Pages

In fantasy, I can make a happy ending, complete break, and I can put people in a situation where they are confronted with things that they would not confront in the real world. It is because this is my story and my fantasy.

Monday 23 April 2012

AKU DILAMAR TUAN PUTERA





AKU berjalan keluar dari lif menuju ke lobi hotel. Guideku yang bernama Aidil akan menungguku di dalam kereta bersama pemandu. Hari ini aku akan menghabiskan sepenuh masaku untuk menggelilingi Bali. Hari keenamku di sini. Bali merupakan sebuah tempat yang kurasa terlalu indah sekali. Amat menenangkan jiwaku.

            Tit! Tit! Tit!

            Ok! Serius aku allergic dengan bunyi deringan yang aku setkan untuk message yang masuk ke dalam Blackberryku. Pabila dengar saja bunyi deringan itu aku pasti dan tak sangkal lagi yang itu adalah pesanan dari pihak hospital yang mengatakan bahawa aku ‘on call’ hari ini. Serius aku bengang. Aku tengah holiday ni.

            Sambil berjalan aku mencari-cari Blackberry di dalam handbag Prada ku. Semaknya bukan kemain lagi. Dengan Ipadnya, Blackberrynya, camera Canonnya,ubat-ubatannya, perfumenya, alat-alat soleknya, tisu basahnya dan banyak lagi benda-benda yang berguna berada di dalam bag doraemon ku ini. Nampak macam kartunkan. Tapi inilah aku. Suka bersedia setiap masa. Semuanya keperluanku. Perlu ada di sisiku.

            “Oh! Mak kau!” Latahku di saat tubuhku dilanggar oleh seseorang. Sakit ya amat bahuku saat ini. Orang ni robot ke apa! Keras semacam.

            “Oh my. Im sorry. Are you okay?” Sapa suara garau padaku. Aku menganggkat wajahku yang sedang menahan kesakitan itu dan memandang wajah yang melanggarku tadi. Cits! Ok! Serius! Aku nak describe satu perkataan je. Handsomenyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

            “Miss? Are you okay?” Soalnya lagi dengan riak wajah yang risau dan memetikkan jarinya di hadapanku. Ops! Okay. Sorry. Aku tak sengaja nak usha anak teruna orang macam tu sekali.  But serius. lelaki kat depan aku ni handsome sangat. Tubuh yang sasa dan tinggi benar-benar membuatkan aku kerdil di sisinya. Aku kecik je!

            “Err.. okay.” Balasku padanya gugup. Aku sendiri tak faham dengan diriku. Kenapa tiba-tiba gugup semacam. Aku menarik nafas dan hembuskan kembali. Cuba untuk menenangkan diriku. Thalia Natalie. Takkan baru jumpa lelaki handsome sedikit dah kalut semacam. Relax. Inhale. Exhale.Ok. Good!

            “I’m sorry miss.” Sekali lagi dia memohon maaf. Kedua tangannya dirapatkan menandakan dia benar-benar memohon maaf. Aku mengelengkan kepala. Eh. Aku anggukan kepala. Ish. Kalut!

            “It’s okay. Oh. I’ve to go. Bye.” Balasku padanya dan berlalu pergi di saat Encik Aidil sudah berdiri di pintu hotel dan melambai ke arahku. Dengan pantasnya aku meninggalkan lelaki itu di situ dan mengurut-urutkan dadaku. Menenangkan jantungku yang mengepam laju lain dari kebiasaannya.

            Saat aku sudah mengambil tempat di tempat duduk belakang kereta. Aku mengeluarkan Blackberryku kembali. Okay. Ternyata aku benar. Telahanku tepat sekali. Pesanan ringkas dari pihak hospital yang memintaku on call pada 9 malam esok. Aku tak merungut. Aku ulang. Aku tak merungut. Tetapi aku Cuma mengadu. Hehe. Aku penat! Setiap masaku aku habiskan di hospital ataupun rumah sahaja. Tiada kehidupan lain. Hambar. Inilah nasibnya jadi doctor kot.

            “Eh?!” Aku terkedu di saat lelaki yang melanggarku tadi tiba-tiba mengambil tempat di sebelahku.

            “What are you doing here?” Soalku hairan padanya. wajahnya saat itu kelihatan kemerahan. Sama ada malu ataupun penat kerana berlari mungkin kerana nafasnya tidak teratur. Sesekali kepalanya ditolehkan ke belakang.

            “I’m sorry if I’m disturb you. But can I join your journey today? I’ll pay it.” Soalnya kepada Encik Aidil dan menyerahkan not RM50 yang tebal. Membuntang mataku dibuatnya. Jangankan aku. Encik Aidil dan pemandunya yang duduk di hadapan juga terbeliak mata mereka melihat duit yang begitu banyak. RM. Ringit Megapuri. Jika ringgit Megapuri di convert ke rupiah. Adui. Kaya engkau!

            “Err. Don’t ask me sir. Ask this lady. She’s my boss today. Non, gi mana ni? Mahu enggak bapak ini ikut sama kita?” Balas Encik Aidil dan menyoalku. Aku mengetap bibir. Nak cakap apa ni?

            “Err. Saya tak tahu Encik Aidil. Encik nak ke dia ni ikut? Tak menyusahkan Encik Aidil?” Balasku. Encik Aidil tersengih.

            “Ya enggaklah non. Saya okay aja. Itu non aja yang saya kuatirkan. Mana tahu non enggak suka. Tapi lumayanlah non jika bapak ini ikut sama kita. Banyak upahnya. Boleh dibagi dua sama enon.” Balas Encik Aidil nakal dan mengeyitkan matanya padaku. Tergelak aku dibuatnya. Encik Aidil ni nakal betul. Lelaki tadi tunjuk muka blur. Tak faham kot.

            “Memandailah Encik Aidil ni. Hurm. Okaylah kalau macam tu. Saya okay je. Encik Aidil maklumkan pada dia ya. Saya malas nak berbual dengan dia. Saya tak kenal .” Balasku kepada Encik Aidil. Encik Aidil mengaggukkan kepalanya dan tersenyum memandang lelaki tadi.


            ********************************************************************


AKU ralit mengambil gambar kuil-kuil yang berada di hadapanku saat ini. Cantik sekali seni binaanya. Membuatkan aku kagum. Melancong sendirian seperti ini dengan ditemani guide adalah kebiasaanku. Di dalam setahun aku akan pergi bercuti sekali atau dua kali setahun. Masa kerjaku yang agak padat membataskan diriku.

            “Cantik…” Kedengaran suara garau di sebelahku memuji kecantikan kuil di hadapan kami. Aku yang sedang mengambil gambar tersenyum kecil.

            “Cntiikkan Encik Aidil. Tak sia-sia saya datang ke mari.” Balasku dan memandang Encik Aidil di sebelah.

            “Erk!” Terkedu aku dibuatnya. Encik Aidil yang sedang berbual dengan seseorang berdiri tidak jauh dariku dan melambai-lambai ke arahku. Sudah!

            “You boleh cakap bahasa Melayu?” Soalku hairan. Lelaki tadi tergelak kecil dan memasukkan kedua-dua tangannya ke poket seluarnya.

            “Bukan bahasa Melayu. Tetapi bahasa Megapuri. I’m Megapurian. You Malaysian kan?” Balasnya. Aku menganggukkan kepala. Tanda fahamlah kononnya. Orang Megapuri rupanya. Patutlah. Bahasa Megapuri dengan Bahasa Melayu hampir sama saja. Cuma ada beza sedikit saja. Erk! Ingatkan foreigner ke apa.

            “I thought you foreigner. So dengarlah apa yang I dengan Encik Aidil mengumpat tentang you tadi?” Soalku kepadanya dan kembali mengambil gambar.

