Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 30 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 34















AKU CINTA KAMU BAB 34






“SYARIFAH BIKASH BATRIESYA…..” Panggil Dr.Mikail dan memandang tajam ke dalam mata Triesya sehinggakan Triesya kecut perut jadinya.


            “Aaaa..Apa? Awak. Awak ni siapa?” Soal Triesya tergagap dan menarik selimutnya dan ditutup terus ke lehernya.


                “Jangan nak tipu abang sayang. Trish boleh tipu yang lainnya. Tetapi Trish tak boleh tipu abang. Kita dilahirkan dengan dua buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. And… I know that you’re hiding something right now.” Balas Dr.Mikail. Triesya diam tidak berkutik.


            “Saya tak faham apa yang awak cakapkan…” Balas Triesya. Dr.Mikail tergelak sinis dan mendekati Triesya. Tubuhnya didudukkan di sisi gadis itu dan spontan tangannya menarik telinga triesya. Menjerit kecil gadis itu dibuatnya.


            “Hah! hah! Abang Mike! Sakit!!!!” Jerit Triesya dan memegang telinganya dan tangan Dr.Mikail yang masih bergayut padanya. Tersengih Mikail dibuatnya.


            “There you’re my dolly polly. So naughty huh!” Balas Dr.Mikail geram dan melepaskan telinga Triesya. Triesya mendengus dan mengosok-gosok telinganya.


            “Close the door…” Arahnya. Dr.Mikail menjungkitkan keningnya. Namun, tetap berdiri dan mendekati pintu bilik Triesya. Dikunci pintu tersebut dan kembali duduk di sisi Triesya. Tubuhnya didudukkan berhadapan dengan Triesya.


            “Okay. Now, spill it out!” Balas Dr.Mikail. Triesya berpeluk tubuh dan memandang ke arah lain.


            “It’s just came out automatically.” Balas Triesya dan memandang Dr.Mikail. Dr.Mikail kerutkan dahi


            “What do you mean sayang?” Soalnya kurang faham. Triesya mengeluh. Peristiwa yang mengakibatkan dirinya tersedar dari koma dan berpura-pura hilang ingatan seperti itu terlayar kembali diingatannya.


            “A weeks ago…”







*****AKU CINTA KAMU******






AKU mengerutkan dahiku tatkala terdengar bunyi bising. Di dalam keadaanku yang kaku saat ini sukar untuk aku mendengar dengan lebih jelas. Namun, pabila tersedar yang itu adalah suara papa dan auntie Merissa. Spontan aku cuba untuk memasang telinga walaupun agak susah.


            “We should tell her the truth mummy. Kalau tak semua ni takkan terjadi.” Kedengaran suara papa berbual dengan auntie Merissa. Aku kerutkan kening. Bagi tahu hal yang sebenar pada aku? Apa dia? Kenapa semuaya bagaikan berahsia dengan aku.


            “But.. Mummy takut dia tak dapat nak terima kenyataan yang sebenarnya.” Jawab auntie Merissa. Kedengaran suaranya agak sendu. Menangis mungkin.


            “Mummy… Kenapalah mummy ni baik sangat? Sedangkan Trish jahat sangat dengan mummy. Mummy tetap layan dia dengan baik. Mummy selalu fikirkan perasaan dia. Sedangkan dia?” Soal papa. Aku terdiam. Memang. Memang selama ni dia melayaniku dengan baik. Cuma aku sahaja yang melayaninya dengan kasar.


            “Mummy sayangkan dia… Even Trish tak sayangkan mummy.  But, mummy sayangkan dia. Mummy kasihankan dia pa. Dia cukup menderita selama ni. Kehilangan arwah Qis cukup buat dia terasa down dengan hidupnya. Lebih-lebih lagi dengan perkahwinan kita. Kadang-kadang mummu terfikir. Terfikir jika mummy dan papa tak berkahwin. Adakah trish akan menjadi macam ni?” Balas auntie Merissa dan menangis. Aku terkedu sendiri.


            “Astagfirullah’alazim mummy. Tak baik mummy kata macam tu. Bagaikan mummy menolak takdir dan tak redha dengan takdir yang Allah swt aturkan buat mummy. Mummy menyesal ke berkahwin dengan papa? Jadi mummy kepada Triesya?” Soal papa kembali. Nada suaranya seperti geram. Aku mengeluh. Sedikit sebanyak terusik dengan kata-kata auntie Merissa tadi.
           

