Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 23 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 28











AKU CINTA KAMU BAB 28




Should listen this first ='(





We are the perfect couple; we're just not in the perfect situation. 





AKU memeluk tubuh dan memandang jauh ke langit yang gelap. Yang ada hanyalah bintang-bintang yang bergemerlapan di langit. Nafas yang berat dihelakan. Entah kenapa, sejak beberapa hari ini aku sukar untuk bernafas dengan tenang. Terasa ada sesuatu yang menyekat penafasanku. Terasa ada yang menganggu ketenanganku.


            Kaki kananku direnung. Kelihatan angklet pemberian si dia buatku terpasang cantik di situ. Teringat kembali saat-saat bahagiaku bersama si dia…


            “It’s full of love, loyal and healthy”


            Nafas dihelakan… Ya. It’s full of love, loyal and healthy… Tapi satu yang dia lupa. Kepercayaan. Betapa kepercayaan itu penting di dalam sesuatu hubungan. Kepercayaanku padanya setinggi gunung. Namun, kepercayaanku dikhianati olehnya….


            Kejamkah aku? Itu yang berada dimindaku sejak semalam… Hatiku sakit kerana dirinya membuatku seperti ini. Namun, hatiku juga sakit menyakitinya seperti itu… Jika boleh. Aku ingin dihilangkan ingatan dan melupakan semua pembohongannya padaku. JIKA. Kalaulah JIKA itu senang…. Namun, aku hanyalah manusia biasa. Manusia biasa yang tahu erti dendam, marah dan benci. Aku bukan malaikat. Aku adalah aku. triesya yang punya sifat buruknya. Yang punya kelemahannya. Aku tidak bisa memaafkan apatah lagi melupakan. Kerana ianya selalu menghantui diriku….


            “Trish?” Panggil abang Mikail padaku dan berdiri di sebelahku. Aku menoleh memandangnya di sisi dan tersenyum kelat.


            “Kenapa tak tidur lagi?” Soal abang Mikail kepadaku. Aku kembali memandang ke langit dan melepaskan nafas beratku.


            “Tak mengantuk lagi…” Balasku pendek. Abang Mikail mengeluh.


            “Abang Mike tak tahu apa hubungan Trish dan Tengku Ezkandar. Tetapi, apa yang abang Mike tahu, he’s love you. Abang Mike nak Trish tahu yang abang Mike ada di sini jika Trish nak kongsikan kesedihan tu. Luahkan sis kalau itu dapat menenangkan hati Trish….” Kata Abang Mikail lembut kepadaku. Aku mengetap bibir dan terasa mataku mulai kabur. Setiap kali memikirkan si dia. hatiku mulai bercelaru sendiri.


            “He’s my other half…” Jawabku pendek.


            “Then? Kenapa buat dia macam tu sekali? Trish.. Abang tak tahu apa kesalahan yang dia pernah lakukan pada Trish. Tetapi percayalah. Memaafkan dapat menenangkan jiwa Triesya. Setiap apa yang kita lakukan. Kita pasti ada sebabnya.” Balas abang Mikail kepadaku. Aku mengeluh. Kalaulah aku boleh buat seperti yang abang Mikail katakan. Kalaulah semuanya semudah itu. pasti aku tidak akan menjadi seperti ini….


            “Abang Mike tak faham….” Jawabku padanya keras. Abang Mike mengeluh.


            “Then? Buat abang Mike faham.” Balasnya padaku. Aku mengetap bibir.


            “Luahkan Triesya. Sampai bila nak pendam?” Soal abang Mikail.


            “Trish cintakan dia…” Luahku dan terdiam.


            “Kalau cinta kenapa sanggup tinggalkan dia seperti begitu sekali? Dia lelaki. Abang Mike pun lelaki. Abang Mike tahu bagaimana seseorang lelaki tu mencintai.” Balas Abang Mike. Aku mengeluh.


            “Dia adalah anak suadara perempuan tu…. Itu yang Trish tak dapat terima.” Jelasku. Abang Mikail mengerutkan dahinya. Tidak faham mungkin.


            “Perempuan mana?” Soalnya hairan.


            “Selepas mama meninggal dunia dan Trish bangun dari koma. That’s the beginning of my new life. Papa. Dia berkahwin lagi dengan seorang perempuan. Belumpun kubur mama ditumbuhi rumput. Dia dah berkahwin satu lagi…” Luahku dan berhenti. Terasa susah untuk meluahkan perasaanku apabila emosi dan tangisan mulai mengambil tempat.


            “Wwww… What?” soal abang Mikail terkejut. Aku tersenyum sinis.


            “Ya. Trish tak tipu. Sejak 5 tahun yang lalu. Trish dah tak tinggal dengan papa. Trish tak dapat nak terima papa sanggup berkahwin lain sejurus pemergian mama. Trish marah. Trish memberontak. Semuanya kerana Trish bencikan papa dan perempuan tu! It’s hurting me abang! Sakit sangat!” Luahku pada abang Mikail dengan sendu dan tertunduk di lantai. Bahuku terhenjut-henjut menagan tangisanku. Abang Mikail turut duduk di sisiku dan mengusap belakangku lembut.


            “I’m sorry. Abang Mike tak tahu sebegitu sekali kehidupan Trish kini. So apa kena mengena dengan Tengku Ezkandar Heidi?” Soal Abang Mikail. Aku mengeluh.


            “Sebab dia adalah anak saudara auntie Merissa and I hate her!!! Dia tipu Trish! Selama kami kenal dan berkasih. Tengku Ezkandar Heidi dan tahu yang Trish adalah anak tiri mak cik suadara dia. Dia tahu papa tu papa Trish. Tapi dia buat bodoh depan Trish! He’s act like he doesn’t know about my life!” Luahku pada abang Mikail sedikit emosi.Abang Mikail mengusap belakangku agar aku bertenang.


