Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 10 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 16





AKU CINTA KAMU BAB 16






AKU kini berada di sebuah dunia yang lain. Semuanya kosong dan berona putih. Hanya ada sebuah tasik berhampiran tempatku berdiri kini. Tasik yang airnya tenang dan berona biru. Pelik. Tak pernah ku lihat tasik berona biru. Selalunya hijau dan coklat-coklat sedikit ronanya.


            “Honey…” Panggil suara lembut dari arah belakangku dan terasa bahuku disentuh. Aku yang terkejut lantas berpaling.


            “Mama?”Soalku tidak percaya. Kini, mama berdiri di hadapanku dengan pakaian serba putih. Terukir senyuman manis di bibirnya. Aku rindukan raut wajah yang cantik dan senyumannya miliknya itu. Mama menganggukkan kepalanya. Lantas, aku memeluk mama dan melepaskan segala kerinduanku selama ini di dakapannya. Terasa usapan mesra mama di belakang tubuhku.


            “Mama… I miss you ma. Really miss you. Please don’t leave me again. I need you…” Luahku pada mama sebak. Daguku di tarik lembut oleh mama agar memandangnya.


            “Sayang. Terimalah kenyataan bahawa mama telah kembali kepada-NYA.” Balas mama lembut kepadaku dan mengucup lembut dahiku. Air mata yang masih mengalir aku lap. Kepala digelengkan.


            “No! Mama tipukan? I want to be with you ma. Until now, Trish tak dapat nak terima kenyataan yang mama dah ‘pergi’. Mama pergi tinggalkan Trish keseorangan…” Luahku pada mama. Biar mama tahu rasa hatiku Selama ini. Mama tersenyum dan mengusap pipiku.


            “Sayang… Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah swt akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu. Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah swt yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah swt mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak dan qadar ketentuan Allah swt. Redhalah di atas kepemergian mama sayang. Teruskanlah hidup sayang tanpa mama di sisi. Jagalah papa untuk mama.” Jelas mama padaku. Aku mengelengkan kepala dan memeluk mama erat. Bagaikan takut untuk melepaskannya pergi meninggalkan aku di situ.


            “Trish tak nak! Then, bring me along with you. I want to be with you ma. Bawa Trish sekali dengan mama. Trish nak tinggal dengan mama. Please ma….” Rayuku pada mama dan mama tersenyum memandangku…..






*********AKU CINTA KAMU**********




Tit!



Tit!



Tit!




BUNYI alat penafasan yang secara langsung berhubungan terus dengan nadi Triesya itu membuatkan doctor dan kesemua yang berada di dalam bilik tersebut cemas. Triesya pula bagaikan susah untuk bernafas.



            “Doc, macam mana dengan dia?” Soal Ben risau pada doctor khas yang diupahkan oleh mereka. Tengku Aliff saat ini berada di bilik sebelah. Sedang merawat Tengku Ezkandar Heidi yang sedang parah itu. Doctor tadi memandang Ben dan memandang nurse yang berada di situ.


            “Maaf encik. Sila keluar sebentar. Kami akan merawat pesakit. Jangan risau. Serahkan kepada kami.” Balas doctor tadi dan meneruskan tugasnya. Ben di bawa keluar dari bilik Triesya oleh nurse tadi. Tubuhnya di bawa ke living room kondo Triesya. Ada Ragel Errick,Burn dan Tengku Erissa Hani di situ. Sengaja mereka tidak menghantar keduanya ke hospital. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya adalah public figure. Tidak ingin hal tersebut menjadi isu pada media. Juga kepada keluarga mereka. Semuanya di atas permintaan Tengku Ezkandar Heidi seperti di dalam rancangan mereka tadi pagi. Dia meminta agar Tengku Aliff menyediakan semuanya memandangkan Tengku Aliff adalah doctor dan ada hospital sendiri. Mereka terpaksa akur. Semua kelengkapan di bawa kondo Triesya.


            “Bagaimana keadaan kak Trish Ben?” Soal Tengku Erissa Hani risau. Tadi Ben yang menjaga Triesya di dalam bilik sementara mereka berdua duduk berehat sebentar di situ. Ben mengeluh dan duduk di sisi Tengku Erissa Hani.


            “I don’t know dear. Tiba-tiba tadi keadaan dia tak stable. Asyik sebut ‘mama’. I risau. Risau kalau-kalau dia…” Kata-kata Ben terhenti di situ. Tak sanggup nak sambung ayat itu. Bahunya diusap lembut oleh Tengku Erissa Hani.


            “Sabar Ben. In shaa Allah kak Trish will be okay. Sabar ya..” Pujuk Tengku Erissa Hani pada Ben. Ben menganggukkan kepalanya lemah dan mengelap air matanya yang jatuh.


            “Sabarlah Ben.” Balas Ragel Errick pula. Dia turut kesal di atas apa yang menimpa keduanya. Ternyata Tengku Amsyar begitu gila orangnya. Sanggup membunuh demi perempuan. Kepala digelengkan. Tengku Amsyar sudah diuruskan oleh Tengku Aliff. Di minumkan ubat tidur dan di bawa balik ke kediamaan keluarganya. Biarlah mereka uruskan lelaki itu. Itu permintaan Tengku Ezkandar Heidi tadi. Huh! Baik sungguh Tengku Ezkandar Heidi. Jika dia, orang seperti itu sesuai di bunuh saja.


