AKU
CINTA KAMU BAB 22
AKU mengerutkan kening
memandang sekeliling pelosok ruang makan. Mana dia? bibir diketap. Terlajak
tidur ke apa mamat ni? Takkan dia tidur balik kot…. Nak tanya nenek. Hurm. Malu
pula. Ben pun belum ada lagi ni…
“Morning…” Sapa Ben ceria dan mengambil
duduk di hadapanku. Aku kerutkan kening dan memandang ke muka pintu ruang
makan. Erk! Takde pun!
“Morning Ben. Best tidur semalam? Selesa tak?” Balas nenek mesra. Ben tergelak
dan sempat mengucapkan terima kasih kepada Mak Yam kerana menuangkan jus
buatnya.
“Best nek. Tenang je tidur. Tapi tulah. Sejuk
bukan main lagi. Tak payah pakai aircond.” Balas Ben teruja. Betul kata Ben tu. Di kampung
ni memang sejuk. Lebih-lebih lagi rumah papan macam ni. Diwajibkan pakai comforter tebal-teballah jawabnya.
“Err.
Babe. Tengku mana?” Soalku hairan
pada Ben. Ben pula mengerutkan kening dan turut meliarkan matanya memandang ke
sekeliling ruang makan.
“Eh!
Bukan tengku dah jalan dulu ke tadi? Aku ingatkan dia dah jalan dulu. Tak
tunggu aku. Dia takde kat ruang selatan pun tadi.” Jelas Ben hairan. Terkejut
aku dibuatnya. Aik! Ke mana pula encik kesayangan aku ni?
“Dia
jalan sekejap.” Jelas nenek dan tersenyum. Coffee
diminum dengan cermat. Aku mengerutkan kening memandang nenek. Jalan? Mamat tu
manalah tahu selok belok kampung ni. Apa kes?
“Jalan
ke mana nek? Dia bukannya tahu selok belok kampung ni hah.” Balasku pada nenek.
“Ada
yang temankan dia…” Balas nenek. Aku kerutkan dahi sekali lagi. Ada yang
temankan?
“Siapa?
Pak Halim?” Soalku pada nenek. Nenek gelengkan kepala.
“Bukan.”
Balas nenek dan tersenyum penuh makna. Aku mengaru dagu. Ada yang tak kena
dengan senyuman nenek ni.
“Siapa
nek?” Gesaku.
“Pak
long…” Jawab nenek selamba dan meneruskan sarapannya. Aku? spontan aku berdiri.
“Apa
nek?! Pak long?! Aduhai mampus!” Soalku terkejut. Ben kerutkan dahi. Manakala nenek
dan Mak Yam tersenyum.
“Kenapa
pula mampus babe? Pak long tak suka
kau ada boyfriend ke?” Soal Ben hairan.
Aku gelengkan kepala dan berjalan dari hujung ruang bilik makan ke hujung ruang
bilik makan. Jnatung aku dah berdegup kencang.
“Bukan.”
Balasku pendek.
“Dah
tu?” Soal Ben lagi. Aku hentikan langkah dan memandang Ben sambil memeluk
tubuh.
“Setiap
anak-anak dan anak buah pak long yang bawa balik bakal pasangan hidup mereka
dan kenalkan pada nenek. Pak long akan uji dahulu sama ada calon tu sesuai
ataupun tidak untuk menjadi ahli keluarga baru bagi keluarga ni. Kalau anak
perempuan bawa balik calon lelaki maka pak long yang akan nilaikan. Tetapi kalau
lelaki bawa calon perempuan. Mak long yang akan nilaikan. Kau tahu tak apa jadi
dengan calon kakak sepupu aku si Akhma tu tahun lepas? Teruk tau pak long kenakan calon dia tu. Siap
disuruh turun ke bendang dan carikan ikan keli buat pak long. Dah lah budak
Bandar. Orang berada. Turun ke bendang? Takde maknanya! Derma darah dengan
lintahla jawabnya!” Jelasku pada Ben. Terlopong Ben dibuatnya.
“Biar
betik?” Soal Ben tak percaya.
“Bukan
takat betik Ben oi. Ni dah takat durian kegemaran kau tu hah.” Jelasku padanya.
