Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday, 20 April 2012

ENCIK DREBAR TEKSI





Encik Drebar teksi


AKU merengangkan tubuhku yang terasa sakit kerana sejak tadi aku khusyuk dengan rangka-rangka manusia yang baru aku dan anak-anak buahku temui. Jam dikerling, sudah jam0930pm rupanya. Berkat pengajianku selama ini di dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sejarah. Inilah pekerjaanku sebagai Penolong Pengarah Bahagian Arkeologi di sebuah muzium. Tugasku menjalankan kerja-kerja penyelidikan terhadap penemuan artifak-artifak baru dan survei bagi kawasan-kawasan yang ditenggelami projek empangan dan bertanggungjawab terhadap pemindahan dan pembakaran (exhuming) kubur-kubur lama yang terdapat dalam kawasan tersebut. Selain itu, aku juga bertanggungjawab terhadap proses menyenarai, mendokumentasi dan mengklasifikasi segala penemuan carigali.

            Mencabar, itu yang aku dapat katakan mengenai pekerjaanku ini. Tetapi untuk mengeluh tidak sama sekali. Aku ulang, tidak sama sekali. Aku sukakan pekerjaan ini. Menjadi seorang Ahli Arkeologi dan bekerja di muzium adalah cita-citaku. Pelik bukan? Inilah aku. Jika perempuan lain pasti akan memilih untuk menjadi doctor,peguam dan yang paling diminati adalah guru. Tetapi tidak aku. Aku lebih suka mendekatkan diriku dengan segala jenis artifak dan tempat-tempat sejarah.  Oh ya, tidak lupa encik tengkorak. Sering kali aku jumpa. Kepanasan, sunburn,sampuk segala dan sebagainya pasti akan aku alami. Tapi aku meniti dan menghadapinya dengan sabar dan fikiran yang terbuka.

            Aku yang berjalan keluar dari ruang pejabatku spontan menepuk dahi. Aduhai~ Kenapa boleh lupa ni. keretaku  masuk ke hospital a.k.a bengkel semalam. Bengong! Selamba badak je stay office sampai malam. Tak sedar diri yang awak tu naik teksi je hari ni. Ish! Aku meliarkan mataku ke sekitar perkarangan muzium. Bibirku diketap. Macam mana nak balik ni. Dah jauh malam.

            Pap!

            Mataku terhenti pada kereta warna kuning yang terparking tidak jauh dariku. Spontan aku tersenyum. Hah! Tupun dia. Mr.Taxi. Tiba pada masa yang tepat sekali. Lantas, aku membuka pintu belakang teksi dan duduk di kerusi belakang dengan hati yang lega. Badan yang letih mula terasa. Apatah lagi bebola mataku yang sudah mulai mengantuk. Doi! Encik mata sabar ya. Sekejap lagi kita sampai rumah.

            “Encik, Mega Height Condo ya.” Kataku kepada pemandu teksi tersebut dan merebahkan tubuhku ke kerusi teksi yang empuk. Aduh sedapnya rasa. Aku mengerutkan dahi pabila teksi masih belum bergerak.

            “Encik?” Soalku kepadanya.

            “Arh? Hurm. Ok-ok.” Balasnya dan mula memandu keluar dari perkarangan muzium. Aku menarik nafas lega. Mata yang berat aku pejamkan sekejap sementara belum tiba di condoku.


            *************************************************************************


AKU membukakan mataku di saat terasa bahuku ditepuk lembut. Tengkuk yang terasa sedikit sengal aku picit. Mataku pula aku cuba untuk buka perlahan-lahan.

            “Cik, kita dah sampai ni…” Kedengaran suara garau menyapa telingaku. Aku memandang ke pintu penumpang yang sudah dibuka. Berdiri seorang lelaki yang lengkap memakai kot serba lengkap. Erk! Siapa pula ni?

            “May I know who you are?” soalku hairan dan memandang lelaki tadi. Lelaki tadi tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya.

            “I’m your driver.” Balasnya. Aku mengerutkan dahi. Haila. Nak buat lawak ke apa mamat ni. Dari mana datang entah. Spontan mataku memandang ke tempat duduk pemandu. Erk! Tiada! Takkan!

            “Ouch!” Mengadu kesakitan aku di saat kepalaku terhantuk tika ingin keluar dari kereta. Itulah, gelabah semacam.

            “Are you okay miss?” Soal lelaki tadi kepadaku. Kepalanya ditundukkan memandangku. Aku mengosok kepalaku yang sakit. Aduhai. Bala-bala. Tubuhku aku bawa keluar dari kereta.

            “Okay.. Kot…” Balasku yang masih menggosok kepala. Asal ada kot kat belakang tu? Sebab aku memang tengah sakit. Tapi aku sengaja kata okay! Aku menghampiri pintu sebelah pemandu dan menilik ke dalam kereta. Tempat duduk pemandu masih kosong dan pabila mataku liar-liarkan ke arah kawasan Mega Height Condo yang lengang itu aku mengerutkan dahi. Mana pemandu teksinya?

            “Cari apa?” Soal lelaki tadi hairan. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Segak mamat ni. Tapi tak tahu dari mana munculnya. Kalau nak percaya apa yang dia kata tadi nampak macam tak logic pula. Dia ni driver teksi? Ketara sangat menipu… Smart bukan kemain lagi.

            “Driver taxi ni. ada Nampak tak?” Soalku kepadanya. Mana tahu driver tu pergi toilet kat pondok pengawal tu ke. Aku tersentak tatkala lelaki tadi tergelak.

            “Dah you ni kenapa? Sampuk?!” Soalku geram. Dia menutup mulutnya dengan tangan kanan dan tangan sebelah kiri pula di angkat.

            “Sorry-sorry.  It’s just came out automatically.” Balasnya dengan tawa yang masih bersisa. Aku mengetap bibir. Dia ni kenapa? Tetiba ada kat sini.

            “Yang you tetiba menempel kat sini kenapa?” Soalku hairan. Dia tersenyum dan menaikkan keningnya.

            “Kan I dah kata tadi. I ni driver you.” Balasnya. Aku menggengam tangan geram. Dia ni nak mainkan aku ke apa.

            “Hello! Sejak bila you jadi driver I ni?” Soalku geram. Dia tergelak.

            “Sejak you naik kereta I ni. Hurm…” Balasnya dan menjeling keretanya. Aku turut sama memandang ke arah teksi yang ku naik tadi dan terlihat lambang….

            “Oh my!” Jeritku dan menutup mulutku yang terlopong. Gila! Di hadapanku kini memang ada kereta berwarna kuning. Tapi masalahnya kereta BMW warna kuning?! Okay! Serius lawak! Aku menepuk dahi pula. Woi! Taxi kat Malaysia takde warna kuninglah bangang! Tu kat US je! Erk! Ye ke? Aku dah lupa ni. Dah lama tak naik taxi, plus aku selalu naik teksi warna kuning je dulu time kat US. Ish. Malu! Mama!!!

            “Errr…. You,.,, I’m really sorry. I thought your car taxi tadi. Taxi kat US warna kuning. Lupa… I’m in Malaysia.” Jelasku padanya dengan muka yang merah menyala. Aku rasa kalau gincu Mak Temah jiran nenek aku kat kampung tu kalahlah dek kemerahan muka aku ni. Lelaki tadi tersenyum.

            “No worries. It’s no big deal actually. Best juga dapat jadi driver untuk gadis secantik you ni. Bertuah badan… Patutlah I mimpi bidadari jatuh ke bumi semalam. Rupanya you…” Balasnya nakal. Aku mengetap bibir. Okay. Tak jadik nak puji dia. Aku baru nak puji tadi sebab dia ni baik. Sanggup nak hantar aku balik tanpa ‘kacau’ aku. Tetapi dia ni? Aduhai… Aku memang geli dengan sepsis mulut manis ni. bukannya boleh percaya sangat. Nanti-nanti banyak gula yang mendekat. Fahamkan maksud aku? Perempuanlah maksudnya.

            Aku mengeluarkan purse dari dalam handbag. Sekeping not RM50 aku keluarkan.

            “Nah!” Aku menyerahkan duit not RM50 tadi kepadanya. Dia memandangku hairan.

            “Whoa~ Chill okay. I tak perlukan duit youlah. I bukan driver taxi.” Balasnya dengan kedua tangan yang di angkat ke udara. Aku menjulingkan mataku di atas.

            “I know. But I tak nak terhutang budi pada you.” Balasku dan menunjukkan not RM50 tadi kepadanya kembali. Dia berpeluk tubuh.

            “You memang terhutang budi pada I. But, I tak nak you balas dengan duit. One fine day, bila kita jumpa lagi I nak you ganti hutang budi you tu okay. But not now and with money. I’ve my own money too.” Balasnya . Aku mengetap bibir geram.

            “Hei! I berterima kasih sebab you sudi hantar I walaupun kita tak kenal, But, I tak nak terhutang budi dengan you! Selagi I tak bayar hutang budi I tu selagi tu I takkan tenteram.” Balasku geram. Dia tergelak dan mendekatiku. Kepalanya di tundukkan sedikit. Terasa nafasnya menampar leherku.

            “Itu yang I nak. Sebab I rasa tak tenteram sekarang ni disebabka you. Oklah cik adik. I nak balik dulu. Terima kasih ya kerana sudi naik kereta I . bye.” Bisiknya di telingaku dan berlalu. Terdengar suaranya kecilnya yang tertawa. Gila! Hilang mamai! Hilang penat! Yang datang bala!




                        *******************************************************





QUE ZAFRAN tersengih memandang wajah bengang Haykal yang baru masuk ke dalam keretanya. Bengang semacam si kawan ni. Mana tak bengang. Kalau dah tunggu sejam lamanya di situ. Janji nak datang ambil Haykal tetapi pabila Haykal keluar je dari office baying-bayang kereta Que Zafran pun tak nampak. Bila di telefon katanya on the way. Asyik on the way tak juga datangnya.

            “Marah ke?” Duga Que Zafran. Haykal yang baru mengenakan tali pinggang keselamatan mendengus.

