sedikit darinya dan
memandang wajah gadis itu.
“But kaki ni betul patahkan?” Soal
Dr.Mikail dan menujuk ke arah kaki Triesya. Spontan Triesya menjerit.
“Betullah!” Balasnya
geram. Ada pula kata kakinya itu hanya patah tipu-tipu.
“Tulah. Bohong
lagi…” Balas Dr.Mikail dan tersengih.
“Abang!!!!”
Marah Triesya dan Dr.Mikail tergelak.
*****AKU
CINTA KAMU*****
AKU membalas senyuman Tengku Ezkandar Heidi yang
sedang menuju ke arahku dengan senyuman manisnya sejurus abang Mikail berlalu
keluar. Lelaki ini. Benar-benar membuatkan aku jatuh cinta padanya. tetap
berada di sisiku walau dalam apa jua keadaanku. What can I say? He’s the one. He’s so perfect for me. Mama pernah kata :
“Find a guy that always be your side whether
you in sad or happy… find a guy that can taking good care of you when you in
pain. Because that guy will make you happy…”
Betullah tu
kata arwah mama. Aku sokong dan
itulah dia. Tengku Ezkandar Heidi. Cinta hatiku. Wah! Dah pandai mengaku cinta
hati. Hekhekhek. Suke hati kitelah! Bluerk! Erk! Ada pula macam tu. Haha.
“HI sayang…” Sapanya padaku dan duduk di
sisiku di atas katil. Sempat ciumannya mendarat di dahiku. Aku hanya tersenyum.
“Hi…” Balasku padanya.
“Bincang apa
dengan Mikail tadi?” Soalnya padaku dna jungkitkan keningnya. Mahu sahaja aku
tergelak di situ. Haila. Jealous ke
cik abang aku ni? Haha. Nampak sangat cemburu. Tapi still control macho. Aku tersenyum dan dekatkan dirinya padanya. Kepalaku
aku sandarkan pada dadanya dan mengangkat wajahku memandangnya. Dia turut
membalas dan memeluk pinggangku.
“Awak marah
ke saya berbual denagn abang Mike?” Soalku dengan suara yang sengaja di
blurkan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kelat dan memandang ke arah lain.
“Bukan marah
tapi cemburu…” Bisiknya perlahan dan kembali tersenyum memandangku. Mahu saja
aku tergelak tergolek di situ. Cemburu tandanya sayanglah awak! Hehe.
“Err. Taklah
yang. Suka adalah…” Jawabnya dengan suara yang senjaga dileretkan. Aku
tersenyum kecil dan memeluk tubuhnya. Tercium bau wangiannya. Hurm. Buat aku
tak nak lepaskan pelukan je. Hehe. Dah berapa hari aku ambil kesempatan.
Hahaha! Shhh. Jangan bagi tahu dia tau! Tak nak kawan!
“Awak pergi
mana tadi? Saya rindu…” Ucapku lembut dengan mata yang sengaja dikebilkan. Dia
tersenyum dan mencium dahiku sekali lagi.
“Stay café dengan yang lain. After that singgah office Que Liff sekejap. Hubby
pun rindu dengan sayang. Rindu sangat….” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan
mencium kedua pipiku. Merona merah mukaku dibuatnya. Selamba badak je dia ni.
“Hei malu
ya?” Soalnya lembut kepadaku dan memegang kedua pipiku. Aku anggukkan kepala
perlahan. Dia tersenyum dan naikkan keningnya nakal.
“Dulu tak
malu pun… Suka je…” Balasnya nakal dan tersenyum. Aku kerutakn dahi dan
memandangnya. Erk! Budak ni. Nak tipu aku ke?
“Ye ke???”
Soalku curiga. Dia tergelak kecil dan anggukkan kepalanya.
“A’ahlah.
Selalu tu you sendiri yang kiss I. peluk I tak nak lepas. 24jam melekat dengan I
….” Balasnya dan tersenyum nakal. Aku terdiam dan mengetap bibir. Oh!!!
Mentang-mentang aku hilang ingatan
kononnya. Nak ambil kesempatan lahtewww!
“Hahahaha.
Hei… Gurau jelah sayang… Marah nampak!” Balasnya lagi dan tergelak. Aku dibawa ke dalam pelukannya. Dipeluk tubuhku dengan erat sekali.
