Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 6 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 12












AKU CINTA KAMU 12





AKU melemparkan newspaper yang baru Ben bawa tadi di atas meja kopi ruang living roomku. Berjalan berulang alik dari hujung sana ke hujung sana sambil berpeluk tubuh sampaikan terjuling mata Ben melihatku. Erk! Siapa suruh mata engkau tu ikut je ke mana perginya aku. Hah! Sekarang padan muka. Terbaring engkau dibuatnya. Hehe.

            “Babe! Boleh tak kau relax? Kepala aku dah pening ni asyik tengok kau ke sana ke sini berulang kali.” Rungut Ben kepadaku sambil terbaring dan memicit kepalanya. Aku merengus dan duduk di single sofa di sebelah Ben.

            “What do you expect from me Ben? To be relax in this situation? No way!” Bentakku pada Ben. Ben pula yang ganti merengus dan duduk tegak. Newspaper yang memaparkan gambar-gambar percutianku dan Tengku Ezkandar Heidi dua hari lepas di ambil.

            “Yes way! Sebelum kau setuju dengan agreement yang tengku berikan kau sendiri sepatutnya tahu yang benda ini akan terjadi. He’s a millionaire babe! Handsome and a young CEO. What do you expect after couple with him? No one will disturb you two? Cut the crap babe! Even dia orang biasa sekalipun dan orang miskin all the reporter tetap akan sibuk tentang hal peribadi youlah. You kan model terkenal. Think positive okay! Chill sudahlah. It’s a good news actually. Pada masa yang sama kepopularan kau semakin meningkat. Now, pelbagai jenis jenama dan product nak jadikan kau sebagai model mereka.  Bukankah itu satu bonus buat kau babe?” Penjelasan dari Ben yang agak panjang lebar dan padat itu membuatkan aku terdiam.

            Gembirakah aku? Entah kenapa, jauh dari sudut hatiku aku merasa yang aku seperti jadikan Tengku Ezkandar Heidi sebagai batu loncatan aku untuk terkenal. Sungguh, aku tiada niat sebegitu. Namun, seperti yang Ben kata tadi. Ada benarnya. Sejak aku dan dia berhubungan, semakin banyak yang ingin menjadikan aku sebagai model mereka dan aku semakin terkenal. Mengalahkan artis sahaja. Jujurnya, aku tidak sukakan kepopularan apatah lagi dikenali. Namun, bila difikirkan kembali. Mungkin ada benarnya juga kata Ben. Bukannya menjadikan Tengku Ezkandar Heidi sebagai batu loncatan. Akan tetapi, papa. Ya. Pasti papa akan semakin bengang kepadaku. Di mana-mana sahaja wajahku berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan. Bahkan di signboard yang besar turut ada. Tidakkah itu sudah cukup membuatkan papa tidak senang duduk? Buktinya tadi, sudah berpuluh kali papa menelefonku. Namun aku, seperti biasa. Tidak melayannya.

            He’s still your dad and he’s love you…..

            Kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan tidur malamku tidak lena. Kata-katanya sering berlegar-legar di mindaku. Ya. Dia masih papaku. Tetapi, antara dia masih sayangkan aku ataupun tidak. Aku sendiri tidak tahu akan hal itu. Jujur, aku tahu selama ini papa ada masukkan wang di bankku. Dia tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang bapa. Tapi entahlah. Bagiku itu semua tidak cukup dan wang yang papa berikan, aku salurkan ke rumah anak-anak yatim. Lebih baik begitu. Aku mungkin jahat. Tetapi aku masih ada sikap berperikemanusiaan. Anak-anak yatim itu juga sepertiku. Tiada ibu dan… entahlah. Tapi. Yang penting. Mereka lagi memerlukannya dariku. Sehingga kini juga tiada siapa tahu akan hal itu. melainkan ummi iaitu pemilik rumah anak yatim tersebut.

            “Babe!” Jeritan Ben dengan suara meninggi itu membawa aku ke dunia nan nyata kembali. Aku tercengang memandangnya di sisi.