            “Tak! Tak papa. Maafkan mummy. I was just thinking. Mummy redha dengan takdir yang DIA aturkan buat mummy. Mummy Cuma rasa kesal kerana perkahwinan kita telah menjauhkan papa dan Triesya….” Balas auntie Merissa.


            “Mummy… Listen here sayang. That’s why papa nak kita terus terang pada dia. Let her know about us. Kenapa kita berkahwin. Semuanya kerana wasiat Qis. Qis yang nak kita berkahwin sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya. Papa sendiri sukar untuk menerima. Tapi apa saja yang papa mampu lakukan? Itu adalah wasiat Qis dan dia berharap sangat pada papa. Berkahwin dengan mummy dan kita berdua jagakan Triesya untuk dia.”  Penjelasan papa itu benar-benar membuatkan aku tersentak dan ingin menangis saat itu juga. Namun ku pendam. Kenapa? Kenapa semua ini terjadi kepadaku? Kenapa sebegitu sekali pergorbanan mama demiku dan papa? Sanggup menyuruh papa berkahwin lagi.And auntie Merissa? Sanggup sembunyikan hal yang sebenarnya dariku. Kerana dia tahu aku pasti akan kecewa dengan keputusan yang arwah mama ambil.


Ya allah swt. Aku bersalah sekali pada wanita itu. Selama ini aku menyalahkan dia kerana mengambil papa dariku. Namun sebaliknya. Aku hina dirinya. Aku marahkan dirinya. Aku dendami dirinya. Namun auntie Merissa tetap bersabar dengan diriku.


            “Mummy tak nak Trish bertambah down dengan dirinya papa…” Balas auntie Merissa dan menangis. Aku mengeluh dan teringat kembali segala kekasaranku padanya selama ini.Betapa khilafnya aku pada wanita ini. Betapa bodohnya aku berprasangka buruk padanya. padahal dia tetap melayaniku dengan baik dan memberikan senyuman ikhlasnya padaku…







****AKU CINTA KAMU*****







THEN? Apa yang Trish buat? Sedarkan diri dari koma I guess…” Soal Dr.Mikail kepada Triesya. Triesya mengeluh dan gelengkan kepala.
           

            “Nope… it’s too early. After papa dan auntie Merissa balik. Ben pula yang masuk And He was talking with me. That time, Trish bertambah rasa sedih dengan apa yang Ben luahkan pada Trish. Terharu sangat. Lebih-lebih dengan pengakuan yang papa dan auntie Merissa. Then, my condition was going bad. Rasa semput dan sukar untuk bernafas. That time rasa nak mati pun ada. Thanks to Allah Swt sebab Trish masih diberikan peluang untuk mengubah segalanya kembali.” Balas Triesya pada Dr.Mikail. Dr.Mikail membelai rambut Triesya.


            “So the doctor?” Soal Dr.Mikail hairan. Pastilah doctor yang merawat Triesya tahu akan kondisi Triesya. Triesya tersenyum.


            “Remember Ronald?” Soal Triesya. Dr. Mikail kerutkan dahinya dan tidak lama kemudian dia tersenyum kecil.


            “Don’t tell me…” Belum sempat Dr.Mikail menyudahkan kata-katanya Triesya memotong.


            “Yes he is. Dr.ronald. Dia doctor pakar bedah di sini. Dia yang bantu Trish. When I wake up. Trish berterus terang pada Ronald about everything and thanks to Allah Swt again sebab dia setuju with my crazy idea.” Balas Triesya dan gelengkan kepalanya. Dr.Mikail tersenyum kecil. Triesya. Ada saja idea gilanya. But at least dengan idea gilanya ini Dr.Mikail harap everything goanna’s be okay.

        
          “Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya…” Ucap Dr.Mikail lembut dan mengusap pipi Triesya. Triesya terdiam.

      
         “I’m not that kind of person. That why I’m doing this…” Luah Triesya dan tertunduk. Dia tiada keberanian untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf secara berdepan dengan semuanya. Sejujurnya dia malu. Malu kerana sudah berprasangka buruk. Lebih-lebih lagi pada Tengku Ezkandar Heidi dan auntie Merissa….


