Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 9 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 15







AKU CINTA KAMU BAB 15






TENGKU EZKANDAR HEIDI yang ralit dengan Iphone 4s nya itu menarik perhatian kedua ibu bapanya dan Tengku Erissa Hani yang berada di meja makan pagi itu. Mukanya juga kelihatan ketat. Tak pernah-pernah Tengku Ezkandar Heidi membuat perangai seperti itu. Mengerjakan handphone ketika makan. Bukanlah kebiasaan mereka yang penuh etika itu.


            “Kenapa dengan tangan Que Ez tu? Berbalut semacam.” Soal Puan Sri Tengku Melissa hairan dan risau melihat tangan kanan Tengku Ezkandar Heidi berbalut dengan bandage. Tengku Ekzandar Heidi tersentak dan memandang mummynya. Begitu juga dengan Tan Sri Tengku Haris dan Tengku Erissa Hani yang sedang memandang Tengku Ezkandar Heidi penuh minat.


            “Err. Luka my. Terkena enjin kereta yang panas semalam.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan kembali memandang screen Iphone. Memang semalam ketika dia dan teman-temannya lepak di club keretanya seperti biasa. Tangannya melecur sedikit terkena enjin keretanya yang panas sewaktu dia ingin membetulkan enjin tersebut. Baru lepas drift satu round. Confirmlah enjin kereta masih panas. Puan Sri Tengku Melissa mengelengkan kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi terlalu taksub dengan keretanya sehingga mencederakan dirinya sendiri.


            “Tulah. Next time please take care of yourself dear. Buat mummy risau je.” Pesan Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum memandang mummynya di hadapan dan kembali memandang Iphonenya. Dahi dikerutkan. Sejak semalam panggilan dan messagenya tidak dibalas oleh Triesya. Nak kata Triesya tidur semalam. Ok jawapan logic. Tapi takkan sampai pagi buta ni? Selalunya gadis itu akan bangun subuh untuk solat. Kali ini tidak pula. Sejak semalam lagi hatinya tidak tenang dan gara-gara itulah tangannya terkena enjin kereta. Terlalu cuai dan asyik memikirkan keselamatan sang juwitanya.


            “Kenapa ni? Asyik sangat dengan phone tu?” Tegur Tan Sri Tengku Haris pula. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan mengaru kepala yang tak gatal.


            “Err. Takdelah daddy. Just Triesya ni. Sejak semalam tak angkat phone. Err. Que Ez berangkat dululah daddy, mummy. Que Sha.  Jom ikut abang.” Balas Tengku Ekzandar Heidi dan berdiri. Kot yang tersangkut di belakang kerusi meja makan di ambil dan di pakai. Dikemaskan di tubuh sasanya. Sempat mengisyaratkan matanya kepada Tengku Erissa Hani agar mengikutnya pergi ke rumah Triesya. Adiknya itu seperti faham menganggukkan kepalanya. Manakala, Tan Sri Tengku Haris dan isterinya Puan Sri Tengku Melissa pula mengerutkan dahi memandang perangai pelik keduanya. Tak pernah-pernah nak berjalan bersama. Termasuk kali ini dah dua kali mereka berperangai sebegitu. Semalam jua begitu.


            “Kami pergi dulu daddy, mummy.” Tutur Tengku Ezkandar Heidi penuh tertib dan menyalam serta mencium kedua-dua pipi daddy dan mummynya. Begitu juga dengan Tengku Erissa Hani. Sudah biasa begitu sejak kecil.





*****AKU CINTA KAMU*****





KETIKA Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani tiba di aras kondo Triesya mata mereka berdua melihat kelibat Ben yang sudah duduk menangis di hadapan pintu. Dengan pantas Tengku Ezkandar Heidi mendekati Ben dan sempat matanya melihat pintu rumah Triesya yang terbuka besar itu.


            “Ben? Kenapa ni? Where’s Triesya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi cemas dan risau. Jantungnya berdebar. Dapat dirasakan benda yang buruk telah berlaku. Ben yang masih duduk di atas lantai dan sedang dipujuk oleh Tengku Erissa Hani itu mengangkat wajahnya yang basah dek air mata.


            “Tengku… Triesya tengku…” Balas Ben dengan sendu. Tersekat-sekat cakapannya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.


            “Kenapa dengan Triesya Ben? Kenapa?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi sedikit kuat dan marah. Ben pula tidak menjawab. Bibirnya masih terasa bergetar untuk menjawab. Semangatnya yang hilang masih belum kembali ke tubuhnya. Kad yang berona merah dan ada tompokan darah itu diserahkan kepada Tengku Ezkandar Heidi. Terjengil mata Tengku Ezknadar Heidi dibuatnya. Dapat dirasakan kini Triesya berada di dalam bahaya. Sempat lagi matanya dapat menangkap sejambak bunga rose merah di atas lantai tidak jauh dari tempat Ben duduk. Kad disambut dan dibaca.



            “Damn!” Amarahnya dan spontan tumbukannya sampai di dinding batu luar kondo triesya. Melempiaskan amarahnya di situ. Kalau sahaja dia tidak ikutkan kata-kata Treisya. Pasti semua ini tidak terjadi.


            “Abang.. Darahlah!” Suara cemas Tengku Erissa Hani kedengaran dan sejurus itu Tengku Ezkandar Heidi turut memandang ke arah pintu grill yang Tengku Erissa Hani katakan tadi. Ingin sahaja jantungnya luruh saat itu. Triesya dicederakan sehingga sebegitu sekali?


