
AKU mengeluh dan
mengembungkan pipiku. Tubuhku dibaringkan di sofa moden rona kelabu yang berada di living room tingkat dua banglo papa.
Kakiku dijeling. Daguku diketuk. Agak tidak selesa dengan kaki berbalut seperti
itu. Memaksa diriku memakai short pants
dan skirt. Lagi sebulan lebih barulah
simen ini akan dibukakan. Itu kata Dr.Ronald. Setahu aku kes patah kaki
kebanyakannya mengambil masa yang lama untuk sembuh. Tapi itu kes patah
beratlah. Aku ni ringan saja. Patah sedikit di bahagian betis. Kalau nak kata
ianya retak pun kira macam tulah juga. Tapi sakit oh! Huhuhu.
“Huh!!!”
Aku mengeluh lagi.
“Bosannnnn!!!!”
Rungutku dan memejamkan mata. Hari ini, hanya di awal pagi tadi aku berpeluang
berjumpa dengan Tengku Ezkandar Heidi. Itupun Cuma sekejap. Tengku Ezkandar
Heidi datang dan memastikan aku bangun, makan ubat dan minum susu. Katanya bagus
untuk kesihatan tulang kakku. Kalsium kononnya. Setelah itu, dia terpaksa
bergegas ke office. Ada meeting katanya. Aku tak larang. Lagipun
aku faham keadaan dia. Tapi tulah…. Aku pula yang mati kutu sekarang ni. Erk!
Mati kutu? Macam mana mati kutu? Adakah seperti kutu yang mati terkapar-kapar?
Hahaha. Doi! Lawak sungguh! Otak pun dah ikut toing-toing.
Hurm… Terasa
kosong bila si dia tak ada di sisi. Beberapa hari ni dia selalu berada di
sisiku. Pabila di dalam situasi seperti ini. Hurm…… Aku rindu. Aku bosan. Aku nak
menangis!!! Huwarhhh~ Huhuhu.
“Haiyarkkk!!!
Bosan!!!!” Rungutku lagi dan menutup wajahku dengan bantal kecil sofa.
Kring!
Kring!
Kring!
“Huh?”
Gumamku dan spontan aku menarik bantal dari menutup wajahku. Iphone yang berada
di atas meja dijeling. Haila. Asal kau jauh sangat hah? Cikabeng betul!.
“Hah!”
Keluhku lagi. Astagfirullah’alazim. Entah
berapa kali aku mengeluh. Hampeh betul. Tubuhku didudukkan dan Iphone di capai.
“Hubby!” Jeritku gembira setelah melihat
nama si pemanggil. Tersenyum riang aku dibuatnya.
“Asalamu…”
“Hubby! Baby rindu!!!!” Sapaku teruja
padanya. Kedengaran suaranya tergelak kecil.
“Hei…
Sayangggg hubby. Tak baik tau potong
salam hubby…” Tegur Tengku Ezkandar
Heidi lembut kepadaku. Haiyark! Kena sebiji dekat hidung aku yang mancung ni. Kepala
digaru.
“Err. Sorry….” Balasku perlahan. Malu sebenarnya
ditegur begitu. Huhu.
“It’s okay sayang. Hubby faham. Hubby pun
rindukan baby…. Oh ya, before that. Asalamualaikum wbt sayang…”
Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut. Aku tersenyum kecil. Lelaki ini tidak
pernah memarahiku. Selalu berlembut.
“Walaikumsalam
wbt awak…” Balasku padanya. Dia tergelak.
“What do you doing right now?” Soalnya
kepadaku. Aku mengeluh.
“Tak ada
buat apa. Bosan…. Tahap gaban pula tu… Bila awak nak balik?” Balasku.
“Two an half hour like that. Ada kerja sikit
sayang.” Jelasnya. Aku mengetap bibir. Setengah jam lagi? Huh. Lama tu!
“Errr. Okay then.” Balasku .
“Kenapa ni?
Tak suka ya?” Soalnya lembut. Aku mengeluh. Haih! Mengeluh lagi gamaknya.
“Takdelah.
Cuma saya bosanlah… Awak takde.” Balasku jujur. Dia tergelak kecil.
“Rindu?”
Soalnya.
“Rindu…”
Balasku dengan senyuman kecil.
“Okay good. Kalau rindu I ada sesuatu sediakan untuk you. My surprise tu mungkin sedang di
dalam perjalanan nak ke rumah you. Get ready
sayang…” Balas tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku terdiam. Erk! Surpise apa pula ni? Mengada. Pizza hut delivery ke? Hahahhaha.
“Erk!
Apa?” Soalku. Dia tergelak kecil.
“Don’t worry. Kejutan yang I buat takkan makan you. I’m sure you lovin’t it. Okaylah sayang. I’ve to continue my work. Jumpa malam ni…Love you sayang. Bye.” Balas
Tengku Ezkandar Heidi dan mematikan panggilan. Aku tercengang sendiri dan
memandang Iphone di tangan. Erk! Asal mamat ni?
“Trish?”
Panggil mummy kepadaku. Wahh. Mummy? Hehe. Ya mummy. Dah takde auntie Merissa
lagi J Hehe.
“Ya My?”
Soalku padanya dan memandang mummy
yang duduk di sisiku.
“Kenapa ni?
Muka cemberut je.” Soal Mummy dan
mengusap rambutku. Aku tersengih. Ketara sangat ke?
“Takdelah
mummy. Ni hah Que Ez ni. Katanya nak
buat surprise. Entah surprise apa entah.” Jelasku padanya. Mummy tersenyum.
“Adalah tu.
Que Ez tu sejak kecil memang suka buat surprise.
Suka buat orang tergamam dengan surprise
dia.” Jelas mummy dan tersenyum. Aku tersenyum
kecil memandang mummy.
“Ye ke
my?” Soalku tak percaya. Patutlah suka buat surprise.
Hehe.
