Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 19 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 25





AKU CINTA KAMU BAB 25





AKU berpeluk tubuh dan memandang jauh ke luar balcony. Fikiranku begitu serabut kini. Masih terngiang-ngiang suara papa dan Tengku Ezkandar Heidi di cuping telingaku. Nafas berat dihelakan. Apa yang harus ku lakukan?


            “I don’t care! Jika Trish sayangkan papa dan masih anggap papa sebagai papa Trish. Please datang ke PC hari ini. By hook or by crock. You’ve to be here by 2pm. I’m waiting. Asalamualaikum.”


            Aku mengeluh dan memicit kepalaku. Papa. Papa benar-benar tekad dengan keputusannya. Kali ini aku benar-benar tidak dapat mengelakkan diriku lagi. Mahu atau tidak aku harus ikut kata papa. Tetapi entah kenapa aku berasa dua hati.


            “Sayang. I trust you… But please tell the truth to others about your relationship with papa. Media. They like to create gossip sayang.”


            Kata-kata Tengku Ezkandar Heidi tadi ada benarnya juga. Aku memang tak kisah jika mereka ingin gossip apa pun. Tetapi aku tidak ingin hubunganku dan Tengku Ezkandar Heidi goyah kerana gossip yang tiada gunanya.


            “Babe. So what your decision?” Soal Ben yang sedang di atas sofa dan memegang newspaper yang memampangkan gambar papa mencium dahiku.


            SCANDAL TRIESYA-DATO S? TRIESYA DAN TENGKU EZKANDAR HEIDI PUTUS?


            Aku rasa nak tergelak je bila baca headline newspaper tu. Lawaklah sangat! Scandal? Aku dan Tengku Ezkandar Heidi putus? Gila ke apa! Baru je sehari yang lalu gambar aku dan Tengku Ezkandar Heidi membawa Bobo ke clinic haiwan kerana nak menyuntikkan vitamin buat Bobo. Supaya Bobo tak mudah sakit. Siap puji lagi kata Tengku Ezkandar Heidi penyayang dan romantic kerana sanggup hadiahkan aku kucing parsi dan menemankan aku pergi clinic membawa Bobo. Pula tu puji Tengku Ezkandar Heidi memegang Bobo bagaikan Bobo anak kami. Sekarang lain pula gossipnya. Dunia-dunia. Luculah sangat.


            “I don’t know…” Balasku pada Ben dan menyandar di sliding doorku. Memandang Ben yang sedang memandang newspaper tersebut.


            “Aku rasa nak tergelak babe. Serius! Lawak gila kot. Kau dan papa? Scandal? Hahahaha.” Balas Ben dan tergelak. Aku tersengih. Ben? Gila. Gila sebab time-time macam ni dia boleh ketawa lagi.


            “Tengku dah tahu ke?” Soal Ben setelah habis tawanya. Aku anggukkan kepala.


            “Tengku percayakan kau?” Soal Ben.
           

            “Entahlah. Dia kata dia percayakan aku. Dia kata dia tak sangka yang papa tu dato. Dia minta aku ikut cakap papa.” Balasku pada Ben.


            “Baikkan tengku tu. Begitu cintakan kau sehingga percayakan kau sungguh. Aku harap lepas ni korang berdua akan bahagia babe. Jujur aku katakan. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar cintakan kau.” Balas Ben dan tersenyum. Aku membalas senyuman Ben. Tengku Ezkandar Heidi. Alhamdulilah dia percayakan aku dan tak melatah. Aku sukakan sikap matangnya itu.


            “I hope so Ben. Pertama kali aku jatuh cinta dan aku rasakan ianya bahagia sekali. Aku harap kebahagiaan ini bukan sementara Ben….” Balasku pada Ben dan tersenyum.


            “Don’t worry dear. I’m sure kau dan tengku akan bahagia buat selamanya selepas ni.” Balas Ben.


            “Meow!” Panggil Bobo kepadaku dan mengeliat di kakiku. Aku tersenyum dan membongkokkan tubuhku. Bobo diambil dan dibawa ke dalam pelukanku. Terdapat rantai Bobo yang ditempah khas oleh Tengku Ezkandar Heidi dengan ukiran nama Bobo di lehernya.



            “Bobo lapar ya? Jom mummy mamamkan Bobo.” Kataku pada Bobo dan mencium pipinya. Ben hanya gelengkan kepala.


