AKU
CINTA KAMU BAB 28
Should listen this first ='(
We are the perfect couple; we're just not in the perfect
situation.
AKU
memeluk tubuh dan
memandang jauh ke langit yang gelap. Yang ada hanyalah bintang-bintang yang
bergemerlapan di langit. Nafas yang berat dihelakan. Entah kenapa, sejak
beberapa hari ini aku sukar untuk bernafas dengan tenang. Terasa ada sesuatu
yang menyekat penafasanku. Terasa ada yang menganggu ketenanganku.
Kaki kananku direnung. Kelihatan angklet pemberian si dia buatku
terpasang cantik di situ. Teringat kembali saat-saat bahagiaku bersama si dia…
“It’s full of love, loyal and healthy”
Nafas
dihelakan… Ya. It’s full of love, loyal
and healthy… Tapi satu yang dia lupa. Kepercayaan. Betapa kepercayaan itu
penting di dalam sesuatu hubungan. Kepercayaanku padanya setinggi gunung.
Namun, kepercayaanku dikhianati olehnya….
Kejamkah
aku? Itu yang berada dimindaku sejak semalam… Hatiku sakit kerana dirinya
membuatku seperti ini. Namun, hatiku juga sakit menyakitinya seperti itu… Jika
boleh. Aku ingin dihilangkan ingatan dan melupakan semua pembohongannya padaku.
JIKA. Kalaulah JIKA itu senang…. Namun, aku hanyalah manusia biasa. Manusia
biasa yang tahu erti dendam, marah dan benci. Aku bukan malaikat. Aku adalah
aku. triesya yang punya sifat buruknya. Yang punya kelemahannya. Aku tidak bisa
memaafkan apatah lagi melupakan. Kerana ianya selalu menghantui diriku….
“Trish?”
Panggil abang Mikail padaku dan berdiri di sebelahku. Aku menoleh memandangnya
di sisi dan tersenyum kelat.
“Kenapa tak
tidur lagi?” Soal abang Mikail kepadaku. Aku kembali memandang ke langit dan
melepaskan nafas beratku.
“Tak
mengantuk lagi…” Balasku pendek. Abang Mikail mengeluh.
“Abang Mike
tak tahu apa hubungan Trish dan Tengku Ezkandar. Tetapi, apa yang abang Mike
tahu, he’s love you. Abang Mike nak
Trish tahu yang abang Mike ada di sini jika Trish nak kongsikan kesedihan tu.
Luahkan sis kalau itu dapat menenangkan hati Trish….” Kata Abang Mikail lembut
kepadaku. Aku mengetap bibir dan terasa mataku mulai kabur. Setiap kali memikirkan
si dia. hatiku mulai bercelaru sendiri.
“He’s my other half…” Jawabku pendek.
“Then? Kenapa buat dia macam tu sekali?
Trish.. Abang tak tahu apa kesalahan yang dia pernah lakukan pada Trish. Tetapi
percayalah. Memaafkan dapat menenangkan jiwa Triesya. Setiap apa yang kita
lakukan. Kita pasti ada sebabnya.” Balas abang Mikail kepadaku. Aku mengeluh.
Kalaulah aku boleh buat seperti yang abang Mikail katakan. Kalaulah semuanya
semudah itu. pasti aku tidak akan menjadi seperti ini….
“Abang Mike
tak faham….” Jawabku padanya keras. Abang Mike mengeluh.
“Then? Buat abang Mike faham.” Balasnya
padaku. Aku mengetap bibir.
“Luahkan
Triesya. Sampai bila nak pendam?” Soal abang Mikail.
“Trish
cintakan dia…” Luahku dan terdiam.
“Kalau cinta
kenapa sanggup tinggalkan dia seperti begitu sekali? Dia lelaki. Abang Mike pun
lelaki. Abang Mike tahu bagaimana seseorang lelaki tu mencintai.” Balas Abang
Mike. Aku mengeluh.
“Dia adalah
anak suadara perempuan tu…. Itu yang Trish tak dapat terima.” Jelasku. Abang
Mikail mengerutkan dahinya. Tidak faham mungkin.
“Perempuan
mana?” Soalnya hairan.
“Selepas
mama meninggal dunia dan Trish bangun dari koma. That’s the beginning of my new life. Papa. Dia berkahwin lagi
dengan seorang perempuan. Belumpun kubur mama ditumbuhi rumput. Dia dah
berkahwin satu lagi…” Luahku dan berhenti. Terasa susah untuk meluahkan
perasaanku apabila emosi dan tangisan mulai mengambil tempat.
“Wwww… What?” soal abang Mikail terkejut. Aku
tersenyum sinis.
“Ya. Trish
tak tipu. Sejak 5 tahun yang lalu. Trish dah tak tinggal dengan papa. Trish tak
dapat nak terima papa sanggup berkahwin lain sejurus pemergian mama. Trish marah.
Trish memberontak. Semuanya kerana Trish bencikan papa dan perempuan tu! It’s hurting me abang! Sakit sangat!”
Luahku pada abang Mikail dengan sendu dan tertunduk di lantai. Bahuku
terhenjut-henjut menagan tangisanku. Abang Mikail turut duduk di sisiku dan
mengusap belakangku lembut.
“I’m sorry. Abang Mike tak tahu sebegitu
sekali kehidupan Trish kini. So apa kena
mengena dengan Tengku Ezkandar Heidi?” Soal Abang Mikail. Aku mengeluh.
“Sebab dia
adalah anak saudara auntie Merissa and I hate her!!! Dia tipu Trish! Selama
kami kenal dan berkasih. Tengku Ezkandar Heidi dan tahu yang Trish adalah anak
tiri mak cik suadara dia. Dia tahu papa
tu papa Trish. Tapi dia buat bodoh depan Trish! He’s act like he doesn’t know about my life!” Luahku pada abang
Mikail sedikit emosi.Abang Mikail mengusap belakangku agar aku bertenang.
