Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 22 July 2013

CINTA ENCIK DUDA BAB 28 PART 2










Cinta Encik Duda Bab 28
(Part 2)






(P/S : Uols! Tehee. Ials malu nak bagi tahu. Ials dah tukar header. Cantik ke tidok? Ials dah lama buat. Tapi baru letak. Dah bosan bebenor menegok header blog ni. Naik berbulu mata ials menegoknya. LOLs! Ehem-ehem. So pada sesiapa yang bijak pandai membuat header itu. Silalah bantu ials ye. Ials ni tak pandai bab-bab cantikkan blog ni. Asalkan kemas dan simple sudah. Nan hado! Kalau uols suruh baca buku SEJARAH tebal kemain tu ials sanggup lagi uols! Hahaha. Erk! Aku melalut lagi. Buat iklan tak berbayar di sini. Bhahahahahaha. Nasib engkaulah baca ni cik kiah oi!)






*continue.......





DI SAAT aku sedar, kepalaku mulai terasa sedikit pusing dan berat pabila sedar dari pengsanku tadi. Perlahan-lahan mataku dibuka dan siling bilik dipandang dengan kerutan di dahi. Di mana aku saat ini? Apa bukan tadi aku berada di tepi pantai bersama Encik Suamiku. Encik Suami?! Spontan tubuhku didudukkan dan keadaan sekelilingnya dipandang dengan pandangan bingung.

            “Kau dah bangun dik?” Soal Kak Latipah di saat melihat aku yang sedang baring di atas katil sedang duduk kini. Spontan aku memandnag ke sebelah kiriku. Kelihatan Kak Latipah, Kak Wafiy dan Ika sedang duduk di ruang tamu bilik kami saat ini.

            “Kak Ipah? Andra kat mana ni?” Soalku bingung.

            “Aish! Budak ni. Dah hilang ingatan agaknya Cik Wafiy, Ika. Engkau dekat dalam bilik engkau oranglah. Dekat mana lagi?” Balas Kak Latipah dan berdiri mendekatku yang berada di atas katil. Tergeleng kepala Kak Latipah dibuatnya. Aku pula mengerutkan dahi. Di dalam bilik? Siapa yang mengangkatku tadi? ketiga-tiga wanita bersamaku saat ini? Mampukah mereka?

            “Ouch!” Aduku kembali pabila dahi yang ku sentuh tadi terasa sakit. Jadi, benarlah apa yang terjadi tadi?

            “Tengok tu!” Kak Latipah menarik tangan kananku dari memegang dahiku dan memandangku geram. Aku memandangnya di sisi dengan pandangan bingung.

            “Kak?” Panggilku lembut.

            “Ya? Engkau nak apa-apa ke?” Soal Kak Latipah bingung. Aku gelengkan kepala tanda tidak.

            “Siapa yang hantar saya masuk ke bilik ni? Kenapa dengan dahi saya?” Soalku bingung. Bagaikan hilang ingatan seketika pun ada juga. Kak Latipah kelihatannya tersenyum nakal.

            “Hah! Ni yang akak nak ceritakan pada engkau ni.” Balasnya semangat dan siap duduk bersila di atas katilku. Bertambah berkerut dahiku dibuatnya. Entah apa-apa minah ni.

            “Apa dia?” Soalku juga. terasa berkobar-kobar ingin tahu. Lihat saja lagaknya itu, begitu nakal sehinggakan aku tidak sabar dibuatnya.

            “Engkau tahu tak tadi, siapa hantarkan engkau masuk ke dalam bilik ni?” Soalnya kepadaku. Aku termangu sendiri. Siapa? Dah aku pengsan tadi. Manalah aku tahu. Menggelengkan kepala lagi aku tanda tidak tahu dibuatnya.           

            “Hah! Engkau memang tak tahukan? Jadi akak nak bagi tahu engkau ni.” Sambung Kak Latipah kembali. Bertambah berkerut dahiku dibuatnya. Dia ni. Dia tanya dia juga yang akan jawabkan pentanyaan tadi kembali. Memang pelik orangnya.

            “Sebenarnya orang yang hantarkan engkau ke dalam bilik ni tadi adalah Datuk Megat Haykal. Datuk yang hantarkan engkau masuk ke bilik ni dengan abang engkau, Encik AT. Muka Datuk Megat bukan main risau lagi tengok engkau pengsan dik. Macam orang mati bini pun ada! Kalah cemasnya Encik AT. Hahaha” Jelas Kak Latipah dan tergelak besar kepadaku. Erk! Tersentak aku dibuatnya. Apa Kak Latipah kata tadi? Rasanya aku belum pekakkan? Kak Latipah mengatakan bahawa Datuk Megat Haykal yang mengangkatkan diriku ke bilik? Datuk Megat Haykal, Suamiku? Like a seriously?! Oh my Prada!

            “Arghhhhh!!!!!” Jeritku tidak percaya. Spontan Kak Latipah, Kak Watif dan Ika menutup telinga mereka. Bingit! Gila nyaring suaraku menjerit. Bagaikan orang kurang siuman pun ada.

            “Hei! Hei! Engkau ni.” Cepat-cepat Kak Latipah menutup mulutku dengan kedua-dua tangannya. Sehinggakan aku tidak mampu untuk bersuara lagi. Apatah lagi untuk bernafas. Sesak nafasku dibuatnya. Tanganku spontan menampar-nampar tangannya yang menutup mulutku tadi.

            “Eh Puan Latipah. Janganlah macam tu puan. Andra tak dapat bernafas tu.” Kata Kak Watif cemas pada Kak Latipah pabila melihat wajahku kelihatan memerah kerana sesak nafas.

            “Yalah Puan Latipah. Kasihan Andra.” Kata Ika pula. Namun, Kak Latipah tetap tidak melepaskan tangannya dari mulutku lagi. Akan tetapi, memandangku pula.

            “Kau sesak nafas eh dik?” Soalnya selamba. Terbeliak mataku dibuatnya. Dia ni! Di dalam keadaan seperti inipun masih sempat buat lawak tak seberapa nak lawak dia tu! Namun, aku anggukkan juga kepalaku tanda ‘ya’. Bibirnya spontan kelihatan tersenyum kecil.

            “Jadi, engkau nak akak lepaskan tangan akak ni dari mulut kau? Macam tu?” Soalnya kembali. Sekali lagi aku anggukkan kepalaku. Kalau lama-lama seperti ini boleh mati aku dibuatnya!

            “Puan Latipah…” Tegur Kak Watif kurang senang pabila melihat Kak Latipah masih tersengih-sengih memandangku.

            “Okay-okay. Akak lepaskan tangan akak ni dari mulut engkau. Tapi dengan syarat! Syaratnya, engkau jangan nak menjerit-jerit macam Pontianak lagi macam tadi. Deal? Kalau engkau jerit juga kali ni memang high heels 3 inci akak masukan ke mulut engkau. Dengar tak ni?” Usul Kak Latipah kepadaku. Terbeliak mataku dibuatnya. Dia kata apa tadi?! Pontianak?! Huh! Dasar Kak Latipah! Zirafah betul!

            “Deal?” Soalnya kembali kepadaku pabila melihatku masih belum memberikan jawapan kepadanya. Aku anggukkan juga kepalaku. Apa sahaja asalkan aku tidak mati katak di sini. Tersenyum lega Kak Latipah dibuatnya. Kak Watif dan Ika pula hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat sikap kami berdua.

            “Hah!” Menghembus nafas panjang aku dibuatnya. Menghargai seketika kepentingan oksigen kepadaku. Haha! Setelah nafasku kembali normal, Kak Latipah ku pandang tajam.

            “Kakak!” Jeritku geram padanya. Namun, cepat Kak Latipah menunjukkan jari telunjuknya kepadaku.

            “Haip! Tadi dah janjikan tak nak menjerit macam hantu pontianak lagi?” Katanya kepadaku. Mendengus geram, aku dibuatnya. Dia ni…

            “Jadi betullah Datuk Megat Haykal yang angkatkan saya ke dalam bilik ni tadi?” Soalku kembali kepada mereka pabila perasaanku mulai tenang. Ketiga-tiga mereka ku lihat menganggukkan kepala tanda ‘pasti’. Mengeluh aku dibuatnya.

            “Betullah dik. Kalau engkau tak percaya, kau boleh tanya pada semua staff  MH Holding yang berada di tepi pantai tadi. Semua ternganga besar engkau bila Datuk siap angkat dan dukung engkau ke tepi dan ubatkan dahi engkau tu. Tapi, lebih ternganga mereka semua tu pabila engkau pengsan dan Datuk Megat Haykal tak senang duduk dibuatnya. Seperti cacing kepanasan saja. Lagak engkau bini dia saja akak tengok! Selamba beruk saja dia dukung engkau ni ke bilik. Tanpa hiraukan semua mata-mata staff yang tengah terngaga tengok dia.” Jelas Kak Latipah panjang lebar kepadaku. Bagaikan terjatuh rahangku dibuatnya. Biar betul?! Kak Watif yang sudah duduk di sisiku pula dipandang dan dia menganggukan kepalanya. Ika pula dipandang dan gadis itu juga menganggukkan kepalanya.

“Apa yang Puan Latipah katakan tu memang benar Andra. Tadi Datuk yang angkat Andra ke bilik ni.” Sokong Kak Watif.

“Kalaulah awak tengok wajah cemas Datuk tadi Andra. Aduhai. Bertambah kacak saya tengok! Macho sangat! Datuk caring sangat dengan awak. Bila dah baringkan awak di atas katil ni tadi, Datuk siap selimutkan tubuh awak dan cium dahi awak. Aduhai! Bagaikan tuan putera yang menidurkan tuan puterinya sahaja. Saya pula yang cair dibuatnya. Yang saya terharu sangat, Datuk terus call pihak resort dan meminta pihak resort menghantar doctor peribadi mereka ke sini ubatkan awak. Caring kan Datuk? Romantic pula tu!” Sampuk Ika teruja. Siap meletakkan kedua-dua tangannya ke dada dan tersenyum-senyum. Bagaikan membayangkan kembali tingkah suamiku tadi. Spontan aku menutup mukaku dengan kedua-dua tanganku,.
     
       “Eeee! Malunya Andra!” Jeritku malu. Malu. Malu. Malu! Entah apa anggapan staff MH Holding yang lainnya kepadaku. Suamiku? Siap mencium dahiku depan mereka semua ni? Aduhai!

            “Relakslah dik. Bukannya engkau sengaja dan rancang pun kan. Dah benda nak jadi. Kalau dah Datuk terlampu caring dengan engkau. Apa yang engkau boleh buatkan.” Pujuk Kak Latipah kepadaku dan mengelus lembut belakangku. Aku membuka tanganku dan memandang Kak Latipah di sisi.

            “Tetapi, mesti staff yang lain tengah bergossip tentang sayakan? Mesti mereka fikir tak baik tentang saya.” Balasku kepadanya. Kak Latipah tersenyum dan gelengkan kepalanya.

