Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Friday, 15 June 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 3










CINTA ENCIK DUDA BAB 3




Life is not a series of meaningless accidents. When things are bound to happen, they surely will. You are not an accident and I was meant to know you. That’s serendipity.




AKU mengosok-gosok telinga yang panas. Mak ngaih! Dah dekat dua jam dan aku masih di sini! Warghhhh! Ini satu konsprasi! Ini tidak adil! Erk! Dah engkau kenapa? Tercencat sungguh! Alaih! Terima sahajalah. Anggap je sedang Mendengar J-Lo menyanyi. Hah! Okay gak tu! Hakhakhak!


            “Andra! Kamu dengar tak apa yang kak Zen cakapkan ni?” Soal Kak Zainab kepadaku. Aku mengeluh dan memandangnya yang sedang mencengkak pinggang di hadapanku yang sedang duduk di atas pangkin.


            “Dengarlah Kak Jenab! Andra masih belum pekak lagi.” Balasku dan mengeluh.


            “Aduduh! Sakitlah kak!” Rungutku dan mengosok-gosok telinga yang sakit akibat dipulas dengan kuat oleh Kak Zainab.


            “Jenab! Jenab! Kak Zen lah!” Balasnya geram. Aku yang masih mengosok telingaku mencebik. Kak Zen konon! Terimalah nama tu namanya Jenab! Hahahaha.


            “Alarh kak! Lawa apa. Jenab! Hah! Dari Zen! Zen! Jin ke apa!” Balasku selamba dan tergelak. Namun, kali ini pinggangku pula jadi mangsanya. Ish! Ni yang aku malas bawa dak Pijot ni! Maknya si Pijot ni garang betul! Tapi nak buat cam ne? Dak Pijot tu Bff terbaik aku kat kampung ni hah. Sempoi je. Aku bawa berkubang kat sungai dia ikut. Aku bawa melestik burung dia ikut. Aku bawa naik pokok dia ikut. Senang cerita dak Pijot tu memang flexible lah! Haha.


            “Sakitlah kak! Dahlah Andra ni kurus kerimping. Dibuatnya macam tu lagi. Akak tunggulah. Andra mengadu dengan abi!” Balasku dan mengosok-gosok pinggang serta telingaku. Ish! Kak Zainab mencebik.


            “Apa susah! Akak katalah engkau bawa anak akak tu pergi berkubang di sungai. Hei Andra! Anak aku si Pijot tu ada exam esok dik oi! Belajarnya tak lagi!” Balas kak Zainab geram dan ingin mencubit pipi ku pula. Tapi dengan tangkasnya aku menangkap tangannya. Hahaha.


            “Hahaha. Tak dapat!” Balasku dan tergelak. Kak Zainab mendengus.


            “Alarh kak!  Manalah Andra tau si Pijot tu exam esok. Kalau Andra tahu takde maknanya Andra nak bawa dia berkubang kat sungai tu. Tapi kira okaylah tu Kak Jenab. Andra ajar dia cara-cara nak menangkap ikan. Hah! Kan bagus tu. Next time tak payahlah akak nak susah-susah ke kedai nak beli ikan.” Balasku nakal dan mengenyitkan mata. Kak Zainab mencebik.


            “Takde maknanya akak nak suruh anak akak ke sungai tu menangkap ikan Andra oi. Laki aku tu polis. Aku ni nurse. Masih mampu nak beli ikan yang harganya sepuluh henget tu!” Balas Kak Zainab. Aku tersengih dan mengaru kepala. Erk! Aku pula yang kena balik.


            “Akak tak kira! Akak nak engkau ajar si Pijot tu malam ni juga. Pastikan dia lulus exam dia esok! Kalau tak siap engkau. Akak ikatkan engkau dan si Pijot tu di tengah-tengah sungai tu…” Balas Kak Zainab tegas. Aku meneguk liur.


            “Akak tak beranikan? Kan? Kan?” Soalku sungguh. Kak Zainab duduk di sisiku.


            “Engkau bukan sehari kenal akak…” Balasnya selamba. Aku mengaru kepala. Ish. Mahu tak kenal. Kak Zainab ni boleh tahan hyperactive nya dari aku. Pernah dulu Piah janda tu cuba nak pikat abang Latif tu. Tapi, abang Latif tu baik orangnya dan… Er.. Terlebih lurus! Sebab balik sahaja dia dengan jujurnya memberitahu pada kak Zainab yang Piah janda tu nak bawa dia pergi tengok wayang. Apa ke jadahnya bawa laki orang tengok wayang? Bengang betul! Mahunya kak Zainab kejar Piah janda tu keliling kampung! Hahahaha. Padan muke!


