AKU
CINTA KAMU BAB 21
Lotus Eterne
TEPAT
jam 11 pagi, Lotus Eterne rona kelabu Tengku Ezkandar
Heidi tiba di perkarangan rumah nenek. Ben yang sedang tidur di kerusi belakang
aku bangunkan. Haila. Budak ni tidur je kerjanya. Aku juga yang menjadi mangsa
temankan Tengku Ezkandar Heidi memandu selama 1 jam lebih. Ok. Aku mengaku.
Tengku Ezkandar Heidi tak kisah pun aku nak tidur ke apa. Tapi, aku yang rasa
tak selesa. Kasihankan dia yang penat memandu. Lagipun, 1 jam lebih je sayang
oi. Nak tidur apanya. Lainlah si Ben tu. Kerjanya membuta melulu. Haha.
Tengku
Ezkandar Heidi di sisi dijeling. Aduhai. Kasihannya sayang aku ni tengah urut
tengkuk dan bahunya. Pasti penat memandu. Yelah, 1 jam lebih kot. Kalau nak
diikutkan kampung nenek ni dengan Bandar kira dua jam lebih jauhnya baru
sampai. Tetapi berkat kepakaran Encik kesayangan aku ni memandu kereta. Tu dia.
Jadilah sejam lebih. Hehe.
“Penat?”
Soalku padanya dan mengurut bahunya. Dia tersenyum dan memegang jemari tangan
kananku. Sempat dikucup lembut olehnya.
“Nahhh.
Just lenguh sikit je.” Balasnya dan tersenyum. Aku membalas dan kembali
menjeling di tempat duduk belakang. Kepala digelengkan. Tanganku yang dipegang
oleh Tengku Ezkandar Heidi ku tarik dan mengambil smarties yang berada di dalam handbagku.
“Oh
mak kau!” Latah Ben dan terbangun. Tergelak besar Tengku Ezkandar Heidi dan aku
dibuatnya. Gila lucu muka Ben saat ni.
“Wei!
Boleh tak jangan ganggu aku tidur? Kalau korang nak dating ke apa. Go on. Aku
nak tidur. Jangan ganggu boleh?” Marah Ben kepada kami berdua. Spontan aku
mendekatkan diriku dengannya yang duduk menyandar di kerusi belakang.
Tup!
“Hah!
Ambik engkau! Tidurlah sangat! Kita dah sampailah wei!” Marahku padanya dan
mengetuk kepala Ben. Terbeliak mata Ben dibuatnya.
“What? Dah sampai? Oh my! Durian! Durian! Durian!” Balas Ben cemas dan membuka sunglassesnya. Spontan pintu kereta
dibuka dan Ben keluar dari kereta mewah Tengku Ezkandar Heidi. Tergeleng kepalaku
dan Tengku Ekzandar heidi dibuatnya. Ben. Ben. Ben. Ben dan durian memang tak
dapat nak dipisahkan. Haha.
“Come sayang. Nenek dah tunggu tu.” Pelawaku
pada Tengku Ezkandar Heidi dan membawanya keluar. Nenek sudah menunggu kami
ditangga rumahnya.
Teratak Mariam
“Wow!
Cantiknya. Rasa macam istana dulu pula.”
Kata Tengku Ezkandar Heidi teruja pabila keluar dari kereta mewahnya saja
matanya disapa dengan pemandangan rumah Melayu nenek yang penuh dengan ukiran
seni Melayu dan bercirikan istana lama dahulu. Aku tersenyum.
“Welcome to Teratak Mariam.” Balasku
padanya dan depakan tanganku. Teratak Mariam. Adalah rumah mewah bercirikan
ukiran seni Melayu yang di buat khas oleh arwah datukku, Dato Syed Abdul Ali Al-bukhari
untuk nenek.
“Teratak
Mariam? Nama nenek kan?”Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Aku menganggukan
kepalaku dan tersenyum.
“Rumah
ni arwah atuk yang buatkan untuk nenek. Hadiah perkahwinan mereka. Sweetkan?” Jelasku padanya. Tengku
Ezkandar Heidi menganggukan kepalanya dan memandang rumah cantik nenek. Memang
cantik. Kebanyakan pelancong juga akan dibawa ke rumah ini demi melihat
seni-seni ukiran yang terdapat pada rumah ini. Nenek dengan senang hati
membenarkan saja.