            “Biarkanlah mereka semua dik. Kita tak ada kuasa nak halang mereka dari berfikir mengenai kita. Yang penting, apa yang kita buat tu adalah benar dan Allah swt tahu. Asalkan kita tak buat salah. Buat nak takut? Tapikan, akak pelik juga tengok Datuk Megat tadi. Cemas gila bila engkau pengsan dan caring sangat dengan engkau sampai cium dahi engkau tu. Terbeliak mata akak dibuatnya. Hurm. Betul ke engkau dengan Datuk tu tak ada hubungan apa-apa dik? Engkau jangan, Datuk tu duda anak satu tau.” Balasan dari Kak Latipah itu spontan membuatkan aku tersentak dan gugup. Kak Watif di sisi dipandang penuh makna. Kelihatannya Kak Watif juga tidak senang duduk pabila Kak Latipah mempersoalkan hubunganku dengan suamiku.

            “Arh? Errr. Tak ada apalah kak. Siapalah saya ni Datuk Megat nak pandang. Hurm. Mungkin sebab Datuk yang kenakan bola ke dahi saya tadi sebab tu dia caring dan cemas sangat.” Balasku gugup dan mengaru-garu leherku. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Tersentak aku dibuatnya. Kak Latipah ku lihat seperti sedang berfikirkan sesuatu.

            “Kakak sebenarnya tak kisah kalau dah jodoh engkau dengan Datuk Megat. Malah, akak lebih happy jika engkau dengan dia. Sepadan. Sama cantik dan sama kacak. Datuk pula kaya orangnya, mempunyai gelaran ‘Datuk’ dan seorang lelaki yang baik. Tapi itu jelah, Datuk tu duda anak satu. Tua pula dari engkau. Sanggup ke engkau? Eh. Ke situ pula akak kan? Fikir jauh benar. Tapi, jangan sampai nanti suatu hari nanti akak dapat tahu engkau pula berskandal dengan Datuk tu. Engkau ni dah aku anggap sebagai adik aku sendiri. Jaga diri okay. Jangan mudah terpedaya dengan lelaki sekarang ni. Walaupun Datuk tu nampak baik tetapi hati manusia dik. Kita tak tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Rambut sama hitam tetapi hati? Engkau jawab sendiri.” Kata Kak Latipah kepadaku dan tersenyum kecil. Sekali lagi aku tersentak. Dapat kurasakan bibirku terasa pucat kini. Terdiam pabila Kak Latipah berkata seperti itu kepadaku. Aku mengigit bibirku dan sekali lagi Kak Watif dipandang dan Kak Watif kelihatannya tersenyum kelat memandangku. Hanya kami saja yang faham maksud senyuman kami tadi. Ya. Hanya Kak Watif yang tahu hubunganku dan suamiku. Maafkan Andra Kak Latipah….








***CINTA ENCIK DUDA***








HAYKAL meneguk air cappuccino nya dengan tenang dan kembali meletakkan cawan di atas meja. Haniff yang berada di hadapannya dan turut meneguk air coffee nya dipandang. Terasa bingung seketika dengan kata-kata Haniff tadi. Ada benarnya juga.

            “Tapi Niff, aku dah janji dengan Andra yang aku akan simpan rahsia status kami ni.” Balas Haykal bingung. Haniff yang baru meneguk jus orennya mengelengkan kepala.

            “Aku bukan apa bro, engkau orang dah kahwin. Sah pula tu. Aku takut kalau engkau orang simpan lama-lama sampai berkulat status perkahwinan engkau orang ni nanti lebih ramai orang akan berperasangka buruk pada engkau orang dan secara langsungnya menambahkan dosa-dosa mereka semua tu. Tambah dosa sebab dok berperasangka buruk tentang kamu berdua. Tak ke teruk tu? Lihat sajalah kes tadi. Semua dah di dalam tanda tanya tentang hubungan engkau dengan Andra.” Jelas Haniff. Agak risau juga melihat keadaan Haykal dan Andra. Lebih-lebih lagi pabila mereka turut serta di dalam aktiviti family day seperti ini. Takut-takut si Haykal pula menyelinap masuk ke bilik isterinya dan diketahui staff MH Holding. Tak ke haru tu? Hahaha.

            “Ya aku tahu. Di dalam Islam sendiri menyarankan perkahwinan itu digembar gemburkan agar dapat mengelak dari segala fitnah. Tapi, engkau kena faham situasi kami Niff. Isteri aku masih muda dan sekarang ni tengah practical di syarikat aku. Dari hari pertama dia jejakkan kaki ke MH Holding, semua staff MH Holding dah tahu yang Andra tu budak practical saja. Tak ada apa-apa hubungan dengan aku. Takut-takut nanti banyak spekulasi pula yang dibuat. Lagipun, Andra tak nak staff MH Holding nanti layan dia dengan layanan istimewa hanya kerana dia isteri CEO MH Holding. Dia nak rasa bekerja sebagai pekerja biasa saja. Itu yang buat aku bingung Niff. Bukan aku tak nak. Aku nak sangat kabarkan pada semua yang aku dan Andra dah berkahwin dan dia milik aku. Biar lelaki-lelaki di luar sana tak berani nak ganggu dia lagi. Lebih-lebih lagi budak lelaki yang sekolej dengan dia tu. Farid? Fathi? Faiz? Ish! Whateverlah. Aku malas nak fikir. Tapi, yang penting mereka semua tu tahu yang Andra isteri aku yang sah!” Balas Haykal panjang lebar. Meluahkan rasa di dalam hati. Terdiam Haniff dibuatnya. Sekali Datuk Megat Haykal dah buat confession berjela-jela dahhh. Hahaha.

            “Whoa! Relakslah bro. Marah nampak...” Celah Haniff dan tersengih. Bahu Haykal digosok lembut. Menenangkan hati lelaki itu yang sedang panas. Mendengus Haykal dibuatnya.

            “Relaks. Relaks. Engkau sendiri yang buat aku panas. Pandai nak relakskan aku pula.” Balas Haykal bengang. Haniff dijeling. Haniff yang menimbulkan isu tersebut ketika mereka sedang melayan perasaan lewat petang di cafe resort tersebut. Haniff juga yang menginginkan dia relaks kembali. Apa punya kawan daaaa. Haniff tersengih dan mengangkat kedua-dua tangannya tanda mengaku kalah. Dengan Datuk Megat Haykal, engkau memang tak dapat nak memegang title MENANG kalau dah dia buka mulut. Bisa!

          “Okay! Okay! Fine! Aku salah dan aku mengaku salah. Aku.....” Kata-kata Haniff terhenti pabila kelihatan isterinya Haykal serta Anddy Thamzie dan Watif sedang berjalan masuk ke dalam cafe. Pasti ingin minum petang seperti mereka juga. Anak dan isterinya pastinya berada di dalam kolam saat ini. Mengikut kehendak anaknya Mia yang demam itu.

            “Dah engkau kenapa?” Soal Haykal bingung pabila melihat Haniff terdiam dan kaku memandang ke arah pintu masuk cafe. Tangan kananya sempat dilayangkan di hadapan wajah haniff agar haniff sedar dari lamunannya.

            “Arh? Err. Sekejap! Bukan tu wife engkau ke? Andra? Macam tahu saja kita tengah bincang tentang dia.” Balas Haniff sedikit bingung pabila sedar dari lamunannya. Spontan Haykal memandang ke arah pintu utama café pabila mendengar Haniff menyebut nama isterinya. Kelihatannya Andra, Anddy Thamzie dan Watif sedang berjalan masuk ke dalam café dengan gelak tawa mereka. Entah apa ketiga-tiganya sedang bualkan. Begitu gembira sekali. Sempat dahi isterinya dipandang. Aduhai. Kasihannya. Isteri siapalah ni. Desis hati Datuk Megat Haykal nakal. Terasa serba salah pula. Kerana dia dahi Andra menjadi seperti begitu sekali.

            “Andra!  AT! Watif! Sini!” Panggil Haniff kepada mereka betiga tanpa disuruh oleh Haykal. Tangannya dilambaikan pada mereka bertiga dan spontan mereka bertiga memandang ke arah Haykal dan Haniff. Tersentak Andra dibuatnya. Tidak menyangka bahawa suaminya turut ada di dalam café tersebut. Disangka suaminya berada di dalam bilik saat ini dan merehatkan diri. Yalah. Manalah tahu mungkin penat kerna bermain bola tampar pantai tadi. Sehinggakan cedera dahinya. Spontan dahinya disentuh dan bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Tak sangka, kuat juga tamparan bola suaminya sampaikan dia bingung sekejap. Hahaha.

            “Eh! Datuk! Encik Haniff!” Sapa Anddy Thamzie ceria dan menarik tangan Andra dan Watif menuju ke meja Haykal dan Haniff tanpa sempat kedua-duanya menahan. Spontan Andra mengembungkan pipinya. Alongnya itu memang mengikut sedap hatinya saja. Tidak bertanya dulu padanya. Selalu begitu!

            “Come! Join us.” Haykal berdiri dan mempersilakan ketiga-tiganya duduk menyertai mereka. Bagai dicita ulam mendatang. Bagai tahu saja yang kini dia  sedang rindukan isterinya. Hehe. Isterinya dipandang. Wajah cemberut itu membuatkan dia tersenyum kecil. Kerusi yang berada di sebelahnya ditarik dan meminta agar isterinya duduk di situ dengan isyarat matanya. Namun, isterinya pula mengelengkan kepala dan memberi isyarat dengan memandang ke sekeliling mereka. Tidak ingin staff MH Holding tahu bahwa dirinya rapat dengan Datuk Megat Haykal. CEO MH Holding. Sudahlah gossip mengenai Datuk Megat Haykal mencempung tubuhnya masih belum redah. Kini pula bagaikan menambah minyak ke api. Buktinya saja tadi di dalam perjalanan ke café kelihatan staff-staff MH Holding yang berbisik-bisik memandangnya. Apa lagi? Pastilah tengah bergossip tentangnya. Huh!

            “Duduklah Angah...” Arah Anddy Thamzie dan menolak lembut tubuh adiknya ke sisi Haykal. Tersengih Haykal dibuatnya. Sempat ibu jarinya dan ibu jari Anddy Thamzie di lagakan tanda mereka sebulu. Tergeleng kepala Haniff dibuatnya. Perangai Haykal itu mengingatkan dia pada usia muda mereka dahulu. Haykal yang nakal dan playboy! Hahaha.

            “Dipersilakan duduk Tuan Puteri...” Sakat Haykal kepada isterinya. Tergelak kecil dia apabila Andra yang sudah duduk di kerusi yang ditarikkan khas buatnya sempat mencubit lengannya dengan geram. Tahu bahawa Andra geram dengannya saat ini.

            “Dahi okay?” Soal Haykal lembut kepada isterinya di sisi sejurus pelayan mengambil order Andra, Anddy Thamzie dan Watif. Dahi isterinya dipandang. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif yang duduk di hadapan mereka tersenyum. Teruja juga menonton drama romantic pasangan suami isteri itu.