            Tubuh dibawa masuk ke dalam kondo triesya. Tiada apa yang pelik di situ. Ruang dapur pula di lihat dan matanya terhenti pada mug yang pecah di atas lantai. Spontan Tengku Ezkandar Heidi sekali lagi menumbuk dinding dapur. Sakit di tangan tidak di peduli lagi. Kini, hanya Triesya yang dia pedulikan. Ke mana gadis itu di bawa pergi?


            Kring!



Kring!



Kring!



            Tengku Ezkandar Heidi tersentak pabila Iphone di dalam kot rona kelabunya berdering. Iphone di tarik keluar dan tertera nama Burn di situ. Panggilan d jawab dan Iphone ditekapkan ke telinga.


            “Asalamualikum boss.” Sapa suara garau Burn.


            “Walaikumsalam. Hah! Kenapa?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi kasar. Tiada mood untuk melayan Burn.


            “Err. Sorry for disturbing boss. But I ada maklumat penting buat boss.” Jelas Burn takut-takut.


            “What is it?”


            “Err. Semalam boss suruh saya siasat mengenai jiran Miss Triesya kan? Saya dah Berjaya mendapatkan maklumatnya. Harap boss bertenang bila mendengarnya.” Jelas Burn.


            “Spill it out Burn. Don’t waste my time!” balas Tengku Ezkandar Heidi kasar.


            “Err. Jiran miss Triesya tu adalah Tengku Amsyar bin Dato Tengku Haikal. Sepupu boss. He’s back!” Jelas Burn. Spontan terbuntang mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Pegangan tangannya pada Iphone semakin erat.


            “Come again?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kembali. Terasa tidak percaya.


            “Jiran miss Triesya adalah sepupu boss. Tengku Amsyar bin Dato Tengku Haikal. Dia dah balik ke Malaysia.” Jelas Burn kembali.



            “Oh damn!” Luah Tengku Ezkandar Heidi kesal. Tengku Amsyar?


            Kring!


Kring!



Kring!



            Tengku Ezkandar hedii mengerutkan dahi pabila mendengar bunyi deringan handphone itu. Kepunyaan siapa?



            “Aku di rumah Triesya ni. She’s not here. Please came here and make sure kau tak call polis dulu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mematikan panggilan. Tubuhnya di bawa masuk ke living room. Kelihatan Ben dan Tengku Erissa Hani sudah berada situ. Tika Ben ingin mengangkat Iphone 4s Triesya yang berada di atas meja coffee. Tengku Ezkandar Heidi melarang dan mengisyaratkan bahawa dia yang akan menjawab panggilan tersebut. Ben menganggukkan kepalanya dan kembali duduk di sofa bersebelahan Tengku Erissa Hani.


            “Hello?” Tengku Ezkandar Heidi bersuara setelah panggilan tersebut di angkat. Keningnya dikerutkan dan bibirnya diketap. Suara lelaki yang ketawa di hujung talian amat dikenalinya.


            “Tengku Ezkandar Heidi. My lovely cousin! Long time no sees huh!” Suara garau di hujung talian iaitu suara Tengku Amsyar menyapa gegendang telinganya.


            “Tengku Amsyar!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi dengan marah. Spontan Tengku Erissa Hani dan Ben memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang menahan marah itu. Merah mukanya.


            “Hahahaha. Ingat juga rupanya kau pada aku!” Balas Tengku Amsyar dengan tawa yang sengaja di kuatkan. Semakin sakit hati Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Apa yang kau dah buat pada Triesya hah?!!!” Soal Tengku Ezkandar Heidi kasar. Tiada masa untuk berlembut dengan lelaki itu. Namun, Tengku Amsyar pula semakin sengaja dikuatkan suaranya.


            “Well! Well! Well! Anyway! She’s hot huh! I bet, mesti kau cintakan diakan? Kalau tak, takkan seawal ini kau dah ada di kondo jiran kesayangan aku ni. Hurm! Kalau aku ‘sentuh ‘ dia. Kau rasa idea yang bagus tak?” Soal Tengku Amsyar pada Tengku Ezkandar Heidi dengan tawanya. Semakin kuat gengaman Iphone 4s Triesya digengam Tengku Ezkandar Heidi. Membuak-buak amarahnya.


            “Pergi mampuslah dengan kau! Kau jangan nak berani-berani sentuh dia Am! Aku sumpah akan bunuh kau! Jangan cabar aku Am! Ini Tengku Ezkandar Heidi! I walk my talk Am! Aku pantang bila orang ganggu hak aku!!!!!” Teriak Tengku Ezkandar Heidi kuat. Sehinggakan Ben dan Tengku Erissa Hani kecut perut jadinya.


            “Hahahaha! Sepatutnya engkau yang mampus! Hutang nyawa dibayar dengan nyawa Que Ez!” Balas Tengku Amsyar dengan kuat dan mematikan panggilan. Merengus kasar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Ingin sahaja Iphone yang berada di tangannya di campak ke lantai. Namun pabila memikirkan itu adalah Iphone Triesya dibatalkan saja niatnya itu.


            “Siapa Tengku Amsyar?” Soal Ben hairan. Manakala tengku ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani Pula saling berpandangan penuh makna. Hanya mereka berdua sahaja tahu siapa Tengku Amsyar.





