AKU CINTA KAMU BAB 16
AKU kini
berada di sebuah dunia yang lain. Semuanya kosong dan berona putih. Hanya ada
sebuah tasik berhampiran tempatku berdiri kini. Tasik yang airnya tenang dan
berona biru. Pelik. Tak pernah ku lihat tasik berona biru. Selalunya hijau dan
coklat-coklat sedikit ronanya.
“Honey…”
Panggil suara lembut dari arah belakangku dan terasa bahuku disentuh. Aku yang
terkejut lantas berpaling.
“Mama?”Soalku tidak percaya. Kini,
mama berdiri di hadapanku dengan pakaian serba putih. Terukir senyuman manis di
bibirnya. Aku rindukan raut wajah yang cantik dan senyumannya miliknya itu.
Mama menganggukkan kepalanya. Lantas, aku memeluk mama dan melepaskan segala
kerinduanku selama ini di dakapannya. Terasa usapan mesra mama di belakang
tubuhku.
“Mama… I miss you ma. Really miss you. Please don’t leave me again. I need
you…” Luahku pada mama sebak. Daguku di tarik lembut oleh mama agar
memandangnya.
“Sayang. Terimalah kenyataan bahawa
mama telah kembali kepada-NYA.” Balas mama lembut kepadaku dan mengucup lembut
dahiku. Air mata yang masih mengalir aku lap. Kepala digelengkan.
“No!
Mama tipukan? I want to be with you ma.
Until now, Trish tak dapat nak terima kenyataan yang mama dah ‘pergi’. Mama
pergi tinggalkan Trish keseorangan…” Luahku pada mama. Biar mama tahu rasa
hatiku Selama ini. Mama tersenyum dan mengusap pipiku.
“Sayang… Apabila seseorang itu hampir tiba
ajalnya, maka Allah swt akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya.
Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam
keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu. Setiap orang mempunyai ketentuan ajal
masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu
akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang
telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah swt yang tidak dapat
diingkari oleh manusia. Allah swt mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak
dan qadar ketentuan Allah swt. Redhalah di atas kepemergian mama sayang.
Teruskanlah hidup sayang tanpa mama di sisi. Jagalah papa untuk mama.” Jelas
mama padaku. Aku mengelengkan kepala dan memeluk mama erat. Bagaikan takut
untuk melepaskannya pergi meninggalkan aku di situ.
“Trish tak nak! Then, bring me along with you. I want to be with you ma. Bawa Trish
sekali dengan mama. Trish nak tinggal dengan mama. Please ma….” Rayuku pada
mama dan mama tersenyum memandangku…..
*********AKU
CINTA KAMU**********
Tit!
Tit!
Tit!
BUNYI alat penafasan yang secara
langsung berhubungan terus dengan nadi Triesya itu membuatkan doctor dan kesemua yang berada di dalam
bilik tersebut cemas. Triesya pula bagaikan susah untuk bernafas.
“Doc, macam mana dengan dia?” Soal
Ben risau pada doctor khas yang
diupahkan oleh mereka. Tengku Aliff saat ini berada di bilik sebelah. Sedang
merawat Tengku Ezkandar Heidi yang sedang parah itu. Doctor tadi memandang Ben dan memandang nurse yang berada di situ.
“Maaf encik. Sila keluar sebentar.
Kami akan merawat pesakit. Jangan risau. Serahkan kepada kami.” Balas doctor tadi dan meneruskan tugasnya. Ben
di bawa keluar dari bilik Triesya oleh nurse
tadi. Tubuhnya di bawa ke living room
kondo Triesya. Ada Ragel Errick,Burn dan Tengku Erissa Hani di situ. Sengaja
mereka tidak menghantar keduanya ke hospital. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya
adalah public figure. Tidak ingin hal
tersebut menjadi isu pada media. Juga kepada keluarga mereka. Semuanya di atas
permintaan Tengku Ezkandar Heidi seperti di dalam rancangan mereka tadi pagi.
Dia meminta agar Tengku Aliff menyediakan semuanya memandangkan Tengku Aliff
adalah doctor dan ada hospital
sendiri. Mereka terpaksa akur. Semua kelengkapan di bawa kondo Triesya.
“Bagaimana keadaan kak Trish Ben?”
Soal Tengku Erissa Hani risau. Tadi Ben yang menjaga Triesya di dalam bilik
sementara mereka berdua duduk berehat sebentar di situ. Ben mengeluh dan duduk
di sisi Tengku Erissa Hani.
“I
don’t know dear. Tiba-tiba tadi keadaan dia tak stable. Asyik sebut ‘mama’. I risau. Risau kalau-kalau dia…”
Kata-kata Ben terhenti di situ. Tak sanggup nak sambung ayat itu. Bahunya
diusap lembut oleh Tengku Erissa Hani.
“Sabar Ben. In shaa Allah kak Trish will be okay. Sabar ya..” Pujuk Tengku
Erissa Hani pada Ben. Ben menganggukkan kepalanya lemah dan mengelap air
matanya yang jatuh.
“Sabarlah Ben.” Balas Ragel Errick
pula. Dia turut kesal di atas apa yang menimpa keduanya. Ternyata Tengku Amsyar
begitu gila orangnya. Sanggup membunuh demi perempuan. Kepala digelengkan.
Tengku Amsyar sudah diuruskan oleh Tengku Aliff. Di minumkan ubat tidur dan di
bawa balik ke kediamaan keluarganya. Biarlah mereka uruskan lelaki itu. Itu
permintaan Tengku Ezkandar Heidi tadi. Huh! Baik sungguh Tengku Ezkandar Heidi.
Jika dia, orang seperti itu sesuai di bunuh saja.
“Que Liff? How was abang? Is he okay?”
