Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Wednesday 25 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 4



AKU CINTA KAMU 4



HAHAHAHAHAHAAHAHAH.” Dengan tanpa rasa bersalahnya Ben mentertawakan aku. Cis! Bedebah betul dak Ben ni. Aku ingatkan bila dah story dekat dia tentang kes semalam dia akan kasihan pada aku. Ni tak! Digelaknya pula aku ni hah!

            “Wei! Sudahlah! Apa ni! Aku story dengan kau supaya kau dapat bagi advice pada aku. Kasihankan aku. Ni tak! Ketawakan aku pula!” Balasku geram pada Ben dan membaling bantal kecil yang menghiasi ruang tamu kondoku ini. Ben yang duduk di sebelahku tidak mengelak tetapi semakin menjadi-jadi tawanya.

            “Sorry dear. Let me finish first then kita continue balik ok. Hahahahahaha.” Balas Ben dan kembali menyambung tawanya. Muka aku dan cemberut bukan main lagi. Geram dengan si Ben kat sebelah aku ni. Menyampah betul!

            “Ben. I’m serious ok.” Balasku geram padanya. Aku menghempaskan badan di sofa dan berpeluk tubuh. Ben yang berada di sebelahku pula terdiam dan memandangku.

            “Ok-ok im sorry. Aku tahu aku dah melebih. Ok now sambung balik.” Balas Ben dan tubuhnya kini menghadapku. Aku mendengus.

            “Lelaki gila seks tu nak aku call dia hari ni juga. Kalau aku tak cari dia, dia kata akan cari aku sehingga ke lubang cacing. Masalahnya aku bengang! Aku malas nak call dia. But my id and passport with him. Aku nak buat apa ni Ben? Aku terpaksa ke Jepun esok!” Terangku pada Ben dan menggengam tangannya. Ben pula mengerutkan dahi . Sedang berfikir.

            “Siapa eh nama mamat tu? Mesti orang kayakan. Lambhorgini you!” Soal Ben padaku. Aku mencebik tatkala Ben memuji si lelaki gila seks itu. Kaya tak kaya. Kalau dah gatal. Hampeh!

            “Aduh!” Aku menepuk dahi. Ben kembali mengerutkan dahi.         

            “Kenapa pula ni?” Soal Ben hairan padaku.

            “Ben! Aku tak tahu siapa nama dia!” Aduku pada Ben separuh jerit. Kali ini tawa Ben meletus lagi. Lagi kuat dari tadi. Ben! Jahat!

            “Bak sini Iphone tu!” Arah Ben padaku setelah tawanya habis. Erk! Ben nak buat apa ni?



                  ****** AKU CINTA KAMU ****


SEJAK tadi Tengku Ezkandar Heidi memandang Iphone di tangan. Tak pernah-pernah Tengku Ezkandar Heidi membawa membawa masuk handphone ke dalam bilik mesyuarat. Memang arahannya pada staff dan juga dirinya. Bagi Tengku Ezkandar Heidi semua itu hanya menganggu mesyuarat yang dijalankan. Namun kali ini berbeza. Yang pasti semuanya kerana Triesya.

            Burn yang sejak tadi berada di sebelah Tengku Ezkandar Heidi menjeling Tengku Ezkandar Heidi yang duduk di sebelahnya. Tersenyum kecil Burn apabila bossnya itu balik-balik memandang Iphonenya. Pastinya menunggu ‘isterinya’ menelefon. Detik hati Burn. Burn hanya mampu mengelengkan kepala. Nilah jadinya bila buaya tembaga dah patah taring. Eh. Buaya tembaga ada taring eh? Hehehe.

            KRING! KRING! KRING!

            Tersentak satu bilik mesyuarat apabila kedengaran bunyi handphone berdering. Muka semuanya kelihatan pucat. Siapa yang tidak kenal CEO muda, Tengku Ezkandar Heidi itu. Mungkin Tengku Ezkandar Heidi muda namun ketegasan dan kreadibilitinya dalam menguruskan syarikat bagaikan orang yang sudah berpengalaman.

            Tengku Ezkandar Heidi memandang Iphonenya yang berdering dan mengerutkan dahi. Number yang  tidak dikenali. Siapa ya? Kalau Triesya memang bahagialah hidupnya. Namun jika bekas-bekas teman wanitanya. Memang masak! Dengan lafaz bismillah Tengku Ezkandar Heidi menyambut panggilan tersebut. Tidak dipeduli mata-mata pekerjanya.

            “Helo.” Suara seorang lelaki menyapa cuping telinganya. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Lelaki? Siapa ni? hampa siot! Ingatkan ‘wife’ aku tadi. Desis hatinya.

