Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday, 17 July 2013

CINTA ENCIK DUDA (PART 1)




Cinta Encik Duda Bab 28 (Part 1)



“The day you stepped into my life, you changed it into something so beautiful and meaningful. You are just so amazing to have around. I cannot stop myself from telling you every day, how much you mean to me.” – Datuk Megat Haykal Tan Sri Megat Halim.



HAYKAL menjeling isterinya di sisi. Ketika di awal perjalanan tadi bukan main teruja lagi isterinya. Asyik menangkap gambar pemandangan sepanjang perjalanan dan gambar mereka berdua. Apatah lagi gambar ketika dia sedang memandu. Dia? Hanya mampu mengelengkan kepala. Dah engkau berkahwin dengan orang  muda. Ikut sajalah rentaknya. Mungkin kerana sikap Aira dan Andra yang suka mengambil gambar adalah sama. Maka, dia tiada masalah dengan hal tersebut. Dilayankan saja sikap manja dan teruja isterinya.
       
     “Hurmm….” Keluh Andra di sisi. Spontan haykal memandang isterinya di sisi. Isteirnya yang sedang terbaring malas itu dipandang.
       
    “Kenapa ni?” Soal Haykal lembut dan membelai jemari isterinya yang berada di gengamannya. Andra mengeluh dan memuncungkan bibirnya.

            “Bosanlah… Kaki ni dah nak cramp asyik duduk di dalam kereta. Bila nak sampai ni?” Adu Andra dan mengetuk-getuk pehanya yang tersarung skinny jeans rona kelabu itu. Tersenyum Haykal dibuatnya.

            “Arh?” Soal Andra gugup dan hairan pabila suaminya menepuk pehanya. Keningnya dinaikkan.

         “Come..” Balas Haykal pendek dan menarik kedua-dua kaki isterinya. Diletakkan ke pehanya. Spontan Andra tersentak dan badannya terikut berpusing dan tersandar di pintu kereta. Suaminya dipandang dengan pandangan tidak percaya. Suaminya itu sungguh diluar jangkaan. Selamba saja menarik kakinya ketika Haykal sedang memandu.
    
           “Owh! Abang! Gelilah!” Jerit Andra dan tergelak kecil pabila suaminya mengurut hujung kakinya lembut. Mengeliat tubuh Andra dibuatnya. Haykal tergelak.
        
              “Tadi kata kaki awak cramp. Abang tolong urutkanlah ni.” Jelas Haykal sambil jemarinya menari-nari di kaki isterinya. Tangan kanan memicit kaki isterinya. Manakala, tangan kiri pula memegang stering kereta. Tersentak Andra dibuatnya. Cepat-cepat dia cuba untuk menarik kakinya kembali. Namun, ditahan oleh Haykal.

            “Sayang, boleh duduk diam-diam tak?” Soal Haykal lembut dan menjeling isterinya di sisi. Andra mengetap bibirnya.

            “Abang… Janganlah macam ni. Awak buat Andra rasa serba salah dan berdosa. Tak baik suami picitkan kaki isteri. Janganlah macam ni abang.” Rayu Andra dan memegang tangan kiri suaminya. Haykal tersenyum dan gelengkan kepalanya.

            “Sayang saya. Dengar sini, adalah tidak salah sekiranya seorang suami ingin menyenangkan hati isterinya dan melayan isterinya. Malah seorang suami itu mendapat pahala sekiranya melayan isterinya dengan baik dan melimpahkan kasih sayang buat isterinya.” Jelas Haykal lembut dan tersenyum manis memandang isterinya yang terkulat-kulat memandangnya itu. Rasanya tiada salahnya sekiranya dia ingin melayan isterinya seperti seorang permaisuri. Selama berkahwin dengan Andra, isterinya itu tidak pernah lelah untuk melayaninya. Bermula bangun pagi sehinggalah ke sebelum tidur malamnya, isterinya setia melayaninya dan tiada salahnya jika Haykal memaklumkan hal itu kepada Andra. Biar Andra tahu bahawa di dalam perkahwinan itu bukan sahaja hanya isteri melayan suami, bahkan isteri juga sepatutnya dilayan dengan baik oleh suami. Barulah perkahwinan namanya. Saling memerlukan dan saling membantu antara satu sama lain. Andra masih muda, pasti menganggap bahawa tugas seorang isteri di dalam rumah tangga itu hanya melayan suaminya tanpa meminta seorang suami itu melayani isterinya.

            Andra terdiam seketika, pertama kali mendengar lelaki berkata seperti itu kepadanya. Sedangkan abinya pun tidak pernah memaklumkan hal tersebut kepadanya. Agar tersentak seketika. Memang benar kata suaminya, tidak salah sekiranya seorang suami melayani isterinya dan tiada salahnya jika seorang suami juga melimpahkan kasih sayang buat isteirnya. Namun, dia sudah dididik sejak kecil oleh umminya, bahawa seorangb lelaki bergelar ayah dan suami itu sepatutnya dihormati dan meletakkan darjatnya tinggi.

            “Tapi abang, bukan seperti ini caranya. Andra rasa serba salah dan rasa berdosa bila abang urut kaki Andra seperti ini. Seperti Andra tidak hormatkan abang. Abang suami Andra. Sepatutnya Andra yang mengurut kaki abang.” Balas Andra lembut dan ingin menarik kakinya kembali. Namun, ditahan oleh Haykal. Haykal tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

            “Andra, tak apa. Abang tahu apa yang abang buat. Abang juga tahu bahawa Andra hormatkan abang. Bukannya Andra yang minta abang berbuat seperti ini. Tetapi abang sendiri yang mahu bukan? Jadi tiada masalah rasanya jika abang mengurut kaki isteri abang. Apa salahnya membantu mengurangkan beban isteri abang ni? Dahlah sayang, sayang relaks okay. Biar abang urutkan kaki sayang. Kalau nak tidur pun tak apa. Nanti dah sampai, abang bangunkan sayang ya.” Jelas Haykal panjang lebar dan mengenyitkan mata kirinya nakal sebelum kembali mengurut kaki isterinya dan memberikan tumpuan kepada pemanduannya.

            Andra pula di sisi hanya mampu terdiam dan merenung wajah kacak suaminya yang memakai Ray Ban rona hitam itu. Andra berpeluk tubuh dan melepaskan nafas beratnya. Bertuah sungguh dia. Mendapat seorang suami seperti Haykal seperti sebuah kisah dongeng. Tidak menyangka bahwa dia dikurniakan seorang suami yang baik dan penyayang. Terasa seperti dia sedang bermimpi. Kedua-dua pipinya dicubit dan bibirnya diketap pabila terasa sakit di situ. Bermakna, dia memang tidak bermimpi saat ini dan semua ini adalah nyata dan suami yang berada di hadapannya ini adalah suaminya. Suaminya yang penyayang dan telus hatinya.

            “Alhamdulillah.” Desis hatinya perlahan.





***CINTA ENCIK DUDA***





WAJAH kemerahan Along yang sedang menantiku dan suami di pintu keretanya membuatkan aku tersenyum. Seperti yang dijanjikan, Along menantiku di simpang jalan masuk ke Royal Resort. Along yang kemas memakai baju t-shirt berkoler rona kuning cair dan seluar slack rona khaki membukakan kaca matanya pabila kereta Lambhorgini suamiku berhenti di bahu jalan dan berhampiran dengan keretanya.

            Assalamualaikum WBT Along!” Sapaku padanya di saat pintu kereta usai ku tutup dan Along didekati. Tangan yang dihulurkan oleh Along ku sambut dan disalam olehku. Sempat kedua-dua pipinya ku cium dan dahiku di kucup lembut olehnya. Kasih sayang seorang abang seperti Along sejak dahulu tidak pernah surut buatku. Membuatkan aku merasa disayangi dan dimanja olehnya selalu.

            “Waalaikumsalam WBT sayang.” Balas Along lembut dan tersenyum memandangku. Aku tersenyum.

            “Sorry ya Along, kita orang lambat sikit. Singgah gerai tepi jalan tadi. Angah lapar.” Perutku di pegang dan Along dipandang dengan sengihan kecil. Tergelak Along dibuatnya.

            “Angah. Siapa tak kenal. makan saja kerja. Gemuk tak!” Balas Along kepadaku dan tergelak. Mencebir bibir aku dibuatnya. Dia ni. Melebih nampak!

            “Assalamualaikum WBT Along. Maaflah lambat.” Suara garau pak cik yang menyapa Along itu membuatkan aku dan Along menoleh memandangnya yang berdiri di sisi kami bersama luggage ku. Tangan dihulurkan kepada Along dan mereka bersalam seperti biasa. Tidak sepertiku, mencium tangan dan pipi Along tanda ku hormat padanya. Yalah, dah suami aku lebih tua dari Along dan Along pula muda dari suamiku. Apa ke jadahnya suamiku mengucup tangan Along! Hahaha.

            “Waalaikumsalam WBT. Eh. Tak apalah Datuk. Saya faham. Budak kecik ni memang. Makan saja kerjanya.” Balas Along kepada suamiku dan tergelak. Suamiku pula turut tergelak sama, bertambah cemberut mukaku dibuatnya. Inilah yang terjadi pabila Datuk Megat Haykal dan Anddy Thamzie bergabung. Meletup jadinya! Eh! Eh! Macam lagu Adam dan Stacy pula. LOL!
       
      “Dah-dah! Jom pergi. Nanti berbakul-bakul ketupat yang abang dan Along anyamkan buat Andra. Huh!” Rungutku kepada mereka dan berjalan mendekati suamiku. Suara tawa Along yang kuat dan menjengkelkan aku itu aku buat tak tahu. Along ni jika dilayan menjadi-jadi gayanya.

           “Abang, Andra pergi dulu dengan Along ya.” Aku meminta izin pada suamiku dan menghulurkan tanganku untuk bersalam dengannya. Sudah terbiasa begitu. Dia pula tersenyum dan anggukkan kepalanya. Usai tangannya ku salami, kedua-dua pipinya pula ku cium. Terpaksa menjongketkan kedua-dua kakiku seperti biasa. Suamiku, orangnya tinggi bagaikan zirafah sahaja. Dia pula bagaikan sengaja saja tidak merendahkan tubuhnya buatku. Tahu sangat dah aku dengan sikap nakalnya yang satu itu. Sejak di awal perkahwinan kami lagi, pabila aku ingin mencium kedua-dua pipinya pasti dia dengan sengajanya berdiri tegak. Sengaja nak aku terjongket-jongket bagai. Jahat tahu!

            “Carefull ya. Apa-apa call abang. Jangan nakal tahu.” Pesannya usai dahiku dikucup olehnya.

            “Andra janji!” Kepalaku dianggukkan dan dua jari tangan kananku diangkat tanda aku berjanji. Hahaha. Tergeleng sahaja kepala suamiku dibuatnya.

            “Tak baik berjanji macam ni. Lebih afdhal kata In Shaa Allah. Kerana setiap apa yang berlaku kerana izin Allah swt.” Tegur suamiku dan menarik tanganku dan memegang tanganku. Dikucup seketika jemariku dan mataku direnungnya. Aku tersenyum. Dia ni.

            “Yalah sayang saya. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum WBT.” Balasku padanya dan sempat aku melagakan hidungku dan hidungnya sebelum berlalu pergi ke kereta Along. Along yang berdiri di sisi suamiku spontan mengipas-gipas wajahnya konon.

            “Huuuu! Panas! Panas! Panas! Terasa nak kahwin terus!” Kedengaran suara Along yang menyakat kami berdua. Spontan suamiku dan aku tergelak sama. Aku hanya mengelengkan kepala dan membuka pintu kereta Along. Along yang mengambil luggage ku masih berada di sisi suamiku. Entah apa yang mereka berdua bualkan. Lelaki.





***CINTA ENCIK DUDA***





SETIBA di Royal Resort, kami diminta mendaftar terlebih dahulu di counter penyambut tetamu dan mengambil kunci bilik masing-masing sebelum Puan Marsha membuat sedikit briefing mengenai Family Day MH Holding selama 3 hari dan 2 malam di sini dan majlis pembukaannya. Ketika sedang mendaftar di counter penyambut tetamu bersama Along, ada suara yang memanggilku. Spontan aku berpaling dan ya itu dia.

