
Cinta Encik Duda Bab 28
(Part 2)
(P/S : Uols! Tehee. Ials malu nak bagi tahu. Ials dah tukar header. Cantik ke tidok? Ials dah lama buat. Tapi baru letak. Dah bosan bebenor menegok header blog ni. Naik berbulu mata ials menegoknya. LOLs! Ehem-ehem. So pada sesiapa yang bijak pandai membuat header itu. Silalah bantu ials ye. Ials ni tak pandai bab-bab cantikkan blog ni. Asalkan kemas dan simple sudah. Nan hado! Kalau uols suruh baca buku SEJARAH tebal kemain tu ials sanggup lagi uols! Hahaha. Erk! Aku melalut lagi. Buat iklan tak berbayar di sini. Bhahahahahaha. Nasib engkaulah baca ni cik kiah oi!)
*continue.......
DI SAAT aku sedar, kepalaku mulai terasa sedikit pusing dan
berat pabila sedar dari pengsanku tadi. Perlahan-lahan mataku dibuka dan siling
bilik dipandang dengan kerutan di dahi. Di mana aku saat ini? Apa bukan tadi aku
berada di tepi pantai bersama Encik Suamiku. Encik Suami?! Spontan tubuhku
didudukkan dan keadaan sekelilingnya dipandang dengan pandangan bingung.
“Kau
dah bangun dik?” Soal Kak Latipah di saat melihat aku yang sedang baring di
atas katil sedang duduk kini. Spontan aku memandnag ke sebelah kiriku.
Kelihatan Kak Latipah, Kak Wafiy dan Ika sedang duduk di ruang tamu bilik kami
saat ini.
“Kak
Ipah? Andra kat mana ni?” Soalku bingung.
“Aish!
Budak ni. Dah hilang ingatan agaknya Cik Wafiy, Ika. Engkau dekat dalam bilik engkau
oranglah. Dekat mana lagi?” Balas Kak Latipah dan berdiri mendekatku yang
berada di atas katil. Tergeleng kepala Kak Latipah dibuatnya. Aku pula
mengerutkan dahi. Di dalam bilik? Siapa yang mengangkatku tadi? ketiga-tiga
wanita bersamaku saat ini? Mampukah mereka?
“Ouch!”
Aduku kembali pabila dahi yang ku sentuh tadi terasa sakit. Jadi, benarlah apa
yang terjadi tadi?
“Tengok
tu!” Kak Latipah menarik tangan kananku dari memegang dahiku dan memandangku
geram. Aku memandangnya di sisi dengan pandangan bingung.
“Kak?”
Panggilku lembut.
“Ya?
Engkau nak apa-apa ke?” Soal Kak Latipah bingung. Aku gelengkan kepala tanda
tidak.
“Siapa
yang hantar saya masuk ke bilik ni? Kenapa dengan dahi saya?” Soalku bingung.
Bagaikan hilang ingatan seketika pun ada juga. Kak Latipah kelihatannya
tersenyum nakal.
“Hah!
Ni yang akak nak ceritakan pada engkau ni.” Balasnya semangat dan siap duduk
bersila di atas katilku. Bertambah berkerut dahiku dibuatnya. Entah apa-apa
minah ni.
“Apa
dia?” Soalku juga. terasa berkobar-kobar ingin tahu. Lihat saja lagaknya itu,
begitu nakal sehinggakan aku tidak sabar dibuatnya.
“Engkau
tahu tak tadi, siapa hantarkan engkau masuk ke dalam bilik ni?” Soalnya
kepadaku. Aku termangu sendiri. Siapa? Dah aku pengsan tadi. Manalah aku tahu.
Menggelengkan kepala lagi aku tanda tidak tahu dibuatnya.
“Hah!
Engkau memang tak tahukan? Jadi akak nak bagi tahu engkau ni.” Sambung Kak
Latipah kembali. Bertambah berkerut dahiku dibuatnya. Dia ni. Dia tanya dia
juga yang akan jawabkan pentanyaan tadi kembali. Memang pelik orangnya.
“Sebenarnya
orang yang hantarkan engkau ke dalam bilik ni tadi adalah Datuk Megat Haykal.
Datuk yang hantarkan engkau masuk ke bilik ni dengan abang engkau, Encik AT.
Muka Datuk Megat bukan main risau lagi tengok engkau pengsan dik. Macam orang
mati bini pun ada! Kalah cemasnya Encik AT. Hahaha” Jelas Kak Latipah dan
tergelak besar kepadaku. Erk! Tersentak aku dibuatnya. Apa Kak Latipah kata
tadi? Rasanya aku belum pekakkan? Kak Latipah mengatakan bahawa Datuk Megat
Haykal yang mengangkatkan diriku ke bilik? Datuk Megat Haykal, Suamiku? Like a seriously?! Oh my Prada!
“Arghhhhh!!!!!”
Jeritku tidak percaya. Spontan Kak Latipah, Kak Watif dan Ika menutup telinga
mereka. Bingit! Gila nyaring suaraku menjerit. Bagaikan orang kurang siuman pun
ada.
“Hei!
Hei! Engkau ni.” Cepat-cepat Kak Latipah menutup mulutku dengan kedua-dua
tangannya. Sehinggakan aku tidak mampu untuk bersuara lagi. Apatah lagi untuk
bernafas. Sesak nafasku dibuatnya. Tanganku spontan menampar-nampar tangannya
yang menutup mulutku tadi.
“Eh
Puan Latipah. Janganlah macam tu puan. Andra tak dapat bernafas tu.” Kata Kak
Watif cemas pada Kak Latipah pabila melihat wajahku kelihatan memerah kerana
sesak nafas.
“Yalah
Puan Latipah. Kasihan Andra.” Kata Ika pula. Namun, Kak Latipah tetap tidak
melepaskan tangannya dari mulutku lagi. Akan tetapi, memandangku pula.
“Kau
sesak nafas eh dik?” Soalnya selamba. Terbeliak mataku dibuatnya. Dia ni! Di
dalam keadaan seperti inipun masih sempat buat lawak tak seberapa nak lawak dia
tu! Namun, aku anggukkan juga kepalaku tanda ‘ya’. Bibirnya spontan kelihatan
tersenyum kecil.
“Jadi,
engkau nak akak lepaskan tangan akak ni dari mulut kau? Macam tu?” Soalnya
kembali. Sekali lagi aku anggukkan kepalaku. Kalau lama-lama seperti ini boleh
mati aku dibuatnya!
“Puan
Latipah…” Tegur Kak Watif kurang senang pabila melihat Kak Latipah masih
tersengih-sengih memandangku.
“Okay-okay. Akak lepaskan tangan akak ni
dari mulut engkau. Tapi dengan syarat! Syaratnya, engkau jangan nak
menjerit-jerit macam Pontianak lagi macam tadi. Deal? Kalau engkau jerit juga kali ni memang high heels 3 inci akak masukan ke mulut engkau. Dengar tak ni?”
Usul Kak Latipah kepadaku. Terbeliak mataku dibuatnya. Dia kata apa tadi?!
Pontianak?! Huh! Dasar Kak Latipah! Zirafah betul!
“Deal?” Soalnya kembali kepadaku pabila
melihatku masih belum memberikan jawapan kepadanya. Aku anggukkan juga
kepalaku. Apa sahaja asalkan aku tidak mati katak di sini. Tersenyum lega Kak
Latipah dibuatnya. Kak Watif dan Ika pula hanya mampu menggelengkan kepalanya
melihat sikap kami berdua.
“Hah!”
Menghembus nafas panjang aku dibuatnya. Menghargai seketika kepentingan oksigen
kepadaku. Haha! Setelah nafasku kembali normal, Kak Latipah ku pandang tajam.
“Kakak!”
Jeritku geram padanya. Namun, cepat Kak Latipah menunjukkan jari telunjuknya
kepadaku.
“Haip!
Tadi dah janjikan tak nak menjerit macam hantu pontianak lagi?” Katanya
kepadaku. Mendengus geram, aku dibuatnya. Dia ni…
“Jadi
betullah Datuk Megat Haykal yang angkatkan saya ke dalam bilik ni tadi?” Soalku
kembali kepada mereka pabila perasaanku mulai tenang. Ketiga-tiga mereka ku
lihat menganggukkan kepala tanda ‘pasti’. Mengeluh aku dibuatnya.
“Betullah
dik. Kalau engkau tak percaya, kau boleh tanya pada semua staff MH Holding yang berada
di tepi pantai tadi. Semua ternganga besar engkau bila Datuk siap angkat dan
dukung engkau ke tepi dan ubatkan dahi engkau tu. Tapi, lebih ternganga mereka
semua tu pabila engkau pengsan dan Datuk Megat Haykal tak senang duduk
dibuatnya. Seperti cacing kepanasan saja. Lagak engkau bini dia saja akak
tengok! Selamba beruk saja dia dukung engkau ni ke bilik. Tanpa hiraukan semua
mata-mata staff yang tengah terngaga
tengok dia.” Jelas Kak Latipah panjang lebar kepadaku. Bagaikan terjatuh
rahangku dibuatnya. Biar betul?! Kak Watif yang sudah duduk di sisiku pula
dipandang dan dia menganggukan kepalanya. Ika pula dipandang dan gadis itu juga
menganggukkan kepalanya.
“Apa yang Puan Latipah katakan tu memang benar
Andra. Tadi Datuk yang angkat Andra ke bilik ni.” Sokong Kak Watif.
“Kalaulah awak tengok wajah cemas Datuk tadi Andra.
Aduhai. Bertambah kacak saya tengok! Macho sangat! Datuk caring sangat dengan awak. Bila dah baringkan awak di atas katil ni
tadi, Datuk siap selimutkan tubuh awak dan cium dahi awak. Aduhai! Bagaikan
tuan putera yang menidurkan tuan puterinya sahaja. Saya pula yang cair
dibuatnya. Yang saya terharu sangat, Datuk terus call pihak resort dan
meminta pihak resort menghantar doctor peribadi mereka ke sini ubatkan
awak. Caring kan Datuk? Romantic pula tu!” Sampuk Ika teruja.
Siap meletakkan kedua-dua tangannya ke dada dan tersenyum-senyum. Bagaikan
membayangkan kembali tingkah suamiku tadi. Spontan aku menutup mukaku dengan
kedua-dua tanganku,.
“Eeee!
Malunya Andra!” Jeritku malu. Malu. Malu. Malu! Entah apa anggapan staff MH Holding yang lainnya kepadaku.
Suamiku? Siap mencium dahiku depan mereka semua ni? Aduhai!
“Relakslah
dik. Bukannya engkau sengaja dan rancang pun kan. Dah benda nak jadi. Kalau dah
Datuk terlampu caring dengan engkau.
Apa yang engkau boleh buatkan.” Pujuk Kak Latipah kepadaku dan mengelus lembut
belakangku. Aku membuka tanganku dan memandang Kak Latipah di sisi.
“Tetapi,
mesti staff yang lain tengah bergossip tentang sayakan? Mesti mereka
fikir tak baik tentang saya.” Balasku kepadanya. Kak Latipah tersenyum dan
gelengkan kepalanya.
“Biarkanlah
mereka semua dik. Kita tak ada kuasa nak halang mereka dari berfikir mengenai
kita. Yang penting, apa yang kita buat tu adalah benar dan Allah swt tahu. Asalkan kita tak buat salah. Buat nak takut?
Tapikan, akak pelik juga tengok Datuk Megat tadi. Cemas gila bila engkau
pengsan dan caring sangat dengan
engkau sampai cium dahi engkau tu. Terbeliak mata akak dibuatnya. Hurm. Betul
ke engkau dengan Datuk tu tak ada hubungan apa-apa dik? Engkau jangan, Datuk tu
duda anak satu tau.” Balasan dari Kak Latipah itu spontan membuatkan aku
tersentak dan gugup. Kak Watif di sisi dipandang penuh makna. Kelihatannya Kak
Watif juga tidak senang duduk pabila Kak Latipah mempersoalkan hubunganku
dengan suamiku.
“Arh?
Errr. Tak ada apalah kak. Siapalah saya ni Datuk Megat nak pandang. Hurm.
Mungkin sebab Datuk yang kenakan bola ke dahi saya tadi sebab tu dia caring dan cemas sangat.” Balasku gugup
dan mengaru-garu leherku. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Tersentak aku
dibuatnya. Kak Latipah ku lihat seperti sedang berfikirkan sesuatu.
“Kakak
sebenarnya tak kisah kalau dah jodoh engkau dengan Datuk Megat. Malah, akak
lebih happy jika engkau dengan dia.
Sepadan. Sama cantik dan sama kacak. Datuk pula kaya orangnya, mempunyai gelaran
‘Datuk’ dan seorang lelaki yang baik. Tapi itu jelah, Datuk tu duda anak satu.
Tua pula dari engkau. Sanggup ke engkau? Eh. Ke situ pula akak kan? Fikir jauh
benar. Tapi, jangan sampai nanti suatu hari nanti akak dapat tahu engkau pula
berskandal dengan Datuk tu. Engkau ni dah aku anggap sebagai adik aku sendiri.
Jaga diri okay. Jangan mudah
terpedaya dengan lelaki sekarang ni. Walaupun Datuk tu nampak baik tetapi hati
manusia dik. Kita tak tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Rambut sama hitam
tetapi hati? Engkau jawab sendiri.” Kata Kak Latipah kepadaku dan tersenyum
kecil. Sekali lagi aku tersentak. Dapat kurasakan bibirku terasa pucat kini.
Terdiam pabila Kak Latipah berkata seperti itu kepadaku. Aku mengigit bibirku
dan sekali lagi Kak Watif dipandang dan Kak Watif kelihatannya tersenyum kelat
memandangku. Hanya kami saja yang faham maksud senyuman kami tadi. Ya. Hanya
Kak Watif yang tahu hubunganku dan suamiku. Maafkan Andra Kak Latipah….
***CINTA ENCIK
DUDA***
HAYKAL meneguk air cappuccino
nya dengan tenang dan kembali meletakkan cawan di atas meja. Haniff yang berada
di hadapannya dan turut meneguk air coffee
nya dipandang. Terasa bingung seketika dengan kata-kata Haniff tadi. Ada
benarnya juga.
“Tapi
Niff, aku dah janji dengan Andra yang aku akan simpan rahsia status kami ni.”
Balas Haykal bingung. Haniff yang baru meneguk jus orennya mengelengkan kepala.
“Aku
bukan apa bro, engkau orang dah
kahwin. Sah pula tu. Aku takut kalau engkau orang simpan lama-lama sampai
berkulat status perkahwinan engkau orang ni nanti lebih ramai orang akan
berperasangka buruk pada engkau orang dan secara langsungnya menambahkan
dosa-dosa mereka semua tu. Tambah dosa sebab dok berperasangka buruk tentang
kamu berdua. Tak ke teruk tu? Lihat sajalah kes tadi. Semua dah di dalam tanda
tanya tentang hubungan engkau dengan Andra.” Jelas Haniff. Agak risau juga
melihat keadaan Haykal dan Andra. Lebih-lebih lagi pabila mereka turut serta di
dalam aktiviti family day seperti
ini. Takut-takut si Haykal pula menyelinap masuk ke bilik isterinya dan
diketahui staff MH Holding. Tak ke
haru tu? Hahaha.
