Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 23 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 3






AKU CINTA KAMU 3


AKU memandu kereta BMW 6 seriesku meredah pekat malam. Setelah menghantar Ben pulang tadi aku memutuskan untuk singgah di 7-Eleven untuk membeli SMARTIES kegemaranku. Ha. Ha. Ha. Ok korang boleh ketawakan aku. Tak sangkakan orang macam aku suka makan Smarties yang rona roni tu. Favourate babe! Aku suka warna Smarties yang rona rani tu. Buat hari aku ceria alkisahnya.

            Jujur, sebenarnya arwah mama yang rajin membelikan aku Smarties dulu. Setiap kali mama pulang dari kerja dan memujuk aku pasti mama akan memberiku Smarties. Comelkan mama. Aku rindu saat-saat bersama mama. Aku tidak memperdulikan pandangan orang ramai padaku dan Smarties. So what? My money ok. Not yours!

            Topi di kepala dan sunglassesku aku buka. Memang gilalah pakai macam ni malam-malam macam ni. Takde dibuatnya orang. But what I’m gonna do? Hanya ini caranya. Jika tidak pasti akan ada yang mengenaliku. Huh! Susah juga terkenal ni. Selalunya ketika bekerjalah yang aku terpaksa menahan hati mak-mak datin yang sibuk menanyakan soal pekerjaanku sebagai model. Padahal waktu itu aku tengah bertugas sebagai stewardess. Masak! Nasiblah costumer. Sepetkan mata. Kemudian senyum sajelah.

            Aku tersenyum memandang Smarties yang berada di tanganku. Smarties oh Smarties. Kalaulah ada lelaki yang sudi beri aku Smarties yang banyak. Mahunya aku melompat riang. Romantic apa! Hehehe.

            “Dup!!!” Oh no! Omaigadddd! What I’ve done?! Aku langgar kereta orang? First time in my life dude! Smarties aku yang terjatuh di bawah kereta aku dah tak fikirkan lagi. Di kepalaku saat ini hanya kereta dihadapanku. Membuntang mataku melihat Lambhorgini Gollardo yang remuk di bahagian belakang kereta tersebut. Mak aih! Macam mana ni? Papa! Hah! Barulah teringatkan papa. Hehe. Atas kepala aku ni dah terbang-terbang ikon duit dah. $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Ish.

            Aku membuka pintu kereta dan mendapatkan pemandu kereta sport tersebeut. Gila apa nak larikan diri. Aku masih ada sense of human tau! Aku mengetuk-getuk cermin kereta pemandu yang gelap itu. ish. Ok ke tak ni? ke mati? Euwwwhh! Simpang! Pembunuh dowh aku! aku melepaskan nafas lega apabila cermin kereta di bahagian pemandu diturunkan.

            “Erk!” Spontan itu yang terkeluar dari mulutku. Lelaki ni ke?! Kecilnya dunia. Omaigaddd! Im dead.

            “Hai.” Sapanya padaku dengan lagak cool. Namun matanya masih memandang ke hadapan dan dia menyandarkan dirinya di kerusi dengan selesa. Kedua-dua tangannya pula di stereng kereta. Aku dah terkejut beruk dah ni dan dia boleh kata hai?

            “Hai. Err. Are you okay?” Soalku gugup padanya. Dulu bolehlah aku sombong simbing dengan dia. Now? Memang taklah. Dibuatnya dia saman aku.. tak ke haru? Malu I!

            “You rasa?” balas lelaki tadi dengan senyuman kecil sambil menjelingku.

            “Tak naklah rasa. Bukan sedap pun.” Balasku selamba. Tergelak kecil lelaki tadi olehku. Amboi! Ingat aku loyar buruk ke apa.

            “You tak rasa lagi. Macam mana nak tahu I sedap ke tak.” Balas lelaki tadi selamba. Spontan aku menjegilkan mata . Gatal! Gila apa nak rasa dia. Gangguan seksual betul mamat ni. Dengan geram aku ingin berlalu. Namun tanganku ditarik oleh lelaki tadi yang sudah keluar dari keretanya.

            “Let me go! Don’t you dare to touch me!” Marahku padanya. Sedap-sedap je pegang tangan aku. Huh.