            “Dik! Akak ingat engkau tak datang tadi.” Hah! Itu dia. Kak Zirafah dah mai dah! Siap menepuk tampar bahu aku lagi Kak Zirafah ni.

            “Amboi kak, nak lebam bahu saya ni dibuatnya. Excited bukan main lagi.” Balasku padanya geram dan mengosok lembut bahuku. Dia yang tersengih-sengih di hadapanku dijeling.

            “Haha. Sorrylah dik. Aku excited sangat sampaikan tertampar bahu engkau dengan kuat.” Balas Kak Latipah dan tersengih. Tergeleng kepalaku dibuatnya.

            “Ada-ada sajalah akak ni. Hah! Ni datang dengan siapa? Family ke scandal?” Soalku padanya dan meliar-liarkan mataku ke sekeliling lobi resort yang kini dipenuhi oleh staff MH Holding dan ahli keluarga mereka. Gila ramai! Sehinggakan tak cukup ruang lobi yang besar gedebak ini dibuatnya.

            “Ouch!” Aduku dan spontan aku memegang lenganku yang dicubit oleh Kak Latipah tadi. Gila sakit!

            “Akak!” Jeritku geram dan memandangnya tajam yang menujukkan wajah selamba itu.

            “What?” Soalnya selamba. ‘What’ dia kata? What the heck betul Kak Zirafah ni!

            “Yang akak cubit lengan saya yang tak berdosa ni kenapa?” Soalku geram. Barulah kelihatan Kak Latipah tersengih dan lenganku turut dielusnya lembut.

            “Dah engkau kata akak datang ke sini dengan scandal. Apa engkau ingat aku ni teruk sangat ke nak berscandal bagai?” Balasnya sambil mencengkak pinggangnya. Tergelak besar aku dibuatnya.

            “Yalah. Manalah tahu akak datang dengan scandal ke apa.” Balasku membela diri dan tersengih. Kak Latipah hanya mampu mengelengkan kepalanya.

            “Attention to all employees MH Holding’s, you are requested to assemble in the hall 1, right now. The briefing and the opening of our Family Day’s will start in 10 minutes. Thank you.” Suara Puan Marsha yang memenuhi ruang lobi saat ini membuatkan kami semua spontan menumpukan perhatian padanya.

            “Jomlah Angah, yang lain dah masuk tu. Jom Puan Latipah.” Ajak Along yang usai membuat daftar masuk di counter. Bahuku dipeluknya kemas.

            “Yalah Encik AT, saya panggil suami dan anak-anak saya dulu. Akak pergi dulu ya dik. Jumpa nanti.” Balas Kak Latipah akur dan sempat mencubit pipiku sebelum mendapatkan suaminya. Menjerit kecil aku dibuatnya. Along hanya tergelak dengan sikap kami berdua. Sudah biasa mungkin dengan sikapku dan Kak Latipah.





***CINTA ENCIK DUDA***





ANDDY THAMZIE dan Andra Tihamiey mengambil tempat tidak jauh dari pentas dewan. Memudahkan mereka untuk memberikan tumpuan nanti kepada briefing yang Puan Marsha ingin sampaikan kepada mereka. Dewan 1 yang agak besar itu boleh memuatkan kesemua staff-staff MH Holding. Royal Resort yang dikenali sebagai sebuah resort dan hotel yang mempunyai keluasan resort yang luas mampu menampung capacity pelanggan yang ramai dan mempunyai perkhidmatan tahap 5 bintang membuatkan Royal Resort terkenal di dalam kalangan golongan elit dan VVIP. Terasa bertuah staff-staff MH Holding rasakan kerana Datuk Megat Haykal sanggup mengeluarkan dana bagi keselesaan staffnya.

            “Assalamualaikum WBT. Sorry I lambat.” Suara lembut yang menyapa Anddy Thamzie dan Andra Tihamiey itu membuatkan Anddy Thamzie dan Andra Tihamiey yang tadinya sibuk mengerjakan Ipad mereka spontan mengangkat kepala mereka dan memandang gerangan suara yang menyapa mereka tadi.

            “Waalaikumsalam WBT. Eh. Eh. Kak Watif. Duduklah.” Balas Andra mesra dan menepuk kerusi yang berada di sebelah abangnya. Watif pula spontan tersenyum malu.

            “Terima kasih Andra.” Balas Watif dan mendudukkan dirinya di sisi Anddy Thamzie. Anddy Thamzie yang memandangnya seketika dan kembali memandang Ipadnya itu membuatkan Watif mengerutkan dahinya. Lelaki itu selalu bersikap seperti itu dengannya. Lagaknya seperti tidak peduli. Namun, kadang-kadang tingkah lelaki itu pula seperti mengambil berat dengannya.
    
        “You..” Bisiknya ke telinga Addy Thamzie. Anddy Thamzie hanya memandangnya seketika dan kembali memandang ipadnya.

            “Hurm,.” Balasnya pendek. Watif mengeluh. Sempat Andra yang turut hanyut dengan Ipadnya dipandang. Adik-beradik ini sama saja tingkah mereka.

            “You marah eh I lambat datang? Sorry lah you. I lambat bangun tadi.” Jelas Watif manja kepada Addy Thamzie.

            “Okay.” Balas Addy Thamzie pendek. Merengus geram Watif dibuatnya.

            “Huh! Selalu macam ni.buat I geram saja.” Balas Watif geram dan berpeluk tubuh. Stage yang dihias dengan cantik dipandang. Lebih baik memandang stage yang dihias cantik, sekurang-kurangnya matanya merasa sejuk juga. Taklah bertambah geram memandang sikap dingin lelaki itu. Anddy Thamzie yang berada di sisi Watif hanya tersenyum kecil tanpa memandang pada gadis itu. Biar begini. Tidak ingin terlalu menyayangi seseorang. Takut nanti kisah silamnya akan berulang kembali. Andra yang melihat situasi Alongnya dan Watif itu spontan mengeluh. Dia tahu, Anddy Thamzie masih disaluti dengan kisam silamnya. Tapi, tak semestinya setiap kali hujan takkan munculnya mentarikan? In Shaa Allah, dia berdoa agar Watif adalah mentari buat Anddy Thamzie. Gadis itu dilihat begitu serius dengan abangnya. Apatah lagi, Watif acap kali menceritakan padanya bahwa kedua ibu bapa gadis itu ingin berjumpa dengan Alongnya. Cuma Alongnya sahaja belum bersedia.

            “Kalau dah suka tu katalah suka. Tak payah nak cover bagai. Chicken!” Kata Andra perlahan sambil menarikan jemarinya di atas screen Ipad. Membaca status-status teman facebooknya yang sudah dikhatam sebanyak dua kali sejak tadi. Gara-gara menanti Puan Marsha yang masih belum muncul di atas pentas. Anddy Thamzie yang berada di sisi adiknya pula spontan tersentak. Walau suara halus adik kesayangannya itu perlahan saja namun amat jelas dipendengaran telinganya. Spontan wajah cantik Andra yang mewarisi kecantikan Umminya itu dipandang.

            “Apa Angah kata tadi?” Soalnya inginkan kepastian dan memandang tajam adiknya di sisi. Tersentak Andra dibuatnya. Ingatkan lelaki itu tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya tadi. Spontan kepalanya digelengkan dan tersengih memandang Alongnya.

            “Eh! Tak ada apalah Along. Angah tak ada cakap apa-apa pun tadi. perasaan Along sajalah.” Dalihnya dan melayangkan kedua-dua tangannya sungguh-sungguh di udara tanda ‘tidak’. Berkerut dahi Anddy Thamzie dibuatnya. Biar betul! Rasanya dia ada mendengar adiknya itu bersuara tadi. Watif di sisi spontan dipandang. Gadis itu pula khusyuk memandang Blackberry nya. Aik! Kalau dah dua-dua tak bersuara tadi. Jadi siapa? Bingung dia seketika. Andra di sisi pula tersengih dan menjeling Alongnya di sisi. Dadanya diusap lembut. Nasib! Nasib sahaja Anddy Thamzie tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya tadi.





***CINTA ENCIK DUDA***





DATUK MEGAT HAYKAL yang duduk di single sofa yang disediakan di atas pentas hanya membuat selamba memandang kad atur cara Family Day yang akan diadakan selama 3 hari dan 2 malam di Royal Resort tersebut. Tahu bahawa rata-rata staff nya kelihatan terkejut dengan kedatangannya hari ini. Boleh dibilang berapa kali dia mengikut Family Day yang diaturkan oleh syarikatnya. Itupun kadang-kadang dia hanya datang untuk pembukaan dan penutupan sahaja. berlainan sekali pada kali ini. Dia akan mengikuti acara Family Day MH Holding selama 3 hari dan 2 malam. Kenapa? Pastilah kerana isterinya Andra Tihamiey. Spontan wajahnya diangkat dan mencari-cari kelibat isterinya. Tersenyum di dalam hati dia pabila melihat isterinya yang cantik memakai baju kemeja long sleeve rona putih dan skinny jeans rona kelabu itu. Sedondon dengannya saat ini yang memakai kemeja long sleeve rona yang sama dan seluar jeans rona biru. Santai sekali. Sejak berkahwin barulah dia pandai nak memakai baju colour yang sama dengan pasangannya. Jika dulu? Hurm.

            “MH Holding families, we’re glad today because our CEO, Datuk Megat Haykal bin Tan Sri Megat Halim will joining us for 3 days and 2 nights we were here. Come on peeps, give a huge clap for our big boss, Datuk Megat Haykal.” Suara Puan Marsha yang teruja itu membuatkan Haykal tersentak dan memandang Puan Marsha yang berdiri di tempat berucap yang disediakan sambil menepuk tangannya ceria dan teruja. Kelihatannya rata-rata staff MH Holdings juga mulai berdiri dan memberikan tepukan gemuruh buat Haykal. Malah ada suara-suara nakal yang bersiul dan bersorak.

            “See bro, ramai yang teruja engkau datang. Apatah lagi wife engkau. Hyperactive betul!” Suara Haniff yang berbisik di sisinya itu membuatkan Haykal spontan memandang ke arah isterinya yang berada di bawah sana. Tersenyum Haykal dibuatnya. Apatah lagi pabila melihat isterinya yang berada di bawah sana turut berdiri dan bersorak sama. Nakal sungguh gayanya. Siap bersiul bagai. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Lagak isterinya itu memang tidak mencerminkan sikap seorang Datin dan seorang wanita yang bergelar isteri. Akan tetapi, lebih kepada anak-anak remaja yang teruja melihat penyanyi kegemaran mereka. Tersenyum lagi Haykal dibuatnya. Dia lupa. Lupa bahwa Andra itu umurnya 22 tahun. Muda 18 tahun darinya. Pastilah sikapnya sedikit kebudak-budakkan.

            “Dipersilakan Datuk, memberikan sepatah dua kata bagi acara pembukaan pada hari ni.” Suara Puan Marsha yang memanggilnya itu membuatkan Haykal tersedar dan anggukkan kepalanya. Tubuhnya dibawa diri dan mendekati tempat berucap yang disediakan di atas pentas tersebut. Setiba di tempat berucap yang disediakan, Puan Marsha mengundurkan dirinya sedikit memberikan ruang kepada Haykal. Haykal yang berdiri di tempat berucap berdehem seketika dan membuka Ray Ban hitamnya sebelum memandang staff-staffnya di bawah sana. Bertambah gamatlah saru dewan dibuatnya. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Bagaikan dia artis saja.

            “Assalamualaikum WBT and good morning MH holding’s families.” Ucapnya memberi salam terlebih dahulu. Tersenyum Haykal pabila salamnya disambut oleh staff nya.