“Ya
aku tahu. Di dalam Islam sendiri menyarankan perkahwinan itu digembar gemburkan
agar dapat mengelak dari segala fitnah. Tapi, engkau kena faham situasi kami
Niff. Isteri aku masih muda dan sekarang ni tengah practical di syarikat aku. Dari hari pertama dia jejakkan kaki ke
MH Holding, semua staff MH Holding
dah tahu yang Andra tu budak practical
saja. Tak ada apa-apa hubungan dengan aku. Takut-takut nanti banyak spekulasi
pula yang dibuat. Lagipun, Andra tak nak staff MH Holding nanti layan dia
dengan layanan istimewa hanya kerana dia isteri CEO MH Holding. Dia nak rasa
bekerja sebagai pekerja biasa saja. Itu yang buat aku bingung Niff. Bukan aku
tak nak. Aku nak sangat kabarkan pada semua yang aku dan Andra dah berkahwin
dan dia milik aku. Biar lelaki-lelaki di luar sana tak berani nak ganggu dia
lagi. Lebih-lebih lagi budak lelaki yang sekolej dengan dia tu. Farid? Fathi?
Faiz? Ish! Whateverlah. Aku malas nak
fikir. Tapi, yang penting mereka semua tu tahu yang Andra isteri aku yang sah!”
Balas Haykal panjang lebar. Meluahkan rasa di dalam hati. Terdiam Haniff
dibuatnya. Sekali Datuk Megat Haykal dah buat confession berjela-jela dahhh. Hahaha.
“Whoa!
Relakslah bro. Marah nampak...” Celah
Haniff dan tersengih. Bahu Haykal digosok lembut. Menenangkan hati lelaki itu
yang sedang panas. Mendengus Haykal dibuatnya.
“Relaks.
Relaks. Engkau sendiri yang buat aku panas. Pandai nak relakskan aku pula.”
Balas Haykal bengang. Haniff dijeling. Haniff yang menimbulkan isu tersebut
ketika mereka sedang melayan perasaan lewat petang di cafe resort tersebut. Haniff juga yang menginginkan dia relaks
kembali. Apa punya kawan daaaa. Haniff tersengih dan mengangkat kedua-dua
tangannya tanda mengaku kalah. Dengan Datuk Megat Haykal, engkau memang tak
dapat nak memegang title MENANG kalau
dah dia buka mulut. Bisa!
“Okay! Okay!
Fine! Aku salah dan aku mengaku salah. Aku.....” Kata-kata Haniff terhenti
pabila kelihatan isterinya Haykal serta Anddy Thamzie dan Watif sedang berjalan
masuk ke dalam cafe. Pasti ingin
minum petang seperti mereka juga. Anak dan isterinya pastinya berada di dalam
kolam saat ini. Mengikut kehendak anaknya Mia yang demam itu.
“Dah
engkau kenapa?” Soal Haykal bingung pabila melihat Haniff terdiam dan kaku
memandang ke arah pintu masuk cafe.
Tangan kananya sempat dilayangkan di hadapan wajah haniff agar haniff sedar
dari lamunannya.
“Arh?
Err. Sekejap! Bukan tu wife engkau
ke? Andra? Macam tahu saja kita tengah bincang tentang dia.” Balas Haniff
sedikit bingung pabila sedar dari lamunannya. Spontan Haykal memandang ke arah
pintu utama café pabila mendengar
Haniff menyebut nama isterinya. Kelihatannya Andra, Anddy Thamzie dan Watif
sedang berjalan masuk ke dalam café
dengan gelak tawa mereka. Entah apa ketiga-tiganya sedang bualkan. Begitu
gembira sekali. Sempat dahi isterinya dipandang. Aduhai. Kasihannya. Isteri
siapalah ni. Desis hati Datuk Megat Haykal nakal. Terasa serba salah pula.
Kerana dia dahi Andra menjadi seperti begitu sekali.
“Andra! AT! Watif! Sini!” Panggil Haniff kepada
mereka betiga tanpa disuruh oleh Haykal. Tangannya dilambaikan pada mereka
bertiga dan spontan mereka bertiga memandang ke arah Haykal dan Haniff.
Tersentak Andra dibuatnya. Tidak menyangka bahawa suaminya turut ada di dalam café tersebut. Disangka suaminya berada
di dalam bilik saat ini dan merehatkan diri. Yalah. Manalah tahu mungkin penat
kerna bermain bola tampar pantai tadi. Sehinggakan cedera dahinya. Spontan
dahinya disentuh dan bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Tak sangka, kuat juga
tamparan bola suaminya sampaikan dia bingung sekejap. Hahaha.
“Eh!
Datuk! Encik Haniff!” Sapa Anddy Thamzie ceria dan menarik tangan Andra dan
Watif menuju ke meja Haykal dan Haniff tanpa sempat kedua-duanya menahan.
Spontan Andra mengembungkan pipinya. Alongnya itu memang mengikut sedap hatinya
saja. Tidak bertanya dulu padanya. Selalu begitu!
“Come! Join us.” Haykal berdiri dan
mempersilakan ketiga-tiganya duduk menyertai mereka. Bagai dicita ulam
mendatang. Bagai tahu saja yang kini dia
sedang rindukan isterinya. Hehe. Isterinya dipandang. Wajah cemberut itu
membuatkan dia tersenyum kecil. Kerusi yang berada di sebelahnya ditarik dan
meminta agar isterinya duduk di situ dengan isyarat matanya. Namun, isterinya
pula mengelengkan kepala dan memberi isyarat dengan memandang ke sekeliling
mereka. Tidak ingin staff MH Holding
tahu bahwa dirinya rapat dengan Datuk Megat Haykal. CEO MH Holding. Sudahlah gossip mengenai Datuk Megat Haykal
mencempung tubuhnya masih belum redah. Kini pula bagaikan menambah minyak ke
api. Buktinya saja tadi di dalam perjalanan ke café kelihatan staff-staff
MH Holding yang berbisik-bisik memandangnya. Apa lagi? Pastilah tengah bergossip tentangnya. Huh!
“Duduklah
Angah...” Arah Anddy Thamzie dan menolak lembut tubuh adiknya ke sisi Haykal.
Tersengih Haykal dibuatnya. Sempat ibu jarinya dan ibu jari Anddy Thamzie di
lagakan tanda mereka sebulu. Tergeleng kepala Haniff dibuatnya. Perangai Haykal
itu mengingatkan dia pada usia muda mereka dahulu. Haykal yang nakal dan playboy! Hahaha.
“Dipersilakan
duduk Tuan Puteri...” Sakat Haykal kepada isterinya. Tergelak kecil dia apabila
Andra yang sudah duduk di kerusi yang ditarikkan khas buatnya sempat mencubit
lengannya dengan geram. Tahu bahawa Andra geram dengannya saat ini.
“Dahi
okay?” Soal Haykal lembut kepada
isterinya di sisi sejurus pelayan mengambil order Andra, Anddy Thamzie dan
Watif. Dahi isterinya dipandang. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif yang duduk di
hadapan mereka tersenyum. Teruja juga menonton drama romantic pasangan suami isteri itu.
“Okay... Abanglah. Tampar bola tu kuat
sangat. Dibuatnya Andra mati. Padan muka abang!” Rungut Andra geram dan
mencubit pinggang suaminya.
“Eh.
Apa ni sayang? Janganlah cakap mati pula. Lagipun tak adanya orang mati kerana
terkena bola sayang. Abang sayang tahu dengan Andra. Sampai bola tampar tu pun
faham perasaan abang. Luka sikit saja. Kalau besar lukanya dan tinggal bekas
tadi? Mahu kita bersanding guna topeng!” Balas Haykal. Namun, Lebih kepada
gurauan. Saja ingin bergurau dengan isterinya. Seharian tidak mendengar suara
dan tawa gadis itu pasti dirinya tidak senang duduk. Spontan Haniff, Anddy
Thamzie dan Watif tergelak besar. Tidak meyangka yang CEO MH Holding yang
serius itu membuat lawak seperti itu pada isterinya. Lebih-lebih lagi pabila
wajah Andra merah menyala saat ini kerana menahan geramnya.
“Abang!!!”
Menjerit kecil Andra dibuatnya. Dicubit lengan suaminya dengan sekuat hati.
Nakal sungguh Datuk Megat Haykal. Berani kenakan isterinya. Jika dirumah, dia
saja yang menjadi mangsanya. Hahaha.
“Ops! Sorry.
Sorry. Abang gurau sajalah sayang....” Pujuk Haykal dan menyusun sepuluh
jarinya tanda maaf. Lagaknya saat ini benar-benar mencuit hati Haniff, Anddy
Thamzie dan Watif. Kelihatan seperti suami yang takutkan isteri saja. Tergeleng
kepala mereka dibuatnya.
“Apa sorry? Sorry? Tunggulah balik rumah.
Abang tidur luar!” Balas Andra dan berpeluk tubuh. Menjeling suaminya di sisi.
Terbeliak mata Haykal dibuatnya.
“Eh! Sayang! Janganlah macam ni. Main kasar nampak!”
Balas Haykal tak puas hati. Tersenyum Andra di dalam hati. Haykal? Tidur luar?
Alih-alih dia yang mengikut suaminya tidur di luar. Hahaha.
“Amboi Kal. Takut isteri nampak!” Sakat Haniff kepada
Haykal. Spontan Haykal membesarkan matanya memandang Haniff di hadapannya.
“Eh! Bila masa aku takut isteri? Ini bukan takut
isteri bro. Tapi sayangggg. Dengar tu
AT. Sayangkan isteri macam nilah. Belajar dari saya.” Balas Haykal selamba dan
memandang abang iparnya. Tergelak Anddy Thamzie dibuatnya. Adik iparnya itu
benar-benar lawak. Adakalanya lelaki itu bersikap tegas dan berdisiplin sewaktu
kerjanya. Namun, pabila waktu lengang, lelaki itu mampu menjadi seorang pelawak
antarabangsa! Hahaha. Salute dengan
adiknya. Andra di sisi suaminya menjulingkan matanya. Eh! Eh! Suaminya itu.
Boleh-boleh pula membuat lawak antarabangsanya di sini.
“Abang…” Panggil Andra dengan suara yang mendatar dan
merenungnya tajam. Terhenti tawa Haykal dibuatnya. Liurnya diteguk. Gulp! Wajah
isterinya sudah berubah dan dia pasti aura merajuk Andra pasti akan mengambil
tempat. Spontan Haykal berdehem membetulkan suaranya.
“Errr. Aira tadi ada call abang. Dia kirimkan salam sayang dan rindu pada awak.” Kata
Haykal tiba-tiba. Sengaja ingin mengalihkan tumpuan isterinya dan menutup
cerita mereka tadi. Jika tidak tak ke sudah isterinya merajuk dengannya nanti.
Hahaha. Andra pula spontan bersinar-sinar matanya pabila mendengar nama anak
daranya disebut.
“Oh ya? Waalaikumsalam
wbt. Rindunya dengan Aira. Aira okay tak Andra tak ada dekat rumah?”
Balas Andra teruja. Sehingga diluar sedar memegang lengan kiri suaminya.
Haniff, Anddy Thamzie dan Watif yang melihat pasangan suami isteri tersebut
tersenyum. Pandai sungguh Haykal. Tahu untuk membuat isterinya tidak jadi untuk
merajuk! Hahaha. Haykal yang melihat respond
isterinya itu tersengih. Sempat Haniff, Anddy Thamzie dan Watif dijeling dan
mata kanannya dikenyitkan nakal. Mood
isterinya spontan berubah pabila mendengar nama Aira. Hahaha.
“Okay
sayang. Aira tak sabar tunggu kita balik.” Balas Haykal dan tersenyum. Andra
spontan tersenyum lebar. Dia juga tidak sabar untuk balik dan bertemu dengan
Aira. Aira. boleh dikata seperti other
half dirinya. Satu hari tidak bertemu dengan gadis itu membuatkan dia
terasa sunyi. Ada sahaja yang dibuat dan dibualkan dengan Aira.
“Alhamdulillah.
Andra pun tak sabar nak balik. Nanti kita datang bercuti balik dekat sini ya dengan Aira. Kita bawa Mia sekali.
Boleh tak Encik Haniff?” Balas Andra teruja dan memandnag Haniff yang berada di
hadapan mereka. Haniff tika itu khusyuk melihat kedua-duanya tercengang
memandang Andra.
“Arh?” Soalnya bingung. Tersenyum Andra dibuatnya.
“Nanti saya nak bawa Mia bercuti di sini balik
bolehkan? Please…” Soal Andra penuh mengharap
dan menyusun sepuluh jarinya merayu pada Haniff. Tercengang Haniff dibuatnya.
Haykal spontan dipandang.
“Better kau
bagi green light for our queen ni
Niff kalau tak nak Andra culik anak engkau.” Kata Haykal selamba dan tersengih.
Seperti faham maksud pandangan Haniff padanya. Pastilah ingin meminta izin
darinya. Haykal faham sungguh dengan sikap isterinya. Jika itu katanya maka
itulah. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif pula spontan tergelak.
“Saya tak hairanpun Datuk kalau Andra ni boleh culik
anak Encik Haniff ni. Budak ni bukan
betul sangat.” Sampuk Anddy Thamzie dan mengelak pabila Andra membuang tisu
yang berada di atas meja kepada alongnya. Geram! Alongnya itu memang suka
menyakatnya. Tergelak Haykal dibuatnya.
“Along!” Balas Andra geram. Cemberut wajah Andra
dibuatnya.
“Okay! Okay!
Saya setuju. Awak bawalah Mia ke manapun Andra. Asalkan awak jaga dia dengan
baik. Bagaimana awak ambil dia dari saya, begitulah juga awak balikkan dia pada
saya.” Kata Haniff mengalah. Kedua-dua tangannya diangkat tanda mengaku kalah.
Hahaha. Dia tiada masalah kiranya Andra dan Haykal ingin membawa ke manapun
anaknya pergi. Kerna dia percaya, bahawa kedua-duanya mampu menjaga Mia dengan
baik dan seperti anak mereka sendiri. Buktinya sebelum ini, sampaikan tidak ingin
pulang Mia mengikut mereka pabila sudah ditinggalkan bersama-sama Andra dan
Haykal. Balik-balik juga membandingkan masakan mamanya dengan Andra pabila dirumah. Sampaikan merajuk isterinya
dibuatnya. Hahaha.
“Yay! Alhamdulilllah.
