Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 12 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 18









AKU CINTA KAMU BAB 18







DATO SYED AL-AZHAR membuka perlahan tombol pintu bilik anak daranya. Bilik yang jarang sekali diduduki oleh anak daranya itu sejak 5 tahun  yang lalu. Jikalau dulu bilik itulah kesukaannya. Teringat lagi betapa penatnya dia mengikut setiap yang Triesya inginkan pada design biliknya. Nak yang itu. Dia turutkan. Nak yang ini. Dia turutkan juga. Begitu manja benar anak daranya itu pada dia dulu. Namun kini? Hah! Nafas dihelakan perlahan. Kepala digelengkan di saat melihat tangan kiri gadis itu bersimen dan berbalut. Dia begitu menyesal. Tak pandai nak jaga anak seorang. Betul kata Triesya. Dia bukanlah papa yang baik….

           
            Tubuh di dekatkan pada Triesya yang sedang pulas tidurnya. Tenang sekali tidur anak gadisnya itu. Dengan perlahan Dato Syed Al-Azhar duduk di atas katil. Di sisi anak daranya. Lama wajah cantik itu dipandang. Seiras sekali dengan arwah isterinya. Setiap kali memandang Triesya pasti dia akan teringatkan arwah isterinya itu. Dengan perlahan tanganya mengusap lembut pipi anak daranya.



            ‘Papa.. Nanti kalau Trish kahwin, Trish nak papa yang iringi Trish eh.” Kata Triesya manja pada Dato Syed Al-Azhar. Lengan papanya dipeluk erat dan kepalanya di sandarkan ke bahu papanya. Dato Syed Al-Azhar mengerutkan dahi dan memandang Triesya di sisi.


            “Heh! Kenapa pula sayang? Takdenya dibuat adat kita macam tu. Selalunya kan mak pegantin perempuan yang akan temankan pegantin perempuan?” Soal Dato Syed Al-Azhar hairan. Triesya tergelak.


            “Alah pa. Tu dulu-dululah. Ini Triesya. Triesya nak buat kelainan pada weeding Triesya. Triesya nak papa yang iringi Triesya. Ala-ala yang selalu raja-raja buat pada princess dorang tu. Hah! Triesya nak macam tu. Papa iringi Triesya masuk masjid ya?” Balas Triesya. Tersenyum Dato Syed Al-Azhar dengan celoteh anak daranya. Jikalau bercakap tak sah jika tak panjang. Bagaikan machine gun saja.
           

            “Sayang… kita orang Islam. Mana boleh buat macam tu…” Nasihat Dato Syed Al-Azhar lembut.  Cemberut 14 depa Triesya dibuatnya. Pelukannya pada lengan Dato Syed Al-Azhar dilepaskan dan berpeluk tubuh.


            “Tak nak sayang papa! Kalau papa tak nak temankan Trish, Trish tak nak kahwin!” Rajuk Triesya dan monyok. Ketawa kecil Dato Syed Al-Azhar dibuatnya.


            “Alolorh. Anak dara papa yang manja ni. Yalah-yalah. Papa janji akan iringi Trish ya. Meh sayang papa..” Pujuk Dato Syed Al-Azhar dan menarik Triesya ke pelukannya. Melonjat kegembiraan Triesya dibuatnya.


            Dato Syed Al-Azhar tersenyum. Masihkah Triesya ingin jika Dato Syed Al-Azhar mengiringinya nanti di hari perkahwinannya? Sedangkan saat ini hubungan mereka dua beranak semakin dingin. Tadi, ketika melihat Triesya dengan tangan yang bersimen dan berbalut bagai. Hampir saja jantungnya tercabut. Lemah semangatnya pabila melihat anak dara yang dimanja dan dijaga dengan baik selama ini punya luka pada tubuhnya. Sejak kecil, boleh dikira berapa kali Triesya terjatuh dan terluka. Kepalanya digelengkan. Terasa kesal kerana tidak dapat jadi papa yang baik buat Trieysa. Dia bukan lagi superhero Triesya.


            “Angah?” Panggil Datin Hjh Mariam yang berada di muka pintu bilik Triesya dengan lengkap bertelekung pada Dato Syed Al-Azhar yang sedang duduk kaku memandnag anak daranya itu.


            “Err. Ummi.” Balas Dato Syed Al-Azhar yang terkejut dan air matanya yang di lap. Datin Hjh Mariam mengelengkan kepalanya. Dia pasti anak lelakinya itu tadi menangis.


            “Dah bangunkan Batrish ke?” Soal Datin Hjh Mariam. Dato Syed Al-Azhar tersenyum dan mengelengkan kepalanya.


            “Bangunkan dia cepat. Nanti habis waktu pula.” Arah Datin Hjh Mariam. Dato Syed Al-Azhar menghelakan nafas berat dan berdiri. Sempat dahi anak daranya dicium lembut. Jatuh sayangnya di situ.


