Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 27 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 31













AKU CINTA KAMU BAB 31








TENGKU EZKANDAR HEIDI yang sedang berdiri bersandar di dinding hospital didekati oleh Dato Syed Al-Azhar dan yang lainnya. Wajah cemas mereka saat ini tidak terlawan wajah sakit Tengku Ezkandar Heidi.


            “Que Ez? Macam mana dengan Triesya?” Soal Dato Syed Al-Azhar cemas. Masih terasa sakit pada jemarinya kerana menampar anaknya tadi. Sekejap Cuma, mereka mendapat berita pula mengenai kemalangan gadis itu. Automatic Dato Syed Al-Azhar jatuh pengsan saat itu juga. Tidak tertahan penyelasan dirinya. Dia benar-benar bersalah kepada arwah isterinya kerana tidak dapat menjaga anak gadis mereka dengan baik sehingga membahayakan nyawa Triesya.


            “Daddy syed. Trish. Masih. Dalam. Emergency. Room.” Jawab Tengku Ezkandar Heidi satu-satu dan tertunduk. Sukar untuk dirinya bercakap saat itu. Masih terasa trauma dengan apa yang dilihatnya. Lebih-lebih lagi pabila melihat Triesya yang berlumuran darah. Hampir luluh jantungnya saat itu jua. Dato Syed Al-Azhar spontan menumbuk dinding hospital sekuat hatinya. jika terjadi apa-apa kepada Triesya pasti dia tidak akan memaafkan dirinya. Kerana dia Triesya menjadi seperti itu dan tengah bertarung nyawa saat ini.


            “Zar…” Halang Tan Sri Tengku Haris dan menarik tubuh Dato Syed Al-Azhar dari melepaskan amarahnya pada dinding tersebut. Manakala, Datin Tengku Merissa sudah berpelukan dengan Puan Sri Tengku Melissa dan menangis. Datin Hjh Meriam,Pn Hjh Cathleen dan Tn Hj Badri lebih memilih untuk mendiamkan diri dan berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.


            “Aku takkan maafkan diri aku Ris kalau ada apa-apa terjadi pada anak aku. Aku yang salah!” Luah Dato Syed Al-Azhar dan meraup rambutnya ke belakang. Terasa bersalah sekali dirinya saat ini. Tengku Ezkandar Heidi hanya mendiamkan diri. Tidak mampu untuk mengerakkan bibirnya. Setiap kali dia menutup mata pasti kan teringat akan wajah gadis yang dicintainya itu berlumuran darah.


            “Dia bersalah sebab dia anak saudara perempuan ni! Ya! Aku mengaku! Aku cintakan dia. Aku nak bina keluarga bahagia dengan dia! Aku nak jadi isteri yang halal buat dia! Ibu kepada anak-anak dia! Tapi papa dan perempuan ni yang rampas kebahagiaan tu dari hidup aku!!!! Selepas aku tahu tengku adalah anak saudara perempuan ni aku rasakan hidup aku terhenti! Rasa dikhianati! Aku rasa dipermainkan oleh perempuan ni dan anak suadara dia! Papa sedar tak tu?!”


            Setiap kata-kata yang Triesya katakan tadi kembali teringiang-ngiang difikirannya. Air mata yang jatuh dilap. Kalaulah Triesya tahu betapa dirinya juga terlalu mencintai Triesya. Ingin membina keluarga bahagia bersama Triesya. Menjadi suami yang halal buat Triesya dan bapa kepada anak-anak Triesya. Semua itu ingin diucapkannya pada Triesya. Dia mahu. Teramat mahu. Saat ini dia hanya mampu berdoa. Berdoa agar nyawa gadis itu diselamatkan. Dia berjanji. Jika Triesya selamat. Akan dilamar gadis itu menjadi isterinya yang halal. Menjaga dan berada di sisi Triesya setiap masa. In Shaa Allah. Itu harapannya kini.


            “Zar… Ini takdir yang DIA takdirkan buat kita. Bersabarlah Zar…” Pujuk Tan Sri Tengku Haris kepada adik iparnya merangkap bakal besannya itu. Terasa turut sedih apabila melihat seorang bapa mengalirkan air matanya demi anak tercinta.


