Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 28 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 32













AKU CINTA KAMU BAB 32






DATO SYED AL-AZHAR yang tersedar dari pengsannya memandang wajah-wajah yang berada di sisinya kini. Ada isterinya Datin Tengku Merissa,Tengku Ezkandar Heidi, Ben, Tan Sri Tengku Haris, Puan Sri Tengku Melissa, Tn Hj Syed Badri, Pn Hjh Cathleen, Datin Hjh Meriam dan Tengku Aliff. Keningnya dikerutkan dan dia berusaha untuk duduk walaupun payah dengan bantuan Tengku Ezkandar Heidi.


            “Saya kat mana ni?” Soalnya mamai. Kepalanya dipegang kerana terasa pening.


            “Kita masih di hospital pa…” Jawab Datin Tengku Merissa yang berada di sisi suaminya. Lengan Dato Syed Al-Azhar dipegang erat. Wajahnya kelihatan keruh. Dato Syed Al-Azhar mengerutkan dahinya. Cuba untuk mengingati tujuannya berada di hospital tersebut. Beberapa minit kemudian spontan matanya terbeliak.


            “Triesya! Where’s Triesya? Where’s my baby? Trish!” Jeritnya tiba-tiba dengan lagak tidak siuman. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Aliff cuba untuk menyabarkan Dato Syed Al-Azhar yang sudah tidak sedarkan dengan dirinya itu.


            “Daddy syed. Calm down! Please!” Arah Tengku Ezkandar Heidi dan mengosok lembut belakang Dato Syed Al-Azhar agar bertenang. Dato Syed Al-Azhar terdiam dan memandang Tengku Ezkandar Heidi di sisi dengan mata yang memerah.


            “Macam mana daddy syed nak tenangkan diri Que Ez?! Anak daddy syed mana?!”Soalnya keras kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan saling berpandangan pada Tengku Aliff. Tengku Aliff anggukkan kepalanya tanda menyuruh Tengku Ezkandar Heidi maklumkan hal sebenarnya.


            “Daddy syed. Sebenarnya Trish…” Ucap Tengku Ezkandar Heidi perlahan namun kata-katanya terhenti apabila pintu bilik VVIP yang menempatkan Dato Syed Al-Azhar dibuka oleh seorang nurse.


            “I’m sorry for disturbing gentleman. Dr.Ronald is waiting for you.” Jelas nurse tersebut. Dato Syed Al-Azhar mengerutkan dahinya. Masih binggung dengan semuanya.







******AKU CINTA KAMU*****






TENGKU EZKANDAR HEIDI duduk di sisi katil yang menempatkan tubuh Triesya. Bibirnya diketap dan butang bajunya dibuka dibahagian atas. Begitu juga dengan butang lengan kemeja long sleevenya. Terasa rimas. Tengku Ezkandar Heidi menanti dengan sabar. Kembali terbayang apa yang berlaku tadi.


            “Trish?” Panggil Dato Syed Al-Azhar sewaktu mereka semua menapak masuk ke dalam bilik VVIP yang menempatkan Triesya. Kelihatan Dr.Ronald sedang berdiri di di hadapan Triesya dengan memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Matanya tidak beralih dari memandang wajah gadis yang sedang duduk menyandar di kepala katil itu.


            “Trish? Alhamdulilah. Trish dah sedar. Papa ingat sesuatu yang buruk dah berlaku pada Trish. Maafkan papa sayang….” Ucap Dato Syed Al-Azhar dan menerpa memeluk Triesya yang kaku memandangnya. Tengku Ezkandar Heidi hanya mampu memandang gadis dicintainya itu. Tidak ingin menggangu saat-saat penting Dato Syed Al-Azhar bersama Triesya. Jika dibandingkan dengan dirinya. Dato SYED AL-AZHAR lebih berhak berbanding dirinya. Dirinya disabarkan. Jika diikutkan hatinya. mahu sahaja tubuh gadis itu dipeluk dan diciumnya bagi melepaskan rindu dendamnya selama ini.


