Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Tuesday 29 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 33











AKU CINTA KAMU BAB 33




SHOULD LISTEN :)



TENGKU EZKANDAR HEIDI memandang nurse yang menapak masuk ke dalam  bilik VVIP yang menempatkan Triesya sambil membawa besen yang berisi air dan tuala putih. Senyuman nurse tersebut padanya hanya dibalas dengan senyuman kelat. Jika dahulu, mana-mana perempuan pasti akan dilayannya. Namun, sejak mengenali dan mencintai Triesya. Dirinya secara automaticnya setia pada gadis itu dan matanya hanya melihat Triesya. Gadis lain sudah tidak mampu menandingi gadis itu dan mengaburi matanya.


            “Morning Tengku. Saya datang nak lapkan badan Miss Triesya.” Sapa nurse tersebut padanya. Tengku Ezkandar Heidi tercengang dan spontan dia memandang Triesya yang masih tidur itu.


            “Morning nurse. Hurm. Lapkan saja? Tukarkan baju juga?” Soalnya pada nurse tadi. Nurse tersebut tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya. Pertama kali berdepan dengan lelaki itu. Siapa tidak cair. Tetapi dia cukup kagum pabila mendengar dari cerita nurse yang lain. Mereka mengatakan Triesya amat bertuah kerana Tengku Ezkandar Heidi lelaki yang penyayang dan amat cintakan Triesya. Buktinya gadis itu sanggup menjaga gadis itu tak kira siang dan malam.


            “A’ah. Tukarkan baju sekali tengku.” Jelas Nurse tersebut. Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Triesya masih tidur. Takut menganggu lena gadis itu. Kepalanya digaru.


            “Err. If you don’t mind, biar saya yang lapkan. Nanti mummy saya datang. Dia yang akan tukarkan baju dia. She’s still sleep. Saya tak nak ganggu dia.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi penuh berhati-hati. Nurse tadi tersenyum. Di dalam hatinya cukup memuji Tengku Ezkandar Heidi. Sanggup tidak menggangu lena kekasihnya. Kepalanya dianggukkan dan besen dan tuala tersebut diletakkan di atas meja di tepi katil Triesya.


            “Baiklah tengku. Besen dan tuala ni saya letakkan di sini. Jika tengku perlukan apa-apa boleh panggil saya kat luar. Saya keluar dulu tengku.” Balas nurse tadi dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Sememangnya bertugas sebagai nurse yang menjaga Triesya banyak pantang larangnya dan mereka punya kontrak. Setiap apa yang berlaku pada Triesya dan di dalam bilik VVIP tersebut tidak boleh diceritakan oleh mereka kepada orang luar. Lebih-lebih para reporter. Kerana saat ini banyak reporter-reporter tengah berusaha mendapatkan berita hangat mengenai kemalangan yang menimpa Triesya. Saat ini mana-mana reporter tidak dibenarkan mendekati kawasan bilik VVIP tersebut di atas arahan Tengku Ezkandar Heidi kepada Tengku Aliff dan pegawal peribadinya yang menjaga di luar bilik VVIP tersebut. Tengku Ezkandar Heidi hanya anggukkan kepalanya.


            Setelah nurse tersebut keluar, Tengku Ezkandar Heidi memandang Triesya yang masih lena. Dibelai penuh kasih rambut gadis itu. Sejak semalam dia berfikir. Bagaimana jika Triesya pulih ingatannya di dalam masa yang terdekat ini? Adakah dia akan berubah kembali seperti dahulu? Kerana saat ini Tengku Ezkandar Heidi senang dengan perubahan gadis itu. Melayaninya dengan baik dan lembut. Bagaikan mereka tidak punya masalah sebelum ini. Cuma satu yang ketara adalah Triesya amat sensitive kini. Silap sedikit pasti gadis itu akan menangis. Cengeng. Tetapi comel. Tengku Ezkandar Heidi suka memujuknya. Lebih-lebih lagi pabila Tengku Ezkandar Heidi memujuknya dengan smarties. Bersinar-sinar matanya. Merajuk ke mana. Menangis ke mana. Smarties juga di cari. Satu hal yang tak berubah. Kegemarannya iaitu smarties. Hehe. Entah kenapa gadis itu minatkan coklat rona roni tu. Kenapa tak Ferrero Roche ke? Cadbury ke? Kisses ke? Hurm. Nak jawab macam mana eh. Dah memang Triesya satu di dalam seribu. Jadi minatnya juga pasti yang pelik-pelik.


