Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 17 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 23










AKU CINTA KAMU BAB 23





TENGKU EZKANDAR HEIDI merenggangkan tubuhnya sejurus keluar dari dalam kereta. Perlahan-lahan  helmetnya dibuka. Diserahkan kepada Ah Leong pekerja club tersebut. Tengku Aliff dan Ragel Errick yang datang kepadanya dipadang seketika sebelum membuka sarung tangannya pula.



            “Wow! Que Ez! Bravo bro! As usual! You win bro!” Kedengaran suara Tengku Aliff memujinya. Tengku Ezkandar Heidi hanya diamkan diri. Tiada mood sebenarnya. Sejak pagi tadi Triesya membuat perangai kembali. Tidak dapat dihubungi. Hatinya meronta-ronta ingin berbual dengan kekasih hatinya itu. Tadi pun ketika di dalam track dilepaskan marahnya di situ. Geram sangat. Namun, apa sahaja yang boleh dilakukannya. Dia tidak ingin melakukan perkara yang boleh menyebabkan hubungannya dan Triesya rengang.



            “Ya bro! Racer dari luar Negara tu pun kau boleh kalahkan. Salutelah dengan kau bro!” Sambung Ragel Errick pula. Tengku Ezkandar Heidi hanya diamkan diri dan membuka sedikit zip pada baju lumbanya. Burn dipanggil dan meminta Iphonenya. Burn datang dan menyerahkan Iphone buat Tengku Ezkandar Heidi dan sebotol air. Air diteguk terlebih dahulu sebelum mencuba kembali mendail nombor telefon Triesya.



            “Eh. Tu bukan miss wifey boss ke?” Soal Burn hairan dan menunjukkan ke arah tempat duduk tidak jauh dari mereka dan spontan Tengku Ezkandar Heidi menoleh dan bibirnya diketap. Tangan digenggam.




            Kelihatan tubuh cantik Triesya yang memakai baby tee rona putih dan high waist short jeans dan bersunglases hitam itu berjalan menuju ke racer dari luar Negara tersebut. Racer yang berlumba dengan Tengku Ezkandar Heidi tadi. Dengan selamba Triesya datang dan memeluk lelaki tersebut. Lelaki tersebut pula siap mencium dahi Triesya. Geram Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kesabarannya memang ditahap kritikal. Tidak menjangka yang Triesya sanggup menduakan dirinya.




            “Bro! Sabar bro! Jangan ikutkan hati yang panas tu sangat. Selidik dulu.” Halang Tengku Aliff pabila Tengku Ezkandar Heidi ingin mendekati keduanya. Namun, ditolak kasar tangannya oleh Tengku Ezkandar Heidi.




            “Triesya!!!!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi dan meluru menumbuk lelaki yang memeluk Triesya tadi.



            Buk!



            Terjatuh lelaki tersebut dek penangan tumbukan Tengku Ezkandar Heidi. Sekali Lagi Tengku Ezkandar Heidi ingin menumbuk lelaki tersebut. Namun, ditahan oleh Tengku Aliff dan Ragel Ericck. Begitu juga dengan orang-orang lelaki tersebut. Mereka menahan Tengku Ezkandar Heidi dari kembali memukul lelaki tersebut.



            “What the hell are you doing?!” Marah lelaki tadi sambil memegang lebam di bibirnya.



            “Tengku Ezkandar! Apa yang you buat ni?!” Marah Triesya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Bertambah panas hati Tengku Ezkandar Heidi pabila Triesya meletakkan kepala lelaki tadi dipeha putihnya. Sekali lagi dia ingin menumbuk lelaki tadi namun ditahan oleh Tengku Aliff dan Ragel Errick.



            “Who’s this guy?! I’m tried to call you! But I can’t! So ini yang you buat belakang I?! I tak sangka you perempuan macam ni!” Marah Tengku Ezkandar Heidi dan spontan pipinya terasa tegang kerana ditampar oleh tangan kanan Triesya. Mencerlung tajam gadis itu padanya. pertama kali melihat wajah Triesya begitu. Sebelum ini walaupun Triesya marah wajahnya masih tenang.