Soal Tengku Erissa Hani di saat Tengku Aliff datang dan duduk di sisi Ragel
Errick. Leher yang sengal diurut lembut. Masak juga nak menjahit bekas luka
yang dalam itu. Nasiblah Tengku Ezkandar Heidi dapat bertahan dan tikaman pisau
tersebut tidak terkena organ penting Tengku Ezkandar Heidi. Tahan sangat nyawa
sepupunya itu. Di dalam keadaan yang kritikal pun masih boleh bertahan lagi.
Pula tu siap sebut nama Triesya. Kepala digelengkan. Sebegitu dalam sekali
cinta Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya. Sepupunya itu benar-benar sudah
berubah.
“He’s
okay dear. Just give him rest now. Keadaan dia dah stable.” Jelas Tengku Aliff pada sepupunya itu.
“Alhamdulilah.” Menarik nafas lega
mereka berempat. Tak sangka Tengku Ezkandar Heidi mampu bertahan.
“Triesya okay?” Soal Tengku Aliff
pada Ben. Ben memandang Tengku Aliff dan gelengkan kepalanya.
“Baru je tadi doctor rawat dia balik. Keadaan dia tak stable…” Jelas Ben sayu. Tengku Aliff meraup wajahnya. Bagaimana
ingin stabil jika di dera sebegitu sekali oleh Tengku Amsyar, sepupunya yang
gila itu. Sudahpun tubuh Triesya di tampar dan dipukul. Kepalanya pula terdapat
hentakan kecil di situ. Nasiblah hentakan kecil. Jika besar. Mahunya kekasih
Tengku Ezkandar Heidi itu ‘pergi’. Ish. Simpang! Mahunya Tengku Ezkandar Heidi
yang meroyan pula.
“She’s
will be fine.” Balas Tengku Aliff yakin. Keadaan Triesya tidaklah seteruk
Tengku Ezkandar Heidi. Namun, kerana kondisinya adalah merupakan makhluk Allah
swt yang lemah. Maka, kudratnya sukar untuk bertahan.
“Tangan dia patah…” Balas Ben dengan
sendu.
“Bukan patah Ben. Retak je. Tak
payah risau okay. Tangan dia akan pulih nanti.” Balas Tengku Aliff. Memang
tangan kanan Triesya retak. Tidak tahu bagaimana jadinya. Mungkin ketika dia
dipukul ataupun dihempap sesuatu yang berat. Sakit kepalanya memikir. Tengku
Amsyar benar-benar melampau kali ini. Tiada istilah bergaduh sesama kerabat.
Mereka sudah berjanji. Tetapi Tengku Amsyar sanggup mengkhianati janji itu.
Syukur yang Tengku Ezkandar Heidi berpegang pada janjinya.
Tengku Amsyar tadi sudah diuruskan.
Saat ini hanyalah keluarga Pak sunya dan Nenda yang tahu. Pandailah nenda
uruskan Tengku Amsyar itu. Tetapi puaslah juga. Sempatlah juga dia memberikan
satu tumbukan buat sepupunya itu. Pada Ragel Errick dia menyuruh saja teman
baiknya itu memukul Tengku Amsyar. At
least, bukan dia yang cederakan sepupunya itu walaupun dia tengah marah.
Satu tumbukan kira okaylah.
“Tengku Aliff..” Panggil doctor yang merawat Triesya tadi dan
menyedarkan Tengku Aliff dari lamunannya.
“Dr. Alex. How is she?” Soal Tengku Aliff pada doctor yang bernama Alex itu. Bangkit dari dudukannya dan tubuhnya
dibawa dekat pada Dr. Alex yang sedang berdiri.
“Thanks
god she stable now. Don’t worry. She’ll be okay after this.” Balas Dr. Alex
dan tersenyum. Lega kerana dapat menyelamatkan wanita cantik itu.
“Thanks
Lex and this is for you. Please. Keep it as a secret. We’ve agreement.”
Balas Tengku Aliff dan menyerahkan satu sampul surat yang berisi duit dari
poket seluarnya. Dr. Alex tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Sebelum datang
ke situ tadi dia sudah menyain perjanjian bahawa dia tidak akan membocorkan
rahsia tersebut kepada sesiapa sehingga ke nafas terkahirnya. Jika dia
melanggar isi perjanjian maka dia akan di dakwa. Malah jika boleh Tengku Aliff
akan cuba untuk membuat Doktor tersebut menerima balasan yang setimpal. Kira
berbaloilah juga. Duit yang diterima amat besar jumlahnya.
“No
worries Tengku. I akan zip mulut
ni. So, I’ve to go. Nice to work with
you.” Balas Dr.Alex dan memberi isyarat kepada dua orang nurse tadi agar mengikutnya pergi. Nurse-nurse tersebut juga di beri amaran
awal-awal. Juga diberikan upah.
*****AKU CINTA KAMU******
AKU terbangun di saat
tubuhku merasa sakit. Dengan perlahan aku cuba untuk membuka mataku walaupun
payah. Pelahan. Perlahan dan demi perlahan akhirnya aku bisa mencelikkan
mataku. Pabila tubuhku cuba untuk digerakkan. Ianya tidak bergerak sama sekali.
hanya kaku.
Pandanganku yang kabur aku pejam dan
cuba dibuka kembali. Jelas sekali saat ini aku berada di dalam bilikku. Aku
kenal sekali dengan keadaan bilikku yang ku huni sejak 5 tahun lalu dan bau
wangian bunga rose yang mengharumkan bilikku setiap hari.
“Babe? Kau dah sedar?” Soal Ben
padaku. Terasa pegangan tangannya ke jemariku. Aku memandangnya yang duduk di
atas katilku.
“Ben?” Soalku dengan suara yang
serak dan lemah.
“Ya babe. It’s me.” Balas Ben dan mengengam jemariku. Rambutku pula diusapnya lembut.
“Ben. Aku. Nak. Air. Aku. Dahaga.”