            “Sayang? Maafkan papa ya? Papa jadi akan jadi papa yang terbaik buat Trish selepas ni…” Janji Dato Syed Al-Azhar setelah melepaskan pelukannya pada tubuh Triesya. Kedua-dua pipi anaknya dipegang. Triesya hanya terkebil-kebil memandangnya.


            “Sayang… Mummy minta maaf ya… Mummy janji mummy akan jaga Trish. Mummy akan ikut cakap Trish. Asalkan Trish bahagia….” Ucap Datin Tengku Merissa pula dan memegang jemari Triesya. Namun gadis itu masih tiada reaksi. Hanya memandang mereka berdua dan orang-orang yang berada di sekelilingnya. Satu persatu dipandang sehinggalah pandangan jatuh dan terhenti pada Tengku Ezkandar Heidi. Keningnya dikerutkan. Tengku Ezkandar Heidi pula berdebar. Pandangan Triesya padanya terasa lain. Marahkah dia? desisnya.


            “Trish?” Soal Dato Syed Al-Azhar curiga pabila melihat anaknya tiada reaksi da memandang pelik kepada mereka semua. Pipi anaknya dibelai.


            “Aaaawwwak semua… siapa?” Soal suara lembut itu terketar-ketar. Wajahnya seperti bingung. Spontan Tengku Ezkandar Heidi ingin luluh jantungnya saat itu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.


            “Hei… Sayang? Ni papa. Papa Trish. Ni mummy Trish. Tu nenek, grandpa,granny, uncle Ris, auntie Lissa, Ben, Que Liff dan itu adalah Tengku Ezkandar Heidi. Your’s other half. Kenapa ni?” Jelas Dato Syed Al-Azhar dan memandnag tepat kepada mata anaknya. Namun gadis itu membalas dengan pandangan hairan. Triesya memandang Dr.Ronald.


            “Doc? Siapa mereka semua ni? Saya. Saya tak kenal…” Terang Triesya.


“Trish? Ni papa sayang…” Jelas Dato Syed Al-Azhar kembali dan memengang kedua bahunya.Spontan Triesya bertindak kasar dan menolak kedua tangan papanya. Kedua tangannya memegang kepala yang berbalut. Terasa sakit di situ apabila dia cuba untuk mengingati semuanya kembali.


“Nald? Kenapa dengan Trish?!” Soal Dato Syed Al-Azhar gusar. Dengan pantas Dr.Ronald mengambil jarum yang berada di atas meja di sisi katil Triesya dan meminta Dato Syed Al-Azhar dan Tengku Ezkandar Heidi agar menyabarkan Triesya. Setelah itu, bahu Triesya disuntik dan akhirnya gadis itu tenang kembali. Semakin lama tubuhnya semakin lemah dan Triesya kembali lena.


“Dr.Ronald? How was Triesya? Kenapa dia jadi seperti itu?” Soal Tengku Aliff kepada doctor kepercayaannya itu. Spontan perhatian semuanya kini pada Dr.Ronald. Doctor muda itu menghelakan nafasnya.


            “I’m so sorry. Like, I’ve said before. We’ve try our best. Trish.. Err. Trish hilang ingatan. Transient global amnesia. Iaitu kemungkinan besar dia akan menghidap penyakit ini hanya untuk sementara waktu sahaja”Jelas Dr.Ronald. Dato Syed Al-Azhar gelengkan kepalanya dan membelai rambut anak gadisnya. Balutan pada kepala gadis itu masih lagi belum dibuka.


            “Adakah peluang untuk dia kembali sembuh amat tipis?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dengan mata yang tidak dialihkan dari memandang Triesya. Dr.Ronald mengeluh.


            “Don’t worry. Transient global amnesia hanya bersifat sementara sahaja. Peluangnya untuk sembuh adalah besar. Diminta kalian cuba untuk membantunya kembali mengingati kembali ingatannya.” Jelas Dr.Ronald.


