Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 16 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 22








AKU CINTA KAMU BAB 22






AKU mengerutkan kening memandang sekeliling pelosok ruang makan. Mana dia? bibir diketap. Terlajak tidur ke apa mamat ni? Takkan dia tidur balik kot…. Nak tanya nenek. Hurm. Malu pula. Ben pun belum ada lagi ni…


            “Morning…” Sapa Ben ceria dan mengambil duduk di hadapanku. Aku kerutkan kening dan memandang ke muka pintu ruang makan. Erk! Takde pun!



            “Morning Ben. Best tidur semalam? Selesa tak?” Balas nenek mesra. Ben tergelak dan sempat mengucapkan terima kasih kepada Mak Yam kerana menuangkan jus buatnya.


            “Best nek. Tenang je tidur. Tapi tulah. Sejuk bukan main lagi. Tak payah pakai aircond.”  Balas Ben teruja. Betul kata Ben tu. Di kampung ni memang sejuk. Lebih-lebih lagi rumah papan macam ni. Diwajibkan pakai comforter tebal-teballah jawabnya.



            “Err. Babe. Tengku mana?” Soalku hairan pada Ben. Ben pula mengerutkan kening dan turut meliarkan matanya memandang ke sekeliling ruang makan.



            “Eh! Bukan tengku dah jalan dulu ke tadi? Aku ingatkan dia dah jalan dulu. Tak tunggu aku. Dia takde kat ruang selatan pun tadi.” Jelas Ben hairan. Terkejut aku dibuatnya. Aik! Ke mana pula encik kesayangan aku ni?



            “Dia jalan sekejap.” Jelas nenek dan tersenyum. Coffee diminum dengan cermat. Aku mengerutkan kening memandang nenek. Jalan? Mamat tu manalah tahu selok belok kampung ni. Apa kes?


            “Jalan ke mana nek? Dia bukannya tahu selok belok kampung ni hah.” Balasku pada nenek.


            “Ada yang temankan dia…” Balas nenek. Aku kerutkan dahi sekali lagi. Ada yang temankan?


            “Siapa? Pak Halim?” Soalku pada nenek. Nenek gelengkan kepala.



            “Bukan.” Balas nenek dan tersenyum penuh makna. Aku mengaru dagu. Ada yang tak kena dengan senyuman nenek ni.


            “Siapa nek?” Gesaku.


            “Pak long…” Jawab nenek selamba dan meneruskan sarapannya. Aku? spontan aku berdiri.


            “Apa nek?! Pak long?! Aduhai mampus!” Soalku terkejut. Ben kerutkan dahi. Manakala nenek dan Mak Yam tersenyum.


            “Kenapa pula mampus babe? Pak long tak suka kau ada boyfriend ke?” Soal Ben hairan. Aku gelengkan kepala dan berjalan dari hujung ruang bilik makan ke hujung ruang bilik makan. Jnatung aku dah berdegup kencang.


            “Bukan.” Balasku pendek.
           

            “Dah tu?” Soal Ben lagi. Aku hentikan langkah dan memandang Ben sambil memeluk tubuh.


            “Setiap anak-anak dan anak buah pak long yang bawa balik bakal pasangan hidup mereka dan kenalkan pada nenek. Pak long akan uji dahulu sama ada calon tu sesuai ataupun tidak untuk menjadi ahli keluarga baru bagi keluarga ni. Kalau anak perempuan bawa balik calon lelaki maka pak long yang akan nilaikan. Tetapi kalau lelaki bawa calon perempuan. Mak long yang akan nilaikan. Kau tahu tak apa jadi dengan calon kakak sepupu aku si Akhma tu tahun lepas?  Teruk tau pak long kenakan calon dia tu. Siap disuruh turun ke bendang dan carikan ikan keli buat pak long. Dah lah budak Bandar. Orang berada. Turun ke bendang? Takde maknanya! Derma darah dengan lintahla jawabnya!” Jelasku pada Ben. Terlopong Ben dibuatnya.


            “Biar betik?” Soal Ben tak percaya.


