Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 31 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 35












AKU CINTA KAMU BAB 35






TENGKU ERISSA HANI ditemani Ben keluar dari boutique milik Ben. Minggu hadapan adalah majlis perkahwinan teman baik kepada Tengku Erissa Hani. Maka, di saat ini khidmat Ben amatlah diperlukan. Kerana, sebelum ini semua hasil rekaan dan hasil tangan Ben amat memuaskan hati Tengku Erissa Hani.


            “Thanks Ben for the compliment. Kalau takde you, I sendiri tak tahu nak buat apa. Within a weeks? Huh. I tak rasa ianya satu jangka masa yang panjang.” Ucap Tengku Erissa Hani di saat mereka berdua sudah berada di luar boutique Ben. Ben tersenyum kecil.


            “No worries lah babe. You kan BAKAL ADIK IPAR Trish. Apa salahnya I tolong you. Lagipun design dress yang you nak tu simple je. For a few days ni siaplah and I’ll make sure you akan menyerlah pada malam tu. Trust me!” Balas Ben dan menampar lembut bahu Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani tersengih. Ben ni. Lupa agaknya yang diri dia tu masih lelaki. Kalau menampar tu masih terasa sengatnya.


            “Thanks babe. Okaylah. I’ve to go. After this nak pergi lawat kak Trish kat rumah dia pula.” Balas Tengku Erissa Hani. Sejurus balik dari kerja tadi dia terus menuju ke boutique Ben. Memandangkan Triesya sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam. Maka, dia ingin melawat Triesya di rumah. Abangnya Tengku Ezkandar Heidi, tak payah cakap. Jika boleh berkhemah di rumah Triesya. 24jam berkepit. Memang patut pun mummy dan daddy mereka saat ini tengah berbincang ingin masuk meminang Triesya. Lihat sajalah perangai abangnya.


            “A’ah kan. Trish dah keluar lah. Never mind lah malam nanti I dropping by rumah papa. You janganlah balik awal eh. Boleh kita story morry lagi. Hehe.” Balas Ben. Tengku Erissa Hani tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Okaylah babe. I pergi dulu. Thanks again.” Balas Tengku Erissa Hani dan membuat gaya ala-ala melaga-lagakan pipi dengan Ben. Namun, tidak kena. Hanya buat-buat saja. Biasalah Ben. Mana kisahnya. Mula-mula tu Tengku Erissa Hani agak kaget juga. Lama-lama dia sendiri dah terbiasa. Ben. Bukannya reti ambil kesempatan. Orangnya sporting.


            “Carefull tau. This area in a few days ni banyak kes ragut. Make sure after masuk kereta you kunci tau!” Pesan Ben sebelum Tengku Erissa Hani pergi. Memang sejak kebelakangan ini banyak kes ragut berlaku di kawasan tersebut. Membuatkan dia sendiri naik ngeri. Tengku Erissa Hani tergelak kecil dan jungkitkan keningnya.


            “Sayang juga you dengan I eh…” Balasnya nakal dan tersengih. Ben mencebik dan berpeluk tubuh.


            “Takde maknanya nyah! I risau je. Mengada you ni. Kalau you tu Edward Cullen ke. Aaron aziz ke. Hah! Baru I sayang you!” Balas Ben teruja. Tergelak besar Tengku Erissa Hani dibuatnya. Edward Cullen? Aaron aziz? Ewwwhhh~ Ben ni! Songsang betul!


            “Bencilah I dengar Ben! Mengada you ni. Dahlah. I pergi dulu. Bye Ben!” Balas Tengku Erissa Hani dan melambai ke arah Ben sebelum berlalu pergi. Keretanya yang diparking jauh sedikit dari boutique dua tingkat Ben itu membuatkan Tengku Erissa Hani terpaksa berjalan kaki menuju ke keretanya. Parking yang ada di depan boutique Ben memang penuh sentiasa.


            Setiba di kereta Nissan Skyline Gtr rona putihnya Tengku Erissa Hani membuka handbag jenama Guccinya dan mencari kunci kereta. Saat itu baru dia tersedar yang Ipadnya tertinggal di boutique milik Ben. Kepalanya diketuk. Sejak bila entah dia menjadi pelupa ni. Handbag kembali di zipkan dan menoleh kembali untuk mengambil Ipadnya. Namun pada masa yang sama ada seorang lelaki mendekatinya dan tersenyum-senyum. Tengku Erissa Hani mengerutkan dahinya. Mulai rasa tidak sedap hati.

           
            “Hi adik manis?” Sapa lelaki tadi dan mengosok hidung serta tangannya. Lagak seperti orang menghisap dadah. Bukan lagak. Memang ya pun. Huh! Tengku Erissa Hani mengundur ke keretanya dan menutup dadanya dengan handbag di tangan.


            “Aaaaapa kau nak?! Jangan ganggu aku!” Jerit Tengku Erissa Hani takut. Lelaki tadi tergelak besar. Seram Tengku Erissa Hani dibuatnya. Dengan parut dimuka dan dressing yang serabai menambahkan lagi keseraman pada lelaki tersebut.