            Kring!



            Kring!



            Kring!



            “Astagfirullah’alazim.” Ucap Tengku Ezkandar Heidi spontan dan meraup wajahnya. Begitu lama sekali dia mengelamun. Iphone di dalam sweaternya dikeluarkan dan tertera nama Tengku Erissa Hani di situ.


            “Asalamualaikum Que Sha. What’s up?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.
           

            “Walaikumslaam. Abang. Que Sha dengan Ben on the way nak ke hospital ni. Ada nak kirim apa-apa tak? Abang belum makan kan? Nak Que Sha tapaukan?” Soal Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi menjeling jam tangannya. Sudah menunjukkan ke arah jam 9 malam.


            “It’s okay. Abang tak lapar. Datang jelah terus ke sini. Drive carefully dear.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi.


            “Ok abang. Asalamualaikum.” Balas Tengku Erissa Hani.
           

            Tengku Ezkandar Heidi mematikan panggilan dan meletakkan Iphonenya di atas katil. Kedua-dua sikunya diletakkan di atas katil dan meraup wajahnya. Sudah beberapa hati tidurnya tidak lena kerana memikirkan dan menjaga Triesya. Triesya di sisi dijeling dan spontan Tengku Ezkandar Heidi tercengang pabila melihat gadis itu sedang memandangnya. Tidak menyangka yang Triesya sudah tersedar dari lenanya.


            “Hi..” Sapa Triesya kepadanya. Tengku Ezkandar Heidi meneguk liur. Tidak tahu ingin memberi reaksi apa.


            “Err. Hhh.. Hi sayang…” Balasnya dan tersenyum canggung. Suara Triesya begitu lembut sekali menyapanya. Terasa rindu dengan gadis itu.


            “Baby nak apa-apa ke? Dahaga?” Soal Tengku Ezkandar Heidi prihatin dan berdiri. Cuba untuk mengambilkan air buat Triesya namun tangannya ditarik oleh Triesya. Membuatkan Tengku Ezkandar Heidi kembali menoleh memandang Triesya.


            “Awak siapa?” Soal Triesya bingung. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan memandang wajah cantik gadis itu. tubuhnya didudukkan di sisi Triesya di atas katil dan membalas pengangan jemari Triesya pada tangannya. Dikucup lembut jemari itu.


            “I’m TEH. Yours other half…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya mengerutkan keningnya.


            “TEH? Err. Peliknya nama.. Teh Lipton ke?” Soal Triesya bingung. Spontan meletus tawa Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Kenapa?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan membelai wajah Triesya.


            “I rasa lucu. Sebab you dulu pernah kenakan I macam tu. Mainkan nama I. Kata Teh Lipton.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya. Namun gadis itu hanya menayang muka blur.


            “I don’t get it… Memang nama you TEH?” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepalanya.


            “Tengku Ezkandar Heidi. TEH is my shortname. Friends and family call me Que Ez…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya dipandang. Gadis itu seperti sedang berfikir. Satu yang Tengku Ezkandar Heidi perasan. Gadis itu menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ dan ‘awak’.


            “Then… Saya panggil awak apa?” Soal Triesya hairan. Senyuman nakal terukir di bibir Tengku Ezkandar Heidi. Keningnya dinaikkan.


            “Hubby…” Jelasnya. Triesya terdiam dan memandang tengku Ezkandar Heidi.


            “Ye keeeee?” Soalnya dengan nada suara yang sengaja dileretkan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Kepalanya digarukan. Memang Triesya memanggilnya hubby. Cuma jarang. Mereka lebih suke ber ‘I’ dan ‘you’. Budak ni, amnesia macam ni pun masih curiga dengan aku. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi dan tersengih.


            “Err. A’ah. Betullah…” Balasnya dan tersengih. Triesya mengetap bibirnya dan diam. Tengku Ezkandar Heidi hanya memerhati perlakuan Triesya yang memandang tubuhnya itu. Tangannya tidak berbalut namun berlebam dan terluka. Gadis itu menghelakan nafasnya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Lama dia terdiam sebelum mengeluarkan suara kembali.