            “How could you saying like that to me?! For your information Tengku Ezkandar Heidi! This is my cousin! Syed Haider Bin Syed Baqri!  and Syed Baqri? Syed Baqri Bin Hj Syed Badrul!!! You’re crazy! Idiot!” Balas Triesya geram dan berlalu pergi. Syed Haider dibantu untuk berdiri dan membawanya pergi.



            “What’s going on?” Soalnya Ben hairan. Dia yang baru sampai tadi mengerutkan dahi melihat mereka berkumpul dan Triesya serta Tengku Ezkandar Heidi pula bergaduh.



            “Arghhhh!” Teriak Tengku Ezkandar Heidi dan menumbuk cermin kereta lumbanya.



            “Que Ez!” Jerit Tengku Aliff dan menarik Tengku Ezkandar Heidi jauh dari kereta tersebut. Jangankan cermin. Silap-silap mahu satu kereta tersebut dimusnahkan oleh Tengku Ezkandar Heidi.



            “Tulah kau! Ikutkan emosi sangat!” Marah Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi  mendengus kasar dan menolak tubuh Tengku Aliff kasar.



            “Shut your mouth Que Liff! Damn!” Teriaknya dan berlalu pergi.







******AKU CINTA KAMU*******






AKU yang sedang mengubat luka Syed Haider mengetap bibir. Ya ampun. Boleh tahan juga tumbukan Tengku Ezkandar Heidi tu sehinggakan lebam gila pipi dan tepi bibir Syed Haider ni dikerjakannya. Kepala digelengkan. Tak sangka lelaki tu sanggup menuduhku tanpa usul periksa. Geram betul!



            “Aduh duh! Janganlah kasar honey…” Rungut Syed Haider pabila aku tanpa sedar menekan kasar pipinya.



            “Oh my! Haide! Sorry! sorry! Kash tak sengaja.” Balasku kesal dan mengusap bibirnya. Dia tersenyum dan memegang jemariku.



            “It’s okay honey. Kuat juga Tengku Ezkandar Heidi tu. Sampai lebam pipi dan bibir I ni…” Balas Syed Haider kepadaku dan tersengih. Tak berani nak ketawa kerana bibrnya sakit. Aku tergelak.



            “Sorry Haide. Dia tu memang. Panas baran betul!” Balasku geram.



            “Dia jadi macam tu because of you dear.” Balas Syed Haider dan membelai rambutku. Aku terdiam dan memandang Syed Haider.



            “Because of me?” Soalku hairan. Syed Haider anggukan kepala.



            “I know he’s have feeling towards you right? He’s jealous actually…” Jelasnya. Aku mengerutkan dahi. Ketara sangat ke sampaikan Haide pun tahu?



            “Jealous?” Soalku. Syed Haider tersenyum.



            “Bila kita suka dan cintakan seseorang tu. Kita akan merasa cemburu bila dia bersama dengan lelaki lain.” Jelas Syed Haider dan mengenyitkan matanya. Aku mencebik.



            “Yalah tu.. But you know what? Your bahasa Melayu is getting better dear.” Balasku padanya dan tersenyum. Dia juga. Syed Haider ni mummynya orang Canada juga. Dah sejak kecil hidup di Canada. Bahasa Melayu dia tu kurang sedikit. Tetapi daddy Baq dan grandpa selalu tekankan penggunaan bahasa Melayu pabila dirumah. Biar kita tinggal di Negara orang dan jauh beribu batunya dari Negara kita sendiri. Orang kata asal usul jangan dilupa. Hujan emas di negeri orang. Hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Erk! Entah apa-apa aku ni.



            “Well. Kata cucu Syed Badrul. Of course lah mesti pandai cakap Melayu.” Balas Syed Haider nakal dan tergelak kecil.



            “Aduh duh. Sakitnya…” Rungutnya dan berhenti ketawa. Tergeleng kepalaku dibuatnya. Tulah siapa suruh ketawa sangat.
           


            “Padan muka! Ketawalah lagi.” Sindirku padanya. Dia tersenyum.



            “Hello miss Bikash! I jadi macam ni pun because your beloved hubby dear. Huh. Tu nasib I cousin you. Cuba kalau kita ni scandal. Mahunya I terlantar di ward sekarang ni.” Rungut Syed Haider dan gelengkan kepalanya. Aku tergelak.



