Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday 8 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 14










Aku cinta kamu bab 14





TENGKU EZKANDAR HEIDI, Triesya, Tengku Erissa Hani, Ben, dan Burn yang berada di living room kondo Triesya masing-masing sedang berfikir. Manakala, sejambak bunga rose tadi menjadi mangsa mereka. Berada di di atas meja coffee dan menjadi bahan siasatan mereka berlima. Jikalau bunga tersebut bisa bercakap pasti beliau akan menjerit kerana tak tertahan dek penangan mata kelima-limanya. Serius semacam.


            “Your secret admire I guess....” Celah Tengku Erissa Hani. Dia juga turut ada hari itu. Sengaja Tengku Ezkandar Heidi membawanya. Menemani Tengku Ezkandar Heidi dan Burn. Biarlah beramai. At least, tiada orang yang ketiga yang akan merasuk Tengku Ezkandar Heidi. Dia. Jika berdua dengan Triesya spontan mood nak bermanja dan miangnya datang.


            “Sampai mengugut?” Tekan Tengku Ezkandar Heidi bagi pihak Triesya yang duduk di sisinya. Semalaman dia tidak senang duduk. Tidur pun tak nyenyak. Handphone senantiasa di sisi. Manakala panggilan di antara mereka berdua juga tidak diputuskan. Biarlah Triesya tidur sekalipun. Biarlah bil melambung tinggi sekalipun. Dia tidak kisahkan itu semua. Duit. Boleh dicari. Triesya? Susah nak dapat…..


            Semalam, tika Triesya memaklumkan hal itu padanya. Hampir saja dia terexcident. Risau ya amat. Triesya pula siap menangis. Takut. Namun, pabila Tengku Ekzandar Heidi ingin berpaling dan menemaninya, Triesya membantah. Katanya Ben akan menemaninya. Legalah sikit. Ben? Bolehlah tu. Boleh dipercayai. Namun, dia tetap menelefon bodyguardnya agar menjaga Triesya diluar pintu kondo Triesya. Siap memaklumkan pada guard di situ. Awal-awal pagi pula dia sudah menelefon Burn agar mengikutnya ke kondo Triesya dan Tengku Erissa Hani diculik sebentar. Dimaklumkan pada mummy dan daddynya mereka ingin berjumpa dengan Triesya dan breakfast bersama. Mengeratkan hubungan bakal kakak ipar dan adik ipar hendaknya. Kononnyalah.


            “Burn. Make sure kau siasat tentang jiran triesya ni. Aku rasa tak sedap hati dengan mamat tu... Pelik semacam!” Arah Tengku Ezkandar Heidi. Pabila Ben bercerita mengenai jiran Triesya yang pelik itu. barulah dia terfikir dan hatinya merasa risau.


            “Maybe dia just nak ugut je kot? Takkan dia berani?” Triesya mulai bersuara. Sejak semalam memang dia takut. Tetapi pabila difikirkan balik. Mungkin ianya satu ugutan saja. Ada orang ingin bermain dengannya. First time mengalami hal sebegitu sepanjang karier dan hidupnya. Selama ini tak ada pula fanatic seperti ini.


            Sayang,
            Aku akan jadikan engkau milikku abadi dan selamanya.
            Sehingga ke titisan darahmu ianya miliku seorang!
            Nantikan aku datang menjemputmu sayang…..


            Itulah ayat yang telah menganggu ketenangan Triesya. Kadnya siap ada darah. Siapa yang tak takut jika sebegitu. Mahu sahaja dia pengsan. Jantungnya sejak semalam tak henti berdebar kerana takut.


            “Sayang, Benda ni perkara yang serius okay. Kita tak boleh nak ambil ringan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengengam jemari Triesya. Risau ya amat dan Triesya boleh kata sebegitu? Siapa yang menjerit dan menangis sakan semalam?


