AKU
CINTA KAMU BAB 26
Should listen this first ='(
“The worst
lies are the lies we tell ourselves. We live in denial of what we do, even what
we think. We do this because we're afraid. We fear we will not find love, and
when we find it we fear we'll lose it. We fear that if we do not have love we
will be unhappy.”
AKU
memandang ke batu nissan
arwah mama yang terukir nama mama di situ. Air mataku jatuh setitik
demi setitik. Aku pernah jatuh. Aku pernah luka. Aku pernah kehilangan. Aku
pernah dikhianati. Namun, tidak ku sangka kejatuhan,kelukaan, kehilangan dan
pengkhianatan yang aku alami kini benar-benar membuatkan aku terasa sakit
sekali….
CINTA.
Ya. Kerana aku cinta. Kerana aku cinta aku menjadi begini. Kerana aku cinta aku
dikhianati dan dibodohkan… Seraya aku sedar.. Aku sedar betapa bodohnya dan
ceteknya aku. Naifnya aku kerana mempercayai cintanya kepadaku….
Aku
mengaku. Aku mengaku aku mencintai dirinya. Buat pertama kalinya aku merasai
perasaan indah ini dan berkasih dengan lelaki yang bernama sang kekasih hati.
Aku jujur. Aku ikhlas. Aku telus. Namun dia?
Benar
apa yang mama pernah katakan pada aku
dulu. Ianya masih tersemat diingatanku kini. Sekarang aku sedar. Kisah
Cinderella dan puteri beradu yang mama
selalu ceritakan kepadaku hanyalah khayalan semata-mata. Yang ada hanyalah
dunia yang kejam!
“Don’t trust too much. Don’t love too much. Don’t hope
too much, because that too much can hurt you so much.”
Tengku
Ezkandar Heidi. Lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta. Lelaki pertama
yang mengajar aku erti cinta sejati.
Lelaki pertama yang mengajarku untuk bercinta dan mengenali apa itu cinta….
Namun…
Kebahagiaan yang aku miliki rupanya hanya lakonan dan sandiwara semata-mata….
Aku pasti saat ini wanita itu berasa gembira dengan kejatuhan yang aku alami
saat ini…
Dan Tengku Ezkandar Heidi? Mungkin bergembira
kerana sandiwaranya selama ini telah berjaya membutakan mataku dan membuatku
jatuh di dalam pelukannya.
“Mama… Kalaulah masa boleh diputarkan
kembali… Trish akan memilih untuk menggantikan mama. Trish lebih rela mati dari menghadapi ini semua sendirian
ma….” Ucapku pada mama dengan mata
yang berkaca.
“He lies to me ma… Dia permainkan
perasaan Trish… I do love him. Tapi
ini yang dia balas pada Trish. Trish tak sangka dia dan perempuan tu berjaya
buat Trish seperti ini… Ma… I need you….”
Luahku pada mama dan membenamkan
wajahku ke kubur mama. Bagaikan mama di situ.
“Trish
bencikan dia. Tetapi Trish cintakan dia…. What
should I do? Macam mana Trish nak buangkan perasaan cinta dan sayang ni
pada dia ma? Perasaan ni begitu kuat. Tetapi perasaan benci dan dendam Trish
buat perempuan tu lebih kuat ma. I’m in
dilemma. I don’t know what I should do. Jika diikutkan hati Trish. Trish
bunuh je perempuan tu. But I can’t! Trish
still waras lagi…. But I’ve my
decision now ma. Trish harap mama restu keputusan Trish ni….” Jelasku pada mama dan berhenti. Tangisan mulai
mengusai diriku kini. Berada di kawasan kubur di dalam keadaan yang sedih
seperti ini membuatkan aku lupa di mana aku kini.