“Ye
sayang. Hubby Trish tu pernah buat surprise birthday buat mummy time kat oversee dulu. Satu hari tu dia buat-buat lupa birthday mummy. Wish pun tak. Rupanya dia dah rancangkan satu birthday party buat mummy di sebelah malam. Siap call
parents dia dan Que Sha datang dari jauh. Terkejut dan terharu sangat mummy masa tu.” Jelas mummy. Aku tersenyum. Comelnya dia.
“Sweetnya dia. Selalu macam tu suka buat
orang happy..” Balasku. Memang dia
begitu. Selama ini setiap kejutan yang buatkan untukku selalu membuatkan aku
gembira. Terbayang kembali setiap kejutan yang Tengku Ezkandar Heidi buatkan
untukku dan kejutan yang aku paling suka adalah ketika dia membawaku bercuti di
resort milik keluarganya.
“Que Ez memang
macam tu sayang. Bila dia dah sayangkan orang tu dia sanggup buat apa sahaja
demi orang tu asalkan orang kesayangan dia happy.
Que Ez susah nak sayangkan orang. Tapi, bila dia dah sayang. Dia akan sayang
berhabis boleh dan akan menghargai orang tu. Triesya bertuah sangat sayang… Mummy suka sangat kalau Que Ez dan trish
berkahwin…” Ucap mummy kepadaku. Aku tersenyum
dan baringkan kepalaku di bahu mummy.
“Mummy dan papa tak kisah ke Que Ez jadi menantu mummy dan papa?” Soalku lembut.
Mummy menjeling memandangku penuh
makna.
“Apa pula
kata macam tu? Mestilah tak kisah. Mummy
dan papa suka sangat.” Balas mummy. Aku tersenyum.
“Eeee. Sayang
mummy!” Balasku teruja dan memeluk mummy. Mummy tergelak.
“Amboi! Orang
tu dah angau sangat dah dengan Que Ez dia.” Sakat mummy. Aku tergelak. Angau sangat dah ni my…
“Oh ya. Sayang.
Malam ni mummy dan papa ada dinner dengan client.” Jelas
mummy. Aku mengangkat wajahku
memandang mummy.
“Habis Trish?”
Soalku hampa.
“Trish…”
“Hello!” Sapa Tengku Erissa Hani dan Ben kepada
kami berdua. Spontan aku duduk tegak. Erk! Asal dua ekor ni? Siap bawa set alat
make up dan dress bagai.
“Hello. Erk.
apa tu?” soalku hairan. Kedua saling berpandangan dan tersenyum.
“Dress lah nok! Takkan dah lupa juga kot?”
Soal Ben hairan. Aku mencebik. Dia ni! Aku tahulah! Aku Cuma hairan je.
“Tahulah!
Tapi nak buat apa?” Soalku hairan. Ben dan Tengku Erissa Hani tersenyum kecil.
“Nah! Abang
bagi…” Sampuk Tengku Erissa Hani dan menyerahakn sebuah kad kepadaku. Aku menyambutnya
dan membaca kad tersebut. Tergamam aku dibuatnya.
“Apa tu
sayang?” Soal mummy. Aku menyerahkan kad
tersebut pada mummy.
“My dear, Triesya. You’re invited to having a romantic candle light dinner with me by 0800
pm. See you later sayang. Love you. Sincerely,
TEH.” Baca mummy.
“Okay now! Get ready girl!” Sampuk Ben
dan menarikku agar berdiri dan aku mengikut saja.
****AKU CINTA KAMU******
TENGKU EZKANDAR HEIDI menanti penuh sabar di living room. Sejak tadi matanya asyik mengerling jam tangannya. Terasa
begitu berdebar sekali menanti si dia yang tengah bersiap. Baju kot serba
hitamnya dan dipadankan dengan kemeaja long
sleeve rona merahnya dibetulkan. Entah kenapa dia begitu berdebar-debar
sekali mala mini.
“Ehem!”
Dehemnya dan membetulkan rambutnya. Aduhai. Seram sejuk tubuhnya saat itu. Begitu
berdebar sekali.
“Abang…”
Panggil Tengku Erissa Hani dan Tengku Ezkandar Heidi berpaling.
“Tada!” Jerit
Tengku Erissa Hani dan Ben teruja menujukkan Triesya di belakang mereka.
“Wow!”
Ucap Tengku Ezkandar Heidi tanpa sedar. Tergamam apabila memandang si dia yang
cantik dan seksi memakai evening gown
rona merah. Terdapat belahan jadi dari paras peha hinggalah ke buku lali. Nampak
cantik sekali. Rona meraah amat sepadan sekali dengan warna kulit Triesya. Memang
salutelah dengan Ben.
“Baby?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tidak
percaya. Triesya yang sedang berpaut pada Ben tersenyum kecil. Tidak menyangka
sebegitu sekali penerimaan Tengku Ezkandar Heidi. Nampak terkejut habis! Haha.
“Yes sayang…” Balas Triesya dan
memberikan senyuman manis pada Tengku Ezkandar Heidi.
“Ehem! Tengku.
Kalau ya pun coverlah terpukau tu.” Sindir
Ben dan tergelak. Spontan Tengku Ezkandar Heidi kembali berdehem dan
membetulkan kot ditubuhnya. Terasa malu pabila disindir sebegitu sekali. Lebih-lebih
lagi pabila melihat adiknya dan Ben tergelak sakan. Si dia pula tersenyum
manis.
‘Aduhai.
Kalau macam ni malam ni juga aku nak kahwin…’ Desis hati Tengku Ezkandar Heidi
Nakal.
“Errr. Oh
ya. This is for my beautiful lady…”
Balas Tengku Ezkandar Heidi tersedar. Dia membongkokkan tubuhnya sedikit dan
menyerahkan bounquet bunga lily rona
putih kepada Triesya. Kegemarannya sejak dulu. Takut jika gadis itu tidak suka.
Triesya menyambutnya dengan senyuman manis. Bunga lily. Kegemrana Tengku
Ezkandar Heidi dan kini menjadi kegemarannya juga.
“Thank you…” Ucap Triesya lembut.