*****AKU CINTA KAMU******



DATO SYED AL-AZHAR yang sedang berjalan beringin dengan Datin Tengku Merissa ke muka pintu banglo tersebut memegang dadanya. Sejak semalam terasa tidak sedap hati. Bagaikan ada yang berlaku. Sehinggalah terbawanya ke mimpikan Syarifah Balqis iaitu arwah isterinya. Arwah isterinya itu memandangnya dengan pandangan sayu. Apalah maksud pandangan itu? Adakah isterinya menyatakan kekecewaannya dengan dirinya yang tidak dapat menjaga Triesya dengan baik? Terasa bersalah menjalar di dalam hatinya.


            “Kenapa ni pa? Mummy tengok sejak semalam papa bagaikan menanggung kesakitan saja. Papa sakit ya?” Soal Datin Tengku Merissa risau. Raut wajah suaminya tika itu berkerut sahaja. Spontan Dato Syed Al-Azhar tersenyum kelat.

           
            “Taklah mummy. Bukan sakit. Tapi entahlah kenapa papa tiba-tiba rasa risau. Seperti ada sesuatu yang terjadi. Triesya pula sejak semalam tak angkat call papa. Ben lagilah. Pening kepala papa ni memikirkannya. Semalam pula papa mimpikan arwah Balqis. Arwah pandang papa dengan pandangan sayu. Sedih papa rasa… Bagaikan arwah menyampaikan yang papa tak menjaga Triesya dengan baik. Selama 5 tahun ni papa abaikan dia.” Luah Dato Syed Al-Azhar dan mengurut dahinya. Terasa pening kepalanya berfikir. Triesya dan Ben pula sejak semalam tidak menyambut panggilan darinya. Datin Tengku Merissa mengerutkan dahi.


            “Betul ke pa? Ish. Takut pula mummy dibuatnya. Tak try call Que Ez ke?” Soal Datin Tengku Merissa risau. Dibautnya apa-apa berlaku pada anak dara mereka itu. Pasti dia akan merasa menyesal dan bersalah buat selamanya.


            “Dah. But budak tu pun line call dia sentiasa busy. Tak dapat nak through dengan dia.” Jelas Dato Syed Al-Azhar pada isterinya. Tengku Ezkandar Heidi juga cuba dihubungi. Namun CEO muda itu kelihatannya juga turut sibuk seperti budak berdua itu. Membuatkan dirinya bertambah risau.


            “Hurm. Takpelah kalau macam tu. Leave it to me. I’ll call Que Ez nanti. And about arwah Qis, mummy rasa we should buat majlis tahlil buat dia. Dah lama kita tak buat pa. Nak tunggu ulang tahun kematian dia lama lagi.” Usul Datin Tengku Merissa. Tersenyum senang Dato Syed Al-Azhar dibuatnya. Isterinya itu benar-benar baik hatinya. Selalu saja memahami Dato Syed Al-Azhar. Kepala isterinya diusap lembut.


            “Thanks mummy. Papa rasa itu idea yang baik. Nanti papa akan uruskan. Takpelah mummy. Papa dah lewat ni. Kalau ada apa-apa call papa. Jangan lupa call Que Ez ya sayang.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan tersenyum manis memandang isterinya. Tangan dihulurkan dan disambut oleh Datin Tengku Merissa. Dikucup lembut dan ciuman hangat Dato Syed Al-Azhar mendarat di dahi isterinya.





*****AKU CINTA KAMU********




AKU terbangun di saat pipiku ditampar dengan kasar. Mata yang pedih ku buka perlahan-lahan. Namun amat payah sekali. Lebih-lebih lagi cahaya matahari yang memancar terus ke mataku membuatkan aku sukar untuk mencelikkan mataku.


            “Hoi! Bangun!” Sergah satu suara garau kepadaku dan pipiku kembali di tampar dengan kasar. Pedih! Amat pedih sekali rasanya. Dengan perlahan aku cuba untuk membuka mataku kembali. Alhamdulillah. Dengan lafaz bismillah aku bisa membukakan mataku.


            “Sedar pun kau.” Balas suara garau itu kembali. Dengan mata yang dikecilkan aku coba untuk memandang susuk tubuh di hadapanku. Tetapi amat sukar kerana cahaya dari lampu yang di halakan ke mukaku. Rupanya bukan cahaya matahari. Akan tetapi cahaya lampu  yang menyukarkan aku untuk membukakan mataku.


            “Kau. Siapa?” Soalku dengan suara yang serak dan tersekat-sekat. Tekakku terasa pedih dan kering. Lelaki di hadapanku ketawa dengan kuatnya dan tubuhnya di bawa mendekati dirku. Aku cuba untuk melarikan diri. Namun amat payah sekali. Aku kini didudukkan di sebuah kerusi dan kedua-dua tanganku di ikat ke belakang. Manakala kakiku pula diikat di kaki kerusi.


            “Well! Well! Well! For sure engkau kenal aku kan?” Soalnya sinis padaku dan menarik daguku kasar agar memandang tepat ke wajahnya. Aku pula dengan kasar memalingkan wajahku darinya. Tak sanggup tubuhku disentuh oleh lelaki keparat sepertinya. Dia ketawa.