            “Macam tulah nampaknya….” Balasnya dengan senyuman kecil. Aku tergelak. Terasa lucu pula bila ingatkan balik. Aku mengumpat orang yang faham bahasa aku. Ok. Lucu.

            “Sorry.” Aku memohon maaf dan memandangnya. Dia tersenyum.

            “Nahhh! Its okay. Bukannya mengumpat apa pun. Biasa-biasa je. Hurm. Nak gambar tak?” Soalnya kepadaku. Aku mengerutkan dahi.

            “Gambar?” Soalku kepadanya. Dia menganggukkan kepala.

            “A’ah. Sejak tadi I Nampak you ambil gambar tempat ni je dan gambar I. Let me help you. Biar I yang ambilkan gambar you pula.” Balasnya. Spontan merah mukaku. Gila! Dia perasan ke aku snap curi-curi gambar dia tadi? Hehe. Malu! Ketahuan deh!

            “Err. Takpe ke?” Soalku lagi. Dia tergelak dan mengambil camera  Canon dari leherku. Disangkutkan ke lehernya pula.

            “Smile…” Arahnya dengan kamera yang dihalakan kepadaku. Mahu tak mahu aku terpaksa senyum. Aku ni kejutan kamera sikit. Pantang jumpa camera. Mulalah aku beraksi. Hehe.



                 **********************************************************



AKU tersenyum melihat kakiku yang dibasahi air laut. Berdiri ditepi pantai seperti ini adalah kesukaanku. Walaupun saat ini sudah gelap dan dingin. Aku benar-benar merasai ketenangannya. Mengingat kembali pertemuanku dengan lelaki yang bernama Hairy tadi. Dia benar-benar peramah dan happy go lucky orangnya. Suka buat aku tergelak. Rasa macam dah kenal lama je. Dia kata dia kerja dengan keluarga dia. Kerja apa. Aku sendiri tak tahu dan tak nak tahu. Dia je yang nak sangat tahu tentang diri aku. Nama apa. Kerja apa. Tinggal kat mana. Macam detective pun ada.

            “Hi babe.” Sapa suara di telingaku. Menjerit kecil aku dibuatnya.

            “You!!!” Balasku geram sambil mencengkak pinggang di hadapan Hairy yang sedang galak ketawa itu.

            “Ahahahaha. Luculah muka you babe. Macam Nampak hantu je.” Balasnya dengan tawa yang masih bersisa. Aku mengembungkan kedua pipiku dan memuncungkan mulut. Berpeluk tubuh dan memandangnya geram.

            “Tak nak kawan!” Rajukku padanya. terhenti tawanya saat itu juga.

            “Ok my bad. I’m sorry babe. Gurau je. Alolorh. Janganlah merajuk.” Pujuknya padaku. Aku mencebik dan membelakangi dirinya. Geram!!!! Wahhh! Engkau! Sejak bila mengada-gada  pandai merajuk bagai ni? Geli nok!

            “Babe sorry.. Janganlah macam ni…. Sorrylah. Kalau tak I geletek ni.” Sekali lagi dia memohon maaf dan siap mengugutku pula. Ceh! Yalah tu!

            “Babe I’ll count until three ok.” Ugutnya lagi. Aku masih di dalam posisi yang sama. Saja nak mengada lebih. Entah kenapa dengan aku ni. Gedik semacam. Automatic bila jumpa dengan mamat ni aku pun terus berubah.

            “1….”

            “2…” Aku masih di posisi yang sama. Siap mencebikkan bibir lagi.

            “2 setengah… Babe I serius ni.” Aik? Siap ada setengah pula. Mengada lebih.

            “3! Ok here we go!” Sambungnya lagi dan kini aku serius menyesal. Terasa tangannya mengeletek aku dari belakang. Habis pinggangku di geleteknya. Sehinggakan aku cuba lari nak lepaskan diri dari dia.

            Ok serius! Aku rasa dah macam filem Hindustan pun ada. Berlari-lari di tepi pantai di tengah malam? Ok. Serius tak boleh blah! Tapi untuk pertama kalinya. Aku dapat lepaskan tekanan aku dengan ketawa. Ketawa. Ketawa dan ketawa. Berapa banyak ketawa dahhh.



            *******************************************************************



BLACKBERRY kesayanganku kembali mendering. Mengeluh aku dibuatnya. Sekali lagi kak Fatin mengingatkan aku yang aku on call hari ini. Mak aih! Cuti pun belum habis. Dah on call. Kalau tak fikirkan kak Fatin ni senior dan tengah mengandung. Tak nak aku ganti dia malam ni. Fenomena biasa yang akan selalu aku alami. Disebabkan status BUJANG aku menjadi mangsa mengantikan doctor yang mengambil emergency leave. Nasib badan….

            “Babe..” Sapa Hairy kepadaku. Aku yang tadinya memandang Blackberryku mengangkat wajah memandangnya yang berdiri di hadapanku saat ini. Senyumannya ku balas. Handsome dia pagi ni. Dengan baju kemeja pendek rona putih dan seluar pendek rona hitam membuatkan dia nampak cool gitewww. Ada hikmah juga Encik Aidil lambat menghantarku ke airport pagi ini. Dapat berjumpa dengan Hairy. Ceh. Gatal!

            “Hi Hairy. Morning!” Sapaku padanya dengan nada suara yang ceria. Dia tersenyum dan mengambil tempat di duduk di sofa hadapanku.

            “Morning babe. You nak pergi mana ni?” Salnya hairan. Aku tersenyum apabila Hairy memandang luggage ku yang diletakkan di tepi.

            “Nak baliklah. Yay!” Balasku ceria. Wajahnya berubah.

            “Balik? Awalnya…. I tak puas lagi nak kenal dengan you babe.” Balasnya hampa. Aku tergelak. Dari pemerhatianku sejak mengenalinya. Ceh. Bajet macam dah lama kenal. Encik Hairy kita ni playboy rasanya. Mulut dia pun manis semacam kalau bercakap. Omputih kata sweet talker. Aku tak hairan kalau aku boleh rapat dengan dia. Juga tak hairan kalau setiap kali aku bercakap dia pasti akan pandang bibir aku. serius aku malu. Tapi takkan nak kata ‘Awak pandang bibir saya ke?’. Dush! Sebiji engkau kena nanti bila dia kata engkau perasan! So langkah terbaik adalah diamkan diri saja. Bukan dia sentuh punkan. Tengok je. Ayat sedapkan hati.

            “Mengadalah you ni… I...”

            “Non Thalia. Mobilnya udah sedia tuh non. Non udah ready ngak? Boleh kita berangakat sekarang?” Perbualan kami terhenti apabila Encik Aidil datang mencelah. Aku memberikan senyuman buat Encik Aidil.

            “A’ah. Dah ready dah Encik Aidil.” Balasku padanya dan berdiri. Begitu juga dengan Hairy.

            “Ni bagnya non? Saya angkatin ya. Pak Hairy. Saya pergi dulu.” Balasnya dan sempat menegur Hairy. Baik sungguh orangnya.

            “So… I’ve to go….” Kataku kepada Hairy. Err. Rasa sebak sebenarnya. Don’t know why. Mengada lebih aku ni.

            “Err. If you don’t mind. I  temankan you ke kereta boleh?” Soalnya padaku. Aku tersenyum.       
    
            “Yes sure. Jom.” Balasku dan kami berjalan beriringan keluar ke luar hotel.

            “You… Jangan lupakan I tau.” Katanya padaku di saat kami beriringan keluar dari hotel. Kelihatan Encik Aidil sudah memasukkan luggage dan barang-barangku yang lain ke dalam kereta. Pintu bahagian penumpang dibukakan siap-siap untukku. Aku dan Hairy berhenti di depan kereta. Encik Aidil sudah masuk ke dalam kereta pabila Hairy memintanya begitu.

