Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 11 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 17










AKU CINTA KAMU BAB 17







TENGKU EZKANDAR HEIDI turun dari kereta Ferrarinya dengan dahi yang berkerut. Kesakitan yang dialaminya terpaksa ditahan. Kot rona hitam di tubuhnya dikemaskan. Ray ban hitam tersarung kemas di matanya di perbetulkan. Nafas ditarik perlahan dan dihembuskan.


            “Kau okay tak ni Que Ez?” Soal Tengku Aliff yang baru keluar dari kereta Tengku Ekzandar Heidi. Dia yang menawarkan dirinya untuk memandu kereta Tengku Ezkandar Heidi tadi. Tak sanggup nak membiarkan sepupunya itu memandu di dalam keadaan yang masih belum pulih. Lagi pula, berulang kali Triesya memesankan padanya agar menjaga Tengku Ezkandar Heidi dengan baik. Kepala digelengkan. Bagaimana dia tidak mengatakan yang keduanya wajib kahwin jika begitu keadaannya.


            Mereka berdua dipanggil oleh nenda pada hari itu. Secara jujurnya terasa debar di dalam hati. Nenda. Seorang yang sukar diduga orangnya. Sering membuat keputusan tanpa di duga. Tujuan kedatangan mereka pada hari itu juga tidak diketahui apa motifnya.


            “Err. Okay. Don’t worry.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berjalan beriringan masuk ke dalam mahligai nendanya. Kereta mewah miliknya sudah dibawa pergi oleh pengawal.


            “Aku bukan apa Que Ez. Cik puan Triesya kita tu. Siap bagi amaran pada aku tadi supaya jaga kau. Mahunya aku tak jaga.” Balas Tengku Aliff dan tergelak. Lucu pabila diingatkan kembali bagaimana Triesya memberi amaran padanya. Comel betul wajah cantik itu.


            Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Tengku Aliff yang juga kemas memakai kot rona khaki itu dijeling. Sememangnya etika mereka jika menjejakkan kaki di situ. Formal dan kemas. Teringat kembali telatah Triesya tadi pagi.


            “Kalau sakit kat mana-mana ke. Hubby bagitahu kat Que Liff ya.” Pesan Triesya kepadanya. Siap menarik neck-tie yang dipakai Tengku Ezkandar Heidi. Tergelak kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya. Nakal betul. Bukan kira orang tengah sakit ke apa. Selamba minuman cap badak dia je tarik-tarik neck-tie tu.


            “Dengar tak ni?” Soal Triesya kembali. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Tangan kanan Triesya dikucup lembut.


            “Dengar baby. Don’t worry okay. Pergi jumpa nenda je kot. Bukannya nak pergi jumpa bakal bapa mertua.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya. Menjerit geram Triesya dibuatnya. Haha.


            “Asalamualaikum wbt Que Ez, Que Liff. Tunku Tengku Badariah dan yang lainnya sedang menanti di bilik meeting.” Butler Razif menyapa mereka. Badannya ditundukkan sedikit tanda hormat pada keduanya. Butler Razif merupakan orang kepercayaan nenda mereka dan ketua pembantu rumah di mahligai indah tersebut. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff mengerutkan dahi dan saling berpandangan.


            “Yang lain? What do you mean?” Soal Tengku Ekzandar Heidi hairan.


            ‘A’ah. I don’t get it. I thought kita berdua je nenda nak jumpa.” Balas Tengku Aliff pula. Butler Razif hanya tersenyum dan berjalan mendahului dua orang jejaka itu.


            “Hei. Ada juga yang aku sekih kang ni.” Bisik Tengku Aliff geram. Nasiblah mereka berdua hormatkan lelaki berumur itu. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil. Kepala digelengkan. Tengku Aliff ni memang. Memang kureng orangnya. Hahaha.


            Setiba di muka pintu meeting room bagi keluarga besar mereka, langkah kaki Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff terhenti. Terkejut dan saling berpandangan. Pandangan penuh erti diberikan.


            “Que Ez, Que Liff. Coming in.” Arah nenda mereka yang kini duduk di kerusi di hujung meja yang memuatkan 20 orang itu. Memang itu tempat nenda semenjak Tunku Tengku Hamidi mangkat.


            “Ya nenda.” Balas keduanya dan mengambil tempat berhampiran nenda. Sempat dijeling Dato Tengku Haikal dan isterinya Datin Maria serta Tengku Amsyar yang ditemani oleh doctor itu.