            “Pandailah! I setia okay!” Balasku yakin. Syed Haider tergelak.



            “Mana tak setia kalau that guy handsome, tall, tough and rich.” Balas Syed Haider nakal dan spontan aku mencubitnya. Tergelak besar dia dibuatnya.



            “Aduh duh! Janganlah bawa I ketawa honey. Sakit tau! Tangan ni walaupun dah bersimen masih sengat lagi eh!” Balas Syed Haider dan menunjuk jarinya ke tanganku. Terbeliak mataku dibuatnya. Jahat!








******AKU CINTA KAMU*******







TENGKU EZKANDAR HEIDI yang sedang terbaring lemah di katilnya merenung ke atas siling. Bagaikan Triesya di situ dan tersenyum padanya. Tangan yang berbalut kerana terkena kaca tadi dijeling. Satu keluhan dilepaskan. Entah kenapa dia bertindak melulu seperti itu. Terasa menyesal bermukim di hatinya. Betullah orang kata. Pabila marah kita akan bertindak di luar kawalan. Aduhai. Pertemuan pertamanya dengan sepupu Triesya berlaku di dalam keadaan yang tak baik. Mahunya sepupu Triesya itu mengambarkan akan hal tersebut pada datuk Triesya di Canada. Memang tipislah peluangnya untuk bersama dengan Triesya.



            Jujur, sejurus melihat Triesya berpelukan dengan lelaki lain dia terasa cemburu. Siapa yang tak cemburu pabila kekasih hatinya berpelukan dengan lelaki lain. Baginya Triesya hanya untuk dirinya seorang. Jika lelaki itu bukan sepupu Triesya memang sudah dipukulnya habis-habisan. Huh! Salahnya juga. Bertindak sebelum berfikir.



            Sekarang? Dia perlu memujuk Triesya. Sejak tadi berpuluh panggilan dan pesanan ringkas darinya. Namun, tiada reaksi dari gadis itu. Ingin sahaja Iphone dilemparkan. Namun di tenangkan hatinya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dan spontan Tengku Ezkandar Heidi duduk tegak. Teringat kembali perbualannya dengan Ben di panggilan tadi. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman.



            “Dia suka smarties.” Balas Ben. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Smarties?


            “Smarties? Apa tu?” Soalnya hairan. Lebih hairan pabila Ben tergelak.


            “Haila. Tengku tak tahu ke apa tu smarties? Dia banyak warna tau. Macam pelangi.” Jelas Ben. Tengku Ezkandar Heidi memicit dahinya. Masalah betul. Jujur. Dia sendiri tak pernah dengar apa itu smarties. Apatah lagi melihatnya. Sejak kecil pemakanannya di jaga.


            “Wait! Yang Triesya selalu makan tu ke?” Soal Tengku Ezknadar Heidi penuh semangat pabila teringat Triesya selalu memakan coklat kecil yang mempunyai pelbagai warna.



            “A’ah yang tulah. Favorite dia tu.” Jelas Ben.
                       


            “Tu je ke yang dia suka?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lagi.



            “Ada lagi.” Balas Ben.



            “What is it?” soalnya pantas.



            “Persian cat. Dia dah lama nak beli. Just takde masa nak cari.” Jelas Ben. Spontan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.




            “Yes! Smarties and Persian cat!” Kata Tengku Ekznadar Heidi semangat dan berdiri.








******AKU CINTA KAMU*******







AKU yang sedang mengacau ayam masak merah di dalam kuali mengarahkan Ben agar memotong buah dengan cepat. Takut-takut kalau Syed Haider datang awal nanti. Aku dah berjanji nak masakkan makan malam buat dia. Request bukan main lagi. Ayam masak merahlah, salad tomatolah, sup ayamlam. Aduhai. Ingat aku ni chef ke apa.



            “Sabarlah. Tak padan dengan tangan bersimen kau ni. Semua kerja kau nak buat.” Rungut Ben. Aku mencebik.



            “Buat jelah kerja tu. Diam sudah.” Balasku geram.



            “Babe. Aku tahulah kau bad mood dengan Tengku Ezkandar Heidi tu. Tapi janganlah tempiaskan pada aku wei.” Rungut Ben. Aku menjeling Ben di sisi. Macam tahu je. Huhu.