            “Your hubby is on the line. Aku siapkan baju-baju kau dulu. Take your time.” Jelas Ben dan menyerahkan Iphone 4s ku. Aku ambil dan Ben membawa dirinya ke dalam wardrobe ku. Selepas ini aku ada pembikinan video klip lagu bagi artis terkenal. Iphone 4s diletakkan di telinga.

            “Asalamualaikum…” Sapaku padanya.

            “Walaikumsalam wife. Tengah buat apa tu? busy ke?” Soalan dari Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan aku tersenyum. Dia ni. Bertanya bagaikan tiada hari esok.

            “I just duduk-duduk je ni. Tak sangat. But after this I ada shooting video klip. Just want you know.” Jelasku padanya.

            “Shooting video klip with who?” Soalnya. Aku tersenyum. Kes cemburu ke apa ni.

            “Kenal dengan Rayyan? Pen…”

            “Tak kenal…” Potongnya. Aku tergelak. Dia ni. Memang tengah cemburu.

            “You ni. Jealouse ke?” Tembakku. Kedengaran suaranya mengeluh.

            “Gila tak jealous. Wife I dengan lelaki lain dalam satu video klip. I’m sure after this I banned video klip tu. Sakit mata je tengok!” Balasnya geram. Aku tergelak. Ada pula macam tukan? Haruslah.. Tengku Ezkandar Heidi kot. Dia sanggup buat apa saja.

            “Dah tu nak I buat macam mana? Bukannya ada adegan peluk-peluk ke apa pun sayang.” Jelasku padanya.

            “Sejuk hati I you panggil sayang. But, still! I tetap jealous okay…” Aku mengelengkan kepala. Tubuh di bawa keluar balcony. Angin yang menyapa wajahku aku biarkan.

            “You tahukan I tak suka bila you nak ganggu kerja I?” Soalku padanya. Sudah ku bilang awal-awal dulu. Aku tidak ingin dia mencampuri hal kerjaku.

            “Ok-ok. Fine! But please… Make sure you tak cair dengan Rayyan or whatever his name tu. Boleh sayang?” Pujuknya lembut. Aku tergelak kecil. Takut sangat aku curang kot.

            “Trust me okay. I setia tau!” Balasku yakin. Dia tergelak kecil.

            “I yakin pada you. Just lelaki-lelaki kat luar sana yang I tak yakin. But, Alhamdulilah. Senang hati I dengar.. Oh ya, sayang if you don’t mind. Temankan I malam ni carikan present buat weeding my friend boleh?” Usul Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku mengerutkan dahi.

            “Kawan?” Soalku hairan. Berapa banyak kawan dia ni? Mustahil Tengku Aliff dan Ragel Errick. Mereka berdua tu seperti tiada ciri-ciri ingin serius dalam satu perhubungan.

            “My friend satu Universiti dulu. Boleh ya? I tak tahu nak bagi hadiah apa ni…” Pujuknya lagi. Aku tersenyum.

            “Yes sure…” Balasku senang.

            “Ok good. By 0800 pm I’ll fetch you okay sayang. I’ve to go actually. I escaped meeting sekejap dengan daddy. Take care sayang. I love you. Emuah! Asalamualaikum…” Balasnya dan memutuskan talian.

            Bibirku masih mengukirkan senyuman. Terhibur dengan keletah lelaki itu. Benar-benar memikat hatiku. Begitu penyayang dan mengambil berat sekali akan diriku. Eh! He did what? He’s escaped meeting with his dad just because of me? Ok. What should I called it? Romantic? Sweet? Or naughty? Hehehe.

            “Errr…” Aku tercengang pabila seorang lelaki di kondo sebelah kananku sedang mengambil gambarku kini dengan camera canonnya. Erk! Selambanya dia. Even aku tengah pandang dia dan dia dah kedapatan. He’s still take my picture! Sewel ke apa mamat ni?

            “Babe?” Panggil Ben dari dalam. Spontan aku tersedar dan memandang Ben yang sedang memegang alat-alat kelengkapanku di hadapan pintu. Aku kembali memandang ke sebelah kananku dan lelaki itu kini sudah berhenti mengambil gambarku. Namun matanya asyik merenungku. Aku menoleh ke belakang. Tiada orang. Hanya aku. Dari mana datangnya makhluk Allah swt ni? Kami hanya berpandangan tanpa suara.