******AKU CINTA KAMU******
TENGKU
EZKANDAR HEIDI tiba di banglo mewah milik Dato Syed Al-Azhar tepat
jam 0345 petang. Sejurus dari office
dia bekejar ke banglo mewah Dato Syed Al-Azhar di atas permintaan lelaki itu. Dengan
keadaan diri yang tidak tenang membuatkan memandu dia memandu ke banglo Dato
Syed Al-Azhar dengan kadar kelajuan yang laju dari kebiasaannya. Hampir saja
dia kemalangan tadi. Nasiblah kepakarannya di dalam skill memandu menyelamatkan dirinya.
“Asalamualaikum
wbt.” Tengku Ezkandar Heidi memberi salam sejurus masuk ke dalam banglo mewah Dato
Syed Al-Azhar. Agak terkejut apabila kedua ibu bapanya turut berada di situ.
“Walaikumsalam
Wbt Que Ez.” Balas Dato Syed Al-Azhar Dan lainnya. Tengku Ezkandar Heidi mendekati
Dato Syed Al-Azhar dan menyalam lelaki itu penuh hormat. Namun belum sempat dia
ingin menyalam. Dato Syed Al-Azhar terus memeluknya. Hiba terasa apabila lelaki
yang dihormati itu menangis di dalam pelukannya. Membuatkan Tengku Ezkandar
Heidi sendiri turut menjatuhkan air matanya. Tan Sri Tengku Haris, Puan Sri
Tengku Melissa dan datin Tengku Merissa yang melihat situasi itu turut merasa
kesedihan keduanya.
“Maafkan
daddy syed Que Ez. Daddy syed tak
tahu yang Trish tak tahu akan hubungan sebenar Que Ez dan mummy Merissa. Semuanya salah daddy
syed sehinggakan Trish pergi membawa diri seperti ini. Daddy syed benar-benar bukan seorang ayah yang baik….” Luah Dato
Syed Al-Azhar. Setelah mendengar penjelasan Puan Sri Tengku Melissa tadi. Dia
benar-benar bertambah merasa bersalah kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi.
Sungguh kejam sekali dirasakan dirinya kerana merosakkan kebahagiaan anaknya
sendiri. Tidak disangka yang Tengku Ezkandar Heidi tidak memaklumkan hubungan
sebenarnya dengan Datin Tengku Merissa kepada Triesya.
“Daddy syed. Tak perlulah rasa bersalah.
Benda dah jadi. Sedikit sebanyak semuanya salah Que Ez juga. Kalaulah Que Ez jujur
dengan dirinya di saat pertama kali Que Ez mendekati Trieysa. Pasti semua ini
tidak akan terjadi dan Triesya akan tetap berada di sisi Que Ez saat ini….”
Balas Tengku Ezkandar Heidi kesal. Bahu Dato Syed Al-Azhar ditepuk lembut.
Bukan salah lelaki itu. Apatah lagi salah mummy
Merissanya. Namun salah dirinya yang tidak jujur pada Triesya. Orang kata di
dalam sesuatu perhubungan haruslah dimulakan dengan kejujuran. Namun Tengku
Ezkandar Heidi salah. Di awal pertemuan dia sudah tidak jujur pada Triesya.
Kesal pun tidak berguna kerana Triesya sudah menghilangkan diri.
“Sudahlah
Syed, Que Ez. Sekarang kita harus fikirkan jalan untuk menyelesaikan hal ni. Mencari
Triesya . Itu yang lebih penting. Dengan keadaan yang tidak tenang seperti ini daddy takut Treisya buat benda yang
tidak baik mengikut perasaan marahnya.” Sampuk Tan Sri Tengku Haris dan menepuk
bahu keduanya. Dato Syed Al-Azhar ditarik dan dibawa duduk ke sofa. Begitu juga
Tengku Ezkandar Heidi. Sempat matanya melihat tangan Tengku Ezkandar Heidi yang
berbalut kembali itu. Kepala digelengkan. Belumpun luka sebelum ini ditangannya
baik. Kini, kembali luka. Orang muda. Pabila marah selalu melempiaskan marah
mereka pada benda dan diri. Pada akhirnya nanti mereka juga mendapat sakitnya.