            Tengku Ezkandar Heidi mendekatkan bibirnya pada dahi Triesya dan mengucup lembut dahi gadis itu. Tubuhnya di bawa mendekati meja kecil yang berada di sisi Triesya. Tuala putih tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam besen yang berisi air tadi. Diperah dan dengan lafaz bismillah dengan perlahannya dia mengelap tangan Triesya yang terdedah dengan penuh berhati-hati. Tidak ingin gadis itu terbangun kerananya.


            “Wak…” Kedengaran suara serak dan lembut Triesya menyapanya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi yang menumpukan perhatian pada tangan Triesya yang dilapnya mengangkat wajahnya dan memandang Triesya. Senyuman manis diberikan pada gadis itu. Comel sekali wajahnya baru bangun tidur. Betullah tu orang kata. Kalau nak tahu perempuan tu cantik ataupun tidak. Tengoklah wajah dia ketika bangun tidur. Itu adalah kecantikan dalamannya. Wajah Triesya saat ini begitu cantik dan comel.


            “Morning sayang. Dah bangun?” Sapa Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mencium dahi Triesya. Triesya tersenyum kecil dan anggukkan kepalanya sedikit.


            “Tengah buat apa?” Soalnya hairan melihat Tengku Ezkandar Heidi yang sedang memegang tuala dan mengelap tangannya.


            “Err. Nak lapkan badan sayang. Hubby menganggu tidur sayang ya? Sorry sayang. Hubby tak sengaja. Kalau sayang nak tidur balik hubby takkan ganggu.” Soal Tengku Ezkandar Heidi kesal. Triesya memandang Tengku Ezkandar Heidi dengan pandangan blur.

                            
            “Err. It’s Okay. Keep continues with your work.” Balasnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil dan meneruskan kerjanya. Namun, agak tidak selesa apabila Triesya asyik merenungnya. Gadis itu merenung tanpa bersuara. Dengan penuh khusyuk pula tu. Naik segan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Selama ini tak pula gadis itu berani merenung sebegitu lama. Aduhai. Kalau setiap hari macam ni mahu sakit jantungnya.


            Tengku Ezkandar Heidi mengelap bahagian leher Triesya pula. Ditarik rambut Triesya ke belakang agar memudahkannya mengelap leher jinjang milik Triesya. Kedudukan mereka yang agak rapat kini membuatkan Tengku Ezkandar Heidi terbuai seketika dengan bau haruman tubuh Triesya. Bau haruman yang selalu dirinduinya. Matanya memandang mata Triesya yang masih merenungnya. Hah! Gadis itu benar-benar membuatkan dirinya gila. Membuatkan dirinya menjadi angau. Mata cantik itu terkebil-kebil memandangnya. Bagaikan kucing yang comel sahaja. Comel sekali. Dengan perlahan wajahnya didekatkan pada wajah kekasih hatinya itu. Matanya memandang bibir seksi gadis itu. Triesya pula bagaikan mengizinkan sahaja perlakuannya. Hanya membalas renungan Tengku Ezkandar Heidi dan…..

           
            “Awak okay?” Soal Triesya tiba-tiba. Membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tersentak dan terbatuk kecil. Spontan wajahnya dan matanya dialihkan ke arah lain. Dahinya digaru. Entah kenapa gerak geri Triesya seperti ingin mengodanya. Namun, seketika seperti bingung. Naik malu Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Err. Okay..” Balas Tengku Ezkandar Heidi mendatar. Terasa wajahnya membahang kerana malu. Triesya di sisi dijeling. Gadis itu masih memandangnya dengan pandangan bingung.


            “Dah siap ke?” Soal Triesya lembut. Tengku Ezkandar Heidi menoleh memandang Triesya.


            “Err. Belum.” Balas Tengku Ezkandar Heidi.


            “Okay. Sambunglah…” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi berdehem kecil agar dapat menghilangkan gugupnya. Perlahan-lahan Tuala putih tadi kembali diambil dan dilapkan kembali ke leher Triesya. Saat jemarinya singgah ke butang baju Triesya spontan jemarinya dipegang oleh Triesya dan mata memikat itu memandangnya.


            “Awwwaaak… Awwak nak buat apa?” Soal Triesya gagap. Tengku Ezkandar Heidi terdiam dan tidak lama kemudian bibirnya mengukirkan senyuman. Keningnya dinaikkan nakal.