            “Jujur. Saya tak kenal awak. Saya tak kenal semua orang. Even diri saya sendiri saya tak kenal. Nama saya. Siapa saya. I don’t know. Apa yang saya tahu lelaki yang gelar diri dia ‘papa’ tu kata nama saya Syarifah Bikash Batriesya. Dia panggil saya dengan panggilan Triesya. Tetapi saya masih tak faham dan ingat semunya. Kenapa saya di sini dan jadi macam ni. Saya tak tahu. Maafkan saya… But honestly... Awak handsome.” Jelas Triesya. Penjelasan Triesya itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Tidak tahu mahu memberi reaksi kecewa ataupun gembira. Kerana, dia kecewa pabila Triesya tidak meningati dirinya dan gembira Triesya mengatanya kacak. Hah! Triesya. Ketika sakit pun masih nakal. Tetapi jujur. Dahulu Triesya jarang memujinya kacak. Ego sangat. Hehe. Tengku Ezkandar Heidi mengaru kepalanya. Tidak tahu bagaimana ingin berinteraksi dengan orang hilang ingatan ni.


            “It’s okay sayang. I faham. Take your time…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum. Namun, Triesya tidak membalas. Hanya memandangnya dengan pandangan bingung.


            “Heloo guys!” Suara nyaring Ben dan Tengku Erissa Hani yang baru tiba itu mengalihkan tumpuan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya kepda mereka berdua. Keduanya datang siap dengan segala jenis makanan di dalam plastic. Nak berkelah ke apa!


            “Oh my! Babe? Kau dah bangun? Awwhhh! Aku rindu!” Jerit Ben teruja dan ingin menerpa memeluk Triesya. Namun gadis itu lebih dahulu memeluk lengan Tengku Ezkandar Heidi sehinggakan Tengku Ezknadar Heidi tertunduk sedikit kerana ingin mengelak dari Ben. Pandangannya pada Ben juga dengan pandangan yang takut. Ben tercengang. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani.


            “Awak! Saya takut! Dia siapa?” Soal Triesya cemas dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Ben dijeling sekejap dan kembali memandang Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengusap pipi Triesya lembut.


            “Shhh. Jangan takut okay. Tu Ben. Bestfirend merangkap PA you.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi lembut. Ben dijeling dan lelaki itu kelihatan tercengang dan merah matanya. Mungkin tidak menyangka sebegitu sekali penerimaan Triesya padanya sedangkan mereka berdua teman rapat selama ini. Triesya terdiam dan memandang Ben denagn pandangan takut.


            “But he’s weird…” Jelas Triesya ketakutan. Spontan Ben mengelap air matanya dan berlalu keluar dari bilik tersebut. Tengku Ezkandar Heidi dan Tengku Erissa Hani terkejut dengan reaksi Ben. Tengku Ezkandar Heidi mengisyaratkan pada Tengku Erissa Hani agar memujuk Ben. Setelah Tengku Erissa Hani keluar barulah Triesya kembali dipandang. Gadis itu berkelip-kelip matanya memadang Tengku Ezkandar Heidi. Comel. Desis Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum. Dahi Triesya dikucup lembut.


            “Jangan takut ya… I ada. Tadi tu Ben. Bestfriend you. Next time, kalau Ben datang jangan bagi respond macam tu lagi ya. Kasihan Ben. Pasti dia terasa…” Pujuk Tengku Ezkandar Heidi dan mengusap pipi Triesya.


            “Maafkan saya..” Balas Triesya dengan tubir mata yang mulai bergenang. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh dan mengelap tubir mata gadis itu. Kepalanya digelengkan.


            “It’s okay. Pasti Ben faham keadaan you…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi.






