Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Sunday 29 April 2012

AKU CINTA KAMU BAB 7







AKU CINTA KAMU 7




AKU memandang rantai emas putih yang berloketkan 3 hati yang tersarung kemas di leher jinjangku di cermin. Mama yang sedang tersenyum manis di belakangku membuatkan aku gembira. Mama memang tidak pernah lekang dengan senyumannya. Aku tersenyum tatkala mama memelukku dari belakang. Aku hanya memandang mama dari pantulan cermin besar di hadapan kami. Aku juga membalas pelukan hangat mama itu.

            “Anak mama cantik. Mama happy sangat hari ni sebab anak mama dah besar panjang. Dah boleh buktikan dirinya mampu berjaya. Mama bahagia sayang.” Bisik mama ditelingaku dengan senyuman manis. Aku tersenyum.

            “Thanks mama. Mama Trish pun cantik juga. Ke mana turunnya kuah kalau tak ke nasi. Trish pun happy sangat ma. Happy sebab Trish mempunyai mama dan papa sebaik mama dan papa. Trish bahagia sangat!” Balasku pada mama dengan ikhlas. Ikhlas dari hati kecilku. Aku merasa bahagia kerana dikurniakan keluarga yang bahagia dan kemewahan. Aku merasakan duniaku begitu sempurna sekali. Seperti cerita dongeng. Sehinggakan aku tidak memerlukan cinta dari seorang lelaki. Bukan tidak ada yang cuba bermain perasaan denganku. Namun aku menolak. Hatiku masih belum terbuka. Aku merasakan yang kasih sayang dari mama dan papa sudah cukup bagiku.

            “Trish… Trish dah besar dah. Bukan baby mama lagi. Tapi dah boleh jadi ibu kepada cucu-cucu mama. Mama harap Trish dapat jadi anak yang taat dan baik kepada mama dan papa serta agama seperti sebelum ni. Mama tak nak sebab kerjaya Trish sebagai doctor selepas ni membuatkan Trish leka pada tanggungjawab Trish terhadap mama dan papa serta tuntutan agama kita sayang. Mama sayangkan Trish. Sayang sangat. Tapi jika mama dah dah takde suatu hari nanti dan pergi dulu dari papa. Mama harap Trish dapat jadi anak yang baik buat papa. Tolong jaga papa hingga ke hari tua papa. Temani papa. Sayangilah papa.” Balas mama padaku dan mengusap-usap ubun-ubunku dengan nada yang sebak. Air mataku spontan jatuh. Aku berpusing menghadap mama. Sedih apabila mama berpesan sebegitu padaku. Aku sayangkan mama dan papa. Aku masih belum puas merasai kasih sayang dan kebahagian mereka. Jika boleh aku ingin pergi dulu dari mereka. Aku lebih rela. Daripada melihat orang yang aku sayangi pergi.

            “Mama! Apa mama cakapkan ni? Mama buat Trish takut! Mama janganlah fikir yang bukan-bukan ma. Kita sekeluarga akan hidup bahagia. Trish akan kahwin dan lahirkan cucu-cucu yang comel buat mama dan papa. Trish janji akan jadi anak yang taat dan baik buat mama dan papa. Trish janji akan jadi umat yang soleh padaNYA. But please ma. Don’t ever,ever and ever said that again. Trish tak nak kehilangan mama dan papa. You two are so meaningful to me ma. Trish lebih rela pergi dulu dari melihat mama dan papa pergi dari Trish!” Balasku dengan sendu pada mama. Mama juga mengalirkan air matanya sepertiku. Tangisanku semakin kuat apabila mama menarikku dalam pelukannya. Ya allah! Berilah perlindungan-MU pada keluargaku Ya Allah swt. Lindungilah kedua-dua ibu bapaku dari segala malapetaka dan panjangkanlah umur mereka.

            “Astagfirulaalazim! Dua beranak ni. Kat sini rupanya sedang bersedih. Methew dah tunggu kat depan tu.” Suara papa yang berada di muka pintu bilikku menegur aku dan mama sambil mencengkak pinggangnya. Spontan aku dan mama tergelak dengan sendu yang masih bersisa. Lucu melihat papa yang sedang memandang geram pada kami.



            TING TONG! TING TONG! TING TONG!


            Aku terbangun tatkala kedengaran kuat bunyi lonceng rumah pintu kondoku ditekan berulang-ulang kali.

            “Astagfirulaalazim. Aku bermimpi rupanya….” Kataku perlahan dan mengusap pipiku yang basah. Pastinya aku menangis tadi ketika sedang bermimpi. Tangan kananku meraba leher jingjangku yang tersarung kemas rantai emas putih pemberian mama.

            “Mama…. Trish rindukan mama… Maafkan Trish tak dapat nak jaga papa untuk mama….” Kataku dengan esakan kecil. kedua-dua mukaku ditutup dengan kedua-dua tanganku. Terasa sedih apabila hari ini aku bermimpikan mama lagi. Seperti hari-hari yang sebelumnya. Aku selalu didatangi dengan mimpi-mimpi sebegitu. Bagaimana ingin aku lupakan mama jika dia selalu berada dimindaku?

            TING TONG! TING TONG!

            Aku kembali tersentak apabila lonceng rumahku kembali nyaring berbunyi. Ish. Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Jam digital ku kerling. 11.20 am. Astagfirulazim. Dah jam11 pagi rupanya. Lamanya aku tidur setelah sembahyang subuh tadi. Spontan aku meraup mukaku.

            TING TONG! TING TONG!

            Ish. Tak menyabar langsung orang ni. Mesti Ben ni! Lupa bawa kuncilah tu! Geram! Selalu macam ni. Aku ni juga yang menjadi mangsa membukakan pintu untuk dia. Dah tu tekan lonceng macam tak pernah jumpa lonceng rumah pun ada.

            Aku menolak comforter putih yang menutupi tubuhku. Gaun tidur satin rona merah yang tersarung ditubuhku aku kemaskan. Dengan langkah yang malas aku masuk ke dalam bilik air. Seperti biasa, membersihkan mulut dan gigiku. Nasiblah aku dah mandi tadi subuh. Buatnya si Ben terpengsan nanti tercium bau mulut aku. Tak ke naya! Hahaha. Sempat lagi aku mengemaskan rambutku yang curl rona brown itu di hadapan cermin sebelum masuk ke bilik air. Nasib kaulah Ben! Tunggulah kau kat depan pintu tu. Hehhee. Senyuman jahat!




                                                   ******* AKU CINTA KAMU *********




BEN yang sedang menekan-nekan lonceng kondo Triesya mula bengang. Ni tidur mati ke  pa! Desis hati Ben geram. Memang selalu Triesya mengenakan dirinya seperti ini. Melambat-lambatkan pergerakannya untuk membuka pintu. Semuanya kerana membalas dendam pada Ben kerana terlupa membawa kunci kondonya seperti selalu.

