Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Saturday 28 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 6






AKU CINTA KAMU  6




TRIESYA!!!” Jeritan kuat dari Ben dari muka pintu kondoku itu membuatkan aku yang sedang minum jus orange di meja makan tersembur. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

            “Babe! Hot news babe! Panas!” Kata Ben padaku dan mengambil tempat duduk di hadapanku sambil mengipas-gipas newspaper yang berada d tangannya. Aku mengerutkan dahi. Apa yang panas-panas ni. Pisang goreng ke? Sedap juga layan makanan alah tu awal-awal pagi macam ni. Hehe.

            “Whoa! Relaxlah babe. Tarik nafas… Hembus. Tarik lagi sekali. Ok hembus.” Balasku pada Ben dan menyuruhnya menarik nafas agak dapat menenangkan diri. Ben pula bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya saja. Mengikut setiap arahanku padanya. aku suruh menarik nafas. Dia tarik. Aku suruh hembus. Si Ben pun menhembuskan nafasnya. Hehe.

            Setelah menenangkan diri, Ben mengambil mug kosong yang berada di atas meja dan menuangkan jus orange di mug tersebut. Aku hanya memerhati perbuatan Ben itu. Setelah meneguk sekali dua. Ben mengambil pula roti dan menyapukan blueberry jem di atas roti tersebut. Setelah habis semua permukaan roti di banjiri jem, Ben pula memasukkan ke dalam mulutnya. Amboi. Anak siapalah ni. Macam tak makan semalam je!

            “Wei. Makan-makan juga. Minum-minum juga. Ni yang aku tunggu kau dok story apa yang hot news tu tak juga kau buka mulut tu. Sedap sangat agaknya roti tu.” Sindirku pada Ben dan menjelingnya. Ben tersengih dan mengangkat lima jarinya agar meminta aku menunggunya menghabiskan baki roti yang terdapat di dalam mulutnya.

            “Kau dah baca newspaper pagi ni?” Soal Ben padaku setelah rotinya dihabiskan. Aku mengerutkan dahi. Newspaper? Selalunya si Ben ni yang sibuk membelikan dan membacakan newspaper untuk aku. Kalau aku memang taklah. Aku menggelengkan kepala. Ben pula ku lihat tersenyum dan menayang-nayangkan newspaper yang di bawanya tadi di udara. Semakin berkerut dahiku dibuatnya.

            “See what I got!” Balasnya padaku dengan nada teruja.

            “Newspaper. Budak tadika pun tahu Ben.” Balasku selamba dan menghirup kembali jus orangeku. Ben tersenyum jahat di hadapanku da meletakkan newspaper tepat di hadapanku. Hampir terbutang mataku dibuatnya.

            “Pssst!” Tersembur jus orange yang ku minum tadi di muka Ben. Hehehe. Tersengih aku dibuatnya. Ben pula memejamkan matanya dan mengelap mukanya dengan tisu yang berada di atas meja.

            “What the heck betullah amoi ni. Buat penat aku make up tadi pagi.” Balasnya geram padaku sambil mengelap mukanya dengan tisu tadi. Aku mencebik. Yelah tu. aku mengambil newspaper yang berada di atas meja.


KEKASIH TENGKU EZKANDAR HEIDI TAN SRI TENGKU HARIS-TRIESYA MODEL TERKENAL


Terbutang mataku membaca headline besar di muka depan newspaper tersebut. Siap ada gambar-gambar aku dan lelaki gila seks tu. Ketika lelaki itu mencium pipiku,memegang tanganku,merenungku,mengelap bibirku, dan menarik tanganku keluar dari mcd. Gambar yang paling besar dan jelas adalah ketika aku dan lelaki itu berdiri di hadapan  kereta lelaki itu. Cekap sekali wartawan itu mengambil gambar kami.

            Eh chop! TENGKU EZKANDAR HEIDI TAN SRI TENGKU HARIS? Erk! Lelaki gila seks tu TENGKU? Biar betik! Patutlah ada kereta Ferrari dan Lambhorgini yang aku langgar tu. Cis! Kenapa aku tak perasan semalam? Aku berdiri dan masuk ke dalam bilik tidurku. Aku mengambil sampul putih yang berada di atas meja dan menarik keluar perjanjian kami semalam. Nama yang sama. TENGKU EZKANDAR HEIDI. Aku kembali memasukkan perjanjian tersebut di dalam sampul putih tadi dan membawa sampul tersebut kembali ke dapur.

            Ben yang sedang membaca newspaper itu kembali memandangku dan mengerutkan dahinya. Muka aku dah cemberut dah. Cis. Awal-awal pagi dah moody. Takde hong ma!

            “Any comment?” Soal Ben padaku dan menunjukkan jari telunjuknya ke atas dada akhbar. Aku mencebik.

“Aku tak tahu pun yang dia tu tengku.” Jujurku pada Ben dan memandang newspaper yang berada di hadapan Ben. Ben tersenyum.       

“Babe. Kau tahu tak siapa lelaki ni?” Soal Ben padaku sambil menujukkan gambar lelaki tadi.

“Lelaki gila seks.” Jawabku selamba. Meletus tawa Ben.

“Bukanlah.” Jawabnya apabila tawanya sudah redah.

So?” Soalku padanya. Ben tersenyum dan membuka handbag LV rona hitamnya. Ipad dikeluarkan dan tangannya ligat menekan-nekan screen Ipad.

“Nah tengok ni.” Balas Ben padaku dan menyerahkan Ipad nya padaku. Aku menyambut dan memandang Ipad. Ok. I admit! Rahang mulut aku ni macam nak terlepas je.

WTF!” Luahku tanpa sedar. Spontan Ben ketawa dan mengambil Ipadnya kembali.

“Aku bacakan ok. Dengar ni. Tengku Ezkandar Heidi Tan Sri Tengku Haris merupakan CEO muda Royal Holdings. CEO muda kacak ini mampu menujukkan kreadibiliti dan keupayaannya dalam memimpin dan menguruskan sebuah syarikat gergasi milik keluarganya.” Baca Ben pendek. Aku terbatuk sendiri. Biar betik! Kaya gila mamat ni!

“CEO? Royal Holdings?” Soalku meminta kepastian pada Ben. Ben menganggukan kepala dan tersenyum.

“Royal Jewelleries sekali.” Tambah Ben. Aku terlopong dan menepuk dahi.

“Kenapa?” Soal Ben hairan.
           