            “Aku nak kau sayang…” Balasnya dan tergelak. Tengku Erissa Hani meneguk liurnya dan memandang ke sekitar parking. Tiada siapa yang ada di kawasan parking saat itu memandangkan hari sudah petang.


            “Pergi mampuslah dengan kau!” Balas Tengku Erissa Hani kasar. Sudah terbayang segala jenis seni pertahankan diri di mindanya saat ini. Walau apa pun terjadi dia akan melawan sehabis boleh.


            “Sebelum aku mampus. Aku mampuskan engkau dulu! Bagi aku harta benda kau kalau kau tak nak aku mampuskan engkau di sini!” Jerkah lelaki tadi dan cuba untuk menarik handbag Tengku Erissa Hani. Namun, Tengku Erissa Hani menolak. Maka, berlakulah sesi tarik-menarik sesama mereka saat ini.


            “Hoi!!!” Jerit satu suara dari arah belakang mereka. Spontan lelaki tadi dan Tengku Erissa Hani memandang ke arah suara yang menjerit tadi.


            “Ben!!! Tolong I Ben!” Jerit Tengku Erissa Hani dan menangis. Kelihatan Ben dan Ipad Tengku Erissa Hani berdiri tidak jauh dari mereka. Lelaki tadi mendengus dan memandang Ben.


            “Hah kau! Nak apa?! Kau pun nak mampus juga ke? Sinilah kalau berani!” Jerkah lelaki tadi. Ben mendengus kasar dan meletakkan Ipad Tengku Erissa Hani di atas lantai. Lengan baju kemeja long sleeve rona merah jambunya dilipat sehingga ke lengan.


            “Dengan perempuan kau beranilah! Kalau kau anak jantan sangat lawan dengan aku! bukan dia!” Balas Ben kasar. Lelaki tadi merah mukanya menahan marah. Mungkin terasa tercabar dengan kata-kata Ben. Pantas dia mendekati Ben dan cuba untuk menumbuk Ben. Namun Ben lebih pantas dan mengelak!


            Buk!


            Percuma saja lelaki tadi terkena tumbukan Ben dan kepalanya dihantakkan di tiang simen yang berada dekat pada mereka saat itu. Terhuyung-hayang lelaki tadi memegang kepalanya. Terasa ada burung yang berpusing-pusing di atas kepalanya. Tanpa menunggu lama sekali lagi Ben menumbuk lelaki tadi kembali. Namun kali ini di perutnya pula.


            “Aduh!!!” Jeritnya dan memegang perutnya. Ben terenyum sinis dan mendekati lelaki tadi.


            “Ini untuk ganggu kawan aku!” Balas Ben dan memukul perut lelaki tadi sepuas hatinya.


            Buk!


            Sekali lagi lelaki tadi menjerit kesakitan. Tidak terlawan kudratnya dengan kudratnya Ben. Ben lebih tahu akan kelemahannya.


            “Dan ini untuk menggangu ketenteraman aku!” Kata Ben sekali lagi dan menendang anunya lelaki tadi. Terbaring kesakitan lelaki tadi dibuatnya. Puas hati Ben.


            “Maaf! Maaf! Aku tak buat lagi!” Rayu lelaki tadi dan menutup kedua mukanya di saat Ben ingin layangkan kakinya menendang lelaki tadi. Ben menghentikan ayunan kakinya dan meemandnag lelaki tadi. Kakinya di simpan di atas badan lelaki tadi.


            “Kali ni aku lepaskan kau! Tapi! Kalau aku nampak muka kau di kawasan aku lagi! Tahulah aku macam mana nak ajar kau! Sekarang aku kira sampai 10! Kalau kau tak hilang dalam kiraan 10. Tidur lokaplah kau malam ni!” Amaran Ben dan melarikan kakinya dari tubuh lelaki tadi.


            “1…” Kira Ben dan berpeluk tubuh. Lelaki tadi berusaha untuk berdiri walaupun susah. Terbongkok-bongkok dia dibuatnya.


            “2….” Kira Ben lagi. Lelaki tadi sudah bisa untuk berdiri dan tertunduk.


            “3…” Kira Ben lagi dan memandang lelaki tadi.


            “4…”


            “Okay! Okay! Saya lari. Maafkan saya!” Potong lelaki tadi dan menyusun sepuluh jarinya sebelum berlari meninggalkan mereka berdua di situ. Ben tergelak kecil melihat gelagat lelaki itu. Lari lintang pukang. Tengku Erissa Hani dijeling. Kelihatannya gadis itu masih memeluk handbagnya dan kaku. Kepala Ben digelengkan dan Ipad Tengku Erissa Hani yang berada di atas lantai di ambil. Baju kemejanya kembali dikemaskan. Pemakaiannya harus kemas sentiasa. Kerana sikapnya sejak kecil memang begitu.


            “Babe?” Panggil Ben dan melayang-layangkan jemarinya di hadapan muka Tengku Erissa Hani. Namun, tetap tiada reaksi dari gadis itu. Ben mengigit bibirnya dan mengaru kepalanya.