            “You… boleh tak I minta alamat and your phone number?” Soal Hairy kepadaku. Aku mengerutkan dahi. Dah ni kenapa. Lagak macam tak nak lepaskan aku pergi je. Heee.

            “Tak nak!” Balasku dan tersengih. Di saat aku ingin masuk ke dalam kereta tanganku di tarik lembut oleh hairy dan tubuhku dibawa menghadapnya.

            “Please! Jangan buat I macam ni… I beg you babe.” Rayunya. Tangannya sudah mengatal membelai pipiku. Aku menepis lembut tangannya. Tak manis kot buat macam tu.

            “You cari sendiri. You kata you expert sangat tentang Megapurikan. So I wish you good luck babe. Kita jumpa bila kita terjumpa lagi. I’ve to go. Bye.” Balasku nakal kepadanya dan masuk ke dalam kereta. Meninggalkan Hairy yang terpinga-pinga. Aku hanya mampu tersenyum pabila kereta sudah mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel.

            Memberi alamat dan phone number kepada orang yang baru aku kenali? Sorry. Bukan aku. Aku masih waras rasanya. Dibuatnya si Hairy tu jahat ke apa., Ish. Bukan nak tuduh ke apa. But who knows right?




            *****************************************************************



SUDAH SEMINGGU aku memulakan tugasku sebagai cik doctor kembali. Penatnya berganda pabila aku meninggalkan pekerjaanku selama seminggu,. Tu baru seminggu. Belum lagi sebulan. Penatnya bukan main lagi. Pesakit pula semakin ramai. Pembedahan pula jangan cakap. Banyak. Tapi aku dapat buat satu operation je. Tupun operation kecil. Yang besar-besar aku tak dapat handle buat masa sekarang ni. Penat masih. Kang termati anak orang. Aku juga yang tanggung walaupun aku pernah baca satu kata-kata ni.

            ‘Doktor bukanlah tuhan.’

            Ya, doctor bukanlah tuhan. Yang boleh menghidupkan kembali orang yang dah mati. Aku hanyalah manusia biasa. Tapi bersyukur sehingga kini semua pembedahan yang aku handle berjalan dengan selamat.

            “Babe! Alhamdulilah! Finally. I’ve found you!” Aku yang baru keluar dari bilik pemedahan dengan nurse serta doctor yang lain tergamam. Begitu juga dengan orang yang lalu lalang di luar bilik pemedahan.  Aku dipeluk?! Tapi siapa?

            “Whoa! Apa ni!” Marahku dan menolak tubuh sasa yang memelukku tadi. Ok! Serius! aku terdiam.

            “Hairy?” Soalku tidak percaya. Hairy kini berada di hadapanku dengan pakaian yang formal. Siap berkot lagi.

            “Thalia Natalie. I’ve found you. Tahu tak dah seminggu I cari you. Akhirnya jumpa juga.” Balasnya teruja. Aku mengerutkan dahi. Masih tak faham. Memang betullah budak ni expert tentang Megapuri. Boleh jumpa aku kat sini. Megapuri sebuah Negara yang besar. Lebih besar dari Malaysia and surprise! He’s found me.

            “Putera Hairy Mikail?” Tegur Doctor Pavin. Teman sekerjaku. Kami sama-sama menjalankan pembedahan tadi. Aku tercengang. Putera?

            “Yes?” Balas hairy. Ok! I need oxygen! Aku rasa nak pengsan boleh? He’s what? Prince?

            “I’m glad can meet you here. I’m Pavin. Dr.Pavin. Thalia wookmates.” Dr Pavin menundukkan tubuhnya sedikit dan menyusun sepuluh jari tanda hormat pada kerabat diraja. Aku mencerlung tajam pada Hairy. Dr.Pavin dan yang lainnya mula meninggalkan kami di situ. Hanya ada 5 orang lelaki yang lengkap berpakan kot serba hitam dan kaca mata htam saja di situ. Kelima-lima mereka mungkin bodyguard Hairy.

            “Apa semua ni? Putera?” Soalku. Hairy mengarukan kepalanya.

            “Sorry I didn’t tell you about this. Err. I’m prince of Megapuri. I’m Putera Hairy Mikail.” Jelasnya padaku dan cuba untuk memegang tanganku namun aku menepis tangannyaa.

            “You lied to me Hairy. I mean. Putera Hairy Mikail.” Sindirku geram. Hairy tercengang dengan penolakanku.

            “Babe.. please listen to me. I  takde maksud nak tipu you. I just takde kesempatan nak bagi tahu. Plus, it’s not important. In friendship tak perlu tu semua. Takkan I nak kenalkan diri I macam ni. ‘Hi I Putera  Hairy Mikail.’. Riak namanya tu babe.” Jelas Hairy. Aku mengetap bibir dan mencubit pinggangnya geram. Aku serius . Dia pula siap bergurau lagi. Tergelak besar Hairy olehku.

            “Eee. Seriuslah!” Bentakku geram dan berpeluk tubuh.

            “Alolorh. My baby dah merajuk. Meh sini kiss sikit.” Sakat Hairy kepadaku dan cuba untuk mendekatkan wajahnya padaku. Spontan aku menepis wajahnya jauh dariku. Sekali lagi Hairy tergelak. Yang lucunya. Bodyguard dia maintain engkau. Maintain serius! haha.

            “Gatal!” Balasku geram. Dia tersenyum. 

            “Dah maafkan I tak?”

            “Hurm…” Jawabku malas.

            “Apa ‘hurm’ tu? Maafkan I ke tak ni?” Gesanya lagi. Aku menjelingnya geram.

            “Maafkanlah. Kalau tak maafkan nanti saya dipancung.” Balasku geram. Hairy tergelak dan mencubit pipiku.

            “Tau tak pe. Tapi I tak nak pancung you. Kalau I. I nak you kahwin dengan I. Jadi gundik I nombor 4. Amacam?” Balasnya nakal. Terbeliak biji mataku dibuatnya. Dia ni memanng takde ciri-ciri putera langsungkan. Bukan putera tu penuh etika ke? Mamat ni cool je.

            “Ok-Ok tak nak main lagi. Lunch jom. I belum makan lagi.” Sambungnya dan membuat muka kasihan. Aku mencebik dan tinggalkan dia di situ.

            “Babe!” Panggilnya dengan suara yang kuat. Sehinggakan aku menutup telinga dibuatnya. Gila mamat ni. Ingat tempat ni apa. Hospital kot. Aku menoleh dan mencengkak pingang memandangnya.

            “I kira sampai 3 je. Kalau lambat tak nak lunch.” Balasku dan kembali memandang ke depan berjalan menuju ke blikku. Menukar pakaian. Takkan nak pakai macam ni kot. Baru lepas buat operation ni.

            “Nak lunch kat mana?” Soalnya mesra dan memeluk lenganku manja. Lagak aku ni bf dia gf. Aku hanya mampu mengelengkan kepala memandangnya. Main redah je pegang anak dara orang dia ni.

            “Seefood okay? Ke western?” Soalnya ceria.

            “I nak Korean food.” Balasku teruja. Dengan Hairy, aku beruba menjadi diriku sendiri.....



            *********************************************************************




KEKASIH BARU PUTERA HAIRI MIKAIL?

MEGAPURI – Putera Hairy Mikail, anak kedua Sultan Hamdan Mahdi selama ini dikenali dengan sikap playboynya dan sering berfoya-foya. Gossip-gossip liar mengenainya yang gemar bertukar-tukar teman wanita membuatkan sang putera yang kacak ini menjadi perhatian rakyat jelata dan media Massa. Juga tidak ketinggalan para wanita di luar sana yang berminat dengan putera kacak ini.