            “Gila tak marah. Sejam aku berdiri kat situ.” Rungut Haykal. Sudahlah keretnya dipakai oleh tunangnya hari ni. Bila Que Zafran kata dia free dan nak bawa keluar makan. Haykal dapatlah jadikan Que Zafran yang tengah free  tu ke sana ke mari sebagai driver nya. Alih-alih dia pula yang penat menunggu. Dahlah kerjanya banyak hari itu.

            “Alarh. Sorrylah Kal. Aku dah sampai awal tadi.” Balas Que Zafran dan memandu keluar dari perkarangan muzium. Tersengih di dalam hati apabila teringatkan raut wajah si dia tadi.

            “Banyaklah kau awal. Kalau dah salah tu mengaku jelah. Tak payah nak pretend datang awallah bagai.” Balas Haykal tak puas hati. Que Zafran tergelak. Faham sangat dengan perangai Haykal yang tidak suka menunggu.

            “Demi Allah swt beb! Aku datang awal. Akukan punctual. Tapi tulah. Ada bidadari cantik tetiba masuk kat dalam kereta aku minta hantar balik.” Balas Que Zafran sambil tangan kanannya di angkat tanda sumpah. Tersengih Que Zafran memandang wajah Haykal yang blur itu.

            “Kau cakap apa ni bro? Sampuk ke apa. Tetiba lak ada bidadari masuk ke dalam kereta kau bagai. Kalau bidadara aku percayalah. Ni hah duk kat sebelah kau.” Balas Haykal blur. Tubuhnya dipusingkan sedikit menghadapa Que Zafran yang sedang memandu itu. Que Zafran tersengih.

            “Sumpah bro! Aku tak tipu punya. Dia tetiba je masuk dalam kereta aku dan suruh aku hantar dia kat Mega Height Condo. Gila cantik!” Balas Que Zafran sungguh. Haykal mengerutkan dahi.

            “Orangnya rambut panjang-panjang colour perang? Then, orangnya tinggi pastu cara dia bercakap tu ada pelat?” Soal Haykal sungguh. Seperti sudah menangkap bayangan perempuan yang Que Zafran katakan. Que Zafran mengerutkan dahi.

            “Eh . Macam kena je. Kau kenal ke?” Soal Que Zafran hairan. Haykal tergelak. Bahu Que Zafran ditepuk.

            “Bravo bro!  Kalau dia yang kau kata memang bidadari. Mahu tak kenal. Penolong Pengurus Bahagian Arkeologi muzium ni kot. Aku kerja under  dialah ceritanya. Boss aku tu. Cantik siot! Nasib fikir boss. Kalau tak dah lama aku usha.” Balas Haykal. Tergelak kecil apabila teringatkan cerita Que Zafran tadi. Miss Vee boleh salah masuk kereta orang? Ok super  lawak!

            “Biar betul bro? Patutlah… Arkeologi ke? Macam tak sesuai je. Kalau jadi stewardess  ke. Model ke. Okay gak” Balas Que Zafran tak percaya. Gadis secantik perempuan tadi ahli Arkeologi? Ok serius tak percaya. Sedangkan si Haykal ni pun selalu merungut kena masuk dalam hutan buat kajianlah segala. Penat tak usah cakap.

            “Kan? Macam tak kena je. Tapi itulah dia. Special sikit. Tapi Nampak interesting je. Kalau kau Nampak muka dia bila jumpa artifak-artifak and segala fossil tu. Fuh! Bersinar-sinar bro! Macam dapat reta jer!” Jawab Haykal. Mula-mula Vaneeda diperkenalkan sebagai Penolong Pengurus Bahagian Arkeologi. Dia sendiri tak percaya. Ingatkan model mana nak dijadikan ikon muzium ke apa bagi promote muzium. Rupanya cik boss! Ok serius tak percaya time tu. Tapi bila dah bekerja sama-sama dengan Vaneeda. Baru dia faham. Minat bossnya itu lebih kepada sejarah-sejarah semua ni.

            “Tapi yang aku tak leh blah. Asal boleh salah masuk kereta kau dan senang-senang suruh kau hantar dia balik ni?” Soal Haykal musykil. Que Zafran yang tadinya berkerut kini tergelak besar.

            “Okay. Serius benda ni tak logic. But  ada ke dia ingatkan kereta aku taxi? Kuning? Okay. Itu colour taxi luar negra. Dia lupa dia kat Malaysia katanya. Serius dia blur time tu. Agak-agaklah. Taxi BMW warna kuning? Ok serius lawak!” Jelas Que Zafran dan mengelengkan kepalanya. Haykal tergelak besar sehinggakan keluar air matanya. Perutnya dipegang untuk menahan tawa yang bersisa. Serius tak boleh blah. Boleh-boleh salah naik kereta. Then, boleh ingat yang kereta mewah Que Zafran ni taxi? Kalau dia pun rasa tak logic juga. Tapi yahlah, orang dah lama duk kat luar negara. Begitulah jadinya.


                        ************************************************************


AKU dan anak-anak buahku hari ini turun ke tapak project. Projek carigali artifak peninggalan masyarakat zaman Neolitik di sebuah pinggir sungai. Serius aku teruja gila. Memang perit sebenarnya nak cari gali semua ni. Tengah-tengah panas dan di tepi sungai. Agak mencabar. Takut-takut kalau menganggu pencarian kami kerana tanah di kawasan pinggir sungai agak berbeza sedikit dari tanah di kawasan gua dan sebagainya.

            Aku yang sedang duduk melutut di dan memberus sebahagian tepi artifak yang baru aku temui itu mengerutkan dahi. Okay. Ini serius buat aku pening. Zaman Neolitik ada artifak pasu yang bertuliskan tulisan cina? Okay aku serius tak percaya dengan apa yang aku jumpa ni.

            “Kenapa miss?” Soal Aisyah budak practical  yang mengambil practical  di bawah seliaanku. Aku memandangnya kejap dan kembali memandang artifak yang aku jumpai tadi. Segelintir anak-anak buahku masih meneruskan cari gali mereka dan ada yang sepertiku.

            “It’s weird actually. How come zaman Neoli boleh ada artifak yang bertuliskan tulisan cina?” Soalku hairan. Aisyah turut sama mengerutkan dahinya. Jangankan dia. Aku ni hah penyelia dia pun dah pening. Apatah lagi dia.

            “Where’s  Haykal?” Soalku padanya. Budak Haykal tu memang expert  dalam bab-bab artifak dari cina ni. Mungkin dia tahu. Tempat ni pun dia yang jumpa hasil dari bantuan penduduk kampung.

            “Err. Belum sampai lagi. Dari tadi Encik Haykal kata on the way.  Sampainya tidak.” Balas Aisyah gugup. Aku mendengus. Nilah masalah budak ni. Tak pancutual   langsung! Aku kembali meneruskan pembersihan artifak.

            “Call him. Tell him to come here. ASAP!” Arahku dan dengan tangkasnya Aisyah berdiri dan berlari anak menuju ke khemah yang tidak jauh dari kami. Call  Haykallah tu.

            20 minit kemudian, aku masih dengan tugasanku. Kerutan di dahiku semakin menjadi-jadi. Sudah mula banyak artifak yang dijumpai sama sepertiku. Tetapi ada juga artifak-artifak dari zaman Neoli dijumpai. Okay serius aku bingung!

            “Hi miss Vee!” …


                        *****************************************************


Hi miss Vee!” Sapa Haykal ceria seperti selalu kepada bossnya yang cantik. Vaneeda yang waktu itu sedang duduk mencangkung menangkat wajahnya. Spontan Que Zafran yang berada di belakang Haykal tadi terkaku. Wajah Vaneeda saat ini kelihatan begitu cantik sekali! Dengan muka yang kemerahan membuatkan dia kelihatan begitu comel. Gadis itu hanya memakai pakaian ringkas hari ini. Baju t-lengan panjang warna putih dan seluar pendek rona khaki serta topi di kepala. Juga sunglass.  Rambutnya pula diikat satu. Simple but nice ! Desis hati Que Zafran.

            “Haykal!” Jerit Vaneeda geram. Termati senyuman Haykal saat itu juga. Takut jangan cakaplah! Vaneeda baik memang baik. Tetapi kalau sudah marah pasti akan bertukar menjadi HULK!

            “Err. Bro. Kau duk kat khemah tu kejap eh. Aku nak jumpa Miss Vee kejap. Masak aku bro!” Balas Haykal pada Que Zafran.. Wajahnya kelihatan pucat. Que Zafran hanya mampu mengelengkan kepala apabila melihat Haykal yang berlari anak menuju ke Vaneeda yang sedang mencengkak pinggang memandangnya. Haykal. Kalut semacam. Kalau tak kerana kereta Haykal meragam tadi memang taklah Que Zafran berpeluang melihat wajah cantik itu dan berada di tempat carigali sejarah seperti ini.

            “Haykal! Where have you been ? Saya dah tunggu lama awak tahu tak?!” Marah Vaneeda kepada Haykal yang tersengih-sengih di hadpaannya. Haykal mengaru-garu kepala yang tak gatal.

            “Err. Maaf miss. Kereta saya rosak tadi. Ini pun minta kawan yang hantarkan.” Jelas Haykal takut. Vaneeda mendengus. Pantang kalau menunggu. Tiada di dalam kamus hidupnya.

            “Dahlah. Next time jangan buat. Now, saya nak awak tengok ni. How come you said this place zaman Neoli yang punya? Then, macam mana benda ni ada kat sini?” Soal Vaneeda dan menujukkan artifak-artifak yang ditemui tadi. Terbuntang mata Haykal dibuatnya.

            “Erk! Asal ada tulisan cina tu?” Soal Haykal hairan. Vaneeda mendengus.

            “You better watch out dude! Before I kill you! You’ve mess my time.” Balas Vaneeda geram dan meninggalkan Haykal terkulat sendiri di situ. Mati! Desis hati Haykal.

            “Miss minum…” Sapa Aisyah kepada Vaneeda yang mengambil tempat di bawah canopy. Tubuhnya didudukkan di sebuah kerusi berhampiran que zafran. Que Zafran hanya mendiamkan diir dan mencuri pandang pada Vaneeda yang sedang berpeluk tubuh itu. Kemerahan wajahnya. Sama ada menahan panas ataupun marah. Aisyah mengelengkan kepala. Sejak practical selama dua bulan bersama Vaneeda. Dia mula faham akan sikap tegas dan garang bossnya itu. Adakalanya dia baik dan lembut. Tapi adakalanya dia tegas dan garang.

