Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 4 August 2012

CINTA ENCIK DUDA BAB 26












CINTA ENCIK DUDA BAB 26




Duhai ibu mertuaku,
Aku bukanlah musuhmu yang akan merebut perhatian dan kasih sayang anakmu,
Akan tetapi akulah yang akan menjadi teman baikmu memberikan kasih sayang kepada anakmu,
Mencintai anakmu,
Dan menjaga anakmu,
Dan kelak pada mujahid-mujahidahku, bakal cucumu duhai ibuku…









HAYKAL tersenyum senang memandang isterinya yang masih memakai telekung itu selepas mereka solat berjemaah tadi. Wajah Andra saat ini kelihatan begitu lembut dan suci dari bahan kosmetik. Wajahnya walau tidak memakai bedak sekalipun tetap kelihatan putih dan apa yang menarik minat Haykal adalah bibir isterinya. Merah merekah walau tidak memakai gincu mahupun lip gloss. Sungguh indah sekali ciptaan-NYA. Tidak perlu bedak muka mahal. Tidak perlu gincu mahal. Hanya dengan kecantikan semula jadi Andra, isterinya itu sudah mampu untuk memikat hatinya. Kalaulah. Kalaulah saja Andra berhijab. Pasti lebih cantik. In Shaa Allah. Semoga dibukakan hati isterinya untuk menutup aurat dan berhijab.


            “Kenapa sayang?” Soal Haykal yang masih memakai baju melayu rona turquoise dan kain pelikat hairan kepada isterinya yang sedang berdiri di depan muka cermin meja solek sambil mendekatkan wajahnya ke cermin. Tubuh isterinya didekati.


            “Bibir Andra. Keringlah… Mengelupas…” Adu Andra sambil memandang ke cermin di hadapannya.  Terasa tak selesa pabila bibirnya kering dan mengelupas. Serba tak kena dirasakan. Tadipun ketika solat berjemaah subuh tadi sempat lagi dia membasahkan bibir dengan air liurnya agar tidak kering. Geli? Dah air liurnya sendiri. Apa hal! Haha.


            “Sayang kurang minum air putih rasanya.” Balas Haykal dan memandang pantulan figura isterinya di hadapan cermin meja solek mereka. Andra spontan memandang suaminya di sisi. Bibirnya dicebirkan.


            “Minumlah yang… Lebih dari 1.5 liter lagi.” Balas Andra geram dan meyiggung perut suaminya. Erk! Tak gerak engkau! Yang terasa six pack nya saja! Gila tough suaminya itu. Ayat skema! Hahahaha. Haykal di sisi tersengih. Mestilah isterinya bengang. Di rumah, Andralah yang rajin meminum air putih. Begitu jaga pemakanannya. Walau memasak pelbagai jenis dan macam lauk. Tapi Andra selalu memasak dengan cara yang sihat. Kiranya seperti menggunakan minyak sayuran dan mengelakkan masakannya dari segala lemak dan cholesterol.


            “Dah tu kenapa kering? Tapi abang tengok okay saja. Tak teruk pun. Erk! Ke sebab abang kiss jadi macam ni?” Soal Haykal nakal. Spontan Haykal tersengih pabila isterinya menjerit geram.


            “Abang! Bencilah!” Balas Andra geram dan menjeling suaminya. Boleh pula kata macam tu. Tak ada dibuatnya orang disebabkan bercium boleh keringkan bibir. Apa kes! Hahaha. Haykal tersengih. Saja menyakat isterinya yang cantik itu. Dari pandangan matanya bibir isterinya tidaklah seteruk mana keringnya. Masih seksi. Haha. Tapi, yalah. Perempuankan. Diulang. PEREMPUAN. Kaum hawa ini memang allergic bab-bab bibir kering ni. Kerna bibir adalah salah satu tarikan mereka. Tidak terkecuali isterinya itu.
           

            “Tapi abang sayang…” Bisik Haykal dan mencium pipi isterinya lembut. Tangannya dilingkarkan ke pinggang ramping isterinya. Okay! Kena mengaku. Sejak kahwin dan rapat dengan Andra. Pantang lepa sikit. Tangannya tak pandai duduk diam. Lebih-lebih lagi jika Andra berada di sisinya. Takkan nak tengok sajakan? Nak juga sentuh-sentuh. Halal apa! Isterinya juga. Erk! Ayat sedapkan hati sebenarnya. Harharhar.


            “Sayanglah sangat abang! Bibir Andra mengelupas ni…” Balas Andra dan mengeluh. Bibirnya dicebirkan ke depan. Uish! Lama-lama macam ni memang dia jadi Angelina Jolie lah gamaknya. Haha.


            “Tengok sini…” Haykal menarik lembut tubuh isterinya agar berhadapan dengannya. Andra hanya menurut dan memandang suaminya. Wajah kacak suaminya yang sedang merenung bibirnya itu dipandang. Tersenyum kecil Andra di dalam hati. Kelihatan khusyuk sekali suaminya merenung bibirnya. Siap disentuh pula tu.


            “Tak teruk sangat ni…” Komen Haykal sambil menilik bibir isterinya. Aduhai. Kering ke. Merekah ke. Mengelupas ke. Apa-apa pun bibir isterinya itu benar-benar seksi. Terasa ingin dicium dan digigit saja. Namun, disabarkan hatinya dek pemikiran tidak cukup bulannya itu. Hahaha.


            “Eh. Janganlah kupaskan. Nanti berdarahlah…” Tegur Haykal kurang senang di saat tangan isterinya gatal-gatal ingin mengupaskan bibirnya yang mengering itu. Ditarik lembut kedua-dua tangan isterinya dan dipegang. Andra mengeluh.


            “Tak selesalah bang…” Adu Andra dan mengembungkan kedua-dua pipinya. Haykal tersenyum dan mengosok lembut ubun-ubun isterinya yang masih memakai telekung itu.


            “Mari sini…” Haykal menarik tangan isterinya lembut menuju ke sofa kulit berangkai tiga berona putih yang terdapat di dalam kamar beradu mereka. Didudukkan tubuh isterinya di sisi.


            “Sayang tunggu sini sekejap and please jangan sentuh bibir tu.” Pesan Haykal pada isterinya sebelum berlalu memasuki bilik air. Andra pula hanya menaikkan kedua-dua bahunya tanda tidak faham dengan apa yang suaminya ingin lakukan. Jemarinya kembali menyentuh bibirnya yang kering tadi.


            “Sayang!” Jerit Haykal dari dalam bilik air.


            “Ops! Hehe.” Tersengih Andra pabila suaminya menjerit dari dalam bilik air. Tahu sangat yang dirinya amat nakal. Tak makan saman orang kata. Apa yang dilarang oleh suaminya. Itulah juga yang akan dilakukan olehnya. Hahaha. Memang isteri yang nakal!


            Haykal pada yang sama berada di dalam bilik air mengelengkan kepalanya. Tahu sangat dengan sikap nakal isterinya itu. Tubuhnya dibawa dekat pada sebuah almari kecil yang terdapat di dalam bilik air. Almari kecil yang menyimpan segala tuala-tuala mereka. Dari sekecil tapak tangan sehinggalah ke sebesar permaidani. Haha. Okay tipu! Hekhekhek.


            Tuala kecil rona putih diambil dan dibawa dekat pada rain shower. Diputarkan ke panas sedikit sebelum mengenakan tuala putih tadi ke rain shower tersebut. Kiranya suam-suamlah tuala tersebut nanti. Nak turun satu hal. Baik kerjakan rain shower saja. Hahaha.


            Setelah membasahkan tuala tadi, Haykal kembali menapak masuk ke dalam kamar beradu mereka. Isterinya masih duduk di atas sofa. Akan tetapi, sedang sibuk mengerjakan IPAD nya. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya. Jangankan isterinya. Aira juga seperti itu jika tiada kerjanya. Orang muda memang begitu agaknya. Menghabiskan masa dengan bermain Facebook dan Twitter. Cubalah mengaji ke. Apa ke. Berfaedah juga. Erk! Bukan engkau dulupun begitu ke? Siap ke kelab malam lagi. Huhuhu. Okay! Itu dulu. Masa kegelapannya.


            “Letak ni dulu.”Tegur  Haykal dan mengambil IPAD isterinya. Diletakkan di atas meja. Tercengang Andra dibuatnya.


            “Eh. Saya baru nak komen status FB achik. Abang ni kacau line lah!”Rungut Andra geram. Haykal hanya buat selamba.


            “Mana lagi penting? Komen status FB orang ke ataupun bibir awak ni?” Soal Haykal dan menaikkan keningnya. Spontan Andra mengembungkan pipinya. Tersenyum Haykal dibuatnya. Serius Andra comel pabila membuat seperti itu. Nampak chubby! Hahaha.
           

            “Errr. Bibir nilah. Nanti tak seksi! Hahaha.” Balas Andra dan tergelak. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya.


            “Masuk bakul angkat sendiri.” Sindir Haykal. Walaupun pada dasarnya dia turut merasa bibir isterinya seksi. Haha. Andra tersengih.


            “Tak apa. Kalau kita tak masukkan sendiri di dalam bakul dan angkat sendiri. Tak ada yang akan bantu kita nanti. Kita haruslah pandai berdikari.” Balas Andra nakal dan tersengih.


            “Ya Allah Swt! Main saja kerjanya.” Tegur Haykal bengang dan mencubit pipi isterinya geram. Ada sahaja yang Andra jawabkan. Siap mainkan orang pula. Tersengih Andra dibuatnya. Pipi diusap. Mana sakit! Haykal sentuh saja. Haha.


            “Sayang…” Tegur Haykal dengan suara yang sengaja ditekankan pabila isterinya masih belum menghentikan tawanya.


            “Ops! Err. Yalah! Yalah! Orang diam…” Balas Andra mengalah pabila mendengar suara serius suaminya. Kecut perut oh! Suaminya itu memang lembut bila berbual dengannya. Tapi bila dah aura singanya datang. Hurm…. Kalau boleh Andra sembunyikan mukanya ke dalam gaban. Takut gila!


            “Tahu diam. Orang risaukan dia. Dia pula main-main lagi.” Balas Haykal dan gelengkan kepalanya. Dagu isterinya ditarik lembut dekat padanya. Andra hanya menurut dan merenung wajah kacak suaminya. Baik diam. Dari Haykal mengeluarkan ceramahnya. Hurm…. Mahu pengsan dia. Haha. Erk! Pengsan? Hahaha. Teringat lagi malam di mana dia pengsan di tepi kolam renang. Siapa suruh suaminya. Cakap juga ayat keramat tu. Entah kenapa, dia memang tak boleh dengar perkataan itu. Rasa nak pitam. Dulu tak pula seperti itu. Pabila Alex mengatakan I LOVE YOU kepadanya. Dia boleh buat selamba lagi. Tapi, pabila suaminya mengatakan ayat keramat itu. Aduhai. Automatic darahnya menyerbu ke otak dan terasa pitam. Kenapa ya? Adakah penyakitnya suatu yang bahaya dan perlu di operate? Hahaha.


            Haykal meletakkan tuala yang lembap tadi ke bibir isterinya penuh kelembutan dan berhati-hati. Takut isterinya itu merasa sakit dan sebagainya. Entah kenapa, Andra baru bibirnya mengelupas. Haykal sudah risau berlebihan. Belum lagi isterinya jatuh sakit ke apa. Jatuh pengsan agaknya dia. Nauzubillah. Minta dijauhkan isterinya dari segala penyakit dan musibah.


            “Ouch!” Jerit Andra. Spontan Haykal menarik tuala tadi dan memandang isterinya cemas.


            “Andra!” Jerit Haykal geram pabila melihat isterinya tertawa terbahak-bahak. Aduhai. Boleh pula dia dikenakan. Tergelak Andra dibuatnya. Memang tabik dengan suaminya. Penyayang gila! Dia sengaja ingin menyakat Haykal. Tak sangka suaminya begitu terkejut. Kehkehkeh.


            “Sorry. Gurau jelah sayang…” Balas Andra dan tersengih. Tubuh sasa suaminya yang masih memakai baju melayu dipeluk. Aduhai. Rasa cair melihat lelaki itu memakai baju melayu. Rasa nak berkahwin saja. Erk! Kan engkau dah kahwin? Haha. Yalah. Tapi agak-agaklah. Mereka nikah express saja. Sanding juga belum. Tak dapat nak rasa bercinta dan bertunang dengan suaminya dahulu. Haha. Tapi kira okaylahkan. Kiranya mereka sudah mengelakkan kemaksiatan kiranya. Alhamdulillah. Menangislah segala syaitan-syaitan itu kerana cemburu! Hakhakhak.


            Haykal yang tercengang Andra memeluknya itu mulai tersenyum dan gelengkan kepalanya. Andra. Andra tahu bagaimana mahu mencairkan hatinya. Nak marah pun tak jadi kalau dah isteri tiba-tiba peluk. Spontan kemarahannya tadi turun ke 00.01%. Erk! Melebihlah tu!


            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut dan mengusap kepala isterinya yang tersarung telekung itu.


            “Hurm…” Jawab Andra manja. Tersenyum Haykal dibuatnya.


            “Kenapa sayang boleh ceria setiap hari? Walau sayang tengah sedih. Awak akan cuba untuk menceriakan diri awak dan orang sekeliling awak.” Soal Haykal lembut. Agak hairan sebenarnya pabila melihat Andra senantiasa kelihatan ceria. Walau saat itu isterinya sedang bersedih dan punya masalah. Dia akan tetap tertawa dan tersenyum. Cuma, apabila masalah itu begitu berat baginya dan menganggu emosinya. Andra akan berdiam dirinya. Itu yang kelihatan amat pelik. Pelik pabila Andra Tihamiey seorang yang hyperactive menjadi pendiam. Hal itu membuatkan Haykal merasa risau. Biarlah isterinya nakal dan hyperactive sekalipun. Biarlah Andra bercakap tak pandai nak berhenti sekalipun. Dia lebih senang begitu dan itu yang membuatkan Haykal terpikat dengannya.


            “Kenapa abang soal macam tu? Bosan ya dengan saya?” Soal Andra hairan dan spontan mengangkat wajahnya dari dada sasa suaminya. Memandang hairan pada sang suami. Tersentak Haykal dibuatnya. Spontan kepalanya digelengkan.


