Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 18 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 24












AKU CINTA KAMU BAB 24





AKU, Syed Haider dan Ben makan bersama pada tengah hari itu. Lewat malam ini Syed Haider akan kembali ke Canada. Jadi masa yang ada akan aku habiskan bersamanya. Bukan selalu aku bertemu dengan Syed Haider. Orangnya busy memanjang. Lebih-lebih Syed Hadriey yang menjadi pemangku CEO bagi syarikat daddy Baq.



            “Que Ez mana?” Soal Syed Haider. Aku tersenyum.



            “Dia ada meeting dengan BOD. After meeting, dia akan join kita.” Jelasku padanya. Dia anggukkan kepala dan tersenyum.



            “Club?” Soal Syed Haider dan menaikkan keningnya. Aku mencebik.



            “Kena ke? Bosan…” Balasku. Ben tergelak.
           


            “Bosanlah sangat. Bila jumpa Que Ez nantI hilanglah bosan tu.” Sakat Ben dan mengelak tisu yang aku lemparkan padanya.



            “Eeee. Memandailah!” Marahku padanya. Syed Haider dan Ben serentak tergelak.



            “Eh. I nak pergi toilet sekejap.” Balas Syed Haider dan berdiri. Begitu juga Ben.



            “Me too. Nak ke toilet juga.” Sampuk Ben dan turut berdiri. Aku kerutkan kening memandang keduanya. Bibirku pula mengukirkan senyuman nakal.



            Pap!



            “Ouch! Sakit bangang!” Aduku pada Ben pabila dahiku diketuk olehnya.



            “Jangan nak fikir bukan-bukan okay. Aku memang tak tahan dah ni.” Balas Ben dan berlalu pergi. Tergelak aku dan Syed Haider dibuatnya.



            Setelah Syed Haider dan Ben pergi, aku memandang Iphone di tangan. Tiada panggilan mahupun pesanan ringkas dari Tengku Ezkandar Heidi. Aku faham dia tengah meeting sekarang ini. Pastinya tidak ingin diganggu. Hurm. Bobo pula di rumah. Jikalau ada Bobo bolehlah juga aku bermain dengannya.



            Pabila teringatkan Bobo. Spontan bibirku mengukirkan senyuman dan teringatkan daddy Bobo. Sanggup memujukku dengan memberikan Bobo kepadaku. Smarties? Okay! I’ve to admit that! He’s really romantic and understand me. Dia tahu apa yang aku suka walaupun aku tahu dia tahu itu semua dari Ben. But, at least dia try nak selidik apa yang aku suka kan?



            “Hi sayang…” Sapa suara garau kepadaku. Spontan aku mengangkat wajahku dan menoleh ke belakang. Kelihatan papa yang segak berkot tersenyum memandangku. Dengan selamba papa mencium dahiku. Aku merengus kasar.



            “Tak payah nak loving sangatlah…” Balasku geram. Papa hanya tersenyum. Mungkin sudah lali dengan sikap dan penolakkanku.



            “Trish dengan siapa ni?” Soal papa kepadaku. Aku hanya diam dan berpeluk tubuh.


            “Okay-okay sorry kalau papa ganggu. Papa Cuma nak ingatkan yang next week papa buat majlis tahlil buat arwah mama. Ulang tahun kematian mama. Papa harap Trish dataang ya sayang.” Jelas papa kepadaku. Tiada reaksi dariku. Aku hanya memandang kukuku. Tidak mood untuk melayan papa. Kedengaran suara papa mengeluh.



            “Papa has to go. Jangan lupa datang next week. Love you sayang.” Kata papa dan mencium dahiku sekali lagi sebelum berlalu pergi. Dahi yang dicium papa tadi ku sentuh. Masih terasa hangat ciuman papa di situ. Dulu, papa selalu membuat seperti itu. Menciumku di dahi…..Namun kini????? Semuanya sudah berubah…



Hurm. Pabila teringatkan kembali kata-kata papa mengenai majlis tahlil yang akan papa buat next week membuatkan aku terdiam. Bermakna genaplah 5 tahun arwah mama telah pergi tinggalkan kami… Mama…….