“Tak kisah
apa pun yang berlaku sebelum ni mahupun pada masa hadapan. I’ll always love you… Aku cinta kamu sayang….” Bisiknya lembut ke
telingaku dan aku??? tersenyum bahagia di dalam pelukannya… Papa! Nak kahwin! Hehehe. J
*****AKU
CINTA KAMU******
TENGKU
EZKANDAR HEIDI membantu Triesya
mendudukkan gadis itu di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut dengan
berhati-hati. Setelah itu tubuhnya pula didudukkan di sisi Triesya.Dato Syed
Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa tersenyum senang dengan layanan Tengku
Ezkandar Heidi pada anak dara mereka.
“Mummy masak apa hari ni?” Soal Triesya teruja
pabila melihat mangkuk tingkat dan thermos yang Datin Tengku Merissa
bawakan. Setelah maghrib tadi Dato Syed Al-Azhar, Datin Tengku Merissa, Tan Sri
Tengku Haris dan Puan Sri Tengku Melissa berangkat pulang. Hanya tinggal
dirinya dan Tengku Ezkandar Heidi. Datin Tengku Merissa tersenyum dan
membukakan mangkuk tingkat yang dibawanya tadi serta thermos.
“Mummy masakkan Trish sup ayam dan salad
buah. Que Ez pula ayam masak merah dan udang masak lemak. Okay tak?” Soal Datin
Tengku Merissa pada keduanya. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepala dan
tersenyum. Memang mummy Merissanya pandai
memasak. Jika dia sudah masak pasti sedap. Manakala Triesya pula cemberut 14
depa.
“Kenapa lauk
Trish tak sama dengan hubby?” Soal
Triesya muram. Ketika mereka tergelak kecil.
“Sayang… You kan sakit. Mesti makan makanan yang
berkhasiat. Okay kalau you nak. I sanggup
ikut you makan lauk you.” Pujuk Tengku Ezkandar Heidi
lembut. Pantas Triesya gelengkan kepalanya. Tak sampai hati nak buat sampai
macam tu sekali. Dahlah lelaki itu penat menjaganya.
“Eh. It’s okay. Tak pe. Hubby makanlah. Saya tak marah pun. …” Balas Triesya. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum dan mengusap pipi Triesya.
“Good girl…” Balasnya lembut. Dato Syed
Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa saling berpandangan dan tersenyum penuh
makna. Salute dengan Tengku Ezkandar Heidi yang sabar melayan karenah anak
gadis mereka.
“Que Ez bila
nak masuk office balik?” Soal Dato
Syed Al-Azhar memecahkan kesunyian di saat Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi sedang
mengisi perut mereka. Triesya di suap oleh Datin Tengku Merissa dan manakala Tengku
Ezkandar Heidi makan sendiri. Yalah.Takkan nak suap jugakan? Hehe. Adalah
sesekali sudunya melencong ke mulut kekasih hatinya. Sayang punya pasal
terpaksa ikutkan saja. Kalau tak menangis. Hehe. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat
wajahnya dan membalas senyuman daddy
syednya.
“In Shaa Allah selepas Trish dibenarkan
balik.” Balas Tengku Ezkandar Heidi jujur.
“So siapa yang handle company sekarang ni?” Soal Dato Syed
Al-Azhar penuh minat. Pada masa yang sama terasa terharu kerana lelaki itu
sanggup menjaga anaknya siang dan malam.
“Daddy yang jagakan buat sementara ni. Katanya
rindu nak bekerja balik.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Dato Syed Al-Azhar tergelak.
“Daddy kamu tu tak pandai duduk diam.
Tapi daddy kamu kira bertuah kerana
kamu ada untuk jalankan company dia. Daddy syed ni? Hurm. Triesya ni entah
bila sembuhnya. Lagipun dia tak minat dengan business ni.” Luah Dato Syed Al-Azhar dan memandang anak gadisnya
yang sedang disuap oleh Datin Tengku Merissa itu. Tengku Ezkandar Heidi turut
memandang ke arah Triesya.
“In Shaa Allah. Nanti terbukalah hati dia
tu daddy syed. Berdoa jelah. Lagipun daddy syed muda lagi.” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan tersenyum. Dato Syed Al-Azhar tergelak.
