AKU CINTA KAMU BAB 31
TENGKU EZKANDAR HEIDI yang sedang berdiri bersandar di dinding hospital
didekati oleh Dato Syed Al-Azhar dan yang lainnya. Wajah cemas mereka saat ini
tidak terlawan wajah sakit Tengku Ezkandar Heidi.
“Que Ez? Macam mana dengan Triesya?”
Soal Dato Syed Al-Azhar cemas. Masih terasa sakit pada jemarinya kerana
menampar anaknya tadi. Sekejap Cuma, mereka mendapat berita pula mengenai
kemalangan gadis itu. Automatic Dato
Syed Al-Azhar jatuh pengsan saat itu juga. Tidak tertahan penyelasan dirinya.
Dia benar-benar bersalah kepada arwah isterinya kerana tidak dapat menjaga anak
gadis mereka dengan baik sehingga membahayakan nyawa Triesya.
“Daddy
syed. Trish. Masih. Dalam. Emergency.
Room.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi satu-satu
dan tertunduk. Sukar untuk dirinya bercakap saat itu. Masih terasa trauma
dengan apa yang dilihatnya. Lebih-lebih lagi pabila melihat Triesya yang
berlumuran darah. Hampir luluh jantungnya saat itu jua. Dato Syed Al-Azhar spontan
menumbuk dinding hospital sekuat hatinya. jika terjadi apa-apa kepada Triesya pasti
dia tidak akan memaafkan dirinya. Kerana dia Triesya menjadi seperti itu dan
tengah bertarung nyawa saat ini.
“Zar…” Halang Tan Sri Tengku Haris
dan menarik tubuh Dato Syed Al-Azhar dari melepaskan amarahnya pada dinding
tersebut. Manakala, Datin Tengku Merissa sudah berpelukan dengan Puan Sri
Tengku Melissa dan menangis. Datin Hjh Meriam,Pn Hjh Cathleen dan Tn Hj Badri lebih
memilih untuk mendiamkan diri dan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.
“Aku takkan maafkan diri aku Ris kalau
ada apa-apa terjadi pada anak aku. Aku yang salah!” Luah Dato Syed Al-Azhar dan
meraup rambutnya ke belakang. Terasa bersalah sekali dirinya saat ini. Tengku Ezkandar
Heidi hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk mengerakkan bibirnya. Setiap
kali dia menutup mata pasti kan teringat akan wajah gadis yang dicintainya itu
berlumuran darah.
“Dia
bersalah sebab dia anak saudara perempuan ni! Ya! Aku mengaku! Aku cintakan
dia. Aku nak bina keluarga bahagia dengan dia! Aku nak jadi isteri yang halal
buat dia! Ibu kepada anak-anak dia! Tapi papa dan perempuan ni yang rampas
kebahagiaan tu dari hidup aku!!!! Selepas aku tahu tengku adalah anak saudara
perempuan ni aku rasakan hidup aku terhenti! Rasa dikhianati! Aku rasa
dipermainkan oleh perempuan ni dan anak suadara dia! Papa sedar tak tu?!”
Setiap kata-kata yang Triesya katakan
tadi kembali teringiang-ngiang difikirannya. Air mata yang jatuh dilap.
Kalaulah Triesya tahu betapa dirinya juga terlalu mencintai Triesya. Ingin
membina keluarga bahagia bersama Triesya. Menjadi suami yang halal buat Triesya
dan bapa kepada anak-anak Triesya. Semua itu ingin diucapkannya pada Triesya.
Dia mahu. Teramat mahu. Saat ini dia hanya mampu berdoa. Berdoa agar nyawa
gadis itu diselamatkan. Dia berjanji. Jika Triesya selamat. Akan dilamar gadis
itu menjadi isterinya yang halal. Menjaga dan berada di sisi Triesya setiap
masa. In Shaa Allah. Itu harapannya kini.
“Zar… Ini takdir yang DIA takdirkan
buat kita. Bersabarlah Zar…” Pujuk Tan Sri Tengku Haris kepada adik iparnya
merangkap bakal besannya itu. Terasa turut sedih apabila melihat seorang bapa
mengalirkan air matanya demi anak tercinta.
“Aku tak patut buat dia macam tu Ris.