            “Hei.. Bukan itu maksud abang sayang. Tak pernah terdetik di hati ni akan bosan dengan awak. In Shaa Allah. Tetap tak akan bosan di masa akan datang dan selamanya.” Bisik Haykal lembut dan mengusap kedua-dua pipi isterinya.


            “So?” Soal Andra hairan. Haykal mengeluh.


            “Abang cuma hairan tengok awak sentiasa ceria. Okay, abang pernah nampak awak bersedih dan menangis. Tapi itu semua hanya seketika. Selepas tu awak dah ceria balik dan boleh tergelak. Most of time, awak lebih banyak ketawa dan tersenyum. Itu yang membuatkan abang hairan. Tak salahkan abang tanya yang? Maafkan abang kalau pertanyaan itu suatu yang salah. Just ignore it. Tak penting pun…” Balas Haykal dan menunduk. Dah kalau isterinya tidak mahu membincangkan hal tersebut takkan dia ingin memaksa bukan. Huhuhu.


            “Hei… Merajuk pula suami saya ni…” Pujuk Andra cepat pabila melihat wajah muram suaminya. Aduhai. Sesungguhnya, pabila suami berwajah muram. Seharusnya seorang isteri itu cepat-cepat mendekati suami dan memohon kemaafan ataupun menenangkan jiwanya. Hal ini kerna, sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya : "Isteri-isteri kalian termasuk dalam penghuni syurga yang subur dan penuh kasih sayang apabila sentiasa meminta keredaan suaminya, ketika suami sedang marah, dia datang menghampiri suami dan menghulurkan tangannya kemudian berkata: aku tidak akan tidur sebelum kamu merasa senang." HR Al-Bani


          “Sayang…” Panggil Andra lembut dan mengusap kedua-dua pipi Haykal penuh kasih. Mata suaminya direnung hingga ke menusuk ke hati suaminya.


            “Kenapa saya ceria? Ya. Saya mengaku kerna ianya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sikap hyperactive saya. Sejak kecil saya dah hyperactive dan saya dah biasa dengan keadaan macam ni. Tapi sebab yang lain juga adalah kerana saya menghargai hidup saya.  Jika saya bersedih hari ini dan kurang gembira. maka, saya akan bangun esok pagi dengan azam baru. ‘Aku ingin hari ini menjadi hari yang paling gembira dari semalam’. Maka, saya akan membuat hari ini lagi gembira dan ceria dari semalam. Saya tak peduli orang kata saya ni nakal ataupun sebagainya. Hidup ni cuma sekali. Kita kena hargai kehidupan kita dengan sesuatu yang menyenangkan hati kita. Asalkan, ianya tidak melanggar sisi agama. Walau macam mana sekalipun,kita kena ceria dan senyum kerna ianya sangat membantu untuk merehatkan minda dan menenangkan kepala kita.” Jelas Andra panjang lebar. Dia akui kadang-kadang orang sekeliling hairan dengan sikapnya. Malahan, ketika puasa juga dia boleh terlompat sana sini. Tak ke hairan tu? Lagaknya bagaikan tidak puasa saja. Sedangkan dia sememangnya begitu. Hyperactive. Tak boleh duduk diam. Jika dia duduk diam mungkin ketika itu dia tengah sakit. Hahaha.


            Haykal terdiam dengan jawapan isterinya. Jawapan yang matang dia rasakan dan mampu membuatkan dia terdiam. Juga membuatkan dia terpikat. Terpikat dengan cara isterinya menegakkan dirinya. Haykal suka dengan cara Andra membawa dirinya. Begitu yakin sekali. Jika orang kata saya tak boleh. Isterinya pula akan kata, Saya boleh! Itu yang membuatkan Haykal kagum dengan Andra. Walau dia gadis cantik yang kelihatan ayu dan manis. Namun, dalamannya begitu kental sekali. Orang kata bagaikan singa yang memakai topeng kucing. Dalam manja ada garangnya. Kalau Andra dah mengaum. Hurm. Haykal pun boleh kecut perut!  Hahaha. Andra. Begitu susah sekali untuk marah. Tapi bila gadis itu sudah marah. Rasanya seperti bukan dirinya. Menakutkan! Haha.


            “Terima kasih sayang.” Bisik Haykal lembut dan merenung mata hazel isterinya. Berkerut dahi Andra dibuatnya.

           
            “Untuk?” Soalnya hairan. Hairan pabila Haykal tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya. Haykal tersenyum dan menarik tangan istrinya dan diletakkan ke pipinya. Terasa kehangatan jemari Andra mengalir ke pipinya.


            “Terima kasih kerana buat abang cair….” Sakat Haykal nakal dan mengenyitkan mata kanannya. Rancangnya ingin mengucapkan terima kasih kerna Andra hadir di dalam hidupnya dan menceriakan hari-harinya. Namun, entah kenapa aura nakal Andra melekat padanya. Hahaha. Seronok juga melihat Andra geram.


            “Abang!” Jerit Andra geram dan menampar lembut bahu suaminya. Cair? Hahaha. Aduhai. Naik segan dia dibuatnya. Tak pernah orang berkata sebegitu rupa dengannya. Dia pula yang cair bair dibuatnya. Hahaha. Spontan Haykal tergelak besar pabila melihat wajah geram isterinya. Serius comel! Lebih-lebih lagi isterinya itu sedang memakai telekung. Sejuk hatinya melihat.


            “Abang sayang awak…” Bisik Haykal lembut ke telinga isterinya dan menarik Andra ke dalam pelukannya di saat tawanya redah. Tersenyum bahagia Andra yang berada di dalam pelukan suaminya.


            ‘Ya Allah swt aku bersyukur kepadaMU kerana hari ini aku masih diberikan peluang untuk bernafas di duniaMU. Ya Allah swt terima kasih aku ucapkan kerna menganugerahkan suami yang baik dan membimbingku ke jalanMU.  Aku bersyukur Ya Allah swt… Ya Allah swt, Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih Ya Allah swt.’ Bisik Andra di dalam hati.










***CINTA ENCIK DUDA***










HAYKAL, Andra dan Aira yang sedang bersarapan pagi minggu itu tersentak pabila Lina mengatakan ada panggilan buat Haykal. Iphone 4s nya yang ditinggalkan di atas meja coffee di living room diberikan oleh Lina yang sedang mengemas living room tadi. Berkerut dahi Haykal dibuatnya pabila melihat nama si pemanggil.


            “Assalamualaikum wbt mummy. Morning.” Dengan lafaz bismillah Haykal menyambut panggilan dari mummynya, Puan Sri Puteri Dahlia. Spontan Andra yang sedang meminum coffee nya memandang suaminya di sisi.


            “Walaikumsalam wbt anak mummy. Morning. Sihat?” Sapa Puan Sri Puteri Dahlia mesra. Tersenyum Haykal dibuatnya. Mummynya itu memang penyayang orangnya.


            “Alhamdulillah. Sihat. Mummy?” Balas Haykal lembut. Kedengaran suara mummynya tergelak senang.


            “Mestilah sihatkan? Ada wife yang cantik dan muda. Alhamdulillah. Mummy sihat.” Balas Puan Sri Puteri Dahlia dan tergelak nakal. Erk! Terbatuk Haykal dibuatnya. Isterinya yang sedang menyuapkan roti ke mulutnya dijeling. Semacam saja kata-kata mummynya. Agak nakal! Hahaha.


            “Errr. Kenapa call my?” Soal Haykal menutup malu. Bertambah gelaklah mummynya. Dia pula hanya mampu mengetap bibir. Aduhai. Puan Sri Puteri Dahlia itu memang suka menyakatnya.


            “Mummy…” Tegur Haykal dengan suara yang sengaja ditekankan.


            “Yalah-yalah. Anak mummy ni sentap saja kerjanya. Ni nak tanya ni. Andra busy tak hari ni?” Balas Puan Sri Puteri Dahlia mengalah. Haykal mengerutkan dahinya dan memandang isterinya di sisi.


            “Err. Tak rasanya. Cuma malam nanti Kal nak bawa Andra ke majlis wedding bestfriend Kal. Kenapa my?” Soal Haykal hairan. Spontan Andra menoleh memandang suaminya di sisi pabila namanya disebut. Memang malam ini suaminya meminta dia menemani suaminya ke majlis perkahwinan salah seorang teman rapat Haykal. Aira? Mana mahunya ke majlis-majlis seperti itu. Lagi pula Haykal ingin mengambil kesempatan itu untuk membuat kejutan pada teman-temannya. Kejutan yang dirinya sudah berpunya sejak 16 tahun menduda. Hahaha.


            “Aira pula busy ke?” Soal Puan Sri Puteri Dahlia lagi. Spontan Haykal memandang anaknya di sisi.


            “Aira busy ke hari ni?” Soal Haykal pada Aira yang sedang memakan nasi lemaknya yang dibuat oleh Andra tadi. Spontan Aira mengangkat wajahnya dan memandang papanya. Kepalanya dianggukkan.


            “Aira nak keluar dengan kawan-kawan Aira. Boleh ya pa?” Jelas Aira. Haykal mengeluh dan anggukkan kepalanya. Dia percayakan Aira. Jika sekalipun Aira menipu. Ada Kurus yang ditugaskan untuk menjaga anaknya.


            “Aira busylah mum.” Jelas Haykal kepada Puan Sri Puteri Dahlia.


            “Okay then, never mind. Mummy free hari ni. So, mummy nak bawa menantu mummy dan cucu mummy dating. Since, aira busy. So mummy dan Andra jelah. Boleh ya Kal? Mummy nak spend time dengan menantu kesayangan mummy tu. Getting know each other.” Mohon Puan Sri Puteri Dahlia kepada anaknya. Begitu berharap yang anaknya memgizinkan Andra keluar dengannya. Walau Haykal anaknya. Namun, Haykal tetap suaminya Andra. Perlu meminta izin dari Haykal dulu. Haykal spontan terdiam. Nak bagi izin ke tidak? Nanti kalau tak izinkan takut mengecewakan mummynya. Plan hari ni nak spend time hujung minggunya dengan isterinya di rumah. Bermanja-manja mungkin. Hahaha. Tapi dah mummynya berkata seperti itu. Dia terpaksa turutkan juga. Lagi pula tujuan mummynya baik. Mengeratkan silaturahim di antara ibu mertua dan menantu. Namun, agak pelik juga sebenarnya. Sebelum ini mana pernah mummynya menelefon dirinya dan meminta izin untuk membawa arwah Zahlia dahulu keluar. Itulah perbezaan Andra dan arwah. Bukan membandingkan. Cuma melihat dari sudut postif saja. Bagaimana isterinya disenangi oleh orang sekelilingnya.


            “Okaylah. Kal izinkan. But please make sure; take a good care of my wife and tolong hantar wife Kal semula. Boleh?” Balas Haykal dan tersengih pabila isterinya menjelingnya. Tergelak Puan Sri Puteri Dahlia dihujung talian. Nakal sungguh anaknya itu.


            “Amboi! Mummy tahulah jaga menantu mummy. Takut sangat wife dia tinggalkan dia. Yalah-yalah. Mummy janji. Nanti around 11 am mummy ambil Andra kat rumah Kal ya. Okaylah. I’ve to go. Daddy dah panggil tu. Please send my regards and kiss to my beautiful-daughter-in-law and sweet granddaughter ya. Love you sayang. Assalamualaikum wbt.”


            “Hahaha. Siapa tak sayang wife mum. Okay-okay. Nanti Kal inform pada dia. I will mum. Love you too. Walaikumsalam wbt.” Balas Haykal dengan gelak kecil dan mematikan panggilan. Tergeleng kepalanya dibuatnya.


            “Siapa yang?” Soal Andra hairan. Kalau tak silap dek pendengaran cuping telinganya yang comel itu. rasanya suaminya berbual dengan ibu mertuanya tadi. Haykal tersenyum memandang istrinya di sisi dan spontan tubuhnya dibawa dekat pada Andra yang duduk di sisinya. Dicium kedua-dua pipi isterinya penuh kasih sehinggakan tercengang Andra dibuatnya. Aira yang melihat hanya tersengih. Entah kenapa dia suka melihat kemesraan papa dan mummynya.


            “Mummy kirim salam pada Andra dan kirimkan ciuman dia buat Andra. Abang sampaikan saja.” Balas Haykal dengan wajah innocent. Padahal di dalam dah tumbuh tanduk nakal. Haha. Kemudian kedua-dua pipi Aira pula diciumnya. Aira hanya membiarkan dengan hati yang senang. Sudah terbiasa dengan sikap penyayang papanya. Hahaha.


            “Granny kirim salam.” Jelas Haykal pada Aira pabila dia sudah duduk kembali di tempatnya.
                       

            “Walaikumsalam Wbt.” Jawab Andra dan Aira serentak.


            “Oh ya sayang, mummy call tadi sebab nak bawa awak keluar dating dengan dia. Actually with Aira too. But since Aira ada programme hari ni. So mummy nak keluar dengan awak. Lepas breakfast bersiap ya. Jam 11 am nanti mummy ambil awak.” Jelas Haykal pada isterinya dan menghirup coffeenya. Tersentak Andra dibuatnya.
           

            “Aaa… Apa? Dating dengan mummy? Berdua? Abang?” Soal Andra gugup. Berdua dengan ibu mertuanya saja? Tanpa suaminya? Errr. Seramlah pula. Haykal tersenyum dan meletakkan cawannya kembali diatas meja. Jemari runcing isterinya dipegang lembut.


            “Yes. Berdua dengan mummy. Abang akan tinggal kat rumah. Mummy nak keluar dengan awak saja.” Jelas Haykal dan tersenyum. Biarlah. Biarkan isteri dan mummynya menghabiskan masa berdua dan mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Hubungan baik diantara ibu mertua dan menantu juga perlu.


            “Erk! Takutlah sayang…” Balas Andra risau dan mengaru lehernya.


            “Don’t worrylah mummy. Granny baik tau.” Pujuk Aira lembut. Andra mengeluh .


            “Sayang janganlah risau. Mummy okay. Sporting dan penyayang. I bet mesti sayang suka dengan mummy.” Pujuk Haykal pula dan mengelus lembut jemari isterinya yang kelihatan tak senang duduk itu. Andra terdiam. Dating dengan ibu mertuanya? Err. Terbayang-bayang filem Ibu Mertuaku. Erk! Lagak engkau di zaman dahulu saja. Hahahaha.