            “Kau jiran aku kan? Apa yang kau nak dari aku?!” Soalku padanya. Dia tersenyum dan mengeluarkan pisaunya yang tajam dan menjalankan pisau itu ke mukaku. Kecut perutku dibuatnya.


            “Aku nak nyawa kau!!!!” Balasnya dengan tawa yang semakin menjadi-jadi. Aku mengerutkan dahi. Aku pasti.… Lelaki ini psycho orangnya. Sekejap dia serius dan sekejap lagi dia ketawa.


            “Apa salah aku pada kau sampaikan kau nak bunuh aku?!!!!” Jeritku padanya. Jika benar ingin membunuhku. Maklumkan padaku dulu apa salahku padanya. Setahu aku, aku tidak pernah mengenali lelaki ini.


            “Engkau memang tak ada salah dengan aku sayang…" Balasnya sinis dan mengusap pipiku lembut. Merengus kasar aku dibuatnya dan menjauhkan wajahku dari tangan kotornya.


            “Then?!!!” Soalku kasar. Dia ketawa dan mendekati meja di hujung bilik. Sesuatu di ambil di situ. Tubuhnya kembali di bawa ke depanku dan rambutku di tarik dengan kasar agar aku melihat lebih dekat dan jelas sebuah foto yang berada di tangannya.
           

            “Sakitlah bodoh!” Jeritku padanya. Sakit ya amat! Bagaikan dia ingin mencabut kepalaku sahaja.


            “Tengok gambar ni betul-betul! Perempuan yang berada di dalam gambar ini adalah teman wanita aku!” Jelasnya padaku dan dekatkan lagi wajahku ke foto tadi. Aku memandangnya dengan renungan tajam. Gambar seorang perempuan inggeris yang berambut perang ditunjukkan kepadaku.


            “Ada aku kisah ke ni gambar teman wnaita kau!” Balasku padanya kasar. Dia mencerlung tajam kepadaku dan menampar mukaku dengan kuat. Terasa perit sekali pipiku saat ini.


            “Hei perempuan! Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Kau dengar sini baik-baik! Teman wanita aku ni dah mati! Aku ulang! Dah mati!!!! Kau tahu kenapa dia dah mati?! Disebabkan kekasih kau tu! Tengku Ezkandar Heidi yang menjadi punca kepada kematian teman wanita aku!  Disebabkan dia tolak cinta teman wanita aku. Sofea bunuh diri! Kau dengar tak ni perempuan! Dia bunuh diri!!!!!!” Jelasnya padaku dan kini emosinya semakin tak stabil.  Berkali-kali pipiku menjadi mangsa tamparan lelaki gila di hadapanku ini. Sehinggakan aku dapat rasakan ada darah mengalir dari tepi bibirku.


            “Hoi!!! Kau sedar ke tak ni?! Perempuan tu bunuh diri disebabkan Tengku Ezkandar Heidi tolak cinta dia! Aku ulang! Tengku Ezkandar Heidi tolak cinta dia!!!! Yang salah dalam hal ni teman wanita kau! Imannya sungguh nipis sehinggakan sanggup bunuh diri kerana lelaki! Pulak tu lelaki lain dan bukan kerana teman lelaki dia! Bangang!” Balasku geram dan kali ini perutku pula ditumbuk kuat sehinggakan aku terjatuh bersama kerusi tadi.


            “Kurang ajar punya betina! Kau sama saja dengan Ezkandar tu! Kau tak layak nak hina Sofea!!!!” Balasnya padaku dan kali ini perutku sekali lagi menjadi mangsa sepakan lelaki itu. Sehinggakan semakin lama. Semakin pandanganku kembali kabur. Aku ingin bertahan. Namun kudratku sebagai wanita tidak dapat menampung kesakitan yang ku alami……




*****AKU CINTA KAMU*****





TENGKU EZKANDAR HEIDI tiba di sebuah rumah flat yang usang bersendirian. Berdasarkan alamat yang diberikan oleh Tengku Amsyar melalui pesanan ringkas tadi memang itulah alamatnya. Wajahnya diraup. Kasihankan Triesya yang terpaksa berada di tempat yang teruk dan kotor seperti itu. harap-harap Tengku Amsyar tidak apa-apakan Triesya. Teringat kembali perbualannya bersama Ben dan Tengku Erissa Hani tadi pagi.


            “Siapa Tengku Amsyar?” Soal Ben hairan. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani saling berpandangan kerana hanya mereka berdua yang tahu siapa Tengku Amsyar yang sebenarnya. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafasnya.


            “Sebenarnya Tengku Amsyar tu my cousin. Our parents were sibling. Tengku Amsyar anak pak su I.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Ben mengerutkan dahi.


            “So? Kenapa dia buat macam tu pada Triesya?” Soal ben hairan. Tengku Ezkandar Heidi saling berpandangan dengan Tengku  Erissa Hani. Tengku Erissa Hani menganggukkan kepalanya tanda menyuruh Tengku Ezkandar Heidi ceritakan semuanya.