I will let you go dear. But after we talk about this.” Balasnya padaku dan menarik tanganku ke belakang keretanya yang remuk tu. Aish! Teruk juga aku ni. Aku membongkok dan melihat kerosakan keretanya dan keretaku. Aku tengok bonet dapan kereta aku pun remuk juga. Bravo Trish!

            “Erk. Teruknya.” Kataku perlahan. Cukup untuk diriku saja.

            “Tahupun. So what you gonna do dear? Kereta I ni mahal tau. Bukan macam Blackberry yang you boleh baling-baling tu.” Sindirnya padaku dengan kedua-dua tanganya dimasukan ke dalam poket seluar jeansnya. Aku mencebik. Ceh! Ingat lagi rupanya dia pada aku. Heh. Haruslah,. Aku kan cantik! Wink! Wink! Perasan! Ehhee.

“Amboi sindir nampak!” Balasku geram. Lelaki tadi tergelak kecil.

            “I tak sindir. But I cakap benda yang betul. BMW you ni hanya setengah harganya dari kereta I ni.” Balasnya padaku dengan angkuh. Huh. Sewel! Ingat takde ke kereta macam ni kat rumah? Adalah! Tapi kereta papalah. Hehe. Tu pun papa jarang guna. Sekadar beli je. Bagus bagi aku. Ceh! Bab nak mencengkik harta papa nombor 1 engkau!

            “Tak cakap pun orang tahulah.” Balasku geram. Aku berdiri tegak dan memeluk tubuh.

So you nak I bayar you berapa untuk kos membaikkan kereta you yang MAHAL ini?” Soalku padanya dan mencuri pandang wajah kacak dihadapanku ini. Handsome. Tinggi orangnya. Sakit juga kepala aku nak mendongak. Sempat lagi aku menekankan perkataan MAHAL tadi. Lelaki tadi datang dekat padaku dan menundukkan wajahnya tepat ke wajahnya. Aku tercengang. Dekatnya dia! Sehingga tercium bau wangian badannya dihidungku. Ish. Wangilah pula.

I tak nak you bayar apa-apa. Just I nak you and Iyou know, One night stand.” Bisiknya di telingaku dengan penuh mengoda. Awwwh! Meremang bulu aku ni dibuatnya. Lebih-lebih lagi terasa nafas panas lelaki itu di leherku yang terdedah. Bagaikan ingin melayang saja nyawaku mendengar suara lelaki itu. Memang pengoda tahap gabanlah!

“Huh! Jangan nak mimpi! Please respect me!” Dengusku kasar padanya dan menolak lelaki itu jauh dariku. Gila seks ke apa mamat ni! sewel! Tergelak besar lelaki dengan respondku. Huh. Dah ni kenapa gelak-gelak ni.

“Ingat I nak sangat dengan body you ni ke? Bagi free pun tak naklah!” Balasnya dengan penuh pedas padaku. Kalah pedas ayam spicy kat KFC nuh. Berdesing juga telinga aku ni dibuatnya. Spontan aku memandang tubuhku yang tersarung singlet rona kelabu dan seluar jeans pendek. Tak mantap ke aku ni? Mantap apa! Mamat ni buta kot! Sekali lagi meletus tawa lelaki gila seks tadi melihat reaksiku itu. Huh!

“Tak CUKUP mantaplah baby. Nanti you balik. You mantapkan lagi ok. Then datang balik pada I .” Kata lelaki tadi padaku kembali dengan matanya memandang tubuhku dari bawah ke atas. Tup! Mata dia! Singgah pada dadaku. Gatal! Spontan aku menutup dadaku yang terdedah. Meletus tawa lelaki gila seks tadi.

Chill ok. Tak luak pun,. Pandang je.” Balasnya selamba. Ok! Aku dah tak tahan sekarang ni. Aku rasa marah ya amat! Ingat aku ni $&%& ke apa!

“Pang!” Spontan tangan kananku menampar pipi lelaki gila seks tadi. Hurm. Ok. Now aku terdiam. Lelaki gila seks tadi dah serius memandang aku. Takut wei! Tulah berani tak bertempat. Dahlah kami je kat tepi jalan ni. malam pula tu. Dibuatnya dia ro%^& aku kat sini. Ish! Simpang!