            “Helo.” Balas Tengku Ezkandar Heidi setelah berdehem membetulkan suaranya. Walaupun dengan lelaki suara macho mahu jaga ma. Kedengaran suara lelaki tersebut ketawa manja. Naik seriau bulu tengkuk Tengku Ezkandar Heidi mendengarnya.

            “Awwhh! Babe! Memang macholah suara dia.” Jerit lelaki tadi. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Ni kenapa pula ni? Nak kenakan aku ke?

            “Eh. Kau call dia ke babe? Wuhaaaaa! Tak mau sayang kau!” Jerit suara perempuan pula di hujung talian. Kali ini bibir Tengku Ezkandar Heidi mengukirkan senyuman. Triesya! Tengku Ezkandar Heidi pasti suara comel itu adalah Triesya. ‘Isterinya’. Tetapi siapa lelaki ni pula? Desis hati Tengku Ezkandar Heidi risau.

            “Eeee. Gediklah kau ni babe. Aku tak kira. Kau kena cakap dengan dia juga. Now! I’m serious ok. Nak id and passport kau ke tak? Nak pergi Jepun kan esok?” Suara lelaki tadi membalas. Tengku Ezkandar Heidi hanya mendengar perbualan mereka. Erk. Triesya nak pergi Jepun? Buat apa? Desis hatinya.

            “Hurm. Hello.” Sapa suara Triesya dihujung talian. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan berdiri. Burn dan staff-staff yang berada di dalam bilik meeting tersebut juga turut berdiri tanda hormat.

            “Give me ten minutes.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi pada mereka dan berlalu ke bilik pejabatnya melalui connection door di antara biliknya dan bilik meeting.

            “Arh?” Soal Triesya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tergelak dan duduk di kerusi empuknya.

            “Not you sayang.” Balas Tengku Ezkandar Heidi lembut.

            “Oooooo.” Balas Triesya panjang. Tengku Ezkandar Heidi kembali tergelak.

            “Panjangnya ‘O’?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Saja ingin menyakat Triesya. Padahal Tengku Ezkandar Heidi tahu gadis itu menyampah dengannya.

            “Eee. Suka hati I lah nak bagi panjang ke pendek.” Balas Triesya geram.  

            “Heyp! Tengok tu. Tak baik tau sayang. Tinggi-tinggikan suara dengan suami macam tu. Dosa!” Sakat Tengku Ezkandar Heidi lagi. Cuba ditahan mulutnya dari ketawa.

            “Euwwwh! Kereklah you ni!” Balas Triesya. Kedengaran suara lelaki ketawa dihujung talian.

            “Ben diamlah!” Kedengaran suara Triesya memarahi lelaki tersbeut. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi. Siapa pula Ben ni? Ish!

            “Siapa Ben?” Soal Tengku Ezkandar Heidi dengan nada serius. Agak cemburu sedikit di situ yer puan-puan. Kedengaran suara Triesya tergelak manja.

            “Boyfriend I lah. Kenapa?” Jawapan Triesya itu membuatkan hati Tengku Ezkandar Heidi panas.

            “Don’t you dare sayang! No matter it is. Putuskan hubungan you dengan bf you tu. Get it baby?” Arah Tengku Ezkandar Heidi penuh tegas. Membara hatinya menahan cemburu. Lagi marah bila Triesya sengaja gelak manja.

            “Hei! Sejak bila I jadi bf you ni? Euuwwwh! Tak selera nok! Selera I dengan lelaki je!” Kedengaran suara lelaki tadi memarahi Triesya. Spontan meletus tawa Tengku Ezkandar Heidi. Aduhai. Adik-adik ke? Patutlah.

            “Ish! Kau Ben ni memang tak membantu langsung!” Marah Triesya pada lelaki tadi.

            “Eeee. Suka hati I lah dear.” Balas lelaki bernama Ben itu pula. Makin melebar senyuman Tengku Ezkandar Heidi.

            ‘Triesya. Triesya. Nak kenakan aku. Tapi tak menjadi.’ Desis hati Tengku Ezkandar Heidi.

            “I tak tahu pula yang you.. Err. Minat dengan. You know….” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Saja ingin mengenakan Triesya. Menjerit kecil gadis itu olehnya.

            “Sorry sikit! I normal ok!” Balas Triesya geram.   

            “Ye ke normal? So you suka I lah ni?” Sakat Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya sambil tangannya bermain dengan pen di tangan.

            “Eee. Tak nak I dengan lelaki gila seks macam you ni.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tergelak.

            ‘Aku lelaki gila seks?’ Soalnya dalam hati dan sempat tangannya menunjuk ke dadanya. Tengku Ezkandar Heidi hanya menggelengkan kepala.

            “So my id and passport?” Kedengaran suara Triesya menyoal tentang id dan passportnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan mengeluarkan id dan passport Triesya yang berada di dalam poket kotnya. Ditatap wajah cantik Trisya tanpa make up itu. Cantik.