            “Yalah! Yalah! Kak Jenab ni tak sporting betullah!” Balasku mengalah dan melarikan diri pabila kak Zainab menjerit.


            “Kak Zen lah!!!” Jeritnya dan mengejarku. Hahaha. Zen lah sangat!





*****Cinta Encik Duda****






HAYKAL tersenyum kecil melihat gaya Andra yang dimarahi oleh Zainab. Sekejap dia mencebik. Sekejap lagi dia menjulingkan matanya ke atas. Pula tu sekejap lagi dia mengosok-gosok telinganya. Pastinya tidak tahan dengan mulut becok Zainab yang sedang memarahinya. Sedangkan dia yang melihat dari jauhpun sudah terasa kebas telinganya melihat mulut Zainab tidak berhenti bercakap. Apatah lagi Andra. Dua jam! Dua jam okay! Bukannya dua minit. Kira advance lah tu. Andra boleh bertahan. Ni mesti sudah selalu kena ‘cuci’ dengan Zainab. Haha. Teringat kembali pula kejadian tadi di tepi sungai.


            “Andra!!!!” Suara Zainab mulai kuat kembali memanggil-manggil nama Andra.


            “Erk! Alamak tok! Tolong Andra tok! Tolong!” Balas Andra dan berlari bersembunyi di belakang Tn Hj Ismail. Siap menolak Haykal yang berdiri menghalang laluannya ke tepi. Kasar betul Andra ni.


            “Tolonglah tok. Kak Jenab dah mengamuk tu!”Rayu Andra dan menyembunyikan wajahnya.


            “Dah! Dah! Kamu jangan nak sembunyi bagai. Berani buat salah. Berani nak bawa anak orang berkubang kat sungai tu. Beranilah juga nak menghadapi si Zainab tu. Mari sini!” Balas Tn Hj Ismail dan menarik tangan Andra. Andra yang berwajah pucat menggelengkan kepalanya dan cuba untuk menarik tangannya. Namun, kudrat Tn Hj Ismail lebih kuat darinya.


            “Pak cik! Huwarhhh! Tolong!” Panggil Andra kepada Haykal. Namun, haykal dengan bubunya hanya tersengih mengangkat bahunya. Tidak berani untuk masuk campur. Namun, terasa lucu pabila Andra si budak nakal takut kepada maknya si Pijot. Haha.


            “Andra!” Panggil Zainab dan mencengkak pinggangnya.


            “Hah! Sampai pun kamu Zainab. Ni hah! Pandai-pandai kamulah nak menghukumnya apa.” Balas Tn Hj Ismail dan menolak lembut tubuh Andra agar dekat pada Zainab.


            “Eh! Eh! Kak Jenab! Bila sampai kak?” Soal Andra dan tersengih.


            “Aduhduh! Sakit kak!” Raung Andra dan turut memegang telinganya yang dipegang oleh Zainab.


            “Jenab! Jenab! Kak Zen lah!” Balas Zainab geram. Andra yang masih di dalam kesakitan sempat tersengih.


            “Asal kamu je balik mesti anak akak tu hilang! Di bawanya ke bendanglah. Ke sungailah. Lumpurlah. Tak habis-habis kamu ni Andra! Akak tak kira! Kamu ikut akak sekarang!” Amarah Zainab dan menarik telinga Andra agar mengikutnya. Andra pula terpaksa mengikut. Jika tidak mahu telinganya putus!


            “Tok! Call polis tok! Kak Jenab mengamuk!” Jerit Andra dari kejauhan. Tn Hj Ismail dan Haykal tergelak.


            “Ada-ada saja Andra tu tok.” Luah Haykal dan gelengkan kepalanya. Tn Hj Ismail tersenyum dan menepuk bahu Haykal.


            “Memang begitulah Andra nak Haykal. Budaknya hyperactive sikit. Tapi itu luarannya saja. jauh di dalam hatinya. Budak tu baik. Cuma itulah. Perangainya buat memeningkan kepala tok ni kadang-kadang.” Balas Tn Hj Ismail dan tergelak kecil. Cucunya itu memang hyperactive. Jika balik sahaja ke kampung, Pasti di round nya satu kampung. Lagak dirinya itu pula yang ketua kampung! Haha. Andra. Andra.


            “Biasalah tu tok. Orang muda.” Balas Haykal dan tersenyum. Andra cucunya Tn Hj Ismail memang nakal. Akan tetapi, nakal-nakal pun orangnya cantik dan pandai memasak. Hehe. Astagfirullah’alazim. Kepala Haykal digelengkan. Jauh menyimpang otaknya berfikir.


