Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 21 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 27










AKU CINTA KAMU BAB 27




To fall in love is awfully simple; to fall out of love is simply awful.





HARI keduaku di rumah ummi dimulakan dengan solat berjemaah bersama-sama. Sekali lagi membuatkan aku merasa hiba. Berada di dalam keluarga ini membuatkan aku teirngatkan keluarga bahagiaku dahulu. Di mana ada mama dan papa yang melengkapi kehidupanku. Namun, kini? Semuanya sudah musnah… Musnah sekali sehinggakan ianya tidak dapat dibaiki lagi. Hatiku sudah tawar. Hatiku sudah terluka.


            Lebih-lebih lagi di saat aku menemani ummi menyediakan sarapan pagi. Entah kenapa tidak tertahan rasa sedihku sehinggakan aku menangis sendiri di dalam tandas. Malu untuk memperlihatkan kesedihan dan kelemahanku pada ummi. Bersama ummi, aku dapat merasakan yang aku bersama mama. Ummi melayaniku seperti anak kandunganya sendiri. Terasa disayang sekali.


            Kehidupanku… Kehidupan yang  kurasa kosong kini. Sebelum ini ianya sememangnya kosong. Namun, telah diisi secara perlahan-lahan oleh si dia…. Si dia yang ku cintai dan si dia juga yang ku benci kini. Aku benci namun ku cinta. Aku sayangkan dirinya. Namun, rupanya semuanya hanyalah sandiwaranya sahaja…. Aku marah. Aku benci. Aku kecewa. Aku geram. Semuanya bercampur baur. Membuatkan aku sendiri bingung. Semalaman aku tidak tidur kerana memikirkan dirinya dan nasib diriku.


            “Trish?” Suara garau abang Mikail memanggilku itu membuatkan aku kembali ke dunia yang nyata. Dia yang berada di sisiku dan tersenyum ku pandang.


            “Abang Mike.” Balasku dan menyapu air mataku yang jatuh. Abang Mikail tersenyum.


            “Khusyuk sangat tengok ummi.” Sakat abang Mikail. Aku tersenyum.


            “Seronok tengok ummi. Ummi nampak happy bila jumpa dengan bunga-bunga dia.” Jelasku padanya. Abang Mikail tersenyum.


            “Ummi. Selalu happy walaupun time tu ummi tengah sedih…” Jelas Abang Mikail perlahan. Aku menoleh memandangnya di sisi. Aku faham perasaan ummi. Aku juga faham perasaannya. Kehilangan orang yang kita cinta bukanlah sesuatu yang senang dan mudah. Apatah orang yang terlalu dekat dengan kita…. Aku juga pernah kehilangan. Bukan sekali namun dua kali. Kehilangan kali pertamaku adalah arwah mama dan kehilangan kali keduaku adalah…. Dia……


            “Jadi maknanya ummi akan selalu pergi ke kubur abi selama ni?” Soalku pada abang Mikail. Menurut dari cerita ummi semalam. Sejak kematian arwah suaminya, setiap hari ummi akan meluangkan masanya untuk membacakan yassin dan melawat kubur arwah. Begitu mendalam sekali cinta ummi pada arwah abi. Namun, papa?????? Belum pun sempat kubur arwah mama ditumbuhi rumput. Dia sudah berkahwin lagi. Hah! Hatiku bertambah sakit pabila memikirkan papa dan isterinya itu. Aku benci keduanya. Entah kenapa, kebencianku pada papa dan wanita itu semakin mendalam.


            “Ya… ummi akan luangkan masa yang dia ada untuk membacakan yassin buat abi. Walaupun ketika tu ummi sibuk. Ummi akan tetap mencuri masanya agar melawat kubur abi. Cinta ummi pada abi terlalu mendalam sekali sehinggakan abang Mike rasa abi masih berada dengan kami… Ummi tak pernah lupakan abi dan tak akan pernah nak lupakan abi..” Jelas Abang Mike perlahan dan memandang ummi yang sedang menanam bunganya. Aku turut memandang ummi dan tersenyum kelat pabila ummi tersenyum memandang kami. Tabahnya seorang wanita meniti kehidupannya tanpa suami di sisi. Hanya anak untuknya melepaskan rindu dan kasih sayangnya pada sang suami. Ummi mungkin sedang tersenyum. Namun aku tahu. Jauh di sudut hatinya, dia terasa kehilangan dan sedih. Kenapa? Kenapa aku tidak boleh menjadi seperti ummi? Menerima hakikat akan kehilangan mama? Jujur aku katakan. Aku bukan saja kehilangan mama. Akan tetapi aku turut kehilangan papa itu yang membuatkan aku memberontak.


            “Masih adakah cinta sejati di dunia ni?” Soalku perlahan. Abang Mike menoleh memandangku. Mungkin dia terkejut. Mungkin juga dia berasa hairan.


            “Kenapa Trish tanya macam tu?” Soal Abang Mikail hairan. Aku terdiam dan tersenyum kelat memandangnya. Kepala digelengkan.


            “Tak ada apala abang. Trish tanya je.” Balasku pendek dan kembali memandang ummi.


            “Kenapa ni? Hurm?” Soalnya lembut kepadaku. Pipiku di usapnya lembut. Sikap ambil berat abang Mikail itu membuatkan aku menangis…. Terasa terharu dengan sikap ambil beratnya. Mikail. He always knows when I’ve problem…


            “Tak ada apalah Abang Mike.” Balasku pendek dan memberikan senyuman padanya. Abang Mikail melepaskan nafas beratnya.