            “Hurm…” Balas Vaneeda pendek. Sebotol mineral di ambil dan diteguk. Tekaknya yang kering dibasahkan.

            “Hi ! Jumpa lagi.” Sapa Que Zafran mesra dan mendudukkan tubuhnya di sisi Vaneeda. Spontan Vaneeda tersedak. Tersembur air yang diminumnya tadi. Terkejut apabila wajah itu menyapanya di situ. Di kawasan cari gali yang berada di pelosok pendalaman. Ok. Serius tak percya!

            “How come you  boleh ada kat sini?” Soalnya tidak percaya. Kepalanya di liarkan ke kawasan sekeliling. Takut-takut kalau dirnya sudah disampuk dek jin ke apa. Tetiba pula boleh jumpa lelaki itu kembali. Que Zafran tersengih.

            “Itulah namanya jodoh.” Balas Que Zafran selamba. Vaneeda menjulingkan matanya ke atas. lelaki itu memang sweet talker ! Tengah-tengah panas maca ni sempat nak jual minyak!

            “Yeah right !” Balas Vaneeda menyampah. Que Zafran tergelak dan menyerahkan sapu tangannya kepada Vaneeda namun Vaneeda menolak dan menunjukkan tuala yang tersangkut di lehernya. Tergelak kecil Que Zafran dibuatnya. Malu! Asal tak Nampak tuala tersangkut kat situ. Serius dia rasa malu tahap gaban.

            “You  buat apa kat sini?” Soal Vaneeda. Que Zafran tersenyum.

            “Jadi driver…” Balas Que Zafran. Hari ni pakaiannya cukup santai. Hanya kemeja t polo berkoler rona biru tua dan seluar jeans. Ray ban pula kemas tersarung di matanya. Vaneeda mengerutkan dahi.

            “Driver siapa pula kali ni? You ni memang takde kerja eh? Suka hantar orang sana sini.” Balas  Vaneeda dan meliarkan matanya memandnag ke kawasan sekeliling. Nak tengok siapa pula yang lelaki di sbeelahnya hantar kali ini. Agak malu sebenarnya pabila teringatkan kembali kecuaiannya tiga malam sudah. Que Zafran tergelak.

“Tu hah. Haykal. Kereta dia rosak tadi.” Jelas Que Zafran dengan gelak kecil. Vaneeda memandang Que Zafran di sisinya dan memandang Haykal yang sedang bertugas itu.

            “Kawan you ke?” Soal Vaneeda hairan. Que Zafran menganggukkan kepalanya.

            “My bestfriends since high school. ” Jelas Que Zafran. Vaneeda mengetap bibir. Choi! Jangan budak Haykal tahu yang dirinya tersalah masuk kereta mamat kat sebelah ni sudah. Desis hatinya.

            “You archeologist  rupanya.” Que Zafran memecahkan kesunyian pabila Vaneeda mula mendiamkan diri. Melayan perasaan sendiri. Nampak serius je muka. Macam tengah berfikir pun ada.

            “Arh?” soal Vaneeda hairan. Tak dengar sebenarnya apa yang Que Zafran katakan. Mindanya banyak berfikir. Fikirkan kerja. Fikirkan orang kat sebelah ni.

            “You.. Archeologist  rupanya.” Jelas Que Zafran lagi. Tersenyum pabila melihat wajah blur Vaneeda. Nampak comel.

            “Arh? Oh.. Err. A’ah. You pula?” Balas Vaneeda dan menyoal kembali. Sekadar untuk menutup kekusutan kepalanya.

            “Driver lah.” Balas Que Zafran dengan senyuman nakal. Vaneeda menjulingkan matanya ke atas. tergelak Que Zafran dibuatnya. Lucu sekali wajah Vaneeda saat itu. Nampak menyampah sangat.

            “Hell yarh !” Balas Vaneeda malas. Malas nak panjangkan cerita. Tak suka layan lebih-lebih kalau dah orangnya nak main-main je.

            “Miss. Encik Haykal panggil.” Suara Aisyah mematikan perbualan mereka. Vaneeda menganggukkan kepalanya dan meninggalkan Que Zafran di situ.

            “Make yourself comfortable.” Sempat Vaneeda berpesan  kepada Que Zafran. Orang berbudi kita berbahasalahkan.


            *******************************************************************


QUE ZAFRAN hanya memandang dari dalam keretanya, Vaneeda dan Haykal yang sedang membincangkan sesuatu di tepi kereta Toyota Camry hitam milik Vaneeda. Nampak serius aje. Sesekali ada juga Vaneeda menjeling ke keretanya. Setelah ditinggalkan Vaneeda tadi. Gadis tu dah takde datang dekat dia balik. Sibuk memanjang.

            Selama 2 jam lamanya di situ, Que Zafran mula kenal dan tahu akan kesusahan dan keperitan menjadi seorang archeologist.  Selama ni hanya tahu pergi ke muzium dan tengok-tengok macam tu je. Kadang-kadang rasa boring  pun ada. Tak tahu pula yang setiap artifak yang dijumpai begitu susah dicari dan amat berharga sekali. Patutlah orang kata archeologist  ni mencabar. Dahlah  panas semacam. Jumpa pula dengan tengkorak a.k.a fossil manusia bagai. Kalau jenis yang lemah semangat memang kirim salamlah. Tak payah nak buat-buat pandai apply  nak jadi archeologist. Menempah maut namanya. Tetapi, dia memang salute  dengan Vaneeda dan Haykal. Kedua-duanya begitu khusyuk sekali membuat kerja walaupun di tengah panas. Ingat senang ke. Patutlah barangan artifak tu semua berharga gila.

            “Woi! Mengelamun!” Sergah Haykal yang sudah mengambil tempat di sisi Que Zafran dan memasangkan site beltnya.

            “Gila! Tak leh bagi salam ke apa. Dibuatnya aku yang kacak lagi macho ni mati kat sini. Engkau aku kejar!” Marah Que Zafran geram dan mengosok dadanya. Terkejut gila pabila disergah sebegitu rupa. Tergelak besar Haykal dibuatnya.

            “Sorrylah bro. Alarh kau ni. Sensitive  betullah. Ok-ok! Ni hah!  Ada hadiah untuk kau. Confirm lepas ni kau dah tak merajuk dah.” Balas Haykal dengan gelak kecil dan menyerahkan sekeping tiket. Que Zafran yang menyambut tiket tersbeut mengerutkan dahi.

            “Tiket pameran artifak sejarah Mesir kau bagi aku? Apa ke jadahnya?” Soal Que Zafran hairan. Haykal tergelak.

            “Takde seni sejarah langsung dalam diri kau ni eh. Bukan selalu tau barangan artifak dari Mesir dibawa ke sini. Kau bertuah kali ni sebab yang bagi tiket ni bukan aku. Sebab aku sendiri pun tak bagi kat kau. Dari bagi kat kau bagus bagi tunang aku tu. Engkau tu takdenya nak minat sejarah ni.” Balas Haykal. Tahu sangat yang Que Zafran bukannya minat sejarah-sejarah ni. Kalau bab-bab sains  segala. Dialah orangnya.

            “Dah tu tahu aku ni tak minat yang kau bagi juga kenapa?” Soal Que Zafran hairan.

            “Ek eleh kau ni! Kau cakap kalau tak nak. Aku bagi balik kat Miss Vee.” Balas Haykal dan ingin mengambil kembali tiket tadi tapi di rampas kembali oleh Que Zafran.

            “Ok serius! Kau kata siapa tadi? Miss Vee? She’s give me this ?” Soal Que Zafran teruja dengan senyuman dibibir. Haykal mencebik. Tadi bukan main liat lagi, Dengar je nama Vaneeda terus teruja semacam.

            “A’ahlah. Miss vee. Miss Vaneeda Isha. Boss aku tu. Katanya nak balas budi kau. Dia kata lagi jumpa weekend ni. 10am sharp! Aku ulang. 10am. Sharp! Nahas kau kalau lambat!” Jelas Haykal bulat-bulat. Memang itu apa yang Vaneeda katakan tadi. Siap tekankan lagi ‘10am sharp’ tu. Dia pula yang kecut perut Nampak muka tegas Vaneeda. Cantik memang cantik. Tapi kalau dah mata yang cantik tu dah mencerlung tajam. Siapa pun pasti takut.


                        ***************************************************


AKU yang menapak masuk ke dalam lab membawa dua cawan coffee. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Haykal yang sedang membuat kajiannya itu. Haykal ni rajin dan bijak orangnya. Cuma kadang-kadang je sengalnya datang.

            “Nah!” Aku suakan secawan coffee untuk Haykal. Pada mulanya dia terkejut tetapi akhirnya dia ambil jua dan tersenyum setelah melihat aku menaikkan keningku.

            “Dah ke?” Soalku kepada Haykal. Dah jam 3 petang dan kami masih membuat kajian mengenai penemuan baru kami itu. Dah dua hari dah.

            “Sedikit lagi, but dari apa yang saya dapat konklusikan. Artifak-artifak ni sebenarnya muncul selepas zaman Neoli.” Jelas Haykal. Vaneeda yang sedang berpeluk tubuh itu mengerutkan dahinya.

            “So what about this one pula? Bukankah usianya around  700 s.m and 35 000 s.m?” Soalku kepadanya. Melalui kajian  yang aku lakukan artifak yang kami jumpai iaitu tembikar-tembikar yang dipercayai adalah tembikar yang dibuat oleh masyarakat neolitik. Ini adalah kerana, pada zaman Neolitik masyarakatnya sudah mula membuat tembikar dan membuat tenunan. Ini juga bermaksud, jika tembikar itu menunjukkan ianya benar-benar wujud sejak 35 000  s.m dahulu maka tempat kajian kami itu adalah penempatan masyarakt zaman Neolitik terdahulu. Semuanya tidak mustahil, kerana pada zaman Neolitik masyarakatnya sudah mula hidup menetap dan memilih sungai sebagai salah satu penempatan mereka. Hal ini kerana, Lembah-lembah sungai mula dijadikan petempatan kekal manusia. Mereka tidak lagi hidup  secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun. Kerana mereka menggunakan kelebihan laut sebagai pengangkutan dan perhubungan mereka

            “Or maybe this thing’s actually  muncul selepas zaman Neoli setelah kedatangan pedagang-pedangang cina ke sini. What do you think ? Dari apa yang saya kaji, artifak-artifak ni usianya sudah beribu tahun.” Jawab Haykal. Aku mengetap bibir. Ada betulnya kata Haykal tu. So, tak mustahil kalau sebenarnya tempat tu diduduki oleh dua generasi. Iaitu masyarakat pada zaman Neolitik dan juga setelah itu diduduki ataupun tempat tersebut dijadikan sebagai tempat perdagagan para pedangang-pedagang dari China.