            “Syukur Alhamdulillah, I’m feeling honored today because we are given the opportunity to gathered together again like the previous year. In deep down of my hearth, I'm lucky to have a large family that helped me a lot in developing MH Holdings and being a loyal employee behind me to developing the company. Thank you so much.” Sambung Haykal dan ternyata ucapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari pekerja-pekerjanya. Tan Sri Megat Halim yakni daddynya pernah berkata, setiap kejayaan yang dimiliki itu bukanlah kerana usaha kita sendiri sahaja. Namun, ia melibatkan banyak aspek. Termasuklah pekerja-pekerja yang menjadi tulang belakang kepada syarikat yang dibina selama ini. Hargailah dan sering mengucap terima kasih kepada mereka bagi menghargai semua titik peluh mereka selama ini. Walaupun ianya tidaklah sebesar mana, namun sekurang-kurangnya mereka semua merasa dihargai. Itu yang sering dipegang oleh Haykal sehingga kini. Benar kata daddynya, lihat saja syarikat daddynya kini begitu gah berdiri kerana sikap daddynya yang menghargai para pekerjanya. Bermula dari setinggi jawatan sehinggalah ke jawatan pencuci tandas sekalipun semuanya harus dihargai. Itu yang diamalkan olehnya sehingga kini. Walau dia kurang mesra dengan pekerjanya, nmaun dia tidak pernah lupa untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.

“Apa yang Puan Marsha kata tadi adalah benar. I will join this Family Day’s for 3 days and 2 nights. So I hope you all will enjoying the holiday with your family and yes, please do not feel uncomfortable because I’m here. Buat seperti biasa kerana kita adalah satu keluarga. Dengan lafaz Bismillaahir rohmaanir rohiim, saya merasmikan Hari Keluarga MH Holding's. Have fun. Assalamualaikum WBT.” Setelah Haykal merasmikan majlis pembukaan family day tersebut, kesemua staff MH Holding berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh. Haykal merupakan seorang boss yang tegas dan berdisiplun. Namun, di sisi yang lain lelaki itu merupakan boss yang baik. Tidak pernah melupakan para pekerjanya dan sering kali menghargai staff MH Holding dengan pelbaagi cara. Contohnya Family Day MH Holding’s, Gala Dinner MH Holding’s, Solat terawih MH Holding’s, Rumah Terbuka MH Holding’s dan sebagainya.

                “Hurm. Boleh tahan Encik Husband awak tu. Macho tapi tegas. Kalau Along ni perempuan, dah lama Along jatuh cinta dengan dia. You are lucky my dear to have him as your husband.” Bisik Anddy Thamzie kepada adiknya di sisi. Spontan Andra memandang Alongnya di sisi dan tersenyum manis. Sempat suaminya yang turun dari pentas dipandang. Ya benar kata Alongnya. Dia bertuah punya suami seperti Haykal. Terasa bangga melihat lelaki itu mampu menjadi ketua keluarga dan pada masa yang sama mampu menjadi ketua kepada beribu orang di dalam syarikatnya.

            “I know Along. Because of that I like him very much.” Bisik Andra nakal dan mengenyitkan matanya. Tergelak kecil Anddy Thamzie dibuatnya.

            “Just ‘like’? Not ‘love’ huh?” Duganya dan menjungkitkan kening kanannya. Tergelak Andra dibuatnya.

            “In Shaa Allah. Maybe one fine day. Pray the best for me Along.” Balas Andra dan memeluk tubuh abangnya manja. Tersenyum Anddy Thamzie dibuatnya. Rambut panjang Andra dielus lembut dan dahi adiknya dikucup penuh kasih.

            “I will sayang. Always.” Bisiknya. Kebahagiaan Andra adalah kebahagiaan dirinya juga. Watif di sisi mereka pula spontan tersentak melihat kedua-duanya. Dia akui agak cemburu dengan hubungan rapat dan manja kedua-duanya. Dia anak tunggal. Tidak punya adik-beradik seperti Anddy Thamzie dan Andra Tihamiey. Dia akui yang dia kurang faham akan kasih sayang adik-beradik itu bagaimana. Namun, dia cuba untuk memahami kedua-duanya. Walaupun adakalanya kedua-dua sering bermanja di luar jangkaannya. Tanpa diduga. Seperti contoh sekarang ini. Berpelukan secara tiba-tiba. Dia? Tidak pernah lelaki itu ingin memeluknya. Dia saja yang terhegeh-hegeh menempel di sisi Anddy Thamzie. Sabar Watif, they are sibling. Bisiknya lembut sambil memandang kedua beradik itu yang saling berpandangan dengan senyuman manis mereka.





***CINTA ENCIK DUDA***






SETIBA sahaja di dalam bilik, aku merebahkan tubuhku ke atas tilam empuk yang berada di dalam bilik yang ditempah khas untuk staff MH Holding. Mini chalet yang menempatkan kami bertiga agak besar dan mampu memuatkan 3 buah katil queen size dan mempunyai mini jacuzzi yang berada di penjuru bilik yang dipisahkan dengan dinding kaca. Ika dan Kak Watif yang sebilik denganku sibuk melihat suasana bilik yang kami kongsi bersama. Manakala, aku pula sudah tengelam dengan duniaku sendiri.

            “Andra? Tak nak mandi dulu ke dik?” Soal Kak Watif lembut kepadaku dan terasa elusan lembut tangannya ke bahuku. Terasa tilam tempatku baring diduduki olehnya. Dengan mata yang masih ditutup aku mengelengkan kepala dengan malas.

            “Nantilah….” Jawabku pendek.

            “Tak apalah. Andra tidur dulu ya. Kak Watif mandi dulu. Nak solat asar. Dah masuk waktu dah.” Balas Kak Watif lembut dan menepuk bahuku lembut. Terasa kini tubuhnya sudah dibawa diri. Aku hanya menganggukkan kepala.

            “Ika tak mandi?” Kedengaran suara Kak Watif menyoal Ika pula.

            “Sekejap lagi Cik Watif. Tengah seronok tengok pemandangan laut ni. Cik Watif mandilah dulu ya.” Balas Ika lembut. Pasti Ika orangnya sukakan alam semula jadi. Sejak tadi tak sudah-sudah kedengaran suara camera DSLR nya berbunyi merakam itu ini. Alkisahnya, Mini Chalet yang kami duduki saat ini mempunyai dua beranda. Satu beranda menghadap kolam dan chalet yang lain dan satu beranda lagi menghadap laut dan memandangkan Ika orangnya suka merakam pemandangan yang indah maka pastilah dia saat ini diberanda yang menghadap pemandangan laut. Erk! Aku ni, tengah mamai macam nipun masih sibuk nak berfikir tentang hal orang lain. Andra. Andra. Andra.

            Kring!

            Kring!

            Kring!

            Spontan tidurku terganggu dek deringan handphone yang bertalu-talu minta diangkat. Bantal disisi digapai dengan mata yang masih tertutup dan menutup mukaku. Bising!
         
   “Andra…  Andra… Handphone awak tengah berdering tu….” Panggil Ika kepadaku dan menepuk kakiku lembut. Mengeluh aku dibuatnya. Ni lagi satu… Aku hanya mendiamkan diri dan kembali menyambung tidurku.

            “Andra….” Again! Mendengus kasar aku dibuatnya.

“Biarkan jelah… Pandailah berhenti tu..” Jawabku malas. Namun, kedengaran suara Ika pula yang mengeluh. Geram mungkin dengan tingkahku yang tidak melayannya.

            “Awak… Tertera nama ‘ABANG’ kat screen phone awak ni. Mana tahu ada emergency case ke apa.” Balas Ika lembut, spontan mataku terbuka luas dan menolak bantal yang menutupi mukaku tadi ke tepi. Kepalaku diangkat sedikit. Ika yang sedang berdiri di tepi meja solek yang terletaknya Blackberry di atasnya dipandang dengan mata yang mengecil.

            “What? Come again?” Soalku bingung. Ika tersenyum kecil dan mengelengkan kepalanya. Blackberry ku yang berada di atas meja solek diambil dan diberikan kepadaku.

            “’ABANG’ awak call.” Jelasnya dan menyerahkan Blackberryku kepadaku. Spontan aku menyambutnya dan memandang ke screen Blackberry pabila sekali lagi Blackberry ku berdering minta diangkat. Spontan tubuhku duduk tegak pabila melihat nama si pemanggil. Mampus!

            “Erk!” Spontan Ika tersentak pabila dengan pantasnya aku bangun dan berlari keluar ke beranda masuk ke bilik kami. Pintu bilik dibuka dan ditutup agar Ika yang berada di dalam bilik tidak mendengar perbualanku.





***CINTA ENCIK DUDA***





HAYKAL tersenyum pabila melihat kelibat isterinya yang tergopoh-gapah keluar dari bilik dan berdiri di beranda biliknya. Entah apa yang dilakukan oleh Andra. Didail nombornya berulang kali tidak disambut. Buat Haykal risau saja. Pantang jika isterinya lambat menyambut panggilannya. Bukan apa, takut terjadi apa-apa kepada permaisuri hatinya itu. Erk! Ya ke Haykal? Ke engkau rindu dengan isteri engkau? Baru tak berhubung beberapa jam dah bagaikan cacing kepanasan. Hanya mampu memandang isterinya dari jauh saja dan berlagak cool. Padahal di dalam hatinya tak keruan dibuatnya. Haha.

            Isterinya kembali dipandang. Namun, kali ini spontan tawa Haykal meletus pabila melihat Andra melompat-lompat dan menghempaskan kakinya geram. Siap handphonenya seperti ingin dibaling ke atas lantai. Namun, tidak jadi. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Pasti Andra geram dengan dirinya. Haykal tersenyum pabila melihat isterinya itu memejamkan matanya seketika dan menarik nafasnya sebelum melepaskan nafasnya tenang. Setelah itu, barulah panggilannya disambut.

            “Hah! Abang! Nak apa ni? Kan Andra dah kata tadi. Jangan call Andra bila dekat sini. Tunggu Andra yang call abang! Eeee! Abang nikan.” Omelan dari Andra itu spontan membuatkan Haykal tersenyum dan mengelengkan kepalanya. Teringat perbualannya dengan Andra di dalam perjalanan ke Royal Resort tadi.

            “Abang dengar tau. Jangan call ataupun message Andra sepanjang Family Day kecuali Andra yang call abang. Dengar tak ni?” Kata Andra sungguh-sungguh kepadanya dan memandangnya di sisi. Berkerut dahi Haykal dibuatnya.

            “Wow! Hold on my lady. What are you talking about? Abang? Suami awak? Tak boleh call and message awak? Nonsense! No way sayang. Sehari tak berhubung pun abang dah risau. Apatah lagi 3 hari 2 malam.” Jelas Haykal sedikit emosi. Entah idea apa yang isterinya itu cadangkan. Ya. Dia sayangkan Andra. Sering memenuhi apa yang isterinya mahu. Tapi takkan perkara seperti itupun dia harus turuti? Lebih baik suruh dia buang saja handphonenya jika begitu!

            “Yes way abang! Andra tak kira! Abang kena ikut juga kata Andra. Andra tak nak yang lain tahu tentang hubungan kita sebelum majlis kita nanti.” Balas Andra dan berpeluk tubuh. Mengeluh Haykal dibuatnya. Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan. Menenangkan emosi dan perasaannya yang sedang bertingkah. Isterinya di sisi dijeling. Wajah itu kelihatan serius dan kemerahan wajahnaya. Menahan marah mungkin. Tafsirnya. Satu keluhan lagi dilepaskan dan tangan kirinya menarik perlahan jemari kanan isterinya. Dikucup jemari lembut tersebut dan diletakkan ke dadanya. Agar Andra tahu bagaimana tidak sekatanya degupan jantungnya saat ini.

            “Okay. Abang setuju.” Putus Haykal akhirnya. Spontan Andra yang sengaja membekukan tubuhnya tadi memandang suaminya di sisi dengan pandangan ceria.

            “Betul ni abang?” Soalnya teruja dan ingin memeluk tubuh Haykal yang sedang memandu pabila lelaki itu menganggukkan kepalanya tanda ‘setuju’.

            “But…” Sambung Haykal dan menjauhkan tubuhnay sedikit dari isterinya. Tersentak Andra dibuatnya. Keningnya dikerutkan.

            “But?” Soalnya hairan. Haykal tersenyum.

            “But with one condition.” Balas Haykal. Andra mengecilkan matanya. Apa yang suaminya inginkan?

            “Apa dia?” Soal Andra ingin tahu.

            “Abang takkan call awak, melainkan awak yang call abang dahulu. But that is not excluded if in the case of an emergency. One more thing, I’m agree that I will not call you like what I’m said just now, but put in your mind that we will communicate with messages. Please read and reply all my messages to you. That the only way for me to connect with you. Get it sayang?” Jelas Haykal serius. Isterinya di sisi dipandang. Gadis itu kelihatan terdiam dengan kata-kata Haykal tadi.