            “Kahwinlah cepat babe! Tak payah korang nak kendong ke sana ke mari si Bobo tu.” Sakat Ben dan tergelak. Aku hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Angklet yang kemas di pakai di kakiku ku pandang. Kahwin? Entah kenapa bibirku mengukirkan senyuman pabila mengingatkan hal itu…..








*****AKU CINTA KAMU*******







BURN menapak masuk ke dalam office Tengku Ezkandar Heidi dengan satu beg kertas di tangan. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang sibuk menaip di laptopnya hanya memandangnya sekejap dan kembali memandang laptopnya. Burn meletakkan beg kertas tadi tepat di hadapan Tengku Ezkandar Heidi.


            “Dah siap..” Jelas Burn sebelum Tengku Ezkandar Heidi menyoal. Tengku Ezkandar Heidi berhenti menaip dan memandang Burn. Beg kertas yang berada di atas meja diambil dan dibuka. Sebuah kotak cincin diambil dan dibuka. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman.


            “Thanks Burn.” Balasnya pada Burn dan memandang cincin berlian yang direka khas itu. Burn tersenyum.


            “Congrates boss.” Balas Burn sebelum keluar. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan anggukan kepalanya.



            “I hope you like it sayang…” Bisiknya perlahan dan memandang cincin tadi. Tengku Ezkandar Heidi yang mereka cincin tersebut khas buat Triesya. Dia akan melamar Triesya malam ini. Semuanya sudah disediakan olehnya. Candle light dinner and a sweet proposal? Semuanya sudah tersedia dan hanya menunggu dilaksanakan nanti. Dia berharap semuanya berjalan dengan lancar.


            Tiba-tiba bibirnya diketap. Tangan bermain dengan kotak cincin. PC yang diadakan oleh papa Triesya sedikit sebanyak menganggu kenteraman dirinya. Dia menyokong Dato Syed Al-Azhar membuat PC tersebut. Orang ramai harus tahu hubungan Triesya dan Dato Syed Al-Azhar dan siapa Triesya sebenarnya. Bukannya gossip yang mengatakan Triesya menjadi girlfriendnya kerana inginkan kemewahan. Triesya sendiri sudah cukup mewah keluarganya. Keluarga sebelah mama dan papanya juga orang berada. Tiada soal pisau cukur di dalam hubungan mereka. Hanyalah cinta semata-semata. Orang kata mereka berdua terlalu perfect kerana keduanya sama cantik dan sama padan. Bagaikan di dalam kisah dongeng. Nak buat macam mana? Dia rasakan itu adalah satu bonus. Rupa paras dan kemewahan. Yang penting kebahagiaan dan cinta.


            Setelah Dato Syed Al-Azhar menelefonnya tadi untuk mengabarkan hal PC dan gossip itu. Dia sudah mulai merasa kecut. Bagaimana jika Triesya mengetahui akan hal tersebut dari mulut orang lain dan bukan darinya? Itu yang dia takutkan. Diharap Triesya tidak tahu lagi akan hal itu sebelum malam ini. Kerana malam ini dia yang akan khabarkan sendiri pada Triesya. Malam yang bersejarah sekali buat mereka berdua. Sudah dimaklumkan kepada Triesya mengenai makan malam istimewa mereka malam ini. Dress juga sudah dibelikan buat Triesya. Tinggal pakai saja. Mungkin rose di dalam perjalanan untuk ke rumah Triesya dan memberikan gadis itu dress tersebut saat ini.


            Nafasnya dihelakan. Satu sampul surat besar berona putih yang tersimpan kemas di laci mejanya di ambil dan disimpan di atas meja. Cincin pula diletakkan di atas meja tersebut. Keduanya memberikan dua makna yang berbeza kepada hidup Tengku Ezkandar Heidi.


            Sampul surat tersebut adalah satu permulaan bagi hubungannya dan Treisya.Hubungan yang dibina pada awalnya di atas sebuah perjanjian telah menjadikan satu hubungan yang manis dan penuh dengan kebahagiaan di dalam hidupnya. Walau pada mulanya Triesya sukar untuk menerima. Namun, semakin lama gadis itu semakin dapat menrima akan hal tersebut. Siapa sangka Treisya jatuh cinta padanya. Saat itu dialah lelaki yang paling gembira. Dia cintakan Triesya. Cinta dengan iklhas sekali. Kerana itu membawa kepada wujudnya cincun tersebut.