            “Que Liff? How was abang? Is he okay?” Soal Tengku Erissa Hani di saat Tengku Aliff datang dan duduk di sisi Ragel Errick. Leher yang sengal diurut lembut. Masak juga nak menjahit bekas luka yang dalam itu. Nasiblah Tengku Ezkandar Heidi dapat bertahan dan tikaman pisau tersebut tidak terkena organ penting Tengku Ezkandar Heidi. Tahan sangat nyawa sepupunya itu. Di dalam keadaan yang kritikal pun masih boleh bertahan lagi. Pula tu siap sebut nama Triesya. Kepala digelengkan. Sebegitu dalam sekali cinta Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya. Sepupunya itu benar-benar sudah berubah.


            “He’s okay dear. Just give him rest now. Keadaan dia dah stable.” Jelas Tengku Aliff pada sepupunya itu.

           
            “Alhamdulilah.” Menarik nafas lega mereka berempat. Tak sangka Tengku Ezkandar Heidi mampu bertahan.


            “Triesya okay?” Soal Tengku Aliff pada Ben. Ben memandang Tengku Aliff dan gelengkan kepalanya.


            “Baru je tadi doctor rawat dia balik. Keadaan dia tak stable…” Jelas Ben sayu. Tengku Aliff meraup wajahnya. Bagaimana ingin stabil jika di dera sebegitu sekali oleh Tengku Amsyar, sepupunya yang gila itu. Sudahpun tubuh Triesya di tampar dan dipukul. Kepalanya pula terdapat hentakan kecil di situ. Nasiblah hentakan kecil. Jika besar. Mahunya kekasih Tengku Ezkandar Heidi itu ‘pergi’. Ish. Simpang! Mahunya Tengku Ezkandar Heidi yang meroyan pula.


            “She’s will be fine.” Balas Tengku Aliff yakin. Keadaan Triesya tidaklah seteruk Tengku Ezkandar Heidi. Namun, kerana kondisinya adalah merupakan makhluk Allah swt yang lemah. Maka, kudratnya sukar untuk bertahan.


            “Tangan dia patah…” Balas Ben dengan sendu.


            “Bukan patah Ben. Retak je. Tak payah risau okay. Tangan dia akan pulih nanti.” Balas Tengku Aliff. Memang tangan kanan Triesya retak. Tidak tahu bagaimana jadinya. Mungkin ketika dia dipukul ataupun dihempap sesuatu yang berat. Sakit kepalanya memikir. Tengku Amsyar benar-benar melampau kali ini. Tiada istilah bergaduh sesama kerabat. Mereka sudah berjanji. Tetapi Tengku Amsyar sanggup mengkhianati janji itu. Syukur yang Tengku Ezkandar Heidi berpegang pada janjinya.



            Tengku Amsyar tadi sudah diuruskan. Saat ini hanyalah keluarga Pak sunya dan Nenda yang tahu. Pandailah nenda uruskan Tengku Amsyar itu. Tetapi puaslah juga. Sempatlah juga dia memberikan satu tumbukan buat sepupunya itu. Pada Ragel Errick dia menyuruh saja teman baiknya itu memukul Tengku Amsyar. At least, bukan dia yang cederakan sepupunya itu walaupun dia tengah marah. Satu tumbukan kira okaylah.


            “Tengku Aliff..” Panggil doctor yang merawat Triesya tadi dan menyedarkan Tengku Aliff dari lamunannya.


            “Dr. Alex. How is she?” Soal Tengku Aliff pada doctor yang bernama Alex itu. Bangkit dari dudukannya dan tubuhnya dibawa dekat pada Dr. Alex yang sedang berdiri.


            “Thanks god she stable now. Don’t worry. She’ll be okay after this.” Balas Dr. Alex dan tersenyum. Lega kerana dapat menyelamatkan wanita cantik itu.


            “Thanks Lex and this is for you. Please. Keep it as a secret. We’ve agreement.” Balas Tengku Aliff dan menyerahkan satu sampul surat yang berisi duit dari poket seluarnya. Dr. Alex tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Sebelum datang ke situ tadi dia sudah menyain perjanjian bahawa dia tidak akan membocorkan rahsia tersebut kepada sesiapa sehingga ke nafas terkahirnya. Jika dia melanggar isi perjanjian maka dia akan di dakwa. Malah jika boleh Tengku Aliff akan cuba untuk membuat Doktor tersebut menerima balasan yang setimpal. Kira berbaloilah juga. Duit yang diterima amat besar jumlahnya.


            “No worries Tengku. I akan zip mulut ni. So, I’ve to go. Nice to work with you.” Balas Dr.Alex dan memberi isyarat kepada dua orang nurse tadi agar mengikutnya pergi. Nurse-nurse tersebut juga di beri amaran awal-awal. Juga diberikan upah.




*****AKU CINTA KAMU******




AKU terbangun di saat tubuhku merasa sakit. Dengan perlahan aku cuba untuk membuka mataku walaupun payah. Pelahan. Perlahan dan demi perlahan akhirnya aku bisa mencelikkan mataku. Pabila tubuhku cuba untuk digerakkan. Ianya tidak bergerak sama sekali. hanya kaku.


            Pandanganku yang kabur aku pejam dan cuba dibuka kembali. Jelas sekali saat ini aku berada di dalam bilikku. Aku kenal sekali dengan keadaan bilikku yang ku huni sejak 5 tahun lalu dan bau wangian bunga rose yang mengharumkan bilikku setiap hari.


            “Babe? Kau dah sedar?” Soal Ben padaku. Terasa pegangan tangannya ke jemariku. Aku memandangnya yang duduk di atas katilku.


            “Ben?” Soalku dengan suara yang serak dan lemah.