Aku tak patut tampar dia. Aku tak patut abaikan dia. Masih terngiang-ngiang di
telinga aku ni Trish kata dia bencikan aku dan Merissa. Dia nak aku dan kita
semua anggap dia dah mati! Aku takkan maafkan diri aku Ris kalau terjadi
apa-apa pada Triesya. Salah aku!” Balas Dato Syed Al-Azhar. Tan Sri Tengku
Haris mengelengkan kepalanya. Tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dia sendiri
kehilangan idea. Dia sendiri tidak akan dapat bayangkan apa yang terjadi jika
benar Triesya tidak dapat diselamatkan. Nampaknya Allah swt makbulkan
permintaannya di saat dia belum meminta maaf kepada bapanya.
“Keluarga cik Syarifah Bikash Batriesya?”
Panggil seorang doctor yang baru
keluar dari bilik pemedahan. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan lainnya
mendekati doctor tersebut. Doctor tersebut membukakan masknya dan
memandang wajah Dato Syed Al-Azhar.
“Ronald?” Soal Dato Syed Al-Azhar terkejut.
Doctor bernama Roland tadi tersenyum
kecil dan anggukkan kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi dan yang lainnya pula
terkejut kerana Dato Syed Al-Azhar mengenali
doctor muda tersebut.
“Uncle.”
Sapa Ronald dan tundukkan kepalanya sedikit.
“Bagaimana keadaan Triesya Nald?”
Soal Dato Syed Al-Azhar.
“She
was in critical right now uncle. Kami memerlukan darah kerana Triesya kehilangan
banyak darah akibat pendarahan yang banyak.” Jenis Dr.Ronald. Dato Syed
Al-Azhar mengeluh.
“Uncle
dan Triesya mempunyai jenis darah yang sama. Uncle akan dermakan darah kepada dia.” Balas Dato Syed Al-Azhar.
“No
daddy syed. Que Ez yang akan dermakan
darah kepada Trish. Daddy syed serahkan seamuanya pada Que
Ez. Darah Que Ez jenis O juga.” Bantah Tengku Ezkandar Heidi. Kini tumpuan
beralih kepadanya.
“Betul tu Zar. Kau baru je pengsan
tadi. Masih lemah lagi. Biarlah Que Ez yang dermakan darah dia pada Triesya.
Jenis darah mereka sama.” Sokong Tan Sri Tengku Haris kepada Dato Syed
Al-Azhar. Dato Syed Al-Azhar memandang sayu pada Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki itu
benar-benar mencintai anaknya.
“Thanks
Que Ez. Hanya Allah Swt mampu membalas jasa Que Ez.” Balas Dato Syed Al-Azhar
dan memeluk Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menepuk lembut bahu Dato
Syed Al-Azhar.
“Ini tanggungjawab Que Ez pada Trish
daddy syed.” Balasnya dan melepaskan
pelukan. Dr.Ronald dipandang.
“Shall
we?” Soalnya pada Dr.Ronald. Dr.Ronald tersenyum kecil dan anggukkan
kepalanya.
“Triesya bertuah memiliki you.” Balas Dr.Ronald perlahan kepada Tengku
Ezkandar Heidi sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam bilik pemedahan. Tengku Ezkandar
Heidi mengerutkan keningnya dan memandang doctor
muda di sisinya itu.
“Sorry?”
Soal Tengku Ezkandar Heidi kurang jelas. Dr.Ronald tersenyum. Huluran baju rona
hijau,mask dan topi yang diberikan
oleh nurse tadi diambil oleh Dr.Ronald
dan menolng Tengku Ezkandar Heidi memakai semua kelengkapan tersebut sebelum
masuk ke dalam bilik pemedahan.
“She
was my first crush and she rejected me. Frustrated. But I’m happy seen her
happy now with the guy like you… so congrats. Don’t worry. I’ll do my best to
save her.” Jelas Dr.Ronald dan mengeyitkan matanya sebelum menapak masuk ke
dalam bilik pemedahan. Tengku Ezkandar Heidi menghentikan langkah dan memandang
pintu bilik pemedahan yang baru ditutup oleh Dr.Ronald tadi. Berani sungguh doctor muda itu. Time-time macam ni pun nak buat lawak antarabangsa. Ada juga yang
kena penangan dari aku. Desis hati Tengku
Ezkandar Heidi geram. Siapa tak cemburu bila ada lelaki lain membuat pengakuan
sebegitu rupa pada teman lelaki perempuan yang dicintainya. Gila!