            Mengikut sumber yang dipercayai, adik kepada putera mahkota iaitu Putera Mahkota Hairil Maizen ini sudah berpisah dengan pasangannya iaitu seorang model terkenal dan dipercayai kini sudah berjumpa dengan penganti barunya.

            Melalui sumber gambar yang disertakan, memaparkan putera kacak itu bersama dengan seorang gadis yang dipercayai namanya adalah Atilia Natalia iaitu merupakan seorang doctor dan berasal dari Malaysia. Hubungan rapat mereka ini dipercayai mula berkembang setelah Putera Hairy Mikail berpisah dengan bekas kekasihnya.

            Kebenaran mengenai gossip di antara keduanya masih kabur kerana sehingga kini media masih tidak dapat berhubung secara terus kepada doctor muda tersebut. Hal ini adalah kerana pengawasan yang ketat oleh pengawal-pengawal peribadi Putera Hairy terhadap ‘kekasih’nya itu. adakah kali ini sang putera kacak ini serius dengan perhubungannya dengan doctor muda tersebut? Melalui maklumat yang kami dapati, Putera Hairy Mikail begitu mengambil berat akan keselamatan ‘kekasih’nya itu sehinggakan tidak dibenarkan mana-mana media mendekati gadis itu.

            Perubahan putera hairi ini sedikit sebanyak menimbulkan lebih banyak gossip dan spekulasi mengenainya. Tidak dilupa juga perubahan drastik putera kedua sultan Megapuri ini yang tidak lagi pergi ke kelab-kelab malam dan mabuk seperti sebelum ini.

            Apakah hubungan mereka? Kita nantikan sendiri dari tuan empunya badan. sehingga kini kedua-duanya lebih suka mendiamkan diri.

MEGAPURI NEWS.



AKU merenyukkan surat khabar yang baru ku baca tadi. Ok serius aku bengang. Wajah aku siap dipaparkan di newspaper Megapuri? Newspaper  yang rata-ratanya dibaca oleh rakyat jelata Megapuri ni. Mampus! Semakin lama aku dapat rasakan yang kehidupanku semakin tiada privacynya. Dua hari yang lalu, hampir saja aku kemalangan kerana dikerjar reporter. Bagaikan Princess Diana pun ada. Dan kini, mukaku sudah terpampang di dada-dada akhbar Megapuri. Semuanya bermula sejak aku dan Hairy semakin rapat di dalam masa dua bulan lebih ini.

            Apa maksud pihak akhbar tu buat gossip macam tu? Aku dan Hairy? Ok! Tak mungkin akan berlaku. Aku dan dia cuma berteman. Aku tekankan di sini. Cuma berteman. Tidak lebih dari itu. Hubungan kami Cuma dari dasar seorang kawan ke kawan. Bukannya dari kekasih ke kekasih.

            Bagaimana aku nak jalankan kehidupan harianku selepas ini? Ke mana saja aku menjadi tumpuan. Keluar nak ke market pun dah dipandang lain. Lagilah nak ke mana-mana. Pasti orang-orang Hairy akan mengekoriku. Terasa rimas!



            *******************************************************************



JAM sudah menujukkan jam 3.10 petang. Maksudnya sudah 10 minit aku duduk di café tower ini. Nasib saja hari ni takde banyak pesakit. Bolehlah juga aku curi tulang sekejap. Jika nak harapkan masa rehatku. Aku rasakan tidak cukup. Lebih-lebih pabila aku sedang on call dan membuat pembedahan. Sibuknya berganda-ganda.

            Fikiranku mula melayang pada panggilan dari Malaysia tadi. Arh! Cepat sungguh gossip tersebar sehinggakan mama kat Malaysia pun dapat tahu. Tak tahu nak sorok kat mana lagi muka ni. nak berbuih mulut aku tidakkan pada mama mengenai perhubunganku dan Hairy. Kami hanya kawan. Tidak lebih. Tapi mama pula bagaikan tidak percaya. Lebih-lebih gambar aku dan Hairy bercuti bersama di Indonesia tempoh hari. Arh! Bukan salahku. Percutian itu juga tidak dirancang dan itu adalah pertemuan pertama kami. Tapi mama…. Aduh. Susah!

            “Sorry. I’m late.” Hairy duduk di hadapanku dengan senyuman manis. Sunglasses hitamnya dibuka. Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong dan masih membisu. Seorang pelayan datang dan membawakan secawan coffee buatnya. Pelanggan tetap café ini. Pula tu seorang putera, pastilah mereka tahu apa taste tuan putera ni.

            “Ok. Can we start our conversation?” Soalnya kepadaku dengan lembut. Tanganku yang berada di atas meja dipegang. Aku menolak dan menariknya perlahan. Mataku meliar ke segenap café yang berada di tingkat teratas bangunan pengcakar langit ini. Mana tahu ada reporter yang menghendap walaupun aku tahu setiap kali tuan putera Hairy ni datang ke café ni pasti tak ada pelanggan lain yang akan dibenarkan masuk. Hanya dia dan tetamunya saja.

            “Tengok apa?” Soalnya kepadaku dengan kening yang sengaja dinaikkan. Aku mengeluh dan memandang pemandangan di bawah sana. Banyak bangunan –bangunan tinggi dan kereta-kereta juga kelihatan bagaikan semut saja.

            “Kenapa nak jumpa? Tak takut ke banyak gossip mengenai kita lagi lepas ni?” Soalku dingin. Walau aku tidak memandangnya tapi aku tahu dia kini tengah merenungku.

            “I tak kisah tentang semua gossip tu. Nak takut apa?” Balasnya kepadaku. Aku memandang tepat ke wajah kacaknya. Aku rasa kecil besar kecil besar je mamat ni aku tengok. Ni kalau aku masak buat daging salai aci tak?

            “Dah tu apa je yang you kisah? Life you yang berfoya-foya tu or girlfriend you yang keliling pinggang tu?” Soalku geram. Mungkin semua ini biasa baginya. Digosipkan dengan perempuan itu dan ini. Sudah biasa. Tetapi tidak aku. kalau orang rasa digossipkan dengan tuan putera kacak yang duduk kat depan aku ni adalah dirasakan bertuah dan beruntung. Berbeza denganku. Aku rasa teruk!

            Selama dua bulan lebih ni Hairy banyak kongsikan hal peribadinya denganku. semuanya aku rasa. Sehinggakan dia nak mandi pun sempat nak message aku kata nak mandi. Kalau orang dengar pasti tak percaya yang tuan putera ni buat gaya macam tu. Malahan sikapnya yang playboy itu juga aku sudah tahu. Malah jelas sekali.

            “I kisahkan you! You sedar ataupun buat-buat tak sedar layanan I pada you selama ni? Thalia Natalie, You sedar tak yang I cintakan you?” Soalnya dengan nada serius kepadaku. Aku mendengus kasar dan berdiri. Ok. Ini dah lebih. Dia kata apa tadi? Cinta? Ok. Lucu sangat. Ada kamera kat mana-mana ke? Prank ke apa. Putera Megapuri jatuh cinta pada aku? Ok cukup tak logic!

            “I takde masa nak bergurau dengan you tuan Putera Hairy. I’ve lots of work to do. Takde masa nak layan gurauan bodoh you ni.” Marahku kepadanya dan ingin berlalu meninggalkan dirinya yang tercengang memandangku itu.

             “Hold on dear…” Tahannya padaku dan berdiri di hadapanku. Aku mencerlung tajam padanya. Sejak mula perkenalan kami, aku dah bagi syarat yang tiada cinta di antara kami. Hanya kawan. Jika benar sekalipun dia punya perasaan padaku. Aku tak nak. Aku tak nak dipermainkan. Aku kenal siapa dia. Dia adalah seorang buaya darat. Buat perempuan seperti baju. Pakai buang. Jadi, kenapa harus aku bodohkan diriku jatuh di dalam pelukannya?