            “Calm down sis. Mengucap. Setiap manusia melakukan kesalahan sayang. Maybe Tengku Ezkandar Heidi tahu yang Trish pasti akan marahkan dia jika Trish tahu dia adalah anak saudara mak tiri Trish… Cuba fikir bagi pihak dia. Letakkan diri Trish di tempat dia sayang…” Balas Abang Mike. Aku terdiam.


            “And, about your step mom. Kenapa nak membenci dia? Apa yang dia buat? Ada dia marahkan Trish?  Dia dera Trish? Abaikan papa Trish?” Sambung Abang Mikail lagi. Aku gelengkan kepala dan mengelap air  mataku. Abang Mikail mengeluh dan memegang bahuku.


            “Trish… Mulakan dengan memberi kemaafan terlebih dahulu.. Bila kita memaafkan orang lain,banyak sebenarnya kebaikan yang kita akan dapat..Daripada kita tidak mahu memaafkan dan membiarkan perasaan itu bertukar kepada dendam yang hanya akan memakan diri sendiri di kmudian hari,lebih baik sekiranya kita mengamalkan 'forgive and forget'.. Maaf dan lupakan... Kalau kita maafkan orang. Hidup kita akan jadi lebih aman,hati kita akan lebih tenang sayang…” Nasihat abang Mikail kepadaku. Aku mengetap bibir.


            “Tentang arwah mama. Redhalah dengan apa yang ditakdirkan untuk Trish. Redha di atas kehilangan mama. Abang Mike teringat satu doa; 'Innalillahi wainnalillahi rojiun. Ya Allah,aku redha dengan ujian-Mu.Berikanlah aku pahala di atas keredhaan ini. Ya Allah,aku telah kehilangan arwah ibuku,tempatkanlah dia digolongan-golongan yang beriman. Amin…’ Berdoalah dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran padanya. Bukan menyesali takdir dan pemergiannya seperti ini. Kita orang Islam. Seharusnya kita tahu, setiap yang hidup di dalam dunia ini pasti akan mati suatu hari nanti…. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkahwinan papa dan percintaan Trish dengan Tengku Ezkandar Heidi. Mungkin Allah swt mengambil mama dari Trish. Tetapi dia berikan dua insan yang menyayangi Trish.Kata-kata abang Mikail benar-benar membuatku sedih dan menangis. Meluahkan rasa sedihku yang ku pendam selama ini.


            “Menangislah Trish kalau itu dapat membuatkan Trish tenang….” Pujuk Abang Mikail lembut kepadaku. Ya Allah swt. Berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi setiap ujian yang melanda diriku. Berikan aku semangat untuk menghadapi semua ini. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-MU yang lemah dan perlukan pertolongan dari-MU.







*****AKU CINTA KAMU******





Boyfriends come and go, but friends are forever





AKU membuka pintu kondoku dan menapak masuk ke dalam kondo yang ku tinggalkan selama dua hari itu. Bobo dan kandangnya diletakkan di atas meja. Nafas berat dihelakan. Seluruh pelosok kondo ku pandang. Kondo yang selama ini menemani hidupku yang kosong. Kondo yang menjadi saksi kepada segala kegembiraan dan kesedihanku.


            Mataku terpaku kepada gambarku dan Tengku Ezkandar Heidi yang menghiasi ruang living roomku. Gambar yang diambil sewaktu Press Conference dahulu. Aku dan dia sedondon memakai rona peach. Senyuman kelat terukir di bibirku. Lelaki itu yang sungguh-sungguh ingin meletakkan gambar kami di situ.


            “Kenapa nak letak?” Soalku hairan. Dia yang sedang memastikan frame gambar tersebut berada di sudut yang tepat menoleh memandangku yang sedang berdiri berpeluk tubuh memandangnya. Ben pula berada di dapur menyediakan minuman buat si tengku ni.


            “Eh. Biarlah. Sweet apa ada gambar kita berdua kat living room ni. kondo you kan kondo I juga. Semua harta I harta you juga.rasa macam berada di dalam rumah kitakan?” Balasnya padaku dan mengeyitkan matanya. Dia kembali menoleh ke depan dan meletak frame tersebut. Aku mengelengkan kepala. Dia ni….


            “Eh. Harta I harta I lah. Apa kes harta you pula? Sweet apanya… Nak termuntah adalah bila pandang muka you setiap hari…” Balasku dan tergelak. Dia berpaling dan mengetap bibir. Merah mukanya. Haha. Geramlah latewww~


            “Oh… So harta I harta youlah? Harta you pula harta you? Hurm. Bijak-bijak. Calon isteri cekik darah ni… Hurm. Nak termuntah eh? Baguslah… Tuptup. Muntah ada isi. I lah orang yang paling gembira sekali.” Balasnya nakal dan tergelak. Aku mencebik. Dia ni. Ada saja modal nak kenakan aku.


            “Eeee. Ustazah I dulu ada kata tau. Harta, gaji, pendapatan, atau wang milik isteri yang didapatkannya dari jalan yang diperbolehkan syariat, secara penuh menjadi hak milik isteri. Sang suami, tidak mempunyai hak sedikit pun dari harta tersebut. Kelemahan fizikal atau statusnya sebagai isteri, tidak bererti boleh "merampas" hak miliknya, atau memanfaatkan menurut kemahuannya. Syaikh 'Abdullah bin 'Abdur Rahman al Jibrin pernah ditanya tentang hukum suami yang mengambil wang (harta) milik isterinya, untuk digabungkan dengan wangnya (suami). Menjawab pertanyaan seperti ini, Syaikh al Jibrin mengatakan, tidak disangsikan lagi, isteri lebih berhak dengan mahar dan harta yang ia miliki, baik melalui usaha yang ia lakukan, hibah, warisan, dan lain sebagainya. Itu merupakan hartanya, dan menjadi miliknya. Dia yang paling berhak untuk melakukan apa saja dengan hartanya itu, tanpa ada campur tangan pihak lainnya.” Balasku panjang lebar dan menjelir lidah padanya. Terpaku dia memandangku dan tidak lama selepas itu dia tertawa dan mendekatiku. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya disandarkan di bahuku.