“Aku dah sign contract dengan Royal Jewelleriskan?” Soalku inginkan kepastian dari Ben. Ben menganggukan kepalanya.

Mampus!” Balasku. Gila! Semakin mudahlah lelaki tu kerjakan aku!

“Kenapa?” Soal Ben lagi. Aku menyerahkan sampul putih yang berada di atas meja pada ben. Ben menyambut dan membuka sampul tersebut. Hampir terjuling mata Ben membaca isi-isi perjanjian kami.

“HAHAHAHAHAHAHA!” Sekali lagi Ben buat perangai. Ketawakan aku je kerjanya.

“Ben! Janganlah ketawakan aku! sepatutnya kau kasihankan bestfriend kau yang teraniaya ni. Takde human sense betullah mamat ni.” Balasku geram pada Ben dan berpeluk tubuh. Geram! Ben masih galak ketawa. Namun ketawanya tidak sekuat tadi.

“Ok-ok. Sorry darling. Aku takde maksud nak ketawakan kau. Aku tak sengaja nak TERketawa. I bet you! That tengku dah tangkap cintan dengan kau babe. Kau tau tak kat luar tu termasuk aku ni hah terhegeh-hegeh nak dapatkan Tengku Ezkandar Heidi tu tau. Kalau cekup jadi laki confirm bahagia you! Kat leher kau ni akan selalu dihiasi dengan set-set barangan kemas yang mewah dear!” Balas Ben penuh teruja. Siap terbayang-bayangkan lagi set barang kemas mewah tersarung dilehernya sambil memegang-megang lehernya. Aku mencebik dan berdiri. Ben pula mengikuti langkah kakiku ke bilik air. Apa lagi kerjaku. Bersihkan mulut dan gigilah.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Apa gunanya hidup mewah jika tidak bahagia? Buktinya aku! Papa mungkin tidak sekaya Tengku Ezkandar Heidi. Namun harta papa tidak mungkin akan habis hingga ke 7 keturunan sekalipun. Hidupku sejak kecil dilitupi dengan kemewahan. Apa yang aku inginkan pasti dapat. Aku mengaku aku bahagia. Bahagia dengan keluarga bahagia dan kemewahan yanag aku miliki. Namun kebahagiaan itu diragut sejak kematian arwah mama. Sejak mama meninggalkan aku, aku rasakan kehidupan aku semakin hambar dan sunyi. Sunyi. Ya sunyi. Aku kesunyian tanpa kasih sayang seorang ibu.

“Tapikan babe. Dengar cerita banyak gossip yang mengatakan Tengku Ezkandar Heidi tu playboy. Gf keliling pinggang you! Tapi logiclah kan. Orang handsome macam dia tu. ish. Kalau aku, aku pun sanggup bermadu!” Sambung Ben kembali dan berdiri berpeluk tubuh dan menyandarkan tubuhnya di  muka pintu bilik airku. Aku mencebik.

See! Kau sendiri dengar yang dia tu P.L.A.Y.B.O.Y. Spesis yang takkan pernah setia pada seorang wanita. So apa ke jadahnya dia nak dengan aku ni? Siap ugut aku segala. Aku benganglah! Tak pasal-pasal mamat tu menyibuk hal hidup aku!” Balasku geram pada Ben dan membuka penutup dentine. Ben mengganggukan kepalanya sambil tangan kanannya mengetuk-getuk dagunya. Lagak bagaikan orang sedang berfikir saja. Aku memulakan rutih harianku. Iaitu berkumur. Aku masih ada masa sejam lagi. Jam10 nanti adalah flightku. Sekarang ni baru jam0830. Masa adalah emas bagiku. Biarkan aku menunggu orang. Jangan orang menungguku. Biarkan aku memarahi orang. Jangan orang memarahiku. Take note!

“A’ah eh. Kau tau tak. Aku terpaksa off handphone tau. Sejak pagi tadi dah banyak yang call bertanyakan gossip kau dan tengku tu. Ish. Aku pula yang trauma mendengar bunyi phone sekarang ni.” balas Ben geram. Aku tergelak di dalam hati. Nasib kau lah Ben.

“Tapikan… Aku rasa dia benar-benar nak dekat kau. Kalau tak masakan dia sanggup buat macam tu? Cuba kau bagitahu kat aku ni? Lebih banyak perempuan cantik kat luar tu yang nakkan dia. Just petik jari. Pasti ada yang datang pada dia. Tapi yalahkan. Kau ni cantik. Terlebih cantik aku rsa. Yang aku ni pun dah mengaku kau cantik. Apatah lagi si tengku tu. Hurmmm… Let me see. Sebelum ni gossip-gossip liar mengenai tengku tu takdelah sampai jadi headline besar macam ni. Dengar cerita tengku tu memang playboy. But playboy-playboy dia, takdelah serius dengan mana-mana wanita sampai sanggup announce relationship and status dia pada mana-mana media. Ok now, game is on kalau tengku tu announce tentang relationship korang pada media. That’s means tengku tu serious dengan kau!” Terang Ben panjang lebar padaku. Serius pula tu muka dia. Aku hanya mengerutkan dahi. Tak faham sangat sebenarnya.

Apalah si Ben ni. Teori apa yang dia pakai entah. Tengku tu serius dengan aku? Memang taklah. Ben sendiri cakap yang tengku tu playboy. Mana tau dia just nak dapatkan aku je. Yelah. Lelaki. Ego lebih. Bila dapat yang cantik. Nak lagi cantik. Kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan kaum adam ni. Eh. Haruslah. Aku kan perempuan. Lagi pula, dalam kamus hidup aku tak pernah ada perasaan cintakan lelaki, bukan kerana ku lesbian eh. Tapi aku belum ada perasaan jatuh cinta. Senang cerita aku belum jumpa FIRST LOVE aku lagi. Hati aku ni masih suci dari mana-mana lelaki. Agak-agak macam mana eh rupa first love aku tu? Hehe. Aku harap first love aku akan jadi husband aku. In shaa Allah. Kita hanya merancang. Allah swt yang menentukan. Betul tak? Betul tak? Ish. Macam Eric Leong pula. Ahaks!

Aku tersentak dari lamunanku apabila kedengaran Iphoneku yang berada di atas meja makan berlagu kuat. Bagaikan mengerti, Ben meninggalkan aku di dalam bilik air dan mengambil Iphoneku yang berada di atas meja. Saat Ben kembali di muka pintu bilik airku senyuman manis terukir di bibirnya. Aku hanya memandang Ben yang berada di belakangku itu melalui pantulan imejnya di cermin singki. Aku mengerutkan dahi dan menaikkan kening.

