AKU
CINTA KAMU BAB 23
TENGKU EZKANDAR HEIDI merenggangkan
tubuhnya sejurus keluar dari dalam kereta. Perlahan-lahan helmetnya dibuka. Diserahkan kepada Ah Leong pekerja
club tersebut. Tengku Aliff dan Ragel
Errick yang datang kepadanya dipadang seketika sebelum membuka sarung tangannya
pula.
“Wow!
Que Ez! Bravo bro! As usual! You win bro!”
Kedengaran suara Tengku Aliff memujinya. Tengku Ezkandar Heidi hanya diamkan
diri. Tiada mood sebenarnya. Sejak pagi tadi Triesya membuat perangai kembali.
Tidak dapat dihubungi. Hatinya meronta-ronta ingin berbual dengan kekasih
hatinya itu. Tadi pun ketika di dalam track
dilepaskan marahnya di situ. Geram sangat. Namun, apa sahaja yang boleh
dilakukannya. Dia tidak ingin melakukan perkara yang boleh menyebabkan hubungannya
dan Triesya rengang.
“Ya
bro! Racer dari luar Negara tu pun
kau boleh kalahkan. Salutelah dengan
kau bro!” Sambung Ragel Errick pula.
Tengku Ezkandar Heidi hanya diamkan diri dan membuka sedikit zip pada baju
lumbanya. Burn dipanggil dan meminta Iphonenya. Burn datang dan menyerahkan
Iphone buat Tengku Ezkandar Heidi dan sebotol air. Air diteguk terlebih dahulu
sebelum mencuba kembali mendail nombor telefon Triesya.
“Eh.
Tu bukan miss wifey boss ke?” Soal
Burn hairan dan menunjukkan ke arah tempat duduk tidak jauh dari mereka dan
spontan Tengku Ezkandar Heidi menoleh dan bibirnya diketap. Tangan digenggam.
Kelihatan
tubuh cantik Triesya yang memakai baby
tee rona putih dan high waist short
jeans dan bersunglases hitam itu berjalan menuju ke racer dari luar Negara tersebut. Racer yang berlumba dengan Tengku Ezkandar Heidi tadi. Dengan selamba
Triesya datang dan memeluk lelaki tersebut. Lelaki tersebut pula siap mencium
dahi Triesya. Geram Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kesabarannya memang ditahap
kritikal. Tidak menjangka yang Triesya sanggup menduakan dirinya.
“Bro! Sabar bro! Jangan ikutkan hati yang panas tu sangat. Selidik dulu.”
Halang Tengku Aliff pabila Tengku Ezkandar Heidi ingin mendekati keduanya.
Namun, ditolak kasar tangannya oleh Tengku Ezkandar Heidi.
“Triesya!!!!”
Jerit Tengku Ezkandar Heidi dan meluru menumbuk lelaki yang memeluk Triesya tadi.
Buk!
Terjatuh
lelaki tersebut dek penangan tumbukan Tengku Ezkandar Heidi. Sekali Lagi Tengku
Ezkandar Heidi ingin menumbuk lelaki tersebut. Namun, ditahan oleh Tengku Aliff
dan Ragel Ericck. Begitu juga dengan orang-orang lelaki tersebut. Mereka
menahan Tengku Ezkandar Heidi dari kembali memukul lelaki tersebut.
“What the hell are you doing?!” Marah lelaki
tadi sambil memegang lebam di bibirnya.
“Tengku
Ezkandar! Apa yang you buat ni?!” Marah
Triesya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Bertambah panas hati Tengku
Ezkandar Heidi pabila Triesya meletakkan kepala lelaki tadi dipeha putihnya.
Sekali lagi dia ingin menumbuk lelaki tadi namun ditahan oleh Tengku Aliff dan
Ragel Errick.
“Who’s this guy?! I’m tried to call you! But
I can’t! So ini yang you buat
belakang I?! I tak sangka you perempuan macam ni!” Marah Tengku
Ezkandar Heidi dan spontan pipinya terasa tegang kerana ditampar oleh tangan
kanan Triesya. Mencerlung tajam gadis itu padanya. pertama kali melihat wajah Triesya
begitu. Sebelum ini walaupun Triesya marah wajahnya masih tenang.