            “So kita nak buat apa ni?” Celah Ben yang diam sejak tadi. Selalunya mulut dialah yang paling bising. Tetapi kali ini, Dia juga terikut takut. Siapa tak takut jika diugut sebegitu. Jika dia. Mahunya dia sakit jantung. Kena-kena lagi Treisya. Bertambah risaulah dia. Dia sayangkan Triesya seperti adik kandungnya sendiri.


            “I’m still with my decision. I akan upah bodyguard untuk Triesya dan pemandu peribadi buatnya.” Jelas Tengku Ekzandar Heidi pada semuanya. Triesya di sisi dipandang penuh kasih. Diusap lembut pipi kekasih hatinya itu. Tidak sanggup jika berlaku apa-apa yang tidak baik kepada gadis kesayangannya itu.


            “Tak perlulah you…” Bantah Triesya. Dia tidak ingin menyusahkan Tengku Ezkandar Heidi. malahan pula, dia tidak suka ada bodyguard dan pemandu. Jika suka. Sejak dulu lagi dia mengupah keduanya itu. Terasa tak bebas sebenarnya.


            “Baby… I risau okay. I bukannya 24jam berada di sisi you. I tak nak apa-apa terjadi pada you.” Balas Tengku Ezkandar Heidi sungguh.


            “Yes Miss Triesya. Tengku is right. Bodyguard yang kita upah adalah bodyguard yang terlatih. They know what they do. I’m sure you’ll be saved.” Balas Burn pula. Triesya mengeluh. Badannya di sandarkan ke sofa.


            “I akan ada bodyguard dan driver…” Usul Triesya dan berpeluk tubuh.


            “Yes. Alhamdulilah.” Balas kesemuanya.


            “But…” Sambung Triesya lagi dan semuanya terdiam. Tengku Ezkandar Heidi pula spontan memusingkan tubuhnya memandang kekasih hatinya. Kening dikerutkan.

                       
            “But after I’m ready…” Jelas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan pipi Triesya dicubit geram. Tak tahu nak cakap apa lagi. Trisya degilnya amatlah melampau. Jika dia katakan hitam. Maka hitamlah.








******AKU CINTA KAMU******







TRIESYA tersenyum kecil memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Lucu sekali lagaknya. Kepala digelengkan. Begini agaknya gaya anak orang kaya dan kerabat. Tak pernah menjejakkan kaki ke pasar? Normallah tu kot bagi mereka. Namun, bagi orang yang gemar memasak seperti Triesya berlainan pula. Sejak kecil mama sudah biasakan dirinya di bawa ke pasar. Kata mama orang perempuan ni mestilah pandai menjejakkan kaki ke pasar. Dia pula sering kali menemani mama ke pasar. Tapi tu dulu, ketika ada mama. Kini… Hanya dia bersendirian dan kadang-kadang ditemani Ben. Kena pula kini dia selalu sibuk. Maka masanya untuk memasak di rumah sudah jarang. Orang kata masakan kat rumah lebih terjamin bersih dan khasiatnya. Betullah tu.       


            Topi dan sunglassesnya dibetulkan. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi. Tetapi tidak memakai topi. Hanya Ray ban hitamnya sahaja yang tersangkut kemas di situ. Kemeja long sleeve rona putihnya di lipat hingga ke lengan dan dipadankan dengan seluar slack rona khaki. Manakala kot tadi yang kemas dipakai sudah dibuka dan ditinggalkan di kondo Triesya.  Kacak! Tengku Ezkandar Heidi amat mementingkan penjagaan penampilan dirinya. Selalu Nampak kemas dan kacak.


            Manakala, Tengku Erissa Hani, Ben dan Burn tinggal di kondo Triesya. Sibuk bermain game PS3. Sehingga Satu kondo hiruk dengan suara mereka bertiga. Ketiga-tiganya sama saja perangai mereka. Nasiblah Tengku Ezkandar Heidi sudi menemaninya pagi ini.