            “Diamlah Ben!”  Balasku panas. Ben tergelak dan menutup mulutnya.




            Ting tong!




            Ting tong!




            Ting tong!



            Spontan aku dan Ben saling berpandangan. Sudip ku simpan di tepi. Apron ku buka.



            “Ben tengok! Haide dah sampai dah. Kau tolong tengokkan ayam ni. Aku bukakan pintu sekejap.” Kataku pada Ben dan berlalu ke living room.



            “Beres boss!” Jerit Ben. Aku gelengkan kepala. Kalau layankan Ben sehingga ke esok tak habis. Perlahan-lahan pintu dibuka.



            “Erk!” Aku kerutkan dahi pabila tiada siapa pun. Kosong! Hanya ada…






            “Smarties!” Jeritku kecil dan duduk mencangkung. Mengambil smarties yang berada di atas bakul rotan . Banyaknya… Tersenyum kecil aku dibuatnya. Namun, senyuman itu termati apabila ada kad berona pink di situ. Kad diambil dan dibaca.



            Dear Triesya,
            Eat me and please forgive me L

            Love,
            TEH.



            Aku terdiam. Macam mana dia boleh tahu aku sukakan smarties? Ok jujur! Aku terharu beb! Smarties kegemaran aku tu. Bapak banyak pula. Ok aku tak dapat tahan diri aku dari menyentuh smarties-smartis kegememaran aku tu. Mahu tak mahu aku ambil dan bawa masuk. Tapi merajuk is merajuk okay! Haha.



            Aku duduk di atas sofa dan tersengih. Satu botol smarties aku ambil dan buka penutupnya.ya ampun! Bersinar-sinar mata aku tengok smarties yang berona roni tu. Smarties dituangkan ke tangan dan di suakan ke mulut. I don’t know why. Spontan pabila aku memakan smarties pasti aku tersenyum.



            Ting tong!



            Ting tong!



            Ting tong!



            Aku kerutkan dahi. Sekali lagi lonceng kondoku di tekan. Hurm pastinya Syed Haider dah sampai. Dengan smarties masih di tangan aku membuka pintu. Sekali lagi. Sekali lagi aku kerutkan dahi pabila tetap tak ada orang dan yang ada hanya…



            “Kucing?” Soalku hairan dan kembali duduk mencangkung memandang kucing Parsi berwarna putih di dalam sebuah kandang berona pink.






            “Awwhhh~ so cute! Awak… Awak seorang je ke? Siapa hantar awak ke sini? Awak comel sangat… Saya nak peluk awak boleh?” Soalku geram. Kucing Parsi tadi sungguh comel! Siap ada reben rona pink dilehernya. Bapak comel! Aku suka!



            “Taklah. Saya dengan daddy. Daddy saya awak tak nak peluk ke?” Soal suara garau Tengku Ezkandar Heidi kepadaku dan membongkokkan dirinya memandangku. Spontan aku mengangkat wajah dan memandangnya di sisi.



            “Eee. Sibuk je! Siapa cakap dengan you?!” Soalku geram dan menjelingnya. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil dan mengeluarkan kucing Parsi tersebut dari kandangnya. Mengetap bibir aku dibuatnya. Geram! Comel! Aku suka! Rasa nak menangis je! Lebih-lebih lagi pabila Tengku Ezkandar Heidi dengan sengaja memeluk dan mencium kucing tersebut. Aku rasa nak cekik je leher dia. Lebih-lebih lagi pabila dia tersenyum nakal memandangku.



            “Alolorh comel daddy. Ada orang tengah cemburulah daddy kiss sayang. Mummy nak kena kiss dengan daddy juga ke?” Soalnya nakal kepadaku. Spontan aku menjelingnya.



            “Eee. Tak kuasa!” Balasku geram. Namun sempatku memandang kucing  tadi. Alolorh. Comelnya awak! Mummy nak peluk! Erk! Tiba-tiba! Aku pula yang nak gelarkan diri aku mummy. Terikut sewel dengan si tengku ni. Tapi apa-apa jelah. Mummy ke. Ibu ke. Aku suka.