“How could you saying like that to me?! For
your information Tengku Ezkandar Heidi! This
is my cousin! Syed Haider Bin Syed Baqri!
and Syed Baqri? Syed Baqri Bin
Hj Syed Badrul!!! You’re crazy! Idiot!”
Balas Triesya geram dan berlalu pergi. Syed Haider dibantu untuk berdiri dan
membawanya pergi.
“What’s going on?” Soalnya Ben hairan. Dia
yang baru sampai tadi mengerutkan dahi melihat mereka berkumpul dan Triesya serta
Tengku Ezkandar Heidi pula bergaduh.
“Arghhhh!”
Teriak Tengku Ezkandar Heidi dan menumbuk cermin kereta lumbanya.
“Que
Ez!” Jerit Tengku Aliff dan menarik Tengku Ezkandar Heidi jauh dari kereta
tersebut. Jangankan cermin. Silap-silap mahu satu kereta tersebut dimusnahkan
oleh Tengku Ezkandar Heidi.
“Tulah
kau! Ikutkan emosi sangat!” Marah Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi mendengus kasar dan menolak tubuh Tengku Aliff
kasar.
“Shut your mouth Que Liff! Damn!” Teriaknya dan berlalu pergi.
******AKU CINTA KAMU*******
AKU yang sedang mengubat
luka Syed Haider mengetap bibir. Ya ampun. Boleh tahan juga tumbukan Tengku
Ezkandar Heidi tu sehinggakan lebam gila pipi dan tepi bibir Syed Haider ni
dikerjakannya. Kepala digelengkan. Tak sangka lelaki tu sanggup menuduhku tanpa
usul periksa. Geram betul!
“Aduh
duh! Janganlah kasar honey…” Rungut
Syed Haider pabila aku tanpa sedar menekan kasar pipinya.
“Oh my! Haide! Sorry! sorry! Kash tak sengaja.” Balasku kesal dan mengusap
bibirnya. Dia tersenyum dan memegang jemariku.
“It’s okay honey. Kuat juga Tengku
Ezkandar Heidi tu. Sampai lebam pipi dan bibir I ni…” Balas Syed Haider kepadaku dan tersengih. Tak berani nak
ketawa kerana bibrnya sakit. Aku tergelak.
“Sorry Haide. Dia tu memang. Panas baran
betul!” Balasku geram.
“Dia
jadi macam tu because of you dear.”
Balas Syed Haider dan membelai rambutku. Aku terdiam dan memandang Syed Haider.
“Because of me?” Soalku hairan. Syed Haider
anggukan kepala.
“I know he’s have feeling towards you right?
He’s jealous actually…” Jelasnya. Aku mengerutkan dahi. Ketara sangat ke
sampaikan Haide pun tahu?
“Jealous?” Soalku. Syed Haider tersenyum.
“Bila
kita suka dan cintakan seseorang tu. Kita akan merasa cemburu bila dia bersama
dengan lelaki lain.” Jelas Syed Haider dan mengenyitkan matanya. Aku mencebik.
“Yalah
tu.. But you know what? Your bahasa Melayu
is getting better dear.” Balasku
padanya dan tersenyum. Dia juga. Syed Haider ni mummynya orang Canada juga. Dah sejak kecil hidup di Canada. Bahasa
Melayu dia tu kurang sedikit. Tetapi daddy
Baq dan grandpa selalu tekankan
penggunaan bahasa Melayu pabila dirumah. Biar kita tinggal di Negara orang dan
jauh beribu batunya dari Negara kita sendiri. Orang kata asal usul jangan
dilupa. Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di
negeri sendiri. Erk! Entah apa-apa aku ni.
“Well. Kata cucu Syed Badrul. Of course lah mesti pandai cakap Melayu.”
Balas Syed Haider nakal dan tergelak kecil.
“Aduh
duh. Sakitnya…” Rungutnya dan berhenti ketawa. Tergeleng kepalaku dibuatnya.
Tulah siapa suruh ketawa sangat.
“Padan
muka! Ketawalah lagi.” Sindirku padanya. Dia tersenyum.
“Hello miss Bikash! I jadi macam
ni pun because your beloved hubby dear.
Huh. Tu nasib I cousin you. Cuba
kalau kita ni scandal. Mahunya I terlantar di ward sekarang ni.” Rungut Syed Haider dan gelengkan kepalanya. Aku tergelak.
