AKU CINTA KAMU BAB 15
TENGKU EZKANDAR HEIDI yang ralit dengan Iphone 4s nya itu menarik
perhatian kedua ibu bapanya dan Tengku Erissa Hani yang berada di meja makan
pagi itu. Mukanya juga kelihatan ketat. Tak pernah-pernah Tengku Ezkandar Heidi
membuat perangai seperti itu. Mengerjakan handphone
ketika makan. Bukanlah kebiasaan mereka yang penuh etika itu.
“Kenapa dengan tangan Que Ez tu? Berbalut
semacam.” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan dan risau melihat tangan kanan
Tengku Ezkandar Heidi berbalut dengan bandage.
Tengku Ekzandar Heidi tersentak dan memandang mummynya. Begitu juga dengan Tan
Sri Tengku Haris dan Tengku Erissa Hani yang sedang memandang Tengku Ezkandar
Heidi penuh minat.
“Err. Luka my. Terkena enjin kereta
yang panas semalam.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan kembali memandang screen Iphone. Memang semalam ketika dia
dan teman-temannya lepak di club
keretanya seperti biasa. Tangannya melecur sedikit terkena enjin keretanya yang
panas sewaktu dia ingin membetulkan enjin tersebut. Baru lepas drift satu round. Confirmlah enjin kereta masih panas. Puan Sri Tengku Melissa
mengelengkan kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi terlalu taksub dengan keretanya
sehingga mencederakan dirinya sendiri.
“Tulah. Next time please take care of yourself dear. Buat mummy risau je.”
Pesan Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum memandang
mummynya di hadapan dan kembali memandang Iphonenya. Dahi dikerutkan. Sejak
semalam panggilan dan messagenya
tidak dibalas oleh Triesya. Nak kata Triesya tidur semalam. Ok jawapan logic. Tapi takkan sampai pagi buta ni?
Selalunya gadis itu akan bangun subuh untuk solat. Kali ini tidak pula. Sejak
semalam lagi hatinya tidak tenang dan gara-gara itulah tangannya terkena enjin
kereta. Terlalu cuai dan asyik memikirkan keselamatan sang juwitanya.
“Kenapa ni? Asyik sangat dengan phone tu?” Tegur Tan Sri Tengku Haris
pula. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan mengaru kepala yang
tak gatal.
“Err. Takdelah daddy. Just Triesya ni. Sejak semalam tak angkat
phone. Err. Que Ez berangkat dululah daddy, mummy. Que Sha. Jom ikut abang.” Balas Tengku Ekzandar Heidi
dan berdiri. Kot yang tersangkut di belakang kerusi meja makan di ambil dan di
pakai. Dikemaskan di tubuh sasanya. Sempat mengisyaratkan matanya kepada Tengku
Erissa Hani agar mengikutnya pergi ke rumah Triesya. Adiknya itu seperti faham
menganggukkan kepalanya. Manakala, Tan Sri Tengku Haris dan isterinya Puan Sri
Tengku Melissa pula mengerutkan dahi memandang perangai pelik keduanya. Tak
pernah-pernah nak berjalan bersama. Termasuk kali ini dah dua kali mereka
berperangai sebegitu. Semalam jua begitu.
“Kami pergi dulu daddy, mummy.”
Tutur Tengku Ezkandar Heidi penuh tertib dan menyalam serta mencium kedua-dua
pipi daddy dan mummynya. Begitu juga dengan Tengku Erissa Hani. Sudah biasa
begitu sejak kecil.
*****AKU CINTA KAMU*****
KETIKA
Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku
Erissa Hani tiba di aras kondo Triesya mata mereka berdua melihat kelibat Ben
yang sudah duduk menangis di hadapan pintu. Dengan pantas Tengku Ezkandar Heidi
mendekati Ben dan sempat matanya melihat pintu rumah Triesya yang terbuka besar
itu.
“Ben? Kenapa ni? Where’s Triesya?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi cemas dan risau. Jantungnya berdebar. Dapat dirasakan benda yang buruk telah
berlaku. Ben yang masih duduk di atas lantai dan sedang dipujuk oleh Tengku
Erissa Hani itu mengangkat wajahnya yang basah dek air mata.
“Tengku… Triesya tengku…” Balas Ben
dengan sendu. Tersekat-sekat cakapannya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.
“Kenapa dengan Triesya Ben?
Kenapa?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi sedikit kuat dan marah. Ben pula tidak
menjawab. Bibirnya masih terasa bergetar untuk menjawab. Semangatnya yang
hilang masih belum kembali ke tubuhnya. Kad yang berona merah dan ada tompokan
darah itu diserahkan kepada Tengku Ezkandar Heidi. Terjengil mata Tengku
Ezknadar Heidi dibuatnya. Dapat dirasakan kini Triesya berada di dalam bahaya.
Sempat lagi matanya dapat menangkap sejambak bunga rose merah di atas lantai tidak jauh dari tempat Ben duduk. Kad
disambut dan dibaca.
“Damn!”
Amarahnya dan spontan tumbukannya sampai di dinding batu luar kondo triesya.
Melempiaskan amarahnya di situ. Kalau sahaja dia tidak ikutkan kata-kata
Treisya. Pasti semua ini tidak terjadi.
“Abang.. Darahlah!” Suara cemas
Tengku Erissa Hani kedengaran dan sejurus itu Tengku Ezkandar Heidi turut
memandang ke arah pintu grill yang
Tengku Erissa Hani katakan tadi. Ingin sahaja jantungnya luruh saat itu. Triesya
dicederakan sehingga sebegitu sekali?