            “Otak kuninglah you ni sayang… Hubby nak butangkan baju ni. Terbuka. Nanti kalau hubby nampak yang tak sepatutnya. Hurm. Kurang pula duit hantaran…” Sakat Tengku Ezkandar Heidi dan tergelak kecil. Spontan Triesya terasa mukanya merah membahang dan tangannya spontan mencubit pinggang Tengku Ezkandar Heidi. Tergelak besar Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Wajah malu Triesya saat ini benar-benar kelihatan comel.







*****AKU CINTA KAMU*****






DATO SYED AL-AZHAR,Datin Tengku Merissa, Tan Sri Tengku Haris dan Puan Sri Tengku Melissa yang sedang duduk di kerusi taman memandang senang pada Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya yang duduk tidak jauh dari mereka. Sengaja mereka mengambil angin di taman petang itu. Memberi ruang kepada Triesya untuk mengambil udara luar.


            “Saya suka tengok mereka berdua tu. Sweet sangat…” Puji Puan Sri Tengku Melissa dan memandang keduanya. Bibirnya menguntum senyuman manis. Dato Syed Al-Azhar,Datin Tengku Merissa dan Tan Sri Tengku Haris turut tersenyum senang.


            “Nampaknya tak lama lagi jadilah kita besan yer tak?” Sakat Tan Sri Tengku Haris. Tergelak sama mereka berempat.


            “A’ah Ris. Aku pun fikir macam tu juga. Nampaknya tak lama lagilah ni. Budak berdua tu aku tengok dah wajib kahwin dah.” Sokong Dato Syed Al-Azhar.


            “Tetapi takpe ke pa? Sekarang ni Trish masih belum pulih ingatannya. Mummy takut nanti bila dia dah pulih Trish akan berubah balik…” Soal Datin Tengku Merissa takut. Dato Syed Al-Azhar melepaskan nafas beratnya. Jemari isterinya digenggam.


            “Yang tu kita fikirkan belakang ya mummy. Papa rasa baik kita luangkan masa dengan Triesya sekarang ni. Cuba ambil hati dia. Siapa tahu nanti bila dia dah pulih dia tetap takkan berubah.” Balas Dato Syed Al-Azahar.


            “Betul tu Zar. Aku pun rasa macam tu juga. At least, bila dia dah pulih nanti dia sedar yang kamu berdua sayangkan dia. Mengenai perkahwinan mereka berdua aku rasa baiklah kita percepatkan. Aku bukan apa. Aku tengok anak teruna aku tu dah terlebih angau dengan anak dara kau tu.” Balas Tan Sri Tengku Haris dan tergelak.  Tengku Ezkandar Heidi, dah tak boleh dirawat dah. Angaunya dah terlebih tahap gaban.


            “Betul tu daddy. Mummy pun tengok Que Ez macam tu juga. Angaunya dah melebih dah.” Sokong Puan Sri Tengku Melissa dan tergelak kecil.


            “Tak lama lagi bergelar datuk dan neneklah kita.” Sampuk Datin Tengku Merissa dan membuatkan mereka berempat terdiam dan akhirnya tergelak sama.


            “Macam tak percaya pula yang kita ni dah tua….” Balas Dato Syed Al-Azhar.


            “Tulah Zar. Aku ni kalau jalan je ada je yang terpikat dengan aku.” Sakat Tan Sri Tengku Haris dan menjeling isterinya. Spontan pinggangnya dicubit.


            “Daddy!!!” Marah Puan Sri Tengku Melissa dan mereka kembali tergelak.






****AKU CINTA KAMU*****







TENGKU EZKANDAR HEIDI dan Triesya yang duduk di kerusi roda memandang ibu bapa mereka yang duduk tidak jauh dari mereka berdua saat itu. Tergelak sakan keempat-empatnya. Entah apa yang mereka berdua bincangkan. Nampak gembira sekali.


            “Their looks so happy…” Kata Triesya dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang turut memandangnya itu. Tengku Ezkandar Heidi yang duduk di kerusi batu itu tersenyum.


            “Adalah tu yang kena di hati mereka berempat.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan memegang jemari Triesya. Gadis itu membalas. Wajah Triesya dipandang. Segenap wajah itu direnungnya. Tidak tinggal walau sedikit pun. Jika ditanya padanya mengenai wajah Triesya. Tanpa memandang wajah itu sekalipun dia dapat membayangkannya. Bagaimana lengkuk keningnya. Matanya. Hidupnya. Bibirnya. Semuanya Tengku Ezkandar Heidi sudah khatam. Entahlah. Mungkin benar apa orang kata. Kalau kita dah suka. Semua tentangnya pun kitakan suka dan ambil tahu.