            “Nak Haykal…” Panggil Tn Hj Ismail dan meletakkan dulang yang berisi dua cawan dan cuitnya, seteko nescafe susu panas, cucur udang dan kuih seri muka di atas meja. Haykal yang sejak tadi jauh mengelamun dan memandang kea rah pangkin yang sudah kosong tersentak dan menoleh mamandang Tn Hj Ismail yang mengambil tempat di hadapannya. Senyuman manis diberikan.



            “Tok..” balasnya dan membantu Tn Hj Ismail menyusun cawan dan cuit di atas meja sementara Tn Hj Ismail menuangkan nescafe susu buat mereka berdua. Cucur udang dan kuih seri muka di pandang. Menarik minatnya untuk makan. Kelihatan sedap sekali. Semenjak duduk beberapa hari di kampung ni dia sudah berjumpa dengan pelabagai jenis kuih kampung dan semuanya sedap-sedap belaka. Beruntunglah jadi Tn Hj Ismail. Ada isteri yang pandai masak dan membuat kuih.


            “Minum nak Haykal. Jemputlah makan. Jangan malu-malu. Si angah yang buatkan tadi sebelum dia pergi berkubang di sungai tu. Cucur udang ni nenek kamu dan panaskan balik.” Jelas Tn Hj Ismail dan menyurungkan cawan kepada Haykal. Haykal mengerutkan dahinya. Andra? Huih! Memang advance lah budak ni. Semua benda dia reti. Entah apa yang Andra tak tahu buat.


            “Andra ke yang buat tok?”  Soal Haykal hairan. Tn Hj Ismail tergelak kecil dan anggukkan kepalanya.


            “Angah tu memang nakal. Hyperactive. Tapi kalau bab-bab memasak, megemas dan semua berkaitan dengan perempuan ni dia memang pandai. Kalau nak dijadikan isteri dah memang layak dah…” Balas Tn Hj Ismail dan tersenyum. Cucunya itu memang pandai serba serbi. Masakan kampung dan juga masakan barat. Katakan saja. Apa yang nak dimakan. Andra memang pandai. Lagilah nak menjahit ke apa. Lagilah dia expert. Memandangkan mennatunya mak si Andra ada membuka sebuah butik di Bandar. Maka, pastilah Andra tahu akan bab-bab menjahit dan membuat baju.


            “Beruntunglah siapa yang dapat Andra nanti…” Jawab Haykal dan tersenyum. Andra. Siapa yang tak nak? Sudahlah cantik. Serba serbi tahu pula mengenai hal dapur. Siapa yang tak nak. Dirinya sendiri nak. Tapi pabila memikirkan yang dirinya sudah tercicir dari ciri-ciri calon suami Andra iaitu tua  walaupun taklah tua sangat dan duda anak satu. Pastilah dia merendah diri dan menganggap angan-angannya itu satu mimpi sahaja. Mustahillah Andra yang muda dan cantik itu ingin padanya. Berjumpa dengan dirinya pun gadis itu pastikan mengenakannya. Apatah lagi bila berkahwin. Mahu setiap hari dia menjadi mangsa hyperactive Andra. Haha.


            Haykal membuang pandang pada sekeliling kawasan luar rumah Tn Hj Ismail. Amat cantik sekali. rumahnya juga sudah bercirikan ukiran seni Melayu. Malahan, kawasan rumahnya dipenuhi dengan bunga-bungaan dan tumbuhan hijau. Sekali tengok seperti sebuah taman. Tn Hj Ismail memang rajin bercucuk tanam dan menjaga tanamannya. Angin yang bertiup tenang membuatkan Haykal merasa tenang sendiri. Beginilah kehidupan di kampung. Terasa nyaman. Patutlah Tn Hj Ismail dan isterinya gemar duduk di pergola yang turut bercirikan seni ukiran Melayu tempat mereka duduk saat ini. Memang damai.


            “Nanti malam pak cik Mahmud kamu buat kenduri majlis tahlil kat rumahnya. Kamu ikut sekali ya?” Soalan Tn Hj Ismail itu kepada Haykal menyedarkan Haykal kembali. Haykal tersenyum dan anggukkan kepalanya. Memang sejak beberapa hari dia di sini dia gemar mengikut Tn Hj Ismail keliling kampung. Beramah mesra dengan penduduk di sini. Semuanya rata-rata peramah orangnya.







****Cinta Encik Duda*****







AKU menjeling Pijot di hadapanku. Sungguh-sungguh budak ni study. Nasiblah juga exam si PIJOT ni esok Bahasa Inggeris. Dapatlah juga aku nak tolong. Dibuatnya matematik? Makkk! Aku dululah yang lari. Maths aku pun tunggang langgang! Nak ajar orang. Nasiblah!