Thank you Encik Haniff. Sayang Encik Haniff!” Balas Andra teruja dan
tersengih memandnag Haniff. Spontan Haykal yang berada di sisi isterinya
tersentak dan terbeliak matanya memandang Andra.
“What did you
said just now? Come again?” Soal Haykal tidak puas hati dan memandang
isterinya. Terdiam Andra dibuatnya. Kedua-dua tangannya menutup mulutnya malu.
Hehe. Terlepas cakap sudah.
“Eh! Eh! Tak adalah abang. Andra gurau saja tu. Andra
sayang abang seorang saja.” Balas Andra dan tersengih. Lengan suaminya dipeluk
manja dan dada suaminya dielus lembut. Cair Haykal dibuatnya. Spontan tahap
cemberu yang tadinya 100% menjadi 0% kini. Hahahaha. Haniff, Anddy Thamzie dan
Watif pula spontan tergelak besar. Aduhai. kedua-duanya memang pasangan yang
serasi dan romantik. Tak bosan melihat tingkah mereka berdua.
“Isteriku Andra, jangan nak sayang lelaki lain tahu.
Lebih-lebih lagi si Haniff sengal ni. Sayang abang seorang sahaja. Dengar ni?”
Kata Haykal lembut dan sempat Haniff dijelingnya. Terbeliak mata Haniff
dibuatnya. Boleh-boleh pula dia dikata sengal oleh teman baiknya itu.
“Amboi bro.
Main kasar nampak!” Balas Haniff tidak berpuas hati. Tergelak Haykal dibuatnya.
Sengaja mengenakan Haniff. Boleh-boleh pula isterinya mengatakan ‘sayang’ pada
Haniff tadi. Mahu gugur jantung Haykal mendengarnya. Isterinya itu memang
nakal! Hahaha.
***CINTA ENCIK
DUDA***
AKTIVITI malam ini adalah majlis berbeku di tepi pantai. What can I say? Pertama kali pergi Family Day seperti ini dan aku rasa
ianya agak seronok. Ada sahaja aktiviti yang diadakan. Memang takkan bosanlah jawabnya.
Mak bapak aku tak pula pernah ada Family
Day dekat tempat kerja mereka. Erk! Dah mak bapak engkau cikgu. Engkau expect apa? Aduhai.
“Marilah.”
Ajak Kak Watif kepadaku dan mengajak aku pergi ke tepi pantai. Ke tempat di mana
acara berbeku kini sedang dijalankan. Aku yang masih berdiri di ruang lobby menguis-guiskan kakiku ke lantai
dan memandang ke bawah.
“Hei.
Kenapa ni?” Soal Kak Watif hairan kepadaku. daguku ditariknya lembut agar aku
mengangkat wajahku memandangnya. Mungkin sedar dengan perubahan diriku yang
menjadi agak pendiam dan pemalu sebegini rupa. Bukan selalu boleh melihat aku
menjadi seperti ini. Kira rewardlah
tu aku menjadi pemalu dan pendiam sebegini. Kalau selalu tu, hurm mahu aku
terjerit-jerit bagaikan monyet sahaja!
“Errr.
Kalau Andra tak pergi ke majlis berbeku tu boleh tak?” Soalku bodoh. Lagak
seperti aku meminta izin dengan emakku sahaja. Kak Watif ku lihat menghembuskan
nafas beratnya. Aku dipandang dengan penuh minat.
“Kenapa
ni? Andra ada apa-apa masalah ke? Kenapa pula tak nak pergi ke majlis tu?” Soal
Kak Watif hairan. Aku mengeluh.
“Andra
malulah…” Balasku pendek dan mencebirkan bibirku. Mengerutkan dahi Kak Watif
dibuatnya.
“Malu?
Malu kenapa? You tak pakai baju? Ataupun
hidung you hilang? I tengok okay saja.” Balas Kak Watif selamba dan siap membelek-belek mukaku
lagi. Merengus geram aku dibuatnya. Boleh tahan sengal Kak Watif ni rupanya.
Spesis Alongku juga.
“Ish!
Kakak ni. Macam tu pula.” Balasku geram dan menjelingnya. Tergelak Kak Watif
dibuatnya.
“Sorry darling. I gurau saja. Tak sukalah
tengok you monyok saja macam ni. Dah
tak cantik dah. Kenapa ni? Tell me?”
Balas Kak Watif dan tersenyum. Sempat pipi kananku dicubitnya lembut. Aku
mengeluh dan memandangnya yang cantik memakai maxi dress rona putih. Cantik! Tak hairanlah jika Along terpikat
dengannya dalam diam.
“Andra
malulah dengan staff MH Holding yang
lain.” Jelasku jujur. Kak Watif spontan mengerutkan dahinya.
“Nak
malu kenapa? Tentang hal tadi petang ke?” Soalnya. Aku menganggukkan kepalaku
pasti. Malu nyah! Semua staff MH
Holding nampak aku didukung oleh Datuk Megat Haykal alias suamiku! Entah apa gossip yang mereka sudah adakan. Tak
keruan aku dibuatnya. Terasa malu gila. Walau aku tak sedar waktu itu. Namun,
ku pasti ada sahaja gossip jahat yang
mereka fitnahkan pasal aku dan Encik Suami.
“Andra.
Listen here, tak ada apa yang you nak
malu. Datuk Megat was your husband. I
tak rasa ada salahnya jika seorang suami mendukung isterinya ketika isterinya
pengsan.” Jelas Kak Watif kepadaku. Aku gelengkan kepala.
“I know that. But the problem is, hanya
Andra, Datuk, Encik Haniff, Along dan Kak Watif yang tahu status Andra dan suami.
Tapi yang lainnya tidak. Could you
imagine what would their think about me? Andra malu!” Balasku jujur. Kak
Watif tersenyum dan menarik tangan kananku lembut. Digengam kemas bagi
menyalurkan rasa semangatnya kepadaku.
“Andra,
I tahu kita kena ambil tahu apa
pandangan orang lain pada kita. But you
kena tahu, ini hidup you. You yang
sendiri create and build your life
seperti apa yang you nak. Bukan
seperti apa yang orang lain nak. Kalau dah selalu nak tahu apa pandangan orang
kepada kita, sampai bila pun kita sendiri takkan bahagaia. Just do it if you think it was right. As long, apa yang you buat tu
adalah betul. Okay?” Jelas Kak Watif
panjang lebar kepadaku.
“Tapi
kak…” Belum sempat aku ingin membalas kata-katanya. Kak Watif kembali memotong
kata-kataku.
“Tak
ada tapi-tapi lagi. Sekarang ni, I
nak you ikut I ke majlis berbeku tu. Jom!” Balas Kak Watif dan menarik tanganku
selamba agar mengikutnya. Tersentak aku dibuatnya. Tak dapat nak menolak bila
dah Kak Watif menarikkku tanpa aku cuba untuk menolak.
Setiba
di tepi pantai, Erk! Aku menjadi kaku di sisi Kak Watif pabila rata-rata staff MH Holding terpaku memandangku.
Err. Rasanya aku dah pakai baju yang sopan ni. Maxi dress rona peach
paras lutut dan cardigan rona kelabu.
Sopankan? Erk!
“Kak
Watif, kenapa semua pandang Andra bagaikan Andra ni seorang pesalah saja?”
Soalku segan dan memandang Kak Watif di sisi. Kak Watif tersenyum dan gelengkan
kepalanya. Jemariku kananku digengam.
“Ingat
apa kakak kata tadi? Jangan pedulikan apa yang orang lain kata. Just be yourself okay. Jom, Along
Andra dah tunggu tu.” Balas Kak Watif dan tersenyum. Aku mengeluh. Sekelilingku
dipandang. Naik segan aku pabila aku dipandang dari atas ke bawah oleh mereka.
Aduhai. Aku manusialah! Bukan alien! Mahu sahaja aku menjerit seperti itu
kepada mereka. Tetapi, pabila difikrkan balik, sengal pun ada. Tetiba pula
menjerit bagaikan orang gila sahaja. Hahaha.
***CINTA ENCIK
DUDA***
SETIBA di tempat duduk yang menempatkan Anddy Thamzie dan
Latipah serta keluarganya, Anddy Thamzie mendapatkan adiknya. Tersenyum dia
memandang adik kesayangannya semakin rapat dengan Watif. Sering kali dia
mendengar Andra memuji Watif kepadanya. Kak Watif itulah. Kak Watif inilah.
Naik bernanah telinganya mendengar. Hahaha.
“Assalamualaikum Wbt angah. Dahi dah okay?” Sapa Anddy Thamzie kepada adiknya
di saat Andra sudah tiba di sisinya. Dahi Andra disentuh lembut. Melihat dahi
adiknya.
“Waalaikumsalam Wbt Along. Alhamdulillah. Dah
okay sikit dah.” Balas Andra mesra
dan tersenyum. Lengan Alongnya dipeluk manja. Watif di sisi pula tersenyum
memandang tingkah kedua-duanya.
“Ye
ke okay? Orang tu tadi siap
menjerit-jerit lagi time mandi. Sakit
katanya.” Sindir Watif dan menjeling Andra nakal. Terbeliak mata Andra
dibuatnya.
“Oh
ya? So masih tak okaylah ni?” Soal Anddy Thamzie risau dan menolak tubuh adiknya
lembut. Dilihat sekali lagi dahi Andra olehnya. Masih lebam lagi. Andra
menjuihkan bibirnya.
“Tak
adalah Along. Kak Watif tu gurau saja. Saja nak bermanja dengan Along.
Katanya…” Balas Andra dan tersengih. Spontan Watif menjerit kecil dan mencubit
pinggang Andra lembut. Tergelak Andra dibuatnya.
“Ek
eleh! Malu-malu pula.” Sakat Andra kembali dan bersembunyi dibelakang tubuh
abangnya pabila sekali lagi Waif ingin mencubitnya. Mendengus geram Watif
dibuatnya. Malu pabila disakat sebegitu rupa oleh Andra di hadapan Anddy
Thamzie.
“You… Tengoklah adik you tu.” Adu Watif manja kepada Anddy Thamzie. Tersenyum Anddy
Thamzie dibuatnya.
“Dahlah.
Engkau orang berdua ni macam budak-budak saja. Jom makan. You jom.” Balas Anddy Thamzie dan mengelengkan kepalanya. Tangan
Andra dan Watif ditarik menuju ke meja yang disediakan buat mereka.
“Psst!
Dik! Sini!” Spontan Andra menoleh memandang Latipah yang memnanggilnya dan
menyuruhnya duduk di sisi wanita itu. Tersengih Andra dibuatnya. Kepalanya
dianggukkan dan kerusi yang berada di sebelah Latipah ditarik. Didudukkan
tubuhnya di sisi Latipah. Manakala Anddy Thamzie berada di sebelahnya dan Watif
berada di sebelah Anddy Thamzie.
“Dahi
dah okay?” Soal Latipah kepada Andra
di saat gadis itu sudah duduk di sisinya. Dahi Andra dipandang. Shhh! Boleh
tahan tamparan bola boss mereka itu.
Lebam dahi gadis cantik disebelahnya itu dibuatnya. Hahaha. Andra pula spontan
tersengih dan memegang dahinya.
“Alhamdulillah. Dah okay.” Balas Andra.
“Boleh
tahan juga Datuk tu. Lebam gila dahi engkau ni. Dah macam Ultraman saja akak
tengok. Siap ada merah-merah dekat dahi engkau.” Balas Latipah dah tergelak.
Tergelak sama Kamal suaminya Latipah, Anddy Thamzie dan Watif dibuatnya.
Kedua-dua anak Latipah sudah hanyut dengan dunia makanan mereka. Hahaha.
“Amboi
akak! Main kasar nampak! Kalau saya jadi Ultraman. Akaklah dinosournya! Hahahaha!” Balas Andra nakal dan tergelak besar.
Cemberut wajah Latipah dibuatnya. Lembut cemberut wajahnya pabila Kamal turut
tergelak besar speeri Andra. Suaminya itu memang. Sama sahaja seperti Andra.
Ada sahaja akal mahu kenakan dia.
“Betul
tu Andra. Kakak kamu ni sesuai sangat jadi dinosaur.
Kalau dah bercakap tu tak sudah-sudah. Tak ada fullstopnya.” Sokong Kamal pada Andra dan tergelak. Bertambah gelak
Andra dibuatnya. Sejak kenal dengan suaminya Latipah. Andra sudah mulai dapat
menyesuaikan dirinya dengan lelaki itu. Orangnya peramah seperti Latipah juga.
Tidak hairanlan jika mulut Latipah sebecok itu. Hahaha.
“Amboi
abang, Andra. kenakan saya nampak!” Balas Latipah geram dan menjeling
kedua-duanya. Tersenyum Anddy Thamzie dan Watif dibuatnya.
“Terasa
lucu pula bila Puan Latipah dikenakan. Selalunya Puan Latipah yang kenakan
orang.” Balas Anddy Thamzie dan tergelak kecil. Latipah spontan tersenyum.
“Saya
terkena oleh orang yang luar biasa sahaja Encik AT. Seperti mereka berdua ni.
Sama geneticnya.” Balas Latipah
selamba. Bertambahlahlah gelak mereka semua dibuatnya.
“Andra?”
Suara garau yang memanggil Andra itu membuatkan Andra yang tadinya tergelak
besar terdiam memandang seorang lelaki yang berdiri di belakangnya. Lelaki itu
yang memanggil namanya tadi.
“Andra
kan?” Soalnya kembali kepada Andra. Andra menanggukkan kepalanya.
“Ya
saya. Kenapa ya?” Soal Andra haran. Lelaki tadi kelihatan tersenyum.
“Sorry ganggu. Puan Marsha minta awak
berjumpa dengan dia sekarang ni juga. Puan Marsha ada dekat situ.” Balas lelaki
itu dan menujukkan keberadaan Puan Marsha saat ini.
“Err.
Ye ke? Okay. Terima kasih ya.” Balas
Andra dan tersenyum. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu
pergi.
“Kenapa
dik?” Soal Latipah. Spontan Andra memandangnya di sisi.
“Puan
Marsha nak berjumpa dengan saya sekejap. Sekejap ya. Saya nak jumpa Puan Marsha
dulu.” Balas Andra dan meminta diri mendekati Puan Marsha yang sedang sibuk
berbincang dengan pekerja-pekerja ROYAL Resort yang akna melayani mereka malam
ini.
***CINTA ENCIK
DUDA***
AKU tersenyum memandang Mia yang berlari mendapatkan
aku. Puan Heliza yang berada dibelakangnya hanya ditinggalkan begitu sahaja
pabila melihatku turut sama ada di dalam mini
hall 2. Kedua-dua tanganku spontan aku depakan dan bersedia untuk memeluk
Mia yang sudah hampir padaku.
“Kakak!”
Panggil Mia ceria dan terus memelukku. Aku tergelak dan mendukung Mia ke dalam
pelukanku. Digomol kedua-dua pipinya olehku. Melepaskan rinduku pada Mia.
