Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Thursday 3 May 2012

AKU CINTA KAMU BAB 9






AKU CINTA KAMU 9




HARI ini, aku dijemput untuk datang ke RC iaitu Royal Collage. Katanya aku dijemput kerana aku adalah merupakan salah seorang idola dan mentor of the months budak-budak RC ni. Idola? Mentor? Rasa nak tergelak je rasa. Aku ni takde ciri-ciri langsung nak dijadikan idola bagai. Tak logic. Tapi aku gagahkan juga kaki aku ni datang. Tak salahkan. Datang je then cakap-cakap sikit. Sudah.

            Sewaktu melangkah masuk ke dalam dewan, banyak student-student RC banyak yang berdiri dan menyambut kedatanganku bersama Ben. Tak kira lelaki dan perempuan. Semuanya tersenyum manis memandangku. Terasa macam puteri pun ada juga. Hehe.

            “Miss Triesya?” Panggil suara lembut padaku sewaktu aku tiba di muka pintu dewan. Aku tersenyum memandang empunya suara tersebut. Cantik orangnya. Ala-ala Nora Danish. Comel. Pasti pensyarah mereka.

            “Ya saya.” Balasku dengan senyuman manis dan menyambut huluran salamnya. Pipi gebuku diciumnya mesra. Tercengang aku dibuatnya.

            “I’m Tengku Erissa Hani Tan Sri Tengku Haris. Lecturer of RC. And also, sister of Tengku Ezkandar Heidi.” Balasnya padaku dan memperkenalkan dirinya. Siap mengeyitkan matanya nakal padaku. Tercengang aku dibuatnya. Adik Tengku Ezkandar Heidi ke ni? Patutlah cantik. Abangnya handsome. Erk! Terpuji sudahhhh…..

            “Err. Hi. Nice to meet you.” Balasku dengan senyuman kelat. Tak tahu nak jawab apa. Hanya mampu jawab ‘Hi. Nice to meet you.’. Err. Bengang. Malu bila berdepan dengan ahli keluarga ‘Hubby’ aku tu.

            “Nice too meet you too kak Trish. Dah lama nak jumpa kakak. Now, berpeluang juga. Oh ya, come. Semua dah menunggu.” Balas Tengku Erissa Hani kepadaku dan menarikku masuk ke dalam dewan. Aku membesarkan mataku memandang Ben di belakangku yang sudah tergelak kecil. Siap engkau Ben!

            Sepanjang acara diadakan, aku dan beberapa lagi idola dan mentor yang dipilih didudukkan di atas pentas. Manakala Ben pula dibawah bersama student-student yang lain. Gemuruh seh berdepan dengan ribuan student ni. Pula tu guest-guest yang datang bukan calang-calang orang. Ada doctor dan peguam. Aku ni stewardess je. Apa yang specialnya? Musykil aku.

            Tengku Erissa Hani pula, sejak tadi duduk kat tepi aku. Mesra betul budak ni. Macam-macam yang dia ceritakan kat aku tentang abang dia yang handsome tu. Aku hanya mampu tersenyum dan memasang telinga sahaja.

            Sehinggalah tiba pada giliranku untuk bersoal jawab dengan student-student tersebut. Berdebar juga pada mulanya. Dihentamnya aku dengan soalan-soalan yang tak logic. Tak ke naya tu. Ish! Seram!

            “Miss Triesya. Kenapakah miss memilih kerjaya sebagai stewardess dan model sebagai kerjaya anda berbanding seorang doctor? Kerana dari apa yang saya tahu, miss merupakan graduate dalam course medic.” Soal seorang gadis yang mengatakan namanya Mimi. Aku terdiam dan memandang Ben. Ben mengangukkan kepalanya. Tanda memberi semangat. Aku menarik nafas dan tersenyum.

            “Terima kasih di atas soalan cik Mimi. Yes. Saya adalah graduan perubatan dan sepatutnya sekarang ni saya duduk di hospital dan merawat pesakit. Tetapi, percayalah setiap apa yang kita rancang tu tak semestinya menjadi. After my graduate, saya terlibat dalam satu excident and after that Allah swt menarik kelebihan saya. Saya dah tak boleh nak menghadapi darah. Saya dah jadi trauma…” Aku berhenti seketika dan menarik nafas. Manakala yang lainnya terdiam. Mungkin tidak menyangka aku punya kisah yang tragik. Memang betul. Aku trauma dengan namanya darah. Aku bukannya suka-suka tak nak jadi doctor. Bodohlah namanya belajar lama-lama tetapi tak kerja pun di dalam bidang tu. Bukan kerana papa 100% sebenarnya. Aku takutkan darah sejak peristiwa hitam tu. Sedangkan sebelum ini darah adalah mainanku.

