AKU
CINTA KAMU BAB 27
To fall in love is awfully simple; to fall out of love is simply
awful.
HARI
keduaku di rumah ummi
dimulakan dengan solat berjemaah bersama-sama. Sekali lagi membuatkan aku
merasa hiba. Berada di dalam keluarga ini membuatkan aku teirngatkan keluarga
bahagiaku dahulu. Di mana ada mama
dan papa yang melengkapi kehidupanku.
Namun, kini? Semuanya sudah musnah… Musnah sekali sehinggakan ianya tidak dapat
dibaiki lagi. Hatiku sudah tawar. Hatiku sudah terluka.
Lebih-lebih
lagi di saat aku menemani ummi menyediakan sarapan pagi. Entah kenapa tidak
tertahan rasa sedihku sehinggakan aku menangis sendiri di dalam tandas. Malu
untuk memperlihatkan kesedihan dan kelemahanku pada ummi. Bersama ummi, aku
dapat merasakan yang aku bersama mama.
Ummi melayaniku seperti anak kandunganya sendiri. Terasa disayang sekali.
Kehidupanku…
Kehidupan yang kurasa kosong kini.
Sebelum ini ianya sememangnya kosong. Namun, telah diisi secara perlahan-lahan
oleh si dia…. Si dia yang ku cintai dan si dia juga yang ku benci kini. Aku
benci namun ku cinta. Aku sayangkan dirinya. Namun, rupanya semuanya hanyalah
sandiwaranya sahaja…. Aku marah. Aku benci. Aku kecewa. Aku geram. Semuanya
bercampur baur. Membuatkan aku sendiri bingung. Semalaman aku tidak tidur kerana
memikirkan dirinya dan nasib diriku.
“Trish?”
Suara garau abang Mikail memanggilku itu membuatkan aku kembali ke dunia yang
nyata. Dia yang berada di sisiku dan tersenyum ku pandang.
“Abang
Mike.” Balasku dan menyapu air mataku yang jatuh. Abang Mikail tersenyum.
“Khusyuk
sangat tengok ummi.” Sakat abang Mikail. Aku tersenyum.
“Seronok
tengok ummi. Ummi nampak happy bila
jumpa dengan bunga-bunga dia.” Jelasku padanya. Abang Mikail tersenyum.
“Ummi.
Selalu happy walaupun time tu ummi tengah sedih…” Jelas Abang
Mikail perlahan. Aku menoleh memandangnya di sisi. Aku faham perasaan ummi. Aku
juga faham perasaannya. Kehilangan orang yang kita cinta bukanlah sesuatu yang
senang dan mudah. Apatah orang yang terlalu dekat dengan kita…. Aku juga pernah
kehilangan. Bukan sekali namun dua kali. Kehilangan kali pertamaku adalah arwah
mama dan kehilangan kali keduaku
adalah…. Dia……
“Jadi
maknanya ummi akan selalu pergi ke kubur abi selama ni?” Soalku pada abang Mikail.
Menurut dari cerita ummi semalam. Sejak kematian arwah suaminya, setiap hari
ummi akan meluangkan masanya untuk membacakan yassin dan melawat kubur arwah.
Begitu mendalam sekali cinta ummi pada arwah abi. Namun, papa?????? Belum pun sempat kubur arwah mama ditumbuhi rumput. Dia sudah berkahwin lagi. Hah! Hatiku bertambah
sakit pabila memikirkan papa dan
isterinya itu. Aku benci keduanya. Entah kenapa, kebencianku pada papa dan wanita itu semakin mendalam.
“Ya…
ummi akan luangkan masa yang dia ada untuk membacakan yassin buat abi. Walaupun
ketika tu ummi sibuk. Ummi akan tetap mencuri masanya agar melawat kubur abi.
Cinta ummi pada abi terlalu mendalam sekali sehinggakan abang Mike rasa abi
masih berada dengan kami… Ummi tak pernah lupakan abi dan tak akan pernah nak
lupakan abi..” Jelas Abang Mike perlahan dan memandang ummi yang sedang menanam
bunganya. Aku turut memandang ummi dan tersenyum kelat pabila ummi tersenyum
memandang kami. Tabahnya seorang wanita meniti kehidupannya tanpa suami di
sisi. Hanya anak untuknya melepaskan rindu dan kasih sayangnya pada sang suami.
Ummi mungkin sedang tersenyum. Namun aku tahu. Jauh di sudut hatinya, dia
terasa kehilangan dan sedih. Kenapa? Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti
ummi? Menerima hakikat akan kehilangan mama? Jujur aku katakan. Aku bukan saja
kehilangan mama. Akan tetapi aku
turut kehilangan papa… itu yang membuatkan
aku memberontak.
“Masih
adakah cinta sejati di dunia ni?” Soalku perlahan. Abang Mike menoleh
memandangku. Mungkin dia terkejut. Mungkin juga dia berasa hairan.
“Kenapa
Trish tanya macam tu?” Soal Abang Mikail hairan. Aku terdiam dan tersenyum
kelat memandangnya. Kepala digelengkan.
“Tak
ada apala abang. Trish tanya je.” Balasku pendek dan kembali memandang ummi.
“Kenapa
ni? Hurm?” Soalnya lembut kepadaku. Pipiku di usapnya lembut. Sikap ambil berat
abang Mikail itu membuatkan aku menangis…. Terasa terharu dengan sikap ambil
beratnya. Mikail. He always knows when
I’ve problem…
“Tak
ada apalah Abang Mike.” Balasku pendek dan memberikan senyuman padanya. Abang
Mikail melepaskan nafas beratnya.
“Abang
dah lama kenal Trish. Bukan sehari. Bukan semalam. Tetapi dah 9 tahun Trish.