“Err. So..sorry. I tak sengaja.” Kataku padanya memohon maaf. Lelaki tadi hanya mendiamkan diri dan memandangku. Tangannya kirinya memegang pipi kirinya dan mulutnya diketap. Aduh. Nak buat apa ni. Setapak demi setapak aku mengundurkan diri. Sehinggalah aku terduduk di bahagian tempat pemandu keretaku yang terbuka pintunya sejak tadi. Lelaki tadi amat rapat denganku saat ini. Seinci saja lagi pasti badanku dan badannya bercantum. Aku menutup mata apabila lelaki tadi cuba untuk medekatkan matanya padaku. Mama! Help me!

            Pelbagai jenis teknik pertahankan diri yang berlegar-legar di mindaku saat ini. Silat? Tak pandai. Taekwando? Belum pun mula class aku dah larikan diri. Judo? Memang tak. Arh. Sumo? Huh. Lagilah tak! Badan aku ciput je!

            Aku membuka mata apabila terasa tiada gerakan dari lelaki tadi. Apabila aku membuka mata lelaki tadi baik punya tersenyum memandang aku. Mata kanannya dikenyitkan dan tangan kanannya sudah memegang handbag LV ku. What the?

            Lelaki tadi masih di posisi yang sama. Aku? Wei kenapa ni? Aku bagaikan dipukau saja. Tak bergerak pun! Aku hanya memerhati lelaki tadi membuka purseku. Dia buat apa? Nak ambil duit ke? Ambil je. Asal jangan apa-apakan aku. Aku terdiam apabila lelaki tadi mengambil my kadku dan menarik pasportku yang berada di dalam handbagku. He did what?!!! Nyawa aku tu! Lebih penting dari duit! Spontan aku cuba untuk berdiri.

            “Ouch!” Mengerang kesakitan aku dan dirinya,. Dahlah kepala aku masih sakit akibat hentakan di stering kereta tadi. Now terhentak sekali lagi dnegan  mamat ni. Sakit dowh! Mamat tadi pun mengosok-gosok kepalanya.

            “Gila apa main hentak-hentak kepala pula.” Marahnya padaku. Aku menjengilkan mata. Ingat aku suka-suka ke nak hentak-hentak.

“Orang tak sengajalah!” Balasku geram padanya dan mengosok-gosok kepalaku. Mataku kembali aku jengilkan apabila melihat my kad dan pasportku di tangannya.

            “Bagi balik!” Marahku padanya dan cuba untuk merampas kembali mykad dan passportku darinya. Lelaki tadi hanya tersenyum dan menjauhkan tangannya dariku. Aku nak juga ambil. Tapi kalau aku nak main rampas-rampas dengan dia mesti aku terapat dengan dia ni. Gila apa. Buat naya je! Body aku ni senang-senang dia rasa lengkuk-lengkuknya!

            “Baby. I boleh bagi you mykad dan passport ni. But dengan satu syarat. Ops. Two actually. Sebab you dah langgar kereta mahal I tu.” Bisiknya lembut padaku. Tangannya mengelus lembut pipiku yang lembut ni. Huh. Aku menepis kasar tangannya.

            “What?!” Soalku geram. Lelaki tadi tersenayum senang mendengar jawapanku.

            “For your information. About my car, its not a big deal actually. Lambhorghini je kot. Berpuluh ribu je. But you beruntung sebab I tak nak you ganti kerosakan kereta I dengan duit.” Balasnya padaku dengan pandangan mata yang mengoda. Ish. Naik seriau aku dibuatnya!

            “So you nak I ganti dengan apa? Body I? Sorry!” Balasku geram padanya. Tergelak kecil lelaki itu olehku. Spontan jari telunjuknya memukul lembut bibirku. Terdiam aku dibuatnya. Entah kenapa. Walaupun dalam situasi macam ni aku rasa perbuatan lelaki tadi romantic sekali. Tidak pernah terlintas di fikaranku akan ada lelaki memukul lembut bibirku sepertinya. Who is he?

            “I tak nak you cakap macam tu. Sebab start from today you are mine sayang.” Bisiknya di telingaku. Mengelat kecil aku dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila lelaki tadi mencium cuping telingaku. Ish. Deraan mental betul mamat ni! senang-senang je buat aku macam ni.

            “Apa you merepek ni! Sejak bila I jadi milik you?!” Soalku kasar dan cuba untuk menolak lelaki tadi. Namun, sedikit pun dirinya  tidak bergerak. Yelah. Dah badan tegap semacam. Ish. Malam-malam macam ni takde ke orang lalu? Kalau orang lalu tu takpe. Boleh tolong aku ni. Tapi kalau dari pejabat agama! Simpang!  Tak nak aku kahwin dengan mamat ni.