           
            “I’m glad that you still alive sayang… Selama you koma. I selalu berdoa. Berdoa supaya you kembali sembuh seperti sedia kala…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dan mengucup lembut jemari Triesya yang berada digenggamannya. Terasa usapan lembut di pipinya. Kepalanya diangkat dan membalas renungan gadis itu.


            “Aku cinta kamu sayang… Please. Jangan buat I macam ni lagi. I takut. I takut kehilangan you. I tak cukup kuat nak terima jika you…” Kata-kata Tengku Ezkandar Heidi terhenti. Tidak sanggup untuk menyebutkan perkataan itu. Lebih-lebih lagi pabila Triesya meletakkan jarinya pada bibir Tengku Ezkandar Heidi. Kemudian, kedua-dua pipi Tengku Ezkandar Heidi diusapnya lembut.


            “Hidup dan mati kita ditangan-NYA. Jika saya tak mati pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti saya tetap akan mati. Bila? Di mana? Dan bagaimana? Saya sendiri tak tahu… Semua tu diluar kemampuan saya…. Saya… Saya minta maaf jika sebelum ni saya ada sakitkan hati awak ataupun sebaliknya. Saya minta maaf selama saya sakit awak terpaksa menjaga saya siang dan malam. Saya tak tahu nak balasnya dengan apa. Hanya Allah swt yang mampu membalas budi awak. Saya tak tahu. Saya tak tahu apa hubungan kita sebelum ni. Bagaimana kita sebelum ni. Sebab saya tak ingat walau sedikit pun mengenai kita dan orang sekeliling saya. Saya harap awak faham…” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Perlahan-lahan air mata Triesya dilap dengan jemarinya. Gadis itu menangis. Pasti sedih kerana tak mengingat walau sedikitpun mengenai dirinya.


            “Saya... Minta maaf. Saya minta maaf jika selama ni saya menyusahkan awak. Saya tak tahu seberapa dalamnya cinta awak pada saya dan saya tak tahu betapa saya sebagai Triesya yang dulu cintakan awak… But trust me… Saya terharu dengan sikap ambil berat awak pada saya… Menjaga kekasih yang hilang ingatan dan lumpuh macam saya ni bukannya senang. Saya banyak menguji kesabaran awakkan? Maafkan saya tengku…” Sambung Triesya dengan air mata yang semakin banyak mengalir. Tengku Ezkandar Heidi yang sudah memerah matanya itu mengelengakan kepalanya. Kedua-dua pipi Triesya diusap penuh kasih.


            “Awak tak malu ke ada kekasih yang hilang ingatan dan lumpuh macam saya ni? Kaki saya patah. Saya hilang ingatan. Saya banyak menyusahkan awak… Sayang.. Jika awak nak berpaling dari saya.. Saya… Saya redha… Saya terima… Saya…” Belum sempat Triesya menyudahkan kata-katanya dahinya dicium oleh Tengku Ezkandar Heidi sehingga membuatkan dia terdiam.


            “You tak pernah susahkan I sayang. Sepanjang hidup I. you adalah anugerah yang allah Swt berikan pada I yang amat berharga sekali. I sanggup hilang segalanya. I sanggup hilang harta. I sanggup hilang nyawa. But I tak sanggup hilang you…. I sanggup buat apa saja demi you. You tak pernah menyusahkan I. Tak pernah terdetik pun di hati ni, yang you susahkan I… Bagi I, you adalah kebahagiaan I. Triesya adalah kebahagiaan Tengku Ezkandar Heidi. Mana mungkin I nak berpaling dari you… Mana mungkin I nak lupakan perasaan ni dari you… Aku cinta kamu. Aku cintakan kamu Triesya. Takkan ada perempuan lain yang akan gantikan you dalam hati ni…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut.


            “I tak kisah bagaimana sekalipun keadaan you. Jika you hilang ingatan. I akan ada di sisi you untuk bantu you ingat kembali semuanya. Jika kaki you patah. I akan bantu you berjalan semula. I akan jadi kaki you. Que Liff kata kecederaan kaki you tak teruk sayang. Hanya kecederaan sedikit je. I janji akan bantu you berjalan semula seperti sebelum ni… trust me…” Sambungnya dan mengucup lembut mata Triesya yang basah kerana air matanya. Gitar yang dibawanya tadi diambil.


            “I nak you dengar lirik lagu yang akan I nyanyikan nanti. It’s a deep from my heart… just for you sayang…” Bisiknya dan jemari Tengku Ezkandar Heidi mula memetik gitar.