            “Did she in?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Hampir 10 minit dirinya,Ben dan Burn berdiri di hadapan pintu kondo mewah milik Triesya ini. Bayang-bayang gadis itu tidak juga kelihatan. Ben tersengih. Malu pun ada. Hilang ayunya. Yelah. Siapa tak segan dan control ayu depan lelaki di hadapannya ini. Seorang yang kacak dan kaya. Malahan tak terlebih Ben katakan yang Tengku Ezkandar Heidi kelihatan lebih kacak dari gambar-gambarnya yang sering Ben lihat di internet dan media-media massa.

            “Errr. Yes. Maybe dia masih tidur. Memang amoi ni tidur mati orangnya tengku.” Balas Ben sambil tersengih. Tangannya masih menekan-nekan lonceng. Tengku Ezkandar Heidi dan Burn tergelak kecil. Tidak disangka orang yang cantik seperti Triesya itu susah ingin bangun pagi. Tidur mati. Pulak tu dah nak tengah hari. Tapi belum bangun.

            ‘Ni kalau aku buat apa-apa kat dia memang dia takan sedar punya.’ Desis hati nakal Tengku Ezkandar Heidi. Hehe.

            “Babe! Oh babe!” Laung Ben kuat. Pening kepalanya dengan sikap Triesya yang satu ini.

            KREAK!

            Pintu utama kondo milik Triesya dibuka dari dalam. Tersembul tubuh milik Triesya yang masih memakai gaun tidur merahnya di hadapan pintu. Terlopong mulut Tengku Ezkandar Heidi dan Burn melihatnya. Seksi sekali Triesya pagi itu. Ben pula buat biasa. Dirinya sudah lali dengan pemakaian seksi gadis itu. Burn pula spontan menutup matanya. Gila tak tutup. Nanti-nanti bossnya nampak. Memang masak!

            “Aaaa!” Teriak kecil Triesya dibuatnya apabila bukan Ben seorang sahaja yang berdiri di hadapan kondonya. Tetapi Tengku Ezkandar Heidi dan seorang lelaki yang kemas berkot seperti Tengku Ezkandar Heidi juga turut sama berada di hadapan rumahnya. Dia kenal lelaki itu. Malam itu lelaki itu mengakui dirinya bernama Burn dan PA kepada Tengku Ezkandar Heidi sewaktu menghantar keretanya. Spontan triesya menutup kembali pintu kondonya. Namun sempat di tahan oleh Ben.

            “Hei! Dah Nampaklah!” Jerit Ben sambil menahan muka pintu dari di tutup oleh Triesya.

            “Eeeee! Nak apa datang sini!” Balas Triesya dengan tangannya mencuba untuk menolak pintu tersebut dari di buka oleh Ben. Kuat juga si Ben ni. Tanpa menunggu lama Triesya berlari masuk ke dalam biliknya dan membiarkan pintu terbuka. Kedengaran suara Ben mengetawakan Triesya.

            “HAHAHHHAAHA. Padan muka! Bangun lambat lagi.” Sakat Ben pada Triesya sambil membuka kasutnya. Pintu kondo Triesya dibuka seluas-luasnya dan Ben menapak masuk ke dalam kondo milik triesya. Lagaknya seperti tuan rumah sahaja.

            “Jemput masuk tengku. Encik Burn.” Ben menjemput Tengku Ezkandar Heidi dan Burn masuk ke dalam kondo milik Triesya dengan senyuman manis. Siap dengan gaya stewardess saja lagaknya. Tengku Ezkandar Heidi memberikan senyuman buat Ben. Setelah membuka kasut Tengku Ezkandar Heidi dan Burn menapak masuk ke dalam kondo yang serba putih itu.

            Terlopong mulut Burn melihat ruang tamu mewah milik Triesya. Cantik! Semuanya bertemakan rona putih. Terdapat sebuah sofa L-Shape dan set sofa kulit yang direka moden di living room milik Triesya. Sebuah meja kopi terdapat ditengah-tengahnya. Di bawahnya pula terdapat permaidani berbulu putih yang diimport khas. Lembut sekali. Di bahagian sebuah sudut pula teradapat sebuah cabinet tv yang dihiasi dengan tv lcd sebesar 42 inci dan set home theatre serta astro decoder. Simple. Tapi cabinet tv tersebut nampak cantik. Kemas. Sebuah sudut pula terdapat lampu tiang dari material Kristal rona putih dan bunga lily yang menghiasi sebuah vase tinggi. Langsir putih yang menghiasi pintu sliding door balcony milik Triesya kelihatan elegan dan mewah. Burn memandang pula ke atas. Sebuah chandelier Kristal cantik terpasang di situ. Kagum dirinya dengan cita rasa cik wifey bossnya itu. Lebih terlopong mulut Burn apabila terpandang gambar hitam putih milik Triesya yang sedang memakai dress dan berlatarkan sebuah pantai dan laut yang cantik itu. Besar sekali gambar gadis itu. Tidak keterlaluan Burn katakan yang gambar Triesya itulah yang menjadi penarik kepada kondo mewah ini.

            “Gambar tu…” Luah Burn tanpa sedar. Tengku Ezkandr Heidi yang baru duduk di single sofa kulit milik Triesya memandang ke arah gambar yang Burn katakan. Terlopong mulutnya melihat gambar Triesya itu. Cantik! Bagaikan bidadari. Triesya kelihatan manja dan mengoda di dalam gambar tersebut. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum tatkala melihat senyuman di bibir gadis itu.

            “Oh. Gambar tu dia ambil masa photoshoot kat Thailand hari tu. Dekat Krabi. Cantikkan?” Jelas Ben yang sedang berdiri tidak jauh dari Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan matanya tidak lepas-lepas dari memandang gambar tersebut. Ben tersengih melihat perlakuan Tengku Ezkandar Heidi. Sah! Dah tangkap cinta si tengku ni dengan Triesya. Desis hati Ben.

            “Hah. Keluar pun princess ni. Ingatkan nak kurungkan diri di dalam bilik tu. Tengok siapa yang datang ni. Your beloved hubby.” Sakat Ben pada Triesya yang sedang berjalan menuju living room. Spontan mata Tengku Ezkandar Heidi terpaku memandang susuk tubuh Triesya yang memakai dress pendek paras peha berona hitam itu. Cantik dan seksi. Dress hitam yang fit di badan itu menampakkan lagi lengkuk tubuh badan Triesya yang seksi dan solid. Rambutnya yang curl dan berona coklat itu pula di ikat satu. Lebih kemas. Mukanya pula bersih tanpa make up.Cuma bibirnya saja dicalit dengan lip gloss.

            “Haih tengku. Jangan sampai terkeluar mata tu.” Sakat Burn yang duduk di set sofa kulit berangkai dua pada Tengku Ezkandar Heidi sambil tersengih. Sengaja ingin mengenakan bossnya itu. Terpaku lelaki itu memandang Triesya. Jangankan Tengku Ezkander Heidi. Dirinya juga turut terpaku melihat kecantikan dan keseksian gadis itu. Patutlah Tengku Ezkandar Heidi jatuh cinta. Memang berbaloi.