Bukan masa yang pendek. Abang Mike tahu Trish ada masalahkan? Sejak semalam Abang
Mike jumpa Trish. Abang dah tahu yang Trish ada masalah. ‘Masih adakah cinta
sejati d dunia ni’? What do you mean by
that? Bukankah dulu Trish selalu ceritakan pada abang tentang cerita cinta
sejati papa dan mama Trish? You adore their
love.” Balas Abang Mikail kepadaku. Aku terdiam dan memandang wajah bersih Abang
Mikail. Seperti dulu, dia selalu kelihatan kacak dan ceria. Walaupun di saat
dia sedang bersedih dan mempunyai masalah. Tetapi, pabila berdepan denganku. Dia
tetap akan tersenyum dan melayaniku seperti biasa. Setiap tingkah lakuku sudah
difahami olehnya. Disebabkan itu orang sekeliling kami dahulu menyangka aku dan
dia adalah pasangan kekasih. Walaupun di saat itu abang Mike sudah ada kekasih.
Brenda. Seorang gadis mat saleh yang telah mencuri hatinya
“Mama dah meninggal… 5 tahun yang lepas. Selepas
Trish graduate…” Jelasku perlahan
padanya dan tertunduk. Kelihatan air mata ku jatuh ke jemariku.
“Inalilahi wainailaihi rajiun… Sayang. I’m sorry. Abang Mike tak tahu…” Balas
Abang Mike padaku dan mengenggam jemariku. Aku mengangkat wajahku dan tersenyum
memandang Abang Mike walaupun tika itu mataku kabur kerana menangis. Kepalaku
digelengkan.
“It’s okay abang. Time tu abang Mike dah balik ke Malaysia. Kita dah lost contact dah.” Jelasku padanya. Abang
Mike mengeluh dan mengelap air mataku.
“Abang
Mike minta maaf sebab tiada di sisi Trish di saat trish sedih.” Balas Abang
Mike kesal.
“Tak
apa abang…” Balasku padanya.
“Macam
mana mama boleh meninggal?” Soal
Abang Mike padaku. Aku melepaskan nafas berat dan memandang ke langit.
“It was an accident.” Jelasku pendek.
“Bila?”
Soal Abang Mikail dan membelai rambutku.
“Di
hari graduation Trish…” Jelasku
padanya. Abang Mikail terdiam.
“I’m sorry to hear that…” Balas Abang
Mikail dan mengusap pipiku. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Sekali lagi aku
mendengar ayat itu. ‘I’m Sorry To Hear
That’….
“So, that’s why ummi jumpa Trish di tanah
perkuburan tu? Ummi kata Trish tertidur di kubur. Kubur tu kubur arwah mama?” Soal Abang Mikail. Aku anggukkan
kepala dan dia mengeluh.
“Trish
ada masalahkan? Kalau tak kenapa Trish sampai tertidur di kubur mama.
Wanna share?” Soalnya lagi.
“Trish…
Err. Trish..” Jawabku serba salah dan gugup.
“Come.” Ajak Abang Mikail dan menarik
tanganku. Aku menarik tanganku kembali agar dia berhenti melangkah. Keningku
dikerutkan.
“Nak
pergi mana?” Soalku hairan.
“Abang
nak pergi kerja. Dah lambat ni. So di
dalam perjalan kita cerita boleh?” Balas Abang Mikail. Aku membesrkan mataku.
“Dengan
baju kebaya ni?” Soalku tidak percaya dan memandang ke tubuhku yang tersarung
baju kebaya kepunyaan ummi. Baju ni je muat dengan tubuh aku. Abang Mikail tersenyum.
“Why? Cantiik apa. Ayu. Abang lebih suka
tengok Trish pakai macam ni.” Balasnya padaku dan ketawa kecil. Aku mencebik.
“So ummi?” Soalku padanya. Dia tersenyum.
“Abang
dah bagi tahu pada ummi tadi. Dia setuju. Since you kan graduan bidang
perubatan. Mesti Trish suka.” Balasnya
dan tersenyum.
*****AKU CINTA KAMU******
SEAWAL
jam 0800 pagi Tengku
Ezkandar Heidi sudah berada di muka pintu kondo Triesya. Siapa tahu gadisitu
ada balik semalam. Kerana, tidurnya tidak tenang semalaman. Asyik memikirkan Triesya.
Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas perlahan dan menghembuskannya. Pintu
diketuk beberapa kali.
“Baby?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi teruja
pabila pintu kondo triesya dibuka. Namun hampa.
“Tengku?”
Soal Ben dengan suara serak dan mata yang sembab. Tenku Ezkandar Heidi mengeluh.
“Triesya
dah balik?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Ben. Ben gelengkan kepalanya.
“Belum.
Semua tempat I dah cari. But still tak jumpa Triesya. Handphone dia offkan. Tak tahu lagi nak cari dia di mana.” Jelas Ben.
“Canada?
Syed Haider?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Namun Ben tetap mengeleng.
“Sama
juga. Syed Haider sendiri kata Triesya tak ada balik ke Canada. Plus, kalau dia balik ke Canada pun dia
mesti balik ke kondo ni dulu. Ambil baju dan passport dia. Passport dia
ada di dalam bilik.” Jelas Ben. Tengku Ezkandar Heidi meraup wajahnya. Terasa
ingin menangis di kala kekasih hatinya menghilang diri tanpa khabar. Entah
bagaimana keadaan Triesya saat ini.
“Meow!”
Kedengaran suara Bobo mengiau dan muntah di dalam. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan
dahi dan memanjangkan kepalanya ke dalam.
“Kenapa
dengan Bobo?” Soalnya hairan dan membuka kasut. Menapak masuk ke dalam dan
melihat Bobo seperti lemah. Muntahnya terdapat tepi Bobo.
“Sejak
semalam Bobo muntah-muntah. I sendiri
tak tahu kenapa. Naik risau I
dibuatnya. Kalaulah Trish ada mesti Bobo tak macam ni. Maybe dia rindukan Trish.”
Jelas Ben lemah. Bobo sejak semalam membuat perangai. Diberi makan tak nak. Susu
tak nak. Tidur pun tak nak. Selama ini Trish yang memakankan Bobo.