“Anything for my
lady…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya. Ben dan Tengku
Erissa Hani saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.
“Okay then. Better you
make a move now. Enjoy your candle light dinner dear.” Sampuk Ben dan
menyerahkan jemari Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi sambut
dan kini Triesya berdiri di sisinya. Keadaan Triesya yang masih memerlukan
tongkat untuk berjalan membuatkan dia terpaksa memeluk lengan Tengku Ezkandar
Heidi dan meminta sokongan dari lelaki itu untuk berdiri.
“Shall we?” Bisik Tengku Ezkndar Heidi lembut
di telinga Triesya dan merenung jauh ke dalam anak mata gadis itu. Triesya tersenyum
dan anggukkan kepalanya.
“Hah!” Terjerit
kecil Triesya pabila Tengku Ezkandar Heidi dengan selambanya lelaki itu
mencempungnya. Dengan spontan kedua-dua tangan Triesya melingkar di leher Tengku
Ezkandar Heidi.
“Awak!”
Jerit Triesya geram dan memukul bahu Tengku Ezkandar Heidi. Hampir melayang
jantungnya pabila dengan selamba lelaki itu membuat seperti itu. Tengku Ezkandar
Heidi tersenyum manis.
“I kasihankan you. Penat nak berjalan. So I’ll
make it easy dear…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya. Triesya
tersenyum dan mengeratkan lingkaran tangannya pada leher Tengku Ezkandar Heidi.
***AKU CINTA KAMU*****
TRIESYA mengerutkan
dahinya memandang sekeliling kawasan tersebut. Tengku Ezkandar Heidi dipandang.
Keningnya dikerutkan. Pening dia dibuatnya. Entah apa si dia tengah rancangkan
saat ini.
“Hubby?” Panggil Triesya lembut. Tengku Ezkandar
Heidi memandnag Triesya yang masih di dalam cempungannya dan menaikkan keningnya.
“Yes sayang?” Jawabnya.
“Apa
kita buat kat sini” Soal Triesya hairan. Kata tadi nak candle light dinner segala. Ingatkan kat hotel 5 star milik keluarga
lelaki itu. Rupanya di sini?
“Tepi tasik
belakang rumah papa ni? Apa kes?” Soal
Triesya lagi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Pipi putih dan mulus Triesya dicium
kejap. Rasa geram.
“Why? Tak suka ke?” Duga Tengku Ezknadar
Heidi nakal. Triesya mengembungkan pipinya.
“Penat je
dressing cantik-cantik macam ni. Nak tengok
tasik yang gelap ni je ke?” Rungut Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“Siapa kata
gelap?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lagi. Triesya mengerutkan keningnya. Agak-agaklah
keadaan tasik buatan di belakang rumah papanya itu benar-benar gelap saat ini. Selalunya
terang berderang je. Tak tahu pula hari ni gelap semacam.
“Tak Nampak
ke?” Soal Triesya balik. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Triesya. Pabila mula
bercakap berhentinya tidak. Comel.
“Are you ready?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi pula dan menaikkkan keningnya. Triesya membuat muka.
“Ready for what?” Soalnya geram.
“Ready for our special nights…” Bisik
Tengku Ezkandar Heidi. Triesya terdiam dan terkebil-kebil memandang wajah kacak
lelaki itu.
“Maksud?”
Balasnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memandang ke depan.
“Surprise!” Balas Tengku Ezkandar Heidi
teruja dan memandang Triesya di sisi. Triesya pula spontan tergamam. Tergamam memandang
keadaan sekeliling tasik tersebut. Pokok-pokok yang terdapat di sekeliling tasik
itu di hiasi dengan colour light yang
berona roni. Sekali pandang seperti kelip-kelip yang berada di pokok. Dan…
“Wah.. Cantiknya..”
Puji Triesya pabila memandang ke hujung jeti. Terdapat dua buah kerusi dan meja
yang dihiasi dengan lampu di sekelilingnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan
berjalan mendekati meja dan kerusi tersebut. Triesya didudukkan di atas kerusi
dan Tengku Ezkandar Heidi membuka ikatan tali pada tiang yang terdapat di tepi
jeti. Maka tempat mereka berdiri kini sedang terapung-apung di atas tasik.
Triesya tergamam.
Tak sangka tempatnya duduk saat ini adalah terapung. Tidak menyangka sebegitu
sekali Tengku Ezkandar Heidi mengejutkannya.
“You like it sayang?” Bisik Tengku
Ezkandar Heidi dan mengambil tempat di hadapan Triesya. Butang kotnya di buka. Triesya
tersenyum kecil. Bagaikan tidak percaya yang dia sedang terapung di atas tasik
tersebut.
“Suka
sangat… Macam mana you terfikir nak
buat dinner dekat sini? It’s unique but beautiful.” Balas Triesya
jujur. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan meggengam jemari Triesya.
“Unique right? Selama ni orang buat candle light dinner dekat hotel, garden and beach. But we’re different..” Balas Tengku Ezkandar Heidi.
“Actually plan yang sebenarnya bukanlah
di sini. I’ve planned this before. But,
yarh. Something came up…. So this time it’s
a spontaneous. Ianya spontan terkeluar dari minda I. Memandangkan you tengah sakit kaki sekarang ni dan
susah nak berjalan. So I was planned all
this. Of course dengan bantuan Que Sha, Ben and Burn. Oh ya juga Que Liff and
Ragell.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan kenyitkan matanya. Di dalam masa dua
hari dia telah merancang ini semua. Nasiblah juga menjadi. Hehe.
Triesya menahan
sebaknya. Tidak tahu harus memaparkan reaksi bagaimana. Jujur. Dia terasa
terharu dengan kejutan yang Tengku Ezkandar Heidi buatkan untuk dirinya. Jika difikirkan.
Most of time, lelaki itu tidak pernah
lelah untuk mengambil hatinya. Sedangkan dia? Hanya tahu menyakiti hati lelaki
itu….
“Hei… Kenapa ni?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi lembut dan mengusap pipi Triesya. Air mata gadis itu dilap lembut. Tidak
menyangka yang gadis itu akan menangis. Terasa serba salah.