            “Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka sayang…” Balas Dr.Mikail dan menarik Triesya ke dalam pelukannya. Terasa gadis itu turut membalas pelukannya. Dr.Mikail tersenyum. Namun, sekejap Cuma. Dia kembali menjauhkan Triesya sedikit darinya dan memandang wajah gadis itu.


            “But kaki ni betul patahkan?” Soal Dr.Mikail dan menujuk ke arah kaki Triesya. Spontan Triesya menjerit.


            “Betullah!” Balasnya geram. Ada pula kata kakinya itu hanya patah tipu-tipu.
                       

            “Tulah. Bohong lagi…” Balas Dr.Mikail dan tersengih.



            “Abang!!!!” Marah Triesya dan Dr.Mikail tergelak.







*****AKU CINTA KAMU*****







AKU membalas senyuman Tengku Ezkandar Heidi yang sedang menuju ke arahku dengan senyuman manisnya sejurus abang Mikail berlalu keluar. Lelaki ini. Benar-benar membuatkan aku jatuh cinta padanya. tetap berada di sisiku walau dalam apa jua keadaanku. What can I say? He’s the one. He’s so perfect for me. Mama pernah kata :


            “Find a guy that always be your side whether you in sad or happy… find a guy that can taking good care of you when you in pain. Because that guy will make you happy…”


            Betullah tu kata arwah mama. Aku sokong dan itulah dia. Tengku Ezkandar Heidi. Cinta hatiku. Wah! Dah pandai mengaku cinta hati. Hekhekhek. Suke hati kitelah! Bluerk! Erk! Ada pula macam tu. Haha.


            “HI sayang…” Sapanya padaku dan duduk di sisiku di atas katil. Sempat ciumannya mendarat di dahiku. Aku hanya tersenyum.


            “Hi…” Balasku padanya.


            “Bincang apa dengan Mikail tadi?” Soalnya padaku dna jungkitkan keningnya. Mahu sahaja aku tergelak di situ. Haila. Jealous ke cik abang aku ni? Haha. Nampak sangat cemburu. Tapi still control macho. Aku tersenyum dan dekatkan dirinya padanya. Kepalaku aku sandarkan pada dadanya dan mengangkat wajahku memandangnya. Dia turut membalas dan memeluk pinggangku.


            “Awak marah ke saya berbual denagn abang Mike?” Soalku dengan suara yang sengaja di blurkan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kelat dan memandang ke arah lain.


            “Bukan marah tapi cemburu…” Bisiknya perlahan dan kembali tersenyum memandangku. Mahu saja aku tergelak tergolek di situ. Cemburu tandanya sayanglah awak! Hehe.


            “Err. Taklah yang. Suka adalah…” Jawabnya dengan suara yang senjaga dileretkan. Aku tersenyum kecil dan memeluk tubuhnya. Tercium bau wangiannya. Hurm. Buat aku tak nak lepaskan pelukan je. Hehe. Dah berapa hari aku ambil kesempatan. Hahaha! Shhh. Jangan bagi tahu dia tau! Tak nak kawan!


            “Awak pergi mana tadi? Saya rindu…” Ucapku lembut dengan mata yang sengaja dikebilkan. Dia tersenyum dan mencium dahiku sekali lagi.


            “Stay café dengan yang lain. After that singgah office Que Liff sekejap. Hubby pun rindu dengan sayang. Rindu sangat….” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mencium kedua pipiku. Merona merah mukaku dibuatnya. Selamba badak je dia ni.


            “Hei malu ya?” Soalnya lembut kepadaku dan memegang kedua pipiku. Aku anggukkan kepala perlahan. Dia tersenyum dan naikkan keningnya nakal.


            “Dulu tak malu pun… Suka je…” Balasnya nakal dan tersenyum. Aku kerutakn dahi dan memandangnya. Erk! Budak ni. Nak tipu aku ke?


            “Ye ke???” Soalku curiga. Dia tergelak kecil dan anggukkan kepalanya.


            “A’ahlah. Selalu tu you sendiri yang kiss I. peluk I tak nak lepas. 24jam melekat dengan  I ….” Balasnya dan tersenyum nakal. Aku terdiam dan mengetap bibir. Oh!!! Mentang-mentang aku hilang ingatan  kononnya. Nak ambil kesempatan lahtewww!


            “Hahahaha. Hei… Gurau jelah sayang… Marah nampak!” Balasnya lagi dan tergelak. Aku dibawa ke dalam pelukannya. Dipeluk tubuhku dengan erat sekali.