***CINTA ENCIK DUDA***









AKU yang sedang berdiri di hadapan wardrobe mengeluh. Apa yang harus aku pakai? Takkan nak pakai dress pendek kot! Mak mertua aku tu baik punya cantik pakai tudung. Naik segan pula aku dibuatnya. Hah! susahnya…. Keluar dengan ummi taklah sesusah ini walaupun setiap kali ummi sering berleter mengenai pemakaianku. Aduhai Andra. Tak baik mengeluh. Dah lupa nasihat suami engkau? Astagfirullah’alazim. Mengucap aku dibuatnya.


            Jari telunjukku aku ketukkan ke dagu. Tengah berfikir ingin memakai apa. Takut nanti pakaianku tidak sopan dan membuatkan ibu mertuaku kurang senang. Orang kata, ibu mertua ni pehel dia lain sikit. Sebiji macam mak kita sendiri. Cuma mereka lebih strict. Mereka akan menilai diri kita selagi kita bergelar menantu mereka. Betul ke? Aku sendiri tak ada jawapannya kerana aku baru sekali berkahwin dan In Shaa Allah akan sekali ni jelah. Hahaha. Kalau boleh aku nak perkahwinan ni kekal hingga ke akhir hayat kami. Hingga ke anak-anak dan cucu-cucu. Amin~ Amboi! Banyak sungguh anak-anak dan cucu-cucu ya Andra. Ahaks! Suka hati akulah! Kalau rezeki apa salahnyakan? Erk! Jauh sungguh aku berangan. Spontan kepalaku diketuk. ‘Sentuh’ juga belum. Nak fikir anak bagai. Haila! Kasihan laki aku! Haha.


            “Hah! Ini sajalah. Okay apa. Sopan gitew!” Aku mengambil blouse rona kuning dan dipadankan dengan skinny jeans rona putih. Sopan kan? Kan? Kan? Erk!


            Blouse dan seluar jeans tadi aku ambil dan berdiri di hadapan cermin besar yang terdapat di dalam wardrobe. Dipadankan ke tubuhku. Hurm. Okaylah kot rasanya. Okaylah ni. huhu. Rasa tak sure saja. Tapi kena yakin juga. Ya. Harus! Kalau ibu mertua aku tak berkenan ke apa. Kita cuba lagi next time. Cuba perbaiki pemakaian tu. Hehe. Bijak tak aku?









***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL tersenyum memandang isterinya yang sedang memakai rantainya di hadapan cermin. Hurm. Dressing isterinya hari ini kira lepaslah juga. Walaupun ketat semacam but at least pakaian Andra agak sopan. Dari isterinya memakai dress dan skirt. Mahu dia pengsan pabila ada yang fikir isterinya itu cucu mummynya! Hahaha.


            “Cantiknya dia…” Puji Haykal dan memeluk tubuh isterinya dari belakang. Tergelak manja Andra dibuatnya. Suaminya dipandang melalui figura suaminya di hadapan cermin.


            “Isteri siapa?” Soal Andra nakal dan menaikkan kening kanannya. Spontan Haykal tergelak kecil.


            “Isteri Megat Haykal.” Balas Haykal dan mengenyitkan matanya nakal. Tergelak Andra dibuatnya.


            “Tahu tak apa!” Balas Andra dan tersengih. Subangnya pula dipakai. Haykal hanya memerhati saja. Wajah cantik isterinya dipandang. Siapa sangkakan? Siapa sangka yang dia akan memiliki Andra. Gadis yang muda dan cantik. Beruntung sekali dirasakan. Tak pernah terfikir setelah menduda 16 tahun lamanya dia akan berkahwin lagi dan yang membuatkan lagi tak percaya pabila isterinya seorang gadis yang muda 18 tahun darinya! Gilakan? Tapi itulah orang kata jodoh. Jodoh dari Allah Swt yang diberikan buatnya. Alhamdulillah. Dia masih diberikan peluang untuk merasa bahagia dan perbaiki diri melalaui kehancuran perkahwinannya sebelum ini.


            “Kenapa ni? Tak nak lepaskan saya pergi ke?” Soal Andra hairan pabila melihat suaminya hanya mendiamkan diri dan merenungnya. Kening Andra dinaikkan pabila Haykal mulai tersedar dari lamunannya. Spontan Haykal memberikan senyuman manis dan gelengkan kepalanya.


            “Tak adalah sayang. Abang cuma terpukau tengok wajah cantik awak. Bibir dah okay?” Balas Haykal menutup malunya. Bibir isterinya dipandang.


            “Alhamdulillah. Dah okay dah. I think gincu yang baru Andra beli tu tak sesuai dengan Andra agaknya. Sebab tulah bibir mengering. Thanks sayang sebab bantu saya tadi.” Balas Andra dan tersenyum manis. Pipi suaminya dikucup penuh kasih. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya. Perubahan Andra. Mulai bermanja dengannya tanpa Haykal paksa. Alhamdulillah.


            “Most welcome sayang. Tulah. Next time janganlah guna produk kosmetik yang belum pasti baiknya. Bibir sayang tanpa gincu pun dah cantik dah. Dah mampu buat abang cair…” Balas Haykal dan tersengih nakal. Spontan Andra menjeling suaminya. Tu dia! Mood bermanja Datuk Megat Haykal dah datang dah.


            “Jangan nak cair sangatlah abang. Andra nak dating dengan mummy ni. Jangan nak goda-goda Andra.” Balas Andra kepada suaminya dan melepaskan tubuhnya dari pelukan suaminya. Haykal hanya tersenyum dan memandang isterinya yang mengambil Prada Saffiano Lux Tote rona hitamnya yang diletakkan di atas meja coffee.


            “I’m not! But tak tahulah kalau awak tergoda dengan godaan abang…” Balas haykal selamba dan berpeluk tubuh. Keningnya dinaikkan. Spontan andra menoleh memandang suaminya.


            “Ewwwhhh! Tolong sikit!” Balas Andra dan mencebirkan bibirnya. Tergoda? Yalah sangat! Erk! Ke engkau memang dah tergoda? Hahaha. Tergelak kecil Haykal dibuatnya. Kata tak tergoda. Tapi wajah isterinya kemerahan menahan malu! Haha. Aduhai. Terasa tak nak lepaskan isterinya pergi pabila melihat isterinya kelihatan cantik hari ni. Memang setiap hari cantik. Tapi hari ni tiba-tiba warna kuning menaikkan seri isterinya. Haha.


            “Yang… Duduk sini sekejap.” Panggil Haykal dan duduk di atas single sofa. Dipanggil isterinya untuk duduk di ribanya. Tercengang Andra dibuatnya. Wajah kacak suaminya dipandang hairan.


            “Saya?” Soal Andra dan menunjukkan jari telunjukn ke dadanya. Haykal menganggukkan kepalanya.


            “Duduk di riba… Awak?” Soal Andra kembali dan menunjukkan riba Haykal. Haykal tersenyum dan angukkan kepalanya. Tangan kanannya dihulurkan.


            “Kenapa? Takut nanti tergoda dengan abang?” Duga Haykal dan menaikkan kening kanannya. Spontan Andra gelengkan kepalanya.


            “Taklah!” Jawabnya cepat. Erk! Tergoda? Err. Yalah kot… Haha. Haykal tersenyum.


            “So kalau tak tergoda. Come. Duduk sini.” Balas Haykal dan tetap menghulurkan tangannya. Andra mengeluh dan mengigit bibirnya. Perlahan-lahan tubuhnya dibawa dekat pada suaminya yang segak memakai t-shirt berkoler rona hitam dan jeans hitamnya. Disambut huluran tangan suaminya dan sekejap cuma tubuhnya sudah berada di riba Haykal. Dilingkarkan tangannya ke leher suaminya. Terasa kerdil berada di sisi Haykal. Dia kecil saja orangnya sedangkan suaminya berbadan sasa. Lagak dia tengah duduk di riba Santa Clause saja! Kahkahkah.


            “Erk! Apa ni?” Soal Andra hairan pabila suaminya menghulurkan sebuah sampul kecil rona putih dan sekeping kad rona silver.


            “Untuk sayang. Gunakan dengan sebaiknya. Okay?” Balas Haykal dan tersenyum. Andra mengerutkan dahi dan membuka sampul tadi. Erk!


            “Banyaknya duit? Buat apa?” Soal Andra hairan pabila melihat banyak not Rm100 di dalam sampul tersebut. Haykal tersenyum.


            “Sayang gunalah. Buatlah apa yang patut dengan duit dan kad ni. Abang tak kisah.” Balas Haykal. Sudah tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isterinya. Tak kisahlah berapa dia laburkan dan berikan pada Andra. Yang penting isterinya gembira dan dia senang hati. Harta duniawi tidak kekal. Bila-bila masa boleh ditarik. Namun, isterinya? Tiada galang gantinya. Andra pula spontan terdiam. Agak tersentak diberikan wang yang banyak dan kad kredit.


            “Tapi ni terlalu banyaklah abang. Lagipun elaun Andra yang abang bagi masih banyak lagi dan kad kredit abang bagi Andra pun Andra belum gunakan.” Balas Andra hairan. Haykal tersenyum dan membelai pipi isterinya.


            “Isteriku Andra… Dengar ni. Wajib bagi seorang suami memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah swt (bermaksud);

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan" (Surah at-Thalaq, ayat 7).” Jelas Haykal lembut dan jelas. Agar isterinya faham akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.


            “Di dalam hadis yang menceritakan Hindun iaitu isteri kepada Abu Sufyan yang mengadu kepada Rasulullah saw tentang suaminya yang kedekut  kerana tidak memberikan belanja yang mencukupi untuk isteri dan anaknya, Rasulullah saw berkata kepada Hindun;

"Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya"

Hadis ini menunjukkan bahawa keperluan isteri juga diambil kira dalam kewajipan memberi nafkah kerana Nabi menyebutkan "ambillah kadar yang mencukupi". Kecualilah jika suami miskin, maka ia dituntut memberi nafkah mengikut kemampuannya dan isteri hendaklah redha dengan keadaan suami dan berpada dengan apa yang diberikan. Di dalam kes kita, abang mampu untuk memberikan nafkah kepada sayang dan kemewahan kepada sayang. Harta duniawi yang. Hanya sementara saja. Asalkan, sayang gunakan nafkah yang abang berikan ke jalan yang benar. Jangan laburkan kepada sesuatu yang tidak baik. Itu yang abang tak nak.” Sambung Haykal dan gelengkan kepalanya. Pantang baginya jika Aira dan Andra membazirkan duit ke arah yang tidak baik. Walau dia tidak kisah menghabiskan wang ringgit untuk kedua-duanya. Namun, dia juga ingin mendidik kedua-duanya agar tidak boros dan menganggap duit itu bagaikan daun pokok yang yang senang diambil bila diperlukan. Padahal, segala kemewahan yang dia milik saat ini adalah dari hasil titik peluhnya sendiri. Dia bermula dari bawah tanpa bantuan daddynya. Siapa dia kini adalah kerana dia sendiri. Megat Haykal. Bukan kerna dia adalah anak kepada Tan Sri Megat Halim yang terkenal dengan title orang terkaya di Negara dan businessman terkenal. Sejak kecil dia dididik dengan cara yang strict. Jika inginkan sesuatu berkerja keraslah untuk mendapatkannya oleh Tan Sri Megat Halim. Walaupun pada dasarnya, mummynya Puan Sri Puteri Dahlia sering memanjakannya dengan wang ringgit dan kemewahan. Jika daddynya kata tidak maka mummynya akan kata ya.


Andra yang berada di riba suaminya terdiam. Terdiam mendengar hujah suaminya. Boleh tak kalau dia mengatakan yang suaminya itu lelaki idamannya? Lelaki yang membawanya ke Jannah-NYA. Lelaki yang akan membawanya ke syurga. Mungkin agak keterlaluan. Namun, itulah yang dia rasakan saat ini. Lihat saja cara Megat Haykal mendidiknya. Begitu menusuk ke sanubari sehinggakan dia tersedar sendiri. Jika saja Haykal ini ustaznya ketika di sekolah dahulu. Mahu A+ mata pelajaran Pendidikan Islamnya! Walaupun pada dasarnya dia hanya mendapat A- saja. Lebih-lebih Haykal seorang yang kacak. Mahu mata pelajaran Pendidikan Islam itu adalah mata pelajaran kegemarannya. Hahaha.


“Imam Syafiie yang menetapkan; jika suami kaya; ia hendaklah memberikan 2 cupak sehari untuk makanan isterinya, suami sederhana; 1 1/2 cupak dan suami miskin; 1 cupak. Adapun jumhur (majoriti) ulamak, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, akan tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri. Kemampuan suami boleh berubah, begitu juga keperluan isteri. Pada ketika suami melihat keadaanya lebih senang, ia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih. Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya. Di dalam al-Quran, Allah amat menekan para suami agar melayani isteri dengan baik untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Firman Allah (bermaksud);

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik" (Surah an-Nisa', ayat 19).

Tak apalah sayang. Ini hak sayang. Kalau tak nak guna. Simpan. Mana tahu nanti ada emergency ke.bolehlah sayang guna. Abang sure mesti mummy akan bawa sayang shopping punya. I bet, sayang mesti terikut dengan shopaholic mummy sebab mummy tu kalau shopping boleh tahan.” Balas Haykal dan tergelak kecil pabila teringatkan mummynya. Tersenyum Andra dibuatnya.

            
             “Hohoho. Mengumpat mummy!” Balas Andra pada suaminya dan mengoyangkan tangannya ke depan dan ke belakang. Tersengih Haykal dibuatnya.


            “Tak adalah. Abang cakap benda yang betul saja. Berdosa mengumpat ibu sendiri.” Balas Haykal dan tersenyum. Rambut isterinya dibelai penuh kasih. Wangi. Hahaha.


            “Mummy! Eh! Ops! Sorry…” Serentak itu Aira menapak masuk ke dalam kamar beradu mummy dan papanya tersentak melihat mummy dan papanya sedang bermesra. Boleh pula mummynya duduk diriba papanyakan? Haha. Aduhai. Nampak sweet sangat sampaikan Aira sendiri terasa ingin berkahwin pabila melihat kemesraan mummy dan papanya itu. Tersengih Aira dibuatnya.