********AKU CINTA KAMU********






TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum memandang Triesya yang berada di tempat duduk di tepi track. Tubuhnya didudukkan di sebelah Triesya dan memakaikan topinya buat Triesya. Gadis itu tersenyum memandanganya.



            “Bosan?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya sambil membukakan penutup botol mineral buat Triesya. Botol mineral yang sudah dibuka penutupnya diserahkan kepada Triesya dan Triesya menyambutnya. Sempat lagi rambut Triesya yang jatuh menutupi wajahnya di selak ke tepi. Cantik sekali wajah itu kemerahan menahan panas.



            “Nak I jawab yang jujur ke yang tipu?” Soal Triesya dan meneguk perlahan minuman yang Tengku Ezkandar Heidi berikan tadi. Sedikit sebanyak terasa terharu pabila lelaki itu membukakan dulu botol minuman tersebut untuknya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan membetulkan Ray Ban hitamnya. Keadaan track yang panas membuatkan mereka terpaksa memakai sunglass hitam. Triesya juga begitu.



            “Jujur. Tak tipu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersenyum dan memeluk lengan sasa Tengku Ezkandar Heidi. Disandarkan kepalanya di bahu lelaki itu.



            “Honestly, bosan….” Balas Triesya dan tersengih. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dna mengucup mesra kepala Triesya yang dilitupi topi itu. dia faham. Mana ada perempuan yang berminat berada di tepi track sebegitu. Lainlah lelaki sepertinya. Kena pula Triesya jenisnya lembut orangnya. Dulu pun ketika menemani Syed Haider, gadis itu sering kali merungut kata syed haider.



            “Sorry. Nak balik?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dan menundukkan wajahnya memandang Triesya. Triesya mengelengkan kepalanya. Takkan kerana dia bosan dia harus membatalkan niat Tengku Ezkandar Heidi dan Syed Haider untuk meluangkan masa di track. Ben pula awal-awal lagi ingin mencuba menaiki kereta lumba tersebut. Excited terlebih sehinggakan dia menjerit kerana kereta yang dipandu oleh Syed Haider agak laju. Mahu putus pinggang Triesya tergelak tadi.



            “Nahhhh. It’s okay sayang. Just temankan I di sini boleh?” Soal Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.



            “Mestilah boleh sayang. Anything for you my queen.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mengenggam erat jemari Triesya. Triesya tersenyum. Betullah kata Ben tadi. Dengan Tengku Ezkandar Heidi spontan bosannya menghilang.



            “Baby…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi lembut. Triesya mengangkat wajahnya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi.



            “Ya sayang?”  Balas Triesya.



            “Hurm. Kalau hubby minta sayang berhenti jadi stewardess and model boleh?” Soal Tengku Ezkandar Heidi takut. Takut jika Triesya marah. Triesya mengerutkan dahinya.



            “Kenapa nak baby berhenti pula?” Soal Triesya tak puas hati dan menarik tangannya dari genggaman  Tengku Ezkandar Heidi. Tubuhnya di pusing membelakangkan Tengku Ezkandar Heidi dan berpeluk tubuh. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan memeluk tubuh Triesya dari belakang. Dagunya di sandarkan ke bahu Triesya yang terdedah kerana hanya memakai tube dress rona turquoise. Bahu itu dikucupnya lembut.



            “Sayang please jangan marah. I’m doing this for your own good. I tak nak you kerja. I’m serious with you dear. I want to marry you. Biar hubby yang jaga dan support hidup baby. Hubby terlebih dari mampu sayang. Just say what you want. I’ll give it to you. I’ll find it for you…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi ke cuping telinga Triesya. Treisya diam.  



            “But I love my job….” Jelas Triesya perlahan. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.



            “Sayangkan job you ke ataupun you sayangkan I? I’m swear. I sangat cintakan you Triesya. I nak kahwin dengan you. Nak bina keluarga bahagia kita berdua. I nak you berada di sisi I setiap masa. Layan I dan anak-anak kita. I dah fikirkan hal ni sedalam-dalamnya. I tak nak lagi biarkan you fly dan tinggalkan I di sini. Sibuk dengan photo-shoot and everything. I bukan nak sekat kebebasan you. But, I nak you hidup di dalam keadaan yang senang. Tak nak you bekerja lagi. I yang akan cari nafkah buat kita berdua. You hanya duduk di rumah. Jaga I dan jaga anak-anak kita. Will you? ” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya terdiam. Tidak menyangka sebegitu sekali dalamnya cinta Tengku Ezkandar Heidi buatnya.