            Cincin tersebut, merupakan permulaan bagi hubungan halalnya dengan Triesya. Dia ingin memilik Triesya. Dia ingin menjadikan Triesya yang halal buatnya. Dia ingin Triesya menjadi isterinya. Dia ingin Triesya menjadi hak mutlaknya. Dia ingin berada di sisi Triesya setiap masa dna melindungi gadis itu. Dia ingin mencintai dan membahagiakan Triesya. Semuanya kemas berada di hatinya. Akan dilaksanakan setelah mereka selamat diijab kabulkan nanti. Triesya. Akan bakal menjadi permaisuri di hatinya dan dia serius akan hal itu. Mummynya sendiri sudah dikhabarkan akan hal lamaran tersebut.


            Tengku ezkandar heidi mendekati mummynya yang sedang duduk santai di living room dan membaca buku ilmuan agamanya. Tubuh didudukka di sebelah Puan Sri Tengku Melissa.


            “Mummy…” Panggilnya dan memandang Puan Sri Tengku Melissa di sisi. Puan Sri Tengku Melissa memandang Tengku Ezkandar Heidi dan kerutkan dahinya,
           

            “Ya sayang?” Soal Puan Sri Tengku Melissa.


            “Hurm. Boleh kita berbual sekejap? Que Ez nak maklumkan sesuatu pada mummy.” Soal Tengku Ezkandar Heidi sopan. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Buku ditutup dan disimpan di atas meja.


            “Ok now tell me. What is it?” Soal Puan Sri Tengku Melissa dan membelai rambut Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menarik nafas perlahan.


            “Que Ez nak kahwin…” Jelasnya pada Puan Sri Tengku Melissa. Puan Sri Tengku Melissa diam memandang Tengku Ezkandar Heidi.


            “Come again?” Soalnya tidak percaya.
           
     
       “Que. Ez. Nak. kahwin. Esok. Malam. Que. Ez. Nak. lamar. Triesya.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi satu persatu. Spontan Puan Sri Tengku Melissa menangis kerana terharu dan tersenyum lebar. Tengku Ezkandar Heidi ditarik ke dalam pelukannya.


            “Congrates dear. Alhamdulilah. Akhirnya anak mummy dah besar dan matang.” Balas Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi Tersenyum.


            “Thanks mum. “ Balasnya dan membalas pelukan mummynya.


            “Eh. Wait!” Balas Puan Sri Tengku Melissa dan menolak Tengku Ezkandar Heidi sedikit dan memandangnya.


            “With triesya right?” Soal Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan anggukkan kepalanya. Sekali lagi tubuhnya ditarik oleh Puan Sri Tengku Melissa dandipleuk erat. Gembira ya amat!


            “Alhamdulilah.” Ucap Puan Sri Tengku Melissa syukur. Akan dikhabarkan berita gembira itu kepada suami tercinta. Pasti suaminya itu turut gembira.







*****AKU CINTA KAMU******







DATO SYED AL-AZHAR memandang wartawan-wartawan yang sudah mengambil tempat di tempat duduk masing-masing. Sidang media yang diadakan di Royal Hotel itu telah menjemput seramai wartawan yang boleh. Dia ingin semuanya tahu kebenaran pada hari ini. Nafas berat dihelakan. Isterinya di sisi dipandang. Isterinya itu sedang sibuk bersoal jawab denagn para wartawan. Namun Triesya masih belum datang. Jam sudah menunjukkan ke arah jam 0225 petang.


            “Dato.. Apakah hubungan dato dan Triesya?” Soal salah seorang wartawan kepada Dato Syed Al-Azhar. Dato Syed Al-Azhar memandang isterinya di sisi dan Datin Tengku Merissa menganggukan kepalanya.


            “Sebenarnya hubngan saya dan Triesya adalah…..”


            “Hubungan cinta di antara kekasih.” Sampuk Triesya yang berada di muka pintu conference room tersebut. Ben juga turut berada di situ. Gempar suasana seketika. Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa pula tercengang. Apa pula yang Triesya ingin lakukan kali ini.


            Triesya dan Ben berjalan mendakati Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa di atas mini pentas. Dengan selamba Triesya datang dan memeluk Dato Syed Al-Azhar. Kedua pipi lelaki itu juga diciumnya. Setelah itu kepalanya disandarkan ke bahu Dato Syed Al-Azhar dan memeluk lengan lelaki itu. Senyuman manis terukir di bibirnya. Para wartawan pula terdiam kerana terkejut. Spontan Triesya ketawa. Membuatkan semaunya semakin terkejut dan tercengang.


