AKU CINTA KAMU BAB 30
AKU melepaskan nafas
berat dan memandang ke sekeliling airport.
Sekali lagi aku kembali ke sini. Namun, bezanya aku kembali bersama grandpa dan granny. Setelah puas dipaksa aku akhirnya akur dan mengikut mereka
balik ke sini. Jika tidak memikirkan esok hari adalah hari ulang tahun kematian
arwah mama pasti aku tidak akan
beralah. Grandpa dan granny pula buat pertama kalinya balik
ke sini semula sempena majlis tahlil buat arwah mama. Selama ini, mereka tidak akan balik dan hanya membuat majlis
tahlil di Canada sahaja. Pastinya kerana Grandpa
yang masih berjauh hati dengan papa.
Namun, kali ini berbeza. Tambahan pula, keduanya sudah lama tidak melawat kubur
arwah mama. Pasti keduanya rindu.
“Kash? Let’s go dear.” Bisik granny
kepadaku dan menarik lenganku lembut agar mengikutnya mendekati papa dan auntie Merissa yang sedang tersenyum menyambut kedatangan kami.
Pasti grandpa yang memaklumkan pada papa akan kepulangan kami.
“Asalamualaikum
wbt daddy, mummy, sayang…” Sapa papa
kepada kami bertiga dan tersenyum manis. Begitu juga dengan auntie Merissa. Tangan grandpa disalam dan mereka saling
berpelukan. Aku memandang ke arah lain pabila papa memandangku. Pastinya dia menunggu aku untuk menyalamnya.
“Kash…” Tegur grandpa kepadaku dengan meleretkan suaranya. Aku mengeluh. Grandpa
tegas betul. Seminggu aku di Canada. Seminggu jugalah telingaku dicuci olehnya.
Hampeh! Granny kata perangai kami
berdua sama sahaja. Tetapi grandpa
orangnya lebih lembut hati sedikit berbandingku. Tangan papa yang dihulurkan olehnya aku sambut dan menyalam dengan lagak
mahu tidak sahaja. Pabila papa cuba
untuk mencium dahiku, aku pula sengaja melarikan wajahku darinya. Membuatkan papa termalu sendiri.
“Kash… Please behave yourself baby…” Tegur grandpa sekali lagi dan mengelengkan kepalanya. Aku mendencit dan
memandang ke arah lain. Kedengaran suara papa
mengeluh.
“It’s
okay dad.” Balas papa dengan nada
suara perlahan.
“I’m
sorry Zar.” Balas granny pula.
Aku hanya mengetap bibir. Apa perlunya meminta maaf pada papa.
“Kash. Salam your auntie Merissa..” Tegur granny.
Aku mengeluh dan memandang granny
dengan pandangan penuh makna. Granny
membesarkan matanya tanda menyuruhku menyalam tangan wanita itu.
“Kash…” Tegur grandpa lagi. Aku mengeluh dan menyalam tangan wanita itu. Seperti papa. Aku menjauhkan diriku pabila dia
ingin mencium pipiku dan memeluk. Terdiam auntie
Merissa dengan penerimaanku.
“Kash…..” Tegur granny padaku dan aku memeluk tubuh. Memalingkan wajahku ke arah
lain dan mataku terhenti pada susuk tubuh Ben yang sedang berdiri tidak jauh
dari kami dan melambai-lambaikan tangannya kepadaku. Spontan aku mengukirkan
senyuman.
“I’ve
to go. See you later grandpa, granny.” Kataku kepada keduanya dan menyalam
dan mencium pipi mereka.
“Hei! Nak ke mana?” Soal grandpa kalut dan menarik tanganku dekat
dengannya.
“Nak balik dengan Ben. There he is. Rindu dengan Ben.” Jelasku
dan menunjukkan Ben pada mereka. Ben tersenyum dan melambai-lambaikan
tangannya.
“Okay.
But remember, malam ni tidur di rumah your
dad. Grandpa tunggu di sana. Ingat Kash apa yang grandpa kata.” Amaran grandpa
kepadaku. Aku mengembungkan pipi. Spoil
betul grandpa ni.
“Ya. Ya. I know.” Balasku dan mencium pipinya sebelum berlalu pergi.
******AKU CINTA
KAMU*****
DATO SYED AL-AZHAR yang melihat
tubuh anak dara yang dirinduinya itu melangkah mendekati Ben dipandang dengan
pandangan sayu. Terasa rindu dengan anak
gadisnya itu. Dia tahu di sebalik senyuman Triesya pada Tn Hj Syed Badri ada
kesedihan dan keperitan di dalam hidupnya.
“Sabarlah Zar. Berdoalah supaya
dilembutkan hatinya.” Kata Tn Hj Syed Badri dan menepuk bahu menantunya itu. Dato
Syed Al-Azhar tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya.
“In
Shaa Allah dad.” Balasnya dan tersenyum.
“Jomlah berangkat. Merissa dah
sediakan makanan tengah hari kita.” Sampuk Datin Tengku Merissa pula. Tn Hj Syed
Badri dan Pn Hjh Cathleen tersenyum dan anggukkan kepala mereka. Ternyata
isteri baru Dato Syed Al-Azhar memang baik orangnya. Di saat pertama kali Dato
Syed Al-Azhar memperkenalkan isterinya itu kepada mereka berdua. Ternyata
wanita itu peramah dan baik orangnya. Mereka mengenali Datin Tengku Merissa
kerana wanita itu teman baik kepada Syarifah Balqis.
“Baik sangatlah tu. Daddy pun dah lapar ni.” Balas Tn Hj
Syed Badri dan mengusap-usap perutnya sehinggakan mereka berempat tergelak.
Perjalanan jauh mereka dari Canada balik ke negaranya sendiri menaiki private jet nya memenatkan dirinya.
*****AKU CINTA KAMU****
BEN sejak tadi
menjeling Triesya di sisi. Baru sahaja tadi gadis itu tersenyum ceria. Namun,
kini sudah muram kembali dan berkhayal. Kepala digelengkan. Entah apa nak jadi
dengan Triesya. Si tengku dengan gayanya begitu. Si Triesya dengan gayanya
begini pula. Kepala digelengkan.
“How
was canada?” Soal Ben. Triesya menoleh memandangnya di sisi.
“Not
bad. Kuda aku si blacky dah ada
anak.” Balas Triesya dan tersenyum kecil pabila teringatkan kuda yang diberi
nama blacky itu. Dihadiahkan oleh Tn
Hj Syed Badri ketika dia berumur 17 tahun. Kiranya green light kepada dia untuk menunggang kudalah kononnya. Kerana
dahulu dia hanya mampu melihat Syed Hadriey dan Syed Haider menunggang kuda dan
dia hanya duduk di tepi sahaja.
“Wow. It was great! So puan dia ni bila nak ada anak? Eh. Sorry babe.” Sakat Ben kepada Triesya namun
pabila menyedari keterlanjurannya cepat-cepat dia meminta maaf. Terlupa yang Trieysa
sedang berkabung saat ini. Triesya hanya tersenyum kelat dan kembali memandang
ke depan.
