Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 20 May 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 1









I have smiled to many people for more than a billion times but when I first saw you, my heart took over and smiled for the first time. 





HI! Namaku Andra Tihamiey binti Hj Abdul Rahman. Ahli keluargaku memanggilku dengan panggilan kak ngah disebabkan ummi beranakkan adik cik dan acu iaitu adik-adik lelaki kembarku yang paling nakal. Maka, aku dipanggil kak ngah walaupun pada dasarnya aku tak sukakan gelaran tu. Aku tak suka dipanggil kakak kerana aku merasakan panggilan kakak itu hanya untuk yang berusia sahaja. Tetapi disebabkan kedua ibu bapaku diberikan rezeki untuk melahirkan zuriat lagi. Maka, dengan bangganya aku memegang title kak ngah itu.


Bagi teman-temanku pula mereka memanggilku dengan panggilan Andra. Perasan Andra And The Back Bone jap. Hehe.Andra. Andra. Andra. Aku hanya Andra, seorang gadis yang simple dan lincah. Lebih lincah dari adik-adik kembarku si acik dan acu. Lebih lincah juga dari bebudak sekolah rendah yang selalu lalu dihadapan rumah atukku setiap hari. Ummi kata sejak kecil aku disahkan sebagai kanak-kanak yang hyperactive terlebih. Kelincahanku ini membuatkan aku menjadi atlet disekolah dahulu dan juga selalu menjadi tetamu tidak diundang di ward hospital. Sehinggakan doctor dah muak melihat mukaku kerana dah tak sanggup nak tengok muka aku je yang terbaring kat katil hospital tu. Hehe. Katanya aku ni menghabiskan ubat hospital adalah. Hehe. Ada aku kesah? Abi aku bayar apa. Bukan free!


Aku kini berada di kampung halaman abi. Kedatanganku di sini adalah kerana membawa diri yang lara. Cehh. Mengalahkan lagu Adira engkau. Hukhuk. Kelaraanku ini adalah disebabkan jejaka keparat yang bernama Alex! Huh! Acai tu! Padan muke dia. Dah sebiji penumbuk aku ni mendarat kat muka bajet jambu dia tu. Hei! Ini Andralah! Apa! Hengat aku tak berani nak tumbuk dia? Sorry sikit eh. Dah curang dengan aku. Boleh pula buat muke kesian kat depan aku. Adik angkatlah apa. Hengat aku ni bodoh kot!


Ish! Termasuk kali ni dah 5 kali aku putus cinta. Semuanya kerana aku tak jumpa lelaki yang sempurna untuk aku. Aduhai. Tetapi jangan salah faham okay. Setakat ni aku masih memegang talak tau! Talak kat tangan aku. Everytime break up, aku yang akan putuskan ikatan tu. Fuh! Lega engkau! Terasa bangga pun ada. Hehe.


Kenapa eh? Kenapa aku belum jumpa lelaki yang sempurna untuk aku? Ke dah takde lelaki yang sempurna kat dunia ni? Takkanlah. Sebab di mata aku, abi adalah lelaki yang sempurna. Abi adalah heroku. Sehingga kini, sudah 25 tahun abi dan ummi berkahwin dan abi masih romantic seperti muda-muda dulu. Bukan aku kata eh. Ummi sendiri yang kata dan mata kasar aku ni yang nampak. Engkau rajin ke setiap weekend bangun-bangun je hadiahkan bunga rose buat wife engkau? Hah! Abi aku rajin tau! After dia jogging setiap pagi hujung minggu dia akan belikan ummi bunga rose. Ummi pula everytime ok. Everytime dapat bunga tu mesti tangkap leleh. Hehehe.


“Kau begitu sempurna! Dimataku kau begitu indah! Ohhhhhh!”


Aku menyanyi dengan sekuat hatiku sambil berdiri di atas buaian yang dibina oleh atok. Rambut diikat tocang satu. Dengan kain sarung dan baju tee rona putih benar-benar membuatkan aku seperti gadis melayu terakhir engkau! Tapi spoil cek kak! Melalak tak tentu hala!


“Asalamualaikum..”Sapa satu suara garau kepadaku.


“Oh mak kau sempurna!” Spontan aku terjatuh dari buaian. Isk! Sakit oh! Ummi!!!!!!!





*****CINTA ENCIK DUDA*****




MEGAT HAYKAL yang kaget melihat gadis yang ditegurnya tadi terjatuh segera ingin membantu gadis tersebut berdiri. Namun, ditepis tangannya oleh gadis itu. serba salah dibuatnya.


Don’t touch me!” Marah Andra kepada Haykal. Dia cuba untuk berdiri dengan sendirinya dan mengusap-usap punggung yang sakit. Terasa gerun pula kalau-kalau punggungnya penyek. Dah tak mantap lagi! Huhuu.


