Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 13 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 20









AKU CINTA KAMU BAB 20




KREAK!

KEDENGARAN suara pintu rumah dibuka oleh mama. Keadaan ruang tamu sewaktu itu agak gelap. Sengaja digelapkan oleh papa. Aku dan papa yang sedang bersembunyi tergelak kecil sambil menutup mulut kami. Kedengaran suara mama memanggil kami berdua. Namun, aku cuba untuk mendiamkan diri.

            “Papa? Trish? I’m home…” Panggil mama.

            “Ouch! Aduh. Sofa rupanya.” Kedengaran suara mama merungut. Mungkin mama terlanggar sofa. Hehe. Papa mencuitku dan diarahkan bersedia kerana mama sudah mendekati suis lampu.

            Tang!

            Keadaan yang gelap tadinya sudah bertukar terang berderang kini. Dan mama????

            “Surprise!!!!!!” Jeritku dan papa lalu keluar dari tempat persembunyian kami. Di belakang sofa. Hehehe. Papa pun dah ikut perangai terencat aku dah. Hehe. Mama pula yang tadinya memegang handbag dan beg kerjanya spontan kedua benda tersebut terjatuh dari pegangannya. Kedua tangannya menutup mulut dan air matanya kini jatuh apabila melihat aku membawa bouquet flower cupcakes dan papa membawa hadiah buat mama.

            “Happy mother’s day mama.” Ucapku papa dan mencium kedua pipinya. Terasa lembab kerana mama baru menangis. But’s she still looks gorgeous!

            “Happy mother’s day mama. Always love you sayang…” Ucap papa dan mencium bibir mama. Awwwhhh~ So sweet! Hehe. Merah muka mama dibuatnya.

            “Thanks sayang-sayang mama. You’re surprising me dear.” Balas mama dan mengurut dadanya. Aku dan papa saling berpandangan dan tergelak.

            “Tada!!! This is for you mom. Especially for you. Trish dan papa yang bake. Right pa?” balasku nakal dan kenyitka mata papa pada papa. Tergelak papa dibuatnya. Cupcakes yang cute tadi diserahkan pada mama. Terdapat sebatang lilin di situ.

            “Ketara sangat menipu… Masak maggi pun payah apatah lagi nak masak cupcakes yang comel ni…” Sindir mama dan tergelak. Spontan aku dan papa tergelak besar. Betullah tu. Aku dan papa yang beli tadi. Rancangannya nak bake kan kek buat mama. But, masalahnya di sini adalah aku dan papa tak pandai bake cupcakes. Haru sungguh. Papa pula mencadangkan kami membeli di kedai saja. Mahu tak mahu aku terpaksa ikut. Hehe.

            “Hahaha. Sama jelah ma. Duit papa kot. Penat tau nak carikan cupcakes yang cute buat mama ni…” Balasku pada mama. Mama tersenyum dan mengusap pipiku.

            “Pink? Again?” Soal mama nakal kepadaku. Papa tergelak.

            “Ask your daughter. Dia yang pilihkan warna kegemaran dia tu.” Balas papa. Aku mencebik. Geram. Ok apa pink. Tergelak mama dibuatnya.

            “Mama… Tiuplah lilin tu. Tak sabar nak rasa cupcakes yang cute ni.” Arahku pada mama. Mama dan papa tergelak.

            “Trish. Honey pula yang excited.” Tegur papa dan tertawa. Aku tersenyum. Gila tak excited. The cupcakes it’s so cute okay!

            “Ok-ok. Mama tiupkan lilin ya sayang.” Balas mama dan ingin meniupkan lilin. Namun, aku menahan. Berkerut dahi mama dan papa dibuatnya.

            “Kenapa sayang?” Soal mama hairan. Aku tersengih.

            “Make a wish first.” Jelasku pada mama. Tersenyum mama dibuatnya. Mama menutup mata seketika dan membukanya kembali. Bersinar mataku melihat mama. Sejak tadi dia tersenyum sahaja. Teringin tahu apa yang mama doakan. Setelah itu, mama meniupkan lilin tersebut dan aku serta papa menepuk tangan.

            “Yay! Sekarang kita dah boleh makan cupcakes yang cute ni.” Kataku riang dan mengambil cupcakes tadi dari tangan mama. Mama tersenyum.

            “And, this is for you my queen. Dari papa dan trish.” Ucap papa dan menyerahkan hadiah yang berbentuk empat segi besar pada mama. Mama menyambut dan membukanya. Terlopong mama apabila melihat hadiah tersebut.

            “Mama suka?” Soalku pada mama. Mama memandangku dan papa dan kembali memandang hadiah tadi.
           
            “Teramat suka sayang. Thank you so much sayang-sayang mama. Gambar ni memang cantik.” Balas mama dan tersenyum memandang bingkai gambar yang besar dan terpampang gambar mama sedang tersenyum di situ. Juga ada hasil tangan aku dan papa. Kata-kata dari kami.

            “Most welcome dear. You should say thanks to trish sebab dia yang cadangkan idea ni.” Balas papa dan mengusap rambutku. Aku tersenyum dan memeluk mama pabila mama menarikku ke dalam pelukannya.