            “Abang dah lama kenal Trish. Bukan sehari. Bukan semalam. Tetapi dah 9 tahun Trish. Bukan masa yang pendek. Abang Mike tahu Trish ada masalahkan? Sejak semalam Abang Mike jumpa Trish. Abang dah tahu yang Trish ada masalah. ‘Masih adakah cinta sejati d dunia ni’? What do you mean by that? Bukankah dulu Trish selalu ceritakan pada abang tentang cerita cinta sejati papa dan mama Trish? You adore their love.” Balas Abang Mikail kepadaku. Aku terdiam dan memandang wajah bersih Abang Mikail. Seperti dulu, dia selalu kelihatan kacak dan ceria. Walaupun di saat dia sedang bersedih dan mempunyai masalah. Tetapi, pabila berdepan denganku. Dia tetap akan tersenyum dan melayaniku seperti biasa. Setiap tingkah lakuku sudah difahami olehnya. Disebabkan itu orang sekeliling kami dahulu menyangka aku dan dia adalah pasangan kekasih. Walaupun di saat itu abang Mike sudah ada kekasih. Brenda. Seorang gadis mat saleh yang telah mencuri hatinya


            “Mama dah meninggal… 5 tahun yang lepas. Selepas Trish graduate…” Jelasku perlahan padanya dan tertunduk. Kelihatan air mata ku jatuh ke jemariku.


            “Inalilahi wainailaihi rajiun… Sayang. I’m sorry. Abang Mike tak tahu…” Balas Abang Mike padaku dan mengenggam jemariku. Aku mengangkat wajahku dan tersenyum memandang Abang Mike walaupun tika itu mataku kabur kerana menangis. Kepalaku digelengkan.


            “It’s okay abang. Time tu abang Mike dah balik ke Malaysia. Kita dah lost contact dah.” Jelasku padanya. Abang Mike mengeluh dan mengelap air mataku.


            “Abang Mike minta maaf sebab tiada di sisi Trish di saat trish sedih.” Balas Abang Mike kesal.


            “Tak apa abang…” Balasku padanya.


            “Macam mana mama boleh meninggal?” Soal Abang Mike padaku. Aku melepaskan nafas berat dan memandang ke langit.


            “It was an accident.” Jelasku pendek.


            “Bila?” Soal Abang Mikail dan membelai rambutku.


            “Di hari graduation Trish…” Jelasku padanya. Abang Mikail terdiam.


            “I’m sorry to hear that…” Balas Abang Mikail dan mengusap pipiku. Aku hanya mampu tersenyum kelat. Sekali lagi aku mendengar ayat itu. ‘I’m Sorry To Hear That’….


            “So, that’s why ummi jumpa Trish di tanah perkuburan tu? Ummi kata Trish tertidur di kubur. Kubur tu kubur arwah mama?” Soal Abang Mikail. Aku anggukkan kepala dan dia mengeluh.


            “Trish ada masalahkan? Kalau tak kenapa Trish sampai tertidur  di kubur mama. Wanna share?” Soalnya lagi.


            “Trish… Err. Trish..” Jawabku serba salah dan gugup.


            “Come.” Ajak Abang Mikail dan menarik tanganku. Aku menarik tanganku kembali agar dia berhenti melangkah. Keningku dikerutkan.


            “Nak pergi mana?” Soalku hairan.


            “Abang nak pergi kerja. Dah lambat ni. So di dalam perjalan kita cerita boleh?” Balas Abang Mikail. Aku membesrkan mataku.


            “Dengan baju kebaya ni?” Soalku tidak percaya dan memandang ke tubuhku yang tersarung baju kebaya kepunyaan ummi. Baju ni je muat dengan tubuh aku. Abang Mikail tersenyum.


            “Why? Cantiik apa. Ayu. Abang lebih suka tengok Trish pakai macam ni.” Balasnya padaku dan ketawa kecil. Aku mencebik.


            “So ummi?” Soalku padanya. Dia tersenyum.


            “Abang dah bagi tahu pada ummi tadi. Dia setuju. Since you kan graduan bidang perubatan. Mesti Trish suka.”  Balasnya dan tersenyum.






*****AKU CINTA KAMU******






SEAWAL jam 0800 pagi Tengku Ezkandar Heidi sudah berada di muka pintu kondo Triesya. Siapa tahu gadisitu ada balik semalam. Kerana, tidurnya tidak tenang semalaman. Asyik memikirkan Triesya. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas perlahan dan menghembuskannya. Pintu diketuk beberapa kali.


            “Baby?” Panggil Tengku Ezkandar Heidi teruja pabila pintu kondo triesya dibuka. Namun hampa.


            “Tengku?” Soal Ben dengan suara serak dan mata yang sembab. Tenku Ezkandar Heidi mengeluh.


            “Triesya dah balik?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Ben. Ben gelengkan kepalanya.


            “Belum. Semua tempat I dah cari. But still tak jumpa Triesya. Handphone dia offkan. Tak tahu lagi nak cari dia di mana.” Jelas Ben.


            “Canada? Syed Haider?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Namun Ben tetap mengeleng.


            “Sama juga. Syed Haider sendiri kata Triesya tak ada balik ke Canada. Plus, kalau dia balik ke Canada pun dia mesti balik ke kondo ni dulu. Ambil baju dan passport dia. Passport dia ada di dalam bilik.” Jelas Ben. Tengku Ezkandar Heidi meraup wajahnya. Terasa ingin menangis di kala kekasih hatinya menghilang diri tanpa khabar. Entah bagaimana keadaan Triesya saat ini.


            “Meow!” Kedengaran suara Bobo mengiau dan muntah di dalam. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi dan memanjangkan kepalanya ke dalam.


            “Kenapa dengan Bobo?” Soalnya hairan dan membuka kasut. Menapak masuk ke dalam dan melihat Bobo seperti lemah. Muntahnya terdapat tepi Bobo.