“Calm down sis. Mengucap. Setiap manusia
melakukan kesalahan sayang. Maybe Tengku Ezkandar Heidi tahu yang Trish pasti
akan marahkan dia jika Trish tahu dia adalah anak saudara mak tiri Trish… Cuba fikir
bagi pihak dia. Letakkan diri Trish di tempat dia sayang…” Balas Abang Mike. Aku
terdiam.
“And, about your step mom. Kenapa nak
membenci dia? Apa yang dia buat? Ada dia marahkan Trish? Dia dera Trish? Abaikan papa Trish?” Sambung
Abang Mikail lagi. Aku gelengkan kepala dan mengelap air mataku. Abang Mikail mengeluh dan memegang
bahuku.
“Trish… Mulakan dengan memberi kemaafan terlebih dahulu.. Bila kita
memaafkan orang lain,banyak sebenarnya kebaikan yang kita akan dapat..Daripada kita
tidak mahu memaafkan dan membiarkan perasaan itu bertukar kepada dendam yang
hanya akan memakan diri sendiri di kmudian hari,lebih baik sekiranya kita
mengamalkan 'forgive and forget'.. Maaf
dan lupakan... Kalau kita maafkan orang. Hidup kita akan jadi lebih aman,hati
kita akan lebih tenang sayang…” Nasihat abang Mikail kepadaku. Aku mengetap
bibir.
“Tentang
arwah mama. Redhalah dengan apa yang
ditakdirkan untuk Trish. Redha di atas kehilangan mama. Abang Mike teringat
satu doa; 'Innalillahi
wainnalillahi rojiun. Ya Allah,aku redha dengan ujian-Mu.Berikanlah aku pahala
di atas keredhaan ini. Ya Allah,aku telah kehilangan arwah ibuku,tempatkanlah
dia digolongan-golongan yang beriman. Amin…’ Berdoalah
dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran padanya. Bukan menyesali takdir dan
pemergiannya seperti ini. Kita orang Islam. Seharusnya kita tahu, setiap yang
hidup di dalam dunia ini pasti akan mati suatu hari nanti…. Setiap apa yang
terjadi pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkahwinan papa dan percintaan
Trish dengan Tengku Ezkandar Heidi. Mungkin Allah swt mengambil mama dari Trish.
Tetapi dia berikan dua insan yang menyayangi Trish.” Kata-kata abang Mikail
benar-benar membuatku sedih dan menangis. Meluahkan rasa sedihku yang ku pendam
selama ini.
“Menangislah
Trish kalau itu dapat membuatkan Trish tenang….” Pujuk Abang Mikail lembut
kepadaku. Ya Allah swt. Berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi
setiap ujian yang melanda diriku. Berikan aku semangat untuk menghadapi semua
ini. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-MU yang lemah dan perlukan pertolongan
dari-MU.
*****AKU CINTA KAMU******
Boyfriends
come and go, but friends are forever
AKU membuka pintu kondoku dan menapak masuk ke dalam
kondo yang ku tinggalkan selama dua hari itu. Bobo dan kandangnya diletakkan di
atas meja. Nafas berat dihelakan. Seluruh pelosok kondo ku pandang. Kondo yang
selama ini menemani hidupku yang kosong. Kondo yang menjadi saksi kepada segala
kegembiraan dan kesedihanku.
Mataku
terpaku kepada gambarku dan Tengku Ezkandar Heidi yang menghiasi ruang living roomku. Gambar yang diambil
sewaktu Press Conference dahulu. Aku
dan dia sedondon memakai rona peach.
Senyuman kelat terukir di bibirku. Lelaki itu yang sungguh-sungguh ingin
meletakkan gambar kami di situ.
“Kenapa nak letak?” Soalku hairan. Dia yang
sedang memastikan frame gambar tersebut berada di sudut yang tepat menoleh
memandangku yang sedang berdiri berpeluk tubuh memandangnya. Ben pula berada di
dapur menyediakan minuman buat si tengku ni.
“Eh.
Biarlah. Sweet apa ada gambar kita berdua kat living room ni. kondo you kan
kondo I juga. Semua harta I harta you juga.rasa macam berada di dalam rumah
kitakan?” Balasnya padaku dan mengeyitkan matanya. Dia kembali menoleh ke depan
dan meletak frame tersebut. Aku mengelengkan kepala. Dia ni….
“Eh.
Harta I harta I lah. Apa kes harta you pula? Sweet apanya… Nak termuntah adalah
bila pandang muka you setiap hari…” Balasku dan tergelak. Dia berpaling dan
mengetap bibir. Merah mukanya. Haha. Geramlah latewww~
“Oh…
So harta I harta youlah? Harta you pula harta you? Hurm. Bijak-bijak. Calon
isteri cekik darah ni… Hurm. Nak termuntah eh? Baguslah… Tuptup. Muntah ada
isi. I lah orang yang paling gembira sekali.” Balasnya nakal dan tergelak. Aku
mencebik. Dia ni. Ada saja modal nak kenakan aku.
“Eeee.
Ustazah I dulu ada kata tau. Harta,
gaji, pendapatan, atau wang milik isteri yang didapatkannya dari jalan yang
diperbolehkan syariat, secara penuh menjadi hak milik isteri. Sang suami, tidak
mempunyai hak sedikit pun dari harta tersebut. Kelemahan fizikal atau statusnya
sebagai isteri, tidak bererti boleh "merampas" hak miliknya, atau
memanfaatkan menurut kemahuannya. Syaikh 'Abdullah bin 'Abdur Rahman al Jibrin
pernah ditanya tentang hukum suami yang mengambil wang (harta) milik isterinya,
untuk digabungkan dengan wangnya (suami). Menjawab pertanyaan seperti ini,
Syaikh al Jibrin mengatakan, tidak disangsikan lagi, isteri lebih berhak dengan
mahar dan harta yang ia miliki, baik melalui usaha yang ia lakukan, hibah,
warisan, dan lain sebagainya. Itu merupakan hartanya, dan menjadi miliknya. Dia
yang paling berhak untuk melakukan apa saja dengan hartanya itu, tanpa ada
campur tangan pihak lainnya.” Balasku panjang lebar dan menjelir lidah padanya.
