Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday 25 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 29










Aku cinta kamu bab 29




It’s hurting me, but it’s ok. I’ll stand here till you came.




BURN mengaru kepalanya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sedang melempiaskan marahnya di track lumba kereta. sudah berpuluh pusingan sudah dibuat. Pula tu siap dengan aksi membahayanya. Naik lemah jantung burn melihatnya. Kepala digelengkan. Tengku Ezkandar Heidi. Pabila dah frust menonggeng. Beginilah jadinya. Melempiaskan kekecewaan dan kemarahannya dengan aktiviti yang membahayakan nyawanya. Samalah seperti Tengku Amsyar sepupunya Tengku Ezkandar Heidi. Yang baiknya, Tengku Ezkandar Heidi tidak memudaratkan orang lain. Tetapi memudaratkan dirinya seorang.


            “Burn!” Panggil Tengku Aliff dan Ragel Errick yang baru tiba ke club tersebut. Burn menoleh dan memandang keduanya. Senyuman kelat diberikan. Burnlah yang menelefon mereka berdua tadi. Dah tak tahu bagaimana caranya nak buat Tengku Ezkandar Heidi berhenti. Kalau memandu kereta dengan kadar kelajuan yang laju sahaja tidak mengapa. Ini siap dengan adegan langgar-langgarlah segala. Selagi kereta tu tak rosak dan hancur tak berhenti agaknya.


            “Que Liff, Encik Ragel.” Sapa Burn kembali dan tundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.
            “What happen actually? He’s look stress.” Soal Ragel Errick sambil memandang tengku Ezkandar Heidi yang masih memandu di track. Kepalanya digelengkan.tidak pernah lelaki itu membuat gaya seperti itu. Orangnya lebih bersikap cool walau apa jua masalah yang melandanya. Namun kini…


            “Errr. Macam mana eh nak explain…” Balas Burn gagap dan mengaru kepalanya.
           

            “Bagitahulah kita orang Burn kenapa Que Ez jadi macam tu? Naik seram aku tengok. Ada juga yang masuk hospital ni.” Rungut Tengku Aliff tidak sabar. Geram pabila Burn ragu-ragu untuk mengabarkan pada mereka.


            “Errr. Sebenarnya boss jadi macam tu sebab tengah frust.” Jelas Burn. Tengku Aliff dan Ragel Errick mengerutkan dahi.


            “Frust? Maksud kau?” Soal Ragel Errick hairan.


            “Boss dah break up dengan Miss Triesya. Miss Triesya dah tinggalkan dia dan balik ke Canada….” Jelas Burn dan mengaru lehernya pula. Bukan kebiasaannya menceritakan hal bossnya kepada orang lain. Namun kali ini saat darurat. Teman-teman Tengku Ezkandar Heidi perlu berada di sisinya bagi menaikkan semangat lelaki itu.


            “What?!?!!” Soal Tengku Aliff dan Ragel Errick serentak. Seraya tidak percaya yang pasangan romantic itu berpisah secara tiba-tiba. Setahu mereka keduanya selama ini baik-baik sahaja. Tiada ura-ura punya perang dingin. Selalu berkepit dan bahagia di mata mereka.


            “Err. Janganlah jerit macam tu sekali Que Liff, Encik Ragel. Sakitlah telinga saya ni.” Rungut Burn sambil mengosok kedua telinganya. Terasa bingit pabila Tengku Aliff dan Ragel Errick menjerit kuat.


            “Burn. Kita orang serius ni. Kau jangan nak mainkan kita orang pula. Aku tak percayalah dia orang tu dah break up. Bukan dia orang nak kahwin ke?” Soal Tengku Aliff tidak percaya. Setahunya Tengku Ezkandar Heidi ada mengambarkan kepadanya bahawa dirinya ingin melamar Triesya di dalam masa yang terdekat ini. Burn melepaskan nafas beratnya. Kepalanya digelengkan.


            “Semua tu jadi angan-angan jelah Que Liff. Miss Trieysa dan boss betul-betul dah break up. Miss Triesya dan bawa diri ke Canada. That’s why boss frust macam tu sekali. Gerun saya tengok.” Jelas Burn.