            “Hurm. Ummi jelah bangunkan mi. Angah takut kalau angah yang bangunkan nanti melenting pula dia.” Balas Dato Syed Al-Azhar yang kini sudah berada di muka pintu bilik Triesya dan berhadapan dengan Datin Hjh Mariam. Datin Hjh Mariam mengelengkan kepalanya. Bahu anak lelakinya diusap lembut.



            “Sabarlah… In shaa Allah. Suatu hari nanti ummi yakin dia kan lembut juga. Pujuklah dengan baik-baik.” Pesan Datin Hjh Mariam dan menapak masuk ke dalam bilik cucu kesayangannya. Dato Syed Al-Azhar terdiam dan memandang sayu pada anak daranya yang masih tidur itu. In shaa Allah ummi. Desis hatinya.






*******AKU CINTA KAMU*********






SELEPAS breakfast bersama-sama nenek dan yang lainnya. Aku dan Ben meluangkan masa menemani nenek pada hari ini. Memandangkan aku diberikan rehat oleh FLY Airlines dan aku tidak mengambil sebarang show kini maka aku ada banyak masa buat nenek selama nenek ada di sini. Maka, Tengku Ezkandar Heidi yang menyuruh aku berehat dan tidak melakukan sebarang kerja buat masa ini. Aku? hanya mampu mengikut dan senyum sahaja.

            Untuk permulaannya aku dan Ben akan membawa nenek ke spa pada hari ini. Merehatkan dan menenangkan tubuh badannya. Sekali sekalakan. Aku rasa tak apa. Nenek? Hehe. Rock orangnya. Orang putih kata ‘sporting’ gitu. Haha.

           
            Tadi sempat aku memberi pesanan ringkas pada Tengku Ezkandar Heidi bahawa aku akan menemani nenek seharian hari ni. Sekadar ingin dia tahu. Maka, aku rindu pada dia. Jujur, aku sendiri tak sedar sejak bila aku mulai merasa rindu padanya. Malu tak payah nak cakap. Tahap bapak malu dah ni. Tapi nak buat macam mana. Tika dia telefonku semalam. Aku luahkan rasa rinduku padanya. Siap dengan suara manja lagi tu. Tergamamlah cik hubby dibuatnya. Hahaha.


            +Can I meet my grandma to be? J

            Erk! Message dari Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan aku terdiam. Dia ni. Mengada betul! Grandm- to-be lah sangat! Haha. Dia tak tahu agaknya yang nenek gelar dia ‘nasi kandar’. Weheuuu~ Nenek aku ni. Nasib comel. Kalau tak mahunya aku mengaum dia kata encik hubby aku yang handsome lagi sexy tu nasi kandar? Alahai nek! Jauh bezanya kot! Erk! Tetiba nak depend si dia pula. Sejak bila ni? Huhuhu.


            Apabila kaki melangkah masuk ke ruang dalam Sari Spa, fikiran yang berserabut hilang serta-merta. Layanan eksklusif yang diberikan juga bagai menatang minyak yang penuh buat setiap pelanggan yang singgah. Sememangnya Sari Spa ni tempat favorite aku sejak dulu. Selalunya aku akan datang memanjakan diri di sini sebulan sekali. Tak selalu sangat sebenarnya. Ada je aku escape! Haha. Aku lebih suka yang simple-simple saje. Jaga kesihatan dan pemakanan lebih penting.


            Untuk hari ini aku tak akan melakukan apa-apa rawatan. Cuma nenek dan Ben sahaja. Siap dengan mandi lulur dan urutan Balinya lagi. Mandi lulur ni ada baiknya juga. Ianya berfungsi menghilangkan sel kulit mati pada seluruh badan, mengembalikan kehalusan kulit yang kasar serta membuang daki yang melekat pada badan akibat terdedah dengan pencemaran udara kotor.


Setelah itu, pelanggan akan dimanjakan dengan mandian romantik menggunakan kelopak bunga mawar bersama susu. Rawatan itu bertujuan mengembalikan aura wangi pada badan dengan berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros merah dan putih selama kira-kira 15 minit tanpa gangguan. Then, barulah sesi urutan Bali akan mengambil tempat. Teknik urutan Bali ni akan membantu merenggang dan memanjangkan otot dengan menggunakan tekanan dan sentuhan ibu jari bersama minyak pati tulen. Ia baik untuk memperbaiki sistem peredaran darah, ginjal, otot dan sistem degupan jantung. Bagi nenek sesuai kot. Ben tak tahu! Hahaha. Aku bercakap macam aku ni pekerja spa ni je. Hampeh!


            Sejak masuk tadi, masaklah juga pabila Kak Azian pemilik spa ni dok soal siasat aku tentang kecederaan tangan aku ni. Haiyark! Terpaksalah juga aku berbohong buat kali keduanya. Cerita yang sama aku ceritakan pada nenek. Hehe. Kira logiclah kot. Pandai-pandailah.