Terpaku dia memandangku dan tidak lama selepas itu dia tertawa dan mendekatiku.
Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya disandarkan di bahuku.
“My wife ni dah expert dalam soal
rumah tangga. Dah boleh jadi isteri solehah dah. So, kalau macam tu, next time
kalau suami minta nafkah batin. Isteri kena bagi tau!” Bisiknya nakal ke
telingaku dan tertawa.
“You!!!!” Jeritku dan ingin
mencubitnya. Namun, dia lebih bijak dariku. Sebelum aku ingin mencubitnya. Dia
dahulu yang melarikan dirinya dariku. Tergeleng kepala Ben dibuatnya.
“Babe!” Panggil Ben yang turut
berada di ruang living room. Wajahnya
kelihatan seperti baru tidur. Matanya ditenyeh bagaikan tidak percaya
melihatku. Aku kerutkan dahi dan memandangnya. Air mata yang mengalir aku lap.
“Ben?” Soalku hairan. Apa buatnya Ben
di kondoku awal-awal pagi seperti ini.
“Babe! Oh my god!!!! I miss you!” Jeritnya teruja dan berlari mendapatkan
aku. Tubuhku dipeluknya erat.
“Whoa! apa ni babe! Lagak aku dah
pergi setahun je.” Balasku padanya dan menolaknaya jauh sedikit. Dia merengus
dan mencengkak pinggangnya. Telingaku dipulas sekuat boleh.
“Ouch! Sakit bangang!” Marahku
padanya dan mengosok telingaku. Sakit ya amat!
“Kau tahu tak betapa risaunya aku
selama kau menghilang diri ni? Bobo sampai sakit rindukan kau! Tengku pula
bagaikan hilang bini saja lagaknya. Tak tentu arah pakwe tu disebabkan kau!”
Marah Ben kepadaku. Aku mengeluh dan membawa tubuhku ke sofa. Tubuhku
didudukkan di situ.
“Aku minta maaf kalau aku buat kau dan Bobo risaukan aku. I need space Ben. Aku perlukan ruang
untuk terima semua ni…” Luahku pada Ben dan memandang gambarku dan si dia. Tersenyum
bahagia seperti kami pasangan yang paling bahagia di dunia ini. Ben mengeluh
dan mengambil tempat di sisiku. Jemariku dipegangnya erat.
“Babe… aku faham perasaan kau. Kau
mungkin rasa marah sebab tengku tak jujur pada kau. Tapi percayalah babe.
Tengku mungkin bersalah kerana dia tak jujur. Tetapi, dia tak tipu bila dia
kata dia cintakan kau babe. He’s really
love you. Beberapa hari ni aku tengok dia bagaikan orang mati bini aje.
Tertekannya dia tak payah cakaplah. Kalau aku mungkin dah jadi gila. Tapi aku salute dengan dia. Dia tak pernah lelah
nak mencari kau. Que Sha kata dah tengah malam baru dia sampai ke rumah. Gara-gara
mencari kau. Tu pun balik di dalam keadaan yang tak tenang. Menangis dan
melepaskan marah dia di dalam bilik. Betapa tertekannya dia setelah kau tinggalkan
dia babe…”Jelas Ben padaku. Aku mengelap air mata yang jatuh. Sebegitu sekali
kah keadaannya? Patutlah semalam dia kelihatan sugul dan tak bermaya.
“I
don’t know Ben. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan…” Jelasku pada Ben dan
menangis. Menangis dan menangis. Beberapa hari ini aku bagaikan bocor air
mataku. Seringkali menangis. Aku sudah tidak kuat menghadapi semua ini
sendirian. Sakitnya terasa amat. Ben terdiam dan memelukku.
“Aku
bingung Ben…” Balasku lagi. Ben mengeluh dan memegang kedua pipiku.
“Aku
tak berada di tempat kau. Tapi aku faham apa perasaan kau babe. Aku dah hidup
dengan kau selama lima tahun ni. Walaupun sekejap. Tapi ianya cukup membuat aku
mengenali kau luar dan dalam. Kita dah macam adik beradik. Sakit kau. Sakit
juga aku….” Balas Ben dan mengelap air mataku. Nafasnya dihelakan dan kembali
menyambung kata-katanya.
“Setiap
apa yang kau buat selepas ni aku akan selalu sokong kau asalkan ianya
membahagiakan kau. Ingat babe. Aku selalu ada di sisi kau. Jika kau perlukan
aku. Aku selalu akan ada di sini untuk bersama kau. Tapi satu aku nak ingatkan
kau. Dendam takkan akan membawa apa-apa erti pada hidup. Tetapi kebahagian dan
percintaan kau membawakan erti yang mendalam kepada hidup kau. Fikirkan babe.
Kita hidup di dunia tak lama. Tak de gunanya berdendam dan membenci selamanya.
Hidup kau takkan tenang…” Balas Ben dan kembali memelukku.
“Ben…
Aku akan pergi dari sini. Aku akan bina hidup baru aku… Aku nak lari dari semua
ni. Aku perlukan ketenangan Ben…” Kataku pada Ben perlahan. Spontan Ben menolak
tubuhku sedikit dan memandangku. Keningnya dikerutkan.
“Mmmm..
ma.. maksud kau? Kau nak pergi ke mana?” Soalnya tergagap. Aku mengeluh dan
memandang ke frame gambarku bersama Tengku
Ezkandar Heidi.
“Canada….”
*****AKU CINTA KAMU******
You can't undo anything you've
done, but you can face up to it. You can tell the truth. You can seek
forgiveness. And then let Allah swt do the rest…
TENGKU
EZKANDAR HEIDI turun dari
Ferrarinya dan memandang ke rumah banglo dua tingkat di hadapannya. Menurut
maklumat yang Burn berikan padanya. Alamat Doctor
Mikail adalah di tempat itu. Nafas dihelakan dan Ray Ban hitamnya dibetulkan.