            “Kau dapat ke ni Pijot apa yang akak ajar ni? Senang je kot dik oi apa yang akak ajarkan tadi tu.” Soalku kepada Pijot. Mug yang berisi Milo ku capai dan diteguk. Pijot mengangkat kepalanya dan tersengih. Kepalanya dianggukkan.


            “Dapat. Dapat.” Balas Pijot sungguh dan kembali membuat ulang kajinya. Aku menganggukkan kepala.


            “Bagus! Bagus! Senang kerja aku. Penat gila aku larikan diri dari mak kau tadi. Semput aku dibuatnya.” Balasku pada Pijot. Pijot tersengih.


            “Sorry lah kak Andra. Mak tu memang macam tu. Tapi hati dia baik.” Balas Pijot dan tersenyum.


            “Erk! Ada ke aku kata mak kau jahat Pijot? Aku tahulah mak kau baik.” Balasku padanya. Pijot mengaru kepala.


            “Ish! Akak ni. Ada je yang dia balas. Selalu kalah je orang dengan dia.” Rungut Pijot. Aku tersengih.


            “Focus Pijot! Focus! Haha.” Sakatku padanya. Pijot mengelengkan kepalanya. Hahaha.






***Cinta Encik Duda*****







LEWAT petang itu aku habiskan masaku untuk merehatkan mataku. Tidur dari jam 0200 petang sehinggalah ke jam 0500 petang. Lama ya amat. Selalunya 1 jam sahaja jika aku tidur petang. Lebih-lebih lagi jika aku ada assignment yang kena diselesaikan haruslah mata ni berjaga on time. Pandai sungguh cik mate ni. Hehe. Semuanya gara-gara aku berjaga semalam nak ajarkan si Pijot tu. Kak Zainab pula nak dekat jam 1200 tengah malam baru nak mengambil anaknya. Memang nak mendera aku betul!



Aku berdiri dan memandang ke luar tingkap. Subnaallah~ Indah sungguh ciptaan-NYA. Warna oren matahari yang dimamah senja itu kelihatan sungguh cantik. Apatah lagi dengan scene sawah padi yang menghijau dan burung-burung yang berterbangan. Aku rasa bagaikan tengah berada di dalam alam lain je.


Aku mendepakan kedua tanganku dan menarik serta menghelakan nafasku dengan tenang. Tenang dengan kedamaian yang terbentang di hadapanku saat ini. Dengan mata yang mamai aku menarik tuala di penyidai dan membuka pintu.


“Ouch!”Mengadu sakit aku disaat tubuh kecilku terlanggar dengan suatu susuk tubuh yang keras. Sakit ya amat!


ASALAMUALAIKUM WBT






******Cinta Encik Duda********






SEJAK solat Isyak tadi aku menangis tak sudah. Neneklah yang tenangkan hati aku. Entah apa silapku sehinggakan ini yang menimpa diriku. Elusan tangan nenek terasa dibelakangku. Nenek berulang kali menyuruhku mengucap.


Asalamualaikum wbt.” Suara garau abi yang baru tiba dengan ummi dari Bandar menyayatkan hatiku. Muka abi kelihatan keruh. Ummi pula matanya sembap. Masuk saja ke rumah abi dan ummi terus memelukku.


“Ummi. Abi. Kak ngah tak buat… Kak ngah berani sumpah!” Terangku pada mereka dengan sendu. Abi dan ummi mengusap belakangku dengan penuh kasih.


“Sabar kak ngah. Biar abi bincang dengan atok dan yang lainnya.” Balas abi dan menuju ke ruang tamu. Berbincang dengan yang lainnya.


“Ummi…” Kataku dengan sendu. Ummi memelukku.


“Betul kak ngah tak buat?” Soal ummi kepadaku. Mataku dpandangnya. Mencari sinar kejujuran di mataku. Aku menganggukkan kepala ku sungguh.


“Betul ummi. Kak ngah berani bersumpah.” Balasku kepada ummi. Ummi menganggukkan kepalanya.


“Ummi percayakan kak ngah. Sejak kecil kak ngah tak pernah nak tipu ummi.” Balas ummi. Aku memandang pak cik yang kelihatan sugul. Tadi dia yang hanya memakai tuala kini sudah berkain pelikat dan berbaju kemeja-T POLO rona hitam.






******Cinta Encik Duda*****






KEADAAN rumah Tn Hj Ismail sedikit panas. Masing-masing ingin meluahkan pendapat masing-masing. Bagaikan pasar malam pun ada juga.