            “My wife ni dah expert dalam soal rumah tangga. Dah boleh jadi isteri solehah dah. So, kalau macam tu, next time kalau suami minta nafkah batin. Isteri kena bagi tau!” Bisiknya nakal ke telingaku dan tertawa.


            “You!!!!” Jeritku dan ingin mencubitnya. Namun, dia lebih bijak dariku. Sebelum aku ingin mencubitnya. Dia dahulu yang melarikan dirinya dariku. Tergeleng kepala Ben dibuatnya.



            “Babe!” Panggil Ben yang turut berada di ruang living room. Wajahnya kelihatan seperti baru tidur. Matanya ditenyeh bagaikan tidak percaya melihatku. Aku kerutkan dahi dan memandangnya. Air mata yang mengalir aku lap.


            “Ben?” Soalku hairan. Apa buatnya Ben di kondoku awal-awal pagi seperti ini.


            “Babe! Oh my god!!!! I miss you!” Jeritnya teruja dan berlari mendapatkan aku. Tubuhku dipeluknya erat.


            “Whoa! apa ni babe! Lagak aku dah pergi setahun je.” Balasku padanya dan menolaknaya jauh sedikit. Dia merengus dan mencengkak pinggangnya. Telingaku dipulas sekuat boleh.
           

            “Ouch! Sakit bangang!” Marahku padanya dan mengosok telingaku. Sakit ya amat!


            “Kau tahu tak betapa risaunya aku selama kau menghilang diri ni? Bobo sampai sakit rindukan kau! Tengku pula bagaikan hilang bini saja lagaknya. Tak tentu arah pakwe tu disebabkan kau!” Marah Ben kepadaku. Aku mengeluh dan membawa tubuhku ke sofa. Tubuhku didudukkan di situ.


            “Aku minta  maaf kalau aku buat kau dan Bobo risaukan aku. I need space Ben. Aku perlukan ruang untuk terima semua ni…” Luahku pada Ben dan memandang gambarku dan si dia. Tersenyum bahagia seperti kami pasangan yang paling bahagia di dunia ini. Ben mengeluh dan mengambil tempat di sisiku. Jemariku dipegangnya erat.


            “Babe… aku faham perasaan kau. Kau mungkin rasa marah sebab tengku tak jujur pada kau. Tapi percayalah babe. Tengku mungkin bersalah kerana dia tak jujur. Tetapi, dia tak tipu bila dia kata dia cintakan kau babe. He’s really love you. Beberapa hari ni aku tengok dia bagaikan orang mati bini aje. Tertekannya dia tak payah cakaplah. Kalau aku mungkin dah jadi gila. Tapi aku salute dengan dia. Dia tak pernah lelah nak mencari kau. Que Sha kata dah tengah malam baru dia sampai ke rumah. Gara-gara mencari kau. Tu pun balik di dalam keadaan yang tak tenang. Menangis dan melepaskan marah dia di dalam bilik. Betapa tertekannya dia setelah kau tinggalkan dia babe…”Jelas Ben padaku. Aku mengelap air mata yang jatuh. Sebegitu sekali kah keadaannya? Patutlah semalam dia kelihatan sugul dan tak bermaya.


            “I don’t know Ben. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan…” Jelasku pada Ben dan menangis. Menangis dan menangis. Beberapa hari ini aku bagaikan bocor air mataku. Seringkali menangis. Aku sudah tidak kuat menghadapi semua ini sendirian. Sakitnya terasa amat. Ben terdiam dan memelukku.



            “Aku bingung Ben…” Balasku lagi. Ben mengeluh dan memegang kedua pipiku.


            “Aku tak berada di tempat kau. Tapi aku faham apa perasaan kau babe. Aku dah hidup dengan kau selama lima tahun ni. Walaupun sekejap. Tapi ianya cukup membuat aku mengenali kau luar dan dalam. Kita dah macam adik beradik. Sakit kau. Sakit juga aku….” Balas Ben dan mengelap air mataku. Nafasnya dihelakan dan kembali menyambung kata-katanya.


            “Setiap apa yang kau buat selepas ni aku akan selalu sokong kau asalkan ianya membahagiakan kau. Ingat babe. Aku selalu ada di sisi kau. Jika kau perlukan aku. Aku selalu akan ada di sini untuk bersama kau. Tapi satu aku nak ingatkan kau. Dendam takkan akan membawa apa-apa erti pada hidup. Tetapi kebahagian dan percintaan kau membawakan erti yang mendalam kepada hidup kau. Fikirkan babe. Kita hidup di dunia tak lama. Tak de gunanya berdendam dan membenci selamanya. Hidup kau takkan tenang…” Balas Ben dan kembali memelukku.


            “Ben… Aku akan pergi dari sini. Aku akan bina hidup baru aku… Aku nak lari dari semua ni. Aku perlukan ketenangan Ben…” Kataku pada Ben perlahan. Spontan Ben menolak tubuhku sedikit dan memandangku. Keningnya dikerutkan.


            “Mmmm.. ma.. maksud kau? Kau nak pergi ke mana?” Soalnya tergagap. Aku mengeluh dan memandang ke frame gambarku bersama Tengku Ezkandar Heidi.


            “Canada….”