“It’s
okay Ben…” Balasnya pendek. Ben mengaru kepalanya.
“Kau okay ke babe? Aku minta maaf. Kalau aku buat
kau terasa.” Soal Ben serba salah. Triesya menoleh memandang ben di sisi dan
memberikan senyuman kelat buat Ben. Kepalanya digelengkan.
“I’m
okay babe. Don’t worry. Hurm.. Apa khabar dengan Bobo?” Soal Trieysa. Ben
mengetap bibirnya.
“Err. Macam mana eh nak explain..” Jawab Ben gugup. Stering
kereta diketuk-ketuk menutup resahnya. Triesya mengerutkan dahinya.
“Kenapa babe? Ada apa-apa yang buruk ke terjadi dengan Bobo?” Soal Triesya cemas.
“Eh. Eh. Bukan! Bukan! Kau janganlah
salah faham. Bukan macam tu.” Sangkal Ben pantas.
“Dah tu?”
“Errr. Kalau aku bagi tahu kat kau.
Kau jangan marah eh?”Soal Ben takut-takut. Triesya mengerutkan dahinya.
“Apa maksud kau ni Ben? Cakap
jelah!” Balas Triesya geram. Ben bagaikan ingin bermain tarik tali dengan
dirinya. Ben tersengih.
“Err. Sebenarnya dalam beberapa hari
ni, Bobo… Err… Bobo…” Jawab Ben tergagap. Triesya mendengus.
“Bobo kenapa Ben?!!” Sergah Triesya geram.
“Bobo dijaga oleh Tengku Ezkandar
Heidi! Hah! Fuh! Lega! Erk!” Latah Ben dan mengigit jarinya di saat wajah Triesya
mulai berubah.
“What?!!!”
Jerit Triesya terkejut. Emergency break
Ben dibuatnya. Nasiblah juga tiada kereta di belakang mereka. Jika tidak memang
naya!
“Aduhai! Babe! Janganlah jerit! Sakit tahu telinga aku!” Rungut Ben dan
mengosok-gosok telinganya. Triesya mendengus.
“Kenapa tengku yang jagakan Bobo?
Kau apa kes?” Soal Triesya. Ben tersengih dan mengaru kepalanya.
“Aku jagalah… Tetapi sejak-sejak kau
takde ni si Bobo tu meragamlah babe.
Asyik nak berkurung dalam bilik kau aje. Aku bagi makan tak nak. Pernah sehari
tu tangan aku ni jadi mangsa kuku dia yang tajam tu tahu. Nasiblah ada tengku.
Tengku datang dan tenangkan Bobo. Gatal juga kucing kau tu. Nak juga daddy dia yang pujukkan.” Jelas ben.
Trieysa terasa resah pabila mendengar cerita Ben.
“So
apa reaction Bobo bila daddy dia pujuk?” Soal Triesya. Ben
tersengih. Nak juga Triesya mengambil tahu akan keadaan daddy si Bobo tu. Kata benci. Ceh!
“Apa lagi? Kata daddy dia. Sukalah dia. bila tengku bagi dia makan. Dia ikut je. Cikabeng
betul kucing kau tu! Nasib cute!
Kalau tak memang aku hantarkan ke pusat penjagaan kucing! Erk! Ada ke?” Balas
Ben dan berfikir sendiri. Triesya mengelengkan kepalanya. Ben. Adakalahnya otak
si Ben ni ada putus wayarnya juga.
“So
tengku kata apa dekat kau?” Soal Triesya penuh minat dan memandang Ben yang
kembali memandu itu. Kereta mulai bergerak kembali. Ben menoleh memandang Triesya
di sisi dan kembali memandang ke depan kembali.
“Tengku kata dia nak jaga Bobo sementara
mummy Bobo takde kat sini. Dia takut
nanti kau marahkan dia pula kalau-kalau ada apa-apa terjadi pada Bobo. Tapi aku
tahu, dia sebenarnya nak melepaskan rindu pada kau. Bobolah tempat dia lepaskan
rindu. Cara dia berbual dengan Bobo bagaikan anak beranak betul je. Kau tahu
tak? Perfumed kegemaran kau tu. Alarh.
Yang Gucci tu. Tengku ambil hari tu. Katanya nak buat lepaskan rindu. Aduhai.
Kasihan tau aku tengok dia. Kalau aku ni kau. Mahu je aku peluk si tengku tu
saat tu juga. Nampak blur je dia.” Jelas Ben panjang lebar dan ternyata setiap
butir bicara yang keluar dari bibir Ben itu membuatkan Triesya tersentuh dan
terharu. Jujur. Dia juga rindukan lelaki itu….
“Kasihannya dia…” Luah Triesya tanpa
sedar. Ben menoleh memandang Triesya di sisi dan kerutkan dahi.
“Kasihan? Dah tahu kasihan.
Datanglah jumpa dia. Pujuk dia. Kembali pada dia. I’m sure dia akan terima kau kembali babe.” Jelas Ben. Triesya terdiam.
“Mahu ke dia?” Soal Triesya. Ben
tersenyum.
“Babe.
Tengku Ezkandar Heidi tu teramat cintakan kau. Kau tahu tak sehingga sekarang
ni dia masih tunggu kau. Kalau kau nak tahu, selepas je kau tinggalkan dia tu. Satu
kereta lumba dia bakar bagi melepaskan marah dia.” Jelas Ben. Triesya terkejut.
“Kau kata apa tadi? Kereta lumba? Bakar?
But why?”Soal Triesya hairan. Tak
sangka sebegitu sekali Tengku Ezkandar Heidi melempiaskan marahnya.
“Sebab kau tinggalkan dialah babe. That’s why dia lepaskan kemarahan
dia sebegitu sekali. Que Sha kata sekarang ni dia benar-benar dah berubah. Kalau
tak ke office pasti dia akan
berkurung di dalam bilik.” Jelas Ben. Triesya gelengkan kepalanya. Tidak
menyangka sebegitu sekali keadaan lelaki itu.
“Entahlah Ben. Aku sendiri tak faham
dengan diri aku…” Balas Triesya perlahan. Ben mengeluh.
“Babe.
Aku tahu kau cintakan dia juga. Kalau tak, takkan angklet tu kau masih pakaikan?” Soal Ben dan menjeling kaki Triesya
yang terdapat Angklet pemberian Tengku
Ezkandar Heidi itu. Triesya turut menjeling kakinya dan mengeluh.
“Buanglah ego kau tu babe. Sekarang ni kebahagiaan kau lebih
penting…” Sambung Ben dan gelengkan kepalanya. Triesya mengetap bibir.