            “Tak pernah ke pasar ke?” Soal Triesya dengan bakul rotan yang dibawa untuk menyimpan barang. Tengku Ezkandar Heidi di sisi dipandang. Siap seluarnya ditarik. Takut sangat terkena air-air yang terdapat di pasar ikan tersebut dan kakinya yang tersarung kalut kulit rona hitam berkilat dan berharga beribu itu dielak dari terkena air. Ingin sahaja Triesya tertawa berguling-guling di situ. Namun dek kerana takut penyamarannya terbongkar. Maka dia senyum sahaja.


            “Err. Honestly. Tak pernah.” Jujur Tengku Ezkandar Heidi dan tersengih. Kepala digaru. Ini adalah kali pertamanya menjejakkan kaki ke pasar. Jika tidak kerana Triesya yang berkeras ingin pergi ke pasar dan membeli bahan mentah untuk masak bagi lunch untuk berlima tengah hari itu pastinya dia tidak akan ikut sekali. Takkan nak biarkan Triesya jalan sendiri dan lebih pula apa gunanya dia. Takkan nak suruh Ben temankan Triesya. Diakan ada. Apa salahnya. Jika untuk Triesya, apa pun sanggup dibuatnya.


            “Tahu… Ketara sangat.” Balas Triesya dan berhenti memilih ikan, sotong dan udang. Fikirnya ingin membuat tom yam untuk tengah hari itu. Tengku Ezkandar Heidi di sisi pula kagum melihat cara Triesya memilih udang, sotong dan ikan. Cekap sekali. bagaikan sudah biasa begitu.


            “Ini ikan banyak bagus oh amoi. Baru sampai ma.” Si apek yang menjual ikan memulakan penjualan minyaknya. Treisya tersengih memandang apek yang memakai baju singlet itu. Keding je apek ni. Sempat dijulingkan matanya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula menahan tawanya melihat reaksi muka Triesya itu.


            “Ye ke apek?” Sakat Treisya dengan muka yang saja di kerutkan. Si apek pula tertawa. Tahu sangat dengan gelagat pelanggannya.


            “Yalah amoi cantik.” Balas apek dengan sengihan.


            “Apek semuanya berapa? Kasih murahlah apek. Kawan-kawan ma.” Balas Triesya dan menunjukkan udang,sotong dan ikan  yang dibelinya tadi. Tengku Ezkandar Heidi pula tersenyum mendengar suara Triesya itu. Terikut sekali nadanya seperti apek di hadapan mereka ini. Bahasa Melayunya tunggang langgang.


            “Alahai amoi ah. Ini sikalang ah harga ikan manyak mahal oh. Itu cuaca tidak bagus ma. Tapi disebabkan lu cantik wa kasih murahlah sama lu. Semuanya RM32 sahaja.” balas si apek dengan panjang lebar. Triesya tersenyum. Satu hal yang dia suka membeli bahan mentah di pasar. Boleh di tawar dan murah. Tak kisahlah dia ni siapa. Tak isu malu ke apa pergi ke pasar. Apa engkau hengat engkau shopping bahan mentah kat market ada kerlasss lah?! Hoho. Sama sajalah. Lagi murah rasanya.


            “Wah. Manyak murah oh apek. Tengkiu ah.” Balas Treisya dengan senyuman manis. Duit not rona merah sebanyak tiga keping dan dua keping not biru tua diserahkan kepada apek tersebut dan plastic berisi ikan,sotong dan udang bertukar tangan. Tengku Ezkandar Heidi di sisi yang bertegas ingin membayar tadi ditolak. Takkan setiap masa lelaki itu sahaja yang keluarkan duit.


            “Ini ketam lu tak mau ka moi? Mana tahu lu punya husband mahu makan ma.” Balas si apek pula dan tersenyum memandang wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi. Dia sendiri hairan melihat lelaki kacak di hadapannya itu memakai baju kemeja dan seluar slack yang mahal ke pasar seperti ini. Manakala, gadis cantik di hadapannya pula ringkas memakai baju kemeja berkoler jenama POLO rona Putih dan seluar pendek rona hitam. Simple sahaja. Kena dengan tempat hendaknya.