            “Aku tak patut buat dia macam tu Ris. Aku tak patut tampar dia. Aku tak patut abaikan dia. Masih terngiang-ngiang di telinga aku ni Trish kata dia bencikan aku dan Merissa. Dia nak aku dan kita semua anggap dia dah mati! Aku takkan maafkan diri aku Ris kalau terjadi apa-apa pada Triesya. Salah aku!” Balas Dato Syed Al-Azhar. Tan Sri Tengku Haris mengelengkan kepalanya. Tidak tahu mahu membalas apa lagi. Dia sendiri kehilangan idea. Dia sendiri tidak akan dapat bayangkan apa yang terjadi jika benar Triesya tidak dapat diselamatkan. Nampaknya Allah swt makbulkan permintaannya di saat dia belum meminta maaf kepada bapanya.


            “Keluarga cik Syarifah Bikash Batriesya?” Panggil seorang doctor yang baru keluar dari bilik pemedahan. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan lainnya mendekati doctor tersebut. Doctor tersebut membukakan masknya dan memandang wajah Dato Syed Al-Azhar.


            “Ronald?” Soal Dato Syed Al-Azhar terkejut. Doctor bernama Roland tadi tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi dan yang lainnya pula terkejut kerana Dato Syed  Al-Azhar mengenali doctor muda tersebut.
           

            “Uncle.” Sapa Ronald dan tundukkan kepalanya sedikit.


            “Bagaimana keadaan Triesya Nald?” Soal Dato Syed Al-Azhar.


            “She was in critical right now uncle. Kami memerlukan darah kerana Triesya kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang banyak.” Jenis Dr.Ronald. Dato Syed Al-Azhar mengeluh.


            “Uncle dan Triesya mempunyai jenis darah yang sama. Uncle akan dermakan darah kepada dia.” Balas Dato Syed Al-Azhar.


            “No daddy syed. Que Ez yang akan dermakan darah kepada Trish. Daddy syed serahkan seamuanya pada Que Ez. Darah Que Ez jenis O juga.” Bantah Tengku Ezkandar Heidi. Kini tumpuan beralih kepadanya.


            “Betul tu Zar. Kau baru je pengsan tadi. Masih lemah lagi. Biarlah Que Ez yang dermakan darah dia pada Triesya. Jenis darah mereka sama.” Sokong Tan Sri Tengku Haris kepada Dato Syed Al-Azhar. Dato Syed Al-Azhar memandang sayu pada Tengku Ezkandar Heidi. Lelaki itu benar-benar mencintai anaknya.


            “Thanks Que Ez. Hanya Allah Swt mampu membalas jasa Que Ez.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan memeluk Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi menepuk lembut bahu Dato Syed Al-Azhar.


            “Ini tanggungjawab Que Ez pada Trish daddy syed.” Balasnya dan melepaskan pelukan. Dr.Ronald dipandang.


            “Shall we?” Soalnya pada Dr.Ronald. Dr.Ronald tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya.


            “Triesya bertuah memiliki you.” Balas Dr.Ronald perlahan kepada Tengku Ezkandar Heidi sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam bilik pemedahan. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan keningnya dan memandang doctor muda di sisinya itu.


            “Sorry?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kurang jelas. Dr.Ronald tersenyum. Huluran baju rona hijau,mask dan topi yang diberikan oleh nurse tadi diambil oleh Dr.Ronald dan menolng Tengku Ezkandar Heidi memakai semua kelengkapan tersebut sebelum masuk ke dalam bilik pemedahan.


            “She was my first crush and she rejected me. Frustrated. But I’m happy seen her happy now with the guy like you… so congrats. Don’t worry. I’ll do my best to save her.” Jelas Dr.Ronald dan mengeyitkan matanya sebelum menapak masuk ke dalam bilik pemedahan. Tengku Ezkandar Heidi menghentikan langkah dan memandang pintu bilik pemedahan yang baru ditutup oleh Dr.Ronald tadi. Berani sungguh doctor muda itu. Time-time macam ni pun nak buat lawak antarabangsa. Ada juga yang kena penangan  dari aku. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi geram. Siapa tak cemburu bila ada lelaki lain membuat pengakuan sebegitu rupa pada teman lelaki perempuan yang dicintainya. Gila!