“Entahlah Ben. Sakit kepala ni
fikir. Hurm. Dahlah. Kita lupakan. Now,
aku nak kau ambil kembali Bobo dari Tengku. Tapi jangan maklumkan pada dia yang
aku dah balik. Fullstop!” Balas
Triesya dan menyandarkan tubuhnya dan berpeluk tubuh. Matanya ditutup. Patut ke
dia ikut apa yang Ben katakan? Haruskah dia melupakan semuanya dan memilih
untuk bersama dengan Tengku Ezkandar Heidi? Dapatkah dia memaafkan papanya dan berbaik dengan wanita itu? Semuanya
benar-benar membuatkan dirinya bingung.
“Aduh! Mampus!” Bisik Ben perlahan
dan mengetuk dahinya. Tak tahu bagaimana caranya nak mengambil Bobo kembali
dari Tengku Ezkandar Heidi. Pastilah banyak tanya dari lelaki itu. Triesya yang
sedang memejamkan matanya di jeling. Dia sendiri sudah tidak memahami gadis
itu. Orangnya sukar diduga. Dia sayang. Dia cinta. Tapi tetap membuat Tengku
Ezkandar Heidi macam tu. Susah sangat ke nak memaafkan? Desis hati Ben.
*****AKU CINTA KAMU******
AKU menapak masuk ke
dalam rumah papa tanpa berpaling
memandang mereka semua yang sedang berada di living room saat ini. Tubuhku yang
penat kerana membersihakn kondoku bersama Ben tadi ku bawa naik ke tingkat
atas. Saat ini aku amatlah perlukan rehat. Lelah sekali kurasakan. Tiada mood
untuk menghadap muka papa dan wanita
itu.
“Sayang? Dah makan?” Kedengaran suara
papa memanggilku di hujung tangga.
Aku yang sudah berada di tingkat atas menoleh memandangnya di bawah yang
tersenyum memandangku. Aku mengeluh dan gelengkan kepala. Tubuhku kembali
melangkah ingin masuk ke dalam bilik.
“Nanti turun ya. Kita minum malam
bersama.” Jerit papa sedikit kuat
agar aku mendengarnya. Aku hanya menutup telingaku dan membuka pintu bilik.
Lampu bilik dan aircond di pasang.
Keadaan bilikku yang kemas dan tanpa debu itu membuatkan aku mengeluh. Aku
tahu. Pasti wnaita itu yang membersihkan bilik ini. Kenapa dia begitu baik
padaku? Ikhlaskah dia ataupun sekadar ingin berlakon? Handbag ku simpan di atas meja solek dan luggage ku yang tersimpan kemas di sisi katil ku buka. Aku pasti papa yang menyimpannya di situ. Segala
baju milikku aku keluarkan dan menyimpannya di dalam almari. Gown tidur ku
ambil dan membawanya masuk ke dalam bilik air. Namun langkahan kakiku terhenti
di saat mataku terpaku pada handbagku.
Bibir diketap dan tubuhku kembali di bawa mendekati meja solek. Handbag diambil dan Iphone yang sudah
lama menyepi aku keluarkan.
Tubuhku aku dudukan di atas katil
dan menyimpan gown tidurku di sisi.
Bibir diketap. Patut ke aku on kan Iphone
ni? Dengan lafaz bismillah tanganku
menghidupkan Iphone tersebut. Terpampang gambarku dengan si dia di situ. Gambar
yang diambil ketika aku menemaninya menonton wayang di saat dia merajuk padaku.
Mahu tak mahu aku ikutkan sahaja pabila dia denagn selambanya mengambil gambarku
dan dirinya. Bibirku mengukirkan senyuman kecil dan aku dapat merasakan mataku
mulai kabur.
“I
rindukan you…” Bisikku perlahan.
Tet!
Tet!
Tet!
Aku tersentak tatkala Iphoneku berdering
menandakan ada message yang masuk.
Bukan satu tapi berpuluh kali. Berkerut keningku dibuatnya. Bibir digigit.
Jariku dengan perlahan membuka satu message
dan ianya dari si dia….
+Love.. I miss you.. L I need you
right now…
+Baby… Aku cinta kamu sayang. I’ll always love you…
+Baby.. How was the day? I’ve a lot of work today… I
miss you L
Aku mengelap air mata yang mengalir.
Hampir setiap hari lelaki itu menghantarkan message
buatku dan menelefonku. Sebegitu sekali dia merinduiku… Sejenak, aku berfikir.
Patutkah aku mengikut apa yang Ben katakan padaku tadi? Membuang egoku dan
kembali padanya???
Kring!
Kring!
Kring!
Terbeliak mataku di saat melihat
nama pemanggil tersebut. Dia? Hah! Pastinya dia sedar kerana messaganya delivered. Dengan pantas aku
mematikan kembali Iphoneku. Batterynya
ku cabut dan lemparkan ke atas katil. Kenapa? Kenapa dia masih menungguku?
*****AKU CINTA KAMU*****
TENGKU EZKANDAR HEIDI menghempaskan
dirinya di atas katil. Iphone dilempar di sebelah. Kenapa Triesya tega
mematikan handphonenya kembali? Tidak
rindukah Triesya pada dirinya? Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Matanya dipejam.
Kehidupannya kini dirasakan seperti mayat hidup. Hidup hanya kerana perlunya
dia hidup. Selebihnya dia tiada tujuan untuk dituju.
“Kenapa buat hubby macam ni?” Bisiknya perlahan.
“Que Ez?” Panggil suara lembut Puan
Sri Tengku Melissa dan duduk di sisi anaknya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi kembali
duduk dan mengelap air matanya. Dialihkan wajahnya ke arah lain. Puan Sri
Tengku Melissa mengeluh. Tengku Ezkandar Heidi yang berada di hadapannya kini
bukanlah Tengku Ezkandar Heidi yang dikenalinya selama ini. Berbeza sekali.
“Yes
mom…” Balasnya perlahan. Puan Sri Tengku Melissa mengusap lembut belakang Tengku
Ezkandar Heidi.
“Sorry.
Mummy dah ketuk tadi. Tapi Que Ez tak dengar. So mummy masuk jelah…” Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Tahu bahawa
anak terunannya tidak suka hak privasinya diganggu.
“It’s
okay mom.” Balasnya pendek dan memberikan senyuman kelat pada Puan Sri
Tengku Melissa.
“Are
you okay?” Soal Puan Sri Tengku Melissa penuh prihatin. Tengku Ezkandar
Heidi menundukkan wajahnya.
“Okay…” Balasya perlahan. Puan Sri
Tengku Melissa menarik nafas perlahan.
“Esok ikut mummy ya?” Soalnya. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan
memandang Puan Sri Tengku Melissa di sisi.
“Ke mana?” Soalnya hairan. Puan Sri
Tengku Melissa tersenyum kecil.
“Rumah bapa mertua Que Ezlah. Daddy syed buat majlis tahlil buat arwah
isterinya.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi tercengang.
“Majlis tahlil arwah mama?” Soalnya hairan.
“Amboi. Arwah mama eh.” Sakat Puan Sri Tengku Melissa. Tergelak kecil Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya. Merah mukanya kerana malu.
“Err. Dah terbiasa. Trish selalu
sebut macam tu…” Jawabnya segan. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum.