Ben mengaru kepala. Nenek tersenyum.
“Batrish
tak usahlah risau. Pak long tahu apa yang dia buat. Dia nak lihat kesungguhan Que
Ez sahaja.” Balas nenek.
“Trish
faham nek. Tetapi Que Ez tu tak sihat nek. Dibuatnya pak long suruh dia buat
tak tentu. Angkat berat-berat. Sakit balik budak tu nek. Disamannya nanti
keluarga kita ni.” Balasku risau. Dahlah luka diperut Tengku Ezkandar Heidi tu
belum baik. Walaupun dia nampak gagah dan sihat. Tapi aku tahu adakalanya dia
seperti menahan sakit.
“Betul
ke?” Soal nenek hairan.
“Betul
nek.” Sokong Ben.
“Nek…
Pak long bawa Que Ez ke mana nek?” Desakku pada nenek. Raut wajah nenek pula
seperti serba salah ingin beritahu.
“Hurm.
Tak jauh mana sebenarnya. Belakang rumah tu aje.” Balas nenek dan tersengih.
******AKU CINTA KAMU*******
TAN SRI SYED AL-AZIM
tersenyum kecil
memandang pemuda dihadapannya. Pemuda yang amat dikenali sekali dengan
jawatannya sebagai CEO muda dan di antara salah satu jutawan di dalam negara.
Kepala digelengkan. Siapa kata cinta tidak berkuasa? Cinta sungguh berkuasa
sehinggakan pemuda di hadapannya ini sanggup bersusah payah membelahkan kayu
menjadi kayu api.
“Pak long!” Suara lembut Triesya memanggilnya.
Dia tersenyum dan tetap tidak memalingkan wajahnya. Lebih selesa bersantai di
kerusi kayu di bawah pokok tersebut. Dia tahu Triesya akan mencarinya juga. Dia
bukan berniat jahat. Dia ingin yang terbaik buat anak-anaknya.
“Sayang?” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi dan berhenti melakukan kerjanya tadi. Triesya yang sedang berjalan ke arah
mereka di pandang. Alahai. Hilang penatnya sedikit pabila melihat wajah cantik
itu memakai baju kurung cotton rona turquoise. Triesya. Pemakaiannya di
rumah amat berbeza sekali dengannya pemakaiannya sebelum ini. Triesya kata
memang peraturan neneknya begitu jika berada di kampung. Sepupu-sepupu
permpuannya juga begitu.
“Ehem!” Dehem Tan Sri Syed Al-Azim.
Spontan Tengku Ezknadar Heidi kembali melakukan tugasnya. Alahai. Terkantoilah
pula depan pak long. Kepala digelengkan dan bibirnya mengukirkan senyuman sedikit.
Seumur hidupnya tidak pernah melakukan kerja tersebut. Demi cinta dan demi Triesya
dia sanggup melakukan pengorbanan. Betullah tu kata Burn. Setakat Lambhorgini tu
takde mananya lagi jika nak dibandingkan dengan pengorbanannya saat ini. Dengan
luka yang masih belum baik dan panas yang membahang. Terpaksa di tahan di
hadapan pak long.
“Asalamualaikum wbt sayang.” Sapa Tan
Sri Syed Al-Azim mesra pabila Triesya sudah berada di hadapannya. Triesya
mencengkak pinggangnya dan mencerlung tajam padanya. Alahai. Ingat dia takut
ke. Nak sahaja dia tergelak di situ. Namun, di tahan sahaja.
“Walaikumsalam wbt. Pak long! Apa
ni? Tak baik tau membuli….” Rengek Triesya pada pak longnya. Meletus jua tawa Tan
Sri Syed Al-Azim dibuatnya.
“Amboi! Sayang sangat yer dengan Que
Ez tu sampaikan tak nak salam and huge
pak long.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim dan menaikkan keningnya. Spontan Triesya tersengih
dan menyalam pak longnya dan di peluk mesra tubuh pak cik yang dianggap seperti
bapa kandungnya itu. Alahai. Boleh pula main terjah je macam tu. Risaukan
Tengku Ezkandar Heidi sangat sehinggakan lupa nak salam pak longnya.