“Diam!” Bentak Tn Hj Ismail. Sakit kepalanya bila masing-masing meluahkan pendapat gila mereka. Semuanya diam sekali. Kecut perut apabila Tn Hj Ismail sudah naik marah.


“Sejak tadi kamu membuat bising. Tetapi tidak pernah bertanya kepada empunya diri. Adakah mereka bersalah dan membuat benda itu ataupun tidak. Kita tak boleh nak tunjuk jari telunjuk begitu sahaja. Jika benar terbukti mereka bersalah biarlah kita mengenakan hukuman kepada mereka.” Jelas Tn Hj Ismail.


“Memanglah atok kata macam tu sebba Andra tu cucu atok.” Sampuk Amir. Tn Hj Ismail mencerlung tajam pada Amir. Tertunduk Amir dibuatnya.


“Ini bukan kerana Andra cucu aku! Bukan juga kerana Haykal tetamu aku. Tetapi dah memang setiap kesalahan yang dibuat kita perlu siasat terlbih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman sesuka hati. Jika tidak, tidaklah mahkamah ditubuhkan. Zaman Jahiliah namanya kalau menghukum membabi buta. Kita orang Islam. Berpegang kepada Al-Quran” Marah Tn Hj Ismail. Terasa terkilan dengan pandangan sesetengah penduduk kampungg. Menunding jari sebelum menyiasat. Semuanya tunduk dan mendiamkan dri.


“Sebelum kita membuat apa-apa spekulasi. Lebih baiklah kita bertanya kepada empunya badan. Nak Haykal. Ceritakan kepada kami semua. Apa yang terjadi sebenarnya?” Soal Tn Hj Ismail kepada Haykal yang duduk di sebelahnya. Sejak tadi lelaki itu hanya mendiamkan diri dan bersikap tenang. Tn Hj Abdul Rahman juga memandang lelaki yang bernama Haykal itu. Lelaki yang ditangkap khalwat dengan anaknya. Kelihatan sedikit berusia namun Tn Hj Abdul Rahman akui orangnya kelihatan kacak dan wajahnya tidak di mamah usia.


Asalamualaikum Wbt. Maafkan saya jika saya berdua-duaan di rumah ini bersama Andra. Tetapi, jujur saya katakan. Ketika tiba di rumah tadi saya ingatkan tiada orang. Ingatkan semuanya jalan kerana tadi atok kata akan pergi ke masjid kerana ada majlis gotong royong. Jadi jauh di sudut firasat saya merasakan yang Andra juga pasti akan ikut sama. Rumah juga dikunci dan saya membka dengan kunci pendua yang atok berikan. Demi Allah Swt atok. Jika saya tahu Andra berada di rumah pasti saya takkan masuk dan menimbulkan syak wasangka seperti ini.” Jelas panjang lebar dan menarik nafas sebelum menyambung penjelasannya. Sejujurnya tadi, selepas balik dari pekan dia benar-benar tidak meyangka yang Andra turut berada di dalam rumah.


“Tadi, ketika nak mandi, memang benar saya hanya memakai tuala. Kerana saya sangkakan tiada siapa di rumah maka saya bebas untuk mendedahkan aurat. Saya tak tahu pula yang Andra berada di dalam bilik dan sedang tidur. Bila saya lalu bilik Andra sewaktu ingin ke bilik mandi. Andra juga keluar dari biliknya dan kami terlanggar dan tejatuh. Sewaktu itulah yang lainnya datang. Tok. Percayalah… Saya dan Andra tak buat kerja-kerja tu semua. Saya masih tahu mana yang haram dan halal tok. Saya dah cukup tua nak buat itu semua.” Jelas Haykal. Tn Hj Ismail mengurut-urut pangkal hidungnya.


“Tok…. Kalau orang dah buat salah mana nak mengaku tok.” Bidas Amir. Sakit hatinya apabila semakin hari Andra dan lelaki tua itu semakin rapat. Inilah peluangnya untuk mebalas dendam.


“Amir. Kamu jangan nak masuk campur!” Marah Encik Taufiq. Ayah kepada Amir. Terasa tidak suka degan sikap anaknya itu. Semuanya di situ mendiamkan drii. Tetapi anak terunanya itu banyak bunyinya pula.


“Apa kita nak buat ni ayah?” Soal Tn Hj Abdul Rahman kepada Tn Hj Ismail.


“Kita kahwin jelah mereka berdua tok. Kalau benar mereka tak buat benda tu. Mereka dah berdua-duaan kat rumah ni. Dah kira dosa tu tok.” Balas satu suara pula.