            “Husband saya tak makan ketamlah apek oi.” Balas Treisya dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi pula di sisi sudah kembang setaman pabila Triesya mengaku dia sebagai suami Triesya pada apek yang menjual ikan itu. Senyuman di bibirnya bukan main lebar lagi. Haha.


            “Kenapa you senyum je ni dari tadi? You nak mengatal eh dengan kakak-kakak yang jual sayur tu?” Sakat Triesya pada Tengku Ezkandar  Heidi yang memegang bakul rotan berisi bahan mentah untuk dimasak nanti. Tersentak Tengku Ezkandar Heidi pabila di soal sebegitu. Spontan dia mematikan senyumannya dan memandang Triesya di sisi.


            “Ish. Baby ni. Ke situ pula. Takdelah sayang. I just teringat apa you kata pada apek tu tadi.” Jelas Tengku Ekzandar Heidi dan tersenyum memandang Triesya. Tangan kiri memegang bakul rotan berisi bahan mentah dan manakala tangan kanannya memegang tangan Triesya erat. Sudah di larang oleh Triesya tadi kerana tangannya kotor. Namun, Tengku Ezkandar Heidi biarkan saja. Alarh. Buat apa nak geli tangan cinta hati sendiri kan?


            “Arh? Yang mana satu? About the harga ke?” Soal Triesya hairan. Tika ini mereka berjalan menuju ke parking. Semuanya sudah dibeli. Ikan, udang, sotong, ayam, sayur dan buah-buahan. Lengkap semuanya.


            “About I’m your husband..” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya pada Triesya. Tergelak Triesya dibuatnya. Itupun nak senyum sampai ke telinga ke? Alahai…

                       
            “Ada-ada jelah you ni sayang…” Balas Triesya dan kembali tergelak. Tengku Ekzndar Heidi tersenyum.

           
            “Err. Kenapa baby tak beli ketam tadi?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Tresya memandang Tengku Ekzndar Heidi yang tinggi lampai itu. Mengalahkan pemain basketball antarabangsa sahaja tingginya.


            “Kan you tak makan ketam. Allergic kan?” Balas Triesya. Setahunya Tengku Ezkandar Heidi pernah memaklumkan dirinya bahawa dia allergickan ketam sewaktu mereka bercuti dulu.


            “You still ingat?” Soal Tengku Ezkandar Heidi teruja. Tak sangka Triesya masih ingatkan semua itu. Triesya senyum.


            “Mestilah ingat… Kata Husband.” Balas Triesya nakal dan mengeyitkan matanya. Spontan meletus tawa Tengku EzKandar Heidi dibuatnya. Triesya. Benar-benar membuatkan hidupnya bahagia. J









*****AKU CINTA KAMU*****







AKU tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi, Tengku Erissa Hani, Ben dan Burn yang bersinar-sinar mata mereka memandang lauk-pauk yang berada di atas meja makan. Tom yam,ayam masak merah,salad,sayur tomato dan ayam goreng. Semuanya dimasak olehku dan dibantu oleh Tengku Ezkandar Heidi tadi. Tengku Erissa Hani yang ingin menolong pula aku suruh ke ruang tamu dan menyambung bermain game bersama Ben dan Burn. Aku tahu gadis itu tidak suka memasak. Jikalau bukan kerana abangnya yang menyuruh menolongku. Pasti dia keras sahaja di depan tv itu. Biasalah tu. Bukan semua perempuan suka memasakkan. Tengku Ezkandar Heidi pula, Ok! Serius aku terpukau tengok dia memakai apron. Jujur. Memangla lawak. Muka handsome dan macho tu pakai apron. Tapi bila renung lama-lama Nampak sweet pula. Hehe.