DAMN LOVE THIS SONG :) MAKE ME CRY :'(



Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
Anytime you whisper my name, you’ll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most”
Triesya dipandang dan ternayta gadis itu juga turut membalas renungan matanya.


What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone
” Dirasakan saat itu hanya berdua berada di taman tersebut. Hanya dia dan cinta hatinya Triesya…


“And I know an angel was sent just for me
And I know I’m meant to be where I am
And I’m gonna be
Standing right beside her tonight
And I’m gonna be by your side
I would never leave when she needs me most
What are words
If you really don’t mean them
When you say them
What are words
If they’re only for good times
Then they don’t
When it’s love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we’re gone…”
Tengku Ezkandar Heidi memandang Triesya yang sedang tertunduk itu. Ada air mata yang jatuh.


“Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I’ll be there
And I’m gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most
I’m forever keeping my angel close……” Nyanyi Tengku Ezkandar Heidi dan memandang jauh ke dalam mata memikat Triesya. Gitar diletakkan di sisi dan dia duduk berlutut di hadapan Triesya yang sedang duduk di atas kerusi roda tersebut.


“Hei… Kenapa ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut dan mengelap air mata Triesya. Jatuh sayangnya di situ.


I’m sorr…” Belum sempat Tengku Ezkandar Heidi menyudahkan kata-katanya. Triesya menerpa ke dalam pelukannya. Bagaikan tidak ingin dilepaskan. Tangisannya dilepaskan di dada Tengku Ezkandar Heidi.


            “You’re. So. Romantic. Saya. Terharu. Sangat. Huwarhhhhh…” Luah Triesya satu persatu dan kembali menangis. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Kepalanya digelengkan dan membalas pelukan Triesya. Dicium lembut kepala gadis itu yang masih berbalut.


            ‘How I want to live without you?’ Bisik Tengku Ezkandar Heidi di dalam hatinya.





*****AKU CINTA KAMU*****






DR.MIKAIL dan Datin Hjh Jemiliah menapak masuk ke dalam bilik VVIP yang menempatkan Triesya. Sejurus mendapat berita mengenai kemalangan yang menimpan Triesya. Mereka terus datang ke situ. Datin Hjh Jemiliahlah yang paling risau sejak tadi. Tak putus-putus umminya itu mendoakan yang terbaik buat Triesya.


            “Asalamualaikum wbt…” Sapa mereka dan memandang setiap tetamu yang turut berada di dalam bilik Triesya. Kedua ibu bapa Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya pula berada di atas katil. Tengku Ezkandar Heidi sedang menyuakan bubur buat Triesya.

           
            “Walaikumsalam wbt.. Eh. Kak Jemi.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan bergegas beridri dari sofa. Dia dan arwah isterinya memang mengenali Datin Hjh Jemiliah kerana anak mereka berteman rapat di university dahulu. Tangan wanita itu di salam dan begitu juga dengan Dr.Mikail.


            “Zar. Bagaimana dengan keadaan Triesya?” Soal Datin Hjh Jemiliah risau. Dato Syed Al-Azhar mengeluh dan memandang Triesya yang sedang ke arah mereka. Berkerut dahi anak gadisnya. Mungkin hairan melihaT keduanya.


            “Trish…”


            “Pa? Mereka ni siapa?” Soal suara lembut Triesya. Spontan Dr.Mikail dan Datin Hjh Jemiliah terkejut.


            “Trish? Ni ummi sayang?” Soal Datin Hjh Jemiliah dan mendekati Triesya. Tengku Ezkandar Heidi turun dari katil. Memberi ruang kepada Datin Hjh Jemiliah dan Dr.Mikail untuk berbual dengan Triesya.


            “Sssaya. Tak. Kenal. maaf.” Balas Triesya bingung. Datin Hjh Jemiliah pantas memeluk tubuh Triesya dan melepaskan tangisannya di situ. Terasa kasihan pada gadis itu. Di atas apa yang dialaminya selama ni. Ditambah pula dengan keadaannya kini. Ianya benar-benar membuatkan Triesya begitu malang sekali. Dr.Mikail merenung tajam pada Triesya yang turut memandangnya. Bibirnya diketap. Dahinya dikerutkan.


            “Ini ummi sayang… Ummi kepada Abang Mike kamu… Ini pula Mikail. Ingat?” Jelas Datin Hjh Jemiliah sejurus melepaskan pelukan. Triesya mengeluh dan mengaru kepalanya. Kepalanya digelengkan. Datin Hjh Jemiliah mengeluh.