            “Jom makan. Semuanya dah disediakan di meja makan. Candle light dinner untuk kita bertiga.” Ajak papa dan menarik tangan kami berdua. Namun, aku menarik tangan mama agar berhenti. Berkerut dahi mama dan papa olehku.

            “Kenapa sayang?”Soal mama  hairan.

            “Apa yang mama wishkan tadi?” Soalku ingin tahu. Mama tersenyum.

            “Mama berdoa supaya keluarga kita akan bahagia selalu. Memohon agar papa dan Trish dipanjangkan umur.” Balas mama dan tersenyum. Aku kerutkan dahi.

            “Kenapa panjangkan umur papa dan Trish je. Mama?” Soalku hairan. Mama tersenyum dan membelai rambutku lembut.

            “Supaya nanti papa dan Trish boleh jaga mama kalau mama sakit….” Balasnya dan tersenyum.






******AKU CINTA KAMU*******





AKU memandang gambar mama yang sedang tersenyum manis di dinding bilikku. Sejurus aku membuat keputusan untuk berpindah dari rumah papa ke mari. Hanya ini yang aku bawa dan ianya amat berharga buatku.

To My Mom,

Syarifah Balqis.

I know I may not show all of my love for you, but Mom I love you so very much.
I love you so much that when I hurt you just by not listening to you it makes me cry.

I try really hard to do what you ask, but you just have to remember I'm not perfect.

I don't get everything right the first time. But trust me I sure try hard to.

I also want to say thank you for bringing me into this world.

Thank you for putting up with all my crap.

Thank you so much for listening to all my problems.

Thank you for letting me cries on your shoulder.

I love you MOM


                Itu adalah ayat yang aku dan papa coretkan di gambar mama. Gambar yang sudah berusia 10 tahun itu. Ianya mungkin hanya sekadar gambar lama. Namun, memberikan impak yang mendalam buat diriku dan memberikan semangat buat hari-hariku. Tanpa mama siapalah aku. Tanpa dirinya aku bukan siapa-siapa hari ini….

            Mom, you've held onto my hand for a while, but now I am growing up. But just remember, you will always hold on to my heart, forever. Forever there will be love.” Ucapku perlahan.


            Tubuh di bawa dekat pada meja solek. Selendang diambil dan diletakkan ke kepala. Selendang rona peach yang sedondon dengan baju kurung cotton ku aku kemaskan. Cermin dipandang. Kelihatan wajahku yang bersih tanpa make up dan berselendang di cermin. Bibir diketap. Air mata dilap. Yassin yang berada di atas meja solek ku ambil.

            Setelah mengunci kondoku, tubuh ku bawa masuk ke dalam lif. Yassin dan jag putih berisi air bunga mawar dipegang dengan tangan kanan. Butang lif ditekan dan tubuh disandarkan ke dinding lif. Tiada siapa di situ. Hanya aku. Kerana tingkat aras kondoku kini hanya aku penghuninya. Kondo yang pernah dimiliki oleh Tengku Amsyar sudah dimilik oleh Tengku Ezkandar Heidi kini. Dia ingin keselamatanku terjamin. Sanggup berhabis wang demiku. Sedangkan harga kondo mewah ini bukan murah harganya…

            Nafas berat dihelakan. Mata dinaikkan ke atas. Mungkin hari ini adalah hari yang bahagia buat ibu-ibu dan anak-anak yang di luar sana. Merayakan hari ibu bersama ibu tersayang dan anak tercinta adalah saat-saat manis yang tidak akan dapat dilupakan. Aku pernah alami keadaan dan saat-saat indah itu. Namun, saat-saat indah itu diragut dariku tanpaku ingini…. Ini bukan mahuku. Namun, siapa aku untuk menyangkal takdir yang sudah ditakdirkan buatku. Mahu ataupun tidak. Aku harus terima dan redha…. Walaupun payah. Aku terpaksa…

            Ting!

            Pintu lif terbuka dan sunglasses Pradaku ku pakai. Tubuh di bawa ke lobby dan pintu keluar. Pemandu teksi yang ku telefon tadi sudah berada di situ. Sengaja aku tidak membawa Ben hari ni dan menjadi pemanduku. Kadang-kadang, aku perlukan privacy di dalam hidupku….





******AKU CINTA KAMU*******





TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum memandang mummynya, Puan Sri Tengku Melissa yang sedang tersenyum bahagia. Acara memotong kek dan acara memberi hadiah sudah berlangsung. Keadaan mahligai indah nenda saat itu gamat dengan kehadiran anak-anak, menantu dan cucu-cucunya. Majlis yang diadakan pada hari tu adalah sempena hari ibu. Sengaja mereka sambut sekali. Lebih meriah. Seperti tahun-tahun sebelum ini.

            Seutas gelang tangan berlian dihadiahkan buat Puan Sri Tengku Melissa dari Tengku Ezkandar Heidi. Berlian yang diimport khas dari Afrika itu benar-benar menyerlah dan nampak mewah. Yang pasti,Puan Sri Tengku Melissa dan mak ciknya yang lain bersinar-sinar mata mereka melihat gelang tersebut. Terukir khas nama Puan Sri Tengku Melissa di situ. Baginya, mahal ataupun murah bukanlah satu persoalan. Keikhlasan yang penting. Sesungguhnya kasih sayang dan pengorbanan Puan Sri Tengku Melissa buatnya dan keluarga selama ini lebih berharga dan sukar ditukar gantinya.