“Anak dara pak long ni. Pak long
datang jauh-jauh. Siap sampai subuh tad. Bukan nak tanya khabar kita. Dah tak
sayangkan pak long dah. Sayangkan orang lain.” Sakat Tan Sri Syed
Al-Azim.Triesya tergelak.
“Bukanlah… Tapi pak long tu. Nakal sangat
nak buli boyfriend Trish. Kasihanlah
kat dia pak long….” Balas Triesya dan duduk di tepi pak longnya. Sempat Tengku
Ezkandar Heidi dijeling. Aduhai. Kasihan dia. Desis hatinya.
“Bukan buli. Pak long Cuma nak uji
dia saja. Nak tengok betapa cintanya dia pada anak dara pak long ni.” Balas Tan
Sri Syed Al-Azim dan membelai rambut Triesya. Sejak kecil. Triesya manja dengannya
berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Mengenai hubungan dingin Triesya dan
adiknya juga sudah diketahui. Sudah dinasihati. Namun Triesya tetap keras
hatinya.
“Pak long… Dah lah tu. Kasihanlah dekat
dia. Dia tengah sakit tu. Belum sihat lagi. Nanti kalau apa-apa jadi pada dia
takdelah yang nak kahwin dengan Trish….” Rungut Triesya. Tergelak besar Tan Sri
Syed Al-Azim dibuatnya. Sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi turut memandang
kepada keduanya.
“Yelah-yelah. Que Ez. Dahlah tu. Terima
kasihlah sebab dah potongkan kayu api untuk masak lemang raya nanti.” Balas Tan
Sri Syed Al-Azim dan tergelak. Terbeliak mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
Kayu api untuk raya? Tadi pak long kata
kayu api tu untuk memasak. Nenek suka memasak dengan menggunakan kayu api. Kayu
apilah sangat. Rupanya dia dipermainkan oleh pak long Triesya.
“Sayang? You okay tak ni?” Soal Triesya kepda Tengku Ezkandar Heidi. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum dan menganggukan kepalanya.
“I’m
fine sayang. Don’t worry.” Balas Tengku
Ezkandar Heidi.
“Eh! Jangan sayang.” Larang Tengku
Ezkandar Heidi pabila Triesya ingin menyentuhnya. Triesya kerutkan kening,
“Kenapa?” Soalnya hairan.
“I
tengah kotor ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum. Triesya tergelak
dan tetap memegang lengan Tengku Ezkandar Heidi.
“Tak kisah pun. Jom jumpa pak long.”
Balas Triesya dan membawa Tengku Ezkandar Heidi berjumpa dengan Tan Sri Syed
Al-Azim.
“So
pass tak?” Soal Triesya nakal kepada
Tan Sri Syed Al-Azim. Tersenyum pak longnya. Kepala dianggukkan. Memang Tengku
Ezkandar Heidi menepati ujiannya. Sikap gentleman
lelaki itu dan sabarnya memikat hati Tan Sri Syed Al-Azim.
“Pass
sayang.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim.
“Yay!” Jerit Triesya dan memeluk Tan
Sri Syed Al-Azim. Tergelak Tan Sri Syed Al-Azim dan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
*******AKU CINTA KAMU*********
TENGKU EZKANDAR HEIDI, Triesya dan Ben berjalan di tepi sawah. Di
atas permintaan Tengku Ezkandar Heidi sendiri. Pengalaman berada di sawah padi
adalah pengalaman pertamanya. Tidak menyangka yang kini dia berdiri di situ apatah
lagi bersama insan tersayang.
“This
if my first time…Pertama kali I
berjalan di sawah padi macam ni. it’s so
beautiful sayang….” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeratkan pegangan
tangannya pada jemari Triesya. Triesya mengerutkan dahi memandang Tengku
Ezkandar Heidi. Dia ni semuanya first time.
Desis hatinya.
“You
ni semua first time.” Rungut Triesya.
Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Nak buat macam mana babe? Dah memang ni pertama kali I pergi ke sawah padi.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dengan tawa yang
masih bersisa. Triesya mencebik dan menjulingkan matanya ke atas
“Kenapa buat muka macam tu? Kiss nanti. Baru tau!” Ugut Tengku
Ezkandar Heidi dan menaikkan keningnya. Terasa lucu pabila Triesya membuat
muka.