            “Okay... Abanglah. Tampar bola tu kuat sangat. Dibuatnya Andra mati. Padan muka abang!” Rungut Andra geram dan mencubit pinggang suaminya.

            “Eh. Apa ni sayang? Janganlah cakap mati pula. Lagipun tak adanya orang mati kerana terkena bola sayang. Abang sayang tahu dengan Andra. Sampai bola tampar tu pun faham perasaan abang. Luka sikit saja. Kalau besar lukanya dan tinggal bekas tadi? Mahu kita bersanding guna topeng!” Balas Haykal. Namun, Lebih kepada gurauan. Saja ingin bergurau dengan isterinya. Seharian tidak mendengar suara dan tawa gadis itu pasti dirinya tidak senang duduk. Spontan Haniff, Anddy Thamzie dan Watif tergelak besar. Tidak meyangka yang CEO MH Holding yang serius itu membuat lawak seperti itu pada isterinya. Lebih-lebih lagi pabila wajah Andra merah menyala saat ini kerana menahan geramnya.

            “Abang!!!” Menjerit kecil Andra dibuatnya. Dicubit lengan suaminya dengan sekuat hati. Nakal sungguh Datuk Megat Haykal. Berani kenakan isterinya. Jika dirumah, dia saja yang menjadi mangsanya. Hahaha.

              “Ops! Sorry. Sorry. Abang gurau sajalah sayang....” Pujuk Haykal dan menyusun sepuluh jarinya tanda maaf. Lagaknya saat ini benar-benar mencuit hati Haniff, Anddy Thamzie dan Watif. Kelihatan seperti suami yang takutkan isteri saja. Tergeleng kepala mereka dibuatnya.

            “Apa sorry? Sorry? Tunggulah balik rumah. Abang tidur luar!” Balas Andra dan berpeluk tubuh. Menjeling suaminya di sisi. Terbeliak mata Haykal dibuatnya.

               “Eh! Sayang! Janganlah macam ni. Main kasar nampak!” Balas Haykal tak puas hati. Tersenyum Andra di dalam hati. Haykal? Tidur luar? Alih-alih dia yang mengikut suaminya tidur di luar. Hahaha.
                 “Amboi Kal. Takut isteri nampak!” Sakat Haniff kepada Haykal. Spontan Haykal membesarkan matanya memandang Haniff di hadapannya.

                “Eh! Bila masa aku takut isteri? Ini bukan takut isteri bro. Tapi sayangggg. Dengar tu AT. Sayangkan isteri macam nilah. Belajar dari saya.” Balas Haykal selamba dan memandang abang iparnya. Tergelak Anddy Thamzie dibuatnya. Adik iparnya itu benar-benar lawak. Adakalanya lelaki itu bersikap tegas dan berdisiplin sewaktu kerjanya. Namun, pabila waktu lengang, lelaki itu mampu menjadi seorang pelawak antarabangsa! Hahaha. Salute dengan adiknya. Andra di sisi suaminya menjulingkan matanya. Eh! Eh! Suaminya itu. Boleh-boleh pula membuat lawak antarabangsanya di sini.

                “Abang…” Panggil Andra dengan suara yang mendatar dan merenungnya tajam. Terhenti tawa Haykal dibuatnya. Liurnya diteguk. Gulp! Wajah isterinya sudah berubah dan dia pasti aura merajuk Andra pasti akan mengambil tempat. Spontan Haykal berdehem membetulkan suaranya.

               “Errr. Aira tadi ada call abang. Dia kirimkan salam sayang dan rindu pada awak.” Kata Haykal tiba-tiba. Sengaja ingin mengalihkan tumpuan isterinya dan menutup cerita mereka tadi. Jika tidak tak ke sudah isterinya merajuk dengannya nanti. Hahaha. Andra pula spontan bersinar-sinar matanya pabila mendengar nama anak daranya disebut.

               “Oh ya? Waalaikumsalam wbt. Rindunya dengan Aira. Aira okay tak Andra tak ada dekat rumah?” Balas Andra teruja. Sehingga diluar sedar memegang lengan kiri suaminya. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif yang melihat pasangan suami isteri tersebut tersenyum. Pandai sungguh Haykal. Tahu untuk membuat isterinya tidak jadi untuk merajuk! Hahaha. Haykal yang melihat respond isterinya itu tersengih. Sempat Haniff, Anddy Thamzie dan Watif dijeling dan mata kanannya dikenyitkan nakal. Mood isterinya spontan berubah pabila mendengar nama Aira. Hahaha.

          “Okay sayang. Aira tak sabar tunggu kita balik.” Balas Haykal dan tersenyum. Andra spontan tersenyum lebar. Dia juga tidak sabar untuk balik dan bertemu dengan Aira. Aira. boleh dikata seperti other half dirinya. Satu hari tidak bertemu dengan gadis itu membuatkan dia terasa sunyi. Ada sahaja yang dibuat dan dibualkan dengan Aira.

          “Alhamdulillah. Andra pun tak sabar nak balik. Nanti kita datang bercuti balik dekat  sini ya dengan Aira. Kita bawa Mia sekali. Boleh tak Encik Haniff?” Balas Andra teruja dan memandnag Haniff yang berada di hadapan mereka. Haniff tika itu khusyuk melihat kedua-duanya tercengang memandang Andra.

           “Arh?” Soalnya bingung. Tersenyum Andra dibuatnya.

         “Nanti saya nak bawa Mia bercuti di sini balik bolehkan? Please…” Soal Andra penuh mengharap dan menyusun sepuluh jarinya merayu pada Haniff. Tercengang Haniff dibuatnya. Haykal spontan dipandang.

          “Better kau bagi green light for our queen ni Niff kalau tak nak Andra culik anak engkau.” Kata Haykal selamba dan tersengih. Seperti faham maksud pandangan Haniff padanya. Pastilah ingin meminta izin darinya. Haykal faham sungguh dengan sikap isterinya. Jika itu katanya maka itulah. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif pula spontan tergelak.

          “Saya tak hairanpun Datuk kalau Andra ni boleh culik anak Encik Haniff ni.  Budak ni bukan betul sangat.” Sampuk Anddy Thamzie dan mengelak pabila Andra membuang tisu yang berada di atas meja kepada alongnya. Geram! Alongnya itu memang suka menyakatnya.  Tergelak Haykal dibuatnya.

          “Along!” Balas Andra geram. Cemberut wajah Andra dibuatnya.

          “Okay! Okay! Saya setuju. Awak bawalah Mia ke manapun Andra. Asalkan awak jaga dia dengan baik. Bagaimana awak ambil dia dari saya, begitulah juga awak balikkan dia pada saya.” Kata Haniff mengalah. Kedua-dua tangannya diangkat tanda mengaku kalah. Hahaha. Dia tiada masalah kiranya Andra dan Haykal ingin membawa ke manapun anaknya pergi. Kerna dia percaya, bahawa kedua-duanya mampu menjaga Mia dengan baik dan seperti anak mereka sendiri. Buktinya sebelum ini, sampaikan tidak ingin pulang Mia mengikut mereka pabila sudah ditinggalkan bersama-sama Andra dan Haykal. Balik-balik juga membandingkan masakan mamanya dengan Andra pabila dirumah. Sampaikan merajuk isterinya dibuatnya. Hahaha.

           “Yay! Alhamdulilllah. Thank you Encik Haniff. Sayang Encik Haniff!” Balas Andra teruja dan tersengih memandnag Haniff. Spontan Haykal yang berada di sisi isterinya tersentak dan terbeliak matanya memandang Andra.

        “What did you said just now? Come again?” Soal Haykal tidak puas hati dan memandang isterinya. Terdiam Andra dibuatnya. Kedua-dua tangannya menutup mulutnya malu. Hehe. Terlepas cakap sudah.

        “Eh! Eh! Tak adalah abang. Andra gurau saja tu. Andra sayang abang seorang saja.” Balas Andra dan tersengih. Lengan suaminya dipeluk manja dan dada suaminya dielus lembut. Cair Haykal dibuatnya. Spontan tahap cemberu yang tadinya 100% menjadi 0% kini. Hahahaha. Haniff, Anddy Thamzie dan Watif pula spontan tergelak besar. Aduhai. kedua-duanya memang pasangan yang serasi dan romantik. Tak bosan melihat tingkah mereka berdua.

         “Isteriku Andra, jangan nak sayang lelaki lain tahu. Lebih-lebih lagi si Haniff sengal ni. Sayang abang seorang sahaja. Dengar ni?” Kata Haykal lembut dan sempat Haniff dijelingnya. Terbeliak mata Haniff dibuatnya. Boleh-boleh pula dia dikata sengal oleh teman baiknya itu.
  
           “Amboi bro. Main kasar nampak!” Balas Haniff tidak berpuas hati. Tergelak Haykal dibuatnya. Sengaja mengenakan Haniff. Boleh-boleh pula isterinya mengatakan ‘sayang’ pada Haniff tadi. Mahu gugur jantung Haykal mendengarnya. Isterinya itu memang nakal! Hahaha.








***CINTA ENCIK DUDA***








AKTIVITI malam ini adalah majlis berbeku di tepi pantai. What can I say? Pertama kali pergi Family Day seperti ini dan aku rasa ianya agak seronok. Ada sahaja aktiviti yang diadakan. Memang takkan bosanlah jawabnya. Mak bapak aku tak pula pernah ada Family Day dekat tempat kerja mereka. Erk! Dah mak bapak engkau cikgu. Engkau expect apa? Aduhai.

            “Marilah.” Ajak Kak Watif kepadaku dan mengajak aku pergi ke tepi pantai. Ke tempat di mana acara berbeku kini sedang dijalankan. Aku yang masih berdiri di ruang lobby menguis-guiskan kakiku ke lantai dan memandang ke bawah.

            “Hei. Kenapa ni?” Soal Kak Watif hairan kepadaku. daguku ditariknya lembut agar aku mengangkat wajahku memandangnya. Mungkin sedar dengan perubahan diriku yang menjadi agak pendiam dan pemalu sebegini rupa. Bukan selalu boleh melihat aku menjadi seperti ini. Kira rewardlah tu aku menjadi pemalu dan pendiam sebegini. Kalau selalu tu, hurm mahu aku terjerit-jerit bagaikan monyet sahaja!

            “Errr. Kalau Andra tak pergi ke majlis berbeku tu boleh tak?” Soalku bodoh. Lagak seperti aku meminta izin dengan emakku sahaja. Kak Watif ku lihat menghembuskan nafas beratnya. Aku dipandang dengan penuh minat.

            “Kenapa ni? Andra ada apa-apa masalah ke? Kenapa pula tak nak pergi ke majlis tu?” Soal Kak Watif hairan. Aku mengeluh.

            “Andra malulah…” Balasku pendek dan mencebirkan bibirku. Mengerutkan dahi Kak Watif dibuatnya.