Talk about the devil. He’s on the online.” Balas Ben mengerti dan menunjukkan Iphone di tangannya padaku. Termuntah dentine aku saat itu juga. Cis. Awal pagi dah menggangu hidupku. Ben tergelak dengan reaksiku itu. Siap menekan-nekan perutnya lagi. Aku mendengus dan mengelap mulutku dengan tuala bersih. Iphone di tangan Ben ku rampas. Ben hanya membiarkan dan mengikuti langkahku ke meja makan. Iphone aku loudspeakerkan kerana Ben ingin mendengar perbualanku dan Tengku Ezkandar Heidi.

“Asalamualikum isteriku. Morning sunshine.” Suara garau dan romantic Tengku Ezkandar Heidi menyapa telingku. Ceria semacam mamat ni. Aku menjuling mata dan membuat muka menyampah. Ben yang menyaksi reaksiku itu menahan ketawa sambil menutup mulutnya. Takut didengari oleh Tengku Ezkandar Heidi mungkin.

“Walaikumsalam and…. Morning too.” Balasku pendek. Aku duduk di kerusi meja makanku dan memerhatikan Ben yang sedang mengemas-gemas meja makanku. Cekap betul si Ben  ni bekerja. Kedengaran Tengku Ezkandar Heidi tergelak manja. Ceh.
           
Did you read the paper dear? You like it?” Soalnya mesra padaku. Aku mencebik. Suka? Gila agaknya mamat ni. Suka kebendanya. Menganggu ketenteraman hidup aku saja. Memanglah gossip-gossip mengenaiku sesekali keluar di newspaper dan media elektronik. Tapi tidaklah sehebat ini. Eh. Seteruk ini. Dulu gossip-gossip mengenai kerjayaku dan apa lagi jika tidak gossip mengenai siapa kekasihku. Siap dikaitkan  dengan golongan VVIP pulak tu. Ish. Macam aku kemaruk sangat!

Pleaseee! Orang gila je suka tu semua TENGKU.” Balasku geram dan menekankan perkataan TENGKU kepadanya. Biar dia sedar perbezaanku dan dirinya. Aku hanya dari golongan SYED DAN SYARIFAH. Tidak sepertinya. Tengku Ezkandar Heidi kembali tergelak.

“Heyp! What did I said last night sayang? HUBBY. H.U.B.B.Y. Get it baby?” Balasnya padaku sambil menekan-nekankan perkataan HUBBY dan mengejanya satu-satu pula. Hampeh. Ben kembali duduk di hadapanku setelah siap mengemas meja makanku dan mencuci mug.

“Uwek! Nak termuntah I dengar.” Balasku selamba padanya dan siap buat bunyi orang nak termuntah. Lelaki itu makin galak gelaknya. Ben pula tersenyum-tersenyum. Siap menyimpan tangannya di dada. Konon-konon suka melihatku yang sedang berbual dengan tengku kesayangannya itu. Cehh.

“Janganlah muntah-muntah sayang. Kita belum nikah lagi. Tak baik tau pregnant before nikah ni. nanti mummy kejar I dengan periuk belanga pula.” Guraunya padaku dengan gelak yang masih bersisa. Aku mencebik.

“Dahlah. Loyar buruk pula dia. Nak apa call I pagi-pagi ni? Takde kerja lain ke apa?” Balasku geram padanya. Yalah. Awal-awal pagi lagi dah menganggu kenteraman awam. Ceh. Kententeraman aku je. Hehe.

“Eh. Ni termasuk dari kerja I lah ni sayang. Call cik wifey I every morning,afternoon,evening and night. Wajib tu. Eh. Jangan terharu ok sayang. Ni baru sikit je.” Balasnya selamba padaku. Aku mencebik. Entah apa-apa entah lelaki ni. Suka sangat gelar aku cik wifey dia. Kemaruk sangat nak kahwin agaknya.

“Menyampah! Perasan lebih. Kalau kemaruk sangat nak kahwin better tengku kahwin cepat-cepat. Gatal lebih.” Balasku selamba padanya. Meletus tawa lelaki itu olehku. Bergabung pula dengan tawa Ben yang berada di hadapanku ini. Eee. Dua-duanya sama je.

“Awwwh! So sweet! Sayang dah ready ke nak kahwin dengan hubby ni? Hubby on je.” Balasnya selamba. Aku terbatuk-batuk dibuatnya. Gila! Asal aku  terlibat sama ni!

“Eeee. Siapa nak kahwin dnegan awak tu? Perasan je lebih dia ni!” Balasku geram. Lelaki tadi masih dengan tawanya.

“Dah tu kenapa sebut tentang kahwin? I akan kahwin dengan you sorang je. Hati I ni dah di penuhi dengan nama Syarifah Bikash Batriesya sorang je. Mark my word.” Balasnya lembut. Alahai. Asal hati aku sejuk je dengar suara dia ni. Tak keterlaluan aku katakan yang lelaki ini begitu lembut nada suaranya apabila berbual dengan wanita. Pandai dia ambil hati. Dah namanya playboykan. Haruslah!

“Eeeeee. Gelilah! Nak bernanah telinga I ni mendengar. Staright to the point je lah. Tengku nak apa ni?” Soalku padanya. Malas nak melayan lelaki ni. Gila.

“Ok-ok. For the first day, I nak ingatkan you yang you diwajibkan inform I apa yang you lakukan and where you are. And one more things, you tak payahlah kerja hari ni.” Balasnya selamba padaku. Spontan aku berdiri tegak. Kalau bab-bab inform menginform boleh lagi dipertimbangkan. Ni dah masuk campur hal kerja aku.

            “Helooo! You takde hak ok nak masuk campur dalam urusan kerja I . Suka hati I lah nak kerja ke tak!” Balasku dengan amarah. Kedengaran lelaki itu mengeluh dan menarik nafasnya.

Listen here, untuk kali yang ke100nya I nak ingatkan you that you are my WIFE. WIFE dear. So I ada hak nak ke atas you.”  Balasnya dengan nada serius padaku. Tiada lagi tawanya. Aku mengerutkan dahi. Apa kejadahnya ni! Sejak bila pula aku dah bernikah ni? Dah tu nak ingatkan aku untuk kali ke-100? Berjumpa pun baru 3 kali! Ketara sangat menipu.