            “and… thats why kot saya ada kat sini. Berdiri di depan semua sebagai seorang pramugari dan model. I love this job. Maybe, ada yang kata pekerjaan sebagai stewardess ni hanyalah pekerjaan pelayan di atas kapal sahaja. It’s not true. Berbeza sebenarnya. Orang ramai lupa, lupa yang kami juga turut menjaga keselamatan mereka apabila di atas sana. Mereka lupa bahawa kami bertanggungjawab ke atas diri mereka. Tak senang sebenarnya. And model pula. Ada yang kata pekerjaan tu tayang badan and everything. Pemikiran seperti itu sepatutnya tak ada. Pekerjaan sebagai model juga kerja yang halal. Menjadi seorang model kenalah pandai menjaga diri dan maruah. Kalau ditawarkan menjadi model tak tentu hala. Kita ada option kita sendiri. Semuanya di tangan kita. Sama ada nak menolak ataupun menerima. Berfikir menggunakan hati dan minda dan bukannya kerana tamakkan wang semata-mata. Saya harap cik Mimi berpuas hati dengan jawapan saya. Thank you.” Jelasku panjang lebar dan tersenyum memandang gadis bernama Mimi tadi. Dia juga tersenyum memandangku.

            Aku tercengang pabila menerima tepukan gemuruh dari semua yang berada di dalam dewan pada hari ini. Terharu sebenarnya. Siapa sangka jawapanku yang entah apa-apa itu mampu membuatkan mereka kagum. Aku memandang Erissa yang memegang tanganku dan dia tersenyum. Aku membalas senyumannya. Perwatakannya memikat hatiku. Kalau aku ada adik rasanya beginilah perasaannya.








**************** AKU CINTA KAMU ******************







TENGKU EZKANDAR HEIDI memukul kayu golf tepat ke sasaran. Mata di kecilkan. Memandang ke mana jatuhnya buah golf yang di pukul tadi. Jauhnya yang amat. Jatuh ke padang sebelah sana. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang bermain golf bersama clientnya itu diganggu oleh Burn.

            “Boss.” Panggil Burn. Tengku Ezkandar Heidi berpaling memandang Burn. Ray Bannya dibuka dan keningnya dinaikkan.

            “You’ve call.” Jelas Burn tanpa dipinta. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.

            “Siapa? Wife?” Soalnya hairan. Jikalau tidak penting Burn tidak akan menganggunya bermain golf selalunya. Sudah dimaklumkan awal-awal lagi. Malah sudah dimaklumkan pada Burn jika Triesya yang call mahupun message. Wajib memberitahunya tak kira sesibuk manapun dia.

            “Err. Bukan boss. Tapi Que Erissa. Adik boss.” Balas Burn dan tersengih. Takut-takut kalau bossnya marah. Tengku Ezkandar Heidi sukar diduga moodnya. Tetapi nak buat macam mana. Adik bossnya itu yang sungguh-sungguh nak bercakap dengan abangnya. Mahu tak mahu terpaksalah diikutkan sahaja.

            “Kan aku dah kata aku tak nak diganggu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Burn di hadapannya nak sahaja dimakan. Burn menunduk. Tak berani nak memandang wajah tegang bossnya itu.

            “Maaf boss. Tapi Que Sha kata penting. Ada kena mengena dengan Miss Triesya.” Balas Burn dan kembali mendukkan kepalanya. Tak sanggup dan berani nak pandang mata Tengku Ezkandar Heidi yang tajam itu. Kalau perempuan mungkin akan terpikat. Tetapi kalau lelaki. Takutlah jawabnya. Garang bukan main lagi. Tengku Ezkandar Heidi terpinga.

            “Give me the phone.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Sarung tangan dibuka. Senyuman diberikan buat clientnya dihujung sana.

            “Hello abang!” Jerit Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi menjauhkan Iphonenya sedikit dari telinga. Iphone dipandang. Kepala digelengkan. Sebiji dengan kakak ipar dia. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi.

            “Adik boleh tak kalau tak menjerit? Abang bukan robotlah! Salam pun  tak bagi.” Balas Tengku Ezkandar Heidi geram. Kedengaran suara Tengku Erissa Hani tergelak.