“Pandailah!
I setia okay!” Balasku yakin. Syed Haider
tergelak.
“Mana
tak setia kalau that guy handsome, tall,
tough and rich.” Balas Syed Haider nakal dan spontan aku mencubitnya.
Tergelak besar dia dibuatnya.
“Aduh
duh! Janganlah bawa I ketawa honey. Sakit tau! Tangan ni walaupun dah
bersimen masih sengat lagi eh!” Balas Syed Haider dan menunjuk jarinya ke
tanganku. Terbeliak mataku dibuatnya. Jahat!
******AKU CINTA KAMU*******
TENGKU
EZKANDAR HEIDI yang sedang terbaring lemah di katilnya
merenung ke atas siling. Bagaikan Triesya di situ dan tersenyum padanya. Tangan
yang berbalut kerana terkena kaca tadi dijeling. Satu keluhan dilepaskan. Entah
kenapa dia bertindak melulu seperti itu. Terasa menyesal bermukim di hatinya. Betullah
orang kata. Pabila marah kita akan bertindak di luar kawalan. Aduhai. Pertemuan
pertamanya dengan sepupu Triesya berlaku di dalam keadaan yang tak baik. Mahunya
sepupu Triesya itu mengambarkan akan hal tersebut pada datuk Triesya di Canada.
Memang tipislah peluangnya untuk bersama dengan Triesya.
Jujur,
sejurus melihat Triesya berpelukan dengan lelaki lain dia terasa cemburu. Siapa
yang tak cemburu pabila kekasih hatinya berpelukan dengan lelaki lain. Baginya
Triesya hanya untuk dirinya seorang. Jika lelaki itu bukan sepupu Triesya memang
sudah dipukulnya habis-habisan. Huh! Salahnya juga. Bertindak sebelum berfikir.
Sekarang?
Dia perlu memujuk Triesya. Sejak tadi berpuluh panggilan dan pesanan ringkas
darinya. Namun, tiada reaksi dari gadis itu. Ingin sahaja Iphone dilemparkan.
Namun di tenangkan hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dan spontan Tengku
Ezkandar Heidi duduk tegak. Teringat kembali perbualannya dengan Ben di
panggilan tadi. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman.
“Dia suka smarties.” Balas Ben. Tengku
Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Smarties?
“Smarties? Apa tu?” Soalnya hairan.
Lebih hairan pabila Ben tergelak.
“Haila. Tengku tak tahu ke apa tu
smarties? Dia banyak warna tau. Macam pelangi.” Jelas Ben. Tengku Ezkandar
Heidi memicit dahinya. Masalah betul. Jujur. Dia sendiri tak pernah dengar apa
itu smarties. Apatah lagi melihatnya. Sejak kecil pemakanannya di jaga.
“Wait! Yang Triesya selalu makan tu
ke?” Soal Tengku Ezknadar Heidi penuh semangat pabila teringat Triesya selalu
memakan coklat kecil yang mempunyai pelbagai warna.
“A’ah yang tulah. Favorite dia tu.” Jelas
Ben.
“Tu je ke yang dia suka?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi lagi.
“Ada lagi.” Balas Ben.
“What is it?” soalnya pantas.
“Persian cat. Dia dah lama nak beli.
Just takde masa nak cari.” Jelas Ben. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“Yes!
Smarties and Persian cat!” Kata Tengku
Ekznadar Heidi semangat dan berdiri.
******AKU CINTA KAMU*******
AKU yang sedang mengacau ayam masak merah di dalam
kuali mengarahkan Ben agar memotong buah dengan cepat. Takut-takut kalau Syed
Haider datang awal nanti. Aku dah berjanji nak masakkan makan malam buat dia. Request bukan main lagi. Ayam masak
merahlah, salad tomatolah, sup ayamlam. Aduhai. Ingat aku ni chef ke apa.
“Sabarlah. Tak padan dengan tangan
bersimen kau ni. Semua kerja kau nak buat.” Rungut Ben. Aku mencebik.
“Buat jelah kerja tu. Diam sudah.”
Balasku geram.
“Babe.
Aku tahulah kau bad mood dengan Tengku
Ezkandar Heidi tu. Tapi janganlah tempiaskan pada aku wei.” Rungut Ben. Aku
menjeling Ben di sisi. Macam tahu je. Huhu.