“Maafkan saya cik. Saya tak sengjaa.” Kata Haykal serba salah. Matanya memandang si gadis dari atas ke bawah. Cantik. Desis hatinya. Walaupun hanya memakai baby tee dan kain batik serta rambut yang ditocang satu. Gadis itu benar-benar kelihatan cantik. Natural beauty orang kata. Astagfirullah’alazim. Mengucap Haykal di dalam hati tika menyedari kesilapannya memandang anak dara orang. Orang kata pandang sekali cukup. Kalau pandang dua tiga kali dah dikira maksiat mata.


“Tak sengaja. Tak sengaja. Ish. Pakcik ni. Kalau tulang saya ni patah ke tadi. Pak cik nak jawab apa kat mak bapak saya?” Marah Andra kepada Haykal. Siap bercekak pinggang lagi. Mukanya kelihatan merah menahan marah. Dahlah balik kampung nak melayan persaan. Alih-alih bala pula yang datang.


“Err. Sekali lagi saya nak minta maaf. Saya tak sengaja.” Balas Haykal sambil menudukkan wajahnya. Andra mendengus. Sedikit sebanyak terasa kasihan melihat lelaki tersebut. Mungkin benar lelaki itu tidak salah. Dia saja yang lebih-lebih. Siapa suruh di petang-petang sebegini melalak bagaikan apa saja.


“Hurm. Takpelah. Lupakam..” Balas Andra lemah membersihkan tubuhnya. Setelah tubuhnya dibersihkan. Andra ingin berlalu pergi. Namun ditegah oleh Haykal.


“Nak apa?!” Soal Andra bengang. Andra berpeluk tubuh dan memberikan pandangan tajam buat Haykal. Kecut perut Haykal dibuatnya. Nampak saja kecil. Tapi auranya kuat.


“Err. Boleh tak tunjukkan saya rumah tok ketua?” Soal Haykal kepada gadis di hadapannya. Andra mengerutkan dahi. Tok ketua? Erk. Atok aku tu. Hj.Mail oi. Jari telunjuknya dipukul-pukul ke dagu dan matanya dihala ke jalan raya.


“Hurm. Let me see. Jalan nak ke rumah tok ketua kat sana. Pak cik jalan straight. Don’t belok-belok eh. Lepas tu pak cik belok kiri. Lepas tu belok kanan. Stop! Hah! Bukan kat situ. Tapi jalan straight lagi dan hah! Situlah rumah tok ketua. Good luck yer pak cik!” Jelas Andra sambil mengikut lingkuk-lingkuk jalan raya yang diterangkan olehnya. Haykal pula mengerutkan dahi. Bersungguh-sungguh gadis dihadpaannya menerangkan. Tetapi dia sukar untuk menangkap apa yang diterangkan oleh gadis tersebut dengan lebih jelas. Cuma kepalanya saja dianggukkan.


“Eh. Nak ke mana tu?” Soalnya kepada gadis tersebut pabila gadis tersebut ingin melangkah pergi. Mungkin ingin masuk ke rumah Melayu yang mempunyai ukiran yang cantik tersebut.


“Haila. Baliklah pakcik. Maghrib kot.” Balas Andra selamba dan berlalu pergi. Haykal mengaru-garukan kepalanya. Budak ni asyik panggil aku pak cik je. Tua sangat ke aku? Desis hatinya.


“Eh cik adik! Terima kasih ya!” Laungnya kuat kepada gadis tersebut apabila tersedar yang dia belum ucapkan terima kasih. Andra pula hanya mengangkat tangannya tanpa berpaling.





*****CINTA ENCIK DUDA*******





MEGAT HAYKAL mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ray Ban hitamnya di buka dan matanya meliar-liar di sekitar tanah perkuburan tersebut. Mengikut arahan gadis tadi inilah tempat yang dikatakan oleh gadis itu. Adakah dia tersilap ataupun sudah dipermainkan oleh seorang gadis kampung?


Tok!


Tok!


Tok!


Astagfirullah’alazim…” Mengucap Haykal apabila cermin kereta BMW 5 SERIES nya di ketuk dari luar. Sudahlah senja-senja macam ni. Tanah perkuburan itupun kelihatan seram. Dibautnya ada yang tidak diundang datang. Masyaha’allah. Dijauhkan.


Nafasnya dihelakan apabila melihat kelibat seorang lelaki berkopiah berdiri di luar keretanya. Lantas, cermin kereta di turunkan.


“Asalamualaikum wbt.” Sapa lelaki berkopiah tadi.



“Walaikumsalam wbt.” Balas Haykal dan membalas senyuman lelaki sepruh abad terswbut.


“Pak cik Mahmud.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya.


“Haykal…” Balas Haykal.


“Maaflah menganggu anak. Anak ni ada masalah ka? Kenapa berhenti di tepi kubur senja-senja ni?” Soal Pak Cik Mahmud musykil. Haykal tersengih. Mana-mana orang pun pasti akan hairan melihatnya. Jika dikata ingin melawat kubur saudara maranya juga tidak logic. Senja-senja pula.