            “Gambar you look so suci dekat id dan passport ni dear.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman. Kedengaran Triesya menjerit.

            “Hei! Jangan tengoklah! Please! Hodohlah!” Jerit Triesya dihujung talian. Boleh tahan kuatnya sehinggakan Tengku Ezkandar Heidi menjauhkan sedikit Iphonenya dari telinga.

            ‘Ni kalau aku buat perangai selepas kahwin mahunya dia jerit kat aku. Satu rumah kot dengar.’ Desis hati nakal Tengku Ezkandar Heidi. Hehe.

            “Nyaring sangatlah suara you ni baby.” Rungut Tengku Ezkandar Heidi. Kedengaran Triesya mendengus.

            “Janganlah tengok please.” Rayunya dengan manja. Alahai! Hampir gugur jantung Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

            “Ok-ok. I tak tengok ok sayang.” Pujuk Tengku Ezkandar Heidi. Padahal matanya masih memandang id dan passport Triesya. Nakal. Hehe. Tipu sunat.

            “Ok good. Now you nak apa? Suruh I call ni?” Soal Triesya dengan nada lega. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Sejak-sejak mengenali Triesya dirinya sering kali tersenyum sendiri. Ni kalau orang lain nampak mahunya dia di cop gila! Hehe.

            “I nak jumpa you. Discuss about us and our agreement. My car,your id and passport. Remember?” Soal Tengku Ezkandar Heidi mengingatkan Triesya. Sengaja ingin mengunakan pendekatan psychology dengan gadis itu. Mengugut! Hanya itu caranya. Hehe.

            “What? Jumpa? Tak naklah.” Balas Triesya pantas. Tengku Ezkandar Heidi mendengus kasar. Degil!        

            “Jumpa I atau I buang id and passport you ni.” Ugut Tengku Ezkandar Heidi. Dia pasti dengan guna cara ni Triesya pasti akan setuju.     


            “Eh jangan! Ok fine! Kita jumpa. Dekat mana?” Soal Triesya dan mengalah. Tengku Ezkandar Heidi menekup kedua-kedua mukanya tanda alhamdulilah.

            “Malam ni. By 8 pm. Royal hotel?” Cadang Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya. 

            “Hotel? No way. Kat mcd jelah.” Balas Triesya. Tengku Ezkandar Heidi tergelak kecil. Otak kuning betul budak ni. Desis hatinya.

            “Otak kuninglah you ni sayang. I nak belanja you dinner. Mcd? No way! I tak pernah jejakkan kaki kat tempat tu.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan tegas. Mcd? Tak pernah dalam sejarah hidupnya mengambil makanan segera seperti itu. Mummynya lain, ketat sikit bab-bab makanan ni.

            “Alarhhhh. Bolehlah. Please! Kalau tak nak sudah!” Rayu Triesya kepada Tengku Ezkandar Heidi. Sempat lagi mengugut lelaki itu. Tengku Ezkandar Heidi mendengus. Alahai hati. Asal cair ni.

            “Ok fine. 8 pm sharp!. See you there. Asalamualaikum isteriku.” Tengku Ezkandar Heidi bersetuju dan memutuskan talian. Sempat  lagi mengenakan triesya. Mcd? Sudah!

            “Boss?” Tegur Burn yang sedang berdiri di connection door. Tengku Ezkandar Heidi memandang Burn dan menaikkan kening. Serba salah Burn dibuatnya. Hampir 5minit jugalah dia dok tercongok berdiri di situ. Nak mencelah tidak berani.

            “Dah 15minit boss. Boss masih ada meeting lagi.” Burn mengingatkan Tengku Ezkandar Heidi. Nak kena ingatkan orang yang tengah angau ni. Kalau tak susah. Spontan Tengku Ezkandar Heidi menepuk dahi.

            “Sorry. I lupa.” Balas Tengku Ezkandar Heidi serba salah. Terlalu seronok berbual dengan buah hati sampaikan terlupa meeting yang diadakan. Dengan  pantas Tengku Ezkandar Heidi memasukkan Iphone dan id serta passport Triesya ke dalam poket kotnya dan berdiri. Saat tiba di hadapan Burn, Tengku Ezkandar Heidi berhenti.

            “Err. Burn. Kau pernah pergi mcd ke?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Burn. Burn mengaru-garu kepala. Tiada angin tiada rebut bossnya menyoal mengenai mcd.

            “Pernah boss. Banyak kali dah. Kenapa? Boss nak makan ke?” Soal Burn hairan. Sepanjang dia bekerja dengan Tengku Ezkandar Heidi tidak pernah bossnya itu menjejakkan kaki ke restoren makanan segera. Yang selalu menjadi kegemarannya adalah restoren dan hotel-hotel mewah saja. Orang kayalah katakan.