            “Ehem…” Tengku Ezkandar Heidi berdehem sambil membetulkan necktie rona hitamnya bagi menutup malunya dan kembali memandang Triesya yang sedang mengambil tempat di hadapanya. Ben pula sudah menghilang di dalam dapur. Triesya duduk di sofa L-Shape tersebut. Mungkin gadis lain akan menyilang kakinya. Seksi kononnya. Tapi tidak Trisya. Baginya perbuatan menyilang kaki adalah tidak sopan. Dia lebih suka duduk dan merapatkan kedua-dua kakinya seperti lagak seorang puteri raja. Kerana itu kelihatan lebih sopan baginya. Tetapi itu bagi pendapat dirinya saja. Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing. Kalau dah pakai skirt pendek takkan nak silangkan kakikan? Ternampak nanti benda tak patut.

            “Dah lupa?” Soal Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya. Triesya mengerutkan dahi. Tidak faham dengan apa yang lelaki itu katakan.

            “Lupa apa?” Soalnya kembali sambil memandang Tengku Ezkandar Heidi yang segak memakai baju kemeja long sleeve rona putih dan kot serba hitam. Dilehernya pula kemas tergantung neck tie hitam. Rambut lelaki itu pula kemas terpacak di atas kepalanya. Handsome! Desis hati triesya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan menunjukkan kedua pipinya dengan jari telunjuk kanan. Berubah merah muka Triesya saat itu. Dikerling Burn yang sedang tunduk sambil tersneyum-senyum itu.

            “Tak naklah…” Rungut Triesya sambil berpeluk tubuh. Tengku Ezkandar Heidi menjengilkan mata.

            “Remember our agreement dear? Ke you nak I yang pergi pada you and kiss your lips? Jangan cabar I . You tahu I macam manakan.” Ugut Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya dengan muka yang sengaja diseriuskan. Tersenyum di dalam hati Tengku Ezkandar Heidi apabila muka TRIESYA berubah takut. Spontan gadis itu berdiri. Burn tersengih.

            ‘Gatal juga boss ni.’ Desis hati nakal burn.

            “Yelah! Yelah! Benci!” Balas Triesya geram dan berjalan ke arah Tengku Ezkandar Heidi yang sedang duduk itu. Tangannya menyambut huluran tangan miliik Tengku Ezkandar Heidi dan menyalam tangan kasar lelaki tersebut.

‘Amboi. Tangan pun wangi.’ Desis hati nakal Triesya.

Badannya dibongokkan sedikit dan mencium kedua-dua pipi Tengku Ezkandar Heidi dengan tangan yang masih di dalam gengaman Tengku Ezkandar Heidi. Merona merah mukanya menahan malu. Pertama kali berbuat sebegitu dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Jika kaum keluarganya memang selalu. Tengku Ezkandar Heidi pula tersenyum puas dan membalas ciuman Triesya dengan mencium dahi gadis pujaanya itu. Terasa bahagia sekali. Dirinya juga terbuai dengan bau haruman badan Triesya. Menenangkan jiwa lelakinya. Triesya pula tergamam dan memandang Tengku Ezkandar Heidi. Hanya papanya yang selalu membuat seperti itu.

There you go. Four glass of fresh orange juice. Jemput minum tengku, encik Burn.” Suara Ben yang sedang meletakkan dulang yang berisi empat buah gelas orange juice itu membuatkan Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi tersentak. Lantas tangan Tengku Ezkandar Heidi dilepaskan dan Triesya kembali duduk di tempat duduknya. Mukanya bagaikan buah tomato yang merah masak. Malu!

“Hurm. You nak apa datang rumah I pagi-pagi ni?” Soal Triesya gugup. Matanya dihalakan pada kuku jarinya. Malu memandang Tengku Ezkandar Heidi saat itu. Ben yang sedang mengambil tempat duduk di sebelah Triesya tersenyum penuh makna pada Burn. Tengku Ezkandar Heidi pula tersenyum manis melihat Triesya yang malu-malu memandangnya.

I want to discuss about us.” Balas Tengku Ezkandar Heidi. Triesya yang sedang memandang kukunya itu mengerutkan dahi dan memamndang Tengku Ezkandar Heidi.

“Tentang kita? Tentang apa?” Soalnya hairan. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum dan memndang burn. Mengisyaratkan agar Burn menjelaskan pada Triesya.

“Err. Sebenarnya gossip mengenai hubungan tengku dan cik Triesya dah tersebar luas di seluruh negeri. Family,relatives,friends,bussniess patner,press dan orang ramai dah sibuk bercakap mengenai hal ini dan bertanyakan kepada tengku. Masing-masing berada di dalam tanda tanya dan reporter pula menulis tanpa mengetahui hal sebenarnya.” Penjelasan Burn itu membuatkan Trieysa dan Ben memandang di antara satu sama lain. Tak faham sebenarnya apa yang ingin di ketengahkan oleh Burn.

So?” Soal Triesya dan Ben serentak. Burn mengaru-garu lehernya dna memandang Tengku Ezkandar Heidi. Bossnya itu mengaggukkan kepala memberi isyarat agar Burn meneruskan penerangannya.

“Err. So, kita terpaksa buat press conference dan menjelaskan hubungan sebenar cik  Triesya dan Tengku Ezkandar Heidi pada press petang ni. Tepat jam3 petang.” Penjelasan Burn itu membuatkan Triesya diam dan memandang Ben yang berada di sebelahnya.

“Ok. Did you mean tentang hubungan kita yang..” Belum sempat Triesya menyudahkan kata-katanya. Tengku Ezkandar Heidi sudah menyambung.

“Tentang hubungan kita yang sedang hangat bercinta sayang.” Balas Tengku Ezkandar Heidi selamba. Terbatuk-batuk Triesya dibuatnya. Gila! Ben pula terlopong. Biar betik tengku ni. Serius semacam. Takkan dia serious dengan Trieysa ni? Desis hati Ben.

What?!!! No! Sejak bila! No! No! and no!” Balas Triesya berang dan berdiri memandang Tengku Ezkandar Heidi dengan tajam. Ben pula sudah kalut. Dia turut sama berdiri dan menenangkan Triesya. Triesya jika marah pasti akan berubah menjadi HULK! Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan berlagak cool. Sebelum datang tadi dia sudah jangka penerimaan Triesya ini.

“Babe come! Kejap eh tengku….” Sampuk Ben dan menarik Triesya ke arah dapur. Sempat lagi dia memberiakan senyuman pada Tengku Ezkandar Heidi dan Burn. Triesya hanya menurut langkahan Ben yang menariknya.

“Lepaslah!” Balas Triesya geram dan menarik tangannya dengan kasar dari gengaman tangan kasar milik Ben. Ben mendengus. Degil betul!

“Hei! Look here darling. Look at me.” Balas Ben dan menarik Triesya agar memandangnya. Dipegang kedua-dua bahu Triesya dan memandang anak mata gadis itu.

He’s really love you. Apa salahnya kau bagi dia peluang. See! Apa yang aku kata betulkan. Dia sedia nak bagitahu pada press mengenai hubungan korang. Babe. Kau tau tak. Hubungan cinta tengku tu tak sewenang-wenangnya dihebahkan tau. Kerana dia seorang terkenal dan berpengaruh. CEO muda. Perempuan yang mendampingi dirinya adalah perempuan yang bertuah. And now kaulah perempuan bertuah tu. Dia pilih kau sebab dia dah jatuh cinta pada kau babe. Aku dapat tengok dari sinar mata dia. Didn’t you see that?” Soal Ben serius pada Triesya. Triesya mendengus dan mengalihkan pandangannya. Entah kenapa, apabila Ben berkata sebegitu hatinya tersentuh.