“Kiss
lah sangat. Takde kerja lain ke apa!” Rungut Triesya dan mendekati Ben yang
sedang khusyuk menangkap gambar. Ben? 10 kali ke sawah padi ni. 10 kali tu
jugalah Triesya nampak Ben asyik menangkap gambar sawah padi tu. Entah apa-apa
yang dia ambil entah.
“Kali ni apa pula kau ambil Ben?
Lintah ke?” Soal Triesya dan menepuk bahu Ben. Menjerit kecil Ben dibuatnya.
“Hoi! Engkau ni babe. Kasihan tau aku. Dibuatnya aku mati di tengah bendang ni. Memang
engkau aku cari dulu!” Marah Ben dan mengusap-usap dadanya. Triesya dan Tengku
Ezkandar Heidi tergelak.
“Relaxlah
babe. Kau ni. Usik sikit dah sentap! Kata lelaki…” Sindir Triesya. Ben
mencebik dan kembali menyambung menangkap gambar burung-burung yang sedang
berterbangan. Jika dilayankan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi. Pada akhirnya
nanti pasti dia juga yang akan dikenakan.
“Merajuk ke?” Soal Triesya dan
mecuit bahu Ben. Namun Ben hanya buat tak tahu saja. Sekali lagi Triesya tergelak.
Kalau dah lembut tu. Bila dah sentap. Hurm. Bukan main lagi.
“Babe.
Apa ni merajuk-merajuk?” Soal Triesya tak puas hati. Ben menoleh dan menjeling Triesya
sebelum kembali menyambung kembali tugasnya tadi.
“Siapa kata aku merajuk? Takde classlah nyah! Dah! Dah! Korang pergi
jauh-jauh sana. Dating ke apa. Nak buat
drama Hindustan pun boleh. Aku nak berkarya ni.” Balas Ben dan menolak tubuh Triesya
sehingga Triesya dekat pada tubuh Tengku Ezkandar Heidi. Tergamam keduanya
apabila Triesya ditolak oleh Ben tepat-tepat ke dada sasa Tengku Ezkandar Heidi
dan lelaki itu pula spontan memegang bahu Triesya. Takut gadis kesayangannya
jatuh. Sekali nampak seperti mereka sedang berpeluk.
“Ops! Sorry babe! I sengaja! Hahahah.”
Sakat BEN dan tergelak. Tubuhnya di bawa lari ke hujung sawah padi
sebelah sana sebelum di kejar oleh Triesya. Memang tadi dia sengaja berbuat
seperti itu. Bukan dia tidak tahu. Sejak Triesya bercakap tadi Tengku Ezkandar
Heidi khusyuk merenung wajah cantik itu. Siap dengan senyuman lagi. Angau
sangat dah! Hahahaha.
“Errr… I’m sorry babe. Tak sengaja.” Balas Tengku Ezkandar Heidi gugup dan
melepaskan pegangannya pada Triesya .
“O… ok.” Balasnya pendek dan mengaru
kepalanya. Tak tahu nak cakap apa. Malu juga. Bukan tak pernah Tengku Ezkandar
Heidi memeluknya. Namun, entah kenapa. Saat itu terasa lain. Mungkin kerana
satu perasaan kecil yang mula menjalar di dalam hati kecilnya buat lelaki itu.
Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi duduk
di sebuah pondok kecil di tepi sawah padi. Angin yang menyapa dan sawah padi
yang menghijau benar-benar menenangkan jiwa keduanya. Triesya memandang jauh ke sawah padi. Terasa
damai di hati. Dulu, pabila mereka sekeluarga balik ke kampung nenek. Pasti dia
akan menemani mama melukis di tepi sawah padi. Namun kini….
Tengku Ezkandar Heidi pula,
berlainan dengan dirinya. Saat ini Tengku Ezkandar Heidi sedang khusyuk
memandang si dia di sisi. Seribu kali pandang pun wajah cantik itu pasti dia
tidak akan bosan. In Shaa Allah perasaan
itu tidak akan berubah sampai bila-bila. Triesya. Orangnya memang cantik. Tak
hairanlah jika ada banyak lelaki ingin mendapatkannya. Sepanjang kenal dengan Triesya
sudah banyak lelaki yang ingin mencuba gadis itu. Namun, tidak dilayan olehnya.