Jelasku pada Ben satu-satu. Walaupun payah, aku gagahkan jua bibirku untuk
bergerak. Ben tersenyum dan mengucup dahiku. Ben. Selalu ada di sisiku. Mungkin
kami tidak seagama. Mungkin kami tidak sebangsa. Mungkin kami tidak semuhrim.
Mungkin kami tidak punya ikatan kekeluargaan. Namun, Ben. Ben tetap ada di
sisiku tak kira aku susah dan senang. Gembira dan sedih. Ben selalu ada di
situ….
“Sekejap ya. Aku ambilkan air buat
kau. Kau jangan terlalu banyak bergerak.” Balasnya padaku dan meletakkan tangan kananku perlahan. Aku
mengerutkan dahi. Kenapa tangan kiriku sukar untuk bergerak? Hanya tangan
kanan. Pabila ku melihat tangan kiriku. Tumpah air mataku saat itu. Kenapa
ianya di simen?
“Ben… Kenapa dengan tangan kiri
aku?” Soalku pada Ben dengan sendu. Ben yang berada di muka pintu berhenti. Agak
lama dia berdiri di situ sebelum menoleh memandangku. Matanya kelihatan merah.
Tubuhnya kembali di bawa ke sisiku.
“Sabar ya babe. Tangan kau tak
apa-apa. Hanya retak sedikit. It will be
fine soon.” Balas Ben dan mengusap bahuku. Aku menutupkan mataku kembali.
Retak? Kenapa tidak dibiarkan aku mati terus. Agar aku bisa dapat bersama mama…
Astagfirullah’alazim. Siapa aku
untuk berkata seperti itu? Tidak bersyukur dengan keadaan diriku sendiri.
Sepatutnya aku bersyukur. Ya. Bersyukur kerana aku selamat. Selamat dari lelaki
itu. Lelaki itu?
“Ben. Mana Tengku Ezkandar Heidi
Ben? Mana?!” Spontan aku membuka mataku dan mencari kelibat lelaki itu. Tiada!
Hanya kami berdua di situ! Ben pula ku lihat serba salah mukanya memandangku.
“Babe. Sabar babe. Tengku Ezkandar
Heidi ada babe. Dia selamat.” Jelas Ben dan menyabarkan aku agar baring
kembali. Ben di sisi aku pandang.
“Ben dia di mana? Aku nak jumpa dia
Ben. Apa yang terjadi pada dia?” Soalku pada Ben bertubi-tubi. Air mata yang
mengalir aku tidak endahkan. Lelaki itu lebih penting sekarang. Ben mengeluh.
“Dia ada di bilik sebelah…” Jelas
Ben padaku. Tapi raut wajahnya saat itu kelihatan keruh sekali dan aku pasti
ada sesuatu yang buruk berlaku pada lelaki itu.
“Apa yang dia buat di bilik sebelah?
Dia tidur ya Ben? Bawa aku jumpa dia boleh?” Soalku hairan kepada Ben. Ben
tunduk.
“Aku akan bawa kau jumpa dia. Tapi
aku harap kau bersabar ok. Come…”
Balas Ben dan dia berdiri. Aku kerutkan dahi. Apa perlunya aku bersabar?
Dengan perlahan Ben mengangkatku.
Sungguh berhati-hati agar aku tidak terjatuh. Sudah ku larang agar aku berjalan
saja. Namun, dia menolak. Katanya badanku masih lemah. lagi pula hanya di bilik
sebelah saja. Tidak jauh. Badan lembutnya masih boleh menampung beratku.
******AKU CINTA KAMU********
BEN,TENGKU ALIFF,RAGEL ERRICK, BURN DAN TENGKU
ERISSA HANI saat itu hanya mampu menahan sebak. Menahan sebak
memandang Triesya yang kembali pengsan di sisi Tengku Ezkandar Heidi. Tadi, di
saat Ben mengangkat Triesya masuk ke dalam bilik tetamu yang menempatkan Tengku
Ezkandar Heidi itu, Tengku Aliff dan Ragel Errick turut masuk ke dalam bilik tersebut.
Tengku Erissa Hani pula sejak tadi berada di sisi abangnya. Dikhabarkan pada
kedua ibu bapa mereka bahawa mereka berdua tidur di rumah nenda. Pertama kali,
berbohong dengan kedua ibu bapa sendiri. Namun, terpaksa dek kerana keadaan.
Selepas sahaja Triesya didudukkan di
kerusi sisi Tengku Ezkandar Heidi yang terbaring lemah itu. Wajahnya sudah
pucat dan lemah. Mungkin tidak percaya melihat wajah lelaki yang sentiasa
senyum di sisinya itu kini terbaring kaku di situ dan perutnya di balut.
Mulanya dia tidak faham. Namun, setelah diterangkan oleh Ben. Barulah Triesya
terus pengsan setelah mendengarnya. Pasti dia terkejut. Jangankan dia. Mereka
semua juga masih di dalam keadaan yang terkejut.
“Macam mana ni?” Soal Ragel Errick.
Mereka berlima saling berpandangan dan memandang Tubuh Tengku Ezkandar Heidi
dan Triesya yang terbaring di atas katil. Bersebelahan sahaja. Namun,
dipisahkan oleh bantal peluk.
“Aduh. Macam kisah kat tv je mereka
berdua ni.” Balas Burn dan mengaru kepalanya. Yang lainnya menganggukkan
kepala. Setuju dengan kata-kata Burn. Tragis sekali. Boleh buat filem dah. Confirm box office punya. Desis hati
Tengku Erissa Hani.
“Kita nak buat apa dengan budak
berdua ni? Parah sangat! Kalau diikutkan hati aku ni. Aku kahwinkan je budak
berdua ni. Wajib kahwin dah.” Celah Tengku Aliff tiba-tiba. Kini dia menjadi
mangsa pandangan keempat-empatnya.