            “Que Ez dan Que Liff pun dah sampai. Sekarang kita akan memulakan perbincangan.” Kata nenda tegas dan membuatkan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff tercengang. Perbincangan? Mereka sendiri tak tahu ada perbincangan hari itu. Tiba-tiba sahaja.


            “Asalamualaikum wbt. Tujuan nenda memanggil kamu semua ke sini adalah di atas permintaan Tengku Amsyar sendiri.” Jelas nenda. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff memandang Tengku Amsyar yang tertunduk menekur lantai di hujung sana.


            “Maksud nenda?” Soal Tengku Aliff hairan.


            “Tengku Amsyar dah ceritakan semuanya pada nenda.” Balas nenda. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff tercengang.


            “Err. Apa maksud nenda?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Nenda tersenyum.


            “Tengku Amsyar dah ceritakan semuanya. About you and Triesya…” Jelas nenda. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.


            “Que Ez. Pak su nak minta maaf bagi pihak Que Am. Di atas apa yang dilakukannya kepada Que Ez dan kekasih Que Ez. Pak Su benar-benar kecewa dengan Que Am. Pak su ingatkan dia dah berubah.” Balas Dato Tengku Haikal kesal. Isterinya Datin Maria sudah menangis di sisi. Terasa sedih dengan keadaan si anak.


            “Pak Su, lupakanlah. Takde apa yang nak dimaafkan. We’re family right.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku Amsyar memandang Tengku Ezkandar Heidi. Jatuh air mata lelakinya saat itu. Tidak disangka sepupu yang selama ini dibenci rupanya punya hati yang baik. Di atas kesalahan yang dilakukannya. Amat mustahil lelaki itu akan memaafkannya. Namun, dia salah. Betul kata nenda.


            ‘Que Ez matang orangnya. Dia tidak akan membenci kerabatnya sendiri. Dia benar-benar berpegang dengan janjinya. Percayalah, nenda pasti yang Que Ez akan memaafkan Que Am. Asalkan Que Am benar-benar ingin berubah.’


            “Maafkan aku Que Ez…. Aku salah.” Luah Tengku Amsyar kesal. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “Aku maafkan kau Que Am. Cuma aku tak dapat nak terima. Tak dapat nak terima kau sanggup buat macam tu pada Triesya. Dia tak bersalah Que Am….” Balas Tengku Ezkandar Heidi kesal. Tengku Amsyar menunduk.


            “Maafkan Que Am, Que Ez. Mak su kesal di atas apa yang terjadi. Mak su akan pastikan selepas ini Que Am akan menjalani rawatan di UK. Mak su sendiri tak tahan dah tengok dia macam ni. Terlalu taksub dengan arwah tu.” Sampuk Datin Maria kesal. Tengku Amsyar hanya mampu menekur lantai. Sudah puas telinganya menerima bebelan mamanya semalam. Dah tak sanggup nak mendengar lagi.


            “Tak apalah mak su. Lupakanlah. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Que Am…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi pada Tengku Amsyar. Tengku Amsyar mengangkat wajahnya memandang Tengku Ekznadar Heidi yang tersenyum memandangnya. Walau bibir sepupunya itu kelihatan pucat. Senyuman tetap terukir di situ.


            “Always remember that we’re cousin. We’re always here for you. Seperti dulu.” Ucap Tengku Ezkandar Heidi ikhlas dan tersenyum.


            “Ya Que Am. Kami sentiasa ada di sini untuk kau. We’re always support you. Walau bagaimana sekali pun kau. Kita tetap bersaudara.” Sampuk Tengku ALiff. Tengku Amsyar dengan perlahan tersenyum dan berdiri. Keduanya cuba untuk didekati. Namun di tahan oleh doctor peribadi Tengku Amsyar. Namun, pabila melihat anggukan dari nenda. Barulah Doctor tersebut melepaskan Tengku Amsyar. Kini, mereka bertiga sudah saling berpelukan. Nenda, Dato Tengku Haikal dan Datin Maria tersenyum senang.






******AKU CINTA KAMU*******





AKU tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Merah je muka dia. Haha. Malu kot. Jangankan dia. Aku ni hah lagi malu kot dari dia. Bergetar tangan ni nak sentuh badan dia yang tough lagi sexy tu. Wehuuuu~ Malu mak!