            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan memusingkan tubuh Triesya agar menghadapnya. Pipi gadis itu diusap lembut.



            “Are you serious with me?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Treisya dan memandang jauh ke dalam matanya. Bagaikan ingin menghanatr hasrat hatinya.



            “Ya…” Balas Triesya dan anggukkan kepalanya. Memang dia serius dengan lelaki itu. Dia ingin menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.



            “So you setuju untuk berhenti kerja?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Triesya mengetap bibir.



            “But I tak suka duduk diam dekat rumah…” Balas Triesya dan spontan Tengku Ezkandar Heidi tersenyum lebar. Secara langsung, jawapan Triesya itu menandakan yang gadis itu ingin  berkahwin dengannya.



            “I bukakan klinik buat you… Nak?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Triesya kerutkan dahi.



            “Klinik?” Soal Treisya hairan. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepalanya.



            “Yes. Clinic. Bukan ke cita-cita you dulu nak jadi doctor? So why don’t you continue it.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya gelengkan kepala.



            “Kenapa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan.



            “I dah lama tak praktikkan kepakaran I. Plus, sama jelah tu. I tetap akan sibuk juga nanti. Nanti I abaikan you dan anak-anak kita pula. ” Jelas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mencium pipi Triesya.



            “My wife dah pandai fikir soal future dia…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi nakal. Tersipu malu Triesya di buatnya. Malu! Spontan itu yang keluar dari bibirnya. Tengku Ezkandar Heidi menarik Triesya ke dalam pelukannya.



            “Aku Cinta Kamu Syarifah Bikash Batriesya. You’ll be my Mrs.TEH.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi ke telinga Triesya. Tersenyum Triesya dibuatnya.



            “Mrs.TEH?” Soal Triesya.



            “A’ah. Mrs.TEH. Mrs Tengku Ezkandar Heidi.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan ketatkan lagi pelukannya pada tubuh seksi Triesya.



            “Ya eh? Ingatkan teh Lipton! Alahai nasi kandar. Nasi kandar. Hahahaha.” Balas Triesya nakal dan tergelak besar.



            “Sayang!” Rungut Tengku Ezkandar Heidi geram dan mencubit kedua pipi Triesya geram. Bibirnya mengukirkan senyuman. Kini, dia memasang tekad. Triesya akan dilamar dan rahsia yang sebenarnya akan dikhabarkan kepada Triesya. Diharap, Triesya akan memahami kenapa dia rahsiakan hal tersebut dari Triesya. Dia harap hubungan mereka berdua akan kekal sehingga ke akhir hayat. Cintanya pada Triesya begitu mendalam sekali dan dia akan pastikan Triesya akan menjadi miliknya yang sah dan halal. In Shaa Allah~






**********AKU CINTA KAMU*********






DATO SYED AL-AZHAR yang baru menerima panggilan dari Personal Assistant  nya itu terus melihat berita gossip yang dikatakan oleh PAnya itu iaitu Ismail di Ipadnya. Kepalanya digelengkan. Handphone kembali ditekapkan ke telinganya.



            “Saya nak buat Press Conference esok about this ‘thing’. Tolong uruskan untuk saya.” Jelas Dato Syed Al-Azhar kepada Ismail.



            “Baik boss. Everything will be settled. Dato hanya perlu datang ke PC esok.” Balas Ismail sebelum memutuskan panggilan. Dato Syed Al-Azhar memicit kepalanya.



            “Kenapa papa?” Soal Datin Tengku Merissa hairan dan mengambil tempat di sebelah suaminya.
           