“So nak
ikut tak?” Soal Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.
“Ada Triesya tau…” Sambung Puan Sri Tengku Melissa.
Spontan Tengku Ezkandar Heidi bersinar matanya memandang mummynya.
“Triesya dah balik?” Soal Tengku Ezkandar Heidi semangat.
Puan Sri Tengku Melissa menganggukkan kepalanya da tersenyum.
“Yes
sayang. Mummy Merissa yang bagitahu mummy.
Trish balik dengan grandpa dan granny dia. You should take this chance. Cuba ambil hati dia kembali. Mana tahu
hati dia cair. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Sesuatu dirancang di mindanya saat ini.
“Jam berapa nak jalan esok?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi semangat. Tergelak Puan Sri Tengku Melissa dibuatnya. Cepat je dia kalau
libatkan hal Triesya.
*****AKU CINTA KAMU*****
TRIESYA, Dato Syed Al-Azhar, Datin Tengku Merissa, Datin
Hjh Meriam, Tn Hj Syed Badri dan Pn Hjh Cathleen membacakan yassin buat arwah Syarifah
Balqis. Suasana di pekarangan kubur saat itu muram dan dibelungi kesedihan. Sudah
lima tahun berlalu sejak arwah Syarifah Balqis meninggalkan mereka semua. Sejak
itu jugalah pelbagai peristiwa dan kejadian telah berlaku.
“Qis dear…
daddy datang. I’m really miss you.
Daddy doakan Qis tenang di sana….” Kata Tn Hj Syed Badri perlahan. Triesya
yang mendengar kata-kata grandpanya
mengalirkan air mata.
“Qis… Abang datang lagi… Hari ni genap 5 tahun Qis pergi
tinggalkan kami. Maafkan abang sayang kerana tak dapat menjaga anak kita dengan
baik. Abang salah Qis…” Luah Dato Syed Al-Azhar pula dan memandang Triesya.
Spontan Triesya larikan wajahnya dan memandang ke arah lain. Tidak sanggup
memandang wajah tua itu.
“Abang harap keluarga kita akan kembali bahagia
seperti dahulu…” Ucap Dato Syed Al-Azhar penuh makna. Triesya mendegus dan
berdiri.
“Kash…” Tegur Tn Hj Syed Badri kepada cucunya.
Terasa tidak senang apabila Triesya ingin pergi di saat papanya meluahkan perasaan. Mereka semua turut memandang Triesya yang
sedang berdiri dan tidak menoleh memandang mereka itu.
“Kash dah siap. Kash pergi dulu. Tiba-tiba Kash rasa
panas…” Balas Triesya dan berlalu pergi. Dato syed al-azhar mengeluh. Entah
sampai bila Triesya mahu menjauhkan dirinya. Anak gadisnya itu sering mengelak
di saat Dato Syed Al-Azhar ingin menyatakan perasaannya selama ini. Triesya
sering kali menolak dan melayannya dengan dingin. Wajahnya diraup.
“Daddy
rasa you should tell her the truth Zar. Daddy tak rasa yang kamu berdua akan
berdamai jika beginilah gaya Kash.” Jelas Tn Hj Syed Badri. Spontan Dato Syed
Al-Ahar dan Datin Tengku Merissa saling berpandangan.
“Tapi daddy..
Merissa tak nak Trish sedih nanti dan sukar nak trima kenyataan yang
sebenarnya…” Jelas Datin Tengku Merissa gusar.
“In Shaa Allah.
Dia akan faham dan cuba untuk faham…” Balas Pn Hjh Cathleen.
*****AKU CINTA KAMU******
Someday you're
gonna look back on this moment of your life as such a sweet time of grieving.
You'll see that you were in mourning and your heart was broken, but your life
was changing.
AKU keluar dari
keretaku dan memandang ke laut yang luas dan biru dihadapanku. Angin laut yang
menyapa wajahku aku biarkan sepi. Rasa hatiku saat ini lebih penting. Hatiku
bercelaru. Apa yang aku rasakan saat ini ianya semakin bercelaru saat ini.
Hatiku tidak tenang. Adakah kata-kata orang sekelilingku benar? Dengan maafkan
dan melupakan hatiku akan merasa tenang…
Tubuhku yang tersarung baju kurung
ku bawa mendekati pantai. High heels
dibuka dan dipegang. Kakiku melangkah mendekati gigi air. Berdiri di situ dan
membiarkan kakiku basah dek ombak yang menampar kakiku. Nafas dihelakan.
“Hidup Trish dah hancur ma…” Bisikku
perlahan dan memandang ke langit. Jika orang melihatku saat ini pasti kan
menyangka aku adalah gila kerana berdiri di tepi pantai petang-petang sebegini.
Nafas dihelakan kembali. Teringat kembali apa yang granny katakan padaku.
“This is a good sign, having
a broken heart. It means we have tried for something.”
Patah
hati adalah satu yang baik dan bermakna aku telah mencuba satu hal yang baru di
dalam hidupku. Namun, adakah ianya benar-benar baik? kerana apa yang kurasakan
saat ini amat teruk sekali….
“To be happy, we must not be too concerned with others. Kerana jika
terlalu memikirkan orang lain. Sampai bila pun kita tidak akan merasai
kebahagiaan itu. Fikirkan hidup Kash. Kebahagiaan Kash. Sampai bila Kash nak
membenci sedangkan kebahagiaan itu sedang menanti Kash?”
Kata-kata grandpa itu sedikit sebanyak memberi
impak kepadaku dan telah membawaku balik ke sini kembali. Selama ini aku
terlalu memikirkan kebencianku pada papa
dan wanita itu sehinggakan aku abaikan kebahagiaan diriku sendiri. Namun, si
dia telah datang ke dalam hidupku dan membawa kepada sinar bahagia yang telah
lama aku tidak rasai. Seperti orang kata, tak selalunya akan panas kerana
akhirnya nanti hujan pasti kan menyusul….. Rupanya, kebahagiaan yang aku miliki
hanya bersifat sementara dan ianya menyakiti hatiku. Jika benar dia cinta. Kenapa
membohongi diriku?
Orang kata ianya sekadar hal kecil dan pembohongan
sahaja. Namun adakah mereka tahu bahawa betapa sakitnya perasaan ini pabila
orang yang dicintai telah membohongi diri ini? Aku manusia biasa yang tahu erti
kecewa dan lelah. Aku bukanlah sempurna yang mampu menjadi baik setiap masa.
Aku adalah aku. Triesya yang punya banyak keburukannya….
*****AKU CINTA KAMU*****
JAM sudah
menunjukkan ke angka 6 petang namun bayang-bayang Triesya tetap tidak kelihatan
di perkarangan banglo tersebut. Membuatkan semaunya termasuk Tengku Ezkandar
Heidi merasa gusar. Sejak tadi duduknya tidak betah selagi tidak melihat wajah cantik
yang dirinduinya itu.