‘Aku ada
salah cakap ke?’ Desis hatinya.
“Kenapa awak
buat semua ni?” Soal Triesya sebak. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan
mengusap pipi Triesya lembut. Mata gadis itu dipandang.
“Sebab I cintakan you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Dia ingin meluahkan
segalanya malam ini. Dia ingin malam ini menjadi malam kenangan terindah mereka
berdua. Kedua ibu bapa mereka jugamengetahui hal tersebut dan alasan Dato Syed
Al-Azhar dan Datin Tegku Merissa dinner
bersama client hanyalah alasan. Walhal
saat ini kedua ibu bapa mereka tengah lepak di rumah nenda. Hehe.
“Did you really mean it? I’m sorry. Saya bukan
nak pertikaikan perasaan awak… but… I just
don’t know… Layakkah saya menerima cinta lelaki seperti awak… You’re kind towards me. I don’t think ada lelaki kat luar sana
yang sudi jagakan kekasih dia yang tengah sakit. But you did that… you’re always be my side when I need you…” Balas Triesya
jujur. Lelaki itu dipandang dan seperti biasa. Tengku Ezkandar Heidi memberikan
senyuman mnais padanya. Jemari Triesya ditarik lembut dan dicium.
“I’m the one that should ask you that
question sayang…. Layakkah I mendapat
cinta gadis hebat seperti you? For the
first time, when was I meeting you. I don’t know. Jantung I secara automaticnya berdebar kuat apabila terpandang you and I kata di dalam hati I
yang I akan jadikan you bakal isteri I. I was fallen in love with you in the first sight… It’s so
beautiful… and menjadi kekasih you
dan berada di sisi you membuatkan
hidup I sentiasa gembira. When I wake up everyday. Hanya you yang berada di fikiran I . even when I was in meeting. I was
thinking about you…day by day, I semakin yakin denagn perasaan ni. Yes. Maybe before I was a playboy. But after
I knew you. Hanya you yang ada
didalam hati dan mata I Syarifah
Bikash Batriesya….” Luah Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut jemari gadis
itu. Air mata Triesya yang jatuh dilap lembut.
“Sayang…”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan berdiri. Kerusi ditolak sedikit ke
belakang dan tubuhnya di bawa mendekati Triesya. Triesya tergamam pabila Tengku
Ezkandar Heidi berlutut di hadapannya. Sesuatu dikeluarkan dari dalam kocek
kotnya dan Triesya pasti ‘benda’ itu akan mengubah hidup dan statusnya selepas
ini…
“Syarifah Bikash
Batriesya…. I came here tonight because when you realize you want
to spend the rest of your life with somebody, you want the rest of your life to
start as soon as possible. So do I … Storm clouds may gather and stars
may collide, but I love you, until the end of time Triesya… Only
you, you’re the only thing I’ll see forever. In my eyes, in my words and in
everything I do….”Luah Tengku Ezkandar Heidi dan memandang tepat ke dalam
mata Triesya. Nafasnya ditarik seketika. Mengambil kekuatan untuk menyambung
luahan perasaannya. Berdepan dengan Triesya kini bagaikan berdepan dengan
seorang hakim. Memerlukan bukti yang
kukuh. Kerana Tengku Ezkandar Heidi pasti. Jika dia tidak menegak dan
memperjuangkan cintanya. Silap-silap gadis itu akan menolak lamarannya. Triesya.
Sukar diduga orangnya. Lebih-lebih lagi di saat dia hilang ingatan kini.
“Syarifah Bikash
Batriesya…. Saya Tengku Ezkandar Heidi. Ingin melamar awak menjadi yang halal
buat saya. Melengkapi tulang rusuk saya dan selalu berada di sisi saya tidak
kira d masa susah,senang, sedih dan gembira… will you marry me sayang? I may
not perfect and romantic like the others. I juga tak sehebat Nabi Muhammad dan Nabi Yussuf yang mampu menjadi
suami yang sempruna dan romantic pada
isteri mereka. But I’m trying to be the
best and perfect for you sayang… In
Shaa Allah… Jika diizinkan-NYA. I
berusaha untuk membuatkan you
bahagia. Berada di sisi you bila you perlukan I dan menjadi pelengkap hidup you
di kala kekurangan. I tak mampu nak
berjanji apa-apa. Kerana I takut I akan memakan janji I sendiri. Tapi I hanya mampu berusah untuk mmebuatkan Syarifah Bikash Batriesya menjadi
seorang gadis yang bahagia bergelar isteri kepada Tengku Ekznadar Heidi….” Luah
Tengku Ezkandar Heidi dan menujukkan cincin bertatahkan berlian hasil rekaan Tengku
Ezkandar Heidi sendiri.
Triesya terdiam
dan menutup mulutnya. Terasa sebak dan terharu pabila Tengku Ekznadar Heidi melamarnya
seperti itu. Jujur. Ianya amat romantic
sekali.Wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi dipandang. Wajah kacak itu memandangnya
penuh mengharap…. Namun dia sendiri bingung. Takut akan dengan keputusannya
sendiri. Dia sayang. Dia cinta. Namun terasa takut untuk menempuhi alam
perkahwinan bersama lelaki itu. Takut tidak dapat menjadi seorang isteri yang
solehah. Menjadi seorang isteri bukan senang. Semuanya harus memerlukan
persediaan yang mendalam dan terperinci… Wajahnya dialihkan ke arah lain.
“Sayang?” Panggil
Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memegang jemari gadis itu. Terasa kebas berlutut begitu lama. Namun
demi Triesya dia sanggup.
“I’m sorry.. Give me time. I perlukan
masa untuk fikirkan ini semua….” Ucap Triesya lembut dan mata merahnya
memandang ke arah lain. Tidak sanggup untuk memandang wajah kecewa lelaki itu… Tengku
Ezkandar Heidi mengeluh…
‘Gagal lagi…’
Desis hatinya hampa. Tubuhnya di bawa diri dan ingin kembali ke tempat
duduknya. Namun tidak menjadi pabila Triesya menarik tangannya lembut sehingga
memaksanya untuk menoleh memandang gadisitu. Jemarinya di bawa dekat pada bibir
Triesya. Dikucup lembut penuh kasih. Kembang hati Tengku Ekzandar Heidi dibuatnya.