            “Babe!” Panggil Ben lagi dan aku kembali memandang Ben. Pantas, aku bawa tubuhku masuk ke dalam dan mengunci sliding doorku. Tak pernah-pernah aku tutup langsir. Hari ni aku buang tebiat nak tutup langsir. Ben pula hairan memandangku. Handbag Prada yang berada di atas meja aku ambil dan memakai kasut yang Ben sediakan untukku.

            “Hurm. Ben, aku ada jiran baru ke? Setahu aku kondo sebelah kondo aku tu takde orang…” Soalku hairan kepada Ben tika kami sudah berada di dalam keretaku. Ben yang sedang memandu memandangku hairan.

            “Jiran? Sejak bila? Entah. Aku tak tahu pula babe. Nantilah aku try soal siasat pak guard kat bawah kondo tu.” Balas Ben dan kembali memandang ke depan. Aku hanya menganggukan kepala. Rasa weird dengan perilaku lelaki tadi. Pelik! Cukup pelik! Tapi entah kenapa aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik bakal terjadi…..






*******************AKU CINTA KAMU******************






SEPANJANG mesyuarat, Tengku Ezkandar Heidi hanya mengelamun. Hari ini, Tan Sri Tengku Haris yang akan mengetuai mesyurat tersebut. Fikirannya kini melayang kepada cik wifeynya. Terasa tak keruan pabila Triesya mengatakan bahawa dia akan membuat video klip dengan penyanyi lelaki terkenal. Entah siapa namanya. Tengku Ezkandar Heidi. Bukannya berminat dengan dunia hiburan. Sejak-sejak mengenali Triesya barulah dia tahu serba sedikit mengenai dunia hiburan. Jika tidak jangan harap. Company,kereta sportnya dan perempuan adalah minatnya selalu.

            Tan Sri Tengku Haris yang melihat perilaku anak terunanya itu tersenyum dan mengelengkan kepala. Entah kenapa anak terunanya itu berkelakuan seperti itu. Sekejap-sekejap melihat handphone. Sekejap-sekejap pula memandang jam. Tak pernah dibuatnya sebelum. Bergaduh dengan kekasih barang kali. Desis hati Tan Sri Tengku Haris. Kepala digelengkan. Orang muda. Darah panas lagi. Seperti dirinya jua dulu.

            “Daddy dengar Tengku Amsyar dah balik..” Tan Sri Tengku Haris memecahkan kesunyian di antaranya dan Tengku Ezkandar Heidi yang berada di dalam kereta waktu itu. Mereka berada di dalam kereta mewah milik Tan Sri Tengku Haris  dan di dalam perjalanan untuk makan tengah hari. Tengku ezkandar Heidi spontan memandang daddynya. Kening dikerutkan.

            “Bila? Que Ez tak tahu pun…” Balas Tengku Ezkandar Heidi hairan. Tan Sri Tengku Haris tersenyum.

            “Macam mana nak tahu kalau Que Ez sekarang ni sibuk dengan Triesya yang cantik tu. How was the holiday? Miang semacam daddy tengok gambar kamu di newspaper tu. Dapat menantulah hendaknya daddy hujung tahun ni…” Sakat Tan Sri Tengku Haris kepada anak terunanya yang tersenyum dengan muka merah itu. Malu mungkin. Ketika dia melihat newspaper yang ditunjukkan oleh Puan Sri Tengku Melissa itu, matanya ingin saja tersembul keluar. Anak terunanya ini. Romantiknya terlebih sehinggakan memeluk anak dara orang sesuka hati. Jika diizinkan dia ingin keduanya dinikahkan cepat. Lagi pula, Triesya anak Dato’Syed Al-Azhar itu sesuai dengan anaknya. Dia pula dengan Dato’ Syed Al-Azhar memang rapat selama ini. Memandangkan isteri mereka adik-beradik.