            “Comel daddy tengok mummy tu. Jual mahal pula dengan daddy. Masih merajuk pula nampaknya dengan daddy. Hurm. Comel daddy tolong bagitahu pada mummy tu boleh? Tolong bagitahu mummy comel daddy ni yang daddy minta maaf sangat-sangat. Daddy tak sengaja nak pukul cousin dia dan cakap macam tu dengan mummy. Daddy jealous tau mummy peluk-peluk lelaki lain…” Kata Tengku Ezkandar Heidi pada kucing parsi tersebut dan menjelingku. Tersenyum nakal terukir di bibirnya. Aku menahan senyum dan menjeling. Mana tak senyum kalau Tengku Ezkandar Heidi punya suara bukan main lembut dan manja lagi.



            “Comel mummy. Bagitahu pada daddy comel mummy tu yang mummy tak nak maafkan dia. Mummy tengah merajuk dengan dia ni. Tak nak cakap dengan dia.” Balasku dan mencebik. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan mendekatkan bibir kucing tersebut ke telinga ku. Mengeliat kecil aku dibuatnya.



            “Eee. Gelilah daddy!” Balasku spontan. Tersenyum lebar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.
                       


            “Awwwh ~ sweetlah mummy panggil daddy…” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal. Aku mencebik dan menghentak kaki. Aku dah tak tahan.



            “Bak lah sini kucing tu… Comel! Geram!” Balasku padanya.  Dia tersenyum dan menaikkan keningnya nakal.



            “Comel daddy, tolong bagitahu mumy comel tu kalau dia nak dengan comel daddy ni dia kena ambil dengan daddy comel daddy ni sekali. Wajib kiss pipi dulu tau. Baru daddy nak bagi comel pada dia.” Balas Tengku Ezkandar Heidi kepadaku. Aku mengetap bibir. Geram.



            “Alarh… Tapi orang tengah merajuk…” Rungutku padanya. Dia tersenyum.



            “Nak kucing ni ke tidak? Comel tau. Kalau nak kucing yang comel ni. Mummy kena maafkan daddy tau! Sayang daddy sikit.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal dan suakan pipinya. Aku mencebik geram.



             “Cepatlah. Nak kucing ke tak ni?” Soalnya padaku. Aku mengetap bibir dan memandang kucing tadi.
           


           “Meow!” Panggilnya padaku dengan muka yang innocent. Aduhai. Buat aku cair je. mahu tak mahu aku kiss juga pipi daddy si comel tu. Hehe. Okay aku mengaku! Aku memang dah maafkan dia. Dia bukan sengaja what! Biasalah tu kot. Kalau dah cemburu. Kalau dia dengan perempuan lain pun confirm aku jealous okay!



            “So maafkan daddy tak?” Soalnya kepadaku di saat aku ingin mengambil kucing tersebut. Namun di halangnya dan kucing dijauhkan. Aku merengus. Geram.



            “Dahlah daddy mummy… Now, give it to me. Come comel mummy.” Balasku padanya dan mengambil kucing tadi. Dipeluk dan dicium olehku sekuat hati.



            “Awak comel sangatlah.. Mummy panggil awak Bobo boleh?” Soalku kepada kucing yang comel tadi.



            “Meow!” Balasnya. Aku tersenyum dan mencium pipinya lembut. Aduhai. Rasa macam baru dapat baby je!



            “Daddy, mummy tak nak sayang ke?” Bisik Tengku Ezkandar Heidi ke telingaku dan memelukku dari belakang. Aku tersenyum kecil.



            “Tak naklah sayang daddy. Daddy jahat dengan mummy…” Balasku dan kembali mencium pipi Bobo. Bobo macam suka je aku buat macam tu. Hahaha. Manja kucing ni. Macam daddy dia juga. Erk! Haha



            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi padaku dan menarikku agar menoleh memandangnya. Aku menurut dengan Bobo masih di dalam pelukan. Bobo. Taklah berat mana. Tangan aku yang berismen ni pun boleh bertahan lagi. Smarties pula masih dipegang. Daguku di tarik lembut olehnya dan matanya merenung dalam ke mataku.



            “I’m sorry for what I’ve done today. It’s my fault and I’m such a fooled. I janji. Lepas ni I takkan buat lagi. I janji akan bertanya dulu pada you jika ada apa-apa yang membuatkan hati I curiga. Okay sayang? Maafkan hubby baby…” Jelasnya padaku.  Aku tersenyum memandangnya.