“So, nanti kalau kita kahwin you nak rumah macam mana? Senang I nak bina untuk you..” Balas Tengku Ezkandar Heidi kepadaku dan mengenyitkan
matanya. Spontan aku mencubit pinggangnya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Aduhai.
Malu-malu pula. I serius ni sayang. I pun nak jadi macam atuk juga. Sweetkan?” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan
memeluk pinggangku. Kami berdua memandang rumah nenek yang kini berada di
hadapan kami. Aku tersenyum dan menganggukan kepala. Memang manis lagi berkrim.
Haha.
“Batrish.
Que Ez. Jom masuk!” Panggil nenek yang berada di atas tangga bersama Ben kepada
kami berdua. Spontan Tengku Ezkandar Heidi melepaskan pelukannya. Hah. Tahu takut!
Haha.
“Asalamualaikum
wbt nek.” Sapaku dan Tengku Ezkandar Heidi kepada nenek. Tangan nenek disalam
dan pipi nenek dicium mesra. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi.
tersenyum lebar nenek dibuatnya.
“Walaikumsalam.
Alhamdulilah. Sampai juga rupanya Que
Ez ke kampung nenek ni. Ni ke hadiah besar punya yang Batrish katakan tu?” Soal
nenek kepadaku. Tergelak aku dan Ben dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi yang
tidak memahami pokok pangkalnya pula tercengang.
“A’ah.
Inilah hadiahnya. Amacam? Besarrrrr punya ke?” Soalku nakal kepada nenek dan
menaikkan keningku kepadanya. Tubuh nenek dipeluk. Tergelak nenek dibuatnya.
“Memang
besar punya hadiah kamu ni. Handsome pula
tu.” Balas nenek nakal. Spontan aku dan Ben tergelak kembali. Nenek. Nenek.
Nakal betul.
“Haha.
Bukanlah nek. Nakal tau! Hadiah Batrish yang nilah. Bukan yang ni. Yang ni Batrish
punya. Mana boleh ambil.” Balasku nakal dan menyerahkan sekotak hadiah yang
sebesar telapak tangan. Sempat aku mengenyitkan mataku pada Tengku Ezkandar
Heidi. Tersenyum dia dibuatnya. Nenek tersenyum dan menyambut huluran hadiahku
tadi. Reben kotak berona pink
tersebut dibuka dan mata nenek terpaku dengan hadiah yang aku dan Tengku
Ezkandar Heidi berikan.
“Nenek
suka? Trish dan Tengku Ezkandar Heidi yang berikan. Amacam? Kalah tak hadiah Ben?”
Soalku kepada nenek. Sempat aku mengenakan Ben. Sebelum nenek balik hari tu Ben
telah memberikan selendang dari jenama Chanel kepada nenek. Lembut sungguh
kainnya. Harga pun lembut je…. Haha. Ben mencebik.
“Yang
penting ikhlas okay. Chanel you…”
Balas Ben tak puas hati. Tergelak aku dibuatnya. Bahu Ben diusap oleh nenek.
“Kedua-duanya
nenek suka. Kamu dah datang ni pun nenek bersyukur dah. But brooch ni memang cantik. Terasa sayang nak pakai. Terima kasih Trish,
Que Ez.” Balas nenek dan tersenyum memandang kami. Keronsang dari emas putih
dan mutiara itu benar-benar cantik. Jangankan nenek. Aku sendiri terpikat
dengan keronsang tu. Tengku Ezknadar Heidilah yang cadangkan keronsang tu. Katanya
sesuai dengan citarasa nenek.
********AKU CINTA KAMU*********
DATIN
TENGKU MERISSA mengusap lembut bahu Dato Syed Al-Azhar yang
sedang menangis dan memegang batu nissan arwah isterinya. Hati perempuannya
turut terharu dengan tangisan air mata lelaki itu. Dia akui. Arwah Syarifah
Balqis amat bertuah sekali. Cinta Dato Syed Al-Azhar kepadanya begitu mendalam
sekali sehinggakan kini. Jika tidak kerana rahsia itu… Pasti Datin Tengku Merissa
tidak akan berpeluang bersama lelaki yang dicintainya itu. Dato Syed Al-Azhar benar-benar
mencintai Syarifah Balqis.
