AKU CINTA KAMU BAB 18
DATO SYED AL-AZHAR membuka perlahan tombol pintu bilik anak daranya. Bilik yang
jarang sekali diduduki oleh anak daranya itu sejak 5 tahun yang lalu. Jikalau dulu bilik itulah
kesukaannya. Teringat lagi betapa penatnya dia mengikut setiap yang Triesya
inginkan pada design biliknya. Nak
yang itu. Dia turutkan. Nak yang ini. Dia turutkan juga. Begitu manja benar
anak daranya itu pada dia dulu. Namun kini? Hah! Nafas dihelakan perlahan.
Kepala digelengkan di saat melihat tangan kiri gadis itu bersimen dan berbalut.
Dia begitu menyesal. Tak pandai nak jaga anak seorang. Betul kata Triesya. Dia
bukanlah papa yang baik….
Tubuh di dekatkan pada Triesya yang
sedang pulas tidurnya. Tenang sekali tidur anak gadisnya itu. Dengan perlahan Dato
Syed Al-Azhar duduk di atas katil. Di sisi anak daranya. Lama wajah cantik itu
dipandang. Seiras sekali dengan arwah isterinya. Setiap kali memandang Triesya
pasti dia akan teringatkan arwah isterinya itu. Dengan perlahan tanganya
mengusap lembut pipi anak daranya.
‘Papa..
Nanti kalau Trish kahwin, Trish nak papa yang iringi Trish eh.” Kata Triesya
manja pada Dato Syed Al-Azhar. Lengan papanya dipeluk erat dan kepalanya di sandarkan
ke bahu papanya. Dato Syed Al-Azhar mengerutkan dahi dan memandang Triesya di
sisi.
“Heh!
Kenapa pula sayang? Takdenya dibuat adat kita macam tu. Selalunya kan mak
pegantin perempuan yang akan temankan pegantin perempuan?” Soal Dato Syed
Al-Azhar hairan. Triesya tergelak.
“Alah
pa. Tu dulu-dululah. Ini Triesya. Triesya nak buat kelainan pada weeding Triesya.
Triesya nak papa yang iringi Triesya. Ala-ala yang selalu raja-raja buat pada
princess dorang tu. Hah! Triesya nak macam tu. Papa iringi Triesya masuk masjid
ya?” Balas Triesya. Tersenyum Dato Syed Al-Azhar dengan celoteh anak daranya.
Jikalau bercakap tak sah jika tak panjang. Bagaikan machine gun saja.
“Sayang…
kita orang Islam. Mana boleh buat macam tu…” Nasihat Dato Syed Al-Azhar lembut. Cemberut 14 depa Triesya dibuatnya.
Pelukannya pada lengan Dato Syed Al-Azhar dilepaskan dan berpeluk tubuh.
“Tak
nak sayang papa! Kalau papa tak nak temankan Trish, Trish tak nak kahwin!” Rajuk
Triesya dan monyok. Ketawa kecil Dato Syed Al-Azhar dibuatnya.
“Alolorh.
Anak dara papa yang manja ni. Yalah-yalah. Papa janji akan iringi Trish ya. Meh
sayang papa..” Pujuk Dato Syed Al-Azhar dan menarik Triesya ke pelukannya.
Melonjat kegembiraan Triesya dibuatnya.
Dato Syed Al-Azhar tersenyum.
Masihkah Triesya ingin jika Dato Syed Al-Azhar mengiringinya nanti di hari perkahwinannya?
Sedangkan saat ini hubungan mereka dua beranak semakin dingin. Tadi, ketika
melihat Triesya dengan tangan yang bersimen dan berbalut bagai. Hampir saja
jantungnya tercabut. Lemah semangatnya pabila melihat anak dara yang dimanja
dan dijaga dengan baik selama ini punya luka pada tubuhnya. Sejak kecil, boleh
dikira berapa kali Triesya terjatuh dan terluka. Kepalanya digelengkan. Terasa
kesal kerana tidak dapat jadi papa yang baik buat Trieysa. Dia bukan lagi superhero Triesya.
“Angah?” Panggil Datin Hjh Mariam
yang berada di muka pintu bilik Triesya dengan lengkap bertelekung pada Dato
Syed Al-Azhar yang sedang duduk kaku memandnag anak daranya itu.
“Err. Ummi.” Balas Dato Syed
Al-Azhar yang terkejut dan air matanya yang di lap. Datin Hjh Mariam
mengelengkan kepalanya. Dia pasti anak lelakinya itu tadi menangis.
“Dah bangunkan Batrish ke?” Soal
Datin Hjh Mariam. Dato Syed Al-Azhar tersenyum dan mengelengkan kepalanya.
“Bangunkan dia cepat. Nanti habis
waktu pula.” Arah Datin Hjh Mariam. Dato Syed Al-Azhar menghelakan nafas berat
dan berdiri. Sempat dahi anak daranya dicium lembut. Jatuh sayangnya di situ.