****AKU CINTA KAMU*****






TENGKU ERISSA HANI menghelakan nafasnya dan memandang Ben yang sedang duduk di kerusi luar bilik Triesya. Lelaki itu menekup wajahnya dengan kedua tangannya. Pasti menangis. Desis hati Tengku Erissa Hani. Tubuhnya dibawa duduk di kerusi sebelah Ben. Bahu Ben disentuh dan lelaki itu menoleh memandangnya denagn mata yang bergenang.


            “Ben… You harus faham. Kak Trish dah hilang ingatan. Pasti dia belum ingat siapa you.” Pujuk Tengku Erissa Hani. Ben mengeluh dan menyandarkan kepalanya di bahu Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani hanya membiarkan. Sejak mengenali dengan Triesya. Dia juga mulai rapat dengan Ben.


            “I sedih tahu bila dia tak ingat I dan takut pada I… Dia kata I pelik. I tahu I pelik. Selama ni memang banyak yang kata I pelik. Tapi bila Trish my bff dan perempuan yang I dah anggap sebagai adik I sendiri kata I pelik. I terasa jauh hati. Selama ni dia yang banyak beri semangat pada I. Faham I. Tetapi sekarang? Dia dah lain…” Luah Ben dan kembali menangis. Tengku Erissa Hani mengelengkan kepalanya. Ben sungguh sensitive rupanya orangnya.


            “Sabarlah Ben. Beri dia masa… Dia masih sakit dan perlukan you untuk kembalikan ingatan dia.” Jelas Tengku Erissa Hani.


            “I tahu… Tetapi entahlah. Rasa nak merajuk bila reaksi dia pada I sebegitu sekali. Kalau dia Trish yang dulu. Memang I cubit-cubit budak tu! Buat I geram je nok!” Balas Ben dan membuat gaya seperti ingin mencubit Triesya. Tergelak Tengku Erissa Hani dibuatnya. Ben. Di dalam keadaan sedih pun masih sempat buat lawak.


            “Jahatlah you Ben! Berani ke nak cubit dia?” Sakat Tengku Erissa Hani. Ben yang sudah mengangkat wajahnya dari bahu Tengku Erissa Hani dan menyapu matanya dengan tisu tersengih dan gelengkan kepalanya.


            “Tak berani you. Sebelum I cubit dia. I dulu yang dia cubit. Triesya. Memang nakal. Awwhhh! I rindu pada dia…” Luah Ben dan memegang kedua-dua pipinya. Terasa rindu dengan keletah nakal Triesya yang suka menyakatnya. Tengku Erissa Hani tersenyum dan memandang Ben. Ben. Orangnya kacak. Tetapi entah kenapa boleh menjadi ‘lembut’ sebegitu. Sayang sekali. desis hati nakal Tengku Erissa Hani. Hehehe.







****AKU CINTA KAMU*****







DATIN TENGKU MERISSA yang baru tiba bersama Dato Syed Al-Azhar pagi itu berasa berdebar. Takut akan penerimaan Triesya padanya hari ni. Mana tahu gadis itu sudah mengingati semuanya kembali. Pasti gadis itu akan mulai membencinya kembali. Jujur. Hatinya terasa sedih dan terluka melihat Triesya yang terbaring lemah. Terasa bersalah terhadap gadis itu. Kalaulah sahaja dia tidak berstuju berkahwin dengan Dato Syed Al-Azhar adakah hubungan Triesya dan papanya akan baik? Dan adakah TRIESYA akan terlantar lesu seperti itu?


            “Asalamualaikum wbt. Morning sayang..” Sapa Dato Syed Al-Azhar pada anak gadisnya dan menyalam serta mengucup lembut dahi anak gadisnya penuh kasih. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan berdiri memberi ruang untuk Dato Syed Al-Azhar berada di sisinya. Tubuhnya berdiri dihujung katil. Tengku Erissa Hani dan Ben turun ke bawah membeli sarapan di café buat mereka. Manakala Datin Tengku Merissa turut duduk di sisi Triesya.