“Ekeleh. Engkau ni Que Liff. Ke situ
pula fikirnya. Helo kawan! Kita sekarang ni tengah fikirkan kesihatan mereka
berdua ni. Bukannya tentang perkahwinan dia orang ni.” Balas Ragel Errick dan
menumbuk bahu Tengku Aliff. Tersengih Tengku Aliff dibuatnya. Kepala digaru.
Spontan itu yang keluar dari bibirnya. Kedua-dua patut dikahwinkan saja. Dah
siap korban-korban bagai. Patutnya kahwin saja.
Tergelak kecil Tengku Erissa Hani,
Ben dan Burn dibuatnya. Sejak tadi mereka berdualah yang menceriakan suasana.
Agar keadaan tidak terlalu kusam. Sekurang-kurangnya hati mereka dapat
ditenangkan seketika.
“Eh. Abang bergeraklah.” Kata Tengku
Erissa Hani teruja setelah melihat jemari abangnya bergerak. Dengan pantas
Tengku Aliff mengambil tempat di sisi Tengku Ezkandar Heidi.
“Que Ez? Kau dengar tak suara aku
ni? kalau dengar gengam tangan aku…” Soal Tengku Aliff dan memegang tangan
Tengku Ezkandar Heidi. Terasa jemari itu mengengam tangannya. Bermakna Tengku
Ezkandar Heidi mendengar suaranya dan sedar.
“Ok good. Sekarang, kau tarik nafas perlahan-lahan dan hembus..” Usul
Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi mengikut walaupun payah. Kelihatan dadanya
bergerak.
“Bagus Que Ez. Now, buka mata kau perlahan-lahan. Kuatkan semangat kau. Buka
perlahan-lahan.” Arah Tengku Aliff lagi. Kelihatan, mata Tengku Ezkandar Heidi
bergerak-gerak. Dengan perlahan-lahan cuba dibuka. Dicelikkan dan kembali
dipejam kembali.
“Kuatkan semangat Que Ez. Aku pasti
kau boleh.” Ragel Errick memberikan semangat pada teman baiknya itu.
Perlahan.
Perlahan.
Dan perlahan.
Akhirnya Tengku Ezkandar Heidi dapat
membukakan matanya. Kini matanya memandang ke sekeliling ruang bilik tersebut.
Matanya dapat menangkap wajah Tengku Aliff,Tengku Erissa Hani, Ragel Errick,
Burn dan Ben. Keningnya dikerutkan apabila dia cuba untuk bangun. Akan tetapi
terasa sakit diperutnya.
“Kau janganlah banyak bergerak. Kang
terbuka juga luka tu. Aku jahitkan sekali satu badan kau nanti. Nak?!” Tutur
Tengku Aliff geram. Mereka yang lainnya tergelak kecil dengan reaksi Tengku
Aliff itu. dengan orang sakit pun nak bergaduh. Nasiblah saat itu Tengku
Ezkandar Heidi di dalam keadaan yang lemah. jika tidak sudah pasti Tengku Aliff
menjadi mangsanya.
“Tunggu aku baik Que Liff. Nahas. Kau.
Aku. Kerjakan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memejamkan matanya kembali.
Terasa ngilu di perutnya. Tengku Aliff tersengih.
“Alarh. Gurau jelah bro. Chillah!” Balas
Tengku Aliff dengan sengihan.
Tengku Ezkandar Heidi kembali
celikkan matanya. Kening dikerutkan. Di mana Triesya?! Matanya terbuka besar
dan dengan pantas dia cuba untuk duduk walaupun sakit. Menjerit kecil mereka
berlima dibuatnya. Lelaki itu lasak sekali!
“Mana Triesya?!!!!!” Jeritnya Pada
mereka berlima yang berada di hadapannya kini. Bagaikan ingin makan saja
kelima-limannya.
“Err. Chill sudahlah bang. Buat orang suspend
je.” Rungut Tengku Erissa Hani dan mengurutkan dadanya. Terkejut dengan jeritan
Tengku Ezkandar Heidi itu. jangankan dia. Keempat-empat lelaki yang menemaninya
di situ pun terkejut beruk dengan reaksi Tengku
Ezkandar Heidi itu.
“I
said where is Triesya?!” Soal Tengku Ekzandar Heidi tegas. Tangan kanannya
di simpan di perut. Terasa sakit di situ. Namun, digagahkan juga dirinya.
“Hei! Tengku Ni. Tu hah! Apa tu?
Bukan tu cik wifey tengku ke?” Sampuk
Burn dan memuncungkan bibirnya ke sebelah Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku
Ezkandar Heidi menoleh memandang ke sisinya.
Tubuh pucat Triesya terbaring di
situ. Tengku Ezkandar Heidi memandang gadis itu dengan pandangan sayu. Dengan
pipi dan bibir yang lebam dan kepala dan tangan yang dibalut. Sedih! Siapa tidak
sedih jika kekasih hatinya di dalam keadaan seperti itu.
“Baby?” Panggilnya lembut. Namun
tubuh itu masih kaku.
“Dia baru pengsan balik tadi.” Jelas
Ben. Tengku Ezkandar Heidi merenung segenap wajah cantik itu yang pucat kini.
Lena sekali tidurnya. Pipi gadis itu diusapnya lembut dan penuh kasih.
“Aku cinta kamu sayang…” Bisiknya
perlahan dan mengucup lembut dahi Triesya.