            “Ya babe. It’s me.” Balas Ben dan mengengam jemariku.  Rambutku pula diusapnya lembut.


            “Ben. Aku. Nak. Air. Aku. Dahaga.” Jelasku pada Ben satu-satu. Walaupun payah, aku gagahkan jua bibirku untuk bergerak. Ben tersenyum dan mengucup dahiku. Ben. Selalu ada di sisiku. Mungkin kami tidak seagama. Mungkin kami tidak sebangsa. Mungkin kami tidak semuhrim. Mungkin kami tidak punya ikatan kekeluargaan. Namun, Ben. Ben tetap ada di sisiku tak kira aku susah dan senang. Gembira dan sedih. Ben selalu ada di situ….


            “Sekejap ya. Aku ambilkan air buat kau. Kau jangan terlalu banyak bergerak.” Balasnya padaku dan  meletakkan tangan kananku perlahan. Aku mengerutkan dahi. Kenapa tangan kiriku sukar untuk bergerak? Hanya tangan kanan. Pabila ku melihat tangan kiriku. Tumpah air mataku saat itu. Kenapa ianya di simen?


            “Ben… Kenapa dengan tangan kiri aku?” Soalku pada Ben dengan sendu. Ben yang berada di muka pintu berhenti. Agak lama dia berdiri di situ sebelum menoleh memandangku. Matanya kelihatan merah. Tubuhnya kembali di bawa ke sisiku.


            “Sabar ya babe. Tangan kau tak apa-apa. Hanya retak sedikit. It will be fine soon.” Balas Ben dan mengusap bahuku. Aku menutupkan mataku kembali. Retak? Kenapa tidak dibiarkan aku mati terus. Agar aku bisa dapat bersama mama…


            Astagfirullah’alazim. Siapa aku untuk berkata seperti itu? Tidak bersyukur dengan keadaan diriku sendiri. Sepatutnya aku bersyukur. Ya. Bersyukur kerana aku selamat. Selamat dari lelaki itu. Lelaki itu?


            “Ben. Mana Tengku Ezkandar Heidi Ben? Mana?!” Spontan aku membuka mataku dan mencari kelibat lelaki itu. Tiada! Hanya kami berdua di situ! Ben pula ku lihat serba salah mukanya memandangku.


            “Babe. Sabar babe. Tengku Ezkandar Heidi ada babe. Dia selamat.” Jelas Ben dan menyabarkan aku agar baring kembali. Ben di sisi aku pandang.

           
            “Ben dia di mana? Aku nak jumpa dia Ben. Apa yang terjadi pada dia?” Soalku pada Ben bertubi-tubi. Air mata yang mengalir aku tidak endahkan. Lelaki itu lebih penting sekarang. Ben mengeluh.


            “Dia ada di bilik sebelah…” Jelas Ben padaku. Tapi raut wajahnya saat itu kelihatan keruh sekali dan aku pasti ada sesuatu yang buruk berlaku pada lelaki itu.


            “Apa yang dia buat di bilik sebelah? Dia tidur ya Ben? Bawa aku jumpa dia boleh?” Soalku hairan kepada Ben. Ben tunduk.


            “Aku akan bawa kau jumpa dia. Tapi aku harap kau bersabar ok. Come…” Balas Ben dan dia berdiri. Aku kerutkan dahi. Apa perlunya aku bersabar?


            Dengan perlahan Ben mengangkatku. Sungguh berhati-hati agar aku tidak terjatuh. Sudah ku larang agar aku berjalan saja. Namun, dia menolak. Katanya badanku masih lemah. lagi pula hanya di bilik sebelah saja. Tidak jauh. Badan lembutnya masih boleh menampung beratku.






******AKU CINTA KAMU********





BEN,TENGKU ALIFF,RAGEL ERRICK, BURN DAN TENGKU ERISSA HANI saat itu hanya mampu menahan sebak. Menahan sebak memandang Triesya yang kembali pengsan di sisi Tengku Ezkandar Heidi. Tadi, di saat Ben mengangkat Triesya masuk ke dalam bilik tetamu yang menempatkan Tengku Ezkandar Heidi itu, Tengku Aliff dan Ragel Errick turut masuk ke dalam bilik tersebut. Tengku Erissa Hani pula sejak tadi berada di sisi abangnya. Dikhabarkan pada kedua ibu bapa mereka bahawa mereka berdua tidur di rumah nenda. Pertama kali, berbohong dengan kedua ibu bapa sendiri. Namun, terpaksa dek kerana keadaan.


            Selepas sahaja Triesya didudukkan di kerusi sisi Tengku Ezkandar Heidi yang terbaring lemah itu. Wajahnya sudah pucat dan lemah. Mungkin tidak percaya melihat wajah lelaki yang sentiasa senyum di sisinya itu kini terbaring kaku di situ dan perutnya di balut. Mulanya dia tidak faham. Namun, setelah diterangkan oleh Ben. Barulah Triesya terus pengsan setelah mendengarnya. Pasti dia terkejut. Jangankan dia. Mereka semua juga masih di dalam keadaan yang terkejut.


            “Macam mana ni?” Soal Ragel Errick. Mereka berlima saling berpandangan dan memandang Tubuh Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya yang terbaring di atas katil. Bersebelahan sahaja. Namun, dipisahkan oleh bantal peluk.


            “Aduh. Macam kisah kat tv je mereka berdua ni.” Balas Burn dan mengaru kepalanya. Yang lainnya menganggukkan kepala. Setuju dengan kata-kata Burn. Tragis sekali. Boleh buat filem dah. Confirm box office punya. Desis hati Tengku Erissa Hani.