            “Ops! Sorry.. Asalamualaikum kekanda Ez. Adinda telefon ni sebab ada yang nak adinda sampaikan.” Balas Tengku Erissa Hani nakal dan tergelak. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kecil dan mengelengkan kepalanya. Adiknya itu memang ceria selalu. Jarang moody. Entah ubat apa yang dimakannya sehingga ceria sentiasa.

            “Apakah dia adindaku Erissa.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Turut mengikut sama gurauan adiknya.

            “Oh kekanda Que Ez. Ternyata buah hati pengarang jantung kekanda iaitu Triesya sungguh cantik orangnya. Patutlah kekanda terpikat.” Balas Tengku Erissa Hani. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Hairan. Kenapa tiba-tiba Tengku Erissa Hani berkata seperti itu.

            “Kenapa Que Sha kata macam tu?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Dah takde kekanda adindanya. Tengku Erissa Hani tergelak.

            “You know what? She’s here with me. At RC. After this we’re going having our lunch together. Feel free to join?” Balas Tengku Erissa Hani. Terlopong Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Triesya bersama adiknya di RC dan dia tidak tahu akan hal itu?

            “Where is she? Pass to her. I wanna to talk with her.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Geram. Geram pabila Triesya tidak memaklumkan padanya. Seminit kemudian kedengaran suara lembut Triesya menyapanya.

            “Baby? Why you didn’t tell me you’re going to RC?” Tembak Tengku Ezkandar Heidi di saat kekasih hatinya itu berada dihujung talian.

            “Hei! I did okay. You were the one that didn’t give any respond. I did give you my message.” Balas Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi dan lantas membuka message di dalam Iphone. Dahi ditepuk. Triesya ada memaklumkan padanya. Cuma dia yang terlepas pandang message tersebut.

            “I’m so sorry sayang. I tak nampak message you.” Balas Tengku Ezkandar Heidi serba salah. Dah berperasangka buruk pada kekasih hatinya.

            “Entah apa yang dia nampak… Perempuan sexy agaknya.” Balas Triesya geram. Tengku Ezkandar Heidi tergelak.

            “Aik? Mrs Ezkandar Heidi jealous ke?” Soal Tengku Ezkandar Heidi nakal. Kedengaran suara Triesya menjerit kecil.

            “Tak kuasa okay! Dahlah. Baby nak pergi lunch dengan Que Sha ni. Bye.” Balas Triesya dan lantas mematikan talian tanpa sempat Tengku Ezkandar Heidi membalas. Kepalanya digelengkan. Namun senyuma terbit dibibirnya pabila teringatkan Triesya yang mengelarkan dirinya ‘baby’. Oh. Sweet! Desis hati nakal Tengku Ezkandar Heidi.






*********** AKU CINTA KAMU *************






TRIESYA, Tengku Erissa Hani dan Ben mengambil tempat di restaurant makanan korea. Semuanya idea Tengku Erissa Hani. Dia yang mencadangkan agar mereka bertiga makan di restaurant tersebut. Triesya dan Ben hanya mengikut sahaja. Senang sebenarnya dengan tingkah Tengku Erissa Hani yang mesra alam itu. Seperti abangnya juga.

            “Asalamualaikum. Sorry I’m late.” Sapa suara garau di belakang Triesya. Terasa kedua bahunya dipegang oleh lelaki itu. Triesya segera memalingkan kepalanya memandang empunya suara yang berani memegang bahunya. Nafas dihela. Patutlah berani sangat. Tengku Ezkandar Heidi rupanya.

            “Hi baby.” Sapa Tengku Ezkandar Heidi mesra pada Triesya yang cantik memakai dress rona pink paras lutut. Nampak manis sekali kekasih hatinya itu. Pipi kanan Triesya diciumnya manja. Merah muka Triesya menahan malu dibuatnya. Tengku Erissa Hani dan Ben yang melihat tersenyum senang.

            “Hi hubby. Kata main golf?” Soal Triesya. Memandang Tengku ezkandar Heidi yang menyalam Ben dan adiknya.

            “Dah habis dah. My client ada hal lain.” Balas Tengku Ezkandar Heidi setelah mengambil tempat di sebelah Triesya. Tangan kanannya disimpan di belakang kerusi Triesya. Triesya mengetap bibir. Pasti rancangan Tengku Erissa Hani. Patutlah tadi sungguh-sungguh nak Triesya Ben duduk di sebelahnya. Triesya duduk sorang-sorang.