            “Kenapa?” Soalku hairan padanya. Keningku dinaikkan pabila sejak tadi matanya asyik merenungku. Tengku Ezkandar Heidi spontan mengalihkan wajahnya. Haha. Alahai. Awak dah red caughtlah sayang.


            “Err. Nothing..” Balasnya dan mengaru kepala. Aku tersenyum dan menyambung tugasku kembali. Mengelap tubuhnya dengan tuala bersih tadi. Huhu. Nak terpengsan juga bila sentuh six pack dia tu. Ya ampun! Kenapalah dia tegap semacam.


            “Pandang apa tu?” Soalnya nakal dan mengeyitkan matanya. Aku terdiam. Aduhai. Muka pula dah merah menyala. Malu gila dah red caught pandang tubuh dia. aisehmen. Bukan salah aku. Aku tolong lapkan badan dia. So kenalah tengokkan? Erk! Ayat sedapkan hati je sebenarnya. Ngehngehngeh. J Erk! Ada pula smile kat situ.


            “Err. Mana ada! Orang tak pandang apa-apa pun.” Dalihku cepat dan alihkan pandanganku dari tubuhnya yang seksi. Alahai. Boleh mimpi malam aku macam ni. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil dan menarik daguku lembut agar memandangnya. Keningnya dinaikkan nakal.


            “Kalau nak pandang. Pandang je. Tapi jangan tergoda sudah.” Balasnya nakal. Menjerit kecil aku dibautnya. Siap bagi cubitan percuma pada dia lagi.


            “Hei! Otak kuninglah! Choiii!! Setakat badan you yang ciput ni. Tak tergoda pun.” Balasku selamba dan menjuihkan bibirku. Dia tergelak.


            “Ye ke? So tadi tu apa? Pandang lama bukan  kemain lagi.” Balasnya nakal. Haiyarkkk! Spontan terkena kat batang hidung aku balik! Cis!


            “Err. Whatever..” Balasku pendek dan kembali menyambung kerjaku. Tak tahu nak jawab apa. Itu jelah aku mampu. Kedengaran suara Tengku Ezkandar Heidi tergelak.


            “Hurm. Esok I terpaksa balik rumah.” Tengku Ezkandar Heidi memaklumkan padaku. Terhenti kerjaku dibuatnya. Kepala diangkat dan si dia dipandang.
           

            “Kenapa? I tak pandai jaga you eh?” Soalku risau dan sedih. Dia tergelak dan menarik tangan kananku.


            “No sayang… You pandai jaga I. But Que Sha dan I dah empat hari kat sini. Mummy dah bising.” Balas Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Mulutku memuncung. Entah kenapa berat hati nak lepaskan dia pergi.


            “Kenapa ni? berat hati eh nak lepaskan I pergi?” Soalnya lembut dan membelai pipiku.


            “I will miss you…” Jujurku padanya. Dia tersenyum senang.


            “Kita akan selalu jumpa.. Hubby janji.” Janji Tengku Ezkandar Heidi kepadaku dan menarikku ke dalam pelukannya. Entah kenapa, aku menlepaskan tangisanku di dalam pelukannya. Aduhai. Sejak bila aku jadi cengeng dan manja ni? Semuanya gara-gara dia! Erk! Boleh pula salahkan orang lain…. Huhuhuhuhuhu….







******AKU CINTA KAMU******** 










TENGKU EZKANDAR HEIDI merenung jauh ke dada langit. Kelihatan banyak bintang di situ. Balcony biliknya memang agak luas dan ada sofa L-Shape di situ. Selalunya merupakan tempat favorite dia, Tengku Aliff dan Ragel Errick lepak.


            Tubuh dibaringkan. Tangan kiri menompang kepalanya di belakang. Manakala tangan kanan berada di atas perut dan memegang Iphone 4s nya. Bibir mengukirkan senyuman. Teringat kembali perbualannya tadi dengan cik wifeynya. Aduhai~ Rasa nak tercabut saja jantungnya tika Triesya mengatakan rindu padanya dengan suara yang manja. Seharian tidak berjumpa kerana kesibukanya di pejabat dan dia terpaksa balik awal ke rumah untuk berehat. Tubuhnya masih belum kuat. Setakat ini Burnlah yang menjadi pemandunya. Pabila Puan Sri Tengku Melissa menyoal kenapa tak memandu sendiri. Jawapannya senang sahaja.