Meminumkannya susu dan tidur bersama Bobo di atas katil. Namun mungkin kerana
ketiadaan Triesya membuatkan Bobo sebegitu. Kucing. Ada sixth sense juga.
“Bobo?
Kenapa ni sayang? Bobo sakit ya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut dan
mengangkat Bobo. Dipeluk Bobo penuh kasih. Bobo hanya mengiau lemah. Tengku
Ezkandar Heidi mengeluh. Bobo seekor kucing pun tahu rindukan Triesya. Apatah
lagi dirinya.
“Kita
pergi klinik ya sayang? Daddy temankan
Bobo. Nanti kalau mummy balik mesti mummy marah sebab daddy tak pandai jaga Bobo. Come
sayang.” Balas Tengku Ezknadar Heidi penuh kasih. Ben mengelap air matanya.
Terasa sedih mendengar kata-kata Tengku Ezkandar Heidi Itu. Ben tahu dan amat
pasti yang lelaki itu amat cintakan Triesya. Sehinggakan begini jadinya dia. Tak
tentu arah. Namun apa saja yang Ben boleh lakukan. Dia bukan Triesya. Triesya
pasti ada sebab yang kukuh untuk membawa diri dan marah dengan Tengku Ezkandar
Heidi. Triesya merasa dirinya dipermainkan walaupun pada dasarnya Tengku
Ezkandar Heidi ikhlas dan telus mencintainya.
“I bawa Bobo ke klinik dulu. You tunggu di rumah. Mana tahu Trish balik.
Make sure call me kalau ada apa-apa
maklumat you dapat. Please Ben…” Balas Tengku Ezkandar Heidi
dan memasukkan Bobo ke dalam sangkar merah jambunya. Ben anggukan kepala.
“Don’t worry tengku. Kalau ada apa-aap
berita mengenai Trish. I’ll call you
A.S.A.P.” Balas Ben.
********Aku Cinta Kamu********
If the human body can live with food and water, then why does it
feel like I can't live without you?
TRIESYA
mengerutkan dahinya
memandang Mikail di sebelah dan kembali memandang ke hadapan. Terasa tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Betul ke? ANIMAL MEDICAL CLINIC?
“Klinik
ni Abang Mike yang punya?” Soal Triesya hairan. Mikail tersenyum dan anggukkan
kepalanya.
“Dah
lupa ke? Abang kan doctor haiwan…”
Balas Mikail dan tergelak kecil.
“I thought you ambil alih company abi?” Soal Triesya. Mikail
tersenyum dan membuka tali pinggang keselamatan.
“Takdelah.
Abang hanya bantu apa yang abang boleh bantu je. As for now, ummi yang akan ambil alih company tu. Bila ummi dah nak bersara nanti barulah abang akan
ambil alih company abi. Takkan
selamanya abang nak biarkan ummi bekerja. Lagipun kalau tak abang yang ambil
alih siapa lagi. Jom turun.” Jelas Mikail dan membuka pintu kereta Toyota
Harrier rona putihnya. Tubuhnya dibawa ke tempat duduk penumpang sebelah. Pintu
dibukakan buat Triesya dan senyuman manis diberikan buat gadis cantik itu. Tangan
dihulurkan dan disambut oleh Triesya. Triesya. Berbaju kebaya? Bukan selalu
mendapat peluang seperti itu. Triesya. Sejak dulu dikenali dengan dressing kebaratannya.
“Thanks.” Balas Triesya setelah keluar dari
kereta dan melepaskan jemarinya dari pautan Mikail. Mikail tersenyum dan
menutup pintu kereta.
“Jom
masuk..” Ajaknya dan membawa Triesya masuk ke dalam kliniknya. Klnik hasil
titik peluhnya sendiri. Minatnya terhadap haiwan sejak dulu dibawa sehingga
kini.
“Morning doc.” Sapa salah seorang nurse yang bernama Akila dan bekerja di clinic tersebut. Senyuman manis
diberikan kepada Mikail. Namun, pabila melihat Triesya. Senyumannya mati dan
dia kelihatan tercengang.
“Morning Akila.” Sapa Mikail kembali dan
tersenyum.
“Err.
Doc. Ni kan.. Err. Tr. Triesya..Model
terkenal tu?” Soal Akila kepada Mikail. Mikail kerutkan dahi dan memandang Triesya
di sisi yang kelihatan terkejut.
“Trish?
Model? Since, when?” Soal Mikail hairan.
Mikail. Bukanlah seorang yang peka dengan isu hiburan. Dunianya hanyalah di
rumah dan clinic. Triesya tersenyum
kelat.
“Since 5 years ago…” Balas Triesya.
Mikail terlopong. Tak hairanlah Triesya menjadi model. Memang gadis itu cantik
dan mempunyai tubuh badan yang seksi.
“Are you kidding me? I thought you jadi doctor.” Balas Mikail tak percaya.
Triesya tersenyum kelat dan memandang nurse
tadi yang masih terkejut melihatnya.
“Kita
berbual kat dalam boleh?” Soal Triesya. Tak selesa pabila berbual hal
peribadinya di depan orang lain. Mikail tersengih. Menyedari kesilapan diri.
“Sorry. Jom masuk. Nurse kalau ada client.
inform pada I okay and make us two coffee.” Balas Mikail dan
menarik tangan Triesya menuju ke dalam officenya.
Nurse tadi hanya anggukkan kepalanya
dan melihat bossnya membawa model terkenal dan cantik tersebut masuk ke dalam
biliknya siap berpegangan tangan pula tu. Apa hubungan mereka? Soalnya hairan.
“Sejak
bila Triesya menceburkan diri di dalam dunia permodelan ni?” Soal Mikail hairan
sejurus mereka berada di dalam officenya.
Pagi itu client masih belum banyak.
Triesya yang duduk di sofa hadapannya dipandang. Kening dinaikkan.