            “Erk! Nenek sure ke ni?” Soalku hairan pada nenek yang duduk di sisiku. Ben yang sedang memandu keretaku pula sudah tersengih-sengih di depan. Sengihlah sangat Ben! Nenek tersenyum dan memegang tanganku.

           
            “Sungguhlah ni. Kenapa? Batrish tak sudi ke temankan nenek?” Soal nenek kepadaku.

                       
            “Eh! Apa pula cakap macam tu. Mestilah sudi nek. Err. Ben, Royal Jewelleries eh.” Balasku dan arahkan pada Ben agar memandu ke Royal Jewelleries. Masak! Dibuatnya ada Tengku Ezkandar Heidi ada di sana. Mampus aku! Nenek pula tersenyum lebar je aku tengok. Aduhai.


            Setiba di Royal Jewelleries, aku dan Ben berjalan beriringan dengan nenek masuk ke Royal Jewelleries. First time rasanya aku masuk ke tempat ni. Yelah. Apa kes aku nak masuk ke sini? Cita rasa orang branded je kot. VVIP dan golongan di raja. Juga mak-mak datin seperti nenek ni.


            “Welcome Miss Triesya, Mem, sir. I’m Lim.” Sapa seorang pekerja lelaki yang segak berkot rona hitam. Badannya ditundukkan sedikit tanda hormat pada kami. Kami bertiga membalas senyumannya. Erk! Kenal juga mamat ni dengan aku.

           
            “These ways miss.” Sambung Mr.Lim dan membawa kami ke sebuah bilik yang eksklusif. Terlopong aku dibuatnya. Terdapat set sofa berona emas dan meja coffe. Gila bapak mewah bilik ni. Siap ada aircond pula tu.


            “Please have a sit and before that please having our great tea from Korea.” Balasnya pada kami dan ada seorang perempuan membawa masuk minuman yang dikatakan. Memang patut  pun tempat ni menjadi pilihan golongan VVIP dan golongan kerabat. Begini rupanya layanan yang diberikan.


            “If you don’t mind. Barang kemas apakah yang… Puan?” Mr.Lim bersuara kembali dan menyoal nenek.

            “Datin Hjh Mariam.” Perkenalku padanya bagi pihak nenek.


            “Ops. I’m sorry datin. Barang kemas apakah yang datin inginkan? Kami akan sediakan samplenya.” Balasnya dan tersenyum.


            “Saya nak set barang kemas.” Jelas nenek. Lelaki tadi tersenyum.


            “Sure. Saya akan membawanya masuk sebentar lagi. Make yourself comfortable ladies and sir…” Balas Mr.Lim dan berlalu keluar. Sempat tubuhnya di tundukkan sedikit tanda hormat.


            “Err. Nenek sure ke nak beli barang kemas ni?” Soalku hairan. Nenek tergelak.


            “Kenapa? Ingat nenek takde duit ke?” Soal nenek dan menaikkan keningnya. Spontan aku mengelengkan kepala.

            “Eh! Eh! Takdelah nek. Bukan macam tu. But, nenek ni banyak sangat dah barang kemas nenek kat rumah tu. Nak buat apa nek?” Soalku hairan. Kenyataan kot. Nenek aku ni bapak banyak barang kemas dia kat kampung tu. Siapa tak kenal dengan Datin Hjh Mariam. Siap ada yang pinjam barang kemas lagi pada nenek untuk perkahwinan anak mereka. Uish. Nenek pula siap bagi pinjam je. baik hati sungguh.


            “Nenek memang tak de nak buat apa-apa degan barang kemas ni. Ianya Cuma hiasan dunia sayang. Tetapi nenek nak belikan ini untuk cucu-cucu perempuan nenek. Peninggalan nenek buat kamu semua nanti.” Jelas nenek dan mengusap rambutku lembut. Aku terdiam. Nenek nak belikan buat cucu-cucu perempuan dia? Okay. Aku tak kisah sebenarnya sebab nenek memang kaya. Banyak duit dan nenek memang mampu. Cucu-cucu perempuan nenek pula hanya dalam 4 orang sahaja. aku, Syarifah Aina dan kembarnya Syarifah Aira serta Syarifah Akhma. See! Nama aku seorang yang panjang! Hahaha. Ok. Ok. Serius. Cucu-cucu nenek memang banyak. Di dalam 12orang semunya dari 4 orang anaknya.