            “Que Sha??!” Panggil Ben lagi dengan nada suara yang sengaja dikuatkan dan bahu Tengku Erissa Hani digoyangkan. Spontan Tengku Erissa Hani tersedar dan air matanya kembali jatuh memandang Ben.


            “Erk!” Terkeluar bunyi itu di saat Tengku Erissa Hani dengan selambanya memeluk Ben dan menangis di bahu Ben. Terdiam Ben dibuatnya. Entah kenapa ada perasaan asing yang menjalar. Kepalanya digelengkan dan kepalanya diketuk. Cuba untuk menjauhkan apa yang berada di fikirannya.


            “Ben! I takut!” Luah Tengku Erissa Hani. Ben meneguk liurnya.

           
            “Err. Calm down babe. I ada ni.” Pujuk Ben dan tangannya ingin mengusap belakang badan Tengku Erissa Hani. Namun dibatalkan niatnya dan tangannya dijatuhkan. Hanya membiarkan Tengku Erissa Hani menghabiskan tangisannya di dalam pelukan Ben.


            “Err. Sorry Ben. I tak sengaja…” Balas Tengku Erissa Hani malu-malu apabila tersedar yang dia memeluk Ben begitu lama. Malu terasa. Lebih –lebih lagi berada begitu dekat dengan Ben. Wajah lelaki itu yang turut kemerahan sepertinya dipandang. Kacak! Siapa kata Ben tak kacak? Cuma dia… Er… Agak lembut sedikit. Tetapi tadi tu apa? Dia terkejut dengan perlakuan kasar lelaki tadi dan Ben yang tiba-tiba berubah menjadi seorang hero. Hero yang menyelamtkan dirinya. Terselah kelakian sejati Ben tadi. Membuatkan Tengku Erissa Hani jatuh hati. Ben berdehem dan tersengih.


            “Err. It’s okay babe. Hal kecil je.” Balas Ben dan mengambil handkerchief nya yang berada di dalam poket seluar. Diberikan kepada Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani menyambut dan terharu dengan sikap gentleman Ben. Namun tersengih di dalam hati pabila handkerchief Ben berwarna merah jambu seperti bajunya. Kepalanya digelengkan. Ada ke lelaki pakai handkerchief rona pink? Haha. Hanya Ben. That’s make he’s different with the others J


            “Errr. I tak tahu pula yang you pandai berlawan?” Soal Tengku Erissa Hani. Ben tersengih dan mengaru kepalanya.


            “I ada ikut kelas taekwando lah nyah! Black belt tau! Memang nahaslah siapa cari gaduh dengan I…” Balas Ben dan kembali kepada perangai asalnya. Tengku Erissa Hani tersenyum. Patutlah Ben pandai berlawan. Rupanya ada black belt. Tetapi kenapa Ben lembut? Ke ada peristiwa hitam di sebalik kelembutan Ben ini?


            “Err. Better you go now. Dah nak gelap ni. I takut datang balik pula penyangak mana entah. Nah Ipad you. Nasib Ipad you tertinggal tadi. Kalau tak I sendiri tak tahu apa jadi dengan you. Next time you belajarlah seni mempertahankan diri. You ni sama saje dengan Triesya tu.” Balas Ben dan menyerahkan Ipad Tengku Erissa Hani. Tengku Erissa Hani menjulingkan matanya ke atas. There’s he go! Ben dah mula nagging!


            “Huh! You ni. I baru nak feeling you jadi superhero I. You pula spoilkan balik!” Balas Tengku Erissa Hani dan mendengus. Kunci kereta diambil dari dalam handbag dan dikeluarkan. Dimasukkan ke dalam ruang kunci kereta. Ben di sisi dijeling. Ben tergelak.


            “Alolorh nok! Hodoh sangatlah you merajuk!” Sakat Ben dan mencuit bahu Tengku Erissa Hani. Namun Tengku Erissa Hani mengelak dan memegang tangan Ben. Spontan mereka berdua bagaikan terkena renjatan letrik. Saling berpandangan dan kaku.


            “Err. I think I’ve lot of work to do. So I’ve to go. Ya. I’ve to go…”Balas Ben gagap dan merungkaikan pegangan tangan mereka. Merah mukanya menahan malu. Begitu juga dengan Tengku Erissa Hani.


            “Err. A’ah. I‘ve to go too. Err. Thanks Ben. Bye.” Balas Tengku Erissa Hani dan terus masuk ke dalam Nissan Skyline Gtr nya. Ben pula terus berjalan menuju ke boutique nya kembali. Dadanya disentuh. Terasa laju jantungnya berdegup. Kenapa? Dengan Triesya tak pula sebegitu sedangkan mereka begitu rapat….