            ‘Malas nak drive’.


            Padahal luka di perut masih belum pulih lagi. Teringat pula pada sepupunya Tengku Amsyar yang kini sudah berada di UK. Menerima rawatan di situ. Alhamdulilah. Akhirnya lelaki itu sedar juga. Sememangnya kisah Tengku Amsyar memberikan pengajaran buat dirinya secara langsung. Namun, dia faham akan perasaan lelaki itu. Buktinya dia sendiri cinta mati pada Triesya. Jika hal itu berlaku pada dirinya. Dia sendiri tidak tahu apa akan dilakukannya.


            Ingatannya berbalik kepada sang kekasih hati. Senyuman kembali terukir. Wajah cantik itu kini mengambil tempat. Alhamdulillah. Seidikit sebanyak peristiwa yang berlaku ada hikmahnya juga. Sekurang-kurangnya triesya sudah mulai ada perasaan dan merinduinya. Sudah tak segan nak kata rindu dan bermanja. Kalau dulu. Mahunya gadis itu melenting jikalau dia pula yang bermanja.


            ‘Kalau macam ni banyak kali kena tikam pun takpe..’ Desis hati nakal Tengku Ezkandar Heidi.


            Namun, kini ingatannya kembali pula pada nendanya. Sebelum keluar dari bilik meeting. Dia disuruh menunggu di situ sebentar. Ada yang nenda ingin katakan padanya. Berdebar juga. Tapi dia pasti hal itu ada kaitannya dengan Triesya.


            ‘Bagaimana dengan luka Que Ez? Nak denda upah pakar suruh ubatkan?” Soal nenda penuh prihatin pada Tengku Ezkandar. Tangan Tengku Ezkandar digengam. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “It’s okay nenda. Que Ez dah okay sekarang ni. Taklah teruk mana. Just tengah tunggu luka baik dan kering je sekarang ni.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Nenda tersenyum. Keningnya dinaikkan.


            “Ke dah ada doctor cantik yang jagakan?” Sakat nenda nakal. Merah muka Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Dia pasti nenda sudah tahu keberadaannya Selama beberapa hari ni.


            “Errr.. Macam mana nenda tahu?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Nenda tergelak kecil.


            “Beberapa hari lepas, mummy kamu call nenda dan tanyakan soal kamu berdua yang dah lama tak balik. Mulanya nenda terkejut juga. Sedangkan kamu berdua tak ada di sini. Hanya yang mampu nenda katakan padanya bahawa kamu akan balik nanti.” Jelas nenda.


            “So bagaimana nenda tahu Que Ez dan Que Sha tinggal kat rumah Triesya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. See! Nendanya Nampak saja begitu. Cool. Tapi di belakang macam-macam dia rancang. Ala-ala bila kita lupa bawa tikar ketika berkelah. Hah! Pasti nenda yang akan bawa. Something like thatlah.


            “Nenda arahkan Butler Razif siasat ke mana perginya kamu.” Balas nenda. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kepala digelengkan. Butler Razif memang cekap orangnya.


            “Bawalah Triesya berjumpa dengan nenda nanti. Nak juga nenda berjumpa dengan gadis cantik yang Berjaya menambat hati Que Ez dan membuat Que Ez seperti ini.” Balas nenda dan tersenyum. Sempat bibirnya dimuncungkan ke perut  Tengku Ezkandar Heidi yang luka.


            “Err. Nenda tak kisah ke? Nenda terima Que Ez bercinta dengan Triesya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi takut. Nenda tersenyum dan mengusap pipi Tengku Ezkandar Heidi.


            “Kamu dah cukup besar Que Ez. Sejak dulu nenda tak pernah nak halang anak-anak mahupun cucunda nenda di dalam pemilihan pasangan hidup. Buktinya pak su kamu berkahwin dengan mak su kamu yang berasal dari keluarga biasa. Jodoh dan pertemuan itu datang dari-NYA. Walau sejauh mana nenda menghalang. Jika sudah tertulis jodohnya seperti itu. Seperti itulah juga dia.” Balas nenda dan tersenyum. Tersenyum lebar Tengku Ekzandar Heidi dibuatnya. Tubuh nendanya diraih ke dalam pelukan dan dipeluk erat. Gembira pabila hubungannya dan Triesya diterima baik oleh semuanya.



            Tet!



            Tet!