            “Tak kisah apa pun yang berlaku sebelum ni mahupun pada masa hadapan. I’ll always love you… Aku cinta kamu sayang….” Bisiknya lembut ke telingaku dan aku??? tersenyum bahagia di dalam pelukannya… Papa! Nak kahwin! Hehehe. J






*****AKU CINTA KAMU******






TENGKU EZKANDAR HEIDI membantu Triesya mendudukkan gadis itu di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut dengan berhati-hati. Setelah itu tubuhnya pula didudukkan di sisi Triesya.Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa tersenyum senang dengan layanan Tengku Ezkandar Heidi pada anak dara mereka.


            “Mummy masak apa hari ni?” Soal Triesya teruja pabila melihat mangkuk tingkat  dan thermos yang Datin Tengku Merissa bawakan. Setelah maghrib tadi Dato Syed Al-Azhar, Datin Tengku Merissa, Tan Sri Tengku Haris dan Puan Sri Tengku Melissa berangkat pulang. Hanya tinggal dirinya dan Tengku Ezkandar Heidi. Datin Tengku Merissa tersenyum dan membukakan mangkuk tingkat yang dibawanya tadi serta thermos.


            “Mummy masakkan Trish sup ayam dan salad buah. Que Ez pula ayam masak merah dan udang masak lemak. Okay tak?” Soal Datin Tengku Merissa pada keduanya. Tengku Ezkandar Heidi anggukkan kepala dan tersenyum. Memang mummy Merissanya pandai memasak. Jika dia sudah masak pasti sedap. Manakala Triesya pula cemberut 14 depa.


            “Kenapa lauk Trish tak sama dengan hubby?” Soal Triesya muram. Ketika mereka tergelak kecil.


            “Sayang… You kan sakit. Mesti makan makanan yang berkhasiat. Okay kalau you nak. I sanggup ikut you makan lauk you.” Pujuk Tengku Ezkandar Heidi lembut. Pantas Triesya gelengkan kepalanya. Tak sampai hati nak buat sampai macam tu sekali. Dahlah lelaki itu penat menjaganya.


            “Eh. It’s okay. Tak pe. Hubby makanlah. Saya tak marah pun. …” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mengusap pipi Triesya.


            “Good girl…” Balasnya lembut. Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa saling berpandangan dan tersenyum penuh makna.  Salute dengan Tengku Ezkandar Heidi yang sabar melayan karenah anak gadis mereka.


            “Que Ez bila nak masuk office balik?” Soal Dato Syed Al-Azhar memecahkan kesunyian di saat Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi sedang mengisi perut mereka. Triesya di suap oleh Datin Tengku Merissa dan manakala Tengku Ezkandar Heidi makan sendiri. Yalah.Takkan nak suap jugakan? Hehe. Adalah sesekali sudunya melencong ke mulut kekasih hatinya. Sayang punya pasal terpaksa ikutkan saja. Kalau tak menangis. Hehe. Tengku Ezkandar Heidi mengangkat wajahnya dan membalas senyuman daddy syednya.


            “In Shaa Allah selepas Trish dibenarkan balik.” Balas Tengku Ezkandar Heidi jujur.


            “So siapa yang handle company sekarang ni?” Soal Dato Syed Al-Azhar penuh minat. Pada masa yang sama terasa terharu kerana lelaki itu sanggup menjaga anaknya siang dan malam.


            “Daddy yang jagakan buat sementara ni. Katanya rindu nak bekerja balik.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Dato Syed Al-Azhar tergelak.


            “Daddy kamu tu tak pandai duduk diam. Tapi daddy kamu kira bertuah kerana kamu ada untuk jalankan company dia. Daddy syed ni? Hurm. Triesya ni entah bila sembuhnya. Lagipun dia tak minat dengan business ni.” Luah Dato Syed Al-Azhar dan memandang anak gadisnya yang sedang disuap oleh Datin Tengku Merissa itu. Tengku Ezkandar Heidi turut memandang ke arah Triesya.


            “In Shaa Allah. Nanti terbukalah hati dia tu daddy syed. Berdoa jelah. Lagipun daddy syed muda lagi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan tersenyum. Dato Syed Al-Azhar tergelak.