“Mia
dah sihat? Papa kata Mia demam ya?”
Soalku lembut kepadanya pabila wajahnya siap digomol olehku. Hahaha. Wajah
comelnya dipandang. Memang agak berlainan wajahnya kali ini. Agak pucat.
“A’ah.
Mia demam tadi. Tapi sekarang dah baik dah. Yay!” Balas Mia ceria. Tersenyum aku
dibuatnya. Pipinya dikucup mesra.
“Andra.”
Panggil suara lembut Puan Heliza kepadaku. Spontan aku menoleh memandang Puan
Heliza yang sudah berada di sisi kami. Senyuman manis aku berikan kepadanya
dan menyalam tangan Puan Heliza penuh hormat.
“Puan,
sihat?” Sapaku kepadanya mesra. Puan Heliza tersenyum kecil dan anggukkan
kepalanya.
“Sihat.
Kamu?” Soalnya kembali kepadaku. Aku tersenyum.
“Alhamdulillah puan. Sihat juga. Seperti
yang puan lihat sekarang ni.” Balasku kepadanya.
“Mestilah
sihatkan kalau dah bekerja satu syarikat dengan encik suami. Hati tengah
bahagia.” Sakatnya kepadaku dan mengenyitkan matanya nakal. Spontan aku menoleh
memandang sekeliling kami. Takut-takut ada staff
MH Holding yang mendengar perbualan kami tadi. Aku belum bersedia lagi. Jangan
ditanya aku kenapa.
“Don’t worry. Tak ada orang yang dengar.”
Seperti faham Puan Heliza berkata seperti itu kepadaku. Berkerut dahiku
memandangnya.
“Puan
tahu?” Soalku. Puan Heliza menganggukkan kepalanya.
“Suami
saya BFF suami awak. Suami awak pula BFF suami saya. So?” Jelasnya dan tersenyum. Tergelak aku dibuatnya. Ya. Aku lupa
itu. Pastilah Puan Heliza tahu. Di antara suami dan isteri itu tiada rahsia
bukan?
“Sampai
bila nak rahsiakan ‘hal’ ni?” Soal Puan Helizan penuh makna kepadaku. Aku
terdiam memandangnya. Bibir digigit. Entah apa yang harus ku jawab. Aku sendiri
tidak tahu kenapa harus aku sembunyikan statusku yang sebenar. Yang ku tahu aku
tidak ingin staff MH Holding
melayaniku dengan layanan yang istimewa hanya kerana aku isteri big boss mereka dan aku tidak ingin
mereka bergossip tentang diriku dan suamiku nanti. Pasti ada mulut-mulut nakal
yang mengatakan bahawa aku ini anak ikan suamiku sahaja. Namun, lihat sekarang?
Bagaikan seorang pesalah sahaja aku dibuatnya. Termakan sendiri aku dengan
permainan yang aku aturkan.
“Andra..
Err. Andra..” Balasku gugup.
“Andra?!”
Suara Puan Marsha yang memanggil namaku itu membantutkan aku untuk meneruskan
kata-kataku. Spontan Puan Marsha yang berada di atas pentas dipandang. Puan
Marsha kelihatannya melambaikan tangannya memanggilku. Seperti faham aku
menangkat tangan kananku tanda ‘sekejap’. Puan Heliza kembali dipadang.
“Maafkan
saya puan. Saya kena pergi dulu. Puan Marsha dah panggil saya tu. Tentang ‘hal’
tu. Nanti saya jelaskan pada puan ya.” Balasku padanya serba salah. Namun, Puan
Heliza kelihatannya tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“Tak
apa. Saya faham. Buatlah kerja awak. Kalau free
nanti kita jumpa okay.” Balas Puan
Heliza lembut. Tersenyum aku dibuatnya. Kepalaku dianggukkan dan Mia pula yang
berada di dalam dakapanku dipandang. Sejak tadi anak itu hanya mendengar
perbualan kami berdua. Mungkin kurang faham tentang hal yang kami bualkan
membuatkan dia hanya diam dan memerhati kami berdua.
“Mia,
maafkan Kak Andra ya. Kak Andra ada kerja sikit. Nanti kakak datang balik dan
temankan Mia okay.” Balasku kepada
Mia. Mia menujukkan jari kelingkingnya kepadaku. berkerut dahiku dibuatnya.
“Maksud
Mia? Kakak tak faham.” Soalku hairan. Mia tersengih dan mengambil jemari
kananku. Jari kelingkingku disangkutkan dengan jari kelingking miliknya.
“Promise? Promise yang kakak temankan Mia
nanti?” Soalnya kepadaku dengan mata bundarnya. Aduhai. Comel sekali. Jika
sahaja aku punya anak seperti Mia. Erk! Aku melalut lagi. Haha.
“Mia…
Dengar ni..” Panggilku kepada Mia lembut dan menghuraikan jari kelingkingku dan
jari kelingkingnya tadi. Tercengang Mia dibuatnya. Puan Nazirah pula hanya
tersenyum memerhati kami berdua.
“Tak
baik tahu berjanji seperti ini. Lebih baik berkata ‘In Shaa Allah’, kerana semua yang terjadi adalah kerana izin Allah swt. Faham tak ni?” Jelasku kepada
Mia dan memandangnya. Tersenyum aku di dalam hati. Berkesan sekali apa yang
suamiku nasihatkan kepadaku. See!
Walau aku begini nakal dan hyperactive
orangnya. Adakalanya juga gila-gila. Namun, aku mendengar dengan baik semua
nasihat yang dia berikan kepadaku. Bhahaha.
“Jadi
tak bolehlah berjanji macam tadi lagi?” Soalnya polos. Aku tergelak dan
anggukkan kepalaku. Rambut Mia dielus lembut.
“Ya
sayang. Boleh tak?” Balasku padanya. Mia tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“Boleh!
Nanti Mia nak bagi tahu pada papa dan
uncle handsomelah. Boleh tak kakak?”
Soalnya Pula kepadaku kembali. Tergelak aku dibuatnya dan memandang Puan
Nazirah di sisi.
“Layankan
sangat Mia tu Andra.” Kata Puan Heliza kepadaku sambil menggelengkan
kepalanya. Tersengih aku dibuatnya. Aku tidak suka budak. Serius aku kata!
Tetapi entahlah, semenjak berkahwin dengan encik suamiku, sikapku mulai
berubah. Mulai suka pada kanak-kanak dan bersikap sedikit keibuan. Adakah ianya
merupakan satu petanda bahawa aku akan bakal menjadi seorang ibu? Erk!
***CINTA ENCIK
DUDA***
DATUK MEGAT
HAYKAL dan Haniff yang baru
tiba ke dalam mini hall 2 tersenyum
melihat mini hall yang gamat dan
ceria seperti sebuah kindergarten!
Hahaha. Lagi melucukan pabila melihat Andra, isterinya berada di atas pentas
sedang menari chicken dance. Sumpah
lawak! Selamba saja isterinya itu menari tanpa memperdulikan keadaan
sekelilingnya. Malahan, Andra kelihatan gembira dan seronok dengan tariannya.
Apatah lagi anak-anak staff MH
Holding yang berada di dalam mini hall 2
saat ini. Tegreleng kepala Haykal dibuatnya.
“Nampaknya
ada orang tengah buat ‘show’ dekat
sini.” Bisik Haniff perlahan dan tersenyum memandang isterinya Haykal di atas
sana sedang menari mengikut suka hatinya sahaja. Hahaha! Sempat matanya
meliar-liar mencari isterinya dan anaknya Mia. Spontan dahinya ditepuk pabila
melihat isterinya dan anaknya juga turut terjebak sama dengan sikap hyperactive isterinya Haykal itu.
“Aduhduh!
Heliza dan Mia dah kena syndrome down
isteri engkau doh!” Katanya tidak percaya. Tergelak besar Haykal dibuatnya.
Spontan bahu Haniff ditumbuk perlahan.
“Cakap
baik sikit bro. Yang syndrome down tu jugalah buat aku angau.
Makan tak basah. Mandi tak kenyang!” Balas Haykal dan tergelak. Spontan Haniff
mendencit dibuatnya.
“Cit!
Peribahasa pun boleh salah ke bro?
Apa dah! Makan tak kenyang mandi tak basahlah!” Balas Haniff dan gelengkan
kepalanya. Tersengih Haykal dibuatnya. Lehernya digaru menutup malunya.
“Ye
ke bro? aduh. Engkau tahukan, Bahasa Melayu aku failed sikit.” Balasnya membela diri. Mencebik Haniff dibuatnya. Failed lah sangat. Cakap sahaja mata
pelajaran apa, semuanya Haykal memperoleh keputusan yang cemerlang setiap kali
peperiksaan di sekolah. Siap bermadah bagai pula. Punyalah beria Haykal
memujuknya untuk ke sini. Dia yang tengah sedap-sedap melantak ikan bakar tadi
terpaksa berhenti pabila Datuk Megat Haykal dah memujuknya tak sudah. Terpaksa
diturutkan juga kehendak teman baiknya itu.
“Papa! Uncle Handsome!” Suara jeritana
ceria Mia itu spontan mengejutkan mereka berdua. Spontan Mia yang sedang
berlari mendapatkan mereka itu dipandang. Eh! Eh! Dah siap ke tarian chicken dance Andra tadi? Tak sedar
rupanya dah siap tarian tersebut. Hahaha.
“Mia!
My Princess!” Sapa Haykal mesra dan
mendepakan tangannya kepada Mia yang menerpa padanya. Didukung Mia dan dipeluk
anak Haniff itu ke dalam pelukannya penuh kasih.
“Uncle Handsome! Mia rindu dengan uncle!” Balas Mia ceria. Tersenyum
Haniff dibuatnya. Anaknya itu memang manja dengan Haykal. Buka-buka saja
matanya wajah Haykallah yang dipandang. Hahaha.
“Uncle pun rindu dengan Mia. Mia dah
siaht dah?” Balas Haykal lembut. Mia tersenyum dan anggukkan kepalanya.
“Good girl.” Sambung Haykal dan dikucup
pipi tembam Mia penuh kasih.
“Uncle handsome, tadi Mia menari tau
dengan Kak Andra. Tu hah Kak Andra dekat situ! Tengah berbual dengan mama.” Jelas Mia kepada Haykal dan
menujukkan Andra yang sedang berbual dengan Heliza. Tersenyum Haykal
dibuatnya.
“Ya?
Pandai tak Auntie Andra menari?” Soal
Haykal ingin tahu. Tergelak Haniff dibuatnya. Temannya itu tak sudah-sudah
membahaskan Andra itu sebagai ‘auntie’.
Namun. Mia? ‘Kakak’ tak sudah-sudah! Hahaha.
“Eh!
Mestilah pandai! Best tau! Uncle handsome nak join sekali
ke?” Soal Mia. Tergelak kecil Haykal dibuatnya.
“Taklah
sayang. Uncle dan papa berdiri dekat sini sahaja. Mia
pergilah ikut menari dengan Auntie
Andra ya. Oh ya, sampaikan salam sayang uncle
pada dia ya. Promise?” Balas Haykal
pada Mia nakal. Tergeleng kepala Haniff di sisi dibuatnya. Sempat lagi Datuk
Megat Haykal!
“Tak
naklah!” Balas Mia dan mengembungkan pipinya. Berkerut dahi Haykal dibuatnya.
Tak nak?
“Maksud
Mia? Mia tak nak sampaikan salam uncle
pada auntie ke?” Soalnya hairan.
Namun, anak itu menggelengkan kepalanya.
“Bukanlah
uncle. Mia kata Mia tak nak berjanji
dengan uncle. Kak Andra kata tak baik
berjanji dan buat macam ni.” Jelas Mia dan menujukkan jari kelingkingnya pada
Haykal.
“Kalau
macam tu, Auntie Andra kata berjanji
bagaimana?” Soal Haykal ingin tahu. Sempat isterinya yang sedang berbual dengan
Nazirah di hujunga sana dipandang. Kelihatan begitu seronok sekali mereka
berbual sehinggakan Haykal dan Haniff di situ tidak dipandang.
“Kak
Andra kata, adalah lebih baik berkata ‘In
Shaa Allah’. Sebab…” Balas Mia namun belum sempat Mia menyudahkan
kata-katanya tadi. Haykal sudah menyambung kata-kata Mia.
“…sebab
setiap yang terjadi kerana izin Allah swt.”
Sambung Haykal dan memandang isterinya kembali. Tersenyum Haykal dibuatnya.
Andra mendengar nasihatnya? Terasa bangga pabila isterinya itu berkata seperti
itu pada Mia.
“Eh!
Yalah! Macam mana uncle tahu?” Soal
Mia hairan. Haykal yang kembali memandang Mia itu tersenyum.
“Sebab
uncle suami Auntie Andra. Mestilah uncle
tahu. Dahlah. Mia jangan lupa tahu sampaikan salam sayang uncle pada Auntie Andra. Okay sayang?” Balas Haykal dan mengusap
rambut Mia lembut. Tersenyum lebar Mia dibuatnya. Kepalanya dianggukkan dan
kedua-dua pipi Haykal dicium.
“Papa tak nak sayang?” Soal Haniff
berjauh hati. Anaknya itu jika sudah berjumpa dengan Haykal pasti akan terlupa
akan dirinya. Tergelak manja Mia dibuatnya. Dia yang masih berada di dukungan
dan pelukan Haykal memanjangkan tangan dan tubuhnya pada Haniff. Haniff pula
sengaja mendekatkan wajahnya pada Mia. Dikucup kedua-dua pipi Haniff penuh
kasih oleh Mia. Tersenyum lebar Haniff dibuatnya.
“Sayang
papa!” Balas Mia ceria dan turun dari
pelukan Haykal. Berlari anak dia mendekati Andra dan Nazirah.
“Bye Papa! Bye Uncle Handsome!” Jeritnya
jari jauh. Haykal dan Haniff hanya mengangkat tangan mereka dan tersenyum.
Setelah Mia tiba di sisi Andra. Sekali lagi Mia pula didukung oleh Andra.
Spontan Andra menoleh memandang suaminya pabila Mia membisikkan sesuatu padan
telinganya. Tersenyum manja Andra memandang suaminya. Haykal yang perasan akan
senyuman isterinya itu spontan mengenyitkan mata kanannya nakal. Haniff pula
yang melihat situasi tersebut spontan berpura-pura batuk.
“Uhuk!
Uhuk! Nak termuntah aku tengok engkau orang berdua ni. Dah kemaruk sangat ni!
Cepat dapat baby oi!” Sakat Haniff
nakal dan tergelak besar pabila Haykal yang masih tersenyum menmandang
isterinya dan tidak menoleh memandang di sisi ingin menolak kepalanya namun
tidak dapat kerana Haniff cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Haykal. Ish! Ish!
Inilah lagak orang angau! Sudah berkahwin. Tetapi lagak seperti sedang bercouple seperti anak-anak muda sahaja!