“Babe, untuk kali ni aku nak kau fikirkan kebahagiaan kau sendiri. Sampai bila kau nak hidup kesunyian macam ni? Ya, aku ada di sisi kau. Tapi aku tak dapat nak bagi kasih sayang pada kau seperti yang tengku bagi. Kami berbeza babe. Aku kawan kau. Dia pula teman lelaki kau. Siapa tahu bakal suami kau. Sampai bila kau nak hidup menyendiri dan berfikir tentang dendam pada papa dan mummy? Sampai bila Triesya?!” Soal Ben tegas padan Triesya dan mengoyang-goyangkan tubuhnya. Triesya hanya mendiamkan diri. Spontan air matanya jatuh.

‘Begitu kasihan sekalikah hidupku sehinggakan Ben nampak itu semua?’ Desis hatinya dan Triesya terharu apabila tangan kasar Ben menyapu lembut air matanya.

“Babe, maafkan aku jika aku memaksa dan marah pada kau. Aku just nak kau bahagia Syafirah Bikash Batriesya. Aku dah anggap kau sebagai adik aku. Hanya kau yang faham aku. Aku dah tak sanggup tengok kau bersedh. You deserve to find your happiness babe. Look, why don’t you give him a chance. Peluanng untuk buat kau jatuh cinta pada dia. Aku rasa tak salahkan? He’s single. And so are you. Both of you takde commitment yang lain. Just in 6 months right? Kalau dalam masa 6bulan tu kau masih takde perasaan cinta pada dia. Aku takkan memaksa lagi. Ok?” Pujuk Ben pada Triesya. Jujur. Ben sudah tidak sanggup melihat keperitan hidup gadis itu. Bukan dia tidak tahu yang Triesya selalu menangis di dalam bilik air dan biliknya. Ben pula buat-buat tidak tahu. Padahal di dalam hatinya cukup bersimpati pada Triesya. Ben hanya mampu menceriakan hari-hari gadis itu. Seperti tiada apa yang berlaku.

Triesya memeluk Ben dan meluahkan tangisannya. Ben pula membalas pelukan tersebut dan mengusap-usap bahu Triesya yang terdedah itu. Dress hitamnya hanya bertali nipis saja. Ben mengelap air matanya. Takut dinampak oleh Triesya. Pertama kali dia melihat gadis itu menangis secara berdepan dengannya.

“Isk. Isk. Ok. Aku setuju. Manatau papa tambah marahkan akukan…. Huwarrhhh!” Balas Triesya dalam esakan. Sempat lagi memikirkan dendamnya pada papanya. Ben mendengus. Punya banyak yang Ben nasihatkan tadi. Alih-alih dendam kesumat Triesya pada papanya pula dibangkitkan.

“Ouch! Sakitlah!” Rungut Triesya manja dan mengosok-gosok kepalanya yang diketuk Ben itu. Ben memeluk tubuh dan memandang Triesya tajam.

Don’t you ever to think about it dear. Lupakan dendam pada papa. Just think about your happiness. Got it?!” Amarah Ben pada Triesya. Triesya hanya mencebik dan mendiamkan diri. Lantas dia membelakangkan tubuhnya dari Ben. Merajuk sebenarnya.

Tengku Ezkandar Heidi yang sejak tadi berdiri menyandar di muka dapur mendekatkan dirinya pada Triesya. Bahu Ben dipegang dan dia memberi isyarat agar Ben meninggalkan mereka berdua di situ. Ben tersenyum dan menganggukkan kepala. Setelah Ben menghilangkan dirinya ke ruang tamu. Tengku Ezkandar Heidi melepaskan keluhan berat. Namun Triesya masih tidak perasankan kehadirannya. Pasti sedang melayan perasaan. Dengan perlahan-lahan Tengku Ezkandar Heidi memeluk Trisya dari belakang. Tercium bau haruman tubuh gadis itu. Jika diikutkan hati lelakinya ingin saja dia menarik Triesya masuk ke dalam bilik. Namun akalnya masih waras lagi.


“Aaaa!” Menjerit kecil Triesya apabila tubuhnya dipeluk dari belakang. Dia pasti itu bukan Ben. Kerana badan Ben tidaklah setegap si pemeluk dan wangian badan si pemeluk amat dikenali Triesya.

“Syhhhh. It’s me sayangggg.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi manja pada telinga Triesya. Sempat lagi dirinya mencium cuping telinga gadis itu. Mengeliat kecil gadis itu dibuatnya. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum manis tatkala TRIESYA tidak menolaknya seperti sebelum ini. Gadis itu hanya mendiamkan dirinya yang berada di dalam pelukan Tengku Ezkandar Heidi.

Love you baby….” Bisik Tengku Ezkandar Heidi manis. Pelukannya pada pinggang Triesya semakin dieratkan. Sehingga terasa lengkuk tubuh badan Triesya ditubuhnya. Aduhai. Bertuahnya badan. Desis hati Tengku Ezkandar Heidi.

“Hurmmmm….” Balas Triesya dengan nada perlahan. Tidak melawan seperti selalu. Tengku Ezkandar Heidi tersenyum kembali. Positive!

You dah ready? Kita akan ke butik untuk hiaskan you…” Soal Tengku Ezkandar Heidi. Dicium mesra bahu Triesya yang terdedah. Triesya hanya mendiamkan diri. Penerimaan positive dari Triesya itu membuatkan Tengku Ezkandar Heidi semakin berani. Ciumannya kini menjalar ke sekitar leher jinjng milik Triesya. Mengelat kegelian gadis itu olehnya. Pertama kali Tengku Ezkandar Heidi tidak dapat mengawal dirinya di hadapan wanita.

“Janganlahhhhh… Geli.” Balas Triesya manja dan menolak lembut tubuh Tengku Ezkandar Heidi. Namun tubuh itu tidak bergerak. Masih seperti tadi. Cuma ciuman dilehernya sudah dihentikan.

“Sorry…. But you look so sexy sayang… I cant take my eyes away from you. Lebih-lebih lagi when you wear that red gown….” Balas Tengku Ezkandar Heidi penuh makna. Berubah merah muka Triesya saat itu. Malu!

“Ehem. Ehem. Boss. Udah-udahlah bermanja tu boss. Kita dah lambat ni. Rose dah tunggu sejak tadi…” Tegur Burn yang sedang berdiri di muka pintu dapur dengan sengihan. Spontan Triesya menolak tubuh Tengku Ezkandar Heidi jauh darinya. Tengku Ezkandar Heidi pula memberikan jelingan tajam pada Burn. Rosak plannya untuk bermanja dengan cik wifeynya itu. Burn yang mengerti padangan tajam bossnya itu mengalihkan pandangan ke arah lain. Kecut perut dowh dengan pandangan maut bossnya itu.