“Kash!” Panggil Tn Hj Syed Badri di
saat triesya menapak masuk ke dalam rumah dan menaiki tangga tanpa menegur yang
lainnya. Triesya mematikan langkahnya namun tidak berpaling.
“Where
have you been dear? We’ve waiting for you so long…” Soal Tn Hj Syed Badri kepadanya.
Tengku Ezkandar Heidi dan yang lainnya hanya melihat drama yang mereka tonton
saat ini. Satu pun tiada yang berani mencelah.
“I’m
sorry. Kash akan bersiap cepat…” Balas Triesya dan kembali melangkah
menaiki tangga ke tingkat atas. Sekejap lagi para jemputan akn tiba dan sebelum
acara di mulakan mereka akan bersembahyang berjemaah dahulu.
Dato Syed Al-Azhar mengeluh. Tidak
tahu apa yang harus dilakukan kepada anak gadisnya itu. Terlalu keras
kepalanya. Hanya bapa mertuanya mampu menangani sikap Triesya kerana gadis itu
amat menghormati Tn Hj Syed Badri.
“Sabarlah Zar.” Balas Tan Sri Tengku
Haris dan menepuk bahu Dato Syed Al-Azhar. Dato Syed Al-Azhar hanya mampu
anggukkan kepalanya dan tersenyum kelat. Terasa malu kerana tidak mampu
membimbing dan mendidiknya anaknya dengan lebih baik sehinggakan gadis itu
memberontak sebegini teruk.
“Abang tak nak pujuk kak Trish ke?” Bisik
Tengku Erissa Hani kepada abangnya. Tengku Ezkandar Heidi menjeling adiknya di
sisi.
“Nak abang pula yang dibaling dengan
periuk belanga dek kakak ipar Que Sha tu?” soal Tengku Ezkandar Heidi geram.
Dah terang-terang mood Triesya tidak baik. Pastilah Tengku Ezkandar Heidi hanya
akan memburukkan keadaan jika dia memujuk gadis itu saat ini. Triesya. Sukar
diduga orangnya. Lagi pula, Tengku
Ezkandar Heidi faham akan keadaan Trieysa saat ini. Gadis itu pernah
memaklumkan pada dirinya bahawa setiap ulang tahun kematian arwah mamanya gadis itu pasti akan berkabung.
Tengku Erissa Hani tersengih dan menyusun sepuluh jarinya.
“Sorry..
Janganlah marah. Abang dengan kakak ipar sebiji je. Ngam sangatlah kahwin.”
Balas Tengku Erissa Hani nakal dan melarikan dirinya. Terjengil mata Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya. Tengku Erissa Hani memang mulut becok!
*****AKU CINTA KAMU******
TRIESYA melangkah
meninggalkan ruang tamu yang dipenuhi sanak saudaranya dan membawa dirinya ke
luar rumah. Tubuhnya disandarkan di dinding rumah dan memandang jauh ke dalam
air kolam yang biru. Di dalam, semuanya sibuk berbual itu ini. Hanya dia yang
berkelakuan seperti robot. Senyum tidak. Berbual pun tidak. Hanya diam dan
mengelamun.
“Hei…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi lembut
kepada Triesya dan berdiri di sisi gadis itu. Triesya menoleh memandangnya dan
mata gadis itu terjengil kerana terkejut.
“Yyyyoou?
Bbbuat apa dekat sini?” Soal Triesya tergagap dan memandang ke dalam banglo.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“Ini kan rumah bakal bapa mertua I and rumah auntie I…” Balas Tengku Ezkandar Heidi spontan. Namun saat itu juga
berubah wajah Triesya. Wajahnya mulai ketat. Tengku Ezkandar Heidi menepuk
dahinya. Mulutnya terlalu gatal-gatal nak cakap rumah ‘auntie’ segala. Kan dah bertukar mood gadis di hadapannya.
“Baby
I’m sorry. I didn’t mean it.” Rayunya dan memegang tangan Triesya. Namun
gadis itu menepis kasar.
“Don’t
touch me!” Balas Triesya kasar dan ingin berlalu pergi. Kemarahan mulai
menjalar di dalam hatinya di saat Tengku Ezkandar Heidi berkata begitu. Tengku Ezkandar Heidi segera menarik tangan Triesya.
“Please!
Sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila you
nak hidup dengan kebencian dan dendam you?
Sampai bila sayang? Could you just forget
it? Lupakan masa silam you. Dah
pergi tetap akan pergi. What should you
do right now is focus on your future dear. Our future together! I tak tahan
macam ni! Sampai bila nak larikan diri dari I?!” Luah Tengku Ezkandar Heidi pada
Triesya. Triesya spontan tergelak sinis. Sehingga membuatkan Tengku Ezkandar
Heidi tercengang. Lebih-lebih lagi pabila Triesya berjalan mendekatinya
perlahan demi perlahan sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi tersepit di antara
dinding dan tubuh Triesya. Tercium bau haruman gadis itu yang dirinduinya.
“Sayang?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
gugup pabila melihat wajah tegang Trieysa. Dengan perlahan Trieysa mendongak
dan mendekatkan bibirnya perlahan ke bibir Tengku Ezkandar Heidi.
Cup!
Dikucup lembut bibir lelaki itu buat
pertama kalinya oleh Triesya. Tengku Ezkandar Heidi pula tercengang dan merah
mukanya menahan malu. Pertama kali bibirnya dicium oleh seorang gadis dan gadis
itu adalah Triesya. Gadis yang dicintainya… Spontan tubuh Triesya ditolak
lembut.
“Aaaapppa yang you buat ni? You sedar
tak apa yang you buat ni?!” Soal
Tengku Ezkandar Heidi geram dan memegang bibirnya. Triesya hanya tersenyum
sinis.
“You
akan lupakan ciuman pertama kita?” Soal Triesya kepada Tengku Ezkandar Heidi.
Tengku Ezandar Heidi terdiam dan memandang wajah cantik di hadapannya. Semakin
lama semakin dirinya tidak mengenali perwatakan gadis yang dicintainya itu.
“Takkan? Sebab you sendiri suka I kiss you. That
was my first kiss. Tak tahulah kalau you.
But I guess mesti you tak dapat
nak lupakan ciuman pertama I buat you kan sayang? So do I . I tak dapat nak lupakan masa silam I just nak look forward for my
future. Ada sesetangah perkara yang boleh kita lupakan dan tidak boleh kita
lupakan Tengku Ezkandar Heidi…. Mark my
word!” Balas Triesya sinis dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Ezkandar
Heidi yang tercengang itu.
*****AKU CINTA KAMU*****
AKU menyandarkan
tubuhku ke muka pintu bilik. Air mata yang mengalir aku biarkan jatuh. Mata
dipejam. Masih terbayang wajah kacaknya di ruang mataku. Bibirku disentuh.
Kenapa aku begitu berani menciumnya? Hah! Aku benar-benar gila! Kenapa aku
menjadi begini? Begitu sinis dan kejam sekali. Marahkah dia aku menciumnya?