            “Takde mudanya Que Ez. Sepatutnya saat ni daddy syed duduk rumah dan bermain dengan cucu. Tunggu kamu berdualah ni. Kahwin cepat, Bagi daddy syed cucu dan pada masa yang sama bolehlah kamu tolong tengok-tengokkan company daddy syed tu…”Balas Dato Syed Al-Azhar. Tengku Ezkandar Heidi tersengih. Terasa merah mukanya kerana malu pabila isu kahwin dibangkitkan.


            “Err. Yang tu daddy syed kena tanya tuan badan dia dulu. Kalau dia kata okay. Que Ez okay je…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan menjeling Triesya di sisi.


            “Trish nak tak kahwin dengan Que Ez?” Soal Dato Syed Al-Azhar kepada Triesya. Spontan Triesya mengangkat wajahnya dan memandang keduanya. Keningnya dikerutkan dan anggukkan kepalanya.


            “Nak… Saya memang bercinta dengan awak kan? So kalau bercinta mestilah tujuannya ke arah perkahwinankan?” Balas Triesya. Serentak mereka bertiga berpandangan.


            “Betul ni By?” Soal Tengku Ezkandar Heidi penuh semangat. Triesya tersenyum dan kembali menyuakan mulutnya kepada Datin Tengku Merissa. Pandai-pandailah mereka describe ekspirasi mukanya itu. Hehe.







*****AKU CINTA KAMU*****






AKU yang sedang membaca majalah di atas katil memandang ke arah pintu bilik apabila dibuka. Tersembul wajah Ben di situ. Spontan bibirku mengukirkan senyuman padanya. rindunya pada Ben. Dah beberapa hari dia tak datang. Kata Tengku Ezkandar Heidi, Ben tengah busy sekarang ni. Banyak permintaan bagi mak-mak datin padanya untuk mereka baju mereka. Memandangkan aku dah tak active dalam bidang peragaan. Maka, Ben mula menumpukan 100% perhatiannya pada boutique nya.Wahh.. Masyhuk lah Ben! Hehehe.


            “Hi?” Sapaku padanya dan meletakkan majalah di sisi. Ben dipandang dengan senyuman manis. Ternyata Ben terkejut dengan reaksiku. Mungkin kerana sebelum ini aku memberikan reaksi yang melampau. Haha. Sorry Ben!


            “Err. Hi. Kau tak tidur lagi? Sorry kalau aku menganggu. Aku temankan kau dan tengku malam ni.” Balas Ben dan mengambil tempat di kerusi sebelahku. Bag yang dibawanya di simpan di atas meja coffee tadi. Aku tersenyum dan gelengkan kepalaku.


            “Takdelah. Saya masih belum tidur lagi.” Balasku padanya. Agak canggung bersaya awak. Tetapi takpelah. Berkorban sedikit. Huhu.


            “Tengku mana?” Soal Ben hairan dan memandang ke sekeliling bilik.


            “Dia keluar sekejap. Jumpa dengan Que Liff.” Jelasku padanya. Memang Tengku Aliff ada menelefon Tengku Ezkandar Heidi tadi.


            “Ouh. Hurm. Aku ada bawakan kau coklat. Nak tak? Tapi jangan bagitahu tengku pula. Nahas aku.” Soal Ben dengan nada yang perlahan. Lebih tepat lagi berbisik. Aku tersenyum kecil dan menganggukkan kepalaku. Spontan Ben tersenyum dan membuka  handbagnya. Sekotak ferero rochre dikeluarkan dari dalam handbangnya. Dibuka kotak tersebut dan di ambil satu Ferrero Roche dan dibukakan untukku sebelum disuakan ke dalam mulutku. Aku hanya menurut sahaja.


            “Sedap?” Soal Ben. Aku anggukkan kepala.


            “Lebih sedap dari smarties kau kan?” Soalnya dan tersengih. Aku turut sama tersengih. Tahu je dia. Hehe.


            “Awak tahu eh saya minat dengan smarties?” Soalku senagaja padanya. Dia tersenyum.


            “Apa je yang aku tak tahu tentang kau babe? Kau cakap je. pasti aku tahu. Kecuali tubuh kau jangan soal aku. Itu bukan urusan aku tau!” Balas Ben dan tergelak. Aku gelengkan kepala. Dia ni. sempat lagi buat lawak.


            “Awak nampak lain hari ni.” Balasku hairan dan memandang dressingnya. Ben turut sama memandang tubuhnya dan tersengih.