“Diamlah Ben!” Balasku panas. Ben tergelak dan menutup
mulutnya.
Ting tong!
Ting tong!
Ting tong!
Spontan aku dan Ben saling
berpandangan. Sudip ku simpan di tepi. Apron ku buka.
“Ben tengok! Haide dah sampai dah.
Kau tolong tengokkan ayam ni. Aku bukakan pintu sekejap.” Kataku pada Ben dan
berlalu ke living room.
“Beres boss!” Jerit Ben. Aku gelengkan kepala. Kalau layankan Ben sehingga
ke esok tak habis. Perlahan-lahan pintu dibuka.
“Erk!” Aku kerutkan dahi pabila tiada
siapa pun. Kosong! Hanya ada…
“Smarties!” Jeritku kecil dan duduk
mencangkung. Mengambil smarties yang berada di atas bakul rotan . Banyaknya…
Tersenyum kecil aku dibuatnya. Namun, senyuman itu termati apabila ada kad
berona pink di situ. Kad diambil dan
dibaca.
Dear Triesya,
Eat me and please forgive me L
Love,
TEH.
Aku
terdiam. Macam mana dia boleh tahu aku sukakan smarties? Ok jujur! Aku terharu
beb! Smarties kegemaran aku tu. Bapak banyak pula. Ok aku tak dapat tahan diri
aku dari menyentuh smarties-smartis kegememaran aku tu. Mahu tak mahu aku ambil
dan bawa masuk. Tapi merajuk is
merajuk okay! Haha.
Aku duduk di atas sofa dan
tersengih. Satu botol smarties aku ambil dan buka penutupnya.ya ampun!
Bersinar-sinar mata aku tengok smarties yang berona roni tu. Smarties dituangkan
ke tangan dan di suakan ke mulut. I don’t
know why. Spontan pabila aku memakan smarties pasti aku tersenyum.
Ting tong!
Ting tong!
Ting tong!
Aku kerutkan dahi. Sekali lagi
lonceng kondoku di tekan. Hurm pastinya Syed Haider dah sampai. Dengan smarties
masih di tangan aku membuka pintu. Sekali lagi. Sekali lagi aku kerutkan dahi
pabila tetap tak ada orang dan yang ada hanya…
“Kucing?” Soalku hairan dan kembali
duduk mencangkung memandang kucing Parsi berwarna putih di dalam sebuah kandang
berona pink.
“Awwhhh~ so cute! Awak… Awak seorang je ke? Siapa hantar awak ke sini? Awak
comel sangat… Saya nak peluk awak boleh?” Soalku geram. Kucing Parsi tadi
sungguh comel! Siap ada reben rona pink
dilehernya. Bapak comel! Aku suka!
“Taklah. Saya dengan daddy. Daddy saya awak tak nak peluk
ke?” Soal suara garau Tengku Ezkandar Heidi kepadaku dan membongkokkan dirinya
memandangku. Spontan aku mengangkat wajah dan memandangnya di sisi.
“Eee. Sibuk je! Siapa cakap dengan you?!” Soalku geram dan menjelingnya.
Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil dan mengeluarkan kucing Parsi tersebut
dari kandangnya. Mengetap bibir aku dibuatnya. Geram! Comel! Aku suka! Rasa nak
menangis je! Lebih-lebih lagi pabila Tengku Ezkandar Heidi dengan sengaja
memeluk dan mencium kucing tersebut. Aku rasa nak cekik je leher dia. Lebih-lebih
lagi pabila dia tersenyum nakal memandangku.
“Alolorh comel daddy. Ada orang tengah cemburulah daddy kiss sayang. Mummy nak
kena kiss dengan daddy juga ke?” Soalnya nakal kepadaku. Spontan aku menjelingnya.
“Eee. Tak kuasa!” Balasku geram.
Namun sempatku memandang kucing tadi.
Alolorh. Comelnya awak! Mummy nak
peluk! Erk! Tiba-tiba! Aku pula yang nak gelarkan diri aku mummy. Terikut sewel dengan si tengku ni. Tapi apa-apa jelah. Mummy ke. Ibu ke. Aku suka.
