Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 20 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 26










AKU CINTA KAMU BAB 26




Should listen this first ='(



“The worst lies are the lies we tell ourselves. We live in denial of what we do, even what we think. We do this because we're afraid. We fear we will not find love, and when we find it we fear we'll lose it. We fear that if we do not have love we will be unhappy.”





AKU memandang ke batu nissan arwah mama yang terukir nama mama di situ. Air mataku jatuh setitik demi setitik. Aku pernah jatuh. Aku pernah luka. Aku pernah kehilangan. Aku pernah dikhianati. Namun, tidak ku sangka kejatuhan,kelukaan, kehilangan dan pengkhianatan yang aku alami kini benar-benar membuatkan aku terasa sakit sekali….



            CINTA. Ya. Kerana aku cinta. Kerana aku cinta aku menjadi begini. Kerana aku cinta aku dikhianati dan dibodohkan… Seraya aku sedar.. Aku sedar betapa bodohnya dan ceteknya aku. Naifnya aku kerana mempercayai cintanya kepadaku….



            Aku mengaku. Aku mengaku aku mencintai dirinya. Buat pertama kalinya aku merasai perasaan indah ini dan berkasih dengan lelaki yang bernama sang kekasih hati. Aku jujur. Aku ikhlas. Aku telus. Namun dia?



            Benar apa yang mama pernah katakan pada aku dulu. Ianya masih tersemat diingatanku kini. Sekarang aku sedar. Kisah Cinderella dan puteri beradu yang mama selalu ceritakan kepadaku hanyalah khayalan semata-mata. Yang ada hanyalah dunia yang kejam!



            “Don’t trust too much. Don’t love too much. Don’t hope too much, because that too much can hurt you so much.



            Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta. Lelaki pertama yang  mengajar aku erti cinta sejati. Lelaki pertama yang mengajarku untuk bercinta dan mengenali apa itu cinta….



            Namun… Kebahagiaan yang aku miliki rupanya hanya lakonan dan sandiwara semata-mata…. Aku pasti saat ini wanita itu berasa gembira dengan kejatuhan yang aku alami saat ini…
Dan Tengku Ezkandar Heidi? Mungkin bergembira kerana sandiwaranya selama ini telah berjaya membutakan mataku dan membuatku jatuh di dalam pelukannya.



            “Mama… Kalaulah masa boleh diputarkan kembali… Trish akan memilih untuk menggantikan mama. Trish lebih rela mati dari menghadapi ini semua sendirian ma….” Ucapku pada mama dengan mata yang berkaca.



            “He lies to me ma… Dia permainkan perasaan Trish… I do love him. Tapi ini yang dia balas pada Trish. Trish tak sangka dia dan perempuan tu berjaya buat Trish seperti ini… Ma… I need you….” Luahku pada mama dan membenamkan wajahku ke kubur mama. Bagaikan mama di situ.



            “Trish bencikan dia. Tetapi Trish cintakan dia…. What should I do? Macam mana Trish nak buangkan perasaan cinta dan sayang ni pada dia ma? Perasaan ni begitu kuat. Tetapi perasaan benci dan dendam Trish buat perempuan tu lebih kuat ma. I’m in dilemma. I don’t know what I should do. Jika diikutkan hati Trish. Trish bunuh je perempuan tu. But I can’t! Trish still waras lagi…. But I’ve my decision now ma. Trish harap mama restu keputusan Trish ni….” Jelasku pada mama dan berhenti. Tangisan mulai mengusai diriku kini. Berada di kawasan kubur di dalam keadaan yang sedih seperti ini membuatkan aku lupa di mana aku kini.







******AKU CINTA KAMU******






TENGKU EZKANDAR HEIDI tiba di banglo mewah milik Dato Syed Al-Azhar tepat jam 0345 petang. Sejurus dari office dia bekejar ke banglo mewah Dato Syed Al-Azhar di atas permintaan lelaki itu. Dengan keadaan diri yang tidak tenang membuatkan memandu dia memandu ke banglo Dato Syed Al-Azhar dengan kadar kelajuan yang laju dari kebiasaannya. Hampir saja dia kemalangan tadi. Nasiblah kepakarannya di dalam skill memandu menyelamatkan dirinya.