            “I’ll stay this night. Tomorrow I’ll tell you about that.” Balasku padanya. Aku kira ingin membuat kajian malam ini.

            “Err. Sorry lah kalau saya tak dapat nak temankan miss malam ni. I’ve a date.” Balas Haykal malu-malu. Aku tergelak.

            “It’s okay. You’ve your own life too. Don’t worry. Leave it to me.” Balasku kepadanya dan kembali menyambung kerja-kerjaku mengkaji fossil manusia yang aku temui.

            “Err. Miss. Jadi ke miss nak jumpa kawan saya weekend ni?” Soal Haykal takut. Aku menghentikan tanganku dan memandangnya.

            “Kawan mana?” soalku hairan.

            “Erk! kawan yang temankan saya ke tapak project hari tu.” balas haykal. Spontan aku menepuk dahi.

            “Erk! kawan yang temankan saya ke tapak project hari tu.” Balas Haykal. Spontan aku menepuk dahi. Erk! Asal boleh lupa ni?

            “Ops! Sorry-sorry . Saya lupalah Kal. But I’m serius, Saturday  ni okay. 10 am sharp!” Balasku. Haykal tergelak.

            “Miss ni. Tegas semacam. Nanti kawan saya tu nak usha tak jadi pula.” Sakat Haykal kepadaku. Aku mencebik.

            “Cehhh! Tak kuasa!” Balasku geram dan menyambung kerjaku. Haykal tergelak saja.


                        **********************************************************


QUE ZAFRAN yang sedang memerhatikan mumia firaun, iaitu Ramses II yang terkenal tersenyum kecil. Que Zafran bukanlah pencipta sejarah. Tetapi disebabkan Vaneeda yang mengajaknya ke mari, muzium pun muziumlah. Asalkan dapat berjumpa dengan wajah cantik itu. Seawal 20 minit dari jam 10 am dia sudah berada di situ. Semangat terlebih.

            “Itu mumia firaun. Firaun yang bernama Ramses II.” Kedengaran ada suara lembut menyapanya dari belakang. Que Zafran yang sedang memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar terkejut dan menoleh. Bibirnya mengukirkan senyuman tatkala wajah si dia berda di hadapan mata.

            “Ye ke?” Soal Que Zafran berbasah basi. Orang kata nak pikat Ustazah kenalah banyakkan ilmu agama di dada. Kalau nak pikat doctor  pula kenalah punya ilmu-ilmu perubatan. Manakala kalau nak pikat ahli sejaran  a.k.a ahli arkeologi cantik seperti di hadapannya ini. Kenalah berminat dengan sejarah. Bagi menrik minat si dia. Vaneeda berdiri tidak jauh dari Que Zafran. Pemakaiannya hari ini juga kelihatan formal. Dengan baju kemeja lengan panjang rona putih dan percel skirt  rona hitam membuatkan Vaneeda kelihatan seperti matang but elegant.

            “This Ramses  II, adalah Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Nabi Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.” Jelas Vaneeda kepada Que Zafran dan memandang mumia firaun di hadapan mereka. Que Zafran turut memandang mumia firauan yang tiada keistimewaan di matanya itu.

            “What I know, this Ramses  II pernah diterbangkan ke Paris. Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia ni dibawa lalu di hadapan mereka.” Jelas Que Zafran serba sedikit. Berguna juga kerjayanya itu. Sedikit sebanyak adalah juga ilmu yang dia dapat. At least  tak nampak kekok di hadapan si dia yang cantik manis ni.

            “Yes.  Di situ mumia ni diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.” Terang Vaneeda. Sempat dikerlingnya wajah kacak yang kemas memakai baju kemeja long sleeve  rona biru muda dan seluar khaki itu. Kacak! Sedikit tekejut apabila lelaki disebelahnya itu juga tahu serba sediikit mengenai Ramses II.

            “Prof. Dr. Maurice Bucaille?” Soal Que Zafran hairan. Semakin berminat sebenarnya.

“Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.” Jelas Vaneeda. Di dalam bab-bab sejarah. Dialah pakarnya. Dia boleh mengingati mana-mana sejarah dengan hanya sekali bacaan. Dia lebih suka membanyakkan membaca buku dari google di internet. Semuanya ada tokok tambah dan takde fakta.

“Wow! Impressive. So apa yang dia kaji?” Soal Que Zafran penuh minat. Tak sia-sia juga Vaneeda ni jemput dia ke sini. Dapat ilmulah juga.

He was found, sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Meaning, jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. But, he’s founder menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?” Balas Vaneeda. Que Zafran turut berfikir. Ok serius. Dalam bab-bab awet mengawet ni Que Zafran kureng sikit. Dengar jelah.

“Then?” Soalnya lagi. Vaneeda memandangnya sekejap dan tersenyum kecil. dia tahu lelaki di sebelahnya ini tidak minat dengan sejarah. Dia Cuma ingin menguji saja.

He’s make a report. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden. Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.” Balas Vaneeda kagum.

But, in al-Quran, meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.” Balas Que Zafran hairan. Ok. He’s admit  kureng sejarah. Tetapi agamanya boleh tahan tebal di dalam dada. Di dalam masa lapang dia lebih suka membaca. Pelbagai jenis buku dibacanya. Juga buku terjemahan al-Quran. He’a a guy. Bakal menjadi imam kepada isteri dan anak-anaknya. Mempelajari ilmu agama adalah perlu bagi memperkasakan lagi ilmu agama di dalam dirinya.

Yes. That make’s him wonder. Ada seorang kawan pernah membisikan kepadanya. Bahawa penemuaan tersebut bukanlah penemuan yang baru. Lagi banyak para ahli arkeologi di luar sana turut merasa hairan. Kawannya berkata, “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”. But, dia tak percaya dan menyangkal akan fakta tu. Kerana setahunya al-Quran diturunkan ke bumi sebelum kematian firaun. Perkara seperti itu tidak dapat diterima oleh akalnya kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.” Jelas Vaneeda dan mendekati  kerusi panjang yang terletak di berhampiran mumia tersebut. Que Zafran turut sama mengambil tempat disebelahnya.

After that?” Soal Que Zafran lagi. Semakin lama cerita mengenai Firaun bernama Ramses II itu menarik minatnya. Siapa sangka di sebalik mumia yang kaku sebegitu mempunyai banyak kisah sejarah disebaliknya. Dia mulai akui kelebihan sejarah. Memang salute lah dengan ahli-ahli sejarah ni. Banyak yang mereka tahu.

“Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.” Jelas Vaneeda dan memandang Que Zafran yang sudah berkerut dahinya di sebelah. Bibirnya tersenum kecil.

“Bosan tak cerita I ni?” Duganya. Manalah tahu dia je teruja lebih nak cerita. Lelaki di sebelahnya ini pula menahan hati kerana kebosanan. Que Zafran memandang si dia di sebelahnya. Senyuman manis diukirkan.

Nope. Teruskan cerita. Sebab I dah excited nak tahu apa kesudahannya.” Jelas Que Zafran jujur. Vaneeda tersenyum.

Then, after the mumia were returns back to Mesir. Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri.” Sambung Vaneeda. Que Zafran memandang wajah cantik si dia di sebelahnya penuh minat. Amat comel pabila bibir yang merah merekah itu bercakap.

“Apa yang mereka bacakan?” Soal Que Zafran.

Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.Then, dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. At the end, dia berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge. Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. The end  !” Jelas Vaneeda panjang lebar dan tersenyum memandang Que Zafran yang terangguk-angguk di sebelahnya. Comel! Ops ! hehe.


So that’s why lah kan this Ramses II di awet dengan baik sebab nak bagi pengajaran kepada umat manusia. Nice story.” Balas Que Zafran dengan senyuman kecil. Okay. Serius memang pada dasarnya orang yang menilai pasti berfikir duduk kat muzium macam ni dan ‘date’ kononya bosan. But it’s not true! Que Zafran benar-benar rasa ilmunya mula bertambah sedikit hari ni.

Lunch?” Soal Vaneeda kepada Que Zafran tika jamnya sudah menujukkan ke arah jam 12 lebih.

Yes sure.”  Balas Que Zafran senang hati. Vaneeda berdiri dan tersenyum.

If you don’t mind. Solat before lunch. Is it okay ?” Soal Vaneeda. Sebenarnya sedang menduga. Mana tahu rupa saja kacak. Tapi solatnya tinggal. Erk! Mengaru kepala Vaneeda dibuatnya. Macamlah dirinya baik sangat. Tersengih Vaneeda dibuatnya. Que Zafran menaikkan keningnya.

Yes sure. Memang I nak solat dulu before kita pergi lunch. If you don’t mind. Mana eh surau kat sini?” Soal Que Zafran dengan senyuman kecil. Solat? Tiang agama tu. ‘Date’, Date juga. Solat jangan lupa. Lepas solat datelah lama-lama. Erk!



*****************************************************************


AKU dan bestfriend  Haykal memilih secret recipe  untuk lunch lewat tengah hari itu. Sebenarnya dekat dengan muzium. Senanglah aku nak balik ke muzium balik. Buat research. Jika tidak memikirkan budiku kepada lelaki di hadapanku ini pasti aku tidak akan membuang masaku untuk berjumpa dengannya hari ini.

            “Nak rasa my indulgences cakes?” Soalnya kepadaku dan menyuakan sudu kepadaku. Aku menjauhkan mukaku dari sudu tersebut dan mengerutkan dahi. He’s really mean it ? Belum pun rapat dah berkongsi sudu? Okay serius aku terkejut.