            Pintu bilik pemedahan dibuka dan Dr.Ronald yang kembali memakai masknya memandang Tengku Ezkandar Heidi. Disebalik mask tersebut dia mengukirkan senyuman. Tadi dia hanya menguji lelaki itu. Ternyata lelaki itu berasa cemburu. Hah! siapa tidak cemburu jika ada lelaki lain membuat pengakuan seperti itu. Kepala digelengkan. Memang apa yang dia katakan adalah benar. Triesya adalah gadis pertama yang diminati dan dicintainya di dalam diam. Cuma yang jujurnya. Triesya tidak tahu akan hal itu. Sewaktu mereka belajar bersama di luar Negara dahulu, gadis itu selalu berkepit dengan Dr.Mikail. Tiada kesempatan untuk Dr.Ronald bermain cinta dengan Triesya kerana Dr.Mikail pernah memberi amaran kepadanya agar tidak mempermainkan perasaan Triesya.


            “Come tengku. Baring di sini dan kami akan mengambil darah tengku.” Arah Dr.Ronald dan Tengku Ezkandar Heidi hanya mengikut. Sempat Triesya yang terbaring kaku dan pucat disebelahnya dipandang. Terasa luluh jantungnya melihat wajah pucat itu.


            Tangan Tengku Ezkandar Heidi diikat terlebih dahulu bagi menjadikan salur darahnya timbul disebabkan oleh darah yang terperangkap. Alcohol swab disapu pada bahagian yang akan dicucuk bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman dalam darah melalui tempat suntikan. Kemudian, diberikan suntikan bius ataupun local anesthetic terlebih dahulu supaya ketika jarum dimasukkan Tengku Ezkandar Heidi tidak akan merasa sakit. Setelah itu, jarum yang telah disambung kepada beg darah 450ml akan dicucuk pada salur vena dan pendermaan darah berjalan.


            Sepanjang pendermaan darah berlaku mata Tengku Ezkandar Heidi tidak beralih dari memandang wajah cantik yang pucat kini di katil sebelahnya. Mata gadis itu yang tertutup di renung. Tidak terbuka walau sedikitpun. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Bagaimana nanti jika Triesya tidak dapat diselamatkan??? Dia takut sekali dengan kenyataan itu. dia berdoa agar Triesya dapat diselamatkan…








****AKU CINTA KAMU*****






SUDAH SEMINGGU berlalu, dan Triesya masih dengan komanya. Selama seminggu jugalah Tengku Ezkandar Heidi menjadi penunggu setia hospital swasta milik keluarga tengku Aliff itu. Triesya yang koma. Triesya yang kaku. Triesya yang bersimen kakinya kerana retak. Triesya yang berbalut lehernya dan Triesya yang berbalut kepalanya kerana mempunyai hentakan pada otaknya


            Tengku Ezkandar Heidi memegang jemari Triesya dan mengucup lembut jemari runcing milik gadis itu. Pipi Triesya diusap lembut. Sehingga ke saat ini diatetap berada di sisi Triesya dan menjaga gadis itu. Dato Syed Al-Azhar,Datin Tengku Merissa dan yang lainnya turt bergilir-gilir menjaga Triesya. Semuanya sayangkan gadis itu dan tidak ingin kehilangan Triesya. Apatah lagi dirinya. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Kemungkinan yang Dr.Ronald yang merupakan doctor pakar bedah otak itu maklumkan kepada mereka semua membuatkan Tengku Ezkandar Heidi takut. 


            “Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu dan kita harus memahami bahagian dan fungsi otak sendiri. Bahagian depan otak mengawal perangai kita dan jika bahagian terbabit rosak, perangai seseorang mungkin berubah selain mengalami sawan atau kejang.” Jelas Dr.Ronald kepada Tengku Ezkandar Heidi Dan Dato Syed Al-Azhar.


            “Maksud Dr?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kurang faham. Dr.Ronald tersenyum dan memaparkan imbasan x-ray kepala Triesya.