            Tengku Erissa Hani pula sewkatu tiba di dalam kereta turut sama memegang dadanya dan memandang ke arah Ben yang berjalan meninggalkan dia di situ. Bibirnya diketap. Apa maksudnya itu. Handkerchief Ben yang dipegangnya tadi direnung dan dengan perlahan dia menghidu bau haruman handkerchief tersebut. Hurm. Bau haruman Ben. Amber Pours Home Intense by Prada. Spontan bibirnya mengukirkan senyuman kecil.


            “Takkanlah…” Bisiknya perlahan dan gelengkan kepalanya.






*****AKU CINTA KAMU******






TENGKU EZKANDAR HEIDI tersenyum memandang Triesya di sisi. Gadis itu khhusyuk bermain game Angry Bird di dalam Ipadnya. Kepalanya digelengkan. Triesya. Masih tidak berubah. Jika sudah berjumpa dengan game. Ataupun lebih tepat lagi dengan Angry Bird. Hurm. Teman lelaki yang kacak di sisi pun tak perasan. Tengku Ezkandar Heidi kembali menarikan jemarinya di keyboard laptop jenama Apple nya. Kerja yang berlambak terpaksa diselesaikan walaupun saat itu sedang menjaga Triesya. Terpaksa korbankan masanya seketika. Nasib gadis itu memahami. Diberi game. Hah! Diamlah dia. Haha.


            “Hubby…” Panggil Triesya lembut dan menyandarkan kepalanya di bahu Tengku Ezkandar Heidi. Ipad disimpan diribanya. Tengku Ezkandar Heidi menjeling gadis itu seketika dan kembali menyambung tugasnya.


            “Hurmm??” Soalnya.


            “Macam mana eh kita boleh jatuh cinta dan couple?” Soal Triesya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi menghentikan kembali kerjanya dan berpaling memandang Triesya di sisi. Gadis itu sudah menangkat wajahnya dari bahu Tengku Ezkandar Heidi dan memandangnya.


            “Kenapa sayang tanya macam tu?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Sebenarnya tengah blur nak terangkan macam mana. Kisah cinta mereka berdua agak lain dari yang lain. Hehe.


            “Hurm. Takdelah. I’m just asking. I’m wonder. Macam mana orang macam saya ni boleh jadi kekasih awak.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi kerutkan dahi.


            “Kenapa? Hubby tak cukup baik ya untuk baby?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hampa. Spontan Triesya gelengkan kepalanya dan mengusap kedua pipi Tengku Ezkandar Heidi.


            “No! Bukan macam tu…” Sangkalnya pantas. Kepalanya digaru. Aduhai. Tadi sekadar nak menduga saja. Tak tahu pula kekasih hatinya itu ambil hati dengan soalannya tadi. Huhu.


            “Then?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dengan muka yang cemberut. Tergelak Triesya dibautnya. Wajah Tengku Ezkandar Heidi saat ini sungguh comel. Seprti kanak-kanak sahaja.


            “Because, you’re too perfect dear. Awak handsome sangat. Buat saya angau!” Balas Triesya nakal dan mengenyitkan matanya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi merah wajahnya kerana malu dipuji sebegitu rupa. Tangannya gatal-gatal nak mencubit pinggang gadis itu kerana geram. Tergelak besar Triesya dibuatnya dan cuba untuk mengelak dari dicubit oleh Tengku Ezkandar Heidi.


            “Okay! Okay! Tak nak main lagi! Sorry…” Triesya mengaku kalah dan mengunci kedua-dua tangan Tengku Ezkandar Heidi. Namun, seketika mereka berdua terdiam dan saling berpandangan. Lama. Perlahan demi perlahan wajah mereka didekatkan. Sikitttt lagi. Sikit lagi dan….


            “Hai!!!!” Sapa Tengku Erissa Hani teruja dan memgang plastic yang berisi donut ditangannya. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya mengalihkan pandangan mereka ke arah lain dan mendencit. Tengku Erissa Hani kacau daun betul! Hahaha!


            “Ops! Wrong timing I guess!” Sedar Tengku Erissa Hani dan menutup mulutnya dan tersengih. Muka keduanya begitu merah sangat ini.


            “Hahaha! Red caught huh!” Sakat Tengku Erissa Hani dan mengambil tempat di sofa hadapan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya. Tengku Ezkandar Heidi berdehem dan menjeling Triesya yang membenamkan wajahnya pada bahu Tengku Ezkandar Heidi. Haha. Comel! Jika tiada Tengku Erissa Hani saat itu. Mahu Triesya digigitnya kerana geram. Nasib ada! Desis hatinya nakal. Hehe.


            “Sibuk jelah adik ni.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan berdehem. Baju t-shirt berkoler jenama Polo nya dibetulkan. Hampeh betul ada adik penyibuk ni. Triesya pula mengigit bibirnya. Aduhai. Terkantoi pula! Hahaha. Tu nasib ada Tengku Erissa Hani. Cuba kalau budak tu tak ada. Cuba bayangkan? Hahahahahahah. Kuning korang huh! Samalah kita !Hahaha.