            “Wow~ Kak Trish ke masak ni? Sedapnya bau. Que Sha terasa lapar tengok masakan akak ni..” Kedengaran suara Que Sha memujiku. Aku tersenyum memandangnya yang sedang memegang perutnya itu. Comellah dia ni.


            “Jangan lupa abang sekali.” Sakat Tengku Ezkandar Heidi pada adiknya nakal. Sempat matanya dikenyitkan padaku. Tergeleng kepalaku olehnya. Satu hal yang ku tahu mengenai dirinya hari ini adalah mengenai hubungannya dengan Que Sha. Mereka kelihatan rapat, manja dan dia gemar mengenakan Que Sha. Sehinggakan menjerit adiknya itu. Haha.


            “Eleyh! Abang tu. Tolong apalah sangat. Tolong ganggu Kak Trish adalah. Macam kucing je gayanya.” Sindir Tengku Erissa Hani pada abangnya. Sempat lagi bibirnya dicebikkan. Spontan aku, Ben dan Burn tergelak besar. Apatah lagi melihat wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi kini sudah cemberut 14 depa itu. Comel! Memang tadi kerjanya tahu mengangguku saja. Asyik nak bermanja seperti kucing yang Tengku Erissa Hani katakan. Sampai naik rimas aku dibuatnya. Semangat je lebih nak pakai apron. Tolong masaknya tidak.


            “Sampai hati tau sayang ketawakan hubby…” Rungutnya manja kepadaku. Tersenyum ku dibuatnya. Tengku Erissa Hani, Ben dan Burn pula dijeling. Terdiam mereka bertiga dibuatnya. Aku berdiri dan mengusap bahunya lembut.


            “Gurau jelah. Tupun nak ambi hati. Dah jom makan. You masuk office balikkan? Nanti lambat pula. Dahlah you cancel meeting dengan BOD tadi. Takkan meeting dengan client petang ni nak cancel juga.” Pujukku padanya dan mengusap pipinya pula. Terharu aku dengan sikap ambil beratnya itu. sehinggakan sanggup cancelkan meetingnya dengan BOD syarikat. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mengucup lembut jemariku. Bagaikan lupa yang budak bertiga tersebut turut berada di situ.


            “Ehem!” Berdehem kuat ketiga-tiganya. Haha. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan aku meleraikan pautan tangan kami. Bekas kaca berisi nasi ku ambil dan cedokkan nasi tersebut ke pinggan Tengku Ezkandar Heidi. Sebiji macam aku ni wife dia kan. Tapi entahlah aku sukakannya. Jarang dapat makan beramai-ramai seperti ini. Lebih-lebih lagi makanan yang ku masak sendiri. Manakala Tengku Erissa Hani, Ben dan Burn melayan diri mereka sendiri. Haha. Yelah. Takkan aku nak layan mereka bertiga juga. Tak terlayan kang baby tua kat sebelah aku ni.


            “Sayang nak makan apa?” Soalku pada Tengku Ezkandar Heidi sambil mencedokkan Tom yam ke mangkuk kaca putih untuknya. Dia tersenyum dan mengusap belakangku lembut.


            “Semuanya. Hubby nak rasa semua lauk yang sayang masak. I bet mesti sedapkan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi riang padaku. Aku tergelak.


            “Pandailah nak ambil hati orang. Habiskan tau! Makan banyak-banyak. Biar korang gemuk!” balasku pada mereka berempat. Tergelak mereka berempat olehku.


            “Eeee. Tak naklah. Nanti dah tak ada six pack ni lagi. Susah nak jaga. Nanti you lari pula kalau badan I dah tak seksi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal sambil menarik tanganku agar memegang perutnya. Menjerit kecil aku pabila terasa bentuk tubuhnya yang sasa itu. Gila malu! Budak bertiga tu pula sudah ketawa terbahak-bahak. Jahat korang yer! Patutnya aku simpankan racun je kat lauk tu tadi. Haha.