            “Malu? Malu kenapa? You tak pakai baju? Ataupun hidung you hilang? I tengok okay saja.” Balas Kak Watif selamba dan siap membelek-belek mukaku lagi. Merengus geram aku dibuatnya. Boleh tahan sengal Kak Watif ni rupanya. Spesis Alongku juga.

            “Ish! Kakak ni. Macam tu pula.” Balasku geram dan menjelingnya. Tergelak Kak Watif dibuatnya.

            “Sorry darling. I gurau saja. Tak sukalah tengok you monyok saja macam ni. Dah tak cantik dah. Kenapa ni? Tell me?” Balas Kak Watif dan tersenyum. Sempat pipi kananku dicubitnya lembut. Aku mengeluh dan memandangnya yang cantik memakai maxi dress rona putih. Cantik! Tak hairanlah jika Along terpikat dengannya dalam diam.

            “Andra malulah dengan staff MH Holding yang lain.” Jelasku jujur. Kak Watif spontan mengerutkan dahinya.

            “Nak malu kenapa? Tentang hal tadi petang ke?” Soalnya. Aku menganggukkan kepalaku pasti. Malu nyah! Semua staff MH Holding nampak aku didukung oleh Datuk Megat Haykal alias suamiku! Entah apa gossip yang mereka sudah adakan. Tak keruan aku dibuatnya. Terasa malu gila. Walau aku tak sedar waktu itu. Namun, ku pasti ada sahaja gossip jahat yang mereka fitnahkan pasal aku dan Encik Suami.

            “Andra. Listen here, tak ada apa yang you nak malu. Datuk Megat was your husband. I tak rasa ada salahnya jika seorang suami mendukung isterinya ketika isterinya pengsan.” Jelas Kak Watif kepadaku. Aku gelengkan kepala.

            “I know that. But the problem is, hanya Andra, Datuk, Encik Haniff, Along dan Kak Watif yang tahu status Andra dan suami. Tapi yang lainnya tidak. Could you imagine what would their think about me? Andra malu!” Balasku jujur. Kak Watif tersenyum dan menarik tangan kananku lembut. Digengam kemas bagi menyalurkan rasa semangatnya kepadaku.

            “Andra, I tahu kita kena ambil tahu apa pandangan orang lain pada kita. But you kena tahu, ini hidup you. You yang sendiri create and build your life seperti apa yang you nak. Bukan seperti apa yang orang lain nak. Kalau dah selalu nak tahu apa pandangan orang kepada kita, sampai bila pun kita sendiri takkan bahagaia. Just do it if you think it was right. As long, apa yang you buat tu adalah betul. Okay?” Jelas Kak Watif panjang lebar kepadaku.

            “Tapi kak…” Belum sempat aku ingin membalas kata-katanya. Kak Watif kembali memotong kata-kataku.

            “Tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang ni, I nak you ikut I ke majlis berbeku tu. Jom!” Balas Kak Watif dan menarik tanganku selamba agar mengikutnya. Tersentak aku dibuatnya. Tak dapat nak menolak bila dah Kak Watif menarikkku tanpa aku cuba untuk menolak.

            Setiba di tepi pantai, Erk! Aku menjadi kaku di sisi Kak Watif pabila rata-rata staff MH Holding terpaku memandangku. Err. Rasanya aku dah pakai baju yang sopan ni. Maxi dress rona peach paras lutut dan cardigan rona kelabu. Sopankan? Erk!

            “Kak Watif, kenapa semua pandang Andra bagaikan Andra ni seorang pesalah saja?” Soalku segan dan memandang Kak Watif di sisi. Kak Watif tersenyum dan gelengkan kepalanya. Jemariku kananku digengam.

            “Ingat apa kakak kata tadi? Jangan pedulikan apa yang orang lain kata. Just be yourself okay. Jom, Along Andra dah tunggu tu.” Balas Kak Watif dan tersenyum. Aku mengeluh. Sekelilingku dipandang. Naik segan aku pabila aku dipandang dari atas ke bawah oleh mereka. Aduhai. Aku manusialah! Bukan alien! Mahu sahaja aku menjerit seperti itu kepada mereka. Tetapi, pabila difikrkan balik, sengal pun ada. Tetiba pula menjerit bagaikan orang gila sahaja. Hahaha.







***CINTA ENCIK DUDA***






SETIBA di tempat duduk yang menempatkan Anddy Thamzie dan Latipah serta keluarganya, Anddy Thamzie mendapatkan adiknya. Tersenyum dia memandang adik kesayangannya semakin rapat dengan Watif. Sering kali dia mendengar Andra memuji Watif kepadanya. Kak Watif itulah. Kak Watif inilah. Naik bernanah telinganya mendengar. Hahaha.

            “Assalamualaikum Wbt angah. Dahi dah okay?” Sapa Anddy Thamzie kepada adiknya di saat Andra sudah tiba di sisinya. Dahi Andra disentuh lembut. Melihat dahi adiknya.

            “Waalaikumsalam Wbt Along. Alhamdulillah. Dah okay sikit dah.” Balas Andra mesra dan tersenyum. Lengan Alongnya dipeluk manja. Watif di sisi pula tersenyum memandang tingkah kedua-duanya.

            “Ye ke okay? Orang tu tadi siap menjerit-jerit lagi time mandi. Sakit katanya.” Sindir Watif dan menjeling Andra nakal. Terbeliak mata Andra dibuatnya.

            “Oh ya? So masih tak okaylah ni?” Soal Anddy Thamzie risau dan menolak tubuh adiknya lembut. Dilihat sekali lagi dahi Andra olehnya. Masih lebam lagi. Andra menjuihkan bibirnya.

            “Tak adalah Along. Kak Watif tu gurau saja. Saja nak bermanja dengan Along. Katanya…” Balas Andra dan tersengih. Spontan Watif menjerit kecil dan mencubit pinggang Andra lembut. Tergelak Andra dibuatnya.

            “Ek eleh! Malu-malu pula.” Sakat Andra kembali dan bersembunyi dibelakang tubuh abangnya pabila sekali lagi Waif ingin mencubitnya. Mendengus geram Watif dibuatnya. Malu pabila disakat sebegitu rupa oleh Andra di hadapan Anddy Thamzie.

            “You… Tengoklah adik you tu.” Adu Watif manja kepada Anddy Thamzie. Tersenyum Anddy Thamzie dibuatnya.

            “Dahlah. Engkau orang berdua ni macam budak-budak saja. Jom makan. You jom.” Balas Anddy Thamzie dan mengelengkan kepalanya. Tangan Andra dan Watif ditarik menuju ke meja yang disediakan buat mereka.

            “Psst! Dik! Sini!” Spontan Andra menoleh memandang Latipah yang memnanggilnya dan menyuruhnya duduk di sisi wanita itu. Tersengih Andra dibuatnya. Kepalanya dianggukkan dan kerusi yang berada di sebelah Latipah ditarik. Didudukkan tubuhnya di sisi Latipah. Manakala Anddy Thamzie berada di sebelahnya dan Watif berada di sebelah Anddy Thamzie.

            “Dahi dah okay?” Soal Latipah kepada Andra di saat gadis itu sudah duduk di sisinya. Dahi Andra dipandang. Shhh! Boleh tahan tamparan bola boss mereka itu. Lebam dahi gadis cantik disebelahnya itu dibuatnya. Hahaha. Andra pula spontan tersengih dan memegang dahinya.

            “Alhamdulillah. Dah okay.” Balas Andra.

            “Boleh tahan juga Datuk tu. Lebam gila dahi engkau ni. Dah macam Ultraman saja akak tengok. Siap ada merah-merah dekat dahi engkau.” Balas Latipah dah tergelak. Tergelak sama Kamal suaminya Latipah, Anddy Thamzie dan Watif dibuatnya. Kedua-dua anak Latipah sudah hanyut dengan dunia makanan mereka. Hahaha.

            “Amboi akak! Main kasar nampak! Kalau saya jadi Ultraman. Akaklah dinosournya! Hahahaha!” Balas Andra nakal dan tergelak besar. Cemberut wajah Latipah dibuatnya. Lembut cemberut wajahnya pabila Kamal turut tergelak besar speeri Andra. Suaminya itu memang. Sama sahaja seperti Andra. Ada sahaja akal mahu kenakan dia.

            “Betul tu Andra. Kakak kamu ni sesuai sangat jadi dinosaur. Kalau dah bercakap tu tak sudah-sudah. Tak ada fullstopnya.” Sokong Kamal pada Andra dan tergelak. Bertambah gelak Andra dibuatnya. Sejak kenal dengan suaminya Latipah. Andra sudah mulai dapat menyesuaikan dirinya dengan lelaki itu. Orangnya peramah seperti Latipah juga. Tidak hairanlan jika mulut Latipah sebecok itu. Hahaha.

            “Amboi abang, Andra. kenakan saya nampak!” Balas Latipah geram dan menjeling kedua-duanya. Tersenyum Anddy Thamzie dan Watif dibuatnya.

            “Terasa lucu pula bila Puan Latipah dikenakan. Selalunya Puan Latipah yang kenakan orang.” Balas Anddy Thamzie dan tergelak kecil. Latipah spontan tersenyum.

            “Saya terkena oleh orang yang luar biasa sahaja Encik AT. Seperti mereka berdua ni. Sama geneticnya.” Balas Latipah selamba. Bertambahlahlah gelak mereka semua dibuatnya.

            “Andra?” Suara garau yang memanggil Andra itu membuatkan Andra yang tadinya tergelak besar terdiam memandang seorang lelaki yang berdiri di belakangnya. Lelaki itu yang memanggil namanya tadi.

            “Andra kan?” Soalnya kembali kepada Andra. Andra menanggukkan kepalanya.

            “Ya saya. Kenapa ya?” Soal Andra haran. Lelaki tadi kelihatan tersenyum.

            “Sorry ganggu. Puan Marsha minta awak berjumpa dengan dia sekarang ni juga. Puan Marsha ada dekat situ.” Balas lelaki itu dan menujukkan keberadaan Puan Marsha saat ini.

            “Err. Ye ke? Okay. Terima kasih ya.” Balas Andra dan tersenyum. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

            “Kenapa dik?” Soal Latipah. Spontan Andra memandangnya di sisi.

            “Puan Marsha nak berjumpa dengan saya sekejap. Sekejap ya. Saya nak jumpa Puan Marsha dulu.” Balas Andra dan meminta diri mendekati Puan Marsha yang sedang sibuk berbincang dengan pekerja-pekerja ROYAL Resort yang akna melayani mereka malam ini.








***CINTA ENCIK DUDA***







AKU tersenyum memandang Mia yang berlari mendapatkan aku. Puan Heliza yang berada dibelakangnya hanya ditinggalkan begitu sahaja pabila melihatku turut sama ada di dalam mini hall 2. Kedua-dua tanganku spontan aku depakan dan bersedia untuk memeluk Mia yang sudah hampir padaku.