            Pak long a.k.a Tan Sri Syed Al-Azam dan mak long a.k.a Syarifah Mastura, ada 4 orang anak dan semuanya lelaki giteww~. Antaranya ialah, Syed Daniel,Syed Damien,Syed Darius dan Syed Danish. SD okay! Haha. Manakala anak kedua adalah papa. Aku seorang jelah. Pak lang a.k.a Syed Al-Azhari dan mak lang a.k.a Dalila ada 5 orang anak.Si kembar perempuan tadi dan 3 orang lelaki. Syarifah Aina dan Syrifah Aira. Syed Adam,Syed Akil dan Syed Aimel. Ok SA punya geng! Haha. Pak su pula a.k.a Syed Al-Aizar dan mak su Syarifah Rihanna mempunyai anak seramai 2 orang. Syarifah Akhma dan Syed Ahmad. Ok dah! Semput aku nak terangkan satu-satu. Weheuuu~


            “Asalamualaikum.” Sapa suara garau yang berada di muka pintu.







********AKU CINTA KAMU**********







ASALAMUALAIKUM WBT.” Tengku Ezkandar Heidi menapak masuk ke bilik tersebut dan memberi salam tanda hormat. Senyum manis diberikan buat ketiga-tiganya. Sempat Triesya dijeling. Gadis itu cantik hari ini memakai baju kemeja hitam lengan pendek dan percel skirt rona hitam. Tangan kirinya masih berbalut. Nenek dirapati dan disalam tangan tua itu dengan penuh hormat.




            “Walaikumsalam. Eh. Ni kan nasi kandar kamu.” Jawab nenek dan terkejut memandang Tengku Ezkandar Heidi. spontan Triesya menepuk dahinya dan Ben ketawa terbahak-bahak.


            ‘Err. Aku nasi kandar?’ Desis Hati Tengku Ezkandar Heidi.


            “Nek! Bukan nasi kandarlah. Ezkandar. Nenek ni nakal tau!” Balas Triesya geram. Tergelak nenek dibuatnya dan Tengku Ezkandar Heidi yang sudah merah mukanya hanya mampu tersengih.


            “Alarh. Nenek gurau jelah.” Balas nenek dan mengusap lembut rambut Triesya yang sudah cemberut itu. Tergelak nenek dibuatnya. Dependkan sangat kekasih hatinya.


            “Eh. Jemputlah duduk Tengku Ezkandar. Jangan segan-segan.” Kata nenek lembut. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Tubuh didudukkan di atas sofa di hadapan mereka bertiga.


            “Maaflah. Tadi saya ada kerja sikit kat belakang. Datin datang nak beli barang kemas ke?” Soal Tengku Ezkandar Heidi sopan. Diamati wajah tua nenek Triesya yang berada di hadapannya. Orangnya memang sudah berumur. Namun, masih cantik. Kerana itu, kecantikannya diwarisi oleh Dato Syed Al-Azhar dan Triesya.


            “Panggil nenek jelah Tengku Ezkandar. Tak lama lagi jadi orang baru keluarga nenek pula.” Balas nenek dan menjeling Triesya di sisi. Merona merah muka Triesya dibuatnya. Muka ditundukkan. Malu~ Haha. Ben pula siap gelak kaw-kaw. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Alhamdulilah. Nenek dapat menerimanya.


            “Oh ya. Ada design  yang latest ke? Discount takde?” Balas nenek nakal. Spontan Triesya memandang nenek di sisi. Kening dikerutkan. Wah nenek! Speaking London engkau! Siap nak discount segala. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Mestilah ada nek. Kata bakal nenek-to-be. Harus ada discount tu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeyitkan matanya pada nenek. Tergelak nenek dibuatnya. Sedikit sebanyak peribadi humble dan sopan Tengku Ezkandar Heidi memikat hatinya. Kira passlah pada stage pertama untuk dijadikan cucu menantu.


            Sepanjang nenek dan Ben mencuba pelbagai set barang kemas yang ditunjukkan oleh Tengku Ezkandar Heidi. Sepanjang itu jugalah Triesya mencuri peluang untuk menatap wajah kacak itu. Jujur, lelaki itu sememangnya kacak. Tiada cacat celahnya. Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu sedang serius. Berdebar jantung Triesya dibuatnya. Mahunya tidur malam dia tak tenang. Tersenyum kecil bibirnya apabila difikirkan jika benar begitu.


            Erk!


            Spontan Triesya mematikan senyumannya di saat Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan mengenyitkan matanya nakal pada Triesya. Sempat nenek yang sedang menunduk memandang cermin itu dijeling. Takut-takut ditangkap oleh nenek mereka berdua bermain mata. Treisya tersenyum dan bibirnya bergerak tanpa suara.


            ‘HI’. Sapanya nakal. Tergelak kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Manja. Desis hatinya.


            ‘Miss you’. Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan cara yang sama. Bibir digerakkan tanpa suara.


            Triesya tersenyum dan menjeling nenek dan Ben yang ditemani oleh Mr.Lim itu. Pabila pasti nenek dan yang lainnya tengah khusyuk dan tidak perasankan mereka berdua. Spontan Triesya memberi flying kiss pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula cepat-cepat menyambut dan ingin sampaikan flying kiss Triesya itu ke bibirnya. Namun, belum siap dia cuba berbuat begitu. Nenek sudah memanggil namanya. Dengan cepat Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya tanda cover line. Haha.