Tubuh dibawa masuk ke dalam kondo
triesya. Tiada apa yang pelik di situ. Ruang dapur pula di lihat dan matanya
terhenti pada mug yang pecah di atas lantai. Spontan Tengku Ezkandar Heidi
sekali lagi menumbuk dinding dapur. Sakit di tangan tidak di peduli lagi. Kini,
hanya Triesya yang dia pedulikan. Ke mana gadis itu di bawa pergi?
Kring!
Kring!
Kring!
Tengku Ezkandar Heidi tersentak
pabila Iphone di dalam kot rona kelabunya berdering. Iphone di tarik keluar dan
tertera nama Burn di situ. Panggilan d jawab dan Iphone ditekapkan ke telinga.
“Asalamualikum boss.” Sapa suara
garau Burn.
“Walaikumsalam. Hah! Kenapa?!” Soal
Tengku Ezkandar Heidi kasar. Tiada mood untuk melayan Burn.
“Err. Sorry for disturbing boss. But I ada maklumat penting buat boss.”
Jelas Burn takut-takut.
“What
is it?”
“Err. Semalam boss suruh saya siasat
mengenai jiran Miss Triesya kan? Saya dah Berjaya mendapatkan maklumatnya.
Harap boss bertenang bila mendengarnya.” Jelas Burn.
“Spill
it out Burn. Don’t waste my time!” balas Tengku Ezkandar Heidi kasar.
“Err. Jiran miss Triesya tu adalah
Tengku Amsyar bin Dato Tengku Haikal. Sepupu boss. He’s back!” Jelas Burn. Spontan terbuntang mata Tengku Ezkandar
Heidi dibuatnya. Pegangan tangannya pada Iphone semakin erat.
“Come
again?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
kembali. Terasa tidak percaya.
“Jiran miss Triesya adalah sepupu
boss. Tengku Amsyar bin Dato Tengku Haikal. Dia dah balik ke Malaysia.” Jelas
Burn kembali.
“Oh
damn!” Luah Tengku Ezkandar Heidi kesal. Tengku Amsyar?
Kring!
Kring!
Kring!
Tengku Ezkandar hedii mengerutkan
dahi pabila mendengar bunyi deringan handphone
itu. Kepunyaan siapa?
“Aku di rumah Triesya ni. She’s not here. Please came here and make
sure kau tak call polis dulu.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mematikan panggilan. Tubuhnya di bawa masuk ke living room. Kelihatan Ben dan Tengku
Erissa Hani sudah berada situ. Tika Ben ingin mengangkat Iphone 4s Triesya yang
berada di atas meja coffee. Tengku
Ezkandar Heidi melarang dan mengisyaratkan bahawa dia yang akan menjawab
panggilan tersebut. Ben menganggukkan kepalanya dan kembali duduk di sofa
bersebelahan Tengku Erissa Hani.
“Hello?”
Tengku Ezkandar Heidi bersuara setelah panggilan tersebut di angkat. Keningnya
dikerutkan dan bibirnya diketap. Suara lelaki yang ketawa di hujung talian amat
dikenalinya.
“Tengku Ezkandar Heidi. My lovely cousin! Long time no sees huh!”
Suara garau di hujung talian iaitu suara Tengku Amsyar menyapa gegendang
telinganya.
“Tengku Amsyar!” Jerit Tengku
Ezkandar Heidi dengan marah. Spontan Tengku Erissa Hani dan Ben memandang
Tengku Ezkandar Heidi yang sedang menahan marah itu. Merah mukanya.
“Hahahaha. Ingat juga rupanya kau
pada aku!” Balas Tengku Amsyar dengan tawa yang sengaja di kuatkan. Semakin
sakit hati Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Apa yang kau dah buat pada Triesya hah?!!!”
Soal Tengku Ezkandar Heidi kasar. Tiada masa untuk berlembut dengan lelaki itu.
Namun, Tengku Amsyar pula semakin sengaja dikuatkan suaranya.
“Well!
Well! Well! Anyway! She’s hot huh! I bet, mesti kau cintakan diakan? Kalau
tak, takkan seawal ini kau dah ada di kondo jiran kesayangan aku ni. Hurm!
Kalau aku ‘sentuh ‘ dia. Kau rasa idea yang bagus tak?” Soal Tengku Amsyar pada
Tengku Ezkandar Heidi dengan tawanya. Semakin kuat gengaman Iphone 4s Triesya
digengam Tengku Ezkandar Heidi. Membuak-buak amarahnya.
“Pergi mampuslah dengan kau! Kau
jangan nak berani-berani sentuh dia Am! Aku sumpah akan bunuh kau! Jangan cabar
aku Am! Ini Tengku Ezkandar Heidi! I walk
my talk Am! Aku pantang bila orang ganggu hak aku!!!!!” Teriak Tengku Ezkandar
Heidi kuat. Sehinggakan Ben dan Tengku Erissa Hani kecut perut jadinya.
“Hahahaha! Sepatutnya engkau yang
mampus! Hutang nyawa dibayar dengan nyawa Que Ez!” Balas Tengku Amsyar dengan
kuat dan mematikan panggilan. Merengus kasar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
Ingin sahaja Iphone yang berada di tangannya di campak ke lantai. Namun pabila
memikirkan itu adalah Iphone Triesya dibatalkan saja niatnya itu.