            “Taklah. Tak teringin aku. Triesya. Dia nak bawa jumpa kat sana.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan menmicit dahinya. Meletus tawa Burn saat itu juga. Tambah berkerut dahi Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya.

            “Dah kau ni kenapa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Tiba-tiba pula ketawa. Ada yang lucu ke? Spontan Burn menutup mulut menahan ketawa.           

            “Sorry-sorry. So boss setuju ke?” Soal Burn apabila ketawanya sudah reda. Tengku Ezkandar Heidi mengeluh.

            “A’ah. Aku setuju. Gila tak setuju! Rosak plan aku nanti.” Balas Tengku Ezkandar Heidi serius. sekali lagi Burn meletuskan tawanya.

            “Hoi!” Hah ambik engkau! Spontan saja Tengku Ezkandar Heidi mengetuk kepala Burn. Terdiam Burn dibuatnya.

            “Hehe. Sorry boss. Luculah. Tak tahan. Kalau boss nak tahu. Inilah namanya pengorbanan boss.” Jelas urn. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.

            “Pengorbanan?” Soalnya hairan. Burn menganggukan kepala.
           
            “Kan boss kata kalau kita nak dapatkan sesuatu yang berharga kita kena berkorban. So saya rasa inilah pengorbanan boss. Pergi ke restoren makanan segera tu walaupun boss tak suka. Boss ni dikira untung tau sebab orang dulu-dulu tu siap korbankan nyawa dan badan tau demi kekasih mereka.” Terang Burn panjang lebar. Terjengil mata Tengku Ezkandar Heidi di buatnya. Sekali lagi kepala Burn menjadi mangsa ketukan Tengku Ezkandar Heidi.

            “Ish. Apa ni boss!” Rungut Burn dan mengosok-gosok kepalanya.

            “Buang masa aku cakap dengan kau ni.” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba dan terus masuk ke dalam bilik meeting. Burn pula mencebik bibir.

            ‘Tadi dia juga yang soal aku.’ Bisik Burn perlahan.

            “Burn!” Kedengaran suara Tengku Ezkandar Heidi memanggil Burn.

            “Yes boss. I’m coming!” Balas Burn dan mengaru-garukan kepalanya. Sabarlah badan. Desis hatinya.


B.E.R.S.A.M.B.U.N.G





P/S :: Psssttt~ As usual, how was the story????? Hari ni pendek je kan. Bosanlah harihari panjangpanjang. Erk! mengada lebih! Hehehehe. Macam mana agaknya nanti bila Que Ez berjumpa dgn Triesya eh? Huhuhuhu. Kalau nak tahu. Gerakgerakkan jemari anda. Then, simpan jemari anda yang cantik itu ke atas keyboard laptop dan................. Taiplah. comment yer! hehehe. Comment bnyk baru nak post new n3. Erk! Aci tak?

P/S :: As usual juga, aku nak minta maaf kalau ada yang terkurang, terover mahupun banyak kesalahan bagi perkataan, ejaan,ayat dan apaapa jelah ukeh. Maafkan sayer mak incik! Hehehe. =P


Till Then,



Sincerely,
Ratu Adriana Nadine.


12 comments:

  1. a'ah mmg pendek pn.. tp, comel la TE tu.. hehe.. x sabar nk tahu mcm mana la gaya dating diorg berdua tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. pendek erk? nnty kite panjangkan ukeh. hee. eh. awk org 1st yg comment. yay! hee. will updte soon. nntykan yer drg dating. hee =)

      Delete
  2. wow...agenda baru nak mula....
    apa kat mcd nanti eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehee. awak. a'ah. plan 'nakal' Que Ez dan bermula. will update soon :)

      Delete
  3. best3!!! ^_^_^... pendek entri ni.. hehe
    trsnyum jer bce entri ni dri tdi.. ^_~...
    ap plan Que Ez ek? jengjengjeng......

    ReplyDelete
  4. heee. lylea. dri tadi kite tgu awak taw! hehehe. pendek an. xpew. next n3 kite bagi baut panjangpanjang. hehe. =) plan Que Ez an. plan dya an.... shhh~ kite tguw next n3 erk. hehe. =P Will update tomorrow :)

    ReplyDelete
  5. best sangat nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anonymous, thanx wak :) nnti kite smbg ukeh. feel free to follow and comment ukeh :)

      Delete
  6. adess....bru ne rasa jatuh centha dgn Que Ez dh abis...sweet btul la mrk ni..ish3...x sbar tunggu nxt n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee. sorry wakkk. malam ni kite update new n3 ukeh. jangan lupe baca taw :) Que Ez berjumpa dgn Triesya kat Mcd. heee

      Delete
  7. sgt ciut cite ni..sgt in luv..plezzz la post byk2..

    ReplyDelete