            “Hahahaha. Just kidding guys! Actually this man is my dad. Dato Syed Al-Azhar.  Syarifah Bikash Batriesya Binti Dato Syed Al-Azhar.” Jelas Triesya dan kenyitkan matanya. Spontan para wartawan menghela nafas lega dan tertawa kecil. Begitu juga Dato Syed Al-Azhar, Datin Tengku Merissa dan Ben.


            “Fuh! Kami ingatkan Triesya serius. Rupanya nak kenakan kita orang pula.” Balas seorang wartawan dan tergelak.


            “Kenapakah dato dan Triesya selama ini tidak memaklumkan kepada media akan hubungan sebenar dato dan Triesya?” Soal seorang wartawan. Triesya melepaskan nafas berat dan memandang papanya di sisi sebelum memandang ke depan.


            “I nak berjaya dengan usaha I sendiri dan bukan kerana I adalah anak kepada Dato Syed Al-Azhar salah seorang bussisnes man yang berjaya. I nak semua orang kenal I kerana diri I sendiri dan hasil kerja I. Bukan kerana papa dan bukan kerana Tengku Ezkandar Heidi.” Jelas Triesya.


            “Bagaimana pula hubungan Triesya dan ibu tiri Triesya? Kerana melalui maklmat yang kami dapat Datin Tengku Merissa adalah isteri kedua Dato Syed Al-Azhar?” Soalan itu membuatkan Treisya terdiam dan memandnag Ben di sisi. Ben anggukan kepala. Triesya memandang Datin Tengku Merissa yang berada di sisi papanya. Wanita itu memandangnya dan memberikan senyuman manis seperti selalu. Pandangannya dialihkan kembali ke hadapan. Terasa lemah pabila melihat senyuman manis dan ikhlas dari wanita itu buatnya. Sedikit demi sedikit senyuman kelat terukir di bibirnya.


            “We’re okay. Like others mom and daughter. Right mummy?” Balas Triesya dan menyoal Datin Tengku Merissa. Datin Tengku Merissa anggukkan kepalanya dan tersenyum.


            “How about your relationship with Tengku Ezkandar Heidi? Adakah Dato setuju dengan hubungan mereka berdua?” Soal salah satu wartawan kepada Dato Syed Al-Azhar. Triesya turut memandang papanya yang berada di sisi. Ingin tahu apa reaksi lelaki itu terhadap hubungannya dan Tengku Ezkandar Heidi. Adakah dia setuju ataupun menghalang. Dato Syed Al-Azhar tersenyum memandang anak daranya.


            “Saya tak ada masalah apa-apa pada hubunga mereka berdua. Saya setuju dan saya restu hubungan keduanya. Malahan Tengku Ezkandar Heidi turut ada meminta restu pada saya.” Jelas Dato Syed Al-Azhar jujur. Spontan Triesya kerutkan dahi. Sejak bila Tengku Ezkandar Heidi mengenali papanya????


            “Jika jodoh di antara mereka berdua diperdekatkan. Adakah dato dan datin merestui hubungan kedua-duanya?” Soal mereka. Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa saling berpandangan dan tersenyum,


            “Mestilah kami setuju. In Shaa Allah. Jika mereka berdua diperdekatkan jodoh mereka maka kami bedua sebagai ibu bapa pasti akan merasa gembira.” Jawab Datin Tengku Merissa. Triesya terdiam. Apa maksud papanya tadi?


            “Boleh tak kami mengambil gambar anda sekeluarga?” Soal salah seorang wartawan.


            “Yes sure.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan tersneyum lebar.


            Sepanjang digambar, Triesya berada di tengah-tengah di antara Dato Syed  Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa. Keduanya dipeluk dan sneyuman manis diukirkan bagaikan mereka kini adalah keluarga bahagia. Keluarga bahagia yang pada dasarnya hanyalah dongeng semata-mata.







******AKU CINTA KAMU*****






AKU berjalan keluar dari Royal Hotel dengan Ben. Jika boleh aku ingin terbang sahaja balik ke rumah. Berhadapan dengan papa dan auntie Merissa membuatkan aku tidak tenang. Hatiku seperi berlawan dengan mereka sendiri. Membuatkan aku sendiri binggung. Entah kenapa. Jangan ditanya diriku kerana aku sendiri tiada jawabannya.