“Siapa Tengku Amsyar?” Soal Ben
hairan. Manakala tengku ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani Pula saling
berpandangan penuh makna. Hanya mereka berdua sahaja tahu siapa Tengku Amsyar.
*****AKU CINTA KAMU******
DATO SYED AL-AZHAR yang sedang
berjalan beringin dengan Datin Tengku Merissa ke muka pintu banglo tersebut
memegang dadanya. Sejak semalam terasa tidak sedap hati. Bagaikan ada yang
berlaku. Sehinggalah terbawanya ke mimpikan Syarifah Balqis iaitu arwah isterinya.
Arwah isterinya itu memandangnya dengan pandangan sayu. Apalah maksud pandangan
itu? Adakah isterinya menyatakan kekecewaannya dengan dirinya yang tidak dapat
menjaga Triesya dengan baik? Terasa bersalah menjalar di dalam hatinya.
“Kenapa ni pa? Mummy tengok sejak
semalam papa bagaikan menanggung kesakitan saja. Papa sakit ya?” Soal Datin Tengku
Merissa risau. Raut wajah suaminya tika itu berkerut sahaja. Spontan Dato Syed
Al-Azhar tersenyum kelat.
“Taklah mummy. Bukan sakit. Tapi
entahlah kenapa papa tiba-tiba rasa risau. Seperti ada sesuatu yang terjadi.
Triesya pula sejak semalam tak angkat call
papa. Ben lagilah. Pening kepala papa ni memikirkannya. Semalam pula papa
mimpikan arwah Balqis. Arwah pandang papa dengan pandangan sayu. Sedih papa
rasa… Bagaikan arwah menyampaikan yang papa tak menjaga Triesya dengan baik. Selama
5 tahun ni papa abaikan dia.” Luah Dato Syed Al-Azhar dan mengurut dahinya.
Terasa pening kepalanya berfikir. Triesya dan Ben pula sejak semalam tidak
menyambut panggilan darinya. Datin Tengku Merissa mengerutkan dahi.
“Betul ke pa? Ish. Takut pula mummy
dibuatnya. Tak try call Que Ez ke?” Soal
Datin Tengku Merissa risau. Dibautnya apa-apa berlaku pada anak dara mereka
itu. Pasti dia akan merasa menyesal dan bersalah buat selamanya.
“Dah. But budak tu pun line call dia sentiasa busy. Tak dapat nak through dengan dia.” Jelas Dato Syed Al-Azhar pada isterinya.
Tengku Ezkandar Heidi juga cuba dihubungi. Namun CEO muda itu kelihatannya juga
turut sibuk seperti budak berdua itu. Membuatkan dirinya bertambah risau.
“Hurm. Takpelah kalau macam tu. Leave it to me. I’ll call Que Ez nanti. And about arwah Qis, mummy rasa we should buat majlis tahlil buat dia. Dah
lama kita tak buat pa. Nak tunggu ulang tahun kematian dia lama lagi.” Usul Datin
Tengku Merissa. Tersenyum senang Dato Syed Al-Azhar dibuatnya. Isterinya itu
benar-benar baik hatinya. Selalu saja memahami Dato Syed Al-Azhar. Kepala
isterinya diusap lembut.
“Thanks
mummy. Papa rasa itu idea yang baik. Nanti papa akan uruskan. Takpelah mummy.
Papa dah lewat ni. Kalau ada apa-apa call
papa. Jangan lupa call Que Ez ya
sayang.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan tersenyum manis memandang isterinya.
Tangan dihulurkan dan disambut oleh Datin Tengku Merissa. Dikucup lembut dan
ciuman hangat Dato Syed Al-Azhar mendarat di dahi isterinya.
*****AKU CINTA KAMU********
AKU
terbangun di saat pipiku ditampar
dengan kasar. Mata yang pedih ku buka perlahan-lahan. Namun amat payah sekali. Lebih-lebih
lagi cahaya matahari yang memancar terus ke mataku membuatkan aku sukar untuk
mencelikkan mataku.
“Hoi! Bangun!” Sergah satu suara
garau kepadaku dan pipiku kembali di tampar dengan kasar. Pedih! Amat pedih
sekali rasanya. Dengan perlahan aku cuba untuk membuka mataku kembali.
Alhamdulillah. Dengan lafaz bismillah aku bisa membukakan mataku.
“Sedar pun kau.” Balas suara garau
itu kembali. Dengan mata yang dikecilkan aku coba untuk memandang susuk tubuh
di hadapanku. Tetapi amat sukar kerana cahaya dari lampu yang di halakan ke
mukaku. Rupanya bukan cahaya matahari. Akan tetapi cahaya lampu yang menyukarkan aku untuk membukakan mataku.
“Kau. Siapa?” Soalku dengan suara yang
serak dan tersekat-sekat. Tekakku terasa pedih dan kering. Lelaki di hadapanku
ketawa dengan kuatnya dan tubuhnya di bawa mendekati dirku. Aku cuba untuk
melarikan diri. Namun amat payah sekali. Aku kini didudukkan di sebuah kerusi
dan kedua-dua tanganku di ikat ke belakang. Manakala kakiku pula diikat di kaki
kerusi.
“Well!
Well! Well! For sure engkau kenal aku kan?” Soalnya sinis padaku dan
menarik daguku kasar agar memandang tepat ke wajahnya. Aku pula dengan kasar
memalingkan wajahku darinya. Tak sanggup tubuhku disentuh oleh lelaki keparat
sepertinya. Dia ketawa.