            Tengku Ezkandar Heidi tersentak dikala Iphonenya berdering menandakan ada message masuk. Message dibuka.


            +Hubby. I on the way balik rumah papa….


            Message dari Triesya itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan keningnya. Apa tujuan gadis itu balik? Setahunya Triesya jarang sekali balik ke rumah daddy syednya. Jemari digerakkan di screen Iphone.


            -What for?


            +My grandma is here. She wants to see me. I’ve too. L


            -Ok dear. Take care of yourself. Always love you


            Dagu diketuk dengan Iphone. Nenek Triesya dah ada kat sini? Pasti nenek sebelah papanya. Jika sebelah mamanya apa perlunya Triesya balik ke rumah itu. Nafas dihelakan. Kahwinkan senang……. Desis hatinya.



            Kring!





            Kring!




           
            Tengku Ezkandar Heidi tersentak. Kini Iphonenya berdering sekali lagi kerana  ada panggilan yang masuk. Tanpa melihat pada nama si pemanggil Tengku Ezkandar Heidi terus menjawab. Fikirnya pasti Triesya.


            “Helo sayang..” Sapanya mesra.


            “Erk! Apa sayang-sayang ni boss? Meremang bulu saya ni dibuatnya..” Kedengaran suara Burn pula membalas. Erk! Spontan Tengku Ezkandar Heidi melihat Iphone nya kembali. Nama si pemanggil di lihat. Dahi diketuk. Alahai! Burn the mr.fixed rupanya.


            “Hah! Kau! Nak apa? Aku ingatkan siapa tadi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan suara serius dan tegas. Tergelak Burn dibuatnya.


            “Amboi boss. Dengan saya bukan main tegas lagi.” Sakat Burn. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepala. Burn. Jika dilayan. Begitulah jadinya.


            “Straight to the point Burn.” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Tergelak Burn dibuatnya.


            “Ok! Ok! Ni hah. ‘Benda’ yang boss design tu dah siap. Bila boss nak?” Soal Burn secara terus. Spontan Tengku Ezkandar Heidi duduk tegak. Bibir diketap kerana terasa sakit diperut akibat aksinya tadi.


            “Give it to me tomorrow. ASAP Burn.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman di bibir.






*******AKU CINTA KAMU******** 






AKU dan Ben melangkah masuk ke dalam banglo papa. Ingin sahaja aku membawa kakiku pulang ke kondo kembali. Namun, ditegah oleh Ben. Siap sumbatkan aku ke dalam Bmw bagaikan patung saja. Takde berperikemanusiaan betul! Dahlah aku tengah OKU ni. Orang Kurang Upaya saat ini. Aduhai! Entah apa reaksi nenek nanti. Jika papa tu aku endahkan saja. Mana pedulinya keadaan aku. Huhu.
                       

            “Ben. Aku rasa nak baliklah….” Rengekku pada Ben.


            “Ouch!” Mengadu kesakitan aku di saat Ben menarik rambutku yang diikat satu. Ish!


            “Kau jangan nak mengada. Kita dah sampai ni. Ada juga yang aku patah riukkan di sini nanti. Please be mature ok. Sampai bila nak berperangai macam budak terencat ni?” Soal Ben geram. Siap dengan cengkak pinggangnya lagi. Tu nasib baik cengkak pinggang. Dibuatnya cengkak musang? Haha. Erk! Ada kena mengena ke? Whatever!


            “Aku…”


            “Batriesya? Ben? Dah sampai rupanya. Jom masuk!” Sapa nenek yang berada di tangga pada kami berdua. Tersengih kami dibuatnya.


            “Eh! Eh! Nenek! Bila sampai nek?” Soalku spontan pada nenek dan mendekatinya. Tangan di salam dan pipinya dicium mesra. Begitu juga dengan Ben. Nenek dengan Ben? Kamceng yang amat! haha.


            “Eh. Kamu ni Batrish. Kan nenek dah sampai tadi petang lagi. Mabuk ke apa.” Balas nenek hairan. Spontan aku menepuk dahi dan tersengih. Ben pula menyinggung pinggangku. Ish. Jelingan maut aku hadiahkan buat dak Ben tu. Aku tahulah! Nak je aku jerit macam tu.


            “Heheh. Lupalah nek.” Balasku sengal. Hehe. Nenek pula mengerutkan dahinya memandangku. Lebih-lebih tangan yang berbalut dan bersimen. Aku dan Ben saling berpandangan. Aku isyaratkan dia supaya menjawab apa sahaja jawapan nenek.