            “Kenapa?” Soal Tengku Aliff hairan kepada Tengku Ezkandar Heidi yang sejak tadi duduk si kerusi yang terukir dengan rona keemasan itu sibuk dengan Iphonenya. Kening pun sejak tadi berkerut je. Boleh pula hari ibu macam ni dia sibuk dengan handphone. Desis hati Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi tersentak dan memandang Tengku Aliff di sisi.

            “Takde apalah.” Balasnya malas dan kembali memandang Iphone di tangan. Jemari kembali menari di screen Iphone. Sejak tadi dia cuba untuk menelefon Triesya. Namun, tiada jawabannya. Berpuluh pesanan ringkas dan panggilan darinya buat gadis itu. Terasa risau dan geram bercampur baur saat ini. Dia takut ada apa-apa yang terjadi kepada gadis kesayangannya itu.

            “Kalau takde apa-apa taklah muka kau tu berkerut je sejak tadi. Hei. Ini hari ibulah. Happylah sikit.” Balas Tengku Aliff dan menepuk bahu Tengku Ezkandar Heidi perlahan. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meraup wajahnya.

            “Aku bingunglah Que Liff. Sejak tadi aku dah berpuluh kali call dan message Trieysa. Tapi takde respond dari dia. Aku risau.” Luah Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff tersenyum. Sudah dijangka yang Tengku Ezkandar Heidi menjadi seperti itu kerana Triesya. Hanya gadis itu yang mampu membuat Tengku Ezkandar Heidi menajdi sebegitu sekali. Menjadi tak tentu arah. Bahu Tengku Ezkandar Heidi ditepuk.

            “Relaxlah Que Ez. Bagilah dia ruang sikit. Mana tahu dia tengah celebrate hari ibu dengan family dia ke. Thinks positivelah.” Balas Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi menggelengkan kepalanya. Dia kenal Triesya. Gadis itu tidak akan merayakan hari ibu kerana ibunya sudah meninggal dunia.

            “No Que Liff. Aku pasti dia takkan celebrate hari ibu ni. Mama dia dah meniggal dunia Que Liff. Aku pasti.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Tercengang Tengku Aliff dibuatnya. Tidak menyangka yang gadis secantik Triesya sudah kehilangan ibu kandungnya.

            “I’m sorry Que Ez. I don’t know. I’m feeling sorry for that.” Balas Tengku Aliff kesal. Tengku Ezkandar Heidi menepuk bahu Tengku Aliff dan tersenyum kelat.

            “It’s okay Que Liff.” Balasnya.

            “Why don’t you try calling Ben? Mana tahu Ben tahu kenapa Triesya tak angkat call kau.” Cadang Tengku Aliff. Spontan Tengku Ezkandar Heidi duduk tegak dan tersenyum memandang Tengku Aliff.

            “Thanks bro!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan cuba untuk mendail nombor Ben.

            “Not big deal bro.” Balas Tengku Aliff dan tersenyum. Kepala digelengkan. Tu baru Triesya tak sambut panggilan dia. Belum lagi Triesya tinggalkan dia….






*******AKU CINTA KAMU*******



should listen this first. sad :( 


USAI membaca yassin buat arwah mama. Aku menyiramkan air bunga mawar merah jambu ke kubur mama. Bunga mawar kegemaran mama. Pink rose. Sememangnya dari dulu bunga ini akan sentiasa menjadi pilihan mama. Bahkan, papa siap melamar mama dengan bunga ini. Bunga ini juga diberikan kepadaku sejurus hari convocation ku dan membawa kepada kemalangan itu….

            Nafas yang berat dihelakan. Setiap kali hari ibu, aku akan berada di sini. Di kubur mama dan membacakan yassin buat mama. Menghabiskan masaku buatnya walaupun dia tiada di situ… Hanya itu yang mampu aku lakukan. Untuk memeluk, mencium dan menyentuh mama seperti orang lain mencium ibu meraka adalah amat mustahil. Mama sudah tiada kini… Mama sudah pergi meninggalkan aku sendirian buat selamanya….

            “Asalamualaikum wbt ma… Trish datang ni. Maaf. Sejak akhir-akhir ni Trish jarang lawat mama. Tapi, Trish datangkan hari ni ma? Seperti sebelum ni. trish tetap bawakan bunga mawar merah jambu buat mama. Cantik tak ma? Mama suka?” Kataku pada mama dengan sendu. Air mata yang jatuh dilap.

            “Ma… Trish rindu. Trish sunyi ma…. Trish perlukan mama….” Sambungku lagi dan menunduk. Terasa sukar untuk bercakap pabila menangis. Namun aku gagahkan juga.

            “Seperti sebelum ni, Trish celebrate hari ibu dengan mama. Hanya kita berdua. Papa? Trish tak tahu…. Tapi dia pasti sedang bergembira dengan perempuan tu… Perempuan yang dah rampas papa dari mama! Trish bencikan dia! Benci sangat!” Luahku pada mama.