“Takde mudanya
Que Ez. Sepatutnya saat ni daddy syed
duduk rumah dan bermain dengan cucu. Tunggu kamu berdualah ni. Kahwin cepat, Bagi
daddy syed cucu dan pada masa yang
sama bolehlah kamu tolong tengok-tengokkan company
daddy syed tu…”Balas Dato Syed
Al-Azhar. Tengku Ezkandar Heidi tersengih. Terasa merah mukanya kerana malu
pabila isu kahwin dibangkitkan.
“Err. Yang
tu daddy syed kena tanya tuan badan
dia dulu. Kalau dia kata okay. Que Ez okay je…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan
menjeling Triesya di sisi.
“Trish nak
tak kahwin dengan Que Ez?” Soal Dato Syed Al-Azhar kepada Triesya. Spontan
Triesya mengangkat wajahnya dan memandang keduanya. Keningnya dikerutkan dan anggukkan
kepalanya.
“Nak… Saya
memang bercinta dengan awak kan? So
kalau bercinta mestilah tujuannya ke arah perkahwinankan?” Balas Triesya.
Serentak mereka bertiga berpandangan.
“Betul ni
By?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh semangat. Triesya tersenyum dan kembali
menyuakan mulutnya kepada Datin Tengku Merissa. Pandai-pandailah mereka describe ekspirasi mukanya itu. Hehe.
*****AKU
CINTA KAMU*****
AKU yang sedang membaca majalah di atas katil
memandang ke arah pintu bilik apabila dibuka. Tersembul wajah Ben di situ.
Spontan bibirku mengukirkan senyuman padanya. rindunya pada Ben. Dah beberapa
hari dia tak datang. Kata Tengku Ezkandar Heidi, Ben tengah busy sekarang ni. Banyak permintaan bagi
mak-mak datin padanya untuk mereka baju mereka. Memandangkan aku dah tak active dalam bidang peragaan. Maka, Ben
mula menumpukan 100% perhatiannya pada boutique
nya.Wahh.. Masyhuk lah Ben! Hehehe.
“Hi?” Sapaku
padanya dan meletakkan majalah di sisi. Ben dipandang dengan senyuman manis.
Ternyata Ben terkejut dengan reaksiku. Mungkin kerana sebelum ini aku
memberikan reaksi yang melampau. Haha. Sorry
Ben!
“Err. Hi. Kau tak tidur lagi? Sorry kalau aku menganggu. Aku temankan
kau dan tengku malam ni.” Balas Ben dan mengambil tempat di kerusi sebelahku.
Bag yang dibawanya di simpan di atas meja coffee
tadi. Aku tersenyum dan gelengkan kepalaku.
“Takdelah.
Saya masih belum tidur lagi.” Balasku padanya. Agak canggung bersaya awak.
Tetapi takpelah. Berkorban sedikit. Huhu.
“Tengku
mana?” Soal Ben hairan dan memandang ke sekeliling bilik.
“Dia keluar
sekejap. Jumpa dengan Que Liff.” Jelasku padanya. Memang Tengku Aliff ada
menelefon Tengku Ezkandar Heidi tadi.
“Ouh. Hurm.
Aku ada bawakan kau coklat. Nak tak? Tapi jangan bagitahu tengku pula. Nahas
aku.” Soal Ben dengan nada yang perlahan. Lebih tepat lagi berbisik. Aku
tersenyum kecil dan menganggukkan kepalaku. Spontan Ben tersenyum dan
membuka handbagnya. Sekotak ferero
rochre dikeluarkan dari dalam handbangnya.
Dibuka kotak tersebut dan di ambil satu Ferrero
Roche dan dibukakan untukku sebelum disuakan ke dalam mulutku. Aku hanya
menurut sahaja.
“Sedap?”
Soal Ben. Aku anggukkan kepala.
“Lebih sedap
dari smarties kau kan?” Soalnya dan
tersengih. Aku turut sama tersengih. Tahu je dia. Hehe.
“Awak tahu eh
saya minat dengan smarties?” Soalku senagaja
padanya. Dia tersenyum.
“Apa je yang
aku tak tahu tentang kau babe? Kau cakap je. pasti aku tahu. Kecuali tubuh kau
jangan soal aku. Itu bukan urusan aku tau!” Balas Ben dan tergelak. Aku
gelengkan kepala. Dia ni. sempat lagi buat lawak.