            “Err. Nevermind.” Balasku dengan senyuman kecil. Lelaki tadi tersenyum dan menaikkan keningnya. Sudu masih di suakan padaku. Aduhai~ Mengaru leher aku dibautnya. Sepasang kekasih yang duduk kat meja sebelah kami dah pandang lain macam dah. Mahu tak mahu aku pejamkan mata je makan cake yang dia suapkan. Aduh. Romantic pula mamat ni. Tersenyum lebar dia.

            “Ouhh. Cute~” Balasnya dan mengelap bibirku dengan tisu. Okay serius! Aku terasa di awangan dengan reaksi selamba dia tu. Romantic semacam.

            “Hurm. So, miss Vaneeda ni dah ada yang punya ke?” Soalnya kepadaku setelah kami sepi kembali. Dua-dua tak tahu nak cakap apa. Aku lagilah. Dah teridam dengan keromantikan dia tu. Erk! Ada pula ayat macam tu.

            “Vee. Call me vee.” Balasku. Panjang sangat Vaneeda tu. kasihan orang yang nak menyebutnya. Dia tersenyum kecil.

            “Ops. Sorry. Ok Miss Vee. Miss VEE dah berpunya ke?” Duganya lagi.

            “Kalau ada kenapa?” Soalku hairan.

            “Melepaslah I. “Balasnya dengan sengihan kecil. Aku mencebik. Dia ni. Ada ciri-ciri playboykan.

            “Yelah tu. I’m still single but not available.” Balasku.

            “Erk! Kenapa pula single but not available?” Soalnya hairan.

            “Sebab untuk bakal suami I. That’s why I said I’m not available.” Balasku jujur. Dia mengerutkan dahi.

            “Vee dah ada yangg punya ke?” Soalnya.

            “Takdelah. Itu hanyalah perumapamaan sahaja. I’m still single. But not available because  hati I milik my future husband.” Balasku yakin. Lelaki di hadapanku ini sudah menayang muka blur.

            “Meaning? I don’t get it. Explain.” Balasnya. Aku tersenyum dan meletakan sudu dan garfuku. Tumpuanku padanya kini.

            “In my life, takde istilah couple  sebelum kahwin. So, dengan yakinnya I said, I’m single but not available.” Balasku padanya. Seumur hidupku. Aku tidak pernah bercinta. Apatah lagi couple-couple  seperti anak muda sekarang ini. Bagiku, jodoh dan pertemuan ditangan-NYA. Jika sudah ditakdirkan aku menemui jodohku. Pasti ia kan datang kepadaku. Senang cerita, soal jodoh aku bagi mummy untuk mencarikan jodoh buatku. Cliché kan? Tapi aku suka begitu. Tak pening kepala….

            “Meaning you tak pernah bercintalah sebelum ni? So macam mana nak berjumpa dengan bakal suami you kalau you tak bercinta?” Soalnya hairan. Aku tersenyum.

            “Apa guna my parents. I dah siap-siap bagitahu suruh mereka berdua carikan jodoh buat I. senang kerja I. No need to go any blind date and whatever.” Balasku selamba. Spontan lelaki tadi terlopong.

            “Are you kidding me? You look modern with your dressing. But your thinking were old school babe..” Balasnya padaku jujur.

            “Hell yarh! Just say what you want say. It’s your opinion. I’m okay with that.” Balasku padanya. lelaki tadi merenungku tajam. Seperti berfikir pun ada.

            “Katakan, katakanlah ada someone yang sukakan you. So you akan layan dia?” Soalnya kepadaku. Aku mengerutkan dahi dan mengarukan kepala. Soalan apa dia soal ni? lagi susah dari soalan sejarah.

            “Err. I don’t know. But what I know. I  hanya akan berkahwin dengan pilihan my parents. Eh. Dah nak dekat jam 2 ni. I’ve to go. Boleh hantarkan I?” Soalku padanya dan melihat jam. Baru tersedar yang jam sudah berganjak ke arah jam 2 pm. Kerjaku masih banyak lagi. Lelaki tadi mengeluh. Nampak frust.

            “Awalnya?” Balasnya padaku.

            “Errr. Awal? Ni dah dikira lama dah ni. Err. After this I  takde hutang apa-apa lagilah kan dengan you? Setel right ?” Soalku padanya. Dia memandang ke arah luar dan mengeluh. Kemudian dia memandangku kembali dengan senyuman kelat.

            “Yes sure. Setel. Jom. I hantarkan you balik office.” Balasnya padaku. Aku tersenyum.


*****************************************************************


QUE ZAFRAN yang sedang baring di atas bonet hadapan keretanya memandang tajam ke langit. Melihat bintang yang cantik berkelipan. Sejak tadi otaknya ligat berfikir. Sudah dua minggu lamanya dia tidak bertemu dengan Vaneeda. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika mereka keluar makan bersama. Itupun sekejap saja dan lengkaplah juga dengan package  melawat muziumnya. Kepala digelengkan. Tak pernah seumur hidupnya ‘date’  di muzium. Kerja gila. Tapi bila dah suka. Semuanya Nampak indah.
           
            Nafas dihelakan. Tak tahu bagaimana caranya lagi nak memikirkan cara untuk mengambil hati Vaneeda yang cantik itu. Sudah di beritahu awal-awal lagi bahawa gadis itu tidak gemarkan bercinta sebelum berkahwin. Kepala digaru. Bagaimana nak kahwin dengan gadis itu jika mereka tidak bercinta. Kusut sekali. Dahlah dia baru balik dari luar negara semalam. Penatnya masih bersisah lagi. Mindanya pula asyk memikirka si dia yang sudah mula terpahat di dalam hatinya.

            “Wei bro! Asal serius semacam je tengok langit tu? Tunggu bidadari jatuh dari langit ke?”  Sergah Haykal yang baru sampai. Entah apa mimpi Que Zafran nak berjumpa di atas bukit tinggi itu. Melayan perasaan nampak.

            “Ish! Kau ni Kal. Bawa-bawalah beri salam. Ni tak. Asyik nak sergah jer kerjanya.” Marah Que Zafran kepada Haykal. Haykal yang baru mengambil tempat disebelah Que Zafran tersengih. Kepala digaru.

            “Sorry lah bro. Aku dah bagi salam dah tadi. Kau jer yang khusyuk sangat renung langit tu.” Balas Haykal. Que Zafran menghelakan nafasnya. Posisi tubuhnya sudah diubah. Duduknya dikemaskan.

            “Entahlah Kal. Aku sendiri tak tahu nak kata apa. Kusut sangat!” Luah Que Zafran. Haykal mengerutkan dahinya.

            “Asal bro? Cer citer dengan aku. Mana tahu aku dapat tolong ke apa.” Balas Haykal. Bahu QUE ZAFRAN ditepuk. Que Zafran bukanlah jenis kawannya yang punya banyak masalah. Jika sebesar mana masalah pun pasti Que Zafran mampu menyelesaikannya. Namun, kali ini nampak berbeza.

            “She was taking my heart away bro. Everytime. Every minute. Every second. I was just thinking about her. Damn!” Luah Que Zafran.

            “Wait! Wait! Apa kau kata tadi? She?” Soal Haykal hairan.

            “Yesshe’.” Balas Que Zafran.

            “But Who?”

            “Siapa lagi. Your  Penolong Pengurus Bahagian Arkeolgi tulah. Yang cantik tu.” Balas Que Zafran suggul. Spontan meletus Haykal dibuatnya.

            “Walaweh bro! Tangkap cintan nampak dengan boss aku! Bukan ke taste  kau stewardess  dengan model jer?” Sakat Haykal. Que Zafran merengus. Geram dengan Haykal. Sengaja nak mempermainkan dirinya.

            “Kau jangan Kal. Aku tengah kusut ni. Kang ada juga yang termakan kasut!” Balas Que Zafran geram. Meletus tawa Haykal dibuatnya. Kepala digelengkan.

            “Ok-ok. Sorry. Aku gurau je. So apa kes dengan Miss Vee tu?” Soal Haykal dengan tawa yang bersisa. Que Zafran memeluk tubuh dan memandang pemadangan di bawah bukit tersebut. Tiada apa yang dapat dilihat sebenarnya melainkan cahaya.

            “Aku… Err. Aku dah..” Kata-kata Que Zafran terhenti dan mengaru-garu kepalanya. Haykal mengerutkan dahi.

            “Aku dah apa bro?!” Sergah Haykal dan menepuk bahu Que Zafran kuat.

            “Aku dah jatuh cinta dengan Vee! Huh!” Spontan Que Zafran melatah. Memerah mukanya menahan malu. Haykal pula terlopong. Bulat matanya memandang Que Zafran.

            “Kau biar betik bro?!” Soal Haykal tak percaya.

            “Biar betik ke. Mangga ke. Durian ke. Hakikatnya sekarang aku dah jatuh cinta dengan Vee. Aku nak buat macam mana lagi? Dah tak boleh tarik perasaan ni. Ingat perasaan aku ni kad touch and go? Boleh touch then go macam tu je? Sorry  sikit. Sekali aku jatuh cinta. Sekali tulah. Takde yang lain.” Jelas Que Zafran sungguh. Haykal tersengih. Que Zafran. Sempat lagi nak bergurau. Siap masukkan durian mangga segala. Drama lebih.

            “Relaxlah bro. Apa susah. Tackle lah dia.” Balas Haykal. Que Zafran mendengus.

            “Itu yang buat aku pening bro! Dia tak nak couple-couple  sebelum kahwin ni. Dah tu macam mana aku nak tackle  dia. Katanya nak kahwin dengan pilihan parents  dia je.Hati aku yang berbunga ni terus layu dengar dia cakap macam tu. Frust  bro. Frust !” Balas Que Zafran penuh emosi.

            “Eleh. Jangan nak melebih eh. Frust  konon. Drama lebih. Apa susah . Jumpalah kedua parents  dia. Pinang dia. Senang cerita. Fullstop !” Balas Haykal selamba.  Idea Haykal itu membuatkan Que Zafran terdiam dan berfikir. Lama matanya memandang wajah Haykal.

            “Hei. Pandang aku asal? Aku straight  ok!” Balas Haykal selamba. Spontan kepalanya ditolak oleh Que Zafran.

            “Aku lagi straight  gila! Takde nafsunya aku dengan kau!” Balas Que Zafran geram. Meletus tawa Haykal dibuatnya.