            “Que Ez. Rasa-rasa yang ini nenek boleh dapat berapa ya?” Soal nenek kepada Tengku Ezkandar Heidi dan memandang wajah kacak anak muda itu. Tersengih Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya pula menahan ketawanya dengan tangan kanan yang sihat walafiat hendaknya.


            “Err. Semuanya Que Ez bagi 50% untuk nenek. So Mr.Lim akan kirakan buat nenek.” Jelas Tengku  Ezkandar Heidi dan tersenyum memandang nenek. Nenek tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Mr.Lim kini menjadi mangsanya. Padahal, nenek sengaja nak kacau daun. Bukan dia tidak Nampak perangai keduanya. Siap flying kiss segala. Saja nak kacau. Hehe. Alahai anak muda.


            Setelah semuanya selesai, Tengku Ezkandar Heidi membawa nenek, Triesya dan Ben ke Royal Hotel untuk makan tengah hari. Ceh! Di dalam erti kata lain sebenarnya nak ambil hati nenek-to-be tu. Hehe. Setiba sahaja di restaurant hotel, dengan gentlemannya Tengku Ezkandar Heidi menarikkan kerusi buat nenek sebelum tarikkan kerusi buat permaisuri hatinya. Hanya Ben yag menarik sendiri kerusinya. Lelakikan. So tarik kerusi then duduk sendiri. Hehe.


            Sepanjang makan, nenek lebih suka memerhati tingkah keduanya. Hanya Ben temannya berbual. Sedikit sebanyak dia tahu mengenai keduanya dan Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencintai cucunya. Dari cara Tengku Ezkandar Heidi melayan Triesya. Lapkan bibir Triesya. Renung mata Triesya. Semuanya sudah menjelaskannya. Tengku Ezkandar Heidi juga sudah terikut-ikut dengan sikap Triesya yang mendiamkan diri tika makan. Namun, dia salute dengan Tengku Ezkandar Heidi. Sejak tadi lelaki itu melayannya dengan baik. Pabila bercakap pun suaranya lembut dan sopan.






******* AKU CINTA KAMU ******






TRIESYA hanya mengikut langkah kaki Tengku Ezkandar Heidi. Nenek dan Ben sudah balik. Manakala, Triesya pula diculik sebentar oleh Tengku Ezkandar Heidi. Siap minta izin dengan nenek lagi. Well! Dah namanya cucu-to-be-kesayangan nenek. Hehehe. Nenek bagi green light jelah.


            “Sayang… Kita nak pergi mana ni?” Soal Triesya hairan dan menarik tangan Tengku Ezkandar Heidi yang memegang tangannya agar berhenti. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “Somewhere sayang. But it’s secret for now. You’ll know about the place later. Now, jom masuk.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan menarik Triesya agar masuk ke dalam sebuah butik. Triesya mengerutkan dahi namun mengikut sahaja.


            Dengan selamba Tengku Ezkandar Heidi memilihkan baju buat Triesya.Setelah pelbagai baju dipilihnya. Tubuh Triesya ditarik dan dimasukkan ke dalam fitting room. Tengku Ezkandar Heidi pula memilihkan baju yang sesuai buatnya. Setelah itu dia pula masuk ke dalam fitting room untuk menukar bajunya.


            Setelah baju siap dipakai Tengku Ezkandar Heidi keluar dari fitting room dan bergaya di depan cermin besar di hadapannya. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Dia tahu pasti ada yang mengenalinya. Tapi dia buat biasa sahaja.


            “Tengku. This is your shoes. This one okay?” Soal Jeremy. Iaitu pemilik butik mewah tersebut. Tengku Ezkandar Heidi yang lengkap memakai t-shirt berkoler rona turquoise dan seluar pendek rona putih berpaling. Bibirnya mengukirkan senyuman pabila melihat kasut yang Jeremy serahkan buatnya. Tubuh di bawa duduk di sofa dan kasutnya yang formal dan hitam berkilat tadi ditukarkan ke Louis Vuittion white sneaker. Sememangnya butik mewah Jeremy punya pelbagai jenis jenama yang terkenal.Tak payah nak pergi others butik.




            “Okay Jer. Thanks. You know very me well…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum memandang Jeremy. Jeremy tersenyum dan mengambil sepasang sneaker jenama Louis Vuittion rona sedondon dengan Tengku Ezkandar Heidi.



            “This is for your princess.” Balas Jeremy dan menyerahkan kasut tersebut pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan pada masa yang sama pintu fitting room di buka dari dalam. Terjengul tubuh Triesya yang  cantik memakai singlet rona tourqouise dan short pants rona putih. Sedondon seperti Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi melihatnya.


            ‘That’s my babe.’ Desis hatinya.