“Tak! Saya tak nak kahwin! Ummi!” Jerit Andra apabila sampai ke bab-bab kahwin. Dia? Kahwin? Di usia 22 tahun? Kahwin? Tidakk!!!!


“Tok… Kahwin bukanlah penyelesaiannnya. Saya tahu salah bagi kami duduk berdua di sini. Tapi itu di luar pengetahuan kami. Bukannya dirancang. Saya duda tok. Tua pula. Amat mustahil Andra berkahwin dengan lelaki seperti saya. Saya tak nak jejaskan masa depan dia.” Jelas Haykal kepada Tn Hj Ismail.


“Tua muda dan status itu bukanlah hal yang besar Haykal. Kalau dah jodoh. Walau kita cuba untuk hindari. Dia akan datang kepada kita.” Jelas Tn Hj Abdul Rahman sambil menepuk-nepuk bahu Haykal. Baginya, jika mahu halang selagi termampu sekalipun. Jika DIA sudah mentakdirkan jodoh anaknya bersama seorang duda dan berumur, tiada apa yang mampu Tn Hj Abdul Rahman lakukan. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Haykal tersenyum kelat. Matanya memandang Andra di hujung sana. Berkahwin dengan gadis itu? Gadis yang hampir sebaya dengan anak gadisnya? Beza umur mereka 18tahun! Lebih-lebih lagi dia duda anak satu.


“Tok… Dalam hal ni. Mungkin mereka tak bersalah. Cuma ada orang saja nak mengenakan mereka. Jika benar mereka membuat ‘benda’ itu. Pasti mereka berada di dalam bilik dan Andra pula bila dijumpa lengkap berpakaian. Tetapi tok, walaubagaimanapun, mereka tetap berdua-duaan di rumah ni tok. Jika kita tak ambil tindakan dengan mengahwinkan mereka. Takut-takut pula penduduk kampung membidas kreadibliti tok sebagai ketua kampung.” Balas Encik Taufiq dan sempat matanya menjeling anaknya Amir. Kelihatannya Amir terkejut. Biarkan. Ini yang Amir inginkan. Biar dikahwinkan saja kedua-kahwinnya. Baru putih mata anaknya yang kutu kampung itu. Encik Taufiq pasti ini adalah kerja anaknya. Sejak tadi di masjid, Amir begitu beria-ria ingin membawa tok ketua dan lainnya membersihkan laman tok ketua pula. Semacam saja semangatnya. Rupanya ada agenda lain….


“Eh. Mana boleh tok! Eh apa ni ayah?” Soal Amir tangkas. Terasa terkejut degan ucapan ayahnya. Andra berkahwin dengan pak cik tua itu? Maka putih matalah dia. Kalah dengan lelaki tua.


“Abang… Tak boleh uruskan di mahkahmah ke?” Soal Pn Hjh Amrah. Sedikit gusar apabila anaknya ingin dikahwinkan di usia yang muda. Alongnya juga belum berkahwin. Apatah lagi Andra.


“Sayang. Abang tak rasa membawa benda ni ke mahkamah adalah penyelesaiannya. Boleh saja jika nak. Namun, benda ini hanya akan memalukan nama keluarga kita.” Balas Tn Hj Abdul Rahman dan memandang isterinya yang berada di hujung ruang tamu. Pn Hjh Amrah mengeluh. Bahu anaknya diusap. Mengalirkan semangat di situ. Dia kenal Andra. Andra bukanlah gadis yang gemar bersosial. Andra gadis yang pandai menjaga dirinya. Cuma, anak daranya itu hyperactive orangya dan gila-gila sikit. Otaknya berfikir lebih dari otak manusia normal.


“Beginilah…. Aku dah putuskan benda ni masak-masak. Aku nak Andra dan Haykal dikahwinkan juga malam ni. Aku tak terima sebarang bantahan. Nikahnya saja malam ni. Majlisnya sebulan dari sekarang.  Si angah ni dah ambil kursus kahwin sebelum ni. Aku sendiri yang hantarkan dulu. Kau setuju Man? Haykal?” Soal Tn Hj Ismail setelah mendiamkan diri sejak tadi. Memang Andra sudah mengikut kursus kahwin di atas arahannya sendiri. Gadis itu mengikut kursus kahwin pada tahun lepas. Ketika Andra balik bercuti di kampung. Malahan Haykal pula, pasti sudah mengikuti kursus kahwin. Maka, senanglah kerjanya. Sejak tadi dia menimbang-nimbang ideanya itu. Hanya itu penyelesaiannya. Lagi pula Haykal lelaki yang baik. Pasti dapat menjaga cucunya dengan baik. Benar kata anaknya. Umur dan status itu bukan ukuran. Kalau sudah ditakdirkan oleh Allah Swt jodoh mereka. Pastikan menjadi juga. Mungkin hal ini terjadi hanyalah satu sebab kepada penyatuan keduanya. Siapalah kita untuk menghalang dan mempersoalkannya?