            “Walaikumslaam. Morning.” Jawab Triesya dengan reaksi wajah ceria. Senyuman terukir di bibirnya. Datin Tengku Merissa dipandang. Wanita itu kelihatan takut-takut padanya. Triesya tersenyum  dan menghulurkan tangannya pada Datin Tengku Merissa. Ternyata Datin Tengku Merissa terkejut dengan penerimaan Triesya itu. Tidak menyangka buat pertama kalinya di dalam hidupnya Triesya tersenyum manis seperti itu padaya. Dengan mata yang bergenang dia memeluk Triesya dan mencium pipi gadis itu. Melepaskan rasa kasihnya di situ.


            “Trish sihat?” Soal Datin Tengku Merissa lembut. Triesya yang masih dengan senyumannya menanggukkan kepalanya.


            “Dah sarapan tak?” Soal Datin Tengku Merissa. Dato Syed Al-Azhar tersenyum memandang Tengku Ezkandar Heidi. Gembira dengan penerimaan dan perubahan Triesya, jika dahulu rasanya bermimpi sahajalah jika ingin melihat anak gadisnya tersenyum sebegitu dan melayani Datin Tengku Merissa dengan baik.


            “Belum… Hubby belum bagi Trish makan. Jahat…” Adunya dan menjeling Tengku Ezkandar Heidi. Terjengil Mata Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Macam mana nak bagi makan kalau gadis itu sendiri yang menolak. Tak suka katanya pada bubur yang pihak hospital sediakan. Tawarlah. Macam-macamlah. Naik bingung dia dibuatnya. Tetapi bibrinya mengukirkan senyuman di saat Triesya mengelarnya hubby. Terasa segan juga pabila daddy syed dan mummy Merissanya menjeling dengan senyuman penuh makna.


            “I did okay sayang. But you yang tak nak. Nakal sangat…” Rungut Tengku Ezkandar Heidi. Triesya mengembungkan pipinya dan mencebirkan bibirnya. Tergelak Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa dibuatnya.


            “Tak sedaplah wak… Tawar je…” Adu Triesya. Datin Tengku Merissa tersenyum.
           

            “Takpe. Mummy ada bawakan Trish bubur ayam. Sedap tau. Nak tak?” Soal Datin Tengku Merissa dan berdiri mendekati meja sisi katil Triesya. Bubur yang diletak di dalam thermos tadi dibuka dan dituangkan ke dalam mangkuk yang tersedia di situ.


            “Nak!” Jawab Triesya teruja. Apatah lagi pabila tercium bau wangi bubur ayam yang dibuat Datin Tengku Merissa.


            “Mummy sejukkan dulu ya…” Balas Datin Tengku Merissa dan duduk kembali di sisi. Bubur tadi ditiup bagi menyejukkan bubur tersebut. Datin Tengku Merissa tersenyum melihat wajah Triesya yang khusyuk melihat bubur tersebut. Entah kenapa. Jauh di sudut hatinya dia ingin Triesya kekal begitu. Walaupun kedengaran kejam. Tetapi dia senang dengan perubahan Triesya itu. Mendekatkan lagi hubungan mereka berdua.








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






*********************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~






HI ladies! How was the day and how was the story? Blur huh? Tak logic? Hahaha. Boleh gitewwww? Eh! Of courselah boleh. This is my own story and fantasy. Haruslah ada yang tak logic de bom! Hahaha. J Ada engkau baca cerita macam ni kat blog penulis lain? Takdekan? Sebab hanya aku satu-satunya penulis yang sewel. Buat cerita ikut sedap Ice-Cream Magnum aku je! Hahahahaha. J Sila abaikan kebodohan saya di situ. Peace yawww! Hehehe. J