            “Eleyh! Nak cover malu lewtewww!” Balas Tengku Erissa Hani dan meletakkan kotak berisi donut di atas meja coffee. Segenap living room tingkat atas banglo milik Dato Syed Al-Azhar itu dipandang. Erk! Takde pula bayang si Ben. Di bawah juga begitu. Hanya Dato Syed Al-Azhar dan Datin Tengku Merissa yang berada di living room pertama. Bibirnya diketap. Huh! Semangat nak datang sebenarnya nak jumpa Ben. Superhero pinknya! Haha.


            “Ben mana?” Soalnya pada keduanya. Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya saling berpandangan. Tengku Ezkandar Heidi naikkan keningnya pada Triesya. Triesya pula naikkan keningnya pada Tengku Ezkandar Heidi.


            “Apa kes tanya tentang Ben ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi curiga. Jemari Triesya digenggamnya kemas. Triesya di sisi tersenyum nakal. Tengku Erissa Hani pula mengaru kepalanya.


            “Err. Kenapa? Salah ke? Que Sha nak bincang dengan Ben tentang dress Que Sha tu.” Sangkal Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi hanya mencebik bibirnya.


            “Hello guys!” Sapa suara garau Ben. Okay! There’s he go. B.E.N. BEN! Hahaha. Spontan Tengku Erissa Hani menoleh dan memandang Ben yang segak memakai sweater rona putih dan seluar jeans. Nampak kacak. Ditangannya pula ada dulang yang berisi 3 buah gelas dan sejag jus blueberry. Terdiam Ben pabila terpandang Tengku Erissa Hani. Spontan bibrinya terasa kelu.


            “Err. Hi Ben!” Sapa Tengku Erissa Hani canggung dan melambaikan tanannya pada Ben. Ben tersengih.


            “Err. Hi Que Sha. Bila sampai? I bawa gelas 3 je. Tak tahu yang you datang. I turun sekejap ambilkan gelas untuk you okay.” Balas Ben canggung dan ingin berpaling.


            “Eh. Ben! It’s okay. Saya dengan tengku share gelas je. Okay tak hubby?” Soal Triesya pada Tengku Ezkandar Heidi. Tidak ingin menyusahkan Ben. Share gelas dengan Tengku Ezkandar Heidi? Apalah sangat. Dah biasa dah. Lelaki itu tersenyum dan membisik ke telinganya.


            “Share bilik pun boleh…” Bisiknya nakal dan mengeyitkan matanya. Spontan Triesya tersenyum malu dan mencubit pinggangnya. Menjerit  kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Ben dan Tengku Erissa Hani pula saling berpandanagn dan menjungkitakn kening. Siap bisik-bisik pula keduanya.


            “Wahhh! Pasangan romantika de amor ni. Bisik-bisik nampak! Tak nak share ke?” Sindir Ben dan mengambil tempat di sisi Tengku Erissa Hani dulang berisi gelas dan sejag jus blueberry tadi diletakkan di atas meja. Tengku Ezkandar Heidi dengan tawanya ynag masih bersisa mengemas file dan laptopnya. Diletakkan di sisi sofa.


            “Hal rumah tangga orang mana boleh kacau! Kalau nak tahu korang berdualah kahwin!” Balas Triesya selamba. Erk! spontan Ben dan Tengku Erissa Hani saling berpandangan dan memandnag ke arah lain. Malu! Hahaha.


            “Mengarutlah kau ni babe!” Balas Ben dingin dna menuangkan jus blueberry tersebut ke dalam gelas. Tengku Erissa Hani pula membukakan kotak yang berisi donut.


            “Wahhh! Donut! Yeppi!” Jerit Triesya teruja. Spontan pipinya dicubit lembut oleh Tengku Ezkandar Heidi.


            “Heypp!” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya mengembungkan pipinya dan terkebil-kebil matanya memandang Tengku Ezkandar Heidi.


            “Please….” Rayu Triesya. Tengku Ezkandar Heidi sejak akhir-akhir ini kerap mengawal pemakanannya.


            “Alarh. Abang… Bagilah Kak Trish makan. Bukan selalu pun. Kasihan  dia…” Balas Tengku Erissa Hani.


            “A’ah Tengku. Kasihan Tau Adik I Ni…” Sampuk Ben Pula. Tengku Ezkandar heidi mengeluh dan memandang Triesya di sisi. Banyak sangat back up cinta hatinya itu.


            “Okay fine. But just for this time…” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Beralah juga dia akhirnya kerana wajah comel Triesya. Spontan Triesya terjerit dan mencium kedua-dua pipi Tengku Ezkandar Heidi. Tersentak Tengku Ezkandar Heidi, Ben dan Tengku Erissa Hani dibuatnya.


            “Hohohoho! Cover sikit wei! Kita orang dibawah umur ni!” Sindir Ben dan terbatuk. Tersenyum kecil Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya memang sebegitu sejak akhir-akhir ini. Lebih manja.