            “But why? Aku tengok mereka berdua okay je.” Soal Ragel Errick. Burn mengeluh.


            “Nak saya ceritakan juga ke? Did I’ve any option?” Soal Burn. Rasa tak selesa teramat. Takut nanti Tengku Ezkandar Heidi marahkan dirinya kerana mencanangkan hal peribadi lelaki itu. Tengku Aliff dan Ragel Errick menarik nafas geram. Burn betul-betul mencabar kesabaran mereka berdua.


            “Burn…..” Panggil keduanya dengan nada suara yang sengaja dileretkan. Spontan Burn mengangkat kedua tangannya. Tahu yang keduanya sudah mulai cuak dengan dirinya. Mahu tidak mahu dia terpaksa beralah.


            “Okay. Okay. Sebenarnya selama ini boss sembunyikan status hubungannya dengan Datin Tengku Merissa. Ibu saudara boss tu sebenarnya adalah ibu tiri kepada miss Trieysa. Miss Trieysa dan bapa serta ibu tirinya pula mempunyai hubungan yang dingin. Disebabkan itu Miss Triesya todak dapat terima dan dia menyangka boss berkomplot dengan ibu saudaranya untuk mempermainkan perasaan Miss Trieysa. Fuh! Lega…” Balas Burn panjang lebar. Kedua lelaki di hadapannya mengerutkan dahi.


            “I thought Trish dah tahu. So tentang PC dan gambar-gambar mesra mereka sekeluarga tu hanya lakonanlah?” Soal Tengku Aliff. Burn anggukkan kepalanya. Tengku Aliff dan Ragel Errick mengelegkan kepala. Rumit sekali hubungan keduanya. Baru sahaja ingin bahagia. Ada sahaja  ynag menghalang. Sebelum ini Tengku Amsyar. Kali ini pula…


            Dup!!!!!


            Spontan mereka bertiga memandang ke arah track apabila kedengaran bunyi yang kuat yang datangnya dari track. Terjengil mata ketiganya apabila melihat kereta Tengku Ezkandar Heidi sudah terbalik. Dengan sepantas kilat mereka bertiga dan pekerja-pekerja club tersebut bergegas mendapatkan Tengku Ezkandar Heidi.
                       

            “Que Ez? Kau okay tak ni?” Soal Tengku Aliff cemas dan duduk membongkok memandang Tengku Ezkandar Heidi. Namun lelaki itu hanya bersikap tenang dan seperti tiada apa yang berlaku. Nasiblah ada alat kesalamatan yang dipakainya. Namun satu yang Tengku Aliff sedar. Mata lelaki itu kelihatan merah. Nafasnya dihelakan. Pertama kali Tengku Ezkandar Heidi mengalami kekecewaan sebegini teruk di dalam hidupnya. Namun lelaki itu hanya tenang dan melepasan kemarahan dan kesedihannya dengan cara tersendiri.


            “Que Ez better kau keluar.” Arah Ragel Errick pabila melihat keadaan kereta tersebut. Pintu kereta dibuka dan Tengku Ezkandar Heidi ditarik. Lelaki itu hanya membuat seperti biasa dan hanya mendiamkan dirinya. Tubuhnya dibawa menjauhi kereta. Namun setelah beberapa langkah. Langkah kakinya berhenti dan memandang Burn.


            “Burn.” Panggilnya dengan nada suara yang tiada perasaan. Burn menoleh memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi.


            “Ya boss?” Soal Burn gugup.


            “Give me your lighter..” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Burn kerutkan dahi,


            “Nak buat apa boss?” Soal Burn hairan.


            “Just. Give. Me. the. lighter. Burn.” Balas Tengku Ezkandar Heidi satu-satu dan tekankan perkataannya. Burn meneguk liur. Lebih-lebih pabila melihat jelingan Tengku Ezkandar Heidi. Kecut perut dibuatnya. Lighter yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan dan diberi kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi pula menyambut dan dengan selamba Lighter tersebut dibuka dan dibaling ke arah keretanya sebelum berlalu pergi.