            “Before, we’re okay. Kita berdua amat rapat sekali. But, after 3 years ago, Tengku Amsyar balik ke Malaysia bersama seorang minah saleh. Namanya Sofea. Their were suit together and Tengku Amsyar were so happy with his life. We all feel happy for him. Sehinggalah satu saat, teman wanitanya Sofea. Jatuh cinta  pada I. Seteruk-teruk I waktu tu. I punya prinsip. I takkan ambil kekasih orang. Apatah lagi kekasih sepupu I sendiri. But, Sofea tak dapat terima kenyataan itu. Sehinggalah Tengku Amsyar tahu akan hal tu. Dia cuba jumpa dengan I dan suruh I balas cinta Sofea. But I can’t. I tak sanggup nak lukakan hati cousin I. Tengku Amsyar begitu cintakan Sofea sehinggakan dia sanggup buat apa saja demi Sofea. But I didn’t love her. Rasa minat sekalipun tak ada.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi panjang lebar dan terhenti seketika. Ben bertambah berminat untuk mendengar cerita Tengku Ezkandar Heidi.


            “Then?” Soalnya pula.


            “One day, Tengku Amsyar datang rumah dan cuba nak bunuh I. Katanya Sofea dah meninggal dunia sebab membunuh dirinya. Semuanya kerana I yang tolak cintanya. That time Tengku Amsyar benar-benar mengamuk. Sehinggakan family dia terpaksa suntikkan ubat penenang pada Tengku Amsyar. His emotion is not stable and he was dispress. Then, dia dimasukkan ke hospital for three months kerana sakit mental and after three months. He went back to UK.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dengan raut wajah yang keruh, terasa menyesal di atas apa yang terjadi pada sepupunya itu. Tetapi adakah salahnya? Dia tidak ingin sakitkan perasaan sepupunya sendiri…


            “Que Ez!” Suara garau Tengku Aliff memanggilnya di corong invisible wireless mini spy earphone. Tengku Ezkandar Heidi tersedar dari lamunannya dan mendekatkan koler baju kemejanya pada bibir. Terdapat microphone dan activator ptt(push to talk) di situ.


            “Ya, aku dengar.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Dia, Tengku Aliff, Ragel Errick, Burn, Ben dan Tengku Erissa Hani telah merancang rancangan untuk menyelamatkan Triesya tanpa bantuan dan masuk campur pihak police. Dia tidak ingin bertambah terukkan keadaan. Selagi mereka mampu tangani mereka akan tangani hal tersebut. Saat ini pula mereka berlima berada tidak jauh dari flat tersebut.


            “Ok good. Sekarang kau masuk ke dalam flat tu. Seperti yang Que Am arahkan.” Arah Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi hanya mengikut. Tubuhnya dibawa masuk ke dalam ke dalam flat tersebut.


            “I’m in…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan menaiki tangga menuju ke bumbung tingkat teratas flat tersebut. Tengku Amsyar dan Triesya menantinya di situ.


            Saat tiba di bumbung tingkat tertas flat tersebut kelibat tubuh Tengku Amsyar dan Triesya berada di situ.


            “Eagle is here.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan melangkah keluar dari pintu tangga dan mendekati Tengku Amsyar dan Triesya. Hampir saja jantung Tengku Ezkandar Heidi tercabut tatkala melihat wajah cantik itu yang kini sudah berlebam dan kelihatan lemah. Apatah lagi pabila pisau yang tajam sengaja di acukan ke leher jinjang gadis itu.


            “Baby?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi sayu. Dengan perlahan Triesya yang tertutup matanya tadi membuka matanya.


            “You….” Panggilnya dengan nada lemah.


           “Sayang… I akan selamatkan you okay. Please bertahan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan ingin mendekati mereka berdua.


            “Berhenti di situ Que Ez! Kau jangan nak dekatkan diri kau kalau kau tak nak tengok perempuan ni mati di sini!” Arah Tengku Amsyar. Tengku Ezkandar Heidi berhenti melangkah dan mengundurkan dirinya dua tapak.


            “Well! Well! Well! Cousin yang paling aku syaang dah ada di sini dan datang menyelamatkan princess dia. Oh. So sweet cousin!” Balas Tengku Amsyar sinis dengan ketawa yang sengaja dibuat-buat. Tengku Ezkandar Heidi mendengus.


            “Stop it Que Am! Lepaskan dia! Dia takda kena mengena di dalam hal ni! Kau nak sangat bunuh aku kan! Came here Am! Kill me! But please don’t hurt her! Dia tak bersalah am!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan cuba mendekatkan dirinya pada Tengku Amsyar dan Triesya yang  berada di sisi Tengku Amsyar itu. Kedua tangan Triesya dikat di belakang. Tengku Amsyar lantas mengacukan pisau tersebut pada Tengku Ezkandar Heidi.


            “Stop there Que Ez! I said stop! Before I kill her!” Jerit Tengku Amsyar dan halakan kembali pisau tersebut kepada leher Treisya. Sekali lagi Tengku Ezkandar Heidi menghentikan langkahnya dan mengundur. Kedua tangannya di angkat.


            “Fine! But please Que Am! It’s not the best solution!” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Amsyar mendengus kasar dan ketawa.


            “The best solution? The best solution is three years ago Que Ez! Pabila aku cadangkan pada kau agar menerima Sofea!” Teriaknya Pada Tengku Ezkandar Heidi.  Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meraup mukanya.