“Kau jiran aku kan? Apa yang kau nak
dari aku?!” Soalku padanya. Dia tersenyum dan mengeluarkan pisaunya yang tajam
dan menjalankan pisau itu ke mukaku. Kecut perutku dibuatnya.
“Aku nak nyawa kau!!!!” Balasnya
dengan tawa yang semakin menjadi-jadi. Aku mengerutkan dahi. Aku pasti.… Lelaki
ini psycho orangnya. Sekejap dia
serius dan sekejap lagi dia ketawa.
“Apa salah aku pada kau sampaikan
kau nak bunuh aku?!!!!” Jeritku padanya. Jika benar ingin membunuhku. Maklumkan
padaku dulu apa salahku padanya. Setahu aku, aku tidak pernah mengenali lelaki
ini.
“Engkau memang tak ada salah dengan
aku sayang…" Balasnya sinis dan mengusap pipiku lembut. Merengus kasar aku
dibuatnya dan menjauhkan wajahku dari tangan kotornya.
“Then?!!!”
Soalku kasar. Dia ketawa dan mendekati meja di hujung bilik. Sesuatu di ambil
di situ. Tubuhnya kembali di bawa ke depanku dan rambutku di tarik dengan kasar
agar aku melihat lebih dekat dan jelas sebuah foto yang berada di tangannya.
“Sakitlah bodoh!” Jeritku padanya. Sakit
ya amat! Bagaikan dia ingin mencabut kepalaku sahaja.
“Tengok gambar ni betul-betul!
Perempuan yang berada di dalam gambar ini adalah teman wanita aku!” Jelasnya padaku
dan dekatkan lagi wajahku ke foto tadi. Aku memandangnya dengan renungan tajam.
Gambar seorang perempuan inggeris yang berambut perang ditunjukkan kepadaku.
“Ada aku kisah ke ni gambar teman
wnaita kau!” Balasku padanya kasar. Dia mencerlung tajam kepadaku dan menampar
mukaku dengan kuat. Terasa perit sekali pipiku saat ini.
“Hei perempuan! Kau jangan nak
kurang ajar dengan aku! Kau dengar sini baik-baik! Teman wanita aku ni dah
mati! Aku ulang! Dah mati!!!! Kau tahu kenapa dia dah mati?! Disebabkan kekasih
kau tu! Tengku Ezkandar Heidi yang menjadi punca kepada kematian teman wanita
aku! Disebabkan dia tolak cinta teman wanita
aku. Sofea bunuh diri! Kau dengar tak ni perempuan! Dia bunuh diri!!!!!!” Jelasnya
padaku dan kini emosinya semakin tak stabil.
Berkali-kali pipiku menjadi mangsa tamparan lelaki gila di hadapanku
ini. Sehinggakan aku dapat rasakan ada darah mengalir dari tepi bibirku.
“Hoi!!! Kau sedar ke tak ni?! Perempuan
tu bunuh diri disebabkan Tengku Ezkandar Heidi tolak cinta dia! Aku ulang!
Tengku Ezkandar Heidi tolak cinta dia!!!! Yang salah dalam hal ni teman wanita
kau! Imannya sungguh nipis sehinggakan sanggup bunuh diri kerana lelaki! Pulak
tu lelaki lain dan bukan kerana teman lelaki dia! Bangang!” Balasku geram dan
kali ini perutku pula ditumbuk kuat sehinggakan aku terjatuh bersama kerusi
tadi.
“Kurang ajar punya betina! Kau sama
saja dengan Ezkandar tu! Kau tak layak nak hina Sofea!!!!” Balasnya padaku dan
kali ini perutku sekali lagi menjadi mangsa sepakan lelaki itu. Sehinggakan semakin
lama. Semakin pandanganku kembali kabur. Aku ingin bertahan. Namun kudratku
sebagai wanita tidak dapat menampung kesakitan yang ku alami……
*****AKU CINTA KAMU*****
TENGKU EZKANDAR HEIDI tiba di sebuah
rumah flat yang usang bersendirian. Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Tengku
Amsyar melalui pesanan ringkas tadi memang itulah alamatnya. Wajahnya diraup.
Kasihankan Triesya yang terpaksa berada di tempat yang teruk dan kotor seperti
itu. harap-harap Tengku Amsyar tidak apa-apakan Triesya. Teringat kembali
perbualannya bersama Ben dan Tengku Erissa Hani tadi pagi.
“Siapa
Tengku Amsyar?” Soal Ben hairan. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani saling
berpandangan kerana hanya mereka berdua yang tahu siapa Tengku Amsyar yang
sebenarnya. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafasnya.
“Sebenarnya
Tengku Amsyar tu my cousin. Our parents were sibling. Tengku Amsyar anak pak su
I.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Ben mengerutkan dahi.
“So?
Kenapa dia buat macam tu pada Triesya?” Soal ben hairan. Tengku Ezkandar Heidi
saling berpandangan dengan Tengku Erissa
Hani. Tengku Erissa Hani menganggukkan kepalanya tanda menyuruh Tengku Ezkandar
Heidi ceritakan semuanya.
“Before,
we’re okay. Kita berdua amat rapat sekali. But, after 3 years ago, Tengku
Amsyar balik ke Malaysia bersama seorang minah saleh. Namanya Sofea. Their were
suit together and Tengku Amsyar were so happy with his life. We all feel happy
for him. Sehinggalah satu saat, teman wanitanya Sofea. Jatuh cinta pada I. Seteruk-teruk I waktu tu. I punya
prinsip. I takkan ambil kekasih orang. Apatah lagi kekasih sepupu I sendiri.