            “Sejak semalam Bobo muntah-muntah. I sendiri tak tahu kenapa. Naik risau I dibuatnya. Kalaulah Trish ada mesti Bobo tak macam ni. Maybe dia rindukan Trish.” Jelas Ben lemah. Bobo sejak semalam membuat perangai. Diberi makan tak nak. Susu tak nak. Tidur pun tak nak. Selama ini Trish yang memakankan Bobo. Meminumkannya susu dan tidur bersama Bobo di atas katil. Namun mungkin kerana ketiadaan Triesya membuatkan Bobo sebegitu. Kucing. Ada sixth sense juga.


            “Bobo? Kenapa ni sayang? Bobo sakit ya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengangkat Bobo. Dipeluk Bobo penuh kasih. Bobo hanya mengiau lemah. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Bobo seekor kucing pun tahu rindukan Triesya. Apatah lagi dirinya.


            “Kita pergi klinik ya sayang? Daddy temankan Bobo. Nanti kalau mummy balik mesti mummy marah sebab daddy tak pandai jaga Bobo. Come sayang.” Balas Tengku Ezknadar Heidi penuh kasih. Ben mengelap air matanya. Terasa sedih mendengar kata-kata Tengku Ezkandar Heidi Itu. Ben tahu dan amat pasti yang lelaki itu amat cintakan Triesya. Sehinggakan begini jadinya dia. Tak tentu arah. Namun apa saja yang Ben boleh lakukan. Dia bukan Triesya. Triesya pasti ada sebab yang kukuh untuk membawa diri dan marah dengan Tengku Ezkandar Heidi. Triesya merasa dirinya dipermainkan walaupun pada dasarnya Tengku Ezkandar Heidi ikhlas dan telus mencintainya.


            “I bawa Bobo ke klinik dulu. You tunggu di rumah. Mana tahu Trish balik. Make sure call me kalau ada apa-apa maklumat you dapat. Please Ben…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memasukkan Bobo ke dalam sangkar merah jambunya. Ben anggukan kepala.


            “Don’t worry tengku. Kalau ada apa-aap berita mengenai Trish. I’ll call you A.S.A.P.” Balas Ben.







********Aku Cinta Kamu********





If the human body can live with food and water, then why does it feel like I can't live without you?




TRIESYA mengerutkan dahinya memandang Mikail di sebelah dan kembali memandang ke hadapan. Terasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Betul ke? ANIMAL MEDICAL CLINIC?


            “Klinik ni Abang Mike yang punya?” Soal Triesya hairan. Mikail tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Dah lupa ke? Abang kan doctor haiwan…” Balas Mikail dan tergelak kecil.


            “I thought you ambil alih company abi?” Soal Triesya. Mikail tersenyum dan membuka tali pinggang keselamatan.


            “Takdelah. Abang hanya bantu apa yang abang boleh bantu je. As for now, ummi yang akan ambil alih company tu. Bila ummi dah nak bersara nanti barulah abang akan ambil alih company abi. Takkan selamanya abang nak biarkan ummi bekerja. Lagipun kalau tak abang yang ambil alih siapa lagi. Jom turun.” Jelas Mikail dan membuka pintu kereta Toyota Harrier rona putihnya. Tubuhnya dibawa ke tempat duduk penumpang sebelah. Pintu dibukakan buat Triesya dan senyuman manis diberikan buat gadis cantik itu. Tangan dihulurkan dan disambut oleh Triesya. Triesya. Berbaju kebaya? Bukan selalu mendapat peluang seperti itu. Triesya. Sejak dulu dikenali dengan dressing kebaratannya.


            “Thanks.” Balas Triesya setelah keluar dari kereta dan melepaskan jemarinya dari pautan Mikail. Mikail tersenyum dan menutup pintu kereta.


            “Jom masuk..” Ajaknya dan membawa Triesya masuk ke dalam kliniknya. Klnik hasil titik peluhnya sendiri. Minatnya terhadap haiwan sejak dulu dibawa sehingga kini.



            “Morning doc.” Sapa salah seorang nurse yang bernama Akila dan bekerja di clinic tersebut. Senyuman manis diberikan kepada Mikail. Namun, pabila melihat Triesya. Senyumannya mati dan dia kelihatan tercengang.


            “Morning Akila.” Sapa Mikail kembali dan tersenyum.


            “Err. Doc. Ni kan.. Err. Tr. Triesya..Model terkenal tu?” Soal Akila kepada Mikail. Mikail kerutkan dahi dan memandang Triesya di sisi yang kelihatan terkejut.


            “Trish? Model? Since, when?” Soal Mikail hairan. Mikail. Bukanlah seorang yang peka dengan isu hiburan. Dunianya hanyalah di rumah dan clinic. Triesya tersenyum kelat.


            “Since 5 years ago…” Balas Triesya. Mikail terlopong. Tak hairanlah Triesya menjadi model. Memang gadis itu cantik dan mempunyai tubuh badan yang seksi.


            “Are you kidding me? I thought you jadi doctor.” Balas Mikail tak percaya. Triesya tersenyum kelat dan memandang nurse tadi yang masih terkejut melihatnya.


            “Kita berbual kat dalam boleh?” Soal Triesya. Tak selesa pabila berbual hal peribadinya di depan orang lain. Mikail tersengih. Menyedari kesilapan diri.


            “Sorry. Jom masuk. Nurse kalau ada client. inform pada I okay and make us two coffee.” Balas Mikail dan menarik tangan Triesya menuju ke dalam officenya. Nurse tadi hanya anggukkan kepalanya dan melihat bossnya membawa model terkenal dan cantik tersebut masuk ke dalam biliknya siap berpegangan tangan pula tu. Apa hubungan  mereka? Soalnya hairan.


