Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday, 1 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 8




AKU CINTA KAMU 8



AKU hanya duduk kaku di hadapan cermin solek. Hanya memandang Krish@Krishneen menyolek mukaku. Di dalam bilik persalinan ini hanya aku seorang. Ditempatkan khas untuk aku. Memang sejak dulu aku selalu ditempatkan di dalam bilik persalinan khas. Entah kenapa. Bila ditanya kata mereka aku merupakan model terkenal.  Tidak sepadan jika ditempatkan bersama-sama model yang lain. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Aku tidak pernah membeza-bezakan diriku dengan model lain. Kami semua sama. Lagi pula kerjaya ini hanya kulakukan secara sambilan saja jika aku tidak terikat dengan pekerjaanku sebagai stewardess

            “You.. Tengku tu romantic tak? Macam mana you boleh berjumpa dengan dia?” Risik Krish padaku. Aku hanya menjeling Krish yang sedang mengemaskan rambutku yang disimpul itu. Memperlihatkan lagi leher jinjangku. Dress pegantin paras peha dan belakangnya panjang bagaikan princess tersarung ditubuhku. Cantik. Dress berkemban dan berwarna putih ini amat menarik minatku. Sesuai sekali ditubuhku. Mengikut badan. Pandai Rose merekanya. Yang menarik terdapat bunga-bunga rose di bahagian hadapan pehaku. Besar-besar rosenya. Rose reka khas ditubuhku sebenarnya. Rekaan utama Rose ini yang akan ditunggu-tunggu nanti. Maknanya aku akan jadi model terakhir yang akan memperagakan baju ini di runway nanti.

            “Amboi nyah! Sejak bila pandai bergosip ni?” Tegur Ben yang berada di muka pintu. Krish yang terkejut dengan kehadiran Ben itu tersengih bagaikan kerang busuk. Dah red caught dengan Ben. Bukan dia tidak tahu yang Ben tidak gemar mana-mana make-up artis bertanyakan gossip-gossip mengenaiku di hadapanku.

            “Alarh nyah. Aku korek-korek sikit je. Nak juga aku tau macam mana tengku tu sebenarnya.” Bela Krish. Aku hanya menggelengkan kepala dan halakan mataku ke Screen Iphone. Terdapat satu message dari Tengku Ezkandar Heidi.

+Love you wife

-:P

             Aku tersenyum membaca message yang ku reply tadi. Aku sengaja jelirkan lidah. Biarkan dia. Miang sangat nakkan aku.  aku kembali memandang Iphone tatkala memandang ada satu message diterima.

+Nakal. I kiss nanti baru tahu.

            Balasan message darinya itu membuatkan aku terdiam. Gila mamat ni! Senang-senang dia jer nak kiss aku.. Hampeh dowh!

            “Trish. Are you ready? Your turn in 5 minutes.” Ziela iaitu pembantu Rose mengingatkan aku. Aku tersenyum memandang Ziela yang berdiri di muka pintu.

            “Yes dear.” Balasku padanya. Ziela memberikan senyuman manis. Cantik gadis bernama Ziela ni. Tapi dia agak tomboy sikit. Lebih suka memakai baju kemeja besar dan jeans besar. Pulak tu pakai topi.

            “Ok good darling. Nanti bila dah habis show you akan temankan Rose balik naik ke atas runway dan berikan dia bunga rose putih kegemaran dia ni.” Jelas Ziela dan menyerahkan bunga rose putih pada Ben. Aku berdiri setelah berpuas hati dengan wajahku.






******** AKU CINTA KAMU *********






TENGKU EZKANDAR HEIDI hanya memerhatikan model-model yang sedang merperagakan busana pegantin milik Rose tanpa perasaan. Dirinya sendiri pelik. Sebelum ini boleh saja matanya melihat model-model seksi dan cantik. Malah kadang-kadang dia pula terlebih excited melihat model-model itu. pasti setiap kali dia pergi ke mana-mana fashion show akan ada model-model yang memberinya number telefon. Tetapi kali ini berbeza sekali. Matanya sudah tidak peduli model-model yang sedang tersenyum dan mengodanya melalui atas pentas. Dia hanya memandang mereka dengan pandangan kosong.