“Since mama meninggal dunia.” Balas Triesya.
“Takkan
sampai nak bertukar profession sekali? Penat belajar alih-alih jadi model pula.”
Balas Mikail hairan. Triesya mengeluh dan sandarkan dirinya ke sofa.
“I wish I can. But selepas accident tu kelebihan Trish ditarik
sekali dengan mama.” Balas Triesya sebak.
“Maksud
Trish?” Soal Mikail.
“Lepas
accident tu Trish dah trauma tengok
darah. Everytime tengok darah mesti Trish
akan teringatkan mama yang berlumuran
darah ketika accident dulu. Tangan Trish
akan mengeletar dan susah nak pegang jarum. I
just can’t.” Jelas Triesya dan mengelap air matanya. Mikail terdiam dan
mengambil tempat di sebelah Triesya. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam
pelukannya.
“Ssshhh.
Jangan mennagis please. I’m sorry.” Pujuk
Mikail lembut. Rambut Triesya diusapnya penuh kasih. Manakala Triesya melepaskan
tangisannya yang ditahan di dada Mikail. Lebih sedih apbila teringatkan Tengku
Ezkandar Heidi saat itu. Lelaki itu selalu ada ketika Triesya bersedih. Selalu
meminjamkan dadanya buat Triesya. Namun kini???
Mikail
mengeluh, tidak disangka selama bebrepa tahun ini triesya mengalami pelbagai
kesusahan dan kesedihan. Terasa kasihan dengan gadis itu. Wajahnya juga tidak
eseceria dahulu. Senyumannya juga tidak semanis dahulu. Hanyalah senyuman paksa
yang dipamerkan. Mikail merasa dirinya gagal menjadi abang yang baik buat Triesya.
Tok!
Tok!
Tok!
“Masuk!”
Arah Mikail dan masuk Akila membawa dua cawan coffee. Agak tersentak pabila melihat Mikail menyimpan jari
dibibirnya dan menyuruh Akila diam. Terkejut pabila melihat gadis cantik itu
tidur di dalam pelukan bossnya. Memang cantik sekali orangnya. Walaupun tanpa make-up. Namun, setahunya Triesya model
terkenal tersebut adalah teman wanita kepada Tengku Ezkandar Heidi iaitu
pewaris dan CEO Royal Holding iaitu syarikat yang gah dan ternama di dalam
Negara. Mengapa kini gadis itu rapat dengan Doctor Mikail? Scandal ke? Desis
hatinya.
“Akila.”
Panggil Mikail di saat Akila ingin keluar dari bilik tersebut. Akila berhenti
melangkah dan menoleh memandang Mikail.
“Don’t get me wrong. She’s my sister.
Kami tak ada hubungan lebih dari itu. Harap awak tak salah sangka dengan
keakraban kami dan membuat cerita mengenainya.” Jelas Mikail. Takut-takut jika
pekerjanya salah sangaka.
Akila
terdiam. Tak sangka bossnya boleh membaca fikirannya. Pastilah dia pelik.
Bossnya tiba-tiba berpelukan dengan seorang perempuan cantik dan teman wanita
orang pula. Mana tak pelik.
“Errr.
Baik doc.” Balas Akila gugup dan berlalu pergi. Mikail mengeluh dan memandang Triesya
yang tertidur. Pasti mengantuk kerana semalaman tidak tidur. Dengan Triesya,
Mikail spontan menjadi abang yang penyayang dan bertanggungjawab. Walaupun pada
dasarnya dia tahu perasaanya pada Triesya bukan sekadar perasaan sayang di
antara abang dan adik sahaja….
********aku cinta kamu*********
TENGKU
EZKANDAR HEIDI turun dari Ferrarinya dan membawa Bobo yang
berada di dalam kandang ke dalam Animal Medical Clinic. Pintu kaca klinik
tersebut dibuka dan kedengaran bell
berbunyi menandakan ada costumer yang
masuk. Tengku Ezkandar Heidi terus menuju ke counter.
“Morning… Err.. Tengku.” Sapa Akila gagap.
Tengku Ezkandar Heidi? Tengku Ezkandar Heidi menjejakkan kakinya ke klinik
haiwan tersebut? Bagaimana pula dengan Triesya yang berada di dalam office bossnya? Kepala digaru.
“Morning. May I see the doctor? My cat
sejak semalam sakit.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dengan eksperasi muka yang
serius. Bobo yang diteletakkan di atas counter
di jeling. Kasihan. Terbaring lemah.
“Err.
Ya boleh. Sekejap ya tengku. Tengku kena isi maklumat tengku di sini dan tunggu
doctor sekejap.” Balas Akila dan
menyerah borang pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula mengambil
dan mengisi borang tersebut tanpa banyak bunyi. Bobo lebih penting kini.
Selepas ini dia akan mencari Triesya pula. Nafas dihelakan. Tidak pernah dia
merasa sekusut ini.
Akila
mengetuk bilik Mikail dan masuk ketika mendengar suara Mikail menyruhnya masuk.
Dengan penuh debar Akila masuk ke dalam office
bossnya dan memandang Mikail yang sedang memakai kot rona putihnya. Triesya
pula sedang tertidur penuh tenang di atas sofa. Diselimutkn dengan kot hitam
milik Mikail.
“Yes?” Soal Mikail hairan. Akila pada
hari itu nampak lain. Memandang Triesya seperti ada yang tidak kena. Kenapa?
“Arh?
Err. Ada client yang nak jumpa doc.
Masalah dengan kucing dia. Parsian Cat
Actually And dia adalah Tengku Ezkandar Heidi.” Jelas Akila. Terkejut Mikail
dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi? CEO muda yang terkenal tu? Melalui majalah bussines terkenal yang dibacanya, Tengku
Ezkandar Heidi merupakan CEO muda yang kaya dan terkenal dengan sikap tegasnya
di dalam melakukan tugas. Kreadibilitinya dalam memimpin sebuah syarikat yang
besar amat dikagumi sekali. Dia benar-benar menyanjungi lelaki itu.