Ops! Haniff lupa! Andra itu memang anak muda. Tetapi Haykal? Erk! Hahahaha.
***CINTA ENCIK DUDA***
PERNAH tak rasa seronok pabila tiba bab ‘girls talkings’ dengan girlfriend? Itu yang aku rasa sekarang
ni. Berada di dalam bilik seperti ini bersama Kak Watif dan Ika membuatkan
hatiku terasa terhibur. Aku tidak punya kakak. Cuma ada abang dan adik lelaki.
Akulah kakak dan adik kepada mereka. Jadi aku tidak pernah merasa bagaimana
rasanya punya kakak. Meluangkan masa dengan Ummi itu memang selalu. Ummi sudah
ku anggap seperti teman baikku sendiri. tetapi, jujur aku katakana agak
berlainan sebenarnya meluahkan perasaan dengan orang yang bergelar kakak dan
ibu. Agak berbeda. Dengan Along, Achik dan Acu aku lebih bersikap hyperactive
dan lasak dengan mereka. Pabila dengan Along, kami berdua memang agak rapat.
Berkongsi masalah dan saling bertukar cerita. Namun, adakalanya ada sesetengah
perkara seperti hal wanita yang aku tidak dapat kongsikan dengan Along kerana
pasti dia juga tidak mengerti dan mempunyai pengalaman akan hal tersebut.
“So, awak dah bertunang?” Soalku kepada
Ika meminta kepastian. Kerna menurut katanya tadi, dia sudah bertunang dan akan
berkahwin pabila tamat study nanti.
Cincin emas tanda ikatan pertunangan juga tersarung kemas di jari manisnya.
“Ya
Andra. Saya dah bertunang. Dah 4 kali awak tanya. Tak percaya ke gadis muda
speerti saya dah bertunang?” Soal Ika kembali dan tersenyum memandangku. Kening
kanannya dinaikkan nakal. Aku tersenyum dan menoleh memandang Kak Watif di sisi
yang turut tersenyum memandangku. Faham mungkin maksud senyumanku itu.
“Saya
percaya awak. Zaman sekarang ni, ramai orang muda macam kita dah mendirikan
rumah tangga. Malah ada yang mendirikan rumah tangga ketika masih di dalam
pengajian. Persoalan yang sebenarnya bukanlah usia. Akan tetapi, tanggungjawab.
Tanggungjawab yang akan kita jalankan. Maafkan saya sebab berulang kali
bertanya pada awak. Saya cuma tak percaya yang awak yang pendiam ni di dalam
diam sudah bertunang.” Jujur aku katakan kepada Ika. Ika kelihatannya terdiam
dengan kata-kataku tadi. Mungkin tidak menyangka aku akan berkata seperti itu
kepadanya mungkin. Hahaha. Aku akui, sejak berkahwin dan bergelar seorang
isteri, aku juga berubah menjadi seorang yang semakin matang dari segi
pemikiran. Err. Adakalanyalah. Walaupun, pada dasarnya aku masih dengan hyperactive dan keterencatanku. Hahaha.
“Betul
tu Andra, Ika. Kak Watif pun rasa macam tu juga. Kamu berdua kena bersyukur
sebab dikurniakan jodoh dengan begitu awal dan dapat merasa bagaimana rasanya
berkahwin di usia muda kelak. Tapi Kak Watif? Di usia sebegini belum punya
tunang apatah lagi suami. Adapun teman lelaki, kakak yang pikat dia. Dah
terbalik pula.” Sokong Kak Watif. Tergelak aku dibuatnya. Kasihan Kak Watif.
Along jahat sungguh. Membuat Kak Watif ternanti-nanti akan dirinya. Kak Watif,
cantik orangnya. Jika disambar oleh lelaki lain nanti putihlah matanya. Padan
muka!
“Erk!
Chop! Maksud Kak Watif? Andra dan Ika?” Soal Ika bingung. Sejak kami bertiga
secara rasminya menjadi roommate
sepanjang family day ini, Ika pun secara rasminya memanggil Kak Watif sebagai
‘kakak’ di atas permintaan Kak Watif sendiri. Walaupun pada mulanya Ika agak
takut-takut dengan Kak Waif. Yalah, Kak Watif merupakan salah satu arkitek
syarikat. Kami ini hanyalah budak practical
sahaja.
“Arrhh?
Errr. Maksud Kakak… Err.” Tergagap Kak Watif menjawab dibuatnya. Spontan aku
dan Kak Watif saling berpandangan. Mampus! Kenapa boleh tersasul ni. Mataku aku
besarkan sedikit memandang Kak Watif. Mengisyaratkan kepadanya agar tidak
mendedahkan hal yang sebenarnya kepada Ika. Masanya belum tiba lagi.
“Ehem-ehem.
Err. Sebenarnya maksud Kak Watif tadi, saya dan awak dah ada pasangan. Err.
Macam mana ya nak terangkan,. Hurm. Sebenarnya saya dah ada ‘teman hidup’. Awak
pula dah bertunang. Itulah maksud Kak Watif tadi. Kan Kak Watif?” Sampukku pula
dan memandang Kak Watif. Kak Watif tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya.
Lehernya juga digaru. Pasti kalut.
“Oh.
Boyfriend maksud Andra?” Soal Ika
kembali inginkan kepastian. Spontan aku dan Kak Watif anggukkan kepala kami
cepat.
“Hah!
Boyfriend. Betullah tu.” Jawabku dan
Kak Watif pantas dan dengan suara yang sedikit lantang. Sehinggakan Ika
tersentak oleh kami berdua.
“Eh!
Jomlah tidur. Dah lewat ni. Esok pagi nak bangun awal lagi.” Ajakku tiba-tiba
dan cepat-cepat melangkah ke katil tempatku tidur. Tidak ingin memanjangkan
lagi cerita kami tadi. Nanti tak pasal-pasal Ika dapat mengorek rahsiaku.
“A’ahlah.
Dah lewat ni. Kak Watif pun nak tidur dulu. Good
night ladies.” Sokong kak Watif pula dan turut mengikutiku ke katilnya.
Tersengih aku memandangnya yang sudah baring di katil sebelahku.
“Eh!
Awal lagilah!” Kedengaran suara tidak puas hati Ika kepada kami berdua.
Tersenyum aku di dalam hati dibuatnya. Bantal yang berada di sebelahku aku
ambil dan mukaku ditutup. Membiarkan Ika yang dulunya pendiam itu membebel
dengan sendirinya. Hahaha.
***CINTA ENCIK
DUDA***
HAYKAL cuba untuk menyembunyikan senyumannya pabila
melihat respon isterinya. Tahu, bahwa Andra bengang dengannya saat ini. Tahu,
bahwa Andra geram dengannya saat ini. Namun, dia sengaja ingin menguji
kesabaran isterinya itu. Erk! Okay!
Kena mengaku! Bukannya nak uji kesabaran sangat pun. Akan tetapi, kerana Haykal
rindukan isterinya. Sehari tidak bermanja dengan ANDRA membuatkan akalnya susah
untuk berfungsi dengan baik. Hahaha.
Oleh
kerna itu, Haykal sengaja memanggil Andra ke biliknya hanya kerna semata-mata
untuk meminta isterinya membuatkan dia air susu suam. Sejak berkahwin dengan
Andra, sememangnya isterinya itu tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya
melayan makan dan minum Haykal. Acap kali sebelum Haykal tidur, pastikan dibuat
olehnya segelas susu suam. Kegemaran Haykal sebelum tidur. Maka, pabila mereka
sedang berada di dalam keadaan kritikal sebegini, Haykal mula mencerna dan
mengambil kesempatan di atas tanggungjawab isterinya yang satu itu. Yalah. Dah
hanya itu yang mampu dia ugutkan pada Andra. Takkan nak ugut bagi tanggungjawab
batin pula. Memang disekeh Andra kepalanya laju-laju. Hahahaha.
“Resort 5 bintang macam ni takkan tak
sediakan service penghantaran susu
suam ke bilik kot. Nak juga aku yang sediakan. Ingatkan kalau dah tengah
bercuti ni, tugas aku yang satu ni pun ikut cuti. Rupanya tidak. Gasaklah kerja
dengan laki sendiri. Rumah engkau jumpa. Office
pun engkau jumpa juga dengan muka handsome
dia. Nasib. Nasib. Nasib...” Bebel Andra perlahan. Takut didengari oleh
suaminya. Bebel-bebel juga. Hati suami kena jaga. Hehe.
“Apa dia Andra? Awak bercakap dengan abang ke? Abang
tak dengarlah...” Soal suara garau Haykal tiba-tiba. Spontan Andra berhenti
membancuhkan susu suam buat suaminya. Kepalanya ditolehkan ke belakang dan
sengihan diberikan buat suaminya. Terkantoi sudah! Hehehe. Haykal memang. Tahu
saja apa yang isterinya buat dibelakangnya.
“Hehehe. Tak. Takkk ada apa-apa abang. Sekejap ya.”
Balas Andra cepat dan tersenyum kelat. Wajahnya kembali dipusingkan ke hadapan
dan meneruskan kerjanya di mini dapur yang terdapat di dalam chalet tersebut.
Dah bilik VVIP. Engkau expect apa
yang ada? Jangankan dapur. Entah-entah kapal terbang pun ada dalam bilik ni.
Erk! Propa lebih! Haha.
Haykal yang melihat keletah isterinya spontan
tersenyum kecil dan gelengkan kepalanya. Sengaja ingin mengenakan Andra tadi.
Bukan dia tidak mendengar apa yang Andra bebelkan. Dengar. Dia tak salahkan
Andra. Salah dirinya juga. Sengaja ingin menyusahkan isterinya. Orang kata
manja tahap gaban. Buat susu pun nak isteri yang buatkan. Booo. Tak malu! Tapi
nak buat macam mana? Itu sahaja alasannya untuk berjumpa dengan Andra di
malam-malam seperti ini. Tak dapat nak tidur bersama malam nipun tak apa.
Sekurang-kurangnya dia dah cuci mata tengok wajah cantik isterinya sebelum
tidur. Tup-tup Andra berubah fikiran mahu tidur dengan tidur dengannya malam
ni. Hurm. Memang lompat bintanglah dia jawabnya. Hehehe. Gelak jahat.
“Nah...” Spontan Haykal tersentak pabila tiba-tiba
saja segelas susu suam disuakan tepat ke mukanya. Mana tak terkejut. Andra siap
suakan gelas yang berisi susu tersebut tepat-tepat ke wajahnya. Tergeleng
kepalanya dengan sikap nakal isterinya itu. Bagaimana dia tidak bingung
dibuatnya. Kepalanya diangkat dan wajah isterinya dipandang dengan pandangan
bingung.
“Arh?” Soalnya sedikit bingung. Andra yang sedang
berdiri dipandang. Eh. Eh. Baru perasan. Andra cantik malam ni memakai pajama satin rona merahnya. Ni mesti kes
dah nak masuk tidur ni. Andra pula yang masih memegang segelas susu suam tadi
menjulingkan matanya ke atas. Suaminya itu. Sudah mahu nyanyuk ke apa. Tahulah
sudah bergelar warga emas. Tapi takkan susu pun dah tak kenal? Tadi beria
sangat nakkan susu. Ish. Ish. Ish. Nasib engkaulah Andra berkahwin dengan suami
yang berusia ni.
“Susu abanglah. Abang ni....” Balas Andra dan
memandang suaminya geram. Spontan Haykal kembali dapat mencerna maksud
isterinya dan tersedar. Senyuman malu dihadiahkan buat isteri tercinta. Terlalu
khusyuk usha bini sendiri sampaikan mengkhayal entah ke planet mana.
“Oh. Sorry...
Thanks sayang.” Haykal mengambil gelas susu suam yang dihulurkan oleh
isterinya dengan senyuman manis. Andra hanya mampu mengelengkan kepalanya.
Haykal. Adakalanya membuatkan dirinya geram juga.
“You are most
welcome abang. Okaylah, kerja
Andra pun dah selesai. So, sekarang
Andra nak balik ke bilik Andra. Takut nanti Kak Watif dan Ika tercari-cari
Andra menghilang ke mana pula tengah-tengah malam macam ni.” Balasnya dan ingin
berlalu pergi. Namun, belum sempat Andra berlalu tangannya ditarik oleh Haykal
dan spontan Andra terduduk di riba haykal.
“Abang!!!”
Jerit Andra geram pabila susu yang diberikan kepada Haykal tadi 100% tertumpah pada
Andra. Ya tertumpah! Diulang kembali, T.E.R.T.U.M.P.A.H! Yang teruknya, habis
basah pajama’s milik Andra dibuatnya
dan rambutnya yang dikat satu dan tinggi tadi habis basah lecun dek air susu
suam yang dibuatkan buat suaminya tadi. Hah! Ni baru betul kalau orang kata nak
‘mandi susu’! Hahahaha.
“Ops!
Errr. Sorry sayang.” Balas Haykal
serba salah dan tersengih. Tak sangka perbuatan spontannya itu menjadikan Andra
sebagai mangsanya. Aduhai. Kasihan sungguh. Isteri siapalah yang berlumuran
dengan susu ni. Hahaha. Spontan Andra yang berada di ribanya mengembungkan
pipinya dan memandang Haykal geram. Berpeluk tubuh Andra memandangnya.
***CINTA ENCIK DUDA***
BATHROB diambil dan dipakaikan ke tubuhku. Setelah itu, tuala
yang berada di tempat menyimpan tuala pula ku ambil dan ditutupkan pada
rambutku yang basah. Tirai mandi yang memisahkan ruang basah dan kering bilik
mandi ku tarik dan berjalan ke mendekati cermin. Perlahan-lahan tuala tadi yang
menutup rambutku ditarik. Wajahku yang terpantul di cermin saat ini dipandang.
Rambutku yang basah membuatkan aku tersenyum kecil dan menggelengkan kepalaku.
Aduhai. Nakal juga suami aku rupanya. Selamba badak sahaja menarikku duduk
diribanya sehinggakan jatuh gelas susu suam tadi ke tubuhku. Nasib tak panas.
Cuba sahaja tika itu susu yang ku berikan kepadanya adalah susu yang panas. Tak
ke melecur wajah mak yang cantik ni you
alls? Erk! Hahaha.
“Sayang?”
Suara garau yang memanggil namaku lembut itu menyedarkan aku kembali dari
khayalanku dan spontan aku menoleh pada pintu kamar mandi. Terjengul tubuh
suamiku yang berdiri bersandar dimuka pintu kamar mandi sambil memasukkan
kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar tidurnya.
“Ya?”
soalku hairan.
“Baju
awak, abang dah suruh Bob hantar pada laundry.