            “Kakak!” Panggil Mia ceria dan terus memelukku. Aku tergelak dan mendukung Mia ke dalam pelukanku. Digomol kedua-dua pipinya olehku. Melepaskan rinduku pada Mia.

            “Mia dah sihat? Papa kata Mia demam ya?” Soalku lembut kepadanya pabila wajahnya siap digomol olehku. Hahaha. Wajah comelnya dipandang. Memang agak berlainan wajahnya kali ini. Agak pucat.

            “A’ah. Mia demam tadi. Tapi sekarang dah baik dah. Yay!” Balas Mia ceria. Tersenyum aku dibuatnya. Pipinya dikucup mesra.

            “Andra.” Panggil suara lembut Puan Heliza kepadaku. Spontan aku menoleh memandang Puan Heliza yang sudah berada di sisi kami. Senyuman manis aku berikan kepadanya dan menyalam tangan Puan Heliza penuh hormat.

            “Puan, sihat?” Sapaku kepadanya mesra. Puan Heliza tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya.

            “Sihat. Kamu?” Soalnya kembali kepadaku. Aku tersenyum.

            “Alhamdulillah puan. Sihat juga. Seperti yang puan lihat sekarang ni.” Balasku kepadanya.

        “Mestilah sihatkan kalau dah bekerja satu syarikat dengan encik suami. Hati tengah bahagia.” Sakatnya kepadaku dan mengenyitkan matanya nakal. Spontan aku menoleh memandang sekeliling kami. Takut-takut ada staff MH Holding yang mendengar perbualan kami tadi. Aku belum bersedia lagi. Jangan ditanya aku kenapa.

         “Don’t worry. Tak ada orang yang dengar.” Seperti faham Puan Heliza berkata seperti itu kepadaku. Berkerut dahiku memandangnya.

            “Puan tahu?” Soalku. Puan Heliza menganggukkan kepalanya.

            “Suami saya BFF suami awak. Suami awak pula BFF suami saya. So?” Jelasnya dan tersenyum. Tergelak aku dibuatnya. Ya. Aku lupa itu. Pastilah Puan Heliza tahu. Di antara suami dan isteri itu tiada rahsia bukan?

            “Sampai bila nak rahsiakan ‘hal’ ni?” Soal Puan Helizan penuh makna kepadaku. Aku terdiam memandangnya. Bibir digigit. Entah apa yang harus ku jawab. Aku sendiri tidak tahu kenapa harus aku sembunyikan statusku yang sebenar. Yang ku tahu aku tidak ingin staff MH Holding melayaniku dengan layanan yang istimewa hanya kerana aku isteri big boss mereka dan aku tidak ingin mereka bergossip tentang diriku dan suamiku nanti. Pasti ada mulut-mulut nakal yang mengatakan bahawa aku ini anak ikan suamiku sahaja. Namun, lihat sekarang? Bagaikan seorang pesalah sahaja aku dibuatnya. Termakan sendiri aku dengan permainan yang aku aturkan.

            “Andra.. Err. Andra..” Balasku gugup.

            “Andra?!” Suara Puan Marsha yang memanggil namaku itu membantutkan aku untuk meneruskan kata-kataku. Spontan Puan Marsha yang berada di atas pentas dipandang. Puan Marsha kelihatannya melambaikan tangannya memanggilku. Seperti faham aku menangkat tangan kananku tanda ‘sekejap’. Puan Heliza kembali dipadang.

            “Maafkan saya puan. Saya kena pergi dulu. Puan Marsha dah panggil saya tu. Tentang ‘hal’ tu. Nanti saya jelaskan pada puan ya.” Balasku padanya serba salah. Namun, Puan Heliza kelihatannya tersenyum dan anggukkan kepalanya.

            “Tak apa. Saya faham. Buatlah kerja awak. Kalau free nanti kita jumpa okay.” Balas Puan Heliza lembut. Tersenyum aku dibuatnya. Kepalaku dianggukkan dan Mia pula yang berada di dalam dakapanku dipandang. Sejak tadi anak itu hanya mendengar perbualan kami berdua. Mungkin kurang faham tentang hal yang kami bualkan membuatkan dia hanya diam dan memerhati kami berdua.

            “Mia, maafkan Kak Andra ya. Kak Andra ada kerja sikit. Nanti kakak datang balik dan temankan Mia okay.” Balasku kepada Mia. Mia menujukkan jari kelingkingnya kepadaku. berkerut dahiku dibuatnya.

            “Maksud Mia? Kakak tak faham.” Soalku hairan. Mia tersengih dan mengambil jemari kananku. Jari kelingkingku disangkutkan dengan jari kelingking miliknya.

            “Promise? Promise yang kakak temankan Mia nanti?” Soalnya kepadaku dengan mata bundarnya. Aduhai. Comel sekali. Jika sahaja aku punya anak seperti Mia. Erk! Aku melalut lagi. Haha.

            “Mia… Dengar ni..” Panggilku kepada Mia lembut dan menghuraikan jari kelingkingku dan jari kelingkingnya tadi. Tercengang Mia dibuatnya. Puan Nazirah pula hanya tersenyum memerhati kami berdua.

            “Tak baik tahu berjanji seperti ini. Lebih baik berkata ‘In Shaa Allah’, kerana semua yang terjadi adalah kerana izin Allah swt. Faham tak ni?” Jelasku kepada Mia dan memandangnya. Tersenyum aku di dalam hati. Berkesan sekali apa yang suamiku nasihatkan kepadaku. See! Walau aku begini nakal dan hyperactive orangnya. Adakalanya juga gila-gila. Namun, aku mendengar dengan baik semua nasihat yang dia berikan kepadaku. Bhahaha.

            “Jadi tak bolehlah berjanji macam tadi lagi?” Soalnya polos. Aku tergelak dan anggukkan kepalaku. Rambut Mia dielus lembut.

            “Ya sayang. Boleh tak?” Balasku padanya. Mia tersenyum dan anggukkan kepalanya.

            “Boleh! Nanti Mia nak bagi tahu pada papa dan uncle handsomelah. Boleh tak kakak?” Soalnya Pula kepadaku kembali. Tergelak aku dibuatnya dan memandang Puan Nazirah di sisi.

            “Layankan sangat Mia tu Andra.” Kata Puan Heliza kepadaku sambil menggelengkan kepalanya. Tersengih aku dibuatnya. Aku tidak suka budak. Serius aku kata! Tetapi entahlah, semenjak berkahwin dengan encik suamiku, sikapku mulai berubah. Mulai suka pada kanak-kanak dan bersikap sedikit keibuan. Adakah ianya merupakan satu petanda bahawa aku akan bakal menjadi seorang ibu?  Erk!






***CINTA ENCIK DUDA***






DATUK MEGAT HAYKAL dan Haniff yang baru tiba ke dalam mini hall 2 tersenyum melihat mini hall yang gamat dan ceria seperti sebuah kindergarten! Hahaha. Lagi melucukan pabila melihat Andra, isterinya berada di atas pentas sedang menari chicken dance. Sumpah lawak! Selamba saja isterinya itu menari tanpa memperdulikan keadaan sekelilingnya. Malahan, Andra kelihatan gembira dan seronok dengan tariannya. Apatah lagi anak-anak staff MH Holding yang berada di dalam mini hall 2 saat ini. Tegreleng kepala Haykal dibuatnya.

            “Nampaknya ada orang tengah buat ‘show’ dekat sini.” Bisik Haniff perlahan dan tersenyum memandang isterinya Haykal di atas sana sedang menari mengikut suka hatinya sahaja. Hahaha! Sempat matanya meliar-liar mencari isterinya dan anaknya Mia. Spontan dahinya ditepuk pabila melihat isterinya dan anaknya juga turut terjebak sama dengan sikap hyperactive isterinya Haykal itu.

            “Aduhduh! Heliza dan Mia dah kena syndrome down isteri engkau doh!” Katanya tidak percaya. Tergelak besar Haykal dibuatnya. Spontan bahu Haniff ditumbuk perlahan.

            “Cakap baik sikit bro. Yang syndrome down tu jugalah buat aku angau. Makan tak basah. Mandi tak kenyang!” Balas Haykal dan tergelak. Spontan Haniff mendencit dibuatnya.

            “Cit! Peribahasa pun boleh salah ke bro? Apa dah! Makan tak kenyang mandi tak basahlah!” Balas Haniff dan gelengkan kepalanya. Tersengih Haykal dibuatnya. Lehernya digaru menutup malunya.

            “Ye ke bro? aduh. Engkau tahukan, Bahasa Melayu aku failed sikit.” Balasnya membela diri. Mencebik Haniff dibuatnya. Failed lah sangat. Cakap sahaja mata pelajaran apa, semuanya Haykal memperoleh keputusan yang cemerlang setiap kali peperiksaan di sekolah. Siap bermadah bagai pula. Punyalah beria Haykal memujuknya untuk ke sini. Dia yang tengah sedap-sedap melantak ikan bakar tadi terpaksa berhenti pabila Datuk Megat Haykal dah memujuknya tak sudah. Terpaksa diturutkan juga kehendak teman baiknya itu.

            “Papa! Uncle Handsome!” Suara jeritana ceria Mia itu spontan mengejutkan mereka berdua. Spontan Mia yang sedang berlari mendapatkan mereka itu dipandang. Eh! Eh! Dah siap ke tarian chicken dance Andra tadi? Tak sedar rupanya dah siap tarian tersebut. Hahaha.

            “Mia! My Princess!” Sapa Haykal mesra dan mendepakan tangannya kepada Mia yang menerpa padanya. Didukung Mia dan dipeluk anak Haniff itu ke dalam pelukannya penuh kasih.

            “Uncle Handsome! Mia rindu dengan uncle!” Balas Mia ceria. Tersenyum Haniff dibuatnya. Anaknya itu memang manja dengan Haykal. Buka-buka saja matanya wajah Haykallah yang dipandang. Hahaha.

            “Uncle pun rindu dengan Mia. Mia dah siaht dah?” Balas Haykal lembut. Mia tersenyum dan anggukkan kepalanya.

            “Good girl.” Sambung Haykal dan dikucup pipi tembam Mia penuh kasih.

            “Uncle handsome, tadi Mia menari tau dengan Kak Andra. Tu hah Kak Andra dekat situ! Tengah berbual dengan mama.” Jelas Mia kepada Haykal dan menujukkan Andra yang sedang berbual dengan Heliza. Tersenyum Haykal dibuatnya.

            “Ya? Pandai tak Auntie Andra menari?” Soal Haykal ingin tahu. Tergelak Haniff dibuatnya. Temannya itu tak sudah-sudah membahaskan Andra itu sebagai ‘auntie’. Namun. Mia? ‘Kakak’ tak sudah-sudah! Hahaha.

            “Eh! Mestilah pandai! Best tau! Uncle handsome nak join sekali ke?” Soal Mia. Tergelak kecil Haykal dibuatnya.