            “Sejak you langgar kereta I sayang. You tahu tak my car tu ibarat my wife tau. So memandangkan you dah rosakkan dia and I dah tak berminat nak guna kereta tu. So I denda you jadi wife I. Mesti you suka kan?” Bisiknya kembali di telingaku dan memainkan jarinya di bibirku. Aduhai! Apa ni! Ingatkan perempuan je pandai mengoda! Rupanya lelaki pun sama!

            “Kalau I tak nak you nak buat apa?!” Soalku berani. Berani-berani takut sebenarnya. Lelaki tadi tergelak kecil.

            “So terpaksalah I buat benda yang husband and wife lakukan. You fahamkan sayang maksud I? You nak  kita buat ‘benda’ tu dalam kereta ke ataupun dekat hotel sayang?” Soalnya lagi dengan nada lembut ya amat padaku. Merah mukaku olehnya. Gila apa nak buat benda tu! Bukan aku bini dia yang sah!

“Gila!” Bentakku padanya dan memandang ke arah mp3 player keretaku. Namun daguku di pegang oleh lelaki tadi dan membawa mukaku agar memandangnya kembali. Aku terdiam apabila mukanya sudah mula di dekatkan dengan wajahku aku menjerit kecil dan menutup mata.

            “Ok fine! I akan jadi wife you!” Teriakku padanya. Kedengaran di cuping telingku lelaki tadi tergelak kecil.

            “Oh so sweet baby. Kan bagus kalau you cakap dari awal tadi. But its ok. I tahu you nak bermanja dengan I.” Balasnya nakal padaku dan membelai wajahku. Spontan aku membuka mata. Gila!

I hanya akan jadi wife pura-pura you je. Tak lebih! Now let me go! I nak balik!” Tegasku padanya. Dia tersenyum dan menjalankan jari telunjuknya di bibirku. Ish. Ni aku lemah ni. Aku tak sukalah dia buat macam tu. Aku tergoda tahu!

I akan lepaskan you malam ni. But make sure you call I esok. If not I akan cari you sampai dalam lubang cacing sayang. Get it?” Bisiknya perlahan padaku sambil tangannya kembali memukul lembut bibirku. Sejak tadi matanya asyik memandang mataku. Lemah den!

Fine! Let me go!” Marahku padanya dan menolak kasar tubuhnya keluar dari keretaku. Tergelak kecil lelaki tadi olehku. Huh. Gile betul mamat ni. Aku ni pun satu. Yang setuju je kenapa?! Bengong!

Give me back my id and passport.” Marahku padanya dan mengunjukkan lima jari kepadanya. Spontan saja belakang tapak tanganku di kucup olehnya.. Aku menarik kembali tanganku dan menjengilkan mata memandangnya. Lelaki tadi memberikan senyuman manis buatku.

I will keep this as a guarantee that you takkan lari dari I. Remember. You still ada 1 syarat lagi untuk you tunaikan. Get it sayang?” Balasnya padaku dan melayang-layangkan mykad dan pasportku di angin. Eeeee! Aku rasa nak gila je!

I..” Belum siap aku membalas kata-katanya, lelaki tadi sudah tunduk dan mencium dahiku lama. Aku pula? Terdiam tidak terkutik!

I pergi dulu. Nice to meet you dear. Bye.” Balasnya selamba. Tika aku tersedar lelaki tadi sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta. My kad dan passport aku! Macam mana nak cari dia kalau takde number phone? Bengong! Spontan aku keluar dari kereta dengan membawa Iphone di tangan dan mengetuk cermin keretanya. Lelaki tadi menurunkan cermin keretanya dan tersenyum memandangku.

“Ya isteriku?” Soalnya dengan nada lembut sekali kepadaku. Aku mencebik dan memandang ke arah lain. Aku menyerahkan Iphone pada lelaki tadi. Dia mengerutkan dahi.

You nak bagi I Iphone ni ke? No thanks sayang. I dah ada dua Iphone.” Balasnya selamba kepadaku. Aku mendengus geram dan berpeluk tubuh.. Lelaki tadi cuba untuk menahan senyum.