            “Que Ez!”


            “Boss!”


            Jerit mereka bertiga serentak bersama pekerja-pekerja club tersebut. Terkejut dengan tindakan selamba Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang melangkah tenang meninggalkan track dipandang. Lelaki itu sukar diduga keputusannya.


            “Faster! Matikan api tu sebelum dengan satu club ni meletup!” Arah Ragel Errick kepada pekerja-pekerja club tersebut. Mereka dengan pantas bergegas mematikan api pada kereta yang menyala itu.


            “He’s crazy! This is too much!” Rungut Ragel Errick dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang sudah meniggalkan mereka.


            “Ini baru sedikit Gel. Kau belum kenal dia lagi. Bila gila dia dah datang. Silap-silap company dia tu pun dia bakarkan… Biarlah dia tenangkan dirinya dulu.” Balas Tengku Aliff dan turut melangkah mendapatkan Tengku Ezkandar Heidi. Sejak kecil dia sudah rapat dan mengenali Tengku Ezkandar Heidi. Semua tentang lelaki itu dia tahu. Dia seorang yang tenang. Namun, pabila lelaki itu marah. Kemarahannya bagaikan api yang menyala. Sukar dipadam dan Tengku Aliff pasti. Hanya Triesya mampu memadam api kemarahan Tengku Ezkandar Heidi.


           



****AKU CINTA KAMU*****




Love is hurting me….




TRIESYA yang sedang duduk dan memandang penuh  khusyuk pada tasik di hadapannya tersentak pabila bahunya disentuh dari belakang. Wajahnya dipaling dan memandang wajah yang sudah dimamah usia namun masih ada cantiknya itu. Senyuman kecil diberikan. Tangan wanita itu yang mendarat dibahunya dipegang.


            “Kenapa duduk di sini? Fikirkan apa?” Soal Pn Hjh Cathleen kepada cucu perempuan kesayangannya dengan pelat englishnya. Satu-satunya cucu tunggalnya dengan Tn Hj Syed Badrul. Tubuhnya didudukkan di sebelah Triesya.


            “Tak ada apalah granny. Just, pandang tasik tu je. Cantik. Kash rindu nak tengok.” Bohong Triesya pada grannynya. Pn Hjh Cathleen tersenyum. Bahu Triesya diusap. Tahu yang Triesya berbohong padanya.


            “Miss him?” Tembaknya. Keningnya dinaikkan dan bibirnya mengukirkan senyuman. Triesya menoleh memandang grannynya dan mengertkan dahi. Him? Granny tahu ke?


            “What do you mean by ‘him’?” Soal Triesya hairan. Pn Hjh Cathleen tergelak kecil.


            “Granny tahu apa yang terjadi sama Kash selama ini. Apa itu orang Melayu kata? Makan banyak garam?” Balas Pn Hjh Cathleen dan berkerut dahinya. Fahamannya pada peribahasa Melayu amatlah kurang. Triesya tersenyum.


            “Terlebih dulu makan garamlah granny.” Jelas Triesya dan tergelak kecil. Terasa lucu dengan sikap nendanya itu. Masih banyak kelemahannya pada bahasa Melayu. Namun dia tidak pernah lelah untuk belajar.


            “Hah! That’s what I mean actually. So?” Balas Pn Hjh Cathleen. Triesya kerutkan dahi.


            “So?” Soal Triesya kembali. Pn Hjh Cathleen tergelak kecil.


            “Miss him?” Soal Pn Hjh Cathleen kembali. Triesya tersenyum kelat.


            “I don’t know…” Balas Triesya perlahan. Raut wajah si dia terbayang di ruang matanya. Apa khabar dirinya?