“Comel daddy tengok mummy tu. Jual
mahal pula dengan daddy. Masih
merajuk pula nampaknya dengan daddy.
Hurm. Comel daddy tolong bagitahu
pada mummy tu boleh? Tolong bagitahu mummy comel daddy ni yang daddy minta
maaf sangat-sangat. Daddy tak sengaja
nak pukul cousin dia dan cakap macam
tu dengan mummy. Daddy jealous tau mummy peluk-peluk lelaki lain…” Kata
Tengku Ezkandar Heidi pada kucing parsi tersebut dan menjelingku. Tersenyum
nakal terukir di bibirnya. Aku menahan senyum dan menjeling. Mana tak senyum
kalau Tengku Ezkandar Heidi punya suara bukan main lembut dan manja lagi.
“Comel mummy. Bagitahu pada daddy
comel mummy tu yang mummy tak nak maafkan dia. Mummy tengah merajuk dengan dia ni. Tak nak
cakap dengan dia.” Balasku dan mencebik. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan
mendekatkan bibir kucing tersebut ke telinga ku. Mengeliat kecil aku dibuatnya.
“Eee. Gelilah daddy!” Balasku spontan. Tersenyum lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Awwwh ~ sweetlah mummy panggil daddy…” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal.
Aku mencebik dan menghentak kaki. Aku dah tak tahan.
“Bak lah sini kucing tu… Comel!
Geram!” Balasku padanya. Dia tersenyum
dan menaikkan keningnya nakal.
“Comel daddy, tolong bagitahu mumy
comel tu kalau dia nak dengan comel daddy
ni dia kena ambil dengan daddy comel daddy ni sekali. Wajib kiss pipi dulu tau. Baru daddy nak bagi comel pada dia.” Balas
Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku mengetap bibir. Geram.
“Alarh… Tapi orang tengah merajuk…” Rungutku
padanya. Dia tersenyum.
“Nak kucing ni ke tidak? Comel tau.
Kalau nak kucing yang comel ni. Mummy
kena maafkan daddy tau! Sayang daddy sikit.” Balas Tengku Ezkandar
Heidi nakal dan suakan pipinya. Aku mencebik geram.
“Cepatlah. Nak kucing ke tak ni?” Soalnya
padaku. Aku mengetap bibir dan memandang kucing tadi.
“Meow!” Panggilnya padaku dengan
muka yang innocent. Aduhai. Buat aku
cair je. mahu tak mahu aku kiss juga
pipi daddy si comel tu. Hehe. Okay
aku mengaku! Aku memang dah maafkan dia. Dia bukan sengaja what! Biasalah tu kot. Kalau dah cemburu. Kalau dia dengan
perempuan lain pun confirm aku jealous okay!
“So
maafkan daddy tak?” Soalnya kepadaku
di saat aku ingin mengambil kucing tersebut. Namun di halangnya dan kucing
dijauhkan. Aku merengus. Geram.
“Dahlah daddy mummy… Now, give it to me. Come comel mummy.” Balasku padanya dan mengambil kucing tadi. Dipeluk dan
dicium olehku sekuat hati.
“Awak comel sangatlah.. Mummy panggil awak Bobo boleh?” Soalku kepada
kucing yang comel tadi.
“Meow!” Balasnya. Aku tersenyum dan
mencium pipinya lembut. Aduhai. Rasa macam baru dapat baby je!
“Daddy,
mummy tak nak sayang ke?” Bisik Tengku Ezkandar Heidi ke telingaku dan
memelukku dari belakang. Aku tersenyum kecil.
“Tak naklah sayang daddy. Daddy jahat dengan mummy…” Balasku dan kembali mencium pipi
Bobo. Bobo macam suka je aku buat macam tu. Hahaha. Manja kucing ni. Macam daddy dia juga. Erk! Haha
“Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi padaku dan menarikku agar menoleh memandangnya. Aku menurut dengan Bobo masih
di dalam pelukan. Bobo. Taklah berat mana. Tangan aku yang berismen ni pun
boleh bertahan lagi. Smarties pula masih dipegang. Daguku di tarik lembut
olehnya dan matanya merenung dalam ke mataku.
“I’m
sorry for what I’ve done today. It’s my fault and I’m such a fooled. I janji.