“Sabarlah
pa…” Pujuk Datin Tengku Merissa kepada suaminya. Dato Syed Al-Azhar mengelap
air matanya.
“Bagaikan baru semalam
arwah Qis tersenyum pada papa my… Qis
pergi dari hidup papa tanpa papa bersedia terlebih dahulu. Qis
tinggalkan papa dengan Trish di dalam
keadaan yang mengejut. Sehinggakan membawa kepada perubahan terbesar dari hidup
papa. Allah swt tak ambil Qis seorang
dari papa my. Tetapi DIA turut
mengambil anak dara papa dari papa. Sejak Qis meninggal dunia. Trish
turut meninggalkan papa….” Luah Dato
Syed Al-Azhar. Kesedihan yang dialami selama ini dilepaskan semuanya. Sejurus
melihat kubur dan nissan yang terukir nama arwah isteri yang dicintai. Dato Syed
Al-Azhar tidak dapat menahan dirinya. Kesedihan mulai menjalar.
“Papa… Mummy faham perasaan papa.
Tetapi papa harus tabah. Tabah demi
Trish. Mummy ada. Mummy akan selalu berada di sisi papa. Banyakkan berdoa untuk arwah
sayang….” Balas Datin Tengku Merissa dan mengusap lembut bahu suami tercinta.
Dato Syed Al-Azhar memeluk isterinya.
“Kalaulah papa boleh putarkan kembali waktu. Papa akan memilih untuk pergi dulu dari Qis.
Tetapi papa sedar. Papa hanyalah hamba-NYA yang lemah. Papa harus redha dengan semua ni… Maafkan
papa mummy..” Balas Dato Syed
Al-Azhar. Datin Tengku Merissa mengelap air matanya yang jatuh. Tidak ingin
sang suami melihat air matanya. Sebagai seorang isteri dia seharusnya
memberikan kekuatan buat suaminya. Bukan melemahkan suaminya. Seorang isteri
yang solehah akan berada di sisi suaminya di saat suaminya sedih dan membantu
mengelapkan air mata suaminya di saat suaminya menangis….
*****AKU CINTA KAMU*****
“A’AH. Yang itu pak cik!
Yang besar tu!” Kedengaran suara Ben menyuruh Pak Samad memungut buah durian
yang jatuh. Triesya gelengkan kepala. Tak padan dengan tangan yang tengah sarat
dengan buah durian. Pak Samad pula yang menjadi mangsa mengambil durian tu
untuk dia.
“Suka
sangat si Ben tu…” Kata Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya. Triesya tergelak
dan memandangnya yang berada di atas pokok rambutan. Takdelah tinggi sangat. Ala
ketot je kot. Tapi buahnya. Ya ampun! Banyak,besar dan merah gila! Wah! Package engkau! Haha.
“Ben
tu spesis beruk! Kalau jumpa durian keluarlah perangai tak siuman dia.” Balas
Triesya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Gelak.
Gelak juga cik abang oi. Awak tu okay ke kat atas pokok tu? Pokok memang ketot je.
Tapi you belum baik lagikan.” Soal Triesya
prihatin. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Ok fine! Dia mengaku. First
time kot memanjat pokok ni, but
kalau rock climbing tu tak yah
cakaplah. Memang expert. Berguna juga
skill tu rupanya.
“I’m okay sayang. I expert bab memanjat ni. Selalu je rock climbing dengan Que Liff.” Balas Tengku Ezkandar Heidi bangga.
Triesya mencebik. Boleh pula dia samakan naik pokok dengan naik batu tu. Desis
hati Triesya.
“Expertlah sangat bbbbb.” Balas Triesya menyampah.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Tahu yang Triesya tengah geram dengan caranya
mengambil buah rambutan. Lambat kononnya. Bukan lambat. Tapi cermat orang kata.
Nak pilihkan yang terbaik buat si kekasih hati. Tadi payah juga nak halang Triesya
dari memanjat pokok tersebut. Tak padan dengan perempuan dan sakit tangannya.
Mana macho kalau perempuan yang naik. Hehe.
“See the leg lah B.” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan tergelak pabila Triesya dengan selamba menyelak seluar jeansnya.
“Baby!”
Jerit Tengku Ezkandar Heidi kegelian. Tergelak besar Triesya dibuatnya. Tadi
kata ‘see the legkan’? Nah! Haha.