            “Sejak bila Triesya menceburkan diri di dalam dunia permodelan ni?” Soal Mikail hairan sejurus mereka berada di dalam officenya. Pagi itu client masih belum banyak. Triesya yang duduk di sofa hadapannya dipandang. Kening dinaikkan.


            “Since mama meninggal dunia.” Balas Triesya.


            “Takkan sampai nak bertukar profession sekali? Penat belajar alih-alih jadi model pula.” Balas Mikail hairan. Triesya mengeluh dan sandarkan dirinya ke sofa.
           

            “I wish I can. But selepas accident tu kelebihan Trish ditarik sekali dengan mama.” Balas Triesya sebak.


            “Maksud Trish?” Soal Mikail.


            “Lepas accident tu Trish dah trauma tengok darah. Everytime tengok darah mesti Trish akan teringatkan mama yang berlumuran darah ketika accident dulu. Tangan Trish akan mengeletar dan susah nak pegang jarum. I just can’t.” Jelas Triesya dan mengelap air matanya. Mikail terdiam dan mengambil tempat di sebelah Triesya. Tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukannya.


            “Ssshhh. Jangan mennagis please. I’m sorry.” Pujuk Mikail lembut. Rambut Triesya diusapnya penuh kasih. Manakala Triesya melepaskan tangisannya yang ditahan di dada Mikail. Lebih sedih apbila teringatkan Tengku Ezkandar Heidi saat itu. Lelaki itu selalu ada ketika Triesya bersedih. Selalu meminjamkan dadanya buat Triesya. Namun kini???


            Mikail mengeluh, tidak disangka selama bebrepa tahun ini triesya mengalami pelbagai kesusahan dan kesedihan. Terasa kasihan dengan gadis itu. Wajahnya juga tidak eseceria dahulu. Senyumannya juga tidak semanis dahulu. Hanyalah senyuman paksa yang dipamerkan. Mikail merasa dirinya gagal menjadi abang yang baik buat Triesya.



            Tok!


            Tok!


            Tok!


            “Masuk!” Arah Mikail dan masuk Akila membawa dua cawan coffee. Agak tersentak pabila melihat Mikail menyimpan jari dibibirnya dan menyuruh Akila diam. Terkejut pabila melihat gadis cantik itu tidur di dalam pelukan bossnya. Memang cantik sekali orangnya. Walaupun tanpa make-up. Namun, setahunya Triesya model terkenal tersebut adalah teman wanita kepada Tengku Ezkandar Heidi iaitu pewaris dan CEO Royal Holding iaitu syarikat yang gah dan ternama di dalam Negara. Mengapa kini gadis itu rapat dengan Doctor Mikail? Scandal ke? Desis hatinya.


            “Akila.” Panggil Mikail di saat Akila ingin keluar dari bilik tersebut. Akila berhenti melangkah dan menoleh memandang Mikail.
           

            “Don’t get me wrong. She’s my sister. Kami tak ada hubungan lebih dari itu. Harap awak tak salah sangka dengan keakraban kami dan membuat cerita mengenainya.” Jelas Mikail. Takut-takut jika pekerjanya salah sangaka.


            Akila terdiam. Tak sangka bossnya boleh membaca fikirannya. Pastilah dia pelik. Bossnya tiba-tiba berpelukan dengan seorang perempuan cantik dan teman wanita orang pula. Mana tak pelik.


            “Errr. Baik doc.” Balas Akila gugup dan berlalu pergi. Mikail mengeluh dan memandang Triesya yang tertidur. Pasti mengantuk kerana semalaman tidak tidur. Dengan Triesya, Mikail spontan menjadi abang yang penyayang dan bertanggungjawab. Walaupun pada dasarnya dia tahu perasaanya pada Triesya bukan sekadar perasaan sayang di antara abang dan adik sahaja….







********aku cinta kamu*********







TENGKU EZKANDAR HEIDI turun dari Ferrarinya dan membawa Bobo yang berada di dalam kandang ke dalam Animal Medical Clinic. Pintu kaca klinik tersebut dibuka dan kedengaran bell berbunyi menandakan ada costumer yang masuk. Tengku Ezkandar Heidi terus menuju ke counter.


            “Morning… Err.. Tengku.” Sapa Akila gagap. Tengku Ezkandar Heidi? Tengku Ezkandar Heidi menjejakkan kakinya ke klinik haiwan tersebut? Bagaimana pula dengan Triesya yang berada di dalam office bossnya? Kepala digaru.


            “Morning. May I see the doctor? My cat sejak semalam sakit.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dengan eksperasi muka yang serius. Bobo yang diteletakkan di atas counter di jeling. Kasihan. Terbaring lemah.


            “Err. Ya boleh. Sekejap ya tengku. Tengku kena isi maklumat tengku di sini dan tunggu doctor sekejap.” Balas Akila dan menyerah borang pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula mengambil dan mengisi borang tersebut tanpa banyak bunyi. Bobo lebih penting kini. Selepas ini dia akan mencari Triesya pula. Nafas dihelakan. Tidak pernah dia merasa sekusut ini.


            Akila mengetuk bilik Mikail dan masuk ketika mendengar suara Mikail menyruhnya masuk. Dengan penuh debar Akila masuk ke dalam office bossnya dan memandang Mikail yang sedang memakai kot rona putihnya. Triesya pula sedang tertidur penuh tenang di atas sofa. Diselimutkn dengan kot hitam milik Mikail.


            “Yes?” Soal Mikail hairan. Akila pada hari itu nampak lain. Memandang Triesya seperti ada yang tidak kena. Kenapa?