            “I maafkan you. But promise me. After this jangan buat macam tu boleh? I tak sukalah marah-marah…. But, kalau you nak bagi I present macam ni setiap kali I marah. Hurm. Hari-hari I nak marah kalau macam tu.” Balasku nakal dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi menjengilkan mataya dan menarikku dekat pada dirinya. Dahiku dikucup lembut dan aku memejamkan mata. Terasa nak menangis pun ada.



            “Thanks sayang sebab maafkan I. trust me I takkan buat macam tu lagi. I tak nak you merajuk lagi…but kalau nak present. Hari-hari I boleh bagi. Anything for you sayang.” Balasnya dan mengenyitkan mata. Aku tergelak dan memeluknya. Bobo pula berada di tengah. Awwwh~ sweet! Rasa macam satu family dengan je. hehe.



            “Ehem!” Suara garau yang berdehem itu mematikan senyuman di bibir kami dan spontan kami berdua melepaskan pelukan. Aduh! Syed Haider! Malu!



            “Sweet couples I’ve know.” Katanya kepada kami dan mengenyitkan matanya. Aku tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi pula mendekatinya.



            “I’m sorry bro for what I’ve done.” Kata Tengku Ezkandar Heidi ikhlas kepada Syed Haider dan menyalam tangannya. Syed Haider tersenyum dan menyambut salam Tengku Ezkandar Heidi. Bahu Tengku Ezkandar Heidi ditepuknya lembut.



            “It’s okay bro. Aku faham. Kalau aku sendiri pun Nampak girlfriend aku hugging with others guy memang dah kena dengan aku. Lebih-lebih lagi perempuan secantik cousin aku ni. Siapa tak panas bro.” Balas Syed Haider dan tergelak. Siap kenyitkan matanya kepadaku. Terjengil mataku dibuatnya. Nakal betul dia ni. Suka betul menyakat aku.



            “Yahh bro! Siapa tak sayangkan bini.” Balas Tengku Ezkandar Heidi nakal dan mengenyitkan matanya memandangku. Spontan aku mencubitnya. Jahat! Haha.



            “Eh! Where are you going?” Soal Syed Haider pabila aku masuk ke dalam. Geram. Asyik kena je dengan budak dua ekor tu. Bila dah berbaik bukan main lagi.



            “Masuk! Malas nak layan!” Balasku bengang dan keduanya ketawa besar olehku. Huh!







********AKU CINTA KAMU********






TENGKU EZKANDAR HEIDI dan Syed Haider duduk santai di balkoni Triesya dan menikmati angina malam dari tingkat 22 tersebut. Triesya dan Ben pula tengah khusyuk berman dengan Bobo di living room. Bobo? Haha. Tak sangka Triesya cair dengan Bobo. Kucing parsi yang beribu harganya. Ribu? Ya beribu. Kucing jenis Persian cat memang mahal kerana bakanya yang lain dari kucing biasa. Tak kisahlah beb! Yang penting hati buah hatinya terpujuk.



            “Since bila kau start race?” Soal Syed Haider kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tak sangka minat mereka berdua sama. Bolehlah lepas ni jadi kamceng. Memandangkan Tengku Ezkandar Heidi bakal menjadi ahli keluarga mereka. Secara jujur dan dari mata kasarnya, Syed Haider akui yang Tengku Ezkandar Heidi benar-benar mencintai Triesya. Sejak tadi dia hanya berdiri tidak jauh dari mereka berdua dan memasang telinga. Memang keduanya pasangan yang romantic. Pandai Tengku Ezkandar Heidi mengambil hati triesya yang degil itu.



            “Since,I was in high scholl. Sebab time kecil tu minat aku dengan kuda. Tapi bila dah besar mina tupun dah berubah. Lebih yang ekstrem. Kau pula?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Agak selesa dengan Syed Haider. Seorang doctor muda. Siapa sangka lelaki itu berminat dengan perlumbaan kereta. Syed Haider orangnya memang kacak. Tengku Ezkandar Heidi tak hairan kerana pastinya ahli-ahli keluarga Triesya mempunyai wajah yang kacak dan cantik seperti Triesya.