“Bukanlah! Number phone you. Macam mana I nak call kalau you tak bagi number phone.” Balasku geram padaku. Lelaki tadi tergelak kecil dan mengelengkan kepala. Tangannya pula ligat menaip sesuatu di Iphoneku. Number phonenya mungkin. Lelaki tadi menyerahkan kembali Iphone kepadaku. Aku pula menyambut dnegan kasar.

“Tak sangaka. Berminat juga you dengan I eh. Sampaikan number phone I you minta.” Sindirnya padaku. Aku menjeling tajam. Takde maknanya aku minat dengan dia! Eh. Ok I admit! Minat sikitlah sebab dia handsome. Hehe. Tapi tolak, bahagi, dan darab dah tak minat dah sebab dia gatal! Gila seks!

“Jangan nak perasan eh. I minta sebab I nak id and passport I tu.” Balasku geram. Lelaki tadi tergelak mendengar jawapanku.

“Nah. Sign.” Katanya padaku dan menghulurkan sehelai kertas A4 kosong dan pen. Aku menayang muka blur. Apa kejadahnya suruh aku sign ni?

For what?” Soalku hairan. Lelaki tadi tersenyum.

“Takkan nak minta sign model terkenal macam you tak boleh?” Soalnya sinis padaku. Aku terdiam. Erk. Dia kenal aku ke?

Did you know me?” Soalku hairan padanya. Dia menganggukan kepala dan mengambil majalah yang berada di tempat duduk blakangnya dan menghulurkan padaku. Ada pula lelaki handsome macam ni baca majalah pengatin? Haha. Gf dia punyer kot.

This is you right triesya?” Soalnya padaku. Aku mendengus dan mengambil kasar kertas dan pen yang dihulurkan olehnya.

Sign here dear.” Arahnya padaku dan menunjuk ke arah bawah A4 tersebut. Aku mengerutkan dahi dan menjelingnya tajam. Memang gila mamat ni. Setelah aku sign kertas yang diberikan olehnya. Aku menghulurkan kertas tersebut padanya dan berlalu pergi. Gila! Gila! Gila! Apalah malang sangat hidup aku ni! boleh pula jumpa lelaki kurang kasih sayang macam tu! Apa kes tetiba aku jadi wife orang ni? Aku rasa bodoh sangat sekarang ni. Cuma terlanggar kereta je terus jadi wife? Bodoh!

Masalah! Id dan passport aku! lusa aku ada flight. Macam mana ni! Passport oh passport!


********* AKU CINTA KAMU *******


TENGKU EZKANDAR HEIDI yang masih kaku melihat Syarifah Bikash Batriesya berlalu pergi dengan kereta BMWnya tersenyum. Tengku Ezkandar Heidi menggelengkan kepala. Mudah sekali ingin mengugut Syarifah Bikash Batriesya.

“Harap-haraplah dia tak macam tu dengan orang lain.” Desis hatinya. Tak ke naya tu jika Syarifah Bikash Batriesya senang untuk diugut. Melepas Tengku Ezkandar Heidi jawabnya.

Tengku Ezkandar Heidi tersentak apabila cermin keretanya diketuk. Tengku Ezkandar Heidi membuka pintu kereta dan turun dari keretanya.

“Amboi boss. Lebih-lebih nampak. Kata langar gitu-gitu je.” Sakat Burn pada Tengku Ezkandar Heidi dengan sengihan. Sejak tadi Burn berada tidak jauh dari mereka. Senang cerita tengah jaga line. Mana tau ada yang menganggu. Rosak plan. Burn hanya mampu tersengih apabila melihat bossnya dan model terkenal bernama Triesya itu. Siap main tindih-tindih pula dalam kereta. Bagaikan orang tengah buat ‘benda’ tu pun ada. Hehe. Tengku Ezkandar Heidi yang mendengar kata-kata Burn itu tergelak.

“Aku tak sengaja ok. Dia tu cantik sangat. Mana tahan.” Sakat Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Burn yang mendengar kata2-kata bossnya itu tergelak besar. Buaya tembaga betul bossnya ini.

So tadi macam mana? Teruk juga cik Triesya langgar kereta boss ni.” Soal Burn pada Tengku Ezkandar Heidi. Badannya dibengokkan sedikit untuk melihat keadaan belakang kereta Tengku Ezkandar Heidi yang agak teruk kerosakannya itu. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan menyandar di keretanya.