“Err. Saya tersesatlah encik.” Balas Haykal. Lelaki tadi menganggukkan kepalanya.


“Oh. Sesat rupanya. Anak nak ke mana ni?” Soal Pak Cik Mahmud kembali.


“Saya nak ke rumah tok ketua pak cik.” Jelas Haykal.


“Ohhh. Rumah tok ketua. Kalau macam tu anak ikutlah belakang motor pak cik ni. Pak cik nak ke masjid. Rumah tok ketua tu lalu masjid.” Jelas Pak Cik Mahmud.


Alhamdlulilah. Terima kasih pak cik. Kalau macam tu kita singgah masjidlah dulu. Saya pun tak solat lagi ni.” Jelas Haykal. Pak Cik Mahmud tersenyum. Senang hati apabila melihat anak muda dihadapannya mendahulukan solat.







TO BE CONTINUED!!!!!







********************************************************



ASALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES~





How was the story? This one ok ke tidak? Rasanya yang ni lebih okay ke ataupun SALAH JATUH CINTA? Hurm. It's up to you =)



               CINTA ENCIK DUDA, adalah mengisahkan mengenai hubungan di antara ANDRA TIHAMIEY dan Datuk Megat Haykal yang sedikit berumur darinya dan berstatus duda anak satu. Apaaaaa??!!!?? Hahahaha. Itulah kelainan bagi cerita ni. Ianya berbeza dengan ACK dan SJC. ketiga-tiganya mmepunyai kelebihan masing-masing =)



               Uols yang tentukan sama ada SJC ataupun CEH yang akan di update setelah ACK tamat. =) Feel free to dropping your comment ladies =) I'm Hwaiting!






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ.








Till then,







Sincerely,

32 comments:

  1. Replies
    1. HI dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe thanks dear.mmg nkl bdk tu

      Delete
  2. best
    x sabar nk baca camne haykal ngorat andra..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment =)
      thanks wak. hehe tet! kite tgu ukeh =)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. update yg ni dulu..abis yg ni baru update salah jatuh cinta yea cik Ratu..nk baca yg ni dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      in shaa allah dear
      kite akan tgk e-novel mna yg dpt bnyk respong ukeh :)
      thanks syg

      Delete
    2. setuju...update CED dulu...best cute ni......

      Delete
  5. ratu anak haykal tu besar ke kecil..x mau la konflik ayah dan anak.kalau besar x mau la.. ~emo takut dua2 jatuh cinta dgn andra~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe in shaa allah
      CED konfliknya xtruk sgt

      Delete
  6. saya suka cerita ni and that want pun best... tapi saya nak this story to be cont 1st, coz dudakan hot... hehehe,,, can huh? hope hero tak tua sangat pity cik heroin kita...then kalau tua sangat biasanya tak nakal mana... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi miss anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      thanks syg. duda hot kite ni still muda lgi. kot. hehe

      Delete
    2. Ratu, hope dia still dalam awal 30an k, tak ada ada perkataan kut... kesian saya sebab nanti sy tak boleh mengorat dia.... dudakan hot..... hehehe... KA''

      Delete
  7. awak kita suka cita ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik anonymous
      thanks for dropping by and leave ur comment
      kite pun suka :)

      Delete
  8. citer niey pon best jugakkk!!!
    ^_____^

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI LYLEA
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      ye ke. thanks wak

      Delete
  9. Replies
    1. HI oren:)
      thanks for dropping by and leave ur comment
      best ke wak? tq :)

      Delete
  10. bila nak sambung encik duda bestlah cite dia,slah jatuh cinta pun ok,aku cinta kamu dah habis ke,hiss tamak betul saya ok tq ratu adriana nadine.

    ReplyDelete
  11. Update yg ne dululah then we can go to SJC,hehehee...

    ReplyDelete
  12. Hye..novel2 awk mmg bst lh..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis... Thank u, dis just make my day :D

    ReplyDelete
  14. Hahaha Andra panggil Haykal pkcik...
    Kesian Haykal ; p

    ReplyDelete
  15. Hello!! Cerita ni dah diterbitkan ke? Kat mana saya boleh dapatkan? Tq!! ;)

    ReplyDelete
  16. Hello!! Cerita ni dah diterbitkan ke? Kat mana saya boleh dapatkan? Tq!! ;)

    ReplyDelete
  17. Hello!! Cerita ni dah diterbitkan ke? Kat mana saya boleh dapatkan? Tq!! ;)

    ReplyDelete
  18. Assalmualkum boleh tak klo saya nk dptkn novel ni?

    ReplyDelete
  19. Dah 9 thun dh cite ni.still x update pape.terseksa tunggu

    ReplyDelete
  20. Xnk buat buku ke. Sbb rasenya kalau buat buku, latis dh ni.....

    ReplyDelete
  21. Dah 11 tahun saya tunggu ...... Cik ratu sihat??

    ReplyDelete