*****AKU CINTA KAMU*****
I’m just a guy who loves you…
MIKAIL
memandang seorang
lelaki yang tegap dan kacak menapak masuk ke dalam bilik rawatan dengan membawa
seekor kucing Parsi rona putih. Comel sekali kucingnya. Tidak disangka lelaki
seperti Tengku Ezkandar Heidi menyukai kucing.
Tengku
Ezkandar Heidi diamati betul-betul. Orangnya kacak dan berbadan tegap. Tidak
keterlaluan jika Mikail mengatakan jika dia menjadi perempuan pasti dia juga
akan jatuh cinta pada lelaki itu. Siapa yang tak nak dengan lelaki yang kacak
dan kaya itu. Jika dibandingkan dengan dirinya jauh tinggalnya.
“Tengku
Ezkandar Heidi. Please have a sit.”
Sapa Mikail dan bersalaman dengan Tengku Ezkandar Heidi sebelum meminta lelaki
itu duduk.
“Thanks doc.” Balas Tengku Ezkandar
Heidi.
“Boleh
saya tahu apa yang berlaku pada kucing Tengku?” Soal Mikail penuh tertib.
Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meletakkan Bobo di atas meja.
“Sejak
semalam dia muntah-muntah dan tak ada selera nak makan. Selalunya dia active je. Pagi ni tak.” Jelas Tengku
Ezkandar Heidi. Mikail anggukkan kepalanya dan memeriksa Bobo.
“Dia
keracunan makanan ni. Tengku beri dia makan makanan yang tak sesuai dengan
dia.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Keracunan makanan?
“I’m not sure actually. My other half yang jagakan dia selama ni.” Jelas
Tengku Ezkandar Heidi serba salah.
“Oh. I thought this cat was yours.” Balas Mikail
dan tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kelat.
“My fiancé yang punya sebenarnya. She’s not around so I’ve to take care of It.”
Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Mikail tersenyum. Tak sangka lelaki di
hadapannya ini sudah berpunya dan sanggup menjaga kucing kekasihnya. Pasti
lelaki itu yang menghadiahkan buat kekasihnya. Tengku Ezkandar Heidi pula
sengaja berkata tunangnya kerana dirasakan memang sepatutnya itulah status Triesya
saat ini jika tidak kerana hal yang berlaku semalam pasti mereka sedang meniti
kebahagiaan untuk bersedia bagi perkahwinan mereka.
“Oh I see. Bertuah dia dapat tunang like you. Bertanggungjawab. Next time kalau nak tinggalkan anak-anak
sekejap pun dengan tengku pasti dia tak susah hati dan percayakan tengku.” Puji
Mikail sambil merawat Bobo. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Kalaulah betul
apa yang Mikail katakan itu. Dialah lelaki yang paling bahagia di dunia.
“Ok.
Dia okay. Cuma perlu jaga pemakanan dan kesihatan dia.” Jelas Mikail dan
mengusap bulu lembut Bobo. Tengku Ezkandar Heidi berdiri dan mengambil Bobo. Di
bawa ke dalam pelukannya.
“Bobo
sakit ya? Nanti daddy bawa balik
okay. Nanti mummy risau…” Kata Tengku
Ezkandar Heidi penuh kasih pada Bobo. Tersenyum Mikail dibuatnya. Daddy dan mummy? Keduanya cukup romantis sekali. Teringin untuk berjumpa
dengan kekasih hati Tengku Ezkandar Heidi. Orang kata lelaki hebat seperti Tengku
Ezkandar Heidi pasti mempunyai tulang belakang yang bukan calang-calang
orangnya kerana mampu mencairkan lelaki sepertinya.
******AKU CINTA KAMU******
It breaks your heart to see the one you love is happy with someone
else, but it\'s more painful to know that the one you love is unhappy with you…
TRIESYA
bangun di saat terasa
usapan di pipinya. Dengan perlahan matanya dibuka dan kelihatan Mikail sedang
duduk di sisinya dan tersenyum memandangnya. Dengan mata yang masih mamai
spontan Triesya duduk tegak. Malu kerana tertidur di pejabat Mikail.
“Sorry. Trish tertidur…” Kata Triesya serba
salah. Mikail mengelengkan kepalanya.
“It’s okay. Abang Mike faham. Sorry ganggu Trish tidur dan bawa Trish ke
sini. Jom Abang Mike hantarkan Trish balik.” Balas Mikail dan menarik Triesya
agar berdiri. Triesya hanya mengikut. Memang matanya masih mengantuk dan perlu
tidur.
“Tadi
Abang Mike ada rawat seekor kucing Parsi tau. Comel. Guy yang bawa kucing tu memang abang adore. Salah satu mentor abang.” Jelas Mikail sambil membuka pintu officenya.
“Ya?”
Soal Triesya dengan mood yang masih kepada mood mamai.
“Yapz.
That guy was so romantic. Dia sanggup
bawakan kucing tunang dia ke klinik sebab sakit. Kalau lelaki lain jarang Abang
Mike nampak sanggup buat macam tu.” Jelas Mikail dan mereka berjalan beringin.
Triesya memeluk lengannya dan kepalanya disnadarkan ke bahu Mikail. Biasa
bermanja begitu dengan Mikail. Lagi pula mengantuknya masih belum hilang lagi.
Sedikit sebanyak dia terasa apabila Mikail mengatakan tentang lelaki yang romantic dan snaggup membawa kucing
tunangnya itu. Teringat kepada si dia. Namun ditepis cepat-cepat. Manalah
lelaki itu mahu memikirkan Bobo lagi. Teringat kepada Bobo. Spontan dia dilanda
rindu.
Tengku
Ezkandar Heidi pada masa yang sama sedang membayar kos perubatan Bobo di counter menjeling Mikail yang sedang
berjalan dengan seorang gadis. Pasti kekasihnya. Desis hatinya. Tengku Ezkandar
Heidi kembali memandang ke counter.