            “Ma… Salahkah Trish membenci papa ma? Salah kah ma? Trish bencikan papa sebab papa sanggup berkahwin dengan perempuan lain ma. Papa curang dengan mama! Selama ni papa hanya berpura-pura sayangkan mama. Trish bencikan papa ma! Bencikan papa….” Kataku pada mama dengan sendu dan memeluk tiang nissan mama. Seperti dia ada di situ…

            “Ma… Baliklah ma…. Trish rindukan mama….” Nafas ditarik dan dihelakan perlahan.

            “MamaMama ingat tak time Trish dan papa buat kejutan buat mama sempena hari ibu? Ingat lagi tak bouquet flower cupcakes warna pink tu? Trish dah pandai buat cupcakes tu sekrang ni. Kalau mama ada mesti mama bangga dengan Trish kan? I made it myself… Tetapi Trish hanya mampu memandang cupcakes tu. Jika dulu Trishlah orang yang tersangat excited nak makan kan mama. But, not now… Trish hanya mampu memandang cupcakes tu tanpa menyentuhnya. Seperti mama, Trish hanya mampu membayangkan wajah mama. Namun, untuk menyentuh mama adalah amat mustahil sekali….”

            “Ma.. Nenek kata Trish harus redha dengan semua ni. Harus redha dengan pemergian mama. Ma…Tell me. Bagaimana  Trish nak redha dan lupakan semua ni sedangkan Trish sayangkan mama? Trish begitu sayangkan mama sehinggakan Trish rasa down dengan hidup Trish. Hidup tanpa mama di sisi dan membuat seperti Trish okay. Trish tak dapat ma. Trish mengaku yang Trish lemah dan tak cuba nak redha dan lupakan mama….” Aku berhenti seketika dan memandang langit.

            “Salahkah Trish ma? Salahkah Trish hidup dengan kenangan –kenangan mama? Kerana kenangan-kenangan itulah yang membuatkan Trish hidup sehingga kini. Ianya memberi kekuatan pada Trish. Rantai ni…” Aku tunduk memandang nissan mama dan meraba leherku. Rantai pemberian mama dikeluarkan.

            “Mama masih ingat rantai ni? Rantai yang mama berikan pada Trish… Trish masih pakai sehingga kini. In shaa Allah. Trish akan tetap pakai rantai ni sampai bila-bila. Sebab ni kenangan terakhir mama pada Trish. Ianya amat bermakna sekali buat Trish ma….” Kataku perlahan dan tunduk mengucup rantai tersebut. Air mata yang mengalir dilapkembali. Lama aku diam dan melepaskan kesedihan dan tangisanku di situ. Meratapi kehidupanku kini pada mama benar-benar membuatkan aku sedih dengan hidupku sendiri…

            Kenapa aku tidak bisa memperoleh kebahagiaan? Sebegitu terukkah aku sehinggakan kehidupanku menjadi sebegini? Dulu… Aku adalah anak manja kedua ibu bapaku. Apa sahaja yang aku ingini semuanya aku dapat dengan senang sekali. Dulu… Aku adalah gadis yang amat beruntung kerana aku selalu dilimpahi dengan kasih sayang…

            Namun kini???? Semuanya seperti diambil dengan sekelip mata sahaja… Mama pergi tinggalkan aku… Papa pula berkahwin lain… dan aku? Menjadi aku kini… Menjadi aku yang kesunyian…

            Bibirku mengukirkan senyuman kelat pabila mengenangkan si dia yang sudah mulai bertapak di hati kecilku…. Si dia yang selalu ada di sisiku. Si dia yang menceriakan hari-hariku selalu dan si dia yang mengajarku erti cinta dan rindu. Juga kasih sayang….

            “Ma… Trish dah jumpa dengan cinta hati Trish. My first loveMama ingat lagi tak dulu Trish pernah janji dengan mama. Kalau Trish jatuh cinta and find my first love. Trish janji akan bagi tahu pada mamakan?” Soalku dan tersenyum pabila wajah si dia berada di ingatanku.

            “Trish dah jumpa dia ma…. Trish dah jumpa cinta pertama dan Trish dah rasa bagaimana rasanya jatuh cinta. Ianya sukar untuk digambarkan. Tetapi, apa yang Trish rasa sekarang ni adalah satu perasaan bahagia yang berada di hati kecil Trish… Pabila dia tiada. Trish rindu. Nak selalu dia berada di depan Trish. I don’t know why. Trish suka bermanja dengan dia… Apa yang penting. He’s love me mom. Dia cinta dan sayang Trish seperti mama…” Sambungku dan mengelap kembali air mata yang jatuh.

            “Nama dia Tengku Ezkandar Heidi. Ya. Dia kerabat. But, tu tak bermakna dia berbeza dengan kita. Dia baik, humble and always love to smile. Kami berjumpa di atas satu excident. Trish langgar kereta dia. Ya. Ya. I know. Mama mesti membebelkan sebab Trish tak pandai jaga diri. It’s was an excident ma. Sorry... Tapi sekali tu je kot ma. Before and after that Trish tak pernah excident pun… Tengku kata ianya takdir. Takdir yang menemukan kami. Betul ke ma?”