******AKU CINTA KAMU*****







MALAM itu aku tinggal keseorangan seperti biasa di kondoku. Ben yang berkeras ingin tidur di situ sudah dipujukku agar balik. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi yang turut ingin tidur di situ. Gila? Jika Ben boleh difikirkan lagi. Ben itu orangnya boleh dipercaya dan lembut sikit. Takde nafsunya pada aku. Tengku Ezkandar Heidi? Oh tidak! Jangan! Mahunya aku terkahwin terus dengan dia. Haha.


            Tengku Erissa Hani juga sempat di suruh oleh Tengku Ezkandar Heidi agar menemaniku di sini. Tapi ku tolak. Segan menyusahkan gadis itu. Kesudiaannya menemaniku dan Ben sehingga ke petang pun dah dikira cukup. Pula tu sanggup ambil cuti hari ni dari mengajar. Aku tidak ingin menyusahkan dia. Begitu juga dengan bodyguard yang Tengku Ezkandar Heidi upah. Aku suruh balik saja. Tak ada yang nak ditakutkanlah. Sehingga kini ku lihat tiada yang pelik ku rasa. Tengku Ezkandar Heidi pula terpaksa akur padaku.


            Malam ini aku ingin tidur awal. Tak sanggup rasanya berjaga semalaman seperti semalam. Sakit kepalaku dibuatnya. Tambahan lagi memikirkan ini semua. Membuatkan aku sakit kepala sahaja.


            Tubuh ku yang masih dibaluti baju t-shirt berkoler rona putih dan seluar pendek rona hitam ku bawa ke dapur. Membuat susu panas sebelum ku tidur. Kebiasaanku seperti selalu. Sebelum tidur aku akan meminum susu dulu. Kebiasaan sejak kecil sebenarnya.



            Ding dong!



            Ding dong!



            Ding dong!




            Bunyi Bell kondoku yang ditekan berulang kali itu membuatkan aku tersentak. Siapa agaknya? Pasti itu Ben kerana dia gemar bermain dengan lonceng rumahku. Apatah lagi pabila aku melambatkan diri untuk membuka pintu. Semakin galaklah dia menekan lonceng tersebut.


            Mug berisi susu aku simpan di atas cabinet dapur. Tetapi entah di mana silapku sehinggakan mug tersebut jatuh dan pecah berderai. Terkejut aku dibuatnya. Salah Ben lah ni. Ish! Aku ni. mulalah nak salahkan orang lain. Padahal tangan aku yang licin.



            Ding dong!

           

            Sekali lagi bell ditekan. Kepala digelengkan. Ben ni memang tak menyempat lansung. Mug kaca yang pecah itu aku biarkan sahaja dulu di situ. Nanti pandailah aku menyuruh Ben membersihkannya. Hehe. Tubuh di bawa masuk ke living room.


            “Ya sekejap!” Jeritku dari dalam dan membuka kunci pintu.


            Tup!


            Kening dikerutkan. Tiada siapa pun! Yang ada hanya…..


            “Bunga rose?!” Jeritku tak percaya. Sekali lagi! Sekali lagi aku diberikan bunga rose dan kali ini masih tetap ada kad berona merah itu dan ada sedikit darah di situ


            Jantungku saat ini berdegup dengan kencangnya. Dengan takut aku meliarkan mataku ke sekeliling. Tiada orang di situ. Hanya bunga itu sahaja. Aku duduk mencangkung dan dengan tangan yang bergetar aku mengambil kad yang berada di atas bunga tersebut.


        
            I’m here sayang.
            Membawamu pergi ke lembah bahagia kita.



            Spontan kad yang berada di tanganku jatuh apatah lagi pabila melihat kasut yang berada di depanku kini. Dengan debar aku mengangkat wajahku dan melihat empunya kasut tadi.


            Tup!


            Dia?! Seluruh tubuhku terasa seram sejuk kini. Dia adalah jiranku yang pelik itu. Dia berdiri di hadapanku kini dengan…. Pisau?!!!!