            “Taklah sayang. Uncle dan papa berdiri dekat sini sahaja. Mia pergilah ikut menari dengan Auntie Andra ya. Oh ya, sampaikan salam sayang uncle pada dia ya. Promise?” Balas Haykal pada Mia nakal. Tergeleng kepala Haniff di sisi dibuatnya. Sempat lagi Datuk Megat Haykal!

            “Tak naklah!” Balas Mia dan mengembungkan pipinya. Berkerut dahi Haykal dibuatnya. Tak nak?

            “Maksud Mia? Mia tak nak sampaikan salam uncle pada auntie ke?” Soalnya hairan. Namun, anak itu menggelengkan kepalanya.

            “Bukanlah uncle. Mia kata Mia tak nak berjanji dengan uncle. Kak Andra kata tak baik berjanji dan buat macam ni.” Jelas Mia dan menujukkan jari kelingkingnya pada Haykal.

            “Kalau macam tu, Auntie Andra kata berjanji bagaimana?” Soal Haykal ingin tahu. Sempat isterinya yang sedang berbual dengan Nazirah di hujunga sana dipandang. Kelihatan begitu seronok sekali mereka berbual sehinggakan Haykal dan Haniff di situ tidak dipandang.

            “Kak Andra kata, adalah lebih baik berkata ‘In Shaa Allah’. Sebab…” Balas Mia namun belum sempat Mia menyudahkan kata-katanya tadi. Haykal sudah menyambung kata-kata Mia.

            “…sebab setiap yang terjadi kerana izin Allah swt.” Sambung Haykal dan memandang isterinya kembali. Tersenyum Haykal dibuatnya. Andra mendengar nasihatnya? Terasa bangga pabila isterinya itu berkata seperti itu pada Mia.

            “Eh! Yalah! Macam mana uncle tahu?” Soal Mia hairan. Haykal yang kembali memandang Mia itu tersenyum.

            “Sebab uncle suami Auntie Andra. Mestilah uncle tahu. Dahlah. Mia jangan lupa tahu sampaikan salam sayang uncle pada Auntie Andra. Okay sayang?” Balas Haykal dan mengusap rambut Mia lembut. Tersenyum lebar Mia dibuatnya. Kepalanya dianggukkan dan kedua-dua pipi Haykal dicium.

            “Papa tak nak sayang?” Soal Haniff berjauh hati. Anaknya itu jika sudah berjumpa dengan Haykal pasti akan terlupa akan dirinya. Tergelak manja Mia dibuatnya. Dia yang masih berada di dukungan dan pelukan Haykal memanjangkan tangan dan tubuhnya pada Haniff. Haniff pula sengaja mendekatkan wajahnya pada Mia. Dikucup kedua-dua pipi Haniff penuh kasih oleh Mia. Tersenyum lebar Haniff dibuatnya.

            “Sayang papa!” Balas Mia ceria dan turun dari pelukan Haykal. Berlari anak dia mendekati Andra dan Nazirah.

            “Bye Papa! Bye Uncle Handsome!” Jeritnya jari jauh. Haykal dan Haniff hanya mengangkat tangan mereka dan tersenyum. Setelah Mia tiba di sisi Andra. Sekali lagi Mia pula didukung oleh Andra. Spontan Andra menoleh memandang suaminya pabila Mia membisikkan sesuatu padan telinganya. Tersenyum manja Andra memandang suaminya. Haykal yang perasan akan senyuman isterinya itu spontan mengenyitkan mata kanannya nakal. Haniff pula yang melihat situasi tersebut spontan berpura-pura batuk.

            “Uhuk! Uhuk! Nak termuntah aku tengok engkau orang berdua ni. Dah kemaruk sangat ni! Cepat dapat baby oi!” Sakat Haniff nakal dan tergelak besar pabila Haykal yang masih tersenyum menmandang isterinya dan tidak menoleh memandang di sisi ingin menolak kepalanya namun tidak dapat kerana Haniff cepat-cepat menjauhkan dirinya dari Haykal. Ish! Ish! Inilah lagak orang angau! Sudah berkahwin. Tetapi lagak seperti sedang bercouple seperti anak-anak muda sahaja! Ops! Haniff lupa! Andra itu memang anak muda. Tetapi Haykal? Erk! Hahahaha.








***CINTA ENCIK DUDA***







PERNAH tak rasa seronok pabila tiba bab ‘girls talkings’ dengan girlfriend? Itu yang aku rasa sekarang ni. Berada di dalam bilik seperti ini bersama Kak Watif dan Ika membuatkan hatiku terasa terhibur. Aku tidak punya kakak. Cuma ada abang dan adik lelaki. Akulah kakak dan adik kepada mereka. Jadi aku tidak pernah merasa bagaimana rasanya punya kakak. Meluangkan masa dengan Ummi itu memang selalu. Ummi sudah ku anggap seperti teman baikku sendiri. tetapi, jujur aku katakana agak berlainan sebenarnya meluahkan perasaan dengan orang yang bergelar kakak dan ibu. Agak berbeda. Dengan Along, Achik dan Acu aku lebih bersikap hyperactive dan lasak dengan mereka. Pabila dengan Along, kami berdua memang agak rapat. Berkongsi masalah dan saling bertukar cerita. Namun, adakalanya ada sesetengah perkara seperti hal wanita yang aku tidak dapat kongsikan dengan Along kerana pasti dia juga tidak mengerti dan mempunyai pengalaman akan hal tersebut.

            “So, awak dah bertunang?” Soalku kepada Ika meminta kepastian. Kerna menurut katanya tadi, dia sudah bertunang dan akan berkahwin pabila tamat study nanti. Cincin emas tanda ikatan pertunangan juga tersarung kemas di jari manisnya.

            “Ya Andra. Saya dah bertunang. Dah 4 kali awak tanya. Tak percaya ke gadis muda speerti saya dah bertunang?” Soal Ika kembali dan tersenyum memandangku. Kening kanannya dinaikkan nakal. Aku tersenyum dan menoleh memandang Kak Watif di sisi yang turut tersenyum memandangku. Faham mungkin maksud senyumanku itu.

            “Saya percaya awak. Zaman sekarang ni, ramai orang muda macam kita dah mendirikan rumah tangga. Malah ada yang mendirikan rumah tangga ketika masih di dalam pengajian. Persoalan yang sebenarnya bukanlah usia. Akan tetapi, tanggungjawab. Tanggungjawab yang akan kita jalankan. Maafkan saya sebab berulang kali bertanya pada awak. Saya cuma tak percaya yang awak yang pendiam ni di dalam diam sudah bertunang.” Jujur aku katakan kepada Ika. Ika kelihatannya terdiam dengan kata-kataku tadi. Mungkin tidak menyangka aku akan berkata seperti itu kepadanya mungkin. Hahaha. Aku akui, sejak berkahwin dan bergelar seorang isteri, aku juga berubah menjadi seorang yang semakin matang dari segi pemikiran. Err. Adakalanyalah. Walaupun, pada dasarnya aku masih dengan hyperactive dan keterencatanku. Hahaha.

            “Betul tu Andra, Ika. Kak Watif pun rasa macam tu juga. Kamu berdua kena bersyukur sebab dikurniakan jodoh dengan begitu awal dan dapat merasa bagaimana rasanya berkahwin di usia muda kelak. Tapi Kak Watif? Di usia sebegini belum punya tunang apatah lagi suami. Adapun teman lelaki, kakak yang pikat dia. Dah terbalik pula.” Sokong Kak Watif. Tergelak aku dibuatnya. Kasihan Kak Watif. Along jahat sungguh. Membuat Kak Watif ternanti-nanti akan dirinya. Kak Watif, cantik orangnya. Jika disambar oleh lelaki lain nanti putihlah matanya. Padan muka!

            “Erk! Chop! Maksud Kak Watif? Andra dan Ika?” Soal Ika bingung. Sejak kami bertiga secara rasminya menjadi roommate sepanjang family day ini, Ika pun secara rasminya memanggil Kak Watif sebagai ‘kakak’ di atas permintaan Kak Watif sendiri. Walaupun pada mulanya Ika agak takut-takut dengan Kak Waif. Yalah, Kak Watif merupakan salah satu arkitek syarikat. Kami ini hanyalah budak practical sahaja.

            “Arrhh? Errr. Maksud Kakak… Err.” Tergagap Kak Watif menjawab dibuatnya. Spontan aku dan Kak Watif saling berpandangan. Mampus! Kenapa boleh tersasul ni. Mataku aku besarkan sedikit memandang Kak Watif. Mengisyaratkan kepadanya agar tidak mendedahkan hal yang sebenarnya kepada Ika. Masanya belum tiba lagi.

            “Ehem-ehem. Err. Sebenarnya maksud Kak Watif tadi, saya dan awak dah ada pasangan. Err. Macam mana ya nak terangkan,. Hurm. Sebenarnya saya dah ada ‘teman hidup’. Awak pula dah bertunang. Itulah maksud Kak Watif tadi. Kan Kak Watif?” Sampukku pula dan memandang Kak Watif. Kak Watif tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya. Lehernya juga digaru. Pasti kalut.

            “Oh. Boyfriend maksud Andra?” Soal Ika kembali inginkan kepastian. Spontan aku dan Kak Watif anggukkan kepala kami cepat.
      
      “Hah! Boyfriend. Betullah tu.” Jawabku dan Kak Watif pantas dan dengan suara yang sedikit lantang. Sehinggakan Ika tersentak oleh kami berdua.

            “Eh! Jomlah tidur. Dah lewat ni. Esok pagi nak bangun awal lagi.” Ajakku tiba-tiba dan cepat-cepat melangkah ke katil tempatku tidur. Tidak ingin memanjangkan lagi cerita kami tadi. Nanti tak pasal-pasal Ika dapat mengorek rahsiaku.

            “A’ahlah. Dah lewat ni. Kak Watif pun nak tidur dulu. Good night ladies.” Sokong kak Watif pula dan turut mengikutiku ke katilnya. Tersengih aku memandangnya yang sudah baring di katil sebelahku.

            “Eh! Awal lagilah!” Kedengaran suara tidak puas hati Ika kepada kami berdua. Tersenyum aku di dalam hati dibuatnya. Bantal yang berada di sebelahku aku ambil dan mukaku ditutup. Membiarkan Ika yang dulunya pendiam itu membebel dengan sendirinya. Hahaha.








***CINTA ENCIK DUDA***








HAYKAL cuba untuk menyembunyikan senyumannya pabila melihat respon isterinya. Tahu, bahwa Andra bengang dengannya saat ini. Tahu, bahwa Andra geram dengannya saat ini. Namun, dia sengaja ingin menguji kesabaran isterinya itu. Erk! Okay! Kena mengaku! Bukannya nak uji kesabaran sangat pun. Akan tetapi, kerana Haykal rindukan isterinya. Sehari tidak bermanja dengan ANDRA membuatkan akalnya susah untuk berfungsi dengan baik. Hahaha.