“Que
Ez tahu tak di mana tempat Triesya selalu pergi?” Soal Puan Sri Tengku Melissa
risau. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan memandang mummynya.
“Maksud
mummy?” Soalnya hairan.
“Maksud
mummy. Tempat yang selalu trish akan
pergi pabila dia ada masalah…” Jelas Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku
Ezkandar Heidi. Orang yang tengah bingung. Pasti tidak dapat berfikir dengan
baik saat ini. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Cuba untuk berfikir.
“I sukakan laut…”
Terngiang-ngiang
kata-kata Triesya sewaktu percutian mereka dahulu. Ya! Gadis itu sukakan laut. Ketika
Triesya membawa diri sewaktu hari ibu yang lalu juga gadis itu pergi ke pantai…
“Eh.
Que Ez! Nak ke mana tu?” Soal Puan Sri Tengku Melissa apabila Tengku Ezkandar
Heidi berdiri dan berlalu pergi tanpa pamitan. Kepala digelengkan. Beginilah
gayanya orang hilang bini.
“Let him be. He knows what he doing.”
Balas Tan Sri Tengku Haris.
******AKU CINTA KAMU******
AKU
mengerutkan dahiku
pabila terasa bahuku disentuh dan digoyang lembut. Mata yang tadinya lembab
kerana menangis menyukarkan aku untuk membukanya terus. Terasa sedikit pedas
apabila membukanya. Aku kembali menutup mataku dan sekali lagi bahuku disentuh.
“Anak?
Bangun nak.” Panggil suara lembut kepadaku. Aku mengerutkan dahi dan kembali
berusaha untuk membukakan mataku. Dengan
sekuat hati aku cuba membuka mata dan akhirnya aku berjaya.
“Alhamdulilah.
Dah bangun akhirnya.” Sekali lagi suara tadi menyapa cuping telingaku. Aku
angkat kepalaku yang aku sandarkan di kubur mama
dan menoleh ke sisi. Kelihatan seorang perempuan yang sedikit berumur yang
lengkap memakai jubbah berona putih dan tudung rona senada. Spontan mataku
dibuka luas dan memandang ke sekeliling. Aku masih berada di kawasan
perkuburan. Tetapi wanita ini siapa? Adakah permintaanku untuk mengikut jejak mama dimakbulkan?
“A…
Aww. Awwwwak ni siapa?” Soalku gugup dan menjauhkan diriku sedikit memandangnya
yang tersenyum memandangku. Di tangannya ada sebuah jag putih dan yassin.
“Jangan
takut. Ummi bukan hantu. Ummi manusia.” Jelasnya padaku dan tersenyum. Aku
terdiam dan memandang kakinya. Ya. Memang ada kakinya. Ternyata dia memang
manusia. Huh. Betapa malunya aku berkelakuan seperti itu. Aku cuba untuk
berdiri di atas bantuan wanita yang mengelarkan dirinya ummi tadi.
“Maafkan
saya puan. Saya ingat saya dah…”
“Anak
ingat anak dah meninggal dunia? Begitu?” Soalnya padaku dan memotong
kata-kataku. Dengan lambat aku menganggukkan kepalaku. Dia tersneyum.
“Ummi
pasti anak ada masalah bukan? Jika tidak kenapa berfikir sehingga begitu
sekali.” Balasnya padaku. Aku mendiamkan
diri dan menundukkan wajahku. Mataku berkaca kembali pabila teringatkan
tujuanku ke mari.
“Tak
apalah kalau anak tak nak kongsikan pada ummi. Tetapi, sekarang dah nak masuk
waktu maghrib. Tak manis rasanya anak duduk dan tidur di sini.” Balasnya padaku
dan tersenyum. Aku mengankat wajahku. Kubur mama
dipandang. Aku tertidur di kubur mama?
“Anak
tak nak balik?” Soal wanita tadi kepadaku. Aku memandangnya dan mengelengkan
kepalaku. Dia tersenyum.