            “Eh. Kenapa dengan tangan Batrish ni sayang?” Soal nenek terkejut dan memandang tanganku. Aku tersenyum. Ben disigung.


            “Err. Dia jatuh nek. A’ah. Jatuh.” Balas Ben selamba. Sempat mulutnya di tampar lembut. Tersenyum kecil aku dibuatnya. Nenek pula memandang Ben hairan.


            “Jatuh kenapa sampai macam ni sekali Ben?” Soal nenek hairan. Kali ini Ben pula memandangku. Mencari idea.


            “Err. Time tengah buat rehearsal tu nek. Tengah runaway kan. Time tulah jatuh. High heels tinggi sangatlah nek.” Bohongku pada nenek. Nasiblah badan. Dah pandai menipu nenek tersayang. Nenek mengelengkan kepalanya.


            “Ish. Ish. Kamu ni sayang. Kan nenek dah larang jadi model tu. Entah apa yang kamu dapat. Menyusahkan kamu saja. Tengok apa dah jadi sekarang ni. Dah jom ke ruang tamu. Mari Ben.” Balas nenek dan menarik tangan kananku menuju ke ruang tamu. Sempat aku berpaling memandang Ben. Mataku aku besarkan. Entah apa-apa yang kami tipu nenek. Ben tersengih saja.


            “Eh. Trish? Kenapa dengan tangan tu?” Soal auntie Merissa kepadaku risau. Aku mencebik. Risaulah sangat. Nenek menyuruh aku dan Ben duduk di tepinya. Di sofa mahal  berangkai tiga papa. Papa yang tadinya mengerjakan Ipadnya spontan duduk tegak dan memandangku.


            “Sayang? Kenapa tangan tu?” Soal papa prihatin. Huh! Prihatinlah sangat.


            “Katanya jatuh  time rehearsal hari tu.” Jelas nenek. Tahu sangat hubungan diinginku dan papa. Kepalanya digelengkan. Rambutku diusapnya lembut.


            “Trish… please takes care of you self-dear. Patutlah sejak beberapa hari ni papa rasa tak tenang. Rupanya Trish dilanda musibah.” Nasihat papa padaku. Spontan aku dan Ben saling berpandangan. Erk! papa boleh rasa ke aku dilanda musibah? Ish. Kuat betul telepati papa ni. Ada sixth sense ke apa bapak aku ni.


            “Ya sayang… Betul tu. Sekarang ni banyak sangat penyakit. Keadaan gejala social pun banyak.” Auntie Merissa yang berada di sebelah papa pula menyampuk. Spontan aku menjeling. Ambil beratlah sangat.


            “Pandailah orang jaga diri. Diam-diam sudah!” Balasku sinis.


            “Batrish! Ada pula cakap macam tu dekat mummy Trish.” Tegur nenek kepadaku. Aku mengeluh. Asal aku nak menjawab je apa perempuan tu cakap mesti aku juga yang kena balik. Apa baik sangat ke dia?


            “Sebab ni Trish malas nak balik!” Bentakku dan berlalu pergi ke tingkat atas. Ben? Pandai-pandailah dia bawa  diri. Budak tu dah biasa sangat dekat rumah papa ni. Mesra alam terlebih.






            Setiba di dalam bilikku, aku menyandarkan diri pada pintu bilik. Keadaan bilikku yang masih sama seperti 5 tahun lalu ku pandang. Ianya masih sama. Tiada satu pun yang berubah. Cuma hidupku sahaja yang berubah… Keadaan bilik yang berona pink itu membuatkan aku teringatkan mama. Betapa aku dan dia dulu semangat nak decokan bilikku. Semuanya jika boleh berwarna pink. Gegirllah katakan. Spesis princess kononnya. Mama melayan sahaja perangai manjaku. Maka., dia yang excited lebih. Tersenyum aku dibuatnya. Namun, kini berbeza. Aku lebih suka memilih rona putih untuk design kondoku kerana aku rasakan hidupku seperti rona putih itu. Hambar.


            “Maaaa… Trish nak semua colour pink eh. Trish tengok kat magazine hari tu. Wahh. Cantiknya.” Kataku pada mama teruja. Siap menepuk-nepuk tanganku lagi. Mama yang sedang berada di sisiku dan melakarkan design bilikku di atas secebis kertas A4 tersenyum.


