Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 7 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 13









Aku cinta kamu bab 13






PUAN SRI TENGKU MELISSA mengerutkan dahi memandang vanilla cakes yang berada di dalam freezer. Setahunya dia tiada membuat kek tersebut. Apatah lagi membeli. Lagilah suaminya yang gemarkan perisa coklat itu. Tengku Erissa Hani? Lagilah tak logic! Budak tu kalau boleh 24jam dimatanya. Semua tentang Tengku Erissa Hani dia tahu. Termasuk apa yang Tengku Erissa Hani beli. Kening dikerutkan. Takkan anak terunanya yang kacak itu… Kepala digelengkan. Takkanlah. Suddenly pula nak belik kek. Tetapi, di dalam banglo tersebut hanya Tengku Ezkandar Heidi yang berminat dengan perisa vanilla.

            Kotak kek tersebut dikeluarkan dan di simpan di atas meja dapur basah. Tidak dipeduli pembantu-pembantu rumahnya yang sedang membuat kerja mereka dengan cekap. Sarapan untuk pagi itu sudah dimasak oleh Puan Sri Tengku Merissa sendiri. Memang di banglo itu hanya dia yang akan memasak untuk keluarganya. Biar suami dan anak-anaknya merasa air tangannya. Pembantu rumah hanya mengemas dan membuat kerja lain sahaja.

            Vanilla blueberry mouse cakes, dipotong dengan cermat. Piring yang dihulurkan oleh bik Surti di ambil dan potongan kek disimpan di situ. Pisau diletakkan dan sudu pula dicapai. Merasa vanilla blueberry mouse cakes tersebut. Erk! bersinar matanya saat itu juga. Jujur, ianya sedap sekali. pabila berada di dalam mulut terasa sekali vanillanya dan pada masa yang sama blueberry pula mengambil tempat. Sepadan sekali gabungan perisanya.

            “Mummy ada buat resepi baru ya?” Tegur Tengku Erissa Hani dan berdiri di sebelah mummynya. Baju kemeja dikemaskan. Sekejap lagi berangkat ke Collage. Puan Sri Tengku Melissa memandang Tengku Erissa Hani di sisi. Sudu dicapai dan disuakan ke mulut Tengku Erissa Hani. Gadis itu pula menurut sahaja. Seperti Puan Sri Tengku Melissa tadi. Tengku Erissa Hani juga terdiam. Matanya memandang Puan Sri Tengku Melissa.

            “So how was the cake?” Soal Puan Sri Tengku Melissa kepada anak daranya. Spontan Tengku Erissa Hani tersenyum dan menunjukkan ibu jarinya tanda sedap. Sudu di tangan mummynya di capai dan dia pula kini menghabiskan sisa kek yang berada di pinggan tersebut. Puan Sri Tengku Melissa mengerutkan dahi. Kaki di bawa melangkah ke dining room banglo tersebut. Kelihatan suaminya, Tan Sri Tengku Haris dan anak terunanya Tengku Ezkandar Heidi sedang sarapan pagi dan membaca surat khabar. Perilaku keduanya sebiji saja. Cara mereka mengangkat cawan dan membaca surat khabar juga sama. Seperti robot lagaknya.

            “Que Ez.” Panggil Puan Sri Tengku Melissa dan duduk di sisi anak terunanya. Tengku Ezkandar Heidi menoleh memandang wajah cantik mummynya di sisi. Senyuman manis diberikan.

            “Yes mom?” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Tan Sri Tengku Haris hanya memasang telinganya. Dia lebih suka mendengar.

            “Que Ez ke yang beli Vanilla blueberry mouse cakes tu?” Soal Puan Sri Tengku Merissa terus terang. Tan Sri Tengku Haris meletakkan surat khabar di atas meja. Soalan dari isterinya itu menarik perhatiannya. Apa kes pagi-pagi cerita tentang kek? Manakala, Tengku Ezkandar Heidi pula tersenyum.

            “I’m not…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman. Puan Sri Tengku Melissa mengerutkan dahi.

            “Then, siapa yang beli vanilla blueberry mouse cakes tu kalau bukan Que Ez?” Soal Puan Sri Tengku Melissa pada dirinya sendiri. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.

            “I’m not buying it… Because, Triesya bake it for me.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi terus terang. Spontan Puan Sri Tengku Melissa memandang anak terunanya.