“I’m sorry. Saya tak tolak tau by… Saya minta masa je. Promise. Saya akan bagitahu jawapannya
pada hubby esok. Boleh ya?” Jelas
Triesya lembut. Tidak sampai hati melihat wajah kecewa kekasih hatinya itu. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Terpujuk dengan kata-kata Triesya. Kepalanya
dianggukkan dan tubuhnya dibongkonkkan sedikit. Dikucup penuh kasih dahi Triesya.
Lama.
“Take your time sayang… I’ll always waiting for you..” Bisiknya dan
memeluk tubuh Triesya erat. Terbuai Tengku Ezknadar Heidi seketika dengan bau
haruman tubuh gadis itu. Gucci guilty by Gucci.
Perfumed kegemaran gadis itu.
“Aku cinta
kamu…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut.
*****AKU CINTA KAMU****
BEN dan Tengku Erissa Hani sedang duduk di mini cinema banglo Dato Syed Al-Azhar sementara
menanti Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi menikmati malam terindah mereka. Tengku
Erissa Hani menjeling Ben yang duduk di hujung sana. Di hujung seater home cinema yang terdapat di dalm
bilik tersebut. Sementara Tengku Erissa Hani berada di hujung seater home cinema sebelah sini. Filem Iron Man yang ditayangkan di screen besar sudah tidak diendahkan. Walaupun
berada di dalam keadaan yang gelap sedikit. Namun, Tengku Erissa Hani masih
dapat melihat dengan jelas wajah kacak Ben.
‘Kenapalah Ben
ni kacak sangat?’ Desis hatinya.
Ben yang
masih khusyuk menonton wayang itu direnung. Wajah Ben yang kacak diamatinya. Ben
orangnya berkulit cerah kerana berdarah cina-belanda. Biji matanya berona hijau
tua, keningnya agak lebat sedikit dan bulu mata Ben agak melentik. Triesya kata
bulu mata Ben itu meletik semula jadi. Bukannya di buat. Kerana Ben mengikut
gen ibunya. Manakala hidung Ben pula agak mancung dan bibirnya nipis tetapi
tampak segar. Err. Macam mana eh nak describe.
Bibir Ben ni Nampak merah sebab tak merokok. Mungkin juga kerana Ben memakai lipstick. Lipstick? Hahahha. Lucu!
“Kenapa?”
Soal suara garau Ben tanpa menoleh memandang Tengku Erissa Hani di sisi. Sejak tadi
dia perasankan sikap gadis itu. Naik seram dia dibuatnya. Spontan Tengku Erissa
Hani kembali menoleh ke depan. Malu! Dah red
caught!.
“Err. Kenapa
apa?” Soalnya bodoh kepada Ben kembali tanpa menoleh memandang Ben di sisi. Ben
mengerutkan keningnya dan memandang Tengku Erissa Hani. Pelik sekali perlakuan
gadis itu kini. Selalu mencuri pandang Ben.
“Nothing… Forget it…” Balas Ben dan
kembali menonton Iron Man yang ditayangkan di screen. Tengku Erissa Hani mencuri pandang Ben di sisi dan
tersengih.
“Phewww! Nasiblah
dia tak soal banyak!” Bisik Tengku Erissa Hani perlahan dan tersengih.
“Err. Ben?”
Panggil Tengku Erissa kembali. Ben menoleh memandang Tengku Erissa Hani seketika
dan kembali memandang ke hadapan.
“Hurm?”
Soalnya pendek. Tengku Erissa Hani berdiri dan dudukkan dirinya di seater sebelah Ben. Terkerut dahi Ben dibuatnya.
“Err. If you don’t mind. Boleh tak temankan I ke weeding
my friend nanti? Please Ben. I dah
takde kawan nak bawa…” Soal Tengku Erissa Hani mengharap. Ben terbatuk.
‘Biar betul
dia ni? Tak perasan ke aku selalu nak avoid
kau in a few days ni? Aku sendiri
pening dengan perasaan aku!’ Bentak hatinya. Wajah cantik Tengku Erissa Hani dipandang.
Comel betul. Mana tak cantik kalau dah namanya adik kepada Tengku Ezkandar
Heidi yang kacak tu. Nafasnya dihelakan.
“I malulah babe…” Tolaknya segan. Tengku Erissa Hani mengeluh.
“Nak malu
apanya?” Soal Tengku Erissa Hani kembali.
“Malulah dengan
keadaan I. You tak malu ke bawa
lelaki setengah macam I ni?” Duga
Ben. Keningnya dinaikkan. Tengku Erissa Hani melepaskan nafas beratnya. Kepalanya
digelengkan.
‘Nak malu
apa? Bangga adalah! Handsome siot!’ Desis
hatinya nakal.
“Taklah Ben.
Lelaki setengah apa? You normallah…” Balas
Tengku Erissa Hani sungguh. Ben mengeluh. Wajah cantik Tengku Erissa Hani yang mengharap dipandang. Cair dia dibuatnya.
“Okay fine!” Jawab Ben dan beralah. Spontan
Tengku Erissa Hani bersorak riang dan memeluk tangan Ben.
“Err. Janganlah
babe. I nak tengok movie ni..” Tolak Ben dan melepaskan
pautan tanagn Tengku Erissa Hani padanya. Terasa sesuatu pabila gadis itu
mendekatinya. Yang pasti dia sendiri tidak tahu apa ‘sesuatu’ itu. Tengku
Erissa Hani mengetap bibirnya. Dia tahu. Ben sengaja menolak dirinya sejak kes
hari tu. Dia pula entah kenapa gatal-gatal nak mendekati Ben. Yang pasti dia
punya perasaan pada Ben yang lembut itu. Superhero
pinknya.