            Kehadirannya malam ini pun adalah kerana atas jemputan Rose yang inginkan dirinya sebagai tetamu VVIP dan pada masa yang sama cik wifeynya juga turut memperagakan design-design Rose. Gila tak datang. Dapat juga cuci matanya melihat cik wifey yang cantik.

            “The climax of this fashion show… Ladies and gentleman. The roses in my heart by Triesya!” Suara MC pada malam itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi spontan memandang tepat ke atas run away. Kedengaran lagu BEAUTFUL GIRLS-GIRL GENERATION. Triesya kelihatan anggun dan seksi dengan dress yang tersarung ditubuhnya. Gadis itu memberikan senyuman manis. Malahan semakin galak para penonton bertepuk tangan. Teruja dengan kemunculan gadis cantik seperti Triesya. Mata nakal Tengku Ezkandar Heidi galak merenung kekasih hatinya yang sedang berjalan di atas runaway dengan penuh bergaya. Terukir senyuman manis di bibirnya. Terasa bangga apabila sang kekasih menjadi perhatian mata-mata para penonton.

            Saat tiba di hadapan runaway dan pada masa yang sama berhadapan dengan Tengku Ezkandar Heidi, Triesya kelihatan terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Namun sekejap cuma apabila Tengku Ezkandar Heidi memberikan senyuman manis dan mengeyitkan matanya spontan Triesya tersenyum manis dan mengeyitkan matanya nakal. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dengan sikap nakal gadis itu.






 ******** AKU CINTA KAMU *********






AKU yang baru menukar baju ke dress pendek rona putih berusaha untuk mengezipkan dressku yang zipnya berada di belakang tubuhku. Ish. Susah juga nak tarik zip ni. Entah manalah si Ben ni. Kalau tak dialah yang menjadi mangsa akak ni mengezip baju. Heee. Sejak aku masuk ke dalam bilik ni tadi just aku jer yang ada kat dalam bilik ni. Aku yang tangah tertunduk dihadapan cermin solek tersentak apabila terasa tanganku ditolak lembut dan ada tangan yang membantuku mengezip dress putihku. Bibirku mengukir senyuman. Mesti si Ben ni.

            “Thanks Ben. Ak…..” Aku yang baru mengangkat kepala memandang ke depan cermin terdiam. Dia ni ke? Tengku Ezkandar Heidi tengah berdiri di belakangku dan tersenyum manis memandangku. Muka ku berubah merah. Erk. Asal mamat ni ada kat sini?

            “Erk.. You?” Soalku bodoh padanya. Ish. Memanglah dia kan. Takkan hantu! Simpang!

            “Yes baby. It’s me.” Balasnya tepat pada cuping telingaku. Uish! Mengeliat geli aku dibuatnya. Seriau dowh! Nafas dia panas-panas lagi sampai kat cuping telinga aku ni. Aku menolak tubuhnya jauh dariku.

            “Ish. Takde kerja lain ke? Asyik nak melekat macam belangkas jer!” Marahku padanya dan berpeluk  tubuh di sofa. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum nipis memandangku sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Keningnya dijungkitkan. Ish. Nakal pula mamat ni aku tengok.

            “Why? You rasa semacam ke kalau I dekat dengan you?” Soalnya padaku. Aku mendengus.

            “Jangan nak perasan sangatlah!” Marahku padanya. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya.

            “Ok-ok tak nak main lagi. Jom!” Balasnya padaku dan menghulurkan tangan kanannya padaku. Aku terdiam dan menjungkitkan kening. Dah ni kenapa?

            “Arh?” Aku menayang muka blurr.

            “Jom dinner dengan I . I dah tempahkan satu  restaurant kat hotel ni just for us.” Terangnya padaku. Spontan aku terasa rahangku bagaikan terlepas. Crazy!

            “Are you kidding me?” Soalku padanya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya.

            “I nak kenalkan you dengan bestfriend I .” Balas Tengku Ezkandar Heidi padaku.

            “Bestfriend you?”

            “Yes dear. Bestfriend I . Mereka semua dah tunggu kat restoran. Jom” Balasnya padaku dan menarik tanganku agar aku berdiri. Namun aku mengkakukan diri dan Tengku Ezkandar Heidi pula berdiri di hadapanku dengan kedua-dua tanganku masih di gengamnya.