“Hurm. Ummi jelah bangunkan mi. Angah
takut kalau angah yang bangunkan nanti melenting pula dia.” Balas Dato Syed
Al-Azhar yang kini sudah berada di muka pintu bilik Triesya dan berhadapan
dengan Datin Hjh Mariam. Datin Hjh Mariam mengelengkan kepalanya. Bahu anak
lelakinya diusap lembut.
“Sabarlah… In shaa Allah. Suatu hari
nanti ummi yakin dia kan lembut juga. Pujuklah dengan baik-baik.” Pesan Datin
Hjh Mariam dan menapak masuk ke dalam bilik cucu kesayangannya. Dato Syed
Al-Azhar terdiam dan memandang sayu pada anak daranya yang masih tidur itu. In
shaa Allah ummi. Desis hatinya.
*******AKU
CINTA KAMU*********
SELEPAS breakfast bersama-sama nenek dan yang
lainnya. Aku dan Ben meluangkan masa menemani nenek pada hari ini. Memandangkan
aku diberikan rehat oleh FLY Airlines
dan aku tidak mengambil sebarang show
kini maka aku ada banyak masa buat nenek selama nenek ada di sini. Maka, Tengku
Ezkandar Heidi yang menyuruh aku berehat dan tidak melakukan sebarang kerja
buat masa ini. Aku? hanya mampu mengikut dan senyum sahaja.
Untuk permulaannya aku dan Ben akan
membawa nenek ke spa pada hari ini. Merehatkan dan menenangkan tubuh badannya.
Sekali sekalakan. Aku rasa tak apa. Nenek? Hehe. Rock orangnya. Orang putih kata ‘sporting’ gitu. Haha.
Tadi sempat aku memberi pesanan
ringkas pada Tengku Ezkandar Heidi bahawa aku akan menemani nenek seharian hari
ni. Sekadar ingin dia tahu. Maka, aku rindu pada dia. Jujur, aku sendiri tak
sedar sejak bila aku mulai merasa rindu padanya. Malu tak payah nak cakap.
Tahap bapak malu dah ni. Tapi nak buat macam mana. Tika dia telefonku semalam.
Aku luahkan rasa rinduku padanya. Siap dengan suara manja lagi tu. Tergamamlah cik
hubby dibuatnya. Hahaha.
+Can
I meet my grandma to be? J
Erk! Message dari Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan aku terdiam. Dia
ni. Mengada betul! Grandm- to-be lah
sangat! Haha. Dia tak tahu agaknya yang nenek gelar dia ‘nasi kandar’. Weheuuu~
Nenek aku ni. Nasib comel. Kalau tak mahunya aku mengaum dia kata encik hubby aku yang handsome lagi sexy tu
nasi kandar? Alahai nek! Jauh bezanya kot! Erk! Tetiba nak depend si dia pula. Sejak bila ni? Huhuhu.
Apabila kaki
melangkah masuk ke ruang dalam Sari Spa, fikiran yang berserabut hilang
serta-merta. Layanan eksklusif yang diberikan juga bagai menatang minyak yang
penuh buat setiap pelanggan yang singgah. Sememangnya
Sari Spa ni tempat favorite aku sejak
dulu. Selalunya aku akan datang memanjakan diri di sini sebulan sekali. Tak selalu
sangat sebenarnya. Ada je aku escape!
Haha. Aku lebih suka yang simple-simple
saje. Jaga kesihatan dan pemakanan lebih penting.
Untuk hari ini aku tak akan
melakukan apa-apa rawatan. Cuma nenek dan Ben sahaja. Siap dengan mandi lulur
dan urutan Balinya lagi. Mandi lulur ni ada baiknya juga. Ianya berfungsi menghilangkan sel kulit mati pada seluruh badan,
mengembalikan kehalusan kulit yang kasar serta membuang daki yang melekat pada
badan akibat terdedah dengan pencemaran udara kotor.
Setelah
itu, pelanggan akan dimanjakan dengan mandian romantik menggunakan kelopak bunga
mawar bersama susu. Rawatan itu bertujuan mengembalikan aura wangi pada badan
dengan berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros merah
dan putih selama kira-kira 15 minit tanpa gangguan. Then,
barulah sesi urutan Bali akan mengambil tempat. Teknik urutan Bali ni
akan membantu merenggang dan memanjangkan otot dengan menggunakan tekanan dan
sentuhan ibu jari bersama minyak pati tulen. Ia baik untuk memperbaiki sistem
peredaran darah, ginjal, otot dan sistem degupan jantung. Bagi nenek sesuai
kot. Ben tak tahu! Hahaha. Aku bercakap macam aku ni pekerja spa ni je. Hampeh!
Sejak
masuk tadi, masaklah juga pabila Kak Azian pemilik spa ni dok soal siasat aku
tentang kecederaan tangan aku ni. Haiyark! Terpaksalah juga aku berbohong buat
kali keduanya. Cerita yang sama aku ceritakan pada nenek. Hehe. Kira logiclah kot. Pandai-pandailah.
“Erk!
Nenek sure ke ni?” Soalku hairan pada
nenek yang duduk di sisiku. Ben yang sedang memandu keretaku pula sudah
tersengih-sengih di depan. Sengihlah sangat Ben! Nenek tersenyum dan memegang
tanganku.