*******AKU CINTA KAMU*******
AKU
menemani nenek dan Mak
Yam memasak petang ini. Sempena menyambut hari lahir nenek malam nanti.
Tidaklah semeriah mana. Hanya kami berenam sahaja. Aku, nenek, Tengku Ezkandar
Heidi, Ben, Mak Yam dan Pak Halim suami isteri.
“Batrish
tengah buat apa tu?” Soal nenek hairan kepadaku yang sedang sibuk membuat pudding caramel khas buat nenek. Aku
menoleh memandang nenek di sisi. Senyuman manis diberikan.
Pudding Caramel - You should try it!
“Pudding caramel kegemaran neneklah. Suka
tak?” Soalku pada nenek teruja. Nenek tersenyum dan mengusap belakangku.
“Suka
sayang… Alahai Yam… Bertuah bakal suami cucu kesayangan saya ni. Pandai memasak.
Lepas ni makin berisilah Que Ez tu yer. Hari-hari makan masakan isteri tercinta
dia ni.” Sakat nenek kepadaku. Tergelak aku dibuatnya. Begitu juga Mak Yam.
“Begitulah
hendaknya datin. Bahagia hidup.” Sakat Mak Yam. Aku menggelengkan kepala. Suka
sangat sakat aku. Nasiblah juga Tengku Ezkandar Heidi dan Ben menemani Pak
Halim membakar lemang. Kalau tidak mahu kembang setaman mamat tu. haha.
Ben?
Alahai. Punya main liat cik abang lembut tu nak dipaksa menolong Pak Halim membakar
lemang. Padan muka. Nak sangat request
makan lemangkan. Rasa engkau! Encik hubby
aku tu pun tak merungut macam dia. Tak tahulah dalam hati macam mana kan. Who knows, dia hanya nak jaga hati nenek
ke apa. But dia senyum je dan
anggukan kepala. Haha. Ben pula nenek paksa tolong Pak Halim tadi. Jika dengan
nenek. Ben di anggap lelaki 100% oleh nenek. Tak nak biar Ben tolong di dapur.
Katanya kerja orang perempuan. Betullah tu. Ben je tak sedar diri. Haha. Aku
mengumpat!
“Amboi
nenek, Mak Yam. Kawtim yer nak kenakan Trish. Tak pe-tak pe. Pudding ni Trish tak nak bagi nenek dan Mak
Yam.” Ugutku pada mereka berdua. Tahu sangat keduanya sukakan pudding caramel ni. Orang tuakan.
Sukakan manisan. Rock tak aku? Orang tua
aku makankan benda manis. Hehe. Bukan selalu apa.
“Eh!
Janganlah Batrish. Kempunan Mak Yam nak merasa Batrish punya pudding tu. Nak membuatnya. Mak Yam tak
tahu. Terpaksalah kita tunggu Batrish balik. Tak gitu datin?” Balas Mak Yam.
Aku tersenyum. Mak Yam dan Pak Halim adalah pasangan suami isteri yang dah
dekat 20 tahun bekerja dengan nenek dan datuk. Sejak aku kecil kot. Mereka
berdua adalah orang kepercayaan nenek dan datuk. Tapi tulah. Kasihan sebab
keduanya tak ada anak. Dengan anak-anak dan cucu-cucu nenek sahajalah mereka
berdua limpahkan kasih sayang tu. Keluarga ni dah anggap mereka seperti saudara
sendiri dan mereka berdualah yang menjaga nenek di kampung ni.
“Mari
sini Batrish ajarkan. Nanti-nanti Mak Yam boleh buatkan untuk nenek dan Pak
Halim. Biar nenek masakkan rendang tu. Boleh ya nek?” Soalku pada nenek yang
sudah kembali mengambil tempat memasakkan rendangnya.
“Boleh
sayang. Apa pula tak boleh. Senanglah nenek nanti. Hari-hari boleh request dengan Mak Yam. Tak gitu Yam?”
Balas nenek dan tersenyum memandang Mak Yam. Mak Yam menganggukan kepalanya dan
menunjukkan ibu jari tanda betul.
“Ok
jom. Mula-mula, Mak Yam sediakan caramel
dia dulu tau.” Terangku pada Mak Yam sambil tangan berjalan. Mak Yam menganggukan
kepala.