            “Kita nak buat apa dengan budak berdua ni? Parah sangat! Kalau diikutkan hati aku ni. Aku kahwinkan je budak berdua ni. Wajib kahwin dah.” Celah Tengku Aliff tiba-tiba. Kini dia menjadi mangsa pandangan keempat-empatnya.


            “Ekeleh. Engkau ni Que Liff. Ke situ pula fikirnya. Helo kawan! Kita sekarang ni tengah fikirkan kesihatan mereka berdua ni. Bukannya tentang perkahwinan dia orang ni.” Balas Ragel Errick dan menumbuk bahu Tengku Aliff. Tersengih Tengku Aliff dibuatnya. Kepala digaru. Spontan itu yang keluar dari bibirnya. Kedua-dua patut dikahwinkan saja. Dah siap korban-korban bagai. Patutnya kahwin saja.


            Tergelak kecil Tengku Erissa Hani, Ben dan Burn dibuatnya. Sejak tadi mereka berdualah yang menceriakan suasana. Agar keadaan tidak terlalu kusam. Sekurang-kurangnya hati mereka dapat ditenangkan seketika.


            “Eh. Abang bergeraklah.” Kata Tengku Erissa Hani teruja setelah melihat jemari abangnya bergerak. Dengan pantas Tengku Aliff mengambil tempat di sisi Tengku Ezkandar Heidi.


            “Que Ez? Kau dengar tak suara aku ni? kalau dengar gengam tangan aku…” Soal Tengku Aliff dan memegang tangan Tengku Ezkandar Heidi. Terasa jemari itu mengengam tangannya. Bermakna Tengku Ezkandar Heidi mendengar suaranya dan sedar.


            “Ok good. Sekarang, kau tarik nafas perlahan-lahan dan hembus..” Usul Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi mengikut walaupun payah. Kelihatan dadanya bergerak.


            “Bagus Que Ez. Now, buka mata kau perlahan-lahan. Kuatkan semangat kau. Buka perlahan-lahan.” Arah Tengku Aliff lagi. Kelihatan, mata Tengku Ezkandar Heidi bergerak-gerak. Dengan perlahan-lahan cuba dibuka. Dicelikkan dan kembali dipejam kembali.


            “Kuatkan semangat Que Ez. Aku pasti kau boleh.” Ragel Errick memberikan semangat pada teman baiknya itu.


            Perlahan.


            Perlahan.


            Dan perlahan.


            Akhirnya Tengku Ezkandar Heidi dapat membukakan matanya. Kini matanya memandang ke sekeliling ruang bilik tersebut. Matanya dapat menangkap wajah Tengku Aliff,Tengku Erissa Hani, Ragel Errick, Burn dan Ben. Keningnya dikerutkan apabila dia cuba untuk bangun. Akan tetapi terasa sakit diperutnya.

           
            “Kau janganlah banyak bergerak. Kang terbuka juga luka tu. Aku jahitkan sekali satu badan kau nanti. Nak?!” Tutur Tengku Aliff geram. Mereka yang lainnya tergelak kecil dengan reaksi Tengku Aliff itu. dengan orang sakit pun nak bergaduh. Nasiblah saat itu Tengku Ezkandar Heidi di dalam keadaan yang lemah. jika tidak sudah pasti Tengku Aliff menjadi mangsanya.


            “Tunggu aku baik Que Liff. Nahas. Kau. Aku. Kerjakan.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memejamkan matanya kembali. Terasa ngilu di perutnya. Tengku Aliff tersengih.


            “Alarh. Gurau jelah bro. Chillah!” Balas Tengku Aliff dengan sengihan.


            Tengku Ezkandar Heidi kembali celikkan matanya. Kening dikerutkan. Di mana Triesya?! Matanya terbuka besar dan dengan pantas dia cuba untuk duduk walaupun sakit. Menjerit kecil mereka berlima dibuatnya. Lelaki itu lasak sekali!


            “Mana Triesya?!!!!!” Jeritnya Pada mereka berlima yang berada di hadapannya kini. Bagaikan ingin makan saja kelima-limannya.


            “Err. Chill sudahlah bang. Buat orang suspend je.” Rungut Tengku Erissa Hani dan mengurutkan dadanya. Terkejut dengan jeritan Tengku Ezkandar Heidi itu. jangankan dia. Keempat-empat lelaki yang menemaninya di situ pun terkejut beruk dengan reaksi Tengku  Ezkandar Heidi itu.


            “I said where is Triesya?!” Soal Tengku Ekzandar Heidi tegas. Tangan kanannya di simpan di perut. Terasa sakit di situ. Namun, digagahkan juga dirinya.


            “Hei! Tengku Ni. Tu hah! Apa tu? Bukan tu cik wifey tengku ke?” Sampuk Burn dan memuncungkan bibirnya ke sebelah Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku Ezkandar Heidi menoleh memandang ke sisinya.


            Tubuh pucat Triesya terbaring di situ. Tengku Ezkandar Heidi memandang gadis itu dengan pandangan sayu. Dengan pipi dan bibir yang lebam dan kepala dan tangan yang dibalut. Sedih! Siapa tidak sedih jika kekasih hatinya di dalam keadaan seperti itu.


            “Baby?” Panggilnya lembut. Namun tubuh itu masih kaku.


            “Dia baru pengsan balik tadi.” Jelas Ben. Tengku Ezkandar Heidi merenung segenap wajah cantik itu yang pucat kini. Lena sekali tidurnya. Pipi gadis itu diusapnya lembut dan penuh kasih.


            “Aku cinta kamu sayang…” Bisiknya perlahan dan mengucup lembut dahi Triesya.