Lepas ni I takkan buat lagi. I janji akan bertanya dulu pada you jika ada apa-apa yang membuatkan
hati I curiga. Okay sayang? Maafkan hubby
baby…” Jelasnya padaku. Aku
tersenyum memandangnya.
“I
maafkan you. But promise me. After this
jangan buat macam tu boleh? I tak
sukalah marah-marah…. But, kalau you nak bagi I present macam ni setiap kali I
marah. Hurm. Hari-hari I nak marah
kalau macam tu.” Balasku nakal dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi menjengilkan
mataya dan menarikku dekat pada dirinya. Dahiku dikucup lembut dan aku
memejamkan mata. Terasa nak menangis pun ada.
“Thanks
sayang sebab maafkan I. trust me I
takkan buat macam tu lagi. I tak nak you merajuk lagi…but kalau nak present.
Hari-hari I boleh bagi. Anything for you sayang.” Balasnya dan
mengenyitkan mata. Aku tergelak dan memeluknya. Bobo pula berada di tengah.
Awwwh~ sweet! Rasa macam satu family dengan je. hehe.
“Ehem!” Suara garau yang berdehem
itu mematikan senyuman di bibir kami dan spontan kami berdua melepaskan
pelukan. Aduh! Syed Haider! Malu!
“Sweet
couples I’ve know.” Katanya kepada kami dan mengenyitkan matanya. Aku
tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi pula mendekatinya.
“I’m
sorry bro for what I’ve done.” Kata Tengku Ezkandar Heidi ikhlas kepada Syed
Haider dan menyalam tangannya. Syed Haider tersenyum dan menyambut salam Tengku
Ezkandar Heidi. Bahu Tengku Ezkandar Heidi ditepuknya lembut.
“It’s
okay bro. Aku faham. Kalau aku sendiri pun Nampak girlfriend aku hugging with others
guy memang dah kena dengan aku. Lebih-lebih lagi perempuan secantik cousin aku ni. Siapa tak panas bro.” Balas Syed Haider dan tergelak.
Siap kenyitkan matanya kepadaku. Terjengil mataku dibuatnya. Nakal betul dia
ni. Suka betul menyakat aku.
“Yahh bro! Siapa tak sayangkan bini.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal
dan mengenyitkan matanya memandangku. Spontan aku mencubitnya. Jahat! Haha.
“Eh! Where are you going?” Soal Syed Haider pabila aku masuk ke dalam.
Geram. Asyik kena je dengan budak dua ekor tu. Bila dah berbaik bukan main
lagi.
“Masuk! Malas nak layan!” Balasku bengang
dan keduanya ketawa besar olehku. Huh!
********AKU CINTA KAMU********
TENGKU EZKANDAR HEIDI dan Syed Haider duduk santai di balkoni
Triesya dan menikmati angina malam dari tingkat 22 tersebut. Triesya dan Ben
pula tengah khusyuk berman dengan Bobo di living
room. Bobo? Haha. Tak sangka Triesya cair dengan Bobo. Kucing parsi yang
beribu harganya. Ribu? Ya beribu. Kucing jenis Persian cat memang mahal kerana bakanya yang lain dari kucing
biasa. Tak kisahlah beb! Yang penting hati buah hatinya terpujuk.
“Since
bila kau start race?” Soal Syed
Haider kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tak sangka minat mereka berdua sama.
Bolehlah lepas ni jadi kamceng. Memandangkan Tengku Ezkandar Heidi bakal
menjadi ahli keluarga mereka. Secara jujur dan dari mata kasarnya, Syed Haider
akui yang Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencintai Triesya. Sejak tadi dia
hanya berdiri tidak jauh dari mereka berdua dan memasang telinga. Memang keduanya
pasangan yang romantic. Pandai Tengku
Ezkandar Heidi mengambil hati triesya yang degil itu.
“Since,I was in high scholl. Sebab time kecil tu
minat aku dengan kuda. Tapi bila dah besar mina tupun dah berubah. Lebih yang
ekstrem. Kau pula?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Agak selesa dengan Syed Haider.
Seorang doctor muda. Siapa sangka
lelaki itu berminat dengan perlumbaan kereta. Syed Haider orangnya memang
kacak. Tengku Ezkandar Heidi tak hairan kerana pastinya ahli-ahli keluarga Triesya
mempunyai wajah yang kacak dan cantik seperti Triesya.