            “Err. Daddy ni.. Kenakan Que Ez pula. Hurm. About that, kena Tanya tuan badannya dulu. Kalau dia dah bagi green light. Malam ni juga Que Ez nak nikah dengan dia…” Balas Tengku Ekzandar Heidi dengan sengih nakal. Malu juga bila ditegur seperti itu. Tapi apa nak buat. Kalau dah sayang tu. Kalau boleh duduk nak rapat je. Tak nak renggang. Lagi pula, memang sengaja Tengku Ezkandar Heidi memberi kebenaran agar gambar mereka disiarkan. Biar hubungannya dan Trieysa tidak menjadi rahsia. Cuma yang dikesali pabila percutiaan romantic mereka terganggu.

            “Amboi anak teruna daddy. Nakal!” Balas Tan Sri Tengku Haris dengan gelak kecil. Bahu tengku Ezkandar Heidi ditepuk lembut.

            “Like father like son dad.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal. Tambah kuat gelak Tan Sri Tengku Haris dibuatnya. Memang mereka berdua sama saja. tapi pabila dah jatuh cinta dan setia. Mereka akan cinta dan setia sampai nafas terakhir….








************AKU CINTA KAMU****************








“YES DONE! Thanks Trish.” Suara lega Micheal yang merupakan pengarah bagi video klip Rayyan menyapa telinga. Aku menghembuskan nafas lega. Terasa rimas dengan lelaki di sebalahku ini. Tahunya sejak tadi merenungku tak sudah. Naik meremang buluku olehnya. Terasa seperti dia terlalu menjiwai wataknya sebagai seorang peminat fanatic aku itu.

            “Thanks Trish. I bet mesti video klip bagi lagu I ni akan gempak. Because ada perempuan cantik macam you…” Kata Rayyan pula kepadaku dan memegang tanganku. Aku tersenyum kelat dan menarik tanganku dari pegangannya. Gila ke apa! Kang encik Hubby aku tu tahu. Masak engkau!

            “Most welcome. I’ve to go.. Congrates for your new song.” Ucapku padanya sebelum pergi meninggalkan dia di situ. Penggambaran yang dibuat di tepi pantai itu benar-benar menguji kesabaranku. Panas terik di sekitar pantai berbeza panasnya. Nasib sun block siap-siap sudah dipakai tadi.

            “Are you okay?” Soal Ben sewaktu aku duduk di sebelahnya yang duduk di kerusi di tepi pantai. Tuala yang di hulurkan oleh Ben aku ambil. Make up ku hari ini hanya neutral sahaja. Jadi tiada isu make up cair ataupun sebaliknya.

            “Okay. But penat sikit. Can you give me a bottle of water? Aku dahagalah Ben.” Balasku pada Ben dan menyambut huluran bottle mineral yang diserahkan oleh Ben itu. Penutup ku buka dan menuguknya penuh tertib. Tak ke mana larinya air tu sayang. Kat situ juga. Melainkan aku yang minum bagi kurang. So chill sudah.
           
            “Tengku call tadi. Just wanna make sure kau okay. Haha. I think he’s jealous. Siap Tanya kat aku ada ke tak si Rayyan tu sentuh kau. Masaklah babe. Lepas ni terpaksa ambil job yang tak melibatkan lelaki…” Jelas Ben. Aku mengerutkan kening dan memandang Ben.  Senyuman kecil terukir di bibirku. Lelaki itu. Takut sangat aku beralih arah agaknya.

            “Where’s my phone?” Soalku pada Ben. Ben mengambil handbag Pradaku yang berada di atas meja. Iphone 4s ku di ambil dan diserahkan kepadaku.

            “Rindu ke?” Sakat Ben. Aku tergelak dan mencubit pinggangnya. Mengadu sakit Ben olehku. Jemari menekan screen Iphone 4s ku dan Iphone ditekap ke telinga. Menanti si dia menyambut panggilanku.

            “Asalamualaikum wife. How was the day?” Kedengaran suara Tengku Ezkandar Heidi yang ceria menyapaku. Aku tersenyum. Entah kenapa, sejak beberapa hari ni aku senang dengan dirinya.

            “Walaikumsalam hubby. Great. But penat sikit. You? I baru habis shooting ni. But still kat sini lagi. Around 0500 pm like that I geraklah.” Balasku padanya. Sempat mataku menjeling Rayyan yang sejak tadi tersenyum-senyum memandangku. Entah apa yang dia senyumkan.