            “Ummi dan semua. Boleh tak izinkan saya berbual dengan Triesya sekejap? Que Ez? If you don’t mind…” Soal Dr.Mikail dan memandang semunya sebelum terhenti pada Tengku Ezkandar Heidi. Takut-Takut jika lelaki itu cemburu pula.


            “Baiklah kalau macam tu. Kak Jemi. Jomlah kita ke café dulu. Kami akan jelaskan keadaan Triesya pada kakak. Jomlah kita.” Balas Dato Syed Al-Azhar dan berdiri. Yang lainnya turut berdiri dan berjalan keluar dari blik tersebut. Tengku Ezkandar Heidi pula menepuk bahu Dr.Mikail dan mendekati Triesya. Dikucup lembut dahi gadis itu.

           
            “Hubby keluar sekejap ya sayang… Take care.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi sebelum berlalu. Triesya hanya tersenyum. Pandangannya dialihkan pada DR.MIKAIL. LELAKI itu berpeluk tubuh dan dan memandangnya tajam.


            “Syarifah Bikash Batriesya…..” Panggilnya dan……







B.E.R.S.A.M.B.U.N.G



***************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~







MINTA AMPUN PENUNGGU GUA~






HAHAHAHA







Sorry ladies kite lambat update!




HI LADIES! How was the day and the story? I’m so sorry…. Late update yer! Huhuhuhu. I nak gitau ni. I demamlah you…. After I minum ubat semalam. I terus ting tong! Tertidur nok! Hahaha. Eee. Geli gitewww~ Hekhekhek. Sorry… Seriously… Aku demam dan tertidur semalam. Maaf sesangat. L My bad



            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya cerita ini tidak logic ke apa. Like I’ve said. This is my story so suke hati I lah! Wahhh~ Boleh gitewww? Hahaha. J  Aku ingin MEMINTA MAAF juga sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat dan perkataan. Juga MINTA MAAF jika ada yang terOVER, TAK LOGIC, TERLEBIH or else. I’m sorry~



            Ladies, apakah yang akan terjadi seterusnya? Highlight di situ~ KENAPA DR.MIKAIL INGIN BERBUAL SENDIRIAN DENGAN TRIESYA????? Hurm….Hwaiting for the next entrylah jawabnya J Bluerk! Hehe.


            Oh ya, disebabkan ramai yang nak ACK stop until BAB 40. Okaiokaiokaiokai (Ikut slang Mus May)~ Kite stop until BAB 40 yer J Lepas tu kite usha Encik Duda pula. Sukew lew tewww~ Hehehe J


            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment. J Aku amat hargainya. Lepas ni jangan serik-serik nak singgah yer cik puan. Sebab Malam ni kite update lagi J Hehehe. Peace! J Please! Please! Please! Leave ur comment. Aku tengah sakit ni. So malas tu menjadi-jadi. Kalau banyak yang comment. Hatte, barulah aku nak update. Aci tak? Hehehehehe J Hwaiting!



SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA LADIES. TQ. J




Till then,









Sincerely,

12 comments:

  1. ke dr mikail nk uji triesya kut sama ada hilang ingatan ke x..huhuh
    lamia pasti yang triesya pura2 hilang ingatanje tu... confident lebih.hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lamia
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe takpe. confident lebey itu harus hahaha

      Delete
  2. Sy rse,.sy rse.... Keke
    Tgu en3 mlm ni.btol x pe y sy rse keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI WAN RUZANA
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe jahatlah. kite ttgu2 apa yg awak nak kate. hehe

      Delete
  3. Ratu awak nak habiskan cerita ni kat blog atau after chapter 40 cerita ni nak dinovelkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      a'ah. ACK akan dihabiskan di blog. In shaa allah. semua e-novel kite akan dihabiskan di blog dear :)

      Delete
  4. hohoho!!! MIKE!!!
    ske tgok triesya gn que ez...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe Mike
      Huhuhu kite pun :)

      Delete
  5. Entah2 trish dh pulih dr ilag ingatan kot... Nie yg xsbr nie... Sbg lg... Kalo lah sy dpt hubby mcm Teh nie syokkk nyaa... (smbil beragan haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI eija
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe in shaa allah
      hwaiting~
      hehe syiokkan. :) kite pun nak. wahh. nak juge~ haa

      Delete
  6. Suspen jeee... Mcm Trish tipu je hilang ingatan ni. X sbr nak tgu next n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI aini
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe hwaiting dear :)

      Delete