But, Sofea tak dapat terima kenyataan itu. Sehinggalah Tengku Amsyar tahu akan
hal tu. Dia cuba jumpa dengan I dan suruh I balas cinta Sofea. But I can’t. I
tak sanggup nak lukakan hati cousin I. Tengku Amsyar begitu cintakan Sofea sehinggakan
dia sanggup buat apa saja demi Sofea. But I didn’t love her. Rasa minat
sekalipun tak ada.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi panjang lebar dan terhenti
seketika. Ben bertambah berminat untuk mendengar cerita Tengku Ezkandar Heidi.
“Then?”
Soalnya pula.
“One
day, Tengku Amsyar datang rumah dan cuba nak bunuh I. Katanya Sofea dah
meninggal dunia sebab membunuh dirinya. Semuanya kerana I yang tolak cintanya.
That time Tengku Amsyar benar-benar mengamuk. Sehinggakan family dia terpaksa
suntikkan ubat penenang pada Tengku Amsyar. His emotion is not stable and he
was dispress. Then, dia dimasukkan ke hospital for three months kerana sakit
mental and after three months. He went back to UK.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi
dengan raut wajah yang keruh, terasa menyesal di atas apa yang terjadi pada
sepupunya itu. Tetapi adakah salahnya? Dia tidak ingin sakitkan perasaan
sepupunya sendiri…
“Que Ez!” Suara garau Tengku Aliff memanggilnya
di corong invisible wireless mini spy
earphone. Tengku Ezkandar Heidi tersedar dari lamunannya dan mendekatkan
koler baju kemejanya pada bibir. Terdapat microphone
dan activator ptt(push to talk) di
situ.
“Ya, aku dengar.” Balas Tengku Ezkandar
Heidi. Dia, Tengku Aliff, Ragel Errick, Burn, Ben dan Tengku Erissa Hani telah
merancang rancangan untuk menyelamatkan Triesya tanpa bantuan dan masuk campur
pihak police. Dia tidak ingin
bertambah terukkan keadaan. Selagi mereka mampu tangani mereka akan tangani hal
tersebut. Saat ini pula mereka berlima berada tidak jauh dari flat tersebut.
“Ok
good. Sekarang kau masuk ke dalam flat tu. Seperti yang Que Am arahkan.”
Arah Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi hanya mengikut. Tubuhnya dibawa masuk
ke dalam ke dalam flat tersebut.
“I’m
in…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan menaiki tangga menuju ke bumbung
tingkat teratas flat tersebut. Tengku Amsyar dan Triesya menantinya di situ.
Saat tiba di bumbung tingkat tertas
flat tersebut kelibat tubuh Tengku Amsyar dan Triesya berada di situ.
“Eagle
is here.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan melangkah keluar dari pintu
tangga dan mendekati Tengku Amsyar dan Triesya. Hampir saja jantung Tengku
Ezkandar Heidi tercabut tatkala melihat wajah cantik itu yang kini sudah
berlebam dan kelihatan lemah. Apatah lagi pabila pisau yang tajam sengaja di
acukan ke leher jinjang gadis itu.
“Baby?”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi sayu. Dengan perlahan Triesya yang tertutup matanya
tadi membuka matanya.
“You….”
Panggilnya dengan nada lemah.
“Sayang… I akan selamatkan you okay.
Please bertahan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan ingin mendekati mereka
berdua.
“Berhenti di situ Que Ez! Kau jangan
nak dekatkan diri kau kalau kau tak nak tengok perempuan ni mati di sini!” Arah
Tengku Amsyar. Tengku Ezkandar Heidi berhenti melangkah dan mengundurkan
dirinya dua tapak.
“Well!
Well! Well! Cousin yang paling aku syaang dah ada di sini dan datang
menyelamatkan princess dia. Oh. So sweet cousin!” Balas Tengku Amsyar
sinis dengan ketawa yang sengaja dibuat-buat. Tengku Ezkandar Heidi mendengus.
“Stop
it Que Am! Lepaskan dia! Dia takda kena mengena di dalam hal ni! Kau nak
sangat bunuh aku kan! Came here Am! Kill
me! But please don’t hurt her! Dia tak bersalah am!” Balas Tengku Ezkandar Heidi
dan cuba mendekatkan dirinya pada Tengku Amsyar dan Triesya yang berada di sisi Tengku Amsyar itu. Kedua tangan
Triesya dikat di belakang. Tengku Amsyar lantas mengacukan pisau tersebut pada Tengku
Ezkandar Heidi.
“Stop
there Que Ez! I said stop! Before I kill her!” Jerit Tengku Amsyar dan
halakan kembali pisau tersebut kepada leher Treisya. Sekali lagi Tengku
Ezkandar Heidi menghentikan langkahnya dan mengundur. Kedua tangannya di
angkat.
“Fine!
But please Que Am! It’s not the best solution!” Balas Tengku Ezkandar Heidi.
Tengku Amsyar mendengus kasar dan ketawa.
“The
best solution? The best solution is three years ago Que Ez! Pabila aku
cadangkan pada kau agar menerima Sofea!” Teriaknya Pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meraup
mukanya.
“Am pleaselah! What kind of solution yang kau suggetskan?! Kau cadang aku terima cinta Sofea dan biarkan kau merana?!
Begitu Am?! Tak Am! That is not the best
solution! Aku takkan sekali-kali sakitkan hati sepupu aku kerana perempuan Am!