            “Triesya yang buatkan?” Soal Puan Sri Tengku Melissa tidak percaya. Gadis cantik itu bisa memasak? Malahan kek yang dibuatnya jauh lebih sedap dari kek yang Puan Sri Tengku Melissa buatkan selalu.

            “Yes my. Why?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Mummynya seperti tidak percaya.

            “Susah nak percaya gadis cantik seperti Triesya pandai buat kek. Sedap pula tu. Mummy teringin nak belajar dengan dia. Bila Que Ez bawa Triesya datang ke sini? Kalau boleh mummy nak kamu berdua bernikah cepat. Tak manis sayang couple lama-lama ni. Banyak dapat dosa saja.” Balas Puan Sri Tengku Merissa. Memang dia ikhlas ingin jadikan Triesya menantu sulungnya. Pernikahan mereka berdua teringin dipercepatkan kerana dah tak sanggup melihat gambar-gambar Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya yang mesra itu. Berpengangan tangan dan berpelukan. Jikalau nendanya tahu. Masak dia.

            “Betul kata mummy tu Que Ez. Daddy rasa perkara yang baik mestilah dipercepatkan. Lagi pula, kamu dah lengkap segalanya. Nak harta kamu sudah ada. Kahwin saja yang belum. But, daddy terpaksa mengaku yang didikan agama kamu kurang. Daddy nak kamu  kuatkan ilmu pengetahuan agama kamu dulu. Barulah pinang si Triesya tu. Tersasar jauh anak dara daddy syed kamu tu nanti jika kamu tak dapat nak membimbingnya. Tugas seorang suami bukan hanya lafaz akad nikah dan memberi nafkah zahir dan batin. Tetapi berat tugasnya, sejurus kamu akad bermakna semua dosa-dosa isteri kamu, akan ditanggung oleh kamu. Que Ez  rasa Que Ez dapat menjadi seorang suami dan pemimpin keluarga yang baik ke? Think about it son.” Sampuk Tan Sri Tengku haris. Mengaru kepala Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Awal-awal pagi lagi sudah diberi ceramah free. Masak!

            “Err. I will dad. In shaa allah. And about bring Triesya here I think it’s not the time. She’s still doesn’t know that I’m nephew of mummy Merissa.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Jarang sekali berbohong dengan kedua ibu bapanya. Puan Sri Tengku Melissa mengeluh. Bahu anak terunanya di pegang.

            “Better you tell her first. Sebelum dia tahu dari mulut orang lain. Jujurlah pada dia sekiranya Que Ez ikhlas dengan dia. Orang perempuan ni mudah terluka Que Ez...” Nasihat Puan Sri Tengku Melissa. Spontan Tengku Ezkandar Heidi melonggarkan neck-tienya. Terasa sesak nafas pabila mendengar kata-kata mummynya itu. Bagaimana ingin berterus terang? Dia takut jika dia berterus terang nanti Triesya akan pergi jauh dan membencinya…..






******AKU CINTA KAMU*******






AKU yang tadinya berjalan masuk ke ROYAL HOTEL spontan menyembunyikan diriku di sebalik tiang besar yang terdapat di tepi lobby hotel mewah itu. Tangan kananku di simpan di dada. Terasa dengupan jantungku berdegup dengan kencang. Bebola mata aku naikkan ke atas dan setelah itu ditutup.
           
             Dengan perlahan aku membuka mata kembali. Nafas dihembuskan dan menariknya perlahan. Mencari kekuatan hati. Mataku memandang ke arah muka pintu lobby. Dua susuk tubuh itu membuatkan aku seperti ini. Dan senyuman bahagia dari bibir lelaki itu membuatkan aku teringat masa lalu…

            Kelibat papa dan auntie Merissa sedang berjalan ke kereta mewah papa ku pandang sayu. Jujur, aku rindu senyuman lelaki itu. Senyumannya di saat ada mama dan dia di sisiku. Senyumannya yang membuatkan duniaku terasa bahagia… Kini, senyuman itu bukan milikku lagi… Ianya milik wanita itu. wanita yang merampas cinta mama dari papa. Wanita yang merampas status isteri mama dari papa. Wanita yang merampas kebahagiaanku selama 5 tahun ini….