            “Asalamualaikum wbt.” Tengku Ezkandar Heidi memberi salam sejurus masuk ke dalam banglo mewah Dato Syed Al-Azhar. Agak terkejut apabila kedua ibu bapanya turut berada di situ.




            “Walaikumsalam Wbt Que Ez.” Balas Dato Syed Al-Azhar Dan lainnya. Tengku Ezkandar Heidi mendekati Dato Syed Al-Azhar dan menyalam lelaki itu penuh hormat. Namun belum sempat dia ingin menyalam. Dato Syed Al-Azhar terus memeluknya. Hiba terasa apabila lelaki yang dihormati itu menangis di dalam pelukannya. Membuatkan Tengku Ezkandar Heidi sendiri turut menjatuhkan air matanya. Tan Sri Tengku Haris, Puan Sri Tengku Melissa dan datin Tengku Merissa yang melihat situasi itu turut merasa kesedihan keduanya.



            “Maafkan daddy syed Que Ez. Daddy syed tak tahu yang Trish tak tahu akan hubungan sebenar Que Ez dan mummy Merissa. Semuanya salah daddy syed sehinggakan Trish pergi membawa diri seperti ini. Daddy syed benar-benar bukan seorang ayah yang baik….” Luah Dato Syed Al-Azhar. Setelah mendengar penjelasan Puan Sri Tengku Melissa tadi. Dia benar-benar bertambah merasa bersalah kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi. Sungguh kejam sekali dirasakan dirinya kerana merosakkan kebahagiaan anaknya sendiri. Tidak disangka yang Tengku Ezkandar Heidi tidak memaklumkan hubungan sebenarnya dengan Datin Tengku Merissa kepada Triesya.



            “Daddy syed. Tak perlulah rasa bersalah. Benda dah jadi. Sedikit sebanyak semuanya salah Que Ez juga. Kalaulah Que Ez jujur dengan dirinya di saat pertama kali Que Ez mendekati Trieysa. Pasti semua ini tidak akan terjadi dan Triesya akan tetap berada di sisi Que Ez saat ini….” Balas Tengku Ezkandar Heidi kesal. Bahu Dato Syed Al-Azhar ditepuk lembut. Bukan salah lelaki itu. Apatah lagi salah mummy Merissanya. Namun salah dirinya yang tidak jujur pada Triesya. Orang kata di dalam sesuatu perhubungan haruslah dimulakan dengan kejujuran. Namun Tengku Ezkandar Heidi salah. Di awal pertemuan dia sudah tidak jujur pada Triesya. Kesal pun tidak berguna kerana Triesya sudah menghilangkan diri.




            “Sudahlah Syed, Que Ez. Sekarang kita harus fikirkan jalan untuk menyelesaikan hal ni. Mencari Triesya . Itu yang lebih penting. Dengan keadaan yang tidak tenang seperti ini daddy takut Treisya buat benda yang tidak baik mengikut perasaan marahnya.” Sampuk Tan Sri Tengku Haris dan menepuk bahu keduanya. Dato Syed Al-Azhar ditarik dan dibawa duduk ke sofa. Begitu juga Tengku Ezkandar Heidi. Sempat matanya melihat tangan Tengku Ezkandar Heidi yang berbalut kembali itu. Kepala digelengkan. Belumpun luka sebelum ini ditangannya baik. Kini, kembali luka. Orang muda. Pabila marah selalu melempiaskan marah mereka pada benda dan diri. Pada akhirnya nanti mereka juga mendapat sakitnya.



            “Que Ez tahu tak di mana tempat Triesya selalu pergi?” Soal Puan Sri Tengku Melissa risau. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan memandang mummynya.