Namun keningnya dikerutkan dan kembali memandang ke Mikail kembali. Diamati
wajah gadis yang memegang lengan Mikail itu. Berbaju kebaya rona hitam. Cantik
orangnya dan dia….
“Triesya?!!!”
Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan spontan Mikail dan gadis tadi berhenti
melangkah. Triesya pula yang tadinya mamai terasa segar matanya pabila namanya
dipanggil dengan kuat. Dengan kening yang dikerutkan dia menoleh dan matanya
membulat pabila melihat Tengku Ezkandar Heidi berada di counter bersama… Bobo??? Mikail pula tercengang. Bagaimana Tengku
Ezkandar Heidi mengenali Trieysa?
“Bobo?”
Soal Triesya terkejut pabila melihat Bobo terbaring lemah di dalam kandangnya yang
berada di atas meja coffee lobi clinic tersebut. Tubuhnya dibawa dekat
pada Bobo dan Bobo dikeluarkan. Dipeluk cium Bobo penuh rindu dan kasih
sehinggakan mengalir air matanya saat itu. Mikail tercengang.
“Bobo?
Bobo sakit ya sayang? Maafkan mummy
ya tinggalkan Bobo.” Kata Triesya lembut dan mencium pipi Bobo.
“Meow!”
Balas Bobo dan menguis-guiskan wajahnya ke muka Triesya.
“Sayang…”
Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memeluk Triesya dari belakang dengan
erat sekali. Tidak ingin melepaskan gadis itu pergi. Triesya tercengang. Begitu
juga dengan Mikail dan Akila.
“Baby pleases. Jangan buat I macam ni. I miss you. I do love you. I’m sorry. I mintaa maf sebab I tak jujur dengan you. But I do it for our own goods sayang.” Luah Tengku Ezkandar
Heidi dan mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang ramping Triesya. Tubuh Triesya.
Bau haruman Triesya. Semuanya mengenai Triesya dirinduinya. Triesya terdiam dan
mengigit bibirnya. Air matanya terasa jatuh mengalir. Demi Allah Swt. Dia
rindukan lelaki itu. Namun kebencianya, keegoan dan luka hatinya membuatkan dia
menjadi marah kembali.
“Let me go tengku!” Marah Triesya dan
cuba merungkaikan pelukan Tengku Ezkandar Heidi pada tubuhnya namun lelaki itu
tetap tidak melepaskan pelukannya.
“No! I’ll not let you go anymore sayang! Tak
akan! Cukup sekali you tinggalkan I…”
Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memusingkan tubuh Triesya agar menghadapnya.
Bobo pula berada di tengah-tengah.
“I tahu I salah sebab I sembunyikan
hubungan sebenar I dengan mummy
Merissa. But, I buat tu sebab I tahu you takkan dekat dengan I jika I ni anak buah kepada mummy Merissa. So I cuba sembunyikan kenyataan tu dari you and akan bagi tahu you
pada masa yang sesuai. But I was wrong. Sepatutnya I jujur dengan you supaya kita tak jadi macam ni.” Luah Tengku Ezkandar Heidi.
Dahinya di dekatkan pada dahi Triesya dan merenung jauh ke dalam mata triesya.
Gadis itu membalas. Tengku Ezkandar Heidi merasa sakit pabila melihat air mata
yang mengalir dari mata cantik gadis dicintainya itu. Dilap lembut air mata
kekasih hatinya.
“I tak sangka you sanggup buat I macam ni.. You buat I jatuh cinta
pada you. Sebab you just nak permainkan perasaan I. you sama je dengan auntie
you tu! You berdua hanya tahu
sakitkan hati I ! Lukakan hati I! Kenapa Que Ez?! Kenapa mesti I? I dah cukup tersiksa dengan hidup ni.
I dah cukup terluka dengan hidup ni! Kenapa perlu tambah luka di hati ni lagi?
I cintakan you Que Ez! I cinta sangat! But You dah lukakan hati ni! You
dah khianati cinta I buat you! Are you
happy now?!” Luah Triesya dan melepaskan dirinya dari Tengku Ezkandar
Heidi. Bobo dimasukakn ke dalam kandangnya dan Triesya membawa Bobo pergi.
Namun lengannya ditarik oleh Tengku Ezkandar Heidi.
“Please don’t go. Please don’t leave me! I
tak pernah mainkan perasaan you! I
cintakan you Triesya! Kenapa you susah sangat nak faham?! I
mengaku I salah sebab I tak jujur dengan you. But tak bermakna cinta I
pada you juga tak jujur. I tak pernah nak mainkan perasaan you! I tak berniat nak lukakan hati you sayang. Please… Percayakan I … mummy
Merissa dengan I tak ada niat nak main kan perasaan you. Even dia sendiri baru tahu kita bersma bila I announce our relationship to media
sayang… Please don’t go…” Balas
Tengku Ezkandar Heidi dan memeluk tubuh Triesya dari belakang. Dipeluk dengan
erat dan tak ingin dilepaskan. Mikail dan Akila yang melihat situasi di hadapan
mereka tercengang. Tak menyangka akan menonton situasi trsebut. Apatah lagi Mikail.
Tak sangka yang Triesya adalah kekasih Tengku Ezkandar Heidi.
“Let me go Tengku Ezkandar…. Tak ada apa
lagi yang kita nak bincangkan. I dah
cukup penat dengan semua ni! I dah
cukup muak dengan semua ni! I benci! I bencikan you!!!!” Jerit Triesya dan melepaskan dirinya dari Tengku Ezkandar
Heidi. Ketika berada di hadapan pintu kaca klinik Triesya berhenti namun tidak
menoleh.