            “Bukan takat betik Ben oi. Ni dah takat durian kegemaran kau tu hah.” Jelasku padanya. Ben mengaru kepala. Nenek tersenyum.


            “Batrish tak usahlah risau. Pak long tahu apa yang dia buat. Dia nak lihat kesungguhan Que Ez sahaja.” Balas nenek.


            “Trish faham nek. Tetapi Que Ez tu tak sihat nek. Dibuatnya pak long suruh dia buat tak tentu. Angkat berat-berat. Sakit balik budak tu nek. Disamannya nanti keluarga kita ni.” Balasku risau. Dahlah luka diperut Tengku Ezkandar Heidi tu belum baik. Walaupun dia nampak gagah dan sihat. Tapi aku tahu adakalanya dia seperti menahan sakit.


            “Betul ke?” Soal nenek hairan.


            “Betul nek.” Sokong Ben.


            “Nek… Pak long bawa Que Ez ke mana nek?” Desakku pada nenek. Raut wajah nenek pula seperti serba salah ingin beritahu.


            “Hurm. Tak jauh mana sebenarnya. Belakang rumah tu aje.” Balas nenek dan tersengih.






******AKU CINTA KAMU*******







TAN SRI SYED AL-AZIM tersenyum kecil memandang pemuda dihadapannya. Pemuda yang amat dikenali sekali dengan jawatannya sebagai CEO muda dan di antara salah satu jutawan di dalam negara. Kepala digelengkan. Siapa kata cinta tidak berkuasa? Cinta sungguh berkuasa sehinggakan pemuda di hadapannya ini sanggup bersusah payah membelahkan kayu menjadi kayu api.

        
           “Pak long!” Suara lembut Triesya memanggilnya. Dia tersenyum dan tetap tidak memalingkan wajahnya. Lebih selesa bersantai di kerusi kayu di bawah pokok tersebut. Dia tahu Triesya akan mencarinya juga. Dia bukan berniat jahat. Dia ingin yang terbaik buat anak-anaknya.


            “Sayang?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan berhenti melakukan kerjanya tadi. Triesya yang sedang berjalan ke arah mereka di pandang. Alahai. Hilang penatnya sedikit pabila melihat wajah cantik itu memakai baju kurung cotton rona turquoise. Triesya. Pemakaiannya di rumah amat berbeza sekali dengannya pemakaiannya sebelum ini. Triesya kata memang peraturan neneknya begitu jika berada di kampung. Sepupu-sepupu permpuannya juga begitu.


            “Ehem!” Dehem Tan Sri Syed Al-Azim. Spontan Tengku Ezknadar Heidi kembali melakukan tugasnya. Alahai. Terkantoilah pula depan pak long. Kepala digelengkan dan bibirnya mengukirkan senyuman sedikit. Seumur hidupnya tidak pernah melakukan kerja tersebut. Demi cinta dan demi Triesya dia sanggup melakukan pengorbanan. Betullah tu kata Burn. Setakat Lambhorgini tu takde mananya lagi jika nak dibandingkan dengan pengorbanannya saat ini. Dengan luka yang masih belum baik dan panas yang membahang. Terpaksa di tahan di hadapan pak long.


            “Asalamualaikum wbt sayang.” Sapa Tan Sri Syed Al-Azim mesra pabila Triesya sudah berada di hadapannya. Triesya mencengkak pinggangnya dan mencerlung tajam padanya. Alahai. Ingat dia takut ke. Nak sahaja dia tergelak di situ. Namun, di tahan sahaja.


            “Walaikumsalam wbt. Pak long! Apa ni? Tak baik tau membuli….” Rengek Triesya pada pak longnya. Meletus jua tawa Tan Sri Syed Al-Azim dibuatnya.


            “Amboi! Sayang sangat yer dengan Que Ez tu sampaikan tak nak salam and huge pak long.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim dan menaikkan keningnya. Spontan Triesya tersengih dan menyalam pak longnya dan di peluk mesra tubuh pak cik yang dianggap seperti bapa kandungnya itu. Alahai. Boleh pula main terjah je macam tu. Risaukan Tengku Ezkandar Heidi sangat sehinggakan lupa nak salam pak longnya.