            “Hei. Sejak bila kita bernikah? Memandai je!” Balasku geram. Meletus tawa Ben mendengar jawapanku itu. Aku menjeling Ben tajam. Tapi acai tu buat derk je dengan aku ni hah.

            “You nak I bacakan agreement tu ke sayang? Ke you nak I nikah dengan you betul-betul? I don’t have problem with that dear. Sebesar stadium I tadahkan pada you.” Balasnya selamba.

            “Eeeeee!” Aku menjerit geram dan kuat. Gila tak kuat. Sampaikan si Ben pun terhenti ketawa dan menutup telinganya. Hah! Bakat aku dah terselah tu. Kalau jadi penyanyi pun dapat mengalahkan Ning Baizura nuh. Hehe.

            “Hei! Sakitlah telinga I ! You ni kan. Jangan lepas kita kahwin you jerit-jerit macam ni sudah, I cari lain!” Marahnya padaku. Aku mendengus kasar. Kahwin! Kahwin! Kahwin! Tak habis-habis dengan kahwin dia! Cari lain? Carilah! Lagi aku suka!

            “Suka hati I lah! Eee, siapa nak kahwin dnegan you! Baguslah tu. Carilah lain. I tak kisah pun,. Lagi suka. Ha.ha.ha.” Balasku dengan tawa yang di buat. Kedengaran lelaki itu mendengus kasar. Aku tersenyum menang. Benganglah tu! Ahahahah.

            “Don’t you ever,ever and ever think about it dear! We’ll married! And you’ll be mine! I akan buat you jatuh cinta pada I sampaikan you dah tak boleh pandang lelaki lain!” Balasnya padaku dengan nada serius dan tegas. Aku terdiam. Tiada lagi senyuman di bibirku. Ben pula sudah menghilang dari dapur. Ke ruang tamu mungkin. Huh. Kecut perut aku dibuatnya. Tegas ya amat juga mamat ni.

            “Hei! Janganlah tegas sangat! Chill bro! Buat perut I kecut je awal-awal pagi yang indah ni.” Balasku padanya. Gila tak kecut perut! Suara dia serius dan tegas semacam. Macam ugut aku pun ada.

            “Babe!” Suara cemas Ben pula menyapa telingaku. Ben berdiri di muka pintu dapur dengan nafas yang tercungap-cungap. Berlari mungkin. Muka pun Nampak cemas je.

            “Kenapa Ben?” Soalku pada Ben hairan.

            “Come! You must see this!” Balas Ben padaku dan menarik tanganku ke ruang tamu dan balcony kondoku. Aku hanya mengikut.

            “Why sayang?” Kedengaran suara Tengku Ezkandar Heidi menyoalku dengan nada lembut kembali. Aku dah tak kuasa nak balas. Aku dah blurr dengan perangai si Ben ni. Apa kejadahnya bawa aku keluar ke balcony ni? Nak humban aku ke bawah ke? Ish. Simpang!

            “What the?!!!” Spontan itu yang keluar dari mulut. Aku menutup mulutku dengan tangan kiri dan tangan kanan memegang Iphone. Ben pula tak tentu jalannya. Sekejap-kejap ke kanan. Sekejap-kejap ke kiri.     

            “Sayang. Are you still there? What is it? Tell me.” Tengku Ezkandar Heidi dengan nada cemas menyoalku.

            “You… Banyak reporter kat bawah kondo I ni. apa yang I nak buat?” Aduku padanya luar sedar. Mataku masih ralit memandang reporter-reporter yang berada di bawah kondo. Sebenarnya di luar pagar. Nasiblah aku tinggal di kondo mewah ni. Keselamatannya di titik beratkan. Bukan calang-calang orang boleh sesuka hati keluar dan masuk dari kawasan kondo mewah ni. Pastinya guard-guard yang ditugaskan di pintu utama tidak mengizinkan mereka masuk.

            “Guard call tadi. Katanya mereka semua tu nak jumpa you.” Jelas Ben padaku. Terbuntang mataku dibuatnya.

            “Ok-ok relax. Itu antara salah satu sebabnya I call you ni. I pun tersekat tadi time sampai kat office. Ramai reporter yang menunggu I . I dah bercakap dengan pengurus kondo you tu. Mereka akan pastikan yang reporter-reporter tu tak dapat masuk dan mengganggu you. I dah maklumkan pada FLY Airlines yang you tak dapat kerja hari ni. No worries. Dato Fernandez is one of my friends. Dia dah gantikan you dengan other stewardess.” Terang Tengku Ezkandar Heidi panjang lebar padaku. Aku menapak masuk ke ruang tamu dan merebakan tubuhku di sofa L-shape putihku. Begitu juga Ben. Aku mengeluh. Aduhai. Apalah nasib. Dahlah selama ni kehidupan aku memang tak ada privacy. Sekarang bertambah teruk!

            “I’m sorry dear. No worries. It’s all on me. I will fixed it.” Balasnya lagi padaku. Aku merenung gambarku yang sebesar alam itu. Saja aku meletakkan di ruang tamu. Cantik pula aku tengok. Besar ya amat. Duit pun ya juga. Hehe.

            “So what do you want me to do?” Soalku lemah padanya. Yelah. Dia yang menimbulkan semua ni. Ben di sebelahku hanya mendiamkan diri. Tengah sibuk menekan-nekan Ipadnya.

            “Just stay at home. You tak payah keluar ke mana-mana hari ni ok.” Balasnya padaku. Serupa arahan pun  ada. Aku menganggukan kepala. Betul juga tu. Kalau aku keluar, mahunya aku pengsan dikerumuni oleh reporter-reporter tu.

            “Ok.” Balasku apabila menyedari yang lelaki itu sedang menelefonku. Bukannya di hadapanku.

            “Good. That’s my wife. I nak letak dah. I ada meeting dengan board in a few minutes lagi. If have anything happen. Just call me. I’ll be right there for you. Love you sayang. Asalamualaikum.” Balas Tengku Ezkandar Heidi padaku dan memutuskan talian.  