            “Ye ke? Ke abang tak sabar nak tengok kak Trish? Takut eh nak tinggalkan kak Trish dengan adik? Eee. Kalau kak trish nak tahu macam nilah manja Abang Ez dengan mummy. Terlebih manja dari Que Sha.” Sakat Tengku Erissa Hani nakal. Spontan Tengku Ezkandar Heidi menjengilkan matanya pada Tengku Erissa Hani. Tergelak Triesya dan Ben dibuatnya.

            “Sayang jangan dengar cakap Que Sha ni okay baby.” Kata Tengku Ezkandar Heidi sambil menutup kedua-dua telinga Triesya dengan tangannya. Trieysa tersenyum.

            “Mengadalah hubby ni…” Balas Triesya sambil memegang kedua-dua tangan Tengku Ezkandar Heidi. Dirungkaikan dari pipinya. Bibir mengukirkan senyuman. Mulut berkata ‘hubby’. Tetapi di dalam hati merapu nak melepaskan geram pada Tengku Ezkandar Heidi. Nasiblah ada Tengku Erissa Hani. Berlakon sahajalah jawabnya.

            Seperti biasa, semasa makan Triesya hanya mampu mendengar dan menyuap makanan ke mulutnya. Begitu juga dengan Tengku Ezkandar Heidi. Bagaikan sudah terbiasa dengan tebiat cik wifeynya itu. Manakala Tengku Erissa Hani dan Ben sibuk berbual tentang itu dan ini. Kebanyakannya adalah fashion terkini. Kena je keduanya.

            Sesekali Triesya perasan akan renungan Tengku Ezkandar Heidi padanya. Tapi dibaut bodoh saja. Nak elak macam mana lagi kalau dah orangnya suka sangat tengok. Biarkan sajalah.

            “I hantar you ok.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya semasa mereka berempat keluar dari restaurant Korea tersebut. Triesya mengetap bibir. Tengku Ezkandar Heidi selalu sangat nak berkepit 24jam dengannya.

            “But Ben…” Balas Triesya dan memandang Ben yang masih berbual bersama Tengku Erissa Hani.

            “Ben balik sendirilah. Please. I hantar you….” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan turut memandang ke arah Ben dan adiknya.

            “But…”

            “I hantar you…” Tekan Tengku Ezkandar Heidi dan matanya memandang mata Triesya bagi pengertian. Tak nak Triesya membantah kata-katanya. Triesya mengetap bibir dan menganggukan kepalanya. Jika dengan Tengku Ezkandar Heidi dia pasti kalah.







************** AKU CINTA KAMU ******************






AKU terbangun di saat terasa belaian lembut di pipiku. Mataku dibuka dan wajah kacak Tengku Ezkandar Heidi menyapa bebola mataku. Dia tersenyum manis memandangku dengan tangan yang masih membelai pipi dan rambutku.

            “Dah sampai kondo I ke?” Soalku padanya. Badan direnggangkan. Kepala di gerakkan ke kiri dan ke kanan. Sengal terasa walaupun saat ini aku duduk di kereta mewah Tengku Ezkandar Heidi.

            “Dah. Tapi bukan kondo you….” Balasnya padaku dengan sengih.

            “What?!” Spontan aku menjerit kecil dan menegakkan tubuhku. Gila! Kat mana ni?????








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G








**************************************************************







TING TONG!



TING TONG!




TING TONG!





ASALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA







TO ALL READERS,




THANKS BEING SUCH A LOVELY READERS THAT I HAD.




Spend a time, to read my foolish story its such a grateful thing that I've. Thanks again :) Hell yarh. It's didn't mean anything to uols. But for me, it's so meaningful. It's great when people give an support and saying that their love the story that u wrote. Such a sweet thing that i'd . It's out of my mind actually....  It's didn't and never cross in my mind....  =)


02.        Lylea, Mbai jocey, Eliza AB, What should i say, and many more miss anonymous. U guys are so rock bebeh =) Their always give me a comment and like my story. Thanks girls :) Love yarh!

03.        For those, that who read my story a.k.a ACK. Thank you so much =)  And please, feel free to drop ur comment yarch =) I'm much appreciate it dear .


The conclusion, I'm feel so grateful that ACK is accepted =) Once again, from deep of my heart.

THANK YOU SO MUCH ! =)


Sincerely,

Ratu Adriana Nadine,
The writer.





*********************************************************

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH



Gelakkan dia boleh?