“Hurmmm.” Balas Tengku Ezkandar Heidi pendek. Triesya yang merah mukanya dijeling. Comel.

“Err. Baby, jom…” Pelawa Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya dan menarik lembut tangan gadis itu.

“Hurm. I nak ambil handbag I dulu…” Balas Triesya.

No need dear. I dah tolong ambilkan.” Sampuk Ben dan menayangkan handbag Chanel hitam Triesya di tangannya. Triesya mendengus. Si Ben ni cekap betul.



                        ********* AKU CINTA KAMU **********



TENGKU EZKANDAR HEIDI yang segak memakai baju kemeja lengan panjang rona peach dan kot serba kelabu itu membetulkan bajunya di hadapan cermin besar yang terdapat di dalam butik Rose a.k.a Roslie seorang fesyen designer dan jurumekap yang terkenal milik Royal Fashion.

            “Tengku… Miss Triesya.” Kedengaran suara Rose memanggil Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi yang sedang memandang cermin di hadapannya terpaku memandang pantulan imej cik wifeynya di cermin. Demi Allah swt. Tengku Ezkandar Heidi benar-benar terpukau dengan kecantikan Triesya.

            Triesya nampak begitu cantik dan elegan sekali dengan dress panjang rona peach yang fit dibadannya. Dress panjang yang direkakan berkemban dan terdapat belahan jadi dari paras lutut sehinggalah ke hujung dressnya kelihtan seksi sekali. Dress tersebut cantik di padankan dengan kasut high heels dan handbag rona senada. Rambutnya pula di biarkan lepas. Menampakkan lagi kecantikan asli milik Triesya. Wajahnya pula susah untuk diterangkan kerana gadis itu sentiasa kelihatan cantik walaupun tanpa make up.

            Tengku Ezkandar Heidi memusingkan badannya menghadap Triesya dan melutut di hadapan gadis itu. Matanya tidak lepas dari merenung anak mata gadis itu. Triesya yang turut terpaku dengan kekacakan Tengku Ezkandar Heidi terdiam dengan aksi spontan lelaki itu. Tangan kanannya di tarik lembut dan dikucup oleh Tengku Ezkandar Heidi. Demi Allah swt, Triesya tersentuh dengan perbuatan lelaki ituu. romantic sekali.

            “Omaigaddd! They so romantic! Awwwh!” Kata Ben teruja sambil memeluk lengan Burn. Burn pula mengelat geli apabila dipeluk oleh adik-adik seperti Ben. Tengku Ezkandar Heidi hanya tersenyum dan kembali berdiri. Lelaki itu bermain mata pula dengan Triesya. Gadis itu kelihatan terpukau.

            “You look beautiful sayang. Like usual. Love you.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi di telinga Triesya. Merona merah muka Triesya menahan malu.

            “Burn…” Tengku Ezkandar Heidi mengisyaratkan pada Burn. Burn yang tersedar lantas mengambil set barang kemas yang direka oleh Royal Jewelleries. Cantik sekali. Sarat dengan batu-batu berlian. Tengku Ezkandar Heidi menyambut huluran kotak set barang kemas yang diserahkan oleh Burn. Set barang kemas emas putih bertatahkan berlian itu turut membuatkan Triesya,Ben dan Rose tergamam. Cantik sekali.

            “Come..” Arah Tengku Ezkandar Heidi pada Triesya dan menolak lembut bahu Triesya yang terdedah agar maju ke depan sedikit dan berdiri di hadapan cermin besar tadi. Dengan penuh tertib Tengku Ezkandar Heidi memakaikan anting-anting di telinga Triesya. Triesya hanya terdiam dan memandang lelaki itu melalui cermin dihadapannya. Di saat Tengku Ezkandar Heidi ingin membuka rantai emas putih pemberian mamanya. Barulah Triesya tersedar dan menahan.

            “Why sayang?” Soal Tengku Ezkandar Heidi hairan. Hairan apabila Triesya menahan tangannya dari membuka seutas rantai emas putih yang tersarung dilehernya. Tengku Ezkandar Heidi yang berada di belakang Triesya saat itu saling membalas pandangan dari cermin.

            “I love this necklace. I tak akan buka necklace ni.” Balas Triesya jujur. Sejak 5tahun lalu rantai itulah peneman setianya selalu. Rantai pemberian arwah mamanya yang paling berharga sekali. Tengku Ezkandar Heidi pula tercengang. Jika perempuan lain pastinya akan suka dan teruja apabila dipakaikan barang kemas yang mahal.. Tetapi Triesya berbeza. Gadis itu lebih sukakan seutas rantai emas putih yang berloketkan tiga buah love dan nampak simple.

            “Rantai tu pemberian arwah mamanya.  Tak pernah dilucutkan dari leher Triesya…” Bisik Ben ditelinga Tengku Ezkandar Heidi. Tengku Ezkandar Heidi terdiam. Tidak disangka rantai emas putih yang terasarung di leher Triesya itu mempunyai sentimental valuenya pada Triesya. Tengku Ezkandar Heidi memeluk Triesya dari belakang dan menyandarkan dagunya pada bahu Triesya yang terdedah. Senyuman manis diberikan buat gadis yang dicintainya itu.

            “It’s ok. I faham… Yang ini pun dah cukup cantik.” Bisik Tengku Ezkandar Heidi di telinga Triesya. Triesya yang tertunduk itu spontan membalas pandangan Tengku Ezkandar Heidi di hadapan cermin. Sangkanya lelaki itu akan marah dan mendesaknya. Rupanya tidak. Senyuman nipis diberikan buat lelaki itu dan senyumannya dibalas.

            “Awwwhhh. So sweet! Perfect couple of the year you!” Jerit Rose teruja dan menepuk bahu Burn. Burn pula mengelengkan kepalanya dan mengosok-gosok bahunya yang ditampar oleh Rose itu. Apalah nasib! Tadi Ben. Kini pula si Rose ni.





                                    ********* AKU CINTA KAMU **********




ARE you ready sayang?” Soal Tengku Ezkandar Heidi lembut kepada Triesya yang berada di sebelah kirinya. Gadis itu kelihatan gugup. Pastinya cemas memandang banyak reporter dan orang ramai yang sedang menunggu di luar kereta Mercedes S class hitam milik Tengku Ezkandar Heidi. Tangannya memegang lembut tangan Triesya yang kelihatan tidak senang duduk di sebelahnya. Tangan runcing gadis itu terasa sejuk. Pastinya nervous. Triesya menoleh memandang Tengku Ezkandar Heidi dan memberikan senyuman kelat.

                        “Yes…” Balasnya pendek. Senyumannya di  balas dengan senyuman manis milik Tengku Ezkandar Heidi. Triesya tersentak apabila dengan spontan Tengku Ezkandar Heidi mencium dahinya.

            “Come…” Balas Tengku Ezkandar Heidi dan keluar dari kereta apabila pintu keretanya di buka oleh Burn. Kelihatannya bodyguard-bodyguard Tengku Ezkandar Heidi sedang mengetatkan keselamatan. Tengku Ezkandar Heidi yang mengadakan sidang media di Royal Hotel itu telah menjemput hampir seluruh media-media massa yang berada di Malaysia. Dia ingin seluruh Malaysia tahu bahawa dirinya dan Triesya sedang berhubungan. Dia benar-benar serious dengan gadis itu.