“Mula-mula
sekali, Mak Yam masukkan gula ke dalam periuk
dengan 1 sudu besar air dan masakkan di atas api sederhana. Bila Mak Yam nampak
gula dah sedikit perang, Mak Yam masukkan 1 sudu lagi air. Masak sehingga perang dan lepas tu tuang ke dalam loyang
ni. Ok done. Kita ketepikan tu dulu.”
Jelasku pada Mak Yam dan biarkan loyang yang berisi caramel tadi ditepi. Mak Yam ditepi dipandang. Takut-takut dia tak
faham.
“Eh. Dah siap ke?” Soal Mak Yam hairan. Aku tergelak.
“Belum lagilah Mak Yam. Tu baru topping dia je. Orang kata yang kat atas dia aje. Belum puddingnya.” Jelasku kepada Mak Yam dan
tergelak. Tersenyum malu Mak Yam olehku. Comel betul Mak Yam ni.
“Ok now, cuba Mak
Yam masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau tu Mak Yam masukkan gula sedikit
demi sedikit. Lepas tu, kacau dengan perlahan sehingga sebati. Tapi Mak Yam jangan
biarkan berbuih tau. Mak Yam kena kacau
dengan selembut boleh. Sebelum tu tapis dulu.” Jelasku pada Mak Yam dan
menyuruh Mak Yam membuat pula. Mak Yam menurut dengan penuh khusyuk. Bersungguh
Mak Yam ni nak belajar. Hehe.
“Kenapa nak kacau dengan lembut dan bertapis pula?” Soalnya
hairan.
“Kalau Mak Yam kacau kasar dan tak tapis. Pudding kita akan jadi berlubang nanti.
Tak cantiklah Mak Yam.” Jelasku pada Mak Yam. Mak Yam tersenyum dan
menganggukan kepalanya tanda faham.
“Sementara tu, Trish akan masukkan susu dan esen vanilla
ke dalam periuk ni. Mak Yam panaskan sehingga 60 degree tau. Jangan sampai mendidih.” Terangku dan memasukkan susu
dan esen vanilla tadi ke dalam
periuk. Mak Yam yang sedang mengacau telur tadi menganggukan kepalanya sambil
memandangku membuat kerja.
“Lepas tu, kita akan masukkan susu
ni ke dalam telur Mak Yam tu. Pastikan ketika susu masih panas tau Mak Yam.”
Aku menuangkan susu tadi ke dalam telur yang dikacau oleh Mak Yam.
“Mesti panas ke? Kalau susu dah
sejuk tak boleh? “ Soal Mak Yam. Aku tersenyum.
“A’ah. Supaya susu dan telur tadi
sebati. Ok sekarang Mak Yam kacaukan pula sekali lagi supaya keduanya sebati
dan Mak Yam tuang ke dalam loyang ni.” Balasku dan menyuruh Mak Yam menuangkan
susu dan telur tadi ke dalam loyang berisi caramel
tadi dan aku tutupkan dengan dua lapis aluminium foil.
“Ok sekarang pudding caramel kita dah boleh masak Mak Yam. Mak Yam boleh pilih
antara dua. Sama ada nak bakarkan ataupun nak kukus. Keduanya okay je. Tapi
Trish selalu buat pakai oven.” Jelasku dan memasukkan loyang berisi pudding caramel tadi ke dalam dulang pembakar
yang berisi air.
“Kenapa mesti simpan air di dulang
pembakar tu Trish?” Soal Mak Yam hairan. Aku tersenyum.
“Supaya elakkan pudding kita ni merekah Mak Yam. Sekarang kita masukkan pudding ni dalam oven dalam 40 hingga 45
minit macam tu dengan 150 degree.
Lepas tu siaplah dan boleh sejukkan di dalam peti ais.” Balasku pada Mak Yam dan
memasukkan pudding caramel tadi ke
dalam oven dan memutarkan waktu ke 40 minit dan dengan degreenya 150 degree.
“Senangnya…” Balas Mak Yam. Aku dan
nenek tergelak.
“Amboi Yam. Senang-senang. Jangan
nanti kamu lupa pula.” Sindir nenek. Mak Yam tergelak.
“Ish. Saya pastilah datin. Kali ni
mesti jadi punya. Dah cikgu Mak Yam yang
cantik ni ajarkan. Pasti jadilah.” Balas Mak Yam penuh yakin. Aku tersenyum.