            “Me too. But rindu dengan you. Tak sabar nak jumpa you malam ni baby. Kasihan you. Why don’t you kerja dengan I?”  Balas Tengku Ezkandar Heidi. Aku mengerutkan dahi.

            “Kerja dengan you? As what? Secretary?” Soalku padanya hairan. Yelah. Apa lagi kerja yang boleh dia berikan padaku selain pekerjaan satu itu. Tapi bukankah pekerjaan itupun sudah diambil Burn? Hehehe.

            “Jadi wife I sepenuh masa.. Yang halal untuk I…. Boleh? I akan berikan apa saja yang you nak…” Balasnya padaku. Aku terdiam dan mengetap bibir. Corak perbualan kami tadi yang lebih kepada gurauan kini ku rasa sudah mulai serius.

            “It’s not the right time to discuss about it tengku. Please…” Balasku padanya. dia mengeluh. Bukan niatku. Tetapi hubungan kami masih baru dan aku masih belum punya perasaan cinta buatnya. Apatah lagi cita-cita ingin berkahwin dengannya.

            “Ok…” Balasnya dengan suara lemah. Aku mengaru kepala. Merajuklah pula. Dia ni suka betul merajuk.

            “Err. Janganlah macam ni… Aduh. I tak pandai pujuk orang okay.” Balasku padanya.

            “Then,you should try it. Belajar. So next time kalau I merajuk lagi you dah tahu nak pujuk macam mana.” Balasnya dengan suara mendatar. Aku mengeluh. Iphone dipandang. Jika Iphone itu adalah Tengku Ezkandar Heidi sudah ku baling-baling ke tanah. Ish!

            “But I…”

            “Oklah. I’ve to go. Asalamualaikum.” Potongnya di saat aku ingin membalas. Aku memandnag Iphone 4s ku kembali dengan mulut yang terlopong. He did what? Dia matikan panggilan! Ish! Geram!

            “Dah kau ni kenapa? Macam orang mati laki je.” Tegur Ben yang kembali duduk di sisiku itu. aku merengus dan berpeluk tubuh. Kepala di garu. Macam mana eh nak pujuk orang merajuk ni?

            “Babe. Do you have any suggestions nak pujuk orang merajuk ni macam mana? Speacially a guy…” Soalku malu-malu. Ben mengerutkan dahinya memandangku. Tetapi bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Jahat!

            “Tengku merajuk ke?” Tembak Ben. Aku tersengih dan menganggukkan kepala.

            “Kenapa?” Soal Ben hairan.

            “Dia nak aku jadi wife dia sepenuh masa. I mean wife yang halal buat dia. Dia kata dia akan beri apa saja yang aku nak asalkan aku setuju. Could you imagine that? Kenal pun baru je. Dah nak kahwin? Amatlah tidak logic. Aku nak hidup bebas dulu.” Luahku pada Ben. Ben tergelak.

            “Alahai. Manjalah pula Tengku yang handsome tu. Kalau aku babe, aku setuju je. Senang cerita. Tak usah nak penat-penat buat ni semua. Yang aku tahu goyang kaki kat rumah and dalam bank dah bertimbun duit laki aku bagi.” Balas Ben selamba. Spontan aku mengetuk dahinya.otak jahat betul dia ni.

            “Sakitlah!” Rungutnya. Aku mencebik.

            “That’s why bukan kau. Tapi aku. Aku bukan orang macam tu. Kalau boleh biarlah aku berkahwin dengan orang yang aku cinta.” Jelasku pada Ben. Ben tersenyum.

            “But he’s love you.” Balas Ben. Aku memandang Ben di sisi.

            “Yes. But I’m not. Tak kejam ke dia cintakan aku tapi aku tak.” Balasku padanya. Kasihankan dia kalau macam tu.

            “Memanglah kejam. But orang kata lebih baik bersama dengan orang yang cintai kita. Terjamin bahagianya.” Balas Ben. Aku diam saja. tak tahu nak balas apa lagi. Betullah apa yang Ben katakan tu.