*****AKU CINTA KAMU******




You can't undo anything you've done, but you can face up to it. You can tell the truth. You can seek forgiveness. And then let Allah swt do the rest…





TENGKU EZKANDAR HEIDI turun dari Ferrarinya dan memandang ke rumah banglo dua tingkat di hadapannya. Menurut maklumat yang Burn berikan padanya. Alamat Doctor Mikail adalah di tempat itu. Nafas dihelakan dan Ray Ban hitamnya dibetulkan. Tubuh dibawa dekat pada bell pagar rumah tersebut. Ditekan sebanyak dua kali dan kelihatannya ada seorang wanita yang sedikit berumur yang memakai baju baju kurung dan kain batik berjalan ke pintu pagar.


            “Ya encik? Nak cari siapa?” Soal wanita tadi.


            “Saya nak berjumpa dengan Dr.Mikail. Ini rumah Dr.Mikail?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada wanita tadi.


            “A’ah. Betullah tu. Ini rumah Dr.Mikail. Hurm encik ni siapa ya?” Soal wanita tadi kembali. Tengku Ezkandar Heidi melepaskan nafas lega. Alhamdulilah.


            “Saya Tengku Ezkandar Heidi. Saya datang sini nak berjumpa dengan Dr.Mikail.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Wanita tadi kelihatan terkejut.


            “Err. Masuklah tengku. Sebenarnya doctor dah lama tunggu kedatangan tengku.” Balas wanita tadi dan menjemput Tengku Ezkandar Heidi untuk masuk. Terkejut Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Doctor Mikail menanti saya?” Soalnya hairan. Wanita tadi anggukkan kepalanya dan tersenyum.


            “Ya. Tadi doctor kata jika ada lelaki yang bernama Tengku Ezknadar Heidi mencari dirinya. Dia meminta Mak Pah membawanya masuk dan berjumpa dengannya. Marilah kita.” Balas wanita bernama mak pah tadi dan berjalan masuk ke dalam banglo tersebut. Tengku Ezkandar Heidi mengetap bibir. Tidak menyangka doctor muda itu tahu akan kedatangannya. Bagaikan rancangannya sudai diketahui oleh lelaki itu. Tubuhnya dibawa mengikut wanita bernama Mak Pah tadi masuk ke dalam banglo tersebut.


            “Duduklah tengku. Mak Pah panggilkan doctor sekejap.” Balas Mak Pah lembut dan menjemput Tengku Ezkandar Heidi duduk. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Tubuhnya didudukkan di sebuah sofa. Matanya meliar-liar memandang ruang tamu mewah tersebut. Namun, matanya terpaku pada sebuah frame gambar. Tubuhnya di bawa berdiri dan mendekati gambar tersebut. Keningnya dikerutkan apabila melihat gambar lelaki yang berada di dalam gambar tersebut. Gambar seorang lelaki menerima ijazah. Tulisan yang terdapat di bawah gambar tersebut dibaca.


            Dr.Mohammad Mikail bin Dato Mohammad Aziz

            Master of Medicine (Veterinary and animal studies)

           And Master Of Philosophy

            The University of Sydney.


            “I was graduate six years ago. Same university with Triesya…” Jelas satu suara garau di belakang Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menoleh dan memandang Doctor Mikail yang berdiri di belakangnya sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar. Lelaki itu tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi.


            “What do you mean?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Mikail tersenyum.


            “Saya dan Triesya satu University dahulu.  Dia mengambil Master of medicine (reproductive health sciences and human genetics) and master of philosophy.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.



                She’s your ex?” Tembaknya. Mikail tergelak.


            “I hope so. But the answer is no. Kami adik beradik angkat. She’s my sister..” Jelas Mikail dan tersenyum. Amat pasti yang Tengku Ezkandar Heidi cemburu akan hubungannya dan Triesya. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas lega.


            “Tengku adalah kekasih pertama dia dan cinta pertama dia. Awak sungguh bertuah kerana memiliki dia.” Balas Mikail lagi. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.


            “I don’t know. Dia amat marahkan saya sekarang ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi lemah. Mikail tersenyum. Bahu Tengku Ezkandar Heidi ditepuk.


            “Tak ada istilah berputus asa di dalam percintaan. Dia mungkin marahkan tengku.But she’s really love you. Dia sendiri mengaku dengan saya yang dia cintakan tengku. Dia Cuma tak dapat nak terima tengku tak jujur dengan dia dan tengku ni anak saudara permepuan yang dia benci.” Jelas Mikail. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Rambutnya diraup ke belakang.


            “Saya sedar saya salah kerana tak jujur dengan dia. Tetapi, saya buat macam tu kerana saya takut dia tak dapat nak terima saya. Terima saya sebagai anak saudara perempuan yang dia benci. Tapi percayalah. Saya jujur cintakan dia. Saya tak pernah ada perasaan ini pada mana-mana wanita. Hanya dia seorang di hati ni.” Balas Tengku Ezkandar Heidi kesal. Mikail tersenyum. Tak salah sangkaannya. Tengku Ezkandar Heidi memang benar cintakan Triesya. Hanya lelaki itu dapat bahagiakan Triesya. Bukan dirinya


            “Mungkin sekarang ni dia tengah on the way nak ke airport….” Balas Mikail tiba-tiba. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.


            “What do you mean? I don’t get it…” Balas Tengku Ezkandar Heidi hairan. Mikail tersenyum.


            “Triesya. Flight dia ke Canada adalah pada jam 11 pagi nanti. Pergilah tengku. Pergilah kejar cinta tengku. Hanya tengku yang dapat membahagiakan adik kesayangan saya tu…” Jelas Mikail. Dia redha. Triesya bukan tercipta untuknya. Namun Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tercengang.


            “Www. Wh.. what?!  Canada?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi tak percaya. Jantungnya bagaikan berhenti berfungsi seketika. Mikail anggukkan kepalanya.


            “But why?” Soalnya hairan.