            “Where we wants to go actually?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Ditarik lembut tangan kanan kekasihnya itu dan didudukkan di sofa. Tengku EZKANDAR Heidi berlutut dengan perlahan kerana takut lukanya bertambah teruk.


            “Eh. You nak buat apa ni? It’s okay. I boleh pakai snediri.” Balas Triesya risau. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan mengenyitkan matanya nakal pada Triesya.


            “Just sit there silently before I kiss you…” Balasnya nakal dan memulakan tugasnya menukar high heels Triesya ke LV white sneakers. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Dia pasti Triesya tak berani nak bising dan melawan lagi. Takut sangat kena cium. Hehe.


            Triesya pula tersenyum kecil memandang Tengku Ezkandar Heidi yang khusyuk memakaikan sneaker ke kakinya. Pergerakan lelaki itu amat lembut sekali. Alahai. Bagaikan seorang putera pakaikan kasut kaca buat Cinderellanya sahaja.


            “Ok done. Now, we’ve to go.”Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berdiri perlahan. Jemari Triesya ditarik lembut dan menarik gadis itu agar berdiri.



            “Jer, Burn will be here in minutes. He will take care of it.” Kata tengku ezkandar Heidi pada Jeremy. Jeremy hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Pelanggan setia tu. VVIP pula.








********AKU CINTA KAMU*********






TENGKU EZKANDAR HEIDI menghentikan kereta Ferrarinya di tempat parking yang disediakan dan memandang Triesya di sisi. Ternyata gadis itu kelihatan tercengang memandang keadaan sekelilingnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memegang jemari tangan kanan Triesya lembut.
           

            “Kita buat apa kat sini?” Soal Triesya hairan pabila Tengku Ezkandar Heidi membawanya ke sebuah tasik. Tasik? Buat apa? Nak main terjun-terjun ke apa hubby aku ni. Desis hatinya.


            “Fishing…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup dahi Triesya penuh kasih. Pintu kereta dibuka dan dibawa tubuh sasanya membuka pintu untuk Triesya.


            “Eh. Stop.” Arah Tengku Ezkandar Heidi dan menghalang Trieysa dari keluar. Mengerutkan dahi Triesya dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila Tengku Ezkandar Heidi sekali lagi melutut.


            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan mengangkat wajahnya memandang si kekasih hati. Treisya membalas pandangan tersebut.


            “Ya?” Balas Triesya penuh debar.


            “I’ve something for you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya mengusap pipi Tengku Ezkandar Heidi lembut.


            “What is it?” Soalnya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mengambil sebuah kotak  rona putih yang panjang dan nipis dari dalam kocek seluar pendeknya. Kotak tersebut di buka dan kelihatan angklet emas putih bertatahkan berlian di situ. Juga ada alphabet huruf E yang dihiasi dengan berlian topaz.




         





            “It’s a topaz. It’s full of love, loyal and healty. That’s the mean of our relationship baby. I want you to wear this so wherever you go. I’ll always be your side. These design only one in this world. I’m design it by my own just for you dear. Will you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya mengetap bibirnya. Matanya sudah mulai memerah.


            “It’s too too expensive dear. I tak layak nak memakainya.” Balas Triesya. Apatah lagi Tengku Ezkandar Heidi menyuruhnya memakai berlian di kaki? Ok serius rasa tak percaya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menarik jemari Triesya dan mengucupnya lembut.


            “You’re more expesive that I’ve syaang…. Please. Will you?” Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengusap pipi cantik itu. Treisya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Menarik nafas lega dan senyuman lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.Dengan penuh cermat kaki kanan Triesya yang tersarung sneakers di tarik dan di simpan di atas pehanya. Walaupun Triesya menolak. Namun, dia tetap menengas. Perlahan-lahan angklet tersebut tersarung cantik di kaki putih Triesya.


            “You’re completing my life sayang. Aku Cinta Kamu Syarifah Bikash Batriesya…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi penuh perasaan. Dielus lembut angklet yang tersarung di kaki Triesya. Bibirnya mengukirkan senyuman tika gadis itu mengeluarkan air matanya.


            “Aku. Cinta. Kamu. Tengku. Ezkandar. Heidi…” Ucap Triesya satu persatu. Sehinggakan tergamam  Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Wwww..Wwhhaat baby? Come again?” Soal Tengku Ezkandar Heidi tergagap. Treisya tersenyum dan memeluk tubuh Tengku Ezkandar Heidi yang masih berlutut itu.


            “Aku. Cinta. Kamu. Tengku. Ezkandar. Heidi.” Bisiknya satu persatu ke telinga Tengku Ezkandar Heidi dengan jelas dan manja. Tersenyum lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Dijarakkan sedikit tubuh Triesya dan dagu cantik itu di tarik lembut agar memandangnya. Mata saling membalas pandangan dan hanya  mereka tahu apa yang dirasa kini. Sememangnya IAnya sudah ada di situ. Di antara keduanya.