            “Eh… Aira. masuklah. Tak apa.” Balas Andra gugup dan spontan berdiri dari riba suaminya. Haykal pula spontan membetulkan bajunya. Aduhai. Entah kenapa, setiap kali dia dan isterinya sedang bermesra passti ada saja yang menganggu. Bukan sekali berlaku. Namun, berkali-kali. Hahaha.


            “Hehehe. Sorry Aira menganggu…” Balas Aira serba salah pabila melihat wajah memerah mummy dan papanya. Andra tersenyum nipis. Malu oi anak sendiri tangkap mereka sedang bermesra. Hehe.


            “It’s okay sayang. Kenapa panggil mummy?” Balas Haykal dan tersenyum. Keningnya dinaikkan. Rasanya tak salah memperlihatkan Aira kemesraan di antara Andra dengan dirinya. Dia ingin Aira biasa akan keadaan isterinya dan dirinya. Selama ini Aira tidak terdedah dengan kemesraan ibu dan bapanya. Jadi apa salahnya dia memperlihatkan kemesraannya dengan Andra kepada Aira. Sebagai panduan kepada Aira bahwa perkahwinan itu suatu yang indah. Menghalalkan sesuatu hubungan. Secara langsung memperlihatkan pada Aira akan kemanisan bercinta selepas berkahwin. Dapat mengelakkan diri dari maksiat.


            “Errr. Granny dah ada kat bawah dan tengah tunggu mummy tu.” Jelas Aira dan mengaru kepalanya. Bibirnya sejak tadi tak sudah-sudah tersengih. Entah kenapa, dia boleh tersengih sebegitu. Yang dia tahu dia senang melihat kemesraan kedua-duanya. Haha.


            “Err. Ye ke sayang? Aduhai… Kecut perut mummy dibuatnya…” Balas Andra dan memegang perutnya. Tak tentu arah dia dibuatnya. Tergelak Haykal dan Aira dibuatnya. Tubuhnya dibawa diri dan mendekati isterinya. Kedua-dua bahu Andra dipegang.


            “Isteriku Andra. Relaks okay. Mummy tak makan oranglah. Dia baik. jom turun.” Pujuk Haykal lembut dan menarik tangan isterinya turun ke bawah. Sempat tangan Aira ditarik. Beriringanlah mereka bertiga turun ke bawah. Tersenyum lebar Aira dibuatnya. Terasa lengkap hidupnya kini mempunyai ibu dan bapa….









***CINTA ENCIK DUDA***









OKAY, serius! Aku ingatkan keluar bersama ibu mertua sesuatu yang menakutkan dan membosankan. Tapi aku salah! Percayalah, meluangkan masa bersama ibu mertua adalah sesuatu yang amat seronok okay. Ibu mertuaku seorang yang peramah dan sporting orangnya. Mudah membiasakan diri dengan aku yang hyperactive ni. Sampaikan dia sendiri terikut hyperactive sama dengan aku! Hahaha. Betul kata suamiku. Mummy seorang yang baik. Teramat baik… Alhamdulillah. Sering kali aku dijajah dengan cerita yang mengatakan ibu mertua seorang yang sukar bertoleransi dan sebulu dengan menantu. Namun, rupanya semua cerita-cerita itu hanyalah dongeng semata-mata. Lihat saja ibu mertuaku dan aku harap kami akan kekal mesra sebegini. In Shaa Allah.


            “Yang ini cantik tak sayang?” Soal Mummy kepadaku. Spontan aku memandangnya di sisi yang sedang memegang seutas gelang tangan emas yang berbuahkan 6 bentuk hati kecil dan satu bentuk hati besar. Cantik. Memang cantik. Lihat saja diamond yang menghiasi gelang tersebut.


            “Cantik mummy.” Jawabku jujur dan tersenyum. Mummy turut tersenyum memandangku dan menarik tanganku lembut. Dipakaikan gelang tangan tersebut ke tangan kananku. Tercengang aku dibuatnya.


            “Eh! Mummy…” Soalku hairan. Mummy tersenyum dan memandang gelang tangan yang sudah terpakai di pergelangan tanganku.


            “Cantik sayang. Sesuai denagn warna kulit Andra. Cantik tak menantu saya pakai?” Soal Mummy kepada pengurus kedai emas terkemuka itu. Namanya Steven. Steven tersenyum dan anggukkan kepalanya.


            “Banyak cantik puan sri. Sesuai dengan datin yang muda ni.” Balas Steven dengan mulut manisnya. Tercebik aku di dalam hati. Orang berniagakan? Tak cantik pun dia tetap akan kata cantik punya. Mummy tersenyum lebar.


            “Mummy hadiahkan gelang tangan emas yang tak seberapa ni buat menantu mummy ni. Mummy harap Andra terima ya? Mummy ikhlas. Hadiah sempena temankan mummy hari ni. Since, Andra dan Haykal berkahwin kita belum pernah luangkan masa bersama dan mummy belum berikan hadiah perkahwinna buat kamu berdua. But don’t worry. Hadiah perkahwinan kamu berdua nanti mummy berikan ketika majlis resepsi kamu berdua nanti.” Balas mummy kepadaku lembut. Dipegang tanganku penuh kasih. Tercengang aku dibuatnya. Hanya temankan ibu mertuaku keluar hari ni aku dihadiahkan gelang tangan emas? Err. Biar betul mummy ni.


            “Tapi Andra ikhlas temankan mummy.” Jawabku jujur. Tersenyum mummy dibuatnya. Dielus lembut jemariku.


            “Sayang. Jangan salah sangka dengan apa yang mummy kata. Mummy tahu Andra ikhlas. Cuma mummy nak berikan hadiah buat Andra hari ni. Bolehkan sayang?” Balas mummy. Tersenyum aku dibuatnya. Bukan kerna hadiah. Jauh sekali habuan yang dia berikan. Akan tetapi kerana kata-katanya. Begitu ikhlas sekali. Perlahan-lahan kepalaku dianggukkan.


            “Thanks mummy.” Ucapku dan mencium pipinya mesra. Tergelak manja mummy dibuatku. Pipiku juga turut diciumnya. Steven yang melihat kami juga turut tersenyum senang.


            “Most welcome sayang. So, saya akan ambil ini, ini dan ini.” Balas mummy dan menujukkan tiga utas gelang emas yang berada di atas meja. Kata Steven gelang-gelang tangan ini adalah keluaran terbaru. Kiranya hot stuff lah dan ianya agak terhad. Ketiga-tiga gelang emas tadi adalah untuku, Aira dan mummy. Kami punya gelang tangan yang sama. Cuma berlainan corak sedikit. Aku bercorak hati, Aira pula bercorak bintang dan mummy bercorak bulan. Sweet ibu mertuaku ini. Entah kenapa arwah Zahlia mensia-siakan ibu mertua sebaiknya? Astagfirullah’alazim. Sekali lagi aku mempersoalkan diri arwah.


            “Eh! Puan Sri!” Spontan aku dan mummy yang sedang duduk menoleh memandnag gerangan yang menyapa mummy tadi. Sejurus kami menoleh mummy memberikan senyuman kepada seorang wanita yang agak berisi dan berselendang. Berbeda dengan ibu mertuaku yang kurus, tinggi dan bertudung litup.


            “Eh Datin!” Sapa mummy pula dan mereka saling berpelukan dan berbalas lagaan pipi. Erk! Begini ke kalau mak-mak datin dan puan-puan sri berjumpa? Begitukah aku nanti? Since aku kan Datin. Erk! Kenapa pula aku sesakkan kepala aku dengan benda-benda seperti ini? Jadi diri sendiri sudah! Haha. Hei Andra! Hah! kan bagus tu! Chill sudah! Hahaha.


            “Tak sangka berjumpa dengan Puan Sri dekat sini. Tahu-tahu saja ada barang kemas baru yang dikeluarkan.” Balas Datin tadi. Tersenyum mummy dibuatnya.


            “You macam tak kenal I Datin. Pantang ada hot stuff saja mesti I serbu punya.” Balas mummy dan menepuk lembut bahu Datin tadi. Tersengih aku dibatnya. Seronok sungguh menjadi orang kaya ya? Ada saja barang kemas yang baru di pasaran. Terus disambar.


            “I memang dah agak dah. I dah kata, mesti Puan Sri Puteri Dahlia dah serbu dulu ni. That’s why I ikut sekali. Haha.” Balas Datin tadi dan tergelak.


            “Eh! Ini siapa Puan Sri? Cucu ke? Anak Datuk Megat Haykal?” Soal Datin tadi hairan kepada mummy pabila melihatku yang duduk. Spontan mummy berpaling memandangku dan tersenyum. Tanganku ditariknya lembut agar berdiri dan dekat padanya. Aku hanya mengikut dan meletakkan handbag yang berada di ribaku tadi ke atas meja. Cucu? Haha. Ni kalau laki aku dengar mahu dia melatah. Haha.


            “Kenalkan Datin, Andra Tihamiey, menantu I. Sayang kenalkan ini Datin Sarah.” Mummy memperkenalkan kami berdua. Oh Datin Sarah. Cantik juga orangnya walaupun agak berisi. Berisi ya. Bukan gemuk. Aku memberikan senyuman manis padanya dna menyalam tangannya penuh hormat. Agak tercengang pabila aku ditarik dan dipeluknya serta pipi kami dilagakan. Erk! Cara mereka ke?


            “Oh My, did you mean wife Datuk Megat Haykal? Anak you?” Soal Datin Sarah tidak percaya setelah pelukan kami terungkai. Aku kembali berada di sisi mummy dan mummy memeluk pinggangku mesra. Kepalanya dianggukkan.


            “Yes dear. Siapa  lagi anak I? Satu tu jelah anak I.” Balas mummy dan tergelak kecil. Aku juga begitu. Ya. Suamiku itu adalah anak tunggal. Berbeda denganku yang mempunyai adik-beradik yang ramai.


            “Oh my god Puan Sri. She’s too young! Berapa umurnya?” Balas Datin Sarah tak percaya dan menutup mulutnya yang terlopong. Erk! Tua sangat ke laki aku? Huhu. Tak apa. Yang penting hati dia. Chewah! Lagak isteri mithali! Haha.


            “Jodoh Datin. Baru 22 tahun. Nak hampir sama dengan cucu I tu. Tapi jangan pandang pada luaran dan umurnya saja. Dia mampu menjadi isteri yang baik tau. Rajin memasak. Anak I tu dah mengadu yang beratnya bertambah sejak kahwin. Hasil berkat jagaan menantu I lah. Cucu I Puteri Hairana tu pun suka.” Balas mummy dan memberikan senyuman kepadaku. Tersenyum aku dibuatnya. Indahnya dunia pabila dipuji oleh metua sendiri. Bukan kerna ingin mengada-gada ataupun sebagainya. Cuma ianya kenyataan. Lain perasaannya pabila ibu mertua kita menyukai diri kita. Terasa kitalah menantunya yang paling baik di dunia. Haha. Melebih!


            “Err. Betul juga tu Puan Sri. Jodohkan. Mana boleh kita tolak. Alhamdulillah. Akhirnya Datuk Megat Haykal mendirikan rumah tangga juga. Since arwah meninggal. Dia seorang yang menjaga anak perempuannya itu.” Balas Datin Sarah dan mengelengkan kepalanya. Tersenyum kelat aku dibuatnya. Bukan setahun dua tahun suamiku menduda. Namun, 16 tahun! Kadang-kadang aku terfikir. Tidakkah dia rindukan belain seorang isteri dan memansang impian untuk  bahagia?


            “Alhamdulillah. In Shaa Allah. Menantu I ni mampu membahagiakan Haykal.” Balas mummy dan mencium pipiku mesra. Tersenyum senang aku dibuanya. Pinggangnya turut ku peluk mesra.


            “Eh! Kalau macam tu Andra ni Datinlahkan? So why not masukkan dia ke club kita?” Soal Datin Sarah tiba-tiba. Tercengang aku dibuatnya. Club? Club apa? Clubbing ke? Aish! Merepek aku! Dah tua kot. Hurm. Agak-agak poco-poco rasanya. Hekhekhek.


            “Ya Datin Andra. Eh! Tak apalah Datin. Menantu I ni manalah minat tu semua. Lagipun my son tu mana mahunya wife dia ikut mana-mana club  mahupun persatuan. Kalau boleh berada di rumah dan berada di sisi dia.” Bela mummy. Berkerut dahiku dibuatnya. Kelab apa?









***CINTA ENCIK DUDA***









AIRA, Melly dan Atif yang sedang duduk minum di  coffee café shopping complex tersebut tersentak pabila melihat Faiz Akmal yang baru menapak masuk ke dalam café dengan seorang lelaki. Terbatuk Aira dibuatnya. Hatinya tiba-tiba berasa berdebar-debar pabila melihat wajah kacak yang selalu berada diingatannya itu.


            “Hei! Abang Faizlah!” Kata Melly teruja. Tersedak Atif dibuatnya.


            “Wei! Engkau ni bagaikan baru dapat emas saja!” Balas Atif kurang senang. Tahulah Faiz Akmal itu kacak. Tapi tak payahlah buat muka excited bagaikan baru mendapat hadiah berjuta-juta ringgit.


            “Make-Up aku okay tak?” Soal Aira cemas dan memandang kedua-dua temannya. Tergelak Melly dan Atiff dibuatnya.


            “Aduhai Puteriku Hairana. Engkau kalau tak make-up sekalipun confirm cantik punya. Anak Datuk Megat Haykal gitu!” Balas Atiff  dan geelngkan kepalanya. Berkerut dahi Aira dibuatnya.


            “Apa kena mengena dengan papa aku ni? Tak faham aku!”Soal Aira hairan. Spontan Melly dan Atiff menepuk dahi mereka.


            “Aduhai Puteriku Hairana. Dah papa engkau tu kacak sangat! Mestilah engkau pun cantik. Tengok benihnya dari siapa. Apa dah!” Balas Melly geram. Tersengih Aira dibuatnya. Yalah kot. Papanya memang kacak. Cuma arwah mamanya…. Er.. Entah! Aira sendiri tak ambil pusing.dan yang dia tahu mamanya sudah meninggal dunia. Tak sempat nak merasa kasih sayang seorang ibu. Kamar yang pernah diduduki mamanya juga mungkin berapa kali saja dijejakinya. Itupun dikala dia rindukan belaian seorang ibu. Namun, kini? Dia begitu teruja dengan kehadiran mummynya. Mengembirakan dirinya. Terasa kasih sayang seorang ibu disalurkan oleh Andra kepadnaya.