“Awak nampak
lain hari ni.” Balasku hairan dan memandang dressingnya.
Ben turut sama memandang tubuhnya dan tersengih.
“Kau kata
hari tu aku pelik. So aku pakailah dressing macam ni. Supaya tak pelik di
mata kau.” Balas Ben. Sememangnya dressing
Ben pada hari ini berbeza dari sebelumnya. Memakai baju kemeja long sleeve rona putih dan seluar jeans.
Selalunya t-shirt berkoler dan siap
ada scarf yang disangkutkan di
lehernya. Ben kini nampak maskulin. Ceh! Haha.
“Sorry…” Balasku serba salah. Bukan
niatku. Cuma nak buat lakonan mantap time
tu. Heee. Ben gelengkan kepalanya dan kembali membuka satu lagi ferero roche untukku.
“It’s not big deallah babe. Aku faham
keadaan kau.” Balas Ben dan suakan coklat tadi ke dalam mulutku. Aku hanya
menurut sahaja.
“Err. Kita
memang rapat ya?” Soalku padanya. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“Rapat gila!
Sampaikan tuala wanita engkau aku belikan tahu!” Balas Ben dan tergelak kecil. Aku
tersengih. Betullah tu. Ben je yang tahu sangat kitaran haid aku. Best tahu ada kawan macam Ben ni. Hee.
“Ye ke?
Kasihan awak!” Balasku padanya.
“Takdelah babe.
Hal kecil je tu. Dah biasa kena dera dengan kau.” Balasnya dan tersengih. Aku
kerutkan dahi. Wah… Pandai kenakan aku nampak! Mentang-mentang aku hilang
ingatan yer dak Ben. Kau mainkan aku!
“Eerrr. Saya
suka dera awak ke dulu?” Soalku padanya curiga. Dia anggukkan kepalanya
sungguh.
“A’ah.
Sampaikan tahu kucing kau si Bobo tu aku cucikan tahu! Jahatlah kau babe!” Balasnya
dan kembali menyuakan ferero roche ke
dalam mulutku. Namun belum sempat masuk ke dalam mulutku. Tangan Ben di halang.
Erk! Tengku Ezkandar Heidi rupanya.
“Ben! What I’ve told you before? No chocolates
Ben.” Marah Tengku Ezkandar Heidi. Ben tersengih dan memasukkan coklat tersebut
ke dalam mulutnya.
“Alah tengku.
Bukan selalu. Kasihanlah dengan budak ni. Smarties
tu okay je dia makan.” Balas Ben dan mengaru kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan
kepala.
“Ben. Ben. Smarties tu dia makan sikit je selalu.
Lagipun kauntiti coklatnya kurang.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan duduk di
sisiku.
“Alolorh.
Sian cayang. Ben dera yer?” Soalnya lembut kepadaku dan mencium dahiku. Aku
tersenyum. Tapi dalam hati tergelak terbahak-bahak dah. Lebih-lebih lagi pabila
Ben membuat muka. Menyampah rasanya.
“Eeee.. I pula yang kena. Malas tau! Dahlah.
Silalah sambung beromantika de amor yer. I
nak jahitkan labuci mak-mak datin ni. Kang bising pula mulut mak datin tu. Malas
aku!” Balas Ben geram dan membawa tubuhnya mendekati sofa. Tergeleng kepalaku
dan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Nakal tau
makan coklat banyak. Pantang I
tinggal sekejap.” Bisiknya perlahan ke telingaku. Aku tersengih.
“Sikit je. Sedap!”
Balasku jujur. Dia tersenyum dan gelengkan kepalanya. Tangannya bermain dengan
jemariku.
“Hubby…” Panggilku dan memandangnya. Dia
turut membalas.
“Bincang apa
dengan Que Liff tadi?” Soalku padanya. Dia tersenyum dan jungkitkan keningnya.
“Takut ke I bincang soal perempuan dengan Que Liff?”
Soalnya nakal. Aku mencebik dan memandang ke arah lain. Dia tergelak dan
menarik daguku agar memandangnya kembali.