Tubuh dibawa dekat pada bell pagar
rumah tersebut. Ditekan sebanyak dua kali dan kelihatannya ada seorang wanita
yang sedikit berumur yang memakai baju baju kurung dan kain batik berjalan ke
pintu pagar.
“Ya
encik? Nak cari siapa?” Soal wanita tadi.
“Saya
nak berjumpa dengan Dr.Mikail. Ini rumah Dr.Mikail?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
kepada wanita tadi.
“A’ah.
Betullah tu. Ini rumah Dr.Mikail. Hurm encik ni siapa ya?” Soal wanita tadi
kembali. Tengku Ezkandar Heidi melepaskan nafas lega. Alhamdulilah.
“Saya
Tengku Ezkandar Heidi. Saya datang sini nak berjumpa dengan Dr.Mikail.” Jelas Tengku
Ezkandar Heidi. Wanita tadi kelihatan terkejut.
“Err.
Masuklah tengku. Sebenarnya doctor
dah lama tunggu kedatangan tengku.” Balas wanita tadi dan menjemput Tengku
Ezkandar Heidi untuk masuk. Terkejut Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Doctor
Mikail menanti saya?” Soalnya hairan. Wanita tadi anggukkan kepalanya dan
tersenyum.
“Ya.
Tadi doctor kata jika ada lelaki yang
bernama Tengku Ezknadar Heidi mencari dirinya. Dia meminta Mak Pah membawanya
masuk dan berjumpa dengannya. Marilah kita.” Balas wanita bernama mak pah tadi
dan berjalan masuk ke dalam banglo tersebut. Tengku Ezkandar Heidi mengetap
bibir. Tidak menyangka doctor muda
itu tahu akan kedatangannya. Bagaikan rancangannya sudai diketahui oleh lelaki
itu. Tubuhnya dibawa mengikut wanita bernama Mak Pah tadi masuk ke dalam banglo
tersebut.
“Duduklah
tengku. Mak Pah panggilkan doctor
sekejap.” Balas Mak Pah lembut dan menjemput Tengku Ezkandar Heidi duduk.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.
Tubuhnya didudukkan di sebuah sofa. Matanya meliar-liar memandang ruang tamu
mewah tersebut. Namun, matanya terpaku pada sebuah frame gambar. Tubuhnya di bawa berdiri dan mendekati gambar
tersebut. Keningnya dikerutkan apabila melihat gambar lelaki yang berada di
dalam gambar tersebut. Gambar seorang lelaki menerima ijazah. Tulisan yang
terdapat di bawah gambar tersebut dibaca.
Dr.Mohammad Mikail bin Dato Mohammad Aziz
Master of Medicine (Veterinary and animal studies)
And Master Of Philosophy
The
University of Sydney.
“I was graduate six years ago. Same
university with Triesya…” Jelas satu suara garau di belakang Tengku
Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menoleh dan memandang Doctor Mikail yang
berdiri di belakangnya sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.
Lelaki itu tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi.
“What do you mean?” Soal Tengku Ezkandar
Heidi hairan. Mikail tersenyum.
“Saya
dan Triesya satu University
dahulu. Dia mengambil Master of medicine
(reproductive health sciences and human genetics) and master of philosophy.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan
dahi.
“She’s your ex?” Tembaknya. Mikail
tergelak.
“I hope so. But the
answer is no. Kami adik beradik angkat. She’s
my sister..” Jelas Mikail dan tersenyum. Amat pasti yang Tengku Ezkandar
Heidi cemburu akan hubungannya dan Triesya. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas
lega.
“Tengku adalah kekasih pertama dia dan cinta pertama dia.
Awak sungguh bertuah kerana memiliki dia.” Balas Mikail lagi. Tengku Ezkandar Heidi
terdiam.
“I don’t know.
Dia amat marahkan saya sekarang ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi lemah. Mikail tersenyum.
Bahu Tengku Ezkandar Heidi ditepuk.
“Tak ada istilah berputus asa di
dalam percintaan. Dia mungkin marahkan tengku.But she’s really love you. Dia sendiri mengaku dengan saya yang dia
cintakan tengku. Dia Cuma tak dapat nak terima tengku tak jujur dengan dia dan
tengku ni anak saudara permepuan yang dia benci.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar
Heidi mengeluh. Rambutnya diraup ke belakang.
“Saya sedar saya salah kerana tak
jujur dengan dia. Tetapi, saya buat macam tu kerana saya takut dia tak dapat
nak terima saya. Terima saya sebagai anak saudara perempuan yang dia benci.
Tapi percayalah. Saya jujur cintakan dia. Saya tak pernah ada perasaan ini pada
mana-mana wanita. Hanya dia seorang di hati ni.” Balas Tengku Ezkandar Heidi kesal.
Mikail tersenyum. Tak salah sangkaannya. Tengku Ezkandar Heidi memang benar
cintakan Triesya. Hanya lelaki itu dapat bahagiakan Triesya. Bukan dirinya
“Mungkin sekarang ni dia tengah on the way nak ke airport….” Balas Mikail tiba-tiba. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan
dahi.
“What do you mean? I don’t get it…” Balas
Tengku Ezkandar Heidi hairan. Mikail tersenyum.
“Triesya. Flight dia ke Canada adalah pada jam 11
pagi nanti. Pergilah tengku. Pergilah kejar cinta tengku. Hanya tengku yang
dapat membahagiakan adik kesayangan saya tu…” Jelas Mikail. Dia redha. Triesya
bukan tercipta untuknya. Namun Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi
tercengang.
“Www. Wh.. what?! Canada?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi tak
percaya. Jantungnya bagaikan berhenti berfungsi seketika. Mikail anggukkan
kepalanya.
“But why?” Soalnya hairan.