            “Am pleaselah! What kind of solution yang kau suggetskan?! Kau cadang aku terima cinta Sofea dan biarkan kau merana?! Begitu Am?! Tak Am! That is not the best solution! Aku takkan sekali-kali sakitkan hati sepupu aku kerana perempuan Am! Takkan! Pleaselah Am. Sedarlah! Sofea tak ikhlas cintakan kau! Jika dia ikhlas dia takkan khianati cinta kau hanya kerana berjumpa lelaki seperti aku!” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Sudah puas dijelaskan pada Tengku Amsyar. Namun lelaki itu mengendahkannya dan lebih suka tenggelam degan dunia cintanya. Cinta. Benar-benar membuatkan Am menjadi gila sehingga sanggup melupakan-NYA dan memberikan wanita yang dicintainya kepada sepupunya sendiri,


            “Kau tak ada hak nak hina Sofea Que Ez! Tak ada!” Teriaknya dan menampar pipi Triesya kasar. Sehingga Triesya yang berada di dalam pelukan Tengku Amsyar dan di dalam keadaan yang lemah itu terjatuh.


            “Baby!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi dan ingin mendekati Triesya. Namun dengan pantas Tengku Amsyar berdiri di hadapan Treisya yang sedang terbaring lemah di atas lantai itu. Pisau diacukan kepada Tengku Ezkandar Heidi sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi berhenti melangkah.


            “Berhenti di situ Que Ez!” Jerit Tengku Amsyar.


            “Stop it Am! Kau benar-benar dah cabar kesabaran aku Am! Aku pantang bila ada yang ganggu hak aku!!!!! Kau benar-benar dah cabar aku Am! Aku tak nak gunakan cara kasar Am. Sebab kau cousin aku! Tapi kau benar-benar dah  melampau kali ni Am! Pengecut! Sanggup kau cederakan golongan yang lemah! Aku sendiri tak pernah sakiti dia Am! Kau benar-benar dah buat aku marah!!! I talk my walk Am! Kau jangan panggil aku Tengku Ezkandar Heidi jika aku tak bunuh kau hari ni!” Amarah Tengku Ezkandar Heidi kepada Tengku Amsyar. Kini pandangannya penuh dengan kebencian dan kemarahan pada Tengku Amsyar sehinggakan kecut perut Tengku Amsyar dibuatnya.


            “Stop Que Ez! Stop! Jika kau tak nak aku bunuh perempuan ni!” Teriak Tengku Amsyar dengan tangan yang bergetar. Triesya yang pengsan itu ditariknya kasar dan sekali lagi pisau di acukan ke leher Triesya. Terasa takut pabila melihat wajah bengis Tengku Ezkandar Heidi. Dia amat mengenali Tengku Ezkandar Heidi. Pantang sekali jika haknya diganggu. Jika diganggu dia akan menjadi marah. Sehinggakan sanggup membunuh.Oleh kerana tu dia menggunakan Triesya. Kerana dia pasti Tengku Ezkandar Heidi amat mencintai gadis itu. Siasatannya selama kebelakangan ini sudah cukup mengatakan bahawa Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencintai gadis yang berada di dalam pelukannya ini.


            “Kenapa Am?! Kau takut!? Kau pengecut Am! Dengan perempuan kau beranilah! Lepaskan dia! Kita buat perhintungan hari ni Am! Between man and man.” Balas Tengku Ezkandar Heidi sinis. Dia tahu Tengku Asmyar mulai kecut. Sempat matanya menangkap wajah kekasih hatinya itu di dalam keadaan yang teramat lemah saat ini.


            ‘Baby sabar sayang…’ Desis hatinya sayu.


            “Fine! It’s between you and me! Aku akan tuntut bela demi kematian Sofea hari ini.” Akur Tengku Amsyar dan meletakka Triesya yang pengsan ke tepi. 


            Kini, Tengku Amsyar dan Tengku Ezkandar Heidi saling berdepan. Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan yang kosong. Manakala Tengku Amsyar dengan pisau ditangan. Memang tidak adil. Tetapi Tengku Ezkandar Heidi biarkan saja. Yang penting nyawa Triesya selamat sekalipun dia mati hari ni di tangan Tengku Amsyar. Kerana dia Triesya disakiti sebegitu sekali. dia tak sanggup kekasih hatinya itu menerima kesakitan lagi.


            “For what I’m done before and today Am. I’m sorry for it. I’ve too. I’ve no choice. Tapi aku nak  kau tahu satu hal. Walau apa pun terjadi. Kau tetap sepupu dan abang aku Am. Ingat tu!” Tutur Tengku Ezkandar Heidi sayu. Dulu, Tengku Amsyar adalah teman sepermainannya dengan Tengku Aliff dan Tengku Akiff. Dulu, mereka sering berkongsi segala jenis masalah. Dulu, mereka sering bergelak tawa bersama. Namun kini, mereka menjadi musuh dan bergaduh hanya kerana seorang perempuan. Itu yang dia kesalkan. Tengku Amsyar memandang ke tempat lain. Sedikit sebanyak terasa dengan kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu. Namun rasukan syaitan di kepalanya membuatkan dia kembali panas.


            Dengan penuh rasa marah dan dendam Tengku Amsyar mendekati Tengku Ezkandar Heidi dan mengacukan terus pisau tersebut ke perut Tengku Ezkandar Heidi tanpa Tengku Ezkandar Heidi bersedia. Sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi  jatuh dibuatnya. Darah yang mengalir dari pisau tersebut Tengku Amsyar pandang dan pandangannay dilarikan kepada Tengku Ezkandar Heidi yang sudah terduduk di atas lantai sambil memegang perutnya itu ada banyak darah di situ.