“Sayang?” Panggil suara garau Tengku
Ezkandar Heidi kepadaku di muka pintu dapur. Muka merah semacam. Erk! Baru masak
lemang muka dah macam tu ke? Haha.
“Mak Yam bersihkan semua ni dulu ya.
Tolong tengokkan pudding tu.” Pesanku
pada Mak Yam dan mendekati encik hubby
yang sedang duduk di beranda dapur. Sejuk je angin dari sawah yang hijau tu. Beranda
dapur nenek ni besar. Macam taman di atas beranda gitewww~ Cantik! Aku
mengambil tempat di sebelah Tengku Ezkandar Heidi yang sedang mengipas dirinya
dan duduk di kerusi panjang.
“Kenapa sayang?” Soalku padanya
hairan dan membantu mengelap peluhnya di dahi. Dia tersenyum.
“I’m
thirsty dear. Boleh ambilkan minuman buat hubby?” Soalnya padaku. Aku tersenyum dan anggukkan kepala. Tubuh
dibawa diri kembali dan bersedia untuk masuk ke dapur.
“Sayang..” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi dan menarik tanganku lembut agar berhenti. Aku berhenti dan menoleh
memandangnya.
“Why?”
Soalku. Dia tersenyum dan menarikku dekat padanya. Bibirnya didekatkan ke
telingaku.
“You
nampak cantik macam ni. Seriously macam
perempuan melayu terakhir babe.”
Bisiknya ke telingaku dan tergelak kecil. Spontan aku menjengilkan mata dna
mencubit pinggangnya. Tubuhku dipandang. Haha. Ye ke? Baby tee rona putih dan berkain batik serta rambutku yang panjang
di tocang. Haha. Korang rasa typical
gadis melayu ke tu?
“Hahahaha. Ok apa! Selasa gitewwww!”
Balasku nakal kepadanya dan mengenyitkan mata. Tergelak tengku ezkandar heidi
dibuatnya.
“Awwwhhh~ So sopan babe!” sakatnya di saat aku sengaja
melenggang lengukkan tubuhku masuk ke dalam dapur. Tergelak kecil aku
dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi. suka menyakatku. Nakal!
**********AKU CINTA KAMU********
NENEK,Triesya,
Tengku Ezkandar Heidi, Ben, Pak Halim dan Mak Yam makan malam bersama selepas
solat isyak berjemaah malam itu. Makan malam, tanpa kek hari lahir itu sengaja
dilakukan oleh nenek dan Triesya. Memang selalunya begitu kerana di atas
permintaan nenek. Kek dan lilin tidak penting. Kerana keduanya itu tidak
menentukan ajal dan maut kita. Apatah lagi untuk memanjangkan umur kita. Ianya
akan diambil sekelip mata sahaja.
“Amboi… Dah ada ciri-ciri dah ni nek.” Sakat Ben kepada Triesya
di saat Triesya melayan Tengku Ezkandar Heidi selepas nenek. Mencedukkan nasi
buatnya. Mengambilkan lauk buatnya. Menuangkan air minuman buatnya. Bagaikan
suami isteri sahaja. Nenek,Pak Halim dan Mak Yam yang melihat pasangan sejoli
tersebut tersenyum lebar. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya yang duduk
bersebelahan pula tercengang.
“A’ahlah Ben. Nenek rasa tak lamalah tu. Dah boleh dah.”
Sakat nenek pula dan tergelak kecil.
“Pak Lim pun rasa mcam tu juga. Dah iras-iras dah. Orang
kata kalau wajah dah seiras ni ada jodoh.” Sokong Pak Halim pula.
“Eeee. Jahatlah….” Rengek Triesya dengan muka yang merah.
Malu pabila disakat sebegitu sekali. Tengku Ezkandar Heidi turut merah wajahnya
menahan malu.
“Alahai comellah pula cucu nenek ni. Hah Que Ez. Kalau
dah berkenan tu apa lagi. Masuklah meminang. Nanti disambar orang.” Sakat nenek
kembali. Tersengih Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Bertambah segan pabila
nenek bangkitkan soal kahwin.
“In Shaa Allah nek.
Jika diizinkan, Que Ez akan hantar wakil nanti. Tunggu green light dari empunya badan je.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi yakin. Terdiam Triesya dibuatnya. Tengku Ezkandar
Heidi di sisi dipandang. Terasa tak sangka yang Tengku Ezkandar Heidi serius
dengannya. Namun, jauh di sudut hati dia takut jika dikecewakan oleh lelaki
itu. Saat ini, cintanya mulai bersemi.