            “Hi sayang?” Sapanya padaku dengan renungan tajam. Spontan aku berdiri dan ingin berlalu. Namun sempat tanganku ditariknya kasar sehinggakan aku terjatuh dan kepalaku terkena grill besi pintu pagar kondoku. Sakit ya amat rasanya. Sehinggakan ku dapat rasakan ada darah yang mengalir dari kepalaku. Melekat darahku di pintu tersebut.


            “Engkau nak ke mana hah?! Kali ni kau takkan dapat lari lagi dari aku sayang! Tak akan!” Jeritnya padaku dan menutup mulutku dengan sapu tangan miliknya.

           
            Setelah itu aku dapat rasakan yang pandanganku mulai kabur dan semakin lama ianya semakin gelap. Gelap. Dan gelap…….










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G







****************************************************************************** 






DING DONG!






DING DONG!






DING DONG!







MAMAK!







MILO ICE SATU!








ERK!






ENGKAU KENAPA?









SILALAH BUANG TERENCAT ENGKAU TU!








TAK HABIS-HABIS ENGKAU NI!








HAHAHAHAHAHAHAHAH







AKU MELALUT DI SITU









ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA.








P/S :: HI Peepss! How was the story????? Panjangkan this time. Hehehhe. J Kalau tak panjang juga tak tahulah. Hehe. Bab hari ni ukeh tak??


P/S :: BABE, aku minta maaf jika ada salah pada ejaan, ayat dan perkataan. Begitu juga jika ada yang terover, tak logic dan sebagainya. MAAFKAN AKU. Sorry eh. Janganlah marah-marah. Senyum sekeettttt~ J Hehehe. Sewellah aku! layan jelah labu~~~ Hahaha


P/S ::: Ehem-ehem! Keadaan agak cemas di sini. Apakah yang akan berlaku kepada cik Triesya kita yakni kekasih hati sang arjuna Tengku Ezkandar Heidi itu??????? Adakah dia akan dibunuh ataupun sebaliknya???? Ish-ish. Sesungguhnya, plot cerita sekarang berada di saat-saat genting saat ini. Apa pula tindakan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Tettttt~~~ Kita tunggu entry yang seterusnya yer kawan-kawan J Bagi suspend sikit! Hehehe.



P/S :: THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE YOUR COMMENT J MUCH APPRECIATED IT J DO COME AGAIN AND KEEP IN TOUCH WITH THIS BLOG J






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.






TILL THEN,



SINCERELY,


27 comments:

  1. cik ratu..saspen nye!!cpt2 la update..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear for dropping by and leave ur comment. will updated tomorrow.keep in touch =)

      Delete
  2. oh no!!!! triesya!!!!!
    ap jdi niey.....ap jadi niey... hehe
    hwaiting ur next entri!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lylea =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      Hehehe. kalut semacam noh. sabar~~
      hwaiting for the next entry yach! =)
      hehehe

      Delete
    2. hi!!! tdi x pasan terskip bab13... bru jew bce...
      hehe!!! lylea lmbt ckit bce n kmen skunk niey... sbb tgh mid year exam niey.. kuikui.. hehe ^_~

      Delete
    3. hehe. tulah. sejak tadi tcari2 ke mana hilangnya lylea. hee =)
      Oh i see. Awak gud luck taw! =) nnti kite bagi gulagula. haha. =P

      Delete
    4. ehehe!! .. ^_^ thanks dear... YeAh!! ChaIyOK3!!
      nk bgi gula2? bgi bnyk2 aww... hahaha!!! =)

      Delete
    5. ahaha. uwc dear =) hahaha. nah! gulagulagulagulagula.
      banyak kan? =P hahahahah

      Delete
    6. hehhehehe!!! =P
      bnyk3!!!ade 5 tu!! haha!! ^_^

      Delete
  3. alamak ... apa jadi dkt triesya ... alahai ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fuzz =)
      welcome =)
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehe. a'ahlah. apa yang terjadi pada Triesya eh?
      hwaiting for the next entry yach =)