            “Lawan Que Ez! Bangun!” Jerit Tengku Amsyar. Tengku Ezkandar Heidi ketawa. Ketawanya itu membuatkan Tengku Amsyar mengerutkan dahi.        


            “What you expect from me Am? To hit you back? I’m not Am! Kau dah lupa ke dengan janji kita pada nenda? Kita semua takkan bergaduh sesama sendiri apatah lagi menumpahkan darah. Kerana kita sedarah dan sedaging Am. Bagaimana aku. Begitulah juga kau. Happy Now Am?” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman sinis. Tengku Amsyar terdiam. Bibirnya terketar mendengar kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu.


            Beberapa hari yang lepas Tengku Ezkandar Heidi telah berjumpa dengan nendanya dan kini setiap butir nendanya itu terimbas kembali di fikirannya. Senyuma terukir di bibir.


            ‘Que Am is back Que Ez. Nenda tahu Que Am masih berdendam dengan Que Ez. Cuma satu pesan nenda. Setiap apa pun yang Que Am lakukan. Maafkanlah dia. dia bukan dirinya sendiri tika ini. Ingatlah Que Ez. Que Am tetap saudara sedarah dan sedaging cucunda. Nenda sampaikan ini kepada Que Ez kerana nenda pasti Que Ez mampu menangani Que Am dengan baik.’


            ‘Que Ez dah ikut kata nenda…’ Desis hatinya.



            “Arghh…” Mengadu sakit Tengku Ekzandar Heidi di saat perutnya terasa amat pedih sekali. Dengan spontan Tengku Amsyar membuang pisau di tangannya dan menarik-narik rambutnya. Lagaknya bagaikan orang hilang akal sahaja. lebih-lebih lagi pabila melihat Tengku Ezkandar Heidi yang semakin lemah itu. Bibirnya sudah pucat. Namun tetap ada senyuman di situ.

           
            “Aku.. Aku minta maaf Que Ez. Ma… Mmmmaafkan aku.” Balas Tengku Amsyar tergagap-gagap. Tengku Ekzkandar Heidi yang mendengar kata-kata Tengku Amsyar itu tersenyum.



            “Baliklah ke pangkal jalan Que Am. Masih belum terlambat lagi.. “ Balas Tengku Ezkandar Heidi dan cuba untuk berdiri. Walaupun payah, dirinya tetap digagahkan untuk berdiri. Tengku Amsyar pula sudah terududk di atas lantai sambil menarik-narik rambutnya.


            “Que Ez!” Jerit Tengku Aliff yang baru tiba dengan yang lainnya. Wajah mereka kelihatan risau dan cemas.


            “It’s okay. Uruskan Que Am dulu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi pada Tengku Aliff yang ingin menolongnya. Tubuh Triesya didekati. Spontan air mata lelakinya jatuh di saat melihat luka dan lebam yang terdapat di tubuh gadis itu. Tidak cukup di wajahnya. Dileher, tangan dan kaki juga begitu. Belum lagi yang lainnya. Sebegitu teruk sekali Tengku Amsyar menyakiti Triesya.


            “Baby… I’m here syaang. Please Wake Up…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi sayu. Tubuh lemah Triesya di bawah di dalam pelukannya dan dahi gadis itu dikucup penuh kasih. Namun Triesya tetap kaku. Tiada reaksi.


            “Abang? Abang okay tak ni? Kak Trish macam mana?” Soal Tengku Erissa Hani yang duduk di sisi abangnya. Terasa risau pabila melihat luka di perut abangnya dan Triesya yang pengsan itu


            “Trish Baby… Bangun…” Kata Ben dengan sayu. Sejak tadi kerjanya hanya menangis saja. tubuh Triesya digoyang. Namun tetap tiada reaksinya.


            “Please. Kalau apa-apa terjadi pada abang. Tolong jagakan Triesya…” Balas Tengku Ezkandar Heidi lemah. Tubuhnya disandarkan ke tembok bumbung. Tubuhnya sudah dirasakan lemah. Diharap pengobarnannya ini memberikan kebahagiaan pada semaunya. Lebih-lebih cinta hatinya Triesya….


            “Abang!” Jerit Tengku Erissa Hani pabila Tengku Ezkandar Heidi sudah menutupkan matanya dan tidak sedarkan diri……








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G








*******************************************************************




TING TONG!







TING TONG!







TING TONG!







ALOLORH!






JANGANLAH MERAJUK EH J







SORRY AKU LAMBAT POST ENTRY J





HEHEHE







ALA TOMEY-TOMEY~







NAH GULAGULAGULAGULA! J





HAHAHAHAHAH







ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA.






WELCOME~






P/S :: HI Peepss! How was the story? Ok I’ve to admit that! Ianya agak panjang J Hehehehe.