            “Walaikumsalam….” Balasku lemah dan mengeluh. Ish. Awal pagi aku dah mengeluh. Rezeki pun lari. Ku lihat baju kemeja putih lengan pendek dan percel skirt rona hitam yang terasrung ditubuhku. Baju rasmiku sebagai seorang stewardess. Sebenarnya ada blazer dan topi hitam lagi. Tapi selalunya aku akan memakai kedua-dua benda tersebut hanya bila bertugas. Rimas sebenarnya. Hurm. Sia-sia je aku bangun awal dan bersiap tadi pagi. Tuptup tak kerja jawabnya. Aku dan Ben tersentak apabila Iphone yang berada di atas sofa sebelahku berbunyi. Aku mengeluh buat kali yang ke-100 kononnya.

            “Angkatlah babe. Siapa tu?” Soal Ben padaku dan cuba mengambil Iphoneku yang berada di atas sofa. Namun dengan pantas aku menarik Iphone tersebut. Ben mengerutkan dahinya memandangku hairan.

            “Kenapa?” Soal Ben.

            “Papa. Tak payah sambutlah. Malas.” Balasku pada Ben dan kembali menyandarkan diriku pada sofa L-shape tadi. Kedua-dua kakiku pula aku lunjurkan di atas sofa. Ben hanya menjungkitkan bahu dan kembali memandang Ipadnya. Ben memang sentiasa memahamiku. Tidak terlalu memaksa. Aku mengeluh. Pastinya papa juga sudah mengetahui gossipku dan tengku tu. Tanpa sedar bibirku mengukir senyuman. Aku tersenyum kerana pastinya papa sedang berang denganku saat ini. Yeppi!

            “Wow! Kau tau tak gossip mengenai kau dan tengku mendapat perhatian hampir seluruh rakyat Negara kita! Impressive! Popularlah kau lepas ni babe.” Jelas Ben padaku dengan teruja. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Aku tak hairan pun.




                           ********* AKU CINTA KAMU *******




TRIESYA masih tak sambut pa?” Soal Datin Tengku Merissa pada suaminya yang sedang mundar mandir bersama Iphone di tangannya di ruang ramu mewah mereka.

            “Ya my. Budak ni degil betul!” Balas Dato Syed Al-Azhar Bukhari pada isterinya. Datin Tengku Merissa yang sedang duduk di sofa berangkai dua yang di import khas dari Itali itu tersenyum. Triesya. Triesya. Ada-ada saja anak daranya itu. Yang pasti perangai degil anak daranya itu mengikut perangai papanya. Kedua-duanya serupa saja. Datin Tengku Merissa tersenyum lagi apabila mengenangkan berita yang dibacanya tadi dan suaminya ketika sedang enak bersarapan pagi di ruang makan mewah mereka. Sehinggakan suaminya yang ingin ke tempat kerja terpaksa membatalkan niatnya setelah membaca berita tersebut.

            “Pa… Betul ke papa tak kisah kalau Triesya berhubungan dengan Que Ez nephew mummy tu?” Soal Datin Tengku Merissa inginkan kepastian. Tengku Ezkandar Heidi merupakan anak saudara kepada Datin Tengku Merissa. Anak kepada kakaknya, Puan Sri Tengku Melissa. Tengku Ekzandar Heidi dan Tengku Erissa Hani memang manja dengannya. Lebih-lebih pula Tengku Ezkandar Heidi. Datin Tengku Merissa menjaga anak saudara kesayangannya itu sejak kecil lagi. Malah ketika Tengku Ezkandar Heidi menyambung pelajarannya di UK, lelaki itu tinggal bersama Datin Tengku Merissa yang sudah lama tinggal di UK. Semuanya kerana patah hati terhadap perkahwinan Dato’ Syed Al-Azhar Bukhari bersama teman rapatnya Syarifah Balqis. Dalam diam Datin Tengku Merissa menyimpan perasaan pada Dato’ Syed Al-Azhar Bukhari ketika mereka bersama-sama menuntut di UK. Walaupun mereka bertiga berlainan course, tetapi mereka dirapatkan kerana mereka dari Negara yang sama. Manakala Datin Tengku Merissa dan Syarifah Balqis pula teman rapat sejak kecil dan roommate. Namun, perasaan cintanya pada suaminya ketika itu terpaksa dipendam kerana Syarifah Balqis juga menyukai suaminya. Atas dasar teman, Datin Tengku Merissa menarik diri dan merestui kedua-duanya tanpa diketahui perasaannya itu oleh mereka beruda. Namun, Allah swt maha adil. Syarifah Balqis telah membaca luahan perasaannya di dalam diary miliknya. Sejak itu dia dan temannya itu tidak rapat dan membawa haluan masing-masing. Sebenarnya Datin Tengku Merissa yang membawa diri kerana malu.

            “Mummy. Papa tak kisahlah. Sekalipun  pilihan  hati Triesya tiada pangkal syed dan tengku di hadapannya. Papa tetap bersetuju. Asalkan lelaki tu ikhlas menyayangi dan dapat menjaga Triesya. Itu dah cukup bagi papa my. Lebih-lebih pula Que Ez kan anak saudara mummy. Kita dah kenal lama. Papa pun sukakan budak tu. Baik budaknya. Apa salahnya jika mereka berhubungan. Lega hati papa ni. Mana tahu hubungan mereka dapat mengeratkan mummy dan Triesya pula suatu hari nanti. Papa call Triesya pun sebab papa inginkan kepastian.” Jelas Dato’ Syed Al-Azhar Bukhari panjang lebar pada isterinya. Dato’ Syed Al-Azhar Bukahri yang sudah mengambil tempat disebelah isterinya itu mengusap lembut tangan isterinya. Jatuh sayangnya di situ. Walaupun cintanya masih pada arwah isterinya , namun Dato’ Syed Al-Azhar tidak dapat menipu perasaannya yang dia juga menyayangi dan mencintai isterinya ini. Hatinya tersentuh dengan pengorbanan dan kesabaran Datin Tengku Merissa. Datin Tengku Merissa tersenyum mendengar kata-kata suaminya. Lega hatinya Dato’syed Al-Azhar Bukhari merestui hubungan kedua-duanya.

            “Apa kata mummy call Que Ez?” Cadang Datin Tengku Merissa. Dato Syed Al-Azhar tersenyum memandang isterinya.

            “Idea yang baik. Nah. Mummy calllah nephew kesayangan mummy tu.” Sakat Dato’ Syed Al-Azhar pada isterinya dan menyerahkan Iphone di tangan kepada Datin Tengku Merissa. Tersenyum manis isterinya itu.