                Tengku Ezkandar Heidi melangkah keluar dengan penuh karismanya. Butang kot kelabunya dibetulkan dan dia berjalan pula ke pintu kereta sebelah kanan. Pintu kereta dibukakan olehnya dan menghulurkan tangan buat Triesya. Tidak peduli lensa-lensa kamera yang sedang mengambil gambar mereka.

            “Come sayang…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi lembut pada Triesya. Dengan teragak-agak Triesya menyambut huluran tersebut dan keluar dari kereta. Pertama kali dalam hidupnya dikerumuni oleh manusia dan reporter sebegini banyak. Selama ini tidaklah seteruk ini. Bagaikan ingin pengsan pun ada. Mereka menapak masuk ke dalam hotel.      

            “Relax baby. Everything is ok. Smile please…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi pada telinga Triesya dengan senyuman yang masih di bibirnya. Terasa bangga hati lelakinya dapat memiliki gadis cantik seperti Triesya. Dengan perlahan dan terpaksa Triesya memberikan senyuman kelat. Dia hanya mengikut langkah Tengku Ezkandar Heidi.





                                         ********* AKU CINTA KAMU **********




AKU hanya diam dan kaku disebelah Tengku Ezkandar Heidi yang kacak dan berlagak cool di sebelahku. Aku dapat rasakan seluruh tubuhku merasa sejuk dan tidak berpijak di dunia yang nyata. Sejak tadi tangan kiriku berada di dalam gengaman Tengku Ezkandar Heidi. Tidak dilepaskan oleh lelaki itu. mungkin menyalurkan semangatnya padaku. Aku menjeling wajahnya yang tenang segala jawapan yang diberikan oleh press. Hurm. Kagum aku dibuatnya. Memang patut pun dia jadi CEO muda. Terserlah perwatakan pemimpinnya saat ini. Dia kelihatan begitu tenang dan tegas.

            “Are you okay baby?” Bisiknya di telingaku dengan matanya yang masih di arahakn kedepan. Aku terdiam. Erk! Dia perasan ke aku tengok dia? Aku lantas memandang ke depan dan memberikan senyuman kelat. Dah red caught huh!

            “Kita pergi ke inti utamanya pula. Adakah tengku dan Triesya sedang menjalinkan hubungan sekarang ni? I mean as a lover? Dan adakah tengku serious kali  ni?” Soal seorang press kepada kami. Huih! Directnya! Spontan aku memandang dirinya yang berada di sisiku. Dia juga turut sama memandangku dan memberikan senyuman manisnya. Aku kaku. Apa maksud di sebalik senyumannya itu?

            “Ok I will staright to the point. Actually, tujuan saya panggil semua press hari Ini adalah kerana saya ingin umumkan hubungan percintaan saya dan Triesya. She’s my other half and I love her damn much….” Penjelasan tidak terduga dari Tengku Ezkandar Heidi itu membuatkan aku terdiam. Lebih-lebih lagi lelaki di sebelahku ini mencium lembut tanganku sambil merenung ke dalam mataku. Aku bagaikan terpukau dengan renungan lelaki itu. kedengaran pula para press dan tetamu bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah. Malahan flash camera sejak tadi tidak putus-putus merakam saat-saat kami berdua.

            “and.. about I’m serious or not. Yes. I’m serious. I’m serious with her. In shaa Allah. Jika diizinkan oleh-NYA we will married. She the one.” Penjelasan dari bibir lelaki itu sekali lagi membuatkan aku terdiam. Biar betik mamat ni! Kata 6bulan je! Sampai kahwin-kahwin pula. Nekad sangat nak kat aku agaknya.

            “Wow! Tahniah tengku..” Balas seorang press pula dan mereka semua kembali bertepuk tangan seperti tadi.

            “Yes. Congrate tengku. You two look perfect together..” Sampuk seorang press lagi. Lelaki disebelahku pula tersenyum lebar. Huh! Mamat ni memang nak kena dengan aku. Takde pula dia kata nak kahwin-kahwin ni. Tuptup itu yang keluar dari mulut dia.

            “Smile sayangggggg…” Bisik Tengku Ezkandar Heidi dengan senyuman yang masih menghiasi bibirnya. Tangan kanannya menjalar ke pinggangku. Dirangkul kemas. Apabila aku cuba untuk menolak. Ditariknya lagi tubuhku agar rapat dengan dirinya. Tangan  kirinya pula mengengam kedua-dua tanganku.

            “Senyum isteriku…. You nak I kiss you kat sini ke?” Ugutnya padaku. Spontan aku memberikan senyuman kelat. Takut! Mamat ni pantang dicabar betul.

            “Tangan you tu nak je I kerat-kerat. Bagi buaya makan!” Balasku geram padanya dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat. Tengku Ezkandar Heidi pula tergelak kecil memandangku dan lelaki itu merapatkan bibirnya di telingaku.

            “Before you kerat-kerat tangan I . I ‘makan’ you dulu…” Bisiknya penuh makna di telingaku. Aku pula yang kecut perut. Spontan muka ku terasa panas. Lelaki tadi tersenyum dan mengeyitkan matanya. Huh.




                                    ******** AKU CINTA KAMU *********




PUAN SRI TENGKU MELISSA dan suaminya Tan Sri Tengku Haris tersenyum-senyum memandang tv lcd mereka. Pengumuman mengenai berita hubungan anak teruna tunggal mereka dan Triesya itu membuatkan kedua-duanya gembira. Alhamdulilah. Mereka merestui hubungan kedua-duanya. Mereka bersyukur kerana Tengku Ezkandar Heidi sudah menemui cinta sejatinya.

            “Tak sangka anak hubby tu romantic orangnya…” Luah Puan Sri Tengku Melissa pada suaminya yang berada di sisi. Tan Sri Tengku Haris yang mendengar kata-kata isterinya itu tergelak besar.

            “Well. Like father like son honey…” Balasnya bangga. Puan Sri Tengku Melissa yang mendengar kata-kata suaminya itu mencebik.

            “Yelah tu. Patutlah Que Ez playboy. Rupanya waris dari daddy….” Balas Puan Sri Tengku Melissa geram sambil berpeluk tubuh. Bukan dirinya tidak tahu sikap suaminya dulu. Buaya tembaga! Alih-alih dia pula yang dapat. Tapi alhamdulilah. Kerana sejak berkahwin suaminya mula berubah. Lebih setia dan pentingkan keluarga.

            “Hahhaahaha. Itu hubby tak nak comment. Bukan salah hubby. Honey pun tau kan yang husband honey ni handsome orangnya….” Gurau Tan Sri Tengku Haris pada isterinya yang sedang geram itu. Terasa gembira hatinya melihat wajah cantik isterinya yang kemerahan menahan marah itu.