Pintu bilik pemedahan dibuka dan Dr.Ronald
yang kembali memakai masknya memandang Tengku Ezkandar Heidi. Disebalik mask tersebut dia mengukirkan senyuman.
Tadi dia hanya menguji lelaki itu. Ternyata lelaki itu berasa cemburu. Hah!
siapa tidak cemburu jika ada lelaki lain membuat pengakuan seperti itu. Kepala digelengkan.
Memang apa yang dia katakan adalah benar. Triesya adalah gadis pertama yang
diminati dan dicintainya di dalam diam. Cuma yang jujurnya. Triesya tidak tahu
akan hal itu. Sewaktu mereka belajar bersama di luar Negara dahulu, gadis itu
selalu berkepit dengan Dr.Mikail. Tiada kesempatan untuk Dr.Ronald bermain cinta
dengan Triesya kerana Dr.Mikail pernah memberi amaran kepadanya agar tidak
mempermainkan perasaan Triesya.
“Come
tengku. Baring di sini dan kami akan mengambil darah tengku.” Arah Dr.Ronald dan
Tengku Ezkandar Heidi hanya mengikut. Sempat Triesya yang terbaring kaku dan
pucat disebelahnya dipandang. Terasa luluh jantungnya melihat wajah pucat itu.
Tangan Tengku Ezkandar Heidi diikat terlebih dahulu bagi menjadikan salur darahnya timbul
disebabkan oleh darah yang terperangkap. Alcohol
swab disapu pada bahagian yang akan
dicucuk bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman dalam darah melalui tempat
suntikan. Kemudian, diberikan
suntikan bius ataupun local anesthetic
terlebih dahulu supaya ketika jarum dimasukkan Tengku Ezkandar Heidi tidak akan
merasa sakit. Setelah itu, jarum
yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk pada salur vena dan
pendermaan darah berjalan.
Sepanjang pendermaan darah berlaku
mata Tengku Ezkandar Heidi tidak beralih dari memandang wajah cantik yang pucat
kini di katil sebelahnya. Mata gadis itu yang tertutup di renung. Tidak terbuka
walau sedikitpun. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Bagaimana nanti jika Triesya tidak
dapat diselamatkan??? Dia takut sekali dengan kenyataan itu. dia berdoa agar Triesya
dapat diselamatkan…
****AKU CINTA
KAMU*****
SUDAH SEMINGGU berlalu,
dan Triesya masih dengan komanya. Selama seminggu jugalah Tengku Ezkandar Heidi menjadi
penunggu setia hospital swasta milik keluarga tengku Aliff itu. Triesya yang
koma. Triesya yang kaku. Triesya yang bersimen kakinya kerana retak. Triesya
yang berbalut lehernya dan Triesya yang berbalut kepalanya kerana mempunyai
hentakan pada otaknya
Tengku Ezkandar Heidi memegang
jemari Triesya dan mengucup lembut jemari runcing milik gadis itu. Pipi Triesya
diusap lembut. Sehingga ke saat ini diatetap berada di sisi Triesya dan menjaga
gadis itu. Dato Syed Al-Azhar,Datin Tengku Merissa dan yang lainnya turt
bergilir-gilir menjaga Triesya. Semuanya sayangkan gadis itu dan tidak ingin
kehilangan Triesya. Apatah lagi dirinya. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.
Kemungkinan yang Dr.Ronald yang merupakan doctor
pakar bedah otak itu maklumkan kepada mereka semua membuatkan Tengku Ezkandar
Heidi takut.
“Setiap bahagian otak mempunyai
fungsi tertentu dan kita harus memahami bahagian dan fungsi otak sendiri.
Bahagian depan otak mengawal perangai kita dan jika bahagian terbabit rosak,
perangai seseorang mungkin berubah selain mengalami sawan atau kejang.” Jelas Dr.Ronald
kepada Tengku Ezkandar Heidi Dan Dato Syed Al-Azhar.
“Maksud Dr?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi kurang faham. Dr.Ronald tersenyum dan memaparkan imbasan x-ray kepala Triesya.