            “Ma… Memang sebelum ni Trish tak cintakan dia. Benci dan geram dengan dia sebab dia cuba nak perangkap Trish supaya jadi girfriend dia. Mesti mama rasa lucukan. Me too ma. Sekarang ni baru rasa lucu. How stupid I ambut semakin lama, semakin Trish terpikat dengan sikap gentleman dan penyayang dia… Mama tahu, dia pernah selamatkan Trish sebelum ni. sampaikan dia ditikam. Sshhh. I know. Terukkan. Tetapi itu yang buat Trish makin jatuh sayang pada dia. Dia sanggup berkorban demi Trish… dan jujur pada Trish… Sehinggakan Trish bukakan hati ni buat dia….”

            “Mama. Jika Tengku Ezkandar Heidi adalah jodoh Trish. Doakan agar hubungan kami akan berkekalan dan bahagia… In shaa Allah. Trish teringin nak bina mahligai cinta dengan dia. To be his wife and mother to his children… Doakan kami ma….” Ucapku lembut dan mencium nissan mama.






******AKU CINTA KAMU*******





TENGKU EZKANDAR HEIDI menghembuskan nafas lega pabila melihat susuk tubuh si dia sedang duduk bersendirian di tepi pantai tersebut. Kepala digelengkan. Berani sungguh Triesya bersendirian di situ. Jika ada apa-apa terjadi kepada gadis itu pasti dia tidak akan memaafkan dirinya. Sejak siang tadi sehinggalah ke jam  9 malam. Barulah Triesya menjawab panggilannya.

            Pintu kereta dibuka dan di bawa mendekati si dia. Baju kemeja long sleeve rona ungunya dilipat sehingga ke lengan. Kening dikerutkan. Triesya memakai baju kurung dan selendang???

            “Asalamualaikum baby…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya. Sempat dia mencuri pandang ke wajah itu. Ok! Dialah tu. Takut-takut juga jika orang lain. Masak dia. Malu. Huhu. Tubuh didudukkan di sebelah Triesya. Gadis itu tiada reaksinya. Hanya mendiamkan diri dan memandnag ke laut yang gelap. Nasiblah juga di persisir pantai itu ada lampu. Teranglah juga.

            Tengku Ezkandar Heidi memandang ke sekitar pantai. Terdapat ramai orang di situ. Mungkin meraikan hari ibu. Meriah semacam. Ada yang dengan keluarganya. Ada yang dengan kekasih dan ada yang juga duduk bersendirian. Triesya di sisi kembali dipandnag.

            “Baby?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memegang bahu Triesya. Akhirnya barulah Triesya tersedar dan memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Mukanya kelihatan terkejut.

            “Bila hubby sampai?” Soal Triesya hairan. Terlalu khusyuk melayan perasaan sendiri sehinggakan tidak sedar Tengku Ezkandar Heidi sudah berada di sisinya. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepalanya dan memegang jemari Triesya.

            “Baru je. Kenapa ni? Kenapa duduk sorang-sorang kat sini? Bahaya tau tak…” Soal Tengku Ezkandar Heidi geram. Triesya terdiam dan menunduk. Tersedar akan kesalahan dirinya. Namun, tidak mampu untuk membalas. Tengku Ezkandar Heidi mengetap bibir. Terasa serba salah memarahi gadis kesayangannya itu pabila melihat mata cantik itu merah dan bengkak.. Pasti baru selepas menangis.

            “Hei…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut dan menarik dagu Triesya agar memandannya. Triesya hanya menurut.

            “I’m sorry. Hubby risaukan Baby. Seharian tak dapat contact dengan baby buat hubby gila sayang….” Luah Tengku Ezkandar Heidi dan mengelap air mata Triesya yang jatuh. Terasa kasihan dengan gadis itu.

            “I’m sorry…” Balas Triesya dengan nada suara yang serak


            “It’s okay babe. But pelase after this jangan buat macam ni lagi. Promise?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya. Triesya anggukkan kepalanya dan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “That’s my girl.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengusap pipi Triesya. Triesya tersenyum kelat.


            “Ke mana sayang menghilang seharian ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Triesya terdiam.


            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi kembali pabila tiada reaksi dari Triesya. Triesya memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi. Nafas berat dihelakan.


            “I… Hurm. I lawat kubur mama….” Balas Triesya tersekat-sekat. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Digenggam jemari Triesya mengalirkan rasa semangatnya di situ.


            “Are you okay dear?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya tersenyum kelat. Kepalanya dianggukan sedikit. Tengku Ezkandar Heidi menghembuskan nafas lega. Ditarik Triesya ke dalam pelukannya.

            “Kalau baby nak menangis… Hubby selalu ada di sini. Selalu ada untuk pinjamkan dada hubby buat baby.” Ucap Tengku Ezkandar Heidi lembut.


            “I penat. Penat nak menangis… Even kalau I menangis sekali pun mama takkan kembali pada I kembali….” Balas Triesya. Sedikit sebanyak terasa tenang berada di sisi lelaki itu.