            “Anak dara pak long ni. Pak long datang jauh-jauh. Siap sampai subuh tad. Bukan nak tanya khabar kita. Dah tak sayangkan pak long dah. Sayangkan orang lain.” Sakat Tan Sri Syed Al-Azim.Triesya tergelak.


            “Bukanlah… Tapi pak long tu. Nakal sangat nak buli boyfriend Trish. Kasihanlah kat dia pak long….” Balas Triesya dan duduk di tepi pak longnya. Sempat Tengku Ezkandar Heidi dijeling. Aduhai. Kasihan dia. Desis hatinya.


            “Bukan buli. Pak long Cuma nak uji dia saja. Nak tengok betapa cintanya dia pada anak dara pak long ni.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim dan membelai rambut Triesya. Sejak kecil. Triesya manja dengannya berbanding dengan adik-beradiknya yang lain. Mengenai hubungan dingin Triesya dan adiknya juga sudah diketahui. Sudah dinasihati. Namun Triesya tetap keras hatinya.


            “Pak long… Dah lah tu. Kasihanlah dekat dia. Dia tengah sakit tu. Belum sihat lagi. Nanti kalau apa-apa jadi pada dia takdelah yang nak kahwin dengan Trish….” Rungut Triesya. Tergelak besar Tan Sri Syed Al-Azim dibuatnya. Sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi turut memandang kepada keduanya.


            “Yelah-yelah. Que Ez. Dahlah tu. Terima kasihlah sebab dah potongkan kayu api untuk masak lemang raya nanti.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim dan tergelak. Terbeliak mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kayu api untuk raya?  Tadi pak long kata kayu api tu untuk memasak. Nenek suka memasak dengan menggunakan kayu api. Kayu apilah sangat. Rupanya dia dipermainkan oleh pak long Triesya.


            “Sayang? You okay tak ni?” Soal Triesya kepda Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menganggukan kepalanya.


            “I’m fine sayang. Don’t worry.” Balas Tengku Ezkandar Heidi.


            “Eh! Jangan sayang.” Larang Tengku Ezkandar Heidi pabila Triesya ingin menyentuhnya. Triesya kerutkan kening,


            “Kenapa?” Soalnya hairan.


            “I tengah kotor ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum. Triesya tergelak dan tetap memegang lengan Tengku Ezkandar Heidi.


            “Tak kisah pun. Jom jumpa pak long.” Balas Triesya dan membawa Tengku Ezkandar Heidi berjumpa dengan Tan Sri Syed Al-Azim.


            “So pass tak?”  Soal Triesya nakal kepada Tan Sri Syed Al-Azim. Tersenyum pak longnya. Kepala dianggukkan. Memang Tengku Ezkandar Heidi menepati ujiannya. Sikap gentleman lelaki itu dan sabarnya memikat hati Tan Sri Syed Al-Azim.


            “Pass sayang.” Balas Tan Sri Syed Al-Azim.


            “Yay!” Jerit Triesya dan memeluk Tan Sri Syed Al-Azim. Tergelak Tan Sri Syed Al-Azim dan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.








*******AKU CINTA KAMU*********






TENGKU EZKANDAR HEIDI, Triesya dan Ben berjalan di tepi sawah. Di atas permintaan Tengku Ezkandar Heidi sendiri. Pengalaman berada di sawah padi adalah pengalaman pertamanya. Tidak menyangka yang kini dia berdiri di situ apatah lagi bersama insan tersayang.


            “This if my first time…Pertama kali I berjalan di sawah padi macam ni. it’s so beautiful sayang….” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mengeratkan pegangan tangannya pada jemari Triesya. Triesya mengerutkan dahi memandang Tengku Ezkandar Heidi. Dia ni semuanya first time. Desis hatinya.