            “Bila masa I kata nak jumpa bestfriend you? You should tell me first before make an decision tengku! THE ANSWER is no!” Balasku geram dan cuba menarik tanganku. Namun kudratku sebagai wanita tidak dapat menandingi kekuatan lelaki tengku dihadapanku ini. Aku tersentak apabila dengan selamba Tengku Ezkandar Heidi menindih tubuhku yang sedang duduk di sofa berangkai  tiga.

            “No one can say ‘no’ to Tengku Ezkandar Heidi dear….” Balasnya padaku dengan tangan gatalnya yang mengusap-usap rambutku. Matanya pula memandang tajam ke dalam mataku.

            “You are my other half a.k.a my wife…” Tanganku kini pula dikucupnya lembut. Aku? diam tidak berkutik. Terkejut dengan reaksi lelaki dhadapanku ini.

            “What ever I’m saying. No objection. Remember our agreement dear?” Ugutnya padaku. Spontan aku yang tengah kaku dan mula ingin cair tadi mendengus kasar dan menolak tubuhnya kasar. Tergelak lelaki itu olehku.

            “Fine!” Balasku geram dan mengambil handbag yang berada di atas meja solek. Barang-barang ku pula selalunya dikemas oleh pembantu Ben. Lisa.

            Saat kami berdua tiba di lobby hotel, sekali lagi tanganku sejuk. Bala apakah ini? Boleh pengsankan aku sekejap tak?

            “Chill ok. I’m here…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut ke telingaku. Aku memandangnya yang berada di sebelahku. Sejak keluar dari bilik tadi tanganku sudah berada di gengamannya. Tubuhku juga menjadi mangsa pelukannya. Tak cukup dengan tu, bibirku pula…. Eh! Otak kuning ar? Bukan kisslah nyah! Hehehe. Jadi mangsa tersenyum manis! Rasa nak terkoyak pun ada!

            “Smile yahhh…” Bisiknya lagi dan tersenyum memandangku. Aku membalas senyumannya dengan senyuman yang dibuat-buat. Nasib banyak reporter kat sini. Kalau tidak memang kena mamat ni dengan aku!

            Sepanjang perjalanan menuju ke restoran hotel, kami di kawal ketat oleh bodyguard-bodyguard Tengku Ezkandar Heidi. Aku pula rapat berada di sisinya.  Tidak menjauh dan tidak dilepaskan pun walau sesaat.

            “Layan I dengan kawan-kawan I dengan baik. Smile ok. Watch your mouth.” Sempat lagi Tengku Ezkandar Heidi berbisik di  telingaku sewaktu kami menapak masuk ke dalam restoran. Gila siot mamat ni! satu restoran takde orang! Hanya ada dua orang lelaki kacak yang aku tak kenal dan.. Ben?






******** AKU CINTA KAMU *********






SAAT Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya mendekati meja bulat yang diduduki oleh Tengku Aliff,Ragel Errick dan Ben itu , ketiga-tiganya berdiri tanda hormat. Sejak tadi lenguh mulut Tengku Aliff dan Ragel Errick melayan keletah Ben yang menyoal itu ini kepada mereka. Nasiblah teman kepada Triesya. Jika tidak jangan  harap mereka layan.

            Tengku Aliff dan Ragel Errick benar-benar terpukau dengan kecantikan Triesya yang berada di sisi Tengku Ezkandar Heidi. Kelihatan sepadan sekali kedua-duanya. Bagaikan pinang dibelah dua. Tadi sewaktu menyaksikan fashion show bersama Tengku Ezkandar Heidi reaksi begini juga yang mereka tayangkan. Speechless! Ya! Terpana mereka memandang wajah Triesya secara dekat dan berdepan itu. Cantik! Mukanya bersih tanpa sebarang jerawat dan jeragat. Malahan tubuhnya juga seksi dan mengiurkan. Tengku Aliff dan Ragel Errick hanya mampu meneguk liur memandang kekasih teman mereka itu.