“Lama tu. Aku since di university. Kash
yang banyak temankan aku ke track dan
training.” Jelas Syed Haider dan
menghirup coklat panas yang triesya buatkan. Tetap sedap seperti dulu.
“Kash?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan.
Syed haider tersenyum.
“Bikash. I mean Triesya. Our family
in Canada call her ‘Bikash’ or ‘Kash’.” Jelas Syed Haider. Sejak kecil
mereka sudah terbiasa memanggil Triesya seperti itu. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan
dahi. Kash? Desis hatinya.
“Aku tak tahu sebab selama ni dia
tak pernah cerita.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur dan tersenyum.
“Kash memang macam tu. Since kecil dia suka diam dari bersuara.
Kena tanya dia dulu baru dialah nak
cerita. I dengan abang Hedriey faham
sangat dengan perangai dia. Since kita
orang memang rapat sejak kecil. Everything
about her I know. And trust me. You’re her first love.” Jelas Syed Haider. Tengku
Ezkandar Heidi kerutkan dahi.
“Tak ada ke yang admire dengan dia di Canada tu?” Risik
Tengku Ezkandar Heidi. Sempat Triesya yang berada di living room dipandang. Comel sekali. Sedang bermain dengan Bobo.
“Ada je. Dia saja yang tak berminat.
Don’t worry. I’m sure she’s really love
you and she will be loyal you. Kash. Sekali dia cinta. Dia akan cinta buat
selamanya. Just one more thing aku
nak nasihatkan pada kau.” Balas SYED HAIDER. Tengku EZKANDAR HEIDI kerutkan
dahi.
“What
is it?” Soalnya hairan. Syed Haider memandang tepat ke wajah Tengku
Ezkandar Heidi.
“Don’t
lie to her and please don’t hurt her feeling. Kash mungkin lembut orangnya.
But bila dia dah kecewa. Dia akan
membenci dan menyimpan dendam sampai bila-bila. Seperti Kash bencikan papa.” Jelas Syed Haider. Terdiam Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya. Jantungnya saat itu bagaikan berhenti berfungsi.
Triesya dipandang dan kekasih hatinya itu turut memandangnya dan memberikan
senyuman manis. Tengku Ezkandar Heidi membalas dengan senyuman kelat. Adakah Triesya
akan membencinya nanti? Hal itu yang membuatkan hatinya tidak tenteram……
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
*********************************************************************
Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~
TING TONG!
TONG TING!
TING TING TING!
TONG TONG TONG!
HAHAHAHAHA
SENGAL~
HI Peeps! Hos was the
story? I hope it will be fine and you satisfied with it. Like what I’m saying
before. I’m just me. Im not perfect! Sorry ladies L
Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan
bagi ejaan, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika ada yang terover,
tak logic, terlebih dan sebagainya.
Ianya hanya fantasy. Diharap anda
faham. Seperti yang saya katakan sebelum ini. Sila ambil yang postifnya sahaja
dan buang negatifnya. Think smart babe!
Hurm. Apa akan terjadi selepas ini?
Adakah hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi akan baik-baik sahaja? Bagaimana
pula dengan hubungan Triesya+Dato Syed Al-Azhar+Datin Tengku Merissa=?????? Hwaiting for the next entry dear~ J
Ladies,
Thanks
for dropping by and leave ur comment dear. Much appreciated it! J Do come again yah!
Please! please and please leave ur comment yah!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA LADIES. TQ.
Till then,
Sincerely,

Good morning world ehehe.Now i will give my sincere comment eheehhe.yahhooo finally ada conflict and i love when trisyha sulking sbb ada hubby dia nak pujuk eheheh.sukanya bila qu ez stress and cemburu bila trisya tak layan dia eheh sbb tak kan sepanjang masa nak romantic jer kan ehe.apakah yang terjadi seterusnya jeng jeng jeng suspend jugak kekek.adakah terjadi perang besar selepas trisya mengetahui qu ez "small secret"( that he was the nephew of tengku marissa)??=) adakah kepercayan dan cinta trisya akan tergugat selepas mengetahuinya??eheh nak entry seterusnya tak sabo den.kalau jadi drama cerita ne kan best ehehe!!! goodluck dear and can't wait to read the next chapter.