            “Love is blind dear. Even, granny falls in love with grandpa. Lelaki yang berlainan bangsa dan agama dengan granny. Ianya bukan satu penghalang. Apatah lagi kepada you berdua. The problem here is you. You dah set di minda dan hati you yang you tak akan memaafkan Merissa. Then, it’s came up. Membenci dan berdendam. Sehinggakan lelaki yang mencintai you, you benci hanya kerana dia adalah nephew kepada Merissa and he lied to you. Kash. Sometimes we’ve to lie because of the situation. Please be mature. Your dad, your stepmom and him bukan muda lagi. One fine day, Allah swt akan mengambil mereka semua dari you. Enjoy the life dear. Membuang masa dengan membenci dan berdendam hanya merugikan you.” Nasihat Pn Hjh Cathleen panjang lebar. Triesya terdiam. Sedikit sebanyak apa yang grannynya nasihat menusuk ke dalam hatinya.


            “Macam mana granny tahu tentang semua ni?” Soal Triesya hairan. Tidak menyangka Pn Hjh Cathleen mengetahui banyak perkara mengenai kehidupannya. Pn Hjh Cathleen tersenyum.


            “Maybe we’re apart dear. Jauh beribu kilometer. But that’s not the reason kepada granny and grandpa untuk tidak mengambil tahu tentang you. You satu-satunya zuriat Balqis. Of course we’re worried about you. Grandpa selalu berhubung dengan orang kepercayaan dia untuk mengetahui maklumat mengenai you. Sometimes your dad and he contact each other’s. He’s still our son-in-low. Tak bermakna Balqis dah tak ada kami akan membuang dia. Granny mengaku hubungan your dad and grandpa sedikit tak baik sejak your dad berkahwin lagi. But lama kelamaan grandpa dapat terima hakikat yang anak perempuannya dah meninggal dunia dan menantu lelakinya berkahwin lagi. Plus, your dad still anggap kami sebagai kedua ibu bapa mertuanya dan hormatkan kami. So.. kenapa grandpa boleh terima sedangkan you tak? Grandpa and you berada di dalam situasi yang sama dear.  Balqis is her dautghter. You sendiri tahu bukan Balqis adalah orang yang paling rapat dengan grandpa berbanding Baqri. Hanya kemaafan dapat membuat hidup kita tenang dear…” Balas Pn Hjh Cathleen dan mengelap air mata Triesya. Triesya. Kehidupannya sejak 5 tahun yang lalu amat berubah sebanyak 360 darjah. Bapa yang selama ini disayangi dan dihormati telah dibenci sehingga kini.


            “Kash tak tahu nak explain macam mana. Bila berdepan dengan papa dan perempuan tu Kash secara automaticnya akan rasa marah. Lebih-lebih lagi pabila teringatkan papa berkahwin lain selepas je mama meninggal dunia. Kash tak dapat terima semua ni. Semua orang kata Kash harus redha dengan semua ni. Mereka semua hanya menitik beratkan keperitan dan kesedihan papa dan perempuan tu. Tetapi mereka semua tak pernah fikir apa perasaan Kash. Semua kata Kash salahlah. Kash kejam. Tetapi mereka semua tak tahu Kash jadi macam ni pun disebabkan papa! Hidup Kash tak tenang macam ni….” Luah Triesya sedikit emosi. Pn Hjh Cathleen mengeluh dan memeluk cucunya penuh kasih.


            “In Shaa Allah. Granny pasti jika selepas ni Kash memaafkan dan melupakan semuanya. Hidup Kash akan lebih tenang sayang. Granny faham. How hard you’ve to face it. But you must remember dear. He’s your dad. In Islam and as a daughter, it’s sin when you didn’t respect your parents. Granny tak suka cucu granny tak hormatkan parents. It’s same like you didn’t respect me too. Arwah mama you tak pernah didik you menjadi seperti ini. Masih ingat pesan your mom? Take care of your dad. He’s your responsibility now. Trust me, he’s always love you.” Balas Pn Hjh Cathleen dan mengusap lembut rambut Triesya. Dikucup lembut ubun-ubun cucu kesayangannya itu. Triesya terdiam. Dapatkah dia memaafkan dan melupakan semuanya?







*****AKU CINTA KAMU******




Aku begini apa adanya…..