“Saya
tak tahu nak pergi ke mana….” Jujurku padanya. Aku sendiri tidak pasti mana
arah tujuku saat ini. Yang pasti aku tidak akan balik ke rumah kernaa aku pasti
Tengku Ezkandar Heidi dan lainnya akan mencariku.
“Jika
anak tak kisah. Marilah singgah tidur di rumah ummi. Jangan risau. Ummi tak
jahat. Ummi berniat baik.” Ajak wanita tadi kepadaku. Aku terdiam dan
memandangnya.
“Tak
menyusahkan pua… Err. Ummi ke?” Soalku gugup padanya. Dia tersenyum dan
gelengkan kepalanya. Jemariku dicapai dan dipegang.
“Tak
menyusahkan ummi pun. Ummi lagi suka. Jomlah. Lagipun dah nak masuk waktu ni. Marilah
kita.” Balasnya. Aku tersenyum kelat dan memandang kubur mama. Kubur mama didekati
dan batu nissan mama dikucup.
“Trish
pergi dulu ma… Nanti Trish datang lawat mama lagi.” Bisikku perlahan.
*******AKU CINTA KAMU******
TENGKU
EZKANDAR HEIDI menendang kuat tayar Ferrarinya. Necktienya dibuka . Terasa rimas. Begitu
juga dengan butang baju kemeja long
sleevenya. Dua butang di atas sekali dibuka.
“Arghh!!!!!”
Jeritnya dan membuang necktie
tersebut ke atas jalan raya. Terasa ingin teriak ke seluruh alam bahawa dia
butuhkan Triesya. Mahu Triesya berada di sisinya saat ini dan memeluk gadis
itu. Kenapa hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia buatnya menjadi hari
yang paling teruk sekali di dalam hidupnya?
Tubuh
di bawa masuk ke dalam kereta dan dashboard
kereta dibuka. Diambil sekotak rokok dan pemetik api. Dibawa keluar dan
tubuhnya di dudukkan di atas bonet keretanya. Kotak rokok dibuka dan rokok
diambil. Dibakar dan hisap. Nafas dihelakan. Sudah lama dia tidak menyentuh
rokok dan semuanya kerana Triesya. Dia berhenti demi Triesya. Namun, pada hari
ini dia benar-benar tidak dapat menghalang dirinya dari menghisap rokok
tersebut. Hanya itu menenagkan dirinya saat ini. Rokok? Kira okay. Dari dia
meminum arak. Lebih teruk hidupnya.
Nafas
berat dihelakan. Triesya tiada di rumahnya. Triesya tiada di kubur mamanya. Apatah lagi di pantai. Entah
apa yang harus dilakukan olehnya lagi untuk mencari si kekasih hati. Dia rindu.
Teramat rindu. Dia cinta. Teramat cinta. Dia sayang. Teramat sayang…. Namun kenapa
Triesya sukar melihat perasaannya itu? Kenapa Triesya berfikir sebelum bertanya
padanya. Tiada niat sekecil zahrah sekalipun Tengku Ezkandar Heidi ingin
mempermainkan Triesya. Niat asalnya ingin mendapatkan Triesya dengan cara yang
ekstrem memang diakui agak melampau. Tetapi dia ikhlas ingin memilik gadis itu.
Bukan hanya kerana suka-suka sahaja. baginya, Sekali cinta dia akan cinta. Tidak
akan sesekali mengkhianti perasaan itu.
“I terlalu cintakan you sayang….. Terlalu…” Bisiknya perlahan dan memandang langit yang
sudah bertukar ke rona oren menandakan senja akan berganti.
“Please come back to me… I janji. I janji lepas ni I takkan tipu you lagi.. I akan jujur dengan hbungan kita. There are no more lies on our relationship after this… Please….”
Sambung Tengku Ezkandar Heidi. Terbayang-bayang wajah Triesya sedang tersenyum
manis di langit padanya.