            “Kal jom!” Que Zafran turun dari atas keretanya dan ingin masuk ke dalam keretanya.

            “Hei chop! Nak ke mana?” Soal Haykal hairan?

            “Adalah… Ikut je. Kau follow kereta aku dari belakang eh.” Balas Que Zafran dan menghilang ke dalam keretanya.


***********************************************************************


AKU mengetuk-getuk pen di atas file yang berada di atas mejaku. Fikiranku kini bukannya pada encik tengkorak yang berada di sudut bilikku. Bukan juga pada encik-encik artifak yang harus ku kaji. Tetapi pada panggian yang ku terima tadi dari Aussie. Huh! Kusut!

            Tak pernah aku sekusut ini. Sebelum ok je bila mummy nak bincangkan hal tu. Tetapi entah kenapa sejak beberapa hari ni aku dah tak semangat je nak bincang tentang ‘hal’ tu. Terasa seperti ada yang kurang dan ada yang hilang dari dalam hidupku. Tetapi apa?

            “Tetapi kenapa my?” Soalku pada mummy tak puas hati.

            “Tetapi apanya? Kan sebelum ni Isha yang nak semua ni. Isha sendiri kata hal calon menantu dan jodoh Isha mummy yang tentukan. Jadi kenapa nak merungut lagi? Baik budaknya Sha. Anak bestfriend mummy. Tak sangka berjumpa kat sini. Pilot tau!” Balas mummy teruja padaku. Aku menjulingkan mataku ke atas. Entah kenapa, sebelum ini aku iyakan saja. Tapi kali ni. Entahlah.

            “But my cepatnya. Bulan depan dah nak nikah. Meroyan nak menikah ke  apa mamat tu. Geramnya. Isha tak jumpa pun lagi dia tu. Entah hodoh ke. Gemuk ke.” Balasku geram. Mummy tergelak. Erk! mummy ni.

            “Eh. Kan perkara baik. Haruslah dipercepatkan. Tak payah nak lambat-lambatkan. Hei! Boleh pula kata macam tu. He’s so handsome ok! Kalau Isha jumpa confirm Isha tangkap leleh dengan dia.” Balas mummy penuh yakin. Aku mencebik. Tak bagi pun aku berfikir ke apa. Terus je bertunang dan hujung bulan nikah. Gila betul!

            “Apa-apa jelah my. Isha serahkan semuanya pada mummy.” Balasku mengalah. Dah tak guna nak bagi alasan apa-apa lagi. Mummy dah kata putih. Maka aku sebagai anak mesti turutkan jua. Tetapi entah kenapa saat ini aku terigatkan si dia. Erk! takkan dah jatuh cinta dengan Encik Drebar Teksi tu? Ish. Takkanlah.

            “Miss!” Panggil Aisyah kuat kepadaku. Tersentak aku dibuatnya. Kelihatan susuk tubuh kecil molek Aisyah tersenyum di hadapanku.

            “Err. Ya Aisyah. Kenapa?” Soalku padanya. Sedikit gelabah bila ditangkap mengelamun oleh budak practical.

            “Ni hah. Saya nak minta rujukan dengan miss. Saya masih tak tahu.” Balas Aisyah dan menyerahkan filenya kepadaku. Aku menyambut huluran file tersbeut dan membalas senyumannya.


**************************************************************************

QUE ZAFRAN tersenyum memandang susuk tubuh yang sedang membelakanginya itu. susuk tubuh yang menemani mimpi-mimpi malamnya dan selalu dimindanya. gadis itu begitu khusyuk memilih bracelet bersama temannya.

            “Hi there !” Sapa Que Zafran mesra kepada Vaneeda dan temannya yang berada di dalam Habib Jewel tersebut. Tercengang Vaneeda dibuatnya. Wajah kacak Que Zafran menyapanya. Hampir sebulan mereka tidak bertemu dan sekarang lelaki itu datang kembali di dalam hidupnya. Disebabkan perasaan yang mula menjalar dia berasa gugup untuk berdepan dengan lelaki itu.

            “Err. Hi there.” Sapa Vaneeda kembali dan tersenyum kelat. Melissa yang berada di sebelahnya turut tercengang memandang lelaki kacak yang menyapa Vaneeda itu.

            “Buat apa kat sini? Beli cincin ke?” Soal Que Zafran mesra dan duduk di sebelah Vaneeda. Berlagak selamba sedangkan di dalam hatinya sudah berdebar-debar.  Vaneeda tercengang. Berbalas pandangan dengan Melissa di sebelahnya. Melissa menjungkitkan kening. Ingin bertanya siapakah jejaka kacak yang menegur mereka itu.

            “Err. A’ah.” Balas Vaneeda dan memandang Que Zafran yang ralit memandang cincin-cincin di dalam kaca tersebut. Dahinya dikerutakn. Musykil. Kenapa lelaki itu berada di situ.

            “Cincin kahwin ke? You nak kahwin?” Soal Que Zafran lagi. Wajahnya cuba ditenangkan agar lakonannya menjadi.

            “Err. Tak! My friend. Melissa. This is her. And Melissa this is… err. Nama you siapa eh?”Soal Vaneeda pabila baru tersedar yang dirinya tidak mengetahui akan nama lelaki kacak disebelahnya itu. Que Zafran tergelak kecil. Kepala digelengkan. Setiap masa dan saat. Vaneeda sentiasa di mindanya. Semuanya mengenai Vaneeda dia tahu. Tapi gadis itu. namanya pun tidak tahu.

            “Zafran. Que Zafran. Nice to meet you.” Balas Que Zafran dan menundukkan kepalanya memandang teman Vaneeda yang bernama Melissa itu. Senyuman manis diukirkan. Begitu juga teman Vaneeda. Cuma Vaneeda kelihatan canggung.

            “Hi. Melissa.” Balas Melissa. Terpukau sebenarnya dengan kekacakkan Que Zafran.

            “I thought you yang kahwin…” Balas Que Zafran selamba. Vaneeda disebelah dijeling. Senyuman kecil diukirkan pabila gadis itu kelihatan mengelabah. Entahlah. Yang pasti Que Zafran dapat merasakan yang Vaneeda juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.

            “Err. Nope ! Melissa yang akan kahwin. Err. You pula. Buat apa kat sini?” Soal Vaneeda. Que Zafran tersenyum dan memandang cincin yang baru dikeluarkan oleh pekerja Habib tersbeut untuk dilihatnya.

            “Beli cincin kahwin.” Balas Que Zafran. Tercengang Vaneeda dibuatnya.

            “Arh? Cincin kahwin You ke?” Soal Vaneeda gugup. Please say ‘no’! Bentaknya di dalam hati.

            “A’ah.” Jawab Que Zafran pendek dan tersenyum manis memandang Vaneeda. Kelihatannya Vaneeda seperti terkejut dan terdiam.

            “Err. Ok. Congrates.” Balas Vaneeda dengan senyuman kelat. Please Vee. Engkau pun nak kahwin.  Lupakan dia. Desis hatinya.

            “Thanx dear.” Balas Que Zafran dan tersenyum. Sempat lagi mengeyitkan matanya pada Vaneeda. Namun gadis itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan mengetap bibir.

            “Yang ini adalah keluaran terbaru kami tuan. Kalau tuan nak. Boleh try pada bakal isteri tuan ni.” Jelas pekerja Habib dan tersenyum kepada Que Zafran dan Vaneeda. Tercengang Vaneeda dibuatnya. Melissa pula tergelak kecil dan Que Zafran tersenyum senag.

            “Yes sure. Sayang. Do you mind? Try it for me.” Kata Que Zafran kepada Vaneeda yang masih tercengang disebelahnya. Matanya dikenyitkan.

            “Please. Help me. I’m sure. Jari my future wife sama size dengan jari you.” Bisik Que Zafran. Vaneeda hanya membiarkan cincin berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Que Zafran. Cantik. Desis hatinya. Bertuah sekali calon isteri lelaki itu.

            Bibirnya diketap. Entah kenapa. Terasa sakit pabila mendengar lelaki itu ingin berkahwin. Terasa kehilangan. Tapi kenapa? Itu yang berlegar-legar dimindanya saat ini….



******************************************************************************


AKU mengetap bibir. Kaki dibawa merapati Iphone yang sedang cantik letaknya di atas meja kopi ruang tamu kondoku. Stop ! Erk! Kaki  dibawa ke balcony kembali. Pandang ke langit. Hurm. Banyak bintang malam ni. Confirm tak hujan.

            Ish! Mata menjeling ke arah Iphone kembali. Bibir diketap kembali. Kaki melangkah setapak. Huh! Diundurkan setapk lagi. Rasa ragu-ragu. Aku mengaru-garu kepala. Kusut! Serius aku tengah kusut sekarang ni. Nafas ditarik.

            Inhale.

            Exhale.

            Inhale.

            Exhale.

            Ok deal!  Kaki dibawa merapati Iphone di atas meja kopi dan Iphone diambil. Jemari menari di atas screen  Iphone dan handphone  ditekapkan ke telinga. Menunggu orang yang di dail menyambut.

            “Helo sayang? Asalamualaikum.” Kedengaran suara mummy menyapa cuping telingaku. Aku mengetap bibir.

            “Walaikumsalam my. Maaf. Isha menganggu mummy ke?” Soalku pada mummy serba salah. Siapa tahu mummy tengah sibuk. Kedengaran suara mummy tergelak.

            “Taklah sayang. Mummy baru je berbual dengan wedding planner Isha tadi. Isha nak apa call ni? selalunya macam ni Isha dah tidur.” Balas mummy padaku. Aku mengaru-garu kepala. Alahai. Nak cakap apa ni? Mummy dah siap panggilkan wedding planner segala.

            “Isha? Why honey? Isha ada nak cakap apa-apa dekat mummy ke?” Soal mummy kepadaku.

            “Err… Isha. Isha…. Hurm…” Balasku gugup dan tersekat-sekat.

            “Isha… Ada apa yang Isha nak cakapkan ni? Cakaplah. Isha ada problem  ke sayang? Kalau ada tell me. Mummy sedia mendengarnya. But please  jangan kata Isha nak cancel kan wedding ni. Everything was 70% compelte  sayang.” Kata-kata mummy itu membuatkan aku terdiam.