            “Dia nak pergi dari sini. Mulakan hidup baru dan lupakan semua ni. Kalau benar Tengku cintakan dia. Pergilah mengejar cinta tengku dan bawalah dia balik. Saya doakan tengku dan Trieysa bahagia bersama. In Shaa Allah.” Balas Mikail. Spontan Tengku Ezkandar Heidi ingin berlari keluar dari banglo doctor Mikail dan mengejar Triesya. Namun saat tiba di muka pintu dia kembali mendekati Mikail dan memeluknya.

           
            “Thanks a lot doc! I owe you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi sebelum pergi. Mikail tersneyum dan menepuk bahu  Tengku Ezkandar Heidi lembut.


            “Good luck.” Ucap Mikail ikhlas dan Tengku Ezkandar Heidi tersneyum. Kepalanya dianggukkan.


            ‘Abang doakan Trish bahagia…’ Bisik hati Mikail sambil memandang Tengku Ezkandar Heidi yang membuka pintu keretanya.


            “Mike…” Panggil Datin Jamiliah kepada anak terunanya. Bahu Mikail disentuh. Mikail berpaling dan tersenyum memandnag umminya.
           

            “Ummi…” Jawabnya dan memeluk bahu umminya.


            “Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tetapi Allah swt yang menentukan jodoh kita…” Ucap Datin Jamiliah lembut pada anak terunanya. Dia tahu selama ini Mikail mencintai Triesya di dalam diam. Cerita yang diceritaka Mikail padanya selama ini menejlaskan perasaan lelaki itu pada Triesya. Namun dipendam kerana Triesya hanya menganggapnya sebagai abang sahaja.


            “Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Doakanlah yang terbaik buat Triesya sayang. Ummi pasti. Jodoh Mike ada di luar sana. In Shaa Allah.” Sambung Datin Jamiliah lembut. Mikail tersenyum dan menahan sebak di dada. Sukar sekali mencinta di dalam diam.


            “Mike sentiasa doakan yang terbaik buat dia ummi…  Kebahagiaan Trish juga adalah kebahagiaan Mike.” Balas Mike lembut dan memeluk tubuh umminya. Dilepaskan sebak di dalam hatinya yang ditahan sejak tadi.    



Sometimes it's hard to love someone because you're so afraid of losing them.






******AKU CINTA KAMU******




Hohohohohoho... Lalalalalal



AKU memandang jauh keluar teksi. Melihat langit dan awan. Keadaan cuaca agak baik dan cerah. Bagaikan merestui pemergianku. Nafas dihela. Tubuh disandarkan ke kerusi teksi. Mataku dipejam dan terasa ada air mata yang mengalir jatuh membasahi pipiku.


Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta


Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja



            Aku membuka mataku dan mengamati lirik lagu tersebut. Lagu yang dipasang oleh pak cik teksi yang ku naiki. Ianya sama seperti perasaanku saat ini. Hambar sekali. Teringat kembali apa yang ummi katakan padaku sebelum balik tadi.


            “Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina dan menghukum saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan dan kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?” Soal ummi kepadaku dan mengusap pipiku. Aku terdiam. Kenapa semua orang menasihatiku? Adakah diriku sudah melepasi batasan?


            “Allah swt berfirman: ‘Dan hendaklah mereka memaafkan dengan lapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah swt mengampunimu?’. Memaafkanlah mereka sayang sebelum terlambat….”


            “Cik? Kita dah sampai.”  Balas pemandu tersebut dan menoleh memandangku. Aku tersentak dari lamunanku dan mengelap air mataku. Sunglases hitamku dibetulkan dan mengeluarkna not duit rona biru kepada pemandu tadi sebelum aku keluar.


            “Keep the change…” Balasku dan keluar. Pemandu tadi turut keluar dan mengeluarkan luggage ku.


            “Terima kasih cik.” Balasnya dan tersenyum. Aku hanya tersenyum dan menganggukan kepala.






*****AKU CINTA KAMU*****







TENGKU EZKANDAR HEIDI memandu di dalam keadaan yang laju dari kebiasaannya. Stering kereta ditumbuk kuat melempiaskan marahnya di situ. Perkara yang paling dikesalkan di dalam hidupnya adalah menipu pada gadis yang dicintainya sepenuh hati. Kalaulah saja dia jujur selama ini. Adakah hubungan mereka akan sebahagia sebelum ini?


            Bluetooth earphone di pasang ke telinga dan nombor handphone Burn didail. Bibirnya diketap. Dua kali percubaannya menelefon Burn namun lelaki itu tidak menyambutnya. Membuatkan hatinya semakin panas.


            “Hhhh.. Helo boss.” Jawab Burn dengan nada suara yang gagap dan takut-takut.


            “Where the hell are you?! Aku call banyak kali dan kau tak sambut?!” Marah Tengku Ezknadar Heidi. Yang sebenarnya melempiaskan marahnya pada lelaki itu.


            “I’m sorry boss. Saya banyak kerja tadi.” Balas Burn. Tengku Ezkandar Heidi merengus.


            “Call pihak airport and make sure Triesya belum berlepas lagi. She’s wants to get back to Canada. Aku tak tahu apa kesukaran yang harus kau hadapi untuk menghalang dia. Yang aku tahu dia takkan berlepas selagi aku tiba di airport. Aku akan tiba di airport dalam 10 minit lagi. Lengahkan dia. Just use you my name. Tengku Ezkandar Heidi. Their will knew it. I’ve my share on that airlines.” Arah Tengku Ezkandar Heidi dan memutuskan panggilan. Burn pula meneguk liur. Kepala digaru dan memandang handphonenya. Susahnya orang bercinta ni. Disebabkan itulah dia lebih senang bersedirian daripada mempunyai commitment pada mana-mana gadis.






****AKU CINTA KAMU******






AKU menanti giliranku di balai pelepasan. Leher diurut. Terasa lenguh. Beberapa hari aku tidka punya tidur yang nyenyak dan cukup. Ianya benar-benar membunuhku kini. Topi pula ditundukkan kembali. Takut-takut ada yang mengenaliku.