“Tak de hallah. Lambhorghini je.” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba. Burn pula terlopong mendengar kata-kata bossnya itu. Giler apa! ‘Lambhorgini je?’ Amboi. Kalau diberi pada Burn lagi baik. Desis hati Burn.

“Biar betul boss ni? Mahal siot kot kereta ni boss.” Soal Burn tidak puas hati. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum.
           
“Takpe. Asalkan plan B aku berjalan dengan lancar. Dengar baik-baik ni Burn. Kalau nak dapatkan sesuatu yang berharga kita perlukan pengorbanan. Hah! Pengorbanan aku pula Lambhorgini ni.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Burn hanya menganggukkan kepala saja. Pengorbanan versi orang kaya kot. Kalau orang yang biasa-biasa seperti Burn memang taklah.  Tengku Ezkandar Heidi membuka pintu kereta dan mengambil kertas kosong yang di sign oleh Syarifah Bikash Batriesya tadi. Kertas tersebut diberikan pada Burn.

“Buat seperti yang aku arahkan.” Arah Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Burn menyambut huluran kertas putih tadi dan memandang signature Triesya. Tersenyum kecil Burn dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi memandang Burn. Hairan.

“Asal kau senyum-senyum pula ni?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan.

“Ni hah boss. Signaturewife’ boss ni. Comel. Siap ada love-love lagi. Hahaha.” Terang Burn dengan gelak dan menghulurkan kertas tersebut pada Tengku Ezkandar Heidi. Tersenyum-senyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Ada-ada saja. Signature pun dah comel. Belum lagi orangnya.

“Berani kau ketawakan signature ‘wife’ aku ni eh?” Sakat Tengku Ezkandar Heidi dengan muka yang dibuat-buat serius. Spontan Burn menutup mulut.

“Eh. Sorry boss. Saya gurau je.” Dalih Burn dan menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf. Terlepas tawa Tengku Ezkandar Heidi saat itu juga. Ditepuk2 bahu Burn.

Relaxlah Burn. Aku gurau je.” Balas Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Takut benar PAnya itu padanya. Burn mengurut-urut dada tanda lega.

“Boss ni. Agak-agaklah nak gurau pun. Boss ni bukannya boleh dibawa gurau. Tapikan boss. Tak kasar sangat ke cara yang boss gunakan ni? Yelah. Orang nak memikat hati perempuan ni kenalah guna cara mat-mat romeo nuh. Lebih-lebih lagi orang cantik macam ‘wife’ boss tu.” Soal Burn pada Tengku Ezkandar Heidi. Sudah terbiasa lidahnya mengelar Syarifah Bikash Batriesya sebagai ‘WIFE’ bossnya. Itupun atas arahan Tengku Ezkandar Heidi. Burn merasa cara bossnya itu memikat Treisya bagaikan sedikit kasar. Main paksa-paksa pula. Tapi siapalah dirinya untuk membantah. Tengku Ezkandar Heidi tersneyum.

“Kasarlah juga. Tapi ni je caranya aku nak pikat dan buat dia jatuh cinta pada aku Burn. Triesya tu berbeza dengan perempuan-perempuan lain. Jinak-jinak merpati. Eh. Dahlah. Aku chow dulu. Aku nak pergi club ni. kau tolong ambilkan Ferrari aku kat rumah dan hantar kat club ok.” Arah Tengku Ezkandar Heidi pada Burn sambil membuka pintu kereta. Burn hanya menganggukkan kepala tanda faham. Orang kaya. Tukar kereta bagaikan tukar baju saja. Desis hatinya.


******** AKU CINTA KAMU *****


BRO, apa kes Lambhorgini remuk ni?” Soal Tengku Alif iaitu sepupu kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi yang waktu itu sedang duduk di bonet hadapan keretanya hanya tersenyum. Tengku Alif dan Ragel Erick saling berpandangan. Erk! Ada pula orang senyum yer bila kereta dia remuk.

“Wei bro! Asal senyum-senyum kambing ni?” Soal Ragel Errick pada pada Tengku Ezkandar Heidi dengan tangannya yang memegang bahu Tengku Ezkandar Heidi.

“excident bro.” jawab tengku ezkandar Heidi selamba. Terlopong mulut tengku aliff dan ragel errick. Tengku ezkandar Heidi excident?? Boleh masuk kat dalam buku sejarah sekolah ni. first time dalam hidup mereka tengku ezkandar Heidi yang merupakan pelumba kereta drift itu excident?