“I’m
sorry…” Bisikku perlahan dan membuka mataku.
Keadaan bilik yang sudah lama tidak
berpenghuni itu aku pandang. Sejak 5 tahun yang lalu bilik ini dilarang sama
sekali dijejakkan kaki sesiapa pun kecuali aku memasukinya. Bilik arwah mama yang pernah dikongsi dengan papa. Di dalam bilik ini satu pun tidak
berubah dan semuanya barang-barang milik mama
masih kemas terjaga dan berada di dalam bilik ini.
Tubuhku aku bawa mendekati katil king size milik arwah mama dan merebahkan diriku di situ.
Setiap kali balik ke rumah ini pasti aku akan meluangkan masaku di sini dan
menangis sepuasnya. Gambar mama yang
sedang tersenyum di dinding ku pandang. Frame
gambar dan gambar mama yang besar itu adalah hadiah papa buat mama dahulu
ketika ulang tahun perkahwinan mereka. Sememangnya papa gemarkan photography. Suka mengambar saat-saat
indah kami bersama. Sehinggakan terjadinya gambar yang besar itu di mana arwah mama tersenyum gembira.
“Ma… Trish dah penat… Trish dah tak
sanggup nak berdepan dengan semua ni. Ianya menyakitkan….” Bisikku perlahan dan
menekup wajahku dengan kedua tanganku. Air mata mata yang mengalir aku biarkan
jatuh.
“Trish?”
*****AKU CINTA KAMU****
“TRISH?” Tegur satu suara kepada Triesya lembut. Spontan Triesya
duduk tegak dan memandang ke arah muka pintu. Kelihatan susuk tubuh Datin
Tengku Merissa sedang berdiri di situ. Triesya mendengus dan mengelap air
matanya.
“Kau buat apa dekat sini?! Aku tak
suka orang lain jejakkan kaki di dlaam bilik ni! Lebih-lebih lagi kau!” Marah
Triesya kepada Datin Tengku Merissa. Wanita itu terdiam dan tertunduk.
“Maafkan mummy sayang. Mummy nampak
Trish masuk ke sini tadi dan menangis. Mummy
takut ada apa-apa terjadi dengan Trish. Maafkan mummy nak…” Balas Datin Tengku Merissa kesal kepada Triesya dengan
suara yang lirih dan lembut.
“Kau peduli apa aku menangis
sekalipun?! Hei perempuan ! air mata aku ni dah cukup basah selama ni
disebabkan kau! Sejak kau datang di dalam keluarga aku hidup aku menjadi
hancur! Semuanya sebab kau! Kalau kau tak mengatal dengan bapa aku pasti aku
takkan jadi macam ni!” Luah Triesya padanya dan menjerit. Hari ini dia ingin wanita
itu tahu apa yang berada di hati kecilnya selama ini. Selama ini dia masih
mmapu bertahan kerana hormatkan diri wanita itu. Namun tidak kini. Dia sudah
cukup lelah dengan semua ini. Cukup lelah dengan permainan takdir hidupnya.
Jika boleh, dia ingin mati saat ini juga. Barulah semuanya berpuas hati. Lebih-lebih
wanita di hadapannya ini.
“Trish!!!!” Jerit Dato Syed Al-Azhar
yang turut berada di muka pintu. Wajahnya tegang. Triesya tergelak sinis dan
berdiri.
“Kenapa?! Papa pun nak marahkan aku?! Marahlah! Puaskan hati papa tu!” Balasnya pada Dato Syed
Al-Azhar. Papanya mendengus.
“Kenapa Trish bersikap kurang ajar
sampai macam ni sekali?! Apa salah mummy
pada Trish samapi Tish hina dia macam tu sekali?! She’s still your mom! Papa benar-benar kecewa dengan sikap Trish.
Selama ni papa bersabar dengan
karenah Trish! Tapi Trish semakin dibiarkan semakin naik lemak!” Marah Dato
Syed Al-Azhar kepadanya. Triesya mengetap bibir. Egonya benar-benar tercabar tatkala ayahnya
sendiri memihak kepada orang luar berbanding dirinya. Walaupun Datin Tengku Merissa
saat ini sedang menangis dan memegang lengan Dato Syed Al-Azhar. Tapi entah
kenapa matanya melihat bagaikan wanita itu sedang tergelak kemenangan saat ini.
“Nak tahu kenapa aku jadi macam ni?!
Nak tahu kenapa?! Semuanya sebab papa
dan perempuan ni! Papa dan perempuan
ni dah rosakkan hidup Trish! Dah rosakkan kebahagiaan Trish!” Lawannya kepada Dato
Syed Al-Azzhar. Air mata yang mengalir di seka. Tidak ingin dilihat lemah di
hadapan mereka berdua.
“Astagfirullah’alazim
Trish! Mengucap sayang…. Papa mengaku
papa salah! Tapi Trish kena faham
situasi papa! Papa terpaksa! Terpaksa
Trish! Maafkan papa sebab selama ni papa
abaikan Trish. Tapi papa cuba untuk
menjaga Trish seperti dahulu. Menyayangi Trish seperti dahulu. Namun, Trish yang
menjauhkan diri Trish dan menyimpan benteng di antara kita. Papa minta maaf kalau papa dan mummy rosakkan kebahagiaan Trish dan Tengku Ezkandar Heidi. But papa restu hubungan kamu berdua.
Tengku Ezkandar Heidi adalah anak suadara mummy
dan dia lelaki yang baik. Tiada sebab papa
nak membenci dan menghalang percintaan kamu berdua sayang! Trish tak cintakan Tengku
Ezkandar ke? Kenapa sanggup buat dia macam tu? Dia tak bersalah. Hal ni hanya
melibatkan kita berdua sayang.” Balas Dato Syed Al-Azhar kepada anak gadisnya.
Triesya tersenyum sinis.
“Dia bersalah sebab dia anak saudara
perempuan ni! Ya! Aku mengaku! Aku cintakan dia. Aku nak bina keluarga bahagia
dengan dia! Aku nak jadi isteri yang halal buat dia! Ibu kepada anak-anak dia! Tapi
papa dan perempuan ni yang rampas
kebahagiaan tu dari hidup aku!!!! Selepas aku tahu tengku adalah anak saudara
perempuan ni aku rasakan hidup aku terhenti! Rasa dikhianati! Aku rasa dipermainkan
oleh perempuan ni dan anak suadara dia! Papa
sedar tak tu?!” Balasnya pada Dato Syed Al-Azhar dan meluahkan rasa hatinya.
Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa kelihatan tergamam.
“Trish.. Papa..” Jawab Dato Syed Al-Azhar perlahan. Namun, Triesya
menunjukkan lima jarinya tanda diam.
“Papa
takkan pernah faham keadaan Trish sebab papa
lebihkan perempuan ni! Kan pa?! Selama 5 tahun ni! Selama 5 tahun Trish hidup
di dalam kesepian! Ada ke papa ambil
tahu tentang semua tu?! Aku kesunyian pa! Aku perlukan mama! Aku perlukan papa!