            “Yo! Apa ni bro. kalau ya pun terpukau tutuplah mulut tu. buat malu aku jer!” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram apabila melihat kedua-dua temannya sejak tadi tidak mengalihkan pandangan mereka daripada kekasih hati yang berada di sebelahnya. Terbit rasa cemburu di hati. Namun terselit juga perasaan bangga apabila kekasih hati menjadi perhatian.

            Tengku aliff dan Ragel Errick yang tersedar itu hanya mampu tersengih dan mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Malu seh! Dah red caugt! Ben pula tergelak kecil dengan reaksi kedua-dua teman Tengku Ezkandar Heidi tu.  Memang reaksi itu yang akan ditayang oleh mana-mana lelaki jika berjumpa dengan Triesya.

            “Baby.. Let me introduce you to my bff. This is Tengku Aliff Dato Tengku Hakim, my bff aka my cousin…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mencuri pandang Triesya yang tersenyum manis disebelahnya. Pinggang gadis itu dipeluk erat. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi apabila Triesya tidak menolak. Mungkin takut dengan kegatalan dan kemiangan kedua-dua temannya. Hehehe.

            “Que Liff.. Just call me Que Liff sayang. Eh. Triesya. Hehehe.” Tengku ALIFF memperkenalkan dirinya dan cuba untuk menyalam Triesya. Namun salamnya disambut oleh Tengku Ezkandar Heidi dan sepupunya itu siap bagi package lengkap dengan ketukan dikepala. Mengadu kesakitan Tengku Aliff dibuatnya. Ragel Errick,Trieysa dan Ben spontan tergelak dengan reaksi Tengku Ezkandar Heidi itu.

            “Wei! Sakit bro!” Balas Tengku Aliff geram dan mengosok kepalanya yang diketuk tadi. Ish. Dah tak handsome dah! Rambut dah serabai. Desis hati Tengku Aliff. Muka kena jaga ow depan orang cantik. Heheheh.

            “Dah kau tu gatal sangat. Agak-agaklah bro. Bakal adik ipar kau ni… Ini stock buat bini tahu! Bukan macam exgf-exgf kau tu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Tengku Aliff tersengih malu. Dah kena lecture dengan adik sepupu darhhh!

            “Sorrylah bro. Aku saje nak test bakal adik ipar ni. Kot-kot dia melekat dengan aku. Hehehe.” Gurau Tengku Aliff dan menjauhkan dirnya dari Tengku Ezkandar Heidi. Takut diketuk buat kali yang keduanya. Fikirnya si Burn itu saja yang selalu diketuk. Alih-alih dirinya pun terkena.

            ‘Walaweh Burn! Now I know how you feel!” Desis hati nakal Tengku Aliff. Hehehe

            “Banyaklah kau! Oh ya sayang. Ni Ragel Errick Dato Ramuel. My bff. Ah. Kau jangan pula nak buat perangai macam Que Liff ni pula.” Amaran Tengku Ezkandar Heidi pada Ragel Errick. Ragel Errick tergelak kecil.

            “Alarhhh. Salam pun tak boleh ke? Kut-kut boleh bawa tidur salam adik manis ni. Boleh juga aku mimpi sedap-sedap malam ni.” Sakat Ragel Errick pada Tengku Ezkandar Heidi yang mukanya sudah cemberut itu. Tergelak besar dirinya ,Tengku Aliff dan Ben apabila Tengku Ezkandar Heidi menayang penumbuk pada Ragel.

            “Whoa! Chill bro. Gurau je. Hi Trish. I’m ragel. Bff hubby you ni. Kalau you dah clash dengan hubby you ni. Calling-calling lah I eh.” Balas Ragel Errick nakal pada Triesya. Sempat matanya menjeling Tengku Ezkandar Heidi yang merona merah menahan geram itu.

            “Gel!!!” Dengan geram Tengku Ezkandar Heidi menyebut nama Ragel Errick dan sedia untuk menangkap temannya itu. Namun tubuhnya ditarik lembut oleh si kekasih hati dan dadanya di usap lembut. Terpempam Tengku Ezkandar Heidi saat itu. Apatah lagi apabila melihat senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu.