            “Isteriku Andra.” Panggil Haykal pabila kelihatannya Andra seperti kebingungan memikirkan sesuatu. Tangan kanan isterinya digenggam. Tersentak Andra dibuatnya. Suaminya di sisi spontan dipandang.

            “Ya abang?” Soalnya.

            “Awak dengar tak ni apa yang abang kata tadi?” Soal Haykal kembali. Spontan Andra anggukkan kepalanya. Dia dengar. Cuma tengah mempertimbangkan apa yang suaminya katakan padanya tadi. Ya. Dia tahu. Tahu bahawa suaminya itu orangnya tegas. Setiap apa yang dikatakan olehnya jika diingkar pasti lelaki itu akan marah. Namun, Andra tahu bahawa Haykal bersikap seperti itu adalah kerana lelaki itu sayangkan dirinya. Lihat sahaja kes dia pergi clubbing dahulu bersama Jenny. Teruk dia dimarahi oleh Haykal. Haykal. Pabila marah, amat menakutkan. Sehingga kini, dia masih mengingati bagaimana marahnya Haykal padanya waktu itu. Sehingga menyesal dia dibuatnya. Jika boleh tidak ingin diulangi lagi perkara seperti itu. Dia tahu, setiap apa yang Haykal putuskan buatnya adalah bagi kebaikan dirinya juga.

            “Ya. Andra dengar.” Balas andra lembut. Haykal tersenyum. Andra. patuh juga padanya. Hal itu yang membuatkan dia tabik pada Andra. Terlalu menghormati dirinya sebagai seorang suami.

            “Thanks sayang.” Balas Haykal gembira dan mencium jemari kanan isterinya. Tersenyum Andra dibuatnya. Kepalanya digelengkan. Senang melihat wajah senang suaminya. Benar juga kata Haykal,. Jika benar mereka tidak berhubung nanti dia juga yang akan merindu. Haha.

            “Assalamualaikum wbt isteriku Andra…” Bisiknya lembut. Tangan kiri dimasukkan ke poket seluar sebelah kirinya dan tangan kanan pula tenang memegang Iphone 4s nya.
         
        “Arh? Errrr. Ya. Hurm. Wwww. Waalaikumsalam wbt. Hurm. Abang. Nak apa ni?” Balasnya  lembut. Pantang pabila Haykal memanggilnya seperti itu. ‘Isteriku Andra’. Aduhai. Dia yang tengah marah pun spontan boleh cair dibuatnya. Bibirnya diketap. Dadanya disentuh. Entah kenapa, kelemahannya mungkin ataupun ada sesuatu di yang mulai bercambah dihatinya buat suaminya itu. Pabila Haykal memanggilnya seperti itu sahaja pasti dia akan berasa tak tentu arah, berdebar-debar, seperti ada rama-rama di dalam perutnya dan yang pasti spontan dia akan merasa cair.

            “Abang minta maaf sebab ganggu awak. I’m worried that you didn’t reply my message. I was afraid something might happen to you. Are you okay sayang?” Balas Haykal.

            “I’m sorry I’m taking my nap just now. Sorry abang.” Balas Andra lembut dan mengaru lehernya. Erk! Termarah suami sendiri sudah. Dah laki engkau risau pasal engkau. Engkau pula boleh marah bagai. Tak hormat suami langsung! Spontan dahinya diketuk.

            “Kenapa awak tepuk dahi tu? Sakit ke?” Soal Haykal hairan. Tingkah isterinya itu memang pelik. Spontan Andra tersentak. Bagaimana suaminya tahu? Wajahnya diangkat dan sekelilingnya dipandang. Suaminya ada memasang CCTV ke apa di tubuhnya? Haykal yang melihat perilaku isterinya itu spontan tersenyum kecil dan menggelengkan kepalanya.

            “Pandang sebelah kanan awak.” Arah Haykal faham dengan tingkah Andra. Spontan Andra memandang ke arah kanannya dan ya, terbeliak mata Andra dibuatnya.

            “Abb.. Abang. Apa abang buat dekat situ?” Soalnya gagap. Terkejut beruk dia dibuatnya. Eh! Salah! Ni bukan setakat beruk dah. Tetapi termasuklah buaya. Kambing dan seangkatan dengannya. Erk! Haha. Tergelak Haykal dibuatnya.

            “Kenapa tanya abang macam tu? Kan kita sama-sama ke sini tadi.” jawabnya. Andra mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

            “Ya. I know. Tetapi, maksud Andra kenapa abang boleh ada dekat situ. Chalet abang berhadapan dengan bilik Andra.” Balas Andra hairan. Err. Taklah berhadapan sangat. Mereka terpisah kerana sebuah kolam besar dan panjang yang berada di tengah-tengah antara mini chalet yang diduduki Andra saat ini dan VVIP chalet yang diduduki oleh Haykal. Namun, jika Haykal berdiri di beranda masuk ke biliknya saja pasti lelaki itu akan dapat melihat dengan jelas Andra yang berdiri di beranda masuk ke mini chalet yang diduduki Andra, Watif dan Ika. Haykal tersenyum.

            “Yes sayang. Abang tahu dan abang sengaja pilih chalet yang berhadapan dengan bilik Andra. Tak salahkan?” Soal Haykal. Andra mengeluh. Ya. Tak salah. Sewa semua chalet juga suaminya mampu. Namun, dia takut lelaki itu nanti akan meragam tidak tentu padanya. Siapa tahu lelaki itu mahu mereka tidur bersama malam ini? Mak! Mampus dia!

            “Tak salah abang. Tapi, yang salahnya jika nanti abang pula meragam nak saya tidur dengan abang malam ni.” Balas Andra geram dan menjeling suaminya. Tergelak Haykal dibuatnya. Bagaikan tahu sahaja isterinya akalnya.

            “Tak salahkan jika seorang suami meminta isteirnya tidur bersama dengannya?” Duga Haykal. Mengigit bibir Andra dibuatnya.

            “Tak salah.” Balasnya pendek.

            “Then?” Soal Haykal pula. Andra mengeluh kembali.

            “Abang... Memang tak salah jika seorang isteri tidur bersama suaminya. Tetapi abang tahukan situasi dan status kita sekarang ni macam mana? Abang fahamkan?” Soal Andra. Haykal tersenyum kelat.

            “Isteriku Andra. Abang faham. Abang cuma nak bergurau dengan awak. Abang faham dan abang akan cuba faham sekalipun abang tak nak faham.” Balas Haykal penuh makna.

            “Sorry. Andra selalu susahkan abangkan? Cadangkan benda idea yang tak matang pada abang. Sampaikan abang terpaksa ikut dan akur dengan sikap kebudak-budakan Andra ni. Maaf.” Balas Andra serba salah. Haykal spontan tersenyum. Wajah cantik isterinya dipandang.

            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut.

            “Ya abang?” Jawab Andra.

The day you stepped into my life, you changed it into something so beautiful and meaningful. You are just so amazing to have around. I cannot stop myself from telling you every day, how much you mean to me. I don't know what I would do without you in my life. Your eyes, your smile and the way you look at me make me feel like I am living a sweet dream. I don't want to even imagine living a single moment without you. I may not get the time to tell you this every day, but I just want you to know that you mean the world to me. If I ever get a chance to relive my life, I would start it from the day we got married. I love you my beloved wife.” Bisik Haykal lembut. Memandang Andra yang jauh di hadapannya dan akan berjauhan selama 3 hari dan 2 malam selama di sini membuatkan dia tersedar. Tersedar bahawa gadis itu bagaikan nyawanya dan pelangi kepada hidupnya. Berada di sisi Andra membuatkan dia sedar dan merasai erti kebahagiaan dan kehidupan bersama. Ya. Andra muda. Namun, usia muda isterinya itu bukanlah satu pengukur untuk mengahalang kebahagiaan mereka berdua. Setiap apa yang gadis itu lakukan pasti akan membahagiakan dirinya dan dia pasti ianya adalah kerana perasaan cinta yang mulai bercambah di dalam dirinya kepada isterinya itu. Nikmatnya merasa cinta selepas berkahwin. Terasa indah. Kerana Andra sudah halal dan miliknya yang pasti. Andra yang berdiri di beranda mini chaletnya kelihatan tersenyum manis memandang Haykal dan Haykal? Faham maksud  senyuman itu dan membalas senyuman isterinya.







***CINTA ENCIK DUDA***






AKTIVITI sukan pantai yang diadakan di tepi pantai pada petang itu dimulakan pada jam 3 petang. Aktiviti bola tampar pantai dan sukan air mengambil tempat. Ketika aktiviti bola tampar diadakan, aku dan Kak Latipah ditugaskan menjaga masa dan markah di tepi gelanggang. Aktiviti bola tampar pantai yang diadakan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Di antara A, B dan C. Wanita dan lelaki dikategorikan kepada dua. Di antara lelaki dan wanita.

            “Shhh. Dik, akak dengar Datuk Megat join sekali tau.” Bisik Kak Latipah kepadaku. Spontan aku memandangnya di sisi. Kening dikerutkan.

            “Biar betik?” Soalku tidak percaya. Laki aku Datuk Megat Haykal tu nak join bola tampar pantai ni? Rasa macam tak percaya saja. Dah di dalam lingkungan warga emas masih aktif lagi ke? Erk! Dahi diketuk. Engkau ingat laki engkau tu dah tua bangka ke Andra? Jika lalu masih ramai wanita yang tertoleh-toleh memandangnya. Dush!

            “Ini bukan setakat biar betik ni. Ini dah biar durian dan mangga lagi dik!” Balas Kak Latipah sungguh. Tersentak aku dibuatnya. Ek eleh! Kak Latipah ni. Kenakan aku pula. Kerek betul!

            “Hah! Tu hah Datuk Megat! Aduhai dik. Seksilah pula body Datuk Megat ni akak tengok. Tough engkau!” Kata-kata yang keluar dari mulut Kak Latipah itu spontan membuatkan aku tersentak dan memandang ke arah hadapan kami yakni di mana ada encik suamiku disitu bersama dengan Encik Haniff dan Along. Erk! Tersentak lagi aku. Eh! Eh! Laki aku ke tu? Kenapa handsome semacam ni?

            “Wow! Tengok tu! Datuk Megat Haykal lah. Aduhai. Toughnya body Datuk! Kalaulah aku yang jadi isteri Datuk Megat. Memang aku tak cari lain!” Suara-suara nakal yang sampai ke cuping telingaku itu spontan membuatkan aku memandang ke arah sekumpulan wanita yang khusyuk memandang suamiku. Wanita yang memakai baju-tee rona putih dan short pants rona hitam itu yang menjadi sasaran mataku. Nama dia, Errr. Aku sendiri tak tahu siapa. MH Holding sebuah syarikat gergasi. Staff nya juga ramai. Engkau expect aku kenal nama mereka semua ke? Huh! Aku pula yang emosi! Wanita tadi kembali dipandang. Gedik sekali sikapnya. Siap meletakkan kedua-dua tangannya ke pipi lagi. Spontan aku sengaja menjulingkan mataku ke atas. Eh! Apa dia kata tadi? ‘Kalau dia jadi isteri Datuk Megat Haykal?’. Hello! Hello! Hello! Ni hah isteri Datuk Megat Haykal dekat depan engkau ni. Sedap sangat mulut minah ni bercakap. Nasib saja aku masih ingat statusku saat ini di syarikat. Jika tidak sudah dicili mulut minah tak sedar diri itu. Wah! Megah sungguh aku berkata-kata. Hahaha.

            “Aku cucuk juga mata minah ni nanti!” Bisikku geram dan menjelingnya.

            “Apa dik? Engkau bercakap dengan akak ke?” Soal Kak Latipah hairan dan memandangku di sisi. Spontan aku terdiam dan memandangnya.

            “Eh. Taklah kak.” Balasku dan tersengih. Suamiku kembali dipandang. Dia, Encik Haniff dan Along yang berjalan mendekati kami dipandang. Wanita-wanita tadi yang teruja melihat suamiku pula dipandang dan suamiku kembali dipandang. Haiyah! Berapa kali pandang dah.