Itulah Triesya. Sukar didekati. Sebab itulah Tengku Ezkandar Heidi menggunakan
cara yang ekstrem untuk memilikinya. Ekstrem tak ekstrem. Yang penting dia
ikhlas dan cintakan Triesya.
“Kenapa?” Soal Triesya hairan. Hairan
pabila memandang Tengku Ezkandar Heidi yang berada di sebelahnya sedang khusyuk
memandang dirinya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengalihkan pandangannya ke
depan. Malu! Dah red caught dengan si
dia. Haila~
“Hah? Errr. Tak de apa-apa. I tengok Ben kat sana tu.” Bohong Tengku
Ezkandar Heidi dan menunjuk ke arah Ben yang berada di hujung sana dan secara
langsungnya di sebelah kiri mereka. Triesya saat itu duduk di sebelah kirinya.
Janganlah dia perasan. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi. Triesya yang
mengerutka dahi hanya menganggukan kepalanya. Yela kot. Desis hatinya.
“Err. Pak long you tu kerja apa eh?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Triesya
di sisi di pandang. Pak long Triesya pada mulanya agak menakutkan orangnya.
Tegas semacam. Namun pabila saja Triesya datang. Wataknya berubah. Menjadi
seorang yang peramah, baik dan suka ketawa. Rupanya dia saja ingin menguji Tengku
Ezkandar Heidi.
“Pak long ada buka company sendiri. Dia arkitek sebenarnya.
But now, 4SD yang banyak uruskan company dia.” Jelas Triesya. Tengku
Ezkandar Heidi kerutkan kening. SD? Apa tu?
“4SD? What is that?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan,. Spontan Triesya menepuk
dahinya dan tergelak.
“Sorry-sorry.
4SD tu anak-anak lelaki dia. Semuanya lelaki dan ada empat orang semuanya. Syed
Daniel,Syed Damien,Syed Darius and Syed Danish. That’s why kita panggil mereka berempat 4SD. Kita cousin-cousin ada gelaran
masing-masing.” Jelas Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi
anggukkan kepala. Boleh tahan sepupu-sepupu Triesya. Nama bukan main lagi
“Cousin-cousin
you yang lain pula macam mana?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.
“Anak pak lang pula 5SA, Syarifah
Aira, Syarifah Aina, Syed Adam, Syed Akil dan Syed Aimel. Manakala, pak su pula
2SA. Syarifah Akhma dan Syed Ahmad.” Jelas Triesya dan tersenyum pabila
teringatkan sepupu-sepupunya. Secara jujurnya dia lebih rapat dengan
sepupu-sepupu sebelah mamanya daripada sebelah paapnya. Namun itu tidak menjadi
satu isu kepada mereka untuk rapat. Sepupu-sepupunya pula jenis yang peramah.
Mudahlah untuk mereka bergaul.
“Then
how about you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Triesya tersenyum.
“SBB.”Jawabnya.Tengku Ezkandar Heidi
tersenyum kecil.
“Syarifah Bikash Batriesya.” Jelas Tengku
Ezkandar Heidi. Triesya anggukkan kepalanya.
“Pandai pun….” Balasnya dan
tersenyum.
“Tahu…” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba.
Treisya di sisi dijeling. Triesya mencebik.
“Hell
yarh!” Balas Triesya menyampah. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Hurm. Ben kata pak long tu Tan
Sri?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Kata Ben tadi pak long adalah seorang Tan Sri.
Tapi orangnya humble saja. Tak tinggi
diri. Terkeut juga sebenarnya tadi apabila pak long datang berjumpanya tadi
subuh.
“A’ah. Kenapa?” Soal Triesya hairan.
“He’s
kind.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum.
“Dia memang macam tu. Dia lebih suka
orang panggil dia encik dari Tan Sri. Katanya itu hanyalah sekadar pangkat
saja. Tidak boleh dibawa mati.” Balas Triesya. Memang pak longnya jenis yang
merendah diri. Tak suka riak. Lebih suka menolong yang susah.