********AKU CINTA KAMU********
TENGKU EZKNDAR HEIDI yang sedang
duduk bersandar di kepala katil tersenyum melihat Triesya yang sedang
berkerut-kerut dahinya itu. Sedar juga akhirnya. Desis hati Tengku Ezkandar
Heidi. Tadi, tika mereka ingin mengangkat Triesya kembali ke biliknya. Ditegah
oleh Tengku Ezkandar Heidi. Dia ingin berada dekat dengan Triesya. Tidak ingin
berjauhan. Penyelesaiannya, mereka semua kini berada di dalam bilik Triesya
yang luas itu. Lebih selesa kata Ben dan budak berlima tu pula terpaksa
menemani mereka berdua di situ. Belum ada ikatan sah yang oi! Mestilah ditemankan. Jika tidak pasti ada
yang ketiga. Orang tengah sakit. Diikutkan sajalah.
Matanya merenung segenap ruang master bedroom Triesya. Nampak
kemas,cantik dan moden. Semunya berwarna putih. Citarasa Triesya sedikit
sebanyak difahaminya. Gadis itu sukakan warna putih dan kekemasan. Pertama kali
masuk ke dalam bilik gadis itu, dia kagum dengan designnya. Ben kata Treisya yang designkan sendiri. Interesting.
Bagaimana agaknya rumah mereka berdua nanti? Desis hatinya nakal.
“Baby…” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi lembut. Sempat dijeling Ben dan Tengku Erissa Hani yang sedang tidur.
Burn. Tengku Aliff dan Ragel Errick sedang bermain game di sudut mini living
room di dalam master bedroom
Triesya. Sabar jelah. Sempat pula bermain game
time-time macam ni. Tapi apa-apa pun dia merasa syukur kerana mereka semua
sanggup menolong dan menjaga mereka berdua.
“Baby…” Panggi Tengku Ezkandar Heidi
sekali lagi dan kini Triesya sudah membuka matanya. Namun, tiada reaksi dari
gadis itu. Hanya diam dan merenungnya. Tengku Ezkandar Heidi menundukkan sedikit
tubuhnya walaupun terasa ngilu di bahagian perutnya.
“Sayang? Kenapa ni?” Soal Tengku
Ezkandar Heidi hairan. Rambut Triesya dibelai lembut.
“Yyyyy…Yooouuu?” Dengan tersekat-sekat Triesya bersuara.
“Yes
sayang. It’s me. Sorry. I’m too sexy right now.” Balas Tengku Ezkandar
Heidi nakal dan tersengih. Memang dia tidak memakai baju ketika itu kerana luka
yang terdapat di bahagian perutnya. Nasiblah di perut. Buatnya terkena di
jantung ke apa. Ke kuburlah jawabnya. Simpang!
“Hei… Kenapa ni? Sayang sakit ya?
Sakit mana?” Soal Tengku Ezkandar Heidi cemas pabila Triesya menangis. Diusap
lembut pipi gadis itu.
“Sayan….” Belum pun sempat Tengku
Ezkandar Heidi menyudahkan kata-katanya. Triesya datang menerpa ke pelukannya.
Bibir diketap. Menahan ngilu di perut. Namun, demi Triesya dia diamkan saja jika
itu dapat menenangkan gadis itu. Pelukan Triesya pada tubuhnya dieratkan.
Rambut gadis itu dikucup lembut.
“You…
I’m not asking you to
stay for the rest of my life, stay as long as you want. No why’s, no how’s, no
but’s, no promises. Just stay. It’s more than enough. ” Luah Triesya dengan esakan kecil. Tengku
Ezkandar Heidi tersenyum. She’s really
mean it? Soalnya di dalam hati.
“No
sayang. I takkan tinggalkan you… I’m here.
Always be your side.” Balas Tengku Ezkandar Heidi.
“I’m
scared.. I’m scared to lose you …. ” Balas Triesya. Jujur, ketika melihat tubuh kaku Tengku
Ezkandar Heidi dan mendengar cerita Ben jantungnya terasa berhenti berfungsi.
Sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
“Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar
Heidi lembut dan menarik dagu Triesya agar memandangnya.
“My
voice is so soft for you to hear, my actions are too weak for you to see. But
if you would only listen carefully, you’ll hear the sound of my heart that
says, ‘From now until forever, I’ll always be here. Always be your side.’.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut dahi kekasih hatinya itu. Menitis
air mata wanitanya saat itu. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar menyayanginya.
Adakah dia patut merasa terharu dan gembira?
“Syarifah
Bikash Batriesya… Although
you may not love me, although you may not care, if you shall ever need me, you
know that I'll be there. Your love may all be taken, your heart may not be
free, but when your heart is broken, you can always lean on me. Because, you’re the reason I live,
you're the reason I'd die, you're the reason I smile yet breakdown and cry.
You're the reason I keep going and the reason I fall. But without you in my
life, I'm nothing at all. Trust me…” Luah Tengku Ezkandar
Heidi lembut dan tersenyum. Biarlah. Biarlah malam ini dia luahkan segalanya
pada gadis itu. Takut-takut selepas ini dia tiada peluang itu lagi.
Dengan perlahan
Triesya mengusap lembut pipi Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan kanannya. Wajah kacak itu direnungnya sepuas yang
boleh. Manakala, Tengku Ezkandar Heidi hanya membiarkan. Terasa senang dengan
belaian Triesya.
“The best day of my life was not when I was born or when I took my first
step. It’s not even when I met you. I believe that the best day of my life is
each day I live knowing that I’m fallen in love with you…” Balas Triesya
dan mengetap bibirnya. Kepala ditundukkan. Malu….
Tengku Ezkandar Heidi
pula tercengang. She say what???
“Come again?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tidak percaya. Spontan Triesya
menumbuk dada Tengku Ezkandar Heidi dan baring. Comforter ditarik sehingga menutup wajahnya. Mengadu kesakitan Tengku
Ezkandar Heidi dibuatnya.
‘Kita dah confess. Dia pula buat bodoh!’ Bentak hatinya
geram.
Tengku Ezkandar Heidi
tersenyum. Keningnya dinaikkan. What
should he say? Hanya senyum yang boleh saat ini. Nak melompat tinggi-tinggi
rasanya tak larat. Mahunya dia pengsan di situ. Huhu.