“Tolong
jangan cari I lagi lepas ni Tengku
Ezkndar Heidi. Sebab jika lepas ni kita berjumpa kembali I takkan sesopan ini lagi. Sekali I benci. I akan benci
selamanya….” Kata Triesya dan terus keluar dari klinik milik Mikail. Mikail
yang tercengang melihat Tengku Ezkandar Heidi jatuh melutut itu tersedar dan
keluar mengejar Triesya.
“Trish!”
Panggil Mikail dan menarik lengan Triesya.
“Let me go!” Jerit Triesya dan cuba untuk
merungkaikan pegangan tangan Mikail pada lengannya.
“Hei.
Ini abang…” Balas Mikail dan memegang kedua pipi Triesya. Gadis itu menangis.
“Bawa
Trish pergi dari sini. Trish dah tak tahan…” Balas Triesya dengan sendu. Mikail
menarik nafasnya dan menganggukan kepalanya. Triesya ditarik lembut dan dibawa
masuk ke dalam kereta. Bobo dan kandangnya pula dismpan di kerusi belakang.
Sebelum
pergi dari kawasan klinik miliknya. Sempat Mikail melihat Tengku Ezkandar Heidi
yang berada di Ferrari mewah miliknya. Lelaki itu kelihatan kusut sekali. Kelihatan
lelaki tu menempiaskan marahnya pada kereta Ferrari mewahnya. Tayar kereta
ditendang sekuat hati. Bingung Mikail dibuatnya. Terasa samar-samar mengenai
hubungan keduanya. Bukan dia tidak nampak air mata Tengku Ezkandar Heidi yang
mengalir tadi. Bagaikan melihat drama saja. Triesya di sisi dijeling. Gadis itu
menangis dan menutup mukanya dengan kedua tangannya. Nafas dihelakan. Kalaulah
dia bisa membantu Triesya menghadapi kesedihan itu. Pasti akan dibantunya.
Namun dia sedar siapa dirinya. Hanya abang angkat dan lelaki sehebat Tengku
Ezkandar Heidi lebih berhak. Lelaki itu benar-benar mencintai Triesya.
Triesya
menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Terasa hatinya sakit dan sedih. terasa
ingin menjerit dan menangis sepuas hatinya. Mulut kata benci. Namun hatinya
kata cinta. Hal itu yang membuatkan dirinya merasa sakit. Menyakiti lelaki yang
dicintainya. Bukanlah niatnya. Namun keadaan dan situasi yang menjadikan
dirinya sekejam itu. Keputusannya kini sudah bulat. Melupakan lebih baik dari
memiliki kerna dia hanya akan merasa sakitnya nanti….
Aku bingung dengan semua kejadian yang
terus menimpa diriku.
Apakah aku harus tersenyum,
disaat orang yang aku cinta pergi meninggalkan diriku.
Apakah aku harus tersenyum,
disaat orang yang aku cinta pergi meninggalkan diriku.
Apakah aku harus
tertawa,
disaat dia merasakan kegelapan dalam keabadiannya.
disaat dia merasakan kegelapan dalam keabadiannya.
Kini hanya ada air mata yang terus mengalir di pipiku.
Kini jiwa raganya
telah menyatu dengan seonggak tanah.
Namanya terpampang disebuah kayu yang setia,
terus membuat namanya dikenang.
Namanya terpampang disebuah kayu yang setia,
terus membuat namanya dikenang.
Tepat di depan mataku,
sebuah bunga bertaburan begitu indah.
Kini kisah yang selama ini jalani telah berakhir.
Kenangan masa lalu kini telah tiada.
Kini kisah yang selama ini jalani telah berakhir.
Kenangan masa lalu kini telah tiada.
Semoga kau tenang
dalam tempat peristirahatan yang kekal ini.
Disini aku akan selalu berdoa.
Agar kau selalu diberikan tempat terindah oleh Allah.
Selamanya dan selamanya namamu akan selalu di hatiku.
Agar kau selalu diberikan tempat terindah oleh Allah.
Selamanya dan selamanya namamu akan selalu di hatiku.
******AKU CINTA KAMU********
I don't know what to do now that we're apart; I don't know how to
live without the other half of my heart.
BURN
menekup telinganya di
saat Tengku Ezkandar Heidi dengan wajah ketatnya menapak masuk ke dalam officenya dengan menghempas pintu dengan
kuat. Nasiblah juga di aras tingkat tersebut hanya ada bilik Tengku Ezkandar
Heidi dan bilik meeting. Jika tidak
pasti semuanya juga akan kecut perut sepertinya.
Burn
mengaru-garu kepalanya dan berjalan ke kiri dan ke kanan di hadapan muka pintu office Tengku Ezkandar Heidi. Serba salah
untuk mengetuk apatah lagi untuk masuk ke dalam bilik itu. Sia-sia dirinya
menjadi mangsa kemarahan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pabila
marah, Singa pun boleh kecut perut.
“Tup!!!!!”
“Oh mak kau!” Latah Burn tatkala
mendengar pelbagai bunyi yang kuat dari dalam office Tengku Ezknadar Heidi. Dada diusap. Mengembalikan
semangatnya yang hilang dek terkejut tadi.
“Burn!!!!!” Jerit Tengku Ezkandar
Heidi kuat dari dalam biliknya. Sekali lagi Burn terkejut dan menjauh dari
pintu office Tengku Ezkandar Heidi.
Lemah semangat dibuatnya.
“Burn!!!!” Jerit Tengku Ezkandar
Heidi sekali lagi. Kecut perut Burn dibuatnya.
“Y…ya..ya boss!” Jawabnya tergagap.
Pintu office Tengku Ezkandar Heidi dibuka
dan terlopong Burn dibuatnya. Keadaan office
Tengku Ezkandar Heidi seperti tongkang pecah. File bertaburan, pasu pecah, laptop hancur di atas lantai. Hah?! Laptop?!
Fuh. Teruk sangat marah bossnya kali ini.
“Ya boss?” Balas Burn sekali lagi
takut-takut dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang berdiri dan memandang
jauh keluar tingkap cermin officenya
dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.