“Sungguhlah
ni. Kenapa? Batrish tak sudi ke temankan nenek?” Soal nenek kepadaku.
“Eh!
Apa pula cakap macam tu. Mestilah sudi nek. Err. Ben, Royal Jewelleries eh.”
Balasku dan arahkan pada Ben agar memandu ke Royal Jewelleries. Masak!
Dibuatnya ada Tengku Ezkandar Heidi ada di sana. Mampus aku! Nenek pula
tersenyum lebar je aku tengok. Aduhai.
Setiba
di Royal Jewelleries, aku dan Ben berjalan beriringan dengan nenek masuk ke Royal
Jewelleries. First time rasanya aku
masuk ke tempat ni. Yelah. Apa kes aku nak masuk ke sini? Cita rasa orang branded je kot. VVIP dan golongan di
raja. Juga mak-mak datin seperti nenek ni.
“Welcome Miss Triesya, Mem, sir. I’m Lim.” Sapa seorang pekerja
lelaki yang segak berkot rona hitam. Badannya ditundukkan sedikit tanda hormat
pada kami. Kami bertiga membalas senyumannya. Erk! Kenal juga mamat ni dengan
aku.
“These ways miss.” Sambung Mr.Lim dan
membawa kami ke sebuah bilik yang eksklusif. Terlopong aku dibuatnya. Terdapat
set sofa berona emas dan meja coffe.
Gila bapak mewah bilik ni. Siap ada aircond
pula tu.
“Please have a sit and before that please
having our great tea from Korea.” Balasnya pada kami dan ada seorang
perempuan membawa masuk minuman yang dikatakan. Memang patut pun tempat ni menjadi pilihan golongan VVIP dan
golongan kerabat. Begini rupanya layanan yang diberikan.
“If you don’t mind. Barang kemas apakah
yang… Puan?” Mr.Lim bersuara kembali dan menyoal nenek.
“Datin
Hjh Mariam.” Perkenalku padanya bagi pihak nenek.
“Ops.
I’m sorry datin. Barang kemas apakah
yang datin inginkan? Kami akan sediakan samplenya.”
Balasnya dan tersenyum.
“Saya
nak set barang kemas.” Jelas nenek. Lelaki tadi tersenyum.
“Sure. Saya akan membawanya masuk
sebentar lagi. Make yourself comfortable
ladies and sir…” Balas Mr.Lim dan berlalu keluar. Sempat tubuhnya di
tundukkan sedikit tanda hormat.
“Err.
Nenek sure ke nak beli barang kemas
ni?” Soalku hairan. Nenek tergelak.
“Kenapa?
Ingat nenek takde duit ke?” Soal nenek dan menaikkan keningnya. Spontan aku
mengelengkan kepala.
“Eh!
Eh! Takdelah nek. Bukan macam tu. But,
nenek ni banyak sangat dah barang kemas nenek kat rumah tu. Nak buat apa nek?” Soalku
hairan. Kenyataan kot. Nenek aku ni bapak banyak barang kemas dia kat kampung
tu. Siapa tak kenal dengan Datin Hjh Mariam. Siap ada yang pinjam barang kemas
lagi pada nenek untuk perkahwinan anak mereka. Uish. Nenek pula siap bagi
pinjam je. baik hati sungguh.
“Nenek
memang tak de nak buat apa-apa degan barang kemas ni. Ianya Cuma hiasan dunia
sayang. Tetapi nenek nak belikan ini untuk cucu-cucu perempuan nenek.
Peninggalan nenek buat kamu semua nanti.” Jelas nenek dan mengusap rambutku
lembut. Aku terdiam. Nenek nak belikan buat cucu-cucu perempuan dia? Okay. Aku
tak kisah sebenarnya sebab nenek memang kaya. Banyak duit dan nenek memang
mampu. Cucu-cucu perempuan nenek pula hanya dalam 4 orang sahaja. aku, Syarifah
Aina dan kembarnya Syarifah Aira serta Syarifah Akhma. See! Nama aku seorang
yang panjang! Hahaha. Ok. Ok. Serius. Cucu-cucu nenek memang banyak. Di dalam
12orang semunya dari 4 orang anaknya.
Pak
long a.k.a Tan Sri Syed Al-Azam dan mak long a.k.a Syarifah Mastura, ada 4
orang anak dan semuanya lelaki giteww~. Antaranya ialah, Syed Daniel,Syed
Damien,Syed Darius dan Syed Danish. SD okay! Haha. Manakala anak kedua adalah
papa. Aku seorang jelah. Pak lang a.k.a Syed Al-Azhari dan mak lang a.k.a
Dalila ada 5 orang anak.Si kembar perempuan tadi dan 3 orang lelaki. Syarifah
Aina dan Syrifah Aira. Syed Adam,Syed Akil dan Syed Aimel. Ok SA punya geng!
Haha. Pak su pula a.k.a Syed Al-Aizar dan mak su Syarifah Rihanna mempunyai
anak seramai 2 orang. Syarifah Akhma dan Syed Ahmad. Ok dah! Semput aku nak
terangkan satu-satu. Weheuuu~
“Asalamualaikum.”