“Ini adalah Parietal berfungsi
mengawal pergerakan, tekanan, sentuhan dan rasa sakit. Jika terjejas, seseorang
itu mungkin lumpuh.” Jelas Dr.Ronald dan
menunjukkan bahagian atas tengah pada otak besar ataupun dikenali sebagai
cerebrum. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dan Dato Syed Al-Azhar dibuatnya.
Mereka saling berpandangan dan kembali memandang Dr.Ronald.
“dan
ini pula adalah bahagian
dalam otak (brainstem/tunjang otak) berada di dalam tulang tengkorak atau
rongga kepala bahagian dasar, memanjang hingga tulang punggung atau sumsum
tulang belakang. Bahagian otak
berkenaan mengatur fungsi dasar manusia, termasuk pernafasan, denyut jantung,
mengatur suhu tubuh, mengatur proses pencernaan, juga adalah sumber gerak hati
seperti melawan atau lari ketika berdepan bahaya. Jika bahagian ini terjejas, boleh
menyebabkan seseorang lumpuh. Pada tahap teruk, ada pesakit yang koma
(vegetative state) atau tiada pergerakan langsung dan tak mustahil jika pesakit
sedar nanti kemungkinan besar pesakit akan hilang ingatan. Hilang ingatan
bersifat sementara ataupun kekal. Kami sendiri belum dapat pastikan. Kita
terpaksa menunggu pesakit sedar dahulu.” Jelas Dr.Ronald.
“Jika dia tak sedar?” Soal Tengku
Ezkandar Heidi gugup. Dr.Ronald menghelakan nafasnya.
“Dia akan koma selamanya… Bila dia
akan sedar? Maafkan kami. Kerana kami sendiri tiada jawapannya. Hanya keajaiban
yang dapat membantunya.” Jelas Dr.Ronald kesal. Tengku Ezkandar Heidi meraup
rambutnya ke belakang. Terasa sesak dadanya mendengar jawapan doctor tersebut.
Bagaimana jika benar Trieysa tidak akan sedar sampai bila-bila? Dato Syed
Al-Azhar pula menitiskan air matanya. Tidak dapat menerima hakikat yang
dimaklumkan oleh Dr.Ronald tadi.
“Que Ez?” Panggil Tengku Aliff dan menepuk lembut bahu Tengku
Ezkandar Heidi yang sedang merenug wajah pucat Triesya itu. Tengku Ezkandar
Heidi tersentak dan menoleh ke belakang. Kelihatan susuk tubuh Tengku Aliff yang
lengkpa memaki kot putih rasminya.
“Still takde progress lagi?” Soal Tengku Aliff.
Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepalanya.
“Sabarlah Que Ez. In
Shaa Allah. Triesya akn sedar. Berbanyakkan berdoa. Bawalah dia berbual
kalau kau senang. Selalunya pesakit akan dengar walaupun mereka sedang koma.”
Jelas Tengku Aliff.
“Setiap hari aku buat Que Liff. Setiap masa aku bawa dia
berbual. Ungkit kenangan kami bersama. Tetapi dia tetap macam tu…” Luah Tengku
Ezkandar Heidi. Tengku Aliff mengeluh.
“Sabarlah Que Ez. Sepatutnya kau bersyukur kerana Trish masih
bernafas lagi. Triesya gadis yang kuat. Dia akan bertahan. Trust me…” Balas Tengku Aliff.
****AKU CINTA KAMU*****
Di
saat engkau dilanda musibah. Berdoalah kepada-NYA agar semuanya dipermudahkan….
DATO SYED AL-AZHAR yang baru lepas memberi salam
meraup kedua wajahnya. Air mata yang mengalir sepanjang solatnya dilap.
Sepanjang hidupnya. Dia sering diuji. Pelbagai ujian mampu ditangani dan
dihadapinya. Namun dua perkara yang tidak dapat diterima dan dihadapinya. Iaitu
kematian arwah isterinya dan kemalangan yang menimpa anak gadisnya. Kini, anak
kesayangannya itu terlantar kaku di katil hospital dan tidak sedarkan dirinya.
Setiap hari hanyalah berita hampa yang didengarinya.