            “Thalia Natalie binti Ahmad Tharmie. Will you marry me?” Ucapnya padaku dan melutut di hadapanku. Di tangannya ada sekotak cincin. Aku tercengang. Terkaku. Terdiam. Terkejut. Arh! Macam-macam ‘ter’ lagi yang terjadi padaku. Apa maksud semua ni? Ok. Aku tahu. Dia tengah lamar aku. tapi kenapa? Itu yang ingin ku nak tahu.

            “Please… stand up. You tu putera raja. Nanti apa orang kata kalau you duduk melutut macam ni.” Balasku geram. Putera kedua kepada sultan Megapuri berlutut di hadapanku? Nanti apa pula sangkaan rakyat jelata Negara ini kepadaku. Sudahlah statusku kini sudah buruk di mata mereka. Semuanya di ambil tahu.

            “No! Let them be. I takkan berdiri selagi you tak jawab soalan I. Will you marry me?” Tegasnya dan masih di posisi yang sama. Aku mendengus dan berpeluk tubuh. Aku memandang wajah kacaknya itu. memang. Memang tiada apa yang kurang pada lelaki di hadapanku ini. Dia kacak, dia punya harta, dia romantic dan melayaniku dengan baik. Tetapi kami berasal dari dunia yang berbeza. Kisah Cinderella dan puteranya hanya kisah dongeng dan mustahil terjadi pada diriku. Aku hanya rakyat biasa sedangkan dia… berasal dari keluarga diraja. Darah kami memang sama merahnya. Tetapi tetap berlainan darjat.

            “We’re just friend. Not more than that. I don’t love you and didn’t trust you that you did love me. It’s just one of your tactics to flirt with girl right? What do you know about love prince Hairy? Did you mean your love to me it’s same like your love to the other girl? Or you are saying like that because you want one night stand with me? Tell me. Lepas dapat tidur dengan I you akan tinggalkan I? Seperti you tinggalkan perempuan-perempuan lain tu? Kalau itu yang you maksudkan cinta. Come. Let’s go. Let we finish this games. Let’s do it. Kalau itu buat you TAK akan ganggu I lagi. Pergi dari hidup I.” Balasku kepadanya dan menariknya agar berdiri.

            Namun, tanganku di tolaknya kasar. Mukanya juga kelihatan begitu merah sekali. Matanya mencerlung tajam memandangku. Serius aku takut memandangnya saat ini. Aku benar-benar sudah menjolok sarang tebuan. Aku benar-benar sudah menyimbah minyak ke api. Aku benar-benar sudah membangunkan naga yang sedang tidur. Arh! Kusut!

            Putera Hairy Mikail berdiri di hadapanku dengan wajah yang bengang. Merah mukanya menahan marah. Kotak cincin tadi digengamnya dengan kuat sehinggakan kelihatan urat-urat tangannya yang sudah keluar. Sedikit demi sedikit tubuhnya merapatiku dan aku pula semakin dia mendekat semakin aku ke belakang. Sehinggalah tubuhku sudah terperangkap di antara dinding café dengan tubuh sasanya. Jujur. Aku takut! Sempat mataku meliar ke sekitar café. Hampa! Tiada satu pun makhluk Allah swt bernama manusia aku temui. Tubuhku sudah mengeletar ketakutan.

            “Why? Takut?” Bisiknya dengan mata yang tajam merenung ke dasar mataku. Tangannya membelai wajahku dengan sesaat pun pandangannya tidak dialihkan. Aku dapat rasakan peluh mula mencurah jatuh.

            “Bukankah you nak selesaikan sekarang ni juga?” Bisiknya lagi dan mula mendekatkan wajahnya padaku. Dengan cepat aku menutup kedua mataku. Tidak sanggup memandang wajahnya yang sudah mulai mendekat itu. hatiku berperang dengan tubuhku saat ini. Hatiku kata tidak. Tapi tubuhku mengeras. Tidak bekerjasama dengan hati milikku. Sedikit. Sedikit. Demi sedikit. Semakin terasa desahan nafasnya menampar leherku.

          Seminit…

            Dua minit…

            Tiga minit…

            Tiada apa yang dilakukannya. Hanya kedengaran deruan nafasnya dan nafasnya yang menampar leherku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan terkejut melihatnya yang sedang merenung tajam ke segenap wajahku. Aku kaku memandangnya wajahnya yang begitu dekat dan wajahnya yang beriak serius itu. Berdiri di hadapanku saat ini bukan Putera Hairy Mikail yang aku kenali selama ini. Hairy yang aku kenali senantiasa ceria dan tersenyum. Tapi yang ini….. Arh! Kusut!

            Tangannya membelai wajahku. Di usap dengan lembut sekali. Selepas itu pergerakannya terhenti di bibirku. Terdengar keluhan darinya.

            “I know perangai I buruk sangat sebelum ni. I mengaku I hanya tahu berfoya-foya, masuk keluar club, minum arak dan buat perempuan macam baju. But that was before sayang…. Then, one day, I terjumpa seorang gadis yang cantik. Orangnya lemah lembut, ceria dan tegas. She’s made my day. Hidup I semakin lama semakin terisi. She’s different with the other girl. Dia ikhlas berkawan dengan I bukan sebab I seorang putera raja. But sebab I adalah Hairy. And I know that I love her. Love her so much. Sehinggakan I tak nak lepaskan dia walau sesaat. Tak nak berjauhan dengan dia walau sesaat. Tak nak dia pergi dari hidup I walau sesaat. Because I love her. For once in my life, I don't have to try to BE HAPPY, when I'm with her, it just happens. Because of her, I was trying to change myself to be better man. Untuk menjadi lelaki yang sepadan dengan dia. Lelaki yang sepadan berdiri disisi Thalia Natalie….. From the day you walked into my life, you’re all I think about. You’re the reason I breathe. You’re the stars in my sky. I wouldn't want another way. You’re the love of my life…” Kata Hairy dengan nada perlahan dan lembut. Ok. Serius. Mata dia merah saat ini. Aku tersentuh apabila air matanya mengalir. Pabila aku cuba untuk mengelap air matanya dia menepis lembut tanganku. Sedikit terasa dengan penolakannya. Hairy menjauhkan tubuhhnya dariku dan berdiri berhadapan denganku. Pandangannya kini bukan padaku lagi. Tapi ditumpukan ke arah bangunan pencangkar langit di sebelah sana.. Aku tahu…. Aku tahu dia sedang menangis saat ini.. Tetapi masih ego untuk memperlihatkan air matanya untukku.

            “Honestly, kalau I nak ONS with you. I  dah buat tu semua from the first day we meet. But I tak nak. you lain dari yang lain. Secara automaticnya I  hormatkan you. I  tahu I  bukanlah baik. But I  ada prinsip. I takkan ‘sentuh’ perempuan yang I sayang dan cinta. Sebab I sayangkan dia dan hormatkan dia….” Hairy terdiam dan melepaskan nafasnya berat. Terasa sukar untuk dia bercakap.

            “Give me time… I’ll change myself to be a better man for you. Untuk menjadi lelaki yang pantas berada di sisi you… Maybe kita berjauhan… But, I want you remember this. ‘You’ve enter my heart and you’ll be here forever…’.” Ucapnya padaku dan menarik kedua-dua tanganku lalu diletakkan di dadanya. Ok. Serius. Aku sendiri tak faham dengan apa yang aku rasa sekarang ni. Kedua-dua tanganku dapat merasai dengupan jantungnya.

            Dup

            Dap

            Dup

            Dap

            Aku mengetap bibir. Serius aku nak menangis. Aku tak pernah ada perasaan ni. Cinta? Tiada di dalam kamus hidupku selama ini. But this time…..