            “You ni semua first time.” Rungut Triesya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Nak buat macam mana babe? Dah memang ni pertama kali I pergi ke sawah padi.”  Jelas Tengku Ezkandar Heidi dengan tawa yang masih bersisa. Triesya mencebik dan menjulingkan matanya ke atas


            “Kenapa buat muka macam tu? Kiss nanti. Baru tau!” Ugut Tengku Ezkandar Heidi dan menaikkan keningnya. Terasa lucu pabila Triesya membuat muka.


            “Kiss lah sangat. Takde kerja lain ke apa!” Rungut Triesya dan mendekati Ben yang sedang khusyuk menangkap gambar. Ben? 10 kali ke sawah padi ni. 10 kali tu jugalah Triesya nampak Ben asyik menangkap gambar sawah padi tu. Entah apa-apa yang dia ambil entah.


            “Kali ni apa pula kau ambil Ben? Lintah ke?” Soal Triesya dan menepuk bahu Ben. Menjerit kecil Ben dibuatnya.


            “Hoi! Engkau ni babe. Kasihan tau aku. Dibuatnya aku mati di tengah bendang ni. Memang engkau aku cari dulu!” Marah Ben dan mengusap-usap dadanya. Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi tergelak.


            “Relaxlah babe. Kau ni. Usik sikit dah sentap! Kata lelaki…” Sindir Triesya. Ben mencebik dan kembali menyambung menangkap gambar burung-burung yang sedang berterbangan. Jika dilayankan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi. Pada akhirnya nanti pasti dia juga yang akan dikenakan.


            “Merajuk ke?” Soal Triesya dan mecuit bahu Ben. Namun Ben hanya buat tak tahu saja. Sekali lagi Triesya tergelak. Kalau dah lembut tu. Bila dah sentap. Hurm. Bukan main lagi.


            “Babe. Apa ni merajuk-merajuk?” Soal Triesya tak puas hati. Ben menoleh dan menjeling Triesya sebelum kembali menyambung kembali tugasnya tadi.


            “Siapa kata aku merajuk? Takde classlah nyah! Dah! Dah! Korang pergi jauh-jauh sana. Dating ke apa. Nak buat drama Hindustan pun boleh. Aku nak berkarya ni.” Balas Ben dan menolak tubuh Triesya sehingga Triesya dekat pada tubuh Tengku Ezkandar Heidi. Tergamam keduanya apabila Triesya ditolak oleh Ben tepat-tepat ke dada sasa Tengku Ezkandar Heidi dan lelaki itu pula spontan memegang bahu Triesya. Takut gadis kesayangannya jatuh. Sekali nampak seperti mereka sedang berpeluk.


            “Ops! Sorry babe! I sengaja! Hahahah.”  Sakat BEN dan tergelak. Tubuhnya di bawa lari ke hujung sawah padi sebelah sana sebelum di kejar oleh Triesya. Memang tadi dia sengaja berbuat seperti itu. Bukan dia tidak tahu. Sejak Triesya bercakap tadi Tengku Ezkandar Heidi khusyuk merenung wajah cantik itu. Siap dengan senyuman lagi. Angau sangat dah! Hahahaha.


           
            “Errr… I’m sorry babe. Tak sengaja.” Balas Tengku Ezkandar Heidi gugup dan melepaskan pegangannya pada Triesya .


            “O… ok.” Balasnya pendek dan mengaru kepalanya. Tak tahu nak cakap apa. Malu juga. Bukan tak pernah Tengku Ezkandar Heidi memeluknya. Namun, entah kenapa. Saat itu terasa lain. Mungkin kerana satu perasaan kecil yang mula menjalar di dalam hati kecilnya buat lelaki itu.



            Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi duduk di sebuah pondok kecil di tepi sawah padi. Angin yang menyapa dan sawah padi yang menghijau benar-benar menenangkan jiwa keduanya.  Triesya memandang jauh ke sawah padi. Terasa damai di hati. Dulu, pabila mereka sekeluarga balik ke kampung nenek. Pasti dia akan menemani mama melukis di tepi sawah padi. Namun kini….