“Dia nak
pergi dari sini. Mulakan hidup baru dan lupakan semua ni. Kalau benar Tengku cintakan
dia. Pergilah mengejar cinta tengku dan bawalah dia balik. Saya doakan tengku
dan Trieysa bahagia bersama. In Shaa
Allah.” Balas Mikail. Spontan Tengku Ezkandar Heidi ingin berlari keluar
dari banglo doctor Mikail dan
mengejar Triesya. Namun saat tiba di muka pintu dia kembali mendekati Mikail dan
memeluknya.
“Thanks a lot doc! I owe you…” Balas Tengku
Ezkandar Heidi sebelum pergi. Mikail tersneyum dan menepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi lembut.
“Good luck.” Ucap Mikail ikhlas dan Tengku
Ezkandar Heidi tersneyum. Kepalanya dianggukkan.
‘Abang
doakan Trish bahagia…’ Bisik hati Mikail sambil memandang Tengku Ezkandar Heidi
yang membuka pintu keretanya.
“Mike…” Panggil
Datin Jamiliah kepada anak terunanya. Bahu Mikail disentuh. Mikail berpaling
dan tersenyum memandnag umminya.
“Ummi…”
Jawabnya dan memeluk bahu umminya.
“Soal cinta
adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tetapi Allah swt
yang menentukan jodoh kita…” Ucap Datin Jamiliah lembut pada anak terunanya.
Dia tahu selama ini Mikail mencintai Triesya di dalam diam. Cerita yang
diceritaka Mikail padanya selama ini menejlaskan perasaan lelaki itu pada Triesya.
Namun dipendam kerana Triesya hanya menganggapnya sebagai abang sahaja.
“Jika
kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak
berada di sisi kita. Doakanlah yang terbaik buat Triesya sayang. Ummi pasti.
Jodoh Mike ada di luar sana. In Shaa
Allah.” Sambung Datin Jamiliah lembut. Mikail tersenyum dan menahan sebak
di dada. Sukar sekali mencinta di dalam diam.
“Mike
sentiasa doakan yang terbaik buat dia ummi…
Kebahagiaan Trish juga adalah kebahagiaan Mike.” Balas Mike lembut dan
memeluk tubuh umminya. Dilepaskan sebak di dalam hatinya yang ditahan sejak
tadi.
Sometimes
it's hard to love someone because you're so afraid of losing them.
******AKU
CINTA KAMU******
Hohohohohoho... Lalalalalal
AKU memandang
jauh keluar teksi. Melihat langit dan awan. Keadaan cuaca agak baik dan cerah.
Bagaikan merestui pemergianku. Nafas dihela. Tubuh disandarkan ke kerusi teksi.
Mataku dipejam dan terasa ada air mata yang mengalir jatuh membasahi pipiku.
Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup
sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja
Aku membuka
mataku dan mengamati lirik lagu tersebut. Lagu yang dipasang oleh pak cik teksi
yang ku naiki. Ianya sama seperti perasaanku saat ini. Hambar sekali. Teringat kembali
apa yang ummi katakan padaku sebelum balik tadi.
“Setiap manusia tidak lari dari melakukan
kesalahan dan kesilapan.sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas
terus menghina dan menghukum saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang
dilakukan. Apakah penghinaan dan kemaafan yang terbaik buat seseorang yang
melakukan kesilapan?” Soal ummi kepadaku dan mengusap pipiku. Aku terdiam.
Kenapa semua orang menasihatiku? Adakah diriku sudah melepasi batasan?
“Allah swt
berfirman: ‘Dan hendaklah mereka memaafkan dengan lapang dada. Apakah kamu
tidak ingin bahwa Allah swt mengampunimu?’. Memaafkanlah mereka sayang sebelum
terlambat….”
“Cik? Kita
dah sampai.” Balas pemandu tersebut dan
menoleh memandangku. Aku tersentak dari lamunanku dan mengelap air mataku. Sunglases hitamku dibetulkan dan
mengeluarkna not duit rona biru kepada pemandu tadi sebelum aku keluar.
“Keep the change…” Balasku dan keluar.
Pemandu tadi turut keluar dan mengeluarkan luggage
ku.
“Terima
kasih cik.” Balasnya dan tersenyum. Aku hanya tersenyum dan menganggukan
kepala.
*****AKU
CINTA KAMU*****
TENGKU EZKANDAR
HEIDI memandu di dalam keadaan yang laju
dari kebiasaannya. Stering kereta ditumbuk kuat melempiaskan marahnya di situ.
Perkara yang paling dikesalkan di dalam hidupnya adalah menipu pada gadis yang
dicintainya sepenuh hati. Kalaulah saja dia jujur selama ini. Adakah hubungan
mereka akan sebahagia sebelum ini?
Bluetooth earphone di pasang ke telinga
dan nombor handphone Burn didail.
Bibirnya diketap. Dua kali percubaannya menelefon Burn namun lelaki itu tidak
menyambutnya. Membuatkan hatinya semakin panas.
“Hhhh.. Helo
boss.” Jawab Burn dengan nada suara yang gagap dan takut-takut.
“Where the hell are you?! Aku call banyak kali dan kau tak sambut?!” Marah
Tengku Ezknadar Heidi. Yang sebenarnya melempiaskan marahnya pada lelaki itu.
“I’m sorry boss. Saya banyak kerja tadi.”
Balas Burn. Tengku Ezkandar Heidi merengus.
“Call pihak airport and make sure Triesya belum berlepas lagi. She’s wants to get back to Canada. Aku
tak tahu apa kesukaran yang harus kau hadapi untuk menghalang dia. Yang aku
tahu dia takkan berlepas selagi aku tiba di airport.
Aku akan tiba di airport dalam 10
minit lagi. Lengahkan dia. Just use you
my name. Tengku Ezkandar Heidi. Their
will knew it. I’ve my share on that airlines.” Arah Tengku Ezkandar Heidi dan
memutuskan panggilan. Burn pula meneguk liur. Kepala digaru dan memandang handphonenya. Susahnya orang bercinta
ni. Disebabkan itulah dia lebih senang bersedirian daripada mempunyai commitment pada mana-mana gadis.