“Ops sorry..” Balas Tengku Erissa Hani dan
tersengih. Mereka kembali mnonton filem Iron Man yang ditayangkan. Ben mengeluh.
Entah kenapa tiba-tiba dirasakan hidupnya kosong di saat mengetahui Triesya dan
Tengku Ezkandar Heidi akan berkahwin tidak lama lagi. Dia pula? Huh.
“Kenapa Ben?”
Soal Tengku Erissa Hani hairan. Ben menjeling Tengku Erissa Hani di sisi dan
mengelengkan kepalanya.
“Entahlah babe… I rasa kosong pula bila dengar Trish
nak berkahwin dah. I juga yang
tinggal keseorangan…” Luah Ben. Tengku Erissa Hani terdiam dan memandang Ben. Perlahan-lahan
tangan Ben dipegang.
“Errr. I kan ada Ben?” Jawabnya lembut. Ben tergamam
dengan jawapan Tengku Erissa Hani dan dengan selambanya memegang jemari Ben. Ben
menarik tangannya lembut tetapi di halang oleh Tengku Erissa Hani.
“Apa yang
you katakan ni Que Sha?” Soal Ben dingin.
“I know it was crazy… But I think I’m in love
with you,….” Luah Tengku Erissa Hani dan memandang bebola mata hijau Ben. Ben
mendengus dan berdiri. Pautan tangan Tengku Erissa Hani pada jemarinya di tolak
kasar. Tersentak Tengku Erissa Hani dibuatnya.
“Ben…” Panggil
Tengku Erissa Hani kaget.
“I know I’m perfect Que Sha. I sedar dengan diri I. You tak payah nak mainkan perasaan I pula!” Balas Ben. Tengku Erissa Hani merengus geram. Tubuh Ben ditarik
agar berdepan dengannya.
“I’m serious idiot! You tak perasan ke
kenapa I cuba nak mendekati you in a few days ni? Sejak you selamatkan I hari tu I dah mula
jatuh cinta pada you! I tak minta.
Tapi perasaan ni datang sendiri!” Luah Tengku Erissa Hani. Ben terdiam dan kaku
memandang wajah cantik di hadapannya. Bagaikan tidak percaya gadis cantik itu
jatuh cinta padanya yang… Er… Lembut!
“I lembut…” Luah Ben tiba-tiba. Entah kenapa
itu yang terkeluar dari bibirnya.
“Did I care? Lelaki lembut pun ada
perasaan juga…. I don’t care Ben. What I know
I’ll make you fall in love with me! Full stop!” Balas Tengku Erissa Hani geram
dan berlalu pergi meninggalkan Ben yang tercengang di situ.
“Aku tengah
bermimpi ke?” Bisik Ben dan menampar pipinya.
“Ouch!” Rungutnya
pabila pipinya terasa kebas.
“She’s crazy! Sebiji je dengan abang dia!”
Rungut Ben. Tengku Erissa Hani sama saja seperti Tengku Ezkandar Heidi. Gemar memaksa
orang lain mencintai mereka.
****AKU CINTA KAMU****
TENGKU ALIFF dan Ragel Errick saling
berpandangan dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang baring di atas
kereta Ferrarinya. Pula tu, kot entah ke mana. Necktienya ke mana. Nampak kusut saja. Tengku Aliff menaikkan
keningnya pada Ragel Errcik.
“Kenapa
tu?” Soalnya pada Ragel Errick. Terasa hairan melihat Tengku Ezkandar Heidi terbaring
di situ setelah mereka siap berlumba tadi. Sudah lama lelaki itu tidak
menjejakkan kakinya di situ.
“Entah!”
Balas Ragel Errick.
“Jom
usha orang tengah angau tu…” Ajak Tengku Aliff dan mereka mendekati Tengku
Ezkandar Heidi.
“Whoa~ Bro!
Asal ni? Bingung semacam… Kata candle
light dinner.” Sapa Tengku Aliff pada Tengku Ezkandar Hedii. Tersentak Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya dan tubuhnya didudukkan.
“Kenapa ni
bro?” Soal Ragel Errick pula. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.
“Kena reject lagi ke?” Duga Tengku Aliff.
Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepalanya.
“Dah tu?” Soal
Ragel Errick dan kerutkan dahinya.
“Dia tak reject… Tapi dia minta masa sampai esok
untuk berfikir…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff mengeluh.
“Eleyh kau
ni Que Ez. Ingatkan apalah sangat. Minta masa je kot bro. Bukan dia tolak. Chill
sudahlah!” Balas Tengku Aliff dan menepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi. Tengku
Ezkandar Heidi mengeluh.
“Aku takut
dia berubah fikiran dan tolak aku…” Luah Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff dan
Ragel Errick serentak ketawa.
“Chill ah bro!
Aku guarantee dia takkan tolak kau..”
Balas Ragel Errick dan menepuk-nepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi. Tengku
Ezkandar Heidi kembali mengeluh dan menyandarkan dirinya kembali ke atas bonet
depan keretanya. Langit hitam dipandang.
‘I hope everything will be okay….’ Bisiknya
perlahan.
****AKU CINTA KAMU****
“HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA” Tawaku panjang sehinggakan merah mukaku dibuatnya. Ben di sisi
dipandang dan sekali lagi aku melepaskan tawa besarku. Cemberut muka Ben dibuatnya.
“Whoa! Sudahlah
tu! Balas dendam Nampak!” Bentak Ben dan menutup mulutku dengan jemarinya. Aku
tergelak dan menepis tangannya. Memang nak balas dendam pun. Dulu engkau bukan
sedap lagi ketawakan aku di saat Tengku Ezkandar Heidi usha aku dahulu. Sekarang
ni kau pula rasa apa yang aku rasa! Hahahaha.
“Hahaha. Rasa
luculah Ben…” Luahku padanya dan mengelap air mataku gara-gara mentertawakan Ben
tadi. Ben mengeluh dan sandarkan tubuhnya di sofa.