            Tengku Ezkandar Heidi pula, berlainan dengan dirinya. Saat ini Tengku Ezkandar Heidi sedang khusyuk memandang si dia di sisi. Seribu kali pandang pun wajah cantik itu pasti dia tidak akan bosan. In Shaa Allah perasaan itu tidak akan berubah sampai bila-bila. Triesya. Orangnya memang cantik. Tak hairanlah jika ada banyak lelaki ingin mendapatkannya. Sepanjang kenal dengan Triesya sudah banyak lelaki yang ingin mencuba gadis itu. Namun, tidak dilayan olehnya. Itulah Triesya. Sukar didekati. Sebab itulah Tengku Ezkandar Heidi menggunakan cara yang ekstrem untuk memilikinya. Ekstrem tak ekstrem. Yang penting dia ikhlas dan cintakan Triesya.


            “Kenapa?” Soal Triesya hairan. Hairan pabila memandang Tengku Ezkandar Heidi yang berada di sebelahnya sedang khusyuk memandang dirinya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengalihkan pandangannya ke depan. Malu! Dah red caught dengan si dia. Haila~


            “Hah? Errr. Tak de apa-apa. I tengok Ben kat sana tu.” Bohong Tengku Ezkandar Heidi dan menunjuk ke arah Ben yang berada di hujung sana dan secara langsungnya di sebelah kiri mereka. Triesya saat itu duduk di sebelah kirinya. Janganlah dia perasan. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi. Triesya yang mengerutka dahi hanya menganggukan kepalanya. Yela kot. Desis hatinya.


            “Err. Pak long you tu kerja apa eh?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Triesya di sisi di pandang. Pak long Triesya pada mulanya agak menakutkan orangnya. Tegas semacam. Namun pabila saja Triesya datang. Wataknya berubah. Menjadi seorang yang peramah, baik dan suka ketawa. Rupanya dia saja ingin menguji Tengku Ezkandar Heidi.


            “Pak long ada buka company sendiri. Dia arkitek sebenarnya. But now, 4SD yang banyak uruskan company dia.” Jelas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan kening. SD? Apa tu?


            “4SD? What is that?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan,. Spontan Triesya menepuk dahinya dan tergelak.


            “Sorry-sorry. 4SD tu anak-anak lelaki dia. Semuanya lelaki dan ada empat orang semuanya. Syed Daniel,Syed Damien,Syed Darius and Syed Danish. That’s why kita panggil mereka berempat 4SD. Kita cousin-cousin ada gelaran masing-masing.” Jelas Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepala. Boleh tahan sepupu-sepupu Triesya. Nama bukan main lagi


            “Cousin-cousin you yang lain pula macam mana?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.


            “Anak pak lang pula 5SA, Syarifah Aira, Syarifah Aina, Syed Adam, Syed Akil dan Syed Aimel. Manakala, pak su pula 2SA. Syarifah Akhma dan Syed Ahmad.” Jelas Triesya dan tersenyum pabila teringatkan sepupu-sepupunya. Secara jujurnya dia lebih rapat dengan sepupu-sepupu sebelah mamanya daripada sebelah paapnya. Namun itu tidak menjadi satu isu kepada mereka untuk rapat. Sepupu-sepupunya pula jenis yang peramah. Mudahlah untuk mereka bergaul.


            “Then how about you?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh minat. Triesya tersenyum.


            “SBB.”Jawabnya.Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil.

            “Syarifah Bikash Batriesya.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya anggukkan kepalanya.


            “Pandai pun….” Balasnya dan tersenyum.


            “Tahu…” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba. Treisya di sisi dijeling. Triesya mencebik.


            “Hell yarh!” Balas Triesya menyampah. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Hurm. Ben kata pak long tu Tan Sri?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Kata Ben tadi pak long adalah seorang Tan Sri. Tapi orangnya humble saja. Tak tinggi diri. Terkeut juga sebenarnya tadi apabila pak long datang berjumpanya tadi subuh.


            “A’ah. Kenapa?” Soal Triesya hairan.


            “He’s kind.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum.


            “Dia memang macam tu. Dia lebih suka orang panggil dia encik dari Tan Sri. Katanya itu hanyalah sekadar pangkat saja. Tidak boleh dibawa mati.” Balas Triesya. Memang pak longnya jenis yang merendah diri. Tak suka riak. Lebih suka menolong yang susah.