Sapa suara garau yang berada di muka pintu.
********AKU CINTA
KAMU**********
“ASALAMUALAIKUM WBT.” Tengku Ezkandar Heidi menapak masuk ke bilik tersebut dan
memberi salam tanda hormat. Senyum manis diberikan buat ketiga-tiganya. Sempat Triesya
dijeling. Gadis itu cantik hari ini memakai baju kemeja hitam lengan pendek dan
percel skirt rona hitam. Tangan
kirinya masih berbalut. Nenek dirapati dan disalam tangan tua itu dengan penuh
hormat.
“Walaikumsalam.
Eh. Ni kan nasi kandar kamu.” Jawab nenek dan terkejut memandang Tengku
Ezkandar Heidi. spontan Triesya menepuk dahinya dan Ben ketawa terbahak-bahak.
‘Err.
Aku nasi kandar?’ Desis Hati Tengku Ezkandar Heidi.
“Nek!
Bukan nasi kandarlah. Ezkandar. Nenek ni nakal tau!” Balas Triesya geram.
Tergelak nenek dibuatnya dan Tengku Ezkandar Heidi yang sudah merah mukanya
hanya mampu tersengih.
“Alarh.
Nenek gurau jelah.” Balas nenek dan mengusap lembut rambut Triesya yang sudah
cemberut itu. Tergelak nenek dibuatnya. Dependkan
sangat kekasih hatinya.
“Eh.
Jemputlah duduk Tengku Ezkandar. Jangan segan-segan.” Kata nenek lembut. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Tubuh didudukkan di atas
sofa di hadapan mereka bertiga.
“Maaflah.
Tadi saya ada kerja sikit kat belakang. Datin datang nak beli barang kemas ke?”
Soal Tengku Ezkandar Heidi sopan. Diamati wajah tua nenek Triesya yang berada
di hadapannya. Orangnya memang sudah berumur. Namun, masih cantik. Kerana itu,
kecantikannya diwarisi oleh Dato Syed Al-Azhar dan Triesya.
“Panggil
nenek jelah Tengku Ezkandar. Tak lama lagi jadi orang baru keluarga nenek
pula.” Balas nenek dan menjeling Triesya di sisi. Merona merah muka Triesya dibuatnya.
Muka ditundukkan. Malu~ Haha. Ben pula siap gelak kaw-kaw. Tengku Ezkandar Heidi
tersenyum. Alhamdulilah. Nenek dapat menerimanya.
“Oh
ya. Ada design yang latest
ke? Discount takde?” Balas nenek
nakal. Spontan Triesya memandang nenek di sisi. Kening dikerutkan. Wah nenek!
Speaking London engkau! Siap nak discount
segala. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Mestilah
ada nek. Kata bakal nenek-to-be.
Harus ada discount tu.” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya pada nenek. Tergelak nenek dibuatnya.
Sedikit sebanyak peribadi humble dan
sopan Tengku Ezkandar Heidi memikat hatinya. Kira passlah pada stage
pertama untuk dijadikan cucu menantu.
Sepanjang
nenek dan Ben mencuba pelbagai set barang kemas yang ditunjukkan oleh Tengku
Ezkandar Heidi. Sepanjang itu jugalah Triesya mencuri peluang untuk menatap
wajah kacak itu. Jujur, lelaki itu sememangnya kacak. Tiada cacat celahnya.
Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu sedang serius. Berdebar jantung Triesya dibuatnya.
Mahunya tidur malam dia tak tenang. Tersenyum kecil bibirnya apabila difikirkan
jika benar begitu.
Erk!
Spontan
Triesya mematikan senyumannya di saat Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya
dan mengenyitkan matanya nakal pada Triesya. Sempat nenek yang sedang menunduk
memandang cermin itu dijeling. Takut-takut ditangkap oleh nenek mereka berdua
bermain mata. Treisya tersenyum dan bibirnya bergerak tanpa suara.
‘HI’. Sapanya nakal. Tergelak kecil Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya. Manja. Desis hatinya.
‘Miss you’. Balas Tengku Ezkandar Heidi
dengan cara yang sama. Bibir digerakkan tanpa suara.
Triesya
tersenyum dan menjeling nenek dan Ben yang ditemani oleh Mr.Lim itu. Pabila pasti
nenek dan yang lainnya tengah khusyuk dan tidak perasankan mereka berdua.
Spontan Triesya memberi flying kiss
pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula cepat-cepat menyambut
dan ingin sampaikan flying kiss Triesya
itu ke bibirnya. Namun, belum siap dia cuba berbuat begitu. Nenek sudah
memanggil namanya. Dengan cepat Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya tanda cover line. Haha.
“Que
Ez. Rasa-rasa yang ini nenek boleh dapat berapa ya?” Soal nenek kepada Tengku
Ezkandar Heidi dan memandang wajah kacak anak muda itu. Tersengih Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya pula menahan ketawanya dengan tangan kanan
yang sihat walafiat hendaknya.