In few hours, keringlah.” Jelasnya kepadaku dan tersenyum. Bob? Ya. Bodyguard kesayangan suamiku itu turut
ada di sini bersama seorang lagi temannya. Tadipun sebelum masuk ke chalet VVIP milik suamiku, aku disapa
oleh mereka berdua. Berjaga dak Bob dan temannya lagi satu di luar chalet milik suamiku. Entah siapa
namanya. Cuma lelaki bernama Bob itu sahaja yang ku kenal namanya. Tak ada
kerja aku nak bertanyakan nama mereka satu-satu. Hahaha. Namun seketika,
Berkerut dahiku dibuatnya. Laundry
buka juga ke malam-malam macam ni?
“Laundry buka juga ke malam-malam buta
macam ni?” Soalku hairan. Tersenyum suamiku dibuatnya.
“Siapa
berani kata ‘tidak’ kepada Datuk Megat Haykal?” Soalnya kepadaku dan menaikkan
kening kanannya. Mencebik aku dibuatnya. Hell
yah! aku lupa bahawa tiada siapa boleh kata ‘tidak’ kepada Datuk Megat Haykal.
“Berlagak!”
Balasku dan kembali menoleh memandang cermin. Malas melayan sikapnya yang
semakin ku rasakan semakin hari semakain nakal itu. Erk! Berapa banyak
‘semakin’ dah.
“Erk!”
Tersentak aku pabila tangan kananku yang ingin mencapai hair dryer tadi sudah
didahului oleh tangan kasar suamiku. Spontan dia yang berada di belakangku saat
ini dipandang.
“Abang?”
Soalku hairan. Suamiku kelihatan tersenyum.
“Tak
apa, abang tolong keringkan rambut awak ya. Abang yang bersalah. Abang yang
menyebabkan susu tadi tertumpah pada tubuh awak. May I?” Jelasnya lembut kepadaku. mengeluh aku dibuatnya. Boleh tak
kalau jangan terlalu manis sangat? Jika selalu begini mahu kencing manis aku
dibuatnya. Tak pernah-pernah rambutku dikeringkan oleh lelaki bukan muhrimku.
Melainkan Abi dan Along. Erk! Atok dan adik kembarku juga pernah. Hahaha.
Kepalaku dianggukkan dan hanya menurutnya yang menyuruhku kembali menghadap
cermin.
Pantulan
tubuh suamiku dan tindak-tanduknya yang sedang mengeringkan rambutku dengan hair dryer dipandang. Begitu
sungguh-sungguh sekali dia mengeringkan rambutku. Terserlah kekacakannya di
situ. Erk! Ketika keadaan seperti inipun aku boleh berfikir jauh seperti itu.
Hahaha. Tapi jujur aku katakan, dia kelihatan kacak saat ini. Sangat kacak!
Ketika serius, dia kacak. Ketika tersenyum, dia kacak. Ketika marah, dia kacak.
Ketika sedih sekalipun, dia tetap kacak! Aduhai. Boleh gila bayang aku
dibuatnya. Eh! Tapi tak salahkan gila bayang pada suami sendiri? Orang kata afdhal begitu!
“Awak
dah jatuh cinta dengan abangkan?” Soal suamiku tiba-tiba dan merenung wajahku
melalui pantulan cermin di hadapan kami. Spontan aku yang tadinya sibuk meng’usha’
suamiku sendiri tersedar dan terpinga-pinga memandangnya.
“Arh?”
Soalku hairan. Dia tersenyum dan meletakkan hair
dryer tadi di atas meja. Kedua-dua bahuku pula dipegang olehnya.
“Awak
dah jatuh cinta pada abangkan? Sampaikan tak berkelip mata awak pandang abang.”
Balas suamiku dan tersenyum nakal. Uhuk! Spontan aku terbatuk dibuatnya. Erk!
Dia perasan ke? Malu!
“Erk!
Perasan betullah abang ni. Tak malu!” Balasku menutup malu dan ingin menarik hair dryer yang diletakkan olehnya
diatas meja tadi. Namun seketika terhenti pergerakanku pabila suamiku menarik
tanganku lembut dan memusingkan tubuhku menghadapnya. Berdebar jantungku
dibuatnya. Cair aku pabila dia merenung terus ke dalam mataku. Mak! Bergegar
lutut aku dibuatnya. Terasa nak terjatuh sahaja bila-bila masa. Tolonglah!
Tolong jangan renung aku sebegitu rupa!
“Isteriku
Andra…” Panggilnya lembut kepadaku dan mengelus lembut kedua-dua bahuku.
Meneguk air liur aku dibuatnya. Serius! Suara suamiku begitu mengoda sekali!
“Errr.
Yyy. Ya.?” Balasku gagap. Gila tak gagap kalau dah laki engkau bermain dengan
bibir engkau yang tak comel ni.
“Sayang,
every time that I look at your gorgeous
face, I feel my heart melt in your love. I just cannot stop thinking about you.
You are so caring and affectionate. Your heart is filled with compassion and
love. I am so lucky to be in love with an angel. I’m just wanted you know that,
you are everything for me. Awak, adalah anugerah terindah yang Allah swt berikan pada abang setelah
Aira. Alhamdulillah. Abang tak tahu
nak describe berapa bertuahnya abang
memiliki awak. Tetapi, cukuplah jika abang kata sejak awak datang ke dalam
hidup abang, abang dah mula kenal erti kasih sayang, kebahagiaan dan cinta….”
Bisiknya lembut kepadaku. Tergamam aku dibuatnya.
“Sayang,
selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, abang akan
mencintai dan membahagiakan awak semampu yang abang boleh. Beri abang peluang
untuk mencintai awak dan peluang untuk dicintai oleh awak. In Shaa Allah. Allah swt akan merestui hubungan kita sehingga ke Jannah-NYA. Amin.” Sambungnya
lagi dan mencium dahiku lembut. Terpana aku dibuatnya. Entah kenapa, aku begitu
tersentuh dengan kata-kata suamiku. Di dalam kehidupan, akan ada suatu saat di
mana kita akan merasa bahawa lelaki yang bergelar suami itu pabila meluahkan
perasaan hatinya kepada kita, kita akan merasa terharu dan tersentuh dengan
kata-kata ikhlas mereka. Ketahuilah bahawa, makhluk Allah swt yang bergelar Adam amatlah susah sekali meluahkan dan
mempamerkan rasa hati mereka kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada gadis
yang dicintai mereka. Maka, pabila sang adam tadi telah memberanikan diri
meluahkan rasa hati mereka, reaksi apa lagi yang patut diberikan buat mereka
jika bukan rasa syukur, terharu dan tersentuh dengan kata-kata tersebut. Aku?
Ya. Jujur aku katakan, aku terharu dengan kata-kata suamiku tadi. Apa yang
dituturkan olehnya tadi benar-benar ku rasa begitu ikhlas sekali. Ya. Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud namun sukar
dilihat. Namun, kita dapat merasakannya bukan?
Perlahan-lahan
bibirku memberikan senyuman buat dirinya. Bukan senyuman kelat mahupun senyuman
kecil. Namun, senyuman manis ku berikan kepadanya. Suamiku. Imamku. Melihat
kepada senyuman yang ku berikan kepadanya, perlahan-lahan suamiku menarik
pinggangku lembut merapati dirinya. Aku hanya membiarkan. Senang diperlakukan
sebegitu dengannya. Mataku direnungnya lembut dan perlahan-lahan hidung
mancungnya dilagakan dengan hidungku. Tersenyum aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi
pabila suamiku mulai menjalarkan bibirnya pada leherku. Terbuai aku dengan bau
wangian tubuhnya. Begitu wangi sekali. membuatkan hatiku merasa tenang dengan
bau tubuhnya.
Di
dalam sedar dan tidak, bibirku sudah bertemu dengan bibirnya dan tubuhku juga
dicempungnya menuju ke kamar tidurnya. Aku hanya merelakan. Dia suamiku.
Mungkin… ini adalah masanya? Masanya untuk menuntut haknya sebagai suamiku dan
aku sebagai isterinya?
Tubuhku
diletakkan ke atas katil dengan penuh cermat. Bagaikan tidak ingin tubuhku
merasa sakit dan bibir kami yang bertamu tadi dileraikan. Seketika, ciumannya
buatku dileraikan dan wajahku dipandangnya.
“Isteriku
Andra. Sudi tak awak izinkan abang?” Soalnya lembut. Namun, jelas tergambar
diwajahnya dia kelihatan gentar. Aku tidak mengeluarkan suara. Apatah lagi
mengangguk ataupun menggelengkan kepalaku. Namun, senyuman penuh makna aku
berikan kepadanya agar dia fahami sendiri maksud senyumanku tadi. Seperti faham
suamiku membalas senyumanku dan membisikkan ke telingaku.
“Assalamualakum Wbt Isteriku.” Bisiknya lembut
dan mencum dahiku. Jatuh ke kedua-dua pipiku, hidungku sehinggalah ke bibirku.
Sekali lagi kami hanyut dengan dunia ciptaan kami berdua.
Tok!
Tok!
Tok!
Erk!
Baru seketika, kedengaran pintu chalet
VVIP suamiku diketuk dengan kuat dari luar. Tersentak kami dibuatnya. Spontan
aku dan dia saling berpandangan dan…..
B.E.R.S.A.M.B.U.N.G
****************************************************************************
Assalamualaikum
Wbt & Salam Sejahtera Ladies
‘Jum’ah
Mubaarakah ‘Alaikum Ya Ukhti’
ALHAMDULILLAH.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah masuk puasa yang ke-10 dan tinggal 20 hari
lagi untuk kita berpuasa. Bulan Mulia yang sering dinantikan kerna ianya hanya
sekali setahun menjelang. Alhamdulillah juga kerana setakat ini puasaku penuh.
Walaupun ayam masak madu, Ikan masak tiga rasa, ayam goreng dan rendang tok di
dapur sering kali memanggil nama-namaku untuk memakan mereka. Hahaha. *Bengong!
Kamu pula bagaimana? Feel free to share your fasting day with me. Yada Yada
Yada. Berlagak engkau retis! LOL!
Kamu. Kamu. Kamu. Aku ada pengumuman
nak buat ni. Starting from now, aku hanya akan update CED 3 - 4 kali sebulan.
Erk! Lagak engkau makan ubat. Haha. Sehari 3 kali makan ya embak! Okay-okay!
Serius! actually, aku agak busy long-break semester ni. ada banyak event and
ada some project that I’ve to handle and settle it. Cewah! Mengalahkan tauke
balak berjuta-juta untung khen! Nak muntah! Hahaha. But seriously wa cakap. Wa
memang busy. But don’t worry. Aku akan tetap cari masa untuk update. That’s why
aku membuat jadual yang sedikit teratur. 3 – 4 kali sebulan update CED. Not bad
lah kan? Ada masa untuk aku update juga. don’t worry ladies, bila ada masa free
aku akan tetap update juga. KALAU ada lah ye. Hahaha.
Chop! Chop! Chop! Bertenang! Kita
bincanggggg. Jangan gaduh-gaduh and jangan mengeluh. Kamu kena faham aku
seperti mana aku cuba untuk faham kamu. Seperti yang aku kata, activenya aku
sekarang ni di dalam dunia penulisan bukan seperti dahulu lagi. Aku bukan lagi
cik penganggur tegar. Sekarang aku punya kehidupan yang baru sebagai pelajar,
ehem-ehem dan ehem-ehem. Hahahahahahahahahaah. *pengsan!
Babe, CIK PARIS TUNANG ENCIK USTAZ
dan AKU CINTA KAMU EDISI RAYA akan di
updated sebelum Hari Raya ya. Alang-alang lambat, biar lambatkan terus! Haha.
Aku jahat? *memangpun! Hahaha. Sorrylah babe, setakat ni aku belum buat persediaan
untuk sambut Hari Raya lagi. I mean, cerpen or so on. Ekoran aku kurang aktif
di dalam dunia penulisan. Alkisahnya. (1.37 pm, 19 JULY 2013, Friday)
(1.15 am, 20 JULY 2013, Saturday)
MashaAllah! Entah penyakit apa dah jadi dengan aku. Dok seronok-seronok tengah
mengarang karangan tak rasmi tetiba boleh stop! Hahaha. Boleh-boleh pula
sekarang ni baru dapat nak sambung. Apa dahhhh! See! Kan aku dah kata. Aku ni
busy semacam. Kamu sabar sahajalah labu. Hahaha.
Back to our topic, seperti yang
sedia maklum, jika terdapat apa-apa kemusykilan dan pertanyaan silalah email
aku di ratuadriananadine@yahoo.com
dan juga Inbox Messager aku di FB FANPAGE Ratu Adriana Nadine. TQ.
CED 28 PART 2? Any comment? Mesti kamu
bertambah bengangkan dengan aku? hahaha. Aku memang suka tinggalkan kamu di
dalam keadaan yang tertanya-tanya. I don’t know why. Aku suka buat orang
tertanya-tanya. Hahaha. To make it short, siapakah agaknya yang mengetuk pintu
chalet milik Datuk Megat Haykal kita ya? Silalah jawab. Jawab cik kiah. Jangan tak
jawab! Hahaha.
✿ Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
✿ Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar
KEIKHLASAN
B
I G T H A N K S !
To
those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. Erk! Betul ke? Ke uols
tipu aku? Hahaha. Nakal tahu! Tapi kalau betul. Aduhai! Allah swt je tahu betapa rasa bersalahnya aku dengan uols. Aku pun readers macam uols juga. Faham apa
perasaan menunggu entry yang tak
berkunjung tiba. Bengang siot! Tapi aku respect
ah dengan uols. Memang uols kesayangan aku! tak pernah lelah menunggu CED. Oh
myyyy~ Terharu uols! Sangatsangatsangat! =’) Lebih terharu pabila ada yang siap email dan
Inbox Messager aku dekat Facebook bertanyakan diriku. sihat ataupun tidak.
Darling, thanks for your concern. Hanya Allah swt mampu membalasnya. Tak sangka
uols ambil berat tentang aku. *Walaupun aku tahu uols sebenarnya ambil berat
tentang Encik Duda aku. LOLS!* A J
Saya Ratu Adriana Nadine, ingin
MEMINTA MAAF sekiranya CED
BAB 28 ini
tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN
SAYA… My bad
L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya
ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN
SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan
cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang
hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic!
Betul tak? Hahaha. Penggunaan gaya bahasa dan penulisan memang santai dan tidak
memgikut format BM yang sebetulnya. Begitu juga dengan BI. Chill sudehhh~ Please take the positive and ignore the
negative ladies. Thinks smart! A J
Thanks
for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya
yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T
H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang
uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat.
Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment
yang buat aku down. Aku ni manusia.
Punya perasaan.
It
is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please!
Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!
We judge ourselves
by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already
done.
SILA
TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J
Till then,
Sincerely,
Mst bob 2 kan...nk antar baju....ngeeee...
ReplyDeleteKacau daun betul...hehe...
3-4 kali sebulan?cik ratu mmg kejam....ngeh3....