            “Ini adalah Parietal berfungsi mengawal pergerakan, tekanan, sentuhan dan rasa sakit. Jika terjejas, seseorang itu mungkin lumpuh.” Jelas Dr.Ronald dan menunjukkan bahagian atas tengah pada otak besar ataupun dikenali sebagai cerebrum. Terdiam Tengku Ezkandar Heidi dan Dato Syed Al-Azhar dibuatnya. Mereka saling berpandangan dan kembali memandang Dr.Ronald.


            “dan ini pula adalah bahagian dalam otak (brainstem/tunjang otak) berada di dalam tulang tengkorak atau rongga kepala bahagian dasar, memanjang hingga tulang punggung atau sumsum tulang belakang. Bahagian otak berkenaan mengatur fungsi dasar manusia, termasuk pernafasan, denyut jantung, mengatur suhu tubuh, mengatur proses pencernaan, juga adalah sumber gerak hati seperti melawan atau lari ketika berdepan bahaya. Jika bahagian ini terjejas, boleh menyebabkan seseorang lumpuh. Pada tahap teruk, ada pesakit yang koma (vegetative state) atau tiada pergerakan langsung dan tak mustahil jika pesakit sedar nanti kemungkinan besar pesakit akan hilang ingatan. Hilang ingatan bersifat sementara ataupun kekal. Kami sendiri belum dapat pastikan. Kita terpaksa menunggu pesakit sedar dahulu.” Jelas Dr.Ronald.


            “Jika dia tak sedar?” Soal Tengku Ezkandar Heidi gugup. Dr.Ronald menghelakan nafasnya.


            “Dia akan koma selamanya… Bila dia akan sedar? Maafkan kami. Kerana kami sendiri tiada jawapannya. Hanya keajaiban yang dapat membantunya.” Jelas Dr.Ronald kesal. Tengku Ezkandar Heidi meraup rambutnya ke belakang. Terasa sesak dadanya mendengar jawapan doctor tersebut. Bagaimana jika benar Trieysa tidak akan sedar sampai bila-bila? Dato Syed Al-Azhar pula menitiskan air matanya. Tidak dapat menerima hakikat yang dimaklumkan oleh Dr.Ronald tadi.


            “Que Ez?” Panggil Tengku Aliff dan menepuk lembut bahu Tengku Ezkandar Heidi yang sedang merenug wajah pucat Triesya itu. Tengku Ezkandar Heidi tersentak dan menoleh ke belakang. Kelihatan susuk tubuh Tengku Aliff yang lengkpa memaki kot putih rasminya.


            “Still takde progress lagi?” Soal Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepalanya.


            “Sabarlah Que Ez. In Shaa Allah. Triesya akn sedar. Berbanyakkan berdoa. Bawalah dia berbual kalau kau senang. Selalunya pesakit akan dengar walaupun mereka sedang koma.” Jelas Tengku Aliff.


            “Setiap hari aku buat Que Liff. Setiap masa aku bawa dia berbual. Ungkit kenangan kami bersama. Tetapi dia tetap macam tu…” Luah Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff mengeluh.


            “Sabarlah Que Ez. Sepatutnya kau bersyukur kerana Trish masih bernafas lagi. Triesya gadis yang kuat. Dia akan bertahan. Trust me…” Balas Tengku Aliff.







****AKU CINTA KAMU*****





Di saat engkau dilanda musibah. Berdoalah kepada-NYA agar semuanya dipermudahkan….





DATO SYED AL-AZHAR yang baru lepas memberi salam meraup kedua wajahnya. Air mata yang mengalir sepanjang solatnya dilap. Sepanjang hidupnya. Dia sering diuji. Pelbagai ujian mampu ditangani dan dihadapinya. Namun dua perkara yang tidak dapat diterima dan dihadapinya. Iaitu kematian arwah isterinya dan kemalangan yang menimpa anak gadisnya. Kini, anak kesayangannya itu terlantar kaku di katil hospital dan tidak sedarkan dirinya. Setiap hari hanyalah berita hampa yang didengarinya.