Hurm. Okay, aku kena mengaku yang apa perempuan gedik tadi kata memang ada benarnya. Suamiku yang kacak memakai baju singlet rona hitam dan short pants rona senada itu benar-benar kelihatan seksi sebegitu. Memperlihatkan lagi otot-otot tubuhnya yang sasa dan maskulin. Nasib saja six pack nya tidak kelihatan. Jika tidak, mahu wanita-wanita yang berada di tepi pantai ini pengsan semuanya kerana suamiku. Ada juga yang menemuiku untuk meminta izin bermadu denganku. Eh! Eh! Propa saja lebih. Tahu status sebenarku juga tidak! Spontan kepalaku diketuk. Bengong! Kadang-kadang imaginasiku melebihi tahap ‘out of the box’ seperti yang Madam Nazirah katakan kepada kami selalu. Hahaha.

Assalamualaikum WBT Datuk, Encik Haniff dan Encik AT.” Suara halus Kak Latipah yang kedengaran teuja dan lembut memberi salam itu membuatkan aku tersedar dari khayalanku. Terpinga-pinga aku seketika pabila melihat 3 makhluk Allah swt yang ku lihat jauh nun di sana tadi sudah berada di hadapanku dan memandangku dan Kak Latipah dengan senyuman manis mereka.






***CINTA ENCIK DUDA***





HAYKAL tersenyum Puan Latipah dan isterinya Andra dipandang. Wajah Andra yang memerah dan membetulkan shades nya dipandang. Isterinya saat ini memakai baju t-shirt rona putih jenama Adidas dan seluar sukan paras betis jenama sama berr\ona hitam. Rambutnya pula diikat satu dan tinggi. Memperlihatkan lagi leher jinjang isterinya. Meneguk air liur Haykal dibuatnya. Hahaha. Namun, jujur dia katakan sejuk matanya memandang isternya saat ini. Sopan sahaja dimatanya. Sudah diberi amaran isterinya awal-awal lagi. Jangan memakai short pants sewaktu aktiviti family day dijalankan. Bernanah matanya nanti melihat peha putih melepak dan seksi isterinya dipandang oleh lelaki lain.

          “Waalaikumsalam WBT Puan Latipah, CIK Andra.” Jawab Haykal yang segak berdiri di hadapan Andra dan Latipah sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek short pantsnya. Sengaja menyebut nama Andra dengan terang dan jelas. Biar isterinya itu tahu yang dia sengaja menyebut ‘CIK’ tu. Sengaja nak bagi isterinya itu sedar yang dirinya bukannya ‘bujang’ lagi. Tapi berstatus sudah ‘BERKAHWIN’ begitu! Spontan Andra tersenyum kelat memandang mereka. Lebih-lebih lagi pabila Haniff dan Anddy Thamzie menahan ketawa mereka pabila Haykal sengaja mengenakan dirinya. Tahu sangat sikap suaminya itu. Di dalam diam mengenakan seseorang tanpa seseorang itu sedar dan gemar bersikap selamba walaupun pada ketika itu dia tengah buat lawak antarabangsa dia. LOL sangat!

          “Datuk join sekali ke aktiviti hari ni?” Soal Latipah ingin tahu. Spontan Andra memandang Latipah di sisi. Eh minah ni. Boleh tahan penyibuknya. Suaminya dilihat hanya tersenyum kecil. Tidak pula menganggukkan kepalanya dan tidak pula menggelengkan kepalanya. Namun, Andra yang berada di sisi Latipah pula dipandang.

        “Cik Andra join aktiviti petang ni Puan Latipah?” Soal suara garaunya kepada Latipah. Namun, matanya tertumpu kepada Andra. Spontan Andra membesarkan matanya. Eh! Eh! Apa pula tiba-tiba dia terikut sama dengan drama swasta tak seberapa ni? Latipah pula kelihatan tersentak. Andra yang berada di sisinya dipandang seketika dan Haykal kembali dipandang. Wajahnya yang tadinya bingung kini kelihatan ceria dan gembira.

         “Mestilah join Datuk. Mana boleh tinggal. Tak begitu Encik Haniff dan Encik AT?” Balas Latipah dan mengenyitkan matanya pada Haniff dan Anddy Thamzie. Tergelak besar Haniff dan Anddy Thamzie dibuatnya. Haykal pula hanya tersenyum kecil. Andra yang menjadi mangsa mereka pula hanya mampu mengetap bibir. Nasib saja bukan di rumah saat ini. Jika tidak, Encik Suami dan Alongnya dia kerjakan!

         “Okay. Kalau macam tu saya join juga. Boleh Cik Andra?” Balas Haykal dan memandang Andra meminta jawaban. Mengeluh Andra dibuatnya. Haykal dipandang dan senyuman tak ikhlasnya diberi.

         “Boleh Datuk. Apa salahnya.” Balasnya dengan senyuman kelat. Haykal tersenyum.

         “Okay then. Good. I’m glad to hear that.” Balas Haykal penuh makna dan menjeling isterinya yang memerah pipinya saat itu. Sama ada Andra tengah marahkan dirinya ataupun malu. Hahaha.

         “Err. Encik Haniff? Puan Heliza dan Mia tak join sekali ke?” Soal Andra hairan dan memandang ke sekeliling pantai. Sejak tadi tidak kelihatan kelibat isteri dan anaknya Haniff itu. Spontan Haniff tersenyum. Andra tidak pernah lupa akan isteri dan anaknya.

          “Mereka tak dapat join Andra. Sebab Mia kurang sihat. Tengah berehat di dalam bilik sekarang ni.” Jelas Haniff. Spontan berkerut dahi Andra dibuatnya.

         “Teruk ke?” Soalnya risau. Kasihan pada Mia. Haniff tersenyum dan gelengkan kepalanya.

          “Tak adalah teruk mana. Demam biasa sahaja. Datuk Megat dah minta doctor peribadi resort ni rawatkan Mia. Thank you for your concern Andra.” Balas Haniff dan memegang bahu Haykal. Pabila ditanya padanya mengenai Mia oleh Haykal tadi terus sahaja Haykal meminta pihak resort menyediakan doctor peribadi buat merawat Mia. Mia tiba-tiba sahaja jatuh demam. Tika di rumah tadi pagi tidak pula panas badanya. Alhamdulillah. Nasib saja demamnya hanyalah demam biasa sahaja dan panasnya mulai surut. Terima kasih kepada Haykal kerana begitu mengambil berat akan kesihatan Mia dan menyediakan doctor untuk merawat Mia. Tersenyum Haniff di dalam hati. Haykal dan Andra, kedua-dua suami isteri ini begitu mengambil berat dan sayangkan anaknya. Beruntung Mia.

          “Oh ya ke? Alhamdulillah. Baik sangat hati Datuk. Nanti kalau saya jatuh sakit, entah siapa yang nak ambil berat tentang saya.” Balas Anda dan memandang suaminya. Pabila Haykal membalas pandanganya, spontan dia sengaja menjulingkan matanya memandang suaminya itu. Sengaja ingin menyakat suaminya. Spontan Haykal tergelak dibuatnya. Comel sekali isterinya saat ini dirasakan.

         “Kalau awak yang jatuh sakit, In Shaa Allah bukan setakat doctor. Saya sendiri yang merawat awak. Tak begitu Puan Latipah?” Balas Haykal dan sengaja mengalihkan pandangannya kepada Puan Latipah di hadapannya. Latipah yang bingung dengan tingkah kedua-duanya yang kelihatan pelik dan ada sesuatu di antara mereka tersentak dan terpinga-pinga memandang Haykal.

         “Err. Ya Datuk. Betul kata Datuk tu. Lagipun, Cik Andra kita ni masih single lagi. Tak ada yang nak tolong jagakan dia.” Balas Latipah dan tersengih. Spontan Andra yang berada di sisinya menampar lembut lengannya. Pasti geram dengan jawapannya tadi. Entahlah, apa ini hanyalah satu pandangan yang salah ataupun benar, namun menurut pandangan Latipah di antara Andra dan boss mereka itu kelihatannya punya satu hubungan yang luar biasa dan ada sesuatu di antara mereka. Lihat sahaja tingkah kedua-duanya. Bukan dia tidak perasan akan renungan Datuk Megat Haykal pada Andra. Latipah tidak hairan, kerana Andra itu orangnya cantik, muda, bergetah dan single pula. Tak hairanlah jikalau boss nya itu terpikat dengan Andra. Namun, melalui cara Andra memandang boss mereka juga agak berlainan. Mereka boleh berkomunikasi seperti tadi dengan selamba tanpa Andra dan Datuk Megat Haykal sendiri pedulikan sekeliling mereka. Bagaikan sudah kenal lama dan Anddy Thamzie abangnya Andra boleh bersikap selamba dan tersenyum melihat kedua-dunya. Pelik!

         “Oh ya? Im glad to hear that. Next time, kalau CIK Andra jatuh sakit ke, jatuh cinta ke, janganlah malu-malu cari saya ya. So, we’ve to go. Assalamualaikum wbt Puan Latipah dan PUAN Andra.” Balas Haykal dan berlalu pergi. Dituruti oleh Haniff dan Anddy Thamzie yang masih dengan gelak mereka. Geram Andra dibuatnya. Eh! Stop! Suaminya kata apa tadi? PUAN???

          “Waalaikumsalam wbt Datuk. Eh! Sekejap! Akak salah dengar ke ataupun memang betul yang Datuk kata ‘Puan Andra’ tadi dik? Biar betul?” Hah! See! Pantang saja ada yang pelik mulalah Kak Zirafah ni nak curiga bagai! Buat Andra kecut perut saja!

          “Tak adalah kak. Datuk kata tadi Cik Andra. Mana ada dia kata ‘Puan Andra’. Ada-ada sajalah akak ni. Hah! Tu hah Puan Marsha dah panggil saya. Saya pergi dululah kak. Tu hah! Laki dan anak-anak akak tu. Jangan nak bagi tinggal pula. Perasan single lah akak ni! Assalamualaikum wbt Kak Zirafah!” Balasnya menyelematkan diri dan melarikan dirinya pabila tangan Latipah ingin mencapai lengannya dan ingin mencubitnya. Tergelak besar Andra dibuatnya pabila Latipah tak habis-habis mengomel itu dan ini. Pastilah berkenaan dengan namanya. ‘Nama akak Latipah. L.A.T.I.P.A.H. Bukan Z.I.R.A.F.A.H!’ Hahahahaha.







***CINTA ENCIK DUDA***






DATUK MEGAT HAYKAL yang sedang duduk di kerusi santai yang terletaknya tidak jauh dari gelanggang bola tampar yang ada isterinya di situ tersenyum kecil mengenangkan bagaimana dia dengan selambanya mengenakan isterinya tadi. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Mungkin sudah terbiasa dengan sikap nakal dan hyperactive isterinya itu membuatkan dia turut terikut sama nakal seperti isterinya. Jujur. Dia tidak betah melihat saja isterinya dari jauh tanpa berkomunikasi dengan gadis itu. Terasa meronta-ronta hatinya untuk mendekati dan berbual dengan isterinya. Buktinya tadi, dengan selamba dia mendekati Andra dan Latipah. Jika menurut hatinya memang Andra dipeluknya ketat-ketat dan dicium seluruh wajah itu. Namun, dia harus menerima hakikat. Hakikat bahawa dia orangnya pengecut! Mengikut sahaja kehendak isterinya. Hahaha.

            “Whoa! Cuci mata nampak! Engkau jangan bro. Nanti tak pasal-pasal isteri engkau flying kick engkau di sini.” Sakat Haniff pada Haykal dan mendudukkan dirinya di sisi Haykal. Sempat bahu kiri Haykal ditumbuknya lembut. Haykal yang tersedar dari lamunannya tersenyum memandang Haniff di sisi dan mengelengkan kepalanya. Haniff. Ada sahaja yang ingin disakatnya pada Haykal. Ray Ban hitamnya dibetulkan.