            “Maksud mummy?” Soalnya hairan.
           


            “Maksud mummy. Tempat yang selalu trish akan pergi pabila dia ada masalah…” Jelas Puan Sri Tengku Melissa pada Tengku Ezkandar Heidi. Orang yang tengah bingung. Pasti tidak dapat berfikir dengan baik saat ini. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Cuba untuk berfikir.



            “I sukakan laut…”



            Terngiang-ngiang kata-kata Triesya sewaktu percutian mereka dahulu. Ya! Gadis itu sukakan laut. Ketika Triesya membawa diri sewaktu hari ibu yang lalu juga gadis itu pergi ke pantai…  



            “Eh. Que Ez! Nak ke mana tu?” Soal Puan Sri Tengku Melissa apabila Tengku Ezkandar Heidi berdiri dan berlalu pergi tanpa pamitan. Kepala digelengkan. Beginilah gayanya orang hilang bini.



            “Let him be. He knows what he doing.” Balas Tan Sri Tengku Haris.






******AKU CINTA KAMU******







AKU mengerutkan dahiku pabila terasa bahuku disentuh dan digoyang lembut. Mata yang tadinya lembab kerana menangis menyukarkan aku untuk membukanya terus. Terasa sedikit pedas apabila membukanya. Aku kembali menutup mataku dan  sekali lagi bahuku disentuh.



            “Anak? Bangun nak.” Panggil suara lembut kepadaku. Aku mengerutkan dahi dan kembali berusaha  untuk membukakan mataku. Dengan sekuat hati aku cuba membuka mata dan akhirnya aku berjaya.



            “Alhamdulilah. Dah bangun akhirnya.” Sekali lagi suara tadi menyapa cuping telingaku. Aku angkat kepalaku yang aku sandarkan di kubur mama dan menoleh ke sisi. Kelihatan seorang perempuan yang sedikit berumur yang lengkap memakai jubbah berona putih dan tudung rona senada. Spontan mataku dibuka luas dan memandang ke sekeliling. Aku masih berada di kawasan perkuburan. Tetapi wanita ini siapa? Adakah permintaanku untuk mengikut jejak mama dimakbulkan?



            “A… Aww. Awwwwak ni siapa?” Soalku gugup dan menjauhkan diriku sedikit memandangnya yang tersenyum memandangku. Di tangannya ada sebuah jag putih dan yassin.



            “Jangan takut. Ummi bukan hantu. Ummi manusia.” Jelasnya padaku dan tersenyum. Aku terdiam dan memandang kakinya. Ya. Memang ada kakinya. Ternyata dia memang manusia. Huh. Betapa malunya aku berkelakuan seperti itu. Aku cuba untuk berdiri di atas bantuan wanita yang mengelarkan dirinya ummi tadi.



            “Maafkan saya puan. Saya ingat saya dah…”



            “Anak ingat anak dah meninggal dunia? Begitu?” Soalnya padaku dan memotong kata-kataku. Dengan lambat aku menganggukkan kepalaku. Dia tersneyum.



            “Ummi pasti anak ada masalah bukan? Jika tidak kenapa berfikir sehingga begitu sekali.”  Balasnya padaku. Aku mendiamkan diri dan menundukkan wajahku. Mataku berkaca kembali pabila teringatkan tujuanku ke mari.



            “Tak apalah kalau anak tak nak kongsikan pada ummi. Tetapi, sekarang dah nak masuk waktu maghrib. Tak manis rasanya anak duduk dan tidur di sini.” Balasnya padaku dan tersenyum. Aku mengankat wajahku. Kubur mama dipandang. Aku tertidur di kubur mama?



            “Anak tak nak balik?” Soal wanita tadi kepadaku. Aku memandangnya dan mengelengkan kepalaku. Dia tersenyum.