“Arh? Excident? Eh. Que Liff betul ke telinga aku ni? Tak salahkan aku dengar tadi?” Soal Ragel hairan sambil kedua tangannya memegang bahu Tengku Aliff. Tengku Aliff menepis tangan Ragell Errick. Lebih-lebih pula acai ni.

“Betullah Gel. Dia kata E.X.C.I.D.E.N.T” Jelas Tengku Aliff satu-satu. Ragel Erick tergelak. Tahu sangat yang Tengku Alff tengah bengang dengan dirinya.

“Siapa langgar siapa ni?’” Soal Tengku Aliff pada sepupunya itu.

“Aku yang dilanggar. Huh! Tak Nampak ke? Kan yang remuk kat belakang. Apa dah!” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba. Tengku Aliff yang mendengar kata-kata Tengku Ezkandar Heidi itu spontan menepuk dahinya. Bengong! Terang-terang lagi remuk kereta Tengku Ezkandar Heidi di belakang. Takkan depan kot.

“Apalah kau ni Que Liff. Menonong je kalau menanya tu.” Balas Ragel Errick selamba. Tengku Ezkandar hedii tergelak dengan perangai kedua-duanya. Kedua-duanya mencuit hati Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Aliff Bin Dato’tengku Hakim, merupakan anak teruna pak ngahnya. Manakala daddynya pula Tan Sri Tengku Haris merupakan anak sulung. Tengku Aliff kini merupakan seorang doctor di hospital swasta milik Dato’ Tengku Hakim. Tidak seperti abangnya Tengku Akiff yang memilih untuk menguruskan company papa mereka. Ragel Errick Dato Sri’ramuel Errick pula teman mereka sejak kecil sehinggalah ke university dan kini sudah bekerja. Ragel Errick kini menguruskan hotel milik papanya. Kedua-duanya seperti Tengku Ezkandar Heidi. Masih bujang dan playboy. Namun, kedua-duanya tetap tidak dapat mengalahkan kekacakan Tengku Ezkandar Heidi.

So siapa yang berani langgar kereta Tengku Ezkandar Heidi Bin Tan Sri Tengku Haris ni? Dia tak Nampak ke plat number kau? Private tu! TEH! Tengku Ezkandar Heidi.Sedap gitu!” Sambung Ragel Errck. Selamba saja Tengku Aliff menepuk kepalanya. Mengerang kesakitan Ragel Errick dibuatnya.

“Pandai kata aku. Padahal kau tu sama je. Soal soalan menonong!” Balas Tengku Aliff geram.

“Siapa yang langgar?” Soal Tengku Aliff pula. Tengku Ezkandar Heidi mengelengkan kepala. Kedua-duanya 2x5! Tengku Ezkandar Heidi hanya memandang kedua-duanya dengan senyuman. Manakala Tengku Aliff dan Ragel Errick pula mengerutkan dahi. Ada pula orang tersenyum apabila keretanya dilanggar.

“Chop! Don’t say it gurl dude!” Tembak Ragel Errick dan memandang Tengku Ezkandar Heidi yang semakin lebar senyumannya. Tengku Aliff menepuk dahi.. Patutlah senyum je. Kalau lelaki mahu mati orang tu dikerjakan Tengku Ezkandar Heidi gara-gara melanggar kereta kesayangannya.

Deruman kereta Ferrari F340 Tengku Ezkandar Heidi yang baru di parkingkan di sebelah kereta Lambhorgini Tengku Ezkandar Heidi itu menarik perhatian mereka betiga. Burn turun dari kereta dan menyerahkan kunci pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi hanya menganggukkan kepala tika Burn meminta diri dan hilang di dalam kereta Toyota Viosnya. Pastinya Burn ditemani adiknya.

“Ok aku chow dulu. Gel kau repairkan ok. Kaukan expert tentang Lambhorgini ni. Soal bayaran on me. No big deal. Bye!” Tengku Ezkandar Heidi masuk ke dalam keretanya. Sempat lagi dia mengingatkan Ragel Errick yang gemar membaiki kereta-kereta sport itu. Kepakaran Ragel sejak dulu.