            “Eh! Takdelah mummy. Isha saje call  nak tanya khabar mummy je. Mummy sihat ke? Isha rindu.” Bohongku pada mummy. Kepala diketuk. Bodoh sangat! Lain yang nak dicakap. Lain yang terkeluar. Kalau macam ni kahwinlah gamaknya. Huhuuhu. Sudehhh~


***********************************************************************


SAH!

SAH!

SAH!

            “ALHAMDULILAH.” Kedengaran suara sepupuku Raihanna mengucap syukur. Semakin kuat debaran jantungku saat itu. It’s start of my new life… With the man that I didn’t love and know. Ya allah swt. Jika ini adalah jodoh yang engkau tentukan untukku. Bukakan hatiku untuknya. Biarkan aku menjadi isteri yang solehah buatnya. Isteri yang diredhai olehmu.

            “Hei… Janganlah menangis sayang. Comot nanti make up tu.” Suara Kak Aina pula menegurku. Air mataku dilap denngan cermatnya. Aku hanya mendiamkan diri.

            “Husband  kak Vee handsome giler!” Kedengaran suara Aira yang baru masuk ke bilikku dengan senyuman manis.

            “Honey… Dah siap ke? Mari turun ke bawah. Acara membatalkan air wudhuk dan sarungkan cincin nikah.” Mummy yang baru menapak masuk ke bilikku di banglo milik mummy dan daddy yang terhias cantik memanggilku. Mummy tersenyum memandangku. Matanya kelihatan merah. Mungkin baru selepas menangis. Dahiku diciumnya penuh kasih.

            “Anak mummy dah jadi isteri orang….” Bisik mummy kepadaku dan menarikku ke dalam pelukannya. Sekali lagi air mataku mencurah. Sebak. Sedih. terharu dan sebagainya bercampur. Patutla setiap pegantin akan menangis selepas upacara nikah. Rupanya ini yang mereka semua rasa. Rasa  jauh dari keluarga kerana diri ini sudah menjadi milik suami.

            “Amboi kak long. Udahlah tu. Pegantin lelakinya dah menunggu kat bawah. Ish. Angah pun dah ikut sebak ni.” Mak Ngah menegur kami sambil mencengkak pinggang di muka pintu bilikku membuatkan kami semua tertawa. Mak ngah. She’s always make us laugh. Sebiji like mak joyah. Hehe.

            Aku menuruni tangga dengan diiringi sepupu-sepupu perempuanku yang seragam memakai baju rona peach. Mummy pula bersama mak ngah berada ditepiku.  Sepanjang menuruni tangga rumah yang dihiasi dengan bunga-bunga segar membuatkan aku semakin berdebar. Berdebar untuk menatap wajah sang suami yang baru dinikahi.

            Acara pernikahan yang diadakan di banglo daddy dan mummy membuatkan majlis menjadi lebih meriah. Teman-teman daddy dari Aussie juga turut serta memeriahkan majlisku. Anak tunggal Prof.Dr Imran Rashid. Siapa tidak kenal. Persyarah terkenal di Aussie.

            Aku didudukkan di pelamin nikah rona putih. Cantik. Gabungan bunga rose putih dan Kristal. Semuanya idea mummy dan ibu mertuaku. Aku? jangan ditanya kerana hampir semua kelengkapan dan persediaan untuk majlis ini dibuat oleh mereka semua. Aku hanya tahu sediakan diri untuk dinikahkan sahaja. Sengkek betul pengantin macam aku ni.

            “Asalamualaikum…” Sapa suamiku. Erk! Aku terdiam. Bagaikan kenal dengan suara lelaki itu.

            “Walaikumsalam… erk!” Jawabku dan mengangkat wajahku. Aku tercengang. Dia??????????????????????


*************************************************************************


QUE ZAFRAN tersenyum memandang isterinya yang baru sedar dari pengsannya itu. Jam didinding dikerling. Dah jam10 malam. Lama ya amat pengsannya. Kepala digelengkan. Bibir mengukirkan senyuman dan tangan membelai rambut isterinya yang panjang dan lembut itu.

            “Hi sayang…” Sapa Que Zafran pada Vaneeda dengan senyuman manis. Vaneeda yang baru sedar itu spontan membesarkan matanya dan berdiri.

            “Ouch!” Mengadu kesakitan Que Zafran dibuatnya pabila kepalanya dihentak oleh Vaneeda.

            “Aduh! You! Sorry !” Balas Vaneeda dan mengosok-gosok dahi lelaki itu. Riak wajahnya kelihatan cemas.

            “Sayang… Sayang….” Panggil Que Zafran dan memegang kedua-dua pipi Vaneeda. Mata hazel milik isterinya itu direnung.

            “Abang okay.” Balas Que Zafran dan tersenyum. Vaneeda mengerutkan dahi. Abang?

            “Abang? You siapa? Macam mana you boleh ada kat dalam bilik I? Hubby I mana?” Soal Vaneeda bertubi-tubi sehinggakan Que Zafran menutup bibirnya dengan ciuman. Terdiam Vaneeda saat itu juga. Merah mukanya menahan malu.

            “First, abang Tengku Zafran Tengku Zain. Abang ada kat sini sebab ini bilik kita berdua. And your hubby is here. It’s me. I’m your husband  sayang. “ Jelas Que Zafran satu persatu dan membelai wajah jelita Vaneeda.

            “It’s a dream right? No! I’ve to sleep back. Ini hanyalah mimpi. Ya. Mimpi.” Balas Vaneeda dan kembali membaringkan tubuhnya di bantal lembut miliknya. Mata dipejam. Cuba untuk tidur kembali.

            “Hei!” Jeritnya pabila terasa bibirnya sekali lagi menjadi mangsa ciuman Que Zafran. Matanya dibuka besar dan dijengilkan. Lelaki itu masih di situ dan tersenyum manis memandangnya.

            “Apa ni cium-cium orang! Bagitahu daddy kang! Padan muka!” Marah Vaneeda. Que Zafran tergelak dan mengelengkan kepalanya. Bagitahu daddy? Entah-entah daddy kata. ‘Just continue que. Daddy always support you. Give me grandchild.’. Hehehe. Desis hati Que Zafran nakal.

            “Sedar pun. So now, it’s a dream or real honey?” Soal Que Zafran dan menjungkitkan keningnya. Vaneeda terdiam. Tubuhnya kembali didudukkan. Bibirnya dipegang dan matanya memandang Que Zafran yang duduk di sebelahnya.

            “Errr. So… I kahwin dengan you?” Soal Vaneeda. Que Zafran menganggukkan kepalanya dan tersenyum.

            “A’ah. Kita kahwin. Abang. Kahwin. Dengan. Sayang.” Balas Que Zafran satu-satu dan membelai penuh sayang rambut isterinya.

            “But How?” Soal Vaneeda hairan.

            “Ingat lagi tak, sayang pernah kata kat abang yang sayang hanya akan berkahwin dengan lelaki pilihan mummy and daddy. That time, abang dah jatuh cinta dekat sayang. Time dengar sayang kata macam tu. Abang pun frust. Then, nak dijadikan cerita. One day tu Haykal give me an a brilliant idea. He’s told me to masuk meminang sayang terus.” Jelas Que Zafran dan mencium tangan Vaneeda lembut. Wangi dan lembut tangannya. Inilah lumrah setelah berkahwin.

            “Then you pinang I?” Soal Vaneeda. Masih kaku untuk menggunakan gelaran ‘abang’ dan ‘sayang’. Que Zafran tersenyum dan menganggukan kepalanya.

            “A’ah. Ideanya macam tulah. But , bila balik rumah ummi pula kata dah carikan jodoh buat abang. Time  tu  bertambahlah frust abang dibuatnya. Tapi bila ummi tunjukkan gambar. Rupanya cik Vaneeda Isha kita ni. Ummi and mummy we’re bestfriend and  mereka berdua dah rancnag nak jodohkan kita. Tak tahu pula yang anak teruna ummi dah tangkap cintan dengan anak dara Encik Imran ni. Senanglah kerja mereka berdua.” Balas Que Zafran nakal. Vaneeda tersenyum. Tak sangka. Jodoh mereka begitu kuat sekali.

            “Wait ! So time kat Habib tu. You dah tahu ke tentang kita?” Soal Vaneeda hairan. Que Zafran tergelak dan menganggukkan kepalanya.

            “Eeee! Jahat! Sengaja nak kenakan orang!” Balas Vaneeda geram dan memukul dada Que Zafran yang hanya memakai singlet rona hitam itu. Malu juga sebenarnya pabila melihat susuk tubuh sasa lelaki itu. Tough semacam . Hee. Gatal!

            “Abang bukan nak kenakan sayang. But nak duga sayang. Sayang ada feeling ke tak dengan abang. But alhamdulilah. Happy  jugalah bila tengok orang tu berubah mukanya bila abang kata nak kahwin. Hehehe.” Balas Que Zafran dan mencuit hidung mancung Vaneeda. Menjerit kecil Vaneeda dibuatnya. Tubuh dibaringkan dan baring membelakangkan suaminya. Wajah ditekup dengan bantal. Malu ya amat! Que Zafran tergelak. Tahu sangat yang Vaneeda malu.

            “Sayang abang tak?” Bisik Que Zafran di telinga Vaneeda. Tubuhnya turut di baringkan di sebelah isterinya dan tangannya melingkar ke pinggang ramping si isteri. Namun Vaneeda hanya mengkakukan tubuhnya. Terasa canggung. Pertama kali disentuh begitu oleh lelaki bukan mahramnya.

            “Sayang…” Balas Vaneeda malu. Wajahnya masih ditekup dengan bantal. Que Zafran tersenyum.

            “Kalau sayang kenapa baring belakangkan abang? Tak pandang abang pun… Dosa tau baring belakangkan suami yang…” Balas Que Zafran. Spontan Vaneeda melarikan bantal dari wajahnya dan baring menghadap siling bilik. Mukanya merona merah. Tahu kini Que Zafran sedang  galak merenungnya.

            “If I ask you to love me back, that wouldn’t be right. If I ask you to love me now, that wouldn’t be fair. If I ask you to stay, that’s too much. So I’ll just ask you to please believe that when I say I love you, I mean it sayang…” Bisik Que Zafran dan merenung wajah cantik isterinya. Vaneeda turut membalas renungan suaminya. Terasa bahagia pabila sang suami mengatakan ayat cinta padanya.