            “Miss Triesya?” Soal seorang pramugara kepadaku dan memandang pasportku.  Aku anggukkan kepala dan dia memandangku penuh curiga. Dia memandnag pada temannya seorang pramugari dan anggukkan kepalanya kepada pramugari itu. Aku kerutkan kening. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan.


            “Miss. Ada masalah bagi passport miss Triesya. Izinkan kami membawa miss untuk selesaikan masalah ini. Jangan risau. Kapal terbang akan menunggu.” Kata pramugari tadi lembut kepadaku. Aku mengeluh.


            “What do you mean by that? My passport tak akan tamat tempohnya kerana saya selalu fly!” Marahku pada mereka. Mereka terdiam dan saling berpandangan.


            “I’m sorry miss. We’ve to. Please cooperate with us. Kami hanya melaksanakan arahan pihak atasan.” Balas pramugara tadi. Aku mengetap bibir dan mengikut pramugari tadi. Mata-mata penumpang lain tidak kuhiraukan.


            Aku dibawa ke sebuah bilik. Aku kerutkan dahi. Masalah passport perlu diuruskan di dalam bilik ni ke? Aku dah curiga. Pramugari tadi tersenyum memandangku dan berhenti di hadapan muka pintu bilik tadi.


            “Sila masuk miss.” Katanya kepadaku lembut dan tersenyum. Aku hanya anggukkan kepala dan memandangnya yang pergi meninggalkan aku. Pintu bilik tersebut dibuka dan aku menapak masuk ke dalam bilik tersebut. Sebuah bilik menunggu yang ekslusif khas untuk golongan VVIP. Aku kerutkan dahi memandang sesusuk tubuh lelaki yang kemas memakai kot serba kerlabu membelakangiku. Kedua tangannya dibawa masuk ke dalam poket seluarnya.


            “Ehem…” Dehemku sengaja agar orang itu sedar akan kehadiranku.


            Lelaki tadi menoleh dan tersenyum memandangku. Wajahku spontan berubah saat itu. Dia? Apa mahunya dia padaku lagi? Bibirku diketap geram. Adakah ini permainannya? Masalah pada passportku konon! Masalahlah sangat! Rupanya ianya hanya muslihat lelaki ini sahaja.







*****AKU CINTA KAMU****




There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go.





TENGKU EZKANDAR HEIDI mendekati Triesya yang merah mukanya menahan marah. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Terasa berdebar berhadapan dengan gadis itu kini.


            “Hi sayang…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi dan menyentuh jemari Triesya. Namun, ditarik kasar oleh Triesya dan gadis itu memeluk tubuhnya. Tengku Ezkandar Hedi tersenyum kelat.


            “Apa lagi yang you nak dari I? I kan dah kata jangan jumpa I lagi selepas ni!” Marah Treisya. Tengku Ezkandar Heidi merenung wajah cantik yang dirinduinya itu.



            “I miss you…” Bisiknya perlahan. Triesya terdiam. Kata-kata Tengku Ezkandar Heidi sejujurnya membuatkan dirinya terharu. Dirinya juga menrindui lelaki itu.


            “But I hate you…” Balas Triesya.


            “I love you…” Balas Tengku Ezkandar Heidi pula dan tersenyum. Sengaja ingin mencabar Triesya. Dia rindu gadis itu memarahinya. Dia rindu keletah dan celoteh Triesya. Triesya mendengus.


            “But I not lll… I not…” Triesya ingin membalas bahawa dirinya tidak mencintai Tengku Ezkandar Heidi. Namun, lidahnya bagaikan sukar untuk menuturkannya. Dia cintakan Tengku Ezkandar Heidi. Bagaimana ingin dituturkan bahawa dirinya tidak mencintai lelaki itu. Lidahnya lagi jujur akan perasaannya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menaikkan keningnya nakal. Dia tahu Triesya sukar untuk mengatakan bahawa dirinya tidak mencintai Tengku Ezkandar Heidi.


            “Hurm?” Sakat Tengku Ezkandar Heidi dan mendekati Triesya. Triesya pula setapak Tengku Ezkandar Heidi mendekatinya semakin dia mengundur setapak.


            “What?!” Soalnya kasar pabila Tengku Ezkandar Heidi menyakatnya. Tengku Ezkandar Heidi menaikkan keningnya dan semakin melangkah mendekati Triesya dan Triesya pula tetap megundur dan mengetap bibirnya.


            “Aku cinta kamu sayang. Sangat…” Bisiknya lagi dan tersenyum. Triesya menghelakan nafas berat.


            “I bencikan you okay!” Balasnya geram. Tengku Ezkandar Heidi. Sudah kembali ke perangai lamanya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mendekati Triesya sehinggakn Triesya terperangakap di antara dinding dan tubuh sasanya. Kedua-dua tangan Triesya dikunci dengan kedua tangannya di dinding dan wajahnya didekatkan ke wajah Trieysa. Spontan Trieysa menutup matanya. Dia cuba untuk melawan namun kudratnya hanya tidak dapat melawan kudrat lelaki Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            Wajah Triesya yang sedang menutup kedua matanya itu direnung. Cantik sekali dan dipandang banyak kali pun takkan bosan. Dengan perlahan bibirnya didekatkan pada pipi Trieysa. Dicium pipi kanan Triesya lembut.



            “Aku cinta kamu sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut ke telinga kanan Triesya dan mencium pipi kirinya pula.