“Wei! Que Ez! Kata nak lumba malam ni?” Jerit Tengku Aliff. Tengku Ezkandar Heidi hanya mengangkat tangan dan memandu keluar dari club tersebut. Tergeleng kepala Tengku Aliff dan Ragel Errick. Tadi mereka sudah berjanji untuk mengadakan perlumbaan malam ini di litar. Kereta-kereta juga sudah di set. Alih-alih Tengku Ezkandar Heidi tiada mood untuk berlumba. Hampeh betul!

“Aku bet mesti gurl tu akan jatuh ditangan Que Ez.” Balas Ragel Errick dengan confident pada Tengku Aliff. Tengku Aliff mengeleng.

“Aku tak sure. Sebab senyuman Que Ez kali ni berbeza. Selaunya kalau dia nampak perempuan cantik dan nak pikat perempuan dia akan bagitahu dekat kita. This time tak pula. One more thing, senyuman dia tadi. Nampak happy giler bro.” Jelas Tengku Aliff sambil menepuk jarinya telunjuknya pada pipi sebelah kanan. Ragel Erricik turut mengangguk. Mengiayakan kata-kata Tengku Aliff tadi.




B.E.R.S.A.M.B.U.N.G



P/S :: Psssttt !!! How was the story? Sorry kalau ada yang terkurang and 'terover' ke apa. Just ignore it. In real  life. Di larang sama sekalinya berkelakuan seperti Tengku Ezkandar Heidi. Hahaha. Naya engkau! In this story, aku nak tonjolkan seorang lelaki yang addicted dengan seorang perempuan then sanggup buat apa saja demi perempuan itu. That;s why keluar watak Tengku Ezkandar Heidi macam tu. Sometimes bila kita dah di dalam terpaksa kita akan berkelakuan lain dari peribadi kita yang sebenarnya kan? Itulah cinta. cehhh! skema sungguh! 

P/S :: Apa agaknya syarat yang dikenakan oleh Tengku Ezkandar Heidi kepada Triesya? kita nantikan new entry yer......

P/S ::: Please. please. and please. do comment yach! aku tengok banyak je yang view. comment takde. :( aku nak tahu apa respond korang tentang citer ni. kalau ukeh aku akan keep continue. kalau tak aku stop!

P/S :: Seperti biasa. Maafkan aku kalau ada yang terkurang dan terover ke apa.aku hanya manusia biasa yang tahu membuat salah saja. aku tak sempurna. maafkan aku yach! Jika ada bahasa.ayat dan perkataan yang tak baik and kena ke. Maafkan sayaaaaa~

P/S :: Thanx sudi baca ACK. Aku cinta kamu! you're rock bebeh! hehe. :) 






Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.

15 comments:

  1. wah!! kagum sekejap dgn cara Tg Ezkandar tu mengorat Batriesya.. hehehe.. :D

    ReplyDelete
  2. wah!!!! speechless ni!!!
    x taw nk ckp ap....
    mmg best giler-giler....
    harap2 nnti diterbitkan... amin.... *winkwink* (^_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. thanx dear :)
      wahhh sayer suke sbb awak suke. * erk blur dgn ayat sndri. hee *
      heee. x kot wak. i'm doing this just for fun jer. winkwink =)

      Delete
    2. hehehe!!!!
      Kalo wat versi cetak pon okew jugk RATU..!! ^__^

      Delete
    3. ehee. siapalh yg sudi bca citer x sberapa kite ne wak. hee . xpew. kita publish kat blog jew ukeh. free je nak bca. xpyh beli. hee

      Delete
    4. Tak KenaL mAka TaK cInTa... Hehe.. ^_^_^
      ratu ni berbakat... nmpk mcm penulis lame!!
      .. hehe.. (^_~)

      Delete
    5. ahahaa. badan kite dah kembangkembangkembang. ahaha =P

      Delete
    6. hahaha!!! ^_^_^ ..

      Delete
  3. best je tgk trish kene buli ngan que ez...
    bila xcident baru nak ingat papa ....
    nantikan sambungan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakkk.. hehe. tu lah sal. bila tyme ssh baru ngat kat papa. nakal btl. hee. insyala. keep follow. wink =)

      Delete
  4. TERgamam....fuhh....sweet giler.........*rasa mw pengsan skejap*hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. awakkk~ heee. stop! jangan pengsannnn. hehe . =P Thanx wak sudi baca.

      Delete
  5. Best. Cuma nk betulkan ejaan ACCIDENT.

    ReplyDelete
  6. awesome... :D se sweet Que Ez pikat Triesya

    ReplyDelete