            “Saya tak tahu nak pergi ke mana….” Jujurku padanya. Aku sendiri tidak pasti mana arah tujuku saat ini. Yang pasti aku tidak akan balik ke rumah kernaa aku pasti Tengku Ezkandar Heidi dan lainnya akan mencariku.



            “Jika anak tak kisah. Marilah singgah tidur di rumah ummi. Jangan risau. Ummi tak jahat. Ummi berniat baik.” Ajak wanita tadi kepadaku. Aku terdiam dan memandangnya.



            “Tak menyusahkan pua… Err. Ummi ke?” Soalku gugup padanya. Dia tersenyum dan gelengkan kepalanya. Jemariku dicapai dan dipegang.


            “Tak menyusahkan ummi pun. Ummi lagi suka. Jomlah. Lagipun dah nak masuk waktu ni. Marilah kita.” Balasnya. Aku tersenyum kelat dan memandang kubur mama. Kubur mama didekati dan batu nissan mama dikucup.



            “Trish pergi dulu ma… Nanti Trish datang lawat mama lagi.” Bisikku perlahan.






*******AKU CINTA KAMU******






TENGKU EZKANDAR HEIDI menendang kuat tayar Ferrarinya. Necktienya dibuka . Terasa rimas. Begitu juga dengan butang baju kemeja long sleevenya. Dua butang di atas sekali dibuka.



            “Arghh!!!!!” Jeritnya dan membuang necktie tersebut ke atas jalan raya. Terasa ingin teriak ke seluruh alam bahawa dia butuhkan Triesya. Mahu Triesya berada di sisinya saat ini dan memeluk gadis itu. Kenapa hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia buatnya menjadi hari yang paling teruk sekali di dalam hidupnya?



            Tubuh di bawa masuk ke dalam kereta dan dashboard kereta dibuka. Diambil sekotak rokok dan pemetik api. Dibawa keluar dan tubuhnya di dudukkan di atas bonet keretanya. Kotak rokok dibuka dan rokok diambil. Dibakar dan hisap. Nafas dihelakan. Sudah lama dia tidak menyentuh rokok dan semuanya kerana Triesya. Dia berhenti demi Triesya. Namun, pada hari ini dia benar-benar tidak dapat menghalang dirinya dari menghisap rokok tersebut. Hanya itu menenagkan dirinya saat ini. Rokok? Kira okay. Dari dia meminum arak. Lebih teruk hidupnya.



            Nafas berat dihelakan. Triesya tiada di rumahnya. Triesya tiada di kubur mamanya. Apatah lagi di pantai. Entah apa yang harus dilakukan olehnya lagi untuk mencari si kekasih hati. Dia rindu. Teramat rindu. Dia cinta. Teramat cinta. Dia sayang. Teramat sayang…. Namun kenapa Triesya sukar melihat perasaannya itu? Kenapa Triesya berfikir sebelum bertanya padanya. Tiada niat sekecil zahrah sekalipun Tengku Ezkandar Heidi ingin mempermainkan Triesya. Niat asalnya ingin mendapatkan Triesya dengan cara yang ekstrem memang diakui agak melampau. Tetapi dia ikhlas ingin memilik gadis itu. Bukan hanya kerana suka-suka sahaja. baginya, Sekali cinta dia akan cinta. Tidak akan sesekali mengkhianti perasaan itu.



            “I terlalu cintakan you sayang….. Terlalu…” Bisiknya perlahan dan memandang langit yang sudah bertukar ke rona oren menandakan senja akan berganti.



            “Please come back to me… I janji. I janji lepas ni I takkan tipu you lagi.. I akan jujur dengan hbungan kita. There are no more lies on our relationship after this… Please….” Sambung Tengku Ezkandar Heidi. Terbayang-bayang wajah Triesya sedang tersenyum manis di langit padanya.