*****AKU CINTA KAMU********
AKU
keluar dari bilik
dengan lengkap memakai baju t-shirt
putih kepunyaan anak lelaki ummi dan kain batik. Jujur aku tidak pernah janggal
kerana di rumah nenek aku selalu berpakaian seperti ini. Cuma, agak tidak
selesa pabila aku terpaksa memakai baju anak lelaki ummi. Terasa segan. Tak
sangka yang ummi merupakan seorang datin dan balu. Suaminya meninggal 3 tahun
lalu kerana sakit kanser. Kasihan sekali. Nasib ummi sama sepertiku. Namun
bezanya mama pergi kerana kemalangan.
“Ok
tak?” Soal ummi sejurus melihatku. Aku tersenyum kecil dan anggukkan kepalaku.
Ternyata ummi memang baik orangnya. Sungguh sopan sekali pabila dia bertutur.
Mengingatkan aku pada Mama….
“Ini
telekung ummi. Rasanya muat dengan Bikash.” Balas ummi dan memberikan telekung
kepadaku. Aku menyambut.
“Terima
kasih ummi.” Balasku perlahan. Ummi tersenyum dan mengusap lembut pipiku.
“Sama-sama
kasih. Dah jom solat berjemaah. Mikail dah tunggu tu.” Ajak ummi kepadaku dan
menarikku ke dalam sebuah bilik yang ditempatkan khas untuk bilik solat. Aku
hanya menurut dan di saat kami tiba di bilik solat. Ada seorang lelaki di situ
yang lengkap memakai baju melayu rona biru dan kain pelikat serta bersongkok. Dia
berdiri membelakangkan aku.
“Mikail.
Kenalkan. Bikash.” Ummi perkenalkan aku pada anak lelakinya. Sejurus dia
berpaling aku terdiam. Begitu juga dengan lelaki tadi.
“Trish?
Syarifah Bikash Batriesya?” Soal Mikail kepadaku dan tersenyum. Aku tersenyum
kecil dan anggukkan kepala.
“Abang
Mike?” Soalku padanya dan dia anggukkan kepalanya.
“Astagfirullah’alazim. Trish? Abang Mike tak
sangka yang kita akan berjumpa di sini.” Balas Abang Mike kepadaku. Aku
tersenyum.
“Trish
pun tak sangka jumpa dengan Abang Mike di sini.” Balasku.
“Eh.
Eh. Kamu berdua dah kenal ke?” Soal ummi hairan kepadaku dan Abang Mikail.
“Ummi.
Sebenarnya Bikash yang ummi katakan nilah adik angkat Mikail yang Mikail pernah
ceritakan pada ummi dulu.” Jelas Abang Mikail kepada ummi. Ummi tersenyum dan
memelukku.
“Tak
sangka ummi akhirnya dapat berjumpa dengan Bikash di sini. Mikail selalu cerita
tentang Bikash dulu. Bikash itulah. Bikash
inilah.” Jelas ummi. Aku tersenyum. Sebegitu sekali Abang Mikail ceritakan
pasal aku kepada ummi? Abang Mikail? Dia adalah abang angkatku ketika beljar di
university dulu. Kami agak rapat dan
semakin lama Abang Mikail mengambilku sebagai adik angkatnya. Dia yang mengjagaku
dulu sewaktu di university.
“Abang
cerita benda yang tak baik tentang Trish ke?” Soalku pada Abang Mikail. Abang Mikail
tergelak.
“Takdelah.
Adik abangkan baik. Mestilah abang cerita yang baik-baik saja. Betul tak ummi?”
Soal Abang Mikail pada ummi dan mengenyitkan matanya pada ummi. Tergelak ummi
dibuatnya.
“Betullah
tu. Eh. Dah. Dah. Kita solat dlu ya. Baru kita buat jejak kasih.” Balas ummi
dan tergelak. Kami juga turut tergelak. Abang Mikail mengambil tempat di
hadapan kami sebagai imam. Aku memakai telekung dengan bantuan ummi. Setelah Abang
Mikail mengalunkan azan. Barulah solat dimulakan.