            “Anak mama ni tak habis-habis dengan colour pink dia.” Balas mama dan mengusap rambutku lembut.


            “Kalau colour lain tak boleh eh? Mesti nak colour pink juga? Colour hitam nak?” Sakat papa padaku. Spontan aku mencebik dan berpeluk tubuh. Tergelak besar papa dan mama olehku.


            Tok!



            Tok!




            Tok!


            “Batrish?” Kedengaran suara nenek memanggilku dan mengetuk pintu bilikku. Ingatanku pada mama dan papa sudah hilang ke mana. Air mata yang mengalir cepat aku lapkan. Takut-takut jika nenek melihat air mata itu. Dengan nafas yang dihembuskan perlahan aku membuka pintu tersebut dan kelihatan nenek berdiri di luar muka bilikku dengan senyuman manis. Aku membals senyumannya walaupun kelat.


            “Nenek menggangu Batrish ke?” Soal nenek padaku. Aku tersenyum dan menggelengkan kepala.


            “Takdelah nek. Batrish belum mengantuk lagi.” Balasku pada nenek. Nenek tersenyum.


            “Boleh nenek masuk?” Soal nenek lembut. Aku mengangguk dan membawa nenek masuk ke bilikku. Tubuhku dan nenek didudukkan di atas katil.


            “Batrish…” Panggil nenek lembut.


            “Ya nek?” Soalku pada nenek. Nenek menepuk ribanya agar aku baring di situ. Aku tersenyum dan baring di ribanya. Rambutku di usapnya lembut.


            “Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.” Balas nenek kepadaku dan tersenyum. Aku mengerutkan dahi. Apa kaitan?


            “Maksud nenek?” Soalku hairan.


            “Batrishlah. Cucu kesayangan nenek ni. Mudah melenting pabila papa dan mummy Trish bersuara.” Jelas nenek. Aku terdiam. Betullah tu kot. Jika berhadapan dengan mereka berdua aku selalu melawan.


            “Sayang… Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.” Kata nenek perlahan dan penuh kelembutan. Walaupun ada tegasnya di situ. Nenek. Siapa yang tak kenal Datin Hjh Mariam. Seorang tokoh wanita yang dihormati di kampung. Dia pernah menjadi president bagi persatuan-persatuan wanita. Tak hairanlah jika setiap butir ayat yang keluar dari bibirnya begitu berguna.


            “Trish tak mampu nak berlakon yang Trish okay dan terima semua ni. Hati Trish sakit… Sakit pada papa dan perempuan tu.” Balasku pada nenek. Nenek tersenyum dan mengucup lembut dahiku.



            “Sayang.. Jangan sesali atas apa yang dah pergi. Jangan tangisi atas apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan teruskan hidup. Kerana apa yang dah pergi. Takkan akan kembali lagi. Redhalah di atas ketentuan-NYA. Setiap apa yang terjadi. Percayalah. Ada hikmah di sebaliknya…” Balas nenek dan mengelap air mataku.


            “Trish tak tahu nak buat apa nek… Semenjak kehilangan mama hidup Trish rasa kosong… Rasa tiada maknanya… Sampai satu tahap tu Trish rasa nak bunuh diri je.” Balasku pada nenek dengan sendu. Tergeleng kepala nenek dibuatku.


            “Astagfirullah’alazim. Batrish tak boleh fikir sehingga seperti itu sekali. Sebagai umat-NYA. Kita harus tahu menerima setiap takdir yang ditentukan buat kita sayang. Nenek ada. Papa ada. Mummy ada. Kita semua ada untuk Trish. Lebih-lebih lagi, siapa namanya tu?” Balas nenek dan menyoalku. Aku kerutkan dahi. Siapa?



            “Siapa nek?” Soalku hairan. Nenek tergelak.



            “Alarh. Yang keluar dengan Trish kat tv tu. Nasi Kandar? Ezkandar? Haha. Macam tulah namanya.” Balas nenek nakal. Spontan aku menjerit kecil. Merah muka jangan nak cakap. Merah tahap bapak dah!


            “Nenek!” Jeritku geram. Nasi kandar nenek panggil kekasih hati aku yang handsome tu? Haha. Super lawak kot nenek aku ni! Nenek pula ketawa. Ketawa. Dan ketawa….









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G










DING DONG!