Tapi apa yang aku dapat?! Aku tak dapat apa-apa pa! Yang aku dapat hanyalah
rasa marah dan kecewa dengan sikap papa!
Dulu time mama ada, papa sayangkan aku. Manjakan aku. Tapi sejak
papa berkahwin dengan perempuan gatal
dan perampas ni! Papa dah lupakan
aku! Lupakan aku sebagai anak papa!
Aku benci kau perempuan!!!!” Teriak Triesya dan…..
Pang!!!!
“Papa!!!”
Jerit Datin Tengku Merissa yang terkejut dengan tindakan suaminya.
Tamparan Dato Syed Al-Azhar yang
pertama kalinya mendarat di pipi mulus anak daranya itu membuatkan kesemua yang
berada di dalam banglo miliknya dan Dato Syed Al-Azhar sendiri dan triesya
tergamam.
“Ppppp..Papapa minta maaf sayang.
Pppppapa tak sengaja…” Luah Dato Syed Al-Azhar tergagap sambil memandang
tangannya dan pipi mulus anak daranya yang sudah memerah dan terdapat darah di
hujung bibir gadis itu. Ternyata tamparannya tadi begitu kuat sekali. Terasa
serba salah dibuatnya. Tidak menyangka anak yang disayangi dan dimanjai sejak
kecil kini menjadi mangsa tamparannya. Maafkan abang Qis. Lirih hatinya.
Triesya memegang pipinya dan memandang tajam pada
mata papanya
yang memerah kerana menangis itu. Dendam dan kebenciannya semakin meluap-luap
saat ini. Kerana wanita itu papanya
sanggup melukainya. Pertama kali di dalam hidupnya ditampar oleh papa yang disayangi sejak kecil.
“Aku benci papa! Aku benci perempuan tu! Mulai saat dan detik ni jangan pernah
cari aku lagi! Aku benci semuanya!!!! Anggap aku dah mati!!!!!” Jerit Triesya
sebelum berlari keluar dari banglo milik papanya.
“Triesya!!!!!” Jerit Dato Syed
Al-Azhar dan mengejar Triesya. Namun di saat keluar dari bilik arwah mamanya kakinya berhenti melangkah
pabila melihat kaum kerabat terdekat mereka berada di luar bilik tersebut dan
yang paling mengejutkan Triesya adalah Tengku Ezkandar Heidi turut berada di
situ dan memandangnya. Triesya memejam matanya dan membukanya kembali. Tubuhnya
di bawa mendekati tangga dan ingin keluar dari banglo mewah milik papanya.
“Sayang.. Please…” Tengku Ezkandar Heidi menarik Triesya dan memeluknya dari
belakang. Semua butir bicara Triesya dan papanya
didengari olehnya. Tak ada satu pun yang tinggal. Kerana pertengkaran keduanya
yang kuat sehinggakn kedengaran satu banglo mewah tersebut, mereka semua
mengambil keputusan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak menyangka yang Tengku
Ezkandar Heidi berpeluang mendengar rasa hati Tiresya padanya. Yakinlah dia
kini bahawa Triesya benar-benar mencintainya. Hanya situasi mereka tidak
mengizinkannya.
“Lepaskan aku!!!!” Jerit Triesya dan
meronat-ronta untuk dilepaskan. Namun Tengku Ezkandar Heidi lebih kuat
berbandingnya.
“Que Ez jangan lepaskan dia. Grandpa tak nak dia buat kerja gila!” Arah
Tn Hj Syed Badri. Namun Triesya lebih bijak. Perut Tengku Ezkandar Heidi disinggung
menggunakan sikunya dengan kuat sehinggakan membongkok Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya
kerana kesakitan. Triesya tersenyum sinis dan berlari keluar dari banglo mewah
milik papanya.
Tiba di luar banglo milik papanya, kelihatan keretanya terparking
elok di hadapan banglo tersebut dan Ben keluar dari kereta milik Triesya.
“Babe
sorry aku lambat!” Kata Ben kesal. Pelanggan dibutiknya ramai tadi membuatkan
dia tidak menang tangan dan datang lambat ke majlis tersebut. Triesya tidak
memperdulikan Ben dan menolak Ben jauh dari keretanya. Tubuhnya di bawa mausk
ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan banglo mewah tersebut. Ben
tercengang.
“Babe!”
Jerit Ben. Namun tidak dipedulikan oleh Triesya.
“Where’s
Trieysa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi yang baru tiba di luar banglo. Perutnya
dipegang. Sudahlah luka yang pernah di alami di situ letaknya. Di situ juga
buah hatinya mengenakan dirinya. Nasiblah badan…
“Err. Dia baru je bawa kereta keluar
dari gate tu. Kenapa ni tengku?” Soal
Ben hairan.
“Oh
Damn!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berlari menuju ke Ferrarinya.
Triesya harus dikejar. Jika tidak pasti akan sesuatu yang buruk berlaku pada gadis
itu dengan keadaannya yang tidak tenang itu.
“What
is going on?! Apa yang aku tertinggal ni?” Soal Ben hairan dan menapak
masuk ke dalam banglo. Dia perlu selidik apa yang berlaku sebenarnya.
*****AKU CINTA KAMU*****
Life is too short,
so kiss slowly, laugh insanely, love truly and forgive quickly.. Because you’re out of time dear….
AKU memandu membelah
pekat malam dengan fikiranku yang kusut. Kenapa aku? Kenapa aku yang harus
menempuhi semua ini?! Pipi bekas tamparan papa
tadi ku sentuh. Tak sangka selama hidupku papa
tidak pernah menjentikku walau sedikit pun. Namun hanya kerana wanita itu dia
sanggup menamparku. Aku benci! Aku kecewa! Aku sedih!
Air mataku yang mengalir dan mataku
yang kabur ku seka. Kehidupanku bagaikan kisah dongeng. Ianya indah. Indah
sekali. Namun, dengan sekali kenyataan yang harus ku terima membuatkan
kebahagiaan dan keindahaan yang aku milik hancur dan hilang begitu sahaja. Di mana
silapku? Salahkah aku? Kejamkah aku? Itu yang kerap bermain di fikiranku….
Mama,
Trish dah tak tahan ma. Tunjukkan Trish ke
jalan yang benar dan jalan yang diredhai olehNYA. Trish rasa kosong…. Trish
rasa….
Pon!!!!!
Bunyi hon lorry yang kuat itu benar-benar membuatkan aku terkejut dan
peristiwa sewaktu kemalangan yang aku alami 5 tahun lepas kini berulang tayang
kembali. Terbayang-bayang wajah mama yang dipenuhi dengan darah. Aku menutup
mataku dan ku buka kembali. Cahaya lampu dari arah kiriku aku pandang dan…..
Dup!!!!!!!!!