Sepanjang
solat, entah kenapa. Hatiku merasa tenang dan hiba. Tenang kerana aku dekatkan
diriku pada-NYA setelah melalui pelbagai macam masalah yang ku hadapi pada hari
ini. Hiba. Kerana sudah lama aku tidak solat berjemaah seperti ini. Terasa ulang
tayang kembali bagaimana aku,mama dan
papa solat berjemaah dulu.
“Sabarlah. Setiap ujian yang datang
pasti ada hikmah disebaliknya sayang…” Bisik ummi kepadaku sewaktu usai solat. Aku
memandang ummi denagn mata yang berkaca. Terbayang-bayang wajah mama sedang tersenyum memandangku. Pipiku
diusap olehnya dan air mataku dilap olehnya. Semakin deras air mataku mengalir
dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila ummi menarikku ke dalam pelukannya. Tersalur
kasih sayang ibunya di situ. Kasih sayang ibu yang selama ini sudah lama aku
tidak rasai….
******AKU CINTA
KAMU*******
SESAMPAI sahaja di rumah, Tengku Ezkandar
Heidi masuk ke bilik tanpa memperdulikan mummynya yang berada di ruang tamu
ketika itu. Dia menguncikan pintu bilik dan melepaskan marahnya dengan membuang
semua benda yang berada di dalam bilik itu. Lampu tidur Kristal yang berada di
dalam biliknya hancur berderai.
Puan
Sri Tengku Melissa, yang mendengar bunyi kaca berderai itu lantas mengetuk
pintu bilik Tengku Ezkandar Heidi. Banyak kali diketuk namun Tengku Ezkandar
Heidi tetap tidak membuka pintu biliknya. Malahan masih galak melepaskan
marahnya dan menjerit bagaikan orang gila.
Melihat Tengku Ezkandar Heidi yang
tidak membuka pintu biliknya. Puan Sri tengku Melissa meminta pembantu rumahnya
membawa kunci pendua bilik Tengku Ezkandar Heidi dan membukanya. Alangkah
terkejutnya Puan Sri Tengku Melissa melihat keadaan bilik Tengku Ezkandar Heidi
yang bagaikan kapal pecah itu. Malah banyak kaca di lantai berderai.
Puan Sri Tengku Melissa memasang
lampu bilik Tengku Ezkandar Heidi yang kelihatan suram. Puan Sri Tengku Melissa
melihat Tengku Ezkandar Heidi duduk dipenjuru katilnya dengan memegang gambar Triesya.
Puan Sri Tengku Melissa tahu Tengku Ezkandar Heidi amat mencintai Triesya. Tengku
Ezkandar Heidi sanggup membuat apa sahaja demi Triesya. Cintanya pada Triesya melebihi
segalanya.
Menitis air mata Puan Sri Tengku Melissa
melihat anak terunanya bagaikan hilang arah dan melihat air mata pemudanya itu
membuatnya sayu. Begitu dalam cinta Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya.
“Que Ez, kenapa sayang? Apa yang dah berlaku ni? Kenapa Que Ez macam ni sayang?”
Soal Puan Sri Tengku Melissa lembut. Tidak ingin menambah lagi kesakitan
anaknya itu.
“Mummy..
I really love Triesya. Seharian Que
Ez mencari Triesya. But I still can’t
find her. Que Ez gagal menjaga Triesya mummy!
Mummy…. Please... I need her be my side.
Please mummy. I beg you!” Luah Tengku Ezkandar Heidi dengan air mata yang
berlinangan.
“Que
Ez don't be like this honey. Remember Allah Swt.” Pujuk Puan Sri Tengku
Melissa dan memeluk erat tubuh Tengku Ezkandar Heidi yang lemah itu. Tengku
Ezkandar Heidi seorang pemuda yang tampan, kaya, berkejaya, dan mendapat setiap
apa yang diingini dengan hanya memetik jari sejak kecil sehingga kini. Tetapi
kini, dia lemah dipangkuan mummynya
kerana seorang gadis bernama Syarifah Bikash Batriesya…
Trust is like a piece of paper, once it's crumbled up it can never be in its original shape….