TENGKU EZKANDAR HEIDI yang ingin melangkah masuk ke dalam biliknya ditegur oleh Puan Sri Tengku Merissa yang sengaja berjaga kerana menunggu anak terunanya itu. Lewat benar baliknya. Selalunya paling lambat pun jam 2 ataupun 3 subuh baliknya. Ini pula, dah 4 lebih. Ke mana perginya? Sejak dua tiga hari ini perilaku Tengku Ezkandar Heidi berubah. Berubah menjadi dingin dan workhaholic sekali. Jika ada masanya di rumah sekalipun pasti dia akan berkurung di dalam bilik. Sudah jarang keluar bersosial. Puan Sri Tengku Merissa pasti perubahan Tengku Ezkandar Heidi ada kaitannya dengan pemergian Triesya ke Canada. Menurut Datin Tengku Merissa, Triesya telah kembali ke Canada. Membawa dirinya. Kepalanya digelengkan. Begitu dugaan sekali hubungan keduanya.


            “Que Ez? Lambat balik?” Tegur Puan Sri Tengku Merissa kepada Tengku Ezkandar Heidi yang sedang berdiri di muka pintu dan membelakangkan dirinya. Sedikit pun tidak menoleh. Apatah lagi menyahut. Begitulah sikapnya sejak beberapa hari ini.


            “Banyak kerja dekat office.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dingin.


            “Que Ez kalau ya pun workhaholic sangat janganlah sampai tak jaga kesihatan diri tu. Keluarnya sebelum matahari naik. Pulangnya pula selepas matahri turun. Itupun nak dekat-dekat matahari nak naik. Apa nak jadi dengan Que Ez ni? Que Ez sedar tak yang Que Ez buat mummy risau? Even Trieysa sendiri jika tahu Que Ez macam ni pasti dia tak suka.” Balas Puan Sri Tengku Melissa.


            “Mummy please. Que Ez tak ada mood nak berbual sekarang ni. Maafkan Que Ez. Good night mom…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berjalan masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu. Puan Sri Tengku Merissa tercengang. Tidak menyangka reaksi Tengku Ezkandar Heidi sebegitu rupa. Pandang mummynya pun tak sudi. Puan Sri Tengku Merissa menghelakan nafas beratnya. Sampai bilakah Tengku Ezkandar Heidi akan berkelakuan seperti itu?


            Tengku Ezkandar Heidi yang berdiri menyandar di muka pintunya jatuh terjelepok di lantai. Air mata yang ditahan sejak tadi mengalir keluar. Terbayang kembali wajah cantik si dia yang menenami hidupnya selama ini. Yang menjadi semangat kepada hari-harinya untuk hidup dengan lebih semangat hanya untuk si dia.


“But I’ve to go… Give me time and space to thinks about us… Tolong jangan tunggu I. kerana I tak pasti sama ada I akan kembali atau tidak. Thanks for everything. Thanks for show me what love is…. It’s beautiful. But… It’s hurting too. Take care sayang..”


I akan tetap tunggu you tak kira berapa lama sekalipun you perlukan… I akan buktikan pada you cinta I hanya untuk you seorang…” Bisiknya perlahan dan menyandarkan kepalanya pada pintu. Biliknya yang diterangi dengan lampu yang malap dipandang. Terasa kosong sekali hidupnya. Bagaimana ingin diteruskan hidupnya selama ini? Mengejar Triesya ke Canada? Rasanya bukan idea yang baik. Dia tidak ingin Triesya pergi menjauh darinya lagi. Dia akan memberikan Triesya masa dan ruang. Tetapi tidak bermakna dia akan biarkan Triesya begitu sahaja. Semua ativiti hariannya Tengku Ezkandar Heidi pantau. Ya. Hanya itu yang dapat menenangkan dirinya saat ini. Hanya itu yang mampu dilakukannya saat ini. Menjaga dan memandang dari jauh


            Sejak beberapa hari ini dia lebih suka menyibukkan dirinya dengan urusan syarikat dan mengurung dirinya di dalam bilik. Jika tidak ke pejabat pasti dia akan mengurungan dirinya di dalam bilik sahaja. Itulah aktiviti hairannya kini. Biarlah orang kata dia berubah. Apatah lagi mengataan dia bodoh kerana berkelakuan seperti itu kerana seorang gadis. Apa yang orang kata tak penting baginya. Yang penting adalah dirinya dan Triesya….






*****AKU CINTA KAMU*****



I wish….



AKU yang sedang memandang jauh ke laut biru di hadapanku tersenyum bahagia di saat terasa 
ada tangan kasar yang melingkar ditubuhku dari belakang. Tubuhku di peluk dari belakang dan perutku yang memboyot diusap penuh kasih. Terasa dagunya mendarat di bahuku dan bibirnya di leherku.


            “Aku cinta kamu sayang…” Bisiknya penuh kasih ke telingaku dan mencium leherku. Aku tersenyum bahagia dan memandangnya di sisi.


            “Aku cinta kamu juga sayang…” Balasku penuh kasih padanya dan mencium pipinya. Dia tersenyum dan mengeratkan pelukannya pada tubuhku. Perut yang membonyot kembali diusapnya.


            “Anak daddy hari ni sihat tak?” Bisiknya padaku. Aku tergelak dan membalas genggaman tangannya pada jemariku.


            “Anak daddry hari ni sihat. Macam mummy dia. Semakin hari semakin gemuk!” Balasku padanya dan tergelak. Yang sebenarnya aku sengaja berkata sebegitu kerana sememangnya diriku sudah semakin berisi kini. Ibu mertuaku kata, semuanya kerana pembawaan budak.


            “Bukan gemuklah. Body mummy still sexy lagi. Buat daddy tak keruan je tengok. Rasa nak gigit mummy. Pipi ni semakin hari semakin buat daddy geram. Makin membulat. Macam kuih pau je.” Balasnya dan mencium pipiku berulang kali melepaskan geramnya. Aku tergelak bahagi namun tidak mengelak dari diciumnya. Hanya membiarkan sahaja.


            “Ye ke sexy? Body mummy dah tak solid dah. So daddy nak cari lain ke?” Dugaku nakal kepadanya. Spontan dia memusingkan tubuhku agar memandangnya. Raut wajahnya tida seceria tadi. Tetapi lebih serius. Daguku ditarik lembut agar beradu pandangan dengannya. Aku hanya menurut dan tersenyum.


            “Trust me. Body mummy still solid. Honestly, daddy tak kisah. Body mummy solid ke. Gemuk ke. Body tak penting. Plus, mummy jadi macam ni sebab daddy kan… Mestilah daddy suka. Daddy yang bertanggungjawab…” Jelasnya padaku dan mengeyitkan matanya nakal. Aku tergelak dan mencubit kedua pipinya. Memang aku menjadi begini adalah kerananya…. Hahahaha. Jangan kuning okay! Sebenarnya sejak-sejak mengandung ni dia suka turutkan saja apa yang aku nak makan. Katanya demi anak dan aku. Durian di dusun nenek pun sanggup diambilnya walaupun ketika malam. Semuanya demiku. Tetapi haruslah ada Tengku Aliff,Ragel Errick dan Burn yang menjadi mangsanya mengambil buah durian tersebut. See! Betapa sayangnya dia padaku. Hehehe.


            “But… Tentang cari perempuan lagi. Sumpah demi Allah Swt. Daddy berani bersumpah. Hanya mummy di hati dan mata daddy. In Shaa Allah. Daddy selalu berdoa supaya perasaan ini tak akan berubah. Please trust me baby… Daddy susah tahu nak dapatkan bidadari yang berada di dalam pelukan daddy ni. So kenapa nak sia-siakan bidadari ni. Dia dah sanggup menerima cinta dan mengandungkan zuriat daddy. Daddy dah cukup bersyukur sayang… Mungkin mummy selalu dengar daddy cakap macam ni. But daddy takkan pernah lelah nak ucapkan ‘terima kasih’ kepada mummy kerana menerima cinta daddy, menjadi isteri daddy dan mengandungkan anak daddy. Terima kasih sayang…” Sambungnya lagi dan mencium ubun-ubunku penuh kasih. Aku memejamkan mataku dan terasa ada air mata yang mengalir.



            “Sama-sama daddy mummy. Tengku Ezkandar Heidi…” Balasku dan…..


            
           Ting!



           Ting!



            Ting!



            “Astagfirullah’alazim.” Spontan aku terbangun dan menyandar di kepala katilku. Lampu tidur dibuka dan wajahku diraup. Kenapa aku mimpikan dia? Apa erti mimpi itu? Betapa bahagianya aku dan dia. Adakah aku akan berpeluang merasai kebahagiaan seperti itu dengannya? Adakah dia benar-benar mencintaiku? Ya Allah Swt. Bantulah aku tenangkan hatiku…. Aku meraba kedua pipiku. Terasa lembab di situ. Aku menangis di dalam tidurku????






B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





***************************************************






Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~







HI ladies! how was the story? J Sorry jika kebosanan melanda di situ. Hehe. ACK bab  29. Best? Sweet? Romantic? Cool? Sad? Or dang? Huhuhuhuhu.



            Saya Ratu Adriana Nadine ingin MEMINTA MAAF kerana kelewatan saya mengupdate ACK BAB 29 ini. Diharap awak-awak faham L Jangan marah eh. Nanti aku jual! Hahahaha. J Nah gulagula! Hehehe. Saya juga ingin MEMINTA MAAF jika ada kesalahan bagi ejaan, perkataan, ayat dan sebagainya. Juga jika ada yang terover, terlebih, tak logic, dan ter sebagainya. Hahahahaha. Aku melalut yawww!




            Ladies, korang rasa apa yang akan berlaku kepada Triesya? Adakah Triesya akan beralah dan kembali kepada Tengku Ezkandar Heidi? Ataupun akan tetap dengan egonya? Hwaiting for the next entry ladies! J Oh my English! Erk! Tetiba engkau! Hahahaha. J



            Thanks for those that dropping by and leave your comment J Much appreciated it dear. Please! Please! Please! Leave your comment dear  J Love you!





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.






Till then,










Sincerely,

12 comments:

  1. que ez btul2 frust smpai lpskan kmrhan dia dgn cara berbahaya.
    triesya balik la semula ke pangkuan que ez.
    bt pa nak berpisah jika dlm hati masih ada cinta.
    ratu, lps ni update la pnjg2..
    x cukup plak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear =)
      a'ah. sbb ada taw org yg mcm que ez ne. suka melepaskan kmrhn dia dgn cra ekstrem :)
      hehe betulbetulbetul
      hehe sorry wak pndk je n3 kli ni
      next n3 pnjg :)

      Delete
  2. huwaaaa!!!!
    tacing da niey... muahaha
    hrp2 mimpi trish jdi kenyataan amin.. kuikui... hehe
    BEST...BEST...BEST~~~~!!!
    HwAiTiNg!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe aminaminamin
      thanks dear.
      hwaiting :)

      Delete
  3. Sempurna sangat ke Triesya tu..? Salah sikit pun dah sentap tahap apa entah...Menyampah pula dgn dia niey...Dah x de Que Ez ku y macho, y manja, y romantik, y comel, y sweet..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIss anonymous
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      xda manusia yg smpurna dear
      biasalah tu bla kita trasa dikhianati oleh org yg kita cinta rsanya lain :)
      hehe xpe awak. lps ni dah ada dah :)

      Delete
  4. ingatkan mereka kawin td..rupa2ny0 mimpi..
    aduh peras deng..huuhu
    moga2 mereka bahagia nt..que ez pergi la cari triesya or triesya ke pergi jumpa que ez tu..x payah maj0k lama2
    ratu n3 ni pendek sngt sih..
    x puas deng bace..(^_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe ehkau frust ko? xpo. kita tgu mereka kahwin ukeh. hehe :)
      aduh. sorry dear.
      next n3 in shaa allah panjang :)
      hwaiting awak~

      Delete
  5. love que ez and triesya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI aprilsix
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe love awak jg

      Delete
  6. Correction
    - He looks stressed
    - do i have any options?
    - Please be MATURED
    - Sometimes he and your dad ......
    - son-in-LAW
    - Balqis is HIS DAUGHTER
    -it is A sin.....
    -he always love you

    ReplyDelete