Triesya takut nanti pabila cintanya sudah mendalam buat lelaki itu lelaki itu akan mengecewakannya. Terluka. Itu
yang dia takuti. Terluka kerana cinta. Orang kata ianya sakit sekali…….
******AKU CINTA KAMU*******
TENGKU
EZKANDAR HEIDI merenung ke segenap ruang rumah bahagian
selatan rumah nenek. Triesya kata, bahagian selatan adalah ruang rumah untuk papanya, manakala bahagian timur untuk
pak longnya, barat daya untuk pak ngah dan pak su ruang barat laut. Ada bahagian
untuk mereka dan keluarga masing-masing. Yakni, jika mereka semua balik ke kampung
dan berkumpul akan tinggal di ruang masing-masing namun berkumpul di ruang
utara. Iaitu milik nenek. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Bagaikan
mahligai nenda sahaja. Namun mahligai nenda lebih besar dan mewah. Tetapi
teratak Mariam ini cantik dan ada seninya. Membuatkan Tengku Ezkandar Heidi terpikat
dan membuatnya merasa tenang. Apatah lagi dengan angin pagi yang meyapa.
Untuk
dua hari ini Tengku Ezkandar Heidi akan tidur di ruang selatan tersebut bersama
Ben. Manakala Triesya pula akan tidur di bahagian utara bersama nenek.
Jemarinya dijeling. Kelihatan plaster
kecil di situ. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Teringat kembali punca
luka dijari.
“You suka durian eh?” Soal Triesya kepada Tengku
Ezkandar Heidi yang sedang membelah durian di atas pangkin. Ben, nenek dan Pak Samad
iaitu tukang jaga dusun tersebut berada di bawah pokok durian. Tengah galak
memungut buah-buah durian. Kebetulan nenek ingin membuat bubur durian dan
sedekahkan di masjid nanti.
Tengku Ezkandar Heidi menoleh
memandang Triesya yang sedang membuka kulit rambutan dan membelahkan rambutan
tersebut menjadi dua. Bijinya dikeluarkan dan buah tersebut dikumpulkan ke
dalam sebuah mangkuk kaca. Berkerut dahi Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Bukan
kerana pertanyaan ‘dia sukakan durian ataupun tidak’. Namun, kerana perangai
pelik Triesya itu.
“Sukalah juga. Tapi I tak makan
banyak sangat. Satu dua ulas cukup.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan tangannya masih
ligat membuka durian tersebut. Namun matanya khusyuk memandang Triesya.
“Baby…” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi. Triesya yang masih memotong buah rambutan mengangkat wajahnya dan
menaikkan keningnya pada Tengku Ezkandar Heidi.
“Kenapa hubby?” Soal Triesya hairan.
“Tu… Kenapa rambutan tu baby buat
macam tu?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan dan memuncungkan mulutnya ke
buah-buah rambutan yang selamat berada di dalam mangkuk. Treisya tersenyum dan
menyudahkan buah rambutan yang terakhirnya. Pisau diletak dan serbuk amoi
diambil. Kemudian di letakkan ke segenap buah rambutan yang berada di dalam
mangkuk tadi. Terkecur liur Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Nah. Cubalah rasa. Buka mulut. If
you don’t mind pakai tangan I.” Arah Triesya dan menyuapkan buah rambutan
tersebut ke mulut Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi dengan berbesar
hati membuka mulutnya dan memakan rambutan yang sudah diuliti dengan serbuk
amoi itu. Terdiam dia dibuatnya. Serius sedap!
“Sedap?” Soal Triesya teruja.
Teringin untuk tahu apa reaksi lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan
menganggukkan kepalanya. Dah memang ternyata sedap.
“Sedap babe. Dari mana belajar ni? First
time makan macam ni…” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum dan
menyuapkan pula buah rambutan tersebut ke mulutnya.
“Mama yang ajarkan. Until now I dah
biasa buat macam tu. Tulah kecur liur tengok rambutan tu tadi..” Jelas Triesya.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan merenung wajah Triesya yang sedang teruja
memakan buah rambutan tadi. Nampak comel sekali wajahnya.
Ting!