            “Memang aku tengah cuci mata. Tetapi cuci mata memandang isteri aku yang sah dan halal buat aku. Bukannya pandang perempuan lain. Ada-ada sajalah engkau ni.” Balas Haykal dan menggelengkan kepalanya. Bahu kanan Haniff pula yang ganti ditumbuknya. Haniff tersengih. Andra yang berada di tepi gelanggang bola tampar turut dipandang. Dia hanya menyakat Haykal sahaja tadi. Walaupun Haykal tidak mengabarkan hal tersebut padanya Haniff sendiri sudah maklum akan hal tersebut.  Datuk Megat Haykal yang berada di hadapannya kini bukan lagi Datuk Megat Haykal yang dahulu. Datuk Megat Haykal yang berada di hadapannya saat ini adalah Datuk Megat Haykal yang baharu. Datuk Megat Haykal yang sudah kenal erti kebahagiaan dirinya sendiri dan sudah kenal erti CINTA.

            “Adalah lebih baik memandang wanita yang halal buat kita, dapat pahala. Daripada memandang wanita yang bukan mahram kita. Berdosa namanya Niff.” Jelas Haykal dan tersenyum memandang isterinya yang kelihatan sibuk berbual dengan Puan Marsha di hujung sana. Haniff pula tergelak kecil. Bahu Haykal dipeluknya.

            “Hurm. Abang Haykal. Abang Haykal. Kalau Haniff nak pandang Abang Haykal? Boleh tak? Agak-agak Haniff dapat pahala tak nanti?” Sakat Haniff sekali lagi dan menjalankan jemarinya di bahu Haykal. Spontan kepalanya disekeh oleh Haykal dan tergelak besar mereka berdua dibuatnya. Haniff. Tak pernah tinggal lawak antarabangsanya itu. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Namun, walau Haniff seperti itu, lelaki itulah yang selalu ada di sisinya di saat dia gembira dan sedih. Tidak pernah pergi meninggalkan dirinya walau dia di dalam keadaan apa sekalipun. Belajar bersama Haniff di luar Negara dan menempuhi kehidupan susah dan senang sudah cukup mematangkan mereka. Apatah lagi di dalam membantunya untuk menjaga dan membesarkan Aira selama ini. Haniff. Teman baik satu-satunya.







***CINTA ENCIK DUDA***






HILAI tawa garau yang sampai ke cuping telingaku yang comel ini spontan membuatkan aku yang tadinya khusyuk mendengar penerangan dari Puan Marsha spontan menoleh memandang ke arah hilai tawa yang agak garau tadi. Tersentak aku pabila melihat suamiku dan Encik Haniff sedang tergelak besar dan kelihatan suamiku menumbuk bahu Encik Haniff sisinya. Wayfarer sunglasses rona hitamku aku betulkan dan kembali memandang Puan Marsha yang masih memberikan penerangannya kepadaku. Perlahan-lahan bibirku mengukirkan senyuman kecil. Entah kenapa, aku suka melihat Encik Suami tertawa gembira sebegitu. Kelihatan bertambah kacaknya. Hahaha. Tergeleng kepalaku. Aku terpaksa mengakui yang adakalanya aku seperti baru jatuh bangunan setinggi 50 tingkat namun merasa gembira melakukannya. Ya. Itulah aku. bagaikan aku merisikokan diriku untuk berkahwin di usia yang muda bersama lelaki yang berstatus duda anak satu dan 18 tahun lebih tua dariku namun siapa sangka aku mampu bertahan sehingga kini dan ikhlasku katakan bahawa aku benar-benar bahagia saat ini dan merasa beruntung kerna Megat Haykal adalah suamiku. Suamiku dunia dan akhirat. Amin. In Shaa Allah.

            “Andra? You dengar tak apa yang I explain kan tadi?” Suara Puan Marsha yang memanggilku itu menyedarkan aku kembali dari lamunanku. Puan Marsha yang sedang melayangkan tangannya ke udara di hadapanku ku pandang dengan senyuman malu.

            “Err. Yes Puan Marsha. Saya dengar.” Balasku. Puan Marsha kelihatannya tersenyum kecil dan memegang bahuku.

            “I’m sorry Andra for troubling you helping me for this Family Day. In Shaa Allah. It’s just for 3 days and 2 nights. We will make it okay.” Kata Puan Marsha serba salah kepadaku. Aku tersenyum kecil dan gelengkan kepalaku.

            “It’s okay Puan Marsha. Saya faham. Lagipun saya rasa seronok buat ni semua. At least, saya dah ada pengalaman untuk organize sebuah event. Although it just a family day, but at least saya dapat menambahkan ilmu yang adakan.” Balasku. Puan Marsha tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Yes dear. That my girl. Don’t worry. Saya akan bagi A+ and comment yang baik-baik tentang awak okay.” Balas Puan Marsha kepadaku dan mengenyitkan mata kanannya nakal. Tergelak besar aku dibuatnya. Puan Marsha. Taklah seteruk mana. Orang kata dia ni tegas dan sangat berdisiplin orangnya. Namun, hari ini? Dia juga manusia biasa. Tahu tersenyum dan tertawa. Kerna itu orang kata ‘don’t judge book by its cover’.

            “Yalah tu puan. Kalau macam tu memang senanglah kerja saya. So, malam ni saya organisekan activity untuk kanak-kanak di mini hall 2 kan?” Soalku meminta kepastian. Puan Marsha anggukkan kepalanya dan memandang diarynya di tangan. Pasti melihat tata acara yang telah diaturkan oleh kami sewaktu mesyuarat sebelum ini.

            “Yes dear and make sure they had fun with it okay. So sekarang kita dah boleh start pertandingan bola tampar pantai. Ramai dah ready tu.” Balas Puan Marsha dan memandang ke sekeliling kami. Kelihatan staff MH Holding semuanya sudah bersedia dengan kumpulan masing-masing.







***CINTA ENCIK DUDA***








ANDRA TIHAMIEY yang sedang duduk di tepi gelanggang bola tampar bersama Latipah, Watif dan Puan Marsha tersentak pabila melihat Datuk Megat Haykal menapak masuk ke dalam gelanggang bola tampar bersama-sama Haniff, Anddy Thamzie dan suaminya Latipah, Kamal. Spontan Andra memandang Puan Marsha di sisinya.

            “Datuk join juga pertandingan bola tampar pantai ni Puan?” Soalnya tidak percaya dan memandang senarai nama yang sudah berada di tangannya. Tersentak Andra pabila melihat nama suaminya di situ. Siap menjadi ketuanya lagi di dalam kumpulan lelaki A. Terasa tidak percaya. Fikirnya tadi suaminya itu hanya mempermainkan dirinya bahawa dirinya akan mengikuti sekali aktiviti yang diadakan. Latipah dan Watif dipandang dengan pandangan tidak percaya. Namun, kedua-duanya pula siap memaparkan senyuman nakal mereka.

            “Datuk memang join. He already informed me earlier that he will join this activity. Beside, Datuk still mudakan. Masih cergas lagi. I tak hairan kalau Datuk kata nak join activity kita hari ni. Malah I bersyukur disebabkan Datuk join activity kita hari ni, semua staff MH Holding pun nak join sekali dan excited tengok Datuk beraksi. Tengok sajalah dekat tepi gelanggang.” Kata Puan Marsha dengan senyuman kecilnya dan memuncungkan bibirnya ke arah tepi gelanggang.

            “O.M.G! Seriously?” Soal Watif tidak percaya. Jangankan dia, Andra dan Latipah juga begitu. Sampaikan ingin terjatuh rahang Andra dibuatnya. Lihatlah betapa terkejutnya dia sampai rahangnyapun nak terjatuh. Ketara sangat tipunya. Hahaha. Tepi gelanggang kembali dipandang, ya benar kata Puan Marsha. Rata-rata staff MH Holding yang mengikuti activity Family Day hari ini turut sama berada di tepi gelanggang dan bersorak nama Datuk Megat Haykal. Memberikan semangat buat boss kesayangan mereka. Itu belum termasuk staff-staff wanita MH Holding. Naik berbulu mata Andra melihatnya. Gedik sungguh!

            “Itu baru Datuk Megat main bola tampar. Belumpun lagi Datuk Megat Haykal buat show dekat tepi pantai ni. Mahu semua staff MH Holding terkinja-kinja macam beruk mak yeh!” Sampuk Latipah dan tergelak. Tergeleng kepalanya melihat tingkah staff yang lainnya. Tapi jujur dia katakan, jika dia masih bujang mungkin dia juga akan beraksi seperti yang lainnya. Datuk Megat Haykal. Siapa yang tidak mahu? Sudahlah kaya, berpangkat ‘Datuk’, mempunyai wajah yang kacak, beriman dan soleh pula. Siapa yang tidak mahu? Sedangkan dia yang sudah berkahwin inipun jika berjumpa dengan boss nya itu sahaja dia turut sama teruja. Teringin sekali melihat siapakah gerangan wanita yang bakal menjadi isteri kepada boss nya itu suatu hari nanti. Sudah lama lelaki itu menduda. Semenjak Latipah bujang lagi sehinggalah ke anak pinak.

            “Macam akak ke?” Sakat Andra dan tergelak kecil. Terbeliak mata Latipah dibuatnya. Spontan tangannya mencubit lengan kiri Andra. Mengadu kesakitan Andra dibuatnya. Spontan tangannya mengelus lengannya yang dicubit Latipah tadi. Puan Marsha dan Wafiy hanya tergelak dan menggelengkan kepala mereka. Ada-ada sahaja tingkah nakal kedua-duanya. 

            “Akak! Sakitlah!” Bentak Andra geram. Latipah pula menjelirkan lidahnya dan tergelak. Kadang-kala Andra yang nakal itu juga harus diajar. Haha.

            “Eh. Suami awak tengah pandang tu Datin Andra.” Bisik Wafiy perlahan ke telinga Andra pabila melihat Datuk Megat Haykal yang memandang isterinya dari jauh. Spontan Andra mengangkat wajahnya dan memandang pada suaminya. Tersentak dia pabila melihat Haykal turut sama memandangnya dengan senyuman manis. Perlahan-lahan bibir Andra turut sama tersenyum. Bibirnya berkata tanpa suara. ‘Good luck’ bisiknya tanpa suara pada suaminya. Hanya pergerakan bibirnya sahaja. Tangan kanannya pula digengam agar suaminya mengerti maksudnya. Datuk Megat Haykal yang melihat tingkah isterinya itu pula spontan tersenyum manis. Kepalanya dianggukkan dan mengenyitkan matanya nakal. Terasa seronok juga seperti ini. Bagaikan bercinta di dalam diam dengan isterinya. Hahaha.

            “So Datuk boleh kita mulakan?” Soal Ariff, salah satu pengadil yang akan mengadili aktiviti bola tampar pantai hari ini. Spontan Datuk Megat Haykal menoleh memandang pada sebelah kanan gelanggang yang menempatkan Ariff pekerjanya yang berperanan sebagai pengadil hari ini. Lelaki itu duduk di atas sebuah kerusi yang tinggi di tepi gelanggang dan berada di posisi di tengah. Isterinya pula berada di sebelah kiri. Kepala Haykal dianggukkan tanda ‘Boleh’. Seperti mengerti, Ariff memulakan kerjanya dan menerangkan peraturan sepanjang pertandingan diadakan. Setelah itu, dengan lafaz Bismillah, Ariff meniupkan whistle nya tanda pertandingan sudah dimulakan. Maka, bermulalah sorakan buat Datuk Megat Haykal bersama ahli kumpulannya. Turut tidak terkecuali adalah Andra, Latipah, Wafiy dan Puan Marsha. Terutama sekali pastilah Andra. Teruja sekali dia pabila melihat suaminya yang kelihatan begitu kacak dan maskulin hari ini. Begitu cergas sekali bermain bola tampar. Tidak kelihatan seperti seorang lelaki yang berusia 40 tahun. Akan tetapi 20 tahun! Hahaha. Melebihlah tu! Eh! Eh! Tetapi Haykal itu suaminya bukan? Rasanya tiada salahnya dia memuji suami sendiri. Afdhal begitu! Hahaha.