            “Still not have any progress. I’m sorry…”


            Ayat itu membuatkan dirinya hampa. Namun, Dato Syed Al-Azhar tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan anaknya. Setiap hari pasti dititipkan doa bagi anak gadisnya itu pada setiap solat yang dilakukannya.


            Terbayang kembali pertemuan terakhirnya dan Triesya yang diakhiri  dengan peristiwa bermakna di dalam hidupnya. Pertama kali tangannya mengasari anak gadisnya itu. Bukan niatnya. Semuanya diluar kawalan dirinya. Namun kini, menyesal pun tiada gunanya kerana Triesya masih belum sedar dan jika anak gadisnya itu sedar sekalipun pasti Triesya akan lebih membenci dirinya….


            Ingatannya kembali kepada saat-saat terakhir isterinya. Setiap pesanan yang keluar dari bibir isteri tercinta masih kekal di dalam mindanya. Masih segar setiap apa yang arwah Syarifah Balqis katakan pada dirinya.


            “Abang… Jagakan Trish buat Qis… Hanya dia satu-satunya peninggalan Qis buat abang. Tanda cinta Qis buat abang….”


            “Maafkan abang sayang… Abang gagal menjadi seorang ayah yang baik buat anak kita. Abanglah punca Trish bertarung untuk hidup saat ini. Jika sahaja abang boleh mengantikan tempat Trish. Abang sanggup Qis…” Ucap Dato Syed Al-Azhar dengan sendunya..







*****AKU CINTA KAMU*****





Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.



BEN mengelap wajah Triesya agar tidak kering kulitnya dan dapat bernafas. Dia akui. Triesya. Walaupun dengan keadaan yang tidak sedarkan diri dan wajah yang pucat, gadis itu masih cantik wajahnya. Itulah orang kata kecantikan semula jadi. Tanpa make-up pun gadis itu masih cantik. Bagaimanalah Tengku Ezkandar Heidi tidak jatuh cinta pada gadis itu dan sanggup mengorbankan nyawanya demi Triesya. Jika dia sendiri lelaki yang sejati pasti dia juga akan terpikat pada Triesya. Kecantikan dan kelembutannya amat memikat sekali.


            Namun kini… Gadis itu terlantar kaku di atas katil. Tidak bergerak walau seinci pun. Rambut Triesya dielusnya lembut. Pagi ini giliran Ben untuk menjaga Triesya sehingga ke tengah hari nanti kerana Datin Tengku Merissa dan Puan Sri Tengku Melissa yang akan menganti tempatnya. Manakala Tengku Ezkandar Heidi akan menjaga Triesya pada waktu malam kerana ada urusan company yang harus diselesaikan oleh Tengku Ezkandar Heidi.


            “Babe… Bangunlah… Kau tak bosan ke tidur? Kau rugi tau… Banyak sale sekarang ni. Chanel? Gucci? Prada? LV? Kau cakap je. Aku belanja kau. Tapi please bangun babe….” Rintih Ben dan memegang tangan kiri Triesya dan mendekatkan pada wajahnya.
           

            “Aku janji… Kalau kau bangun aku akan buat je apa yang kau suruh. Kau nak bawa aku buat bangee jumping kan? Okay deal. Aku setuju. Dengan syarat kau mesti sedar… Aku sanggup babe asalkan kau kembali  menjadi Triesya yang dlu. Yang suka tergelak bersama aku. Bergurau dengan aku. Shopping dengan aku. Aku rindukan itu semua….” Sambung Ben dan menangis. Air matanya diseka dan Triesya dipandang. Ternyata gadis terdapat air mata pada hujung kelopak mata gadis. Ben maklum akan hal itu. Tengku Ezkandar Heidi kata walaupun Triesya sedang berada di dalam keadaan koma tetapi dia mendengar setiap apa yang orang bualkan padanya. Dengan perlahan Ben menyeka air mata gadis itu.


            “Aku tahu.. Kau pun rindukan aku kan? Bangunlah babe… Kalau kau tak bangun aku ambik juga si tengku tu kang.” Gurau Ben dan tergelak kecil. Kepalanya digelengkan dan jarinya menyeka air mata yang jatuh.