            Kejamkah aku? Aku sering kali bertanya itu pada diriku sendiri. Pada dasarnya, aku sehingga kini masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mama telah pergi tinggalkan aku. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa papa berkahwin lagi di saat kubur mama masih merah. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan pabila wanita lain menggantikan tempat mama. Aku masih tidak dapat menerima kenyataan itu…. Oleh itu, kejamkah aku? Salahkah aku membenci ayahku sendiri?

            “Sayang?” Sergah suara garau Tengku Ekzandar Heidi di belakangku itu membuatkan aku menjerit kecil dan terkejut. Jemariku di pegangannya aku tarik kasar. Terasa semangatku naik ke atas langit oleh lelaki ini. Tengah aku mengitip papa dan auntie Merissa. Dia pula mencelah.

            “Ops. Sorry-sorry. I tak sengaja.” Katanya lagi serba salah dan mengangkat kedua-dua tangannya. Aku mengeluh. Tiada niat untuk memberi respond kasar padanya. Tetapi aku tengah terkejut. Pabila kita terkejut, hatta secara semula jadinya kita akan berasa marahkan.
                       
            “Never mind. Forget it…” Balasku malas dan membetulkan rambutku. Tengku Ezkandar Heidi ku jelling mengurut dadanya lega.

            “Thanks babe. Err. Jom.” Balasnya dan menarik tanganku lembut dan melangkah ke restaurant hotel. Kami sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama memandangkan hari ini aku free dari sebarang tugas. Yakni,seperti di dalam perjanjian kami. Aku harus menemaninya. Perjanjian gila sebenarnya. Lelaki memang macam ni ke? Bila belum dapat beria-ria. Cuba kalau sudah berkahwin dan beranak pinak. Mahukah lagi dia aku menemaninya 24jam ke hulu hilir? Hah! apa perlunya aku berfikir sejauh itu? Bengong! Kahwin? Tak!







*********AKU CINTA KAMU********






TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum kecil memandang Triesya yang sedang duduk di sofa dan ralit bermain Angry Bird di IPAD itu. Dia yang meminjamkan cik wifeynya IPADnya tadi. Setelah Triesya merungut kebosanan. Kasihan melihat wajah cantik itu muram maka dia meminjamkan IPADnya kepada Triesya. Siap download kan segala game buat gadis itu menghilangkan bosan. Dan kini? Triesya tenggelam dengan dunia Angry Birdnya. Angry birdlah sangat. Gara-gara Game Angry Bird tersebut dia bagaikan tunggul kini. Triesya lebih senang bermain game dari melayannya. Hampeh betul.
                               
            Segala jenis file di atas meja kini bukan lagi menjadi tumpuannya. Tetapi wajah cantik itu yang sedang khusyuk bermain game. Sekejap keningnya berkerut. Sekejap-sekejap bibirnya mengukirkan senyuman. Sekejap-sekejap lagi pipinya dikembungkan. Comel betul! Bagaimana ingin membuat kerjanya jika begitu? Makhluk tuhan paling seksi di hadapannya ini telah mencuri perhatiannya. File sengaja di belek. Tetapi mata menjeling si kekasih hati.

            “B… Baby…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi. Bosan membisu sejak tadi. Hampir sejam. Kini, tinggal kurang dari dua jam barulah masa kerjanya tamat. Lama lagi. Takkan nak membisu sehingga habis kerjanya nanti. Namun tiada respond dari Triesya. Hampa betul! Bibir diketap. Pen di tangan dimainkan di atas meja. Sedang berfikir sebenarnya.

            “Baby make up you cair…” Cuba Tengku Ezkandar Heidi lagi. Siap kuatkan suara lagi. Namun Triesya masih buat selamba. Menjelingnya sekejap dan kembali bermain game. Sah-sah lah Triesya tak percaya. Raut wajah cantik itu bersih dari make-up hari ini. Memang itulah Triesya. Lebih suka mukanya neutral sahaja. Barulah kulit dapat bernafas. Kata Triesya, kulit pun kena berehat juga. Berehat dari segala bahan-bahan kimia tu. Apatah lagi Triesya merupakan seorang model dan stewardess pada masa yang sama. Memerlukan rupa paras yang cantik dan make up yang memikat.