            “Hubbyyyy!” Balas Puan Sri Tengku Melissa geram. Meletus tawa Tan Sri Tengku Haris dibuatnya. Ditarik isteri tercinta ke dalam pelukan dan di kucup lembut dahi isterinya. Jatuh sayangnya di situ. Memang sejak dulu Tan Sri Tengku Haris mengakui yang isterinya seorang yang cantik. Banyak lelaki yang ingin merebut Puan Sri Tengku Melissa darinya. Namun isterinya itu tidak memperdulikan lelaki lain melainkan Tan Sri Tengku Haris. Isterinya itu begitu nekad mendapatkan cintanya yang waktu itu merupakan seorang playboy juga seperti anak lelakinya. Dia bersyukur dikurniakan isteri yang penyabar dan ikhlas menyayanginya. Berkat kesabaran isterinya itulah Tan Sri Tengku Haris mula jatuh cinta pada isterinya. Walaupun perkahwinan mereka atas aturan keluarga. Namun lama kelamaan sikap dalaman isterinya itu telah mencuit hati lelakinya. Siapa menyangka orang segedik isterinya mempunyai hati yang murni.

            “I love you honey… so much.” Bisik Tan Sri Tengku Haris lembut ke telinga isterinya. Puan Sri Tengku Melissa pula spontan mengukirkan senyuman manis dan memeluk erat suaminya. Terasa disayangi sekali.

            “I love you too hubby… So much..” Balas Puan Sri Tengku Melissa manja.

            “Awwwwhhh! So sweet! Jealous Que Sha!” Sampuk Tengku Erissa Hani yang sedang berdiri di belakang ibu bapanya. Tersentak pasangan suami isteri itu dan kedua-duanya menoleh kebelakang. Kelihatan Tengku Erissa Hani yang sedang tersengih dan menayang peacenya. Tan Sri Tengku Haris mengelengkan kepalanya. Namun pelukan pada si isteri masih tidak dilepaskan. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah menjangkau berpuluh tahun. Dia tetap cinta dan sayang pada isterinya. Semakin hari semakin romantic mereka berdua di rasakan. Biarlah begitu. Itu yang Tan Sri Tengku Haris inginkan. Anak-anaknya melihat kemesraan mereka berdua.

            “Apa salahnya… Wife daddy juga… Emuah!” Balas Tan Sri Tengku Haris selamba dan mencium pipi isterinya.

            “Hubbyy!!! Malulah…” Balas Puan Sri Tengku Melissa geram. Tan Sri Tengku Haris tergelak kecil dengan reaksi isterinya itu. Malu tapi mahu. Tengku Erissa Hani sudah mengambil tempat di ditepi kedua-dua ibu bapanya. Dipeluk mesra pinggang mummynya yang sedang berpeluk dengan daddynya itu.

            “Eee. Ni daddy punyalah.” Sakat Tan Sri Tengku Haris pada anak daranya dan menjauhkan isterinya dari Tengku Erissa Hani. Tergelak Puan Sri Tengku Melissa apabila Tengku Erissa Hani  buat-buat bodoh dan tetap memeluk mummynya.

            “Eee. Ini mummy Que Shalah. Share lah sikit daddy. Teddy bear Que Sha ni. Rindu dekat dia. Dah 5jam tak jumpa…” Rengek Tengku Erissa Hani pada daddynya. Tergelak sama Tan Sri Tengku Haris  dan Puan Sri Tengku Melissa melihat sikap manja anak dara mereka itu.

            “Ni mesti ikut gaya honeylah ni… Gedik.. Manja.. Cengeng!” Sakat Tan Sri Tengku Haris dan sempat mengutuk isteri dan anak daranya itu. Terbeliak mata kedua-duanya.

            “Apa hubby kata?!! Oooo. Manja,gedik, cengeng eh. Yang manja,gedik dan cengeng ni jugalah hubby kejar-kejarkan dulu hingga ke airport tau!” Balas Puan Sri Tengku Melissa geram sambil berdiri dan mencengkak pingang. Tengku Erissa Hani pula sudah terkekek ketawa. Ketawa melihat daddynya yang sudah tersengih itu.

            “Alaaa honey. Hubby gurau je.. Allolorh. Meh cayang hubby. Tak baik marah-marah kat husband tau.” Pujuk Tan Sri Tengku Haris lembut dan menarik Puan Sri Tengku Melissa agar duduk di ribanya. Menjerit kecil isterinya itu. Taklah berat mana. Body isterinya juga masih maintain  seperti dulu. Masih mantap orang kata. Pandai menjaga badan. Mungkin disebabkan itu jugalah Tan Sri Tengku Haris tidak memandang wanita lain. Matanya sudah dikaburi oleh kecantikan isterinya.

            “Malulah pada Que Sha hubyy. Ish! Que Sha. Tutup mata. 18sx tau!” Balas Puan Sri Tengku Melissa yang masih duduk di riba suaminya geram. Sempat lagi bergurau. Tengku Erissa Hani pula tergelak besar dan menutup sedikit matanya dan akhirnya Tengku Erissa Hani terjerit kecil apabila tangannya juga ditarik oleh Tan Sri Tengku Haris agar duduk di riba kanan daddynya.

            “Amboi. Berat-berat sungguh sayang-sayang daddy ni. Makan apa ni?” Gurau Tan Sri Tengku Haris pada kedua-duanya. Tergelak kecil kedua-duanya. Sebenarnya taklah berat mana. Kedua-duanya besar hampri sama saja.

            “Cehhh. Cakap jelah yang mummy ni masih bergetah mengalahkan kakak Que Sha. Daddy nak tau? Hari tu lecterur yang kat U Que Sha tu siap tanyakan mummy tau. Dia ingat mummy ni kakak Que Sha. Wahh! Ada sainganlah daddy.” Sakat Tengku Erissa Hani yang duduk di riba daddy nya. Terjengil mata Tan Sri Tengku Haris memandang anak daranya. Biar betul! Dipadang pula wajah cantik isterinya yang tersneyum-senyum itu. Memang dia akui wajah itu tidak pernah di mamah usia. Masih cantik.

            Tengku Erissa Hani pula tergelak besar memandang reaksi daddynya. Memang betul pun. Dr Haikal iaitu rakan sekerja Tengku Erissa Hani pernah merisik-risik bertanyakan mummynya yang disangka kakak kepada Tengku Erissa Hani itu sewaktu mummynya menemani Tengku Erissa Hani shopping dan terserempak dengan lelaki itu. Tergelak besar Tengku Erissa Hani saat itu. Apabila diberitahu itu mummynya. Dr Haikal bagaikan tidak percaya. Apabila diberi gambar keluarganya barulah Dr Haikal mengerti dan memohon maaf. Tersipu malu lecterur muda itu.

            “Honey ni nakal eh. Lain kali janganlah pakai cantik-cantik keluar dari rumah…” Rajuk Tan Sri Tengku Haris pada isterinya. Cemburu apabila ada lelaki lain melihat kecantikan isterinya. Tergelak Puan Sri Tengku Melissa saat itu. Dicubit kedua-dua pipi suaminya.

            “Jealous sangatlah hubby ni. Dah tu takkan hubyy nak honey keluar rumah pakai kain batik dengan baju tshirt je? Jatuhlah saham hubby.” Balas Puan Sri Tengku Melissa pada suaminya. Tersenyum dia di dalam hati apabila melihat muka suaminya yang kelat itu. Dikenyitkan matanya buat anak dara yang berada di sebelahnya.