HI BABE,
DeleteThanks for dropping by and leave ur comment darlings =)
Much appreciated it.
ngehngehngeh. dalam bebanyak i post. itu jugerrr yg uols teka. kahkahkah. :p
bhahaha. iols memang kejam! erk! tetiba. haha. sorry uols!
Oh my LV... Kacau aje sape yg ketuk pintu tu.
ReplyDeleteBob ke? Err... Janagn kak zirafah je sudah... Bala ty.. Hahahah...
I suka i suka... *buat lompat katak...hakhak..
Nakal bebenor pasngan suami-isteri tu..hahahaha
Bab 3-4 kali sebulan? Kejam tak kejam...yg pentg ratu up jugak...
HI ARYSSA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
Teheee. amboih! kemain lagi dia meneka. semua disebutnya. haha.
thanks darlings. happy! *lompat bintang! hahhaa
memang nakal! ngee~
awwww~ thanks sayang! anda sangat memahami :)
Ala ratu suka sangat buat suspense ni. Akak rasa mesti pegawai agama yang sedang mengetuk pintu tu....Ni mesti ada orang yang berniat jahat ni......Ratu tak sabar nak baca next entry ni.
ReplyDeleteHI KAK ZALINA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
Hehehe. alarh. x best lah kak kalau tak suspend. kalau suspend barulah akak excited nak baca lagi. lagi dan lagi kan? hahaha.
amboih akak! kemain lagi dia meneka! haha.
TQ akak!
Ratu..tenkiu..sgt besttt..tp..ade smthing yg lain ar..bkn ke sblom ni wife haniff tu pensyarah andra..kan dieorg dh rapat..naper entri ni mcm bru knal je..huhuhu
ReplyDeleteHI LIEDA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
ya sayang. memang wife haniff pensyarah dan mereka rapat. but x semestinya everytime mereka kena mesra terlampau right? ada juga masanya buat mereka untuk lebih bersikap santai. in other words, emosi andra ketika ni tgh berserabut sikit. lebih2 lagi pabila watak mia dah masuk. andra more tu mia and heliza be more emak2. beside, in this chapter, saya tak rasa yang heliza and andra tak rapat and tak mesra. maybe kerana di dalam bab ini reaction between them sikit sangat. TQ.
uhhhhh???? siapalah yang kacau daun tu....
ReplyDeleteHI HK,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
hahaha. hwaiting darlings!
Msti pcegah mksiat dtg..2 ada lah 2 yg duk mngadu..tp bgus gak biar smua org taw dorg nie dh kwen..kurang dosa mgumpat..
ReplyDeleteHI EIJA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
hahahaha. amboih dia. kemain lagi teka eh. haha.
3-4 updates a month..better than never...hehe...again???..kesian couple ni... tq ratu..kalau ada masa updates la cepat siket ye.... :).
ReplyDelete-col-
HI COL,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
Hahaha. thanks my darling col. u r always being understanding and supportive. i like u beybeh! :) hahaha. amboih awak AGAIN yer! haha. ada sahaja yang kacau daun. In Shaa Allah sayang. doakan permudahkan buat saya. :)
hahaha...i think so eija...Pencegah Maksiat datang...Apa2 pun...sambungan cerita yang menarik,Cik Ratu...saya rasa mcm ada kekeliruan dlm watak Isteri Haniff...mereka dah kenal masa makan malam rumah Haykal kan?,jumpa kat kolej?pergi meredah hutan bersamakan???..UPDATE CED 3-4 kali sebulan???better than nothing...sentiasa menunggu...Terima kasih Cik Ratu...
ReplyDeleteHI CHE LAILA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
ya sayang. memang wife haniff pensyarah dan mereka rapat. but x semestinya everytime mereka kena mesra terlampau right? ada juga masanya buat mereka untuk lebih bersikap santai. in other words, emosi andra ketika ni tgh berserabut sikit. lebih2 lagi pabila watak mia dah masuk. andra more tu mia and heliza be more emak2. beside, in this chapter, saya tak rasa yang heliza and andra tak rapat and tak mesra. maybe kerana di dalam bab ini reaction between them sikit sangat. TQ.
thanks darling for being more understanding and supportive. love u!
Eh bukan ker nama wife encik Haniff tu Heliza, napa boleh jadi Nazirah?
ReplyDeleteAnd napa mcm relationship wife en hanif dan Andra mcm pelik sikit kat bab ni mcm tak begitu close.dorang kan mmg rapat d kolej cos wife hanif tu pensyarah kesayangan Andra....and mcm yg Che Laila ckp klu tak silap sy dlm bab 7 or bab 8 awal2 lg wife Hanif ni dah tau dah yg Haykal tu husb Andra...apa dah jadi ni Ratu? Ehh...jgn marah eh, sy cuma menyuarakan apa yg sy notice. Like I told u b4 I read this story mayb sampai 10 kali. Jd sy cpt notice sebarang perubahan dlm cerita ni....minta maaf bnyk2 eh Ratu.sy ni mmg pembaca bnyk songeh ni...
HI REEN OYONG,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
babe! thanks untuk teguran itu. baru terperasan nama heliza salah. i was lil dizzy sampaikan nama tak sedar dah tertukar. haiyahhh! see what puasa do to me. hahaha. thanks babe.
ya sayang. memang wife haniff pensyarah dan mereka rapat. but x semestinya everytime mereka kena mesra terlampau right? ada juga masanya buat mereka untuk lebih bersikap santai. in other words, emosi andra ketika ni tgh berserabut sikit. lebih2 lagi pabila watak mia dah masuk. andra more tu mia and heliza be more emak2. beside, in this chapter, saya tak rasa yang heliza and andra tak rapat and tak mesra. maybe kerana di dalam bab ini reaction between them sikit sangat. and 1 more thing, u kena baca balik. salah faham ni. bukannya heliza x tahu yg andra tu isterinya haykal. she knew it but maksud andra adalah explain kepada heliza bahawa KENAPA DIA MASIH MENYEMBUNYIKAN STATUS DIRINYA. get it sayang? TQ.
its okay babe. saya faham. bersyukur ada readers macam u. alert dengan CED. saya ambil positif tentang semua teguran tu. have a good day ahead :)
pencegah maksiat kot
ReplyDeleteHI BABE,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
hahaha. amboih teka kemain lagi haha
tenkiu cik ratu, rajin2lah update slalu....
ReplyDeleteHI LAILA,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
most welcome sayang saya. In Shaa Allah. doakan permudahkan buat saya. jika ada masa saya tetap akan updated. :)
kak latipah kot yg dtg..dulu kan ada kata rahsia andra akn diketahui kak latipah semasa family day..kak latipah tgk andra p blik haykal jd dia ikut..hihi..pandai2 je sy reka cerita sendiri..apapun tq ratu..xsabar m`nunggu n3 seterusnya..
ReplyDeleteHI SYAZWANI,
DeleteThanks for dropping by and leave your comment dear =)
Much appreciated it.
Hahaahahahaha. amboih dia. teka kemain lagi. but creative enough. ngeee. most welcome sayang. TQ so much!
best best best best best♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
ReplyDeletesuspennya .. x sbr nk tunggu smbungan seterusnya.. pa pun cra penulisan Ratu mmg terbaik, mampu wat pembca teruja dan merasai pelbagai feeling.. hehe arap2 cerita nie akan dibukukan nnt
ReplyDeleteee,sapa la yang kacau daun tu ee..mesti orang dari pejabat ugama,pikir durang lum kawin kali,ee
ReplyDeleteupdate 3_4x sebulan pun tak apa cik ratu berbanding tak sama sx , bisa mati rindu aq, ngan encik duda kita ni, , aduuush siapa pula kacau daun, paling menakutkan pencegah maksiat, ,malu lah nanti dia orang, huhuh thu tapi tak apa2 dah kahwin pun, eh pabila da yg nak niata jahat kan ada bob bodyguard tu ,yg bkal inform awal2 ye, jdi tenang2 hati, huhuhu , terimakasih,tanks,she she,toce,emkoi sa,hamsahamida,dah di update bap 2 ni cik ratu. . , kita faham cik ratu sekarang sibuk, tp msh sempat update so terimakash bnyak2 ye, , SAYAAAANG CIK RATU
ReplyDeleteNie musti peg pcegah maksiat nie...klw x si AT ngn watif dok cr si andra ttiba je ilang...hehehe..
ReplyDeleteXsbr nk tggu n3 br...
Cik ratu jgn smpai bkulat lak citer nie yek...
Kasihani la kami2 nie...
Huhuhuhu...
Dtg anto baju tu..
ReplyDeleteAlorr.. Jgnn r pencegah maksiat.. Nnti xsepraiseee tyme sanndinng.. Biar sume tegezut gitteww..
~m.a~
aduish .... jantung kiter lak berdebor dibuatnya... tp memang berbaloi menunggu la... suke sgt2 ngan CED
ReplyDeleteBest sangat-2.
ReplyDeleteakhir nyaa..huhuhu best la en3 ni klu buat drama mesti best gillerrr...
ReplyDeletenext n3 ble lk... bln ni bru 2.. ade 2 lg kn ;)
ReplyDeleteThanks dik ratu update cerita..
ReplyDeleteTak kisah la nak update bila2 asalkan ada di updatekan...
Kalau x update, buat kita sume meroyan je nnt merindui en. duda hawt...
Yg ketuk pintu bilik tu pegawai pencegah maksiat kot..
Takkan bob nak kacau daun boss...
Nnt x pasal2 je, u're fire..
pun rasa macam betul je
DeleteBest sangat2. Tak sabar tunggu en3 terkini.
ReplyDeleteish......rasa berdebar debar je baca tadi...
ReplyDeletenak lagi
Huh..giler lama tunggu ntry ni..finally ada jugakkk..best sgt..I paham pasal heliza n andra..x nampaka pun mcm diorg x close..bg I ok jer..juz heliza concern y andra x nak bgtau org lg yg deorg dah kwain kan..lg 1 x nak ke buat special edition utk ' aku cinta kamu ' between que iz n triesya..rindu giler kot kt diorg..huhduhuhu..demand sungguh!-nina
ReplyDeleteBila dpt jumpa En. Duda lg ni... Rinduuu
ReplyDeleteheeee...suspen jugak yea..mungkin jugak ank Dato yg Tok..tok..tu..nak bagi kezutan kat bpa n mummy dia..last day family function bru nak dtg..kalo pencegahan maksiat dh xde kjutanlah bgi Andra, hope cik Ratu jgn lah org2 kopiah puti yg ketok pintu eee xpatut kot...kn dato ada seorg gi yg jaga kat situ...bob pi antar dryclean..:)
ReplyDeleteharap2 yg ketuk pintu tu bukan pencegah maksiat..hehe..dh biasa jalan cite mcm ni dlm novel.. harap ada kelainan sikit yee..lagi satu...harap haykal memanggil si isteri dgn panggilan nama..sbb ada part2 yg haykal panggil isteri 'awak...tak sesuai ar kalu haykal panggil isteri 'awak'...mcm tak mesra je.. biasa nya suami panggil isteri dgn panggilan nama or sayang or honey...apa2 pun novel ni lain dari yang lain..tersangat la sweet maybe sbb si hubby ni matang sbb usia diorg mmg terlalu jauh...
ReplyDeletesambung!
ReplyDeleteish... suspen betul. cik ratu, cepat2 lah updated next entry...
ReplyDeleteselamat hari raya aidil fitri,mohon maaf lahir dan batin, ya cik ratu , maaf pabila ada kmen2 yg tak berkenan,salam raya
ReplyDeleteBest, takpe yg penting awak ade update k lah tu. hehehe
ReplyDeleteTerbaik la. Hahaha.....bestnye citer ni. Please ek cik penulis cpat2 smbg. Citer tau sampai the end dyeh. A lots of thanks cause tulis citer superb ni.
ReplyDeleteCpt smbg...xsbr nk bce...best..
ReplyDeleteAw... Aw... Aw... Itu bob ke? Hhhee
ReplyDeleted tunggu update bab selanjutnye?
Tak sabar tunggu n3 baru
ReplyDeletebudak kecik tu agak nya. anak si hanif.
ReplyDeleteNape x ada sambgan lg...setiap ari tunggu ni..
ReplyDeleteYA LAH KENAPA X SAMBUNGAN HARI2 KITA BUKA BLOG AWAK TAPI X ADA.
ReplyDeletecepatlah sambung cik ratu x sabar nak tau ni....suspend betullah
ReplyDeleteassalammualaikum,cik ratu,tolomg sambung ar!lama udah ku tunggu ar.
ReplyDeleteRyuk
Be nk smbg lgi cite nie cik ratu lame doh tggu nie...
ReplyDeleteCik Ratu,please sambung. Dah lama tunggu,kata 3-4 kali sebulan. Thanks
ReplyDeleteCik ratu nie mesti nk ilang lgi kan...ary tu dh lame giler x update cite nie....pastu kate 3-4 kali sebulan de n3..nie skrg nie xde pon n3...lame gak tggu nie...
ReplyDeletebila nak sambung nie, dah rindu giler nie....
ReplyDeletesabarlah ada time , pasti cik ratu akan update n3 baru, yg pasti cik ratu tengah busy , kan dah cakap hari itu, lagi pula blog ni kan bukan khdupan utama, cik ratu pula perlu kerja , ,, ,
ReplyDeletebila sambungan cerita cinta encik duda ni...lame tunggu niiiii
ReplyDeleteR you still bz dear ratu?
ReplyDeleteCant wait to hug encik duda versi cetak weiii..hahah
publish kn buku CED,pasti meletop...tak sabar menanti...
ReplyDeleteuishhhhh ratu...
ReplyDeleteseminggu ni mmg trus baca cite ni
U mmg notty arrrr.... tinggal kn tanda tanya disitu
bikin gue penasaran.....
apapn cite ni mmg ..mmg....mmg.... gojessssss...
thumbs up cik ratu........
I like.....
sila sambung...... tak sabar ni.....huhuhu.....
So bestttttttt......tahniah ratu.....thumbs up....
ReplyDeletebila sambunganya ni? hari2 buka tp x de. rasa2 nya anaknya kena kidnap dgn bekas adik ipar datuk megat haykal kot????
ReplyDelete-dibah-
ble cik ratu nk continue nie..hari2 bc ulngn dia...
ReplyDeleteplz cik ratu dh keterujaan melampau nieo_O
bila cik ratu nak sambung ni lama sangat tu.
ReplyDeleteBila nak sambung?:(
ReplyDeletebila cik ratu nk sambung ni...suka betul dgn watak andra yg kpala gila2 sikit ni fn datuk yg loving
ReplyDelete-dibah-
Next n3 please...ntah2 mia bt kacau..he..he..
ReplyDeletebila nk sambung cite n?
ReplyDeletebest sgt2...
ReplyDeletebila nk smbung ni?
xsbar nk thu kisah selnjtnya..huhu
This comment has been removed by the author.