            Kepala di garu. Sengal! Buat idea yang tak logicnya. Bengong sekali. Bibir kembali diketap.Tubuh disandarkan ke kerusi empuknya. Tengku Ezkandar Heidi berpeluk tubuh. Wajah cantik itu dipandang. Dia tahu, disebalik kecantikan yang dimiliki oleh gadis itu Triesya punya kisah hidup yang pedih. Trauma di atas kehilangan mama tersayang dan papanya yang berkahwin lagi setelah mamanya meninggal dunia. Pastinya triesya terasa tertekan. Siapa sangka di sebalik wajah cantik itu punya seribu satu rahsianya. Yang pasti, rahsia gadis itu kemas berada di gengamanya. Semuanya diselidik. Cuma Triesya sahaja yang tidak tahu.

            Tadi, bukan dia tidak tahu bahawa Triesya sedang menghendap papanya dan Datin Tengku Merissa. Tetapi sengaja Tengku Ezkandar Heidi buat tak tahu. Kasihan melihat wajah cantik itu bersedih. Memandang bapa sendiri dari jauh? Ok serius rasa teruk sekali rasanya. Tengku Ezkandar Heidi tidak berada di posisi Triesya. Pastinya dia tidak tahu apa perasaan gadis itu. Tapi melalui mata cantik itu dia tahu Triesya terasa down dengan hidupnya. Bercerita mengenai papanya pun  gadis itu tidak sudi. Sama ada dia benar-benar membenci ataupun tidak sanggup bercerita banyak mengenai Dato Syed Al-Azhar.

            Kepala kini dipicit. Teringat kembali perbualannya dengan Puan Sri Tengku Melissa semalam. Ada betulnya juga. Sampai bila dia ingin menipu cik wifeynya? Berpura-pura yang dirinya tidak mengenali papa dan ibu tiri Triesya walaupun pada dasarnya mereka amat rapat. Dia yakin, jika Triesya dapat tahu pasti gadis itu akan memarahi dan membenci dirinya seprti Triesya membenci Datin Tengku Merissa. Nampak kejam sekali dan dia tidak ingin itu terjadi pada dirinya pula. Dia begitu sayang dan cintakan gadis itu. Benar-benar cinta.

            “Tengku. Ops! Sorry for disturbing.” Suara Burn yang memecah lamunan Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan dirinya tersentak. Triesya juga begitu. Berhenti mainnya. Tahu pula berhenti. Desis hati Tengku Ezknadar Heidi. burn  yang berada di muka pintu office nya dipandang. Kening diangkat. Serba salah burn dibuatnya.

            “Err. Sorry if I’m disturbing you guys.” Sekali lagi Burn meminta maaf dan menudukkan wajahnya sedikit. Benar-benar rasa bersalah menggangu keduanya. Ingatnya Tengku Ezkandar Heidi saja berada di dalam bilik itu. Rupanya ada bidadarinya juga di situ. Malu pula rasanya. Sempat matanya tadi menangkap bossnya itu memandang Triesya penuh minat.

            “Spill it out Burn. 5 minutes.” Balas Tengku Ezkandar Heidi tegas sambil berpura-pura menyelak file di atas meja. Ekor matanya dapat melihat Triesya yang sedang memandangnya kini. Burn pula meneguk liur. Uish! Tegas dari kebiasaannya pula si tengku ni. Desis hatinya.

            “Err. Just want you know that tomorrow you’ve meeting with BOD by 9 am and in 2pm you’ve meeting with client from Korea boss.” Jelas Burn dengan satu nafas dan padat sekali. Tengku Ezkandar Heidi hanya mengaggukkan kepalanya. Burn pula mengarukan kepalanya. Aduhai . Terasa canggung pula bila ada Triesya di situ. Selalunya boleh saja dia bergurau dengan bossnya.

            “Err. Saya keluar dulu boss, miss Triesya.” Tanpa menunggu lama Burn meminta diri untuk keluar. Sempat kepalanya ditundukkan sedikit untuk Triesya. Senyuman diberikan buat gadis cantik itu dan Triesya pula membalas.

                “Baby..” Panggil Tengku Ezkandar Heidi. Triesya memandang Tengku Ezkandar Heidi dan menaikkan keningnya. Uik! Seksilah pula. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi nakal.

                “Buatkan I coffee please…” Rayu Tengku Ezkandar Heidi manja. Triesya menjengilkan matanya.

                ‘Ingat I tea lady ke?” Soal Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil. Dia tahu Triesya sedang geram dengannya.

                “Nope. You’re my wife.” Balasnya dengan senyuman manis.

                “Then?” Balas Triesya dengan kening yang dinaikkan. Game Angry Birdnya lebih memerlukannya saat ini. Eh! Game Angry Bird lebih penting eh? Err. Yelah kot.