“Still not have any
progress. I’m sorry…”
Ayat itu membuatkan dirinya hampa. Namun, Dato Syed
Al-Azhar tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anaknya.
Setiap hari pasti dititipkan doa bagi anak gadisnya itu pada setiap solat yang
dilakukannya.
Terbayang kembali pertemuan terakhirnya dan Triesya yang
diakhiri dengan peristiwa bermakna di
dalam hidupnya. Pertama kali tangannya mengasari anak gadisnya itu. Bukan niatnya.
Semuanya diluar kawalan dirinya. Namun kini, menyesal pun tiada gunanya kerana Triesya
masih belum sedar dan jika anak gadisnya itu sedar sekalipun pasti Triesya akan
lebih membenci dirinya….
Ingatannya kembali kepada saat-saat terakhir isterinya.
Setiap pesanan yang keluar dari bibir isteri tercinta masih kekal di dalam
mindanya. Masih segar setiap apa yang arwah Syarifah Balqis katakan pada
dirinya.
“Abang… Jagakan
Trish buat Qis… Hanya dia satu-satunya peninggalan Qis buat abang. Tanda cinta
Qis buat abang….”
“Maafkan abang
sayang… Abang gagal menjadi seorang ayah yang baik buat anak kita. Abanglah
punca Trish bertarung untuk hidup saat ini. Jika sahaja abang boleh mengantikan
tempat Trish. Abang sanggup Qis…” Ucap Dato Syed Al-Azhar dengan sendunya..
*****AKU CINTA KAMU*****
Sahabat sejati
adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih
menyeronokkan.
BEN mengelap wajah Triesya agar tidak kering kulitnya dan dapat bernafas. Dia
akui. Triesya. Walaupun dengan keadaan yang tidak sedarkan diri dan wajah yang
pucat, gadis itu masih cantik wajahnya. Itulah orang kata kecantikan semula
jadi. Tanpa make-up pun gadis itu
masih cantik. Bagaimanalah Tengku Ezkandar Heidi tidak jatuh cinta pada gadis
itu dan sanggup mengorbankan nyawanya demi Triesya. Jika dia sendiri lelaki
yang sejati pasti dia juga akan terpikat pada Triesya. Kecantikan dan
kelembutannya amat memikat sekali.
Namun
kini… Gadis itu terlantar kaku di atas katil. Tidak bergerak walau seinci pun. Rambut
Triesya dielusnya lembut. Pagi ini giliran Ben untuk menjaga Triesya sehingga
ke tengah hari nanti kerana Datin Tengku Merissa dan Puan Sri Tengku Melissa
yang akan menganti tempatnya. Manakala Tengku Ezkandar Heidi akan menjaga Triesya
pada waktu malam kerana ada urusan company
yang harus diselesaikan oleh Tengku Ezkandar Heidi.
“Babe… Bangunlah… Kau tak bosan ke tidur?
Kau rugi tau… Banyak sale sekarang
ni. Chanel? Gucci? Prada? LV? Kau cakap je. Aku belanja kau. Tapi please bangun babe….” Rintih Ben dan memegang tangan kiri Triesya dan mendekatkan
pada wajahnya.
“Aku
janji… Kalau kau bangun aku akan buat je apa yang kau suruh. Kau nak bawa aku
buat bangee jumping kan? Okay deal. Aku setuju. Dengan syarat kau
mesti sedar… Aku sanggup babe asalkan
kau kembali menjadi Triesya yang dlu.
Yang suka tergelak bersama aku. Bergurau dengan aku. Shopping dengan aku. Aku rindukan itu semua….” Sambung Ben dan
menangis. Air matanya diseka dan Triesya dipandang. Ternyata gadis terdapat air
mata pada hujung kelopak mata gadis. Ben maklum akan hal itu. Tengku Ezkandar
Heidi kata walaupun Triesya sedang berada di dalam keadaan koma tetapi dia
mendengar setiap apa yang orang bualkan padanya. Dengan perlahan Ben menyeka
air mata gadis itu.
“Aku
tahu.. Kau pun rindukan aku kan? Bangunlah babe…
Kalau kau tak bangun aku ambik juga si tengku tu kang.” Gurau Ben dan tergelak
kecil. Kepalanya digelengkan dan jarinya menyeka air mata yang jatuh.