            “Lama tu. Aku since di university. Kash yang banyak temankan aku ke track dan training.” Jelas Syed Haider dan menghirup coklat panas yang triesya buatkan. Tetap sedap seperti dulu.



            “Kash?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Syed haider tersenyum.



            “Bikash. I mean Triesya. Our family in Canada call her ‘Bikash’ or ‘Kash’.” Jelas Syed Haider. Sejak kecil mereka sudah terbiasa memanggil Triesya seperti itu. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Kash? Desis hatinya.



            “Aku tak tahu sebab selama ni dia tak pernah cerita.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur dan tersenyum.



            “Kash memang macam tu. Since kecil dia suka diam dari bersuara. Kena tanya dia dulu baru dialah nak cerita. I dengan abang Hedriey faham sangat dengan perangai dia. Since kita orang memang rapat sejak kecil. Everything about her I know. And trust me. You’re her first love.” Jelas Syed Haider. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi.



            “Tak ada ke yang admire dengan dia di Canada tu?” Risik Tengku Ezkandar Heidi. Sempat Triesya yang berada di living room dipandang. Comel sekali. Sedang bermain dengan Bobo.



            “Ada je. Dia saja yang tak berminat. Don’t worry. I’m sure she’s really love you and she will be loyal you. Kash. Sekali dia cinta. Dia akan cinta buat selamanya. Just one more thing aku nak nasihatkan pada kau.” Balas SYED HAIDER. Tengku EZKANDAR HEIDI kerutkan dahi.



            “What is it?” Soalnya hairan. Syed Haider memandang tepat ke wajah Tengku Ezkandar Heidi.



            “Don’t lie to her and please don’t hurt her feeling. Kash mungkin lembut orangnya. But bila dia dah kecewa. Dia akan membenci dan menyimpan dendam sampai bila-bila. Seperti Kash bencikan papa.” Jelas Syed Haider. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Jantungnya saat itu bagaikan berhenti berfungsi. Triesya dipandang dan kekasih hatinya itu turut memandangnya dan memberikan senyuman manis. Tengku Ezkandar Heidi membalas dengan senyuman kelat. Adakah Triesya akan membencinya nanti? Hal itu yang membuatkan hatinya tidak tenteram……













B.E.R.S.A.M.B.U.N.G








*********************************************************************







Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~







TING TONG!






TONG TING!






TING TING TING!






TONG TONG TONG!









HAHAHAHAHA









SENGAL~








HI Peeps! Hos was the story? I hope it will be fine and you satisfied with it. Like what I’m saying before. I’m just me. Im not perfect! Sorry ladies L




            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan bagi ejaan, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika ada yang terover, tak logic, terlebih dan sebagainya. Ianya hanya fantasy. Diharap anda faham. Seperti yang saya katakan sebelum ini. Sila ambil yang postifnya sahaja dan buang negatifnya. Think smart babe!




            Hurm. Apa akan terjadi selepas ini? Adakah hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi akan baik-baik sahaja? Bagaimana pula dengan hubungan Triesya+Dato Syed Al-Azhar+Datin Tengku Merissa=?????? Hwaiting for the next entry dear~ J



Ladies,



            Thanks for dropping by and leave ur comment dear. Much appreciated it! J Do come again yah! Please! please and please leave ur comment yah!





            SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA LADIES. TQ.






Till then,











Sincerely,



20 comments:

  1. Good morning world ehehe.Now i will give my sincere comment eheehhe.yahhooo finally ada conflict and i love when trisyha sulking sbb ada hubby dia nak pujuk eheheh.sukanya bila qu ez stress and cemburu bila trisya tak layan dia eheh sbb tak kan sepanjang masa nak romantic jer kan ehe.apakah yang terjadi seterusnya jeng jeng jeng suspend jugak kekek.adakah terjadi perang besar selepas trisya mengetahui qu ez "small secret"( that he was the nephew of tengku marissa)??=) adakah kepercayan dan cinta trisya akan tergugat selepas mengetahuinya??eheh nak entry seterusnya tak sabo den.kalau jadi drama cerita ne kan best ehehe!!! goodluck dear and can't wait to read the next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI awak!=)
      hehehe.1st of all. kite nk cakap kite suka awak! haha. awak happy go lucky ar. pepagi buta ceria beb! hehe =P
      Thanks for dropping by and leave ur comment yer awaknyer =)
      wawahwah.gd mrng world eh? hehe. yay! awak suka! hehe. a'ah. xkan happy memanjangkn =)
      heheh suspend an.ntah apa-apa ntah aku ni hahaha
      sabaolah. hwaiting for the next entry yer dear =) kite samasama nantikan apa yg tjdi pada mereka dua stlh triesya mengetahui hal yg sebenarnya. hehe.
      hahaha. mahu satu malaysia maghokan den! men bantai je pegang2 haha =P
      thanks dear =)