            “Hi Abang Faiz!” Sapa Atiff kepada Faiz Akmal yang kebetulan lalu meja yang diduduki mereka. Spontan Faiz Akmal berhenti melangkah dan menoleh memandang mereka bertiga.


            “Err. Hi.” Balas Faiz Akmal hairan. Sepupunya Khalid juga turut berhenti melangkah. Ketiga-tiga gadis yang menegurnya tadi dipandang. Namun, matanya terhenti pada wajah comel Aira. Spontan dia mengerutkan dahi.


            “Aira kan?” Soal Faiz Akmal. Spontan Aira mengangkat wajahnya. Agak teruija pabila Faiz Akmal mengenalinya. Spontan Melly dan Atiff tersenyum lebar. Nampaknya Faiz Akmal sudah mulai terpikat dengan Aira.


            “Ya saya. Tak sangka Abang Faiz kenal Aira lagi.” Balas Aira malu-malu. Tersenyum Faiz Akmal dibuatnya.


            “Of course saya kenal.cousin Amiey kan? Amiey mana?” Balas Faiz Akmal dan memandang sekeliling café. Mencari-cari gerangan gadis yang menjadi igauannya itu. Spontan Aira, Melly dan Atiff tersentak. Aira pula bagaikan  merasa yang bunga-bunga yang kian mekar tadi mulai layu.


            “Errr. Mummy? Eh. Amiey? Hurm. Dia tak ada.” Balas Aira gagap. Bibirnya disentuh. Boleh pula dia tersasul. Faiz Akmal mengeluh hampa. Ingatkan hari ni bolehlah berjumpa dengan gadis pujaannya itu.


            “Oh ye ke? Hurm. Tak apalah. Abang pergi dulu ya. Bye.” Balas Faiz Akmal hampa dan tersenyum kelat. Bahu Khalid dipeluk dan menarik Khalid menuju ke meja yang jauh sedikit.


            “Byeee….” Jawab Aira hampa dan menyembamkan wajahnya ke meja. Melly dan Atiff pula saling berpandangan.


            “Err. Relaksla babe. Kumbang bukan seekor kot.” Pujuk Atiff dan mengusap bahu Aira. Tahu bahwa Aira sukakan Faiz Akmal.


            “Aku tahu. Tapi hati aku ni nak kumbang yang tu juga.” Balas Aira sedih. Melly mengeluh.


            “Dah tu engkau nak buat apa? Kau sendiri dengar bukan? Dia cari Kak Andra. Sepupu engkau tu. Nampak sangat yag dia sukakan Kak Andra yang cantik lagi vogue tu. Entah-entah mereka dua ada hubungan tak?” Sampuk Melly dan spontan Atiff menyigung pinggangnya geram.


            “Ish! Kau ni Mel!” Tegur Atiff kurang senang. Melly mengangkat kepalanya tidak faham. Atiff pula menujukkan  jari telunjuk ke bibirnya agar Melly diam. Mencebir bibir Melly dibuatnya. Aira mengeluh.


            “Tak. Mereka dua tak ada hubunganlah. Kak Andra tu tak boleh ada hubungan dengan orang lain…” Balas Aira perlahan. Berkerut dahi Melly dan Atiff dibuatnya.


            “Erk! Kenapa pula? Macam mana engkau tahu?” Soal Melly hairan.


            “Aku tahulah! Sebab dia tu… Err. Dia tu.. Err..” Balas Aira geram dan mengangkat wajahnya. Namun, seketika bicaranya terhenti pabila teringatkan janjinya pada Andra. Spontan dia serba tak kena dengan pandangan curiga Melly dan Atiff.


            “Dia tu apa?” Soal Atiff dan Melly serentak. Aira mengaru lehernya.


            “Err. Dia tukan cousin aku. Hah! Cousin . Aku tahulah! Dia tu dah ada teman hidup. Tak available dah.” Bohong  Aira. Spontan Melly dan Atiff saling berpandangan.


            “Ye ke? Mesti handsome kan? Since Kak Andra tu cantik.” Soal Atiff teruja.


            “Mestilah handsome. Papa aku!” Balas Aira perlahan dan memandang ke arah lain.


            “Hah? Apa kau cakap?” Soal Melly hairan.


            “Arh? Errr. Tak ada. A’ah. Tak ada.” Balas Aira gugup. Bibirnya diketap. Boleh pula mulutnya boleh tersasul. Aduhai. Sorry mummy. Bisik hatinya.








***CINTA ENCIK DUDA***









PUAN SRI PUTERI DAHLIA tersenyum memandang menantunya di sisi yang turut membuat rambut sepertinya. Salon muslimah yang dimiliki oleh salah seorang temannya itu memang selalu menjadi pilihannya. Kerna salon tersebut agak privacy dan tertutup. Pekerjanya rata-rata adalah perempuan dan perempuan bertudung bebas membuka rambut mereka di situ jika ingin membuat rambut. Tidak terlihat dek bukan muhrim.


            Sejujurnya, Puan Sri Puteri Dahlia akui bahwa menantunya itu memang cantik orangnya. Malah, tak terlebih jika dia mengatakan bahwa Andra lebih cantik dari arwah Zahlia. Malahan gadis itu amat baik orangnya. Sopan santun dan menyenangkan. Puan Sri Puteri Dahlia selesa dengan menantunya itu. Senang bergaul dan pandai membawa dirinya. membuatkan dia jatuh sayang pada Andra. Bagaikan Andra itu anaknya saja. Impiannya sejak dahulu ingin mempunyai anak perempuan selepas Megat Haykal. Namun, disebabkan Allah Swt memberikan rezeki kepadanya dari segi kemewahan dan kebahgiaan maka rezeki anak itu tidak diberikan kepada dia dan suami. Namun, dia redha. Redha dengan ketentuan-NYA. Megat Haykal sudah cukup membahgiakan dirinya dan hari ni tak sangka yang dia akan merasa perasaan seorang ibu keluar dengan anak perempuannya. Berlainan pabila keluar bersama Aira.


            “Hurm. Mummy… Apa club yang Datin Sarah maksudkan tadi tu?” Soal Andra ingin tahu dan memandang ibu mertuanya di sisi. Rupanya ibu mertunya itu memang cantik orangnya. Pakai tudung cantik. Free hair pun cantik. Rambutnya panjang dan sedikit keperangan. Andra pasti ibu mertuanya ada darah kacukan. Spontan Puan Sri Puteri Dahlia memandang menantunya yang berada di sisi.


            “Sebenarnya club yang Datin Sarah maksudkan tu adalah club di mana datin-datin dan puan-puan sri berkumpul dan melakukan aktiviti sayang. Tak kiralah aktiviti tertutup mahupun aktiviti amal. But most of time, kita buat aktiviti amal. Menyalurkan dana bagi membantu golongan yang memerlukan dan membuat event-event untuk mana-mana pihak yang memerlukan.” Jelas Puan Sri Puteri Dahlia. Ada sesetengah orang salah anggap dengan penubuhan club mereka. Bagi mereka club tersebut ditubuhkan hanya untuk para isteri-isteri VIP seperti mereka untuk bergossip dan habiskan duit suami. Padahal mereka menubuhkan club tersebut demi membuat amal.


            “Tapi kenapa tadi Datin Sarah kata mummy dah tarik diri dari club tu?” Soal Andra hairan. Tadi Datin Sarah mengatakan bahwa ibu mertuanya itu merupakan bekas president club tersebut namun telah menarik dirinya dari jawatan dan club tersebut.


            “Mummy ada sebab sendiri sayang. Melibatkan diri di dalam aktiviti seperti itu memang seronok dan memuaskan pabila melihat kegembiraan orang lain. Cuma terus terang mummy katakan kita tak ada masa rehat. Busy saja. Nak buat itulah. Inilah. Sampaikan daddy dan Haykal bising mummy sibuk sangat menguruskan hal luar sampaikan tugas mummy sebagai seorang isteri dan ibu terabai. Disebabkan itu mummy tarik diri. Jaga daddy di rumah dan jalankan tanggungjawab mummy sebaiknya sebagai seorang isteri, ibu dan nenek. Lagi pula, Haykal ada kata pada mummy dahulu ketika melihat mummy yang sibuk dengan urusan club. Dia kata jika dia beristeri sekalipun suatu hari nanti. Dia tidak akan sesekali mengizinkan isterinya mengikuti club mummy kerana dia tak nak isteri dia sibuk 24/7 dan mengabaikan dia dan Aira. Since Haykal dah jadi Datuk time tu. So automatically wife dia akan jadi Datin dan pastinya any club isteri-isteri VIP akan melamar untuk join club mereka. Andra jangan ambil hati ya mummy tak bagi Andra masuk ke club tu.” Jelas Puan Sri Puteri Dahlia panjang lebar. Takut jika Andra mengambil hati akan keputusannya. Sememangnya sejak dahulu Tan Sri Megat Halim dan Megat Haykal kurang senang dengan penglibatannya di dalam club tersebut. Disebabkan itu dia melarang Andra mengikuti club tersebut. Nanti apa pula katanya Haykal. Mahu mengamuk anaknya itu.  Tersenyum Andra dibuatnya. Tangan ibu mertuanya dipegang dan kepalanya digelengkan.


            “It’s okay mummy. Andra faham dan berterima kasih pada mummy. Memang Andra tak suka ikut club macam tu. Lagi pula abang tak izinkan. Andra nak duduk dekat rumah dan jaga abang dan Aira saja. Andra masih mentah. Masih banyak yang perlu Andra perbaiki dan belajar untuk menjadi seorang isteri. Takkan nak sibukkan diri dengan segala aktiviti luarkan.” Balas Andra lembut. Tersenyum lebar Puan Sri Puteri Dahlia dibuatnya. Tak sia-sia dia bermenantukan Andra. Sememangnya menantunya itu isteri yang baik. Pandai anaknya Megat Haykal mendidik isteri sehinggakan Andra begitu patuh pada suaminya walaupun menantunya itu begitu muda sekali. Alhamdulillah. Semoga kedua-duanya dianugerahkan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin…







***CINTA ENCIK DUDA***








AIRA memandang papanya di sisi dan memandnag pula ke hadapan mereka. Dahinya digaru. Mahu sejam mereka di dalam butik tersebut dan papanya masih belum membuat keputusan apa-apa lagi. Sejurus dia balik tadi dan belumpun masuk ke rumah, papanya sudah menariknya masuk ke dalam Porsche papanya. Menuju ke mana dia sendiri tidak pasti. Pabila ditanya papanya hanya suruh sabar. Pabila sampai saja barulah dia faham. Papanya membawanya ke butik tersebut untuk memilihkan baju buat mummynya nanti malam. Kiranya kejutan buat mummynya. Namun, pabila ditunjuk satu-satu oleh Aira. Satu-satu juga ditolak oleh Haykal. Ada saja tak sesuai.

            “Yang ni?” Soal Aira dan menunjukkan sepasang baju kebaya moden rona merah kepada papanya. Sememangnya kebaya tersebut amat cantik. Sesuai dengan kulit mummynya. Haykal mengeluh dan berpeluk tubuh. Datin Sally yang berada di sisi mereka hanya tersenyum memandang anak lelaki temannya itu. Cerewet juga orangnya.

            “Tak seksi sangat ke?” Komen Haykal dan memandang anaknya di sisi. Aira mengeluh.

            “Taklah. Okay je Aira tengok. Sesuai dengan mummy. I’m sure mummy akan nampak gorgeous dengan kebaya ni.” Balas Aira jujur. Tak sanggup lagi berada di dalam butik tersebut dua jam lagi. Cukuplah sejam. Haykal mengetap bibirnya. Sesuai ke? Kerana sejujurnya kebaya tersebut memang cantik cuma agak seksi kerana terdedah di dada.

            “Datuk, kebaya ni cantik. I’m sure pemakainya nanti akan nampak cantik dan vogue.” Sampuk Datin Sally pula dengan senyuman manis. Hati pelanggan mahu jaga. Lebih-lebih jika pelanggannya adalah Datuk Megat Haykal. Siapa tak kenal. MH HOLDING tu.

            “Okay fine, I choose this one dan baju Melayu warna yang sama tadi.” Balas Haykal akur dan sebulat suara. Tersenyum lebar Aira dan Datin Sally dibuatnya. Akhirnya…. Haha.

            “Tapikan…” Komen Haykal kembali namun terhenti pabila dia ditarik oleh Aira.

            “Dah-dah. Ngam snagatlah tu pa. Jangan nak pilih yang lain pula. Dah jom bayar.” Balas Aira dan menarik papanya menuju ke counter. Mengeluh Haykal dibuatnya. Pejam mata sajalah Haykal….







***CINTA ENCIK DUDA***









HAYKAL yang baru keluar dari bilik air dan masih bertuala tersenyum memandang isterinya yang meletakkan baju Melayu yang dibelinya tadi di atas katil. Pasti baru diseterika oleh Andra. Isterinya itu kalau boleh semua ingin dilakukan olehnya sendiri. sampaikan Mak Yam dan Lina serba salah dibuatnya.

            “Isteriku Andra..” Panggil Haykal lembut kepada isterinya dan memeluk tubuh Andra yang masih memakai bajunya tadi. Tergelak manja Andra dibuatnya namun hanya membiarkan tubuhnya dipeluk oleh Haykal. Andra tahu bahwa suaminya hanya bertuala saja. Terasa kedinginan tubuh suaminya. Terasa serba tak kena pun ada pabila dipeluk oleh tubuh sasa itu. Haha.

            “Ya suamiku Haykal…” Balas Andra manja dan spontan Haykal tergelak kecil. dikucup pipi isterinya penuh kasih.

            “Seronok shopping tadi?” Soal Haykal. Sofa berangkai tiga mereka dipandang. Tergeleng kepalanya melihat pabila melihat Farid membawa masuk bag-bag shopping isterinya tadi. Penuh sofa berangkai tiga tersebut. Gila berhabis isteri dan mummynya shopping. Andra pula spontan tergelak manja. Mana tak tergelak kalau ibu mertunya kalau boleh satu shopping complex di belinya. Gila best! Haha.

            “Mestilah seronok. Seronok habiskan duit suami saya.” Balas Andra nakal. Tersenyum Haykal dibuatnya.
           