“Babe… Aku dah anggap kau seperti adik
kandung aku sendiri. Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana kehidupan aku tanpa kau… Di dalam dunia ni
selain Amma aku. Hanya kaulah yang faham aku babe….” Luah Ben dan membenamkan wajahnya ke atas katil. Dibiarkan
air matanya jatuh di situ. Melihat keadaan Triesya dengan keadaan sebegitu buat
kali yang keduanya membuatkan dia semakin terfikir. Bahawa setiap apa yang
berada di dalam dunia ini hanya bersifat sementara sahaja….
Tet!
Tet!
Tettttttttttttttttttttttt….
Spontan
Ben mengangkat wajahnya dan memandang ke arah mesin yang menayangkan bacaan
nadi Triesya sedang lemah. Spontan Ben menekan butang kecemasan pada hujung
kepala katil.
“Babe?” Panggil Ben cemas.
“Babe Please!” Cubanya lagi dan
mengerakkan tubuh Triesya. Sekali lagi butang kecemasan ditekan….
*****AKU CINTA KAMU****
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di
sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu
meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
TENGKU EZKANDAR HEIDI bergegas mendapatkan Ben dan Dato Syed Al-Azhar dan Datin
Tengku Merissa yang sedang menanti di luar bilik Triesya. Sejurus selepas meeting bersama BOD tadi dia bergegas ke
hospital setelah mendapat panggilan dari Ben yang mengatakan bahawa Triesya
berada di dalam keadaan yang kritikal saat ini. Hampir saja dia sendiri yang
teraccident ketika memandu tadi.
Hatinya benar-benar tidak tenang.
“Ben?
Mana Triesya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Ben sejurus mendekati Ben. Ben
yang tadinya berulang alik dari hujung ke hujung berhenti dan memandang Tengku Ezkandar
Heidi. Merah matanya kerana menangis.
“Tengku…
Triesya. Dia tengah critical saat
ni.” Jawab Ben. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Kepalanya dipicit.
“Uncle…” Panggil Dr.Ronald setelah
menapak keluar dari bilik Triesya. Spontan Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa
yang tadinya duduk di kerusi yang disediakan berdiri mendapatkan Dr.Ronald.
“Nald?
How was Triesya?” Soal Dato Syed
Al-Azhar. Tengku Ezkandar Heidi dan Ben turut mendekati mereka.
“I’m sorry uncle… We’ve done our best… we…”
Balas Dr.Ronald sugul. Spontan Dato Syed Al-Azhar pengsan.
“Daddy syed!” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi dan memangku lelaki itu.
“Papa!” Jerit Datin Tengku Merissa dan Ben
pula.
Kematian
adalah kehidupan.
Dialah
jantung keabadian.
Gerbang
penentuan.
Kebaikan
dan keburukan.
Kebahagiaan dan penderitaan.
Keimanan
dan kekufuran.
Kematian
adalah kehilangan.
Dialah
pemutus hubungan.
Cita-cita
dan harapan.
Nafsu
yang dibiarkan.
Kematian
adalah awalan.
Awal
dari sebuah perjalanan.
Perjalanan
tanpa berkesudahan …
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
*************************************************
Asalamualaikum Wbt And
Salah Sejahtera Ladies~
Hi ladies! How was the story? Sorry kalau ACK BAB 31 ini agak pendek.
Nantikan entry seterusnya ya J
Saya
Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat memuaskan
hati mana-mana pihak L MAAFKAN SAYA . Huhuhu. MAAFKAN
SAYA juga jika ada kesilapan pada ejaan, ayat dan perkataan. Juga sekiranya
cerita ini agak terover, tak logic dan sebagainya. MAAFKAN SAYA mak
inchik! Huahuahua J
Ladies, apakah akan terjadi kepada kisah
percintaan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi? Adakah mereka kisah cinta mereka
berdua berakhir di sini? Apakah kisah episode
cinta mereka berakhir dengan ending
yang sedih? Waiting for the next entry
dear J
Thanks
for those yang sudi dropping by and leave ur comment dear J Much appreciated it!
Do come again! Please! Please! Please! Leave ur comment J
SILA TINGGALKAN
JEJAK ANDA. TQ. J
Till then,
Sincerely,

dr.ronald melawak ja kot??