********AKU CINTA KAMU********






TENGKU EZKNDAR HEIDI yang sedang duduk bersandar di kepala katil tersenyum melihat Triesya yang sedang berkerut-kerut dahinya itu. Sedar juga akhirnya. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi. Tadi, tika mereka ingin mengangkat Triesya kembali ke biliknya. Ditegah oleh Tengku Ezkandar Heidi. Dia ingin berada dekat dengan Triesya. Tidak ingin berjauhan. Penyelesaiannya, mereka semua kini berada di dalam bilik Triesya yang luas itu. Lebih selesa kata Ben dan budak berlima tu pula terpaksa menemani mereka berdua di situ. Belum ada ikatan sah yang oi!  Mestilah ditemankan. Jika tidak pasti ada yang ketiga. Orang tengah sakit. Diikutkan sajalah.


            Matanya merenung segenap ruang master bedroom Triesya. Nampak kemas,cantik dan moden. Semunya berwarna putih. Citarasa Triesya sedikit sebanyak difahaminya. Gadis itu sukakan warna putih dan kekemasan. Pertama kali masuk ke dalam bilik gadis itu, dia kagum dengan designnya. Ben kata Treisya yang designkan sendiri. Interesting. Bagaimana agaknya rumah mereka berdua nanti? Desis hatinya nakal.


            “Baby…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut. Sempat dijeling Ben dan Tengku Erissa Hani yang sedang tidur. Burn. Tengku Aliff dan Ragel Errick sedang bermain game di sudut mini living room di dalam master bedroom Triesya. Sabar jelah. Sempat pula bermain game time-time macam ni. Tapi apa-apa pun dia merasa syukur kerana mereka semua sanggup menolong dan menjaga mereka berdua.


            “Baby…” Panggi Tengku Ezkandar Heidi sekali lagi dan kini Triesya sudah membuka matanya. Namun, tiada reaksi dari gadis itu. Hanya diam dan merenungnya. Tengku Ezkandar Heidi menundukkan sedikit tubuhnya walaupun terasa ngilu di bahagian perutnya.


            “Sayang? Kenapa ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Rambut Triesya dibelai lembut.


            “Yyyyy…Yooouuu?” Dengan tersekat-sekat Triesya bersuara.


            “Yes sayang. It’s me. Sorry. I’m too sexy right now.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal dan tersengih. Memang dia tidak memakai baju ketika itu kerana luka yang terdapat di bahagian perutnya. Nasiblah di perut. Buatnya terkena di jantung ke apa. Ke kuburlah jawabnya. Simpang!


            “Hei… Kenapa ni? Sayang sakit ya? Sakit mana?” Soal Tengku Ezkandar Heidi cemas pabila Triesya menangis. Diusap lembut pipi gadis itu.


            “Sayan….” Belum pun sempat Tengku Ezkandar Heidi menyudahkan kata-katanya. Triesya datang menerpa ke pelukannya. Bibir diketap. Menahan ngilu di perut. Namun, demi Triesya dia diamkan saja jika itu dapat menenangkan gadis itu. Pelukan Triesya pada tubuhnya dieratkan. Rambut gadis itu dikucup lembut.


            “You… I’m not asking you to stay for the rest of my life, stay as long as you want. No why’s, no how’s, no but’s, no promises. Just stay. It’s more than enough.  ” Luah Triesya dengan esakan kecil. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. She’s really mean it? Soalnya di dalam hati.


            “No sayang. I takkan tinggalkan you… I’m here. Always be your side.” Balas Tengku Ezkandar Heidi.


            “I’m scared.. I’m scared to lose you” Balas Triesya. Jujur, ketika melihat tubuh kaku Tengku Ezkandar Heidi dan mendengar cerita Ben jantungnya terasa berhenti berfungsi. Sukar untuk menerima kenyataan tersebut.


            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan menarik dagu Triesya agar memandangnya.


My voice is so soft for you to hear, my actions are too weak for you to see. But if you would only listen carefully, you’ll hear the sound of my heart that says, ‘From now until forever, I’ll always be here. Always be your side.’.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut dahi kekasih hatinya itu. Menitis air mata wanitanya saat itu. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar menyayanginya. Adakah dia patut merasa terharu dan gembira?


“Syarifah Bikash Batriesya… Although you may not love me, although you may not care, if you shall ever need me, you know that I'll be there. Your love may all be taken, your heart may not be free, but when your heart is broken, you can always lean on me. Because, you’re the reason I live, you're the reason I'd die, you're the reason I smile yet breakdown and cry. You're the reason I keep going and the reason I fall. But without you in my life, I'm nothing at all. Trust me…” Luah Tengku Ezkandar Heidi lembut dan tersenyum. Biarlah. Biarlah malam ini dia luahkan segalanya pada gadis itu. Takut-takut selepas ini dia tiada peluang itu lagi.


Dengan perlahan Triesya mengusap lembut pipi Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan kanannya.  Wajah kacak itu direnungnya sepuas yang boleh. Manakala, Tengku Ezkandar Heidi hanya membiarkan. Terasa senang dengan belaian Triesya.


The best day of my life was not when I was born or when I took my first step. It’s not even when I met you. I believe that the best day of my life is each day I live knowing that I’m fallen in love with you…” Balas Triesya dan mengetap bibirnya. Kepala ditundukkan. Malu….


Tengku Ezkandar Heidi pula tercengang. She say what???