            “Kau kata hari tu aku pelik. So aku pakailah dressing macam ni. Supaya tak pelik di mata kau.” Balas Ben. Sememangnya dressing Ben pada hari ini berbeza dari sebelumnya. Memakai baju kemeja long sleeve rona putih dan seluar jeans. Selalunya t-shirt berkoler dan siap ada scarf yang disangkutkan di lehernya. Ben kini nampak maskulin. Ceh! Haha.
           

            “Sorry…” Balasku serba salah. Bukan niatku. Cuma nak buat lakonan mantap time tu. Heee. Ben gelengkan kepalanya dan kembali membuka satu lagi ferero roche untukku.


            “It’s not big deallah babe. Aku faham keadaan kau.” Balas Ben dan suakan coklat tadi ke dalam mulutku. Aku hanya menurut sahaja.


            “Err. Kita memang rapat ya?” Soalku padanya. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Rapat gila! Sampaikan tuala wanita engkau aku belikan tahu!” Balas Ben dan tergelak kecil. Aku tersengih. Betullah tu. Ben je yang tahu sangat kitaran haid aku. Best tahu ada kawan macam Ben ni. Hee.


            “Ye ke? Kasihan awak!” Balasku padanya.


            “Takdelah babe. Hal kecil je tu. Dah biasa kena dera dengan kau.” Balasnya dan tersengih. Aku kerutkan dahi. Wah… Pandai kenakan aku nampak! Mentang-mentang aku hilang ingatan yer dak Ben. Kau mainkan aku!


            “Eerrr. Saya suka dera awak ke dulu?” Soalku padanya curiga. Dia anggukkan kepalanya sungguh.


            “A’ah. Sampaikan tahu kucing kau si Bobo tu aku cucikan tahu! Jahatlah kau babe!” Balasnya dan kembali menyuakan ferero roche ke dalam mulutku. Namun belum sempat masuk ke dalam mulutku. Tangan Ben di halang. Erk! Tengku Ezkandar Heidi rupanya.


            “Ben! What I’ve told you before? No chocolates Ben.” Marah Tengku Ezkandar Heidi. Ben tersengih dan memasukkan coklat tersebut ke dalam mulutnya.


            “Alah tengku. Bukan selalu. Kasihanlah dengan budak ni. Smarties tu okay je dia makan.” Balas Ben dan mengaru kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi gelengkan kepala.

           
            “Ben. Ben. Smarties tu dia makan sikit je selalu. Lagipun kauntiti coklatnya kurang.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan duduk di sisiku.


            “Alolorh. Sian cayang. Ben dera yer?” Soalnya lembut kepadaku dan mencium dahiku. Aku tersenyum. Tapi dalam hati tergelak terbahak-bahak dah. Lebih-lebih lagi pabila Ben membuat muka. Menyampah rasanya.


            “Eeee.. I pula yang kena. Malas tau! Dahlah. Silalah sambung beromantika de amor yer. I nak jahitkan labuci mak-mak datin ni. Kang bising pula mulut mak datin tu. Malas aku!” Balas Ben geram dan membawa tubuhnya mendekati sofa. Tergeleng kepalaku dan Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.


            “Nakal tau makan coklat banyak. Pantang I tinggal sekejap.” Bisiknya perlahan ke telingaku. Aku tersengih.


            “Sikit je. Sedap!” Balasku jujur. Dia tersenyum dan gelengkan kepalanya. Tangannya bermain dengan jemariku.


            “Hubby…” Panggilku dan memandangnya. Dia turut membalas.


            “Bincang apa dengan Que Liff tadi?” Soalku padanya. Dia tersenyum dan jungkitkan keningnya.


            “Takut ke I bincang soal perempuan dengan Que Liff?” Soalnya nakal. Aku mencebik dan memandang ke arah lain. Dia tergelak dan menarik daguku agar memandangnya kembali.


            “Kita bincang tentang kes accident you tu. Pemandu lorry tu dah ditangkap. Kan dia larikan diri time you accident tu. Sebenarnya dia memandu di dalam keadaan mabuk time tu. Dahlah hujan. Mudahlah accident berlaku. Orang tu pula drive dengan laju…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi. Aku terdiam. Aku tahu dia sengaja menyindirku. Huhuhu.