            “Trish sayang!” Panggil suara garau papa kepadaku. Aku meneruskan langkah kakiku walaupun pada dasarnya aku mendengar papa memanggil namaku.


            “Trish papa panggil tu.” Panggil Ben padaku.


            “Trish please!” Panggil papa dan menarik tanganku agar berhenti melangkah. Tubuhku dipusingkan menghadap papa.


            “What?!” Soalku marah. Aku tahu aku sudah meninggikan suara pada papa. Tetapi jujur aku katakan aku tiada mood untuk berbual dengan papa saat ini.


            “Please. We need to talk! Papa ada nak bincang dengan Trish. Papa dan mummy nak bagitahu Trish sesuatu.” Jelas papa kepadaku dan memegang tanganku. Aku yang cuba menarik tanganku dari pegangan tangan papa tidak berhasil.


            “There is nothing to discuss! We’re done dad. Trish dah datang and behave like I’m a good daughter of yours. So apa lagi yang papa nak dari Trish?!” Soalku pada papa. Papa mengeluh.


            “We’re not done yet honey. There’s something I’ve to tell you. It’s important. Important to us and you..” Balasnya kepadaku. Aku merengus.


            “There’s any important for me than moms! She more important!” Balasku padanya dingin.


            “I know mama penting. But this thing ada kena mengenanya dengan mama juga. Dengan mummy.” Balas papa kepadaku. Aku gelengkan kepala.


            “Trish tak ada apa yang nak dibincangkan lagi dengan papa dan perempuan ni!” Balasku dan ingin berlalu pergi. Auntie Merissa yang berdiri tidak jauh dari kami pula terdiam oleh kata-kataku.


            “Trish! If you go that’s mean you didn’t love me as your dad! If you go, that’s mean you didn’t respect me as your dad!” Jerit papa. Aku berhenti melangkah namun tidak berpaling. Air mata yang mengalir aku biarkan jatuh.


            “I do love you… I do love you pa.. And I do respect you! But… you take it away when you married with that woman! You always want to talk and discuss with me. But have you ever thinking once? About what I want and why I be like this? I hate that women! I hate her because she takes you away from me. From, mama!” Balasku padanya dan kembali melangkah. Tiada apa lagi yang aku dan papa harus bincangkan.


            “I thought when you’re with Tengku Ezkandar Heidi. You’ll change! Kenapa dia boleh terima Triesya sebagai anak tiri kepada auntie dia. Sedangkan Triesya tak dapat terima mummy? I’m feel disappointed with you dear.” Balas papa kepadaku dan kata-kata papa itu membuatkan aku terdiam dan berhenti melangkah. Tubuh dipusingkan dan papa dipandang. Begitu juga dengan auntie Merissa yang berada di belakang papa. Wanita itu menangis. Sepertiku.


            “What? What you say just now? Papa tipukan? Tengku Ezkandar Heidi is a nephew of Auntie Merissa?” Soalku padanya tidak percaya dan mata yang berkaca. Aku harapkan papa mengatakan yang dia bergurau denganku. Namun ku hampa. Papa anggukan kepalanya. Ingin sahaja aku pengsan di situ.


            “Yes. Tengku Ezkandar Heidi adalah anak buah mummy sayang. Dia adalah anak kepada kakak mummy. Tengku Melissa. But don’t get me wrong. Mummy rasa happy dengan hubungan kamu berdua.” Jelasnya padaku. Aku gelengkan kepala. Terasa skar untuk menerima kenyataan ini. Dada dipegang. Terasa sakit di situ. Terasa aku ditikam dengan pisau.


            “He knows about this? Dia tahu aku anak tiri auntie?” Soalku padanya dengan sendu. Auntie Merissa seperti serba salah untuk menganggukkan kepalanya. Di saat auntie Merissa menganggukkan kepalanya aku spontan jatuh terduduk di situ dan Ben terus berlari mendapatkan aku. Papa juga begitu. Namun aku menepis tangan mereka semua.


            “Babe, are you okay?” Soal Ben padaku cemas.


            “Sayang? Trish okay? Sakit kat mana?” Soal papa kepadaku dan memegang bahuku namun aku menepisnya.