“Dia buat I bertambah salute dengan
dia.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum.
“Luka you okay?” Soal Triesya prihatin. Tengku Ezkandar Heidi menarik
lembut tangan Triesya. Dibawa dekat dengan bibirnya dan dikucup lembut jemari tersebut.
“I’m
okay. I’m glad that you come for me. Wajah you serius semacam tadi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum
kecil. Triesya tergelak.
“Mestilah! I takut tau pak long buli you
macam-macam. Tengok! Betapa sayang I
dengan you….” Balas Triesya dan
mengenyitkan matanya nakal. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menarik lembut
dagu Triesya agar gadis itu memandangnya.
“Sayang… Aku cinta kamu.
Sangat-sangat. Biar apa pun rintangan yang datang. Please remember that I always
love you…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut dahi Triesya.
Click!
“Awwhhh! So sweet babe!” Jerit Ben dan spontan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya
memandang Ben. Merah muka keduanya. Ben pula boleh tayang muka selamba dia
dengan camera Nikon yang menyangkut
di leher.
“Ben!” Jerit Triesya dan lari
mengejar Ben. Tergelak besar Ben dibuatnya sambil menyelamatkan dirinya.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum
memandang keletah keduanya. Perut dipegang. Sakit. Siapa kata tak sakit. Tapi
ditahan demi Triesya. Lukanya masih belum baik dan dia membuat kerja berat.
Memang tak boleh blah. Tetapi demi cintanya dia sanggup dan dia percaya kenapa Tengku
Amsyar sanggup membunuh demi cintanya….
“I
harap you dapat maafkan I nanti sayang bila you dah tahu kebenaran sebenarnya….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi perlahan
dan tersenyum pahit memandang Triesya yang sedang mencubit Ben. Kebenaran yang
akan mengubah kehidupan keduanya. Kebenaran yang menghantuinya sehingga kini…..
******AKU CINTA KAMU******
NENEK dan Triesya saling berpelukan. Begitu juga
dengan Tengku Ezkandar Heidi dan Tan Sri Syed Al-Azim. Mereka akan berangkat
pulang sebentar lagi. Cukuplah dua hari percutian mereka di kampung. Tengku Ezknadar
Heidi punya banyak kerja yang perlu diuruskan. Lainlah Triesya dan Ben. Untuk
beberapa bulan ini Triesya akan berehat sahaja.
“Nanti bila dah sampai jangan lupa call nenek tau.” Pesan nenek kepada Triesya.
Triesya tersenyum.
“In
Shaa Allah nek.” Balas Triesya dan bersedia untuk masuk ke dalam kereta. Sempat
matanya menjeling pak long dan Tengku Ezkandar Heidi yang sedang berbisik.
Kening dikerutkan. Entah apalah keduanya sedang bincangkan.
“Apa yang you dan pak long bisikkan
tadi?” Soal Triesya hairan pabila kereta mewah Tengku Ezkandar Heidi meninggalkan
kawasan rumah nenek. Tengku Ezkandar Heidi menjeling Triesya di sisi dan
tersenyum.
“Man
talks.” Balasnya nakal. Triesya mencebik dan berpeluk tubuh. Tahu yang Tengku
Ezkandar Heidi tidak akan memberitahunya.
“Hell
yarh! Apa-apa jelah.” Balasnya merajuk. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan
mengusap jemari Triesya lembut.
“Sorry.
I can’t tell you. Dah janji dengan pak long. But what can I say. It’s for your own good. Trust me….” Balas
tengku ezkandar heidi dan mengucup lembut jemari triesya. Ben dibelakang hanya
tersengih. Triesya memandang tengku ezkandar heidi di sebelahnya yang sedang
memandu dengan satu tangan.
“Apa yang berlaku tadi pagi? Macam
mana pak long berjumpa dengan you?” Soal
Triesya mengubah cerita. Malu pabila
membincangkan soal hati di depan Ben. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan
teringat kembali pertemuannya dengan pak long tadi subuh.