            “Dia buat I bertambah salute dengan dia.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum.


            “Luka you okay?” Soal Triesya prihatin. Tengku Ezkandar Heidi menarik lembut tangan Triesya. Dibawa dekat dengan bibirnya dan  dikucup lembut jemari tersebut.


            “I’m okay. I’m glad that you come for me. Wajah you serius semacam tadi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum kecil. Triesya tergelak.


            “Mestilah! I takut tau pak long buli you macam-macam. Tengok! Betapa sayang I dengan you….” Balas Triesya dan mengenyitkan matanya nakal. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menarik lembut dagu Triesya agar gadis itu memandangnya.


            “Sayang… Aku cinta kamu. Sangat-sangat. Biar apa pun rintangan yang datang. Please remember that I always love you…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut dahi Triesya.


            Click!


            “Awwhhh! So sweet babe!” Jerit Ben dan spontan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya memandang Ben. Merah muka keduanya. Ben pula boleh tayang muka selamba dia dengan camera Nikon yang menyangkut di leher.


            “Ben!” Jerit Triesya dan lari mengejar Ben. Tergelak besar Ben dibuatnya sambil menyelamatkan dirinya.


            Tengku Ezkandar Heidi tersenyum memandang keletah keduanya. Perut dipegang. Sakit. Siapa kata tak sakit. Tapi ditahan demi Triesya. Lukanya masih belum baik dan dia membuat kerja berat. Memang tak boleh blah. Tetapi demi cintanya dia sanggup dan dia percaya kenapa Tengku Amsyar sanggup membunuh demi cintanya….


            “I harap you dapat maafkan I nanti sayang bila you dah tahu kebenaran sebenarnya….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi perlahan dan tersenyum pahit memandang Triesya yang sedang mencubit Ben. Kebenaran yang akan mengubah kehidupan keduanya. Kebenaran yang menghantuinya sehingga kini…..







******AKU CINTA KAMU******






NENEK dan Triesya saling berpelukan. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi dan Tan Sri Syed Al-Azim. Mereka akan berangkat pulang sebentar lagi. Cukuplah dua hari percutian mereka di kampung. Tengku Ezknadar Heidi punya banyak kerja yang perlu diuruskan. Lainlah Triesya dan Ben. Untuk beberapa bulan ini Triesya akan berehat sahaja.


            “Nanti bila dah sampai jangan lupa call nenek tau.” Pesan nenek kepada Triesya. Triesya tersenyum.


            “In Shaa Allah nek.” Balas Triesya dan bersedia untuk masuk ke dalam kereta. Sempat matanya menjeling pak long dan Tengku Ezkandar Heidi yang sedang berbisik. Kening dikerutkan. Entah apalah keduanya sedang bincangkan.


            “Apa yang you dan  pak long bisikkan tadi?” Soal Triesya hairan pabila kereta mewah Tengku Ezkandar Heidi meninggalkan kawasan rumah nenek. Tengku Ezkandar Heidi menjeling Triesya di sisi dan tersenyum.

           
            “Man talks.” Balasnya nakal. Triesya mencebik dan berpeluk tubuh. Tahu yang Tengku Ezkandar Heidi tidak akan memberitahunya.


            “Hell yarh! Apa-apa jelah.” Balasnya merajuk. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan mengusap jemari Triesya lembut.


            “Sorry. I can’t tell you. Dah janji dengan pak long. But what can I say. It’s for your own good. Trust me….” Balas tengku ezkandar heidi dan mengucup lembut jemari triesya. Ben dibelakang hanya tersengih. Triesya memandang tengku ezkandar heidi di sebelahnya yang sedang memandu dengan satu tangan.


            “Apa yang berlaku tadi pagi? Macam mana pak long berjumpa dengan you?” Soal Triesya mengubah cerita.  Malu pabila membincangkan soal hati di depan Ben. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan teringat kembali pertemuannya dengan pak long tadi subuh.