            “Arh? Err. Ada client yang nak jumpa doc. Masalah dengan kucing dia. Parsian Cat Actually And dia adalah Tengku Ezkandar Heidi.” Jelas Akila. Terkejut Mikail dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi? CEO muda yang terkenal tu? Melalui majalah bussines terkenal yang dibacanya, Tengku Ezkandar Heidi merupakan CEO muda yang kaya dan terkenal dengan sikap tegasnya di dalam melakukan tugas. Kreadibilitinya dalam memimpin sebuah syarikat yang besar amat dikagumi sekali. Dia benar-benar menyanjungi lelaki itu.









*****AKU CINTA KAMU*****




I’m just a guy who loves you…




MIKAIL memandang seorang lelaki yang tegap dan kacak menapak masuk ke dalam bilik rawatan dengan membawa seekor kucing Parsi rona putih. Comel sekali kucingnya. Tidak disangka lelaki seperti Tengku Ezkandar Heidi menyukai kucing.


            Tengku Ezkandar Heidi diamati betul-betul. Orangnya kacak dan berbadan tegap. Tidak keterlaluan jika Mikail mengatakan jika dia menjadi perempuan pasti dia juga akan jatuh cinta pada lelaki itu. Siapa yang tak nak dengan lelaki yang kacak dan kaya itu. Jika dibandingkan dengan dirinya jauh tinggalnya.


            “Tengku Ezkandar Heidi. Please have a sit.” Sapa Mikail dan bersalaman dengan Tengku Ezkandar Heidi sebelum meminta lelaki itu duduk.


            “Thanks doc.” Balas Tengku Ezkandar Heidi.


            “Boleh saya tahu apa yang berlaku pada kucing Tengku?” Soal Mikail penuh tertib. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meletakkan Bobo di atas meja.


            “Sejak semalam dia muntah-muntah dan tak ada selera nak makan. Selalunya dia active je. Pagi ni tak.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Mikail anggukkan kepalanya dan memeriksa Bobo.


            “Dia keracunan makanan ni. Tengku beri dia makan makanan yang tak sesuai dengan dia.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi. Keracunan makanan?


            “I’m not sure actually. My other half yang jagakan dia selama ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi serba salah.

           
            “Oh. I thought this cat was yours.” Balas Mikail dan tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kelat.


            “My fiancé yang punya sebenarnya. She’s not around so I’ve to take care of It.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi jujur. Mikail tersenyum. Tak sangka lelaki di hadapannya ini sudah berpunya dan sanggup menjaga kucing kekasihnya. Pasti lelaki itu yang menghadiahkan buat kekasihnya. Tengku Ezkandar Heidi pula sengaja berkata tunangnya kerana dirasakan memang sepatutnya itulah status Triesya saat ini jika tidak kerana hal yang berlaku semalam pasti mereka sedang meniti kebahagiaan untuk bersedia bagi perkahwinan mereka.


            “Oh I see. Bertuah dia dapat tunang like you. Bertanggungjawab. Next time kalau nak tinggalkan anak-anak sekejap pun dengan tengku pasti dia tak susah hati dan percayakan tengku.” Puji Mikail sambil merawat Bobo. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil. Kalaulah betul apa yang Mikail katakan itu. Dialah lelaki yang paling bahagia di dunia.


            “Ok. Dia okay. Cuma perlu jaga pemakanan dan kesihatan dia.” Jelas Mikail dan mengusap bulu lembut Bobo. Tengku Ezkandar Heidi berdiri dan mengambil Bobo. Di bawa ke dalam pelukannya.


            “Bobo sakit ya? Nanti daddy bawa balik okay. Nanti mummy risau…” Kata Tengku Ezkandar Heidi penuh kasih pada Bobo. Tersenyum Mikail dibuatnya. Daddy dan mummy? Keduanya cukup romantis sekali. Teringin untuk berjumpa dengan kekasih hati Tengku Ezkandar Heidi. Orang kata lelaki hebat seperti Tengku Ezkandar Heidi pasti mempunyai tulang belakang yang bukan calang-calang orangnya kerana mampu mencairkan lelaki sepertinya.









******AKU CINTA KAMU******





It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it\'s more painful to know that the one you love is unhappy with you…





TRIESYA bangun di saat terasa usapan di pipinya. Dengan perlahan matanya dibuka dan kelihatan Mikail sedang duduk di sisinya dan tersenyum memandangnya. Dengan mata yang masih mamai spontan Triesya duduk tegak. Malu kerana tertidur di pejabat Mikail.


            “Sorry. Trish tertidur…” Kata Triesya serba salah. Mikail mengelengkan kepalanya.


            “It’s okay. Abang Mike faham. Sorry ganggu Trish tidur dan bawa Trish ke sini. Jom Abang Mike hantarkan Trish balik.” Balas Mikail dan menarik Triesya agar berdiri. Triesya hanya mengikut. Memang matanya masih mengantuk dan perlu tidur.


            “Tadi Abang Mike ada rawat seekor kucing Parsi tau. Comel. Guy yang bawa kucing tu memang abang adore. Salah satu mentor abang.” Jelas Mikail sambil membuka pintu officenya.


            “Ya?” Soal Triesya dengan mood yang masih kepada mood mamai.


            “Yapz. That guy was so romantic. Dia sanggup bawakan kucing tunang dia ke klinik sebab sakit. Kalau lelaki lain jarang Abang Mike nampak sanggup buat macam tu.” Jelas Mikail dan mereka berjalan beringin. Triesya memeluk lengannya dan kepalanya disnadarkan ke bahu Mikail. Biasa bermanja begitu dengan Mikail. Lagi pula mengantuknya masih belum hilang lagi. Sedikit sebanyak dia terasa apabila Mikail mengatakan tentang lelaki yang romantic dan snaggup membawa kucing tunangnya itu. Teringat kepada si dia. Namun ditepis cepat-cepat. Manalah lelaki itu mahu memikirkan Bobo lagi. Teringat kepada Bobo. Spontan dia dilanda rindu.