           
            “Ceh! Sibuk je!” Balas Triesya dan mencebik. Donut perisa blueberry yang diserahkan Tengku Erissa Hani diambil dan disuakan ke mulutnya. Awhhh! Sedap gila! Dah lah bila masuk kedalam mulut fillingnya cair. Tengku Ezkandar Heidi Tersenyum senang melihat wajah comel Triesya. Tangannya mengelus lembut rambut gadis itu.


            “Hubby nak?” Soal Triesya lembut dan suakan separuh donut tersebut kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi senyum dan suakan mulutnya. Triesya terdiam. Tak sangka yang Tengku Ezkandar Heidi sudi makan bekasnya.

           
            “Hubby tak geli ke bekas saya?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memakan donut tersebut tanpa suara. Tisu yang berada di atas meja diambil dan dilapkan ke mulutnya. Kekemasan dirinya kena jaga lorh. Nanti Triesyanya lari. Hehe.


            “Why?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dan jungkitkan keningnya. Bibir Triesya di lapnya lembut. Triesya gelengkan kepalanya dan memandang Tengku Erissa Hani dan Ben yang sedang berbual.


            “I tak geli. I sanggup share apa pun dengan you. Everything…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi ke telinga Triesya lembut.  Merah muka Triesya dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi di sisi dipandang dan lelaki itu tersenyum nakal memandangnya. Triesya tersenyum dan merebahkan kepalanya di bahu Tengku Ezkandar Heidi.


            “Me too…” Balasnya perlahan. Namun, mampu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi tak tidur malam. Haha.


            Kring!



            Kring!



            Kring!


            Keduanya tersentak pabila Iphone milik Tengku Ezkandar Heidi yang berada di atas meja berdering. Spontan Tengku Ezkandar Heidi dan Triesya tersentak. Triesya mengangkat wajahnya dari bahu Tengku Ezkandar Heidi. Membiarkan lelaki itu menjawab panggilan tersebut.



            “Burn…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi perlahan pabila nama pemanggil yang tertera di screen adalah Burn. Triesya di sisi dijeling dan diberikan senyuman manis.


            “I’ve to answer this call. Sejekejap ya sayang…” Jelas Tengku Ezkandar Heidi dan mencubit pipi Triesya lembut sebelum berdiri dan menuju ke balcony. Lebih senang berbual begitu. Jauh sedikit dari Triesya. Yang patsi dia tidak ingin rancangannya dan Burn dihidu oleh Tengku Ezknadar Heidi. Triesya pula kerutkan dahinya. Tak pernah-pernah si tengku tu buat perangai macam tu. Selalunya selamba je dia meyambut  panggilan Burn di depan Triesya. Hurm. Something is going wrong somewhere here. Hukhuk.


            “Hello Burn…” Sapa Tengku Ezkandar Heidi dan sempat menjeling ke dalam. Kelihatan Triesya menjelingnya. Huh! Mampus! Desis hatinya. Pasti gadis itu tercium sesuatu. Selama ini selamba badak je dia meyambut panggilan depan gadis itu.


            ‘Sabar eh sayang… This time je…’ Desis hatinya.


            “Boss, everything is settled now.” Balas Burn. Tengku Ezkandar Heidi menarik nafas lega. Phewww~


            “Thanks god! Good Burn. So kalau ada apa-apa nanti please keep in touch with me… I want everything looks perfect!” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Sekali lagi Triesya dijeling dan gadis itu sedang berbual dengan Ben dan Tengku Erissa Hani. Diamati wajah gadis itu. Benar-benar nampak cantik sekali dimatanya. Walau tidak ber make-up tetap ada serinya.


            “Don’t worry lah boss. I’m Burn the Mr.Fixed! Hehehe.” Balas Burn dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepalanya. Burn. Tak habis-habis dengan tagline nya itu.


            “Whatever Burn. Burn the Mr.Fixed ke apa. What I know your job is settling. Understood?” Soal Tengku Ezkandar Heidi.


            “Yes boss!” Balas Burn penuh semangat dan menguatkan suaranya sedikit. Spontan Tengku Ezakndar Heidi menjauhkan Iphone dari telinganya dan memandang Iphone tersebut. Kepalanya digelengkan dan telinga digosok.


            “Burn! Kalau ya pun semangat sangat tak payah kot nak menjerit. Aku masih belum pekaklah!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan nada suara yang sengaja dikuatkan kembali. Nasiblah dia berada di balcony. Kalau di dalam mahu kekasih hatinya itu pula yang sakit telinga kerana mendengar suaranya. Hahaha.


            “Eh! Eh! Sorry boss. Saya excited boss! Semangat! Hehe.” Balas Burn dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi mendengus. Burn. Kalau dilayan. Entah bila habisnya.


            “I’ve to go Burn. Ingat! Make it perfect! Bye!” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan mematikan panggilan. Satu keluhan dilepaskan dan matanya memandang ke atas langit.


            “I hope everything will be okay…” Bisiknya perlahan.






*****AKU CINTA KAMU*****






DATIN TENGKU MERISSA membuka perlahan pintu bilik Triesya. Bilik anak gadisnya itu hanya diterangi dengan cahaya lampu bilik tidur yang comel milik gadis itu. Tersenyum kecil dia dibuatnya apabila memandang segenap bilik Triesya. Semuanya rona pink. Princess Dato Syed Al-Azhar ni benar-benar sweet orangnya.