ReplyDeletejgn la bg triesya mati.
hrp triesya x alami kesan buruk akibat accident tu..
HI SITI
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
Hehehe if triesya mati hbslah crta awak. hehe
salam.Bonjur!!!! =) Bonne nuit cher~~eheh.my heart was pumping faster then qu ez ferrari after i read this new chapter and sudden tears pulak =( wak apasal sedih sangat ne wawaawa bangun pagi terus nangis wawawa sodeh =.( jangnalah apa2 jadi kat trisya give us a happy ending =). I was listening to one of my favorite song from charlie chaplin that touch my heart deeply ~Smile though your heart is aching..Smile even though it's breaking...When there are clouds in the sky you'll get by~( lagu ne mcm situation trisya jer ) =(PLEASE trisya wake up from your journey dreams.Don't u knw how ur family needs you they loves u damn much.sob..sob eheh wak your the best!!! (eden menghilang tobang balik sinun eheh study ne pun baru bangun pagi,terus bukak lappy baco) anyway good job dear. impressive writing@ tipping eheh.cayo!!!!!!! salam
ReplyDeleteHI miss anonymous
DeleteWslm and bonjour :)
thanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe was so faster ah. hehe. relax n calm down dear. :)
hehehe jan sedihsedih eh. hehe. in shaa allah. pray for the best for triesya :) hehehe. yay! wake up triesya! hehe
ouh. ehkau study ghuponya. haha. thanks wak sudi buka blog kite and bca karya kite :) terharu~ hehe :)
thanks dear hehe.
Jgn ah buat sad ending pulak...kesian kat Que Ez..nak lagi....
ReplyDeleteHI Eeyta :)
Deletewelcome dear
thanks for dropping by and leave ur comment
do came again ya :) hee
in shaa allah~
x akan sad ending. hehe
ratu plezzzzzzzzz jgn wat trish mati...hampa jiwa jika trish mati.
ReplyDeletesanggup tggu n3 tiap2 ari tiba2 trish mati..x mauuuuu (T_T)
ratu ada brpa n3 ag nk abis ???
HI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment :)
Heheheh takkkkkk~ kite tak matikan dia. bukan kite! buken kite! hahaha.
awwwwhhhh~ terharu! thanks dear sudi tgu n3 harihari :) syg awak!
hehe
trplg pda readers. ada 37 BAB. tapi kalau nak sampai dorang lepas kahwin tu ada dalam 40 BAB :)
rasa sy triesya hidup ag..mungkin doc nk gitau something tp x sempat sbb daddy trish pengsan dulu..
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe wahhh~ awak sungguh bijak! yay! hehe :)
ohhooo... pliz, katakan tidak mati pada triesha..hehehe...
ReplyDeletex best la heroin mati..^_^
HI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe yay! katakan tidak mati pada triesya! hehe :)
yapz! kite sokong :) hehe
Sedihnyeeee! :'( Triesha lumpuh ajer kot?
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe nah tisu! cyan awak :)
xnk lumpuh. xlawa ar nnti triesya kite! hee
Alaa Ratu jgnlah akhirnya sad ending... biarlah Trish
ReplyDeleteakan sedar dgn kuasa Allah dn dia dpt meminta maaf kpd
ayahnya. tlglh Ratu kesian kat kami yg mengharapkan
cite ni happy ending....huhuhu. Dn harap Trish akan dpt
membuang segala kebencian dlm dirinya dn memaafkan
kerana itu saja yg boleh buat dia akan merasai tenang.
HI anor
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe tak akan awak. kite buat story happy ending je. dont worry ukeh :)
kite faham syg sbb kite pun readers mcm awak. geram bila cite yg kite baca sad ending. hampeh je bca. haha :P
huhuhux..... TRIESYA!!!!
ReplyDeletecian kt daddy dia...
HI Lylea!!!
DeleteHahahaha
thanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe a'ah. cyan kan wak. hehe
huaaaaa..knp semua ni jd???
ReplyDeleteYou'll find workouts inside p90x that approximately for four weeks. If you can imagine, jumping up with both legs heels to your ass need certain nutrients in order to grow and regenerate:1. The schedule for P90 X is very warm up I felt good.
ReplyDeleteHere is my blog post: olchovskij