Come again?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tidak percaya. Spontan Triesya menumbuk dada Tengku Ezkandar Heidi dan baring. Comforter ditarik sehingga menutup wajahnya. Mengadu kesakitan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


‘Kita dah confess. Dia pula buat bodoh!’ Bentak hatinya geram.


Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Keningnya dinaikkan. What should he say? Hanya senyum yang boleh saat ini. Nak melompat tinggi-tinggi rasanya tak larat. Mahunya dia pengsan di situ. Huhu.


Tengku Ezkandar Heidi mendekatkan dirinya pada tubuh Triesya dan menarik lembut comforter yang menutup wajah gadis itu. Senyuman terukir di saat Triesya cuba untuk menolak. Namun kerana kudrat lelakinyaa. Akhrinya, Triesya mengalah juga. Siap bagi jelingan lagi. Tak padan dengan tangan dan kepala berbalut segala.Tengku Ezkandar Heidi tergelak. Kening dinaikkan kembali.


            “I dengar sesuatu tadi…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya menjeling. Bibir dicebikkan. Nasib Tengku Ezkandar Heidi tengah cedera. Jika tidak sudah tangannya sampi di perut lelaki itu dan dicubit kaw-kaw punyer!


            “Dengar apa? Mana ada!” Sangkal Triesya dan memandang ke arah Ben dan Tengku Erissa Hani yang tidur di atas oval set sofa yang berada di dalam biliknya. Aduhai. Kasihannya. Desis hatinya.


            “Better you tell me before I kiss you sayang….” Ugut Tengku Ezkandar Heidi nakal. Tak padan dengan sakit. Sempat lagi nak mengatal. Desis hati Triesya geram. Spontan dia menutup mulutnya dengan tangan kanan. Tangan kiri saat tidak tiada fungsinya. Lebih-lebih di saat Tengku Ezkandar Heidi cuba untuk mendekatkan dirinya pada triesya.


            “Amboi-amboi Que Ez!!! Ulat bulu dah naik daun….” Laung Tengku Aliff yang duduk di mini living room Triesya. Tergelak Ragel Errick dan Burn dibuatnya. Bukan merka bertiga tak tahu yang keduanya dah sedar. Konon yang mereka bertiga tak sedar yang keduanya sudah sedar. Tetapi yang sebenarnya mereka sedang skodeng. Hehe. Sempatlah juga tengok adegan berpelukan. Nak dibantah. Ragel Errick pula membantah. Bagi ruang kononnya. Ruanglah sangat.


            “Hahahaha. Tak padan dengan sakitlah engkau ni! Mengatal je kerja! Sabar jelah aku kalau jadi Triesya.” Sampuk Ragel Errick pula. Burn tergelak saja. Tak berani nak menyakat.


            Spontan Tengku Ezkandar Heidi menjauhkan dirinya pada Triesya dan mengaru –garu rambutnya yang tak gatal. Tersengih Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Tak sangka pula mat laun bertiga tu tengah baik punya tengok drama sebabak mereka berdua. Kacau line betul! Desis hati Tengku Ezkandar Heidi geram.


            “Sibuk bro! Hal rumah tangga orang jangan nak menyibuk!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tergelak. Mereka bertiga juga tergelak. Kecuali Triesya. Mukanya sudah merah tahap gaban. Gila! Spontan comforter di buka dan tubuhnya di bawa turun dari atas katil.


            “Eh. Baby nak pergi mana?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan pabila melihat Triesya berdiri. Merajuk ke? Dia gurau je kot tadi. Takkanlah dia berani nak kiss. Tak berani kot.


            Triesya yang waktu itu memakai baby-tee rona pink dan seluar tidur panjang rona sedondon dengan bajunya menoleh.
           

            “Err. Nak masuk wardrobe sekejap.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.


            “Buat apa yang? Sayang masih sakit tu…” Balasnya. Kasihan pula melihat tangan Triesya yang dibalut. Kata Tengku Aliff disimen kerana retak.


            “Nak ambilkan Que Sha dan Ben comforter. Juga budak bertiga tu.” Jelas Triesya dan masuk ke dalam wardrobenya. Tengku Ezkandar Heidi hanya mampu mengelengkan kepala. Triesya. Degilnya ya amat. Tak padan dengan sakit.





********AKU CINTA KAMU*********




AKU duduk di oval sofa yang berada di tepi katilku. Duduk kaku di situ dan memandang si dia yang nyenyak tidur. Aku tahu, dia masih sakit. Wajahnya jelas menunjukkan yang dirinya sedang menahan sakit itu. Tengku Ezkandar Heidi. Tidak pandai berbohong. Tapi yang pasti, dia lakukan itu kernaku. Berbaloikah? Berbaloikah berkorban demi perempuan sepertiku? Dia boleh saja tidak menyelamatkan aku. Tapi dia tidak. Dia tetap datang dan selamatkan aku…


            Balutan di kepalaku tadi sudah ku buka. Tidaklah seteruk mana. Hanya luka kecil di situ dan plaster diletakkan. Kata Tengku Aliff ada hentakan kecil berlaku. Hah! Pasti ketika lelaki gila itu menamparku kuat sehingga aku terjatuh dan kepalaku terhentak di atas lantai simen. Begitu juga dengan tanganku. Pabila difikirkan kembali. Aku tak sangka yang aku mampu hidup kembali seperti ini. Duduk di sofa ini dan memerhati si dia yang mulai mengambil tempat di hati kecilku.


            Adakah masih terlalu awal perasaan ini? Tetapi jujur ku katakan. Aku benar-benar takut akan kehilangannya. Sedikit sebanyak aku mulai menerima dia di dalam hidupku dan hatiku. Hah! Susahnya… perasaan ini pertama kali ku rasa. Aku sendiri tidak pasti adakah ianya cinta ataupun sebaliknya. Tetapi yang pasti aku merasa gembira dan bahagia dia berada di sisiku saat ini.