            “You akan selalu ada di sini. Di hati I….” Dahiku dikucup lembut olehnya. Lama. Dan aku hanya mampu diam. Kaku. Hanya mampu melihatnya meninggalkan aku di situ. Aku tahu dia kecewa. Tetapi riak wajahnya cuba di tahan dari memperlihatkan kekecewaan dan kesedihannya. Matanya tidak berani memandang tepat ke mataku kerana kau tahu dia tengah menangis. Dia tidak ingin aku melihat kelemahan dirinya. Kenapa dia seperti itu? Membuatkan aku serba salah. Aku benci melihat wajahnya yang sedih dan tidak ceria itu. Aku ingin melihatnya tersenyum ceria. Tetapi bagaimana? Aku sendiri yang membuatkan dia seperti itu….

            “I love you too….” Ucapku tanpa sedar…


      ******************************************************************

MISI MENYELAMATKAN MANGSA TSUNAMI

JEPUN- Misi pasukan Angkatan Tentera Megapuri yang diketuai oleh Tuan Putera Hairy Mikail ke Jepun sebulan lalu berjaya dilaksanakan dan kini Tuan Putera Hairy Makail bersama pasukan angkatan tenteranya sudah tiba dengan selamat semalam menaiki jet pesendirian milik Angkatan Tentera Megapuri.
            Ketibaan Tuan Putera Hairy Mikail bersama pasukannya disambut oleh Tuanku Sultan Hamdan Mahdi bersama Tuanku Permaisuri Bahiyah. Turut serta adalah putera mahkota dan isterinya. Kejayaan Tuan Putera Hairy Mikail bersama misinya kali ini benar-benar membuatkan  Tuanku Sultan Hamdan Mahdi merasa berbangga akan kejayaan putera keduanya itu.
            Tuan Putera Hairy Mikail, yang dikenali selama ini sebagai tuan putera yang gemar berfoya-foya dan mempunyai status peribadi yang negative sudah mulai berubah sejak enam bulan lepas. penglibatan tuan putera kepada setiap kerja amal dan misi bantuan sukarelawan benar-benar membuatkan rakyat jelata Megapuri bersama sultannya berasa gembira dengan perubahan putera kedua Tuanku Sultan Hamdan Mahdi Itu.
            Gossip hangat yang memperkatakan  hubungannya bersama doctor muda yang bernama Thalia Natalie sudah berpisah sedikit sebanyak adalah merupakan faktor kepada perubahan drastic tuan putera yang kacak itu. Namun, berlainan pula di sisi jawapan Tuan Putera Hairy Mikail sendiri. Tuan putera hairy mikail menolak gossip yang mengatakn dirinya dan doctor muda yang cantik itu sudah berpisah. Katanya lagi mereka baik sahaja  dan tidak ingin hubungan percintaannya digossipkan lagi kerana memikirkan perasaan kekasihnya yang mungkin tidak senang akan dunia Tuan Putera Hairy yang selalu menjadi tumpuan para media di Megapuri.
            Adakah perubahan yang di alami oleh tuan putera kacak ini adalah kerana kekasihnya? Jika benar, maka gadis cantik bernama Thalia Natalie ini benar-benar memberikan impak yang mendalam di dalam kehidupa tuan putera kacak ini. Walau apapun, kami sebagai rakyat jelata Megapuri amat gembira dengan perubahan tuanku dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

MEGAPURI NEWS.


AKU hanya mampu tersenyum memandang surat khabar yang berada di atas meja kerjaku. Sudah enam bulan beralu dan kini dia benar-benar mengotakan janjinya. Dia benar-benar berubah. Adakah dia berubah keranaku?

            Selama enam bulan ini, aku dan dia sudah tidak berjumpa lagi. Apatah lagi berhubungan, Keputusanku untuk  balik ke Malaysia dan bekerja di sini membuatkan hubungan kami menjadi semakin jauh. Inilah pilihanku. Pergi jauh dari kehidupannya. Jika dia tercipta untukku. Pasti kamikan bersama jua.

            Fikiranku mula melayang pada pertemuanku dengan Tuanku Permaisuri Bahiyah. Bonda kepada Hairy. Pertemuan yang tidak dirancang itu benar-benar membuatkan aku terkejut. Jangankan aku. Seluruh ahli keluargaku juga turut sama terkejut pabila Tuanku Permaisuri Megapuri datang ke rumahku.

            “Beta harap kedatangan beta ke sini tidak menganggu Thalia dan keluarga.” Tutur Tuanku Permaisuri Bahiyah lembut kepadaku di saat kami duduk di taman milik mama. Kerana Tuanku Permaisuri Bahiyah terpikat dengan pemandangn bukit menghijau di hadapan taman ini. Rumah di atas bukit seperti ini benar-benar menenangkan jiwa.

            “Eh. Tak tuanku permaisuri. Patik dan keluarga menerima kedatangan tuanku permaisuri dengan tagan yang terbuka. Gembira sekali.” jawabku cepat. Takut kalau-kalau Tuanku Permaisuri Bahiyah  merasa  aku dan keluargaku tidak menerima kedatangannya. Dia tersenyum. Cantik sekali orangnya. Pertama kali aku bertentang mata dengannya. Patutlah Hairy kacak orangnya. Waris dari bondanya pula.

            “Beta pasti Thalia tahu kenapa beta datang ke sini.” Katanya kepadaku dan tersenyum memandangku.

            “Ampunkan patik tuanku permaisuri. Patik tak tahu.” Balasku serba salah. Aku sendiri tidak tahu tujuannnya datang hari ini. Tapi aku pasti. Ada kaitannya dengan Hairy.

            “Beta datang ke mari adalah kerana ingin membawa Thalia kembali ke Megapuri. Menjadikan Thalia menantu beta dan isteri kepada Putera Hairy. Beta tahu, Putera Hairy dan Thalia mempunyai hubungan istimewa.” Jelas tuanku permaisuri. Aku terdiam. Terkaku dan bermacam ‘ter’ lagi aku alami.

            “Tapi tuanku, patik tak layak untuk Putera Hairy.” Balasku padanya. Tuanku permaisuri tersenyum dan memegang tanganku.

            “Kamu terlalu layak buat Putera Hairy. Beta dah siasat semua tentang kamu dan beta sukakan kamu..”

            “Adakah Putera Hairy yang minta tuanku permaisuri datang ke mari?” Dugaku padanya. dia mengeleng.

            “Tidak. Anakanda beta putera Hairy tidak mengetahui sama sekali akan kedatangan beta ke mari. Beta tahu, hubungan kalian berdua ada masalah. Di dalam setiap perhubungan pasti akan dilanda masalah dan badai. Cuma dari kita saja agar tabah menghadapinya. Beta tahu kepulangan Thalia ke mari adalah kerana membawa drii. Begitu juga dengan perubahan Putera Hairy yang mengambil keputusan untuk masuk ke pasukan angkatan tentera.” Balas Tuanku Permaisuri Bahiyah panjang lebar. Pipiku sempat diusapnya lembut. Siapa sangka Tuanku Permaisuri Bahiyah begitu baik sekali. aku ingatkan dia menentang hubunganku dan anaknya kerana berlainan darjat.

            “Putera Hairy masuk ke pasukan angkatan tentera?” Soalku terkejut. Terkejut dengan apa yang aku dengarkan tadi. Bagaikan tidak percyaa. Tuanku Permaisuri Bahiyah tersenyum.

            “Ya. Beta sendiri terkejut dengan keputusan yang anakanda beta buat. Tetapi beta sebagai ibu hanya mampu mendoakan yang terbaik. Jadi, adakah Thalia sudi?” Soalan tuanku permaisuri itu membuatkan aku terdiam.