****AKU
CINTA KAMU******
AKU menanti
giliranku di balai pelepasan. Leher diurut. Terasa lenguh. Beberapa hari aku
tidka punya tidur yang nyenyak dan cukup. Ianya benar-benar membunuhku kini.
Topi pula ditundukkan kembali. Takut-takut ada yang mengenaliku.
“Miss Triesya?” Soal seorang pramugara
kepadaku dan memandang pasportku. Aku
anggukkan kepala dan dia memandangku penuh curiga. Dia memandnag pada temannya
seorang pramugari dan anggukkan kepalanya kepada pramugari itu. Aku kerutkan kening.
Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan.
“Miss. Ada masalah bagi passport miss Triesya. Izinkan kami
membawa miss untuk selesaikan masalah
ini. Jangan risau. Kapal terbang akan menunggu.” Kata pramugari tadi lembut
kepadaku. Aku mengeluh.
“What do you mean by that? My passport
tak akan tamat tempohnya kerana saya selalu fly!”
Marahku pada mereka. Mereka terdiam dan saling berpandangan.
“I’m sorry miss. We’ve to. Please cooperate
with us. Kami hanya melaksanakan arahan pihak atasan.” Balas pramugara
tadi. Aku mengetap bibir dan mengikut pramugari tadi. Mata-mata penumpang lain
tidak kuhiraukan.
Aku dibawa
ke sebuah bilik. Aku kerutkan dahi. Masalah passport
perlu diuruskan di dalam bilik ni ke? Aku dah curiga. Pramugari tadi tersenyum
memandangku dan berhenti di hadapan muka pintu bilik tadi.
“Sila masuk miss.” Katanya kepadaku lembut dan
tersenyum. Aku hanya anggukkan kepala dan memandangnya yang pergi meninggalkan
aku. Pintu bilik tersebut dibuka dan aku menapak masuk ke dalam bilik tersebut.
Sebuah bilik menunggu yang ekslusif khas untuk golongan VVIP. Aku kerutkan dahi
memandang sesusuk tubuh lelaki yang kemas memakai kot serba kerlabu
membelakangiku. Kedua tangannya dibawa masuk ke dalam poket seluarnya.
“Ehem…” Dehemku
sengaja agar orang itu sedar akan kehadiranku.
Lelaki tadi
menoleh dan tersenyum memandangku. Wajahku spontan berubah saat itu. Dia? Apa mahunya
dia padaku lagi? Bibirku diketap geram. Adakah ini permainannya? Masalah pada passportku konon! Masalahlah sangat! Rupanya
ianya hanya muslihat lelaki ini sahaja.
*****AKU
CINTA KAMU****
There are things that we
don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have
to learn, and people we can't live without but have to let go.
TENGKU EZKANDAR
HEIDI mendekati Triesya yang merah mukanya menahan marah. Tengku Ezkandar
Heidi menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Terasa berdebar berhadapan
dengan gadis itu kini.
“Hi sayang…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi dan
menyentuh jemari Triesya. Namun, ditarik kasar oleh Triesya dan gadis itu
memeluk tubuhnya. Tengku Ezkandar Hedi tersenyum kelat.
“Apa lagi
yang you nak dari I? I kan dah kata jangan jumpa I lagi selepas ni!” Marah Treisya. Tengku
Ezkandar Heidi merenung wajah cantik yang dirinduinya itu.
“I miss you…” Bisiknya perlahan. Triesya
terdiam. Kata-kata Tengku Ezkandar Heidi sejujurnya membuatkan dirinya terharu.
Dirinya juga menrindui lelaki itu.
“But I hate you…” Balas Triesya.
“I love you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi
pula dan tersenyum. Sengaja ingin mencabar Triesya. Dia rindu gadis itu
memarahinya. Dia rindu keletah dan celoteh Triesya. Triesya mendengus.
“But I not lll… I not…” Triesya ingin
membalas bahawa dirinya tidak mencintai Tengku Ezkandar Heidi. Namun, lidahnya
bagaikan sukar untuk menuturkannya. Dia cintakan Tengku Ezkandar Heidi. Bagaimana
ingin dituturkan bahawa dirinya tidak mencintai lelaki itu. Lidahnya lagi jujur
akan perasaannya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menaikkan keningnya
nakal. Dia tahu Triesya sukar untuk mengatakan bahawa dirinya tidak mencintai Tengku
Ezkandar Heidi.
“Hurm?”
Sakat Tengku Ezkandar Heidi dan mendekati Triesya. Triesya pula setapak Tengku
Ezkandar Heidi mendekatinya semakin dia mengundur setapak.
“What?!” Soalnya kasar pabila Tengku
Ezkandar Heidi menyakatnya. Tengku Ezkandar Heidi menaikkan keningnya dan
semakin melangkah mendekati Triesya dan Triesya pula tetap megundur dan
mengetap bibirnya.
“Aku cinta
kamu sayang. Sangat…” Bisiknya lagi dan tersenyum. Triesya menghelakan nafas
berat.
“I bencikan you okay!” Balasnya geram. Tengku Ezkandar Heidi. Sudah kembali ke
perangai lamanya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mendekati Triesya sehinggakn
Triesya terperangakap di antara dinding dan tubuh sasanya. Kedua-dua tangan Triesya
dikunci dengan kedua tangannya di dinding dan wajahnya didekatkan ke wajah Trieysa.
Spontan Trieysa menutup matanya. Dia cuba untuk melawan namun kudratnya hanya
tidak dapat melawan kudrat lelaki Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
Wajah Triesya
yang sedang menutup kedua matanya itu direnung. Cantik sekali dan dipandang
banyak kali pun takkan bosan. Dengan perlahan bibirnya didekatkan pada pipi Trieysa.
Dicium pipi kanan Triesya lembut.
“Aku cinta
kamu sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut ke telinga kanan Triesya dan
mencium pipi kirinya pula.