“Ouch!” Spontan Tengku Ezkandar
Heidi menghisap darah yang mengalir dari jari telunjuknya.
“Hubby? Hubby okay tak ni?” Soal
Triesya cemas apabila melihat luka di jari Tengku Ezkandar Heidi. Jari Tengku
Ezkandar Heidi ditarik dan spontan Triesya menghisap jari Tengku Ezknadar Heidi
agar darahnya berhenti mengalir. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Tidak
menyangka yang Triesya sanggup menghisap jari dan darahnya.
“Kenapa cuai sangat ni?!” Soal
Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya.
“Err. Baby punya pasallah ni…” Balas
Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Triesya mengangkat wajahnya dan memandang Tengku
Ezkandar Heidi. Dahi dikerutkan. Entah apa salahnya.
“Apa pula baby?” Soal Triesya hairan.
Tengku Ezkandar Heidi tersengih dengan pipi yang merah.
“Baby kenyitkan mata kat hubby tadi.
Buat hubby hilang konsentrasi je.” balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersengih.
Triesya? Tergelak. Tergelak dan tergelak sehinggakan wajahnya bertukar merah.
“Asalamualaikum
wbt…” Sapa satu suara garau pada Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku Ezkandar
Heidi tersedar dari lamunannya dan berpaling memandang ke muka pintu…..
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
****************************************************
ASALAMUALIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA~
As soon as one is born, one starts dying.
-Al-fatihah~
MAAF DI ATAS KELEWATAN PADA HARI INI…….
How was the story? I
hope the chapter 21 is okay. I think so…… Panjang? Pendek? Sorry jika terpendek. Sorry
juga jika terpanjang dan membosankan……
Saya
Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF di atas kelewatan saya mengupdate AKU CINTA KAMU BAB 21. I was in musibah right now… Saya harap
awak semua faham keadaan saya…. Saya juga ingin meminta maaf sekiranya ada
kesalahan ejaan, perkataan, ayat dan sebagainya. Juga jika ada yang terover, tak logic dan ‘ter’ yang sebagainya lagi. From deep of my heart I’m sorry…. I’m just me. I’m not perfect at all. Jika ada yang postif kita ambil dan
buat ikhtibar. Tetapi, bagi yang negative
kita buang jauh-jauh dan jangan hiraukan. Blog ni adalah blog santai. Blog yang
saya buat untuk kita semua rehatkan minda dan berada di dunia lain. That’s why it’s call DUNIA FANTASIKU. Chill babe~
Oh
ya! Siapakah yang berjumpa dengan Tengku Ezkandar Heidi? Any comment? Pudding Caramel? You Should try it babe. One of my Favorited! Nyummy! But those that have diebetis. Please. Close your eyes. Manis Babe!
Thanks for those yang sudi dropping by and leave their comment.
Saya amat menghargainya sayangggggs~ Tolong tinggalkan comment anda kerana saya akan bertambah sayang pada anda J Love you!
SILA
TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
Till then,
Sincerely,

eheheh...siapa pula yg dtg tu ye? suspen betullh..
ReplyDeleteentah-entah papa dn mama tiri Trish tak? dn
apekh rahsia yg tersimpan selama ini oleh papa
Trish ye sehinggakan Trish pun tak tau... nak lagi
Ratu tk setiap hari ada n3 baru... best sgt.
Hi anor =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe a'ahlah siapa agaknya yg dtg tu yer
ukeh awak. hwaiting for the next n3 ya
yer awak.kite akan update slagi kita ada msa free ukeh. hehe. uwc =) thanks dear
OmG, pasti papa triesya yg datang ni..
ReplyDeleteHI miss anony,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
OMG! hehehe surprise! hwaiting n3 mlm ni ya =)
rahsia dh nk terbongkar...bersiap sedia untuk mendengar triesya mengamuk..kihkih
ReplyDeleteHI miss anony,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment =)
hehe a'ah dah nak terbongkar.kotttt~ hehe
hwaiting~
sweet jer triesya n que ez.... haha!!
ReplyDeletebest3!!! hwaiting !!! ^_^
HI lylea =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment
sweet ke? thanks dear
hwaiting~
hai dear..=)
ReplyDeletex mw teka2 spa dtg..
tp....................hehehhe...biarlah rahsia..:)
HI dear =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe bijak sungguh cik mbai kita
hwaiting hehe