            Datin Tengku Merissa membawa dirinya mendekati tubuh Triesya yang sedang tidur lena di atas katilnya. Tubuhnya didudukkan di sebelah Triesya. Diusap lembut rambut anak gadis itu. Ciumannya mendarat di dahi gadis itu. Balutannya  sudah dibuka. Kasihan sekali. Saat ini kaki Triesya saja yang belum pulih dan ingatannya. Pabila berjalan pun gadis itu memerlukan tongkat untuk menyokongnya. Nasiblah ada Tengku Ezkandar Heidi yang sentiasa berada di sisi gadis itu. Memberikan semangat tika Triesya merasa down.


            “Mummy sayang Trish. Sayang Trish seperti anak kandung mummy sendiri. Percayalah. Tak pernah terlintas di hati mummy untuk anggap Trish sebagai anak tiri mummy kerana mummy dah anggap Trish seperti darah daging mummy sendiri….” Bisik Datin Tengku Merissa perlahan dan mengelap air matanya. Mulutnya ditutup. Takut suara tangisannya didengari oleh gadis itu.


            Di atas semua yang dia tempuhi selama ini untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang gadis itu. Ternyata, Allah Swt memberi peluang kepadanya untuk merasai kasih sayang gadis itu. Walau Datin Tengku Merissa tidak mengetahui sampai bila gadis itu akan menyayanginya. Sekurang-kurangnya dia pernah merasa kasih sayang dari gadis itu. Kemanjaan, Keletahan dan kemesraan Triesya padanya takkan dilupa sampai bila-bila. Terasa hidupnya kini begitu lengkap. Adanya suami yang penyayang dan anak yang comel dan manja. Benar-benar membuatkan dirinya adalah wanita yang bahagia sekali di dunia. Beruntung sekali Arwah Syarifah Balqis kerana pernah memiliki keduanya. Sedangkan dia? Hanyalah menumpang kasih sayang keduanya… Ditambah pula dengan keadaan dirinya yang mandul. Benar-benar membuatkan dia rendah diri sendiri….


            “Mummy?” Panggil Triesya hairan dengan suara seraknya. Hairan kerana melihat Datin Tengku Merissa sedang menangis dan berada di dalam biliknya. Cepat-cepat wanita tu mengelap air matanya dan memandang ke arah lain. Triesya duduk bersandar pada kepala katilnya. Tersentuh melihat air mata wanita itu. Setiap kata-kata Datin Tengku Merissa tadi didengarinya.


            “Mummy… Kenapa mummy menangis?” Soal Triesya lembut dan memegang jemari Datin Tengku Merissa. Datin Tengku Merissa tersenyum kelat dan gelengkan kepalanya.


            “Takde sayang. Mata mummy masuk habuk je.” Dalih Datin Tengku Merissa. Triesya mengeluh. Mana mungkin dia akan percaya. Dia bukan lagi budak-budak yang boleh ditipu. Sekilas pandang pun dia tahu wanita itu menangis tadi.


            “Maafkan Trish…” Luah Triesya perlahan. Terasa sukar untuk bercakap kerana terasa ingin menangis saat itu. Terasa begitu bersalah seklai pada wanita itu. Datin Tengku Merissa tecengang.


            “Hei… Kenapa ni sayang? Nak minta maaf kenapa? Mummy tak menangislah…” Pujuk Datin Tengku Merissa lembut dan mengusap pipi Triesya. Triesya memandang Datin Tengku Merissa dan memegang kedua tangan wanita itu. Disalam dan dikucup penuh kasih. Tercengang Datin Tengku Merissa dibuatnya.


            “Mummy… Triesya minta maaf kalau sebelum ni Triesya ada buat salah pada mummy. I know, walaupun orang sekeliling Trish buat biasa. Tetapi Trish tahu sebelum ni pasti Trish ada buat sesuatu pada mummy sehinggakan mummy takut berjumpa dengan Trish di saat Trish mula-mula sedar…” Luah Triesya dan Datin Tengku Merissa mengelap air matnya.


            “Mummy… Trish tak tahu apa salah Trish sebelum ni pada mummy. Tapi Trish nak minta maaf atas semuanya. Walaupun di saat Trish sembuh nanti. Trish tetap akan meminta maaf pada mummy. You’re greatest women that I know… Jika Trish salah. Dengan rasa rendah hatinya Trish nak minta maaf pada mummy. Maybe I’m khilaf that time. Begitu bodoh tak menghargai wanita seperti mummy. But trust me. I do love you. Trish sayangkan mummy seperti Trish sayangkan arwah mama. Mungkin Allah Swt mengambil arwah mama dari Trish. Tetapi Allah Swt memberikan Trish seorang mummy yang baik hati dan sayangkan Trish….” Triesya terhenti dan tubuhnya ditarik lembut oleh Datin Tengku Merissa. Jatuh sayangnya di situ. Tidak menyangka Triesya akan berkata seperti itu padanya. Tangisan Triesya semakin menjadi-jadi. Datin Tengku Merissa mengelap air matanya dan mengusap belakang Triesya. Memberi semangat pada gadis itu. Sejak hari pertama bergelar isteri kepada Dato Syed Al-Azhar dia memaafkan segala kesalahan gadis itu padanya. Kerana dia tahu Triesya hanyalah mangsa keadaan yang ditakdirkan buatnya…