            Ben dan Tengku Erissa Hani yang tidur di sofa ovalku aku jeling. Nyenyak sekali mereka tidur. Pasti penat. Begitu juga dengan Tengku Aliff,Ragel Errick dan Burn. Sudah tidur sejak galak bermain game tadi. Apa yang aku boleh katakan. Mereka benar-benar teman baik kepada Tengku Ezkandar Heidi.


           Nafas dihembuskan. Teringat kembali mengenai sepupu Tengku Ezkandar Heidi yang gila itu. Kasihan. Dia benar-benar menyayangi arwah teman wanitanya. Tetapi mungkin dah takdirnya barangkali. Entahlah. Bukan hakku untuk mengadilinya. Orang kata cinta itu buta dan kini aku benar-benar percaya bahawa ianya benar-benar buta. Seperti aku dan Tengku Ezkandar Heidi.


            Tersenyum aku di saat teringat kembali pertemuanku dan Tengku Ezkandar Heidi. Pertemuan yang tidak disengajakan sewaktu di hospital. Juga ketika aku terlanggar keretanya.. Ianya telah mengubah hidupku sehingga kini. Telah mengeratkan lagi hubungan kami. Ada kalanya aku rimas dengan dirinya. Namun,ada kalanya aku ingin dia di sisiku….






********AKU CINTA KAMU********






TENGKU EZKANDAR HEIDI mengerutkan keningnya memandang Triesya di sisi. Gadis itu seperti was-was sahaja untuk membuat ‘perkara’ tersebut. Pipi Triesya diusap dan gadis itu yang tadinya sedang tunduk focus memandang perut Tengku Ezkandar Heidi yang luka itu mengangkat wajahanya. Tengku Ezkandar Heidi dengan bibir pucatnya tetap tersenyum manis.


            “Kalau baby tak yakin. I’ll tell Tengku Aliff to do it.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.


            “It’s okay. I can do it. Tengku Aliff tengah breakfast tu. Tak payah ganggulah.” Balas Triesya dan dengan tangan yang bergetar dia cuba untuk membuka balutan yang membalut luka Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan kanannya. Agak sukar sebenarnya untuk melakukan kerja dengan satu tangan sahaja. Tapi digagahkan juga dirinya.


            Setelah balutan di buka, Triesya menarik nafasnya dan kembali dihembuskan. Traumanya pada darah harus dilupakan saat ini. Lebih-lebih mencuci luka Tengku Ezkandar Heidi itu. Dengan tangan yang bergetar dan lafaz bismillah Triesya memulakan tugasnya mencuci luka Tengku Ezkandar Heidi. sejak semalam dia sudah berazam ingin menjaga Tengku Ezkandar Heidi sepanjang lelaki itu sakit. Malahan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani akan tinggal bersamanya untuk beberapa hari. Takut-takut luka lelaki itu dibau oleh keluarganya.


            Tengku Ezkandar Heidi yang sedang memandang Triesya yang khusyuk mencuci lukanya itu tersenyum. Khusyuk sekali. Terserlah sisi kedoktorannya di situ. Wajah cantik itu cantik memakai maxi dress rona putih hari ini. Rambutnya pula diikat satu. Terasa lucu melihat Ben mengikat rambut Triesya tadi. Ada sahaja tidak ngam di mata gadis itu. banyak kali jugalah Ben membuka dan mengikat rambut Triesya kembali dengan mulutnya yang bising. Hehe.


            “Ok done!” Suara lembut Triesya itu menyedarkan Tengku Ezkandar Heidi dan terpinga memandang Triesya yang tersenyum lebar itu. Puas hati dengan kerjanya.


            “Dah ke?” Soalnya blur. Triesya tersenyum. Tahu sangat yang lelaki itu tengah mengelamun.


            “Dah. Now, pakai baju ni ya. Seksi sangatlah. Sakit mata ni tengok.” Gurau Triesya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

           
            “Sakit mata ke tergoda?” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal dan menaikkan keningnya. Tergelak besar Triesya dibuatnya. Aduhai. Mestilah tergoda. Kalau dah badan tegap semacam. Siapa tak tergoda nak tengok! Haha.


            “Mengada…” Balas Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “Hurm… I thougt I takkan berpeluang jumpa you lagi…” Balas Triesya sayu. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.


            “Kenapa ni? Hurm? Everything is okay right? We’re safe now.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memegang erat jemari tangan kanan Triesya. Kekasih hatinya itu menangis kembali.


            “Before I sedar. I bermimpi I berjumpa dengan mama…” Jelas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.


            “Jumpa mama?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Triesya menganggukkan kepalanya.


            “Mama minta I redha dengan  pemergian dia. But, time tu I rayu dengan mama yang I nak tinggal dengan mama kat sana… But…” Kata-kata Triesya terhenti.


            “But?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.


            “But, mama kata that’s not my world. Masih banyak yang menanti I di sini and mama nak I hargai kehidupan yang I ada. Mama suruh I ikut seorang lelaki. I’m not sure who he is. But what I know, he’s saving me. Time tu dia berjalan masuk ke dalam sebuah tasik dan hilang di sebalik tasik tersebut. Lepas I ikut sama, sedar-sedar je I dah ada kat sini….” Jelas Triesya panjang lebar pada Tengku Ezkandar Heidi. tercengang Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Thanks to Allah swt because you ikut kata mama. Kalau tak I tak tahu apa akan terjadi pada you….” Balas Tengku Ezkandar Heidi lega. Triesya tersenyum kelat.