            Tengku Ezkandar Heidi pada masa yang sama sedang membayar kos perubatan Bobo di counter menjeling Mikail yang sedang berjalan dengan seorang gadis. Pasti kekasihnya. Desis hatinya. Tengku Ezkandar Heidi kembali memandang ke counter. Namun keningnya dikerutkan dan kembali memandang ke Mikail kembali. Diamati wajah gadis yang memegang lengan Mikail itu. Berbaju kebaya rona hitam. Cantik orangnya dan dia….


            “Triesya?!!!” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan spontan Mikail dan gadis tadi berhenti melangkah. Triesya pula yang tadinya mamai terasa segar matanya pabila namanya dipanggil dengan kuat. Dengan kening yang dikerutkan dia menoleh dan matanya membulat pabila melihat Tengku Ezkandar Heidi berada di counter bersama… Bobo??? Mikail pula tercengang. Bagaimana Tengku Ezkandar Heidi mengenali Trieysa?


            “Bobo?” Soal Triesya terkejut pabila melihat Bobo terbaring lemah di dalam kandangnya yang berada di atas meja coffee lobi clinic tersebut. Tubuhnya dibawa dekat pada Bobo dan Bobo dikeluarkan. Dipeluk cium Bobo penuh rindu dan kasih sehinggakan mengalir air matanya saat itu. Mikail tercengang.


            “Bobo? Bobo sakit ya sayang? Maafkan mummy ya tinggalkan Bobo.” Kata Triesya lembut dan mencium pipi Bobo.


            “Meow!” Balas Bobo dan menguis-guiskan wajahnya ke muka Triesya.


            “Sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut dan memeluk Triesya dari belakang dengan erat sekali. Tidak ingin melepaskan gadis itu pergi. Triesya tercengang. Begitu juga dengan Mikail dan Akila.


            “Baby pleases. Jangan buat I macam ni. I miss you. I do love you. I’m sorry. I mintaa maf sebab I tak jujur dengan you. But I do it for our own goods sayang.” Luah Tengku Ezkandar Heidi dan mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang ramping Triesya. Tubuh Triesya. Bau haruman Triesya. Semuanya mengenai Triesya dirinduinya. Triesya terdiam dan mengigit bibirnya. Air matanya terasa jatuh mengalir. Demi Allah Swt. Dia rindukan lelaki itu. Namun kebencianya, keegoan dan luka hatinya membuatkan dia menjadi marah kembali.


            “Let me go tengku!” Marah Triesya dan cuba merungkaikan pelukan Tengku Ezkandar Heidi pada tubuhnya namun lelaki itu tetap tidak melepaskan pelukannya.


            “No! I’ll not let you go anymore sayang! Tak akan! Cukup sekali you tinggalkan I…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memusingkan tubuh Triesya agar menghadapnya. Bobo pula berada di tengah-tengah.


            “I tahu I salah sebab I sembunyikan hubungan sebenar I dengan mummy Merissa. But, I buat tu sebab I tahu you takkan dekat dengan I jika I ni anak buah kepada mummy Merissa. So I cuba sembunyikan kenyataan tu dari you and akan bagi tahu you pada masa yang sesuai. But I was wrong. Sepatutnya I jujur dengan you supaya kita tak jadi macam ni.” Luah Tengku Ezkandar Heidi. Dahinya di dekatkan pada dahi Triesya dan merenung jauh ke dalam mata triesya. Gadis itu membalas. Tengku Ezkandar Heidi merasa sakit pabila melihat air mata yang mengalir dari mata cantik gadis dicintainya itu. Dilap lembut air mata kekasih hatinya.


            “I tak sangka you sanggup buat I macam ni.. You buat I jatuh cinta pada you. Sebab you just nak permainkan perasaan I. you sama je dengan auntie you tu! You berdua hanya tahu sakitkan hati I ! Lukakan hati I! Kenapa Que Ez?! Kenapa mesti I? I dah cukup tersiksa dengan hidup ni. I dah cukup terluka dengan hidup ni! Kenapa perlu tambah luka di hati ni lagi? I cintakan you Que Ez! I cinta sangat! But You dah lukakan hati ni! You dah khianati cinta I buat you! Are you happy now?!” Luah Triesya dan melepaskan dirinya dari Tengku Ezkandar Heidi. Bobo dimasukakn ke dalam kandangnya dan Triesya membawa Bobo pergi. Namun lengannya ditarik oleh Tengku Ezkandar Heidi.
                            

            “Please don’t go. Please don’t leave me! I tak pernah mainkan perasaan you! I cintakan you Triesya! Kenapa you susah sangat nak faham?!  I mengaku I salah sebab I tak jujur dengan you. But tak bermakna cinta I pada you juga tak jujur. I tak pernah nak mainkan perasaan you! I tak berniat nak lukakan hati you sayang. Please… Percayakan I … mummy Merissa dengan I tak ada niat nak main kan perasaan you. Even dia sendiri baru tahu kita bersma bila I announce our relationship to media sayang… Please don’t go…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memeluk tubuh Triesya dari belakang. Dipeluk dengan erat dan tak ingin dilepaskan. Mikail dan Akila yang melihat situasi di hadapan mereka tercengang. Tak menyangka akan menonton situasi trsebut. Apatah lagi Mikail. Tak sangka yang Triesya adalah kekasih Tengku Ezkandar Heidi.