   
                          ********* AKU CINTA KAMU *******





TENGKU EZKANDAR HEIDI yang sedang mengadakan meeting itu terganggu dengan ketukan di muka pintu bilik meeting. Tersembul kelibat Burn yang tersenyum-senyum memandang Tengku Ezkandar Heidi.

            “Sorry for disturbing gentlemen. Boss, ada panggilan penting buat boss.” Jelas Burn ketika kakinya mula menapak di sisi Tengku Ekzandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mendengus. Sejak pagi tadi berpuluh-puluh panggilan diterimanya. Dari reporter, nendanya, rakan bisnesnya, teman-temannya dan ada juga panggilan dari bekas-bekas teman wanitanya. Pening Tengku Ezkandar Heidi memikirkan hal itu. Bagi pekerja-pekerjanya pula awal-awal lagi sudah di warning agar tidak bergossip mengenai dirinya.

            “Kan aku dah kata yang aku tak nak terima sebarang panggilan melainkan dari parents dan ‘dia’.”  Balas Tengku Ezkandar Heidi tegas. Sempat lagi dia mengunakan kiasan. ‘Dia’. Merujuk kepada Triesya. Gila nak disebut nama itu di depan semua share patner yang berada di dalam meeting ini.

            “Err. Sorry boss. But ni memang panggilan penting boss.” Balas Burn serba salah sambil mengaru-garu kepalanya. Tengku Ezkandar Heidi memandang Burn dan mendengus kasar. 

            “Siapa?” Soalnya serius. Sakit juga hatinya melihat Burn yang tersengih-sengih itu.

            ‘Aku tengah bengang. Dia pula tersengih macam kerang busuk.’ Amarah tengku Ezkandar Heidi di dalam hati.

            “Bakal mak mertua bosslah. Datin Tengku Merissa.” Bisik Burn di telinga Tengku Ezkandar Heidi. Takut didengari oleh manusia-manusia yang berada di dalam bilik meeting tersebut. Masak dirinya. Tengku Ezkandar Heidi yang mendengar kata-kata Burn itu tercengang. Mummy Merissa jarang-jarang menelefon dirinya. Tengku Ezkandar Heidi pasti hal ini mesti disebabkan Triesya.      

            “Gentlemen. Give me ten minutes. I’ve important call right now.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi pada manusia-manusia yang berada di dalam bilik meeting tersebut sambil berdiri dan membetulkan kotnya. Mereka tersenyum dan menganggukan kepala.

            “Take your time tengku.” Balas Encik Ghazali. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan berjalan masuk ke dalam biliknya melalui connection door. Burn pula membiarkan Tengku Ezkandar Heidi bersendirian.

            “Asalamualaikum mummy.” Sapa Tengku Ezkandar Heidi lembut pada Datin Tengku Merissa. Sejak dulu Tengku Ezkandar Heidi menyayangi dan menghormati adik mummynya itu.

            “Walaikumsalam sayang. Hurmmmm. Mummy Merissa ada tercium bau orang tengah hangat bercintalah” Kedengaran suara Datin Tengku Merissa menyakatnya. Tergelak Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi berdiri memandang bangunan-bangunan pencakar langit yang terdapat di luar cermin tingkapnya itu. Kedudukan pejabatnya yang berada di tingkat 32 itu mampu membuatkan pemandangan ibu kota tersebut jelas kelihatan.

            “Mummy Merissa kenakan Que ez eh.” Balas Tengku Ezkandar Heidi setelah tawanya reda. Datin Tengku Merissa tergelak halus.

            “So?” Soal Datin Tengku Merissa kepada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi mengerutkan dahi.

            “So? Apa Yang ‘So’ Mummy Merissa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Kedengaran suara Datin Tengku Merissa tergelak halus.

            “So betul ke mengenai gossip tu? About your relationship with my lovely daughter, Syarifah Bikash Batriesya?” Terang Datin Tengku Merissa pada Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum. Masak! Berita ini sudah pun sampai ke telinga mummy Merissanya. Apa agaknya penerimaan wanita itu dan suaminya, Dato’ Syed Al-Azhar?

            “Err. Yes mummy. It’s true. We’re in love. Hurm. Mummy Merissa dan daddy syed tak suka ke?” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Gentar juga hatinya jika Dato’ Syed Al-Azhar tidak merestui hubunganya dengan Triesya. Walaupun lelaki itu amat baik dengan Tengku Ezkandar Heidi namun  tidak terdugaa olehnya mengenai penerimaan lelaki itu. Lebih-lebih lagi hubungan Triesya dan papanya tidak baik.

            “Alhamdulilah. Eh. Apa yang Que Ez cakapkan ni? Siapa kata mummy dengan daddy syed kamu tak restu? Kami happy sangat sayang. Terima kasih sebab Que Ez mencintai Triesya. Tolong tengok-tengokkan Triesya untuk mummy ya?” Balas Datin Tengku Merissa dengan sebak. Tengku Ezkandr Heidi terdiam. Begitu mulia hati ibu saudaranya itu. Mengapa Triesya sanggup membutakan hatinya dari melihat kebaikan wanita itu?

            “Absolutely yes mummy Merissa. Triesya di bawah tanggungjawab Que Ez sekarang ni. I’m really love her and i’ll make sure she’ll always happy with me. Mummy Merissa dan daddy syed jangan risau ya. Terima kasih juga sebab restukan hubungan Que Ez dan Triesya.” Balas Tengku Ezkandar Heidi ikhlas dari hatinya. Tengku Ezkandar Heidi berazam akan mencintai dan membahagiakan Triesya dengan sepenuh hatinya. Walaupun kini gadis itu belum jatuh hati padanya dan hanya dirinya saja yang melebih-lebih. Tetapi Tengku Ezkandar Heidi akan memastikan Triesya akan jatuh cinta padanya. By hook or by crook.!

            “Terharu mummy Merissa mendengarnya. Pasti daddy syed happy bila ada lelaki yang mencintai dan menyayangi anaknya dengan ikhlas dan jujur. Eh. Que Ez, daddy syed nak bercakap dengan Que Ez ni, sekejap ya.” Jawapan Datin Tengku Merissa itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Berdebar hatinya saat itu.

            ‘Ish. Ni ke perasaanya bercakap dengan bakal bapa mertua? Seram!’ Desis hatinya. Sejuk kedua-dua tangannya saat itu.