“Kita
bincang tentang kes accident you tu. Pemandu
lorry tu dah ditangkap. Kan dia
larikan diri time you accident tu. Sebenarnya
dia memandu di dalam keadaan mabuk time
tu. Dahlah hujan. Mudahlah accident
berlaku. Orang tu pula drive dengan
laju…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Aku terdiam. Aku tahu dia sengaja
menyindirku. Huhuhu.
“Saya nak ke
mana time tu?” Soalku sengaja. Ingin
melihat reaksi Tengku Ezkandar Heidi. Ternyata raut wajahnya berubah.
“Err… Nak balik
kondo you. A’ah. Kondo you.” Balasnya dan mengaru kepalanya. Aku
terdiam. Kenapa harus menipuku?
“Err. Okay…”
Balasku pendek. Pelik! Adakah kerana tidak ingin aku mengingati kembali apa
tujuanku memandu dengan laju malam itu?
“Hurm. Hubby?
Siapa Bobo? Ben ada sebut tadi…” Soalku pula. Kini wajahnya mula mengukirkan
senyuman kembali.
“Bobo tu
kucing parsi. I hadiahkan pada you time you merajuk dengan I. Cute sangat. I’m sure
dia pun rindukan mummy dia ni. Sekarang
ni auntie Que Sha dia yang jagakan.” Jelas
Tengku Ezkandar Heidi senang. Aku tersenyum kecil. Betullah kata Ben. Dia sendiri
turut sayangkan Bobo.
“Mummy?” Soalku hairan. Buat hairan
sebenarnya.
“A’ah. Mummy. Mummy tu youlah. We use to call
ourself mummy and daddy bila dengan Bobo.” Jelas Tengku Ezandar Heidi. Aku tersenyum.
“Bila I boleh jumpa dengan Bobo?”
“Esok okay. Esok
I minta Que Sha bawakan Bobo untuk you. Now, you’ve to sleep. Hari ni you active sangat. Rest ya sayang. Esok kita main lagi.” Balasnya dan menolak tubuhku
lembut agar aku baring. Sempat dia mengeyitkan matanya kepadaku nakal. Aku tersenyum.
Memang aku agak active pada hari ini.
“Good night sayang. Sleep tight and sweet dream. Mimpikan I ya. Aku cinta kamu…” Bisiknya ke telingaku dan mencium dahiku. Aku
memejam mataku dan hanyut dengan dunia ciptaanku sendiri…..
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.
**********************************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies!
HI! How was the story? Okay tak? Hehehe. Kan dah terjawab semuanya. Tak
sangka ada readers yang cukup bijak
sampai dapat meneka dengan baik. You Go
Gurls! Hehehe J
Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA
MAAF sekiranya ACK BAB 34 tidak
menepati piawaian cita rasa anda dan ianya tidak logic. Hei! Ni story kite
lah. Sukewww hati kitew lewwww! Wahh! Gediks bahasa engkau! Hahaha J MAAF juga sekiranya ada kesalahan
ejaan, ayat dan perkataan. Juga MAAF
jika cerita ini terOVER, TAK LOGIC
dan TERLEBIH SUDAHHHH~ MAAF L
Hukhukhuk~ Kita chill sudeh ukeh! J
Ladies, apakah yang akan terjadi
seterusnya pada hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi? Adakah mereka akan
bahagia selepas ini ataupun kembali dilanda musibah? Kita nantikan entry yang seterusnya. Hwaiting! J
Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment dear J Much Appreciated It! J Please!
Please! And Pelase! Leave Ur Comment Ya! J
SILA
TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J
Till Then,
Sincerely,

kiranya papa triesya kahwin dgn tg.merissa tu sbb wasiat mama triesya rupanya.
ReplyDeleteso, bila triesya nak terus terang dgn semua org yg dia sbnrnya x hilang ingatan??
HI siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe a'ah mcm tulah ceritanya :)
tang tu kite tgu next n3 ya :)
sweetnya... tapi x baik la Triesya buat camtu...next e3 pls...hehe..TQ Ratu..
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe hwaiting dear :)
most welcome
sweet my que ezz..tergoda klau que ez mula stat romantik dio gak..hehhe
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe lomah iman den! hahaha =P
Novel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!
ReplyDeleteNovel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!
ReplyDeleteNovel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!
ReplyDelete