            “Oh ya. I’ve an idea. Why don’t you bake a cake for him.” Balas Ben lagi. Aku mengerutkan dahi. Buatkan kek buat Tengku Ezkandar Heidi? Nak ke dia?

            “Cake? Dia nak ke?” Soalku ragu-ragu. Ben tergelak.

            “Tengku Ezkandar Heidi? Nak tak nak. Kalau dah suka tu tetap dia nak juga.” Balas Ben dengan tawa. Aku tersenyum. Ya. Orang kata kalau kita dah suka. Semua tentang dia kita suka. Yelah kot. Harap-harap dia suka…
           
            “Ok jom!” Balasku pada Ben dan berdiri. Rambut diikat. Ben memandangku hairan.

            “Eh! Nak ke mana?” Soal Ben hairan.

            “Nak belikan bahan untuk buat cake lah.” Balasku pada Ben dan menarik tangannya.

            “Aku kena ikut ke?” Soal Ben bodoh lagi. Aku merengus.

            “Wajib ikut. Kalau tak siapa nak drive kereta aku? Dah tu kau nak balik guna apa? Bukan ke kita share kereta tadi?” Soalku hairan. Spontan Ben menepuk dahinya dan tergelak. Hei! Bengong betul budak ni.






***********AKU CINTA  KAMU***********






TENGKU EZKANDAR HEIDI merenung wajah cantik yang memakai maxi dress rona pink itu. Cantik! Rambutnya pula diikat satu. Senyuman dari bibir gadis itu semakin lebar apabila melihatnya yang menyandar di pintu Ferrarinya. Sengaja dia tak nak naik ke atas. Tunjuk protes. Triesya. Kadang-kadang harus diberikan pengajaran juga supaya tahu menjaga hatinya.

            “Asalamualaikum hubby.” Sapa Triesya ceria dan menyalam tangan Tengku Ekzandar Heidi yang serius itu. Tersenyum kecil dibuatnya. Merajuk macam budak-budak je.

            “Walaikumsalam wife.” Balas Tengku Ezknadar Heidi dan mencium dahi Triesya seperti selalu. Balasanya Triesya mencium kedua pipinya. Walaupun merajuk. Tebiat itu harus diamalkan. Dapat merapatkan kasih mereka. Kononnya…

            “Masih merajuk ke?” Soal Triesya manja dan tangan kirinya memegang tangan Kanan Tengku Ezkandar Heidi. Tangan kanan triesya pula memegang sekotak kek. Tengku Ezkandar Heidi merenung wajah cantik di hadapannya. Macam mana nak merajuk kalau orang cantik dah berdiri di hadapannya. Cair terus. Lebih-lebih mendengar suara manja itu memanggilnya hubby. Manja gila.

            “Yes…” Balas Tengku Ezkandar Heidi pendek. Rajuknya dah hilang. Cuma sengaja ingin menguji Triesya. Sejauh mana kesungguhan gadis itu memujukknya. Triesya tergelak kecil.

            “Kalau I bagi sesuatu… Hubby masih merajuk tak?” Soal Triesya lagi. Sengaja suaranya dimanjakan. Mana tahu Tengku Ezkandar Heidi cair. Hehe. Tengku Ezkndar Heidi mengerutkan dahi memandang kekasih hatinya. Lebih-lebih lagi kotak bulat rona putih yang dipegang Triesya. Apa tu?

            “Terpulang kepada ‘sesuatu’ tu…” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum dan melepaskan tangannya dari tangan Tengku Ekzandar Heidi. Kotak kek di pegang dengan kedua-dua tangannya. Tutup kotak dibuka.









            “Tada! I’ve made this for you. Vanilla blueberry mouse cake. Istimewa untuk you… Err. I hope you like it. Vanilla is your favourate right? And blueberry is mine. So I hope you like it. It’s about us. Between you and me.” Balas Triesya teruja. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum memandang vanilla cake yang dibuat Triesya. Comel. Rona putih dan ditengahnya terdapat blueberry. Tersenyum lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya tahu akan kegemarannya itu. Vanilla cake. Blueberry? Akan mencuba untuk suka kerana itu juga kesukaan Triesya.