*****AKU CINTA KAMU********







AKU keluar dari bilik dengan lengkap memakai baju t-shirt putih kepunyaan anak lelaki ummi dan kain batik. Jujur aku tidak pernah janggal kerana di rumah nenek aku selalu berpakaian seperti ini. Cuma, agak tidak selesa pabila aku terpaksa memakai baju anak lelaki ummi. Terasa segan. Tak sangka yang ummi merupakan seorang datin dan balu. Suaminya meninggal 3 tahun lalu kerana sakit kanser. Kasihan sekali. Nasib ummi sama sepertiku. Namun bezanya mama pergi kerana kemalangan.



            “Ok tak?” Soal ummi sejurus melihatku. Aku tersenyum kecil dan anggukkan kepalaku. Ternyata ummi memang baik orangnya. Sungguh sopan sekali pabila dia bertutur. Mengingatkan aku pada Mama….



            “Ini telekung ummi. Rasanya muat dengan Bikash.” Balas ummi dan memberikan telekung kepadaku.  Aku menyambut.



            “Terima kasih ummi.” Balasku perlahan. Ummi tersenyum dan mengusap lembut pipiku.



            “Sama-sama kasih. Dah jom solat berjemaah. Mikail dah tunggu tu.” Ajak ummi kepadaku dan menarikku ke dalam sebuah bilik yang ditempatkan khas untuk bilik solat. Aku hanya menurut dan di saat kami tiba di bilik solat. Ada seorang lelaki di situ yang lengkap memakai baju melayu rona biru dan kain pelikat serta bersongkok. Dia berdiri membelakangkan aku.


            “Mikail. Kenalkan. Bikash.” Ummi perkenalkan aku pada anak lelakinya. Sejurus dia berpaling aku terdiam. Begitu juga dengan lelaki tadi.



            “Trish? Syarifah Bikash Batriesya?” Soal Mikail kepadaku dan tersenyum. Aku tersenyum kecil dan anggukkan kepala.



            “Abang Mike?” Soalku padanya dan dia anggukkan kepalanya.


            “Astagfirullah’alazim. Trish? Abang Mike tak sangka yang kita akan berjumpa di sini.” Balas Abang Mike kepadaku. Aku tersenyum.



            “Trish pun tak sangka jumpa dengan Abang Mike di sini.” Balasku.



            “Eh. Eh. Kamu berdua dah kenal ke?” Soal ummi hairan kepadaku dan Abang Mikail.



            “Ummi. Sebenarnya Bikash yang ummi katakan nilah adik angkat Mikail yang Mikail pernah ceritakan pada ummi dulu.” Jelas Abang Mikail kepada ummi. Ummi tersenyum dan memelukku.



            “Tak sangka ummi akhirnya dapat berjumpa dengan Bikash di sini. Mikail selalu cerita tentang Bikash dulu. Bikash  itulah. Bikash inilah.” Jelas ummi. Aku tersenyum. Sebegitu sekali Abang Mikail ceritakan pasal aku kepada ummi? Abang Mikail? Dia adalah abang angkatku ketika beljar di university dulu. Kami agak rapat dan semakin lama Abang Mikail mengambilku sebagai adik angkatnya. Dia yang mengjagaku dulu sewaktu di university.



            “Abang cerita benda yang tak baik tentang Trish ke?” Soalku pada Abang Mikail. Abang Mikail tergelak.



            “Takdelah. Adik abangkan baik. Mestilah abang cerita yang baik-baik saja. Betul tak ummi?” Soal Abang Mikail pada ummi dan mengenyitkan matanya pada ummi. Tergelak ummi dibuatnya.



            “Betullah tu. Eh. Dah. Dah. Kita solat dlu ya. Baru kita buat jejak kasih.” Balas ummi dan tergelak. Kami juga turut tergelak. Abang Mikail mengambil tempat di hadapan kami sebagai imam. Aku memakai telekung dengan bantuan ummi. Setelah Abang Mikail mengalunkan azan. Barulah solat dimulakan.