“Carikan aku alamat rumah doctor Mikail. Owner Animal Medical Clinic!” Arah Tengku Ezkandar Heidi. Burn
tercengang. Doctor haiwan?
“Err. Buat apa boss?” Soal Burn hairan.
“Just
doing your work and shut your mouth Burn
before I kill you!” Balas Tengku Ezkandar Heidi serius. Kecut perut Burn dibuatnya.
“Err. Bbb… Baik boss. Saya kelaur
dulu.” Balas Burn dan bergegas keluar dari office
Tengku Ezkandar Heidi. Nampaknya lelaki itu benar-benar sedang berada di mood
yang teramat tidak baik saat ini. Dr.Mikail?
“Arghhhh!!!!!” Teriak Tengku
Ezkandar Heidi melempiaskan marahnya. Terasa sakit hati apabila Triesya meninggalkan
dirinya bersama doctor muda itu. Selagi
dia hidup dan bernama Tengku Ezkandar Heidi dia akan pastikan Triesya menjadi
miliknya seorang. Mikail? Akan disiasat lelaki tu. Dia pasti Triesya tinggal
bersama lelaki itu.
“Sekali hubby cinta. Hubby akan
cinta sampai mati……..” Bisiknya perlahan.
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
********************************************************
Asalamualaikum Wbt And
Salam Sejahtera Ladies~
How was the story? Ok?
Not bad? Sad? Or blur? Huhuhuhu. Hei! This time
takmau kata pendek eh. Panjang siot tu awak! Hehehe. J
Saya Ratu Adriana Nadine, Ingin MEMINTA
MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat memuaskan hati anda. Juga saya ingin MEMINTA MAAF sekiaranya terdapat
kesalahan bagi ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Adakalanya saya terlimpas
pandang walaupun benda tu sekecil zahrah. MAAFKAN
SAYA. MAAFKAN saya juga sekiranya cerita ini terover, tak logic ataupun
sebagainya. Hei. This is my story and my
own fantasy. Feel free to unfollow this blog if you don’t like it. TQ.
Muahahaha. Tetiba aku seriuskan. Apa kes? Huhuhu. Chill sudehhh~
Adakah hubungan Triesya dan Tengku
Ezkandar Heidi selepas ini benar-benar sudah berakhir? Mikail? Adakah dia akan
mengambil kesempatan di atas kesedihan Triesya dan memenangi hati Triesya? Apa
pula yang akan dilakukan oleh Tengku Ezkandar Heidi? Kenapa agaknya Tengku
Ezkandar Heidi ingin mendapatkan alamat Mikail? Apakah yang ingin dilakukannya?
Tettttttt! Kita nantikan entry seterusnya dear J waiting!
Thanks
for those yang sudi drop by dan
tinggalkan comment anda J saya amat menghargainya…. Please dear. Tinggalkan comment anda ya! Hwaiting!
SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.
Till then,
Sincerely,

keadaan dah semakin rumit skg ni.
ReplyDeletetriesya plak still mrh lg kat que ez.
x tau la apa nak jd pasni..
hrp smuanya baik2 saja..
hi siti
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
ishish. tulah awak. cyan je :(
memang sakit ditipu lagi2 someone yg kita sangat2 sayang but...no one perfect...everybody makes mistake what...and what happend to those people around them..the family..takkan diam je..kata agreed Triesya dgn Que Ez..do something la...For me kalau Triesya boleh sakitkan hati my HERO.. (hihi)..why Que Ez don't do the same..(emo nie.. sangat2..geram juga dgn Triesya...)
ReplyDeleteHI miss anonymous =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
yapz sy skg tu. nobody's perfect :)
hehehe emo yer =P
cian kat que ez..knpa la triesya x nmpak brtapa que ez cinta kan dia..nmpak sangat triesya ni ego..que ez klau triesya x nk u, u jd tunang i nk x? haha
ReplyDeleteHI miss anonymous =)
Deletethankss for dropping by and leave ur comment dear
hahahaha gatal taw!
kesian Que Ez...huhu..jgn sampai Que Ez dah fed up barulah Triesya terhegeh-hegeh nak balik...
ReplyDeletex mau la que ez fed up dgn triesya..tp kalau que ez wat triesya cemburu ok gak...biar triesya sedar yg dia tu cintakan que ez.........
DeleteHI miss anonymous =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment dear
hehehe a'ahkan. jat ta triesya. but kite baca ack bab 28 dlu eh . peace! hehe =)
hohoho!!!que ez pi srang mike ke nnti??
ReplyDeletehehe!!!!
nice story !!!
hwaiting!!!!
HI lylea =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe thanks syg
hwaiting =)
Ratu.. x nak lah Que Ez main serang2... x de class ok... hehe..
ReplyDeleteHI miss anounymous =)
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehehe ishish jauh sungguh imaginasi anda hehe
:) hehe
Janganlah Trish terlalu ego sgt.. kesalahan pun kecil je.
ReplyDeleteApe pun nk Trish dgn Que Ez juga... Ratu biarlah cinta mrk
bersambung semula yg lepas tu biarlh lepas, jgnlah ada
kebencian lagi kerana memaafkan adalah lebih baik dari
membenci.
HI aNOR
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
hehe a'ahkan. trish emo sgt lah
huhu
in shaa alla awak
hwaiting yer :)
naaaaaa.............kan dh cakap..tu lar TEH x bgtw awal2 ngan trish...
ReplyDeleteHI DEAR
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
hehe a'ah tulah. nakal sgt
kesian dkt Que Ez... ..
ReplyDeleteHI fuzz
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear
hehe kesian kan
mna n3 baru..semalam tggu x de p0n.:(
ReplyDeleteHI miss anonymous
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear :)
hehe dah ada da. sorry late yer :)
Correction -Just DO your work.....
ReplyDeleteHI dear
Deletethanks for dropping by and leave ur comment
T H A N K S again