            “Babe… Aku dah anggap kau seperti adik kandung aku sendiri. Aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana  kehidupan aku tanpa kau… Di dalam dunia ni selain Amma aku. Hanya kaulah yang faham aku babe….” Luah Ben dan membenamkan wajahnya ke atas katil. Dibiarkan air matanya jatuh di situ. Melihat keadaan Triesya dengan keadaan sebegitu buat kali yang keduanya membuatkan dia semakin terfikir. Bahawa setiap apa yang berada di dalam dunia ini hanya bersifat sementara sahaja….


            Tet!


            Tet!


            Tettttttttttttttttttttttt….



            Spontan Ben mengangkat wajahnya dan memandang ke arah mesin yang menayangkan bacaan nadi Triesya sedang lemah. Spontan Ben menekan butang kecemasan pada hujung kepala katil.


            “Babe?” Panggil Ben cemas.


            “Babe Please!” Cubanya lagi dan mengerakkan tubuh Triesya. Sekali lagi butang kecemasan ditekan….






*****AKU CINTA KAMU****





Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.

Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.




TENGKU EZKANDAR HEIDI bergegas mendapatkan Ben dan Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa yang sedang menanti di luar bilik Triesya. Sejurus selepas meeting bersama BOD tadi dia bergegas ke hospital setelah mendapat panggilan dari Ben yang mengatakan bahawa Triesya berada di dalam keadaan yang kritikal saat ini. Hampir saja dia sendiri yang teraccident ketika memandu tadi. Hatinya benar-benar tidak tenang.


            “Ben? Mana Triesya?” Soal Tengku Ezkandar Heidi kepada Ben sejurus mendekati Ben. Ben yang tadinya berulang alik dari hujung ke hujung berhenti dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Merah matanya kerana menangis.


            “Tengku… Triesya. Dia tengah critical saat ni.” Jawab Ben. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh. Kepalanya dipicit.


            “Uncle…” Panggil Dr.Ronald setelah menapak keluar dari bilik Triesya. Spontan Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa yang tadinya duduk di kerusi yang disediakan berdiri mendapatkan Dr.Ronald.



            “Nald? How was Triesya?” Soal Dato Syed Al-Azhar. Tengku Ezkandar Heidi dan Ben turut mendekati mereka.


            “I’m sorry uncle… We’ve done our best… we…” Balas Dr.Ronald sugul. Spontan Dato Syed Al-Azhar pengsan.


            “Daddy syed!” Panggil Tengku Ezkandar Heidi dan memangku lelaki itu.


            “Papa!” Jerit Datin Tengku Merissa dan Ben pula.




Kematian adalah kehidupan.
Dialah jantung keabadian.
Gerbang penentuan.
Kebaikan dan keburukan.
Kebahagiaan dan penderitaan.
Keimanan dan kekufuran.
Kematian adalah kehilangan.
Dialah pemutus hubungan.
Cita-cita dan harapan.
Nafsu yang dibiarkan.
Kematian adalah awalan.
Awal dari sebuah perjalanan.
Perjalanan tanpa berkesudahan …








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





*************************************************






Asalamualaikum Wbt And Salah Sejahtera Ladies~






Hi ladies! How was the story? Sorry kalau ACK BAB 31 ini agak pendek. Nantikan entry seterusnya ya J


            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak dapat memuaskan hati mana-mana pihak L MAAFKAN SAYA . Huhuhu. MAAFKAN SAYA juga jika ada kesilapan pada ejaan, ayat dan perkataan. Juga sekiranya cerita ini agak terover, tak logic dan sebagainya. MAAFKAN SAYA mak inchik! Huahuahua J


            Ladies, apakah akan terjadi kepada kisah percintaan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi? Adakah mereka kisah cinta mereka berdua berakhir di sini? Apakah kisah episode cinta mereka berakhir dengan ending yang sedih? Waiting for the next entry dear J



            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment dear J Much appreciated it! Do come again! Please! Please! Please! Leave ur comment J





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J




Till then,









Sincerely,


20 comments:

  1. dr.ronald melawak ja kot??
    jgn la bg triesya mati.
    hrp triesya x alami kesan buruk akibat accident tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SITI
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      Hehehe if triesya mati hbslah crta awak. hehe

      Delete
  2. salam.Bonjur!!!! =) Bonne nuit cher~~eheh.my heart was pumping faster then qu ez ferrari after i read this new chapter and sudden tears pulak =( wak apasal sedih sangat ne wawaawa bangun pagi terus nangis wawawa sodeh =.( jangnalah apa2 jadi kat trisya give us a happy ending =). I was listening to one of my favorite song from charlie chaplin that touch my heart deeply ~Smile though your heart is aching..Smile even though it's breaking...When there are clouds in the sky you'll get by~( lagu ne mcm situation trisya jer ) =(PLEASE trisya wake up from your journey dreams.Don't u knw how ur family needs you they loves u damn much.sob..sob eheh wak your the best!!! (eden menghilang tobang balik sinun eheh study ne pun baru bangun pagi,terus bukak lappy baco) anyway good job dear. impressive writing@ tipping eheh.cayo!!!!!!! salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      Wslm and bonjour :)
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe was so faster ah. hehe. relax n calm down dear. :)
      hehehe jan sedihsedih eh. hehe. in shaa allah. pray for the best for triesya :) hehehe. yay! wake up triesya! hehe
      ouh. ehkau study ghuponya. haha. thanks wak sudi buka blog kite and bca karya kite :) terharu~ hehe :)
      thanks dear hehe.

      Delete
  3. Jgn ah buat sad ending pulak...kesian kat Que Ez..nak lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Eeyta :)
      welcome dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      do came again ya :) hee
      in shaa allah~
      x akan sad ending. hehe

      Delete
  4. ratu plezzzzzzzzz jgn wat trish mati...hampa jiwa jika trish mati.
    sanggup tggu n3 tiap2 ari tiba2 trish mati..x mauuuuu (T_T)
    ratu ada brpa n3 ag nk abis ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment :)
      Heheheh takkkkkk~ kite tak matikan dia. bukan kite! buken kite! hahaha.
      awwwwhhhh~ terharu! thanks dear sudi tgu n3 harihari :) syg awak!
      hehe
      trplg pda readers. ada 37 BAB. tapi kalau nak sampai dorang lepas kahwin tu ada dalam 40 BAB :)

      Delete
  5. rasa sy triesya hidup ag..mungkin doc nk gitau something tp x sempat sbb daddy trish pengsan dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe wahhh~ awak sungguh bijak! yay! hehe :)

      Delete
  6. ohhooo... pliz, katakan tidak mati pada triesha..hehehe...
    x best la heroin mati..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe yay! katakan tidak mati pada triesya! hehe :)
      yapz! kite sokong :) hehe

      Delete
  7. Sedihnyeeee! :'( Triesha lumpuh ajer kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe nah tisu! cyan awak :)
      xnk lumpuh. xlawa ar nnti triesya kite! hee

      Delete
  8. Alaa Ratu jgnlah akhirnya sad ending... biarlah Trish
    akan sedar dgn kuasa Allah dn dia dpt meminta maaf kpd
    ayahnya. tlglh Ratu kesian kat kami yg mengharapkan
    cite ni happy ending....huhuhu. Dn harap Trish akan dpt
    membuang segala kebencian dlm dirinya dn memaafkan
    kerana itu saja yg boleh buat dia akan merasai tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe tak akan awak. kite buat story happy ending je. dont worry ukeh :)
      kite faham syg sbb kite pun readers mcm awak. geram bila cite yg kite baca sad ending. hampeh je bca. haha :P

      Delete
  9. huhuhux..... TRIESYA!!!!
    cian kt daddy dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Lylea!!!
      Hahahaha
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ah. cyan kan wak. hehe

      Delete
  10. huaaaaa..knp semua ni jd???

    ReplyDelete
  11. You'll find workouts inside p90x that approximately for four weeks. If you can imagine, jumping up with both legs heels to your ass need certain nutrients in order to grow and regenerate:1. The schedule for P90 X is very warm up I felt good.

    Here is my blog post: olchovskij

    ReplyDelete