DING DONG!







DING DONG!







TOING!






TOING!







HAHAHAHAHAHAHA







TERENCAT!








ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~





P/S :: HI PEEPS! How was the story? Ok ke tak? Best ke tak? Panjang ke tak? Suka ke tak? Huhuhu. Banyak tanyalah kau! Hahaha.Tak baik tahu marah-marah. J



P/S :: SAYA RATU ADRIANA NADINE, di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada kesalahan ejaan, perkataan, ayat dan sebagainya pada bab 17 ini. Juga, tidak dilupakan jika ada yang terover, tak logic dan kebosanan melanda di situ. MAAFKAN SAYA MAK INCHIK. Senyum sekeettt~ J Hehehehe. Like I said before. Silalah ambil yang postivenya sahaja. The negative side please ignore it bebeh! J




P/S :: Apakah ‘benda’ yang Tengku Ezkandar Heidi designkan? Siapakah yang bertuah akan mendapat hadiah itu? Apa pula akan terjadi selepas ini pada Tengku Ezkandar Heidi+Triesya+Papa+Mummy Merissa+Nenek???? KITA NANTIKAN BAB YANG SETERUSNYA J HWAITING GIRLS!




P/S:: THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE UR COMMENT. MUCH APPRECIATED IT. PLEASE. PLEASE. AND PLEASE LEAVE UR COMMENT YA J








SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA LADIES~









TILL THEN,







SINCERELY,

17 comments:

  1. wah,jln cerita makin menarik la.
    triesya plak dah mula sukakan que ez, tu yg ambik berat sgt psl hubby dia tu.
    ratu, sambung lg ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik siti, =)
      thanks for dropping by and leave ur comment awak =)
      ayat cliche kan? takpe. kita nak say thank you juga. =) hehe.
      alhamdulilah. awak suke =)
      in shaa allah dear =)
      hwaiting~

      Delete
  2. Wow, srnok bce entry awak. Even sye bru 1st time bce kat blog awak..hehe.. Nk kena bce y awal2 nie.. msti agi best...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony, =)
      welcome dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehe. jumjum. bca dari awal ukeh. and pls dun forget drop ur comment =) hehe.

      Delete
  3. As usaul berjaga pagi2 buta nak baca cerita trisha and que ez.eheh.Trisha and Que Ez kena kahwin cepat2!!! Paling suka part "kalau nak pandang,pandang jer..jangan tergoda sudah"ehehe best lah trisha dah blushing.anyway dear Ratu ur the best!!! cepat cepat sambung.Ratu bila nak publish " LOVE IS COMPLICATED"? eheh Tak sabar nak tau character Daniel henny. take care dear =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony =)
      sapew name cik adik manis? ngehngehngeh =P
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      awwwhhh~ thank you so much dear! much appreciated it! sorry buat awak berjaga malam =)
      hehe. weheuuu~ kite pun blushing gak bila bc blk apa yg kita taip! haha.
      ouh. mentangmentang handsome eh! haha.
      LOVE IS COMPLICATED akan di publish setelah e-novel ini tamat. but antara dua lah. between SALAH JATUH CINTA and LOVE IS COMPICATED. kita tengah pertimbangkan. LIS tu panjang tau wak babnya. bapak panjang pula tu. hahaha

      Delete
  4. hi kak ratu.......!!
    best...best...best...
    stiap kali ade en3 bru... mesty best2!!
    Que ez...que ez... nk buat surprise kot!!! haha
    hwaiting!!! ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lylea =)
      awalnya bangun
      hehe.
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehe. alhamdulilah awak suka. hehe
      hwaiting =)

      Delete
    2. hehe.... ^___^
      u r wc ....

      Delete
  5. hehe...parents awal2 dah setuju...nenda & nenek pun macam on je..so Que Ez...apa tunggu lagi..;).hmmm..x sabar nak tunggu dorang dua nie khawin then ada babys comel2...TQ Ratu..

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi col =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe. betulbetulbetul =)
      uwc dear =)
      keep follow ACK ukeh =)

      Delete
  6. best!!!new n3!!new n3!!new n3!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony,
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hwaiting for the next entry =)

      Delete
  7. Ratu...en3 malam nie bagi panjang2 tau... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehe. hwaiting ukeh

      Delete
  8. Nak e3 yg sweet2 juga... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehe hwaiting awak

      Delete