            “Mummy tengoklah ni. Papa dah tak tahu nak cakap apa. Apa yang papa boleh katakan. By hook or by crock kita akan buat siding media esok. Semakin lama semakin naik lemak! Pening kepala papa ni fikirkannya. Full stop!” Balas Dato Syed Al-Azhar dan berdiri meninggalkan isterinya di situ. Datin Tengku Merissa mengerutkan dahi memandang suaminya yang berlalu menaiki tangga. Ipad di tangan di pandang dan spontan dia menutup mulutnya.



            “Astagfirullah’alazim….”









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G









**********************************************






Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera Ladies~








HI LADIES,






How was the story? I know its short and bit boring here and there. Do forgive me dear L sometimes when we write the story, the mood it’s like the jigsaw! Sometimes it’s good and sometimes its suck! Huhuhu. I’m sorry L Oh ya,Today aku lupa nak makan kacang panjang kot. That’s why pendek! Hahaha J Ayat sedapkan hati sahaje!




            Aku Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan bagi ejaan, perkataa, ayat dan sebagainya. Juga, Maafkan aku jika ada yang terover, terlebih sudehhh, dan sewaktu dengannya pada cerita ini. Maafkan aku mak inchik! Aku hanyalah manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan. Wah~ Ayat engkau! Hahahaha J




            Bagaimanakah hubungan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya selepas ini? Adakah Tengku Ezkandar Heidi Berjaya memaklumkan rahsianya kepada Triesya sebelum Triesya mengetahuinya sendiri ataupun ada pihak ketiga yang memecahkan rahasia tersebut kepada Triesya? Bagaimana pula dengan Dato Syed Al-Azhar? Apa yang membuatkan Dato Syed Al-Azhar marah sejurus melihat berita gossip yang terpampang di Ipadnya sehinggkan isterinya Datin Tengku Merissa tutut terkejut dan beliau ingin membuat sidang media? Apakah yang berlaku seterusnya? Tetttt!  Hwaiting for the next entry ladies! J




Ladies,



            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment J  Much appreciated it babeSayang awakawak semua! Jangan lupa tinggalkan comment anda ya! J







SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ!






Till then,







Sincerely,

14 comments:

  1. Swiss morning universe!!! ehehe wak apasal hari pendek jer =( =( =(sob sob sob anyway tq for posting the new entry.

    ReplyDelete
  2. HI awak =)
    Thanks for dropping by and leave ur comment wak
    hohoho sorry awak =( Huhuhu. pndk je kan. hehe.
    xpe wak. esok n3 nya panjangggggg. erk! propa lebeyyy! haha. hwaiting for the next entry wak!

    ReplyDelete
  3. pendeknya..
    x puas lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment
      sorry
      waiting for ACK BAB 25
      n3 nya panjang berjela hendaknya
      chill~

      Delete
  4. W/p pendek tapi best..sweet couple tu comel la..x sabar tunggu dorang khwin..mesti lagi sweet overdose...hehe...uuiii..gambar apa tu...pic Dato kiss dahi Triesya ke or pic sweet couple tu tengah hugging...TQ Ratu... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe thanks dear. comelkan =) hehe
      tetttt! hwaiting eh for the next n3 =)

      Delete
  5. Ape ye yg membuatkan papa Trish akan buat PC nanti..
    teruja sgt nk tunggu n3 baru Ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hwaiting for the next n3 awak :)

      Delete
  6. Alaaaa tak nak ar gaduh gaduh nanti lepas Que Ez bagitahu perkara yang sebenarnya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI DEAR
      Thanks for dropping by and leave ur comment =)
      hehe a'ahkan. tapi nak buat mcm mna dear.
      stp phbgn ada manis dan pahitnya

      Delete
  7. adehhhhhhhh....ni yg mbimbangkn aku ni dear...6snse ni isk tak bole dbwa kompromi.asyik mgatakan hal buruk coming soon...adui....mst papa dia tengok pic mrk ka track...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      jengjengjeng! ape?!!! hahaha
      tet! waiting for the next n3lh jawabnya dear. hahaha =)

      Delete
  8. "I SWEAR", "I AM" slalunya digunakan untuk present continuous tense,dimana verb (kata perbuatan) di tambah 'ing' kat blkg spt I am running, i am swearing etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI DEAR
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      T H A N K S dear
      much appreciated it =)

      Delete