            “Let me go Tengku Ezkandar…. Tak ada apa lagi yang kita nak bincangkan.  I dah cukup penat dengan semua ni! I dah cukup muak dengan semua ni! I benci! I bencikan you!!!!” Jerit Triesya dan melepaskan dirinya dari Tengku Ezkandar Heidi. Ketika berada di hadapan pintu kaca klinik Triesya berhenti namun tidak menoleh.


            “Tolong jangan cari I lagi lepas ni Tengku Ezkndar Heidi. Sebab jika lepas ni kita berjumpa kembali I takkan sesopan ini lagi. Sekali I benci. I akan benci selamanya….” Kata Triesya dan terus keluar dari klinik milik Mikail. Mikail yang tercengang melihat Tengku Ezkandar Heidi jatuh melutut itu tersedar dan keluar mengejar Triesya.


            “Trish!” Panggil Mikail dan menarik lengan Triesya.


            “Let me go!” Jerit Triesya dan cuba untuk merungkaikan pegangan tangan Mikail pada lengannya.


            “Hei. Ini abang…” Balas Mikail dan memegang kedua pipi Triesya. Gadis itu menangis.


            “Bawa Trish pergi dari sini. Trish dah tak tahan…” Balas Triesya dengan sendu. Mikail menarik nafasnya dan menganggukan kepalanya. Triesya ditarik lembut dan dibawa masuk ke dalam kereta. Bobo dan kandangnya pula dismpan di kerusi belakang.


            Sebelum pergi dari kawasan klinik miliknya. Sempat Mikail melihat Tengku Ezkandar Heidi yang berada di Ferrari mewah miliknya. Lelaki itu kelihatan kusut sekali. Kelihatan lelaki tu menempiaskan marahnya pada kereta Ferrari mewahnya. Tayar kereta ditendang sekuat hati. Bingung Mikail dibuatnya. Terasa samar-samar mengenai hubungan keduanya. Bukan dia tidak nampak air mata Tengku Ezkandar Heidi yang mengalir tadi. Bagaikan melihat drama saja. Triesya di sisi dijeling. Gadis itu menangis dan menutup mukanya dengan kedua tangannya. Nafas dihelakan. Kalaulah dia bisa membantu Triesya menghadapi kesedihan itu. Pasti akan dibantunya. Namun dia sedar siapa dirinya. Hanya abang angkat dan lelaki sehebat Tengku Ezkandar Heidi lebih berhak. Lelaki itu benar-benar mencintai Triesya.


            Triesya menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Terasa hatinya sakit dan sedih. terasa ingin menjerit dan menangis sepuas hatinya. Mulut kata benci. Namun hatinya kata cinta. Hal itu yang membuatkan dirinya merasa sakit. Menyakiti lelaki yang dicintainya. Bukanlah niatnya. Namun keadaan dan situasi yang menjadikan dirinya sekejam itu. Keputusannya kini sudah bulat. Melupakan lebih baik dari memiliki kerna dia hanya akan merasa sakitnya nanti….


Aku bingung dengan semua kejadian yang terus menimpa diriku.
Apakah aku harus tersenyum,
disaat orang yang aku cinta pergi meninggalkan diriku.
Apakah aku harus tertawa,
disaat dia merasakan kegelapan dalam keabadiannya.


Kini hanya ada air mata yang terus mengalir di pipiku.
Kini jiwa raganya telah menyatu dengan seonggak tanah.
Namanya terpampang disebuah kayu yang setia,
terus membuat namanya dikenang.


Tepat di depan mataku, sebuah bunga bertaburan begitu indah.
Kini kisah yang selama ini jalani telah berakhir.
Kenangan masa lalu kini telah tiada.
Semoga kau tenang dalam tempat peristirahatan yang kekal ini.


Disini aku akan selalu berdoa.
Agar kau selalu diberikan tempat terindah oleh Allah.
Selamanya dan selamanya namamu akan selalu di hatiku.






******AKU CINTA KAMU********





I don't know what to do now that we're apart; I don't know how to live without the other half of my heart. 





BURN menekup telinganya di saat Tengku Ezkandar Heidi dengan wajah ketatnya menapak masuk ke dalam officenya dengan menghempas pintu dengan kuat. Nasiblah juga di aras tingkat tersebut hanya ada bilik Tengku Ezkandar Heidi dan bilik meeting. Jika tidak pasti semuanya juga akan kecut perut sepertinya.


            Burn mengaru-garu kepalanya dan berjalan ke kiri dan ke kanan di hadapan muka pintu office Tengku Ezkandar Heidi. Serba salah untuk mengetuk apatah lagi untuk masuk ke dalam bilik itu. Sia-sia dirinya menjadi mangsa kemarahan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pabila marah, Singa pun boleh kecut perut.


            “Tup!!!!!”


            “Oh mak kau!” Latah Burn tatkala mendengar pelbagai bunyi yang kuat dari dalam office Tengku Ezknadar Heidi. Dada diusap. Mengembalikan semangatnya yang hilang dek terkejut tadi.



            “Burn!!!!!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi kuat dari dalam biliknya. Sekali lagi Burn terkejut dan menjauh dari pintu office Tengku Ezkandar Heidi. Lemah semangat dibuatnya.


            “Burn!!!!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi sekali lagi. Kecut perut Burn dibuatnya.



            “Y…ya..ya boss!” Jawabnya tergagap. Pintu office Tengku Ezkandar Heidi dibuka dan terlopong Burn dibuatnya. Keadaan office Tengku Ezkandar Heidi seperti tongkang pecah. File bertaburan, pasu pecah, laptop hancur di atas lantai. Hah?! Laptop?! Fuh. Teruk sangat marah bossnya kali ini.