“Err.
Semuanya Que Ez bagi 50% untuk nenek. So
Mr.Lim akan kirakan buat nenek.” Jelas Tengku
Ezkandar Heidi dan tersenyum memandang nenek. Nenek tersenyum dan
menganggukkan kepalanya. Mr.Lim kini menjadi mangsanya. Padahal, nenek sengaja
nak kacau daun. Bukan dia tidak Nampak perangai keduanya. Siap flying kiss segala. Saja nak kacau.
Hehe. Alahai anak muda.
Setelah
semuanya selesai, Tengku Ezkandar Heidi membawa nenek, Triesya dan Ben ke Royal
Hotel untuk makan tengah hari. Ceh! Di dalam erti kata lain sebenarnya nak
ambil hati nenek-to-be tu. Hehe.
Setiba sahaja di restaurant hotel,
dengan gentlemannya Tengku Ezkandar Heidi
menarikkan kerusi buat nenek sebelum tarikkan kerusi buat permaisuri hatinya. Hanya
Ben yag menarik sendiri kerusinya. Lelakikan. So tarik kerusi then
duduk sendiri. Hehe.
Sepanjang
makan, nenek lebih suka memerhati tingkah keduanya. Hanya Ben temannya berbual.
Sedikit sebanyak dia tahu mengenai keduanya dan Tengku Ezkandar Heidi
benar-benar mencintai cucunya. Dari cara Tengku Ezkandar Heidi melayan Triesya.
Lapkan bibir Triesya. Renung mata Triesya. Semuanya sudah menjelaskannya.
Tengku Ezkandar Heidi juga sudah terikut-ikut dengan sikap Triesya yang
mendiamkan diri tika makan. Namun, dia salute
dengan Tengku Ezkandar Heidi. Sejak tadi lelaki itu melayannya dengan baik. Pabila
bercakap pun suaranya lembut dan sopan.
*******
AKU CINTA KAMU ******
TRIESYA hanya mengikut langkah kaki Tengku Ezkandar Heidi. Nenek dan Ben sudah
balik. Manakala, Triesya pula diculik sebentar oleh Tengku Ezkandar Heidi. Siap
minta izin dengan nenek lagi. Well!
Dah namanya cucu-to-be-kesayangan
nenek. Hehehe. Nenek bagi green light jelah.
“Sayang…
Kita nak pergi mana ni?” Soal Triesya hairan dan menarik tangan Tengku Ezkandar
Heidi yang memegang tangannya agar berhenti. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“Somewhere sayang. But it’s secret for now. You’ll know about the place later. Now, jom masuk.” Balas Tengku Ezkandar Heidi
dan menarik Triesya agar masuk ke dalam sebuah butik. Triesya mengerutkan dahi
namun mengikut sahaja.
Dengan
selamba Tengku Ezkandar Heidi memilihkan baju buat Triesya.Setelah pelbagai
baju dipilihnya. Tubuh Triesya ditarik dan dimasukkan ke dalam fitting room. Tengku Ezkandar Heidi pula
memilihkan baju yang sesuai buatnya. Setelah itu dia pula masuk ke dalam fitting room untuk menukar bajunya.
Setelah
baju siap dipakai Tengku Ezkandar Heidi keluar dari fitting room dan bergaya di depan cermin besar di hadapannya. Tidak
dipedulikan mata-mata yang memandang. Dia tahu pasti ada yang mengenalinya.
Tapi dia buat biasa sahaja.
“Tengku.
This is your shoes. This one okay?” Soal
Jeremy. Iaitu pemilik butik mewah tersebut. Tengku Ezkandar Heidi yang lengkap
memakai t-shirt berkoler rona turquoise dan seluar pendek rona putih
berpaling. Bibirnya mengukirkan senyuman pabila melihat kasut yang Jeremy
serahkan buatnya. Tubuh di bawa duduk di sofa dan kasutnya yang formal dan
hitam berkilat tadi ditukarkan ke Louis
Vuittion white sneaker. Sememangnya butik mewah Jeremy punya pelbagai jenis
jenama yang terkenal.Tak payah nak pergi others
butik.
“Okay
Jer. Thanks. You know very me well…” Balas
Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum memandang Jeremy. Jeremy tersenyum dan
mengambil sepasang sneaker jenama Louis Vuittion rona sedondon dengan
Tengku Ezkandar Heidi.
“This is for your princess.” Balas Jeremy
dan menyerahkan kasut tersebut pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi
tersenyum dan pada masa yang sama pintu fitting
room di buka dari dalam. Terjengul tubuh Triesya yang cantik memakai singlet rona tourqouise dan short pants rona putih. Sedondon seperti Tengku Ezkandar Heidi.
Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi melihatnya.
‘That’s my babe.’ Desis hatinya.
“Where we wants to go actually?” Soal
Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Ditarik lembut tangan kanan
kekasihnya itu dan didudukkan di sofa. Tengku EZKANDAR Heidi berlutut dengan
perlahan kerana takut lukanya bertambah teruk.
“Eh.