            “Saya nak ke mana time tu?” Soalku sengaja. Ingin melihat reaksi Tengku Ezkandar Heidi. Ternyata raut wajahnya berubah.


            “Err… Nak balik kondo you. A’ah. Kondo you.” Balasnya dan mengaru kepalanya. Aku terdiam. Kenapa harus menipuku?


            “Err. Okay…” Balasku pendek. Pelik! Adakah kerana tidak ingin aku mengingati kembali apa tujuanku memandu dengan laju malam itu?


            “Hurm. Hubby? Siapa Bobo? Ben ada sebut tadi…” Soalku pula. Kini wajahnya mula mengukirkan senyuman kembali.


            “Bobo tu kucing parsi. I hadiahkan pada you time you merajuk dengan I.  Cute sangat.  I’m sure dia pun rindukan mummy dia ni. Sekarang ni auntie Que Sha dia yang jagakan.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi senang. Aku tersenyum kecil. Betullah kata Ben. Dia sendiri turut sayangkan Bobo.


            “Mummy?” Soalku hairan. Buat hairan sebenarnya.


            “A’ah. Mummy. Mummy tu youlah. We use to call ourself mummy and daddy bila dengan Bobo.” Jelas Tengku Ezandar Heidi. Aku tersenyum.


            “Bila I boleh jumpa dengan Bobo?”


            “Esok okay. Esok I minta Que Sha bawakan Bobo untuk you. Now, you’ve to sleep. Hari ni you active sangat. Rest ya sayang. Esok kita main lagi.” Balasnya dan menolak tubuhku lembut agar aku baring. Sempat dia mengeyitkan matanya kepadaku nakal. Aku tersenyum. Memang aku agak active pada hari ini.


            “Good night sayang. Sleep tight and sweet dream. Mimpikan I ya. Aku cinta kamu…” Bisiknya ke telingaku dan mencium dahiku. Aku memejam mataku dan hanyut dengan dunia ciptaanku sendiri…..










B.E.R.S.A.M.B.U.N.G.










**********************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies!




Ding dong!





Dong dong!






Dong ding!






Hahahaha!






Sewellah engkau!











HI! How was the story? Okay tak? Hehehe. Kan dah terjawab semuanya. Tak sangka ada readers yang cukup bijak sampai dapat meneka dengan baik. You Go Gurls! Hehehe J




            Saya Ratu Adriana Nadine, ingin MEMINTA MAAF sekiranya ACK BAB 34 tidak menepati piawaian cita rasa anda dan ianya tidak logic. Hei! Ni story kite lah. Sukewww hati kitew lewwww! Wahh! Gediks bahasa engkau! Hahaha J MAAF juga sekiranya ada kesalahan ejaan, ayat dan perkataan. Juga MAAF jika cerita ini terOVER, TAK LOGIC dan TERLEBIH SUDAHHHH~ MAAF L Hukhukhuk~ Kita chill sudeh ukeh! J



            Ladies, apakah yang akan terjadi seterusnya pada hubungan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi? Adakah mereka akan bahagia selepas ini ataupun kembali dilanda musibah? Kita nantikan entry yang seterusnya. Hwaiting! J



            Thanks for those yang sudi dropping by and leave ur comment dear J Much Appreciated It! J Please! Please! And Pelase! Leave Ur Comment Ya! J





SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ. J





Till Then,











Sincerely,



9 comments:

  1. kiranya papa triesya kahwin dgn tg.merissa tu sbb wasiat mama triesya rupanya.
    so, bila triesya nak terus terang dgn semua org yg dia sbnrnya x hilang ingatan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI siti
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ah mcm tulah ceritanya :)
      tang tu kite tgu next n3 ya :)

      Delete
  2. sweetnya... tapi x baik la Triesya buat camtu...next e3 pls...hehe..TQ Ratu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe hwaiting dear :)
      most welcome

      Delete
  3. sweet my que ezz..tergoda klau que ez mula stat romantik dio gak..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe lomah iman den! hahaha =P

      Delete
  4. Novel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!

    ReplyDelete
  5. Novel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!

    ReplyDelete
  6. Novel ni bagus tp cara hidup bkn mcm bragama islam....x ssuai utk bacaan remaja...nnt ssuka ati bpeluk n bcium dgn bkn muhrim or mahram...lm2 bc rasa jelik...maaf klo teguran sy kasar!!!

    ReplyDelete