            “Aku sayang kamu sayang…” Bisiknya pula ke telinga kiri Triesya lembut. Mengeliat kegelian Triesya dibuatnya dan membuka matanya perlahan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dengan reaksi Triesya. Kali ini bibirnya mendarat pula ke dahi Triesya. Lama. Sehinggakan Triesya menutupkan matanya kembali. Dia cinta. Dia sayang. Dia rindu. Semuanya bercampur baur kembali. Dengan perlahan Tengku Ezkandar Heidi menarik tubuh gadis dicintainya itu ke dalam pelukannya. Dipeluk kemas tubuh gadis itu. Menyalurkan rasa rindunya selama ini. Triesya pula membalas dan secara perlahan tangannya turut memeluk tubuh sasa Tengku Ezkandar Heidi. Kepalanya disandarkan ke dada bidang Tengku Ezkandar Heidi. Matanya dipejam dan merasai kehangatn tubuh lelaki itu. Kenapa dunia begitu kejam? Desis hatinya.


            “I miss you sayang. So much… please don’t leave me. I janji akan berubah. I janji akan jujur pada you… please babe…” Rayu Tengku Ezkandar Heidi lembut ke cuping telinga Triesya. Triesya terdiam…


            “Please… Jangan buat I macam ni… please leave me alone tengku…” Balas Triesya dan merungkaikan pelukannya. Tubuh Tengku Ezknadar Heidi ditolak jauh dari tubuhnya. Triesya menangis. Siapa kata perpisahan itu senang? Ia membunuh.


            “I won’t leave you sayang… I love you. I’m really love you. Please. Forgive me…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memegang kedua pipi Triesya. Mata gadis dicintainya itu direnung penuh kasih. Triesya membalas. Air matanya disapu lembut oleh Tengku Ezkandar Heidi. Jujur. Dirinya turut tersentuh pabila melihat air mata lelaki itu.


            “I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one. I juga manusia biasa. Yang tahu erti sakit dan disakiti…” Balas Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.


            “I tahu I salah. I mengaku I salah. But please jangan hukum I macam ni. I cintakan you…..” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memeluk Triesya kembali. Namun gadis itu menolak dan mengalihkan pandangannya.


            “If you really love me please leave me.. Jangan cari I lagi lepas ni. Anggap Triesya tak pernah wujud di dalam hidup you… And tentang perjanjian tu. You buatlah apa you nak buat. Nak saman I? Just do it. I sanggup bayar dari bersama kembali dengan you. Bunuh I pun I sanggup!” Balas Triesya dan ingin berlalu. Namun, tangannya ditarik oleh tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menariknya kembali agar mendekati lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan meraup wajahnya.Tubuhnya di bawa mendekati meja coffee yang terdapat di dalam bilik tersebut. Sampul rona putih yang berada di atas meja tersebut diambil dan dibawa dekat pada Triesya.


            “Ini maksud you kan? Perjanjian kita. Ianya dah tak penting. Selama kita bersama. It’s about love sayang. Not about this agreement! Okay! Mulai saat ini dan detik ini. Takkan ada perjanjian di antara Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan mata yang memerah. Sampul surat yang berisi perjanjian mereka berdua ditarik keluar dan dikoyak dihadapan Triesya.


            “I dah koyakkan perjanjian kita sayang. There’s no more agreement between us! I do love you! Damn much! Please!” Sambung Tengku Ezkandar Heidi dan menarik Triesya yang sedang menangis ke dalam pelukannya. Terasa badan gadis itu bergegar kerana menagis. Tengku Ezkandar Heidi mengharap agar hubungan mereka akan normal seperti sedia kala. Kembali bersama Trieysa dan mencintai gadis itu adalah impiannnya kini. Dia ingin mengangkat status gadis itu menjadi isterinya….


            “Aku. Cinta. Kamu…” Bisik Triesya dengan tersekat-sekat pada Triesya. Tengku Ezkandar Heidi Tersenyum. Alhamdulilah. Desisnya di dalam hati.


            “But I’ve to go… Give me time and space to thinks about us… Tolong jangan tunggu I. kerana I tak pasti sama ada I akan kembali atau tidak. Thanks for everything. Thanks for show me what love is…. It’s beautiful. But… It hurting too. Take care sayang..” Bisik Triesya ke telinga Tengku Ezkandar Heidi dan mencium pipi Tengku Ezkandar Heidi lama. Terasa pipi lelaki itu sembab kerana menangis. 
           

            Triesya membawa dirinya mendekati pintu. Namun langakahnnya terhenti di saat namanya dipanggil oleh Tengku Ezkandar Heidi. Matanya dinaikkan ke atas dan nafasnya dihelakan.


            “I akan tunggu you.. Tak kira berapa lama you nak. I akan tetap menunggu you. But please remember that I’ll always love you. Aku cinta kamu Syarifah Bikash Batriesya. Akan selalu cinta. Sekali I cinta akan selamanya cinta. Pergilah ke mana pun you nak. But I nak you tahu. Sehingga ke kutub utara sekalipun. I tetap akan cari dan tunggu you…” Kata Tengku Ezkandar Heidi nekad dan dia terduduk di situ apabila Triesya tetap melangkah keluar dari bilik tersebut.


            “Arghhhhh!!!!” Jeritnya. Melepaskan rasa amarah dan sedih di dalam hati. Sakitnya cinta. ianya membunuh di dalam diam. Tubuhnya di bawa diri dan menumbuk dinding sepuas hatinya. Triesya pergi meninggalkan dirinya. Namun dia tetap akan menunggu. Menunggu. Menunggu. Dan menunggu sehingga Triesya kembali padanya. Biar orang kata dia bodoh. Biar orang kata dia gila. Namun dia tetap akan mencintai triesya dan menunggu gadis itu kembali padanya. Dia faham perasaan Tengku Amsyar kini....



            “Aku akan tunggu kau Triesya. Seribu tahun sekalipun. Aku akan tetap tunggu kau!” Bisiknya perlahan  dengan air mata yang jatuh ke pipi.