            “Asalamualaikum wbt…” Sapa satu suara garau pada Tengku Ezkandar Heidi. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersedar dari lamunannya dan berpaling memandang ke muka pintu. Keningnya dikerutkan. Berdiri seorang lelaki yang memakai baju kemeja long sleeve rona biru dan seluar slack hitam.


            “Walaikumsalam wbt…” Jawab Tengku Ezkandar Heidi dan mendekati lelaki tadi. Salam dihulurkan dan lelaki itu menyambutnya. Setelah salam, Tengku Ezkandar Heidi hanya mampu menahan perasaanya pabila lelaki di hadapannya itu memandangnya dari atas ke bawah. Tiada senyuman dibibirnya.


            “So inilah Tengku Ezkandar Heidi?” Soal lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepalanya. Terkejut juga pabila lelaki itu mengenalinya.


            “Yes sir.” Balasnya. Lelaki tadi yang mengambil tempat di atas single sofa dipandang. Lagaknya seperti sudah biasa dengan rumah tersebut.


            “Kau kenal siapa aku?” Soalnya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepalanya. Lelaki tadi tersenyum sinis.


            “Anak dara aku kau pikat. Tapi aku kau tak kenal siapa?” Soalnya sinis. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Anak dara? Sejak bila daddy syednya bertukar wajah?


            “Err. Maafkan saya sir. But I don’t know who you are. Anak dara? Setahu saya papa Triesya adalah Dato Syed Al-Azhar.” Jujur Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki tadi tergelak sinis.


            “Aku Syed Al-Azim. Pak long kepada Triesya. Sekarang dah kenal?” Soal lelaki yang bernama Syed Al-Azim tadi. Spontan berubah muka Tengku Ekzandar Heidi. Pak Long Triesya?


            “Err. Maafkan saya pak long. Saya tak tahu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tundukkan kepalanya. Syed Al-Azim memandang Tengku Ezkandar Heidi yang masih berdiri.


            “Betul kau cintakan Batrieysa?” Soal pak long. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya.


            “Yes sir.” Balasnya yakin.


            “Bukan kerana dia cantik?”Soal pak long sinis. Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Memanglah pada awalnya dia terpikat dengan wajah cantik Triesya. Namun secara jujurnya dia memang cintakan Triesya. Pertama kali memandang wajah itu dia secara langsungnya jatuh hati pada Triesya.


            “Sedikit sebanyak kecantikan adalah salah satu faktornya. Namun, ianya Cuma bonus. Saya ikhlas cintakan dia seadanya…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Entah apa yang dijawabnya. Pabila berdepan dengan wajah bengis pak long Triesya. Spontan dia kecut. Alahai. Daddy syednya taklah macam ni.


            “Sama sajalah tu. Kesimpulannya kau terpikat kerana kecantikan dia…”Potong pak long. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Ikut aku. Aku nak tengok betapa cintanya kau pada anak dara aku…” Sambung pak long dan berdiri. Tubuhnya di bawa mendekati pintu.


            “Err. Nak ke mana pak long?” Soal Tengku Ezkandar Heidi gugup.


            “Ikut sajalah…” Balas pak long pendek tanpa berpaling. Spontan Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya. Mampus! Desis hatinya.







*******AKU CINTA KAMU********





AKU meletakkan Iphone di atas meja lampu tidurku di sebelah katil. Bibir masih mengukirkan senyuman. Panggilan dari Tengku Ezkandar Heidi tadi benar-benar membuatkan aku tersenyum lebar. Sempat lagi dia nak menelefonku seperti selalu sebelumku tidur walaupun saat itu dia sedang berada di club keretanya.


            “Sleep tight sayang. Mimpikan I okay.” Kata Tengku Ezkandar Heidi nakal kepadaku. Tergelak aku dibuatnya.


            “Buat apa nak mimpikan you?” Soalku hairan. Dia tergelak.


            “Mimpikan I lah. Supaya tidur you tenang and having a sweet dream je.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan membuatkan aku tergelak.


            “Sweet dreamlah sangat! Bad dream adalah…” Balasku dan tergelak kembali. Dia juga turut tergelak.