You nak buat apa ni? It’s okay. I boleh pakai snediri.” Balas
Triesya risau. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan mengenyitkan matanya
nakal pada Triesya.
“Just sit there silently before I kiss you…”
Balasnya nakal dan memulakan tugasnya menukar high heels Triesya ke LV
white sneakers. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Dia pasti Triesya tak
berani nak bising dan melawan lagi. Takut sangat kena cium. Hehe.
Triesya
pula tersenyum kecil memandang Tengku Ezkandar Heidi yang khusyuk memakaikan sneaker ke kakinya. Pergerakan lelaki
itu amat lembut sekali. Alahai. Bagaikan seorang putera pakaikan kasut kaca
buat Cinderellanya sahaja.
“Ok done. Now, we’ve to go.”Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan berdiri perlahan. Jemari Triesya ditarik lembut dan menarik
gadis itu agar berdiri.
“Jer,
Burn will be here in minutes. He will
take care of it.” Kata tengku ezkandar Heidi pada Jeremy. Jeremy hanya
tersenyum dan menganggukkan kepala. Pelanggan setia tu. VVIP pula.
********AKU
CINTA KAMU*********
TENGKU EZKANDAR HEIDI menghentikan kereta Ferrarinya di tempat parking yang disediakan dan memandang Triesya di sisi. Ternyata
gadis itu kelihatan tercengang memandang keadaan sekelilingnya. Tengku Ezkandar
Heidi tersenyum dan memegang jemari tangan kanan Triesya lembut.
“Kita
buat apa kat sini?” Soal Triesya hairan pabila Tengku Ezkandar Heidi membawanya
ke sebuah tasik. Tasik? Buat apa? Nak main terjun-terjun ke apa hubby aku ni. Desis hatinya.
“Fishing…” Balas Tengku Ezkandar Heidi
dan mengucup dahi Triesya penuh kasih. Pintu kereta dibuka dan dibawa tubuh
sasanya membuka pintu untuk Triesya.
“Eh.
Stop.” Arah Tengku Ezkandar Heidi dan
menghalang Trieysa dari keluar. Mengerutkan dahi Triesya dibuatnya. Lebih-lebih
lagi pabila Tengku Ezkandar Heidi sekali lagi melutut.
“Sayang…”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan mengangkat wajahnya memandang si kekasih
hati. Treisya membalas pandangan tersebut.
“Ya?”
Balas Triesya penuh debar.
“I’ve something for you…” Balas Tengku
Ezkandar Heidi. Triesya mengusap pipi Tengku Ezkandar Heidi lembut.
“What is it?” Soalnya hairan. Tengku Ezkandar
Heidi tersenyum dan mengambil sebuah kotak
rona putih yang panjang dan nipis dari dalam kocek seluar pendeknya.
Kotak tersebut di buka dan kelihatan angklet
emas putih bertatahkan berlian di situ. Juga ada alphabet huruf E yang dihiasi dengan berlian topaz.

“It’s a topaz. It’s full of love, loyal and
healty. That’s the mean of our relationship baby. I want you to wear this so
wherever you go. I’ll always be your side. These design only one in this world.
I’m design it by my own just for you dear. Will you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
lembut. Triesya mengetap bibirnya. Matanya sudah mulai memerah.
“It’s too too expensive dear. I tak layak
nak memakainya.” Balas Triesya. Apatah lagi Tengku Ezkandar Heidi menyuruhnya
memakai berlian di kaki? Ok serius rasa tak percaya. Tengku Ezkandar Heidi
tersenyum dan menarik jemari Triesya dan mengucupnya lembut.
“You’re more expesive that I’ve syaang….
Please. Will you?” Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengusap pipi
cantik itu. Treisya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Menarik nafas lega
dan senyuman lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.Dengan penuh cermat kaki
kanan Triesya yang tersarung sneakers
di tarik dan di simpan di atas pehanya. Walaupun Triesya menolak. Namun, dia
tetap menengas. Perlahan-lahan angklet
tersebut tersarung cantik di kaki putih Triesya.
“You’re completing my life sayang. Aku Cinta
Kamu Syarifah Bikash Batriesya…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi penuh perasaan.
Dielus lembut angklet yang tersarung
di kaki Triesya. Bibirnya mengukirkan senyuman tika gadis itu mengeluarkan air
matanya.
“Aku.
Cinta. Kamu. Tengku. Ezkandar. Heidi…” Ucap Triesya satu persatu. Sehinggakan
tergamam Tengku Ezkandar Heidi
dibuatnya.
“Wwww..Wwhhaat
baby? Come again?” Soal Tengku
Ezkandar Heidi tergagap. Treisya tersenyum dan memeluk tubuh Tengku Ezkandar Heidi
yang masih berlutut itu.
“Aku.
Cinta. Kamu. Tengku. Ezkandar. Heidi.” Bisiknya satu persatu ke telinga Tengku
Ezkandar Heidi dengan jelas dan manja. Tersenyum lebar Tengku Ezkandar Heidi
dibuatnya. Dijarakkan sedikit tubuh Triesya dan dagu cantik itu di tarik lembut
agar memandangnya. Mata saling membalas pandangan dan hanya mereka tahu apa yang dirasa kini. Sememangnya
IAnya sudah ada di situ. Di antara keduanya.