ReplyDeleteHI awak!=)
Deletehehehe.1st of all. kite nk cakap kite suka awak! haha. awak happy go lucky ar. pepagi buta ceria beb! hehe =P
Thanks for dropping by and leave ur comment yer awaknyer =)
wawahwah.gd mrng world eh? hehe. yay! awak suka! hehe. a'ah. xkan happy memanjangkn =)
heheh suspend an.ntah apa-apa ntah aku ni hahaha
sabaolah. hwaiting for the next entry yer dear =) kite samasama nantikan apa yg tjdi pada mereka dua stlh triesya mengetahui hal yg sebenarnya. hehe.
hahaha. mahu satu malaysia maghokan den! men bantai je pegang2 haha =P
thanks dear =)
Cpt Que Ez berterus terang pd Trish pasal Que Marissa
ReplyDeletesebelum org lain beritau dia, nanti kalau dia dpt tau
yg Que Ez anak saudara mak tiri dia dn tak berterus
terang dgn Trish tak taulah ape akan dilakukannnya.
HI anor =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
a'ah tulahkan. but kita nntikan the next n3 je lah ukeh =)
hehehhe
hwaiting awak
Bestnya.... :). Ratu, ceta nie lebih 50 bab ke? Mlm nie ada e3 x? X sabar nak baca next chap....:).TQ.
ReplyDelete-col-
HI col =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe best ke. thank awak
xla dear. dlm 30 bab lbh je. 50 pnjg tu. hehe.
a'ah ada. tpi maybe kite post l8 sikit.
hwaiting ya awak =)
awwww... kucing parsi... cutenyerrr!!!
ReplyDelete(。◕‿◕❤) .... i loike .... best3!!!
^_______^ *senyum lebar....muahahah!!!*
HI lylea =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment sygs
cute kan kucing tu. geram tgk!
hehe thanks sbb like
kite pula senyum meowmeow~ hahaha =P
hehehe... (。◕‿◕❤)
DeleteOMg Dear...matilarrrrrrr TEH pasni klw dia lmbat bertindak...sya tw camna sikap org yg seperti Trish tu sbb my BFF sikap dia lbh kurang cam dia...matilah2 pasni..adehhhhh....TEH sya WARNING kw ni...skrg jga kw bgtw Trish rahsia tu...hehehhehe...(mgada2 plak <-- dia ni)
ReplyDeleteHI dear =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe ye ke wak? a'ah org mcm trish mmg jns yg len skit
hehehe wahhhh~ siap warning TEH engkau! hahahah
hehehehe...ni WARNING bukan sebarang WARNING dear...masak TEH tu nanti klw Trish tu tw sndri...org spt trish ni sgt2 berbahaya..kmarahan org spt ini tdak dpt diduga & ditanggung oleh org yg penyebab kpd kmarahannya ni...
Deletehahahaha cra awak ckp mcm cerita bjg lapuk tu je. ini bkn cubaan. ini betul2. hahahahaha
Deletea'ah. kite stju babe! thats y la dya bncikkan papa dia
hehehhe...bjg lapuk pun bjg lapuk la...tp klw kat real life mmg sikap org spt trish ni sukar diduga..sbb sya BFF dgn org cam sikap trish ni suda hampir 10 tahun..hati dia lbh keras dri besi klw dia suda mrh & kecewa..ibarat kata kami"tiada maaf bagimu"hehehe
DeleteHeheheh kite xbkwn dgn org mcm tu. tpi kite mgku kite mmg mcm tu =P sekali kite kata kite benci. kite akan benci selamanya =)
Deletehehhee...kite pun lbh kurang sma..tp kwn kite tu mmg dia lg lbh dri kite..
Deletewrong choice of word and grammar.....i have tried to call you, but i can't reach you
ReplyDelete- SWEETEST couple I have ever known
- Hugging OTHER guyS
- SCHOOL not SCHOLL
HI dear
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment
Sesungguhnya 'scholl' saya adalah saya taip. harap maklum hahhaa.
adoi. biasalahkan sometimes bila kita menaip pasti ada yg terlepas pandang. n thanks awak sudi tegur. =)
i think "known" tak brapa sesuai dlm context ni....rasanya better "seen" lagi
ReplyDeleteouh. okay2. thanks
Delete