            Kring!



            Kring!



            Kring!



            Aku yang sudah membaringkan diri tadi mengankat kepalaku kembali dan memandang Iphone yang berdering. Kening dikerutkan. Mesti Tengku Ezkandar Heidi ni. Iphone di ambil dan ditekapkan ke telinga tanpa melihat nama si pemanggil.


            “Hi babe!” Sapa suara garau kepadaku.  Spontan aku kerutkan dahi. Suara garau tu bukan kepunyaan Tengku Ezkandar Heidi. Screen Iphone kembali dipandang dan terbeliak mataku dibuatnya.



            “Haide!!!!” Jeritku….










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G








****************************************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~





How was the story? Best ke tidak? Maaf di atas kebosanan yang melanda pada cerita tersebut. Panjang ke tidak? Hohoho. Kalau tak panjang maknanya aku lupa makan sayur kacang panjang! Hahahahahahaha~ aku melalut di situ.



            Saya RATU ADRIANA NADINE, ingin MEMINTA MAAF di atas kelewatan saya  mengupdate entry hari ini yakni AKU CINTA KAMU BAB 22. Buat beberapa hari ni entry yang akan di update akan di update secara tak tentu waktunya. Erk! Betul ke ayat tu. Bedal jelah. Huhuhu. Aku busy nok! Harap uols faham ukeh! Chill~ Cerita memang dah siap. Cuma, belum diedit sahaja. Hehehe. Aku malas! Yer! Yer! Saya tahu! Kena makan vitamin rajin manyak-manyak! Hahahaha. Aku melalut di situ… MAAF juga sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya.  Juga, ,MAAF sekiranya ada yang terover dan terlebih sudah…. MAAFKAN SAYA kesayangans. Aku tak sempurna… Huh! Ayat! Hahaha.



            Hurm… Kenapa agaknya Triesya menjerit ya? Siapa pula Haide? Huh! Suspend betul engkau ni! Saje nak dera readers engkau. Haha. Takpelah. Kita ikut sinetron indon nuh. Asyik suspend je aku tengok. Buat aku sakit jantung je! Hahah. Tetiba sinetron indon interframe kat sini engkau!



Ladies,



            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment here. Saya amat menghargainya sayangsss….. Tinggalkan comment yer ladies! Ingat tau!




            SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.






Till then,










Sincerely,
                                                                                                                                   

19 comments:

  1. Replies
    1. hi dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe sukasuka

      Delete
  2. ingatkan daddy triesya ..rupa2nye pak long dia..huhu
    bilalah triesya tau pasal hubungan que ez ngn mak tiri dia..x sabar nk bca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe surprisekan. pak long ghuponyer~
      hwaiting yer dear

      Delete
  3. RATU
    update bab 23 mlm ni ye.. :)
    triesya ngn que ez memang wajib kahwin dah nie..dua2 dh angau..haha <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anony =)
      hehe in shaa allah dear
      in a few days ni kite slu smpi kat uma time subuh dah
      im trying ukeh =)
      heheh tulah pasal. angau sgt dah. xpe kita tgu ukeh

      Delete
  4. terbaik la que ez.......i like ;)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hi cik siti
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehe tet! hwaiting for the next entry

      Delete
  6. Akan setia menanti n3 yg baru seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI cik anor =)
      thanks dear for dropping by and leave ur comment
      hehehe thanks sangat awak sebab sudi menanti new n3. terharu =')

      Delete
  7. (。◕‿◕❤)....
    best3!!!! ...
    haide? spew tue.... suspen2!!!
    hwaiting!!!!
    *exam abeh minggu dpn...tue kekadang x bce n x smpt nk komen.. hehehe*... sob3!!!..lmenyer exam.huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ahlah. sapa haide tu eh. hehe. hwaiting dear! =)
      hehe gud luck dear =) jangan malasmalas tau =P

      Delete
  8. (。◕‿◕❤) hhehehe!!!.. muahahha!!

    ReplyDelete
  9. Spslling error...
    - HUG bukan huge (huge maksudnya besar)

    ReplyDelete