            “Oh ya? So bulan depan elaun sayang abang potonglahkan?” Sakat Haykal dan menaikkan keningnya kananya nakal. Tergelak kecil Andra dibuatnya.

            “Potonglah. Andra minta dengan abi.” Balas Andra dan menjelirkan lidahnya.

            “Hei…” Panggil Haykal dan menarik tubuh isterinya agar mereka saling berpandangan. Dilingkarkan tangannya ke pinggang ramping isterinya.

            “Abang gurau jelah. Takkanlah abang nak potong elaun awak. Sayang… Abang tak izinkan sayang minta duit dengan abi lagi. Kan abang dah kata tadi. Tanggungjawab abang memberikan sayang nafkah zahir dan batin. Okay batin maybe next time. But zahir? I’ve too sayang.” Balas Haykal dan merenung wajah cantik isterinya. Spontan Andra menjerit kecil.

            “Hei! Boleh pula cakap macam tu!” Balas Andra malu dan menepuk bahu suaminya geram. Tergelak Haykal dibuatnya.


            “Betul apa. Kenyataanlah yang.” Jawab Haykal dan tersengih. Tergeleng kepala Andra dibuatnya.


            “Dahlah sayang. Andra nak mandi ni. Dah bau dah. Nanti lambat pula ke majlis kahwin kawan abang tu.” Balas Andra beralah dan cuba merungkaikan pelukan mereka. Namun, suaminya tetap mengeraskan dirinya. Berkerut dahi Andra dibuatnya. Wajah kacak suaminya dipandang. Aduhduh! Oksigen! Oksigen! Six pack tu yang tak tahan menegok tu! Hahaha.


            “Pakaikan abang baju boleh?” Sakat Haykal nakal. Keningnya dinaikkan.


            “Abang!” Jerit Andra geram dan memukul dada suaminya. Tergelak besar Haykal dibuatnya. Okay, gurau saja. Takkan nak pakai baju pun minta isterinya pakaikan. Melampaulah tu. Dahlah isterinya penat-penat balik terus sediakan pakaiannya. Boleh pula dia menyusahkan Andra lagi. Sekadar ingin bermanja sahaja. Namun, jikalau isterinya sudi. Hurm. Satu padang bola dia tadahkan! Hakhakhak.


            Andra merengus geram dan mendekati meja solek. Dibuka rantai dan subangnya. Diletakkan di dalam laci ketiga yang menempatkan barang-barang kemasnya. Setelah itu kanta lengkapnya pula dibuka. Huhu. Itulah. Bila Allah Swt dah anugerahkan mata hazel tu terima sajalah. Dia pula boleh memakai kanta lengkap rona hijau tua. Aduhai. Manusia. Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.



            Sebelum menapak msuk ke dalam bilik air sempat Samsung S2 nya yang berada di atas meja diambil dan suaminya yang masih berdiri dan berpeluk tubuh memandangnya dijeling. Senyuman nakal terukir di bibirnya.


            “Abang…” Panggil Andra yang berhenti di muka pintu bilik air dengan manja. Spontan Haykal menoleh memandang isterinya dan…


            Klik!


            “Awwhhh! Sexy you know! Hahahah!” Tergelak besar Andra dibuatnya dan berlari masuk ke dalam bilik air dan menguncinya.


            “Sayang!!!” Jerit Haykal geram. Boleh pula isterinya mengambar dirinya yang masih memakai tuala. Aduhai! Boleh pecah kepalanya dengan sikap hyperactive isterinya itu. Kepalanya digelengkan dan perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman. Andra….










***CINTA ENCIK DUDA***












HAYKAL yang sedang mengemaskan baju melayu dan samping rona merahnya terpukau memandang isterinya yang memakai kebaya moden rona merah itu dengan rambut disanggul kemas. Okay, kena mengaku yang pilihan anak daranya memang tip top. Tapi dia juga kena mengaku yang isterinya kelihatan seksi begitu. Terasa resah untuk membawa isterinya keluar dari rumah. Terbayang-bayang mata lelaki-lelaki diluar sana yang mencuri pandang pada isterinya.



            “Abang?” Panggil Andra hairan pabila melihat respond suaminya. Hanya terdiam dan merenungnya tanpa bicara. Andra mengetap bibir pabila melihat Haykal masih kaku.


            “Abang!” Panggil Andra dengan nada yang sedikit kuat. Kali ini barulah Haykal tersedar dan memandang isterinya.



            “Err. Ya sayang?” Soal Haykal hairan. Andra mengeluh.



            “Abang ni kenapa? Mengelamun!”  Soal Andra hairan. Tersengih Haykal dibuatnya. Dahinya digaru. Segan kerana terpukau dengan isteri sendiri. Haha.



            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut dan mnearik tangan Andra dekat padanya. Dipeluk mesra pinggang ramping isterinya yang memakai baju kebaya ketat itu.



            “Ya?” Balas Andra gugup. Okay, jujur! Suaminya malam ini kelihatan kacak sekali. Diulang ya, kacak sekali! Haha. Aduhai. Cair dia dibuatnya. Haykal tersenyum dan mendekatkan bibirnya pada cuping telinga isterinya.



            “Sayang… There must be something wrong with my eyes, I can't take them off you. You look so beautiful sayang..” Bisik Haykal nakal dan mengucup pipi isterinya mesra. Mengeliat manja Andra dibuatnya


            “Did I?” Soal Andra manja. Haykal tersenyum. Mata hazel isterinya dipandang penuh kasih.



            “Sayang belahlah hati ni kalau tak percaya…” Balas Haykal nakal dan menarik jemari isterinya perlahan ke dada sasanya. Spontan Andra tergelak besar.


            “Erk! Bukan tu ayat P.Ramlee ke? Hurm. Ada ciri-ciri nak kahwin tiga ni.” Balas Andra dan menaikkan keningnya. Tergelak Haykal dibuatnya.



            “Di mana songkok abang yang? Nak pergi menikah satu lagi ni.” Sakat Haykal dan tergelak besar pabila isterinya menjerit geram. Tahu takut! Haha.



            “Abang!!!” Jerit Andra dan menampar lembut dada suaminya. Nikah lagi satu? Mahu Haykal dilempangnya berkali-kali! Hahaha.  Haykal tersenyum dan menarik tubuh isterinya ke dalam pelukan.



            “Di hati abang hanya ada awak seorang. Hanya awak Andra Tihamiey….” Bisik Haykal penuh romantis dan mengucup ubun-ubun isterinya penuh kasih dan sayang. Jika diberikan peluang sekalipun. Dia tidak sekali-kali akan menduakan Andra. In Shaa Allah. Hati dan dirinya akan dijaga demi perkahwinan mereka dan isterinya. Hanya Andra isterinya dan akan selamanya Andra…..











***CINTA ENCIK DUDA***












MASUK saja ke dalam dewan ROYAL HOTEL, mata-mata para tetamu pada malam itu tertumpu kepada sepasang pasangan yang menapak masuk ke dalam dewan. Sama cantik dan sama padan kedua-duanya. Membuatkan orang sekeliling mereka memuji kecantikan dan kekacakan kedua-duanya dan saling berbisik di antara satu sama lain dek kemunculan kedua-duanya. Masing-masing di dalam tanda tanya.



            “Eh! Itukan Datuk Megat Haykal? Bekas abang ipar kau babe?” Soal Kinah kepada Zaida dan memuncungkan bibirnya pada pasangan yang baru masuk tersebut. Spontan Zaida yang sedang duduk bersama teman-temannya menoleh ke arah Kinah katakan tadi. Berderau darahnya melihat pasanagan sama cantik dan kacak itu saling berpimpin tangan mesra masuk ke dalam dewan dengan senyuman manis. Sakit hatinya melihat. Tangannya digenggam. Bukan Andra yang sepatutnyaberada di sisi Haykal saat ini. Namun, dia!



            “Siapa tu babe? Cantiknya. She looks so stunning okay! Seriously!” Puji Kinah. Agak terpukau dengan kacantikan gadis yang berada di sisi Datuk Megat Haykal. Seperti seorang puteri pun ada. Dahlah cantik. Muda dan seksi pula. Walaupun pada dasarnya gadis yang berada di sisi Datuk Megat Haykal itu tidak memakai pakaian yang seksi. Kerna tubuhnya mungkin. Mantap orang kata. Spontan Zaida menjeling Kinah di sisi dan mendengus geram.



            “Tak payah nak stunning sangatlah babe! Benci aku dengar!” Balas Zaida geram dan kembali menoleh ke depan. Tercengang Kinah dibuatnya. Hairan dengan reaksi temannya itu. Takkan cemburu dengan kecantikan orang lain kot? Tapi yalah. Dia sendiri cemburu melihat kecantikan gadis yang berada di sisi Datuk Megat Haykal itu. Aduhai. Mesra sekali kedua-duanya.


            Haykal dan Andra disambut oleh Datuk Mohammad Khairil dan Datin Melati iaitu ibu dan bapa kepada pengantin lelaki iaitu Aizat. Yakni, teman rapat Haykal.


            “Assalamualaikum Wbt auntie, uncle.” Sapa Haykal mesra dan menyalam tangan kedua-duanya penuh  hormat. Dengan Datuk Mohammad Khairil, Haykal dan lelaki itu saling berbalas pelukan. Tersenyum lebar kedua-duanya melihat Haykal.



            “Walaikumsalam Wbt Datuk Megat. Dah lama tak jumpa ni semakin kacak uncle tengok.” Balas Datuk Mohammad Khairil mesra. Bahu Haykal ditepuk lembut. Sememangnya Haykal kelihatan lebih sihat dan bertambah sasa.



            “Tak payahlah panggil Datuk uncle. Kal dah cukup. Macam uncle tak biasa. Uncle pun semakin nampak muda Kal tengok. Auntie kena berhati-hatilah lepas ni.” Balas Haykal dan tergelak. Tergelak besar Datuk Muhammad Khairil dan Datin Melati dibuatnya. Teman kepada anak mereka itu memang gemar menyakat dan merendah diri.


            “Sorrylah Kal. Uncle dah terbiasa dengar kawan-kawan bisnes uncle panggil Kal, Datuk Megat.” Balas Datuk Muhammad Khairil dan tersenyum. Datin Melati mengelengkan kepalanya dan tersenyum. Namun, seketika keningnya dikerutkan pabila melihat gadis cantik yang berada di sisi Haykal. Yang lebih mengejutkan, Haykal dengan selamba memegang tangan gadis itu. Datin Melati membalas senyuman  Andra pabila Andra tersenyum manis memandangnya dan menundukkan kepalanya sedikit tanda hormat.



            “Eh. Siapa ni Kal? Ni bukan Airakan?” Soal Datin Melati hairan. Spontan Haykal dan Datuk Muhammad Khairil memandang Andra. Tersenyum malu Haykal dibuatnya. Haila. Muda sangat ke isterinya smapaikan boleh dikata Aira? Haha.


            “Errr. Kenalkan auntie. Ni wife Haykal. Andra Tihamiey. Sayang, ni Datin Melati dan Datuk Muhammad Khairil. Parents Aizat.” Haykal memperkenalkan Andra kepada kedua-duanya. Tercengang Datin Melati dan Datuk Muhammad Khairil dibuatnya. Namun, huluran salam Andra padanya tetap disambut dan mereka saling berbalas lagaan pipi. Cantik orangnya. Sepadan dengan Haykal. Orangnya nampak manis dan sopan sekali.



            “Datin, Datuk.” Sapa Andra hormat. Pada Datuk Muhammad Khairil dia hanya menundukkan kepala tanda hormat. Tersenyum Datuk Muhammad Khairil dibuatnya. Bahu Haykal ditepuk bangga. Tak sangaka yang Haykal sudah beristeri.



            “Congrates son. She looks beautiful. Sesuai dengan Kal.” Puji Datuk Muhammad Khairil. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya dan pinggang ramping isterinya dipeluk mesra.



            “Yes Kal. Congrates. Dia cantik sangat. Sejuk mata auntie ni tengok.” Puji Datin Melati dan mencbit pipi Andra lembut. Tersenyum malu Andra dibuatnya. Suaminya di sisi dipandang. Lelaki itu tersenyum manis memandangnya.



            “Thanks auntie, uncle. Datanglah nanti majlis Kal hujung bulan ni.” Balas Haykal mesra.



            “Hujung bulan ni ke? Eh. Mestilah auntie dan uncle datang. Anak tunggal Tan Sri Megat Halim dan Puan Sri Puteri Dahlia kahwin. Mesti kita datang. Alhamdulillah. Auntie dan uncle ucapkan agar kamu berdua dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin .” Balas Datin Melati dan tersenyum mesra memandang isterinya Haykal.Kalau inilah isterinya Haykal memang banyaklah zuriat Haykal. Isterinya masih mudah dan bergetah lagi. Hahaha.
           


            “Amin.” Sambut Datuk Muhammad Khairil.



            “Amin auntie. Alhamdulillah. Harap-harpa macam tulah.” Balas Haykal dan menjeling isterinya di sisi. Tersenyum malu Andra dibuatnya.


            “Eh. Jemputlah masuk. Nanti sekejap lagi Aizat dan Yani masuklah.” Jemput Datuk Muhammad Khairil dan mempersilakan kedua-duanya masuk.



            “Kami masuk dulu uncle, auntie. Jom sayang.” Balas Haykal penuh hormat dan menarik pinggang isterinya mesra memasuki dewan. Dibalas senyuman para tetamu yang memberikan senyuman kepada mereka. Tahu. Tahu yang mereka terkejut melihatnya dengan seorang gadis. Haha.


           
            “Cantik isterinya Kal tu bang.” Puji Datin Melati dan melirik pada Haykal dan Andra. Tersenyum Datuk Muhammad Khairil dibuatnya.



            “Lelaki yang baik buat perempuan yang baik. In Shaa Allah. Doakan yang terbaik buat mereka berdua.” Balas Datuk Muhammad Khairil tenang. Datin Melati di sisi menaggukan kepalanya dan tersenym. Tak sabar nak berjumpa dengan Puan Sri Puteri Dahlia.









***CINTA ENCIK DUDA***









OKAY, serius! Aku terasa kekok berada di kelompok VVIP macam ni. Nampak tak masuk saja dengan aku. Nasib saja ada suamiku di sisi yang selalu menemaniku dan mengajakku berbual. Jika tidak mahu aku tak keruan kerana mulutku terkunci tak sudah. Haha. Aku bukannya boleh duduk diam. Ada juga nanti aku naik atas pentas tu buat free show! Hahaha.