“Aku
Cinta Kamu Syarifah Bikash Batiresya. Teramat cinta….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi
dan mengucup lembut dahi sang juwitanya. Indahnya dunia pabila si dia
mengucapkan kata cinta dan kasih buatnya. Bagaikan dunia mereka yang punya.
*************AKU
CINTA KAMU************
DENGAN perlahan joran yang kupegang dilontarkan Tengku Ezkandar Heidi ke dalam
tasik. Ok! Serius! Siapa kata dating
dekat tasik dan memancing bersama tak best?
Best apa! Dapat luangkan masa dengan si dia yang ku cinta. Erk! Dah pandai
cinta cintun eh. Takpe. Aku mengaku. Aku cintakan Tengku Ezkandar Heidi. Puas
hati? Haha.
Kakiku
yang tersarung cantik angklet
bertatahkan berlian topaz itu membuatkan aku tersenyum. ‘Wherever you go, I’ll always be your side’. Awwwh~ so sweet isn’t?
“Wear this. Panas ni sayang.” Kata Tengku
Ekzandar Heidi lembut kepadaku dan memakaikan fedora hat rona putihnya kepadaku. Aku tersenyum dan dia membalas.
“Thanks sayang..” Balasku mesra. Dia
tersenyum dan membawa jorannya mendekatiku. Tubuhku dipeluk dari belakang dan
dagunya di sandarkan di bahuku.
“Bosan
tak memancing dengan hubby?” Soal Tengku
Ezkandar Heidi kepadaku. Aku tersenyum dan memandangnya yang kini merenungku.
Kepala digelengkan.
“Taklah.
Seronok adalah.” Balasku jujur. Dia tersenyum.
“Walau
apapun terjadi selepas ni. Percayalah, I’m
doing it for us. And… Please always
believe that I’m really loves you sayang…” Jelasnya padaku dan
penjelasannya itu ternyata membuatkan aku berpaling dan memandangnya.
“Why you saying like that sayang?” Soalku
hairan. Dia tersenyum kecil. Rambutku dibelainya lembut.
“Just promise me. Will you?” Soalnya dan
merenung ke dalam mataku. Aku mengetap bibir dan akhirnya menganggukkan
kepalaku. Tubuhnya aku peluk erat. Kenapa? Kenapa dia berkata seperti itu?
Apakah rintangan yang mendatang sebelum ini akan mendatang sekali lagi?
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
**********************************************
ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~
P/S :: HI PEEPS! How was the story? Sweet? Jerk! Or Bolehlah? Hukhukhuk. I
don’t have that answer. That why I’m asking. Ngehngehngeh~ J
P/S :: SAYA RATU ADRIANA NADINE, ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan bagi ejaan,ayat,
perkataan dan sebagainya bagi ACK BAB 18 ini. Juga maaf jika cerita ini tak best dan agak blur di situ. Selain itu, saya
juga ingin meminta maaf jika sekiranya Bab kali ini agak terover, tak logic dan
terlebih sudehhh~ Hahahah. J MAAFKAN SAYA LADIES. Jangan marah-marah
ukeh! J Oh ya, aku ada soalan ni. Jika e-novel ini dibukukan. Uols rasa
logic dan berbaloi tak????? Cer jawab. Aku nak dengar sekerttt~ Aku Tanya sukasuka
sajer. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun dengan yang mati. Wahh~
tetiba~ haha.
P/S :: Apakah yang akan terjadi
pada hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Adakah hubungan
mereka akan bahagia ataupun akan dilanda badai? Hwaiting for the next chapter
peeps!
P/S :: LADIES, THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE YOUR COMMENT. MUCH APPRECIATED
IT. J FEEL FREE TO COME AGAIN DEAR J OH YA, PLEASE. PLEASE. AND PLEASE DROP YOUR COMMENT YA J
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
TILL THEN,
SINCERELY,

As again waiting for trisha and Qu ez. =) eheh inilah yang terjadi apabila addicted nak baca your blogs eheh again dear nice try u gv ur best shot in this beautiful fantasy stories congratz!!!!! love your work =).best part "Nasi Kandar" ahahah alahi punyalah handsome jadi nasi kandar c qu ez.and second best part bila que ez nak balas flying kiss trisha dah kena caught pulak dengan nenek trisha hahah.alankah bertuahnya jadi trisha.trisha and qu ez bila nak kahwin ne??bila nak berbaik dengan mama marissa dia?? eheh tak sabar nak tau seterusnya. eheh ok dear goodnight esk jangan lupa sambung tau.tq
ReplyDeletehi cik anonymous =)
DeleteThanks dear for dropping by and leave ur comment =)\
weheuuu~ sorry dear tpksa buat ttgu. hehe. much appreciated it.
waahh. thanks coz addicted with my blog :)
thank! thank! thank! hehehe. happy =')
haha. itula pasal. ble pla pg nasi kandar. ngehngeh. haha. gtl sgt. red caught jg akhirnya. haha. brtuahkan. but its just an fantasy ='( huhuhu. hehehe. kita tgu next entry ya =) heheh.
wa!!!! swweett!!!