            ‘Alahai hati. Boleh cair macam ni…’ Gumam Tengku Ezkandar Heidi di dalam hati. Tengku Aliff,Ragel Errick dan Ben yang melihat aksi kedua-duanya tersenyum. Dengan hanya usapan Triesya mampu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi diam dan tenang.

            “Hubby.. Dahlah tu.” Balas Triesya lembut.

            “Ouhhhhh! So touching you!!” Sakat Tengku Aliff sambil membuat gaya-gaya ala-ala pondan. Merona merah muka Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

            “Dahlah…. Jom makan. Aku dah lapar ni.” Rengek Ragel Errick yang sudah mengambil tempat bersebelahan Tengku Aliff dan Ben. Manakala di sebelah Tengku Aliff Pula Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya serta Ben.

            “Come sayang. Duduk sebelah I .” Tutur Tengku Ezkandar Heidi lembut pada Triesya dan menarikkan kerusi buat gadis itu. Senyumannya dibalas.

            Setelah membaca doa makan, mereka berlima menjamu selera makanan yang berada di atas meja. Pelbagai jenis lauk yang terhidang khas dari air tangan chef utama Royal Hotel untuk CEO mereka. Tengku Ezkandar Heidi pula melayan Triesya dengan lembut. First time dalam hidup Tengku Aliff dan Ragel Errick melihat Tengku Ezkandar Heidi melayan seorang wanita dengan lembut dan gentleman sekali. Kecuali ahli keluarganya. Bagaikan mimpi.

            Sepanjang makan malam, keempat-empat mereka berbual panjang. Kecuali Triesya yang hanya lebih senang diamkan diri dan makan. Tengku Ezkandar Heidi yang tersedar hal itu memandang kekasih hati disebelahnya hairan. Takkan marah kot. Desis hatinya.

            “Sayanggg… Are you okay?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut pada Triesya. Tengku Aliff,Ragel Errick dan Ben turut memandang Triesya saat ini. Gadis itu tidak menjawab. Tetapi hanya membalas dengan senyuman dan meneruskan suapannya. Ketiga-tiga mereka tercengang melainkan Ben yang tersenyum.

            “Sayang. Ada yang tak kena ke? I ada buat salah? You marah I tak berbual dengan you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tidak putus asa. Namun sekali lagi Triesya hanya tersenyum dan mendiamkan diri. Semakin berkerut dahi Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Spontan Ben tergelak. Saat ini Tengku Ekzandar Heidi,Tengku Aliff dan Ragel Errick pula memandang Ben hairan.

            “She have Deipnophobia.” Jelas Ben selamba dan tersengih. Tambah berkerut dahi Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Deipnophobia? Binatang apa tu? Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan.

            “Deipnophobia? What is it?” Soalnya hairan.

            “Deipnophobia. Takut berbual dan bercakap semasa makan malam.” Sampuk Tengku Aliff. Saat ini Tengku Aliff pula menjadi mangsa pandangan keempat-empatnya.

            “Deipnophobia ni adalah antara contoh fobia yang agak spesifik. Takut berbual waktu makan malam. Selalunya penghidap akan hanya diam sepanjang dinner. Pelik. But ada bagusnya juga. Because mendiamkan diri sewaktu makan malam actually membantu proses pencernaan yang baik.” Jelas Tengku Aliff penuh teliti.  Doktorlah katakan. Sempat juga bibrinya mengukirkan senyuman buat Triesya yang tersenyum memandangnya. Alahai. Nasib kekasih bff. Kalau tak memang dah rembat.

            “So, she wouldn’t speak until we finish this dinner?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Ben pula dan Ben mengangguk. Spontan Tengku Ezkandar Heidi memandang cik wifey disebelahnya. Cik wifeynya itu hanya tersenyum. Tanpa sedar bibir Tengku Ezkandar Heidi turut mengukirkan senyuman. Pelik. First time dia jumpa orang sebegini. But that makes him more fallen love with triesya. Baginya itu merupakan satu kelebihan.







******** AKU CINTA KAMU *********







SEJAK bila you ada Deipnophobia?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya yang duduk di sebelahnya. Saat itu mereka berada di tepi pantai dan duduk di atas bonet hadapan Ferrari f430 milik Tengku Ekzandar Heidi. Selepas saja makan malam bersama teman-temannya mereka bersurai. Masing-masing ada hal. Begitu juga Ben.