            “Aku Cinta Kamu Syarifah Bikash Batiresya. Teramat cinta….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut dahi sang juwitanya. Indahnya dunia pabila si dia mengucapkan kata cinta dan kasih buatnya. Bagaikan dunia mereka yang punya.







*************AKU CINTA KAMU************







DENGAN perlahan joran yang kupegang dilontarkan Tengku Ezkandar Heidi ke dalam tasik. Ok! Serius! Siapa kata dating dekat tasik dan memancing bersama tak best? Best apa! Dapat luangkan masa dengan si dia yang ku cinta. Erk! Dah pandai cinta cintun eh. Takpe. Aku mengaku. Aku cintakan Tengku Ezkandar Heidi. Puas hati? Haha.


            Kakiku yang tersarung cantik angklet bertatahkan berlian topaz itu membuatkan aku tersenyum. ‘Wherever you go, I’ll always be your side’. Awwwh~ so sweet isn’t?




            “Wear this. Panas ni sayang.” Kata Tengku Ekzandar Heidi lembut kepadaku dan memakaikan fedora hat rona putihnya kepadaku. Aku tersenyum dan dia membalas.


            “Thanks sayang..” Balasku mesra. Dia tersenyum dan membawa jorannya mendekatiku. Tubuhku dipeluk dari belakang dan dagunya di sandarkan di bahuku.


            “Bosan tak memancing dengan hubby?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku tersenyum dan memandangnya yang kini merenungku. Kepala digelengkan.
                                                                                                

            “Taklah. Seronok adalah.” Balasku jujur. Dia tersenyum.


            “Walau apapun terjadi selepas ni. Percayalah, I’m doing it for us. AndPlease always believe that I’m really loves you sayang…” Jelasnya padaku dan penjelasannya itu ternyata membuatkan aku berpaling dan memandangnya.


            “Why you saying like that sayang?” Soalku hairan. Dia tersenyum kecil. Rambutku dibelainya lembut.


            “Just promise me. Will you?” Soalnya dan merenung ke dalam mataku. Aku mengetap bibir dan akhirnya menganggukkan kepalaku. Tubuhnya aku peluk erat. Kenapa? Kenapa dia berkata seperti itu? Apakah rintangan yang mendatang sebelum ini akan mendatang sekali lagi?










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G









**********************************************







ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~






P/S :: HI PEEPS! How was the story? Sweet? Jerk! Or Bolehlah? Hukhukhuk. I don’t have that answer. That why I’m asking. Ngehngehngeh~ J



P/S :: SAYA RATU ADRIANA NADINE, ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan bagi ejaan,ayat, perkataan dan sebagainya bagi ACK BAB 18 ini. Juga maaf jika cerita ini tak best dan agak blur di situ. Selain itu, saya juga ingin meminta maaf jika sekiranya Bab kali ini agak terover, tak logic dan terlebih sudehhh~ Hahahah. J MAAFKAN SAYA LADIES. Jangan marah-marah ukeh! J Oh ya, aku ada soalan ni. Jika e-novel ini dibukukan. Uols rasa logic dan berbaloi tak????? Cer jawab. Aku nak dengar sekerttt~ Aku Tanya sukasuka sajer. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun dengan yang mati. Wahh~ tetiba~ haha.



P/S :: Apakah yang akan terjadi pada hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Adakah hubungan mereka akan bahagia ataupun akan dilanda badai? Hwaiting for the next chapter peeps!



P/S :: LADIES, THANKS FOR DROPPING BY AND LEAVE YOUR COMMENT. MUCH APPRECIATED IT. J FEEL FREE TO COME AGAIN DEAR J OH YA, PLEASE. PLEASE. AND PLEASE DROP YOUR COMMENT YA J







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.







TILL THEN,








SINCERELY,


24 comments:

  1. As again waiting for trisha and Qu ez. =) eheh inilah yang terjadi apabila addicted nak baca your blogs eheh again dear nice try u gv ur best shot in this beautiful fantasy stories congratz!!!!! love your work =).best part "Nasi Kandar" ahahah alahi punyalah handsome jadi nasi kandar c qu ez.and second best part bila que ez nak balas flying kiss trisha dah kena caught pulak dengan nenek trisha hahah.alankah bertuahnya jadi trisha.trisha and qu ez bila nak kahwin ne??bila nak berbaik dengan mama marissa dia?? eheh tak sabar nak tau seterusnya. eheh ok dear goodnight esk jangan lupa sambung tau.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anonymous =)
      Thanks dear for dropping by and leave ur comment =)\
      weheuuu~ sorry dear tpksa buat ttgu. hehe. much appreciated it.
      waahh. thanks coz addicted with my blog :)
      thank! thank! thank! hehehe. happy =')
      haha. itula pasal. ble pla pg nasi kandar. ngehngeh. haha. gtl sgt. red caught jg akhirnya. haha. brtuahkan. but its just an fantasy ='( huhuhu. hehehe. kita tgu next entry ya =) heheh.