            Oleh kerna itu, Haykal sengaja memanggil Andra ke biliknya hanya kerna semata-mata untuk meminta isterinya membuatkan dia air susu suam. Sejak berkahwin dengan Andra, sememangnya isterinya itu tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya melayan makan dan minum Haykal. Acap kali sebelum Haykal tidur, pastikan dibuat olehnya segelas susu suam. Kegemaran Haykal sebelum tidur. Maka, pabila mereka sedang berada di dalam keadaan kritikal sebegini, Haykal mula mencerna dan mengambil kesempatan di atas tanggungjawab isterinya yang satu itu. Yalah. Dah hanya itu yang mampu dia ugutkan pada Andra. Takkan nak ugut bagi tanggungjawab batin pula. Memang disekeh Andra kepalanya laju-laju. Hahahaha.

            “Resort 5 bintang macam ni takkan tak sediakan service penghantaran susu suam ke bilik kot. Nak juga aku yang sediakan. Ingatkan kalau dah tengah bercuti ni, tugas aku yang satu ni pun ikut cuti. Rupanya tidak. Gasaklah kerja dengan laki sendiri. Rumah engkau jumpa. Office pun engkau jumpa juga dengan muka handsome dia. Nasib. Nasib. Nasib...” Bebel Andra perlahan. Takut didengari oleh suaminya. Bebel-bebel juga. Hati suami kena jaga. Hehe.

“Apa dia Andra? Awak bercakap dengan abang ke? Abang tak dengarlah...” Soal suara garau Haykal tiba-tiba. Spontan Andra berhenti membancuhkan susu suam buat suaminya. Kepalanya ditolehkan ke belakang dan sengihan diberikan buat suaminya. Terkantoi sudah! Hehehe. Haykal memang. Tahu saja apa yang isterinya buat dibelakangnya.

“Hehehe. Tak. Takkk ada apa-apa abang. Sekejap ya.” Balas Andra cepat dan tersenyum kelat. Wajahnya kembali dipusingkan ke hadapan dan meneruskan kerjanya di mini dapur yang terdapat di dalam chalet tersebut. Dah bilik VVIP. Engkau expect apa yang ada? Jangankan dapur. Entah-entah kapal terbang pun ada dalam bilik ni. Erk! Propa lebih! Haha.

Haykal yang melihat keletah isterinya spontan tersenyum kecil dan gelengkan kepalanya. Sengaja ingin mengenakan Andra tadi. Bukan dia tidak mendengar apa yang Andra bebelkan. Dengar. Dia tak salahkan Andra. Salah dirinya juga. Sengaja ingin menyusahkan isterinya. Orang kata manja tahap gaban. Buat susu pun nak isteri yang buatkan. Booo. Tak malu! Tapi nak buat macam mana? Itu sahaja alasannya untuk berjumpa dengan Andra di malam-malam seperti ini. Tak dapat nak tidur bersama malam nipun tak apa. Sekurang-kurangnya dia dah cuci mata tengok wajah cantik isterinya sebelum tidur. Tup-tup Andra berubah fikiran mahu tidur dengan tidur dengannya malam ni. Hurm. Memang lompat bintanglah dia jawabnya. Hehehe. Gelak jahat.

“Nah...” Spontan Haykal tersentak pabila tiba-tiba saja segelas susu suam disuakan tepat ke mukanya. Mana tak terkejut. Andra siap suakan gelas yang berisi susu tersebut tepat-tepat ke wajahnya. Tergeleng kepalanya dengan sikap nakal isterinya itu. Bagaimana dia tidak bingung dibuatnya. Kepalanya diangkat dan wajah isterinya dipandang dengan pandangan bingung.

“Arh?” Soalnya sedikit bingung. Andra yang sedang berdiri dipandang. Eh. Eh. Baru perasan. Andra cantik malam ni memakai pajama satin rona merahnya. Ni mesti kes dah nak masuk tidur ni. Andra pula yang masih memegang segelas susu suam tadi menjulingkan matanya ke atas. Suaminya itu. Sudah mahu nyanyuk ke apa. Tahulah sudah bergelar warga emas. Tapi takkan susu pun dah tak kenal? Tadi beria sangat nakkan susu. Ish. Ish. Ish. Nasib engkaulah Andra berkahwin dengan suami yang berusia ni.

“Susu abanglah. Abang ni....” Balas Andra dan memandang suaminya geram. Spontan Haykal kembali dapat mencerna maksud isterinya dan tersedar. Senyuman malu dihadiahkan buat isteri tercinta. Terlalu khusyuk usha bini sendiri sampaikan mengkhayal entah ke planet mana.

“Oh. Sorry... Thanks sayang.” Haykal mengambil gelas susu suam yang dihulurkan oleh isterinya dengan senyuman manis. Andra hanya mampu mengelengkan kepalanya. Haykal. Adakalanya membuatkan dirinya geram juga.

You are most welcome abang. Okaylah, kerja Andra pun dah selesai. So, sekarang Andra nak balik ke bilik Andra. Takut nanti Kak Watif dan Ika tercari-cari Andra menghilang ke mana pula tengah-tengah malam macam ni.” Balasnya dan ingin berlalu pergi. Namun, belum sempat Andra berlalu tangannya ditarik oleh Haykal dan spontan Andra terduduk di riba haykal.
     
       “Abang!!!” Jerit Andra geram pabila susu yang diberikan kepada Haykal tadi 100% tertumpah pada Andra. Ya tertumpah! Diulang kembali, T.E.R.T.U.M.P.A.H! Yang teruknya, habis basah pajama’s milik Andra dibuatnya dan rambutnya yang dikat satu dan tinggi tadi habis basah lecun dek air susu suam yang dibuatkan buat suaminya tadi. Hah! Ni baru betul kalau orang kata nak ‘mandi susu’! Hahahaha.

            “Ops! Errr. Sorry sayang.” Balas Haykal serba salah dan tersengih. Tak sangka perbuatan spontannya itu menjadikan Andra sebagai mangsanya. Aduhai. Kasihan sungguh. Isteri siapalah yang berlumuran dengan susu ni. Hahaha. Spontan Andra yang berada di ribanya mengembungkan pipinya dan memandang Haykal geram. Berpeluk tubuh Andra memandangnya.







***CINTA ENCIK DUDA***






BATHROB diambil dan dipakaikan ke tubuhku. Setelah itu, tuala yang berada di tempat menyimpan tuala pula ku ambil dan ditutupkan pada rambutku yang basah. Tirai mandi yang memisahkan ruang basah dan kering bilik mandi ku tarik dan berjalan ke mendekati cermin. Perlahan-lahan tuala tadi yang menutup rambutku ditarik. Wajahku yang terpantul di cermin saat ini dipandang. Rambutku yang basah membuatkan aku tersenyum kecil dan menggelengkan kepalaku. Aduhai. Nakal juga suami aku rupanya. Selamba badak sahaja menarikku duduk diribanya sehinggakan jatuh gelas susu suam tadi ke tubuhku. Nasib tak panas. Cuba sahaja tika itu susu yang ku berikan kepadanya adalah susu yang panas. Tak ke melecur wajah mak yang cantik ni you alls? Erk! Hahaha.

            “Sayang?” Suara garau yang memanggil namaku lembut itu menyedarkan aku kembali dari khayalanku dan spontan aku menoleh pada pintu kamar mandi. Terjengul tubuh suamiku yang berdiri bersandar dimuka pintu kamar mandi sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar tidurnya.

            “Ya?” soalku hairan.

            “Baju awak, abang dah suruh Bob hantar pada laundry. In few hours, keringlah.” Jelasnya kepadaku dan tersenyum. Bob? Ya. Bodyguard kesayangan suamiku itu turut ada di sini bersama seorang lagi temannya. Tadipun sebelum masuk ke chalet VVIP milik suamiku, aku disapa oleh mereka berdua. Berjaga dak Bob dan temannya lagi satu di luar chalet milik suamiku. Entah siapa namanya. Cuma lelaki bernama Bob itu sahaja yang ku kenal namanya. Tak ada kerja aku nak bertanyakan nama mereka satu-satu. Hahaha. Namun seketika, Berkerut dahiku dibuatnya. Laundry buka juga ke malam-malam macam ni?

            “Laundry buka juga ke malam-malam buta macam ni?” Soalku hairan. Tersenyum suamiku dibuatnya.

            “Siapa berani kata ‘tidak’ kepada Datuk Megat Haykal?” Soalnya kepadaku dan menaikkan kening kanannya. Mencebik aku dibuatnya. Hell yah! aku lupa bahawa tiada siapa boleh kata ‘tidak’ kepada Datuk Megat Haykal.

            “Berlagak!” Balasku dan kembali menoleh memandang cermin. Malas melayan sikapnya yang semakin ku rasakan semakin hari semakain nakal itu. Erk! Berapa banyak ‘semakin’ dah.

            “Erk!” Tersentak aku pabila tangan kananku yang ingin mencapai hair dryer tadi sudah didahului oleh tangan kasar suamiku. Spontan dia yang berada di belakangku saat ini dipandang.

            “Abang?” Soalku hairan. Suamiku kelihatan tersenyum.

            “Tak apa, abang tolong keringkan rambut awak ya. Abang yang bersalah. Abang yang menyebabkan susu tadi tertumpah pada tubuh awak. May I?” Jelasnya lembut kepadaku. mengeluh aku dibuatnya. Boleh tak kalau jangan terlalu manis sangat? Jika selalu begini mahu kencing manis aku dibuatnya. Tak pernah-pernah rambutku dikeringkan oleh lelaki bukan muhrimku. Melainkan Abi dan Along. Erk! Atok dan adik kembarku juga pernah. Hahaha. Kepalaku dianggukkan dan hanya menurutnya yang menyuruhku kembali menghadap cermin.

            Pantulan tubuh suamiku dan tindak-tanduknya yang sedang mengeringkan rambutku dengan hair dryer dipandang. Begitu sungguh-sungguh sekali dia mengeringkan rambutku. Terserlah kekacakannya di situ. Erk! Ketika keadaan seperti inipun aku boleh berfikir jauh seperti itu. Hahaha. Tapi jujur aku katakan, dia kelihatan kacak saat ini. Sangat kacak! Ketika serius, dia kacak. Ketika tersenyum, dia kacak. Ketika marah, dia kacak. Ketika sedih sekalipun, dia tetap kacak! Aduhai. Boleh gila bayang aku dibuatnya. Eh! Tapi tak salahkan gila bayang pada suami sendiri? Orang kata afdhal begitu!

            “Awak dah jatuh cinta dengan abangkan?” Soal suamiku tiba-tiba dan merenung wajahku melalui pantulan cermin di hadapan kami. Spontan aku yang tadinya sibuk meng’usha’ suamiku sendiri tersedar dan terpinga-pinga memandangnya.

            “Arh?” Soalku hairan. Dia tersenyum dan meletakkan hair dryer tadi di atas meja. Kedua-dua bahuku pula dipegang olehnya.