            Burn yang berdiri di muka pintu mengelap air matanya dan mengelengkan kepalanya. Tak sangka cerita cinta bossnya sebegitu tragis sekali. Seperti drama di televisyen. Tak sangka lelaki sehebat Tengku Ezkandar Heidi sanggup berkorban demi cintanya…. Siapa kata cinta itu tidak berkuasa? Ianya bisa mengubah seorang lelaki yang tegas dan serius menjadi seorang lelaki yang lemah kerana cinta……










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






*********************************************




Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~






Hi! how was the story? Sad? Best? Romantic? Blur? Or dang? Huhuhu. I’m really sorry sebab late update L Kite busylah wak. Ni pun curi masa sekejap nak update. Demi awak-awak kite sanggup tau curi masa tu sekejap L Baik tak kite? Huhuhu. Masuk bakul angkat sendiri engkau!


            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF kerana saya lambat update ACK BAB 28. Saya ingin MEMINTA MAAF juga jika ada salah pada ejaan, ayat dan perkataan di dalam cerita ini.  Juga, sekiranya ianya terover, terlebih dan sebagai ‘ter’ lagi. MAAFKAN SAYA. L Saya hanya manusia biasa yang bisa melakukan kesalahan. Silalah ambil yang positivenya sahaja dan buang negativenya. Thinks smart babe! Oh ya, chill sudah. tak payah harsh-harsh ukeh J


            Apakah yang akan terjadi kepada episode cerita cinta Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Bagaimana pula hubungan Triesya dan papa serta ibu tirinya? Adakah mereka akan berbaik? Nantikan entry seterusnya babe. Hwaiting~ J


            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment J much appreciated it! Love you awak! J Please! Please! Please! Leave ur comment! J




SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J





Till then,






Sincerely,




21 comments:

  1. awak.. lma kita tggu awak update ACK 28 ne..thanks!
    tggl 2 n3 lg nak tmat ACK ne..
    que EZ cool down! trish kmfm balit kat que ez n maafkan papa n mummy tiri dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi miss anonymous!
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      huhu sory awak! kite busylah wak. :(
      heheh err nmpaknya mcm tulah. but bkn 2 n 3 n3 lagi. ada pnambahan lah awak. hehe =) peace! hwaiting ukeh!

      Delete
    2. terbaik la ratu
      (T_T) sedih gilerrr..huhuu
      que ez sanggup tunggu triesya walaup0n triesya pergi..Ratu nati update ack 29 cepat2 tau..x sabar nk tunggu..que ez u can do it babe..
      jangan putus asa ok..
      i sokong u..huuhuh

      Delete
    3. awak thanks yer :)
      sorry yer awak kite xdpt update awal :(
      Mlm ni kite update ukeh :)
      hwaiting awak

      Delete
  2. triesya btul2 mrhkan que ez.
    ratu, jgn update lmbt sgt k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      sorry yer kite late update :( hrp fhm... huhu
      a'ah. triesya mrh sgt dgn que ez. sometimes ada sstengah org amat menitik beratkan KEPERCAYAAN dan KEJUJURAN. pabila keduanya di khianati. scra autimaticnya kite akan merasa marah,kcwa dan sedih. itulah yg dialami triesya dear :)

      Delete
  3. Hmmm..what to say...adakah Que Ez perlu mengorbankan dirinya sekali lagi untuk mendapatkan kemaafan dan cinta Triesya... So sad..hey..wake up Que Ez..1st love hard to forget but she not you fiance or wife though..If Triesya want to start a new life then so you do la babe... bak kata pepatah 'cinta tak semestinya memiliki'..someone else for you waiting outside and when u found her pls don't do the same as you did to triesya ye... (alamak berjela pula...hehehe).. :). Ratu mlm nie ada e3 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe yeryer cinta tak semestinya memiliki. tapi bak kata anuar zain kite. 'Jika cinta tidak seharusnya memiliki kenapa ianya sakit?' Hahaha.
      Alorh. sorry ya awak kite late update :(
      mlm ni kite update ukeh :)
      hwaiting dear

      Delete
  4. uwaaaaaaa.....sedih2..emo terlebih bca part ni..:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment :)
      hehe nah tisu! =P

      Delete
  5. huhu.... TRIESYA!!!
    ^_^ .. best3!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment sis :)
      hehe thanks dear

      Delete
  6. ratu x nie biar triesya pulak yg kejar que ez..
    selalu que ez je dok kejar dia, baktu dia egois..
    cikit2 merajuk que ez je yg pujuk tp bilo que ez merajuk,huh cian kt que ez,,geram gileeee ngn triesya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe jangan geram awakkkk. kite seram! hehehe. =P

      Delete
  7. Hish rs geram plak kt trish ni.... Bkn bsr pn slh q iz tu....
    Ngada ja lebih....

    ReplyDelete
  8. Kesian dgn Que Ez ye... sampai hati Trish tinggalkan
    Que Ez wpun dia dh ckp cinta pada Trish... yg sudah tu
    maafkanlah ye Trish sedangkan dua-dua sama cinta jgnlh
    sehingga Que Ez pula yg merajuk membawa diri. Tk Ratu
    ada m3 baru 28 ingat xda lega rasa ada n3 baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      a'ah. jahatkan. cian que ez :(
      hehehe uwc awak :)
      hwaiting ack 29 mlm ni yer :)

      Delete
  9. Correction
    - HE ACTED like he......
    - HE LOVES YOU atau HE IS IN LOVE WITH YOU
    - IT'S FULL OF LOVE, LOYALTY AND HEALTH
    - I GRADUATED six years ago.....
    - Use my name. They will know it.
    - but i don't LOVE YOU ata i am not in love with you
    - i have shares in those airlines.

    ReplyDelete
  10. -......time and space to THINK about us........
    -.....I REALLY LOVE YOU....(tak ada am lepas i)
    - Thanks for SHOWING m what love is.......it HURTS too....

    ReplyDelete