            Saya Ratu Adriana Nadine, (Perghhh! Ayat skema dan aku tahu korang pun dah naik muak nak baca. Tapi ada aku kisah? Aku tengah berbahasa dengan korang ni J Aku nak minta maaf atas kesalahan aku pada ACK BAB 32 ni J Layan eh!), Ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak logic dan menepati piawaian citarasa anda L MAAFKAN SAYA kerana ini adalah karya saya sendiri. Jika anda tidak sukakannya. Saya tidak menghalang. Tetapi sila unfollow blog ini kerana anda tidak diterima di sini. Wahhhhh~ Hothothot! Trip retis engkau! Propa lebeyyy! Hahahaha. Sila abaikan! J Hehe. Berdirinya saya di sini juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan ejaan, perkataan, ayat dan sebagainya. Selain itu, MAAFKAN SAYA jika ada yang terOVER, PROPA lebey dan sebagainya. Percayalah, ianya hanya sekadar IMAGINASI ukeh J Hehehe. Chill sudehhh nok! Engkau tak yah harsh-harsh ukeh. Sayang engkau! Hehehe. Aku pun dah nak jadi BEN dah. Ahaks! Ketawa gediks! J


           
            Wahhhhh~ Triesya dah sedarlah. Ingatkan dah meninggal dunia. Hilang ingatan ghuponya… Boleh gitewww? Eh. Bolehlah! Cerita aku! Suka hati aku! Hahaha. Best tak blog aku? Ikut sedap mak bapak aku je nak buat cerita sesuka hati akukan. Hehehe. Ingin saya tekankan di sini. Saya tak sukakan cerita yang banyak KONFLIK, ORANG KETIGA dan juga SAD ENDING. Hatte, kome bacholah entry aku sebelum ini. Maka khome akan tahu betapa SUKANYA AKU PADA HAPPY ENDING! Hahahaha. J Tiada istilah SAD ENDING pada karyaku J Aku juga seorang pembaca. Aku faham perasaan korang. SoChill sudeh J Apa pula yang akan terjadi pada Triesya selepas ini? Ish! Bagaimana pula pabila ingatan Triesya kembali sembuh ya? Adakah dia akan berubah balik? Ish! Banyak suspendlah engkau! Hahaha. Oh ya! Ingin aku tekankan di sini kerana dah banyak yang tanya. ACK akan tamat pada BAB 40. Itupun kalau korang nak tau kehidupan mereka berdua setelah berkahwin. Kalau tak nak mungkin akan hasbis pada BAB 37. :)  Waiting for the next entry sahajalah. Zassssss! J


            Ladies! Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment J Aku amat menghargainya. Percayalah! Tak tipu ni! Hehehe. J Juga kepada yang sudi tinggalkan message kat cbox J Kalau ada apa-apa nak soal aku ke apa. Sila tinggalkan message anda di cbox aku ataupun di FB FANPAGE aku ukeh babes! J PLEASE!!!!! hah! Aku tekankan di situ yer. COMMENT yer ladies! Penat tahu aku menulis. Eh. Salah! Salah! Menaip! Apa dah! Hahaha. Penat tahu aku menaip. Korang baca je. Tak tinggalkan commet pung! L Aku tak nak kawan kang! Hah. Baru tahu! Hahaha. Adeh! Kenapa aku ni? Terlebih makan vitamin ke apa sampai melalut macam ni? Tangan aku pula rajin sangat nak menaip segala. Tak boleh berhenti engkau! Hahaha. Tangan oi! Udeh-udehlah tu. Bosan deme nak membaconya! J



SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,










Sincerely,


30 comments:

  1. triesya cpt2 la ingt semula.
    ratu,ending novel ni smpai bab brp??

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      spttnya smpi bab 37. tpi ilham tu dtg bnyk.
      so kite plan nak buat smpi bab 40. smpi slps mereka berkahwin.tupun lau readers naklah.