            “Thank you sayang..” Balas Tengku Ezkandar Heidi terharu dan mencium dahi Triesya. Triesya pula tersenyum lebar. Misinya memujuk sang arjuna sudah Berjaya. Lega hatinya melihat senyuman dari bibir lelaki itu.

            “Betul ni you yang buat?” Sakat Tengku Ezkandar Heidi. Menjerit kecil Treisya dibuatnya.

            “Eee! Betullah! Penat tahu orang balik kerja then buatkan cake untuk dia. Dia siap kata bukan orang yang buat. Merajuklah macam ni…” Rungut Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi tergelak. Terhibur dengan celoteh manja gadis itu.

            “I gurau jelah. Thanks sayang. I tak sabar nak makan cake yang sayang I buat.” Balas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Teringin ingin merasa air tangan gadis cantik itu. Triesya tersenyum.

            “Tahu takpe. Habiskan tau!” Balas Triesya nakal. Terjengil mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Haha.






*************AKU CINTA KAMU**************






AKU mengerutkan dahi memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Dia pula tengah tersenyum-senyum memandang ke depan. Jemari kananku kemas di dalam gengamannya. Dia nikan. Pelik betul orangnya. Tak habis-habis nak sakitkan jantung aku.

            “Handsome sangat ke I sampaikan you tengok I nak makan je?” Bisiknya ke telingaku. Spontan aku mencubit lengannya geram. Mengerang kesakitan encik hubby aku tu. Padan muka!

            “Sakitlah yang… You ni. Kalau tak jerit mesti cubit I.” Rungutnya manja dan mengosok-gosok tangannya. Sempat lagi aku di sisi di jelling. Aku mencebik. Baru tu dah mengadu sakit. Belum aku baling periuk belanga ke muka dia. Baru rasa langit tu tinggi ke tidak.

            “You kata nak minta temankan you carikan present for your friend??” Soalku hairan. Dia tergelak dan menyandarkan kepalanya di bahuku. Erk. mamat ni. Tercium bau wangian rambutnya. Wangi.

            “I dah bookedkan suite honeymoon untuk mereka berdua. Benda kecil je. I saja nak spend time dengan you. Kalau I tak kata macam tu sure you tak nak ikut kan? So now, just enjoy this moment babe. One more things that you should know, this is my first time also watching movie at cinema with girl… Trust me.” Jelasnya padaku dan tersengih. Sempat pipiku di ciumnya. Merengus kasar aku dibuatnya. Selamba air cap badak dia je nak kiss aku.

            “You ni semua first time. Keluar dari hutan ke apa. Nama je playboy. So selama ni dating dengan gf keliling pinggang you kat mana? Hutan?” Sindirku padanya. Dia tergelak kecil.

            “Nahh. At café or restaurant most of time. Jumpa macam tu je. Nak ke cinema macam ni. Ada je reporter yang ikut I.” Jelasnya dan halakan matanya ke screen besar di hadapan. Aku hanya mampu gelengkan kepala. Dia sanggup sewa satu hall ni untuk kami berdua. Besar ya amat pula tu hall ni. Hanya ada dua orang bodyguard Tengku Ezkandar Heidi di belakang sana dan juga seorang pekerja panggung wayang ni. Sengaja Tengku Ezkandar Heidi membawa bodyguard hari ini kerana kami berada di tempat awam. Sedangkan tadi pun ada yang mencuri gambar kami berdua dan ada yang tertoleh-toleh memandang kami.

            “Tak marah ke gf-gf you tu? Tak merajuk?” Korekku darinya. Dia menjelingku sekejap dan tersenyum.

            “Most of them are materialistic dear. Merajuk? Bagi jelah kredit kad. Confirm diamlah tu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba. Terlopong aku dibuatnya. Dia ni.

            “You tak serius ke dengan mereka semua tu?” Soalku hairan. Dia tersenyum.

            “Mereka semua tu hanya tempat I hilangkan boring je…” Balasnya selamba. Terjengil mataku dibuatnya.

            “Then, how about me?” Soalku ingin tahu. Dia memusingkan tubuhnya agar berhadapan denganku. Kedua tanganku dipegangnya. Dikucup penuh kasih.