            “Awak dah jatuh cinta pada abangkan? Sampaikan tak berkelip mata awak pandang abang.” Balas suamiku dan tersenyum nakal. Uhuk! Spontan aku terbatuk dibuatnya. Erk! Dia perasan ke? Malu!

            “Erk! Perasan betullah abang ni. Tak malu!” Balasku menutup malu dan ingin menarik hair dryer yang diletakkan olehnya diatas meja tadi. Namun seketika terhenti pergerakanku pabila suamiku menarik tanganku lembut dan memusingkan tubuhku menghadapnya. Berdebar jantungku dibuatnya. Cair aku pabila dia merenung terus ke dalam mataku. Mak! Bergegar lutut aku dibuatnya. Terasa nak terjatuh sahaja bila-bila masa. Tolonglah! Tolong jangan renung aku sebegitu rupa!

            “Isteriku Andra…” Panggilnya lembut kepadaku dan mengelus lembut kedua-dua bahuku. Meneguk air liur aku dibuatnya. Serius! Suara suamiku begitu mengoda sekali!

            “Errr. Yyy. Ya.?” Balasku gagap. Gila tak gagap kalau dah laki engkau bermain dengan bibir engkau yang tak comel ni.

            “Sayang, every time that I look at your gorgeous face, I feel my heart melt in your love. I just cannot stop thinking about you. You are so caring and affectionate. Your heart is filled with compassion and love. I am so lucky to be in love with an angel. I’m just wanted you know that, you are everything for me. Awak, adalah anugerah terindah yang Allah swt berikan pada abang setelah Aira. Alhamdulillah. Abang tak tahu nak describe berapa bertuahnya abang memiliki awak. Tetapi, cukuplah jika abang kata sejak awak datang ke dalam hidup abang, abang dah mula kenal erti kasih sayang, kebahagiaan dan cinta….” Bisiknya lembut kepadaku. Tergamam aku dibuatnya.

            “Sayang, selama nafas ini masih ada, selama jantung ini masih berdenyut, abang akan mencintai dan membahagiakan awak semampu yang abang boleh. Beri abang peluang untuk mencintai awak dan peluang untuk dicintai oleh awak. In Shaa Allah. Allah swt akan merestui hubungan kita sehingga ke Jannah-NYA. Amin.” Sambungnya lagi dan mencium dahiku lembut. Terpana aku dibuatnya. Entah kenapa, aku begitu tersentuh dengan kata-kata suamiku. Di dalam kehidupan, akan ada suatu saat di mana kita akan merasa bahawa lelaki yang bergelar suami itu pabila meluahkan perasaan hatinya kepada kita, kita akan merasa terharu dan tersentuh dengan kata-kata ikhlas mereka. Ketahuilah bahawa, makhluk Allah swt yang bergelar Adam amatlah susah sekali meluahkan dan mempamerkan rasa hati mereka kepada orang lain. Lebih-lebih lagi kepada gadis yang dicintai mereka. Maka, pabila sang adam tadi telah memberanikan diri meluahkan rasa hati mereka, reaksi apa lagi yang patut diberikan buat mereka jika bukan rasa syukur, terharu dan tersentuh dengan kata-kata tersebut. Aku? Ya. Jujur aku katakan, aku terharu dengan kata-kata suamiku tadi. Apa yang dituturkan olehnya tadi benar-benar ku rasa begitu ikhlas sekali. Ya. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam  yang amat kelam. Ianya wujud namun sukar dilihat. Namun, kita dapat merasakannya bukan?

            Perlahan-lahan bibirku memberikan senyuman buat dirinya. Bukan senyuman kelat mahupun senyuman kecil. Namun, senyuman manis ku berikan kepadanya. Suamiku. Imamku. Melihat kepada senyuman yang ku berikan kepadanya, perlahan-lahan suamiku menarik pinggangku lembut merapati dirinya. Aku hanya membiarkan. Senang diperlakukan sebegitu dengannya. Mataku direnungnya lembut dan perlahan-lahan hidung mancungnya dilagakan dengan hidungku. Tersenyum aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila suamiku mulai menjalarkan bibirnya pada leherku. Terbuai aku dengan bau wangian tubuhnya. Begitu wangi sekali. membuatkan hatiku merasa tenang dengan bau tubuhnya.

            Di dalam sedar dan tidak, bibirku sudah bertemu dengan bibirnya dan tubuhku juga dicempungnya menuju ke kamar tidurnya. Aku hanya merelakan. Dia suamiku. Mungkin… ini adalah masanya? Masanya untuk menuntut haknya sebagai suamiku dan aku sebagai isterinya?  

            Tubuhku diletakkan ke atas katil dengan penuh cermat. Bagaikan tidak ingin tubuhku merasa sakit dan bibir kami yang bertamu tadi dileraikan. Seketika, ciumannya buatku dileraikan dan wajahku dipandangnya.

            “Isteriku Andra. Sudi tak awak izinkan abang?” Soalnya lembut. Namun, jelas tergambar diwajahnya dia kelihatan gentar. Aku tidak mengeluarkan suara. Apatah lagi mengangguk ataupun menggelengkan kepalaku. Namun, senyuman penuh makna aku berikan kepadanya agar dia fahami sendiri maksud senyumanku tadi. Seperti faham suamiku membalas senyumanku dan membisikkan ke telingaku.

            “Assalamualakum Wbt Isteriku.” Bisiknya lembut dan mencum dahiku. Jatuh ke kedua-dua pipiku, hidungku sehinggalah ke bibirku. Sekali lagi kami hanyut dengan dunia ciptaan kami berdua.


            Tok!


            Tok!


            Tok!


            Erk! Baru seketika, kedengaran pintu chalet VVIP suamiku diketuk dengan kuat dari luar. Tersentak kami dibuatnya. Spontan aku dan dia saling berpandangan dan…..









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






**************************************************************************** 





Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera Ladies








‘Jum’ah Mubaarakah ‘Alaikum Ya Ukhti’






ALHAMDULILLAH. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah masuk puasa yang ke-10 dan tinggal 20 hari lagi untuk kita berpuasa. Bulan Mulia yang sering dinantikan kerna ianya hanya sekali setahun menjelang. Alhamdulillah juga kerana setakat ini puasaku penuh. Walaupun ayam masak madu, Ikan masak tiga rasa, ayam goreng dan rendang tok di dapur sering kali memanggil nama-namaku untuk memakan mereka. Hahaha. *Bengong! Kamu pula bagaimana? Feel free to share your fasting day with me. Yada Yada Yada. Berlagak engkau retis! LOL!

            Kamu. Kamu. Kamu. Aku ada pengumuman nak buat ni. Starting from now, aku hanya akan update CED 3 - 4 kali sebulan. Erk! Lagak engkau makan ubat. Haha. Sehari 3 kali makan ya embak! Okay-okay! Serius! actually, aku agak busy long-break semester ni. ada banyak event and ada some project that I’ve to handle and settle it. Cewah! Mengalahkan tauke balak berjuta-juta untung khen! Nak muntah! Hahaha. But seriously wa cakap. Wa memang busy. But don’t worry. Aku akan tetap cari masa untuk update. That’s why aku membuat jadual yang sedikit teratur. 3 – 4 kali sebulan update CED. Not bad lah kan? Ada masa untuk aku update juga. don’t worry ladies, bila ada masa free aku akan tetap update juga. KALAU ada lah ye. Hahaha.

            Chop! Chop! Chop! Bertenang! Kita bincanggggg. Jangan gaduh-gaduh and jangan mengeluh. Kamu kena faham aku seperti mana aku cuba untuk faham kamu. Seperti yang aku kata, activenya aku sekarang ni di dalam dunia penulisan bukan seperti dahulu lagi. Aku bukan lagi cik penganggur tegar. Sekarang aku punya kehidupan yang baru sebagai pelajar, ehem-ehem dan ehem-ehem. Hahahahahahahahahaah. *pengsan!

            Babe, CIK PARIS TUNANG ENCIK USTAZ dan AKU CINTA KAMU  EDISI RAYA akan di updated sebelum Hari Raya ya. Alang-alang lambat, biar lambatkan terus! Haha. Aku jahat? *memangpun! Hahaha. Sorrylah babe, setakat ni aku belum buat persediaan untuk sambut Hari Raya lagi. I mean, cerpen or so on. Ekoran aku kurang aktif di dalam dunia penulisan. Alkisahnya. (1.37 pm, 19 JULY 2013, Friday)

            (1.15 am, 20 JULY 2013, Saturday) MashaAllah! Entah penyakit apa dah jadi dengan aku. Dok seronok-seronok tengah mengarang karangan tak rasmi tetiba boleh stop! Hahaha. Boleh-boleh pula sekarang ni baru dapat nak sambung. Apa dahhhh! See! Kan aku dah kata. Aku ni busy semacam. Kamu sabar sahajalah labu. Hahaha.

            Back to our topic, seperti yang sedia maklum, jika terdapat apa-apa kemusykilan dan pertanyaan silalah email aku di ratuadriananadine@yahoo.com dan juga Inbox Messager aku di FB FANPAGE Ratu Adriana Nadine. TQ.

            CED 28 PART 2? Any comment? Mesti kamu bertambah bengangkan dengan aku? hahaha. Aku memang suka tinggalkan kamu di dalam keadaan yang tertanya-tanya. I don’t know why. Aku suka buat orang tertanya-tanya. Hahaha. To make it short, siapakah agaknya yang mengetuk pintu chalet milik Datuk Megat Haykal kita ya? Silalah jawab. Jawab cik kiah. Jangan tak jawab! Hahaha.



           
Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN

Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN





B I G T H A N K  S !
To those, yang sudi jenguk CED dan BLOG DF ni berulang kali. Siap ada yang berpuluh kali. Erk! Betul ke? Ke uols tipu aku? Hahaha. Nakal tahu! Tapi kalau betul. Aduhai! Allah swt je tahu betapa rasa bersalahnya aku dengan uols. Aku pun readers macam uols juga. Faham apa perasaan menunggu entry yang tak berkunjung tiba. Bengang siot! Tapi aku respect ah dengan uols. Memang uols kesayangan aku! tak pernah lelah menunggu CED. Oh myyyy~ Terharu uols! Sangatsangatsangat! =’)  Lebih terharu pabila ada yang siap email dan Inbox Messager aku dekat Facebook bertanyakan diriku. sihat ataupun tidak. Darling, thanks for your concern. Hanya Allah swt mampu membalasnya. Tak sangka uols ambil berat tentang aku. *Walaupun aku tahu uols sebenarnya ambil berat tentang Encik Duda aku. LOLS!* A J


Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 28  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Penggunaan gaya bahasa dan penulisan memang santai dan tidak memgikut format BM yang sebetulnya. Begitu juga dengan BI. Chill sudehhh~ Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! A J

Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. JMuch appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia. Punya perasaan.








It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feeling… J Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!








We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J









Till then,














Sincerely,