Tengku Ezkandar Heidi mendekatkan dirinya pada
tubuh Triesya dan menarik lembut comforter
yang menutup wajah gadis itu. Senyuman terukir di saat Triesya cuba untuk
menolak. Namun kerana kudrat lelakinyaa. Akhrinya, Triesya mengalah juga. Siap
bagi jelingan lagi. Tak padan dengan tangan dan kepala berbalut segala.Tengku Ezkandar
Heidi tergelak. Kening dinaikkan kembali.
“I
dengar sesuatu tadi…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya menjeling.
Bibir dicebikkan. Nasib Tengku Ezkandar Heidi tengah cedera. Jika tidak sudah
tangannya sampi di perut lelaki itu dan dicubit kaw-kaw punyer!
“Dengar apa? Mana ada!” Sangkal
Triesya dan memandang ke arah Ben dan Tengku Erissa Hani yang tidur di atas oval set sofa yang berada di dalam
biliknya. Aduhai. Kasihannya. Desis hatinya.
“Better
you tell me before I kiss you sayang….” Ugut Tengku Ezkandar Heidi nakal.
Tak padan dengan sakit. Sempat lagi nak mengatal. Desis hati Triesya geram.
Spontan dia menutup mulutnya dengan tangan kanan. Tangan kiri saat tidak tiada
fungsinya. Lebih-lebih di saat Tengku Ezkandar Heidi cuba untuk mendekatkan
dirinya pada triesya.
“Amboi-amboi Que Ez!!! Ulat bulu dah
naik daun….” Laung Tengku Aliff yang duduk di mini living room Triesya. Tergelak Ragel Errick dan Burn dibuatnya.
Bukan merka bertiga tak tahu yang keduanya dah sedar. Konon yang mereka bertiga
tak sedar yang keduanya sudah sedar. Tetapi yang sebenarnya mereka sedang
skodeng. Hehe. Sempatlah juga tengok adegan berpelukan. Nak dibantah. Ragel Errick
pula membantah. Bagi ruang kononnya. Ruanglah sangat.
“Hahahaha. Tak padan dengan sakitlah
engkau ni! Mengatal je kerja! Sabar jelah aku kalau jadi Triesya.” Sampuk Ragel
Errick pula. Burn tergelak saja. Tak berani nak menyakat.
Spontan Tengku Ezkandar Heidi
menjauhkan dirinya pada Triesya dan mengaru –garu rambutnya yang tak gatal.
Tersengih Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Tak sangka pula mat laun bertiga tu
tengah baik punya tengok drama sebabak mereka berdua. Kacau line betul! Desis hati Tengku Ezkandar Heidi
geram.
“Sibuk bro! Hal rumah tangga orang jangan nak menyibuk!” Balas Tengku
Ezkandar Heidi dan tergelak. Mereka bertiga juga tergelak. Kecuali Triesya.
Mukanya sudah merah tahap gaban. Gila! Spontan comforter di buka dan tubuhnya di bawa turun dari atas katil.
“Eh. Baby nak pergi mana?” Soal
Tengku Ezkandar Heidi hairan pabila melihat Triesya berdiri. Merajuk ke? Dia
gurau je kot tadi. Takkanlah dia berani nak kiss.
Tak berani kot.
Triesya yang waktu itu memakai baby-tee rona pink dan seluar tidur
panjang rona sedondon dengan bajunya menoleh.
“Err. Nak masuk wardrobe sekejap.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan
dahi.
“Buat apa yang? Sayang masih sakit
tu…” Balasnya. Kasihan pula melihat tangan Triesya yang dibalut. Kata Tengku
Aliff disimen kerana retak.
“Nak ambilkan Que Sha dan Ben comforter. Juga budak bertiga tu.” Jelas
Triesya dan masuk ke dalam wardrobenya.
Tengku Ezkandar Heidi hanya mampu mengelengkan kepala. Triesya. Degilnya ya
amat. Tak padan dengan sakit.
********AKU CINTA KAMU*********
AKU duduk di oval
sofa yang berada di tepi katilku. Duduk kaku di situ dan memandang si dia yang
nyenyak tidur. Aku tahu, dia masih sakit. Wajahnya jelas menunjukkan yang dirinya
sedang menahan sakit itu. Tengku Ezkandar Heidi. Tidak pandai berbohong. Tapi yang
pasti, dia lakukan itu kernaku. Berbaloikah? Berbaloikah berkorban demi
perempuan sepertiku? Dia boleh saja tidak menyelamatkan aku. Tapi dia tidak. Dia
tetap datang dan selamatkan aku…
Balutan di kepalaku tadi sudah ku
buka. Tidaklah seteruk mana. Hanya luka kecil di situ dan plaster diletakkan. Kata
Tengku Aliff ada hentakan kecil berlaku. Hah! Pasti ketika lelaki gila itu
menamparku kuat sehingga aku terjatuh dan kepalaku terhentak di atas lantai
simen. Begitu juga dengan tanganku. Pabila difikirkan kembali. Aku tak sangka
yang aku mampu hidup kembali seperti ini. Duduk di sofa ini dan memerhati si
dia yang mulai mengambil tempat di hati kecilku.
Adakah masih terlalu awal perasaan
ini? Tetapi jujur ku katakan. Aku benar-benar takut akan kehilangannya. Sedikit
sebanyak aku mulai menerima dia di dalam hidupku dan hatiku. Hah! Susahnya…
perasaan ini pertama kali ku rasa. Aku sendiri tidak pasti adakah ianya cinta
ataupun sebaliknya. Tetapi yang pasti aku merasa gembira dan bahagia dia berada
di sisiku saat ini.