      Delete
  2. hehe nak ratu kita nak juga kehidupan mereka setelah marriage hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment :)
      hehe ukeh dear :)
      in shaa allah
      waiting yer

      Delete
  3. Sampai n3 40 ye....kalau Lebih pun tak pe....best ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI eeyta
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe in shaa allah sygs
      hehe lbh yer. akan dfikikran. hehe.
      thanks wak

      Delete
  4. n3 40..sedih la triesya hilang ingatan
    tp triesya tetap nakal ngn que ez..hehe
    harap sangat triesya pura2 hilang ingatan tok uji
    keluarga dia..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe in shaa allah sygs
      hehe tulah psl. nakal noh! haha

      Delete
  5. Nak..sampai ada babies y comel2.hehe...mlm nie ada e3 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehehe smpi tua ble? hehe
      in shaa allah mmg ada stp mlm
      cuma tulah. agak lambat sdkt. hehe =P

      Delete
  6. nmpak pelik pul0k peragai triesya kalau dia layan family dia dgn baik..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe itulah pasal. semacam je haha ops!

      Delete
  7. kita sanggup tggu hgga n3 40...x sabar nk baca CED pul0k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous.
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe thanks awak sudi tgu :)hehe
      hwaiting ya

      Delete
  8. nk n3 smpi 40 ek..klo bley c ben tu kasik 'normal' lik.hehe.bia die ngn dik que ez tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe ukeh dear
      haha sungguh bijak
      kite pun terfikir tibatiba hehe =P

      Delete
  9. Trish dh sedar... kan dh agak dh mesti hilang ingatan..
    tapi bagus juga buat sementara dptlh papa Trish mendpt
    semula kasih sayang dari Trish... Sekiranya Trish tlh
    pulih ingatannya biarlah dia tak berubah pada perangai
    lamanya. Semuga Trish dpt menerima yg sudah biarlah berlalu dn jgn dikenang ambil yg baik saje utk dikenang. Nak lagi
    Ratu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe betul tu wak hehe
      hwaiting awak

      Delete
  10. Xsbr...nk bca n3 br....penulisan awk mmg best..sempoi jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI Eija
      welcome dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe thanks dear sudi bca karya sy yg xseberapa :)
      hwaiting~

      Delete
  11. best3!!!... wa!!! sampai bb 4o.... yayyy!!!... xsabar nak bce ending!!!... haha!!*sila bersabar*
    hwaiting!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe suke nyew diyerrr. hehe
      hwaiting dear :)

      Delete
  12. balik la Eskandar tu... nak smpai bab 40 please. sampai dyorg kahwin and Triesya dpt igtan dye smule. harap-harap dye maafkan smorg tp dia WAJIB kahwin dgn Eskandar. hihihi
    -yana-

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI YANA
      Thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe ukeh dear. bab 40 eh. hehe
      WAJIB tuh hehe

      Delete
  13. Τhanκѕ for sharing your thoughts
    on said the gramophone. Regards

    Also visit my websitе - pikavippi
    Take a look at my web site - pikavippi

    ReplyDelete
  14. Hоwdy! I could have sworn Ӏ've been to this blog before but after reading through some of the post I realized it's new to me.
    Νonеtheless, I'm definitely happy I found it and I'll be book-markіng anԁ chесking bacκ fгequentlу!



    Mу wеb ѕite twitter followers fast
    Here is my web-site ; purchase twitter followers

    ReplyDelete
  15. Heya just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the images
    aren't loading properly. I'm not sure why but I think
    its a linking issue. I've tried it in two different web browsers and both show the same results.

    Here is my weblog; http://juliaspello.altervista.org
    Also see my webpage > jjh

    ReplyDelete
  16. Please let me know if you're looking for a article writer for your blog. You have some really good articles and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love to write some material
    for your blog in exchange for a link back to mine. Please blast me an email if interested.
    Thanks!

    Feel free to visit my web-site :: http://freecenter4u.com/
    Stop by my web page ; feg

    ReplyDelete
  17. We stumbled over here from a different website and thought I might as well check things out.
    I like what I see so i am just following you.
    Look forward to looking over your web page repeatedly.

    Feel free to surf to my website qvb

    ReplyDelete
  18. We stumbled over here from a different web page and thought I may as well check things out.
    I like what I see so now i'm following you. Look forward to finding out about your web page repeatedly.

    Also visit my blog post get followers

    ReplyDelete