            “Sejak I kecil.” Balas Triesya pendek dan matanya asyik melihat tepi-tepi pantai yang di sinari lampu rona roni yang dipasang sepanjang tepi pantai. Kreatif. Baju kot Tengku Ezkandar Heidi ditubuhnya pula dikemaskan. Terasa sejuk.          

            “Why?” Soal Triesya lagi dan mencuri pandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang melipat lengan bajunya hingga ke siku tu. Nampak santai dan…. Kacak! Cepat-cepat triesya mengalihkan pandangannya tatkala pandangannya dibalas Tengku Ezkandar Heidi.

            “Hurm. Nothing. But I just rasa pelik. First time I jumpa orang macam you.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur dan mendepakan tangannya di belakang Triesya. Tidak memeluk dan tidak juga menyentuh tubuh Triesya. Hanya meletakkan tangannya di atas kereta. Jika dilihat dari depan bagaikan Tengku Ezkandar Heidi tengh memeluk Triesya saja  namun bukan.

            “Pelik? Maybelah kot. But in my family its normal.” Balas Triesya sambil tergelak kecil.

            “Normal?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan dan memandang wajah cantik cik wifeynya yang sedang khusyuk memandang pantai. Cantik sekali di matanya. Pandang beribu kali pun tidak akan jemu.

            “Yah normal. FYI, my family pun macam I juga. Ada Deipnophobia. Everytime we had dinner ke, lunch ke, or sometimes breakfast ke. Kita orang akan mendiamkan diri. Like culture kita orang dah. Dah terbiasa macam tu. In my family takde yang bercakap time makan.” Jelas Triesya dan tersenyum. Tersenyum mengenangkan keluarga sebelah mamanya. Memang mereka agak rapat. Berbeza sedkit dnegan keluarga sebelah papanya. Rapat. Tapi tidaklah serapat mana.

            “Oh I see. But look’s interesting. Selalunya orang Eropah je macam tu” Balas Tengku Ezkandar Heidi sambil tersenyum. Teringat nenda Khattynya yang berbangsa Australia itu.

            “Maybe because my granny  was Canadian. That’s why kot terbawa-bawa dengan family I culture tu.” Jelas Triesya dan mengangkat bahu. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.

            “Your granny Canadian?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Triesya tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi dan menganggukkan kepalanya.

            “Wow. That’s why you look like pan Asian. Same like me. My granny were Australian. Macam berjodoh pula kita nikan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi tersenyum-senyum. Triesya menjungkitkan keningnya pada Tengku Ekzandar Heidi.

            “Perasanlah dia ni.” Balas Trieysa geram dan mencubit pinggang Tengku Ezkandar Heidi. Mengerang kesakitan lelaki itu olehnya.

            “Nakalnya tangan dia ni….” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram dan menarik tangan kanan Triesya dan mencium lembut tangan tersebut. Terdiam Triesya dengan reaksi spontan lelaki itu.

            “Errr…”

            “Why sayang?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut dan merenung mata Triesya. Cepat-cepat matanya dialihkan ke arah lain. Malu bila direnung sebegitu rupa oleh Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum melihat respond Triesya itu.

            “Hurm. Balik jom. Mengantuklah.” Balas Triesya dan menarik tangannya dari pegangan Tengku Ezkandar Heidi. Tergelak kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

            “Malu?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya yang berdiri di hadapannya. Triesya hanya memandang kosong pada laut yang gelap di hadapannya tanpa memandang ke arah Tengku Ezkandar Heidi. Segan sebenarnya direnung sebegitu sekali oleh lelaki itu.

            “Tak.” Balas Triesya pendek.

            “Yes.” Sakat Tengku Ezkandar Heidi dan menundukkan sedikit wajahnya memandang Triesya yang hanya setinggi bahunya saja. Kelihatan pipi gadis itu kemerahan menahan malu.

            “No!” Balas Triesya geram dan berpeluk tubuh.

            “Yes.” Balas Tengku Ezkandar Heidi lagi.