            “Shhhh…. Tak baik kata macam tu.. Banyakkan berdoa buat arwah mama agar dia tenang di sana…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya terdiam.


            “Oh ya… Tunggu di sini sekejap ya.” Sambung Tengku Ezkandar Heidi dan menjarakkan sedikit tubuh Triesya darinya. Dagu gadis itu dicubit lembut dan berdiri. Sempat lagi senyuman manis diberikan buat cinta hatinya itu.


            Tubuhnya di bawa ke kereta sportnya. Bonet kereta dibuka dan gitar yang dibawa tadi dikeluarkan. Senyuman lebar terukir di bibirnya. Tubuh sasanya di bawa kembali mendekati si dia. Tubuh di dudukkan di sebelah sang kekasih hati.

            “Nak buat apa gitar ni?” soal triesya hairan. Tengku ezkandar Heidi tersenyum dan mengenyitkan matanya.

            “Sayang… I promise to be there when you need me, I promise to hug you tight when you’re lonely, I promise to wipe your tears when they fall and I promise to keep you, not for the rest of my life but for the rest of yours. This song, especially for you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mula memetik gitarnya dan mula menyanyikan lagu buat Triesya.






“Would you dance if I asked you to dance? 
Would you run and never look back 
Would you cry if you saw me crying 
Would you save my soul tonight?
Would you tremble if I touched your lips? 
Would you laugh oh please tell me these 
Now would you die for the one you love? 
Hold me in your arms tonight?”
Matanya sempat dikenyitkan pada Triesya. Tersenyum TRIESYA dibuatnya.

“I can be you hero baby 
I can kiss away the pain 
I will stand by you forever 
You can take my breath away..”
Sambungnya dan memandang kekasih hati yang sedang tersenyum. Hanya dengan senyuman itu mampu membuatkan hati Tengku Ezkandar Heidi merasa tenang dan gembira. biar susah. Biar payah. Asalkan Triesya bahagia dan tersenyum di sisinya.


Would you swear that you’ll always be mine? 
Would you lie would you run away 
Am I in to deep? 
Have I lost my mind? 
I don’t care you’re here tonight…”
Tengku Ezkandar Heidi merenung tepat ke dalam mata Triesya. Baginya lirik tersebut memberikan pengertian yang mendalam sekali… Suatu hari nanti dia harap Triesya akan menjadi miliknya yang satu dan takkan akan tinggalkan dirinya…



“I just want to hold you
Am I in too deep? 
Have I lost my mind? 
Well I don’t care you’re here tonight
You can take my breath my breath away 
I can be your hero……”
Senyuman manis diberikan buat Triesya. Jemari tangan kanan Triesya ditarik lembut dan dikucup. Tubuh itu didekatkan dengan dirinya dan ciuman hangatnya singgah di dahi Triesya.


            “Aku Cinta Kamu Syarifah Bikash Batriesya….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan merenung ke dalam mata indah itu. Triesya membalas senyumannya dengan senyuman manis.


           
            “Aku cinta kamu Tengku Ezkandar Heidi…” Balas Triesya dan keduanya tersenyum bahagia.

           
            Kadang-kadang, pabila kita mencintai. Kita mencintai dirinya seadanya… Tika dia sedih. kita aka nada untuk mengembirakan dirinya. Tika dia gembira. kita akan ada untuk berkongsi kegembiraannya. Tika dia marah. Kita akan ada untuk menyejukkan dirinya. Dan jika dia pergi…. Kita akan ada untuk mengejarnya… Itulah cinta. Penuh dengan diluar batasan pemikiran dan kelogikan minda dan fikiran diri. Bagi yang belum kenal apa ertinya cinta. Pasti akan berkata ianya satu perbuatan bodoh. Namun, pada yang sudah mengenali apa itu erti cinta. anda lebih mengetahui apa maksudnya dan bersetuju dengannya. J





*********AKU CINTA KAMU********





DATO SYED AL-AZHAR yang sedang termenung jauh ke langit yang hitam disapa oleh Datin Tengku Merissa. Lengannya dipeluk oleh isteri tercinta. Dato Syed Al-Azhar hanya mampu tersenyum. Menutup kesedihan dan kegelisahan di hati.


            “Papa? Kenapa ni sayang? Kenapa duduk dekat luar ni? Tak masuk join yang lain?” Soal Datin Tengku Merissa hairan. Tadi ketika di dalam rumah matanya mencari-cari kelibat si suami. Namun, tiada. Rupanya berada di taman dan melayan perasaan sendiri.


            “Takde apalah my. Dekat dalam tu panas. Sini sejuk.” Dalih Dato Syed Al-Azhar dan tersenyum. Jemari si isteri digenggam erat. Datin Tengku Merissa tersenyum kelat. Dia tahu suaminya sedang bersedih. Seperti hari-hari ibu selalunya.


            “Papa ingatkan Trish dan arwah?” Soal Datin Tengku Merissa lembut. Dia tidak marah. Jauh sekali untuk cemburu. Dia sedar siapa dirinya. Hanyalah pegganti arwah. Kini, dia hanya mampu membahagiakan suami dan anak tirinya sebaik boleh. Dato Syed Al-Azhar mengeluh dan memandang ke langit.