“Entahlah babe. Sedangkan kau sendiri rasa lucu
aku lagilah… Tapi wajah dia time tu serious gila!” Balas Ben. Aku menghentikan
tawa dan tersenyum memandang Ben.
“Ben… Honestly. Awak sukakan dia juga?” Soalku
pada Ben lembut. Ben tersentak dan menoleh memandangku. Terasa seperti tak
senang duduk Ben dibuatnya.
“Err…”
“Jujur jelah
Ben kalau awak benar-benar kawan saya…” Balasku padanya. Ben mengeluh dan
mencubit pipiku. Hehe. Ben dah mengalah tu.
“Okay fine. Honestly yes.” Balas Ben dan
menekup wajahnya dengan bantal kecil. Aku tergelak kecil. Bantal yang menutupi
wajah Ben kembali dibuka.
“Yes because you like or love her?” Dugaku
dan menaikkan keningku.
“Yes I’m in love with her too…. Entah
sejak bila. Kau jangan soal aku sebab aku sendiri takde jawapannya.” Balas Ben.
Aku tersenyum dan memeluk Ben.
“Congrates Ben! Finally. Tak lama lagi awak dapat jadi adik ipar kitalah kan?” Soalku
nakal. Ben mendecit.
“Choi! Kena
ke?” Soal Ben bodoh. Aku tergelak.
“Haih! Kenalah!
Couple dengan anak dara orang tak
terfikir nak kahwin ke?” Soalku pada Ben kembali. Ben mengaru kepalanya.
“Memanglah.
Tapi aku tak pernah terfikir pun… Plus…
Kami berdua banyak perbezaan…” Luah Ben lemah. Aku mengeluh.
“Ben… Listen here. Kalau perbezaan tentang agama
tu saya nak nasihatkan sedikit. Kalau betul awak nak masuk Islam. Masuklah sebab
DIA dan bukan sebab cinta. Sebab kalau sebab cinta maknanya awak tak ikhlas dan
tak mustahil suatu hari nanti awak kan keluar balik dari agama Islam. Tapi di
mata saya awak dah macam orang Islam dah. Sebab gaya hidup awak lebih kepada
orang Islam…” Jelasku pada Ben. Memang selama ni gaya hidupnya seperti orang Islam.
Kadang-kadang tu time puasa pun dia
ikut puasa sekali dengan aku.
“Err. Aku
belum bagitahu kau lagi ke?” Soal Ben dan mengaru kepalanya. Aku kerutkan dahi.
“Bagitahu
apa?” Soalku hiaran.
“Aku dah
daftar nama aku last week. Aku nak
masuk Islam. Papa yang tolong aku. Tapi
yang pasti bukan sebab cinta. Sebab DIA.” Balas Ben jujur. Spontan aku
memeluknya dan bersorak riang. Ben terjerit sama.
“Whoa!
Babe kau ni. Selepas ni biasakanlah diri kau tu tak sentuh aku. Mana boleh
sentuh-sentuh lagi babe. Aku nak berubah.
Huhu. Lagipun nanti si tengku tu jealous
pula wife dia sentuh-sentuh lelaki
lain…” Balas Ben. Terdiam aku dibuatnya. Mak aih! Dia ni. Boleh tahan. Haha. Spontan
aku tercengang pabila Ben bercakap soal ‘wife’.
“Alamak!”
Luahku tanpa sedar dan menepuk dahiku.
“Kenapa?”
Soal Ben hairan.
“Saya ada date dengan tengku hari ni. Haila. Awaklah
ni!” Rungutku dan berdiri namun seketika aku memandang Ben.
“Ben? Hehe.
Tolong angkatkan kita boleh? Nak tukar bajulah…. Boleh eh kali ni?” Soalku pada
Ben dan tersengih. Ben membuat muka namun tetap berdiri.
“Yalah tuan
puteri. Patik menurut perintah!” Balas Ben dan mengangkatku. Haha.
****AKU CINTA KAMU*****
TENGKU EZKANDAR HEIDI menjeling Triesya di sisi. Gadis itu
hanya membuat biasa. Seperti tiada apa yang berlaku sedangkan dirinya tak
tentaram sejak semalam. Semalaman tak tidur kerana memikirkan gadis itu. Tubuh gadis
itu dipandang. Tersarung jacket rona coklat ditubuh gadis itu dan waist short jeans. Satu keluhan terbit
dibibirnya. Teringat kembali peristiwa semalam.
“Apa ni?” Soal Triesya hairan dan
menyambut huluran sebuah kotak besar berona merah oleh Tengku Ezkandar Heidi.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil.
“Nanti you buka okay… I nak you pakai esok
kalau you terima I…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membelai lembut rambut
gadis itu. Triesya terdiam dan memandang Tengku Ezkandar Heidi.
“Kena ke?” Soal Triesya.
“Bukan kena. Tetapi harus!” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan tersenyum lebar.
Tengku Ezkandar
Heidi kembali menghembuskan nafasnya berat. Gadis itu tidak memakai baju yang Tengku
Ezkandar Heidi berikan. Jadi maknanya? Huhuhu. Sedih….
“Kita dah
sampai…” Kata Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memandang keluar kereta. Keadaan
kawasan pantai yang redup itu menenangkan jiwanya sedikit sebanyak. Memanng dia
senagaja membawa Triesya ke situ. Kerana gadis itu sukakan laut dan sudah lama
tidak melihat laut. Nafasnya dihelakan. Jika ini ketentuan hidupnya. Dia redha.
“Hubby…” Panggil Triesya lembut dan
memegang lengan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menoleh memandang Triesya
di sisi.
“Ya sayang?”
Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut. Rambut gadis itu dibelainya. Cintanya amat
mendalam terhadap gadis itu.
“Tolong
bukakn jacket ni… Panas….” Rengek Triesya
dan menujukkan jacket coklat yang
dipakainya. Tubuh Tengku Ezkandar Heidi yang tersarung baju rona putih dan jacket hitam diluarnya dijeling. Lelaki itu
benar-benar maksudkannya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahinya.