Ya Allah swt, let
me live until I die…
*****AKU CINTA KAMU******
TERASA luluh jantung Tengku Ezkandar Heidi di saat melihat
kemalangan yang berlaku di hadapannya. Keretanya diberhentikan di tepi dan
kedua tangannya yang berada di stering kereta digengam kuat. Terasa sukar untuk
bernafas. Bagaikan sebuah flashback
apabila diingatkan kembali pabila sebuah lorry
yang datangnya dari arah kiri Triesya merempuh keretanya.
“Ssssayanggg….”
Bisiknya perlahan dan terketar-ketar. Dengan perlahan tubuhnya dibawa keluar
dari kereta dan berlari mendapatkan Triesya. Kereta gadis itu kelihatan teruk
sekali.
“Baby?!” Panggil Tengku Ezkandar Heidi di
saat melihat Triesya yang sudah membenamkan wajahnya ke stering kereta. Tidak berkutik
walau sedikit sekalipun. Dengan kudrat yang ada Tengku Ezkandar Heidi memecahkan
cermin kereta tersebut dengan tangannya. Luka ditangan sudah tidak dihiraukan
sakitnya apabila melihat gadis itu berlumuran darah. Terasa bergegar kakinya
untuk berdiri.
“Sayang…”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan cuba menarik dengan perlahan tubuh Triesya dan
disandarkan ke temapt duduk pemandu. Sah! Gadis itu sudah tidak sedarkan
dirinya. Dengan tangan yang bergetar Tengku Ezkandar Heidi mendekatkan jarinya
pada hidung Triesya.
“Please call the ambulans!!!” Jerit Tengku
Ezkandar Heidi kepada orang ramai yang berada di tempat kemalangan tersebut……
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
************************************
Asalamualaikum wbt and
salam sejahtera ladies L
Huhuhu
Mood : Tengah bersedih L
Hi ladies! How
was the story? Best? Romantic? Or sad? L Seriuosly, Aku sendiri pun ikut menangis
tahu L Sedih
nyerrrr~ Terbayang-bayang semuanya. Bagaikan sebuah cerita jer L Huhuhu.
Aku tak nak melalut pula kali ni. Seriously aku pun tengah berkabung. Huwarhhh~
Propa lebeyyyy~ Hahahaha.
Saya
Ratu Adriana
Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat
memuaskan hati dan menepati piawaian anda. MAAFKAN SAYA. L Di sini
juga, saya ingin MEMINTA
MAAF sekiranya ada kesalahan pada ayat, ejaan, perkataan
dan sebagainya. Juga, MAAFKAN
saya jika cerita ini agak tidak logic,
terover dan sebagainya. This is my own
fantasy and story. So, you didn’t have any right to judge it. Kalau tak
suka saya tak halang. But please get out
of my blog! Wahhh~ Jahat engkau. Hahaha. Main-main je. Kite tengah senyum
apa! J
Ladies, Apakah yang akan berlaku selepas
ini? Adakah Triesya berjaya diselamatkan ataupun dia akan…. Hurm. Tak sampai
hati nak cakap. Huhuhu. Di dalam hidup punya asam garamnya. Tidak semuanya
indah. Kita akan selalu diberi ujian. Mungkin kita miskin dengan harta. Namun
kita kaya dengan kebahagiaan. Tetapi, adakalanya kita kaya dengan harta dunia.
Namun, kita miskin dengan kebahagiaan…. Itulah kehidupan dan begitulah juga
Triesya. Siapa kata ada orang yang sempurna? Sebagai umatNYA kita takkan pernah
lari dari dilanda ujian. Sebagai UmatNYA juga, kita haruslah menerima ujian
yang mendatang dengan hati yang terbuka dan keredhaan. Hidup dan mati kita
berada di tanganNYA. DIA yang menciptakan kita dan DIA jugalah yang akan
menjemput kita kembali ke sisiNYA…..
As for me
life is easy,
The way I see it,
if you want the rainbow, you gotta put up with the rain. Cheers babe! J
Ouch!
Sekeh kepala tu! Janganlah sedih-sedih! Haha. Nah tisu! Senyum sikittttt~ J
Thanks for those yang sudi dropping by and leave your comment J Juga
kepada yang sudi tunggu ACK setiap hari. Much
appreciated it babe! Love you! Emmuuaahh! J Please! Please! Please! Leave ur comment dear…
P/S::OH ya, This time panjanggggggggg kannnnnnn? Nah! Hambik hengkau! Bacolah!
Hahaha J
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J
Till
then,
Sincerely,

hrp2 triesya x cedera teruk.
ReplyDeletehi siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe a'ah. hope triesya xpe2 kan :)
ratu jgn buat heroin matinya..x suke3 (T_T)
ReplyDeletepasti lepas ni triesya insaf lepas excident n dia x trauma ag ngn darah k0t
P/s~ pandai2 wat kesimpulan sendiri..hahaha
hi miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe in shaa allah.
dlm blog kite xde heroin yg mti ukeh :) happy. yay! hehe xpe :)
ratu nk hepy ending baru sweet..
ReplyDeletehi miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe absolutely yes dear :) hehehehe
knpa la mereka x terus terang je pasal hasrat arwah ibu trish..pasti triesya semakin marah klau tau pasal hal tu sbb mereka buat dia macam org yg bersalah pulok..teruk3
ReplyDeletehi miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe a'ah kan wak. betul tu. kite sukung! hihi :)
cemana ni? ap jadi niey?
ReplyDeletehuhux.... hope trisya slamt ....
**mybe ilang ingatn n kwen gn que ez..hehe.. sila abaikan***
^____^
hi lylea
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe amboi cik lylea kite. propa lebeyyy~ hhehe =P
Boone nuit here and bonjour cher~hai wak ehehe sayo baru baco dari chapter 28 - 30.sampai sini terus open leppy tak sabo nak baco ne lopas baco confirm KO tidurehehe!!alahai sodeh eden..there is a quotes that i remembered saying "it takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone" (trisya) it seems what trisya said was true.(mama marisa) "To tell you the truth, I've just been avoiding everything"she should tell the truth behind those secrets that ruining the family apart.=) eheh.
ReplyDeletehopefully there will be a happy ending soon.kesian kat trisya and qu ez.tq for posting dear eheh.cayooooo!!!!! =)
BONJOUR dear
Deletethanls for dropping by and leave ur comment :)
1stly, nk tnye ke mana mghlg? hehe
ehkau janganlah sodeh yo. hehe :)
hehehe teramat setju dgn quotes awak :)
hehe. in shaa allah~ happy ending itu harus. haha. :)
uwc dear :) hwaiting~
seriusly dear...sad sgt2 bla mendengar luahan trish...bergenang air mta sya..:-(
ReplyDeletehi dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment sygs
hehe nah tisu! ehehe kite pun sdh tau beli baca blk bab ne huhuhu :( Minta tisu kite blk! haha . JK.
x aci la ni dear..dh bg tisu kat kita pastu minta balik..nanti buruk siku..hehehe
Deletehahaha. yelayela. kedekut tau! nah! ambl blk! haha. tisu awak pula yg buruk. hehe =P
Delete