                “A wife should make coffee for her husband. Don’t you know that dear?” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal. Yolah tu. Entah dari mana dia mendapat fakta itu. Bedal jelah.

                “Eeeee. Suruh jelah Burn yang buatkan.” Rungut Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengetap bibir. Dia ni…

                “Nak I merajuk ke?”Ugutnya. Spontan Triesya berdiri. Haha. Takut sangat agaknya dia merajuk! Terasa yang rajukannya selama ini agak teruk. Jika tidak kenapa cik wifeynya itu takut semacam jika bangkitkan hal merajuk.

                “Fine! Tak payah nak ugut segalalah! Where’s the pantry?” Balas Triesya geram dan mencerlung tajam pada wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum kecil lelaki itu dibuatnya.

                “Ask Burn…” Balasnya nakal dengan kening yang dinaikkan. Senyuman nakal terukir di bibir. Triesya merengus dan mendekati Tengku Ezkandar Heidi.

                “Ouch!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi pabila dengan geram Triesya mencubit kedua-dua pipi Tengku Ezkandar Heidi dengan kuat. Sehingga merah jadinya.

                “Hahahahahaha! Serve you right dear!” Balas Triesya nakal dengan tawa ketika berada di muka pintu. Sempat matanya dikenyitkan sebelum hilang di balik pintu. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang mengosok kedua pipinya spontan tersenyum. Manja! Desis hatinya.





********AKU CINTA KAMU***********







AKU keluar dari lif tepat jam 0945 malam. Tengku Ezkandar Heidi tidak dapat menghantarku sehingga ke atas dek kerana ada panggilan dari keluarganya. Kalaulah aku membawa kereta tadi tidaklah aku menyusahkan lelaki itu menghantarku pulang. Tetapi dia sendiri yang bertegas ingin aku menaiki teksi sahaja. Tidak ingin aku memandu.

                Leher yang sengal aku urutkan sedikit. Menghilangkan sakit di situ. Menemani Tengku Ezkandar Heidi seharian bagaikan menemani kanak-kanak berumur 10 tahun! Manja ya ampun! Teringatku kembali kejadian tadi siang.

                “This is your coffee dear Tengku Ezkandar Heidi.” Kataku padanya dengan senyuman yang sengaja di maniska. Padahal di dalam hatiku cukup geram dengan dirinya. Aku? disuruh buat coffee? Ok serius mengada lebih mamat ni. Nak je aku cepuk kepala dia. Tengku Ezkandar Heidi pula memandangku dengan senyuman manis.

                “Thanks dear wifeku Triesya.” Balasnya nakal dan mengeyitkan matanya. Spontan aku menjulingkan mataku ke atas. geram. Yalah sangat!

                “Nah!” Balasku padanya malas dan menyerahkan Mug berisi coffee padanya. Mug? Haha.. Bedal sahajalah! Aku kerutkan dahi pabila Tengku Ekzandar Heidi tidak mengambil mug tersebut dariku. Erk! kenapa pula ni.

                “Why?” Solaku hairan

                “I busy ni wife. Tolong I suakan coffee tu. Tangan I tengah bekerja ni…” Balasnya manja. Spontan aku mengetapkan bibir. Saja nak kenakan akulah ni. Mengada lebih! Kedua tangannya sengaja dimenarikan di atas papan kekunci computer.

                “Janganlah nak mengada. I dah penat-penat buatkan you minuman ni.” Balasku geram. Namun, mukanya pula dah cemberut 14 depa. Mengetap bibir geram aku dibuatnya. Dia buat lagi!

                “Fine! Nah…” Balasku mengalah dan suakan mug berisi coffee ke bibirnya. Namun tanganku pula ditarik agar  duduk di ribanya. Menjerit kecil aku dibuatnya. Nasib mug yang berisi coffee panas tersebut tidak jatuh ke tubuh kami hendaknya.

                “You!” Jeritku geram. Dia tersenyum gatal.

                “Duduk je. Bukannya I buat tak tentu pun. I kasihankan you berdiri lama.” Balasnya selamba dan tersenyum nakal. Merengus geram aku dibuatnya.