            “Sayang bosan?” Bisik suamiku di sisi ke cuping telingaku. Spontan aku menoleh memandangnya di sisi. Senyuman manis aku berikan kepadanya dna kepalaku digelengkan. Bibirku didekatkan pada bibirnya.


            “Tak adalah sayang. Andra okay. Cuma tak selesa bila ornag sekeliling asyik pandang kita. Terkenal juga abang ni.” Balasu. Tergelak kecil suamiku dibuatnya dan mengeratkan pegangan tangannya pada jemariku. Sekeling kami dipandnag. Memang malam itu kami menjadi tumpuan. Bukan pengantin yang sedang makan beradap di atas pentas. Haha. Mengalahkan kami pula yang pengantin barunya. Eh! Memang barupun! Belum rasmi lagi ni. Hahaha.


            “Buat biasa saja. Mereka terpukau agaknya dengan kecantikan isteri abang ni.” BISIK suamiku nakal. Spontan aku terbatuk dan menjelingnya. Lengannya ku cubit manja.


            “Mengada sajalah abang ni.” Balasku geram. Tersenyum dia dibuatku.



            “Hurm. Abang.. Andra nak pergi ke ladies sekejap. Boleh ya?” Soalku lembut. Suamiku spontan memandangku di sisi.


            “Tak nak abang temankan ke?” Soalnya nakal. Spontan aku mengelengkan kepalaku. Pergi ke tandas pun kena temankan ke? Haha.



            “Eh. Tak payahlah. Pergi ladies je kot.” Balasku cepat. Tersenyum suamiku dibuatnya dan kepalanya dianggukkan.


            “Careful. Jangan lama-lama ya. Nanti abang rindu...” Bisik suamiku mesra. Spontan aku menjeling manja suamiku di sisi. Tersenyum dia dibuatnya. Tubuhnya dibawa diri dan menarikkan kerusi buatku.  Lama-lama macam ni boleh kena kencing manis aku! Harharhar.










***CINTA ENCIK DUDA***










ZAIDA yang melihat Andra berdiri dan berjalan menuju ke tandas. Spontan dikejarnya. Sejak tadi matanya berbulu melihat kemesraan kedua-duanya. Berbisik mesra dan tersenyum manis bagaikan dunia ini mereka punya saja. Terbakar hati Zaida dibuatnya. Tak senang duduk dia melihat Haykal melayani isterinya penuh kasih.



            Menapak saja ke dalam tandas wanita, Ziada melihat Andra yang berada di hadapan cermin dan memakai gincunya. Cantik. Dia akui gadis itu memang cantik. Jika dibandingkan dengan dirinya. Memang dia kalah. Andra gadis yang cantik malah muda belia lagi. Bergetah orang kata. Pastilah jika diberi pilihan Haykal akan memilih Andra darinya. Lelaki. Mahu yang muda bergetah saja. Spontan Zaida mencebik bibirnya.



            “Seronok mengatal?” Sindir Zaida dan berpeluk tubuh memandang Andra. Spontan Andra yang megemaskan gincunya menoleh memandang Zaida di sisi an mengerutkan dahinya. Tak sangka yang Zaida turut ada di majlis perkahwinan teman suaminya.


            “Sorry?” Soal Andra kurang jelas. Zaida mencebir bibirnya dan memandang Andra dari bawah ke atas.



            “Baju designer mana engkau rembat ni? Ke kaki lima punya?” Soal Zaida. Sengaja ingin memanaskan hati Andra. Namun, apa yang dia dapat adalah gelak kecil gadis itu.



            “Kenapa? Cantik ke? Sebab baju ni suami tersayang saya yang pilihkan. Cantikkan? Kalau kaki lima punya sekalipun kenapa? Ada saya susahkan mak cik? Ke mak cik tergugat dengan kecantikan saya malam ni? Ops! Lupa pula. Orang MUDA macam saya ni pastilah jadi perhatian daripada orang TUA macam mak cik ni.” Balas Andra sinis dan tergelak manja. Ingat dia boleh dibuli ke apa. Ini Andralah. Spontan Zaida mengetap bibirnya dan mengeneggam tangannya geram. Andra benar-benar mencabarnya.



            “Kau!” Balas Zaida geram dan ingin menampar Andra. Namun , tangannya ditahan oleh Andra.


            “Nak tampar saya? Kalau nak tampar saya. Silakan.. Tapi, langkah mayat saya dulu! Saya tak ganggu mak cik dan mak cik jangan ganggu saya! Jangan sampai tangan ni pula yang hinggap ke pipi mak cik yang berbakul blusher tu.” Soal Andra tegang. Tangan Zaida ditolaknya kasar dan berlalu keluar dari bilik air. Geram! Boleh pula terjumpa dengan Zaida di majlis tersebut. Menghilangkan moodnya saja.



            “Kenapa ni sayang?” Soal Haykal lembut pabila melihat wajah cemberut isterinya yang duduk di sisi. Andra hanya gelengkan kepalanya. Haykal mengerutkan dahi. Hairan dengan perubahan si isteri. Spontan pintu tandas dipandang pabila kelibat Zaida dengan wajah memerahnya keluar dari tandas tersebut. Mengeluh Haykal dibuatnya. Isterinya ditarik ke dalam pelukannya. Tidak peduli mata teman-temannya yang memandnag.



            “Gaduh dengan Zaida ya? Dia ganggu awak?” Soal Haykal lembut. Andra hanya mengelengkan kepalanya. Tidak ingin membesarkan hal tersebut. Takut nanti suaminya naik darah pula. Selagi dia boleh atasi Zaida. Dia akan pendamkan saja. Melainkan Zaida semakin melampau barulah dia akan mengambil keputusan sama ada ingin mengadu kepada suaminya ataupun tidak.












***CINTA ENCIK DUDA***









AKU tersenyum mesra memandang Aizat dan Yani iaitu penganti baru pada malam ini. Kedua-duanya nampak padan sekali. Melihat mereka bersanding tadi membuatkan aku juga terasa teruja untuk bersanding pada majlis kami nanti. Hahaha. Aduhai. Perempuankan. Ada naluri terharu dan tersentuh pabila melihat sesuatu yang menyentuh hati mereka. Tidak terkecuali aku.



            “So majlisnya hujung bulan nilah?” Soal Aizat kepada suamiku. Suamiku tersenyum dan anggukan kepalanya.


            “Yes bro. So make sure kau pula datang ke wedding aku.” Balas suamiku dan menumbuk mesra bahu Aizat. Tergelak Aizat dibuatnya. Isterinya Kak Yani hanya tersenyum memandangku. Orangnya nampak pendiam dan aku bukanlah seorang yang peramah gila. Lidahku kelu untuk membawa berbual jika orang itu hanya tahu tersenyum saja. Haha.



            “Hei. Mestilah datang. Kau dah datang majlis aku. Kasihan aku. Baru kahwin bro. So after this, kita lumbalah ya.” Balas Aizat dan menepuk-nepuk bahu suamiku. Berkerut dahinya.
           


            “Lumba apa?” Soal suamiku hairan.


            “Berlumba siapa dapat baby dulu. Hahaha.” Baals Aizat dan spontan Kak Yani menjerit kecil dan menampar lengannya. Aduhduh! Aku pula yang terasa nak pengsan! Lebih-lebih lagi pabila suamiku menjelingku nakal. Gatal saja tanganku mencubit lengannya yang dipelukku geram. Tergelak dia dibuatnya.
           


            Kring!


            Kring!


            Kring!


            Erk! Tersentak kami pabial Samsung S2 ku berdering minta disambut. Spontan aku membuka Chanel clutch bag rona merahku dan mengambil Samsung S2 ku. Tertera nama Kak Ipah di situ. Bekerut dahiku dibuatnya. Suamiku di sisi dipandang.


            “Siapa yang?” Soalnya hairan.



            “Kak Ipahlah bang. Izinkan Andra jawab  sekejap ya?” Mohon izinku darinya. Dia tersenyum dan anggukkan kepalanya. Kepada Aizat dan Kak Yani aku tundukkan kepala sedikit tanda hormat dan mereka tersenyum memandangku.


            Tubuhku aku bawa keluar dari dalam dewan dan mendekati kolam renang yang terdapat di luar dewan. Hanya terdapat beberapa orang di situ. Samsung S2 ku tekan dan menyambut panggilan Kak Ipah.



            “Hello? Assalamualaikum wbt.” Aku memberikan salam buat Kak Ipah.


           
            “Walaikumslaam Wbt dik. Akak ni.” Balas Kak Ipah ceira. Tersenyum aku dibuatnya.


            “Ya Kak Ipah. Andra tahu. Kenapa call ni kak?” Soalku hairan.



            “Ni hah akak bagi pihak Puan Marsha nak ingatkan engkau tentang event yang engkau handle tu. Semua dah okay? Dia nak jumpa engkau esok.” Soal Kak Ipah kepadaku.


            “Oh. Alhamdulillah. Semua dah okay kak. Resort pun Andra dah uruskan.” Balasku jujur. Kesemuanya sudah selesai. Pastilah dengan pertolongan Kak Watif dan Along. Hehe. Namun, hal ini aku sembunyikan dari suamiku. Takut nanti dia marah pula aku melakukan tugas yang diluar bidangku.


            “Alhamdulillah. Akak…” Belum sempat Kak Ipah menyudahkan kata-katanya. Handphoneku…


            Gulp!
           


Tersentak aku pabila melihat Samsung S2 kesayanganku selamat menyelam ke dalam kolam. Mahu saja aku melompat ke dalam kolam tersebut jikalau tidak memikirkan aku sedang memakai kebaya ketat. Dang! Spontan aku menoleh memandang mak cik yang tersenyum sinis di sisiku.



            “Ops! Sorry I sengaja!” Balasnya selamba dan tergelak gedik. Eeee. Aci tak kalau aku humbankan mak cik tua ni ke dalam kolam tu? Jahat tak aku?



            “Zaida!”



            “Erk!” Spontan ku lihat mak cik terhenti tertawa pabila namanya dipanggil dengan kasar oleh suamiku. Pucat terus wajahnya.



            “Errr. Aaaa…Abang.” Panggil mak cik gagap pabila melihat suamiku sudah berada di sisku dan aku ditarik ke dalam pelukannya. Okay! Entah kenapa aku rasa suamiku saat ini bagaikan seorang superhero. Tiba-tiba datang menyelamatkan heroinnya. Awwwhh! Sangat romantic you know! Superhero? Hurm… Superman? Nah! Apa kejadahnya pakai seluar dalam kat luar. Spiderman? Aish! Aku takut labah-labah. Iron man? Aduhai. Apa kes besi bagai? Haha. Hah! Aku tahu! Ni handsome! Captain America? Hah! Ngam sangat! Tapi tang ni Captain Malaysia. Boleh gitew? Ahaks! Tersengih aku dibuatnya. Tang macam ni juga aku boleh mengelamun! Andra! Andra!



            “Apa lagi yang engkau tak puas hati dengan wife aku ni?!” Jerkah suamiku agak kasar pada mak cik. Aduh! Aku pula yang berada di pelukannya tersentak dan ternaik bahuku kerna terkejut mendengar jerkahan suamiku pada mak cik. Tak senang berdiri mak cik ku lihat. Hah! Tulah! Tadi buka main lagi engkau kenakan aku. Bila ada laki aku saja terus jad kura-kura!


            “Zaida.. Er.. Zaida…” Balasnya gagap dan mengaru lehernya. Kolam dipandang. Pastilah dia memandang handphoneku yang selamat menjadi arwah. Suamiku di sisi mendengus geram.


            “Jangan cabar kesabaran aku Zaida. Ingat tu!” Balas suamiku geram dan merampas handphone mak cik yang berada di tangannya dan terus….


            Gulp!


            Oh my! Kendengaran suara handphone mak cik dibuang ke dalam kolam. Tercengang aku dan mak cik dibuatnya. Laki aku ke ni? Kenapa nakal sangat?


            “Adil bukan? Jom sayang…” Suamiku menaikkan kening kanannya pada mak cik dan mendengus. Jemariku ditarik lembut dan kembali masuk ke dalam dewan meninggalkan mak cik yang terkulat-kulat memandang kami.



            “Tak apa ke?” Soalku risau pada dia. Dia tersenyum memandangku di sisi.



            “Don’t worry. Dia masih mampu nak beli 10 biji handphone sekalipun. Lantaklah dia.” Balas suamiku dan mengenyitkan matanya nakal. Tergelak aku dibuatnya. Spontan aku kalihkan kepalaku memandang mak cik yang masih tercegat di tepi kolam dan memandang kami.


            “Sayang…” Tegur suamiku pabila aku dengan nakalnya menjelirkan lidah pada mak cik. Haha. Gila ajaib laki aku ni. Ada mata di belakang ke apa! Hurm. Mak cik? Padan muka! Kira serilah tu. Fair and square orang kata.


            “Ops!” Hehehe. Tahu-tahu saja laki aku ni. Tersengih aku dibuatnya.













***CINTA ENCIK DUDA***










ANDRA membaringkan dirinya di sebelah suaminya yang duduk bersandar di kepala katil dan membaca buku. Rambutnya yang disimpul di huraikan dan diletakkan klip rambut tadi di atas meja sisi katil. Tubuhnya dibaringkan dan selimut ditarik hingga ke paras dada. Menutup tubuhny yang hanya memakai gown tidur.



            “Yang…” Panggil Andra lembut dan memandang suaminya di sisi. Khusyuk sekali dengan kaca mata putihnya membaca buku. Nampak kacak pula. Asih! Ada saja yang dia fikirkan. Haha.



            “Hurm.” Balas Haykal tanpa mengangkat wajahnya. Perhatiannya masih pada permukaan buku. Andra mengigit bibirnya.


            “Dah buat apa yang Andra minta tadi pagi?” Soal Andra lembut. Spontan Haykal mengangkat wajahnya dan memandang isterinya di sisi. Kening kanannya dinaikkan.



            “Apa ni?” Soal Haykal hairan. Andra tersengih.



            “Kertaslah.” Jawab Andra selamba. Tergeleng kepala Haykal dibuatnya.



            “Abang tahulah yang. Tapi untuk apa?” Soal Haykal hairan. Hairan pabila isterinya memberikan sekeping kertas putih kepadanya. Tak ke harian tu? Andra tersenyum.