Mengada-gadalah engkau!



Speaking london ar. Rosak giler! Heheheh. Maafkan kebodohan saya di situ =)



P/S :: Ukeh. Ukeh. Mood serius datang. Erk! PMS ke apa! Hehehe. Dear readers, so how was the story??? Is it okay? Maafkan aku jika ACK bab 9 ini tidak dapat memuaskan hati anda. Maafkan saya.... (Muka comel  =)  )


P/S :: Awak, maafkan aku eh kalau ada kesalahan ejaan, perkataan, dan ayat. Maafkan aku juga jika cerita ini terover or whatever. Erk! Kena pula bunyi dia kan? Hahaha. Apa-apa jelah labu! Hheehhe. Once again, Please. This is my story. So, aku punya suka nak buat dia macam mana. Ianya hanya fantasiku. Dan anda janganlah memandang negative padanya. Kita chill sudehh~ Tak yah ar harsh-harsh ukeh. Relax lah. Uols datang sini relaxkan tension kan. Kire ukehlah tu. Ini adalah dunia fantasy aku. So, dengan bangganya. Jom ikut aku berfantasi =) Hahahaha. Macam siti di alam fantasi lah pula. Erk! Mengada! Hahaha.



P/S :: Embak-embak sumanya. apa ya bakal terjadi sama non Triesya nya? ke mana sih Tuan Ezkandar nya membawa pergi tuh? Apa non Triesya bakal di apa-apa in ama tuan Ezkandar nya? Waduh-waduh! Gawat si non! Kita nantikan aja ya bab yang seterusnya. Layan terussssss~ =)
HAHAHAHAHA. MINAH ENDON MANA ENTAH TERSESAT. SEWELLAH ENGKAU!

P/S :: Kesayangans, Jangan lupa comment and follow my blog ukeh =) Janji taw! Kite nak awak comment jugak! Nak jugak! Nak jugak! Nak jugak!


Erk!



Engkau kenapa??????????




Terencat??!!!





Hahahahaha.








Till then,






Sincerely,

Ratu Adriana Nadine.

15 comments:

  1. helo2.. ratu adriana nadine.again miss anony comment. hahaha
    knpa rasa lbh pendek dri yg salunya...??
    tpi tetap best..o_O
    buat snyum sorng2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HI MISS ANONY :)
      Heee pendek ke wak? Takpe slu sgt panjang. this time nak pendekkan je. kononnya~ Hhehehe.
      Ouh~ Thanxthanx. :)
      tak bek taw senyum sorangsorang :)
      Thanx wak sudi comment :)

      Delete
  2. erk, TEH tu bw pi mana Triesya..
    pendek jg bab ni..
    jap2.. mcm kenal aje nama kat atas tu.. malu pulak rsnya.. huhu.. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jengjengjeng~
      hehehe
      surprise~
      mid night nnti kite update ukeh :)
      heee. yalah mcm kenal je nama kat ats tu.
      thanx awk sudi comment :)

      Delete
  3. aduh kenapa ciput ni baru nak berangan...ha..ha...bestnye nak lagi n3 ...kak sari...love this story.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx awak :)
      heee. ciput ke awak~
      sorry eh. nnti kite panjangkan lae kononnya~ hehehe.
      thnx sudi comment erk

      Delete
  4. terbaik r ratu..cepat smbg n3 baru ya..i waiting :)

    ReplyDelete
  5. naper pendek sgt bab ni??
    nak lagi..
    x cukup rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pdk ker?
      sorry wak
      nnti kite panjangkan ukeh
      thanx sudi comment :)

      Delete
  6. tk ada n3 baru lagi... kalau dpt macam ni hari-hari dpt
    baca n3 barukan best... nak lagi ratu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm ni kite update awak
      thanx sudi comment :)
      in shaa allah~
      nnti kita update eh

      Delete
  7. wa!!! suspen niey!!! *Jengjengjeng*
    best3!!!! love it !!
    hwaiting!!!
    uit,,, ade nme kiter la!!! hehe ^__^_^_^
    tq ratu... sudi mention nme kiter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jengjengjeng~
      heee
      suspend eh
      hwaiting ukeh :)
      eh! eh! a'ahlah. adew namew orang tuwh. heehehe :)
      Thanx awak sudi comment and keep follow me :)

      Delete
    2. hehe... hwaiting!! ...
      n.. wc..wc...
      yup.. follow3!!! ^_^_^_^
      >___<

      Delete