                “You ni kan…”

                “Heyp! Tak baik tahu bantah cakap hubby you. Baik you diam. Kalau tak I kiss bibir you yang seksi tu.” Ugutnya pula padaku. Spontan aku menutup mulutku dengan tangan kiri. Manakala tangan kananku memegang mug coffee tadi. Tergelak besar Tengku Ezkandar Heidi olehku. Seronoklah agaknya kenakan aku!

                “Erk!” Aku yang baru tiba di muka pintu kondoku tercengang melihat sejambak mawar merah yang diletakkan di atas alas kaki. Mata di halakan ke kiri dan ke kanan. Siapa yang bagi pada aku ni? Pelik betul! Tak pernah-pernah selama ni ada yang hantar bunga hingga ke muka pintu kondoku. Selama ini hanya di pass kepada pak guard di bawah.

                Looks weird and I’m sure ini kerja penghuni kondo mewah ni. Siapa lagi yang dibenarkan masuk ke kawasan kondo jika bukan mereka.  Di aras kondoku ini pula hanya ada dua buah rumah kiranya. Aku dan jiranku yang pelik lagi benar itu. Takkan dia?

                Kreak!

                Bunyi pintu dibuka itu mengalihkan pandanganku dari arah bunga yang mekar cantik ka arah muka pintu jiranku. Terbeliak mataku apabila dia memandangku dengan renungan tajam. Dia berdiri tegak di muka pintunya dan berpeluk tubuh. Spontan bunga tadi jatuh dari peganganku. Takkan dia yang bagi?

                Kring! Kring!  Kring!

                Bunyi deringan dari Iphoneku yang berada di dalam handbag mengembalikan aku ke dunia yang nyata kembali. Dengan cepat tubuhku aku bawa masuk ke dalam kondoku dan mengambil bunga tadi. Pintu di tutup dan dikunci. Sekarang ini pelbagai kes yang berlaku. Naik seram aku dibuatnya.

                Kesemua lampu dinyalakan dan begitu juga dengan penghawa dingin. Tubuhku di bawa ke sofa L-shapeku dan duduk di situ. Bunga di simpan di atas meja dan Iphone 4s yang berada di dalam handbag ku ambil. Tertera nama Tengku Ezkandar Heidi di situ.

                “Asalamualaikum wife. Dah masuk kondo ke?” Suara garau Tengku Ezkandar Heidi yang lembut itu menyapa telingaku.

                “Walaikumsalam. Dah. Baru je. Err. You kat mana ni?” Balasku padanya.

                “Alhamdulilah. I’m on the way nak ke rumah nenda ni. Dia nak jumpa I. Err. Sorry ya sayang I tak dapat hantar you naik ke atas. You okay kan?” Balasnya kesal. Aku tersenyum kecil. satu hal yang aku suka dengannya adalah kerana sikap ambil berat dan gentleman  nya itu.

                “Kenapa nenda you nak jumpa? Nahh~ It’s okay dear. I’m okay.” Balasku.

                “I don’t know. Ada hal yang dia nak bincang. Hurm. Senang hati I dengar. Takut sebenarnya nak biarkan you naik je kat atas sorang-sorang. But alhamdulilah. Sekarang lega hati I dengar.” Balasnya dengan lega. Aku tersenyum dan mengerutkan dahi memandang sebuah kad rona merah yang terdapat di jambangan bunga tersebut. Tubuh didekatkan dengan meja dan kad diambil dan dibaca.

                “Oh my!” Spontan kad tersebut jatuh dari pegangan tanganku.

                “Sayang? Are you okay? Sayang!”











B.E.R.S.A.M.B.U.N.G










**********************************************************







TING TONG!



TING TONG!




TING TONG!




ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.




MAAF DI ATAS KELAMBATAN ENTRY PADA HARI INI.





Aku sakittttt~ Huwarghhhh L Sorry dear……..





P/S :: HI readers! How was the story? Ok or not? I’m sorry kalau tak ok. But, I’m hope it’s okay. J  Panjang ke tidak????? Biarlah eh. Panjang ke tak. Sama je kot. Hehe.

P/S :: Babe, Aku minta maaf sekiranya ada kesalahan ejaan, perkataan, ayat dan sebagainya. Juga jika ada yang terover ke apa. Like what I said. Take positive thing only. The negative side just ignore it. Demi kesejahteraan hidup hendaknya. Hehe. J kononnyalah~ Hahaha. Maaf juga jika di dalam bab ini ada yang korang tak suka ke apa. Sorry ukeh!