“Aku sayang
kamu sayang…” Bisiknya pula ke telinga kiri Triesya lembut. Mengeliat kegelian Triesya
dibuatnya dan membuka matanya perlahan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dengan
reaksi Triesya. Kali ini bibirnya mendarat pula ke dahi Triesya. Lama. Sehinggakan
Triesya menutupkan matanya kembali. Dia cinta. Dia sayang. Dia rindu. Semuanya
bercampur baur kembali. Dengan perlahan Tengku Ezkandar Heidi menarik tubuh
gadis dicintainya itu ke dalam pelukannya. Dipeluk kemas tubuh gadis itu. Menyalurkan
rasa rindunya selama ini. Triesya pula membalas dan secara perlahan tangannya
turut memeluk tubuh sasa Tengku Ezkandar Heidi. Kepalanya disandarkan ke dada
bidang Tengku Ezkandar Heidi. Matanya dipejam dan merasai kehangatn tubuh
lelaki itu. Kenapa dunia begitu kejam? Desis hatinya.
“I miss you sayang. So much… please don’t
leave me. I janji akan berubah. I
janji akan jujur pada you… please babe…”
Rayu Tengku Ezkandar Heidi lembut ke cuping telinga Triesya. Triesya terdiam…
“Please… Jangan buat I macam ni… please leave me
alone tengku…” Balas Triesya dan merungkaikan pelukannya. Tubuh Tengku
Ezknadar Heidi ditolak jauh dari tubuhnya. Triesya menangis. Siapa kata
perpisahan itu senang? Ia membunuh.
“I won’t leave you sayang… I love you. I’m really love you. Please. Forgive
me…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memegang kedua pipi Triesya. Mata
gadis dicintainya itu direnung penuh kasih. Triesya membalas. Air matanya
disapu lembut oleh Tengku Ezkandar Heidi. Jujur. Dirinya turut tersentuh pabila
melihat air mata lelaki itu.
“I can forgive, but I cannot
forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to
be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be
shown against one. I juga manusia biasa. Yang tahu erti
sakit dan disakiti…” Balas Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar
Heidi mengeluh.
“I tahu I salah. I mengaku I salah. But please jangan hukum I
macam ni. I cintakan you…..” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan
memeluk Triesya kembali. Namun gadis itu menolak dan mengalihkan pandangannya.
“If you really love me please leave me.. Jangan
cari I lagi lepas ni. Anggap Triesya tak
pernah wujud di dalam hidup you… And tentang
perjanjian tu. You buatlah apa you nak buat. Nak saman I? Just do it. I sanggup bayar dari
bersama kembali dengan you. Bunuh I pun I sanggup!” Balas Triesya dan ingin berlalu. Namun, tangannya
ditarik oleh tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menariknya kembali
agar mendekati lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meraup wajahnya.Tubuhnya
di bawa mendekati meja coffee yang
terdapat di dalam bilik tersebut. Sampul rona putih yang berada di atas meja
tersebut diambil dan dibawa dekat pada Triesya.
“Ini maksud you kan? Perjanjian kita. Ianya dah tak
penting. Selama kita bersama. It’s about
love sayang. Not about this
agreement! Okay! Mulai saat ini dan detik ini. Takkan ada perjanjian di
antara Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan
mata yang memerah. Sampul surat yang berisi perjanjian mereka berdua ditarik
keluar dan dikoyak dihadapan Triesya.
“I dah koyakkan perjanjian kita sayang. There’s no more agreement between us! I do
love you! Damn much! Please!” Sambung Tengku Ezkandar Heidi dan menarik Triesya
yang sedang menangis ke dalam pelukannya. Terasa badan gadis itu bergegar
kerana menagis. Tengku Ezkandar Heidi mengharap agar hubungan mereka akan
normal seperti sedia kala. Kembali bersama Trieysa dan mencintai gadis itu
adalah impiannnya kini. Dia ingin mengangkat status gadis itu menjadi
isterinya….
“Aku. Cinta. Kamu…”
Bisik Triesya dengan tersekat-sekat pada Triesya. Tengku Ezkandar Heidi Tersenyum.
Alhamdulilah. Desisnya di dalam hati.
“But I’ve to go… Give me time and space to
thinks about us… Tolong jangan tunggu I.
kerana I tak pasti sama ada I akan kembali atau tidak. Thanks for everything. Thanks for show me
what love is…. It’s beautiful. But… It hurting too. Take care sayang..”
Bisik Triesya ke telinga Tengku Ezkandar Heidi dan mencium pipi Tengku Ezkandar
Heidi lama. Terasa pipi lelaki itu sembab kerana menangis.
Triesya membawa
dirinya mendekati pintu. Namun langakahnnya terhenti di saat namanya dipanggil
oleh Tengku Ezkandar Heidi. Matanya dinaikkan ke atas dan nafasnya dihelakan.
“I akan tunggu you.. Tak kira berapa lama you
nak. I akan tetap menunggu you. But please remember that I’ll always
love you. Aku cinta kamu Syarifah Bikash Batriesya. Akan selalu cinta. Sekali
I cinta akan selamanya cinta. Pergilah
ke mana pun you nak. But I nak you tahu. Sehingga ke kutub utara sekalipun. I tetap akan cari dan tunggu you…”
Kata Tengku Ezkandar Heidi nekad dan dia terduduk di situ apabila Triesya tetap
melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Arghhhhh!!!!” Jeritnya.
Melepaskan rasa amarah dan sedih di dalam hati. Sakitnya cinta. ianya membunuh
di dalam diam. Tubuhnya di bawa diri dan menumbuk dinding sepuas hatinya. Triesya
pergi meninggalkan dirinya. Namun dia tetap akan menunggu. Menunggu. Menunggu.
Dan menunggu sehingga Triesya kembali padanya. Biar orang kata dia bodoh. Biar
orang kata dia gila. Namun dia tetap akan mencintai triesya dan menunggu gadis
itu kembali padanya. Dia faham perasaan Tengku Amsyar kini....
“Aku akan tunggu
kau Triesya. Seribu tahun sekalipun. Aku akan tetap tunggu kau!” Bisiknya
perlahan dengan air mata yang jatuh ke
pipi.
Burn yang berdiri
di muka pintu mengelap air matanya dan mengelengkan kepalanya. Tak sangka
cerita cinta bossnya sebegitu tragis sekali. Seperti drama di televisyen. Tak
sangka lelaki sehebat Tengku Ezkandar Heidi sanggup berkorban demi cintanya….
Siapa kata cinta itu tidak berkuasa? Ianya bisa mengubah seorang lelaki yang
tegas dan serius menjadi seorang lelaki yang lemah kerana cinta……
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
*********************************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~
Hi! how was the story? Sad? Best? Romantic? Blur? Or dang?
Huhuhu. I’m really sorry sebab late update L Kite busylah wak. Ni pun curi masa sekejap nak update. Demi awak-awak kite sanggup tau
curi masa tu sekejap L
Baik tak kite? Huhuhu. Masuk bakul angkat sendiri engkau!
Saya Ratu
Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF kerana saya lambat update ACK BAB 28. Saya
ingin MEMINTA MAAF juga jika ada salah pada ejaan, ayat dan perkataan di dalam
cerita ini. Juga, sekiranya ianya terover, terlebih dan sebagai ‘ter’
lagi. MAAFKAN SAYA. L
Saya hanya manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan. Silalah ambil yang
positivenya sahaja dan buang negativenya. Thinks
smart babe! Oh ya, chill sudah. tak payah harsh-harsh ukeh J
Apakah yang
akan terjadi kepada episode cerita
cinta Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Bagaimana pula hubungan
Triesya dan papa serta ibu tirinya? Adakah mereka akan berbaik? Nantikan entry seterusnya babe. Hwaiting~ J
Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment J much appreciated it!
Love you awak! J
Please! Please! Please! Leave ur comment!
J
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J
Till then,
Sincerely,

awak.. lma kita tggu awak update ACK 28 ne..thanks!
ReplyDeletetggl 2 n3 lg nak tmat ACK ne..
que EZ cool down! trish kmfm balit kat que ez n maafkan papa n mummy tiri dia.. :)
Hi miss anonymous!
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
huhu sory awak! kite busylah wak. :(
heheh err nmpaknya mcm tulah. but bkn 2 n 3 n3 lagi. ada pnambahan lah awak. hehe =) peace! hwaiting ukeh!
terbaik la ratu
Delete(T_T) sedih gilerrr..huhuu
que ez sanggup tunggu triesya walaup0n triesya pergi..Ratu nati update ack 29 cepat2 tau..x sabar nk tunggu..que ez u can do it babe..
jangan putus asa ok..
i sokong u..huuhuh
awak thanks yer :)
Deletesorry yer awak kite xdpt update awal :(
Mlm ni kite update ukeh :)
hwaiting awak
triesya btul2 mrhkan que ez.
ReplyDeleteratu, jgn update lmbt sgt k.
HI siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
sorry yer kite late update :( hrp fhm... huhu
a'ah. triesya mrh sgt dgn que ez. sometimes ada sstengah org amat menitik beratkan KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN. pabila keduanya di khianati. scra autimaticnya kite akan merasa marah,kcwa dan sedih. itulah yg dialami triesya dear :)
Hmmm..what to say...adakah Que Ez perlu mengorbankan dirinya sekali lagi untuk mendapatkan kemaafan dan cinta Triesya... So sad..hey..wake up Que Ez..1st love hard to forget but she not you fiance or wife though..If Triesya want to start a new life then so you do la babe... bak kata pepatah 'cinta tak semestinya memiliki'..someone else for you waiting outside and when u found her pls don't do the same as you did to triesya ye... (alamak berjela pula...hehehe).. :). Ratu mlm nie ada e3 x?
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe yeryer cinta tak semestinya memiliki. tapi bak kata anuar zain kite. 'Jika cinta tidak seharusnya memiliki kenapa ianya sakit?' Hahaha.
Alorh. sorry ya awak kite late update :(
mlm ni kite update ukeh :)
hwaiting dear
uwaaaaaaa.....sedih2..emo terlebih bca part ni..:-(
ReplyDeleteHI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment :)
hehe nah tisu! =P
huhu.... TRIESYA!!!
ReplyDelete^_^ .. best3!!!!
HI lylea
Deletethanks for dropping by and leave ur comment sis :)
hehe thanks dear
ratu x nie biar triesya pulak yg kejar que ez..
ReplyDeleteselalu que ez je dok kejar dia, baktu dia egois..
cikit2 merajuk que ez je yg pujuk tp bilo que ez merajuk,huh cian kt que ez,,geram gileeee ngn triesya
HI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehehe jangan geram awakkkk. kite seram! hehehe. =P
Hish rs geram plak kt trish ni.... Bkn bsr pn slh q iz tu....
ReplyDeleteNgada ja lebih....
Kesian dgn Que Ez ye... sampai hati Trish tinggalkan
ReplyDeleteQue Ez wpun dia dh ckp cinta pada Trish... yg sudah tu
maafkanlah ye Trish sedangkan dua-dua sama cinta jgnlh
sehingga Que Ez pula yg merajuk membawa diri. Tk Ratu
ada m3 baru 28 ingat xda lega rasa ada n3 baru.
HI anor
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
a'ah. jahatkan. cian que ez :(
hehehe uwc awak :)
hwaiting ack 29 mlm ni yer :)
Correction
ReplyDelete- HE ACTED like he......
- HE LOVES YOU atau HE IS IN LOVE WITH YOU
- IT'S FULL OF LOVE, LOYALTY AND HEALTH
- I GRADUATED six years ago.....
- Use my name. They will know it.
- but i don't LOVE YOU ata i am not in love with you
- i have shares in those airlines.
-......time and space to THINK about us........
ReplyDelete-.....I REALLY LOVE YOU....(tak ada am lepas i)
- Thanks for SHOWING m what love is.......it HURTS too....
* typo "thanks for showing ME......"
DeleteHI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
T H A N K S