“Asalamualaikum wbt…” Sapa satu suara garau
pada Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersedar dari
lamunannya dan berpaling memandang ke muka pintu. Keningnya dikerutkan. Berdiri
seorang lelaki yang memakai baju kemeja long sleeve rona biru dan seluar slack
hitam.
“Walaikumsalam wbt…” Jawab Tengku
Ezkandar Heidi dan mendekati lelaki tadi. Salam dihulurkan dan lelaki itu
menyambutnya. Setelah salam, Tengku Ezkandar Heidi hanya mampu menahan
perasaanya pabila lelaki di hadapannya itu memandangnya dari atas ke bawah. Tiada
senyuman dibibirnya.
“So inilah Tengku Ezkandar Heidi?”
Soal lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepalanya. Terkejut juga
pabila lelaki itu mengenalinya.
“Yes sir.” Balasnya. Lelaki tadi
yang mengambil tempat di atas single sofa dipandang. Lagaknya seperti sudah
biasa dengan rumah tersebut.
“Kau kenal siapa aku?” Soalnya pada Tengku
Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepalanya. Lelaki tadi
tersenyum sinis.
“Anak dara aku kau pikat. Tapi aku
kau tak kenal siapa?” Soalnya sinis. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Anak
dara? Sejak bila daddy syednya bertukar wajah?
“Err. Maafkan saya sir. But I don’t
know who you are. Anak dara? Setahu saya papa Triesya adalah Dato Syed Al-Azhar.”
Jujur Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki tadi tergelak sinis.
“Aku Syed Al-Azim. Pak long kepada Triesya.
Sekarang dah kenal?” Soal lelaki yang bernama Syed Al-Azim tadi. Spontan
berubah muka Tengku Ekzandar Heidi. Pak Long Triesya?
“Err. Maafkan saya pak long. Saya
tak tahu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tundukkan kepalanya. Syed Al-Azim memandang
Tengku Ezkandar Heidi yang masih berdiri.
“Betul kau cintakan Batrieysa?” Soal
pak long. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya.
“Yes sir.” Balasnya yakin.
“Bukan kerana dia cantik?”Soal pak
long sinis. Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Memanglah pada awalnya dia terpikat
dengan wajah cantik Triesya. Namun secara jujurnya dia memang cintakan Triesya.
Pertama kali memandang wajah itu dia secara langsungnya jatuh hati pada Triesya.
“Sedikit sebanyak kecantikan adalah
salah satu faktornya. Namun, ianya Cuma bonus. Saya ikhlas cintakan dia
seadanya…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Entah apa yang dijawabnya. Pabila
berdepan dengan wajah bengis pak long Triesya. Spontan dia kecut. Alahai. Daddy
syednya taklah macam ni.
“Sama sajalah tu. Kesimpulannya kau
terpikat kerana kecantikan dia…”Potong pak long. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Ikut aku. Aku nak tengok betapa
cintanya kau pada anak dara aku…” Sambung pak long dan berdiri. Tubuhnya di
bawa mendekati pintu.
“Err. Nak ke mana pak long?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi gugup.
“Ikut sajalah…” Balas pak long
pendek tanpa berpaling. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya.
Mampus! Desis hatinya.
*******AKU CINTA KAMU********
AKU
meletakkan Iphone di
atas meja lampu tidurku di sebelah katil. Bibir masih mengukirkan senyuman.
Panggilan dari Tengku Ezkandar Heidi tadi benar-benar membuatkan aku tersenyum
lebar. Sempat lagi dia nak menelefonku seperti selalu sebelumku tidur walaupun
saat itu dia sedang berada di club keretanya.
“Sleep tight sayang. Mimpikan I okay.” Kata Tengku
Ezkandar Heidi nakal kepadaku. Tergelak aku dibuatnya.
“Buat apa nak mimpikan you?” Soalku hairan.
Dia tergelak.
“Mimpikan I lah. Supaya tidur you
tenang and having a sweet dream je.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membuatkan
aku tergelak.
“Sweet dreamlah sangat! Bad dream
adalah…” Balasku dan tergelak kembali. Dia juga turut tergelak.
Kring!
Kring!
Kring!