            “Yay! Go Datuk! Go! Go Datuk! Go!” Sorak Andra dan lainnya pabila Datuk Megat Haykal berjaya mendapatkan mata markah buat kumpulan mereka. Bertambah gamat sekeliling gelanggang dibuatnya. Kali ini Anddy Thamzie memberikan bola tersebut kepada Datuk Megat Haykal yang berada di tengah-tengah dan ternyata Datuk Megat Haykal berjaya menampar bola tersebut terus ke gelanggang lawan dan secara automatiknya mendapatkan mata sekali lagi buat kumpulan mereka tanpa sempat kumpulan lawan mereka iaitu kumpulan C untuk bersedia menangkis tamparan bola tadi. Sekali lagi gelanggang bola tampar pantai tadi menjadi gamat. Pastinya Datuk Megat Haykal menjadi tumpuan mereka. Datuk Megat Haykal yang usai membuat tamparan berbisanya tadi spontan saling berbalas ‘high five’ bersama Haniff dan abang iparnya Anddy Thamzie. Sempat tepi gelanggang sebelah kirinya dipandang. Tersenyum Haykal pabila melihat tingkah isterinya yang ceria dan teruja itu. Pasti Andra berbangga dengan dirinya. Ehem! Ehem! Hahaha. Berlagak sudah!

            “Untunglah orang tu.” Bisik Watif perlahan ke telinga Andra dan menyendol bahu Andra dengan bahunya. Tergelak malu Andra dibuatnya. Faham dengan maksud Watif tadi.

            “Hi Andra.” Sapa suara garau yang berada di belakang Andra. Spontan Andra yang tersenyum manis tadi menoleh ke belakang dan memandang gerangan yang memanggilnya tadi. Spontan senyuman dibibirnya mati di situ.

            “Errr. Hi Encik Mathew.” Balas Andra mendatar. Sejak tadi tak sudah-sudah lelaki itu memandangnya dan memberikan senyuman kepadanya. Sehinggakan tak selesa Andra dibuatnya. Lelaki berbangsa Cina itu termasuk kali ini sudah 3 kali menegurnya. Hanya menegur dan kemudian berlalu begitu sahaja. Andra sendiri tidak faham dengan tingkah lelaki itu. Entah apa motifnya. Dia pula sebagai budak practical sahaja hanya mampu melayan lelaki itu sebagai seorang yang lebih senior dengannya.

            “Ready Datuk?” Soal Anddy Thamzie kepada adik iparnya di saat giliran mereka pula untuk memulakan tamparan bola. Datuk Megat Haykal tersenyum dan anggukkan kepalanya tanda ‘ya’. Dengan lafaz bismillah, Anddy Thamzie memberikan bola tersebut kepada Datuk Megat Haykal dan Datuk Megat Hayka yang pada masa yang sama sedang bersedia untuk menampar bola yang diberikan oleh Anddy Thamzie, terpandang pada arah isterinya. Alangkah terkejutnya dia memandang seorang lelaki sedang berbual dengan isterinya. Lelaki itu pula siap tersenyum-senyum gatal. Walaupun isterinya, Andra tidak kelihatan ceria dan tersenyum namun entah kenapa Haykal tetap merasa cemburu. Cemburu melihat lelaki lain berbual dengan isterinya di hadapannya. Berani sungguh lelaki itu! Mengigit bibir menahan geram dan rasa cemburu Datuk Megat Haykal dibuatnya.

            “Eh Datuk!” Panggil Anddy Thamzie dan Haniff dengan kuat dan cemas agar menyedarkan Datuk Megat Haykal.

            “Ouch!” Adu Andra yang sudah terbaring di atas pasir. Bagaikan dunianya terhenti seketika pabila bola tampar terkena pada dahinya. Bagaikan ada burung yang berpusing-pusing di hadapan matanya saat ini. Bingung dirasakan. Sukar diadaptasikan apa yang sedang berlaku.

            “Andra. Bangun Andra. You okay tak ni?” Soal Puan Marsha  cemas kepada Andra dan mengoyangkan tubuh gadis itu agar tersedar. Namun, Andra tetap tidak memberikan apa-apa reaksi. Hanya mengadu bahawa kepalanya sakit.

            “Andra. Engkau okay tak ni dik?” Soal Latipah cemas.

            “Andra. Are you okay?” Soal Mathew pula dan memangku kepala Andra ke pehanya.

            “Astagfirullahalazim!” Mengucap Datuk Megat Haykal pabila bola tampar yang ditamparnya tadi terkena pada dahi isterinya. Entah apa yang dilakukan olehnya sehinggakan bola tersebut terkena pula pada isterinya. Berlari Datuk Megat Haykal, Haniff dan Anddy Thamzie mendekati Andra di tepi gelanggang.

            “Tepi!” Tolak Datuk Megat Haykal kepada Mathew yang sedang memangku kepala isterinya dan sempat lelaki itu dijelingnya tajam. Gara-gara lelaki itulah fikirannya bercelaru tadi sehinggakan bola tampar tersebut dilemparkan pada isterinya. Aduhai. nak salahkan orang pula. Padahal dirinya yang tidak memberikan tumpuan. Nak salahkan orang lain. Manusia. Manusia. Tangan kanannya diletakkan pada belakang tengkuk Andra dan tangan kirinya pula diletakkan di bawah pinggang Andra. Diangkat isterinya mennuju ke kerusi santai yang terdapat di tepi pantai tanpa menghiraukan mata-mata staff MH Holding yang lainnya. Isterinya lebih penting saat ini. Jika berlaku apa-apa kepada isterinya, Haykal tidak akan sekali-kali memaafkan dirinya. Maafkan abang sayang. Desis hatinya.








***CINTA ENCIK DUDA***







DEMI Allah swt! Aku agak kekok saat ini apabila aku dan Encik Suami menjadi perhatian. Sekelip mata aku menjadi famous! Gila tak famous! Kalau dah Encik Suami selamba sahaja mencempung tubuhku dan membawaku ke tempat duduk santai yang berada di tepi pantai. Sikap selambanya itu membuatkan pekerja-pekerja MH Holding terkedu dan terkejut. Pastilah terkedu dan terkejut jika big boss mereka dengan selamba mencempung seorang gadis yang tiada pertalian darah dengannya. Apatah lagi pabila status kami sebagai suami isteri yang sah belum diumumkan lagi kepada mereka. Serba salah aku dibuatnya. Ingin menolak, aku sendiri merasa sakit dan tidak mampu untuk menolak pabila Encik Suami sudah mencempung tubuhku.

            “Datukkk…” Panggilku kepada Encik Suami dengan suara yang sedikit ditekankan agar dia sedar kami berada di mana saat ini dan di dalam situasi yang bagaimana. Namun, kulihat Encik Suami tidak memperdulikan panggilanku tadi. Malah, wajahnya kelihatan begitu serius dan ada kerisauan di situ. Membuatkan aku serba salah jadinya. Aku tahu, Encik Suami kalau dah cemas memang dah tak peduli keadaan sekeliling dia.

            “Datuk, tolong turunkan saya. Orang dah tengok tu.” Ucapku padanya dengan suara yang sedikit perlahan dan cukup didengari olehnya saja. Keadaan sekeliling kami dipandang pabila rata-rata semuanya yang bermain bola tampar pantai dan bersorak riang di tepi pantai demi menyokong kumpulan kegemaran mereka tadi kini terdiam dan kaku memandang kami.

            “Sit down here.” Hah! Barulah kedengaran suara Encik Suami pabila tubuhku sudah didudukkannya di atas kerusi santai yang berada tidak jauh tempat bermain bola tampar pantai tadi.

            “Niff, give me the first aid.” Arah Encik suami kepada Encik Haniff yang turut mengejar kami tadi. Along juga turut ada di sisiku. Pasti mereka juga risau seperti encik suami pabila bola tampar pantai yang keras dan bulat itu terkena pada dahiku. Legend betul!

            “Arh?” Soal Encik Haniff sedikit bingung. Mungkin tidak dapat mencerna apa yang diingini oleh suamiku. Mungkin juga Encik Haniff sedang memikirkan hal lain sehinggakan dia bingung sebegitu rupa. Encik Suami yang sudah mengambil tempat di kerusi santai yang berada di sebelah kerusi santai yang didudukiku spontan mengangkat wajahnya memandang Encik Haniff dengan wajah seriusnya.

            “I said; give me the first aid Niff.” Jelas Encik Suami dengan suara yang sedikit kuat dan sengaja ditekankan.

            “Oh? Okay-okay. I get it.” Balas Encik Haniff pantas pabila jelas dengan apa yang Encik Suami mahukan. First aid yang diletakkan di atas meja pantai yang berada tidak jauh dari tempat duduk kami diambil dengan pantas dan diberikan kepada suamiku. Suamiku mengambil kotak first aid tersebut dan membukanya.

            “Sabar ya sayang…” Bisik Encik Suami lembut pabila wajahku dipandangnya seketika sebelum ubat luka diambil olehnya dan diletakkan pada kapas kecil. Aku yang masih binggung hanya memandangnya kaku. Setelah membasahkan ubat pada kapas kecil tadi, tumpuannya kini adalah padaku. Didekatkan tubuhnya sedikit kepadaku dengan mata yang tertumpu pada dahiku yang terkena bola tampar pantai tadi.

            “Ouch!” Aduku dengan suara yang sedikit kuat dan tersedar dari lamunanku tadi. Spontan terhenti pergerakan Encik Suami pabila melihat aku mengadu kesakitan. Ish! Confirm lah sakit! Kalau tak percaya cuba engkau simpan cuka pada luka di badan engkau. Confirm! Menyengat rasanya! Erk! Okay! Aku sudah melebih.

            “Errr. Sorry. Sakit ya?” Soalnya lembut dan sedikit serba salah.

            “Tak apalah. Biar saya buat sendiri. Lagipun tak manis kalau biarkan Datuk merawat luka pekerja biasa seperti saya.” Balasku padanya lembut dengan muka yang berkerut menahan sakit dan wajahnya dipandang penuh pengertian. Agar dia faham apa yang cuba aku sampaikan.

“Ehem! Cover bro. Cover! Ramai tengah tengok tu…” Bisik Encik Haniff yang berada di sisi Encik Suami dan memandang ke sekeliling mereka. Suamiku pula, dia kelihatannya seperti terkejut pabila wajahnya turut diangkat dan sekeliling kami dipandang. Pastilah dia juga turut terkejut melihat para pekerjanya memamdangnya hairan. Mungkin kerna terlalu cemas tadi sampaikan Encik Suami lupa yang status hubungan kami masih belum diketahui oleh mereka semua. Spontan Encik Suami menjauhkan tubuhnya sedikit dariku dan berdehem kecil membetulkan suaranya. Mungkin bagi menutup kegugupannya.

Sorry…” Ucapnya lembut dan memandang wajahku penuh pengertian. Aku pula hanya tersenyum kelat dan mengelengkan kepalaku.

It’s okay. Biar saya sendiri yang ubatkan dahi saya. Datuk tak payahlah risau.” Balasku padanya lembut. Kapas yang berada di tangannya diambil dan cuba untuk meletakkan kapas tersebut ke dahiku.

“Ouch!” Aduku sakit kembali pabila terasa sakit. Encik Suami pula kembali kelihatan cemas.

“Tak apalah. Biar saya yang buat.” Balas Encik Suami risau dan ingin mengambil kapas tersebut dariku. Namun, aku mengelak dan mengelengkan kepalaku.

“Tak apalah Datuk. Biar saya buat sendiri. Mungkin ubat yang Datuk simpan terlalu banyak.” Balasku padanya dan melihat kapas yang berada ditanganku.

“Rasanya… Erk!” Terdiam aku saat itu juga pabila melihat kapas tersebut dibanjiri oleh darah!

“Darah?!” Soalku dengan sedikit kuat dan cemas.

“Eh! Andra! Sayang!” Jerit Encik Suami pabila aku pengsan saat itu juga setelah melihat darah yang berada pada kapas tersebut. Aku. Takut. Darah!!!! Sekian terima kasih!







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G







*********************************************************************




ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J



‘Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan’





Yada. Yada. Yada. Aku tahu, korang marah kemain dengan akukan? Hahaha. Dah nak dekat setahun aku tak update CINTA ENCIK DUDA @ CED. Finally, aku update juga. Kerana apa aku tak update? Uols boleh tengok pada previous entry aku. Aku dah explain semuanya kepada uols. Aku akan delete entry tu. Sebab personal problem aku tak ada kena mengena dengan karya aku sebagai penulis tak cukup bulan ni. Biarlah uols kenal aku sebagai seorang penulis sahaja. Lebih begitu hendaknya. Baca dengan hati yang postif ya. Abaikan explanation aku tu kalau uols rasa ianya tidak penting.