      Delete
  2. Cpt Que Ez berterus terang pd Trish pasal Que Marissa
    sebelum org lain beritau dia, nanti kalau dia dpt tau
    yg Que Ez anak saudara mak tiri dia dn tak berterus
    terang dgn Trish tak taulah ape akan dilakukannnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      a'ah tulahkan. but kita nntikan the next n3 je lah ukeh =)
      hehehhe
      hwaiting awak

      Delete
  3. Bestnya.... :). Ratu, ceta nie lebih 50 bab ke? Mlm nie ada e3 x? X sabar nak baca next chap....:).TQ.

    -col-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI col =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe best ke. thank awak
      xla dear. dlm 30 bab lbh je. 50 pnjg tu. hehe.
      a'ah ada. tpi maybe kite post l8 sikit.
      hwaiting ya awak =)

      Delete
  4. awwww... kucing parsi... cutenyerrr!!!
    (。◕‿◕❤) .... i loike .... best3!!!
    ^_______^ *senyum lebar....muahahah!!!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea =)
      thanks for dropping by and leave ur comment sygs
      cute kan kucing tu. geram tgk!
      hehe thanks sbb like
      kite pula senyum meowmeow~ hahaha =P

      Delete
    2. hehehe... (。◕‿◕❤)

      Delete
  5. OMg Dear...matilarrrrrrr TEH pasni klw dia lmbat bertindak...sya tw camna sikap org yg seperti Trish tu sbb my BFF sikap dia lbh kurang cam dia...matilah2 pasni..adehhhhh....TEH sya WARNING kw ni...skrg jga kw bgtw Trish rahsia tu...hehehhehe...(mgada2 plak <-- dia ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe ye ke wak? a'ah org mcm trish mmg jns yg len skit
      hehehe wahhhh~ siap warning TEH engkau! hahahah

      Delete
    2. hehehehe...ni WARNING bukan sebarang WARNING dear...masak TEH tu nanti klw Trish tu tw sndri...org spt trish ni sgt2 berbahaya..kmarahan org spt ini tdak dpt diduga & ditanggung oleh org yg penyebab kpd kmarahannya ni...

      Delete
    3. hahahaha cra awak ckp mcm cerita bjg lapuk tu je. ini bkn cubaan. ini betul2. hahahahaha
      a'ah. kite stju babe! thats y la dya bncikkan papa dia

      Delete
    4. hehehhe...bjg lapuk pun bjg lapuk la...tp klw kat real life mmg sikap org spt trish ni sukar diduga..sbb sya BFF dgn org cam sikap trish ni suda hampir 10 tahun..hati dia lbh keras dri besi klw dia suda mrh & kecewa..ibarat kata kami"tiada maaf bagimu"hehehe

      Delete
    5. Heheheh kite xbkwn dgn org mcm tu. tpi kite mgku kite mmg mcm tu =P sekali kite kata kite benci. kite akan benci selamanya =)

      Delete
    6. hehhee...kite pun lbh kurang sma..tp kwn kite tu mmg dia lg lbh dri kite..

      Delete
  6. wrong choice of word and grammar.....i have tried to call you, but i can't reach you
    - SWEETEST couple I have ever known
    - Hugging OTHER guyS
    - SCHOOL not SCHOLL

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      Thanks for dropping by and leave ur comment
      Sesungguhnya 'scholl' saya adalah saya taip. harap maklum hahhaa.
      adoi. biasalahkan sometimes bila kita menaip pasti ada yg terlepas pandang. n thanks awak sudi tegur. =)

      Delete
  7. i think "known" tak brapa sesuai dlm context ni....rasanya better "seen" lagi

    ReplyDelete