P/S :: Saya, Ratu Adriana Nadine, meminta maaf kerana kelewatan saya mempublish entry ini. MAAFKAN SAYA. Juga, maafkan saya jika ada kesalahan ejaan, perkataan dan ayat. Juga, Maafkan saya jika ada yang terover, tak logic dan sebagainya. MAAFKAN SAYA. Saya hanya manusia biasa yang pandia melakukan kesilapan. Once again, I’M REALLY SORRY DEAR. L




P/S :: Huhuhuhuhu. Sungguh tragik! Apakah yang akan berlaku kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Adakah Tengku Ekzandar Heidi akan mati? Bagaimana pula dengan si cantik Triesya???? Wahai teman, ingatlah. Bahawa CINTA bukan segalanya. Cintailah DIA, kerana DIA selalu ada untukmu. Waiting for the next entry peepps! J Hwaiting~


P/S :: THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE UR COMMENT. MUCH APPRECIATED IT DEAR. PLEASE. PLEASE AND PLEASE LEAVE UR COMMENT. J




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ



TILL THEN,






SINCERELY,


19 comments:

  1. makk aihh.... dupdapdupdap jantung niey!!!
    adoyaii....... ciannyer kt triesya..sampai lebam2.. tragik3!!! huhu... que ez... hrp pengsan ajer...
    hehe!!! gudjob ratu !!
    hwaiting ur next entri !! x sabar da niey!!! tpi kene sabarkn diri jugakk.. hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih cik lylea kite tga berjga study ke? smpat yer nak on9. hehee
      Thanks dear for dropping by and leave ur comment =)
      heee. thanks dear. penuh debaran ne. hehe. =)
      hwaiting for the new n3 yach =)

      Delete
    2. hahaha!!! on9 sat2 jer... kuikui...
      hahaha!!! stgi bru nk study... hehe.. ^_^

      Delete
    3. hahaha!!!! =)

      Delete
  2. sedih bila baca n3 kali ni.
    hrp2 que ez slmt.
    ksian triesya kna pukul smpai mcm tu skali.
    gila la tq.amsyar tu smpai snggup membunuh krn cinta. dah terang2 si sofea tu x ikhlas cintakan dia. bodoh btul.
    writer cpt post next n3 sbb x sbr nak tau crita slnjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      janlah sedihsedih wak. hee. a'ah. kesiankan. Que Am yg psycho tu sggp mmbnh kerna cintanya pada wanita yg slh. =) sabarsabar~ hehe.
      hwaiting dear =)

      Delete
  3. Que Ez!!!NO!!! What happend to him? i really hate Que Am rasa nak tendang2 jer geram!!!!kesian kat Trisha dan Que Ez =( ( dalam keadan emo) ehe sedih lahhh...Trisha will be sad if something happend to her beloved hubby.bila nak sambung ne?suspen lah ishh tak boleh jadi ne kena sambung hari ne jugak ehe jangalah lupa post tau the next chapter =D nak tau apa yang terjadi kat trisha and Que Ez!!! eheh anyway goodluck ratu.=)

    Khad

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi khad,
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      wahhh~ emo sudehhh. hehe =)
      hehe. kite akan smbg mlm ne.
      hwaiting yarch! =)
      thanks dear. much appreciated it. =)

      Delete
  4. huhuhu...kesianya kat dorang dua nie...tapi harap2 dgn peristiwa y berlaku akan membuatkan Triesya "Aku Cinta Kamu" kat Que Ez ;)...& hubungan dgn papa n mama tirinya getting better... smlm dah boleh tidur..lega sikett..Hopefully nothing serius & x mengakibatkan Triesya hilang ingatan pla...hehe...Ratu nak lagi en3 malam nie tau..panjang berjela pun x pe...:))

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi col,
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      AKU CINTA KAMU erk . hehehe. hwaiting for the next entry =)
      hehe alolorh cyan dya =)
      i will dear. next entry mmg pnjg berjela hendaknya =)

      Delete
  5. moga triesya dan que ez selamat..huuhu :(

    geram bt0l aq ngn que am nie..cian kt triesya ngn que ezzz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony,
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      heeee sabarrr dear =)

      Delete
  6. hye2 nad.. ^_^
    hehehe baru ada free bca que EZ n trish ne.
    gila 'saiko" seppu que EZ tu..!! buat apa nak blas dendam ngan pmpuan mcm tu ?? buang tong sampah je dendam tu..rosakkan mental je ish!
    que EZ n trish pengsan je kan???? adoh!! hehehe...pa respon papa mummy trish lepas ne?? dh dorang x info kat parents trish..sya rasa time ne trish pat tahu mummy tri dia anty que EZ..
    nad... mlm ne post awal boleh?? hehehe.. (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hi awak =)
      Thanks awak sudi luangkan masa,
      oso thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hihihi. tulah pasal. bengong sungguh! haha.
      tet! about that we'll hwaiting for new entry this night ya :)
      in shaa allah~

      Delete
  7. kesian dgn Trish ye teruk dibelasah oleh Que Am kerana
    dendam. Jgnlh ape-ape yg buruk terjadi pd Trish dn Que Ez
    Biarlah mereka akan selamat ye... kali ni suspen betul adakah Que Am akan menyesal dgn perbuatannnya yg tlh
    menikam Que Ez? Tunggulh cite Ratu yg seterusnya dn memang dh tak sabar... tk Ratu setiap hari ada n3 baru,
    saaayang kat Ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anor, =)
      thanks dear for dropping by and leave ur comment =)
      hehehehe. pandai cik anor kite. dia soal dia jawab balik. hehehe =)
      hwaiting for the next entry ya dear =)
      uwc dear =)
      sayang u juga !

      Delete
  8. naa.........kn btul naluri nih....adess......ciannya TEH ngan trish.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sixth sense gitewww~ hehehe
      Thanks dear for dropping by and leave ur comment :)

      Delete