            “Asalamualikum Que Ez.” Sapaan mesra dari Dato’syed Al-Azhar itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi sedikit sebanyak menarik nafas lega. Takut-takut juga jika lelaki korporat itu memarahinya.          

            “Walaikumsalam daddy syed. Apa khabar? Daddy syed dah sihat ke?” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Bibrinya mengukir senyuman bahagia. Bakal bapa dan mak mertua dah bagi green light. Cuma empunya badan je yang masih bagi lampu merah!

            “Alhamdulilah. Daddy syed dah sihat sikit. Berkat jagaan mummy Merissa kamulah ni.” Balas Dato’ Syed Al-Azhar mesra. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum tatkala mendengar suara mummy Merissanya tergelak manja. Alhamdulilah. Mummy Merissanya bahagia walaupun wanita itu masih dalam proses mengambil hati Triesya.      

            “Alhamdulilah. Mummy Merissa memang ada bakat jadi nurse.” Gurau Tengku Ezkandar Heidi. Tergelak Dato’ Syed Al-Azhar dibuatnya.

            “Yelah tu Que Ez. Hurm. Daddy syed happy Que Ez berhubungan dengan anak dara  daddy syed tu. Daddy syed harap Que Ez dapat jagakan Triesya bagi pihak daddy syed. Que Ez fahamkan bagaimana hubungan daddy syed dengan Triesya?” Soal Dato’syed Al-Azhar dengan nada sedih. Tiada lagi nada cerianya seperti tadi. Tengku Ezkandar Heidi terdiam dan melepaskan nafas berat. Kasihan melihat kesedihan daddy syednya itu. Siapa tidak sayangkan anak. Lebih-lebih anak perempuan tunggal.

            “Que Ez faham daddy syed. In shaa Allah. Que Ez tak dapat nak janji apa-apa dengan daddy syed. Tapi In shaa Allah, Que Ez akan menjaga Triesya seperti Que Ez menjaga nyawa Que Ez. Que Ez akan cuba bahagiakan dia.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan yakin pada bakal bapa mertuanya.

            “Alhamdulilah. Lega daddy syed mendengarnya. Daddy syed harap Que Ez tak main-mainkan perasaan Triesya. Selama ni yang daddy syed tahu Triesya tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki. Daddy syed harap Que Ez mencintai dan menyayangi Triesya dengan ikhlas. Dia dah banyak menderita. Daddy syed dah tak sanggup tengok hidup dia yang terumbang ambing dan kesunyian tu.” Jelas Dato’syed Al-Azhar sebak. Tengku Ezkandar Heidi juga turut sama merasa sebak daddy syednya itu. Dadanya juga terasa berat untuk bernafas. Berkaca matanya. Terharu mendengar lauhan hati seorang ayah.

            “In shaa allah daddy syed. Que ez tak kan mainkan perasaan Triesya. Que Ez serious dengan dia. Kalau daddy syed restu. Que Ez nak ambil triesya sebagai isteri. Tapi mungkin bukan sekarang. Que Ez nak bagi masa pada Triesya bagi mengenali hati budi kami masing-masing.” Jelas Tengku Ezkandar Heidi berani. Entah di mana dia mendapat kekuatan itu. Dapat dirasa sekarang ini perasaan cintanya kepada triesya semakin membuak-buak.

‘Beginikah perasaan cinta?’ Desis hatinya. Terasa bahagia sekali. Walaupun pertemuan dan perkenalannya dnegan Trisya hanyalah singkat. Namun hatinya merasakan cinta yang begitu mendalam sekali buat gadis itu. Bukan kerana perasaan ingin mendapatkan Triesya kerana gadis itu cantik. Seperti perasaanya selama ini pada bekas-bekas teman wnaitanya. Saat ini berbeza sekali.

            “Alhamdulilah. Daddy syed dan mummy Merissa berbesar hati kalau itu yang Que Ez hajatkan. Kami restu 100%.” Balas Dato’ Syed Al-Azhar ceria. Tersenyum Tengku Ezkandar Heidi dibuatnya. Jika boleh ingin saja dia berteriak riang dan melompat-lompat. Tapi akalnya masih waras. Macho mahu jaga ma. Nanti Triesya nya lari. Hehehe. 

            “Alhamdulilah. Terima kasih daddy syed.” Balas Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman manis. 

            “Sama-sama. Sepatutnya daddy syed yang mengucapkan terima kasih pda Que Ez. Eh. Takpelah Que Ez. Daddy syed dah mengambil banyak masa Que Ez. Daddy syed minta diri dulu. Mummy Merissa kirimkan salam sayang buat Que Ez. Senang-senang nanti ikutlah Triesya datang ke rumah. Daddy syed letak dulu. Asalamualaikum.” Balas Dato’ Syed Al-Azhar riang dan memutuskan panggilan.

            “Walaikumsalam…” Balas Tengku Ezkandar Heidi perlahan dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya.           

            “Amboi boss. Happy Nampak!” Kedengaran suara Burn yang berdiri di muka pintu connection door menyakatnya. Tersengih-sengih PAnya itu memandang Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi yang tersenyum manis terus menyembunyikan senyuman gembiranya itu. Mukanya sengaja di seriuskan kembali.

            “Banyaklah kau punya happy! Dahlah. Jom masuk meeting room. Kalau melayan kau ni. Sampai esok pun tak habis.” Balas Tengku Ezkandar tegas. Kakinya di bawa ke muka pintu connection door. Burn mencebik.

            ‘Saja nak cover dari akulah tu. Macam aku tak nampak dia senyum bukan main lebar lagi tadi. Haih. Nilah nasib bila buaya tembaga dah jadi buaya jinak! Haha.’ Desis hati Burn nakal.

            “Eleh boss ni. Kalau cik wifey boss tu sedap je boss layan. Saya ni pula boss tak sudi. Yelah siapalah saya ni. Takde siapa nak sayang. Sob. Sob. Sob.” Balas Burn dengan muka sedih yang dibuat-buat. Apa lagi. Menagih simpati boss mudanya itulah.

            “Ouch! Sakitlah boss!” Rungut Burn apabila kepala menjadi mangsa ketukan Tengku Ezkandar Heidi seperti selalu. Namun kali ini lebih kuat dari biasa.

            ‘Ish. Menyengat juga ketukan orang yang sedang angau ni.’ Desis hati Burn sambil mengosok-gosok kepalanya.    

            “You deserve get it Burn. Shut your mouth!” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba dan berlalu pergi. Burn mencebik.