Takkan! Pleaselah Am. Sedarlah! Sofea
tak ikhlas cintakan kau! Jika dia ikhlas dia takkan khianati cinta kau hanya
kerana berjumpa lelaki seperti aku!” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Sudah
puas dijelaskan pada Tengku Amsyar. Namun lelaki itu mengendahkannya dan lebih
suka tenggelam degan dunia cintanya. Cinta. Benar-benar membuatkan Am menjadi
gila sehingga sanggup melupakan-NYA dan memberikan wanita yang dicintainya
kepada sepupunya sendiri,
“Kau tak ada hak nak hina Sofea Que
Ez! Tak ada!” Teriaknya dan menampar pipi Triesya kasar. Sehingga Triesya yang
berada di dalam pelukan Tengku Amsyar dan di dalam keadaan yang lemah itu
terjatuh.
“Baby!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi
dan ingin mendekati Triesya. Namun dengan pantas Tengku Amsyar berdiri di
hadapan Treisya yang sedang terbaring lemah di atas lantai itu. Pisau diacukan
kepada Tengku Ezkandar Heidi sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi berhenti
melangkah.
“Berhenti di situ Que Ez!” Jerit
Tengku Amsyar.
“Stop
it Am! Kau benar-benar dah cabar kesabaran aku Am! Aku pantang bila ada
yang ganggu hak aku!!!!! Kau benar-benar dah cabar aku Am! Aku tak nak gunakan
cara kasar Am. Sebab kau cousin aku! Tapi
kau benar-benar dah melampau kali ni Am!
Pengecut! Sanggup kau cederakan golongan yang lemah! Aku sendiri tak pernah
sakiti dia Am! Kau benar-benar dah buat aku marah!!! I talk my walk Am! Kau jangan panggil aku Tengku Ezkandar Heidi
jika aku tak bunuh kau hari ni!” Amarah Tengku Ezkandar Heidi kepada Tengku
Amsyar. Kini pandangannya penuh dengan kebencian dan kemarahan pada Tengku
Amsyar sehinggakan kecut perut Tengku Amsyar dibuatnya.
“Stop
Que Ez! Stop! Jika kau tak nak aku bunuh perempuan ni!” Teriak Tengku Amsyar
dengan tangan yang bergetar. Triesya yang pengsan itu ditariknya kasar dan
sekali lagi pisau di acukan ke leher Triesya. Terasa takut pabila melihat wajah
bengis Tengku Ezkandar Heidi. Dia amat mengenali Tengku Ezkandar Heidi. Pantang
sekali jika haknya diganggu. Jika diganggu dia akan menjadi marah. Sehinggakan
sanggup membunuh.Oleh kerana tu dia menggunakan Triesya. Kerana dia pasti Tengku
Ezkandar Heidi amat mencintai gadis itu. Siasatannya selama kebelakangan ini
sudah cukup mengatakan bahawa Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencintai gadis
yang berada di dalam pelukannya ini.
“Kenapa Am?! Kau takut!? Kau
pengecut Am! Dengan perempuan kau beranilah! Lepaskan dia! Kita buat
perhintungan hari ni Am! Between man and
man.” Balas Tengku Ezkandar Heidi sinis. Dia tahu Tengku Asmyar mulai
kecut. Sempat matanya menangkap wajah kekasih hatinya itu di dalam keadaan yang
teramat lemah saat ini.
‘Baby sabar sayang…’ Desis hatinya
sayu.
“Fine!
It’s between you and me! Aku akan tuntut bela demi kematian Sofea hari
ini.” Akur Tengku Amsyar dan meletakka Triesya yang pengsan ke tepi.
Kini, Tengku Amsyar dan Tengku
Ezkandar Heidi saling berdepan. Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan yang
kosong. Manakala Tengku Amsyar dengan pisau ditangan. Memang tidak adil. Tetapi
Tengku Ezkandar Heidi biarkan saja. Yang penting nyawa Triesya selamat
sekalipun dia mati hari ni di tangan Tengku Amsyar. Kerana dia Triesya disakiti
sebegitu sekali. dia tak sanggup kekasih hatinya itu menerima kesakitan lagi.
“For
what I’m done before and today Am. I’m sorry for it. I’ve too. I’ve no choice.
Tapi aku nak kau tahu satu hal. Walau
apa pun terjadi. Kau tetap sepupu dan abang aku Am. Ingat tu!” Tutur Tengku
Ezkandar Heidi sayu. Dulu, Tengku Amsyar adalah teman sepermainannya dengan Tengku
Aliff dan Tengku Akiff. Dulu, mereka sering berkongsi segala jenis masalah.
Dulu, mereka sering bergelak tawa bersama. Namun kini, mereka menjadi musuh dan
bergaduh hanya kerana seorang perempuan. Itu yang dia kesalkan. Tengku Amsyar memandang
ke tempat lain. Sedikit sebanyak terasa dengan kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu.
Namun rasukan syaitan di kepalanya membuatkan dia kembali panas.
Dengan penuh rasa marah dan dendam Tengku
Amsyar mendekati Tengku Ezkandar Heidi dan mengacukan terus pisau tersebut ke
perut Tengku Ezkandar Heidi tanpa Tengku Ezkandar Heidi bersedia. Sehinggakan
Tengku Ezkandar Heidi jatuh dibuatnya.
Darah yang mengalir dari pisau tersebut Tengku Amsyar pandang dan pandangannay
dilarikan kepada Tengku Ezkandar Heidi yang sudah terduduk di atas lantai
sambil memegang perutnya itu ada banyak darah di situ.