      Delete
  4. OH NO...OH NO :(...Ratu, janganla penculik tu usik Triesya sudah n hopefully Mr TEH come in time pls...x sanggup tau..mlm tadi x dapat tido fikir pasal nie..huhuhu...nak lagi en3..BTW tq for this oshem en3.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cik anony =)
      Heeee. A'ahkan. Hope mcm tulah. Xtawlah jika berlaku apa-apa pda Triesya. pasti Que Ez akan bengang. heee
      Awwwh~ Kshan awak =) Heheh. soryy wat tidur mlm awk xtenang. heee.
      Ukeh awk. wait for the new entry =)
      thanks for dropping by and leave ur comment =)

      Delete
  5. bestnye......nak lagi.....tak sabar ni - Kak Sari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sari,
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      in shaa allah. akan updated mlm ni.
      hwaiting =)

      Delete
  6. hye.. nad ^_^
    ooo no!! "saiko' ke jiran trish tuu???
    mna que EZ ne.. tolong trish lah..!!!
    arhh again im wondering what happen to trish n that 'saiko' neighbour..?? hehehe.. nakk n3 lgi mlm ne boleh?? tuingX3.. plessss.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hi awak =)
      Ahaaa. jangan gitau kat orang taw yg jiran dia tu 'saiko'. Ops! hehe. terlepas sudeehhh~ =)
      Sabarsabar. Mlm ni kite updated new n3 ukeh =)
      Semuanya akan terbongkar mlm ini.
      Hwaiting awk =) Winkwinkwink~
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete
  7. ohhhhh...tidakkkkkkkk...mst ni kerja si Tengku yg papa TEH bru samapi tu....(hehehhe...agak2 ja..tp Btol ka dia?)tak sabar mw nxt n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear =)
      Hehehehe. Tettttt~
      Kite nantikan mlm ini yer dear =)
      hehehehe.
      thanks for dropping by and leave ur comment sayang

      Delete
  8. y happen?...plezz nk n3 baru..sapa yg berani menculik triesya ni...suspen bt0l la n3 nie... :)
    que ez cpt2 la p umah triesya...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cik anony =)
      Hehehe. ukeh awak =)
      Hwaiting for the new n3 mlm ni ya =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete
  9. Tidak!!! jangalah apa apa terjadi kat trisya .psycho giler neighbor c trisya.mana lah c tengku ne.confirm dia panik nak cari trisya hopefully the blood stain masa terhantuk dapat jadi clue and evidence.anyway i love this blogs!!!! totally fantasy,cepat2 sambung tak sabar nak baca yang seterusnaya!!! ehehe good luck.=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwwhhhh~
      Saya suka comment anda =)
      u're rock bebeh! hehehe =)
      Hi awak!
      Hwaiting for the new n3 ya .semuanya akan terjawab mlm ini =)
      Hehehe. thanks dear . much appreciated it. really fantasy huh. heehe. =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete
  10. Ratu..jangan update lewat sangat tau...pas tu nak en3 panjang2..(upssss..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      thanks for dropping by n leave ur comment
      hee. kite tpksa update jam12am sbb 1 ari 1 entry =)
      kire awllah tu wak =)
      heee. ttg pnjg. hurm. next chap, mmg pnjg =)

      Delete
  11. itulah Trish kenapalh berani sgt buka pintu tanpa tgk dulu
    siapa orgnya. Bila ada org nk temankan tak mau konon tk nk
    menyusahkan org lain kan dh kena.... siapa yg susah.
    pandai betul ye Ratu buat suspen je. cepat sambung jgn
    tak sambung dh rasa panas punggung je nk tunggu n3
    seterusnya adakah sesiapa yg sempat menyelamatkan si Trish
    yg berlagak berani sgt ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha
      amboi cik anor kite.
      marah bebenor yer =)
      heheehe.
      ukeh awak hwaiting for new n3 ukeh =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete