Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 26 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 30












AKU CINTA KAMU BAB 30





AKU melepaskan nafas berat dan memandang ke sekeliling airport. Sekali lagi aku kembali ke sini. Namun, bezanya aku kembali bersama grandpa dan granny. Setelah puas dipaksa aku akhirnya akur dan mengikut mereka balik ke sini. Jika tidak memikirkan esok hari adalah hari ulang tahun kematian arwah mama pasti aku tidak akan beralah. Grandpa dan granny pula buat pertama kalinya balik ke sini semula sempena majlis tahlil buat arwah mama. Selama ini, mereka tidak akan balik dan hanya membuat majlis tahlil di Canada sahaja. Pastinya kerana Grandpa yang masih berjauh hati dengan papa. Namun, kali ini berbeza. Tambahan pula, keduanya sudah lama tidak melawat kubur arwah mama. Pasti keduanya rindu.


            “Kash? Let’s go dear.” Bisik granny kepadaku dan menarik lenganku lembut agar mengikutnya mendekati papa dan auntie Merissa yang sedang tersenyum menyambut kedatangan kami. Pasti grandpa yang memaklumkan pada papa akan kepulangan kami.


            “Asalamualaikum wbt daddy, mummy, sayang…” Sapa papa kepada kami bertiga dan tersenyum manis. Begitu juga dengan auntie Merissa. Tangan grandpa disalam dan mereka saling berpelukan. Aku memandang ke arah lain pabila papa memandangku. Pastinya dia menunggu aku untuk menyalamnya.


            “Kash…” Tegur grandpa kepadaku dengan meleretkan suaranya. Aku mengeluh. Grandpa tegas betul. Seminggu aku di Canada. Seminggu jugalah telingaku dicuci olehnya. Hampeh! Granny kata perangai kami berdua sama sahaja. Tetapi grandpa orangnya lebih lembut hati sedikit berbandingku. Tangan papa yang dihulurkan olehnya aku sambut dan menyalam dengan lagak mahu tidak sahaja. Pabila papa cuba untuk mencium dahiku, aku pula sengaja melarikan wajahku darinya. Membuatkan papa termalu sendiri.


            “Kash… Please behave yourself baby…” Tegur grandpa sekali lagi dan mengelengkan kepalanya. Aku mendencit dan memandang ke arah lain. Kedengaran suara papa mengeluh.


            “It’s okay dad.” Balas papa dengan nada suara perlahan.


            “I’m sorry Zar.” Balas granny pula. Aku hanya mengetap bibir. Apa perlunya meminta maaf pada papa.

           
            “Kash. Salam your auntie Merissa..” Tegur granny. Aku mengeluh dan memandang granny dengan pandangan penuh makna. Granny membesarkan matanya tanda menyuruhku menyalam tangan wanita itu.


            “Kash…” Tegur grandpa lagi. Aku mengeluh dan menyalam tangan wanita itu. Seperti papa. Aku menjauhkan diriku pabila dia ingin mencium pipiku dan memeluk. Terdiam auntie Merissa dengan penerimaanku.


            “Kash…..” Tegur granny padaku dan aku memeluk tubuh. Memalingkan wajahku ke arah lain dan mataku terhenti pada susuk tubuh Ben yang sedang berdiri tidak jauh dari kami dan melambai-lambaikan tangannya kepadaku. Spontan aku mengukirkan senyuman.


            “I’ve to go. See you later grandpa, granny.” Kataku kepada keduanya dan menyalam dan mencium pipi mereka.


            “Hei! Nak ke mana?” Soal grandpa kalut dan menarik tanganku dekat dengannya.


            “Nak balik dengan Ben. There he is. Rindu dengan Ben.” Jelasku dan menunjukkan Ben pada mereka. Ben tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya.


            “Okay. But remember, malam ni tidur di rumah your dad. Grandpa tunggu di sana. Ingat Kash apa yang grandpa kata.” Amaran grandpa kepadaku. Aku mengembungkan pipi. Spoil betul grandpa ni.


            “Ya. Ya. I know.” Balasku dan mencium pipinya sebelum berlalu pergi.






******AKU CINTA KAMU*****







DATO SYED AL-AZHAR yang melihat tubuh anak dara yang dirinduinya itu melangkah mendekati Ben dipandang dengan pandangan sayu.  Terasa rindu dengan anak gadisnya itu. Dia tahu di sebalik senyuman Triesya pada Tn Hj Syed Badri ada kesedihan dan keperitan di dalam hidupnya.


            “Sabarlah Zar. Berdoalah supaya dilembutkan hatinya.” Kata Tn Hj Syed Badri dan menepuk bahu menantunya itu. Dato Syed Al-Azhar tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya.


            “In Shaa Allah dad.” Balasnya dan tersenyum.


            “Jomlah berangkat. Merissa dah sediakan makanan tengah hari kita.” Sampuk Datin Tengku Merissa pula. Tn Hj Syed Badri dan Pn Hjh Cathleen tersenyum dan anggukkan kepala mereka. Ternyata isteri baru Dato Syed Al-Azhar memang baik orangnya. Di saat pertama kali Dato Syed Al-Azhar memperkenalkan isterinya itu kepada mereka berdua. Ternyata wanita itu peramah dan baik orangnya. Mereka mengenali Datin Tengku Merissa kerana wanita itu teman baik kepada Syarifah Balqis.


            “Baik sangatlah tu. Daddy pun dah lapar ni.” Balas Tn Hj Syed Badri dan mengusap-usap perutnya sehinggakan mereka berempat tergelak. Perjalanan jauh mereka dari Canada balik ke negaranya sendiri menaiki private jet nya memenatkan dirinya.






*****AKU CINTA KAMU****






BEN sejak tadi menjeling Triesya di sisi. Baru sahaja tadi gadis itu tersenyum ceria. Namun, kini sudah muram kembali dan berkhayal. Kepala digelengkan. Entah apa nak jadi dengan Triesya. Si tengku dengan gayanya begitu. Si Triesya dengan gayanya begini pula. Kepala digelengkan.


            “How was canada?” Soal Ben. Triesya menoleh memandangnya di sisi.


            “Not bad. Kuda aku si blacky dah ada anak.” Balas Triesya dan tersenyum kecil pabila teringatkan kuda yang diberi nama blacky itu. Dihadiahkan oleh Tn Hj Syed Badri ketika dia berumur 17 tahun. Kiranya green light kepada dia untuk menunggang kudalah kononnya. Kerana dahulu dia hanya mampu melihat Syed Hadriey dan Syed Haider menunggang kuda dan dia hanya duduk di tepi sahaja.


            “Wow. It was great! So puan dia ni bila nak ada anak? Eh. Sorry babe.” Sakat Ben kepada Triesya namun pabila menyedari keterlanjurannya cepat-cepat dia meminta maaf. Terlupa yang Trieysa sedang berkabung saat ini. Triesya hanya tersenyum kelat dan kembali memandang ke depan.


            “It’s okay Ben…” Balasnya pendek. Ben mengaru kepalanya.


“Kau okay ke babe? Aku minta maaf. Kalau aku buat kau terasa.” Soal Ben serba salah. Triesya menoleh memandang ben di sisi dan memberikan senyuman kelat buat Ben. Kepalanya digelengkan.


            “I’m okay babe. Don’t worry. Hurm.. Apa khabar dengan Bobo?” Soal Trieysa. Ben mengetap bibirnya.


            “Err. Macam mana eh nak explain..” Jawab Ben gugup. Stering kereta diketuk-ketuk menutup resahnya. Triesya mengerutkan dahinya.


            “Kenapa babe? Ada apa-apa yang buruk ke terjadi dengan Bobo?” Soal Triesya cemas.


            “Eh. Eh. Bukan! Bukan! Kau janganlah salah faham. Bukan macam tu.” Sangkal Ben pantas.


            “Dah tu?”
           

            “Errr. Kalau aku bagi tahu kat kau. Kau jangan marah eh?”Soal Ben takut-takut. Triesya mengerutkan dahinya.


            “Apa maksud kau ni Ben? Cakap jelah!” Balas Triesya geram. Ben bagaikan ingin bermain tarik tali dengan dirinya. Ben tersengih.


            “Err. Sebenarnya dalam beberapa hari ni, Bobo… Err… Bobo…” Jawab Ben tergagap. Triesya mendengus.


            “Bobo kenapa Ben?!!” Sergah Triesya geram.


            “Bobo dijaga oleh Tengku Ezkandar Heidi! Hah! Fuh! Lega! Erk!” Latah Ben dan mengigit jarinya di saat wajah Triesya mulai berubah.
           

            “What?!!!” Jerit Triesya terkejut. Emergency break Ben dibuatnya. Nasiblah juga tiada kereta di belakang mereka. Jika tidak memang naya!


            “Aduhai! Babe! Janganlah jerit! Sakit tahu telinga aku!” Rungut Ben dan mengosok-gosok telinganya. Triesya mendengus.


            “Kenapa tengku yang jagakan Bobo? Kau apa kes?” Soal Triesya. Ben tersengih dan mengaru kepalanya.
           

            “Aku jagalah… Tetapi sejak-sejak kau takde ni si Bobo tu meragamlah babe. Asyik nak berkurung dalam bilik kau aje. Aku bagi makan tak nak. Pernah sehari tu tangan aku ni jadi mangsa kuku dia yang tajam tu tahu. Nasiblah ada tengku. Tengku datang dan tenangkan Bobo. Gatal juga kucing kau tu. Nak juga daddy dia yang pujukkan.” Jelas ben. Trieysa terasa resah pabila mendengar cerita Ben.


            “So apa reaction Bobo bila daddy dia pujuk?” Soal Triesya. Ben tersengih. Nak juga Triesya mengambil tahu akan keadaan daddy si Bobo tu. Kata benci. Ceh!


            “Apa lagi? Kata daddy dia. Sukalah dia. bila tengku bagi dia makan. Dia ikut je. Cikabeng betul kucing kau tu! Nasib cute! Kalau tak memang aku hantarkan ke pusat penjagaan kucing! Erk! Ada ke?” Balas Ben dan berfikir sendiri. Triesya mengelengkan kepalanya. Ben. Adakalahnya otak si Ben ni ada putus wayarnya juga.


            “So tengku kata apa dekat kau?” Soal Triesya penuh minat dan memandang Ben yang kembali memandu itu. Kereta mulai bergerak kembali. Ben menoleh memandang Triesya di sisi dan kembali memandang ke depan kembali.


            “Tengku kata dia nak jaga Bobo sementara mummy Bobo takde kat sini. Dia takut nanti kau marahkan dia pula kalau-kalau ada apa-apa terjadi pada Bobo. Tapi aku tahu, dia sebenarnya nak melepaskan rindu pada kau. Bobolah tempat dia lepaskan rindu. Cara dia berbual dengan Bobo bagaikan anak beranak betul je. Kau tahu tak? Perfumed kegemaran kau tu. Alarh. Yang Gucci tu. Tengku ambil hari tu. Katanya nak buat lepaskan rindu. Aduhai. Kasihan tau aku tengok dia. Kalau aku ni kau. Mahu je aku peluk si tengku tu saat tu juga. Nampak blur je dia.” Jelas Ben panjang lebar dan ternyata setiap butir bicara yang keluar dari bibir Ben itu membuatkan Triesya tersentuh dan terharu. Jujur. Dia juga rindukan lelaki itu….


            “Kasihannya dia…” Luah Triesya tanpa sedar. Ben menoleh memandang Triesya di sisi dan kerutkan dahi.


            “Kasihan? Dah tahu kasihan. Datanglah jumpa dia. Pujuk dia. Kembali pada dia. I’m sure dia akan terima kau kembali babe.” Jelas Ben. Triesya terdiam.


            “Mahu ke dia?” Soal Triesya. Ben tersenyum.


            “Babe. Tengku Ezkandar Heidi tu teramat cintakan kau. Kau tahu tak sehingga sekarang ni dia masih tunggu kau. Kalau kau nak tahu, selepas je kau tinggalkan dia tu. Satu kereta lumba dia bakar bagi melepaskan marah dia.” Jelas Ben. Triesya terkejut.


            “Kau kata apa tadi? Kereta lumba? Bakar? But why?”Soal Triesya hairan. Tak sangka sebegitu sekali Tengku Ezkandar Heidi melempiaskan marahnya.
           

            “Sebab kau tinggalkan dialah babe. That’s why dia lepaskan kemarahan dia sebegitu sekali. Que Sha kata sekarang ni dia benar-benar dah berubah. Kalau tak ke office pasti dia akan berkurung di dalam bilik.” Jelas Ben. Triesya gelengkan kepalanya. Tidak menyangka sebegitu sekali keadaan lelaki itu.


            “Entahlah Ben. Aku sendiri tak faham dengan diri aku…” Balas Triesya perlahan. Ben mengeluh.


            “Babe. Aku tahu kau cintakan dia juga. Kalau tak, takkan angklet tu kau masih pakaikan?” Soal Ben dan menjeling kaki Triesya yang terdapat Angklet pemberian Tengku Ezkandar Heidi itu. Triesya turut menjeling kakinya dan mengeluh.

      
      “Buanglah ego kau tu babe. Sekarang ni kebahagiaan kau lebih penting…” Sambung Ben dan gelengkan kepalanya. Triesya mengetap bibir.


            “Entahlah Ben. Sakit kepala ni fikir. Hurm. Dahlah. Kita lupakan. Now, aku nak kau ambil kembali Bobo dari Tengku. Tapi jangan maklumkan pada dia yang aku dah balik. Fullstop!” Balas Triesya dan menyandarkan tubuhnya dan berpeluk tubuh. Matanya ditutup. Patut ke dia ikut apa yang Ben katakan? Haruskah dia melupakan semuanya dan memilih untuk bersama dengan Tengku Ezkandar Heidi? Dapatkah dia memaafkan papanya dan berbaik dengan wanita itu? Semuanya benar-benar membuatkan dirinya bingung.


            “Aduh! Mampus!” Bisik Ben perlahan dan mengetuk dahinya. Tak tahu bagaimana caranya nak mengambil Bobo kembali dari Tengku Ezkandar Heidi. Pastilah banyak tanya dari lelaki itu. Triesya yang sedang memejamkan matanya di jeling. Dia sendiri sudah tidak memahami gadis itu. Orangnya sukar diduga. Dia sayang. Dia cinta. Tapi tetap membuat Tengku Ezkandar Heidi macam tu. Susah sangat ke nak memaafkan? Desis hati Ben.







*****AKU CINTA KAMU******






AKU menapak masuk ke dalam rumah papa tanpa berpaling memandang mereka semua yang sedang berada di living room saat ini. Tubuhku yang penat kerana membersihakn kondoku bersama Ben tadi ku bawa naik ke tingkat atas. Saat ini aku amatlah perlukan rehat. Lelah sekali kurasakan. Tiada mood untuk menghadap muka papa dan wanita itu.


            “Sayang? Dah makan?” Kedengaran suara papa memanggilku di hujung tangga. Aku yang sudah berada di tingkat atas menoleh memandangnya di bawah yang tersenyum memandangku. Aku mengeluh dan gelengkan kepala. Tubuhku kembali melangkah ingin masuk ke dalam bilik.


            “Nanti turun ya. Kita minum malam bersama.” Jerit papa sedikit kuat agar aku mendengarnya. Aku hanya menutup telingaku dan membuka pintu bilik. Lampu bilik dan aircond di pasang. Keadaan bilikku yang kemas dan tanpa debu itu membuatkan aku mengeluh. Aku tahu. Pasti wnaita itu yang membersihkan bilik ini. Kenapa dia begitu baik padaku? Ikhlaskah dia ataupun sekadar ingin berlakon? Handbag ku simpan di atas meja solek dan luggage ku yang tersimpan kemas di sisi katil ku buka. Aku pasti papa yang menyimpannya di situ. Segala baju milikku aku keluarkan dan menyimpannya di dalam almari. Gown tidur ku ambil dan membawanya masuk ke dalam bilik air. Namun langkahan kakiku terhenti di saat mataku terpaku pada handbagku. Bibir diketap dan tubuhku kembali di bawa mendekati meja solek. Handbag diambil dan Iphone yang sudah lama menyepi aku keluarkan.


            Tubuhku aku dudukan di atas katil dan menyimpan gown tidurku di sisi. Bibir diketap. Patut ke aku on kan Iphone ni? Dengan lafaz bismillah tanganku menghidupkan Iphone tersebut. Terpampang gambarku dengan si dia di situ. Gambar yang diambil ketika aku menemaninya menonton wayang di saat dia merajuk padaku. Mahu tak mahu aku ikutkan sahaja pabila dia denagn selambanya mengambil gambarku dan dirinya. Bibirku mengukirkan senyuman kecil dan aku dapat merasakan mataku mulai kabur.


            “I rindukan you…” Bisikku perlahan.


            Tet!


            Tet!


            Tet!


            Aku tersentak tatkala Iphoneku berdering menandakan ada message yang masuk. Bukan satu tapi berpuluh kali. Berkerut keningku dibuatnya. Bibir digigit. Jariku dengan perlahan membuka satu message dan ianya dari si dia….


+Love.. I miss you.. L I need you right now…


+Baby… Aku cinta kamu sayang. I’ll always love you…


+Baby.. How was the day? I’ve a lot of work today… I miss you L


            Aku mengelap air mata yang mengalir. Hampir setiap hari lelaki itu menghantarkan message buatku dan menelefonku. Sebegitu sekali dia merinduiku… Sejenak, aku berfikir. Patutkah aku mengikut apa yang Ben katakan padaku tadi? Membuang egoku dan kembali padanya???


            Kring!


            Kring!
           

            Kring!


            Terbeliak mataku di saat melihat nama pemanggil tersebut. Dia? Hah! Pastinya dia sedar kerana messaganya delivered. Dengan pantas aku mematikan kembali Iphoneku. Batterynya ku cabut dan lemparkan ke atas katil. Kenapa? Kenapa dia masih menungguku?







*****AKU CINTA KAMU*****






TENGKU EZKANDAR HEIDI menghempaskan dirinya di atas katil. Iphone dilempar di sebelah. Kenapa Triesya tega mematikan handphonenya kembali? Tidak rindukah Triesya pada dirinya? Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Matanya dipejam. Kehidupannya kini dirasakan seperti mayat hidup. Hidup hanya kerana perlunya dia hidup. Selebihnya dia tiada tujuan untuk dituju.


            “Kenapa buat hubby macam ni?” Bisiknya perlahan.


            “Que Ez?” Panggil suara lembut Puan Sri Tengku Melissa dan duduk di sisi anaknya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi kembali duduk dan mengelap air matanya. Dialihkan wajahnya ke arah lain. Puan Sri Tengku Melissa mengeluh. Tengku Ezkandar Heidi yang berada di hadapannya kini bukanlah Tengku Ezkandar Heidi yang dikenalinya selama ini. Berbeza sekali.


            “Yes mom…” Balasnya perlahan. Puan Sri Tengku Melissa mengusap lembut belakang Tengku Ezkandar Heidi.


            “Sorry. Mummy dah ketuk tadi. Tapi Que Ez tak dengar. So mummy masuk jelah…” Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Tahu bahawa anak terunannya tidak suka hak privasinya diganggu.


            “It’s okay mom.” Balasnya pendek dan memberikan senyuman kelat pada Puan Sri Tengku Melissa.


            “Are you okay?” Soal Puan Sri Tengku Melissa penuh prihatin. Tengku Ezkandar Heidi menundukkan wajahnya.


            “Okay…” Balasya perlahan. Puan Sri Tengku Melissa menarik nafas perlahan.


            “Esok ikut mummy ya?” Soalnya. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan memandang Puan Sri Tengku Melissa di sisi.


            “Ke mana?” Soalnya hairan. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum kecil.


            “Rumah bapa mertua Que Ezlah. Daddy syed buat majlis tahlil buat arwah isterinya.” Jelas Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi tercengang.

           
            “Majlis tahlil arwah mama?” Soalnya hairan.


            “Amboi. Arwah mama eh.” Sakat Puan Sri Tengku Melissa. Tergelak kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Merah mukanya kerana malu.


            “Err. Dah terbiasa. Trish selalu sebut macam tu…” Jawabnya segan. Puan Sri Tengku Melissa tersenyum.


So nak ikut tak?” Soal Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ezkandar Heidi terdiam.


“Ada Triesya tau…” Sambung Puan Sri Tengku Melissa. Spontan Tengku Ezkandar Heidi bersinar matanya memandang mummynya.


“Triesya dah balik?” Soal Tengku Ezkandar Heidi semangat. Puan Sri Tengku Melissa menganggukkan kepalanya da tersenyum.


Yes sayang. Mummy Merissa yang bagitahu mummy. Trish balik dengan grandpa dan granny dia. You should take this chance. Cuba ambil hati dia kembali. Mana tahu hati dia cair. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil.  Sesuatu dirancang di mindanya saat ini.


“Jam berapa nak jalan esok?” Soal Tengku Ezkandar Heidi semangat. Tergelak Puan Sri Tengku Melissa dibuatnya. Cepat je dia kalau libatkan hal Triesya.







*****AKU CINTA KAMU*****








TRIESYA, Dato Syed Al-Azhar, Datin Tengku Merissa, Datin Hjh Meriam, Tn Hj Syed Badri dan Pn Hjh Cathleen membacakan yassin buat arwah Syarifah Balqis. Suasana di pekarangan kubur saat itu muram dan dibelungi kesedihan. Sudah lima tahun berlalu sejak arwah Syarifah Balqis meninggalkan mereka semua. Sejak itu jugalah pelbagai peristiwa dan kejadian telah berlaku.


“Qis dear… daddy datang. I’m really miss you. Daddy doakan Qis tenang di sana….” Kata Tn Hj Syed Badri perlahan. Triesya yang mendengar kata-kata grandpanya mengalirkan air mata.


“Qis… Abang datang lagi… Hari ni genap 5 tahun Qis pergi tinggalkan kami. Maafkan abang sayang kerana tak dapat menjaga anak kita dengan baik. Abang salah Qis…” Luah Dato Syed Al-Azhar pula dan memandang Triesya. Spontan Triesya larikan wajahnya dan memandang ke arah lain. Tidak sanggup memandang wajah tua itu.


“Abang harap keluarga kita akan kembali bahagia seperti dahulu…” Ucap Dato Syed Al-Azhar penuh makna. Triesya mendegus dan berdiri.


“Kash…” Tegur Tn Hj Syed Badri kepada cucunya. Terasa tidak senang apabila Triesya ingin pergi di saat papanya meluahkan perasaan. Mereka semua turut memandang Triesya yang sedang berdiri dan tidak menoleh memandang mereka itu.


“Kash dah siap. Kash pergi dulu. Tiba-tiba Kash rasa panas…” Balas Triesya dan berlalu pergi. Dato syed al-azhar mengeluh. Entah sampai bila Triesya mahu menjauhkan dirinya. Anak gadisnya itu sering mengelak di saat Dato Syed Al-Azhar ingin menyatakan perasaannya selama ini. Triesya sering kali menolak dan melayannya dengan dingin. Wajahnya diraup.


Daddy rasa you should tell her the truth Zar. Daddy tak rasa yang kamu berdua akan berdamai jika beginilah gaya Kash.” Jelas Tn Hj Syed Badri. Spontan Dato Syed Al-Ahar dan Datin Tengku Merissa saling berpandangan.


“Tapi daddy.. Merissa tak nak Trish sedih nanti dan sukar nak trima kenyataan yang sebenarnya…” Jelas Datin Tengku Merissa gusar.


In Shaa Allah. Dia akan faham dan cuba untuk faham…” Balas Pn Hjh Cathleen.






*****AKU CINTA KAMU******





Someday you're gonna look back on this moment of your life as such a sweet time of grieving. You'll see that you were in mourning and your heart was broken, but your life was changing. 





AKU keluar dari keretaku dan memandang ke laut yang luas dan biru dihadapanku. Angin laut yang menyapa wajahku aku biarkan sepi. Rasa hatiku saat ini lebih penting. Hatiku bercelaru. Apa yang aku rasakan saat ini ianya semakin bercelaru saat ini. Hatiku tidak tenang. Adakah kata-kata orang sekelilingku benar? Dengan maafkan dan melupakan hatiku akan merasa tenang…


            Tubuhku yang tersarung baju kurung ku bawa mendekati pantai. High heels dibuka dan dipegang. Kakiku melangkah mendekati gigi air. Berdiri di situ dan membiarkan kakiku basah dek ombak yang menampar kakiku. Nafas dihelakan.


            “Hidup Trish dah hancur ma…” Bisikku perlahan dan memandang ke langit. Jika orang melihatku saat ini pasti kan menyangka aku adalah gila kerana berdiri di tepi pantai petang-petang sebegini. Nafas dihelakan kembali. Teringat kembali apa yang granny katakan padaku.


This is a good sign, having a broken heart. It means we have tried for something.”


Patah hati adalah satu yang baik dan bermakna aku telah mencuba satu hal yang baru di dalam hidupku. Namun, adakah ianya benar-benar baik? kerana apa yang kurasakan saat ini amat teruk sekali….


To be happy, we must not be too concerned with others. Kerana jika terlalu memikirkan orang lain. Sampai bila pun kita tidak akan merasai kebahagiaan itu. Fikirkan hidup Kash. Kebahagiaan Kash. Sampai bila Kash nak membenci sedangkan kebahagiaan itu sedang menanti Kash?”
                   

Kata-kata grandpa itu sedikit sebanyak memberi impak kepadaku dan telah membawaku balik ke sini kembali. Selama ini aku terlalu memikirkan kebencianku pada papa dan wanita itu sehinggakan aku abaikan kebahagiaan diriku sendiri. Namun, si dia telah datang ke dalam hidupku dan membawa kepada sinar bahagia yang telah lama aku tidak rasai. Seperti orang kata, tak selalunya akan panas kerana akhirnya nanti hujan pasti kan menyusul….. Rupanya, kebahagiaan yang aku miliki hanya bersifat sementara dan ianya menyakiti hatiku. Jika benar dia cinta. Kenapa membohongi diriku?


Orang kata ianya sekadar hal kecil dan pembohongan sahaja. Namun adakah mereka tahu bahawa betapa sakitnya perasaan ini pabila orang yang dicintai telah membohongi diri ini? Aku manusia biasa yang tahu erti kecewa dan lelah. Aku bukanlah sempurna yang mampu menjadi baik setiap masa. Aku adalah aku. Triesya yang punya banyak keburukannya….







*****AKU CINTA KAMU*****





JAM sudah menunjukkan ke angka 6 petang namun bayang-bayang Triesya tetap tidak kelihatan di perkarangan banglo tersebut. Membuatkan semaunya termasuk Tengku Ezkandar Heidi merasa gusar. Sejak tadi duduknya tidak betah selagi tidak melihat wajah cantik yang dirinduinya itu.


            “Kash!” Panggil Tn Hj Syed Badri di saat triesya menapak masuk ke dalam rumah dan menaiki tangga tanpa menegur yang lainnya. Triesya mematikan langkahnya namun tidak berpaling.


            “Where have you been dear? We’ve waiting for you so long…” Soal Tn Hj Syed Badri kepadanya. Tengku Ezkandar Heidi dan yang lainnya hanya melihat drama yang mereka tonton saat ini. Satu pun tiada yang berani mencelah.


            “I’m sorry. Kash akan bersiap cepat…” Balas Triesya dan kembali melangkah menaiki tangga ke tingkat atas. Sekejap lagi para jemputan akn tiba dan sebelum acara di mulakan mereka akan bersembahyang berjemaah dahulu.


            Dato Syed Al-Azhar mengeluh. Tidak tahu apa yang harus dilakukan kepada anak gadisnya itu. Terlalu keras kepalanya. Hanya bapa mertuanya mampu menangani sikap Triesya kerana gadis itu amat menghormati Tn Hj Syed Badri.


            “Sabarlah Zar.” Balas Tan Sri Tengku Haris dan menepuk bahu Dato Syed Al-Azhar. Dato Syed Al-Azhar hanya mampu anggukkan kepalanya dan tersenyum kelat. Terasa malu kerana tidak mampu membimbing dan mendidiknya anaknya dengan lebih baik sehinggakan gadis itu memberontak sebegini teruk.


            “Abang tak nak pujuk kak Trish ke?” Bisik Tengku Erissa Hani kepada abangnya. Tengku Ezkandar Heidi menjeling adiknya di sisi.


            “Nak abang pula yang dibaling dengan periuk belanga dek kakak ipar Que Sha tu?” soal Tengku Ezkandar Heidi geram. Dah terang-terang mood Triesya tidak baik. Pastilah Tengku Ezkandar Heidi hanya akan memburukkan keadaan jika dia memujuk gadis itu saat ini. Triesya. Sukar diduga orangnya.  Lagi pula, Tengku Ezkandar Heidi faham akan keadaan Trieysa saat ini. Gadis itu pernah memaklumkan pada dirinya bahawa setiap ulang tahun kematian arwah mamanya gadis itu pasti akan berkabung. Tengku Erissa Hani tersengih dan menyusun sepuluh jarinya.


            “Sorry.. Janganlah marah. Abang dengan kakak ipar sebiji je. Ngam sangatlah kahwin.” Balas Tengku Erissa Hani nakal dan melarikan dirinya. Terjengil mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Tengku Erissa Hani memang mulut becok!






*****AKU CINTA KAMU******






TRIESYA melangkah meninggalkan ruang tamu yang dipenuhi sanak saudaranya dan membawa dirinya ke luar rumah. Tubuhnya disandarkan di dinding rumah dan memandang jauh ke dalam air kolam yang biru. Di dalam, semuanya sibuk berbual itu ini. Hanya dia yang berkelakuan seperti robot. Senyum tidak. Berbual pun tidak. Hanya diam dan mengelamun.


            “Hei…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi lembut kepada Triesya dan berdiri di sisi gadis itu. Triesya menoleh memandangnya dan mata gadis itu terjengil kerana terkejut.



            “Yyyyoou? Bbbuat apa dekat sini?” Soal Triesya tergagap dan memandang ke dalam banglo. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.


            “Ini kan rumah bakal bapa mertua I and rumah auntie I…” Balas Tengku Ezkandar Heidi spontan. Namun saat itu juga berubah wajah Triesya. Wajahnya mulai ketat. Tengku Ezkandar Heidi menepuk dahinya. Mulutnya terlalu gatal-gatal nak cakap rumah ‘auntie’ segala. Kan dah bertukar mood gadis di hadapannya.


            “Baby I’m sorry. I didn’t mean it.” Rayunya dan memegang tangan Triesya. Namun gadis itu menepis kasar.


            “Don’t touch me!” Balas Triesya kasar dan ingin berlalu pergi. Kemarahan mulai menjalar di dalam hatinya di saat Tengku Ezkandar Heidi berkata begitu.  Tengku Ezkandar Heidi segera menarik tangan Triesya.


            “Please! Sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila you nak hidup dengan kebencian dan dendam you? Sampai bila sayang? Could you just forget it? Lupakan masa silam you. Dah pergi tetap akan pergi. What should you do right now is focus on your future dear. Our future together! I tak tahan macam ni! Sampai bila nak larikan diri dari I?!” Luah Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya. Triesya spontan tergelak sinis. Sehingga membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tercengang. Lebih-lebih lagi pabila Triesya berjalan mendekatinya perlahan demi perlahan sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi tersepit di antara dinding dan tubuh Triesya. Tercium bau haruman gadis itu yang dirinduinya.


            “Sayang?” Soal Tengku Ezkandar Heidi gugup pabila melihat wajah tegang Trieysa. Dengan perlahan Trieysa mendongak dan mendekatkan bibirnya perlahan ke bibir Tengku Ezkandar Heidi.


            Cup!


            Dikucup lembut bibir lelaki itu buat pertama kalinya oleh Triesya. Tengku Ezkandar Heidi pula tercengang dan merah mukanya menahan malu. Pertama kali bibirnya dicium oleh seorang gadis dan gadis itu adalah Triesya. Gadis yang dicintainya… Spontan tubuh Triesya ditolak lembut.


            “Aaaapppa yang you buat ni? You sedar tak apa yang you buat ni?!” Soal Tengku Ezkandar Heidi geram dan memegang bibirnya. Triesya hanya tersenyum sinis.


            “You akan lupakan ciuman pertama kita?” Soal Triesya kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezandar Heidi terdiam dan memandang wajah cantik di hadapannya. Semakin lama semakin dirinya tidak mengenali perwatakan gadis yang dicintainya itu.


            “Takkan? Sebab you sendiri suka I kiss you. That was my first kiss. Tak tahulah kalau you. But I guess mesti you tak dapat nak lupakan ciuman pertama I buat you kan sayang? So do I . I tak dapat nak lupakan masa silam I just nak look forward for my future. Ada sesetangah perkara yang boleh kita lupakan dan tidak boleh kita lupakan Tengku Ezkandar Heidi…. Mark my word!” Balas Triesya sinis dan berlalu pergi meninggalkan Tengku Ezkandar Heidi yang tercengang itu.







*****AKU CINTA KAMU*****






AKU menyandarkan tubuhku ke muka pintu bilik. Air mata yang mengalir aku biarkan jatuh. Mata dipejam. Masih terbayang wajah kacaknya di ruang mataku. Bibirku disentuh. Kenapa aku begitu berani menciumnya? Hah! Aku benar-benar gila! Kenapa aku menjadi begini? Begitu sinis dan kejam sekali. Marahkah dia aku menciumnya?


            “I’m sorry…” Bisikku perlahan dan membuka mataku.


            Keadaan bilik yang sudah lama tidak berpenghuni itu aku pandang. Sejak 5 tahun yang lalu bilik ini dilarang sama sekali dijejakkan kaki sesiapa pun kecuali aku memasukinya. Bilik arwah mama yang pernah dikongsi dengan papa. Di dalam bilik ini satu pun tidak berubah dan semuanya barang-barang milik mama masih kemas terjaga dan berada di dalam bilik ini.


            Tubuhku aku bawa mendekati katil king size milik arwah mama dan merebahkan diriku di situ. Setiap kali balik ke rumah ini pasti aku akan meluangkan masaku di sini dan menangis sepuasnya. Gambar mama yang sedang tersenyum di dinding ku pandang. Frame gambar dan gambar mama yang besar itu adalah hadiah papa buat mama dahulu ketika ulang tahun perkahwinan mereka. Sememangnya papa gemarkan photography. Suka mengambar saat-saat indah kami bersama. Sehinggakan terjadinya gambar yang besar itu di mana arwah mama tersenyum gembira.


            “Ma… Trish dah penat… Trish dah tak sanggup nak berdepan dengan semua ni. Ianya menyakitkan….” Bisikku perlahan dan menekup wajahku dengan kedua tanganku. Air mata mata yang mengalir aku biarkan jatuh.


            “Trish?”






*****AKU CINTA KAMU****







TRISH?” Tegur satu suara kepada Triesya lembut. Spontan Triesya duduk tegak dan memandang ke arah muka pintu. Kelihatan susuk tubuh Datin Tengku Merissa sedang berdiri di situ. Triesya mendengus dan mengelap air matanya.


            “Kau buat apa dekat sini?! Aku tak suka orang lain jejakkan kaki di dlaam bilik ni! Lebih-lebih lagi kau!” Marah Triesya kepada Datin Tengku Merissa. Wanita itu terdiam dan tertunduk.


            “Maafkan mummy sayang. Mummy nampak Trish masuk ke sini tadi dan menangis. Mummy takut ada apa-apa terjadi dengan Trish. Maafkan mummy nak…” Balas Datin Tengku Merissa kesal kepada Triesya dengan suara yang lirih dan lembut.


            “Kau peduli apa aku menangis sekalipun?! Hei perempuan ! air mata aku ni dah cukup basah selama ni disebabkan kau! Sejak kau datang di dalam keluarga aku hidup aku menjadi hancur! Semuanya sebab kau! Kalau kau tak mengatal dengan bapa aku pasti aku takkan jadi macam ni!” Luah Triesya padanya dan menjerit. Hari ini dia ingin wanita itu tahu apa yang berada di hati kecilnya selama ini. Selama ini dia masih mmapu bertahan kerana hormatkan diri wanita itu. Namun tidak kini. Dia sudah cukup lelah dengan semua ini. Cukup lelah dengan permainan takdir hidupnya. Jika boleh, dia ingin mati saat ini juga. Barulah semuanya berpuas hati. Lebih-lebih wanita di hadapannya ini.


            “Trish!!!!” Jerit Dato Syed Al-Azhar yang turut berada di muka pintu. Wajahnya tegang. Triesya tergelak sinis dan berdiri.


            “Kenapa?! Papa pun nak marahkan aku?! Marahlah! Puaskan hati papa tu!” Balasnya pada Dato Syed Al-Azhar. Papanya mendengus.


            “Kenapa Trish bersikap kurang ajar sampai macam ni sekali?! Apa salah mummy pada Trish samapi Tish hina dia macam tu sekali?! She’s still your mom! Papa benar-benar kecewa dengan sikap Trish. Selama ni papa bersabar dengan karenah Trish! Tapi Trish semakin dibiarkan semakin naik lemak!” Marah Dato Syed Al-Azhar kepadanya. Triesya mengetap bibir.  Egonya benar-benar tercabar tatkala ayahnya sendiri memihak kepada orang luar berbanding dirinya. Walaupun Datin Tengku Merissa saat ini sedang menangis dan memegang lengan Dato Syed Al-Azhar. Tapi entah kenapa matanya melihat bagaikan wanita itu sedang tergelak kemenangan saat ini.


            “Nak tahu kenapa aku jadi macam ni?! Nak tahu kenapa?! Semuanya sebab papa dan perempuan ni! Papa dan perempuan ni dah rosakkan hidup Trish! Dah rosakkan kebahagiaan Trish!” Lawannya kepada Dato Syed Al-Azzhar. Air mata yang mengalir di seka. Tidak ingin dilihat lemah di hadapan mereka berdua.


            “Astagfirullah’alazim Trish! Mengucap sayang…. Papa mengaku papa salah! Tapi Trish kena faham situasi papa! Papa terpaksa! Terpaksa Trish! Maafkan papa sebab selama ni papa abaikan Trish. Tapi papa cuba untuk menjaga Trish seperti dahulu. Menyayangi Trish seperti dahulu. Namun, Trish yang menjauhkan diri Trish dan menyimpan benteng di antara kita. Papa minta maaf kalau papa dan mummy rosakkan kebahagiaan Trish dan Tengku Ezkandar Heidi. But papa restu hubungan kamu berdua. Tengku Ezkandar Heidi adalah anak suadara mummy dan dia lelaki yang baik. Tiada sebab papa nak membenci dan menghalang percintaan kamu berdua sayang! Trish tak cintakan Tengku Ezkandar ke? Kenapa sanggup buat dia macam tu? Dia tak bersalah. Hal ni hanya melibatkan kita berdua sayang.” Balas Dato Syed Al-Azhar kepada anak gadisnya. Triesya tersenyum sinis.


            “Dia bersalah sebab dia anak saudara perempuan ni! Ya! Aku mengaku! Aku cintakan dia. Aku nak bina keluarga bahagia dengan dia! Aku nak jadi isteri yang halal buat dia! Ibu kepada anak-anak dia! Tapi papa dan perempuan ni yang rampas kebahagiaan tu dari hidup aku!!!! Selepas aku tahu tengku adalah anak saudara perempuan ni aku rasakan hidup aku terhenti! Rasa dikhianati! Aku rasa dipermainkan oleh perempuan ni dan anak suadara dia! Papa sedar tak tu?!” Balasnya pada Dato Syed Al-Azhar dan meluahkan rasa hatinya. Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa kelihatan tergamam.


            “Trish.. Papa..” Jawab Dato Syed Al-Azhar perlahan. Namun, Triesya menunjukkan lima jarinya tanda diam.


            “Papa takkan pernah faham keadaan Trish sebab papa lebihkan perempuan ni! Kan pa?! Selama 5 tahun ni! Selama 5 tahun Trish hidup di dalam kesepian! Ada ke papa ambil tahu tentang semua tu?! Aku kesunyian pa! Aku perlukan mama! Aku perlukan papa! Tapi apa yang aku dapat?! Aku tak dapat apa-apa pa! Yang aku dapat hanyalah rasa marah dan kecewa dengan sikap papa! Dulu time mama ada, papa sayangkan aku. Manjakan aku. Tapi sejak papa berkahwin dengan perempuan gatal dan perampas ni! Papa dah lupakan aku! Lupakan aku sebagai anak papa! Aku benci kau perempuan!!!!” Teriak Triesya dan…..


Pang!!!!


            “Papa!!!” Jerit Datin Tengku Merissa yang terkejut dengan tindakan suaminya.


            Tamparan Dato Syed Al-Azhar yang pertama kalinya mendarat di pipi mulus anak daranya itu membuatkan kesemua yang berada di dalam banglo miliknya dan Dato Syed Al-Azhar sendiri dan triesya tergamam.


            “Ppppp..Papapa minta maaf sayang. Pppppapa tak sengaja…” Luah Dato Syed Al-Azhar tergagap sambil memandang tangannya dan pipi mulus anak daranya yang sudah memerah dan terdapat darah di hujung bibir gadis itu. Ternyata tamparannya tadi begitu kuat sekali. Terasa serba salah dibuatnya. Tidak menyangka anak yang disayangi dan dimanjai sejak kecil kini menjadi mangsa tamparannya. Maafkan abang Qis. Lirih hatinya.


Triesya memegang pipinya dan memandang tajam pada mata  papanya yang memerah kerana menangis itu. Dendam dan kebenciannya semakin meluap-luap saat ini. Kerana wanita itu papanya sanggup melukainya. Pertama kali di dalam hidupnya ditampar oleh papa yang disayangi sejak kecil.


            “Aku benci papa! Aku benci perempuan tu! Mulai saat dan detik ni jangan pernah cari aku lagi! Aku benci semuanya!!!! Anggap aku dah mati!!!!!” Jerit Triesya sebelum berlari keluar dari banglo milik papanya.


            “Triesya!!!!!” Jerit Dato Syed Al-Azhar dan mengejar Triesya. Namun di saat keluar dari bilik arwah mamanya kakinya berhenti melangkah pabila melihat kaum kerabat terdekat mereka berada di luar bilik tersebut dan yang paling mengejutkan Triesya adalah Tengku Ezkandar Heidi turut berada di situ dan memandangnya. Triesya memejam matanya dan membukanya kembali. Tubuhnya di bawa mendekati tangga dan ingin keluar dari banglo mewah milik papanya.


            “Sayang.. Please…” Tengku Ezkandar Heidi menarik Triesya dan memeluknya dari belakang. Semua butir bicara Triesya dan papanya didengari olehnya. Tak ada satu pun yang tinggal. Kerana pertengkaran keduanya yang kuat sehinggakn kedengaran satu banglo mewah tersebut, mereka semua mengambil keputusan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak menyangka yang Tengku Ezkandar Heidi berpeluang mendengar rasa hati Tiresya padanya. Yakinlah dia kini bahawa Triesya benar-benar mencintainya. Hanya situasi mereka tidak mengizinkannya.


            “Lepaskan aku!!!!” Jerit Triesya dan meronat-ronta untuk dilepaskan. Namun Tengku Ezkandar Heidi lebih kuat berbandingnya.


            “Que Ez jangan lepaskan dia. Grandpa tak nak dia buat kerja gila!” Arah Tn Hj Syed Badri. Namun Triesya lebih bijak. Perut Tengku Ezkandar Heidi disinggung menggunakan sikunya dengan kuat sehinggakan membongkok Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya kerana kesakitan. Triesya tersenyum sinis dan berlari keluar dari banglo mewah milik papanya.


            Tiba di luar banglo milik papanya, kelihatan keretanya terparking elok di hadapan banglo tersebut dan Ben keluar dari kereta milik Triesya.


            “Babe sorry aku lambat!” Kata Ben kesal. Pelanggan dibutiknya ramai tadi membuatkan dia tidak menang tangan dan datang lambat ke majlis tersebut. Triesya tidak memperdulikan Ben dan menolak Ben jauh dari keretanya. Tubuhnya di bawa mausk ke dalam kereta dan memandu keluar dari kawasan banglo mewah tersebut. Ben tercengang.


            “Babe!” Jerit Ben. Namun tidak dipedulikan oleh Triesya.


            “Where’s Trieysa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi yang baru tiba di luar banglo. Perutnya dipegang. Sudahlah luka yang pernah di alami di situ letaknya. Di situ juga buah hatinya mengenakan dirinya. Nasiblah badan…


            “Err. Dia baru je bawa kereta keluar dari gate tu. Kenapa ni tengku?” Soal Ben hairan.


            “Oh Damn!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berlari menuju ke Ferrarinya. Triesya harus dikejar. Jika tidak pasti akan sesuatu yang buruk berlaku pada gadis itu dengan keadaannya yang tidak tenang itu.


            “What is going on?! Apa yang aku tertinggal ni?” Soal Ben hairan dan menapak masuk ke dalam banglo. Dia perlu selidik apa yang berlaku sebenarnya.







*****AKU CINTA KAMU*****







Life is too short, so kiss slowly, laugh insanely, love truly and forgive quickly.. Because you’re out of time dear….




AKU memandu membelah pekat malam dengan fikiranku yang kusut. Kenapa aku? Kenapa aku yang harus menempuhi semua ini?! Pipi bekas tamparan papa tadi ku sentuh. Tak sangka selama hidupku papa tidak pernah menjentikku walau sedikit pun. Namun hanya kerana wanita itu dia sanggup menamparku. Aku benci! Aku kecewa! Aku sedih!


            Air mataku yang mengalir dan mataku yang kabur ku seka. Kehidupanku bagaikan kisah dongeng. Ianya indah. Indah sekali. Namun, dengan sekali kenyataan yang harus ku terima membuatkan kebahagiaan dan keindahaan yang aku milik hancur dan hilang begitu sahaja. Di mana silapku? Salahkah aku? Kejamkah aku? Itu yang kerap bermain di fikiranku….


            Mama, Trish dah tak tahan ma. Tunjukkan  Trish ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai olehNYA. Trish rasa kosong…. Trish rasa….



            Pon!!!!!


            Bunyi hon lorry yang kuat itu benar-benar membuatkan aku terkejut dan peristiwa sewaktu kemalangan yang aku alami 5 tahun lepas kini berulang tayang kembali. Terbayang-bayang wajah mama yang dipenuhi dengan darah. Aku menutup mataku dan ku buka kembali. Cahaya lampu dari arah kiriku aku pandang dan…..



            Dup!!!!!!!!!




Ya Allah swt, let me live until I die…







*****AKU CINTA KAMU******







TERASA luluh jantung Tengku Ezkandar Heidi di saat melihat kemalangan yang berlaku di hadapannya. Keretanya diberhentikan di tepi dan kedua tangannya yang berada di stering kereta digengam kuat. Terasa sukar untuk bernafas. Bagaikan sebuah flashback apabila diingatkan kembali pabila sebuah lorry yang datangnya dari arah kiri Triesya merempuh keretanya.
           

            “Ssssayanggg….” Bisiknya perlahan dan terketar-ketar. Dengan perlahan tubuhnya dibawa keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Triesya. Kereta gadis itu kelihatan teruk sekali.


            “Baby?!” Panggil Tengku Ezkandar Heidi di saat melihat Triesya yang sudah membenamkan wajahnya ke stering kereta. Tidak berkutik walau sedikit sekalipun. Dengan kudrat yang ada Tengku Ezkandar Heidi memecahkan cermin kereta tersebut dengan tangannya. Luka ditangan sudah tidak dihiraukan sakitnya apabila melihat gadis itu berlumuran darah. Terasa bergegar kakinya untuk berdiri.


            “Sayang…” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan cuba menarik dengan perlahan tubuh Triesya dan disandarkan ke temapt duduk pemandu. Sah! Gadis itu sudah tidak sedarkan dirinya. Dengan tangan yang bergetar Tengku Ezkandar Heidi mendekatkan jarinya pada hidung Triesya.



            “Please call the ambulans!!!” Jerit Tengku Ezkandar Heidi kepada orang ramai yang berada di tempat kemalangan tersebut……









B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




************************************






Asalamualaikum wbt and salam sejahtera ladies L





Huhuhu




Mood : Tengah bersedih L





Hi ladies! How was the story? Best? Romantic? Or sad? L Seriuosly, Aku sendiri pun ikut menangis tahu L Sedih nyerrrr~ Terbayang-bayang semuanya. Bagaikan sebuah cerita jer L Huhuhu. Aku tak nak melalut pula kali ni. Seriously aku pun tengah berkabung. Huwarhhh~ Propa lebeyyyy~ Hahahaha.



            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat memuaskan hati dan menepati piawaian anda. MAAFKAN SAYA. L Di sini juga, saya ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ayat, ejaan, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN saya jika cerita ini agak tidak logic, terover dan sebagainya. This is my own fantasy and story. So, you didn’t have any right to judge it. Kalau tak suka saya tak halang. But please get out of my blog! Wahhh~ Jahat engkau. Hahaha. Main-main je. Kite tengah senyum apa! J



            Ladies, Apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah Triesya berjaya diselamatkan ataupun dia akan…. Hurm. Tak sampai hati nak cakap. Huhuhu. Di dalam hidup punya asam garamnya. Tidak semuanya indah. Kita akan selalu diberi ujian. Mungkin kita miskin dengan harta. Namun kita kaya dengan kebahagiaan. Tetapi, adakalanya kita kaya dengan harta dunia. Namun, kita miskin dengan kebahagiaan…. Itulah kehidupan dan begitulah juga Triesya. Siapa kata ada orang yang sempurna? Sebagai umatNYA kita takkan pernah lari dari dilanda ujian. Sebagai UmatNYA juga, kita haruslah menerima ujian yang mendatang dengan hati yang terbuka dan keredhaan. Hidup dan mati kita berada di tanganNYA. DIA yang menciptakan kita dan DIA jugalah yang akan menjemput kita kembali ke sisiNYA…..


As for me life is easy,
The way I see it, if you want the rainbow, you gotta put up with the rain. Cheers babe! J
           


            Ouch! Sekeh kepala tu! Janganlah sedih-sedih! Haha. Nah tisu!  Senyum sikittttt~ J



            Thanks for those yang sudi dropping by and leave your comment J Juga kepada yang sudi tunggu ACK setiap hari. Much appreciated it babe! Love you! Emmuuaahh! J Please! Please! Please! Leave ur comment dear…



P/S::OH ya, This time panjanggggggggg kannnnnnn? Nah! Hambik hengkau! Bacolah! Hahaha J





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J





Till then,









Sincerely,



16 comments:

  1. hrp2 triesya x cedera teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe a'ah. hope triesya xpe2 kan :)

      Delete
  2. ratu jgn buat heroin matinya..x suke3 (T_T)
    pasti lepas ni triesya insaf lepas excident n dia x trauma ag ngn darah k0t
    P/s~ pandai2 wat kesimpulan sendiri..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe in shaa allah.
      dlm blog kite xde heroin yg mti ukeh :) happy. yay! hehe xpe :)

      Delete
  3. ratu nk hepy ending baru sweet..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe absolutely yes dear :) hehehehe

      Delete
  4. knpa la mereka x terus terang je pasal hasrat arwah ibu trish..pasti triesya semakin marah klau tau pasal hal tu sbb mereka buat dia macam org yg bersalah pulok..teruk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ah kan wak. betul tu. kite sukung! hihi :)

      Delete
  5. cemana ni? ap jadi niey?
    huhux.... hope trisya slamt ....
    **mybe ilang ingatn n kwen gn que ez..hehe.. sila abaikan***
    ^____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe amboi cik lylea kite. propa lebeyyy~ hhehe =P

      Delete
  6. Boone nuit here and bonjour cher~hai wak ehehe sayo baru baco dari chapter 28 - 30.sampai sini terus open leppy tak sabo nak baco ne lopas baco confirm KO tidurehehe!!alahai sodeh eden..there is a quotes that i remembered saying "it takes only a minute to get a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone, but it takes a lifetime to forget someone" (trisya) it seems what trisya said was true.(mama marisa) "To tell you the truth, I've just been avoiding everything"she should tell the truth behind those secrets that ruining the family apart.=) eheh.

    hopefully there will be a happy ending soon.kesian kat trisya and qu ez.tq for posting dear eheh.cayooooo!!!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BONJOUR dear
      thanls for dropping by and leave ur comment :)
      1stly, nk tnye ke mana mghlg? hehe
      ehkau janganlah sodeh yo. hehe :)
      hehehe teramat setju dgn quotes awak :)

      hehe. in shaa allah~ happy ending itu harus. haha. :)
      uwc dear :) hwaiting~

      Delete
  7. seriusly dear...sad sgt2 bla mendengar luahan trish...bergenang air mta sya..:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment sygs
      hehe nah tisu! ehehe kite pun sdh tau beli baca blk bab ne huhuhu :( Minta tisu kite blk! haha . JK.

      Delete
    2. x aci la ni dear..dh bg tisu kat kita pastu minta balik..nanti buruk siku..hehehe

      Delete
    3. hahaha. yelayela. kedekut tau! nah! ambl blk! haha. tisu awak pula yg buruk. hehe =P

      Delete