“Lawan Que Ez! Bangun!” Jerit Tengku
Amsyar. Tengku Ezkandar Heidi ketawa. Ketawanya itu membuatkan Tengku Amsyar mengerutkan
dahi.
“What
you expect from me Am? To hit you back? I’m not Am! Kau dah lupa ke dengan
janji kita pada nenda? Kita semua takkan bergaduh sesama sendiri apatah lagi
menumpahkan darah. Kerana kita sedarah dan sedaging Am. Bagaimana aku. Begitulah
juga kau. Happy Now Am?” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dengan senyuman sinis. Tengku Amsyar terdiam. Bibirnya terketar
mendengar kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu.
Beberapa hari yang lepas Tengku
Ezkandar Heidi telah berjumpa dengan nendanya dan kini setiap butir nendanya
itu terimbas kembali di fikirannya. Senyuma terukir di bibir.
‘Que
Am is back Que Ez. Nenda tahu Que Am masih berdendam dengan Que Ez. Cuma satu
pesan nenda. Setiap apa pun yang Que Am lakukan. Maafkanlah dia. dia bukan
dirinya sendiri tika ini. Ingatlah Que Ez. Que Am tetap saudara sedarah dan
sedaging cucunda. Nenda sampaikan ini kepada Que Ez kerana nenda pasti Que Ez
mampu menangani Que Am dengan baik.’
‘Que Ez dah ikut kata nenda…’ Desis
hatinya.
“Arghh…” Mengadu sakit Tengku Ekzandar
Heidi di saat perutnya terasa amat pedih sekali. Dengan spontan Tengku Amsyar membuang
pisau di tangannya dan menarik-narik rambutnya. Lagaknya bagaikan orang hilang
akal sahaja. lebih-lebih lagi pabila melihat Tengku Ezkandar Heidi yang semakin
lemah itu. Bibirnya sudah pucat. Namun tetap ada senyuman di situ.
“Aku.. Aku minta maaf Que Ez. Ma…
Mmmmaafkan aku.” Balas Tengku Amsyar tergagap-gagap. Tengku Ekzkandar Heidi
yang mendengar kata-kata Tengku Amsyar itu tersenyum.
“Baliklah ke pangkal jalan Que Am.
Masih belum terlambat lagi.. “ Balas Tengku Ezkandar Heidi dan cuba untuk berdiri.
Walaupun payah, dirinya tetap digagahkan untuk berdiri. Tengku Amsyar pula
sudah terududk di atas lantai sambil menarik-narik rambutnya.
“Que Ez!” Jerit Tengku Aliff yang
baru tiba dengan yang lainnya. Wajah mereka kelihatan risau dan cemas.
“It’s
okay. Uruskan Que Am dulu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi pada Tengku Aliff yang
ingin menolongnya. Tubuh Triesya didekati. Spontan air mata lelakinya jatuh di
saat melihat luka dan lebam yang terdapat di tubuh gadis itu. Tidak cukup di
wajahnya. Dileher, tangan dan kaki juga begitu. Belum lagi yang lainnya. Sebegitu
teruk sekali Tengku Amsyar menyakiti Triesya.
“Baby… I’m here syaang. Please Wake Up…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi sayu.
Tubuh lemah Triesya di bawah di dalam pelukannya dan dahi gadis itu dikucup
penuh kasih. Namun Triesya tetap kaku. Tiada reaksi.
“Abang? Abang okay tak ni? Kak Trish
macam mana?” Soal Tengku Erissa Hani yang duduk di sisi abangnya. Terasa risau
pabila melihat luka di perut abangnya dan Triesya yang pengsan itu
“Trish Baby… Bangun…” Kata Ben dengan
sayu. Sejak tadi kerjanya hanya menangis saja. tubuh Triesya digoyang. Namun
tetap tiada reaksinya.
“Please.
Kalau apa-apa terjadi pada abang. Tolong jagakan Triesya…” Balas Tengku
Ezkandar Heidi lemah. Tubuhnya disandarkan ke tembok bumbung. Tubuhnya sudah
dirasakan lemah. Diharap pengobarnannya ini memberikan kebahagiaan pada
semaunya. Lebih-lebih cinta hatinya Triesya….
“Abang!” Jerit Tengku Erissa Hani
pabila Tengku Ezkandar Heidi sudah menutupkan matanya dan tidak sedarkan diri……
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
*******************************************************************
TING TONG!
TING TONG!
TING TONG!
ALOLORH!
JANGANLAH MERAJUK EH J
SORRY AKU LAMBAT POST
ENTRY J
HEHEHE
ALA TOMEY-TOMEY~
NAH GULAGULAGULAGULA!
J
HAHAHAHAHAH
ASALAMUALAIKUM WBT
AND SALAM SEJAHTERA.
WELCOME~
P/S :: HI Peepss! How
was the story? Ok I’ve to admit that! Ianya agak panjang J
Hehehehe.
P/S :: Saya, Ratu
Adriana Nadine, meminta maaf kerana kelewatan saya mempublish entry ini.
MAAFKAN SAYA. Juga, maafkan saya jika ada kesalahan ejaan, perkataan dan ayat.
Juga, Maafkan saya jika ada yang terover, tak logic dan sebagainya. MAAFKAN
SAYA. Saya hanya manusia biasa yang pandia melakukan kesilapan. Once again, I’M
REALLY SORRY DEAR. L
P/S :: Huhuhuhuhu.