            “Shhhh… Jangan cakap macam tu sayang…. Percayalah. Trish takde salah apa-apa dengan mummy. Mummy dah maafkan semua salah Trish. Cuma mummy minta dengan Trish agar Trish dapat menerima mummy. Menerima mummy sebagai ibu Trish. Mummy tak minta Trish mengantikan mummy di tempat arwah mama. Kerana arwah mama Trish hanya satu di dunia ni. Tiada galang gantinya. Cukuplan menjadi ibu kedua Trish. Yang memberikan kasih sayang pada Trish dan berkongsi kasih sayang tu dengan Trish….” Luah Datin Tengku Merissa dan mengusap kedua-dua pipi Triesya. Triesya menganggukkan kepalanya.


            “I will mom…” Balasnya perlahan dan mencium kedua-dua pipi Datin Tengku Merissa. Datin Tengku Merissa yang tidak dapat menahan dirinya kerana terharu spontan mengalirkan air matanya. Dipeluk erat tubuh Triesya bagi menyalurkan kasih dan sayangnya di situ.


            “Syukur Alhamdulilah Ya Allah Swt…” Bisik Datin Tengku Merissa.








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G




*****************************************************





Asalamualaikum Wbt And Salam Sejahtera Ladies~







HI LADIES! How was the story? Best? Sad? Romantic? Blur huh? Hahahaha. Hari ni Vitamin R a.k.a RAJIN aku datang. So, kerja edit mengedit pun tangkas dijalankan. Whahaha! J Gelak bangga!



            Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya ACK BAB 35 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. MAAF jika anda tidak suka. Normallah kan kat dunia ni. Ada yang suka dan ada juga yang tak suka. So bagi aku senang je. kalau suka comment lah. Penulis akan lebih rasa happy dan semangat nak berkarya lagi. But, kalau tak suka jangan comment. Sebab kita akan buat penulis rasa sodeh dan down! Tetapi, aku tengok bab sebelum ni kureng dah yang comment… Asal? ACK tak best dah ke? Huhuhu. Nak merajuk pula rasa…. Macam malas nak continue ACK dah….. L  Selain tu, silalah ambil yang positive sahaja dan ignore kan negative nya. Think smart ukeh! J



            Ladies! Apakah yang terjadi pada hubungan Tengku Erissa Hani dan Ben? Jengjengjneg! Hahahaha J Apa pula rahsia Tengku Ezkandar Heidi yang beliau sembunyikan dari Triesya? Hohohoho. Hwaiting for the next entry ya J



            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u!






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J







Till then,










Sincerely,

16 comments:

  1. ACK best aper.....
    hehehe... Ben jtuh cinta gn que sha ....haha!!
    ^___^ ..
    yayyy!!! triesya da berbaeq gn mummy dye!!!
    best...best..best!!! hwaiting!! ..
    x sabar nk bce nding!!!*hehehehh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear. best ke? haha
      hahaha. hothot! haha
      yay! yeppi! hehe
      hwaiting dear :)

      Delete
  2. hehe x sabar nak tunggu next n3 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe hwating dear :)

      Delete
  3. ratu next n3 plsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI mimi
      thanks for dropping by and leave ur comment dear :)
      hehe hwaiting~

      Delete
  4. biar betul!!!! Ben & T.Hani???? muahahaha...besttt..best...next e3 pls... TQ Ratu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe betulllll~ Hahaha.
      ukeh dear :)
      hwaiting n most welcome~

      Delete
  5. pahni pasti ben nmpak macho..hahha
    suke la klau ben ngn tengku hani..suke bngat
    x sabar nk tng0k kehidupan mereka slps kahwin..
    pasti masing2 ada baby yg cute

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehehe superhero pink! Hahaha
      kite pun suke. mcm lawak je. but sweet~ hehe

      Delete
  6. cepat-cepatlah Trish dn Que Ez kawen dh tak sabar nk
    tunggug dua org ni kawen, bukan main romantik lagikan?
    Eh Si Ben dgn Que Sha ni ada ape-apeke? ke cinta dh
    mula berputik. Kalau ye bagus juga biarlah Ben terus
    macho dn hilang kelembutan yg ada pd dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe a'ah dear. :)
      hehe macho dlm kelembutan eh. tbyang jap. hehe

      Delete
  7. sweetnya dorang dua nie...eeee...x sabar nak tunggu dorang khwn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe sweetkan wak
      hwaiting yer :)

      Delete
  8. NAK E3 36... :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe hwaiting eh :)

      Delete