            Kembali kepada CED 28 Part 1. Part 1? Yes darling. Part 1. Sebenarnya, CED 28 mempunyai entry yang sangat panjang. So aku mengambil inisiatif untuk membahagikan entry bagi CED28 kepada 2 entry. Which mean, aku akan update CED 28 Part 2 kemudian. Lebih teratur sebegitu. So, uols taklah pening sangat baca CED 28 kan? Huuuuu~
     
       Di dalamCED 28 Part 1, aku memperlihatkan jalan ceritanya yang lebih kepada Family Day MH Holding. Di sini, aku akan memperlihatkan bagaimana Datuk Megat Haykal dan Andra Tihamiey cuba untuk berlagak biasa di hadapan pekerja MH Holding dan berlagak seperti mereka tidak punya apa-apa hubungan. Pernah rasa tak, kita terpaksa berlagak tak kenal dengan couple kita sedangkan kita kenal? Teruk bukan?  Tetapi itulah yang terpaksa di hadapi oleh Datuk Megat Haykal dan Andra Tihamiey.

            CED 28 Part 1? Hahaha. Selamba beruk sahaja Datuk Megat Haykal mencempung tubuh isterinya di hadapan kesemua pekerja-pekerjanya. Awwwhhhh~ Sweet okay! Hahahaha. Andra? Boleh pula pengsan kerana ternampak darah? Memang darah gemuruh betul budak seekor ni. Ladies, apakah yang akan terjadi seterusnya? Nantikan CED 28 Part 2. Aku tak nak explain panjang-panjang sebab aku puasa. *tetiba. LOL sangat! Hahaha. J



Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN

Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN



B I G T H A N K  S !

To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. Erk! Betul ke? Ke uols tipu aku? Hahaha. Nakal tahu! Tapi kalau betul. Aduhai! Allah swt je tahu betapa rasa bersalahnya aku dengan uols. Aku pun readers macam uols juga. Faham apa perasaan menunggu entry yang tak berkunjung tiba. Bengang siot! Tapi aku respect ah dengan uols. Memang uols kesayangan aku! tak pernah lelah menunggu CED. Oh myyyy~ Terharu uols! Sangatsangatsangat! =’)  Lebih terharu pabila ada yang siap email dan Inbox Messager aku dekat Facebook bertanyakan diriku. sihat ataupun tidak. Darling, thanks for your concern. Hanya Allah swt mampu membalasnya. Tak sangka uols ambil berat tentang aku. *Walaupun aku tahu uols sebenarnya ambil berat tentang Encik Duda aku. LOLS!* A J

Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 28  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Penggunaan gaya bahasa dan penulisan memang santai dan tidak memgikut format BM yang sebetulnya. Begitu juga dengan BI. Chill sudehhh~ Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J

Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.

It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!






We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J







Till then,










Sincerely,

59 comments:

  1. Pena : (Y) best..terubat rindu dendam pd dato hensem dan si cantik andra......thanks cik penuliss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI PENA TINTA,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  2. Akhirnyaaaa...terubat rindu kat datuk n datin...tenkiu ratu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LIEDA,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. most welcome syg.. sorry for everything.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  3. akhirnya...Alhamdulillah. tetap best mcm biasa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZA MUHD,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  4. ur back dear alhamdulillah muah1000x

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI UNI,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything. muah1000x =)

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  5. TQ so much cik ratu... berbaloi2 tunggu 1 tahun...huhuhu.. seronok x terkira bila cik ratu sambung balik cite ni. ingtkn dah tk berpeluang dh baca sambung CER bila cik ratu MIA. apapun 5* for this entry.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SHARIFAH MUDA,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. =) sorry for everything. menunggu terlalu lama. hahaha. happy awak seronok In Shaa Allah akan terus continue CED after this. doakan saya.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  6. hahhaha di hbis tang situ....pecah xrasia dia eh...eeeee saje je ratu ni...waaaaa terbaik mcm x caye je dpt bce bab 28 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ROZA MAMAT,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha. saja nak bagi suspend gitu. haha. please percayaaaa

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  7. hahhaha di hbis tang situ....pecah xrasia dia eh...eeeee saje je ratu ni...waaaaa terbaik mcm x caye je dpt bce bab 28 ni...

    ReplyDelete
  8. owhhhhh!!! terubat sudah rinduuuuuuuuu..., memang rindu bangat..... saya suka sangta entry ini.... saya hanya mampu tersenyum sepanjang pembacaan... MAAAAAANIS yang amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HK,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      yay! terubat dah rindu awak kennnn. hehe. alhamdulillah., thanks darlings! sayanggggg awak!

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  9. finally ur back my dear...hehehehehe lama gak duk tunggu tau...tapi takpe dah berbayar pun..keep it up on writting... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI THE LADY CHOSEN,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hehe. yah im back! weheuuu! alhamdulillah. thanks darling!

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  10. jauhariatul hidayah17 July 2013 at 09:26

    best sgt...teruskn usaha updata n3 baru....x sabar nk tau citer strusnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI JAUHARIATUL HIDAYAH,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  11. Penantian yg berbaloi-baloi....setelah lama menunggu
    akhirnya yg ditunggu muncul juga...thanks so much for this n3
    terharu sgt...rasa nak gila dah hari tu menunggu mcm tunggu bulan
    jatuh ke riba hehe....but seriously we really happy for ur comeback Ratu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RENN OYONG,

      *sebelum tu, dah tukar nama baru eh? hehe

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      berbaloi-baloi eh. alhamdulillah. most welcome darlings. tq for being there. im happy too =)

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  12. auuuw suka suka sekali cik ratu hem m m tertunggu2 hari resepsi andra n encik suami. Setaun lbh tnggu n3 ni cik ratu. HedM M M

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NANI COMEL,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha. sabar ya. the resepsi x lama lagi. hehe. amboih! jahat tau. tak sampai pun setahun! hahaha.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  13. best..nt smbg lg ye Ratu..puas baca,pnjang betul n3.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      ngehngehngeh. alhamdulilah. ni baru part1. thats y saya bagikan dua entry. hehe

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  14. Ratu dear,

    Welcome back!.. Thanks for the new entry CED28 Part 1. waiting for more & more entry to come from you... Keep it up.. Take care.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI KAK YATIE,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      take care too kakak =) love you!

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  15. SELAMAT KEMBALI CIK RATU,BEST SANGAT SAMPAI BOLEH SENYUM DEPAN PC,SELAMAT BERPUASA SEMUA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABY MIO,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha. senyum seorang2 nampak!

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  16. abis la...pecah sudah rahsia...hahaha...next part pls...tq ratu sudi sambung balik ceta ni..

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI COL,

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha . rahsia dah pecah ke? okay darlings! =)

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  17. Habis lar....CEO dah gabra...sah2 dh pecah tembelang... huhuhu...Not bad,good job ratu...teruskan berkarya...selamat menjalani ibadah puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA!

      miss you! haha

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha. CEO dah kalut tu bini pengsan! hahaha. alhamdulillah. tq sayang. u too. selamat berpuasa,

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  18. Wah...rindunya... bestnya sikap caring datuk menyebabkan rahsia pecah akhirnya...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SERI AYU,

      *cantik nama =)

      Thanks for dropping by and leave ur comment girlfriend. =)

      alhamdulillah. thanks darlings. sorry for everything.

      hahaha. datuk risau wife tengah pengsan darlings sampai lupa keadaan sekeliling dia. haha.

      stay healthy, happy and pretty.

      XOXO

      Delete
  19. best gila gila gila akak.... say suka suka suka sngat2
    harap akak dpt bukukan nvl ni sndiri atau hntar kat mna2 penerbit.. biar lah tebal mna pon, sya suka.. tapi harap akak yg terbitkan sndiri.. klau hntar kat penerbit lain, mreka suruh edit tinggal sikit je.. sya xnak edit apa2, biar apa yg akk duk upload selama niii, tu yg akan ada dlm bkuuuu... mahal or tebal pon xpa.. x kisah, cita niiiii best sngat2
    x sabar nak tunggu mereka ada babyyyy
    Selamat Berpuasa akak ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan Rauunna. ....
      klu dpt terbitkn sendiri lg best. ...hope cite abis kt blog then bukukn...inshaaAllah beli utk koleksi novel....thanks jg buat ratu sbb update sambungannya. ...all the best. ...moga sentiasa dirahmati NYA n selamat berpuasa

      Delete
    2. tapi kalau bagi aq ,di serahkan pada cik ratu sebap menyiapkan manuskrip juga menyita waktu,dan berimpak pada hal lain2, , ,bukanya saya tak mau beli novelnya ,,jujur saya lebih suka melepak kat blog cik ratu, di sebapkan saya tidak kat malaysia tapi kat china seberang hngkong,,bisa menikmati karya cik ratu kat dunia fantasi ni benar2 mengembirakan

      Delete
    3. HI RUUNNA,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.


      Alhamdulillah sayang. tak sangka awak berminat dengan karya tak seberapa saya :) In Shaa Allah awak. Doakan permudahkan buat saya ya? Jika ada rezeki In Shaa Allah. Apa-apapun saya amat menghargai pendapat awak. very brilliant! you go girl! :)

      Hahaha. baby yer? hamboiiii!!!!

      selamat berpuasa kesayangan

      Delete
    4. HI ANA,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Alhamdullillah sayang. awak suka =) In Shaa Allah. Jika ada rezeki saya. doakan permudahkan buat saya ya. :)

      selamat berpuasa dan semoga awak dirahmati selalu oleh-NYA. amin~

      sayang awak!



      Delete
    5. HI NANI,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      In Shaa Allah sayang saya. Doakan permudahkan buat saya ya. awak jaga diri tau! =)

      Delete
  20. terima kasih Ratu,puasa ini rasa lebih manis dgn adanya sambungan CED yg sememangnya manis.. andra n haykal

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SYAZWANI,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Alhamdulillah kesayangan. terharu saya awak kata macam tu. :')
      TQ sayang!



      Delete
  21. alhmadulillah..akhirnya,ada gak n3..welcome back!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ZUE,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Alhamdulillah sayang =)
      TQ so much!



      Delete
  22. Ratu, bestnya. Tak sabar untuk next chapter hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI KAK ZALINA,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Alhamdulillah kakak =) TQ ya sudi singgah.

      Delete
  23. yeayyy.. finally!! tenkiu ratu..
    ni ending family day ni caner ni? pecah rahsia x ni?
    huhuhu.. xsabo nak tau.. jgn pecah dulu laaaa..
    kasik sepraiiiseeeee tyme wedding..#gittew

    ~m.a~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI M.A,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.


      hahaha most welcome darlings! :)

      bhaahahah. eh eh apa ni. mana boleh bagi tahu! haha. biar awak tertanya-tanya. bluek! :P haha joking sayang


      Delete
  24. Akhirnya.....
    Ade gak n3 br...
    Bkurun tggu tau writer..huhuhu...
    Pepun tq 4 the n3
    Xsbr tggu2nd part...
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NURSYA,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Finally darlings. ngeee. nakal tau kata berkurun :( huhuhu


      Delete
  25. TQ for the entry...dah lama menunggu...
    anyway, best sangat cite ni....x sabar nak tunggu next part...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LAILA,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      Alhamdulillah. TQ so much darlings!

      Delete
  26. ee..sukanya aku!inda sabar tunggu sambungannya!!huhu


    ryuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI RYUK,

      Thanks for dropping by and leave your comment dear =)
      Much appreciated it.

      hahaha . sabar ani. akan nyambung jua. :)



      Delete
  27. dear cik ratu ...

    Terima kasih diatas sambungan episod CED .. really love this story coz ada sikit kaitan in my life.. hu..hu..hu... doakan semoga me n my ced disatukan n hapy ending mcm ced juga... tinggal menanti tarikh je ni : )

    ReplyDelete
  28. akhirnya.... fuiyooo lama dowh tunggu n3. anyway tq yer cik writer. cepat-cepat laa reveal hubungan depa n9ih. sapai bila aci nyorok nih. hubungan sah tu. hehe

    ReplyDelete
  29. ni first time saya tengok blog nie. jalan cerita yang menarik. but.... tak ada sambungannyer ker

    ReplyDelete
  30. tetap sabar mnanti..teruskn sis

    ReplyDelete