            “Maafkan patik tuanku. Tetapi patik tak dapat terima. Ampunkan patik. Mungkin patik bukanlah jodoh  yang terbaik buat Putera Hiary.” Balasku dengan lembut. Takut-takut jika tuanku permaisuri murka. Tuanku permaisuri tersenyum.

            “Sebelum datang tadi beta dah tahu apa jawapan kamu. Beta tahu kamu mencintai Putera Hairy. Tetapi percayalah. Setiap manusia berhak untuk berubah. And he does really mean it. Dia berubah demi kamu dan masa depan kamu berdua. Beta tak pernah melihat ankanda beta begitu mencintai seorang gadis seperti dia mencintai kamu. Anakanda beta bertuah kerana jatuh cinta dengan gadis sebaik kamu.” Balas tuanku permaisuri. Kata-kata tuanku permaisuri itu membuatkan aku terharu dan menangis. Sebegitu dalamkan cinta Hairy buatku?

            “Bonda berdoa suatu hari nanti Putera Hairy dan Thalia disatukan.” Ucap Tuanku Permaisrui Bahiyah lagi dan kali ini aku benar-benar terharu. Apatah lagi pabila dia membahaskan dirinya ‘bonda’. Aku rasa benar-benar diterima olehnya.

            “Kau dah baca?” Soal Dr.Melissa kepadaku. Melissa adalah teman rapatku sejak di univeristi lagi. Kami sama-sama belajar di Ireland dulu. Aku mengeluh dan berdiri. Tubuhku aku bawa menghadap keluar tingkap pejabatku. Kelihatan taman hospital yang cantik dihiasi bunga-bunga segar lily. Begitu kreatif sekali pihak hospital.

            “I don’t know …” Balasku pada Melissa. Melissa adalah teman rapatku yang aku boleh percaya. Aku selalu meluahkan masalahku padanya. Masalahku dengan Hairy juga diketahuinya. Malahan newspaper dari Megapuri tadi dialah yang berikan kepadaku.

            “Babe. Kau tak boleh terus macam ni.. Sampai bila kau nak hukum dia? He’s really love you.”  Kata Melissa geram. Aku mengeluh.

            “Kau cintakan diakan? Just say yes or no. Tu je aku nak tahu…” bBalas Melissa. Aku menoleh memandang Melissa. Mataku bergenang. Sungguh! Aku rindu. Aku cinta. Tapi aku tak tahu nak luahkan macam mana. Betullah kata orang. Bila dah takde kat depan mata kita barulah kita mencari dan merindu. Barulah sedar akan kehadirannya. Arh! Kusut!

            “Yes….” Balasku dan menutup mukaku dengan kedua-dua tanganku. Melissa tergelak dan menerpa memelukku.

            “Yay! Akhirnya. I knew it. You’re madly in love with him. I’ll pray the best for your happiness sayang.” Balas Melissa gembira. aku tergelak. Budak ni over giler aku tengok. Apa kes?


                             ****************************************************


AKU memeluk tubuhku yang tersarung maxi dress rona turquoise dan cardigan. Sejuk gila. Kalau korang tak percaya cuba berdiri kat tepi pantai malam-malam macam aku buat ni. confirm! Huhuhu. Mataku meliar-liar mencari Melissa. Sungguh-sungguh nak bawa aku ke tepi pantai ni. katanya nak tengok bintang di tepi pantai. Tengok-tengok ditinggalnya aku di tepi pantai ni sorang-sorang. Ok aku tipu! Ada je orang lain kat tepi pantai ni. tetapi aku tak kenal ukeh. Mulanya aku malas nak ikut. Takde mood nak layan perangai budak Melissa ni. tetapi aku gagahkan juga pabila Nampak wajahnya yang cemberut sebelas depa tu.

            Tup!

            “Ouch!” Sakit bengong! Siapa entah dengan bijaknya membuang benda sesuka hati. Geram betul! Bukan main cantik lagi balingan dia sehinggakan kena tepat-tepat kat kepala aku ni hah. aku duduk mecangkung melihat benda yang dibaling tadi.

            “Eh?” Dahiku berkerut memandang ‘benda’ yang dibaling tadi. Larhh~ Coklat rupanya. Boleh tahan keras encik coklat ni sampaikan kepala aku rasa sakit semacam. Aku mengambil coklat tadi dan memandang ke arah kanan dan kiriku. Huh. Steady je manusia di sekitar aku ni. siapa punya eh? Asal buang merata macam ni. ukeh. Aku mengaku. Perisa kegemaran aku ni. coklat with almond? Awwhhh~ sedap!

            “Erk! Apa ni?” aku mengerutkan dahi memandang nota kecil yang terlekat di belakang coklat tadi.

Dear Thalia Natalie,
            Please walk in 10 steps to the right side and you’ll find me.

            Dush! Siapa pula nak main seek and find dengan aku ni? Melissa ke? Malam-malam macam ni? bengong betullah budak ni. geram! Tapi aku layankan juga. Dengan malasnya aku melangkah 10 tapak ke sebelah kananku sambil menundukkan kepala.

            1

            2

            3

            4

            5

            6

            7

            8

            9

            10

            “Gotcha!” Jeritku ceria. Ops! Takde siapa pun… Yang ada hanya lilin. Erk! Lilin? Comelnya…. Aku tersenyum memandang lilin yang disusun pada dua bahagian bagi membentuk jalan. Aku melangkah mengikut lilin-lilin tersebut dan…

            “OMG!” Spontan aku menutup mulutku yang terlopong melihat bentuk lilin yang sedang membentuk love di tempat ku berdiri saat ini. Aku kini berada di tengah-tengah. Siapa yang kreatif sangat ni? Ok serius! Aku terharu dan suka!

            Thum!

            Thum!

            Thum!

            Ok! Sekali lagi aku terkejut pabila kelihatan bunga api membentuk.

I LOVE YOU.  THALIA NATALIE WILL YOU MARRY ME?

            Ok serius aku rasa nak menangis. Bukan rasa tetapi dah menangis dah. Aku terharu sangat. Siapa yang propose aku ni?

            “Babe…” Panggil suaru garau di belakangku. Lantas aku menoleh dan tergamam. Tergamam memandang dirinya yang segak memakai kot serba putih. He’s really look’s like prince charming.. Ya. My prince charming.

            “You? Hairy?”  Soalku tidak percaya. Terkejut memandang dirinya yang semakin tinggi,sasa dan kulit agak tenth sedikit itu. Erk! Ke aku ni yang semakin pendek? Err. Apa-apa jelah. Hairy tersenyum dan datang mendekatiku. Kedua-dua tangannya disembunyikan di belakang tubuhnya. Aku menanti dengan penuh debaran. Rasa macam nak kahwin je! Erk! Auta lebih!

            “Thalia Natalie….” Hairy duduk melutut di hadapanku. Apa yang aku boleh katakan? Suasana saat ini sungguh romantic apatah lagi disaat ini kami berada di dalam lilin yang dibentuk love.

            “Will you marry me?  I want to grow old with you. Having you by my side is what completes me. Because, I can’t imagine a life without you in it.” Ucap Hairy penuh romantic. Pandangan matanya saat ini hanya untukku. Sebuah kotak cincin dihulurkan padaku.

            Aku menutup mataku dan pabila aku buka mata ini. Aku harap ini bukanlah mimpi. Jika benar ia mimpi sekalipun aku berharap aku tidak dibangunkan dari mimpi indah ini. Aku mengetap bibir di saat terasa air jernih mengalir ke pipiku.

            Dengan penuh debar aku membuka mataku kembali dan…….

            Ya… He’s still there. In front of me. Thanks Allah swt!

            “Why you doing this?” Soalku padanya dengan air mata yang mengalir. Dia tersenyum.

            “The answer is love. Because I love you…babe, Will you love me the rest of my life? Because, I'll love you the rest of mine." Balasnya dengan senyuman.