            Sepanjang solat, entah kenapa. Hatiku merasa tenang dan hiba. Tenang kerana aku dekatkan diriku pada-NYA setelah melalui pelbagai macam masalah yang ku hadapi pada hari ini. Hiba. Kerana sudah lama aku tidak solat berjemaah seperti ini. Terasa ulang tayang kembali bagaimana aku,mama dan papa solat berjemaah dulu.



            “Sabarlah. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah disebaliknya sayang…” Bisik ummi kepadaku sewaktu usai solat. Aku memandang ummi denagn mata yang berkaca. Terbayang-bayang wajah mama sedang tersenyum memandangku. Pipiku diusap olehnya dan air mataku dilap olehnya. Semakin deras air mataku mengalir dibuatnya. Lebih-lebih lagi pabila ummi menarikku ke dalam pelukannya. Tersalur kasih sayang ibunya di situ. Kasih sayang ibu yang selama ini sudah lama aku tidak rasai….







******AKU CINTA KAMU*******







SESAMPAI sahaja di rumah, Tengku Ezkandar Heidi masuk ke bilik tanpa memperdulikan mummynya yang berada di ruang tamu ketika itu. Dia menguncikan pintu bilik dan melepaskan marahnya dengan membuang semua benda yang berada di dalam bilik itu. Lampu tidur Kristal yang berada di dalam biliknya hancur berderai.



Puan Sri Tengku Melissa, yang mendengar bunyi kaca berderai itu lantas mengetuk pintu bilik Tengku Ezkandar Heidi. Banyak kali diketuk namun Tengku Ezkandar Heidi tetap tidak membuka pintu biliknya. Malahan masih galak melepaskan marahnya dan menjerit bagaikan orang gila.



            Melihat Tengku Ezkandar Heidi yang tidak membuka pintu biliknya. Puan Sri tengku Melissa meminta pembantu rumahnya membawa kunci pendua bilik Tengku Ezkandar Heidi dan membukanya. Alangkah terkejutnya Puan Sri Tengku Melissa melihat keadaan bilik Tengku Ezkandar Heidi yang bagaikan kapal pecah itu. Malah banyak kaca di lantai berderai.



            Puan Sri Tengku Melissa memasang lampu bilik Tengku Ezkandar Heidi yang kelihatan suram. Puan Sri Tengku Melissa melihat Tengku Ezkandar Heidi duduk dipenjuru katilnya dengan memegang gambar Triesya. Puan Sri Tengku Melissa tahu Tengku Ezkandar Heidi amat mencintai Triesya. Tengku Ezkandar Heidi sanggup membuat apa sahaja demi Triesya. Cintanya pada Triesya melebihi segalanya.



            Menitis air mata Puan Sri Tengku Melissa melihat anak terunanya bagaikan hilang arah dan melihat air mata pemudanya itu membuatnya sayu. Begitu dalam cinta Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya.



            “Que Ez, kenapa sayang? Apa yang dah berlaku ni? Kenapa Que Ez macam ni sayang?” Soal Puan Sri Tengku Melissa lembut. Tidak ingin menambah lagi kesakitan anaknya itu.



            “Mummy.. I really love Triesya. Seharian Que Ez mencari Triesya. But I still can’t find her. Que Ez gagal menjaga Triesya mummy!  Mummy…. Please... I need her be my side. Please mummy. I beg you!” Luah Tengku Ezkandar Heidi dengan air mata yang berlinangan.



            “Que Ez don't be like this honey. Remember Allah Swt.” Pujuk Puan Sri Tengku Melissa dan memeluk erat tubuh Tengku Ezkandar Heidi yang lemah itu. Tengku Ezkandar Heidi seorang pemuda yang tampan, kaya, berkejaya, dan mendapat setiap apa yang diingini dengan hanya memetik jari sejak kecil sehingga kini. Tetapi kini, dia lemah dipangkuan mummynya kerana seorang gadis bernama Syarifah Bikash Batriesya…





Trust is like a piece of paper, once it's crumbled up it can never be in its original shape….