      Delete
  2. wa!!!! swweett!!!
    best lar..best lar...
    hwaiting ur next en3!!! ^_< ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lylea =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehehe. hwaiting for the next entry yarch

      Delete
  3. amboi, nenek triesya tu bkn main sporting lg tu yg que ez sronok sgt dok main mata dgn triesya.
    bila que ez nak bgtau hal sbnr kat triesya? x sbr nak tgk reaksi triesya bila tau psl hal sbnr tu dan apa akn terjadi pd hbgn diorg berdua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi siti =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe tulah. suke sgt dia. hehe. hwaiting for the next entry yach. keep in touch =)

      Delete
  4. Replies
    1. hi cik anonymous,
      thnaks for dropping by and leave ur comment =)
      hehehe

      Delete
  5. Wahhhh...best..best..best... :)Buatla Que Ez & Triesya hang out dengan Nenda la pla... hehe...Ala nak dibukukan ke? Bagilah habis kat blog...Ratu nak lagi en3 mlm nie..lagi sweet ye...

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi col =)
      hehe. thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hahaha. x kot wak. nenda tuwh kerabat yawww~ haha. x men nak hang out ni. kononnya~ hahahha.
      in shaa Allah wak. akan dihabiskan di blog hendaknya. =) ukeh wak. hwaiting entry mlm ni ya =) kite bubuh gula banyakbanyak! haahaha

      Delete
  6. pasti pasal mak mak tiri triesya nie..kalau triesya tau pasti dia sedih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anonymous =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      heeeeeee..... tetttt! haaha
      hwaiting for the next entry wakkkk nyerrr

      Delete
  7. tak sabar nk tunggu badai apa yg akan melanda percintaan
    mereka berdua. Tapi mcmana pun Ratu biarlah happy ending
    ye.... baru puas sepuasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anor :)
      thansk for dropping by and leave ur comment =)
      hee. sememangnya semua e-novel kite akan berakhir dgn happy ending. hehe. takde yang happy ending. sebab tu blog ni namanya dunia fantasi. hehe. =)

      Delete
  8. OMG...bestnyer date mrk ni...mst hbgan mrk akn di landa badai pasni..TEH akn bgtw atau Trish akn tw sndri tentng hubungan Mummy Trish dgn TEH..then trish x dpt terima knyataan itu..(please2...silalah naluri sya slh tuk kali ini..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear =)
      lama tak nmpk =) hehe
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      ishishish~ what can i say, awak bijak sungguh! haha. hint* =)

      Delete
  9. dear, improve your english lil bit more ok..
    byk salah grammer..
    but, good effort.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      oh ye ke? thanks. akan diperbaikkan selepas ini. much appreciated it dear =) chill~

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. hehehhe...bijak ka?(hehehe..jd cam rupa2 malu3 kucing)..byk asgment sis tu yg lma x nmpk tu..tambahan plak tengok naruto..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. bijaklah tu. that's y jadi budak U. hehe =)
      aduhai. malumalu meow pula. hehe.
      cyan awak. gambate neh! hehe =)
      haila~ awak ni serupa czn kite. dah bsr panjang tpi minat anime. pmpn pula tu. hee. kite story tntg korean drama. dia story tntg anime dia. blur skejap. hahaha =)

      Delete
  12. Sorry....saja nak komn on your english spelling and phrasing.......
    - wedding not weeding (weeding tu maksudnya mencabut rumput liar yg tumbuh)
    - red caught (tak de dlm kamus) caught red handed is the right phrase.
    - defend (membela) depend (bergantung)
    - i designed it by myself atau i, on my own designed it
    - Actually, where are we going atau where are we heading?
    - THESE are your shoes. (for plural this jadi these)
    -You COMPLETE my life

    OK itu saja buat masa ni....sbb selalu i tgk people buat kesilapan ni, especially eja wedding to weeding
    - i really love you (takde am kat situ, and I is a special case so walaupun singular tak yah nak taruk s kat perkataan seperti love etc
    -wherever you go i'll always be by your side. So sweet isn't it?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      -weeding (slh taip ya)
      -red caught ( i know takde dlm kamus and saja buat mcm tu. bhsa harian yg dignakan d dlm bhasa hairan. bhasa yg sya gunakan santai sahaja dear. tak harsh sgt.)
      -defend or depend (maybe slh taip time tu)
      -T H A N K S

      Okay dear, thanks. wedding tu mmg sy salah taip.

      T H A N K S atas teguran anda. m much appreciated it. like m said m not gud enough in english or grammar. but m try. mana2 kesalahan maafkan sy. m juz a newbie.

      maybe juga yg terlepas pandang,salah taip dan salah. m sorry. akan diperbaiki di masa akan dtg.

      apa2 pn sy amat menghargainya. THANKS share ilmu

      Delete