            “Ya Alhamdulillah.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “I..” Belumpun Tengku Ezkandar Heidi menyudahkan kata-katanya. Tengku Erissa Hani mencelah


            “Abang?” Panggil Tengku Erissa Hani dimuka pintu dengan wajah cemas. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya memandang Tengku Erissa Hani hairan.


            “Kenapa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Tengku Erissa Hani datang mendekati abangnya dan Triesya. Blackberyy miliknya diserahkan  kepada Tengku Ezkandar Heidi.


            “Nenda on the line…” Jelas Tengku Erissa Hani dan kata-kata Tengku Erissa Hani itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tercengang. Mampus! Desis hatinya.









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.










TING TONG!








TING TONG!









TING TONG!








ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~






P/S :: HI Peeps~ How was the story? Is that okay? Sorry kalau tak okay  J I hope you’ll like it peeps!




P/S :: Saya RATU ADRIANA NADINE, ingin memintaa maaf sekirannya punya silap ejaan,perkataan, ayat dan sebagainya. Juga,MAAFKAN SAYA jika cerita ini terover dan sebagainya. Maafkan saya juga jika cerita ini tidak masuk dek akal dan logic. Huhuhuhu. Ada aku kesahhh? This is my story what! My fantasy. So you didn’t have any right to talk bad about it. Huhuhu. Aku melalut di situ J




P/S :: Apakah yang akan terjadi kepada TENGKU EZKANDAR HEIDI dan TRIESYA selepas ini? Adakah Triesya akan menyatakan ‘AKU CINTA KAMU’ kepada Tengku Ezkandar Heidi? Bagaimana pula dengan Nenda Tengku Ezkandar Heidi? apakah tujuannya menelefon Tengku Ezkandar Heidi? jengjengjeng~ Hwiating for the next entry J See ya!





P/S :: THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE YOUR COMMENT DEAR. MUCH APPRECIATED IT J PLEASE! PLEASE! AND PLEASE LEAVE YOUR COMMENT YA! J





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA.





TILL THEN,








SINCERELY,


21 comments:

  1. waalaikumusalam!!! ... hehhhe..
    LiKe It !! wa!!! syok la que ez...triesya fall in love kt dia..haha!!!
    ayoyo!!! nenda spew tu taw yg kacau line... haha!!
    gudjob kak ratu!!! (lylea panggil kak ek.. sbb rsenyer pangkat adek-akak) hehee .. *winkwink* bole ker gitu? haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI cik lylea,
      study yer hahaha =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe. yay~! kite suke awak suke! erk! confius dgn ayat sndri. haha =)
      thanks dear =)
      yes sure. blh je =)
      Lylea umr brapa eh?

      Delete
    2. hehe!!! ^_~ ...
      <--- mude lagik niey!!! muahaha!!!
      bru 16 ... kak ratu?

      Delete
    3. hehhe ... 2oan pon muda aper...
      >__< ...

      Delete
  2. WAAhhh tak menyesal tunggu pagi2 buta ne eheh i like it!!!!!!!! que ez and trisha kahwin jer lah tak sabo den.akhirnya trisha telah meluah kan rasa cinta pada que ez.oh my!!!! kalau lah terjadi kat real life beruntungnya ehehe so the romantic!!! MANALAH NAK cari lelaki macm que ez.anyway good job ratu!!! ur the best!!!! sambung jangan tak sambung dah jadi addicted dengan blog ne hari2 kena check sbb nak baca sambungan dia eheh.k dear goodluck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony =)
      thanks dear for dropping by and leave ur comment =)
      hehehe. yay! thanks awk sudi tgu =)
      hehehe. kan? alangkah bestnya. tpi sayang. ianya cuma fantasy =( Hehehe. Kite g airport ke. carefour ke. mana tahu ada kat situ llk mcm Que Ez. haha.jokes =)
      Hwaiting for the next entry sayang =)
      awwhhh~ sayang awak! thanks eh sudi jenguk blog kite xseberapa ni =)

      Delete
  3. awat sikit sgt??
    ratu, nak lagi!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi cik siti, =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      erk! sikit ke awak? 20page kut. haha.
      xpe esok kite smbg eh =)
      hwaiting for the next entry dear =)

      Delete
  4. huhh..patutlah pkl 2am mlm tadi org terjaga rupa2 dah masuk en3 yg..yg..hehe...sgt2 besttt..amboi Que Ez ingatkan sakit2 nie x larat nak noty2..lagi2 Triesya dah confess iye...suka..suka...Hopefully Nenda x jadi penghalang hubungan cinta y baru bemula..Hmm..x puas baca la..nak lagi en3 panjang2.. :)... TQ Ratu...

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi col =)
      hehehe. weheuuu~ ada telepati you. hahaha =)
      hehe. tuwhlah pasal. gatal semacam! haha.
      hwaiting for the next entry erk.
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)

      Delete
  5. dugaan3. :)
    harap que ez tetap dismping triesya wlp0n bnyak cabaran yang dihadapi..setia pd yg satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik anony, =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehe. harapharap mcm tuwh la =)

      Delete
  6. best nyer..new n3!new n3!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      thanks dear
      hwaiting~

      Delete
  7. syukur kedua duanya selamat walaupun berbalut sini sana...
    nk lagi Ratu sambung lagi.... setia menanti next n3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anor =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      alhamdulilah~ hehe
      thanks dear for hwaiting =)

      Delete
  8. best nak lagi

    ReplyDelete