Deleteagak2 bile la blh bc sambungannya nie??
ReplyDeletekapan ada kelnjutannya ?
ReplyDeletenggak sabar tunggu kelanjutan ceritanya
bila sambungan ni..lama tunggu dah...terbit jela jadi novel cerita ni..best gler..
ReplyDeletecik ratu pergi mana? x ad n3 sampai ke sudah. miss CED
ReplyDeleteBest nye laa .. X sabar nak sambung .. buat la cepat cikit erk ..
ReplyDeleteDah lama tunggu,lamanya
ReplyDeleteDah lama tunggu,lamanya
ReplyDeleteplez lah sambung citer ini. PLEZZZZZZZZZZZZZZ.
ReplyDeletelamanya,naik busan plak tunggu (-.-")
ReplyDeleteKak ratu cepqtlah update bab baru. hari hari stalk blog akak semata mata nak tunggu the next entry pasal ced. kdang kadang tu sanggup ulangbalik baca dari bab 1sampai habis. berulang kali. disebabkn kak ratu mungkir janji, kak ratu kena update sekurang kurang nya 6 bab. Ok letew kan. :p ngeee. tolonglah kk ratu cepat cepat sambung. Rindu andra dengan datuk megat haykal ni. cepat cepat update ok.
ReplyDeleteratu bila nak update bab baru ni??.serius cerita ni best sangat.tak sabar nak tunggu sambungan.rasanya bob yang ketuk pintu tu nak hantar baju.hehe
ReplyDeleteCik ratu bla nk smvg kisah andra dan suami dudanya..truja nk tau dsmgn struanya..dh lna tggu..
ReplyDeletebile nak update lagi??????
ReplyDeletedah lama tunggu smbgan dia......
cam mna nak order novel CED???
ReplyDeletei like this story... syg ketat2 kat ratu hehe (peace) ;)
Cik ratu bla nk sambg....setiap hri bka blog tngk ada n3 bru tk....sian kt kmii pemint crta ni trtunggu...winduuuuuu andra dn encik duda
ReplyDeletebila nak smbug nie??rndu dah aihh kt depa...hmmm...cpt ckit..
ReplyDeletecik ratu we miss ced ,bla nk sambg dri thn lps sya tggu n3 bruuuu sampai k hri nii....
ReplyDeletekak ratu.... we miss ced so much!!!!
ReplyDeleteble nk smbung? x sba da ni nk bce ep strusnye
CIK RATU BILA NAK SAMBUNG LAGI NI DAH LAMA SANGAT DAH.
ReplyDeletewhere are you sis Ratu? we all wait for new n3 to long.... Harap sngat sis update, ♥
ReplyDeleteader ker idak sambungan CED nnie yer?
ReplyDeleteSambungan mcm mane? Blog lain or mcm mane?
ReplyDeleteSuka gila citer ni .... baru baca .... seronok sangat ... cik ratu .... bila nak sambung ...serius rindu gila tahap gaban dah ni ... atau cik ratu lupa password blog ni ?? CED !!!!!! I MISS YOU !!!!!!
ReplyDelete- lydia hannyna -
Cik ratu plz smbung cerita ni..best sangat !!
ReplyDeletebile nak smbg nie...dah lama tunggu smbungan cite nie
ReplyDeletebila nak sambung ni....tak boleh nak tunggu lagi
ReplyDeleteBla nk smbg ni rindu sesng kt ced ni dh tggu dri thn lps lgi.bisa mnbuat hti ku penasaran tk kunjung tba smbgnya....
ReplyDeleteBila nak smbung?
ReplyDelete06.05.2014.hampir satu tahun sudah belum juga ada update.silap2 sampai berkulat blog ni nanti..
ReplyDeleteRatuu, mana awak ni..rindu la dgn CED 😭😭
ReplyDeleteCpt la cik ratu oii.tolong la kami pminat novel nie!!!!gila best cta nie...!!!
ReplyDeleteSembang Nak update. Ni apa kes? Tak baik, buat orang tertunggu Tunggu.
ReplyDeletemiss writer knpa x smbg ctr nie..best giler!!! xsabar nk tau smbgn dy
ReplyDeleteMISS....MASIH MENANTI BAB SETERUSNYA...HAMPIR SETAHUN TU...
ReplyDeletehttp://amirahmustapha.blogspot.com/
ReplyDeletefollow my blog .. :)
Rindu la dgn CED. Everyday saya cek blog ni :(
ReplyDeletesaya followers bru...tlglh update cpt CED ni...bst la citernya..it's fun..:)
ReplyDeleteratu..please update sambungan CED..i am like crazy waiting 4 it...dh setahun saya tunggu >_< please3
ReplyDeleteRatu bila nak smbg cite nie.....atau dah kuar jdi novel?
ReplyDeleteSis bila nak sambung citer nie, ke citer nie dah keluar jadik novel. Saya baru je jumpe blog terus jatuh cinta. Sis please sambung.nak tahu ending nya.sis pleaseeeee
ReplyDeleteSya suka karya awak... sangat menarik n best.. especially cerita fantasy yg cmni... btw.. KeEP iT Up!!
ReplyDelete* da lma x jenguk blog kak ratu..
nak lagi...best sngt2..
ReplyDeleteLama nya tunggu entry baru :( publish buku la. x sabar nak beli...
ReplyDeleteAssalamualaikum, cik ratu sihat?
ReplyDeleteKebetulan akak terjmp blog (cerita CED)nie 2 hari lepas & terus membaca dgn perasaan teruja & happy sekali.
Jln cerita nya sungguh menarik, rasanya tak sabar menunggu smbgn nya.... harap2 dpt lah cik ratu teruskan dgn entry baru secepat mungkin :)
~ kak ra (dari singapura)
setahun dah tunggu... waaaa :( buku kan lah cepat. x sabarnak beli
ReplyDeletebila nak terbitkan ? T_T
ReplyDeleteErmm...mana la cik ratu..moga2 selamat sajer keadaannyer..sihat..
ReplyDeletedimana kamu ratu uwaaaa
ReplyDeleteSangat merindui 'cinta encik duda' dan ratu..smoga sht slalu yek..
ReplyDeleteMmg giler best...keep it up..
ReplyDeleteAde je yg kacau daun...falling in love with haykal..
ReplyDeleteI think maybe their bodyguard is it..so ratu i 'm waiting for the next en3
ReplyDeletecinta encik duda buatkan saya nak bercinta sangat dgn husband saya
ReplyDeleteaskum rtu ble nk smbung plz dh lme tertangguh..hri hri bka x de gk smbungan yerr rtu skit ke
ReplyDeletebung plzzzz ratu
ReplyDeleteHey darling..... Pleased continue s your story .... It damn hot.... Hahahhakkk.. Now around 2014 darling... Hope u smbung.. Dh LMA I tunggu..
ReplyDeleteaskum rtu cpt lh smbung dh hri hri bka crite ni..x best lh tertangguh bce yer
ReplyDeleteCik Ratu ...kemana menghilang?....CED dah lama menggua....bila nak keluar ni...dah setahun...PLEASE UPDATE...miss CED so much....
ReplyDeleteMana sambungan seterusnya dear ..
ReplyDeletertu kemna menghilang ni rtu shat dak..jngan lh buat kmi bca tergntung rtu oi..tlong lh smbung yer..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemna rtu ni x best lh bca crite tergntung taman kn ni dlu lpas 2 rtu nk rhat pun x pe..yg penting peminat rtu x tertunggu tnggu duk pikia siang mlm crite ni tergntung mkn hti ulm jntung cik rtu oi..
ReplyDeleteBila nk sambung lagi kak ratu??
ReplyDeleteLamanya tak menulis. Bila nak sambung lagi?
ReplyDeletesambung rtu plzzzzzzzzzz
ReplyDeleteBile nak kuar ni yg baru.. rindu dgn ced
ReplyDeletertu kmna menghilang x shat ke dh byak byak kli ulang crite ni dri awl smpai sni x puas puas tiap hri..nk smbung rtu tolong lh seronok terbaik crite rtu ni..
ReplyDeleteHmm..keluarkan lah versi novel.. bleh beli cepat..dh lme sgt menunggu nye.����
ReplyDeleteCepat2..keluarkn. xsbr2 rasenye.
ReplyDeleteaskum.rtu knpe cerpen ditergntung hri hri bce dh 100 kli ulak ulang smpsi sni jdi bertye cpt lh x sbar nk tunggu adra mengandung best sngat cerpen ni..tolong lh rtu..blog ni dh hilang ke.
ReplyDeleteratu hbis kn dlu cerpen ni jngan tergntung cm ni rtu buat kte orng prminat rtu jdi tertye tye..plzzzzzzz rtu smbung yer rtu cntik muah muah.
ReplyDeleteaskum..rtu cpat lh smbung klu yuni bce cerpen ni berulng kli slalu x tdo 1 mlm tau best sngat tlong cpt lh smbung cik rtu tlonggg sngat sngat.
ReplyDeletertu cantik ble nk hbis kn crite ni..jngan lh tergantung..peminat yg bce saspen tau.
ReplyDeleterasanya saya dh ulang baca berpuluh kali CED ni.... setiap kali bukak blog harap sgt2 ada new n3...... Ratu bila nk smbg?
ReplyDeletesis ble nak ada enty baru nie...dah lme tggu sis...cinta encik duda plez...
ReplyDeletecik ratu g mna menghilang dh hilang ke blog ni..dh 2 thun dh ni plizzz lh cpt smbung smpai hbis..
ReplyDeletesis..ble nk ada entry lg...lmenye ilang...
ReplyDeletebila nak sambung???nak lagi!!!!!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ratu ble lgi nk smbung ni..kemna rtu menghilang.
ReplyDeleteratu klu dh smbung crite encik duda ni gerenti ayuni puasa 1 hri psal teruja sngat tau dh lbih 100 kli bce tpi tngh best hbisss.
ReplyDeleteAduhai bl nk smbung.neee lameee dh tgu. Cik ratu..
ReplyDelete.syg..
bile smbing cik rtu oi..naik kemtu mulut bce hri hri best giler..klu dh jdi novel memang dh bli dh ni...
ReplyDeletemasaallah ratu ble nk smbung crite ced dh 2015 kot..smbung lh cpt tolong rtu...jngn lh seksa peminat rtu ni..kmi smua tertunggu tunggu dh..
ReplyDeleteSis boleh hani hack blog tak???
ReplyDeleten hani rasa yang ketuk pintu tu zaida
bile lh nk smbung rtu oi..dh bln 3 pulak dh..
ReplyDeleteJgn la buat kami ttunggu lg.. Bile nk smbg ced ni..
ReplyDeleteSis ratu, bila nak update story ni. Yeah, ni first time saya jjejak kaki kat sini but seriously nilah blog yg plg sy suka. Cerita dia menarik. So bila kak ratu boleh update. Xkesahlh cerita tahun bila. Tpi klau ada versi cetak sy yakin mmg crita ni tip top..tq
ReplyDeleteslam ratu..ape kbar shat jujur sis sya dh kli kli ulang taim sdap dh hbis tolong lh sis sya merayu sngat sngat cpt smbung dh lme kot....plzzzz ratuuuuu sygggg
ReplyDeleteSalam bila akak nak update cter CED part yg terbaru nie..da lma sya tggu
ReplyDeleteSalam bila akak nak update cter CED part yg terbaru nie..da lma sya tggu
ReplyDeleteevery day checking this blog .... on hope there new chapter will release out .... but the same result keep coming .... so please update your blog ... don't make people waiting and keep hoping ... please i'm begging u ...
ReplyDeletewhere are u missing my dear writer...
ReplyDeletenk sambungan CED ...bila nk kluar smbungnye??? rindu nk baca..Dato Haykal ngn Andra sweet couple
ReplyDeletenk sambungan CED ...bila nk kluar smbungnye??? rindu nk baca..Dato Haykal ngn Andra sweet couple
ReplyDeletenk sambungan CED ...bila nk kluar smbungnye??? rindu nk baca..Dato Haykal ngn Andra sweet couple
ReplyDeleteWhere are u??
ReplyDeleteRatu....plsss dah lme tggu...
ReplyDeleteMne smbungannye....
bile nk smbung :(
ReplyDeletebile nak sambung lagi:(
ReplyDeleteSambungan please,,,,
ReplyDeleteSayang. Dah masuk 2years 1 month.. agaknya hehe. Rindu kamu. Rindu encik duda n lainnya...
ReplyDeleteHuhu...
bila awak nk sambung lagi ni? dah dua tahun tunggu ni. huhuhu
ReplyDeleteCik writer syg..ble nk sambung..dh lame tggu.. I hope miss writer sentiasa dlm keadaan sihat dan ok..dh lame sgt menghilangkan diri..
ReplyDeleteRasa tak sabar nak tahu apa yang terjadi lepas tu. Disebabkan tak ada sambungan saya baca balik dari awal rasa tak bosan langsung. Harap sangat lepas ni ada sambungannya
ReplyDeletehuhuhu....da oktober 2015 nie ....mana sambungannya....
ReplyDeletemana sambungannya ni
ReplyDeleteBila lagi dpt baca sambungan crite ni...... X sabar nak tau bab sterusnya. Akan ada dibukukan ke ?
ReplyDeleteHope cik Ratu update sambungan CED ni.....ramai peminat x sabar menanti bab strusnya. Saya baru tengok dan baca kat blog Ratu hari ini.....menarik crite CED. Kalau boleh dibukukan.
ReplyDeleteAkak .. Nape dah lame tak sambung?? :'(
ReplyDeleteDh byk kali baca cerita ni...bila nk sambung...dh lama tgu ni...
ReplyDeletePlease sambung
ReplyDeletepleaseeeee sambung la cite ni...teringin nak tahu ending CED...
ReplyDeleterindu andra & datuk please sambung.......
ReplyDeletepleess smbg....rndu
ReplyDeletePlease cik Ratu....nk sambungan n ending CED ni. Ramai peminat CED dh x sabar ni......
ReplyDeleteCik ratu yg cantik manis please sambung dah rindu sgt ni
ReplyDeleteJalan cerita yang sungguh menarik and lain daripada yang lain. i guess so... btw bila nak sambung lagi. tak sabar nak tengok ape yang terjadi. i know it's gonna be awesome.
ReplyDeleteSambungggggggg pleaseeeee
ReplyDeleteSambung pleaseeeeee
ReplyDeleteSambung pleaseeeeee
ReplyDeleteBila nak sambung niiiiii....pleeeassseeee
ReplyDeleteEntah ke berapa kali ulang baca tapi takde sambungan pun. huhuhu
ReplyDeleteI baca byk kali and i nvr get bored wth dis novel but pls bgi info or next chapter ke abt CED . im begging u huhuhu
ReplyDeletesambung la pleaseeeeee....hope penulis sihat sejahtera
ReplyDeleteHi.. Cik ratu best lha... Cite..ni ada sanambungan lg tak...
ReplyDelete