ReplyDeletebest lar..best lar...
hwaiting ur next en3!!! ^_< ...
hi lylea =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
hehehe. hwaiting for the next entry yarch
amboi, nenek triesya tu bkn main sporting lg tu yg que ez sronok sgt dok main mata dgn triesya.
ReplyDeletebila que ez nak bgtau hal sbnr kat triesya? x sbr nak tgk reaksi triesya bila tau psl hal sbnr tu dan apa akn terjadi pd hbgn diorg berdua?
hi siti =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe tulah. suke sgt dia. hehe. hwaiting for the next entry yach. keep in touch =)
gila best
ReplyDeletehi cik anonymous,
Deletethnaks for dropping by and leave ur comment =)
hehehe
Wahhhh...best..best..best... :)Buatla Que Ez & Triesya hang out dengan Nenda la pla... hehe...Ala nak dibukukan ke? Bagilah habis kat blog...Ratu nak lagi en3 mlm nie..lagi sweet ye...
ReplyDelete-col-
hi col =)
Deletehehe. thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
hahaha. x kot wak. nenda tuwh kerabat yawww~ haha. x men nak hang out ni. kononnya~ hahahha.
in shaa Allah wak. akan dihabiskan di blog hendaknya. =) ukeh wak. hwaiting entry mlm ni ya =) kite bubuh gula banyakbanyak! haahaha
pasti pasal mak mak tiri triesya nie..kalau triesya tau pasti dia sedih :)
ReplyDeletehi cik anonymous =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
heeeeeee..... tetttt! haaha
hwaiting for the next entry wakkkk nyerrr
tak sabar nk tunggu badai apa yg akan melanda percintaan
ReplyDeletemereka berdua. Tapi mcmana pun Ratu biarlah happy ending
ye.... baru puas sepuasnya.
Hi anor :)
Deletethansk for dropping by and leave ur comment =)
hee. sememangnya semua e-novel kite akan berakhir dgn happy ending. hehe. takde yang happy ending. sebab tu blog ni namanya dunia fantasi. hehe. =)
***takde yang sad ending
DeleteOMG...bestnyer date mrk ni...mst hbgan mrk akn di landa badai pasni..TEH akn bgtw atau Trish akn tw sndri tentng hubungan Mummy Trish dgn TEH..then trish x dpt terima knyataan itu..(please2...silalah naluri sya slh tuk kali ini..)
ReplyDeletehi dear =)
Deletelama tak nmpk =) hehe
thanks for dropping by and leave ur comment dear
ishishish~ what can i say, awak bijak sungguh! haha. hint* =)
dear, improve your english lil bit more ok..
ReplyDeletebyk salah grammer..
but, good effort.. :)
HI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
oh ye ke? thanks. akan diperbaikkan selepas ini. much appreciated it dear =) chill~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehehehhe...bijak ka?(hehehe..jd cam rupa2 malu3 kucing)..byk asgment sis tu yg lma x nmpk tu..tambahan plak tengok naruto..hehehe
ReplyDeletehaha. bijaklah tu. that's y jadi budak U. hehe =)
Deleteaduhai. malumalu meow pula. hehe.
cyan awak. gambate neh! hehe =)
haila~ awak ni serupa czn kite. dah bsr panjang tpi minat anime. pmpn pula tu. hee. kite story tntg korean drama. dia story tntg anime dia. blur skejap. hahaha =)
Sorry....saja nak komn on your english spelling and phrasing.......
ReplyDelete- wedding not weeding (weeding tu maksudnya mencabut rumput liar yg tumbuh)
- red caught (tak de dlm kamus) caught red handed is the right phrase.
- defend (membela) depend (bergantung)
- i designed it by myself atau i, on my own designed it
- Actually, where are we going atau where are we heading?
- THESE are your shoes. (for plural this jadi these)
-You COMPLETE my life
OK itu saja buat masa ni....sbb selalu i tgk people buat kesilapan ni, especially eja wedding to weeding
- i really love you (takde am kat situ, and I is a special case so walaupun singular tak yah nak taruk s kat perkataan seperti love etc
-wherever you go i'll always be by your side. So sweet isn't it?
HI Dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
-weeding (slh taip ya)
-red caught ( i know takde dlm kamus and saja buat mcm tu. bhsa harian yg dignakan d dlm bhasa hairan. bhasa yg sya gunakan santai sahaja dear. tak harsh sgt.)
-defend or depend (maybe slh taip time tu)
-T H A N K S
Okay dear, thanks. wedding tu mmg sy salah taip.
T H A N K S atas teguran anda. m much appreciated it. like m said m not gud enough in english or grammar. but m try. mana2 kesalahan maafkan sy. m juz a newbie.
maybe juga yg terlepas pandang,salah taip dan salah. m sorry. akan diperbaiki di masa akan dtg.
apa2 pn sy amat menghargainya. THANKS share ilmu