‘Biar betul
dia ni… Kang tersentuh bukan-bukan. Baru tahu!’ Desis hati Tengku Ezknadar
Heidi.
“Err. Bukakan
jacket you?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi gugup. Triesya tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“Kenapa?”
Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepalanya dan mengarukan
kepalanya. Perlahan-lahan jemarinya membuka zip jacket Triesya. Rasa malu gila. Triesya nak goda dia ke apa. Huhuhu.
weheuuu~ cute :)
“Erk!” Luah
Tengku Ezkandar Heidi di luar sedar pabila melihat baju yang dipakai Triesya. Spontan
jemari kanan Triesya ditarik lembut dan dilihat. Bagaikan berada di dalam mimpi
pabila Triesya memakai baju pemberiannya
semalam dan memakai cincin lamarannya. Wajah cantik Triesya dipandang.
“Sayang? Are you sure? Did you really mean it? You do
sayang? You…” Soal Tengku
Ezkandar Heidi bertubi-tubi namun terhenti pabila Triesya meletakkan jari
telunjukknya pada bibir Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum senang dan
anggukkan kepalanya. Semalaman dia berfikir dan melakukan solat istikharah. Dia
tidaklah sealim mana. Namun, dia percaya dengan melakukan solat istikharah
hatinya akan lebih pasti dengan jawabannya.
“Yes I do sayang…” Balas Triesya lembut
dengan senyuman manisnya. Sepadan dengan tulisan yang terdapat di bajunya. Yes I Do… Spontan Tengku Ezkandar Heidi menarik
tubuh gadis itu dan memeluknya. Tidak tergambar betapa rasa gembirnya dia.
“Alhamdulilah…. Thanks to Allah Swt sayang. Thanks
to you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi gembira dan mencium dahi Triesya…
Perasaannya saat ini begitu gembira sekali. Syukur kepadaNYA kerana memberikan
peluang kepada mereka berdua untuk menempuhi alam kebahagiaan sebagai suami
isteri. In Shaa Allah.
“Aku cinta
kamu sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengusap kedua pipi Triesya. Triesya
tersenyum.
“Aku cinta
kamu juga sayang….” Balasnya lembut dan memeluk erat tubuh Tengku Ezkandar
Heidi.
‘Ma… Doakan
kebahagiaan Trish….’ Bisiknya di dalam hati…
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
************************************************
Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera!
Hi Ladies!
S.O.R.R.Y
My Bad L
How was the
story babe? I’m so sorry because late updating the ACK BAB 36. Weheuuu! Last night, lepas je minum ubat aku terus ting tong! Menyesal betul
tak update semalam terus je. Pula tu,
today aku teramatlah busy L Tak sempat nak update
ACK BAB 36 ni. Thank god! Aku dapat
cari masa lapang nak update benda ni.
Baik tak aku? Huhuhu. Ye. Ye. Aku tahu mesti korang kata weheeuuu~ baik sungguh
dak Ratu ni. Hahahaha. Phewww~ Mengadalah engkau! J Propa lebeyy! Eheheh
Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya ACK BAB 36 ini tidak dapat memuaskan
hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan
pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Before that, silalah
ambil yang positive sahaja dan ignore kan negative nya. Think smart
ukeh J
Oh ya! Panjangkannnnnnnnn bab kali ni??? Hehehe. Cepat comment :) Kalau tak aku tak nak kawan! Hahaha. mengada!
Ladies, apakah yang akan terjadi pada hubungan cinta Ben dan Tengku Erissa
Hani???? Adakah mereka akan bercinta ataupun tidak? Tettttt! Kita kembali
setelah iklan racun nyamuk berlangsung~ Hahahahaha. Ngok ngek! Hehe. So! Apakah yang akan berlaku pula pada Tengku
Ezkandar Heidi dan Triesya? Bagaimana agaknya perkahwinan mereka? Hwating ladies for the next entry J
Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment
ya J Love u!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J
Till then,
Sincerely,

akhirnya triesya terima gak lamaran que ez.
ReplyDeletebagus la ben nak masuk islam pasni, harap ben bahagia dgn que sha.
ratu, cerita iris tu novel ke cerpen?
bila nak continue cerita tu??
HI siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe akhirnya kan :) hehe
yapz harap ben dan que sha bahagia
ouh iris tu enovel awak
kite dah siap dah cite tu baru-baru ni :)
tgl nak edit dan post je
tpi tgu turn dulu hehe
sweeet giles r que ez..
ReplyDeleteque ez : wii u marry me
me : yes i do
hahhaa.best la kalau ada lelaki macam ni
HI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe sweet gilerrrr kan
haha if ada llk mcm ni mmg kite pinangkan untuk awak
boleh gitewww? ehehe :)
yuhuuuuu!!!!! akhirnya!!! ... da nk kawen da!!!
ReplyDeletesweetnyer...sweetnyer.....
HI lylea
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe akhirnya~
hehehe :)
ellow dear,
ReplyDeletelma x tinggalkn jejak..bz ngan presentation+last asgmnt+final exam..
so cute...TEH ngan trish,...
luv it..
HI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehee a'ah. in a few days ni takde nmpak awak drop by hehe
i love it too hehe
nak abis dh ACK..tggu CED pul0k terrr..heheh
ReplyDeleteHI dear
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment
hehe a'ah silalah singgah CED =)
Correction.....
ReplyDelete-What ARE you doing right now?
- TWO AND HALF AN HOUR
- BOUQUET not bounquet
- NIGHT tak de 'S'
- I had planned all this before.....
-So, i have planned all this
-Most of the time
-when i met you
-i have fallen for you at first sight
-i may not BE prfect.....
- I'll always be waiting for you...
-DO I care?
- Ypu're invited to a romantic candlelight dinner at 8pm.
HI TWB
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment dear
thanks sudi tegur kesilapan di atas.
like m said. m not gud in english@grammar.
maybe ada juga yg terlepas pndang
apa2 pn thanks dear sudi tegur.
anda sungguh rajin.
akan diperbaiki