Aku
yang sudah membaringkan diri tadi mengankat kepalaku kembali dan memandang
Iphone yang berdering. Kening dikerutkan. Mesti Tengku Ezkandar Heidi ni. Iphone
di ambil dan ditekapkan ke telinga tanpa melihat nama si pemanggil.
“Hi babe!” Sapa suara garau
kepadaku. Spontan aku kerutkan dahi.
Suara garau tu bukan kepunyaan Tengku Ezkandar Heidi. Screen Iphone kembali dipandang dan terbeliak mataku dibuatnya.
“Haide!!!!”
Jeritku….
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
****************************************************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~
How was the story?
Best ke tidak? Maaf di
atas kebosanan yang melanda pada cerita tersebut. Panjang ke tidak? Hohoho.
Kalau tak panjang maknanya aku lupa makan sayur kacang panjang! Hahahahahahaha~
aku melalut di situ.
Saya
RATU ADRIANA NADINE, ingin MEMINTA MAAF di atas kelewatan
saya mengupdate
entry hari ini yakni AKU
CINTA KAMU BAB 22. Buat beberapa hari ni entry
yang akan di update akan di update
secara tak tentu waktunya. Erk! Betul ke ayat tu. Bedal jelah. Huhuhu. Aku busy nok! Harap uols faham ukeh! Chill~ Cerita memang dah siap. Cuma,
belum diedit sahaja. Hehehe. Aku malas! Yer! Yer! Saya tahu! Kena makan vitamin
rajin manyak-manyak! Hahahaha. Aku melalut di situ… MAAF juga sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat,
perkataan dan sebagainya. Juga, ,MAAF sekiranya ada yang terover dan terlebih sudah…. MAAFKAN SAYA kesayangans. Aku tak sempurna… Huh! Ayat!
Hahaha.
Hurm…
Kenapa agaknya Triesya menjerit ya? Siapa pula Haide? Huh! Suspend betul engkau ni! Saje nak dera readers engkau. Haha. Takpelah. Kita ikut sinetron indon nuh. Asyik
suspend je aku tengok. Buat aku sakit
jantung je! Hahah. Tetiba sinetron indon interframe
kat sini engkau!
Ladies,
Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment here.
Saya amat menghargainya sayangsss….. Tinggalkan comment yer ladies! Ingat
tau!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
Till then,
Sincerely,

best...:)
ReplyDeleteHI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment =)
nice...suka2,,,
ReplyDeletehi dear =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe sukasuka
ingatkan daddy triesya ..rupa2nye pak long dia..huhu
ReplyDeletebilalah triesya tau pasal hubungan que ez ngn mak tiri dia..x sabar nk bca..
hi miss anony =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe surprisekan. pak long ghuponyer~
hwaiting yer dear
RATU
ReplyDeleteupdate bab 23 mlm ni ye.. :)
triesya ngn que ez memang wajib kahwin dah nie..dua2 dh angau..haha <3
HI miss anony =)
Deletehehe in shaa allah dear
in a few days ni kite slu smpi kat uma time subuh dah
im trying ukeh =)
heheh tulah pasal. angau sgt dah. xpe kita tgu ukeh
terbaik la que ez.......i like ;)
ReplyDeletehi miss anony =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
sapa haide tu??
ReplyDeletehi cik siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment =)
hehe tet! hwaiting for the next entry
Akan setia menanti n3 yg baru seterusnya.
ReplyDeleteHI cik anor =)
Deletethanks dear for dropping by and leave ur comment
hehehe thanks sangat awak sebab sudi menanti new n3. terharu =')
(。◕‿◕❤)....
ReplyDeletebest3!!!! ...
haide? spew tue.... suspen2!!!
hwaiting!!!!
*exam abeh minggu dpn...tue kekadang x bce n x smpt nk komen.. hehehe*... sob3!!!..lmenyer exam.huhu...
HI lylea =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe a'ahlah. sapa haide tu eh. hehe. hwaiting dear! =)
hehe gud luck dear =) jangan malasmalas tau =P
(。◕‿◕❤) hhehehe!!!.. muahahha!!
ReplyDeleteSpslling error...
ReplyDelete- HUG bukan huge (huge maksudnya besar)
T H A N K S
Delete