            “Ya sayang… Entah apa yang Trish buat saat ni. Selama ni hari ibu adalah hari yang Trish nanti-nantikan selain hari bapa dan hari jadinya. Arwah pula, papa teringat kembali setiap kejutan yang papa dan Trish buat untuk arwah. Maafkan papa sayang…” Jelas Dato Syed Al-Azhar dan memandang isterinya. Takut jika Datin Tengku Merissa terasa jauh hati. Namun, wanita itu hanya tersenyum dan membalas genggaman jemarinya.



            “Tak apa papa. Mummy faham. Itu hak papa. Mummy pun sejak tadi fikirkan Trish dan arwah. Pasti Trish sedang bersedih saat ni. Hurm. Paa… Esok ketika balik kita singgah kubur arwah ya. Dah lama kita tak ke sana.” Balas Datin Tengku Merissa. Dato Syed Al-Azhar tersenyum dna menganggukkan kepalanya.


            “Thanks my sebab faham papa dan sentiasa ada di sisi papa. Maafkan papa jika tak bersikap adil selama ni…” Luah Dato Syed Al-Azhar dan memeluk isterinya. Dia takut jika isterinya merasa dirinya berat sebelah. Melebihkan Triesya dan arwah isterinya, Syarifah Balqis. Datin Tengku Merissa tersenyum.


            “Papa. Ucapan maaf tak perlu diungkapkan kerana sejak mummy bergelar isteri papa. Mummy faham keadaan papa dan maafkan segala kesalahan yang papa buat. Trish dan arwah yang dulu bertakhta di hati papa. Mummy juga sayangkan mereka berdua. Jangan risau ya…” Balas Datin Tengku Merissa dan tersenyum.  Pabila kita mengahwini seseorang. Kita bukan sahaja mengahwininya seorang. Namun, keluarganya juga….











B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.






************************************************





Ladies,

Remember whose was the first finger you held













…........who was the angel who first held you in her arms










…........who helped you to take your first step…….












…........who first fed you












…........the world calls her a 'Mother'












…........Remember how tough a time she had giving you a bath












…........or feeding you Corn flakes












…........or helping you with your homework












…........or getting you dressed up for school












…........and combing your hair












…........She got you new clothes for each b'day












…........took you out camping












…........held your hand whenever you felt you had no one












…........And now she's finally made you what you are today












…........take time to think what you could give her in return for

…........
all that she's given you all these years………….

……possibly nothing……but atleast ….a hug……a bunch of flowers……a warm kiss this mother's day…….

Thanks to ALLAH SWT for having given her to you……. J






HAPPY MOTHER’S DAY~








ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~





How was the story? MAAF sekiranya bab kali ini tidak menepati piawaian citarasa anda semua. Maafkan saya kerana saya hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan banyak kekurangan.


            Saya RATU ADRIANA NADINE, ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan ejaan, perkataan,  ayat dan sebagainya. Juga MAAFkan saya jika cerita ini terover dan sebagainya. Please take positive side and ignore the negative side! Thinks smart ladies! Diharap cerita ini tidak menyentuh mana-mana isu sensitive. Chill yawwwww~ J


Ladies,

            For those, yang still ada mummy, mama, ibu, mak, and seangkatan dengannya. Please. please and please hargai dan jagalah ibu anda. Don’t forget to say thank you and love you to her. Sebab dua perkataan tu memberikan seribu makna kepadanya. Mereka tak inginkan balasan apa-apa pun. Namun, dengan ucapan terima kasih dan ucapan sayang kita pada mereka. Mereka akan terasa dihargai. Tak semua orang beruntung seperti anda.  Yang punya ibu bapa dan keluarga yang bahagia. Tetapi percayalah. Sesedih mana pun anda. Orang yang berada di luar sana lebih banyak mengalami kesedihan dari anda. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Peace babe!

            For the next chapter, kita akan mengembara balik ke kampung nenek! Yay! Hahahaha J


            Thanks for dropping by and leave ur comment ladies. Saya amat menghargainya…. Tolong tinggalkan comment ya! Janji tau! Heheheh J


            SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.






Till then,








Sincerely.




26 comments:

  1. adess.....mmg cair btol la dgn TEH ni..dh lar mmg suka dgn mamat yg pandai main gitar..:)tak sabar tunggu nxt n3..kali ni biar xda jangkaan2 dri ku..heheheehe..lgu kiss the rain mmg sgt sedih + best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehee eee sama lah. nmpk macho! haha =) tetiba gedik semacam hehe
      hwaiting dear =)
      hee yaa. kite dgr pn ikut sdh :(