            “You’re different. Totally different. Deep inside my heart. I’m really fallen in love with you sayang and I really want to marry you. I know I bukanlah lelaki yang terbaik buat you. But I promise you. I’ll try to be the best for you. Every single day, I want you always happy with me.  Trust me….” Jelasnya penuh makna.

Begitu cintakah dia padaku? Adakah perasaannya itu ikhlas buatku ataupun hanya untuk bermain dan hilangkan kebosanannya? Aku tiada jawapan itu…..







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G











****************************************************************************







DING DONG!







DING DONG!








DING DONG!











ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA AWAKNYER~










P/S :: HI Peeps~ How was the story? Satisfied enough huh? Rasanya dah panjang sangat dah tu cik kak oi =) Rasanya lah…. Hehehehe. Kalau tak panjang juga nanti kite beli tali eh. Supaya panjang~ Hahahahahahah. Aku melalut di situ. MAAFKAN SAYA =)




P/S :: AGAIN, maafkan aku jika ada kesalahan ejaan, perkataan dan ayat sepanjang cerita ini berlangsung hendaknya. Ceh! Skema sungguh. Huhu. Juga, maaf jika ada yang terlebih dan tidak bersesuaian dengan adat orang timur kite. Like I said before, it’s just a story dear. Don’t took so harsh about it. Chill sudeeehhh ukeh! Ambil yang positivenya sahaja. Aku ulang, yang postivenya sahaja. About the negative side pula just ignore it ukeh. =) Please. Please. Please! Hahahhaha.




P/S :: ALL READERS kata, Que Ez and Triesya was so romantic. I’m glad to hear that. But honey’s it’s still the beginning. Bagaimana mereka agaknya selepas ini? Dapatkah mereka bersama? Bagaimana pula dengan hubungan Triesya dan papanya? Adakah mereka akan berbaik? And surprise! Who’s the mysterious guy? Jiran? Look weird huh. Keep follow me ukeh! Semuanya akan terbongkar satu demi persatu =) Hwaiting~




P/S :: Erk! Mencinya~~~ Tetiba aku serius semacam! Boleh pula macam tu? Eh! Haruslah! Nikan Ratu Adriana Nadine a.k.a budak terencat yang suka melalut tak tentu hala! Hehehehehe. Whatever.




P/S :: FEEL FREE TO DROP UR COMMENT =) MUCH APPRECIATED IT. BIG THANKS TO ALL THE READERS YANG SUDI DROP BY AND TINGGALKAN JEJAK ANDA. =) SAYANG KAMU!!!!!!






Till then,




SINCERELY,

11 comments:

  1. siapa yg berani tngkap pic triesya tu?..ishhhh nk kena ngan que ez nie..
    que ez jgn kuat jelezz tau, triesya tetap baby manja que ez sowg je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. jengjengjeng. kite tgu next n3 ukeh =) hehe
      Ye ye! kite setuju! Triesya baby Que Ez sorang je. hehe.
      awak,
      thanks sudi comment n drop by =)

      Delete
  2. satisfied2!!!
    best3!!! ^__^___^
    hwaiting ur next entri...
    >___<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. alhamdulilah~
      thanks awak sudi drop by n comment =)
      hwaiting~

      Delete
  3. Hai buat suspen je ye... siapakah jiran Triesya yg
    sebenarnya.... jgn lupa sambung lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe
      kite saje nak bermain dengan perasaan. alaala sinetron giteww. slu gantung je. hehe
      erk. a'ah la. sapa eh jiran dya. lupalah.... ehehee =P
      THANKS wak =)
      4 dropping by n comment.

      Delete
  4. entah2 jiran triesya tu tengku amsyar x??
    main teka aje.

    ReplyDelete
  5. a'ah Siti..kita pun rasa jiran Triesya tu TA...huhu.. Ratu cepat2 la bagi dorang dua tu tunang/khawin dulu..nak gaduh2 manja lepas tu pun x pe..x sabar nak baca entry y panjang2 n sweet2 gitu....hihi.. TQ Ratu.

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear,
      no comment wak. kite tgu jelah n3 seterusnya ukeh :)
      heee uwc awak =)
      thanks sudi comment yer =)

      Delete