            “Are you happy now? Kau happy sekarang sebab buat aku macam ni?!” Soalku pada auntie Merissa dengan mata yang berkaca. Auntie Merissa gelengkan kepalanya dan menangis.


            “Trish! Apa yang Trish cakapkan ni?” Soal papa kepadaku. Aku tergelak sinis di dalam tangisanku sendiri. Lantai di pandang dan kelihatan air mataku jatuh setitik demi setitik di situ. Di sebalik lantai mozek yang berkilat aku dapat melihat biasan wajahku di situ. Wajah yang ternyata sudah kalah dengan permainan seorang wanita. Dia datang di dalam hidupku mengambil papa dariku. Kemudian, dia datangkan anak buahnya padaku agar dapat mempermainkan perasaanku. Kejamnya wanita itu. Membuatkan aku semakin membenci dirinya!


            “Trish! Trish nak ke mana?” Soal papa kepadaku saat aku berdiri dan melangkah pergi. Namun aku tidak membalas. Jauh sekali untuk berhenti.


            “Babe!” Panggil Ben pula.


            “Trish… Maafkan mummy sayang. Trish salah faahm.” Jerit wanita itu kepadaku. Aku gelengkan kepala. Aku benci! Aku benci semuanya! Sebuah teksi yang berhenti di hadapanku aku kerana menghantar seorang penumpang aku tahan dan masuk ke dalam teksi tersebut. Membawa hatiku yang sakit pergi jauh dari semua ini!







******AKU CINTA KAMU*******







BURN meletakkan secawan coffee di atas meja coffee office Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki itu sedang duduk di sofa kulit berona putih dan memandang ke file di tangan. Khusyuk sekali lelaki itu jika bekerja. Tengku Ezkandar Heidi. Ada masanya dia berseronok dan ada masanya dia serius.


            “Minum boss.” Kata Burn penuh hormat. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepala dan meletakkan file di sofa sebelahnya. Cawan coffee diambil dan diminum dengan penuh tertib.


            “Everything is under control?” Soal Tengku Ezkandar Heidi mengenai rancangan malam ini kepada Burn. Burn tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Everything is under control boss. Don’t worry. Tonight is your day.” Balas Burn. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.

           

            Prang!



            “Eh boss!” Soal Burn cemas pabila cawan kaca yang di pegang Tengku Ezkandar Heidi secara tak senagaja terjatuh dan pecah.



            “Oh damn!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berdiri. Nasiblah kotnya tidak kotor.


            “Biar saya bersihkan.” Balas Burn.



            Kring



            Kring




            Kring



            Tengku Ezkandar Heidi memandang Iphonenya yang berada di atas meja berdering. Iphone diambil dan panggilan dijawab. Tertera nama ben di situ.



            “Hi Ben. Whats up?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.


            “Tengku. I’m sorry for disturbing. But this is important. It’s about Triesya,” Balas Ben. Suaranya kedengaran cemas. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahinya.


            “What is it Ben? Triesya is okay right?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan.


            “Triesya dah tahu yang tengku adalah anak buah Datin Tengku Merissa and now she’s cant accepted it. She’s run away and we didn’t know where she is now.” Jelas Ben. Penjelasan Ben itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Terhenti jantungnya berdegup saat itu. saat yang ditakutinya sudah berlaku.


            “How she knows about this?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dan memicit dahinya.


            “Dato and datin tell her.” Balas Ben. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.


            “and her reaction?” Soal Tengku Ezkandar Heidi gugup.


            “She’s upset. Really upset. Dia sangka you and mummy permainkan dia.” Balas Ben.


            “Damn!!!!!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi dan menumbuk meja kerjanya.
           

            “Boss?” Soal Burn cemas. Lebih-lebih lagi pabila melihat tangan Tengku Ezkandar Heidi yang berlumuran darah. Wajah Tengku Ezkandar Heidi saat ini begitu ketat sekali. Lebih-lebih lagi lelaki itu matanya berkaca seeprti menangis. Tengku Ezkandar Heidi menangis?


            Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Dapat dirasakan triesya mula pergi jauh darinya…. Hari ni sepatutnya menjadi hari bermakna buat mereka namun telah berubah menjadi hari yang bakal merubah kehidupan mereka berdua. Triesya…. Where are you sayang?