            “Dalam kertas ni, Andra nak abang senaraikan semua keburukan dan kebaikan Andra. Andra nak tahu. Nanti malam Andra minta dengan abang ya. Now, Andra nak keluar dengan mummy dulu.” Balas andra dan tersenyum lebar.
           


            “Erk! Kenapa kosong? Andra kan minta keburukan dan kebaikan Andra? Abang ni… Malas menulislah tu!” Soal Andra hairan dan mendegus geram pabila kertas tadi kosong saja. Berpeluk tubuh dia dibuatnya. Haykal di sisi spontan tersenyum. Kaca mata putihnya dibuka dan bukunya ditutup. Diletakkan buku dan kaca mata tadi di atas meja kecil yang berada di sisi katil. Tubuhnya didekatkkan pada tubuh isterinya. Dipeluk mesra bahu Andra walaupun Andra menolak.



            “Isteriku Andra…” Panggil Haykal lembut dna menarik dagu Andra agar memandangnya. Andra hanya menurut. Namun wajahnya yang cemberut membuatkan Hayakl tersenyum. Comel.


            “Kenapa kertas ni kosong? Kertas ni kosong sebab abang tak rasa awak ada keburukan. Bagi abang keburukan awak tu melengkapi hidup abang. Kenapa kertas ni kosong? Sebab bagi abang kebaikan awak sungguh banyak sekali sehinggakan sekeping kertas pun tak mampu nak mencatit segala kebaikan awak. Sebab tu abang tak tulis apa-apa di kertas ni. Jelas?” Jelas Haykal lembut dan mengucup kedua-dua mata isterinya. Direnung mata hazel itu penuh kasih.
           


            “Errr. Kenapa ni yang? Abang ada salah cakap ke?” Soal Haykal cemas pabila melihat isterinya mengalirkan air mata. Spontan Andra mengelengkan kepalanya. Jujur. Jujur Andra terharu dengan kata-kata suaminya. Dia beria-ria mengingatkan Haykal akan menyenaraikan keburukan dan kebaikannya. Maka, nanti segala keburukan yang disenaraikan oleh Haykal akan dielakkan olehnya. Manakala, segala kebaikannya akan cuba diperbaikinya. Namun, tak sangka yang suaminya boleh berpendapat sebegitu sekali mengenainya. Hati isteri mana yang tidak terharu? Subnallah! Allah swt aungerahkan dirinya suami yang baik dan penyayang. Suatu yang dia tidak akan duga sebaik saja akad dilafazkan dahulu…



            “Thanks abang. Andra terharu sangat…” Balas Andra sebak dan menerpa ke dalam pelukan suaminya. Tersenyum lebar Haykal dibuatnya. Dibalas pelukan hangat isterinya.


            “Sayang… Perkahwinan merupakan perkongsian dua jiwa. Setiap kelebihan adalah bonus untuk dikongsi di antara suami dan isteri. Manakala, kelemahan pula bukan untuk dibangkitkan ataupun diperlekehkan tetapi untuk sama-sama diatasi dan diperbaiki. Malah kelebihan satu pihak adalah untuk menampung kelemahan pihak yang satu lagi. Kita tak boleh nak menuding jari menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan orang lain. In Shaa Allah. Rumah tangga kita pastikan bahagia. Abang cuba untuk menerima sayang seadanya. Harap sayang mampu menerima abang seadanya juga. Inilah abang yang. Yang banyak kekurangannya. Namun, abang tetap takkan pernah lelah untuk membaiki kekurangan abang demi awak. Demi perkahwinan kita. In Shaa Allah. Semoga kita diberikan barakah oleh-NYA. Dunia dan akhriat. Amin…” Balas Haykal dan mengucup bibir isterinya lembut. Direnung mata hazel yang memerah itu. Tak sangka Andra si gadis hyperactive teharu dengannya dan menangis kernanya. Tersenyum Haykal di dalam hati. Jika 24/7 sekalipun dia takkan pernah lelah bersama isterinya. Kerna hari-harinya penuh dengan kebahagiaan.



            Andra Pula tersenyum senang. Berysyukur sekali kerna mempunyai suami yang soleh seperti haykal. Sejujurnya, bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang… Begitu juga dengan Andra. Dia sendiri tak terkecuali dari menginginkan lelaki seperti Haykal. Suami yang soleh. Suami yang boleh membimbingnya ke jalan-NYA.









B E R S A M B U N G






**************************************








ASSALAMUALAIKUM WBT AND SALAM SEJAHTERA LADIES
A J








Holla ladies! J









Watchia duin?








Okay, jom cekidaut!









Harharhar








Ya! Ya! Ya!










Saya mencarut kerana saya rindu nak mencarut! Ahaks! J










            HOW was the story? Best? Interesting? Romantic? Boring? Damn? Huhuhu L I’m sorry kalau  CED 26 tak dapat memuaskan hati anda. M A A F kan saya L Sorry kerana semalam dan tadi subuh aku tak sempat nak update sebab busy. M A A F di atas kelewatan saya mengUPDATE.. J Peace! A J  Seperti yang uols sedia maklum, aku memang agak busy lately. Entah sampai bila macam ni. Jadual tu padat sungguh okeng! Bila aku nak menyelit sedikit pasti ada yang menganggu. Huhu. Sungguh sedih! Astgafirullah’alazim. Jangan mengeluh Ratu. Ujian di bulan ramadhan. Jalani dengan sabar.. In Shaa Allah. J





Psssttt~ CED 26 panjangkan? Aku sekeh uols satu-satu kalau kata pendek juga! Ahaks!




B I G T H A N K S
To those yang sudi support and follow CED J Serius aku terharu…. Uols still sanggup menunggu CED walaupun aku CED lambat di update. Uols memang sporting dan memahami I alls you know! Hahaha. J TERIMA KASIH semuanya. J Tehee~ Percayalah. Saya amat menghargainya. Peace! J






E N J O Y
R E A D I N G
L A D I E S










Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN






B I G T H A N K S !






Aku ci ta kamu! J






CED 26???
Ngee~ Entah kenapa aku sukakan bab ni. SANGAT suka. See! Aku siap caps lock kan lagi. Ahaks! J Aduhai. Indahnya solat berjemaah bersama suami J Kita dapat 27 darjat pahala sebab solat jemaah. Rugikan kalau kita solat diri cuma dapat 1 darjat pahala? Jadi jemaahlah bersama suami. Tapi kalau ada anak-anak ajarlah berjemaah bersama. In Shaa Allah lebih bermakna dan mendapat barakah-NYA. J Harharhar. Boleh pula bibir Andra keringkan? Siapa bibirnya kering time-time puasa macam ni angkat tangan tinggi-tinggi! Hahaha. Petua aku, kalau bibir kering dan merekah uols cuba sapukan madu di bibir tu. In Shaa Allah. Bibir akan sihat dan tak kering lagi. Hekhekhek. J Dating dengan mertua? Those yang dah berkahwin tu pernah keluar dengan ibu mertua ke? Macam mana perasaan uols? Ada macam Andra tak? Sampai kecut perut bagai! Hahaha. But Alhamdulillah. Puan Sri Puteri Dahlia baik orangnya J Best kalau ada ibu mertua macam ni uols! Keluar dating je siap belikan barang kemas. Ketara sangat fantasinya! Hakhakhak J Chill sudeh! Awwwhhh! Kasihan Aira L Boleh pula Faiz Akmal mencari Andra dan bukannya dia. Huhuhu. Kalau aku mahu aku menangis tak hengat dunia! Kalau akulah. Nasib bukan aku! Hakhakhak.


Aku banyak ketawakan? Hati banyak senang sebab dah berbuka dan terawih tadi. Alhamdulillah. Puasa kali ni aku dapat bertahan seperti yang sebelumnya J Amin! Erk! Menyelit sekejap! Hahaha. Aduhai Datuk Megat Haykal semakin sweet dan romantic kan? Aku yang tengah edit pun boleh blushing uols! Hahaha. Sangat romantis gitewww! J hurm. Zaida? Aduhai. Padan muka! Tak pandai serik rupanya. Entah apa plan Zaida selepas ni. Hukhuk. Eeeeee. Uols maybe pernah baca mengenai suami yang tak tulis apa-apa kat kertas kononnyakan? Me too! J Tapi aku tetap nak selitkan juga di dalam CED ni. Sweet mak jemah oi! Suka akuh!  J Hahahaha. Apakah yang akan terjadi selepas ni ladies? Nantikan CED 27 di pawagam berdekatan anda. Hahahahahaha. Gurau saja! Nantikan CED 27 bila I alls free yer uols! Rajin-rajin jenguk blog and fb I alls J I alls selalu update kat sana. Erk! Motip? Haha. Tetiba!





Saya Ratu Adriana Nadine,  ingin MEMINTA MAAF sekiranya CED BAB 26  ini tidak dapat memuaskan hati anda dan menepati piawaian cita rasa anda. MAAFKAN SAYA… My bad L Huhuhu. Saya juga ingin MEMINTA MAAF sekiranya ada kesalahan pada ejaan, ayat, perkataan dan sebagainya. Juga, MAAFKAN SAYA jika cerita ini agak TEROVER, TAK LOGIC, TERLEBIH dan sebagainya. Terus terang aku katakan cerita ini hanyalah F A N T A S Y aku sahaja. Tak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Sekiranya tidak logic. Dah aku nak buat cam ne? Dah aku kata fantasy! Mestilah ada yang tak logic! Betul tak? Hahaha. Please take the positive and ignore the negative ladies. Thinks smart! Chill sudehhh! J J J





Thanks for those yang sudi comment and dropping by pada blog saya yang tak seberapa ni. J Dan kepada new follower. T H A N K S dear. J Much appreciated it babe! Kepada yang tak sukakan karya aku silalah unfollow blog aku ya. Aku tak halang uols. Tapi jika uols suka. Aku lagi suka. Amat menghargainya sangat-sangat. Tapi aku tak hargai bila uols dropkan comment yang buat aku down. Aku ni manusia biasa. Punya perasaan.
It is better to remain silent than to speak a word can hurt others feelingJ Fikir-fikirkan~
Please! Please! And please leave ur comment ya J ♥♥♥ you!







We judge ourselves by what we feel capable of doing, while others judge us by what we have already done.








SILA TINGGALKAN JEJAK ANDA. TQ! J









Till then,












Sincerely,



28 comments:

  1. Auww... So sweett.. Haish!
    Zaida tu gedikkks kan... Nyampess ai!!
    Dating ngn ibu mertua ekk.. Erkkss! Hehehe...
    Btw, really enjoiceee ratu.. Thanks ya!
    Semoga bykkk masa lapang awakk hndknya... Hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI MIZZ ACU
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      sweetkan? tehee
      ngaih! i pun nyampah! haha
      erk! pernah ke dtg dengan iu mertua syg? hehe
      THANKS lalink saya :)
      ahaks

      Delete
  2. Haykal is soooo sweeeeet~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      awak pun sweet juga :)

      Delete
  3. Replies
    1. HI NAJIHAH
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      tehee~
      thanks sayang saya :)

      Delete
  4. sweet333.. xterkata la.. padam muka zaida hahahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NZ LYNA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ahaks!
      THANKS laling! :)
      ahaks! tulah! padan muko! hehe

      Delete
  5. OH MY GOSH!!! boleh kena diabetes macam ni.. sweet sanat.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI HK
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      gosh!
      hehe
      jangann! bukan salah i okeng!
      salah megat haykal! ahaks! :)

      Delete
  6. so sweetttt... xsbar nk bce yg sterusnye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      THANKS sayang saya :)
      tehee

      hwaiting ya :)

      Delete
  7. CED 26....Owh..Speechless...lar...tersentuh hatiku dengan penjelasan Sekeping kertas putih....TQ Cik Ratu.....Have a nice day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI CHE LAILA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      harharhar

      serius!
      saya pun suka dear! haha :)
      thats y i selitkan tehee

      most wc sayang saya :)
      u too!

      Delete
  8. Sweeettttnye......
    Nak agi......!!!.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      Hehhee
      thanks sayang saya :)

      okey dear

      Delete
  9. Alaa Ratu jgnlh sekeh kepala kami...bukan ape walaupun panjang mcmana pun bila pembaca kata tak puas maknanya
    cite Ratu ni best sebab tu panjang pun masih dikatakan
    pendek. Salute betulllah dgn Ratu ni ada je idea-idea
    untuk menyedapkan lagi cite CED ni ye. Itulah padan
    dgn muka Zaida tak habis-habis sakit hati dgn Andra
    nasib baik Andra ada superhero tolong backup, baru adilkan
    handphone dua-dua sekali menyelam dlm kolam renang...hehehe. Sabar menunggung n3 yg baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI ANOR
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      ANOR sayang =)

      tehee~

      Ahaks!
      amboih! nakal tahu! harhar sekeh kang!
      xdalah. gurau je =) tehee
      THANKS ya =)

      ahaks!
      kalau dah bosan tahap gaban and imaginasi terlebeh tu datang
      hurm
      confirm ada saja idea yg keluar dear =)
      hehehe

      itulah pasal
      superhero handsome!
      tehee
      *gatal*
      ahaks!

      ahaks! menunggung yer anor sayang? ahaha
      okeng dear saya =)

      Delete
  10. Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      THANKS babe =)

      Delete
  11. sangat3 bestt...tergelak2 baca gelagat andra.. happy go lucky...andra n haykal ni notty la..kat office pn bercengkerama.. bahaya tuhh...apepun puas baca sbb satu2 bab tu panjang...good work cik ratu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI SHARIFAH MUDA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      WELCOME TO DUNIA FANTASIKU DEAR =)

      tehee
      jangankan awak dear
      sy pun ikut tergelak sama bila tengah edit tu ahaks!

      harharhar
      xkira tmpt!
      nakal! haha

      thanks sayang sy :)
      hehe *blushing*

      THANKS laling =)
      sila jangan serik nak datang lagi =)

      Delete
  12. serious best!!!
    padan muka zaida...iri hati btol ngn andra...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI NIJA_JAJA
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      hehehe
      THANKS sayang saya =)
      terharu
      hehe

      tulah dear
      padan muka!
      hehe

      Delete
  13. sangat sangat best

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI BABE
      T H A N K S for dropping by and leave ur comment dear =)

      sangat sangat terima kasih dear =)

      Delete