            “Ish honey ni. Kenakan hubby pula. Why don’t you dress like mak-mak datin tu. Cantik apa. So lelaki-lelaki kat luar tu takut juga nak ngorat honey. Ni tak. Berpakaian mengalahkan si Que Sha ni. Mana orang tak sangkakan yang wife hubby ni kakak Que Sha.” Balas Tan Sri Tengku Haris geram. Tergelak kedua-dua wanita kesayangannya itu.

            “Buruklah muka daddy jealous. Dah tak handsome dah. Daddy. Ok apa dressing mummy ni. Que Sha bangga tau jalan dengan mummy and daddy. Macam abang dan kakak Que Sha je. No wonderlah Que Sha cantik. My parents kacak dan cantik. Hehe.” Sampuk Tengku Erissa Hani dan senyuman manis. Memang dia akui, daddy dan mummynya sama-sama cantik dan kacak. Sepadan sekali. Bangga apabila dia dilahirkan menjadi anak kepada kedua-dua suami isteri ini. Patutlah Tengku Ezkandar Heidi dan dirinya cantik dan kacak. Desis hati nakal Tengku Erissa Hani.

            “Ouch! Sakitlah daddy!” Rungut Tengku Erissa Hani manja apabila pipinya dicubit oleh daddynya.

            “Nakal! Puji diri sendiri rupanya.” Balas Tan Sri Tengku Haris kepada anak daranya. Puan Sri Tengku Melissa pula tergelak kecil. Lucu melihat anak daranya yang sedang mengosok-gosok pipinya itu.

            “Daddy ni sebiji macam abang tu. Asyik-asyik nak ketuk kepala orang. Asyik-asyik nak cubit pipi orang…” Rungut Tengku Erissa Hani. Abangnya, Tengku Ezkandar Heidi gemar mengetuk kepalanya jika geram. Daddy dan mummynya pula hanya tergelak.






                                                     B.E.R.S.A.M.B.U.N.G









*********************************************************************************************************************** 







TING TONG ! ! ! !






Tok! Tok! Tok!






Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera.








Sari berita utama.....







Erk!








Engkau kenapa? Terencat?! Sari dari India adalah.... Hahahha. Aku melalut di situ.









P/S :: Peepss! How was the story? ? ? ? ?


P/S :: I hope this chapter will be okay and uls satisfied with it. Like I'm say before, SAYA HANYA MANUSIA BIASA. Yang tidak lepas dari melakukan kesalahan mahupun kesalahan itu sekecil zahra sekalipun. Jika anda tidak sukakannya. Take note about this :: I didn't need ur comment and please unfollow this blog cause u're bring me down bebeh! Huhuhu. Aku emo yawww~

P/S :: Forgive me, jika terdapat kesalahan ejaan,perkataan mahupun ayat pada cerita ini. Maafkan saya juga jika karya aku ni kelihatan terover,terlebih dan 'ter' yang sebagainya lagi. Maaf juga jika ianya melanggar sisi agama dan sebagainya. This is my story and my fantasy. It's just a story. So, kepada anda silalah buangkan yang negativenya dan ambillah yang positivenya saja. Kita sebagai manusia haruslah tahu berfikir dengan bijak dan bukannya mudah terpengaruh ukeh! Kerana aku tidak akan bertanggungjawab apa-apa. Bukan saya! Bukan saya ! Hahahahahaha.

P/S :: In this life, tak semua manusia itu gembira pabila dia tersenyum dan tertawa. Kita lupa. Kita lupa bahawa di sebalik senyuman dan tawanya dia menyimpan dan menyembunyikan seribu satu masalah dan kesedihan yang dipendamkan. Percayalah, tak semua orang bisa mengecapi kebahagiaan. Karena di sebalik kebahagiaan yang dimiliki terdapat kesedihan dan keperitan di sebaliknya....... Begitu juga dengan Triesya. Kesedihan dan dendamnya telah menjadikan dirinya seorang yang pendendam dan sukar diramal. Perwatakannya berubah-ubah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya....


P/S :: Warghhhh~ Aku serius dowh! Geli! Hahaha. Chill sudehhh~ Tak nak lah feeling terlebih. Kite happy ukeh! hahahaha. Kepada sesiapa yang baca cerita ni terima kasih yach! Juga kepada yang sudi drop comment. SAYA AMAT MENGHARGAINYA :) Pada guest yang lain, silalah rajinkan jemari anda mengomen cerita ini. feel free to share ur opinion about this story ukeh ! :) But REMEMBER! PLEASE DONT BRING ME DOWN! :(


P/S :: Oh ya! Tengku Haris and Tengku Melissa is one of character in my e-novel! Terkeluar awal erk! Takpelah. Hehehe. Nanti-nanti kite baca pula story mak n bapak dia ukeh! Lagi lucu dari si anak. Hehehe. chill sudehhh~ 


P/S :: Ya udahlah non! gue capek ni menaip terus! Melalutnya udah melebih gituwww. wahhh~ Minah endon engkau! Hahahah. Ukehlah ! Yang penting.....  Kite enjoyyy~~~~~~~~~~~~~~









TILL THEN,










SINCERELY,

Ratu Adriana Nadine.

16 comments:

  1. so sweet que ez..l like u so much.. <3
    ratu cpt smbg aku cinta kamu.. x sbr nk bca gelagat trisya ngn que ez... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anonymous,
      Thanx wak sudi comment :)
      Hehehe. In shaa allah.
      Akan di sambung.
      teruskan follow blog kite ukeh =)

      Delete
  2. nk cari lelaki mcm que ez la..romantik sangat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik anonymous,
      Hehehe, In shaa allah.
      akan ada llk yang mcm Que Ez akan menanti anda d luar sana. heee. :)
      Thanx awak sudi bca n comment .

      Delete
  3. ratu!!! wa!!! sweet la citer niey!!!
    superb bestt!!! gudjob... sgt berpuashati gn karya awakkk!!
    hwaiting ur next entri!!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear,
      Hehehe. Thanx syg :)
      Alhamdulilah.
      terharu bla awak kata mcm tu. hehee.
      Keep follow my blog ukeh :)
      Hwaiting~

      Delete
    2. ^_~ .wc...
      ratu.... insyaallah!!..

      Delete
  4. Tengku Ezkandar Heidi L0vEeeeeeeeeee triesyA..SwEET :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak,
      hehehe. sweet la awak ne :)
      thanx drop ur comment

      Delete
    2. Ratu tiap2 ari ye kuarkan n3 aku cinta kamu..nt kempunan nk tunggu n3 cik Ratu..haha (^_^)

      Delete
    3. hehehe,
      in shaa allah awak.
      rajin2 follow my blog ukeh. jan lupa comment taw :)
      thanx

      Delete
  5. So ROmATiKKKK :)

    ReplyDelete
  6. next n3 plezzz :)

    ReplyDelete
  7. I like que ez the most....love him damn much hehehhe

    ReplyDelete