            “No! Ish. Orang dah kata tak. Taklah. Kalau you tak nak hantar I balik sendiri.” Rungut Triesya dan memalingkan tubuhnya. Handbag yang berada di dalam kereta mewah Tengku Ezkandar Heidi cuba untuk di ambil. Namun, di saat Triesya ingin membuka pintu kereta lelaki itu terasa tangannya ditarik lembut oleh lelaki itu. Terdiam Triesya saat itu juga. Lebih-lebih lagi di saat lelaki itu memalingkan tubuhnya agar mereka saling berpandangan.

            “Look at me baby…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut dan menarik lembut dagu Triesya agar memandangnya.

            “In shaa Allah~ I’ll make you fall in love with me. I’m swear. I’ll make you happy. I love to see your smile baby….”

            “I promise….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengusap pipi lembut Triesya. Triesya terdiam. Jauh sudut di dalam hatinya dia turut terharu dengan kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu. Tipulah, jika mana-mana lelaki mengucapkan kata-kata cinta kita tak terharu. Engkau ada? Takdekan. Hehe. Cool sudah.







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





**************************************************************











TING TONG!



TONG TING!




TUNG TING!




TUNG! TUNG! TUNG!




HAHAHAHAHAHAHHAHAHAH






AKU MELALUT DI SITU~





SEKIAN
(^_^)




ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA




Berdirinya saya di sini adalah kerana ingin menyampaikan pidato saya yang bertajuk :

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CERITA INI. :)





HAHAHAHAHAHAHAHHHAHAA




WENG!






P/S :: Psssttt~ Hi peeps! How was the story? Soooooooo Sorry because I'm late :'( Hukhukhuk.  Sebonarnya, saya agak busy lately.... Konon! Hahaha. Mengalahkan PM engkau. Busy 24jam sampaikan tak dapat nak update blog! Propa lebeyyyy~ Hehehehe. MAAFKAN SAYA MAK INCHIK! :)


P/S :: Pejam celik!Pejam celik! Dah sampai bab 8 ghuponya ! Hehehe. Thanx coz korang, korang and korang sudi baca story ni ukeh :) Sayanggg korang. hehehe. Uols! I nak minta maaf ukeh kalau ada tersalah bahasa,ejaan dan perkataan. juga jika cerita ini tidak masuk dek akal dan over . :( Maaf yach! This is my story. So i've my right to write anything I want it to be. Maaf juga jika bab 8 ni tak memuaskan hati korang erk! Soryy :'(

P/S :: Deipnophobia???? Hehehehe. Did u know aboutt it before? Kalau belum. Maknanya sekarang engkau dah tahukan? Tahniah! Hhehehe


P/S :: MAAFKAN SAYA TERLAMBAT UPDATEDACK BAB 8.








Till Then,


















Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.

15 comments:

  1. hye ratu adriana nadine.. n_O
    best2.. bila lha trisy nak balas cinta que EZ ne??
    plessss.... nak next n3..!!o_O

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear ^_^
      Awwhhh~ Happy coz awak suke :)
      Hehehe. Bla Triesya nak balas cinta Que Ez ??
      Dia an... dia an... Tettt!
      Kite tguw the next n3 erk! heheheheheh
      thanx awak coz sudi comment. much appreciated it!

      Delete
  2. ratu!!! ... bestnyer tgok tengku n triesya... sweet ajer ... ^_^_^ ... best..best..best.. !!!

    ReplyDelete
  3. gatal no que ez ni but kita tetap suka que ez ngn triesya lorh..

    ReplyDelete
  4. aku cinta kamu nie ada brp bab ye?

    ReplyDelete
  5. adeh....ni mw pengsan ni gara2 keromantikan TEH ni....adehhhhhhh...hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      aiguw
      sabar wak
      hehee
      thanx sudi comment :)

      Delete
    2. awakkk,
      kite baru perasanlah.
      awak rupanya ratu chunhyang tu.
      hehe
      thanx cuz always drop ur word at my cbox =)

      Delete
  6. adui, romantik bangat TEH..
    erk, sorry dear tlps keretapi la pulak kali ni.. hehehe..
    tp, npk pendek bab ni.. apa2 pn keep it up.. ^_^

    ReplyDelete
  7. nak jugak hubby cam que ez nih....nk cari kt mane erk?

    ReplyDelete