“Tok! Angah tak nak tok!” Jerit Andra.


“Tok… Saya tak layak. Saya tak sempurna untuk cucu atok.” Sangkal Haykal pula. Serba salah dibuatnya pabila melihat wajah mendung Andra. Terasa serba salah kerana lepas ini masa depan gadis itu berada di tangannya…


“Saya setuju ayah. Ayah buatlah apa yang patut. Haykal. Abi restu Haykal dan Andra.” Balas Tn Hj Abdul Rahman pula. Tangannya menepuk-nepuk bahu Haykal. Amir pula bergegas berdiri dan menumbuk dinding rumah Tn Hj Ismail dan berlalu keluar. Sakit hatinya. Cubaan untuk mengenakn pak cik tua gagal. Dirinya pula terkena.


Alhamdulilah.  Nak Haykal telefonlah keluarga nak Haykal. Minta restu mereka dulu.” Balas Tn Hj Ismail.


“Tok!” Jerit Andra dan pengsan.


“Abang!!!” Jerit Pn Hjh Amrah pabila melihat anak daranya pengsan.


“Atok nye!” Jerit Pn Hjh Mariam cemas pula.








B.E.R.S.A.M.B.U.N.G






****************************************************





Asalamualaikum Wbt and Salam Sejahtera Ladies J






TOINK!







TOINK!







TOINK!








TOINKKKKKKKK!!!!! (Hah! Lompat tinggiiiiii. Hahaha J )








Hi ladies!





How was the story? Interesting? Best? Okay? Boringggg? Blur? Huh? Hahahaha. Heypppppp!!! Biasa tahu! Memang cerita ini agak tidak logic sedikit. Suke hati I alls ler uols! Ini cerita I alls yang punyerr. Boleh gitewww? Hahaha. J Okay! Okay! I know banyak cerita macam nikan? Tangkap khalwat, terpaksa kahwin and etc. But! Remember yach! Jalan cerita pada CED agak berlainan yer darling-darling sekalian.  Mereka terpaksa kahwin bukan kerna mereka membuat benda yang tidak elok. Tangkap khalwat yang ditekankan di sini adalah sesungguhnya di antara lelaki dan perempuan itu tidak digalakkan berdua-duaan. Kerna ianya menimbulkan wak syangka dan fitnah. Oleh itu, terjadilah kes tangkap khalwat di antara Andra dan Haykal yang dirancang oleh Amir. Ngehngehngeh! J


            Okay I know, pasti ada yang menyangka CED ni merepek and etc. Blablablabla~ Did I care? Hahaha. Ini cerita aku apa. So, suke hati I alls lah nak buat macam mana. Erk! Astagfirullah’alazim~ Jahatnya aku. Ish! Ish! Insaf sekejap L Huhuhu. Ladies, saya tekankan di sini yach. Sorry kalau anda tidak suka cerita ini. Boleh UNFOLLOW jika tidak suka dan JANGAN tinggalkan comment yang akan menjatuhkan saya yach J I speak nicely so you must treat me with the same way too J Peace yawww!


            Oh yach! Banyak yang persoalkan umur Haykal dan Andra. Sepatutnya next entry baru lah dikhabarkan umur mereka berapa. But, don’t worry. Saya akan bagitahu awal-awal yach J Haykal, umurnya 40 tahun. Perghhhh~ Tua kot! Hahaha. Tapi lelaki umur 40 tahun sekarang ni masih ada yang maintain muda dan handsome tahu! Lebih-lebih lagi yang kaya! Hahaha. Harus tahu itu J Manakala, Andra pula berumur 22 tahun J Muda kan? Itulah yang bestnya CED ni. Percintaan di antara seorang duda dan anak dara yang berbeza umurnya J Interesting kan? Kalau nak tahu bagaimana. Silalah rajin-rajin follow CED J


            Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 3 ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYAMy bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. MAAFKAN SAYA J Peace no war~  Oh yach, please take the positive side and ignore the negative side yach J Thinks smart!


           
            Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Much appreciated it babe! Please! Please! And please leave ur comment ya J Love u! ♥♥♥






SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J






Till then,








Sincerely,


34 comments:

  1. cepat sambung tau... x sabar nak tau kisah seterusnya... best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi shana
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      i will =)
      thanks yach

      Delete
    2. umur bukan penghalanh ..sbb sejak dulu ada je yg jawen umur beza mcm ni......realitinya ada......sambung lg ratu..makin best ni...