Sungguh tragik! Apakah yang akan berlaku kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi
selepas ini? Adakah Tengku Ekzandar Heidi akan mati? Bagaimana pula dengan si
cantik Triesya???? Wahai teman, ingatlah. Bahawa CINTA bukan segalanya. Cintailah DIA, kerana DIA selalu ada untukmu. Waiting for the next entry peepps! J
Hwaiting~
P/S :: THANKS FOR
DROPPING BY AND LEAVE UR COMMENT. MUCH APPRECIATED IT DEAR. PLEASE. PLEASE AND
PLEASE LEAVE UR COMMENT. J
SILA TINGGALKAN JEJAK
ANDA. TQ
TILL THEN,
SINCERELY,

makk aihh.... dupdapdupdap jantung niey!!!
ReplyDeleteadoyaii....... ciannyer kt triesya..sampai lebam2.. tragik3!!! huhu... que ez... hrp pengsan ajer...
hehe!!! gudjob ratu !!
hwaiting ur next entri !! x sabar da niey!!! tpi kene sabarkn diri jugakk.. hahaha!!!
mak aih cik lylea kite tga berjga study ke? smpat yer nak on9. hehee
DeleteThanks dear for dropping by and leave ur comment =)
heee. thanks dear. penuh debaran ne. hehe. =)
hwaiting for the new n3 yach =)
hahaha!!! on9 sat2 jer... kuikui...
Deletehahaha!!! stgi bru nk study... hehe.. ^_^
hahaha. statement retislah sangat~ haha =)
Deletehahaha!!!! =)
Deletesedih bila baca n3 kali ni.
ReplyDeletehrp2 que ez slmt.
ksian triesya kna pukul smpai mcm tu skali.
gila la tq.amsyar tu smpai snggup membunuh krn cinta. dah terang2 si sofea tu x ikhlas cintakan dia. bodoh btul.
writer cpt post next n3 sbb x sbr nak tau crita slnjutnya.
hi dear =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment =)
janlah sedihsedih wak. hee. a'ah. kesiankan. Que Am yg psycho tu sggp mmbnh kerna cintanya pada wanita yg slh. =) sabarsabar~ hehe.
hwaiting dear =)
Que Ez!!!NO!!! What happend to him? i really hate Que Am rasa nak tendang2 jer geram!!!!kesian kat Trisha dan Que Ez =( ( dalam keadan emo) ehe sedih lahhh...Trisha will be sad if something happend to her beloved hubby.bila nak sambung ne?suspen lah ishh tak boleh jadi ne kena sambung hari ne jugak ehe jangalah lupa post tau the next chapter =D nak tau apa yang terjadi kat trisha and Que Ez!!! eheh anyway goodluck ratu.=)
ReplyDeleteKhad
hi khad,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment =)
wahhh~ emo sudehhh. hehe =)
hehe. kite akan smbg mlm ne.
hwaiting yarch! =)
thanks dear. much appreciated it. =)
huhuhu...kesianya kat dorang dua nie...tapi harap2 dgn peristiwa y berlaku akan membuatkan Triesya "Aku Cinta Kamu" kat Que Ez ;)...& hubungan dgn papa n mama tirinya getting better... smlm dah boleh tidur..lega sikett..Hopefully nothing serius & x mengakibatkan Triesya hilang ingatan pla...hehe...Ratu nak lagi en3 malam nie tau..panjang berjela pun x pe...:))
ReplyDelete-col-
hi col,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
AKU CINTA KAMU erk . hehehe. hwaiting for the next entry =)
hehe alolorh cyan dya =)
i will dear. next entry mmg pnjg berjela hendaknya =)
moga triesya dan que ez selamat..huuhu :(
ReplyDeletegeram bt0l aq ngn que am nie..cian kt triesya ngn que ezzz..
hi cik anony,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
heeee sabarrr dear =)
hye2 nad.. ^_^
ReplyDeletehehehe baru ada free bca que EZ n trish ne.
gila 'saiko" seppu que EZ tu..!! buat apa nak blas dendam ngan pmpuan mcm tu ?? buang tong sampah je dendam tu..rosakkan mental je ish!
que EZ n trish pengsan je kan???? adoh!! hehehe...pa respon papa mummy trish lepas ne?? dh dorang x info kat parents trish..sya rasa time ne trish pat tahu mummy tri dia anty que EZ..
nad... mlm ne post awal boleh?? hehehe.. (^_~)
Hi hi awak =)
DeleteThanks awak sudi luangkan masa,
oso thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
hihihi. tulah pasal. bengong sungguh! haha.
tet! about that we'll hwaiting for new entry this night ya :)
in shaa allah~
kesian dgn Trish ye teruk dibelasah oleh Que Am kerana
ReplyDeletedendam. Jgnlh ape-ape yg buruk terjadi pd Trish dn Que Ez
Biarlah mereka akan selamat ye... kali ni suspen betul adakah Que Am akan menyesal dgn perbuatannnya yg tlh
menikam Que Ez? Tunggulh cite Ratu yg seterusnya dn memang dh tak sabar... tk Ratu setiap hari ada n3 baru,
saaayang kat Ratu...
Hi anor, =)
Deletethanks dear for dropping by and leave ur comment =)
hehehehe. pandai cik anor kite. dia soal dia jawab balik. hehehe =)
hwaiting for the next entry ya dear =)
uwc dear =)
sayang u juga !
naa.........kn btul naluri nih....adess......ciannya TEH ngan trish.......
ReplyDeletehaha sixth sense gitewww~ hehehe
DeleteThanks dear for dropping by and leave ur comment :)