            “I often walk not knowing where I am to go. I often walk not knowing I'm going very slowly. I don’t know why it happens, I really have no clue. Maybe I need help or maybe I just need you… Abang, maybe I’m too innocent to know what love is, I may not show you love the way you know it, I may not love you the way it should be but I tell you, right now, I'm loving you the best way I know how. I love you abang. I love Que Zafran. Suami saya…” Balas Vaneeda dengan senyuman manis dan mengusap pipi Que Zafran penuh kasih. Que Zafran tersenyum manis. Air mata isterinya dilapkan dengan tangannya. Terharu pabila isterinya turut mencintainya.

            “Abang nak kita mulakan hidup baru berdua. Tak akan ada rahsia di antara kita. Semuanya kita kongsi bersama. Kalau ada yang abang buat sakitkan hati sayang. Please tell me. Begitu juga sebaliknya. Abang nak kongsi hidup abang bersama sayang abang ni. Boleh?” Soal Que Zafran kepada Vaneeda. Vaneeda tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

            “Come…” Que Zafran menarik Vaneeda ke dalam pelukannya. Dipeluk erat dan penuh kasih isteri yang baru dinikahinya itu.

            “Eh. Stop!” Celah Vaneeda dan duduk tegak memandang raut wajah kacak suaminya. Que Zafran mengerutkan dahi dan menjungkitkan keningnya tanda ‘kenapa’.

            “Abang kata abang driver?” Soal Vaneeda hairan. Blurr. Mummy kata bakal suaminya adalah seorang pilot. Spontan Que Zafran tergelak. Sehinggakan Vaneeda tercengang.

            “Abang?!” Marah Vaneeda. Que Zafran menutup mulutnya dengan tangan tatkala melihat wajah cemberut isterinya.

            “Sorry. But it’s funny.” Balasnya dan ketawa lagi. Vaneeda mendengus geram dan berpeluk tubuh. Spontan Que Zafran menghentikan  tawanya. Gelisah melihat wajah si isteri yang sudah cemberut 14 depa!

            “Ops! Sorry  baby. Abang tak sengaja….” Pujuk Que Zafran lembut dan memeluk tubuh isterinya. Vaneeda mengeraskan diri tanda protes. Geram dengan Que Zafran.

            “Ok-ok. Honestly,  abang memang pilot. But that was before. Now, abang akan ambil alih company abi. Takkan selamanya nak jadi pilot. Menangislah wife abang yang cantik ni tinggal kat rumah sorang-sroang.” Jelas Que Zafran jujur. Memang sebelum berkahwin dia adalah seorang pilot. Tetapi setelah memikirkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal bapa kepada Que Zafran Junior. Hehe. In shaa Allah. Maka dia mengambil langkah untuk berhenti kerja dan mengambil alih syarikat abinya. Abinya sudah sering kali merungut dan memintanya mengambil alih syarikat. Memandangkan Que Zafran adalah anak tunggal dan abinya sudah berumur. Tanggungjawab itu terletak 100% dibahunya.

            “Tapi abang kata abang driver !” Rungut Vaneeda geram. Que Zafran ketawa.

            “Driverlah. Drebar kapal terbang!” Balas Que Zafran dengan tawa yang kuat.

            “Abang!!!!!!!!!!” Jerit Vaneeda.

****************************************************************************
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Keikhlasan cinta Que Zafran kepada Vaneeda Isha akhirnya telah membawa kepada terbinanya sebuah mahligai indah. Orang kata bercinta itu sungguh manis rasanya. Tetapi, lagi manis rasanya jika bercinta setelah bernikah. Ianya sudah menjadi milikmu dan halal bagimu. Nikmatnya begitu indah. Sehinggakan bunga yang melayu mulai mekar cantik.

            Mungkin, Que Zafran sendiri tidak tahu akan perasaan Vaneeda Isha kepadanya. Dia sendiri tidak pasti adakah perasaan cintanya akan terbalas. Namun, kerana kesungguhan dan keikhlasannya mencintai Vaneeda. Jodoh mereka diperdekatkan oleh-NYA. Alhamdulilah.

            Kepada gadis-gadis diluar sana. Arh! Jangan hengat kalau-kalau enchik abang yang mengurat anda itu kerjanya driver terus direject. Ingat! Driver ada banyak jenis. Driver lorry, teksi ataupun kapal terbang? Hahahahahahahaha….. Aku melalut !!!



DENGAN INI SAYA MENGISYTIHARKAN BAHAWA CERPEN ENCIK DREBAR TEKSI SELESAI. 


Yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy~~~~






Esok raye~




Erk! Engkau kenapa? Terencat? Tetiba. Hehe












P/S :: Tetttttt! Wah engkau! Tajuk bukan main lagi. Encik drebar teksi? Pada mulanya idea ini tercetus tatkala aku menonton movie Jangan Pandang-Pandang tadi. Ukeh! Takde kena mengena sebenarnya. Propa lebih! Hehehe. Idea ni just came out dari otak aku and tangan aku  ni gatal-gatal nak menaip. Entah apa yang aku taip aku sendiri  tak tahu. Hehehe. Sabar jelah! Sebenarnya aku tengah ada masa lapang sekarang ni. semua story dah siap dah. Tengah tunggu respond orang comment kat blog aku jerk! Yay! Hehehe. Semuanya happy ending disebabkan aku sukakan cerita yang berakhir dengan kebahagiaan.

            Ok back to the story, about this story actually… Wahh~ Tetiba. Speaking engkau! Hahaha. Ok-ok serius! sebenarnya plot cerita ni dah memang ada kat dalam minda aku sekarang ni. Time tenga minum petang tu terus idea tu datang mencurah-curah.  Makanya, aku mula melari-larikan jari-jemariku di papan kekunci ini. Skema sungguh!

P/S :: ALHAMDULILAH~ Akhirnya cerpen ni habis disiapkan di dalam masa 3jam. Erk! 3jam? Makanya, jika ada yang terkurang aku minta maaf si non. Gue cincai aja ni karangnya. Hehee. Tetiba engkau minah endon mana ntah. Hahaha.


                    Saya, Ratu Adriana Nadine. Dengan ini saya memohon maaf jika cerpen yang saya buat ada tersinggung mana-mana pihak,bangsa mahupun agama. Saya tiada maksud yang disebaliknya. Percayalah, ianya cuma sekadar perkongsian ilmu dan jika negativenya diharap kalian semua buang jauhjauh ukeh! Dengar tau! Buang jauhjauh. Jan terpengaruh sangat. Hehehe. 


                    Saya juga, meminta maaf sekiranya cerpen ni mempunyai kesalahan dari segi ejaan,perkataan,ayat dan sebagainya. Maafkan saya mak inchik. Sya budak baru belajar. :) Senyum sikit. Hehehe. 


                      Saya juga ingin mengatakan di sini bahawa, terima kasih kerana anda,anda dan anda semua sudi membaca cerpen tidak seberapa ini. Jika ianya boring. Maafkan saya. saya tahu banyak yang tak suka SEJARAH! Hahaha. Aku suker nok! SEJARAH makanan aku tuh. cehh. Nada bangga di situ yer puanpuan. Wink! heheh. =)


                    Saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada perkongsian ilmu yang saya ketengahkan di sini tidak sesuai dan bukannya fakta ke apa. TAPI! Percayalah, ianya fakta! Hehehe. Tang sejarahlah. Sejarah beb! Mana boleh engkau goreng mosak lomak cili api! Masak engkau! Hehehe.



                     TING TONG!


    TERIMA KASIH KERANA MELUANGKAN MASA ANDA.






Till then,





P/S :: Do give respond and comment ya. Hwaiting~ J









Love,
RATU ADRIANA NADINE.

23 comments:

  1. Replies
    1. In shaa allah. nmpak gayanya mcm tuwh lar. work on it :) tq awak sudi comment :)

      Delete
  2. lylea(naylea atieqah)22 April 2012 at 16:42

    best3!!! kak ratu bile nk buat smbungannyer!!! hehe.. *toinktoink* ... ^_^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakkk~ Heee. waitwait ukeh. keep follow my blog. ehee :) winkwink ;p

      Delete
  3. ahak ... memang best senua novel awak nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakkk~ heee. ye ker? thanx wak. mc bnyk kekurangan lae. maaf kalau ada tkrang :)

      Delete
  4. best bah ni....dua2 pun boleh...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx wak :) but mybe kite buat cerpen kut. malam ni kite update. jangan lupe baca eh :)

      Delete
  5. best...best...best... especially tntg mumia tuh!!!
    hwaiting ur next cerpen..!! ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. best ke awak? hee. kite suke sj taw. sory if borink eh. hee :) thanx awak sudi baca n drop ur comment

      Delete
  6. love it..
    sweetness overload...
    i got diabetes..
    but I REALY LOVE IT!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      okay. its not my fault! not me! not me! hahahah =)
      thanks dear. thanks for dropping by and leave ur comment =)

      Delete
  7. best3!!!!hebat knowledge about de mumia n relate ngn al-quran...
    i'm observed that ur writting ade value tau..bkn story saje2....keep it up..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe T H A N K S syg =) m glad u like it .
      alhamdulilah~ =)

      Delete
  8. best-best, buatlah lagi versi cinta lepas kahwin.....

    ReplyDelete
  9. hermm..best, best sy lg suke cerpen sb pendek n cepat habis, suke hepi ending jgk..chayok3x

    ReplyDelete
  10. Terbaikk.. I xlayan citer love n jiwang but this story is sumthing... Best n keep it up..

    ReplyDelete
  11. Nice cerpen n novel.....first jumpa blog ni dh terpikat.....suka sgt3 happy ending....teruskan ...

    ReplyDelete
  12. cerpen ni..buat saya senyum....happy...buatkan jiwa ni muda...terbaik..heehee...selamat maju jaya Ratu teruskan berkarya...

    ReplyDelete
  13. Cerita yang bagus.. teruskan..
    Tumpang Iklan
    Sedap betul bang..
    Kalau macam ni..tiap hari pun nak..
    >>>Kalau Berani Klik Sini!<<<

    ReplyDelete