      Delete
    3. HI ana
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe btl tu wak =)
      umur bknlah phlng. kdg2 kita wonder juga apa rasanya bercinta dgn org berumur ni. ngehngehngeh! =)
      i will dear. thanks 4 ur support =)

      Delete
  2. kesian andra tapi x apa suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI baby mio
      thanks for dropping by n leave ur comment dear
      hehe kesian kan.

      Delete
  3. ratu, im waiting.. tak sabar nak baca next entry... hehehe.. Queen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Queen
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear sudi tggu =)
      hwaiting yach

      Delete
  4. Yay best. X sabar for next n3. Thanks ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fuzz
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear :)
      hwaiting ya

      Delete
  5. Hahaha..... Tak sabar nak menunggu sambungan yg seterusnya.... Mcm mana Andra "menghyperactivekan" suaminya pula....

    The story is getting more exciting.....hihihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hahaha 'menghyperactivekan' erk! hehe.
      akan di aktifkan seaktifnya setelah mereka berkahwin nnti. ngehngeh =)
      rc lucu bila bc comment awak =)

      hehe thanks dear =)

      Delete
  6. tak apelh Andra mungkin ada hikmahnya kawen muda, janji
    pakcik bertanggungjawab orgnya dan sayang pd Andra...
    padan dgn muka Amir berputih matalh kamu... nak lagi Ratu
    cpt sambung ye kalau boleh setiap hari ada n3 baru pun tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anor
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe betul tu dear =)
      kahwin muda xslh asalkan mmpu menjadi isteri dan suami yang baik,.cehhh! haha
      hahaha padan muke amir! eheh
      in shaa allah dear =)

      Delete
  7. Bestnya andra kena kahwin dgn haykal...mula2 tak suka lama2 mesti cinta kan....cik writer tq best sgt cepatlah sambung ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi eeyta
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe bestbestbest =)
      hehe betul tu dear. cintakan blh dipupuk =) cheah! hehe
      thanks dear. i will =)

      Delete
  8. bestnyer.. nk lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. H dieya
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hehe thanks dear =)
      hwaiting yach

      Delete
  9. ratu cepat sambung n3 lagi malam ni hehehe x sabar nak tunggu diorg kahwin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe sorry xdpt post n3 smlm. mlm ni yach =)
      thanks~

      Delete
  10. aduiii.. andra taknak ke bagi kat ai la haykal 2..hahahah padam muka amir ye... putih mata ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nzlyna
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahaha nakal lerrr u niiii~ hehehe =)
      haha betul tu! hehe

      Delete
  11. The story getting more interesting,hehehe...mcm mana pulak dgn ank haykal pas ne? Dia terima or not andra tu,huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe yapz. =) ini baru mukadimahnya. =) hehe
      hehe tang tu kite tgu next n3 ya =)

      Delete
  12. ADESSS...aMIR..!! padan muke ko!!! hahahahh!!!
    moga andra bhgia gn haykal...!! ^_^_^
    cpat2 sambung!! ^_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi lylea
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahaha. jahat cik lylea kite hehe
      a'ah moga andra bhgia dgn haykal =)
      okay dear

      Delete
  13. menarik.....and best....baru baca citer nie....nak n3 baru padan muka amir...nak buat jahat gan haykal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi hani
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      thanks dear =) thru~ hehe
      haha a'ah padan dgn muke engkau amir! hehe

      Delete
  14. Harap anak haykal dapat terima mak tiri nye. Beza umur anak haykal dgn andra cuma 4 tahun ek? kekekek itu dah macam pangkat akak aje tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe harap2 mcm tulah =) hhee
      a'ah. 4 tahun . pangkat kakak kan? heheeh =)

      Delete
  15. elow deAR..
    kelakarnya andra tu...mst ank si Pakcik tu jd kamceng dia nanti..hehehehe..besalah sbb dpt mak tiri yg gila2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi mbai
      thanks for dropping by and leave ur comment dear
      hahaha kelakar kan? kite time menaip pun blh senyum hehehe
      hahaha mahunya anak haykal ikut gila2 spt mak tirinya hahaha

      Delete
  16. Ceritanya menarik. Lain dari yang lain. Tak sabar nak tunggu sambungannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear
      thanks for dropping by and leave ur comment
      hehe terharu =) thanks yach
      keep support me =)
      hwaiting 4 d next n3 okay

      Delete