            “Deserve it konon! Ceh. Kalau takde mulut ni takdelah yang boleh selesaikan masalah dia tu selalu. I’m burn. Burn is the Mr.fixed! hehehe.” Gumam Burn perlahan dengan ketawa kecil dan tangan yang masih mengosok-gosok kepalanya.

            “Burn!!!” Laung Tengku Ezkandar Heidi kuat memanggil nama Burn. Burn tersengih.

            ‘See! Muka ni juga yang dia panggil! Ceh. Rindulah tu dengan aku!’ Bisik Burn nakal di dalam hati.

            “Yes boss. Burn the Mr.Fixed is coming!” Balas Burn dan mempercepatkan langkahannya ke bilik meeting. Bukan dia tidak tahu yang Tengku Ezkandar Heidi selalu memintanya take note benda-benda penting di dalam bilik meeting. Padahal kerja itu dilakukan oleh Devi. Pembantu Burn. Burn hanya mampu menurut dan mengelengkan kepala. Apalah nasib jadi kuli!





                          ********* AKU CINTA KAMU *******





TENGKU ALIFF dan Regel Errick yang sedang bersarapan bersama pagi itu di OLD TOWN tersedak sama tatkala kedua-duanya membaca newspaper pagi itu. Tidak dihirau mata-mata pelanggan lain yang memandang mereka dengan tanda tanya dan hairan.

            “What the???” Soal Tengku Aliff tanpa sedar. Ragel Errick pula mengeluarkan handkerchief yang berada di dalam poket seluarnya dan mengelap mulutnya dengan penuh tertib. Lelaki macho mesti menjaga etika ma! Manyak mata palampuan yang tengok!

            “I get it! So that’s why dia begitu berahsia dengan kita. Rupanya dah berjumpa dengan bidadari dari syurga.” Sambung Tengku Aliff lagi sambil memetik jari. Ragel Errick mengerutkan dahi.

            “Did you think he’s serious with Triesya? Patutlah semalam dia suruh kita baca paper pagi ni.” Soal Ragel Errick menginginkan kepastian. Selama ini Tengku Ezkandar Heidi yang dikenali mereka bukanlah pencinta wanita yang tegar dan setia pada yang satu. Dia hanyalah pencinta wanita yang inginkan keseronokan dan kepuasan sahaja. Tiada istilah CINTA dalam hidupnya. Sama seperti Tengku Aliff dan Ragel Errick.

            “Hurm. I don’t know. Que ez sukar diduga orangnya. Begitu berahsia dan cool. Maybe dia serious. But maybe juga dia tak serious. But aku rasa this time dia serious. Kalau tak dia takkan biarkan reporter tu siarkan gambar dia dan Triesya. Padahal dia boleh je ‘suap’ reporter and company surat khabar ni dari siarkan gambar-gambar mereka berdua seperti sebelum ni.” Balas Tengku Aliff sambil mengetuk-getuk pipinya. Tengku Aliff pasti yang Tengku Ezkandar Heidi sembunyikan sesuatu dari mereka dan lelaki itu juga sedang merancang sesuatu. Jika tidak kenapa Tengku Ezkandar Heidi membiarkan reporter tersebut menyiarkan gambarnya dan Triesya model terkenal itu. Sebelum ini bukan tidak pernah berita-berita mengenai Que Ez keluar di dada-dada akhbar. Tapi semuanya tiada gambar Que Ez dan pasangannya. Hanya berita dan gambar Que Ez saja. Pastinya kerana Que Ez sudah ‘menyuap’ reporter dan company surat khabar tersebut. Siapa yang tidak mengenali Que Ez. Seorang CEO muda yang mempunyai kuasa dan wang. Jika dia sudah berdendam dan tekad pastinya orang itu akan ‘dijatuhkan’ Tengku Ezkandar Heidi dengan senang.







                                                               B.E.R.S.A.M.B.U.N.G










********************************************************************************************************* 




P/S :: HI Peeps ! So how was the story??? Berpuas hati tak? Panjangkan this time. Ok lettewww~ Takleh tamak taw! Hohoho. =)  Apakah akan terjadi kepada Syarifah Bikash Batriesya dan Tengku Ezkandar Heidi selepas ini? Kita akan nantikan pada bab yang seterusnya ukeh ! Wahh~ Mengalahkan pembaca berita engkau! Wahahhaa. =P



P/S :: Awak, awak, awak semue! Saya Ratu Adriana Nadine, igin memohon maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki sekiranya bab hari ini tidak memuaskan hati kalian semua. Maafkan saya jika ada kesalahan kepada ejaan, perkataan, ayat mahupun sebagainya. Saya akan perbetulkannya di entry yang seterusnya. In Shaa Alllah. Doakan saya masih bernafas esok hari =) Wahh~ Ayat tak boleh blah! Hahaha. Engkau nak ke mana? Planet Marikh ke apa! Hahahaha. Sengal sungguh cik writer inih!



IKLAN DARI PENAJA PADA HARI INI !





TING TONG! TING TONG! TONG TING! HAHA!






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ACK BAB 6 =)





Masa dan comment anda amatlah saya hargai * Wah! statement retis giteww*








Till then,

















Sincerely,

Ratu Adriana Nadine.

14 comments:

  1. salah ejaan tu normal la... ^__^
    btw... cier niy best!!!
    tunggu n3 TEH n trisya!!!
    yayyy!!!

    ReplyDelete
  2. best gila kot.
    que ez dah dpt restu drpd bkl mertua.
    cuma dok tunggu green light dr triesya ja.
    sambung lg, please..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee. tuwh lar. empunya badan lae yg jual mahal. ukeh wak. thanx sudi comment :)

      Delete
  3. writer....sya confuse sikit TRIESYA ni model terkenal atau pramugari di FLY airline.mana satu yek??????

    ReplyDelete
  4. ratu
    sy suke baca karya awak..x sabar nk baca n3 terbaru..update ari2 pon ok gak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear,
      thanx syg awak sudi comment n drop ur comment .
      much appreciate it. =)
      heee. in shaa allah. tgu kite free ukeh.
      keep follow n comment :)

      Delete
  5. adesssssssss.........best nya.............

    ReplyDelete
  6. sukalah ngan TEH ni.. very the gentleman.. (^_^)

    ReplyDelete
  7. in luv with TEH

    ReplyDelete
  8. watlh triesha in love with TEH lak...

    ReplyDelete