B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






**********************************************



Asalamualaikum wbt and Salam Sejahtera Ladies~





HI ladies,





How was the story? Best? Boring? Sad? Tell me your opinion about this story. J Oh ya. Sorry I’m late… Huhuhu.



            Saya Ratu Adriana Nadine, as usual ingin meminta maaf sekiranya ada kesalahan bagi ejaan, perkataan,ayat dan sebagainya. Juga maafkan saya sekiranya cerita ini terover, terlebih dan pelbagai ‘ter’ lagi. Seperti selalu juga, please ambil yang positive and ignore the negative side. We’re human and please think smart ukeh! Kita chill sudah. Tak payah nak harsh-harsh sangat ukeh! J




            Apakah yang akan berlaku selepas ini? Apakah yang berlaku kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi? Kita nantikan pada bab yang seterusnya… Orang kata setiap perhubungan itu ada turun naiknya dan pahit manisnya. Bukanlah hubungan namanya jika tiada badai dan rintangan yang melanda J



            Thanks for dropping by and leave ur comment dear J much appreciated it! Please leave ur comment yach! J







            SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.




Till then,







Sincerely,


15 comments:

  1. Lovely morning everyone!!!! =) eheh.wow mr hubby nangis lah kesian...ehehe but i like it!!! mana lah c trisya ne pergi???rasa2 trisya lari kat luar negara tak??mr hubby dia confirm meroyan kan keke.confirm susah nak pujuk trisya =(.apakah yang terjadi seterusnya??rasa2 tengku ez kena lempang tak dengan trisya sbb menipu??alahii suspend sangat2 nak lagi!!!!!tq darling for posting the new entry.

    =)nak lagi!!!!! addicteddddd dengan trisya dan tengku ez!!!!ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hahaha mrhubby dah xmacho ar. hehe
      tetetetetetetetttetet!
      bnyk tanya tahu! haha. hwaiting for the next n3 ya dear =)
      uwc darl and thanks sudi baca =)
      hehehe nnti kite update ukeh! thanks! =)

      Delete
  2. uwaaaaaaaaa...................tu dia dh da bahang pergolakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe tu diaaaaaa! kerentakan sdg berlaku

      Delete
  3. triesya que ez love u so much...huhuhu (emo)
    x sbar nk bca n3 baru mlm nie..
    Ratu nk n3 yang panjang ye mlm ni..heheh (^_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehee cik adik kite emolah hehe
      ukeh dear =) in shaa allah

      Delete
  4. ratu bleh x, lain x p0s n3 baru dlm kol 9 mlm lebih pulak..tukar time...x sabar nk baca n3 baru..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      in shaa allah. kite akan try ukeh. but kite xjnji sbb mls nak edit. hehe. tyme2 nk update tu jg baru nak edit hahaha. malas banyak.
      apaapapun thanks dear =)

      Delete
  5. Good evening!!! My dear hubby qu ez and trisya pukul berapa kah mereka akan menjelma??eheh tak sabo den nak baco!!! dear what time u nak post chapter 26??eheheh (ini lah terjadi bila tak sabo).=) kekek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. hi dear =)
      hahaha wahai cik anonymous, Que Ez dan triesya akan menjelma pada tgh mlm nnti. hehehe.
      den pun x sabo nk mengepost! haha. aroud 12 lebh mcm tu dear . in shaa allah =)
      suke tgk awak excited. tharu. ada jg yg sudi bc citer ni =')

      Delete
  6. -spelling error....."by hook or by CROOK"
    -Susunan ayat....... "Please tell the truth about your relationship with papa to others" or "Please tell others the truth about you and papa"
    -"So what IS your decision?" or "So, what did you decide?"
    - There's nothing more important to me than mom. She is - the most important"
    - Like other mom and daughters (Other tak ada 'S; kalau describing specific like org atau brgn. 'Others' hanya digunakan kalau kita tak menyatakan perbandingan."
    - "If you go THAT MEANS you DON'T love me....."
    - ".....you TOOK it away whn you MARRY that woman...."
    - "....but do you ever, for once, think about my feelings, What i want and why am i like this?"
    - "i am feeling very disappointed with you"
    - "What DID you say just now?"
    -"......and now she can't accept it....."
    - Now she has run away and we don't know where she is..
    - How did she happen to know about that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI
      Thanks for dropping by and leave ur comment
      T H A N K S
      Much appreciated it.
      akan diperbaiki pada msa hdapan n maybe ada yg terlepas pandang.

      Delete