            “I love you more than any word can say ... I love you more than every action I take ... I'll be right here loving you till the end…. Yes I love you. And yes, I do…” Jawabku padanya dengan senyuman manis. Senyuman manis kerana ini adalah saat-saat yang indah sekali buatku.

            “Alhamdulilah.” Ucapnya sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua tangan. Hairy menunduk seketika dan kembali memandangku dan tersenyum. Matanya kelihatan merah. Dia menangis?

            “Sayang…” Ucapnya lembut dan berdiri. Kedua-dua tanganku di tariknya lembut dan dikucupnya.

            “Are you sure to be mine? Jadi yang halal dan sah buat I ? Jadi isteri dan ibu kepada anak-anak I?” Soalnya padaku meminta kepastian. Aku tergelak dalam tangisan. Dia benar-benar membuatkan hidupku bahagia. Walaupun ketika menangis aku masih mampu ketawa.

            “Yes sayang…. I  sudi. I  sudi jadi yang halal dan sah buat you. I  sudi jadi isteri dan ibu kepada anak-anak you…” Balasku padanya lembut. Dia tersenyum lebar. Tangan kananku ditariknya lembut dan menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manisku. Jemariku yang tersarung cincin dicium lembut olehnya dan begitu juga dengan dahiku. Gugur air mata kegembiraanku saat itu. aku sangkakan kisah seperti ini hanya bisa ku lihat di kaca tv. Rupanya aku kini mengalaminya. Dengan Encik Hatiku. Sang puteraku….

            “I promise to be there when you need me, I promise to hug you tight when you’re lonely, I promise to wipe your tears when they fall and I promise to keep you, not for the rest of my life but for the rest of yours. I love you sayang…” Ucapnya penuh romantic dan membawaku ke dalam pelukannya. Ya Allah swt. Terima kasih di atas kebahagiaan yang kau berikan…

            “Congrats!!!!”  Jerit suara ramai kepada kami. Spontan aku yang memejamkan mata dan menghayati saat-saat bahagia kami membukakan mataku dan memandang ke sekeliling kami. Oh god! Apa ni?

            Kedua-dua ahli keluarga kami turut berada di sini, Melissa, dan para media massa turut ada mengambil gambar kami dan merakan saat-saat indah kami. Ya Allah swt! Malunya!

            “You… did you plan all this?” Soalku tidak percaya. Hairy tergelak dan memegang tanganku erat.

            “Not me. But we. We plan all this. Did you like it sayang?” Soalnya padaku nakal. Aku tergelak dan memeluk lenganya erat. Siapa tak suka jika di saat-saat hari bahagiaku keluarga kami turut berada bersama. Dan Melissa? Aku menjengilkan mata padanya yang sedang tergelak itu. Aku tahu dia juga salah satunya dari dalang yang merancang ini semua.

            “and all media?” Soalku hairan. Begitu banyak wartawan yang ada sekarang ini.

            “I want everyone know that you’ll be mine and watch our happy moment… I love you….” Balasnya dan mencium dahiku. Aku tersenyum.

            “I love you too….” Balasku tanpa kekok dan malu lagi. Jika boleh aku ingin mengucapkan 3 perkataan itu setiap waktu padanya…

            Siapa sangka, pertemuan singkat kami membawa kepada tumbuhnya perasaan cinta di antara kami dan siapa sangka yang aku… Di Lamar Tuan Putera?????????



~The end~




P/S :: Hi peeps! So how was the story? Ukeh tak the end nya? Aku harap uols suka dan berpuas hati. Maafkan aku jika cerpen ini tidak dapat memuaskan hati kalian semua. Aku hanyalah manusia biasa yang tidak mampu memuaskan hati mana-mana pihak. Orang kata, bukan kehidupanlah jika tiada hal negative di dalam hidup. Tiada siapa sempurna. Begitu juga aku…

P/S :: Melalui keseluruhan cerpen ni, aku nak minta maaf kalau ada yang tak logic,melanggar sisi agama mahupun terover. Maafkan aku. seperti yang aku katakan. Ini adalah ceritaku dan ianya hanyalah imaginasiku sahaja. Pada yang membaca terpulang pada anda untuk menerimanya. Ambillah positivenya saja dan ignorekan negativenya. Think smart ukeh!

P/S :: Maaf jika bahasa yang aku gunakan bahasa rojak. Aku tak nak skema sangat. aku nak kita baca dengan otak yang ringan. Tak yah ar harsh-harsh sangat ukeh. Chill sudehhh! Hehe. J

P/S :: Berapa banyak P/S dahhhh. Heee. ‘Maafkan saya’. Aku banyak kali guna ayat nikan? Sebab, mengakui kesalahan kita lebih baik dari bersikap munafik dan hipokrit. Sudehhhh~ Ayat tak boleh blah! Ahaa. Ayat aku tuwwww. Takde kene mengene dengan yang hidup mahupun yang dah mati. Adios!

P/S:: Terima kasih kerana membaca cerpen terpanjang abad ini iaitu cerpen AKU DILAMAR TUAN PUTERA. Comment dan bacaan anda amatlah dihargai. Nah! Gulagula. Heheheehe. J


Till then,



Sincerely,
Ratu Adriana Nadine

24 comments:

  1. wa!!!! suke la fairytale citer ni!!!!
    best sangat-sangat!!! gudjob writer ..!!!
    ^_^_^

    ReplyDelete
  2. baru ja nak feel dah kena potong.
    bila nak bt sambungannya ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik anonymous, sabarsabar. heehe. in shaa allah sy akan update ary ne. dah siap dah. saje nak bgi suspend. hehe :)

      Delete
  3. wa!!!! ratu!! sangat memuaskan hati!!!
    sweet sngt2 time hairy melmar natalie... aish.. jeles gn diorang ni.. huahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayyyy! awak suke! heehe. thanx awak =) alhmdulilah awak bpuas hati . sweet an. muke sya merahmerah dah time buat ne. hee.

      Delete
    2. hehe... ^____^
      romantekk abez hairy tu!! >__<

      Delete
    3. heee. romantik an. siap ada fireworks lae. dah namanya explayboy. hehe. :)

      Delete
  4. wow... best nie kalo wat mininovela, mcm x puas hati ja nak baca..kasi la dalam bentuk mininovela.. kasi panjang je sesi kawan, proses memikat,dugaan bercinta dan nak hapi ending terus je.... mmeg best la nie .. (terasa jap macam saya yang dilamar)^_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. wakkk. kite baca comment awk ne smbl snyumsnyum taw. =) Hehehe. if ada masa nnti kite try buat ukeh. sbb skrg ne kite tga wat satu lae cerpen. =) (Kite sndri blushing dah time buat ni. hehe)

      Delete
  5. so sweet...
    feel lucky if i am da women..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi has_garfield =)
      heee. yapz. its true =)
      thanks for dropping by and leave ur comment =)

      Delete
  6. jln cite mcm cite kanak2..hihi
    tp ok what..dolu2 pun brangan nak jumpa ank raja jgk huuu tp realitinya mmg xpadan hahaha

    neway tahniah..

    ReplyDelete
  7. rase nk tukar tempat ngn Natalia je..biar I yg jd aweks hairy tuh kihkihkih ....wakkkk...nk smbungan citer nih...best sesngat...6t klau da smbugn..nk part romantic pas diorg kawen plk....hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...nk tnya nie ...novel aku cinta kamu x der kat pasaran ker .....n cinta en duda best la x sabar nk tgu ...

    ReplyDelete
  9. cerita sangat menarik. but if tuan putera change to tengku mahkota or something like that.more awesome . thank you dear ")

    ReplyDelete
  10. Thr prince was so sweet and romantic

    ReplyDelete