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
******************************************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~
HI ladies!
How was the story? I hope
its okay and you’ll be satisfied with it…. I hope so J did you? Hehehehe.
Saya
Ratu Adriana Nadine ingin meminta maaf sekiranya ACK BAB 26 ini
tidak menepati piawaian citarasa anda. Juga maafkan saya jika ada kesalahan
bagi ejaan, perkataan dan ayat. Selain itu maafkan saya jika ianya terover,
terlebih dan ter sebagainya lagi. I’m sorry
ladies. I’m just me. The horrible Ratu Adriana Nadine.
Apakah
yang akan berlaku kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Adakah Triesya
akan kembali pada Tengku Ezkandar Heidi dan memaafkannya? Hurm. Siapa pula Mikail?
Adakah dia akan menganggu hubungan Treisya dan Tengku Ezkandar Heidi nanti??????
Hwaiting for the next entry babe! Chill~
Thanks for those yang sudi dropping by here and leave ur comment dear
J saya amat
menghargainya…. Trust me! oh ya, please. Please
and please kalau awak dah baca
silalah tinggalkan comment ya. Love u!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
Till then,
Sincerely,

huwaaaa!!! cian nyer kat que ez.... en3 niey TERBAIKKK n menepati piawai dan citarasa lylea...
ReplyDeletebest..best..best!!!!!!!
but.... pendek la.... muahahah!!!
lagu yiruma kt ats tue WOW!! best la ..
hwaiting!!!!... x sabar nk thu ap jdi nnti!!!
^______^
btw.... citer niey ade bpew bab eh??? muahahaha!!!
Delete*tetibe rase nak tnyer plak*...
^______^ ...
HI lylea =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe awwhhh~ thanks sygs!saya suka awak suka. haha
ack ada dlm 30lbh bab. itupun kalau x ada penambahan hehehe
u r wc!!!!!
Delete^___< ...
salam.eheheh bonne nuit!!! yahooo tq darling.que ez don't cry hubby i know trisya will come back to you =( apasal eden yang nak nangis.eheh.trisya oii janganlah marah sangat tak kesian ker kat hubby dia =).siapa pulak mikail ne janganlah trisya terjatuh cinta kat mikail kesian kat qu ez...sob sob sob.kalau tissue tissue...ehehe.dear u such a good writer but please improve your english there is a lot of error in your writing especially the past and present.=) jangan marah yer wak.peace.anyway suka kerja wak!!!! eheheh tak sabo den nak baco lagi.i was sleepy but i can't help to read it first eheh mesti nak tahu apa yang terjadi kat trisya ehehe,wak nak tanya the ending sampai nombor berapa yer??eden nak baco sampai ending.tapi takut tak sompat sbb kena fly soon.=( eheh anyway tengku ez and trisya i lop u guysss!!!!!
ReplyDeleteHI dear =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe uwc dear =)
hehehe ehkau peling tu! hahaha. =P nah tisu! haha
ouh thanks dear di atas teguran. will improve it.
oh my, thanks dear sudi tgu =)
the ending will be at chapter 39 =)
nk fly ke mana wak? in shaa allah. akan smpat. hehe.
sedihhhnye
ReplyDeletecian kat que ez ngn triesya
HI miss anony =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
sdh ke wak? cyan awak. nah tisu! =) hehe
Tak nak lah triesya berpisah dengan que es :'(
ReplyDeleteHI miss anony =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
kite pun xnak ='(
ratu nk n3 baru
ReplyDeleteplezzz...sob3 (T_T)
x sabar nk tngok tndakan tresya seterusnya
HI miss anony
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hwaiting yer dear =)
best nye dear..tp tba2 cain plak dgn TEH..heheheh
ReplyDeleteHI dear =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe cian kan dia. =')
- Let him be. He knows what he is doing.
ReplyDelete- There are no more lies IN our relationship......
HI DEAR
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment
T H A N K S