            “Ya boss?” Balas Burn sekali lagi takut-takut dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang berdiri dan memandang jauh keluar tingkap cermin officenya dengan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slacknya.


            “Carikan aku alamat rumah doctor Mikail. Owner Animal Medical Clinic!” Arah Tengku Ezkandar Heidi. Burn tercengang. Doctor haiwan?


            “Err. Buat apa boss?” Soal Burn hairan.


            “Just doing your work and shut your mouth Burn before I kill you!” Balas Tengku Ezkandar Heidi serius. Kecut perut Burn dibuatnya.


            “Err. Bbb… Baik boss. Saya kelaur dulu.” Balas Burn dan bergegas keluar dari office Tengku Ezkandar Heidi. Nampaknya lelaki itu benar-benar sedang berada di mood yang teramat tidak baik saat ini. Dr.Mikail?


            “Arghhhh!!!!!” Teriak Tengku Ezkandar Heidi melempiaskan marahnya. Terasa sakit hati apabila Triesya meninggalkan dirinya bersama doctor muda itu. Selagi dia hidup dan bernama Tengku Ezkandar Heidi dia akan pastikan Triesya menjadi miliknya seorang. Mikail? Akan disiasat lelaki tu. Dia pasti Triesya tinggal bersama lelaki itu.


            “Sekali hubby cinta. Hubby akan cinta sampai mati……..” Bisiknya perlahan.









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




********************************************************




Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~





How was the story? Ok? Not bad? Sad? Or blur? Huhuhuhu. Hei! This time takmau kata pendek eh. Panjang siot tu awak! Hehehe. J


            Saya Ratu Adriana Nadine, Ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat memuaskan hati anda. Juga saya ingin MEMINTA MAAF sekiaranya terdapat kesalahan bagi ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Adakalanya saya terlimpas pandang walaupun benda tu sekecil zahrah. MAAFKAN SAYA. MAAFKAN saya juga sekiranya cerita ini terover, tak logic ataupun sebagainya. Hei. This is my story and my own fantasy. Feel free to unfollow this blog if you don’t like it. TQ. Muahahaha. Tetiba aku seriuskan. Apa kes? Huhuhu. Chill sudehhh~



            Adakah hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini benar-benar sudah berakhir? Mikail? Adakah dia akan mengambil kesempatan di atas kesedihan Triesya dan memenangi hati Triesya? Apa pula yang akan dilakukan oleh Tengku Ezkandar Heidi? Kenapa agaknya Tengku Ezkandar Heidi ingin mendapatkan alamat Mikail? Apakah yang ingin dilakukannya? Tettttttt! Kita nantikan entry seterusnya dear J waiting!


            Thanks for those yang sudi drop by dan tinggalkan comment anda J saya amat menghargainya…. Please dear. Tinggalkan comment anda ya! Hwaiting!


SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.



Till then,







Sincerely,


23 comments:

  1. keadaan dah semakin rumit skg ni.
    triesya plak still mrh lg kat que ez.
    x tau la apa nak jd pasni..
    hrp smuanya baik2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      ishish. tulah awak. cyan je :(

      Delete
  2. memang sakit ditipu lagi2 someone yg kita sangat2 sayang but...no one perfect...everybody makes mistake what...and what happend to those people around them..the family..takkan diam je..kata agreed Triesya dgn Que Ez..do something la...For me kalau Triesya boleh sakitkan hati my HERO.. (hihi)..why Que Ez don't do the same..(emo nie.. sangat2..geram juga dgn Triesya...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      yapz sy skg tu. nobody's perfect :)
      hehehe emo yer =P

      Delete
  3. cian kat que ez..knpa la triesya x nmpak brtapa que ez cinta kan dia..nmpak sangat triesya ni ego..que ez klau triesya x nk u, u jd tunang i nk x? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous =)
      thankss for dropping by and leave ur comment dear
      hahahaha gatal taw!

      Delete
  4. kesian Que Ez...huhu..jgn sampai Que Ez dah fed up barulah Triesya terhegeh-hegeh nak balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. x mau la que ez fed up dgn triesya..tp kalau que ez wat triesya cemburu ok gak...biar triesya sedar yg dia tu cintakan que ez.........

      Delete
    2. HI miss anonymous =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe a'ahkan. jat ta triesya. but kite baca ack bab 28 dlu eh . peace! hehe =)

      Delete
  5. hohoho!!!que ez pi srang mike ke nnti??
    hehe!!!!
    nice story !!!
    hwaiting!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea =)
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks syg
      hwaiting =)

      Delete
  6. Ratu.. x nak lah Que Ez main serang2... x de class ok... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anounymous =)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe ishish jauh sungguh imaginasi anda hehe
      :) hehe

      Delete
  7. Janganlah Trish terlalu ego sgt.. kesalahan pun kecil je.
    Ape pun nk Trish dgn Que Ez juga... Ratu biarlah cinta mrk
    bersambung semula yg lepas tu biarlh lepas, jgnlah ada
    kebencian lagi kerana memaafkan adalah lebih baik dari
    membenci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI aNOR
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      hehe a'ahkan. trish emo sgt lah
      huhu
      in shaa alla awak
      hwaiting yer :)

      Delete
  8. naaaaaa.............kan dh cakap..tu lar TEH x bgtw awal2 ngan trish...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI DEAR
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe a'ah tulah. nakal sgt

      Delete
  9. kesian dkt Que Ez... ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI fuzz
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe kesian kan

      Delete
  10. mna n3 baru..semalam tggu x de p0n.:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe dah ada da. sorry late yer :)

      Delete
  11. Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      T H A N K S again

      Delete