B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






******************************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~










HI ladies!







How was the story? I hope its okay and you’ll be satisfied with it…. I hope so J did you? Hehehehe.


            Saya Ratu Adriana Nadine  ingin meminta maaf sekiranya ACK BAB 26 ini tidak menepati piawaian citarasa anda. Juga maafkan saya jika ada kesalahan bagi ejaan, perkataan dan ayat. Selain itu maafkan saya jika ianya terover, terlebih dan ter sebagainya lagi. I’m sorry ladies. I’m just me. The horrible Ratu Adriana Nadine.


            Apakah yang akan berlaku kepada Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Adakah Triesya akan kembali pada Tengku Ezkandar Heidi dan memaafkannya? Hurm. Siapa pula Mikail? Adakah dia akan menganggu hubungan Treisya dan Tengku Ezkandar Heidi nanti?????? Hwaiting for the next entry babe! Chill~



            Thanks for those yang sudi dropping by here and leave ur comment dear J saya amat menghargainya…. Trust me! oh ya, please. Please and please kalau awak dah baca silalah tinggalkan comment ya. Love u!




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.





Till then,







Sincerely,


16 comments:

  1. huwaaaa!!! cian nyer kat que ez.... en3 niey TERBAIKKK n menepati piawai dan citarasa lylea...
    best..best..best!!!!!!!
    but.... pendek la.... muahahah!!!
    lagu yiruma kt ats tue WOW!! best la ..
    hwaiting!!!!... x sabar nk thu ap jdi nnti!!!
    ^______^

    ReplyDelete
    Replies
    1. btw.... citer niey ade bpew bab eh??? muahahaha!!!
      *tetibe rase nak tnyer plak*...
      ^______^ ...

      Delete
    2. HI lylea =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe awwhhh~ thanks sygs!saya suka awak suka. haha
      ack ada dlm 30lbh bab. itupun kalau x ada penambahan hehehe

      Delete
    3. u r wc!!!!!
      ^___< ...

      Delete
  2. salam.eheheh bonne nuit!!! yahooo tq darling.que ez don't cry hubby i know trisya will come back to you =( apasal eden yang nak nangis.eheh.trisya oii janganlah marah sangat tak kesian ker kat hubby dia =).siapa pulak mikail ne janganlah trisya terjatuh cinta kat mikail kesian kat qu ez...sob sob sob.kalau tissue tissue...ehehe.dear u such a good writer but please improve your english there is a lot of error in your writing especially the past and present.=) jangan marah yer wak.peace.anyway suka kerja wak!!!! eheheh tak sabo den nak baco lagi.i was sleepy but i can't help to read it first eheh mesti nak tahu apa yang terjadi kat trisya ehehe,wak nak tanya the ending sampai nombor berapa yer??eden nak baco sampai ending.tapi takut tak sompat sbb kena fly soon.=( eheh anyway tengku ez and trisya i lop u guysss!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe uwc dear =)
      hehehe ehkau peling tu! hahaha. =P nah tisu! haha
      ouh thanks dear di atas teguran. will improve it.
      oh my, thanks dear sudi tgu =)
      the ending will be at chapter 39 =)
      nk fly ke mana wak? in shaa allah. akan smpat. hehe.

      Delete
  3. sedihhhnye
    cian kat que ez ngn triesya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      sdh ke wak? cyan awak. nah tisu! =) hehe

      Delete
  4. Tak nak lah triesya berpisah dengan que es :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anony =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      kite pun xnak ='(

      Delete
  5. ratu nk n3 baru
    plezzz...sob3 (T_T)
    x sabar nk tngok tndakan tresya seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anony
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hwaiting yer dear =)

      Delete
  6. best nye dear..tp tba2 cain plak dgn TEH..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear =)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe cian kan dia. =')

      Delete
  7. - Let him be. He knows what he is doing.
    - There are no more lies IN our relationship......

    ReplyDelete