      Delete
  2. Rain rain go away come again another day =( sedih sob sob.eheh anyway dear you've touched my heart with this lovely stories of yours eheh best!!!.paling tak best part saya nangis lah eheh kesian kat trisha but in the same time kesian kat mama marissa and papa syed,oh my lovely hubby eheh qu ez :P your so gentlemen and caring..bila lah dia nak propose kat Trisha??ehehe tak sabo den.back to the part wich is a deep meaning about mothers day it makes me realize to thank to all mothers in the world for letting us to see this wonderful universe..The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness.hopefully when trisha founds out that que ez nephew mama marrisa dia tak kan lari eheh kalau tak meroyan c que ez.ehehe ok darling ur the best!!!i love your blogsss!!!!!=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous =)
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      awwwh~ nah tisu! hehehe =) jn sdhsdh ukeh hehe
      thanks dear =) happy sbb story yg xsbrapa ni mmpu buat awk tersntuh =)
      hahaha about that kita tgu jelah ukeh =) dia akan propose jua nnti. bila? hwaiting for the next entry =) eheh.
      yes dear. i'm agree with u. mom is the best! hehe
      awwhhh~ nnti meroyan mcm tengku amsyar pula. haha ;p
      thanks dear =) do come again =)

      Delete
  3. Bila lah TEH nak mengaku yang mak tiri Triesya tu mak saudara TEH. Tak nak lah lepas Triesya tahu, mereka gaduh-gaduh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi jee =)
      welcome!
      thanks for dropping by and leave your comment dear
      hehe. tang tu kita tgu next n3 ukeh dear =)
      keep follow my blog =)

      Delete
  4. sedih n3 kali ni.
    triesya sptutnya kena redha dgn pemergian arwah mamanya.
    baru la hati dia jadi tenang. dia pon spatutnya terima tg.merissa tu sbg mak tiri dia. lgpon tg.merissa tu bkn jht,dia lyn triesya dgn baik ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi siti =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      huhuhu. itulah. kdg-kdg ada org yg xnk redha dgn apa yg tjdi. thats y tjadinya dendam n sbginya =)

      Delete
  5. Betul tu bilalh TEH nk beritau Trish yg mama tiri Trish
    adalah mak saudaranya. Jgn tunggu lama sgt baru nk beritau
    pd Trish nnti takut Trish merajuk dn tinggalkan TEH. Dhlah
    Trish tu keras hati juga orgnya. Harap jgnlh Trish mcm tu
    ye Ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anor =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehehe. kita tgu ya dear. xlama lgi semuanya akan terbongkar =)

      Delete
  6. best3!!!! as usual ..... citer ni mmg best!!!
    hwaiting ur next en3!!!! yayyyy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      thanks =) awl bgn yerr. hehe
      hwaiting ya. heee

      Delete
    2. hukhukhuk... hahaha... u r wc....( ^_< )

      Delete
  7. en3 y best w/p dlm mood sedy...huhu..Ratu, before truth revealed buat la Triesya tu betul2 cinta mati kat TEH...so whatever happend nanti senang siket TEH nak pujuk...hehehe..

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi col =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear. sedih eh. hehe nah tisu! hehe =)
      thanks for the idea but story ni dah siaplah dear... hwaiting for the next entry ya =)

      Delete
  8. sedih giler...huhuhu

    triesya kuatkan semangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anonymous =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sedih ke?
      nah tisu! jan sedihsedih . hehe

      Delete
  9. hehe..x pe...y ptg nak happy ending y sweet...mlm nie ada en3 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehe T H A N K S syg

      Delete
  10. It's remarkable to visit this website and reading the views of all mates on the topic of this paragraph, while I am also eager of getting familiarity.

    my blog post - Tens Unit hire

    ReplyDelete
  11. I'd like to find out more? I'd want to find out some аԁdіtіоnal іnformation.



    Feеl frеe tο surf to my blοg ροst; how to flip cars at an auction

    ReplyDelete
  12. Waу coοl! Some veгу valiԁ pοintѕ!
    I appreciate уou writing thіs article and thе гest οf the sitе
    iѕ extremely gooԁ.

    Hеrе is my ωebpagе - how to buy and sell cars for profit

    ReplyDelete
  13. exсellent points altogеther, you just gaineԁ a new reаdег.

    What coulԁ you recommend аbout youг post that уou mаԁe some
    ԁays in the past? Anу positiѵe?

    Alѕo visit my wеb-site - seo dallas texas

    ReplyDelete
  14. Hello, i read уоur blog from time to time anԁ i
    own a sіmilar one anԁ i waѕ just wοndering if
    yοu get a lot of spam remarkѕ? If so how ԁo you pгοtect аgainst
    it, any plugin or anything you can aԁνise? I get so muсh latelу it's driving me mad so any support is very much appreciated.

    Feel free to visit my web blog - search engine optimization dallas

    ReplyDelete
  15. I just liκe the valuable informatіon yоu supplу to your
    aгticles. I'll bookmark your weblog and check again right here frequently. I'm
    relatively sure I will learn manу new stuff proper right here!
    Вeѕt of luck for the following!

    My web page ... security camera systems

    ReplyDelete
  16. Hey would yοu mіnԁ stаting
    whісh blog ρlatform you're working with? I'm planning tο start my own blog
    sοon but I'm having a hard time choosing between BlogEngine/Wordpress/B2evolution and Drupal. The reason I ask is because your design seems different then most blogs and I'm lookіng for something
    unіque. P.S Sorry for beіng off-topic but Ι
    had to ask!

    Also visit my ѕіte ... plano homes for rent

    ReplyDelete