Ben dan Tengku Erissa Hani yang
tidur di sofa ovalku aku jeling. Nyenyak sekali mereka tidur. Pasti penat. Begitu
juga dengan Tengku Aliff,Ragel Errick dan Burn. Sudah tidur sejak galak bermain
game tadi. Apa yang aku boleh katakan. Mereka benar-benar teman baik kepada
Tengku Ezkandar Heidi.
Nafas dihembuskan. Teringat kembali
mengenai sepupu Tengku Ezkandar Heidi yang gila itu. Kasihan. Dia benar-benar
menyayangi arwah teman wanitanya. Tetapi mungkin dah takdirnya barangkali. Entahlah.
Bukan hakku untuk mengadilinya. Orang kata cinta itu buta dan kini aku
benar-benar percaya bahawa ianya benar-benar buta. Seperti aku dan Tengku
Ezkandar Heidi.
Tersenyum aku di saat teringat
kembali pertemuanku dan Tengku Ezkandar Heidi. Pertemuan yang tidak
disengajakan sewaktu di hospital. Juga ketika aku terlanggar keretanya.. Ianya telah
mengubah hidupku sehingga kini. Telah mengeratkan lagi hubungan kami. Ada kalanya
aku rimas dengan dirinya. Namun,ada kalanya aku ingin dia di sisiku….
********AKU CINTA KAMU********
TENGKU EZKANDAR HEIDI mengerutkan
keningnya memandang Triesya di sisi. Gadis itu seperti was-was sahaja untuk
membuat ‘perkara’ tersebut. Pipi Triesya diusap dan gadis itu yang tadinya
sedang tunduk focus memandang perut Tengku Ezkandar Heidi yang luka itu
mengangkat wajahanya. Tengku Ezkandar Heidi dengan bibir pucatnya tetap
tersenyum manis.
“Kalau baby tak yakin. I’ll tell Tengku Aliff to do it.” Balas
Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.
“It’s
okay. I can do it. Tengku Aliff tengah breakfast
tu. Tak payah ganggulah.” Balas Triesya dan dengan tangan yang bergetar dia
cuba untuk membuka balutan yang membalut luka Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan
kanannya. Agak sukar sebenarnya untuk melakukan kerja dengan satu tangan
sahaja. Tapi digagahkan juga dirinya.
Setelah balutan di buka, Triesya
menarik nafasnya dan kembali dihembuskan. Traumanya pada darah harus dilupakan
saat ini. Lebih-lebih mencuci luka Tengku Ezkandar Heidi itu. Dengan tangan
yang bergetar dan lafaz bismillah Triesya memulakan tugasnya mencuci luka
Tengku Ezkandar Heidi. sejak semalam dia sudah berazam ingin menjaga Tengku Ezkandar
Heidi sepanjang lelaki itu sakit. Malahan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku
Erissa Hani akan tinggal bersamanya untuk beberapa hari. Takut-takut luka
lelaki itu dibau oleh keluarganya.
Tengku Ezkandar Heidi yang sedang
memandang Triesya yang khusyuk mencuci lukanya itu tersenyum. Khusyuk sekali.
Terserlah sisi kedoktorannya di situ. Wajah cantik itu cantik memakai maxi
dress rona putih hari ini. Rambutnya pula diikat satu. Terasa lucu melihat Ben
mengikat rambut Triesya tadi. Ada sahaja tidak ngam di mata gadis itu. banyak
kali jugalah Ben membuka dan mengikat rambut Triesya kembali dengan mulutnya
yang bising. Hehe.
“Ok done!” Suara lembut Triesya itu menyedarkan Tengku Ezkandar Heidi dan
terpinga memandang Triesya yang tersenyum lebar itu. Puas hati dengan kerjanya.
“Dah ke?” Soalnya blur. Triesya
tersenyum. Tahu sangat yang lelaki itu tengah mengelamun.
“Dah. Now, pakai baju ni ya. Seksi sangatlah. Sakit mata ni tengok.”
Gurau Triesya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Sakit mata ke tergoda?” Balas
Tengku Ezkandar Heidi nakal dan menaikkan keningnya. Tergelak besar Triesya
dibuatnya. Aduhai. Mestilah tergoda. Kalau dah badan tegap semacam. Siapa tak
tergoda nak tengok! Haha.
“Mengada…” Balas Triesya geram.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“Hurm… I thougt I takkan berpeluang jumpa you lagi…” Balas Triesya sayu. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.
“Kenapa ni? Hurm? Everything is okay right? We’re safe now.”
Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memegang erat jemari tangan kanan Triesya. Kekasih
hatinya itu menangis kembali.
“Before I sedar. I bermimpi I berjumpa
dengan mama…” Jelas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.
“Jumpa mama?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
hairan. Triesya menganggukkan kepalanya.
“Mama minta I redha dengan pemergian
dia. But, time tu I rayu dengan mama yang I nak tinggal dengan mama kat sana… But…” Kata-kata Triesya terhenti.
“But?”
Soal Tengku Ezkandar Heidi.
“But,
mama kata that’s not my world. Masih banyak
yang menanti I di sini and mama nak I hargai kehidupan yang I ada. Mama suruh I ikut seorang lelaki. I’m
not sure who he is. But what I know, he’s saving me. Time tu dia berjalan
masuk ke dalam sebuah tasik dan hilang di sebalik tasik tersebut. Lepas I ikut sama, sedar-sedar je I dah ada kat sini….” Jelas Triesya
panjang lebar pada Tengku Ezkandar Heidi. tercengang Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
“Thanks to Allah swt because you ikut
kata mama. Kalau tak I tak tahu apa akan terjadi pada you….” Balas Tengku
Ezkandar Heidi lega. Triesya tersenyum kelat.
“Ya Alhamdulillah.” Balas Triesya.
Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
“I..” Belumpun Tengku Ezkandar Heidi
menyudahkan kata-katanya. Tengku Erissa Hani mencelah
“Abang?” Panggil Tengku Erissa Hani
dimuka pintu dengan wajah cemas. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya memandang
Tengku Erissa Hani hairan.
“Kenapa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi
hairan. Tengku Erissa Hani datang mendekati abangnya dan Triesya. Blackberyy
miliknya diserahkan kepada Tengku
Ezkandar Heidi.
“Nenda on the line…” Jelas Tengku Erissa Hani dan kata-kata Tengku Erissa
Hani itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tercengang. Mampus! Desis hatinya.
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.
TING TONG!
TING TONG!
TING TONG!
ASALAMUALAIKUM WBT
AND SALAM SEJAHTERA LADIES~
P/S :: HI Peeps~ How
was the story? Is that okay? Sorry kalau tak okay J I hope you’ll
like it peeps!
P/S :: Saya RATU
ADRIANA NADINE, ingin memintaa maaf sekirannya punya silap ejaan,perkataan, ayat
dan sebagainya. Juga,MAAFKAN SAYA jika cerita ini terover dan sebagainya.
Maafkan saya juga jika cerita ini tidak masuk dek akal dan logic. Huhuhuhu. Ada
aku kesahhh? This is my story what! My fantasy. So you didn’t have any right to
talk bad about it. Huhuhu. Aku melalut di situ J
P/S :: Apakah yang
akan terjadi kepada TENGKU EZKANDAR HEIDI dan TRIESYA selepas ini? Adakah
Triesya akan menyatakan ‘AKU CINTA KAMU’ kepada Tengku Ezkandar Heidi?
Bagaimana pula dengan Nenda Tengku Ezkandar Heidi? apakah tujuannya menelefon
Tengku Ezkandar Heidi? jengjengjeng~ Hwiating for the next entry J
See ya!
P/S :: THANKS FOR
DROPPING BY AND LEAVE YOUR COMMENT DEAR. MUCH APPRECIATED IT J
PLEASE! PLEASE! AND PLEASE LEAVE YOUR COMMENT YA! J
SILA TINGGALKAN JEJAK
ANDA.
TILL THEN,
SINCERELY,

waalaikumusalam!!! ... hehhhe..
ReplyDeleteLiKe It !! wa!!! syok la que ez...triesya fall in love kt dia..haha!!!
ayoyo!!! nenda spew tu taw yg kacau line... haha!!
gudjob kak ratu!!! (lylea panggil kak ek.. sbb rsenyer pangkat adek-akak) hehee .. *winkwink* bole ker gitu? haha!!
HI cik lylea,
Deletestudy yer hahaha =)
Thanks for dropping by and leave ur comment dear
hehehe. yay~! kite suke awak suke! erk! confius dgn ayat sndri. haha =)
thanks dear =)
yes sure. blh je =)
Lylea umr brapa eh?
hehe!!! ^_~ ...
Delete<--- mude lagik niey!!! muahaha!!!
bru 16 ... kak ratu?
hee
Deleteawwwh mude lagi
kite dah 20an dah wak
=)
hehhe ... 2oan pon muda aper...
Delete>__< ...
hehhe. muder ckit
Deletetapi awak muda banyak. hehe
WAAhhh tak menyesal tunggu pagi2 buta ne eheh i like it!!!!!!!! que ez and trisha kahwin jer lah tak sabo den.akhirnya trisha telah meluah kan rasa cinta pada que ez.oh my!!!! kalau lah terjadi kat real life beruntungnya ehehe so the romantic!!! MANALAH NAK cari lelaki macm que ez.anyway good job ratu!!! ur the best!!!! sambung jangan tak sambung dah jadi addicted dengan blog ne hari2 kena check sbb nak baca sambungan dia eheh.k dear goodluck.
ReplyDeletehi cik anony =)
Deletethanks dear for dropping by and leave ur comment =)
hehehe. yay! thanks awk sudi tgu =)
hehehe. kan? alangkah bestnya. tpi sayang. ianya cuma fantasy =( Hehehe. Kite g airport ke. carefour ke. mana tahu ada kat situ llk mcm Que Ez. haha.jokes =)
Hwaiting for the next entry sayang =)
awwhhh~ sayang awak! thanks eh sudi jenguk blog kite xseberapa ni =)
awat sikit sgt??
ReplyDeleteratu, nak lagi!!
Hi cik siti, =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment =)
erk! sikit ke awak? 20page kut. haha.
xpe esok kite smbg eh =)
hwaiting for the next entry dear =)
huhh..patutlah pkl 2am mlm tadi org terjaga rupa2 dah masuk en3 yg..yg..hehe...sgt2 besttt..amboi Que Ez ingatkan sakit2 nie x larat nak noty2..lagi2 Triesya dah confess iye...suka..suka...Hopefully Nenda x jadi penghalang hubungan cinta y baru bemula..Hmm..x puas baca la..nak lagi en3 panjang2.. :)... TQ Ratu...
ReplyDelete-col-
hi col =)
Deletehehehe. weheuuu~ ada telepati you. hahaha =)
hehe. tuwhlah pasal. gatal semacam! haha.
hwaiting for the next entry erk.
thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
dugaan3. :)
ReplyDeleteharap que ez tetap dismping triesya wlp0n bnyak cabaran yang dihadapi..setia pd yg satu
hik anony, =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment =)
hehe. harapharap mcm tuwh la =)
best nyer..new n3!new n3!
ReplyDeletecik anony,
Deletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
thanks dear
hwaiting~
syukur kedua duanya selamat walaupun berbalut sini sana...
ReplyDeletenk lagi Ratu sambung lagi.... setia menanti next n3.
hi anor =)
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment =)
alhamdulilah~ hehe
thanks dear for hwaiting =)
best nak lagi
ReplyDeletethanks for dropping by and leave ur comment dear =)
Deletehwaiting
Best....
ReplyDelete