P/S :: Kasihankan Triesya? Dapat tengok papa dia dari jauh je.. Sob Sob sob L Hurm. Tengku Ezkandar Heidi, hang gatai no! hahahaa. Duk kat riba eh. Gatal terlebih sudehhh~ hahahahahaha. And about the flower? Jengjengjengjeng! Siapa agaknya yang berikan bunga tu buat Triesya eh? And one more thing apa yang ada di dalam kad tu sehinggakan Triesya menjadi panic? Manakala, jirannya yang pelik lagi benar itu. kenapakah sengal semacam? Haha. Kita nantika entry yang seterusnya okay!


P/S :: THANKS FOR DROPPING BY HERE AND LEAVE YOUR COMMENT J MUCH APPRICIATED IT J TRUST ME… HEHE. OH YA. PLEASE. PLEASE AND PLEASE. DROP UR COMMENT YA! J



SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA.




Wahhh~ bagaikan misteri nusantara engkau! Hahaha. J



Till then,





Sincerely,



16 comments:

  1. HUARGGGGG..Ratu nak lagi en3 mlm nie boleh x????...Best...Best..Best... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      hehehe
      in shaa allah awak =)
      mlm ni kita update eh.
      but around 12 am like that lah.
      feel free to dropping by n drop ur comment nnti eh =)
      thanks awk sudi comment =)

      Delete
  2. best gilerr..suspen la pulak bca en3 nie..sapa la yg bg bunga kt triesya...triesya jga diri ok... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      heheh thanks awak sudi dropping by and drop ur comment =)
      hehe. suspend ke.
      a'ahlah siapa eh yang berani bgi bunga kat triesya tu. sebenarnyakan.... tet! hehe. nanti mlm kita bagitahu ukeh!

      Delete
  3. Best kan...lain dari yang lain...harap2 triesya bagitau TEH...then---hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      apa yang dari yang lain wak?
      heee . kite tgu next n3 ukeh =)
      thanks awak for dropping by and leave ur comment
      much appreciated it =)

      Delete
  4. lain daripada kebanyakan e-novel/novel sekarang nie la... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh. heee. harap dapat puaskan hati awak eh =)
      maaf jika tak best dan terkurang eh awk.

      Delete
  5. Don't worry setakat nie x menghampakan..as long as Triesya & TEH stick together no matter what.. ;).

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. thanks dear
      don't worry. their will be together until the end =)

      Delete
  6. hye.. nad n_O
    best2 tp spa jiran trish tu? spa bagi trish bunga.. waa wondering sya. hahaha..
    hah! ACK ne tmat dlm blog kha?? atau da plan nak bukukan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HI Dear =)
      Hehehe. Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehehe. ishish. wondering yer. hehe. sabar~ kita tgu n3 malam ni yer =)
      Yapz. ACK akan tamat di blog.
      begitu jga dengan e-novel yg akan dtg.
      tidak akan dibukukan. hehe =)
      cerita ciput je ni. tak sesuai. heee

      Delete
    2. yea2.. thanks! mlm ne sya mnggu n3 ACK.
      hope nad hbiskan ACK bru publish enovel yg lain.. hehehe.. O_0
      pa respon trish bila dpt thu que EZ ne nephew stepmom dia..?? hummm.. agak2 nenda que EZ ne ok ker?? hahaha...

      Delete
    3. uwc dear =)
      thanks. tgu taw! n jangan lupa drop ur comment =)
      in shaa allah. harapnya macam tulah. hehe
      respod trish n nenda Que Ez? haha. tet! hehee

      Delete
  7. Ratu agaknya jika Trish tau yg mama tiri dia mak saudara
    Que Ez dia marah tak? ataupun terus putus hubungan dgn
    Que Ez... kalau putus mesti kesian dgn Que Ez kan? nak Triesha dgn Que Ez jugak tak nk dgn org lain. Cepat sambung
    ye Ratu dh tak sabar nk tau ape yg dijeritkan oleh Triesha
    tu ye dn buat Que Ez panik je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anor,
      Hehehe. kite tak blh jawablah soalan awak tu. secret. but apa yg kite boleh kata. Triesya marah giler bila dapat athu Tengku Ezkandar heidi lelaki yang mula bertakhta di hatinya adalah anak saudara kepada wanita yang dibenci selama ini.
      ukeh awak. nnti kite smbg eh =)
      thanks sudi dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete